{"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/04/sabah-mengalu-alukan-autonomi-penuh-untuk-projek-di-bawah-rm50-juta/", "headline": "Sabah mengalu-alukan autonomi penuh untuk projek di bawah RM50 juta", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor memuji keputusan Kabinet Persekutuan memberikan autonomi penuh kepada Sabah dan Sarawak untuk projek pembangunan di bawah RM50 juta.", "“Ia adalah satu lagi berita baik yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selain penyerahan kuasa pengawalseliaan sumber gas kita.", "“Ia sudah pasti akan membantu dalam kelulusan dan pelaksanaan projek pembangunan yang sentiasa terhalang oleh karenah birokrasi yang menyusahkan sebelum ini,” kata Ketua Menteri.", "Mengikut semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), ini sememangnya berita baik, tambahnya.", "Hajiji mendedahkan bahawa beliau dan rakan sejawatannya di Sarawak akan bertemu dengan Perdana Menteri untuk memuktamadkan beberapa perkara di bawah MA63, antaranya isu geran khas.", "Beliau juga berkata jawatankuasa kerja dan kajian semula MA63 akan diteruskan di bawah pengerusinya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.", "Berita baik lain dijangka, katanya ialah peruntukan tambahan untuk projek Lebuhraya Pan Borneo untuk Sabah untuk mempercepatkan penyiapannya.", "Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama tahun ini, Anwar mengumumkan bahawa autonomi penuh akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk projek di bawah RM50 juta dengan pematuhan sewajarnya kepada peraturan monetari yang ditetapkan."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/26/pemilik-akaun-indera-mulia-hina-sultan-johor-direman/", "headline": "Pemilik akaun ‘Indera Mulia’ hina Sultan Johor direman", "content": ["PETALING JAYA: Pemilik akaun ‘Indera Mulia’ ditahan reman bagi membantu siasatan polis berhubung kes menghina Sultan Johor.", "Menurut Utusan Malaysia, Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, permohonan reman itu dibuat di bawah peruntukan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.", "Kata beliau, tenpoh tahanan reman yang dibenarkan adalah selama empat hari iaitu sehingga 28 April ini.", "“Kes dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.", "Media sebelum ini melaporkan polis bertindak membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun di sebuah rumah di Puchong, Selangor.", "Suspek dipercayai memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor menerusi akaun Facebook menggunakan nama ‘Indera Mulia’ pada 20 April lalu.", "Pemilik akaun ‘Indera Mulia’ hina Sultan Johor direman"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/30/mandy-hadiahkan-pingat-pertama-malaysia-dalam-universiade/", "headline": "Mandy hadiahkan pingat pertama Malaysia dalam Universiade", "content": ["Mandy Cebelle Chen bersama pingat gangsa yang dimenangi dalam acara wusyu di Universiade Chengdu kelmarin.", "CHENGDU, China: Malaysia membuka kempen Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu dengan langkah kanan apabila memenangi pingat gangsa dalam saingan wusyu Tajiquan wanita menerusi Mandy Cebelle Chen kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Mandy memungut 9.633 mata untuk menamatkan saingan di tangga ketiga, di belakang peserta tuan rumah, Chen Xiaoli (9.783 mata), diikuti pingat perak milik Shoji Rise dari Jepun yang mengumpul 9.680 mata.", "“Saya berharap ini juga boleh menjadi rangsangan motivasi kepada semua atlet Malaysia lain yang bertanding dalam Sukan Universiti Dunia FISU, kita semua telah berlatih bersungguh-sungguh untuk ini dan saya percaya bahawa setiap daripada kita boleh memberikan yang terbaik,” kata Mandy.", "Kejayaan Mandy menebus kehampaan Calvin Lee yang gagal membutirkan pingat dalam saingan Nanquan lelaki yang menjadi acara pembukaan kelmarin.", "Calvin yang juga pemenang pingat perak pada Universiade 2017 di Taiwan memungut 9.333 mata untuk menduduki tempat keenam keseluruhan.", "China meraih emas menerusi Cao Maoyuan dengan 9.770 mata diikuti Lau Chi Lung dari Hong Kong yang memungut perak dengan 9.570 mata, manakala gangsa milik Shahin Banitalebi dari Iran dengan 9.566 mata.", "Sandaran Malaysia kepada Ang Qi Yue juga tidak kesampaian apabila sekadar menduduki tempat ketujuh menerusi acara Changquan lelaki dengan mata 9.523.", "China menyapu pingat emas acara ini menerusi Jin Zhedian yang mendapat 9.723 mata.", "Juara dunia dari Indonesia, Marvel Edgar Xavier perak dengan 9.716 mata manakala Chen Yue Xi dari Taipeh pingat gangsa dengan 9.706 mata.", "Cabaran Malaysia menerusi acara menembak 10 meter Air Pistol Wanita juga berakhir kelmarin apabila skuad dibarisi Nurul Syasya Nadiah, Anis Ayuni dan Dina Batrisyi menduduki tempat kelima daripada 12 pasukan.", "Ketiga-tiga penembak juga gagal berada pada kedudukan terbaik dalam acara individu.", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/07/mandy-hadiahkan-pingat-pertama-malaysia-dalam-universiade/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/07/mandy-hadiahkan-pingat-pertama-malaysia-dalam-universiade/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/07/mandy-hadiahkan-pingat-pertama-malaysia-dalam-universiade/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/07/mandy-hadiahkan-pingat-pertama-malaysia-dalam-universiade/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/30/lelaki-parah-ditikam-isteri-selepas-minta-izin-mahu-ada-perempuan-simpanan/", "headline": "Lelaki parah ditikam isteri selepas minta izin mahu ada perempuan simpanan", "content": ["BANGKOK: Seorang lelaki di Thailand nyaris maut dipercayai ditikam tiga kali oleh isterinya, selepas dia meminta izin untuk mengambil kedi golf sebagai wanita simpanannya.", "Menurut Utusan Malaysia, The Thaiger melaporkan, kejadian itu berlaku di sebuah bilik sewa di Mueang Chon Buri, Khamis.", "Pegawai Balai Polis Don Hua Lor yang tiba di lokasi kejadian melihat pemain golf itu, Rachain berusia 36 tahun, berada dalam keadaan terpinga-pinga, selain cedera pada lengan, belakang badan dan perutnya.", "Hasil siasatan mendapati lelaki itu mendakwa diserang isterinya sendiri, dan motif kejadian dipercayai akibat cemburu.", "Rachain mendedahkan, isterinya didakwa cemburu dan marah selepas dia meminta izin mahu mengambil kedi golfnya sebagai wanita simpanan.", "Ketika kejadian, katanya, isterinya tidak banyak cakap, sebaliknya hanya menikamnya sebelum beredar dari tempat kejadian.", "“Saya tidak akan mengambil tindakan undang-undang kerana saya memaafkannya,” katanya.", "Dalam pada itu, Rachain menerima bantuan pertolongan cemas daripada Pasukan Penyelamat Trai Kunna Dham sebelum dibawa ke Hospital Chon Buri untuk mendapatkan rawatan lanjut.", "Sebelum ini, kejadian sama akibat cemburu pernah berlaku kepada pemain golf, pada Jun lalu.", "Padang golf di wilayah tengah Kanchanaburi menjadi tempat kejadian tragis apabila seorang lelaki Thailand yang cemburu menembak seorang pemain golf, dan kekasihnya yang bekerja sebagai kedi.", "Motif di sebalik perbuatan ngeri itu adalah syak wasangka kerana penyerang percaya pemain golf itu mempunyai hubungan sulit dengan kekasihnya.", "Walaupun kedi itu terselamat dalam serangan itu, pemain golf itu meninggal dunia akibat kecederaannya ketika menerima rawatan.", "Lelaki parah ditikam isteri selepas minta izin mahu ada perempuan simpanan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/14/pengeluar-kasut-vietnam-bagi-nike-adidas-berhentikan-hampir-6000-pekerja/", "headline": "Pengeluar kasut Vietnam bagi Nike, Adidas berhentikan hampir 6,000 pekerja", "content": ["PouYuen antara firma terbesar di ibu kota itu, dianggarkan mempunyai 50,000 pekerja. ", "HANOI: Pengeluar kasut terbesar di Vietnam bagi jenama seperti Nike dan Adidas akan berhentikan ribuan pekerja pada akhir bulan depan.", "Menurut Utusan Malaysia, media tempatan melaporkan, situasi itu dipercayai berpunca akibat kemerosotan dalam tempahan kasut.", "Vietnam merupakan antara pengeksport pakaian, kasut dan perabot terbesar di dunia, namun terjejas teruk disebabkan krisis kos sara hidup di Eropah dan Amerika Syarikat (AS), dengan kuasa beli pengguna semakin menurun di seluruh dunia.", "Lapor VNExpress, firma PouYuen Vietnam dibawah Pou Chen Group berpangkalan di Taiwan, memaklumkan akan memberhentikan kira-kira 6,000 pekerja kontrak tetap mulai akhir bulan depan.", "VNExpress", "“Ini sudah tentu menjadi pemberhentikan pekerja yang terbesar sejak PouYuen memulakan operasinya di bandar Ho Chi Minh pada tahun 1996,” jelas laporan media kerajaan itu.", "PouYuen merupakan antara firma terbesar di ibu kota komersial, dengan dianggarkan mempunyai seramai 50,000 pekerja.", "Namun, syarikat itu mengambil langkah serupa pada Februari lalu apabila memberhentikan hampir 3,000 kakitangan tetap manakala 3,000 lagi pekerja sementara tidak diperbaharui kontrak.", "Berdasarkan tinjauan jabatan buruh bandar Ho Chi Minh, satu pertiga daripada kemudahan pengeluaran di bandar itu mengalami pengurangan permintaan tenaga kerja pada suku pertama tahun ini. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/pengeluar-kasut-vietnam-bagi-nike-adidas-berhentikan-hampir-6000-pekerja/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/pengeluar-kasut-vietnam-bagi-nike-adidas-berhentikan-hampir-6000-pekerja/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/10/%e4%bb%99%e6%9c%ac%e9%82%a3%e7%81%ab%e7%87%92%e8%88%b9/", "headline": "仙本那火燒船", "content": ["(仙本那十日訊)仙本那今早發生火燒船事件。", "仙本那消防和救援站(BBP)負責人PBK I Abdul Kadir Haji Halalan說,事件發生在Bukit Sakong Sungai Buaya,時間是上午9時50分左右。", "「我們上午9時55分通過MERS999線路接到了電話,由行動指揮官PBK II Hajim Abdul Malak率領6人小組趕往了事發地點。」", "「當我們抵達21公里外的事發地點時,發現有一艘漁船起火。」", "他說,滅火行動已經進行,並補充說沒有傷亡報告。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/04/apo-to-work-with-mpc-to-enhance-productivity/", "headline": "APO to work with MPC to enhance productivity", "content": ["KUALA LUMPUR (Bernama): The Asian Productivity Organization (APO) Secretary-General Dr. Indra Pradana Singawinata had a courtesy call on Deputy Minister of International Trade and Industry (MITI) Liew Chin Tong.", "The courtesy call is to enhance further the existing partnership between Malaysia and APO as well as to discuss on current challenges and potential collaboration to enhance productivity of the nation.Director General of MPC Dato’ Abdul Latif bin Haji Abu Seman said since joining the APO fraternity in 1983, with MPC as the country’s National Productivity Organisation (NPO), Malaysia plays an active and significant role among the 21 member economies in enhancing productivity of the region.", "Malaysia has been exporting expertise in the areas of capacity development of productivity specialists, public sector productivity framework as well as imparting technical advisory in the development of accreditation programmes.“The country needs to achieve a productivity growth of more than 3.6% throughout the RMK12 period, towards realising the productivity level of RM106,060 by 2025. With this in mind, we are seeking APO’s assistance to accelerate digital adoption among service sectors such as Retail and Food & Beverages and Tourism and to reduce skill mismatch, improve employee retention through better compensation of employees and provide insights on re-skilling and up-skilling initiatives,” added Abdul Latif.In the spirit of collaboration, MPC is committed to facilitating APO member economies in providing technical expertise in Good Regulatory Practice (GRP), among them are Regulatory Experimentation (RE), Regulatory Impact Assessment (RIA), MyMudah (reducing unnecessary regulatory burden) and Behavioural Insights (BI).", "Abdul Latif highlighted Malaysia’s success in implementing RE in the construction and agro-food sectors which bodes well with the government’s effort to address effectively concerns regarding bureaucracy in construction permits, food security issue as well as high cost of living.", "About Malaysia Productivity Corporation (MPC)", "About Malaysia Productivity Corporation (MPC)", "MPC is a statutory body under the Ministry of International Trade and Industry (MITI). It drives national productivity holistically at the national, sectoral, and enterprise levels through five main thrusts: developing future talent, driving digitization and innovation, ensuring industry accountability for productivity, building a robust ecosystem, and fostering productive mindset. It collaborates strategically with the private and public sectors by emphasising productivity as a key agenda to boost productivity growth and national competitiveness, ultimately leading to shared well-being and prosperity.", "MPC is a statutory body under the Ministry of International Trade and Industry (MITI). It drives national productivity holistically at the national, sectoral, and enterprise levels through five main thrusts: developing future talent, driving digitization and innovation, ensuring industry accountability for productivity, building a robust ecosystem, and fostering productive mindset. It collaborates strategically with the private and public sectors by emphasising productivity as a key agenda to boost productivity growth and national competitiveness, ultimately leading to shared well-being and prosperity.", "SOURCE :Malaysia Productivity Corporation (MPC)", "SOURCE :", "Malaysia Productivity Corporation (MPC)"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/18/sabah-declares-april-21-a-public-holiday/", "headline": "Sabah declares April 21 a public holiday", "content": ["KOTA KINABALU: The State Government has declared April 21 as an additional public holiday for Sabah this year.", "Chief Minister Datuk Seri lHajiji Haji Noor said this is in accordance with the Sabah Public Holiday Ordinance.", "Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim had earlier announced that the Federal Government has declared either Friday (April 21) or Monday (April 24) as a public holiday depending on when 1 Syawal falls."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/24/5-produk-kosmetik-dikesan-ada-racun-berjadual/", "headline": "5 produk kosmetik dikesan ada racun berjadual", "content": ["Antara produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.", "PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengesan sebanyak lima produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual termasuk merkuri dan asik azelaik.", "Lima produk itu ialah Skinsister Babyskin Treatment Cream, Sahaana Fairness Cream, Skinmade AZ & Salicylic Acid + Licorice Root Serum, Glowing Night Cream serta Glowing Herba Night Cream.", "Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, susulan itu notifikasi produk kosmetik terlibat dibatalkan KKM dan tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini.", "“Merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.", "“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.", "“Produk mengandungi asid azelaik, hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate pula perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Muhammad Radzi berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik terlibat perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk dengan serta-merta kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.", "Katanya, individu melakukan kesalahan bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.", "“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” tegasnya.", "Pada masa sama, katanya, orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik itu dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers", "5 produk kosmetik dikesan ada racun berjadual"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/15/wanita-menikah-diri-sendiri/", "headline": "Wanita menikah diri sendiri", "content": ["JAKARTA: Beberapa media Indonesia kecoh dengan berita seorang wanita berasal dari Argentina yang mendakwa bernikah dengan dirinya sendiri.", "Bagaimanapun wanita yang dikenali sebagai Sofi Maure kemudian mengakui tidak sanggup meneruskan status itu dan ingin bercerai keesokan harinya.", "Menerusi akaun instagramnya, Maure tampil dengan busana pengantin lengkap dengan tiara dan kek bagi meraikan perkahwinan yang tidak masuk akal itu tanpa pasangan di sisi.", "“Hari ini adalah hari paling pelik dalam hidup saya, saya membeli gaun pengantin dan membuat kek perkahwinan untuk mengahwini diri sendiri,” tulis Maure di akaun Twitternya.", "Muat naik itu menjadi perbualan hangat warganet dan ramai menuduh Maure sengaja mencari perhatian.", "Bagaimanapun, hanya sehari selepas itu wanita tersebut memberikan kemaskini mengenai keadaan rumah tangganya yang lebih mengejutkan apabila mengakui tidak mampu untuk meneruskan komitmen tersebut dan mahu bercerai.", "“Kemas kini terbaharu. Hanya satu hari menikah dengan diri sendiri dan aku sudah tidak sanggup lagi. Aku sedang mempertimbangkan untuk bercerai dan berjaga-jaga,” ungkapnya.", "Ramai warganet yang mengikuti perkembangan wanita cantik itu menasihatinya untuk mendapatkan nasihat pakar psikologi, malah ada yang menawarkan diri untuk menjadi pasangannya.", "“Maure, perkahwinan adalah untuk lelaki dan perempuan, sukar untuk hidup bersendirian. Awak perempuan yang cantik, saya sudi berkahwin dengan awak,” tulis salah seorang warganet.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/03/wanita-menikah-diri-sendiri/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/03/wanita-menikah-diri-sendiri/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/23/lelaki-lemas-selepas-terjun-ke-tasik-lepaskan-tali-pancing-tersangkut-di-kinabatangan/", "headline": "Lelaki lemas selepas terjun ke tasik lepaskan tali pancing tersangkut di Kinabatangan", "content": ["Mayat mangsa ditemukan oleh pasukan SAR. – Ihsan Bomba", "KINABATANGAN: Seorang lelaki lemas selepas terjun ke dalam sebuah tasik untuk melepaskan tali pancing yang tersangkut.", "Kejadian itu berlaku di sebuah ladang di sini ketika mangsa yang berusia 43 tahun sedang melakukan aktiviti memancing ikan bersama rakan-rakannya.", "Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.15 tengah hari dan sepasukan anggota diketuai Komander Operasi, PB Jipson Yenbios dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 55 kilometer dari BBP.", "Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pasukan bomba dan orang kampung seterusnya menemukan mangsa pada jam 3.06 petang.", "Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 3.35 petang."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/06/gagasan-rakyat-dilancar-pada-2-mac-hajiji/", "headline": "Gagasan Rakyat dilancar pada 2 Mac – Hajiji", "content": ["Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan Ahli-ahli majlis tertinggi parti bergambar bersama perwakilan parti pada Mesyuarat Agung Khas (EGM) yang diadakan di SICC, Kota Kinabalu, kelmarin.", "KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor secara rasmi mengambil alih tampuk kepimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) susulan Mesyuarat Agung Khas (EGM) parti itu kelmarin.", "Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, dengan langkah ini semua ahli kini mempunyai wadah politik yang 100 peratus tempatan untuk meneruskan perjuangan mereka kepada rakyat dan negeri.", "“Dua ciri utama Gagasan Rakyat yang menjadi faktor penarik saya dan rakan-rakan untuk bersama-sama dalam parti ini ialah parti berbilang kaum yang membawa citra inklusiviti dan parti suara anak Sabah yang mengangkat citra perjuangan tempatan,” katanya.", "Ini juga faktor yang meyakinkan rakan-rakan dalam GRS untuk menerima segera Gagasan Rakyat sebagai rakan komponen terbaharu mereka, katanya pada EGM Gagasan Rakyat yang dihadiri lebih 150 ahli di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.", "“Tambahan lagi, mereka (parti komponen GRS) sudah lama menyatakan hasrat agar GRS menjadi platform tempatan dalam erti kata sebenar, iaitu semua rakan kongsi menjadi parti tempatan. Sekarang kita 100 peratus tempatan,” katanya.", "Selain itu, Hajiji berkata, agenda Gagasan Rakyat juga selari dengan empat tonggak perjuangan GRS – Sabah First (Sabah Diutamakan), Sabah Forward (Sabah Melangkah ke Hadapan), Sabah Prosper (Sabah Maju Jaya) dan Sabah United (Sabah yang Bersatu).", "Hajiji berkata, sebagai sebuah parti tempatan tidak bermaksud kita menolak agenda nasional atau membelakangkan kepentingan negara. ", "“Malaysia adalah tanah air kita.  Namun, sebagaimana matlamat asal kita membina Malaysia adalah untuk merubah tahap pembangunan rakyat dan bumi Sabah.", "“Hari ini, iaitu tahun 2023, sempena ulang tahun 60 tahun pembentukan Malaysia, kami yakin dan percaya bahawa platform tempatan adalah yang terbaik untuk Sabah.", "“Kita memilih dan memutuskan bahawa formula tempatan berupaya melonjakkan agenda perjuangan dan kepentingan negeri dalam dalam Persekutuan Malaysia. Kita mahu pelaksanaan sistem federalisme yang lebih bernilai dan bermakna dengan berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).", "“Atas faktor itu, kami akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menerima dan mengutamakan kepentingan Sabah.", "“Apa yang lebih penting bagi kita ialah mendapat pengiktirafan dan pelaksanaan hak, kuasa serta kedudukan istimewa Sabah seperti yang termaktub dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, undang-undang yang mewujudkan Persekutuan Malaysia, iaitu MA63. Tiada Malaysia tanpa MA63,” katanya.", "“Kami bersyukur kerana kepimpinan tertinggi negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat komited untuk menunaikan tanggungjawab Putrajaya untuk melaksanakan MA63. Beliau belum pun memegang jawatan selama 100 hari tetapi kita sudah melihat kemajuan yang ketara. Kita akan terus meningkatkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membina Sabah dan Malaysia Madani yang progresif,” ujarnya.", "Hajiji berkata, beliau akan menerangkan dengan lebih terperinci hala tuju Gagasan Rakyat sempena pelancaran parti itu pada 2 Mac ini.", "Gagasan Rakyat akan menubuhkan struktur organisasi parti di semua 73 DUN termasuk pembentukan sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis.", "Mesyuarat agung tahunan cawangan dan bahagian masing-masing telah dijadualkan pada Julai dan September, dengan Kongres Tahunan pada bulan November.", "Hajiji mengucapkan terima kasih kepada bekas presiden parti, Stephen Jimbangan dan kepimpinan parti itu atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadapnya serta atas kesediaannya berkorban demi kebaikan Sabah dan rakyatnya.", "Beliau turut mengumumkan barisan awal Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat dengan selebihnya akan dilantik dalam masa terdekat."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/04/39-individu-cedera-akibat-main-mercun/", "headline": "39 individu cedera akibat main mercun", "content": ["Dr. Zaini Hussin", "KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mendedahkan seramai 39 individu di negeri ini yang mengalami kecederaan akibat bermain mercun sepanjang tempoh sebulan bermula 25 Mac sehingga semalam.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarahnya Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, daripada jumlah sebanyak 23 kes dimasukkan ke dalam wad untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan dan memerlukan pemantauan rapi daripada doktor serta petugas kesihatan.", "“14 mangsa pula dirawat sebagai pesakit luar selepas mengalami kecederaan yang tidak serius melibatkan patah jari tangan dan melecur di beberapa bahagian badan termasuk muka serta mata.", "“Bagaimanapun terdapat dua mangsa telah dirujuk pakar perubatan akibat mengalami kecederaan serius,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.", "Dr. Zaini memberitahu, kebanyakkan kes kecederaan berkiat dengan aktiviti bermain mercun ini melibatkan golongan kanak-kanak berusia antara sembilan dan 10 tahun.", "Katanya, JKNK memandang serius terhadap peningkatan insiden kecederaan akibat bermain mercun di negeri ini dan menasihatkan supaya ibu bapa mengawasi kelibat anak-anak", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/05/39-individu-di-kelantan-cedera-main-mercun/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/05/39-individu-di-kelantan-cedera-main-mercun/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/24/326-pemanah-tradisional-sertai-kejohanan-liga-memanah-peringkat-negeri/", "headline": "326 pemanah tradisional sertai Kejohanan Liga Memanah peringkat negeri", "content": ["Pemanah tradisional terbaik lelaki Kejohanan Liga Memanah Tradisional Peringkat Negeri Sabah, Noraswandy Sapardari Kelab KEMTIHAH Sipitang – ihsan KESATRI", "KOTA KINABALU: Seramai 326 orang pemanah tradisional dari seluruh Sabah dengan pecahan 214 Lelaki dan 112 Wanita telah menyertai Kejohanan Liga Memanah Tradisional Peringkat Negeri Sabah bertempat di Lapangan Memanah Likas yang berlangsung selama dua hari bermula 21 sehingga 22 Januari lepas.", "Kejohanan terbabit yang disertai sebanyak 41 buah kelab memanah tradisional seluruh negeri termasuk peserta persendirian itu telah menampilkan keseluruhan peserta terpilih dari Zon Pantai Barat dan Zon Pantai Timur di Sabah.", "Presiden Kelab Memanah Tradisional Kesatria Kota Kinabalu (KESATRIA) merangkap Pengerusi Penganjur Kejohanan Liga Memanah Tradisional Peringkat Negeri Sabah, Md Suhaimi Sapiee berkata kejohanan terbabit adalah proses bagi memilih wakil rasmi negeri untuk menyertai kejohanan memanah tradisional peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada Mei depan.", "“Bagi penghantaran wakil rasmi negeri, kita akan memilih seramai 20 orang wakil rasmi lelaki dan 15 orang wakil rasmi wanita.", "“Format kejohanan yang dipertandingkan adalah mengikut format Liga Memanah Tradisional Kebangsaan (LMTK) dimana ia merupakan kategori panahan jarak berperingkat dari jarak jauh sehingga dekat (descending shooting).", "“Bagi peserta lelaki, jarak yang dipertandingkan adalah jarak 60 meter, 50 meter, 40 meter dan 30 meter. Manakala bagi peserta wanita pula, jarak yang dipertandingkan adalah jarak 50 meter, 40 meter, 30 meter dan 20 meter.", "Selain itu, tempoh masa panahan juga berubah mengikut jarak iaitu 140 saat, 120 saat, 100 saat dan 80 saat dengan empat pusingan panahan. Di setiap pusingan, pemuka sasaran juga akan berubah pada arah jam tiga, jam enam dan jam sembilan.", "“Manakala jumlah anak panah mula yang digunakan adalah sebanyak 12 batang anak panah bebas.” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.", "Disamping itu, Suhaimi turut menambah format yang dipertandingkan ini agak mencabar bagi menguji ketepatan dan kepantasan pemanah serta juga ketahanan mental dan fizikal pemanah.", "Sementara itu, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Jakaria Dasan selaku perasmi kejohanan terbabit ketika dalam ucapannya berkata walaupun sukan memanah tradisional disifatkan masih agak baharu di Malaysia khususnya Sabah namun ia berpotensi menjadi antara sukan paling popular.", "Disamping itu, beliau turut menyifatkan sukan memanah harus dilihat dan dibangunkan dari sudut kerjasama sebuah pasukan.", "“Tanpa kerjasama (teamwork), kita tidak akan berjaya. Kita juga kena sasarkan apakah matlamat kita. Kalau tidak ada sasaran, tidak ada tujuan (goal),” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/17/dua-pelancong-as-tidur-di-puncak-menara-eiffel/", "headline": "Dua pelancong AS tidur di puncak Menara Eiffel", "content": ["Pengunjung duduk bersantai di Champ de Mars di hadapan Menara Eiffel di Paris. ", "PARIS: Dua pelancong dari Amerika Syarikat (AS) ditemukan sedang tidur nyenyak di puncak Menara Eiffel di ibu negara Perancis, kelmarin. ", "Menurut Utusan Malaysia, pengendali monumen, Sete berkata, kedua-dua lelaki itu menginap di menara tersebut setelah berjaya mengelak kawalan keselamatan pada malam sebelumnya.", "Pengawal keselamatan mengejutkan pelancong berkenaan ‘pada awal pagi’ ketika membuat rondaan sebelum mercu tanda Perancis mula beroperasi pada pukul 9 pagi hari Isnin.", "Menurut pendakwa raya Paris, kedua-dua pelancong itu kelihatan  terperangkap dan tidak dapat keluar disebabkan berada dalam keadaan mabuk.", "Pelancong yang mabuk itu dilaporkan bermalam di lokasi yang biasanya ditutup kepada orang ramai, antara tingkat dua dan tiga di menara itu.", "Bagaimanapun, Sete menjelaskan individu berkenaan ‘tidak menimbulkan sebarang ancaman’.", "“Selepas membayar tiket masuk kira-kira pukul 10:40 malam (waktu tempatan) pada Ahad lalu, kedua-dua pelancong itu melepasi halangan keselamatan semasa menuruni tangga dari puncak menara,” kata sumber polis.", "Tambahnya, anggota bomba, termasuk pasukan unit pakar untuk mengeluarkan orang dari ketinggian berbahaya, terpaksa dikerahkan untuk membawa keluar penceroboh berkenaan.", "Kedua-dua lelaki itu kemudian dibawa ke balai polis di daerah ketujuh Paris untuk disoal siasat.", "Menurut Sete, pihaknya akan memfailkan aduan jenayah. ", "Dua pelancong AS tidur di puncak Menara Eiffel"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/02/sarawak-tiada-perancangan-perkenal-mata-wang-sendiri/", "headline": "Sarawak tiada perancangan perkenal mata wang sendiri", "content": ["Abang Johari ketika ditemui media selepas hadir merasmikan Program Jelajar Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak di Muzium Budaya Borneo (BCM), di sini hari ini.", "KUCHING: Kajian perlu dilakukan terlebih dahulu sekiranya Sarawak berhasrat memperkenalkan mata wang sendiri, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. ", "Menurut Utusan Malaysia, Abang Johari bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut. ", "“Isu ini yang agak susah untuk diperjelaskan, saya tidak tahu mengenai pandangan Nanta Linggi lah (Datuk Seri Nanta Linggi). ", "“Kita kena perlu ada kajian yang lebih mendalam terlebih dahulu, tetapi, kita sudah ada mata wang Malaysia. Kita ikut mata wang ringgit Malaysia lah,” katanya dengan jelas dan singkat ketika ditemui media selepas hadir merasmikan Program Jelajar Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak di Muzium Budaya Borneo (BCM), di sini hari ini. ", "Semalam, dalam siaran podcast bertajuk ‘Dari Malaya ke Malaysia: 60 tahun’, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi membayangkan kemungkinan Sarawak akan memperkenalkan mata wang sendiri, memandangkan keadaan ekonomi tidak menentu di Malaysia.", "“Pengenalan mata wang Sarawak antara langkah boleh dipertimbangkan sekiranya keadaan ekonomi negara dalam keadaan kurang memberangsangkan ini berterusan.", "“Jika ekonomi Sarawak baik, tetapi, ekonomi negara tidak begitu baik, mungkin Sarawak akan memperkenalkan mata wang kita sendiri sekiranya Sarawak lebih baik daripada yang lain, kenapa tidak (perkenal mata wang kita sendiri),” jelasnya. ", "Justeru, Nanta Linggi menegaskan cadangan itu hanya pandangan sekiranya ekonomi Sarawak lebih baik.", "Pada masa yang sama, beliau berharap tidak ada pihak yang akan menggelarkannya sebagai pengkhianat susulan langkah memperkenalkan mata wang sendiri negeri itu. ", "“Tetapi, saya bercakap dengan serius. Jika kita begitu baik dalam membangunkan ekonomi kita, (maka) secara pengiraan, ekonomi kita sepatutnya kukuh,” tambahnya. ", "Bagaimanapun, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa ke atas mata wang negara. ", "Bank Negara Malaysia (BNM) diberi kuasa oleh Akta Bank Negara Malaysia sebagai pihak berkuasa tunggal untuk mengeluarkan mata wang di negara ini. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/09/sarawak-tiada-perancangan-perkenal-mata-wang-sendiri/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/09/sarawak-tiada-perancangan-perkenal-mata-wang-sendiri/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/28/%e8%b7%af%e9%99%bd%e5%9c%98%e7%b5%90%e5%b9%bc%e5%9c%92%e6%96%b0%e6%98%a5%e5%9c%98%e6%8b%9c-%e8%91%a3%e6%95%99%e7%94%9f%e5%96%9c%e8%bf%8e%e7%99%b8%e5%8d%af%e5%85%94%e5%b9%b4/", "headline": "路陽團結幼園新春團拜 董教生喜迎癸卯兔年", "content": ["董事長拿督楊仕平及監學拿汀李蓮貞,在秘書長朱剛明、董事鄔桂群、董事拿督林恆貞、園長方金珠與前園長楊昭泰陪同下,接過瑞獅呈獻的錦旗。", "(亞庇廿八日訊)路陽團結幼兒園大年初六成功舉行癸卯年新春團拜,這也是時隔3年疫情以來,幼兒園內再響起鑼鼓聲,瀰漫春節喜氣洋洋氣氛。", "出席貴賓尚包括董事長拿督楊仕平、監學拿汀李蓮貞、秘書長朱剛明、董事拿督林恆貞、董事鄔桂群、董事蔡乙虎以及前園長楊昭泰。", "眾來賓一同接收瑞獅錦旗。", "當日早上在園長方金珠女士以及全體老師的細心地籌備下,該園的新春團拜精彩紛呈,節目包括學生呈獻舞蹈表演,展現幼生的藝術才藝;另也邀請了沙巴華人文化協會兵南邦分會醒獅團呈獻精彩的舞獅採青表演。瑞獅躍上梅花樁表演系列令人目不暇給的高難度動作及採青,令學生感到格外驚喜。", "在場的財神爺及兔子人偶,也派發糖果予在場的幼兒。", "路陽團結幼兒園癸卯新春團拜,董教員生齊聚歡慶佳節!", "貴賓們也以歡喜的心情頒發紅包給學生,大家歡聚一堂,互相道賀;每位學生還得到一份恩物,喜出望外,拿督楊仕平也頒發紅包給園長和教師,以示獎勵,氣氛溫馨。", "園長方金珠女士表示,該園向來秉持著幫助弱勢家庭接受教育理念以及有教無類的精神,所徵收的學費為亞庇區最低之一,直接造福了該區內各階層人民,為國家培育未來棟樑。", "董事長拿督楊仕平頒發紅包予園長和教師后,與監學拿汀李蓮貞、秘書長朱剛明、董事鄔桂群、董事拿督林恆貞合攝。", "她也感謝各界多年以來一直對該幼園的付出,並且給予鼎力的支持,這次新春團拜能夠順利舉行,讓董教員生一起歡慶傳統節日,要特別感謝副董事長拿汀陳雅嬌贊助幼生紅包以及恩物;董事拿督林恆貞贊助舞獅經費以及K2生命泉源有限公司贊助全園師生飲料,讓幼生以歡喜的心情,盡興歡慶癸卯兔年新春。", "路陽團結幼兒園目前有150位學生,8位教師。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/13/puluhan-maut-akibat-hujan-lebat-luar-biasa-di-pakistan/", "headline": "Puluhan maut akibat hujan lebat luar biasa di Pakistan", "content": ["Penduduk menunggang motosikal dalam keadaan hujan lebat di Lahore.", "ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 28 maut dan beberapa kediaman runtuh akibat hujan lebat yang melanda wilayah barat laut Pakistan.", "Menurut Utusan Malaysia, Al Jazeera melaporkan, pegawai kanan pasukan penyelamat, Khateer Ahmed berkata, hujan lebat dan hujan batu melanda daerah Bannu, Lakki Marwat dan Karak di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Ahad.", "Katanya, seramai 145 orang lagi cedera ketika pokok yang tumbang menolak menara penghantaran bekalan elektrik.", "Jelas beliau, ketika ini, pasukan penyelamat berusaha sedaya upaya memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang cedera.", "Perdana Menteri, Shahbaz Sharif menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan mengarah pihak berkuasa mempercepatkan operasi bantuan.", "Bulan lalu, kira-kira 12 orang termasuk wanita dan kanak-kanak maut akibat ditimpa runtuhan salji semasa salji luar biasa pada musim panas.", "Sementara itu, Shahbaz turut mengarahkan pihak berkaitan melaksanakan langkah kecemasan ketika Taufan Biporjoy menghampiri negara dari Laut Arab.", "Sebelum ini, Agensi Pengurusan bencana Pakistan memaklumkan taufan kuat dengan tahap kelajuan angin 150 kilometer sejam (km/j) dalam laluan ke arah selatan negara.", "Tahun lalu, Pakistan dilanda banjir terburuk dalam sejarah negara itu, disebabkan hujan lebat.", "Sekurang-kurangnya 1,739 orang termasuk 647 kanak-kanak terkorban selain 33 juta penduduk terjejas akibat bencana itu.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/06/puluhan-maut-akibat-hujan-lebat-luar-biasa-di-pakistan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/06/puluhan-maut-akibat-hujan-lebat-luar-biasa-di-pakistan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/04/jakim-nafi-keluarkan-poster-tarikh-hari-raya/", "headline": "Jakim nafi keluarkan poster tarikh Hari Raya", "content": ["PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023.", "Menurut Utusan Malaysia, Jakim menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya menasihatkan umat Islam di negara ini supaya menghormati proses sebenar penentuan tarikh Hari Raya.", "Menurutnya, tarikh Hari Raya hanya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.", "Sebelum ini, tular di media sosial mengenai tangkap layar poster kalendar Islam yang memaparkan tarikh-tarikh penting hari keraian Islam pada tahun ini.", "Tangkap layar turut memaparkan beberapa tarikh sambutan seperti Hari Israk Mikraj, Hari Nisfu Syaaban termasuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada 21 April ini iaitu pada hari Jumaat.", "Kandungan poster itu juga didapati memaparkan logo rasmi Jakim dan nama laman rasmi media sosial Jakim iaitu, MyJakim.", "Sebelum ini juga, Jakim pernah mengeluarkan kenyataan mengenai penularan satu tangkap layar yang memaparkan ‘Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023’ yang dipercayai disiarkan menerusi paparan iklan di sebuah masjid. ", "Jakim nafi keluarkan poster tarikh Hari Raya"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/19/betitik-ayas-ayas-silat-meriahkan-kmjg-kunak/", "headline": "Betitik Ayas-Ayas, silat meriahkan KMJG Kunak", "content": ["KUNAK: Persembahan seni bela diri lapan ahli Kelab Silat Olahraga Gerak Kersani memeriahkan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2023 di Pejabat Daerah Kunak. ", "Selain itu, konvoi KMJG yang diketuai Pengarah Penerangan Negeri Sabah, Jainisah Mohd Noor juga dihiburkan alunan muzik tradisional, betitik Ayas-ayas dari Persatuan Bajau Samah Kampung Lormalong.", "Betitik Ayas-Ayas etnik Bajau Samah.", "Program  yang dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif dan Pegawai Daerah, Awang Mohd Yusoff itu turut diserikan persembahan tarian popular Pantai Timur Sabah, Igal-igal oleh Persatuan Gemilang Budaya Seni Daerah Kunak."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/02/peluang-interaksi-bersama-pemimpin/", "headline": "Peluang interaksi bersama pemimpin", "content": ["Abdul Karim (depan, tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama salah satu pempamer.", "KOTA KINABALU : Program Jelajah Belia Sarawak 2023@Sabah memberi peluang belia berinteraksi terus dengan pemimpin.", "Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata program tersebut  merupakan platform terbaik dalam menghimpunkan para belia Sarawak yang sedang melanjutkan pelajaran, bekerja mahupun menetap di Sabah, sekaligus mendengar aspirasi dan point of view mereka.", "point of view", "“Program ini bukanlah sebuah program politik, melainkan untuk membentuk kepimpinan dalam kalangan belia dan mendengar sendiri aspirasi serta realiti belia-belia di seluruh Sarawak, dan juga di Sabah.", "“Setiap belia mempunyai kekuatan dan potensi tersendiri yang boleh dibangunkan melalui pelbagai ruang agar menjadi individu yang berkualiti dan mampu menyumbang kepada masyarakat.", "“Golongan ini juga menjadi aset penting kepada pembangunan dan menjadi tanggungjawab kita sebagai pemimpin sedia ada untuk membimbing mereka menjadi barisan pelapis baharu bagi meneruskan kecemerlangan yang kita bina pada hari ini,” katanya semasa Majlis Perasmian Program Jelajah Belia Sarawak 2023@Sabah.", "Beliau turut memaklumkan akan menghantar rombongan termasuk para pemimpin belia ke negara yang mempunyai program pengurusan belia yang mapan.", "“Kita telah mengenal pasti negara Korea dan akan mengadakan perjumpaan bersama agensi ataupun kementerian yang terlibat dalam pengurusan golongan muda.", "“Setiap perkara yang dilakukan warga Korea, selalu dilaksanakan dengan kecemerlangan seperti bidang hiburan, drama musikal dan industri automobil.", "“Jadi kita akan melihat apakah formula engagement bersama belia yang digunapakai,  yang menjadikan mereka sangat cemerlang,” katanya yang juga Menteri Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.", "engagement", "Sementara itu, dalam sidang media Abdul Karim menyatakan pihaknya mempertimbangkan pelaksanaan simposium belia yang lebih besar melibatkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan.", "Turut hadir dalam program tersebut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick dan Presiden Majlis Belia Sabah(MBS), Abqaree Fawwaz Abekan."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/13/hayati-nilai-makna-di-sebalik-smj-malaysia-madani/", "headline": "Hayati nilai, makna Di sebalik SMJ, Malaysia Madani", "content": ["Armizan (tengah, depan) merakamkan gambar kenangan bersama ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan Daerah Papar.", "PAPAR:  Penjawat awam digesa menghayati nilai dan makna di sebalik Gagasan Malaysia Madani dan menjajarkan Hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) agar selari.", "Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, penjawat awam, anggota pentadbiran serta pemimpin masyarakat memainkan peranan penting dalam memastikan Hala Tuju SMJ yang telah digariskan oleh Kerajaan Negeri dan gagasan oleh Perdana Menteri, “Membangun Malaysia Madani” tercapai.", "“Peranan penjawat awam ii cukup penting, hubungan synergi di antara para penjawat awam, anggota pentadbiran dan pemimpin msykt cukup penting untuk memastikan kita dapat melaksanakan apa juga agenda yang ditetapkan oleh kerajaan, Hala Tuju SMJ yg telah digariskan oleh kerajaan negeri dan Gagasan Malaysia Madani.", "“Paling penting adalah matlamat, tekad untuk memastikan kita dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik membawa kesejahteraan kepada masyarakat sekaligus membawa keharmonian kepada masyarakat dan pembangunan negara", "“Saya berharap para penjawat awam kita faham bahawa kerajaan negeri mempunyai hala tuju yang jelas melalui SMJ, komitmen kerajaan persekutuan melalui penurunan kuasa projek RM50 juta boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri, Sabah dan Sarawak,” dedahnya.", "Beliau menyifatkan penurunan kuasa tersebut sebagai percubaan untuk membuktikan sejauh mana kemampuan dan prestasi agensi negeri, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melaksanakan kuasa yang telah diberikan.", "“Walaupun agenda itu JKR dan JPS, namun bagi saya ia melibatkan semua agensi di peringkat daerah termasuk Pejabat Daerah, Jabatan Tanah dari segi perolehan tanah. ", "“Jadi, kita mahukan penurunan kuasa, akhirnya tanggungjawab itu kembali kepada kita para penjawat awam negeri untuk kita memastikan kita mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab projek-projek pembangunan persekutuan yang telah diturun kuasakan.", "“Pada saya, Perdana Menteri cuba menyampaikan mesej yang jelas kepada penjawat awam kepada pimpinan kerajaan negeri supaya melaksanakan pertanggungjawaban. Hak itu hadir bersama tanggungjawab untuk kita memastikan yang paling penting projek-projek ini dapat disiapkan segera untuk kepentingan masyarakat di daerah Papar dan di Sabah secara keseluruhannya,” katanya kepada media dalam Majlis Wara Wani Aidilfitri Pejabat Daerah Bersama Jabatan dan Agensi di sini, pada Jumaat.", "Mengenai majlis terbabit, Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar menjelaskan majlis seumpama mampu merapatkan lagi hubungan, persefahaman dan permuafakatan dalam kalangan penjawat awam negeri dan persekutuan peringkat daerah serta pemimpin setempat.", "“Menerusi majlis ini hubungan kerjasama melalui jabatan-jabatan dapat diperkukuhkan dan ia adalah satu inisiatif yang cukup baik.", "“Bagi saya, kehadiran saya dan pemimpin masyarakat hari ini adalah tanda penghargaan dan pengiktirafan tinggi kita kepada peranan penting penjawat selaku pelaksana dasar di peringkat akar umbi di peringkat daerah,” ujar beliau.", "Pada majlis itu, Armizan diiringi Pegawai Daerah, Mohd Fuad Abdullah meluangkan masa beramah mesra dengan para tetamu serta menyampaikan sijil serta cenderamata kepada wakil-wakil jabatan."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/18/suri-rumah-buat-laporan-palsu-anak-diculik-disiasat/", "headline": "Suri rumah buat laporan palsu anak diculik disiasat", "content": ["SEREMBAN: Seorang suri rumah dikesan cuba membuat penipuan berhubung dakwaan anaknya berusia dua tahun diculik dua lelaki beruniform polis selepas berlaku kejadian pemerasan di kawasan perumahan di Bandar Sri Sendayan di sini Isnin. ", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada wanita berusia 38 tahun itu pada pukul 9.15 malam.", "“Wanita itu menyatakan telah menerima panggilan telefon dari sebuah syarikat penghantaran barang dan kemudian didatangi dua lelaki menaiki motosikal seterusnya melarikan anak lelakinya yang berusia dua tahun. ", "“Suspek kemudian telah memeras ugut mangsa supaya menggadaikan barang kemas di sebuah kedai pajak gadai di Senawang di sini,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.", "Arifai berkata, hasil siasatan dan penelitian liputan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian mendapati perkara tersebut tidak berlaku.  ", "“Sebaliknya, mangsa telah dihubungi oleh seorang perempuan yang disyaki ‘scammer’ dengan meminta pengadu menggadaikan barang kemas dan memasukkan wang tunai ke dalam akaun yang diberi. ", "“Namun, mangsa telah berjaya menghubungi suaminya bagi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian,” katanya.", "Menurut Arifai, kes pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan atas kesalahan pemerasan. ", "“Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan melakukan siasatan kerana membuat laporan palsu dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui motif laporan awal itu selain siasatan kes penipuan. ", "“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan panggilan telefon daripada pihak yang tidak dikenali supaya tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya. ", "Beliau berkata, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Faizal Mohd. Zaini di talian 013-3613854 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban 06-6033222.", "Terdahulu, tular satu laporan yang mendakwa dua lelaki beruniform polis mengacu pistol ke arah seorang kanak-kanak sebelum dikatakan menculiknya. ", "Suri rumah buat laporan palsu anak diculik disiasat"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/16/pbs-star-minimpuun-pibabarasan-pinotomod-kapaharaan-pihunungan-pisokodungan/", "headline": "PBS, STAR minimpuun pibabarasan pinotomod kapaharaan pihunungan, pisokodungan", "content": ["Lansanon PBS om STAR guminambar id pinibabarasan doid Kota Kinabalu do totuong tadau Kotolu.", "KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) om Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) nokosigampot piupakatan montok monimpuun pibabarasan pinotomod kapaharaan pihunungan om pisokodungan id pialatan goduduo parti.", "Monunurat Agayo PBS, Datuk Julita Majungki om Monunurat Agayo STAR, Datuk Edward Linggu id kointalangan goduo di tadau baino’ diti minoboros, pibabarasan pinotomod nopo dilo’ nga’ mimpau kumaa hal ngaawi’ id siriba’:", "Montok monumboyo’ kopokionuan nayatan siriba’ i orohian kokito goduduo parti popiromut pisokodungan ogirot om po’ompus montok pisompuruan mogigiyon orukut tinaru.Sabaagi kotilombuson kumaa atag i nokoowit kumaa inggisaman id kawas pogulu Pomilian Agayo Pogun (PRN) di 2020.Montok monginggirot po do ginaras om sokodung kumaa Gabungan Rakyat Sabah (GRS).", "Montok monumboyo’ kopokionuan nayatan siriba’ i orohian kokito goduduo parti popiromut pisokodungan ogirot om po’ompus montok pisompuruan mogigiyon orukut tinaru.", "Sabaagi kotilombuson kumaa atag i nokoowit kumaa inggisaman id kawas pogulu Pomilian Agayo Pogun (PRN) di 2020.", "Montok monginggirot po do ginaras om sokodung kumaa Gabungan Rakyat Sabah (GRS).", "Ka diolo’, piupakatan montok monimpuun pibabarasan pinotomod diti nosigampot id pinirubaan pialatan lalansanon goduduo parti dilo’ di ko 15tw Kohopod om Iso’ 2023.", "“Goduduo parti minanahak tonggungan kumaa limo lansanon minongobi’ parti sopipoopori id pinibabarasan dilo’,” ka diolo’.", "PBS obian di Julita, Luguan Kopointalangan, Datuk Joniston Bangkuai; Luguan Tinimungan Koonduan, Datin Malianah Ugau om i Luguan Tinimungan Komulakan, Christopher Mandut.", "Naamot STAR obian di Timbang Presiden/Potunud Strategik, Dr. Paul Porodong; Edward Linggu; Luguan Kopointalangan, Datuk Jalumin Bayogoh; Luguan Tinimungan Koonduan, Datuk Flovia Ng. Om i Luguan Tinimungan Komulakan, Kong Soon Choi.", "Ka diolo’, mitingan pinotomod kumoiso’ pohoroon id timpu toruhai."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/02/warga-labuan-bersyukur-beli-beras-import-pada-harga-rahmah/", "headline": "Warga Labuan bersyukur beli beras import pada harga Rahmah", "content": ["Simsudin (dua dari kiri) bersama warga Labuan semasa meninjau Program Jualan Rahmah", "LABUAN: Warga Labuan yang ditemui menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang membeli beras import dengan harga yang lebih rendah dalam Program Jualan Rahmah.", "Menurut Selmah Jumaan, 53 mengucapkan terima kasih kepada pihak peniaga yang menyertai program itu kerana memberi peluang kepada warga Labuan mendapatkan pelbagai barangan keperluan terutama beras pada harga yang lebih rendah.", "“Terima kasih kepada pihak yang menyertai Program Jualan Rahmah kerana kami dapat menjimatkan perbelanjaan lebih-lebih lagi saya sebagai peniaga kecil yang menghadapi pelbagai cabaran seperti peningkatan kos bahan mentah seperti beras.", "“Harga barangan pada Jualan Rahmah memang memuaskan dan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat Labuan,”tambahnya semasa ditemui media pada program itu di salah satu pasaraya di sini semalam.", "Bagi Awang Damit Putih, 72 berharap warga Labuan tidak melepaskan peluang untuk membeli barangan keperluan semasa Program Jualan Rahmah berlangsung.", "“Saya menyeru orang-orang Labuan untuk membeli pelbagai barangan keperluan seperti beras, telur ayam dan gula di pasaraya-pasaraya yang menyertai program ini.", "“Saya harap program ini dapat diteruskan dengan lebih kerap bagi membantu masyarakat khasnya bagi yang kurang berkemampuan,”katanya.", "Nur Syafiraa Abu 22 turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang mengambil inisiatif menyenaraikan beras import sebagai salah satu barangan yang dijual dalam Program Jualan Rahmah.", "“Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Madani kerana menganjurkan Jualan Rahmah lebih – lebih lagi ketika kenaikan harga beras import dan ini membantu mengurangkan perbelanjaan isi rumah kami.", "“Saya harap lebih banyak peniaga yang akan menyertai program ini untuk membantu meringankan beban rakyat di pulau ini,”katanya lagi.", "Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek yang membuat tinjauan pada program itu turut menarik nafas lega dengan penjualan beras import pada harga yang lebih rendah.", "“Alhamdulillah kita dapat melihat rakyat berpeluang membeli beras import dengan harga RM 14.50 berbanding sekitar RM 22.00 bagi beras 5 kilogram dan RM 29.00 untuk beras 10 kilogram berbanding harga biasa iaitu sekitar RM 36.00.", "“Saya percaya pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan terus mengadakan Program Jualan Rahmah khasnya pada awal dan hujung bulan berdasarkan keperluan semasa,”jelasnya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/10/grs-mampu-cipta-kejutan-di-lamag-prn-akan-datang-masiung/", "headline": "GRS mampu cipta kejutan di Lamag PRN akan datang – Masiung", "content": ["Masiung (dua dari kanan) dan Abu Bakar menunjukkan sijil pendaftaran Gagasan Rakyat Bahagian Lamag sambil diperhatikan oleh Juhari (kiri) dan Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Lamag, Johaiinizam Haji Johari.", "KINABATANGAN: Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah yakin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu mencipta kejutan dengan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.", "Beliau menyifatkan kemunculan parti tempatan itu merupakan jajaran baharu untuk warga Lamag bangkit mengambil pendekatan drastik menerusi Gagasan Rakyat.", "Beliau berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Lamag yang diketuai oleh Abu Bakar Gapar di Dewan Sri Lamag, di sini, kelmarin.", "Masiung berkata, tahun 2023 menyaksikan kebangkitan ketara ledakan politik Sabah bersandarkan sambutan luar biasa rakyat kepada parti tempatan itu yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "“Berdasarkan sambutan positif menerusi perhimpunan pada hari ini, saya percaya akan ada perubahan baharu menyusul di kawasan Lamag menjelang PRN akan datang,” katanya.", "Beliau turut menasihati kepimpinan Gagasan Rakyat Lamag agar tidak bergerak secara bersendirian melainkan mewujudkan muafakat bersama parti-parti komponen GRS di kawasan itu.", "Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sukau, Datuk Juhari Janan turut hadir sebagai pemerhati pada mesyuarat agung tersebut."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/26/leher-jinjang-barbie-botox-jadi-kegilaan-di-tiktok/", "headline": "Leher jinjang ‘Barbie Botox’ jadi kegilaan di TikTok", "content": ["Isabelle Lux menunjukkan perbezaan pada lehernya selepas mendapatkan suntikan Barbie Botox.", "TALLAHASSEE: Suntikan kosmetik ‘Barbie Botox’ kini dilaporkan semakin hangat diperkatakan warga net selepas trend terbaharu rawatan kosmetik itu tular di laman sosial TikTok baru-baru ini.", "Trend itu melibatkan prosedur suntikan ke dalam otot trapezius untuk mendapatkan leher jinjang dan langsing seakan karakter Barbie.", "Menurut Utusan Malaysia, suntikan itu tular selepas didedahkan oleh seorang pempengaruh, Isabelle Lux, 32, yang menjalani prosedur tersebut lebih sebulan lalu untuk kelihatan cantik di hari perkahwinannya.", "Video #Barbie Botox yang memperincikan rawatan tersebut kini dilaporkan menerima lebih tujuh juta tontonan di TikTok dengan spa dan klinik kecantikan turut mempromosikan suntikan tersebut kepada pelanggan di media sosial.", "Prosedur tersebut asalnya direka sebagai cara untuk melegakan otot yang terlalu banyak bekerja hingga menyebabkan ketegangan leher yang menyakitkan dan juga migrain.", "Lux berkata, kos rawatan itu mencecah AS$1,200 (RM5,569) namun memberi amaran prosedur berkenaan menyebabkan dia terpaksa berhadapan dengan kesakitan serta kekakuan di bahunya, malah kesan visual yang diperoleh tidak berlaku dalam sekelip mata.", "“Apabila neurotoksin disuntik ke dalam setiap otot trapezius di bahagian bawah leher, ia memotong sambungan ke saraf dan melumpuhkan otot buat sementara waktu. Lama-kelamaan leher dan bahu menjadi langsing seakan anak patung.", "“Tetapi anda perlu merujuk pakar bedah atau doktor perubatan. Jika anda tidak mendapatkan suntikan di tempat yang betul, saya mengatakan secara jujur ia tidak berbaloi,” tegasnya.", "Leher jinjang ‘Barbie Botox’ jadi kegilaan di TikTok"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/26/dituduh-kebaratan-kasih-iris-leona-enggan-peduli-komen-jahat-netizen/", "headline": "Dituduh kebaratan, Kasih Iris Leona enggan peduli komen jahat netizen", "content": ["KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona tidak terkesan meskipun sering dihujani kecaman gara-gara gaya hidup dan cara pemaikaiannya yang kebaratan.", "Menurut Utusan Malaysia, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini berkata, komen-komen negatif di media sosial tidak perlu dilayan kerana tindakan itu hanya akan membawa kepada kemudaratan.", "“Netizen berhak berkata apa yang mereka mahukan. Saya tidak kisah, sebab saya tidak kenal mereka.", "“Komen negatif netizen tidak relevan untuk saya. Sebab itu saya tidak membaca, apatah lagi membalas di media sosial. Hidup jadi lebih tenang.", "“Berdiam lebih baik, jangan sesekali memberi respons kerana ia hanya membuka lebih banyak ruang kepada netizen untuk mengecam,” tegasnya.", "Dalam masa yang sama, kata Leona, bapanya sering menasihatkan agar tidak mengambil pusing terhadap komen jahat netizen dan mengingatkan perkara itu sebagai lumrah hidup orang terkenal.", "“Bukan baru semalam saya dikecam. Lepas tamat persekolahan lagi saya sudah hadap perkara ini hanya disebabkan saya anak seorang aktor terkenal.", "“Saya kurang pasti kenapa saya dikecam. Dulu, apabila tersepit antara kontroversi, saya tampil menyerang balas komen di media sosial.", "“Sehinggalah bapa saya sendiri yang nasihatkan, terima secara terbuka komen negatif orang kerana ia sebahagian rencah hidup orang terkenal.", "“Kita akan disayangi dan pada masa yang sama, dibenci. Kenapa perlu hiraukan haters sekiranya anda lebih bahagia dengan mereka yang menghargai dan menyayangi anda,” tambahnya.", "Dituduh kebaratan, Kasih Iris Leona enggan peduli komen jahat netizen"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/03/twitter-hadkan-jumlah-ciapan-boleh-dibaca-pengguna-dalam-sehari/", "headline": "Twitter hadkan jumlah ciapan boleh dibaca pengguna dalam sehari", "content": ["Elon Musk", "LONDON: Twitter mengehadkan jumlah ciapan yang boleh dibaca oleh pengguna setiap hari dalam usaha mengurangkan tahap manipulasi data dan sistem laman itu.", "Sekatan berkenaan diumumkan Pemilik Twitter, Elon Musk Jumaat lalu namun menurut laman web Downdetector yang menjejaki gangguan dalam talian, tindakan itu menyebabkan lebih 7,500 pengguna berdepan masalah menggunakan perkhidmatan media sosial tersebut sejak Sabtu.", "Menurut Utusan Malaysia, keadaan itu menyebabkan hashtag #TwitterDown sohor kini di kebanyakan kawasan di seluruh dunia.", "hashtag #TwitterDown", "Bagaimanapun, lapor Al Jazeera, jumlah pembaca yang terkesan disifatkan masih agak kecil berbanding lebih 200 juta pengguna Twitter di seluruh dunia.", "Al Jazeera", "Musk pada mulanya berkata, akaun yang disahkan akan dihadkan kepada 6,000 siaran sehari, manakala pengguna yang tidak disahkan akan dihadkan kepada 600 siaran sehari.", "Akaun baharu yang belum disahkan pula dihadkan kepada hanya 300 siaran sehari.", "Musk kemudian meningkatkan had bacaan sementara kepada 10,000 siaran sehari untuk pengguna yang disahkan manakala 1,000 siaran sehari dibenarkan kepada akaun yang tidak disahkan dan 500 siaran sehari pula bagi pengguna baharu yang belum disahkan.", "Dalam ciapannya, Musk menyifatkan sekatan baharu itu sebagai langkah sementara yang terpaksa diambil kerana pihaknya mendapati banyak data dirompak sehingga menjejaskan perkhidmatan untuk pengguna biasa.", "Musk yang membeli Twitter pada harga AS$44 bilion (RM205.5 bilion) tahun lalu sebelum ini turut menyatakan rasa tidak senang dengan firma kecerdasan buatan seperti OpenAI yang memiliki aplikasi ChatGPT kerana menggunakan data daripada Twitter untuk melatih model bahasa bagi kecerdasan buatan (AI) mereka.", "Twitter hadkan jumlah ciapan boleh dibaca pengguna dalam sehari"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/06/lelaki-mesir-pecah-rekod-berenang-dengan-tangan-bergari/", "headline": "Lelaki Mesir pecah rekod berenang dengan tangan bergari", "content": ["Shehab Allam gembira selepas berjaya memecahkan Rekod Dunia Guiness acara berenang dengan tangan bergari di Teluk Arab.", "KAHERAH: Seorang perenang Mesir berjaya menguji kemahirannya dan memecahkan Rekod Dunia Guinness apabila mampu berenang sejauh lebih 11.65 kilometer (km) dengan tangan yang bergari.", "Shehab Allam merangkul gelaran Rekod Dunia Guinness untuk acara berenang dengan tangan bergari paling jauh apabila dia berjaya menyempurnakan renangan tersebut di perairan terbuka di Teluk Arab.", "Shehab memecahkan rekod sebelumnya sejauh 8.6 km yang dicatatkan oleh perenang Amerika Syarikat (AS), Benjamin Katzman pada tahun 2021.", "Menurut Utusan Malaysia, UPI melaporkan, lelaki berusia 31 tahun itu mengambil masa kira-kira enam jam untuk memecahkan rekod dicipta Benjamin.", "“Semasa latihan, ramai yang memandang pelik apabila melihat saya berenang dengan tangan bergari. ", "“Untuk mengelak daripada terus menarik perhatian ramai, saya memilih berenang di kawasan yang lebih tenang, biasanya berhampiran garisan had pantai, walaupun masih menerima beberapa pandangan sinis pengunjung sekitar,” katanya.", "Menurut Shehab, dia akan berusaha lebih keras untuk memecahkan rekodnya sendiri, kerana  masih menyempurnakan teknik dipanggil tarikan dua lengan dan kuak sisi yang diubah suai.", "“Perasaan menjadi antara elit yang memecahkan rekod membuatkan saya merasa seolah menjadi adiwira, malah mendorong saya untuk mengekalkan kedudukan dalam rekod selama yang mungkin,” tambahnya.", "Lelaki Mesir pecah rekod berenang dengan tangan bergari"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/12/all-blacks-harap-penyokong-tak-nyanyi-lagu-zombie/", "headline": "All Blacks harap penyokong tak nyanyi lagu Zombie", "content": ["Pemain New Zealand bersedia membuktikan reputasi mereka sebagai juara dunia tiga kali apabila berdepan Ireland pada suku akhir Ragbi Piala Dunia di Paris, Sabtu ini. ", "PARIS: Juara dunia tiga kali, New Zealand mahu mengelak gangguan di dalam dan luar padang apabila menentang gergasi Eropah, Ireland pada suku akhir Ragbi Piala Dunia, Sabtu ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Lock All Blacks, Brodie Retallick berkata, pemain melihat kekalahan terakhir kepada pa­sukan No. 1 dunia itu di Wellington pada 2022 sebagai motivasi untuk bangkit di Stade de France hujung minggu ini.", "Lock All Blacks", "Retallick yang menjulang Piala Dunia bersama All Blacks di England pada 2015 dan menduduki tempat ketiga di Jepun pada 2019 berkata, tumpuan sepenuhnya perlu diberikan dalam pertembungan dengan Ireland.", "All Blacks", "“Anda berpotensi mendapat tekanan daripada papan mata, dan bahagian lain dalam perlawanan.", "“Anda tidak boleh terlalu terganggu dengan perkara itu dan kekalkan momentum sekarang. Saya telah melihat banyak pasukan bangkit daripada permulaan buruk.", "“Saya bernasib baik ketika menang pada 2015 dan kemudian tersingkir (separuh akhir empat tahun lalu), untuk merasai keperitan tidak berada di final.", "final.", "“Jadi rancangan kami adalah jelas untuk tidak lagi merasai kesakitan itu lagi pada hujung minggu ini,” kata Retallick.", "Bagaimanapun kata Retallick, Ireland bukan sahaja ­berada dalam prestasi terbaik mereka, malah menerima banyak soko­ngan sepanjang kejohanan itu.", "“Jika kami melakukan tugas dengan betul, ia akan membuatkan penyokong mereka ‘terkeluar daripada permainan’.", "“Namun itulah perkara hebat tentang sukan ini, bagaimana penyokong mampu memberi impak kepada pasukan.", "“Saya pernah dengar mereka nyanyi lagu The Cranberries (Zombie), ia lagu yang bagus tapi saya harap mereka tidak menyanyikannya Sabtu nanti,” katanya.", "The Cranberries", "Zombie", "All Blacks harap penyokong tak nyanyi lagu Zombie"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/17/berpelukan-di-kelab-malam-bcl-undang-kecaman/", "headline": "Berpelukan di kelab malam, BCL undang kecaman", "content": ["PETALING JAYA: Aksi penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari yang didakwa berpelukan dan saling berlaga pipi dengan lelaki dipercayai teman lelakinya, Tiko Aryawardhana di sebuah kelab malam mengundang kecaman warganet.", "Menerusi beberapa keping foto yang tular di media sosial, Bunga atau senang disapa, BCL kelihatan sedang bergembira dan menghabiskan masa bersama lelaki tersebut.", "Menurut Utusan Malaysia, kelakuan mereka mengundang rasa kurang senang warganet kerana aksi balu Allahyarham Ashraf Sinclair itu dianggap tidak sopan terutama sebagai contoh kepada anak lelakinya, Noah.", "Selain gambar yang dimuat naik BCL sendiri, warganet turut mengangkap layar beberapa hantaran daripada rakan pelakon My Stupid Boss itu yang berada bersamanya.", "Sebelum ini, BCL dikatakan sudah berani mempamerkan kemesraan dengan Tiko yang merupakan rakan pengajiannya termasuk ketika sambutan ulang tahun ke 40-nya.", "Malah, BCL dan Tiko juga dilihat meraikan lebaran tahun ini bersama keluarga dan sahabat-sahabat terdekatnya.", "Melihatkan kemesraan itu, rata-rata netizen mula mencipta spekulasi sendiri yang beranggapan BCL sudah membuka hatinya untuk cinta baharu selepas pemergian suaminya dua tahun lalu.", "Berpelukan di kelab malam, BCL undang kecaman"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/09/guru-celup-tangan-pelajar-bermasalah-dalam-air-panas/", "headline": "Guru celup tangan pelajar bermasalah dalam air panas", "content": ["Keadaan tangan seorang pelajar selepas gurunya mencelup tangannya ke dalam air panas dalam satu kejadian di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur. ", "FLORES TIMUR: Seorang guru mengaku salah kerana menghukum seorang pelajarnya dengan mencelupkan tangannya ke dalam air panas.", "Kejadian itu berlaku di sebuah sekolah asrama di Larantuka, Flores Timur, Nusa Tenggara Timur.", "Menurut Utusan Malaysia, guru tersebut yang dikenali sebagai NO berkata, hukuman itu pada mulanya bertujuan ‘membimbing’ pelajar itu yang didakwa mempunyai masalah disiplin.", "Hal ini kerana, ramai ibu bapa pelajar membuat aduan mengenai pelajar berkenaan yang sering mengganggu rakan-rakannya di asrama.", "“Pada mulanya, saya memanggil pelajar itu untuk bertanyakan tentang aduan ibu bapa pelajar lain yang memaklumkan almari anak mereka dibongkar sehingga menyebabkan beberapa barangan hilang.", "“Pelajar itu tidak mengakui apa-apa dan untuk menguji jika dia bercakap benar atau tidak, saya ugut dia untuk celupkan tangan ke dalam air panas.", "“Saya cuba berikan hukuman lain, namun masih ramai pelajar tidak mendengar kata dan melakukan kesalahan,” katanya.", "Guru itu juga memaklumkan, dia tidak menyangka tangan pelajar tersebut bengkak dan melecur selepas dicelup ke dalam air panas.", "“Saya memohon maaf berhubung insiden yang berlaku. Saya akui tindakan saya dalam mendisiplinkan pelajar sangat keterlaluan.", "“Saya sedar, cara itu masih tidak menjadikan pelajar saya seorang yang baik, malah mungkin lagi memberontak dan menjadi pendendam.", "“Saya juga bersedia menerima tindakan undang-undang,” ujarnya.", "Terdahulu, ibu bapa pelajar tersebut membuat laporan polis selepas tangan anak mereka cedera akibat dicelup dalam air panas oleh suspek.", "Guru celup tangan pelajar bermasalah dalam air panas"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/22/100-jemaah-hadiri-program-jiwa/", "headline": "100 jemaah hadiri Program JIWA", "content": ["Supian (kiri) bersama sidang jemaah mengamati isi kuliah yang disampaikan.", "KOTA KINABALU: Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Daerah Kota Kinabalu berjaya menarik kehadiran lebih 100 jemaah.", "Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu itu diadakan di Surau Al Muhajirin, Kuarters Kerajaan Persekutuan KM 5 dan dihadiri jemaah qariah dari kawasan berhampiran kuarters berkenaan. ", "Usai solat Maghrib, wakil dari Pusat Tahfiz Al-Istiqamah, Mohd Salehuddin Akhbar menyampaikan kuliah maghrib bertajuk, “Ihya Ramadan”. Turut hadir di majlis tersebut, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/03/%e6%98%86%e9%81%94%e5%b1%b1%e7%94%98%e6%a6%9c%e5%9c%9f%e5%b4%a9-12%e6%88%b6%e5%ae%b6%e5%ba%ad%e5%8f%97%e4%bf%83%e6%92%a4%e9%9b%a2/", "headline": "昆達山甘榜土崩 12戶家庭受促撤離", "content": ["(蘭瑙三日訊)昆達山甘榜Lembah Permai日前發生土崩事件,受影響的12個當地家庭受促搬遷到更安全的地方。", "副首長兼昆達山州議員拿督佐津表示:「如果情況還是不安全,他們受促盡快搬到更安全的地方。」", "昆達山地處高地,極易發生土崩事件,並時常經歷地面運動。", "日前,該甘榜發生了土崩事件,其中12戶家庭情況較為嚴重。與此同時,其他居民受促保持警惕。", "也是沙巴地政及房屋部長的拿督佐津,建議所有居民隨時與當局合作。", "他還感謝蘭瑙縣議會官員兼災委會主席朱曼主持的所有機構的合作和所執行的任務。", "同時,朱曼說,由於發生大雨,一個斜坡上的土壤被雨水衝擊形成泥石流。", "他解釋說,這一層不斷經歷土壤運動,將岩石碎片和土壤堆積然後形成土崩事件。", "因此,他說,根據與災委會的綜合監測,建議受影響地區的居民隨時做好準備,並在必要時撤離。", "他補充說,正在努力為受影響的村民尋找新的安置地點。", "此外,村長必須每5小時向災委會匯報最新的消息。", "朱曼也感謝民防部隊和消拯局的配合,也希望該甘榜的受影響居民可以順利搬離。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/20/bas-persiaran-bawa-pelancong-kemalangan/", "headline": "Bas persiaran bawa pelancong kemalangan ", "content": ["Keadaan bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 375.4, LPT2 selepas Hentian Rawat dan Rehat Bukit Besi, Dungun, Terengganu.", "DUNGUN: Hasrat sekumpulan 30 pelancong dari Tampin, Negeri Sembilan bercuti ke Pulau Redang, Setiu bertukar tragedi apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 375.4, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas Hentian Rawat dan Rehat Bukit Besi, dekat sini, pagi kelmarin. ", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kemalangan melibatkan bas yang dinaiki 32 individu termasuk seorang pemandu bas dan pemandu pelancong itu berlaku kira-kira pukul 5.20 pagi. ", "“Setakat ini, seorang wanita, iaitu Tan Poh Hwa, 42, maut di lokasi kejadian manakala tiga penumpang dan pemandu bas  berusia 26 tahun cedera parah menakala enam lagi penumpang cedera ringan. ", "“Kejadian dipercayai berlaku apabila bas yang datang dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu itu tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas merempuh besi pembahagi jalan. ", "“Bas tersebut kemudiannya terbalik di laluan bertentangan menyebabkan ada mangsa yang tersepit,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, pagi kelmarin. ", "Baharudin berkata, mangsa yang tersepit telah dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat dari Bandar Al Muktafi Billah Shah dan Kuala Berang. ", "“Mangsa yang cedera yang mana mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Hulu Terengganu dan Hospital Dungun untuk menerima rawatan manakala mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,” katanya. ", "Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. ", "Bas persiaran bawa pelancong bercuti di Pulau Redang kemalangan "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/10/759-lesen-perniagaan-baharu-dikeluarkan-di-kota-belud-dalam-lima-bulan-tahun-ini/", "headline": "759 lesen perniagaan baharu dikeluarkan di Kota Belud dalam lima bulan tahun ini", "content": ["Ruddy Awah (tengah) bersalaman dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.", "KOTA KINABALU: Pejabat Daerah Kota Belud telah mengeluarkan sebanyak 759 buah lesen perniagaan baharu dalam tempoh lima bulan tahun ini, kata Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Ruddy Awah.", "Katanya, Pejabat Daerah Kota Belud telah menerima sebanyak 1,259 permohonan lesen baharu daripada 24 Februari 2023 hingga 31 Julai 2023.", "Ini berdasarkan maklumat berkenaan bilangan permohonan lesen secara dalam talian yang diterima oleh Pejabat Daerah Kota Belud, kata", "Ruddy ketika menjawab pertanyaan Datuk Ewon Benedick (Kadamaian) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.", "Ewon bertanya kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar berapakah jumlah permohonan lessen perniagaan dan bilangan lesen perniagaan yang telah dikeluarkan di daerah Kota Belud, dan berapakah tempoh masa (hari) memproses pemohonan secara dalam talian bagi lesen perniagaan tersebut.", "Ruddy berkata, sekiranya dokumen lengkap dan dimuat naik dengan sempurna, pihak Pejabat Daerah Kota Belud mengambil tempoh masa satu hari bagi memproses permohonan lesen dalam talian tersebut."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/28/wanita-cedera-terkena-peluru-sesat-di-kemaluan/", "headline": "Wanita cedera terkena peluru sesat di kemaluan", "content": ["Imbasan CT menunjukkan peluru tersebut tersekat di bahagian kemaluan wanita itu. ", "MOGADISHU: Seorang wanita di Somalia terpaksa menjalani pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan peluru sesat yang tersekat di bahagian kemaluannya.", "Menurut Utusan Malaysia, Daily Mail melaporkan, wanita berusia 24 tahun itu dikejarkan ke hospital selepas sebutir peluru bersaiz dua sentimeter (cm) secara tiba-tiba menembusi siling rumah semasa dia sedang berehat di ruang tamu.", "Daily Mail", "Wanita yang identitinya disembunyikan terpaksa menahan kesakitan selama sejam sebelum menerima rawatan.", "Imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) menunjukkan peluru itu `menghinggap’ di bahagian kemaluan selepas terkena tembakan itu.", "Beberapa gambar menampilkan kecederaan ngeri dialami wanita itu disiarkan dalam International Journal of Surgery Case Reports.", "International Journal of Surgery Case Reports.", "Malah, pasukan doktor menganggap kes terbabit adalah yang pertama seumpamanya.", "“Setakat pengetahuan kami, kes ini adalah unik kerana peluru itu tersekat di bahagian kemaluan wanita itu,” jelas doktor itu.", "Wanita itu menerima rawatan di Hospital Erdogan di Mogadishu dan tarikh kejadian tidak didedahkan oleh doktor dalam laporan kes.", "Setibanya di hospital, wanita itu memberitahu pakar obstetrik dan ginekologi bahawa ketika kejadian dia sedang duduk berehat di ruang tamu.", "Wanita itu dibenarkan pulang sehari selepas selamat menjalani pembedahan.", "Wanita cedera terkena peluru sesat di kemaluan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/22/%e9%9d%a0%e8%bf%91%e6%9d%b1%e5%8d%94%e6%9d%b1%e9%83%a8%e5%a2%9e%e9%95%b7%e5%8d%80-%e6%b2%99%e6%9d%b1%e6%b5%b7%e5%b2%b8%e5%8f%af%e6%88%90%e7%b6%93%e6%bf%9f%e6%a8%9e%e7%b4%90/", "headline": "靠近東協東部增長區 沙東海岸可成經濟樞紐", "content": ["(亞庇廿二日訊)沙巴首長拿督斯里哈芝芝表示,沙巴政府已將沙巴東海岸確定為新的經濟成長中心,因為它靠近其他東協東部增長區(EAGA)。", "「沙棕油綜合工業區有限公司等機構,已將其工業園和海港設定在拿篤,也就是東合東部經濟成長區物流樞紐。」", "他是昨晚在沙巴國際博覽會的歡迎晚宴和沙巴國際博覽會正式開幕式上表示:「我們還計劃建立一所海事學院,以支持EAGA的海事經濟,並建立一個海上交通樞紐,以增強EAGA之間的連結性。」", "首長的講稿由財長拿督斯里馬希迪代讀。", "哈芝芝重申,作為汶萊-印尼-馬來西亞-菲律賓東協東部增長區(BIMP-EAGA)的一部分,沙巴處於戰略位置。", "「隨著BIMP-EAGA明年慶祝成立30週年,我們應該考慮它的潛力。」", "「在很多領域都可各國可跨界合作,如運輸、能源、貿易及投資、資訊工藝、農漁業、旅遊、環境、社會文化和教育等。」", "「除了汶萊,其他的經濟成長區成員都遠離他們國家的首府,如雅加達和馬尼拉,所以沙巴是貿易和投資的理想門檻。」", "首長表示,印尼在東加里曼丹建立新首都努桑塔拉,將增強沙巴的優勢。", "「投資者湧入婆羅洲將促進經濟成長。沙巴政府相信,國內外投資者可以探索這個擁有超過7000萬人口且不斷增長的市場。」", "同時,哈芝芝表示,沙巴有信心獲得更多高影響力的投資,並進一步超越今年上半年批准的90億令吉投資。", "「去年,沙巴的貿易額達到創紀錄的1,181億令吉,而2021年為872億令吉。我們當然希望看到更多投資者來到沙巴創造更多惠及所有人的企業。」", "哈芝芝保證,根據沙巴進步繁榮大藍圖,沙巴對成長的承諾是完整的,並將繼續推動基於農業、工業和旅遊業以及旅遊業三大增長支柱的發展議程。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/04/dasar-rangka-akta-ekonomi-gig-dijangka-dua-minggu-lagi/", "headline": "Dasar rangka akta ekonomi gig dijangka dua minggu lagi", "content": ["BUTTERWORTH: Kementerian Sumber Manusia (KSM) dijangka memperoleh dasar bagi merangka akta berkaitan industri ekonomi gig dalam tempoh dua minggu.", "Menterinya, V. Sivakumar berkata, sehingga kini masih belum ada sebarang akta mahupun undang-undang yang digariskan untuk memberi perlindungan kepada pekerja ekonomi gig meliputi perkhidmatan penghantaran makanan p-hailing dan e-hailing.", "“Oleh yang demikian, KSM sedang merangka dasar dan polisi untuk melihat bagaimana kerajaan boleh membantu supaya pekerja gig tidak didiskriminasi majikan.", "“Dasar sedang dirangka dan mungkin dalam seminggu dua lagi, garis panduan itu akan saya terima.", "“Jika diikutkan, memang kita sudah bincang garis panduan untuk pekerja ekonomi gig secara kasar dan ia akan diteliti secara terperinci sebelum kita buat keputusan berikutnya,”katanya.", "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang meminta KSM merangka akta khas bagi membela nasib pekerja industri ekonomi gig.", "Terdahulu, Sivakumar ditemui pada Majlis Penutup Karnival Kerjaya MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Peringkat Pulau Pinang di Butterworth Arena, di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, Sivakumar berkata, pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya membuat satu akta yang mana ia tidak menjadi minat kepada majikan dan pekerja itu sendiri.", "“Ia bukan kerja mudah dan akan ambil masa yang lama kerana jika kita dengar pandangan mereka, tidak semua bersetuju sektor itu dikawal oleh mana-mana pihak.", "“Disebabkan itu buat masa sekarang, kita rangka dasar dahulu, kemudian kita akan kaji secara lebih teliti dan terperinci sama ada nak buat undang-undang ini atau tidak,” katanya. ", "Dasar rangka akta ekonomi gig dijangka dua minggu lagi"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/03/36-pengunjung-termasuk-warga-emas-oku-terperangkap-di-menara-taming-sari/", "headline": "36 pengunjung termasuk warga emas, OKU terperangkap di Menara Taming Sari", "content": ["Mangsa terperangkap lebih setengah jam dalam pelantar menara tinjau di Menara Taming Sari, Melaka pada ketinggian 60 meter, kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin. – Gambar hiasan", "MELAKA: Seramai 36 pengunjung Menara Taming Sari di sini berdepan detik cemas apabila terperangkap lebih setengah jam dalam pelantar menara tinjau pada ketinggian 60 meter, kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin.", "Bagaimanapun, kesemua mangsa yang terdiri daripada 26 dewasa, lapan kanak-kanak, seorang warga emas dan seorang orang kurang upaya (OKU) berjaya turun dengan selamat.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Azlan Abidin mengesahkan insiden berkenaan dan memaklumkan, mangsa berjaya diselamatkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tanpa sebarang kecederaan.", "Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu laporan teknikal penuh berhubung kejadian itu.", "“Pelantar menara tinjau itu telah tersangkut pada ketinggian 60 meter ketika ia sedang turun ke bawah. Orang ramai tidak perlu bimbang, sekiranya pemeriksaan dapati tiada apa-apa yang serius, operasi menara akan berjalan seperti biasa.", "“Pasukan penyelenggara telah mengambil langkah penyelamatan awal dengan menggunakan motor sokongan untuk menurunkan pelantar terbabit dan kesemua mereka berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat dengan bantuan pihak bomba,” katanya kepada pemberita.", "Dalam pada itu. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Penguasa Bomba Kanan II Abd. Rahim Ismail berkata, panggilan kecemasan diterima pukul 5.58 petang dan sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera serta Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.", "“Pasukan tiba pada pukul 6.05 petang dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa 5 minit. Insiden itu dipercayai berpunca daripada kerosakan sistem menara dan ketika itu kita bimbang mangsa mengalami kekurangan oksigen kerana kejadian dikatakan berlaku sekitar 5.30 petang sebelum ia dilaporkan kepada pasukan penyelamat,” katanya. ", "36 pengunjung termasuk warga emas, OKU terperangkap di Menara Taming Sari"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/18/beri-kerjasama-erat-kepada-para-pemimpin-gereja/", "headline": "Beri kerjasama erat kepada para pemimpin gereja", "content": ["Abidin (tengah) bersama Rev Fr Ambrose dan lain-lain semasa menyambut upacara tersebut.", "RANAU: Umat Kristian di daerah ini diminta agar memberikan kerjasama erat kepada para pemimpin agama seperti Gembala, Pastor dan Paderi di sini supaya penjagaan iman dapat dijalankan dengan lancar dan lebih effektif.", "Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir yang juga ADUN Paginatan berkata, di kalangan pemimpin agama Kristian di daerah, walaupun mereka adalah Bumiputera tempatan, tetapi bukan berasal dari Ranau.", "“Justeru, mereka memerlukan kerjasama erat dan solidariti dari kita semua umat Kristian bagi melancarkan lagi pelayanan iman mereka, terutama di kawasan-kawasan kampung yang jauh di daerah ini.", "“Ada sebahagian daripada pimpinan gereja kita tidak begitu mengetahui lokasi-lokasi gereja dan rumah ibadat di kawasan ini, dan menjadi peranan kita untuk membantu mereka menyesuaikan diri di sini,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Upcara Sambutan Paska dan Sambutan Rev Fr Ambrose Atang sebagai Paderi Paroki Ranau yang baharu, yang diadakan di Gereja St Peter the Apostle, Paginatan, di sini, Ahad. ", "Menurut Abidin, umat-umat Kristian Katolik di sini harus bersyukur kerana diberikan Paderi Paroki yang baharu yang berasal dari Kampung Nagapas, Papar untuk melayani di daerah ini.", "“Walaupun daripada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB), saya masih ingat pengalaman waktu kecil di mana kami belajar di Sekolah Mission yang dipimpin oleh para paderi dari Barat yang memberikan pembelajaran yang baik kepada kami.", "“Pada hari ini kita bersyukur kerana ramai di kalangan masyarakat tempatan sendiri yang telah ditahbiskan menjadi para gembala umat-umat di Saabah, khususnya di daerah Ranau.", "“Saya menyeru kepada jemaat-jemaat, khususnya di kawasan Paginatan agar memberikan bantuan serta kerjasama yang erat kepada Fr Ambrose dalam pelayanannya di sini,” katanya.", "Sementara itu, Abidin turut memberi jaminan bahawa laluan-lauan seperti jalan raya serta jambatan yang rosak di kawasan tersebut akan sentiasa diberikan tumpuan dan usaha untuk dibaiki.", "Ini kata beliau, bagi memudahkan perjalanan semua penduduk, termasuk juga para pemimpin-pemimpin gereja di sini yang kerap berkunjung ke kampung-kampung yang jauh.", "Dalam masa yang sama, kata beliau, usaha bagi mendirikan sebuah pekan kecil di Paginatan masih lagi diteruskan dan kini ia pada peringkat penelitian oleh agensi pelaksana iaitu Lembaga Perumahan dan Perancang Bandar (LPPB).", "Turut hadir ialah Pengerusi Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan (Ko-Nelayan) Sabah, Kong Soon Choi, Pengerusi Majlis Pastoral Paroki (MPP) Ranau, Verus Pinol dan lain-lain."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/01/pembukaan-kampus-insken-sarawak-sabah-selari-fokus-tambahan-untuk-malaysia-timur/", "headline": "Pembukaan kampus INSKEN Sarawak, Sabah selari fokus tambahan untuk Malaysia Timur", "content": ["Ewon (tengah) semasa melawat pameran. ", "KUCHING: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, pembukaan kampus baharu Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) di Sarawak selari fokus tambahan untuk Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).", "Beliau berkata, Kampus INSKEN Sarawak adalah cawangan kedua, selepas pembukaan Kampus INSKEN di Sabah pada Mei lepas dan ibu pejabat di Cyberjaya Selangor. ", "“Sebelum tertubuhnya Kampus INSKEN Sarawak sememangnya INSKEN telah pun mengadakan pelbagai latihan dan program keusahawanan di Sarawak melibatkan 63 program dan sehingga kini jumlah keseluruhan peserta daripada Sarawak seramai 2784 orang dari tahun 2020 hingga tahun ini.", "“Manakala pada tahun ini, kita telah mengadakan 27 program di Sarawak setakat ini yang telah memberi manfaat kepada 865 orang dan INSKEN akan terus menganjurkan latihan ataupun program bimbingan keusahawanan tahun ini. ", "“Saya berharap dengan adanya kampus baharu ini, usahawan di Sarawak boleh mengambil bahagian daripada program-program yang disediakan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kampus INSKEN di Sarawak Plaza Shopping Complex, di sini, hari ini.", "Ewon berkata, pembukaan Kampus INSKEN di Sarawak juga bertepatan dengan usaha kementerian untuk memperkasa lebih ramai usahawan di negeri ini.", "“Saya berharap dengan adanya cawangan ini lebih ramai usahawan dan bakal usahawan di Sarawak merebut peluang mengikuti program latihan dan bimbingan yang disediakan oleh INSKEN,” katanya.", "Kampus INSKEN Sarawak dilengkapi bilik latihan yang boleh memuatkan 30 peserta dalam satu masa. Fasiliti lengkap yang disediakan memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan pembangunan usahawan selain kos efektif untuk menjalankan program latihan dan bimbingan.", "Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu Ewon berkata, kelebihan Kampus INSKEN di Sarawak adalah lokasi strategik di bandar memudahkan aksesibiliti kepada semua usahawan dan peserta program daripada kawasan sekitar. ", "“Ia juga memudahkan kerjasama bersama pihak berkepentingan tempatan, seperti agensi dan badan kerajaan.", "“INSKEN sememangnya dikenali sebagai agensi yang progesif dalam memperkasa usahawan di Malaysia. Keputusan bijak untuk membuka cawangan seterusnya di Sarawak bertepatan dalam memajukan ekosistem keusahawanan di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). ", "“Ini membuktikan faktor lokasi bukanlah menjadi penghalang untuk usahawan di Sarawak mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.", "Katanya lagi, Kementerian dan agensi sentiasa peka dengan keperluan usahawan termasuk pandangan yang diberikan pada sesi dialog bersama pemain industri Sabah dan Sarawak yang dijalankan baru-baru ini. ", "“Antara cadangan yang diberikan adalah supaya lebih banyak latihan keusahawanan bukan sahaja untuk koperasi tetapi usahawan kecil termasuk mikro dan informal dianjurkan di Sabah dan Sarawak. ", "“Hasilnya kini INSKEN sudah mula bertapak di kedua-dua negeri ini bagi terus membantu usahawan di sini,” katanya.", "INSKEN menyediakan pelbagai program latihan dan bimbingan untuk usahawan, antaranya Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC), INSKEN Start-Up Coaching, Program Bimbingan Pembangunan Produk dan Program Bimbingan Keuntungan Menu. ", "Ewon berkata, setakat September", "2023, INSKEN telah menjalankan sebanyak 27 program latihan dan bimbingan di Sarawak dan seramai 865 peserta daripada Sarawak telah mendapat manfaat program.", "“Dalam masa yang sama, INSKEN juga aktif menjalankan enam klinik usahawan di Sarawak seperti di Miri, Lundu, Kapit, Betong, Sarikei dan Sibu. Sejumlah 225 peserta menerima konsultasi percuma dalam sesi klinik usahawan yang dialankan,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/23/kabinet-negeri-akan-putuskan-cadangan-lppb-hadkan-tempoh-penyewaan-rumah-ppr/", "headline": "Kabinet Negeri akan putuskan cadangan LPPB hadkan tempoh penyewaan rumah PPR", "content": ["Hajiji mesra bersama peserta persidangan Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) pada majlis penutupan persidangan itu di Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu kelmarin.", "KOTA KINABALU: Kabinet Negeri akan membuat keputusan minggu depan berhubung cadangan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) meminta penyewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) lebih 10 tahun mengosongkan rumah mereka.", "Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, isu dan cadangan itu akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet Negeri untuk dibincang dengan teliti agar satu keputusan dapat diambil berhubung isu yang berbangkit.", "“Kita akan membawa isu ini ke Mesyuarat Kabinet Negeri minggu depan. Jadi kita akan buat keputusan. Walaupun ada teguran daripada pihak Jabatan Audit berhubung perkara ini, bagi saya kita berpendirian bahawa kita tidak boleh berbuat demikian (meminta penyewa lebih 10 tahun mengosongkan rumah).", "“Ini kerana mereka yang tinggal di rumah sewa PPR adalah mereka yang masih memerlukan tempat tinggal dan sebagainya.", "“Kita tunggu keputusan Kabinet Negeri minggu depan tetapi secara prinsipnya kita akan pastikan nasib mereka terbela”, katanya kepada media selepas merasmikan penutupan Persidangan Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) di Ming Garden Hotel, di sini, kelmarin.", "Hajiji menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil peserta Persidangan Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) pada majlis penutupannya di Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu, kelmarin.", "Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Haji Mohd. Arif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Haji Safar Untong.", "Hajiji mengulas notis yang dikeluarkan kepada penyewa yang sudah tinggal lebih 10 tahun di PPR untuk mengosongkan kediaman berikutan teguran Jabatan Audit Negara berhubung ketidakpatuhan had tempoh menyewa yang ditetapkan.", "Notis terbabit dikeluarkan LPPB untuk penyewa melebihi 10 tahun di beberapa PPR di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.", "Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri bersetuju mewujudkan Rumah Transit Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk golongan pelajar yang mencari kerja selepas tamat pengajian.", "Katanya, cadangan itu akan dipanjangkan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan supaya dapat diwujudkan di PPR yang sedang dalam pembinaan ketika ini.", "Hajiji menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil peserta Persidangan Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) pada majlis penutupannya di Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu, kelmarin.", "“Kita banyak lagi PPR yang belum siap seperti di Inanam. Jadi sebagai permulaan, kita maklumkan kementerian supaya menyediakan 50 unit contohnya daripada 1,000 unit dikhaskan untuk rumah transit ini dengan bayaran minimum,” katanya.", "Penyediaan rumah transit itu adalah antara cadangan yang dikemukakan peserta MPPS pada persidangan mereka kali ini, bertujuan meringankan beban graduan yang mencari kerja mendapatkan rumah dengan kadar sewa yang rendah.", "Terdahulu, Hajiji menekankan mengenai komitmen Kerajaan Negeri membangunkan modal insan sebagai antara perkara utama yang digariskan dalam pelan pembangunan Hala Tuju SMJ.", "Katanya, pelbagai insentif diwujudkan bagi membantu dalam pembangunan sektor berkenaan termasuk bantuan tunai kepada pelajar kurang berkemampuan apabila melanjutkan pelajaran dengan peruntukan yang besar setiap tahun.", "Beliau turut menyifatkan, program bersama pemimpin pelajar universiti dari Sabah sempena persidangan MPPS malam tadi sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan modal insan dalam hala tuju SMJ.", "Hajiji bersalam dengan peserta persidangan Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) pada majlis penutupan persidangan itu di Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu kelmarin.", "“Kita tidak boleh lari dalam modal insan ini kerana anak-anak kita inilah jadi pewaris kita pada masa akan datang. Kerana itulah tumpuan kerajaan kita membangunkan modal insan.", "“Program ini adalah cara kita mengembangkan minda pelajar universiti Sabah dan ini kali kedua diadakan. Sepanjang bersidang tiga hari di sini, banyak usul dikemukakan.", "“Saya lihat dan ambil perhatian serta tindakan mana-mana usul yang kita fikir perlu diutamakan kerana suara anak muda amat penting bagi Sabah. Kita bukan saja dengar suara dan pandangan badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan lain tapi suara golongan muda ini juga kita dengar dan beri keutamaan,” katanya.", "Katanya, Kerajaan perlu membantu golongan anak muda bagi memastikan mereka mempunyai kepakaran dan kemahiran yang diperlukan di Sabah melalui pengajian yang diikuti di universiti."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/22/suami-isteri-maut-anak-cedera-kereta-bertembung-bas-ekspres/", "headline": "Suami isteri maut, anak cedera kereta bertembung bas ekspres", "content": ["Keadaan kereta Perodua Myvi dipandu Che Ku Yusoff Ali Che Ku Embong yang remuk selepas bertembung dengan bas ekspres di Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus, Terengganu, kelmarin.", "KUALA NERUS: Sepasang suami isteri maut manakala anak perempuan mereka cedera selepas kereta dinaiki keluarga itu bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kampung Sungai Ikan, di sini, kelmarin.", "Mangsa yang maut adalah pemandu kereta jenis Perodua Myvi,  Che Ku Yusoff Ali Che Ku Embong, 52, dan isterinya, Siti Faridaf Ahmad, 46, dari Felda Belara, di sini.", "Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail, pemandu serta tujuh penumpang bas turut tercedera dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan Hospital Setiu dekat sini.", "Beliau berkata, kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah hari itu berlaku ketika bas ekspres tersebut dengan 30 penumpang termasuk pemandu dan kelindan menuju Kuantan, Pahang dari arah Kota Bharu, Kelantan", "“Sebaik tiba di Kilometer 21 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Sungai Ikan, kereta dipandu Che Ku Yusoff Ali dari arah bertentangan telah masuk ke laluan bas ekspres.", "“Akibat jarak yang terlalu dekat, pemandu bas ekspres berusia 51 tahun gagal mengelak lalu bertembung dengan kereta Perodua Myvi dinaiki keluarga malang tersebut.", "“Pemandu dan penumpang kereta yang juga suami isteri maut di tempat kejadian manakala anak perempuan berumur 18 tahun dirawat di HSNZ,” katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.", "Wan Mohd. Zaki menambah, pemandu bas ekspres terbabit juga mendapat rawatan di HSNZ, sementara tujuh orang penumpang dibawa ke Hospital Setiu untuk pemeriksaan lanjut.", "Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. ", "Suami isteri maut, anak cedera kereta bertembung bas ekspres"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/15/ajal-kali-pertama-tunggang-motosikal-pergi-bekerja/", "headline": "Ajal kali pertama tunggang motosikal pergi bekerja", "content": ["Keadaan motosikal mangsa dan kereta yang terlibat dalam kemalangan di KM 45 Jalan Klang-Teluk Intan berdekatan Mahkamah Majistret Kuala Selangor, Kuala Selangor, Selangor.", "KUALA SELANGOR: Perjalanan seorang pemandu lori yang kali pertama menunggang motosikal ke tempat kerjanya bertukar tragedi apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 45 Jalan Klang-Teluk Intan berdekatan Mahkamah Majistret Kuala Selangor di sini, kelmarin.", "Dalam kejadian pukul 7.15 pagi, lelaki berusia 43 tahun yang menunggang Modenas Kriss itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kemalangan itu melibatkan motosikal mangsa dan kereta Toyota Yaris dipandu wanita berusia 26 tahun.", "“Ketika kejadian mangsa sedang menuju ke sebuah kilang di Klang manakala wanita yang juga peniaga dalam perjalanan ke Teluk Intan, Perak.", "“Setibanya di lokasi, pemandu kereta itu dipercayai gagal mengelak motosikal mangsa yang keluar dari simpang tersebut. Kereta itu kemudian melanggar sisi kanan motosikal hingga menyebabkan mangsa terjatuh,” katanya kelmarin.", "Tambah beliau, lelaki itu kebiasaannya memandu kereta dan ia kali pertama menunggang motosikal untuk pergi bekerja.", "Jelas Ramli, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.", "“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Norasyikin Roslan di talian 010-2621743 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” ujarnya. ", "Ajal kali pertama tunggang motosikal pergi bekerja"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/14/unduk-ngadau-bukan-sekadar-ratu-cantik/", "headline": "Unduk Ngadau bukan sekadar ratu cantik", "content": ["Joanna menunjukkan baju tradisi KMDR-laporan/ ihsan Noorsiah Mahmud/Berry Tamin (Sabah)", "KOTA KINABALU (Malaysiaaktif): Unduk Ngadau bukan sekadar ratu cantik tetapi merupakan ikon bagi masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR).", "Menurut Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Negeri Sabah, Joanna Kitingan, seorang Unduk Ngadau dipilih berdasarkan beberapa kriteria mengikut legenda Huminodun.", "“Seorang Unduk Ngadau mestilah mempunyai keyakinan diri serta dapat mengorbankan diri dari segi kerja sukarelawan dan aktiviti kebajikan.", "“Selain itu, dapat menyampaikan maklumat tentang budaya seterusnya mempromosikan tempat menarik di Sabah,” kongsinya ketika ditemui di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), di sini baru-baru ini.", "Tambahnya, Unduk Ngadau juga merupakan duta Muzium Sabah bagi mempromosikan warisan budaya di negeri ini.", "“Saya berharap Unduk Ngadau dapat pergi jauh dalam kariernya atau sebagai ikon budaya yang boleh mempromosikan warisan budaya KDMR,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/10/wanita-maut-dilanggar-lori-kontena-ketika-di-bahu-jalan/", "headline": "Wanita maut dilanggar lori kontena ketika di bahu jalan", "content": ["Keadaan mangsa yang maut selepas dirempuh sebuah lori kontena di Kilometer 235.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Kuala Kangsar hari ini.", "KUALA KANGSAR: Seorang wanita maut dilanggar sebuah lori kontena di Kilometer 235.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.", "Menurut Utusan Malaysia, mangsa, B. Karthigayayini, 37, yang mengalami kecederaan parah disahkan maut di tempat kejadian.", "Difahamkan, kejadian berlaku ketika kereta jenis Honda Civic dinaiki mangsa dan dua individu lain berhenti di bahu jalan kerana mengalami kerosakan.", "Sebuah lori kontena tanpa muatan dikatakan telah melanggar mangsa yang ketika itu berada di sisi kereta tersebut.", "Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat kemalangan membabitkan dua buah kenderaan itu diterima pada pukul 5.23 pagi.", "“Kemalangan tersebut mengakibatkan seorang wanita disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.", "“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Tiada mangsa yang tersepit dalam kejadian itu dan pemantauan dilakukan di lokasi bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat,” katanya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/wanita-maut-dilanggar-lori-kontena-ketika-di-bahu-jalan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/wanita-maut-dilanggar-lori-kontena-ketika-di-bahu-jalan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/09/kurangkan-berat-beg-penumpang-japan-airlines-perkenal-perkhidmatan-sewa-baju/", "headline": "Kurangkan berat beg penumpang, Japan Airlines perkenal perkhidmatan sewa baju", "content": ["Kempen sewa pakaian bagi mengurangkan bagasi penumpang dilancarkan Japan Airlines Rabu lalu.", "TOKYO: Sebuah syarikat penerbangan Jepun melancarkan perkhidmatan sewa pakaian kepada penumpang bagi membantu mereka melakukan perjalanan dengan lebih selesa tanpa perlu membawa bagasi yang berat.", "Perkhidmatan yang digelar ‘Any Wear, Anywhere’ itu membenarkan penumpang menyewa sejumlah pakaian sebelum menaiki penerbangan, yang kemudiannya akan dihantar terus ke bilik hotel atau penginapan sewaan AirBnb mereka semasa ketibaan.", "Japan Airlines melancarkan skim itu Rabu lalu dengan harapan dapat meringankan bebanan beg penumpang sekaligus membuat pilihan mampan untuk mengurangkan pelepasan karbon dari pesawat.", "Menurut Utusan Malaysia, Daily Mail melaporkan, penumpang boleh menyesuaikan gaya pakaian mereka mengikut kesesuaian saiz tubuh dan majlis yang akan dihadiri sama ada ketika dalam perjalanan perniagaan atau percutian melalui pelbagai koleksi yang disediakan.", "Harga sewaan bagi satu set pakaian sekitar 4,000 hingga 7,000 yen (RM130-RM227) dan orang ramai boleh menyewa sehingga lapan busana berbeza selama dua minggu.", "Perkhidmatan itu akan dijalankan sebagai projek percubaan selama setahun dan tersedia kepada pelanggan antara 5 Julai lalu hingga Ogos 2024.", "Usaha berkenaan tercetus selepas bekas pegawai dasar tenaga Pejabat Presiden Amerika Syarikat (AS), Sam Brinton ditahan pihak berkuasa gara-gara didakwa berulang kali mencuri bagasi pakaian di lapangan terbang.", "Brinton membuat rayuan selepas ditangkap mencuri bagasi wanita dari Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid Las Vegas tahun lalu dan dipenjarakan selama 180 hari.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/07/kurangkan-berat-beg-penumpang-japan-airlines-perkenal-perkhidmatan-sewa-baju/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/07/kurangkan-berat-beg-penumpang-japan-airlines-perkenal-perkhidmatan-sewa-baju/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/30/sembilan-lelaki-didakwa-merusuh-guna-senjata/", "headline": "Sembilan lelaki didakwa merusuh guna senjata", "content": ["Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan melakukan rusuhan menggunakan senjata. ", "MELAKA: Sembilan lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin selepas didakwa melakukan rusuhan menggunakan senjata termasuk parang sehingga mendatangkan cedera parah di sebuah taman perumahan di Jasin.", "Menurut Utusan Malaysia, kesemua tertuduh, P. Kogilanathan, 24; A. Loges, 30; V. Megan, 26; R. Thiven, 26; D. Mahendran, 43; P. Thanabalan, 33; N. Murthy, 37; D. Thivendran, 33, dan M. Kugan, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.", "Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa telah merusuh menggunakan senjata parang, besi dan kayu hingga menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan badan.", "Perbuatan itu dilakukan pukul 12.33 tengah malam di persimpangan Taman Ayer Merbau dalam daerah Jasin pada 11 September 2023.", "Kesemua tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.", "Dalam pada itu, Kogilanathan turut dituduh menyebabkan kecederaan parah terhadap Mahendran dan Murthy, menggunakan sebilah parang iaitu senjata yang boleh menyebabkan kematian di tempat, masa serta tarikh sama.", "Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga didenda atau sebat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.", "Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Nora Yaacob mencadangkan jaminan RM15,000 dikenakan untuk setiap tertuduh dan RM25,000 bagi setiap pertuduhan tambahan terhadap Kogilanathan.", "Peguam Jason Anthony Ignasius, V. Segaran dan S. Amritpal Singh merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guam mereka bekerja sebagai pemandu lori dan pembantu kedai runcit, selain perlu menanggung keluarga.", "Mahkamah membenarkan jaminan RM7,000 bagi setiap tertuduh di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan RM12,000 bagi dua pertuduhan Seksyen 326 Kanun Keseksaan terhadap Kogilanathan.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2023/09/sembilan-lelaki-didakwa-merusuh-guna-senjata/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2023/09/sembilan-lelaki-didakwa-merusuh-guna-senjata/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/25/kerajaan-benar-guna-pelekat-beras-putih-import-ikut-harga-baharu/", "headline": "Kerajaan benar guna pelekat beras putih import ikut harga baharu", "content": ["Tular di media sosial berhubung pelekat pada BPI yang memaparkan harga lebih tinggi berbanding yang dicetak pada kampit asal beras itu.", "PUTRAJAYA: Kerajaan membenarkan penggunaan pelekat bagi perubahan harga baharu pada kampit beras putih import (BPI) yang dipamerkan untuk jualan.", "Menurut Utusan Makaysia, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan, bagaimanapun, kebenaran sementara ini hanya diberikan sehingga 30 November depan.", "Jelasnya, selepas tamat tempoh tersebut, pemborong hendaklah mengampitkan BPI di dalam kampit beras baharu yang mencatatkan perubahan harga terkini untuk dipasarkan ke peringkat peruncit.", "“Keputusan ini dicapai dalam sesi libat urus KPKM bersama pemain industri beras pada 13 September lalu ekoran pelarasan harga BPI oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada 1 September lepas.", "“Perkara ini diputuskan secara bersama dengan mengambil kira tempoh masa dan kos yang diperlukan oleh pihak pemborong beras untuk menggantikan kampit beras lama kepada kampit beras baharu,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "Pada 1 September lalu, Bernas menyelaraskan harga jualan BPI seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan sejajar dengan harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.", "Terdahulu tular di media sosial berhubung pelekat pada BPI yang memaparkan harga lebih tinggi berbanding yang dicetak pada kampit asal beras itu.", "KPKM memberitahu, keputusan kebenaran penggunaan pelekat sementara itu sudah dimaklumkan kepada semua pemegang Lesen Borong Beras dan Lesen Runcit Beras.", "Ini termasuk pihak pasar raya (hypermart) melalui surat edaran oleh Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras bertarikh 13 September lalu dan turut disalinkan kepada Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).", "“KPKM juga mengingatkan semua pemegang Lesen Borong Beras dan Lesen Runcit Beras untuk mematuhi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan peraturan peraturan yang dibuat di bawahnya,” katanya. ", "Kerajaan benar guna pelekat beras putih import ikut harga baharu"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/31/kkm-umum-sop-kesihatan-lebih-spesifik-untuk-prn-prk/", "headline": "KKM umum SOP kesihatan lebih spesifik untuk PRN, PRK", "content": ["Dr. Zaliha Mustafa ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. ", "KOTA BHARU : Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan secara lebih spesifik untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, KKM akan berjumpa dan mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat bagi menambah baik SOP berkenaan.", "Menurutnya, segala keputusan berhubung perkara tersebut akan diselesaikan dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum tiba hari mengundi.", "“Buat masa ini, kita masih mengguna pakai SOP sedia ada.Kita akan ada SOP tertentu kepada mereka yang positif Covid-19 dan masih dalam tempoh kuarantin untuk keluar mengundi,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di sini hari ini.", "Pada 29 Jun lalu, pemakaian pelitup muka semasa berada di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan lagi diwajibkan berkuat kuasa 5 Julai.", "Zaliha berkata, di bawah penilaian semula SOP, individu yang positif Covid-19 dan mereka yang mengendalikan pesakit itu hanya dikehendaki memakai pelitup muka di lokasi berkenaan.", "PRN kali ini melibatkan enam iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.", "KKM umum SOP kesihatan lebih spesifik untuk PRN, PRK"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/20/nekad-bakar-diri-malu-tiga-kali-gagal-ujian-undang-undang/", "headline": "Nekad bakar diri, malu tiga kali gagal ujian undang-undang", "content": ["Seorang pemuda yang membakar diri di sebuah stesen minyak di Muar kini dirawat di Hospital Segamat.", "SEGAMAT: Seorang pemuda nekad menyiram petrol dan membakar dirinya di sebuah stesen minyak di Jalan Ibrahim, di sini Selasa kerana malu selepas tiga kali gagal dalam ujian undang-undang yang didudukinya.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima satu laporan  menyatakan seorang lelaki telah menyiramkan minyak petrol pada tubuhnya serta membakar diri sendiri.", "“Mangsa adalah seorang lelaki berumur 24 tahun telah menggunakan pemetik api selepas menyiram petrol ke atas dirinya di pam 3, stesen minyak berkenaan pada pukul 8 malam, 17 April lalu.", "“Pemilik stesen minyak tersebut telah berjaya memadamkan api dan menyelamatkan mangsa dengan menggunakan pemadam api. ", "“Namun, mangsa kemudiannya berlari ke arah Jalan Seremban-Johor Bahru dan cuba membunuh diri sekali lagi dengan cara duduk di tengah jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.", "Seorang pemandu lori yang melalui jalan tersebut berjaya menghentikan kenderaannya apabila nampak kelibat orang di tengah jalan, namun malangnya sebuah kereta  Proton Wira gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar bahagian belakang lori tersebut.", "“Mangsa dalam keadaan melecur hampir seluruh badan telah dihantar ke hospital Segamat menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan. Keterangan awal mangsa mendapati punca cubaan bunuh diri disebabkan mangsa telah gagal melepasi ujian ‘Bachelor of Law’ buat kali ketiga. ", "“Mangsa berasa malu kepada ahli keluarganya lalu mengambil keputusan untuk bunuh diri. Namun, pihak polis masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti kesahihan maklumat tersebut,” katanya.", "Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Segamat dan sebanyak 70 peratus badannya melecur.", "Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman  penjara sehingga satu tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.", "Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu boleh menyalurkannya ke Pusat Kawalan Daerah Segamat menerusi talian hotline 07-9324222. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/04/nekad-bakar-diri-malu-tiga-kali-gagal-ujian-undang-undang/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/04/nekad-bakar-diri-malu-tiga-kali-gagal-ujian-undang-undang/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/04/%e5%9c%8b%e5%ae%b6%e5%85%83%e9%a6%96%e6%ad%8c%e8%81%b2%e5%8b%95%e4%ba%ba-%e5%b8%b6%e5%8b%95%e6%b0%91%e7%9c%be%e7%86%b1%e9%ac%a7%e6%b0%a3%e6%b0%9b/", "headline": "國家元首歌聲動人 帶動民眾熱鬧氣氛", "content": ["(斗湖四日訊)國家元首蘇丹阿都拉演唱的歌曲《Butakah Cinta》,帶動了昨晚斗湖民眾會堂的熱鬧氣氛。", "這首歌在1994年左右流行,在「瞭解婆羅洲之旅」啟動儀式以及與民共進晚餐中響起。", "陪同國家元首尚包括起元首后以及其孩子。", "此前,國家元首在致辭中表示,他和家人對此次慶祝活動表示感謝,並希望沙巴、砂拉越和馬來西亞半島人民的高昂精神,能夠於9月16日在砂拉越舉行的大馬日中繼續獲得加強。", "隨後,國家元首也在沙巴元首敦朱哈伉儷的陪同下參觀了斗湖社區的傳統民族食品展覽。", "出席者包括第二副首相拿督斯里法迪拉伉儷、沙巴首長拿督斯里哈芝芝伉儷、沙巴議長拿督卡欣伉儷、沙巴內閣成員以及地方領袖。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/05/penjawat-awam-pemilik-syarikat-ditahan-disyaki-terlibat-kes-rasuah/", "headline": "Penjawat awam, pemilik syarikat ditahan disyaki terlibat kes rasuah", "content": ["KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu kelmarin menahan dua lelaki termasuk seorang penjawat awam selepas disyaki terlibat kes rasuah pada 2016.", "Penahanan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.", "Menurut Utusan Malaysia, suspek pertama yang merupakan pembantu tadbir kanan sebuah agensi kerajaan negeri dipercayai menerima rasuah iaitu sebuah kenderaan bernilai lebih RM90,000.", "Rasuah itu diberikan oleh suspek kedua sebagai balasan memastikan kerja-kerja pembekalan di agensi berkenaan dari 2017 sehingga 2023 bernilai RM230,000 diperolehi syarikatnya.", "Kenderaan tersebut disyaki telah digunakan oleh suspek sejak 2016 lagi.", "Kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 50-an itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kemaman dekat sini pada pukul 3 petang kelmarin.", "Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Hazrul Shazreen Abd. Yazid, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.", "Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman hari ini bagi mendapatkan perintah permohonan reman dan membantu siasatan. ", "Penjawat awam, pemilik syarikat ditahan disyaki terlibat kes rasuah"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/07/kedai-elektronik-terbakar-di-putatan/", "headline": "Kedai elektronik terbakar di Putatan", "content": ["Anggota bomba ketika melakukan operasi pemadaman. – Ihsan Bomba", "PUTATAN: Sebuah bangunan kedai elektronik tiga tingkat di sini terbakar semalam. ", "Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi talian MERS999 pada jam 7.53 malam.", "Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK I KUP Callixtus Fedillis dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 10 kilometer dari BBP.", "Mereka dibantu pasukan dari BBP Kota Kinabalu. ", "Setiba di lokasi, didapati bangunan kedai jenis kekal berkeluasan 40x50kaki persegi itu terbakar 30 peratus di tingkat satu. ", "Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran 100 kaki satu pancutan dan satu aliran salur bantu mula sumber air dari tangki jentera. ", "Tiada mangsa terlibat dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.23 malam.", "Selepas memastikan tiada kemerbahayaan lain wujud operasi ditamatkan pada jam 11.48 malam."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/12/lloris-ditawarkan-gaji-tiga-kali-ganda/", "headline": "Lloris ditawarkan gaji tiga kali ganda", "content": ["Hugo Lloris", "LONDON: Kapten Tottenham, Hugo Lloris ditawarkan gaji tiga kali ganda daripada yang dite­rima di Spurs ketika ini jika berpindah ke Liga Pro Saudi.", "Spurs", "Ketika ini, penjaga gol Perancis itu menikmati gaji 100,000 pound (RM562,041) seminggu dan kontraknya bersama Tottenham akan tamat hujung tahun depan.", "Spekulasi bertiup kencang, Lloris, 36, yang sudah 11 musim bersama Spurs mungkin meninggalkan kelab London itu lebih awal kerana bergelut dengan pres­tasi serta kontrak yang hampir tamat.", "Menurut Utusan Malaysia, akhbar Times melaporkan, sebuah kelab dalam Liga Pro Saudi menawarkan Lloris perjanjian lumayan.", "Perpindahan ke Arab Saudi terbukti memikat beberapa pemain termasuk Cristiano Ronaldo dan Sergio Busquets, selain Lionel Messi juga berpotensi berubah angin ke sana.", "Persembahan Lloris mu­sim ini agak goyah dan kecede­raan yang dialaminya ketika Tottenham dibelasah 6-1 oleh Newcastle pada 23 April lalu memburukkan lagi keadaan.", "Walaupun Fraser Forster mempamer prestasi memberangsangkan sepanjang me­ngambil alih posisi Lloris, namun kelab tetap mahu mencari penjaga gol baharu dengan Caoimhin Kelleher dari Liverpool menjadi pilihan utama mereka.", "Lloris telah membuat 447 penampilan untuk kelab ­uta­ra London itu sejak menyer­tai mereka dari Lyon pada 2012.", "Walaupun dia gagal memenangi sebarang trofi bersama kelab, namun dia berjaya menjulang Piala Dunia ketika mewakili Perancis pada 2018.", "Lloris juga telah lama ­menjadi kapten Perancis sebelum mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa pada penghujung Piala Dunia 2022 di Qatar.", "Pasukan yang diwakili ­Ronaldo, Al-Nassr, selain Al-Hilal dan Al-Ittihad antara mempunyai kemampuan menawarkan gaji tinggi kepada pemain bintang. ", "Lloris ditawarkan gaji tiga kali ganda"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/09/ketua-menteri-terima-kunjungan-mat-sabu/", "headline": "Ketua Menteri terima kunjungan Mat Sabu", "content": ["Mat Sabu (kiri) berbincang dengan Hajiji semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.", "KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor bertemu dengan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Datuk Seri Haji Mohamad Sabu yang membuat kunjungan hormat ke pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.", "Antara isu yang dibincangkan semasa kunjungan hormat pertama beliau kepada Hajiji sejak menjadi anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan Persekutuan ialah pertanian, termasuk komoditi kelapa sawit, dan keselamatan makanan.", "Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Bacho Jansie turut hadir."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/07/victor-sanjor-ruminamit-baton-komander-esscom/", "headline": "Victor Sanjor ruminamit ‘baton’ Komander Esscom", "content": ["Hajiji ruminamit tandamato mantad di Victor.", "KOTA KINABALU: Boyoon Montiri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor suminasi’ ababayan kinapatahakan karaja’ mantad di Kumoduo Pesuruhjaya Pulis (DCP), Mohd. Ali Tamby kuminaa id DCP Victor Sanjos sabaagi komander wagu Watas Koumoligan Pinotomod Kosilahon Sabah (Esscom).", "Mohd. Ali i kososowoli di DCP Datuk Hamzah Ahmad di ko 18tw Kolimo kumaa doid Kelantan montok monowoli karaja’ Kumoduo Luguan Pulis.", "Koposilihan di Victor mimpuun do ko 3tw Koturu’.", "Hajiji miampai di Victor (wanan), Safar (kotolu, gibang), Hazani om bagas komander Esscom, Mohd. Ali (gibang) om i Hamzah (koduo, gibang) katalib o ababayan dilo’ id Menara Kinabalu di tadau baino’.", "Ababayan toniba’ dilo’ pinapanau doid Menara Kinabalu doros hiti id tadau baino’.", "Nokotindapou nogi’ i Monunurat Koporintaan Pogun, Datuk Seri Sr Safar Untong, Monguhup Montiri kumaa di Boyoon Montiri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Monunurat Hal Pogun om Ponolidikan, Datuk Awang Shahminan Awang Sahari, Potunud Koupisan Koumoligan Suang Pogun om Kotoronongon Ginumuan Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali om tongo’ upisor totuo Esscom."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/01/8-suspek-kebakaran-pusat-tahanan-pendatang-dikenal-pasti/", "headline": "8 suspek kebakaran pusat tahanan pendatang dikenal pasti", "content": ["Keadaan di luar pusat tahanan pendatang asing di Ciudad Juarez, Mexico.", "MEXICO CITY: Pendakwa raya Mexico mengenal pasti lapan suspek yang dipercayai bertanggungjawab atas kematian 38 orang dalam kebakaran di sebuah pusat tahanan sementara pendatang asing di Ciudad Juarez, utara negara itu.", "Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, insiden kebakaran yang berlaku pada malam Isnin lalu, kini disiasat sebagai kemungkinan pembunuhan.", "Lima daripada lapan suspek yang dikenal pasti, dilaporkan merupakan anggota keselamatan di pusat tahanan itu yang terletak di bandar bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS).        ", "Pihak berkuasa ketika ini berdepan tekanan pelbagai pihak bagi menjelaskan mengapa kumpulan pendatang yang berasal dari Amerika Tengah dan Selatan, tidak dibenarkan pulang.", "Presiden Mexico, Andrés Manuel López Obrador menegaskan pihak yang bertanggungjawab akan dihukum mengikut undang-undang.", "López Obrador menerusi taklimat media turut memberi jaminan pihaknya akan menjalankan siasatan secara telus dan tiada pelepasan diberikan terhadap individu yang bertanggungjawab atas `tragedi yang menyakitkan’.", "Sebelum ini, pemimpin itu menyatakan pendatang asing itu meletakkan tilam di pintu dan bertindak membakarnya sebagai protes setelah mengetahui mereka akan dihantar pulang.", "Bagaimanapun, beberapa laporan mendakwa kumpulan pendatang itu ditangkap dan ditempatkan dalam keadaan yang teruk serta tidak diberi air secukupnya semasa dalam tahanan.       ", "Sebuah video berdurasi 30 saat dipercayai rakaman kamera keselamatan di dalam pusat tahanan itu ketika kebakaran, menunjukkan seorang lelaki cuba membuka pintu sel manakala anggota keselamatan yang berada di luar melintas tanpa membantu sebelum meninggalkan kawasan itu.", "Rakaman video itu tular dalam media sosial serta dilaporkan oleh kebanyakan akhbar tempatan Mexico.", "Malah, ramai warganet terkejut melihat tindakan anggota keselamatan yang gagal bertindak segera untuk membantu kumpulan pendatang asing itu.", "Ketika diminta mengulas mengenai rakaman itu, López Obrador mendakwa pengamal media lebih berminat mensensasikan isu tersebut daripada memahami kesakitan dialami oleh pendatang yang terperangkap.", "Pihak berkuasa Mexico memaklumkan seramai 68 lelaki berada di pusat tahanan itu semasa kebakaran berlaku.", "Kebanyakan kumpulan pendatang itu berasal dari Guatemala, dengan yang lain datang dari Colombia, Ecuador, El Salvador, Honduras dan Venezuela.", "Pihak berkuasa sudah mengeluarkan senarai mangsa namun masih belum memperincikan identiti individu yang cedera dan terkorban.", "Dilaporkan, seramai 28 orang mengalami cedera parah akibat kebakaran itu", "8 suspek kebakaran pusat tahanan pendatang dikenal pasti"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/28/tiga-maut-seorang-parah-dalam-kemalangan-mercedes-turut-terbakar/", "headline": "Tiga maut, seorang parah dalam kemalangan, Mercedes turut terbakar", "content": ["Anggota bomba memadamkan kebakaran kereta Mercedes-Benz yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Sienta di Kilometer 172.2, Johor Bahru-Seremban berhampiran persimpangan Kampung Kwongsai, Segamat.", "SEGAMAT: Tiga maut, manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 172.2, Johor Bahru-Seremban berhampiran persimpangan Kampung Kwongsai, di sini petang semalam.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mazuki Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kemalangan itu pada pukul 6.24 petang.", "“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati kemalangan membabitkan dua kenderaan, iaitu Mercedes-Benz dan Toyota Sienta.", "“Mereka yang maut akibat rentung dan terperangkap dalam kenderaan ialah Hoo Kok Yong, 35, Wong Chee Choy, 62, sementara Lee Lam Chai, 67 cedera parah kesemuanya berada dalam kenderaan Mercedes Benz yang terbakar 70 peratus.", "“Turut meninggal dunia ialah Chong Jui Chat, 67, yang memandu kereta Toyota Sienta yang terbabas ke dalam gaung sedalam lima meter,”katanya ketika dihubungi, di sini.", "Mazuki berkata, sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mangsa.", "Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Segamat, manakala mayat tiga mangsa turut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat. ", "Tiga maut, seorang parah dalam kemalangan, Mercedes turut terbakar"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/23/dakwaan-rogol-dikaitkan-ebit-lew-beberapa-saksi-lagi-akan-dipanggil/", "headline": "Dakwaan rogol dikaitkan Ebit Lew, beberapa saksi lagi akan dipanggil", "content": ["PETALING JAYA: Keterangan beberapa saksi diperlukan bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan rogol membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, pihaknya akan memanggil beberapa lagi individu sebelum melengkapkan kertas siasatan.", "“Setakat ini kita telah rakam keterangan 13 individu. Kita masih ada beberapa saksi untuk dipanggil bagi melengkapkan siasatan.", "“Lengkap sahaja kertas siasatan, kita akan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini kelmarin.", "Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain mengesahkan Khamis Ebit Lew turut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.", "Beliau dilaporkan berkata, lima hari sebelum Ebit Lew membuat laporan polis, pihaknya turut menerima satu laporan polis daripada seorang wanita yang mendakwa dia  menjadi mangsa rogol kepada Ebit Lew.", "“Setakat ini polis telah memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua laporan kes tersebut.", "“Sebaik  tiba di Malaysia, Ebit Lew membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya yang dikeluarkan menerusi sebuah ‘podcast’ khas bertajuk ‘The Mondy Tattoo Inteview’", "Menurut beliau, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.", "Selasa lalu, media melaporkan polis telah merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy Tattoo berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew.", "Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar dilaporkan berkata, rakaman percakapan tersebut diambil di Ibu pejabat Polis Kontinjen(IPK) Selangor bagi siasatan lanjut.", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/09/dakwaan-rogol-dikaitkan-ebit-lew-beberapa-saksi-lagi-akan-dipanggil/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/09/dakwaan-rogol-dikaitkan-ebit-lew-beberapa-saksi-lagi-akan-dipanggil/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/24/pengurangan-kadar-cukai-pendapatan-m40/", "headline": "Pengurangan kadar cukai pendapatan M40", "content": ["KUALA LUMPUR:  Bermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak dua peratus melibatkan banjaran lebih RM35,000 hingga RM100,000.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal ini kerana golongan M40 menunjukkan kesabaran mereka meski terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang mencengkam apabila selama ini golongan B40 sering diberikan pelbagai bentuk bantuan.", "Justeru katanya, kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu yang memberi lebih manfaat kepada mereka.", "“Pengurangan ini dijangka dapat memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300,” katanya.", "Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, kerajaan akan menaikkan kadar cukai bagi mereka yang berpendapatan tinggi antara 0.5 sehingga dua peratus melibatkan banjaran lebih RM100,000 hingga RM1 juta.", "“Namun, kurang daripada 150,000 pembayar cukai akan dikenakan cukai yang lebih tinggi. Melalui pendekatan ini, langkah ini melibatkan pengurangan hasil cukai bersih Kerajaan sebanyak RM900,000 untuk manfaat rakyat khususnya M40,” katanya. ", "Belanjawan 2023: Pengurangan kadar cukai pendapatan M40"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/10/%e5%93%88%e8%8a%9d%e8%8a%9d%e8%88%87%e5%ae%89%e8%8f%af%e5%95%86%e6%b2%99%e7%99%bc%e5%b1%95%e8%aa%b2%e9%a1%8c/", "headline": "哈芝芝與安華商沙發展課題", "content": ["(亞庇十日訊)沙巴首長拿督哈芝芝諾今日在布城,與首相拿督斯里安華會面並商談有關沙巴的發展課題。", "哈芝芝在吉隆坡的行程為期4天,和首相會晤是其中的要務。", "他也率領沙盟代表團出席明日在吉隆坡世貿中心舉行,並由首相主持的團結政府領導諮詢理事會。", "哈芝芝也將陪同沙巴元首敦朱哈出席在國家皇宮舉行為期2天的統治者會議。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/31/waris-apat-tanak-anak-ihumon/", "headline": "Waris apat tanak-anak ihumon", "content": ["RANAU: Upis Kotundunan Watas masaan mogihum puru paganakan om waris apat tanak-anak i pino’iliu id siriba’ Ponuhuan Panamangan Tulun I Kosudong om Kohunung (OYLS) do Kuut Tanak-Anak Ranau.", "Mongungumolig id Upis Kotundunan Watas Ranau, Halisah Baharudin minoboros, tolu miadi’ om songulun bagang kiumur 11 wulan dilo’ niduanan di tina’ diolo’ miampai aiso’ nunu-nunu dokumen.", "Montok kes tolu miadi’ kingaran do i Robert Mizan, 10; Mary Mizan, 8; om i Ruben Mizan, 5, yolo’ do noondo diti tamangan di tamanon diolo’ pointonod di wulan Koiso’ 2022 id kinoiyonon Kampung Sagindai Baru, do hiti.", "“Poingkuro po, mananamong aiso’ kopotutan kapanamangan pohimagon montok mongulud kotundunan om sinikulan tanak-anak. Tanak-anak diti nga’ tinongkiadan nogi’ do aiso’ dokumen kointutunan tinan di nookunan,” ka disio.", "Minoboros isio, tapa’ kopio do tanak-anak dilo’, i Mizan Maikol nokoidu’ pogun mantad iso’ kinoligaganan mutusikol di ko 12tw Kosiam 2018 id Ralan Tamparuli-Ranau, naamot tina’ diolo’ kingaran do i Lia Adrian kotumbayaan mamasok Filipina om aiso’ dokumen kointutunan di nokohimagon.", "“Tina’ diolo’ minogidu’ om amu’ insan panahak balanja toi mongudio koyuyuon do tanak-anak dilo’. I mananamong nga’ mininggisom mogihum tina’ diolo’ nga’ amu’ nokoihum,” ka disio.", "Ka di Halisa, tolu miadi’ dilo’ pino’iliu id siriba’ OYLS maya’ ponuhuan Kuut Tanak-Anak Ranau di ko 28tw Kotolu 2023.Naamot dilo’, montok bagang kiumur 11 wulan kingaran do i Auxilio Pio, i mananamong pinopoilo di Halisah do tinamangan dau ilo’ pointonod di ko 2tw Kaapat 2022.", "“Tumanud kointalangan di mitatamong, tina’ bagang dilo’ i Rahimah, mantad Indonesia om aiso’ dokumen kointutunan di nookunan.", "“Tina’ bagang dilo’ i kotumbayaan mantad Keningau. Pinokitamangan dau o tanak-anak dilo’ kumaa di mananamong sabab amu’ katamong do bagang dilo’.", "“Pointonod dilo’, tina’ kopio minogidu’ om amu’ naanu momoromut. I mananamong mininggisom mogihum tina’ dilo’ om waris nga’ amu’ nakalantoi,” ka disio.", "Ka wagu di Halisah, tanak-anak dilo’ nga’ pino’iliu nogi’ id sahau OYLS, id kinoiyonon Kg. Lohan 1, Ranau, maya’ Ponuhuan Kuut Tanak-Anak Ranau di ko 28tw Kotolu 2023.", "“Mantad no do i mananamong dilo’ aiso’ kopotutan kapanamangan tanak-anak, nga’ amu’ yau kaanu monompuan hal ngaawi’ i kapaampai kolidasan om kotundunan do tanak-anak diti,” ka disio.", "Kohondot dilo’ ka di Halisah, bohogian disio mokianu waris toi nombo-nombo tulun i kotutun waris koinsanai tanak-anak dilo’ do momoromut disio id numbur 088-870509 t oi tumingan doid Upis Kotundunan watas Ranau.", "“Iti montok manahak kointalangan i kouhup do Koupisan mogihum tina’ kopio do tanak-anak dilo’, suai ko’ monguhup Kuut momonsoi katatapan bobos osonong montok kopoiyanan om kotundunan tanak-anak dilo’,” ka disio pinopointalang."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/23/%e6%b2%9925%e5%b9%b4%e6%a3%ae%e6%9e%97%e7%b8%bd%e9%ab%94%e8%a6%8f%e5%8a%83-%e7%a2%ba%e5%ae%9a%e6%a3%ae%e6%9e%97%e8%b3%87%e6%ba%90%e7%ae%a1%e7%90%86%e6%8c%87%e5%8d%97/", "headline": "沙25年森林總體規劃 確定森林資源管理指南", "content": ["(亞庇廿二日訊)沙巴森林局正在起草全州25年森林總體規劃,作為沙巴長期森林資源管理的指南。", "首長拿督斯里哈芝芝表示,該指南符合2018年沙巴森林政策,不僅關注森林保護區,還關注國有土地和擁有土地的森林面積。", "他說,沙巴森林局已採取各種積極措施保護沙巴森林,自1997年起,可持續森林管理(SFM)概念已在沙巴全面推行。", "「需要不斷努力通過合理化土地使用來創造社會經濟發展和環境保護的平衡,作為沙巴新的可持續創收替代方案。」", "他在沙巴國際會展中心舉行的以「提供的生態系統」為主題的婆羅洲之心(HoB)國際會議上表示:「這包括探索各種可以通過非木材創收(森林之外的森林)來支持森林保護計劃的舉措。」", "他的講詞由副首長兼沙巴農漁部長拿督斯里傑菲里代讀。", "哈芝芝表示,沙巴政府致力於根據HoB倡議的目標,通過保護區保護其自然資源。", "「我很高興看到今日的國際會議匯聚了來自世界各地的利益相關者和個人,共同致力於環境保護。」", "「自2007年宣佈婆羅洲之心倡議以來,沙巴政府通過沙巴森林局在保護方面取得了很大進展。」", "「沙巴超過27%的土地面積,即約200萬公頃已被列為完全保護區(TPA),其中75%的TPA位於婆羅洲沙巴中心地帶的邊界內。」", "首長表示,配合沙巴進步繁榮大藍圖,沙巴政府也致力於在2025年之前將完全保護區的規模擴大至沙巴土地面積的30%。", "他說,沙巴還致力於支持聯合國可持續發展目標(SDG)以加強氣候行動,並將繼續促進氣候變化與可持續發展之間的緊密聯繫,同時將氣候變化相關行動納入沙巴發展議程的主流。", "他說:「沙巴還致力於在所有部門實施必要的緩解行動和適應行動,以支持馬來西亞根據《巴黎協定》在2030年之前製定的國家自主貢獻(NDC)。」", "對此,哈芝芝表示,沙巴政府成立了沙巴氣候行動理事會(SCAC),負責在州一級制定方向並協調與減緩和適應氣候變化有關的項目。", "他補充說:「從保護、恢復、管理到森林保護和生物多樣性保護主流化,所有保護工作都得到了強調。」", "哈芝芝表示,所有這些努力都需要政府機構、非政府組織、私營部門和工業界、高等院校以及當地社區等各方的協作與配合。", "「重要的是我們繼續與新的合作夥伴接觸、合作。迄今為止,沙巴已通過110份諒解備忘錄(MoU)和協議備忘錄(MoA)與各個實施夥伴進行合作。", "「今天將有6份諒解備忘錄添加到保護合作夥伴名單中。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/14/tingkatkan-budaya-kerja-berkualiti-demi-kecemerlangan-organisasi-kesejahteraan-masyarakat-shahelmey/", "headline": "Tingkatkan budaya kerja berkualiti demi kecemerlangan organisasi, kesejahteraan masyarakat – Shahelmey", "content": ["Shahelmey menyampaikan sumbangan kuih raya kepada Pegawai Daerah Putatan; Mokhtar Husin (dua dari kiri).", "PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, budaya kerja berkualiti perlu ditingkatkan dalam memberi khidmat kepada masyarakat. ", "Kata beliau, ini penting untuk kecemerlangan sesebuah organisasi dan kesejahteraan masyarakat setempat. ", "“Budaya kerja yang beretika dan berintegriti merupakan aspek penting dalam kita memberi perkhidmatan kepada masyarakat. ", "“Suburkan jaringan kerja yang baik diantara jabatan, agensi, dan juga masyarakat setempat untuk kesejahteraan semua,” kata Ahli Parlimen Putatan itu pada Majlis Riang Ria Raya mengagihkan kuih raya di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Tanjung Keramat, di sini, hari ini. ", "Shahelmey menyampaikan sumbangan kuih raya kepada Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim; Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang (tiga dari kiri).", "Mengulas mengenai program tersebut, Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata, agihan kuih raya tersebut adalah sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada jabatan dan agensi yang ada di daerah Putatan. ", "“Sumbangan kuih raya ini sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada semua yang terlibat memberi khidmat kemasyarakatan untuk masyarakat yang ada di sekitar daerah Putatan,” jelasnya. ", "Untuk rekod, tradisi agihan kuih raya sempena menjelangnya Hari Raya ini telah dimulakan semenjak dua tahun lalu oleh Pusat Khidmat Rakyat Tanjung Keramat. "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/17/kktp-komited-capai-sasaran-pendigitalan-perkhidmatan/", "headline": "KKTP komited capai sasaran pendigitalan perkhidmatan", "content": ["Dr. Joachim (duduk) tengah, Dr. Jamili (dua dari kiri) dan Ernywati (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama dengan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian serta peserta seminar ICT, kelmarin.", "KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) komited dalam usaha pendigitalan perkhidmatan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) dan semua organisasi yang terlibat, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.", "Beliau yang juga Menteri KKTP berkata, ini penting demi mencapai sasaran pendigitalan perkhidmatan selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).", "“Justeru itu, Pelan Strategik ICT KKTP (2021-2025) telah diwujudkan sebagai panduan untuk memastikan pendigitalan dapat mencapai sasaran.", "“Teras pertama dalam Pelan Strategik ICT KKTP adalah memfokuskan kepada pembangunan sistem aplikasi fungsi teras Kementerian, yang juga disejajarkan dengan komponen-komponen yang terdapat dalam Smart City Framework Malaysia (MSCF).", "“Sistem aplikasi teras yang telah siap dibangunkan ialah Sistem Maklumat Setinggan dan Sistem Maklumat Perumahan. Adalah diharapkan sistem ini digunakan sepenuhnya agar data-data berkaitan perumahan dan setinggan dapat dikumpul, data perumahan boleh dianalisa dan digunakan untuk membantu perancangan dan pengurusan perumahan.", "“Data Sistem Pengurusan Setinggan juga dapat dikongsikan dengan Kementerian/Jabatan lain untuk tujuan memudahkan perancangan menangani isu bersama yang berkaitan dengan setinggan. Dengan adanya daftar dan analisa setinggan, ianya dapat membantu mengatasi masalah seperti pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan penyelesaian lain-lain,” katanya ketika merasmikan Seminar ICT Peringkat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Tahun 2023 bertemakan ‘SMART CITY: ICT Implementation and Challenges’ di Shangri-La Tanjung Aru Resort, di sini, pada Khamis.", "Bagi memperkasakan pengurusan kebersihan awam dan sisa pepejal, Dr. Joachim berkata, KKTP bersama JPKN sedang membangunkan Sistem Pengurusan Sisa Pepejal yang diharapkan dapat membantu pemantauan pengurusan operasi pembersihan disemua PBT.", "“Pembangunan sistem aplikasi akan terus dilaksanakan untuk mewujudkan Data Repository Kementerian bagi menyokong aspirasi Big Data, Open Data diperingkat Negeri dan Nasional,” ujarnya.", "Mengenai Seminar ICT peringkat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan bagi Tahun 2023 ini, Dr. Joachim berkata, ia juga merupakan salah satu usaha untuk mempromosikan penggunaan teknologi ICT dan memberikan pendedahan teknologi terkini kepada peserta seminar.", "Selain itu, katanya, program ini memberikan impak positif di mana apabila mereka berkumpul, mereka akan dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat bagaimana menangani masalah khususnya dalam bidang ICT.", "“Tema seminar iaitu ‘SMART CITY: ICT Implementation dan Challenges’ adalah sangat relevan dengan senario semasa, selaras dengan Hala Tuju Nasional (merujuk kepada Rangka Kerja Smart City Malaysia) untuk mewujudkan bandar yang mampan seperti yang terkandung dalam Malaysia Smart City Framework (MSCF).", "“SMART CITY adalah merupakan bandar yang menggunakan ICT dan inovasi untuk menangani isu-isu pengurusan bandar yang menyeluruh. ‘Using ICT and technological advances to address urban issues including, to improve quality of life, promote economic growth, develop sustainable and safe environment and encourage efficient urban management practices’.", "“Smart City Framework Malaysia (MSCF) mempunyai tujuh komponen iaitu; Smart Economy, Smart Living, Smart Environment, Smart People, Smart Government, Smart Mobility dan Smart Digital Infrastructure,” jelasnya.", "Dr. Joachim juga menghargai perkongsian para pembentang kertas seminar ICT dan mengharapkan para peserta seminar mendapat sedikit ilmu dan ilham tentang bagaimana teknologi ICT dapat digunakan di organisasi masing-masing.", "Penggunaan ICT dalam kehidupan seharian sudah menjadi kebiasaan, katanya, sambil menambah, aplikasi yang berasaskan IOT boleh digunakan dalam pelbagai aspek seperti pemantauan suhu, kualiti udara dan kawalan paras air.", "“Aplikasi mudah-alih Mobile Apps digunakan untuk berkomunikasi dengan peranti sensor untuk mengutip data (suhu) boleh dimuat-turun dan dianalisa secara ‘real-time’ bagi mengenalpasti keadaan suhu di tempat terlibat.", "“Penggunaan teknologi Surveillance system ‘CCTV’, Drone, untuk memantau keselamatan dan kebersihan persekitaran bandar dapat dilaksanakan dengan mudah. Kawalan keselamatan dan kebersihan di kawasan bandar dan di tempat pelancongan ‘hotspot’ adalah penting bagi memastikan bandar yang selamat dan bersih, secara langsung akan memberikan keselesaan kepada penduduk dan juga pelancong, dan ini secara langsung akan menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.", "“Peranan PBT dalam menyokong industri pelancongan adalah penting. Justeru, PBT haruslah peka terhadap keperluan untuk menyediakan kemudahan dan memberikan jaminan keselamatan kepada para pelancong dengan menggunakan teknologi sedia ada,” katanya.", "Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga Kementerian dan agensi seliaan atas usaha menggunapakai sistem aplikasi generik eGovt terutamanya Sistem Maklumat Sumber Manusia ‘SM2’.", "“Saya difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri memberikan anugerah bintang bagi pengurusan data sumber manusia berasaskan sistem ini.", "“Justeru, berusahalah untuk mengemaskini maklumat kakitangan demi untuk memelihara hal-ehwal kakitangan di organisasi masing-masing dan bukan semata-mata untuk mendapat bintang,” katanya.", "Menurut beliau lagi, Kementerian juga sedar akan cabaran-cabaran sedia ada dan yang bakal dihadapi dalam usaha melaksanakan inisiatif ‘SMART CITY’, namun mereka harus terus tabah menghadapi dan saling membantu dalam menangani isu-isu semasa.", "“Salah satu cabaran yang ketara ialah ancaman keselamatan siber, statistik insiden keselamatan siber semakin meningkat selaras dengan penggunaan ICT yang meningkat. Sebagai pengguna ICT, kita harus peka tentang isu ini dan perlu bertanggungjawab dalam penggunaan ICT, keselamatan siber adalah tanggungjawab kita bersama.", "“Arus perubahan teknologi canggih tidak dapat dibendung dan berubah dengan pantas. Pengaruh teknologi ICT memberikan impak yang tinggi kepada ekonomi global dan cara kehidupan sejagat. Kita perlu bergerak pantas mengadaptasi perubahan ini supaya terus dapat mengekalkan momentum daya-saing,” katanya.", "Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Selaku Pengerusi Seminar ICT bagi tahun 2023, Datuk Dr. Jamili Nais; Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri selaku Pengerusi bersama seminar ICT peringkat KKTP, Ernywati Dewi Abas; Timbalan Setiausaha Tetap (l) dan II Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Stanley Chong dan Faridah Giau,Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri, Encik Majaran Osman; Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar, Rosemary AhPing dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/21/bayaran-haji-naik-antara-rm1000-hingga-rm3000-tetapi-kekal-untuk-b40/", "headline": "Bayaran haji naik antara RM1,000 hingga RM3,000, tetapi kekal untuk B40", "content": ["KUALA LUMPUR: Bayaran haji seorang jemaah muassasah bagi kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) meningkat antara RM1,000 dan RM3000 pada tahun ini.", "Ini menyaksikan kedua-dua kumpulan itu masing-masing perlu membayar sebanyak RM11,980 untuk kumpulan B40 dan RM15,980 bagi kumpulan (M40), manakala kumpulan berpendapatan tinggi melebihi RM15,000 sebulan perlu menanggung kos haji sepenuhnya sebanyak RM30,850 seorang.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Amrin Awaluddin bagaimanapun berkata, kerajaan akan menanggung kenaikan kos haji sebanyak RM1,000 bagi kumpulan B40 yang mana jemaah hanya perlu membayar RM10,980 iaitu kadar sama kadar tahun lalu. "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/21/lori-rempuh-enam-kenderaan-dua-cedera/", "headline": "Lori rempuh enam kenderaan, dua cedera", "content": ["Keadaan lori yang dipercayai mengalami masalah brek merempuh enam kenderaan di Jalan Baru Dengkil – Kota Warisan, Sepang, Selangor. – Gambar ihsan IPD Sepang", "SEPANG: Dua cedera apabila sebuah lori yang dipercayai mengalami masalah brek merempuh enam kenderaan di Jalan Baru Dengkil – Kota Warisan di sini, semalam.", "Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, lori dipandu lelaki berumur 44 tahun itu dari arah Kota Warisan ke Tanjung 12, Jalan Banting Baru dikatakan tidak sempat berhenti lalu melanggar kesemua kenderaan itu.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, rempuhan menyebabkan enam kenderaan berkenaan turut mengalami kerosakan.", "Beliau berkata, akibat rempuhan itu, dua individu dipercayai pemandu dua kenderaan lain mengalami kecederaan ringan dan mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan.", "“Siasatan kejadian masih dijalankan termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.", "Beliau pada masa sama mahu orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.", "Lori rempuh enam kenderaan, dua cedera"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/02/kolam-takungan-surut-ribuan-kubur-kuno-timbul/", "headline": "Kolam takungan surut, ribuan kubur kuno ‘timbul’", "content": ["Paras air yang surut di Kolam Takungan Gajah Mungkur di Wuryantoro di Wonogiri, Jawa Tengah menyebabkan ribuan kubur lama timbul semula. ", "WONOGIRI: Paras air yang semakin surut di Kolam Takungan Gajah Mungkur di Wuryantoro di Wonogiri, Jawa Tengah menyebabkan sejumlah kubur zaman kuno dan anggota Parti Komunis Indonesia (PKI) ‘muncul semula’.", "Sebelum ini, terdapat ribuan kubur milik penduduk Wuryantoro sejak abad ke-19, termasuk 13 kubur anggota PKI yang ditembak mati oleh pihak berkuasa dalam insiden 1965.", "Kemudian, kesemua kubur tersebut ditenggelamkan bagi membina kolam takungan berkenaan pada 1976.", "Selain itu, sejumlah kediaman juga ditenggelamkan dalam projek tersebut, menyaksikan penduduknya berpindah ke tempat lain.", "Tinjauan Kompas.com di lokasi kolam tersebut menyaksikan banyak batu nisan sudah timbul, namun nama si mati sukar dibaca akibat sudah luntur.", "Beberapa penduduk setempat memberitahu, apabila musim kemarau berlaku, air di kolam takungan tersebut akan surut sehingga menampakkan semua kuburan yang tenggelam sebelum ini.", "Malah, mereka mengeluh apabila sukar untuk bertani berikutan kekurangan sumber air.", "“Setiap kali musim kemarau tiba, air memang akan surut sehingga menampakkan semua kubur kuno, termasuk kubur anggota PKI yang terkorban.", "“Ada keluarga yang sudah memindahkan jenazah sebelum kawasan itu ditenggelami air, dan ada juga yang membiarkannya kekal di situ,” kata Sunyoto.", "Jelasnya, penduduk setempat tidak menerima sebarang pampasan daripada kerajaan apabila kubur ahli keluarga mereka ditenggelamkan untuk projek kolam takungan tersebut.", "Projek tersebut menyaksikan sebanyak 45 kampung ditenggelamkan dengan 41,000 penduduk dipindahkan ke tempat lain.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/10/kolam-takungan-surut-ribuan-kubur-kuno-timbul/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/10/kolam-takungan-surut-ribuan-kubur-kuno-timbul/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/03/lelaki-bebas-tuduhan-akses-laman-sesawang-pornografi-kanak-kanak/", "headline": "Lelaki bebas tuduhan akses laman sesawang pornografi kanak-kanak", "content": ["KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan seorang kakitangan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) daripada sabitan dan hukuman penjara 24 bulan atas kesalahan mengakses laman sesawang melibatkan pornografi kanak-kanak, tiga tahun lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Hakim Datuk Ahmad Bache memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Syamsul Muhaiyudin Musa dan mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang mensabit dan menghukumnya atas kesalahan itu.", "Beliau turut mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya menjalani kaunseling dan pengawasan polis selama dua tahun.", "Syamsul Muhaiyudin, 41, didakwa mengakses laman sesawang berkaitan pornografi kanak-kanak menggunakan sebuah peranti di antara pukul 5.29 petang dan 5.35 petang, pada 3 Jun 2020 di bilik tidur rumahnya di Taman Batu Muda, Sentul di sini.", "Dia didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.", "Dalam penghakiman yang diperoleh Utusan Malaysia kelmarin, Hakim Ahmad menyatakan, mahkamah membenarkan permohonan perayu untuk memasukkan keterangan baharu di bawah Seksyen 317 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) sebelum rayuan penuh didengar.", "Utusan Malaysia", "Keterangan baharu itu berkaitan rekod kehadiran dan pergerakan perayu yang menunjukkan dia bekerja pada hari tersebut dan keterangan itu disokong oleh afidavit majikannya.", "Keterangan itu sekali gus menafikan perayu berada di bilik tidur tempat kejadian berikutan keterangan majikannya yang mengesahkan lelaki itu bertugas pada waktu petang dan di tempat seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.", "“Majikannya merupakan saksi yang kredibel apatah lagi rekod log keluar masuk tersebut direka khas dan bersifat kalis pemalsuan.", "“Mahkamah mendapati keterangan baharu itu menguatkan lagi pembelaan perayu dan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah pada kes pendakwaan. Pertuduhan terhadap perayu cacat dan tidak boleh dipertahankan. Perayu dilepas dan dibebaskan,” ujar beliau.", "Pembelaan perayu turut menafikan dia mengakses pornografi kanak-kanak sebaliknya mendakwa orang lain menyamar dan menggunakan alamat internet protocol (IP) pada tarikh dan masa seperti dalam pertuduhan.", "Menurut perayu, dia tidak berada di biliknya sebaliknya dalam perjalanan pulang dari tempat bekerja.", "Mahkamah berpuas hati bahawa siasatan tidak lengkap kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan perayu berada di tempat kejadian dan kemungkinan orang lain mengakses alat-alat peranti dalam bilik tersebut.", "“Hakim Mahkamah Sesyen membuat kesilapan besar kerana gagal menolak keberadaan orang lain yang mungkin mempunyai akses kepada bilik perayu mengandungi komputer serta peranti kepunyaannya yang digunakan untuk akses laman sesawang pornografi kanak-kanak,” ujar Hakim Ahmad.", "Beliau turut menyatakan, pembelaan perayu bahawa rumah tersebut juga didiami oleh adik dan bapanya manakala pada awal Jun, ibunya sakit kuat menyebabkan ramai adik beradik datang melawat.", "“Perayu membiarkan komputernya digunakan dan memberikan kata laluan `wifi’ router/peranti kepada mereka,” demikian kata hakim berkenaan dalam penghakiman bertarikh 27 September lalu yang diperoleh dari laman web mahkamah.", "Penghakiman itu turut menggariskan ringkasan fakta kejadian termasuk keterangan pengadu yang juga pegawai siasatan yang bertugas di Malaysia Internet Crime Against Children, D11, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.", "Pegawai itu yang merupakan saksi pendakwaan kedua (SP2) menjalankan siasatan dalam satu laman web yang merupakan rangkaian perkongsian pornografi kanak-kanak.", "Siasatan lanjut mendapati enam fail pornografi kanak-kanak dimuat-turun menerusi fail tersebut menggunakan alamat IP pada peranti yang digunakan perayu berdasarkan semakan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).", "Lelaki bebas tuduhan akses laman sesawang pornografi kanak-kanak"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/30/nasa-mahu-guna-roket-nuklear-untuk-cepat-sampai-ke-marikh/", "headline": "NASA mahu guna roket nuklear untuk cepat sampai ke Marikh", "content": ["NASA dan DARPA memperkenalkan roket nuklear DRACO yang boleh membawa manusia ke Marikh dengan lebih pantas.", "WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) merancang melancarkan kapal angkasa berkuasa nuklear ke orbit bumi seawal tahun 2025.", "Para saintis percaya teknologi berkenaan mampu mengurangkan masa yang diperlukan untuk melakukan perjalanan sejauh 480 juta kilometer ke planet Marikh.", "Kapal angkasa yang dikenali sebagai DRACO akan dibina oleh syarikat aeroangkasa dan pertahanan, Lockheed Martin menerusi projek yang diketuai oleh NASA dan Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan AS (DARPA).", "Menurut Utusan Malaysia, Pentadbir NASA, Bill Nelson berkata, jika ujian awal yang dilakukan berjaya, NASA berharap kapal angkasa berkuasa nuklear itu akan membantu agensi berkenaan memenuhi matlamatnya menghantar manusia ke Marikh menjelang tahun 2040.", "Jelasnya, teknologi yang digunakan memperkenalkan haba daripada reaktor pembelahan nuklear kepada propelan hidrogen untuk memberikan tujahan yang dipercayai jauh lebih cekap berbanding enjin roket berasaskan kimia tradisional.", "“Ini kerana Roket terma nuklear (NTR) diketahui menawarkan nisbah tujahan berat yang tinggi sekitar 10,000 kali lebih besar daripada pendorongan elektrik dengan kecekapan dua hingga lima kali ganda daripada pendorongan kimia di angkasa,” katanya.", "Timbalan Presiden Kempen Eksplorasi Lockheed Martin, Kirk Shireman berkata, pihaknya berharap teknologi nuklear yang digunakan mampu mempercepatkan misi menjejakkan kaki ke planet keempat dari matahari itu yang sebelum ini dianggarkan memakan masa sekitar tujuh bulan.", "“Kami akan menguji teknologi nuklear ini dan melancarkan demonstrasi untuk mengumpulkan sebanyak mungkin data yang hebat.", "“Bersama-sama dengan transit yang lebih pantas, sistem NTR akan membantu angkasawan mengurangkan risiko pendedahan kepada sinaran berbahaya di angkasa lepas dan masalah kekurangan bekalan makanan malah mereka juga tidak perlu berada di angkasa dalam tempoh yang terlalu lama.", "NASA mahu guna roket nuklear untuk cepat sampai ke Marikh"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/04/%e5%80%92%e6%a8%b9%e5%a3%93%e6%af%80%e6%b0%91%e5%ae%85/", "headline": "倒樹壓毀民宅", "content": ["(丹南4日訊)今早一棵大樹倒下,並壓毀了一所甘榜民宅。", "這起在丹南發生的事故中並無人傷亡。", "丹南消防和救援站負責人PPgB Mohd. Zainal Sinsian說,事件發生在上午9時。", "他說,當局接獲投報後,行動指揮官PBK II Wilfred Sulai即刻率領5人小組緊急趕往現場。", "到達距離14公里外的現場後,發現一棵倒下的大樹砸在了民宅的一側。", "「沒有傷者。在移除倒樹並確保沒有其他危險後,行動於下午1時37分結束。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/16/apply-a-zero-tolerance-policy-on-heavy-goods-vehicles-to-prevent-accident-yiew/", "headline": "Apply a zero-tolerance policy on heavy goods vehicles to prevent accident – Yiew", "content": ["Yee Tsai Yiew", "KOTA KINABALU: The relevant authorities have been urged to strengthen enforcement and apply a zero-tolerance policy on heavy goods vehicles in the wake of two separate accidents involving trailer trucks carrying heavy cargo here within a short span of fewer than two weeks.   ", "This came from Parti Bersatu Sabah (PBS) Api-Api Division Information Chief Yee Tsai Yiew who also urged the drivers of heavy goods vehicles to be cautious when carrying heavy loads, saying the general public was concerned over the issue of road safety following the two recent accidents.", "“The accidents, although no casualties were involved, not only cause traffic congestion and inconvenience to people but also damage infrastructure.", "“Therefore, to prevent such crashes from occurring in the future, I urge all heavy goods vehicle companies and drivers to have the knowledge of the height and weight restrictions of the current law. The companies concerned should also conduct a periodical review of their respective driver’s competency in transporting heavy cargo,” said Yiew, who is a former candidate for the Kota Kinabalu parliamentary constituency in the previous general election, in a statement today.", "She also called on the relevant authorities such as the police, Road Transport Department (RTD) and Sabah Commercial Vehicle Licensing Board (CVLB) to enhance supervision to ensure that heavy goods vehicle companies and trailer truck drivers comply with regulations to minimise the risk of accidents as much as possible.", "“Most importantly, the agencies concerned should apply a zero-tolerance policy when it comes to road safety and any company involved in reckless and irresponsible business practice when transporting heavy goods should be heavily penalised,” stressed Yiew.", "“We were lucky that the two major road accidents involving trailer trucks did not cause any death or injuries to road users, however, luck doesn’t always come twice. As such, preventing accidents beforehand and minimising risks can provide peace of mind to the public, especially motorists,” she said.", "On June 4, a trailer truck carrying a large construction material hit a pedestrian bridge in front of the Kota Kinabalu Post Office building in Segama, while on Thursday, another trailer truck was involved in an accident when a shipping container it was carrying fell off the trailer while negotiating a bend at the junction of Jalan Kolombong-Jalan Lintas. Fortunately, no casualties were reported in both incidents, but the traffic was temporarily affected."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/28/messi-pemain-terbaik-fifa-2022/", "headline": "Messi Pemain Terbaik FIFA 2022", "content": ["Lionel Messi yang mengetuai Argentina muncul juara Piala Dunia dinobat sebagai Pemain Terbaik FIFA 2022.", "PARIS: Kejayaan membantu Argentina muncul juara Piala Dunia membolehkanLionel Messi dinobat sebagai Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2022.", "Messi menewaskan rakan sepasukan dalam Paris Saint-Germain dan pesaingnya final Piala Dunia, Kylian Mbappe, manakala pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema ketiga.", "Menurut Utusan Malaysia, ia kali kedua Messi memenangi anugerah yang diperkenalkan FIFA pada tahun 2016 selepas badan induk bola sepak dunia itu menamatkan kerjasama dengan penganjur Ballon d’Or, France Football, sekali gus menyamai rekod Cristiano Ronaldo.", "Anugerah yang dihakimi oleh kapten dan jurulatih skuad kebangsaan, wartawan serta peminat itu menobatkan Messi sebagai pemenang selepas bekas bintang Barcelona itu melengkapkan karier gemilangnya dengan kejayaan dalam Piala Dunia di Qatar tahun lalu.", "Messi turut meraih Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan, mengatasi Mbappe yang muncul penjaring terbanyak dengan lapan gol, satu mengatasi Messi.", "“Tahun ini cukup gila buat saya, mencapai impian saya yang saya perjuangkan selama ini. Akhirnya saya berjaya meraihnya dan ia perkara paling indah dalam karier saya.", "“Ia adalah impian setiap pemain bola sepak tetapi hanya sedikit yang mampu merealisasikannya,” kata Messi selepas menerima anugerah berkenaan.", "Sementara itu, Alexia Putellas dari Sepanyol mengekalkan gelaran Pemain Wanita Terbaik FIFA. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/02/messi-pemain-terbaik-fifa-2022/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/02/messi-pemain-terbaik-fifa-2022/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/18/jeryl-lee-pei-ling-mirip-lisa-blackpink/", "headline": "Jeryl Lee Pei Ling mirip Lisa BLACKPINK?", "content": ["BEIJING: Penyanyi, Jeryl Lee Pei Ling yang merupakan rakyat Malaysia pertama memenangi sebuah program realiti terkenal di China semakin mencuri perhatian gara-gara rupa parasnya yang seakan-akan ahli BLACKPINK, Lisa.", "Menurut Utusan Malaysia, persamaan tersebut turut disedari peminatnya menerusi reaksi mereka pada setiap gambar yang dimuat naik Jeryl di Instagramnya.", "“Saya sangka anda adalah Lisa. Bagaimanapun anda ada personaliti sendiri,” tulis peminat.", "“Adakah anda pasti anda bukan adik perempuan Lisa yang terpisah?” seloroh seorang lagi peminat.", "Dalam pada itu, peminat Jeryl juga meminta agar mana-mana pihak tidak membanding-bandingkan penyanyi tersebut dengan Lisa.", "“Tolong jangan bandingkan dia dengan Lisa. Dia kuasai vokal, Lisa pula Rap dan tarian,” tulis peminat.", "Jeryl mengharumkan nama negara selepas menjadi rakyat Malaysia tunggal yang menjadi juara The Next 2023 yang berlangsung September tahun ini.", "Penyanyi berasal dari Pulau Pinang itu sebelum ini pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian di negara tersebut antaranya Water Cube Cup China pada tahun 2014 dan Sing! China (2016).", "Jeryl Lee Pei Ling mirip Lisa BLACKPINK?"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/10/%e6%b8%85%e7%90%86%e5%9c%8d%e6%ac%84%e6%99%82%e9%81%ad%e9%b1%b7%e8%a5%b2-%e7%94%b7%e5%ad%90%e6%9d%b3%e7%84%a1%e9%9f%b3%e4%bf%a1/", "headline": "清理圍欄時遭鱷襲 男子杳無音信", "content": ["(比盧蘭十日訊)1名男子昨日在清理園坵圍欄時,相信是被鱷魚襲擊,迄今仍失蹤未尋獲。", "比盧蘭消防和救援站(BBP)負責人PPgB Edoen Macheal說,這起意外昨午3時左右在比盧蘭的園坵發生。", "他說,當局下午3時51接獲投報,行動指揮官PBK II John Franchis率領4人小組趕往現場。", "「到達距離70公里外的現場時,發現1名男性相信是在清理圍欄時被鱷魚襲擊而失蹤。」", "他說,事發時男子正巧是休息時間,前往河邊洗手洗腳,突然出現一條鱷魚襲擊,然後將男子拖入河中。", "「28歲的Rudi Amiruddin當時尖叫求救,但無法得到也在該地區工作的朋友的幫助。」", "參與搜救行動的還有5名警察、4名輔警和6名民防部隊成員。", "今天開始的第二天搜救行動於下午1時開始,搜救範圍為事發地點周圍一公里的半徑。", "搜索工作一直進行到下午5時,但仍未找到受害者。", "搜救行動明天將繼續進行。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/10/messi-mania-punca-tiket-inter-miami-naik-1000-kali-ganda/", "headline": "‘Messi mania’ punca tiket Inter Miami naik 1,000 kali ganda", "content": ["Lionel Messi (kiri) mengesahkan dia telah ‘menolak’ untuk kembali ke Barcelona dan berpindah ke Amerika Syarikat menyertai Inter Miami yang dimiliki oleh David Beckham.", "MIAMI: Demam ‘Messi mania’ melanda Amerika Syarikat (AS) menyebabkan tiket perlawanan bakal kelab barunya, Inter Miami mengalami kenaikan harga secara mendadak.", "Rabu lalu, bintang Argentina, Lionel Messi mengumumkan dia akan berhijrah ke Liga Bola Sepak Utama (MLS) beraksi bersama Miami, sekali gus menolak kepulangan ke Barcelona atau menyertai Liga Pro Arab Saudi.", "“Kami berbesar hati Lionel Messi telah menyatakan persetujuan untuk menyertai Inter Miami dan MSL musim panas ini.", "“Walaupun kerja-kerja akhir melibatkan persetujuan kontrak sedang dimuktamadkan, kami tidak sabar untuk menantikan kehadiran pemain hebat sepanjang zaman berada dalam liga kami,” jelas pihak MLS.", "Menurut Utusan Malaysia, tiket beberapa perlawanan MLS naik sehingga 1,000 peratus, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam bola sepak AS.", "Walaupun belum dapat dipastikan bila Messi bakal membuat penampilan sulung, namun pemenang tujuh gelaran Ballon d’Or itu akan beraksi dalam aksi Piala Liga pada 21 Julai depan menentang kelab Mexico, Cruz Azul.", "Kebiasaanya tiket untuk perlawanan pada Khamis dijual sekitar AS$120 (RM553), namun kini ia melonjak AS$1,248 (RM5,755).", "Situasi turut dihadapi membabitkan harga tiket aksi domestik.", "https://www.utusan.com.my/sukan/2023/06/messi-mania-punca-tiket-inter-miami-naik-1000-kali-ganda/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/04/messi-tarik-ramai-bintang-ke-miami/", "headline": "Messi tarik ramai bintang ke Miami", "content": ["Luis Suarez mahu mengikut jejak Lionel Messi (kiri) dan Sergio Busquets beraksi bersama kelab MLS Amerika Syarikat, Inter Miami.", "LONDON: Kehadiran Lionel Messi ke Inter Miami ibarat ‘gula’ kerana ramai lagi bintang kini dalam perjalanan untuk menyertai kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS), Amerika Syarikat (AS) itu.", "Kelab yang dimiliki bersama legenda bola sepak Manchester United, David Beckham itu di landasan menjadi salah satu pasukan paling menarik di luar Eropah dan bersedia menambah kualiti barisan pemain.", "Selepas mendapat khidmat kapten juara Piala Dunia Argentina, Messi dan seorang lagi legenda Barcelona, Sergio Busquets, Miami bakal menjadi destinasi Luis Suarez, Jordi Alba, Jesse Lingard serta Sergio Ramos.", "Presiden Miami, Jorge Mas mengesahkan kelab sedang ­berunding untuk membawa masuk bekas penyerang Liverpool dan Barcelona, Suarez serta bek kiri berusia 34 tahun, Alba.", "Ketika ramai bintang mengikut jejak Cristiano Ronaldo yang memilih untuk berhijrah ke Arab Saudi, Messi menolak tawaran lumayan Al-Hilal untuk ‘terbang’ ke AS.", "Alba boleh dibawa masuk secara percuma selepas me­ninggalkan Barcelona, manakala Suarez, 36, kini bermain untuk kelab Brazil, Gremio dan dilaporkan mahu menyertai ­bekas rakan sepasukannya.", "“Dua atau tiga lagi pemain bintang akan datang (ke Miami).", "Kami sedang berunding de­ngan Jordi Alba, manakala Luis ­Suarez mempunyai kontrak dan klausa pelepasan untuk ditebus,” kata Mas kepada akhbar Perancis, El Pais.", "El Pais.", "Bekas pemain sayap United, Lingard, 30, juga teruja untuk menyertai legenda Barcelona di Miami selepas tamat kontrak bersama Nottingham Forest, malah baru-baru ini dia dilihat berlatih di kemudahan milik kelab tersebut.", "Busquets pula sudah me­nyatakan persetujuan mengikat kontrak bersama Miami selepas 16 tahun menyarung jersi Barca dan musuh ketatnya di La Liga, Ramos yang tamat kontrak bersama Paris Saint-Germain turut berada dalam senarai. ", "Messi tarik ramai bintang ke Miami"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/17/kesemua-mangsa-termasuk-exco-kerajaan-negeri-naiki-pesawat-baru-selesai-hadiri-mesyuarat/", "headline": "Kesemua mangsa termasuk exco kerajaan negeri naiki pesawat baru selesai hadiri mesyuarat", "content": ["Keadaan lebuh raya selepas sebuah pesawat dipercayai terhempas dan menghentam sebuah motosikal di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam, Selangor.", "PETALING JAYA: Kesemua penumpang termasuk Seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan sebuah Negeri (exco) dipercayai menaiki pesawat ringan ke Langkawi bagi menghadiri sebuah mesyuarat.", "Menurut Utusan Malaysia, satu sumber memberitahu, mesyuarat yang dihadiri mereka membabitkan Majlis Tindakan Pembangunan sebuah negeri.", "“Mesyuarat itu berlangsung hari ini, bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesemua mereka berada di Langkawi sejak bila,” katanya di sini hari ini.", "Dalam pada itu, Utusan Malaysia memperoleh senarai nama penumpang dan krew membabitkan pesawat ringan berkenaan, namun, tiada pengesahan berhubung penularan maklumat itu.", " Utusan Malaysia ", "Terdahulu, sepuluh individu dikhuatiri maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, petang ini.", "Mereka mangsa terlibat terdiri lapan individu menaiki pesawat ringan berkenaan selain dua mangsa yang menaiki sebuah motosikal dan kereta.", "Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohamad Shoki Hamzah berkata, masing-masing seorang penunggang motosikal dan pemandu kenderaan maut selepas dirempuh pesawat ringan berkenaan.", "Utusan Malaysia", "Operasi masih berjalan dan identiti kesemua mangsa masih belum dapat dipastikan", "Pesawat ringan berkenaan dipercayai telah berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Subang.", "Kesemua mangsa naiki pesawat baru selesai hadiri mesyuarat"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/18/kerajaan-sabah-tidak-akan-berkompromi-serahkan-haknya-masidi/", "headline": "Kerajaan Sabah tidak akan berkompromi, serahkan haknya – Masidi", "content": ["Masidi Manjun", "KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah tidak akan sekali-kali berkompromi atau menyerahkan haknya di bawah Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun.", "Kedudukan mutlak ini juga terpakai kepada kelayakan pemberian khas menurut Perkara 112C dan seksyen 2 Bahagian IV dalam Jadual Kesepuluh serta Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan yang secara nyata memperuntukkan formula dan kajian semula 40 peratus kelayakan hasil bersih diperoleh oleh Persekutuan yang berasal dari Sabah, tambahnya.", "“Adalah perlu untuk menjelaskan perkara ini secara menyeluruh sebagai tindak balas kepada dakwaan tidak berasas bahawa Kerajaan Negeri telah melepaskan haknya berhubung pemberian khas ini.", "“Saya boleh menyatakan dengan jelas bahawa Sabah tidak melepaskan mana-mana hak perlembagaannya berkenaan dengan pengaturan pada 2022 untuk penyelesaian sementara.", "“Oleh itu, penerimaan bayaran interim sebanyak RM125.6 juta (meningkat daripada RM26.7 juta) dinyatakan dengan tegas tanpa menjejaskan semua hak negeri. Secara khusus, tertakluk kepada hak Negeri untuk bergantung kepada formula sedia ada dan persetujuan untuk meneruskan rundingan selanjutnya dengan Kerajaan Persekutuan. Disebabkan perbezaan tafsiran dan kuantum maka kami bersetuju untuk tidak bersetuju,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Sebagai syarat lanjut kepada pengaturan sementara itu, Masidi berkata, Sabah secara nyata berhak untuk menuntut apa yang patut bagi ketidaksempurnaan Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan semakan perlembagaan setiap lima tahun sejak 1974.", "“Sekiranya kedua-dua pihak tidak dapat mencapai kata sepakat selepas rundingan maka kami akan merujuk perkara ini kepada penilai bebas seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 112D (6) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.", "Masidi berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menegaskan bahawa susunan perlembagaan bagi Sabah ini dinyatakan secara jelas dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan bertarikh 27.02.1963 dan merupakan perjanjian perkongsian hasil yang dipersetujui antara Negeri Sabah dan Persekutuan yang membawa kepada pembentukan Malaysia pada tahun 1963.", "“Tiada siapa boleh menafikan fakta sejarah ini.", "“Kerajaan Negeri akan sentiasa menjaga hak perlembagaan negeri. Kami sangat menyedari apa yang dipertaruhkan dan kami akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi harapan tinggi orang ramai.", "“Undang-undang tertinggi negara mesti dihormati dan kami yakin Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan mencapai penyelesaian yang adil dan saksama kepada isu yang telah lama tertangguh ini secepat mungkin,” kata Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan ADUN Karanaan itu."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/08/kereta-anggota-polis-halang-lalu-lintas-dikenakan-saman/", "headline": "Kereta anggota polis halang lalu lintas dikenakan saman", "content": ["Gambar tular kereta Proton Saga dengan vest polis diletakkan di papan pemuka yang didakwa menghalang lalu lintas di Persiaran Brash di Ipoh.", "IPOH: Polis mengesahkan pemandu dan pemilik kereta mengandungi ‘vest polis’ yang tular kerana menghalang lalu lintas di Persiaran Brash di sini baru-baru ini, telah dikenakan tindakan saman.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku Sabtu lalu pukul 6.29 petang di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo.", "Katanya, berdasarkan semakan, kereta jenis Proton Saga berwarna hitam itu adalah milik pegawai rendah polis yang bertugas di Batu Gajah.", "“Ketika kejadian, kereta itu dipandu oleh saudara anggota tersebut dan semakan juga mendapati, vest polis yang berada di papan pemuka kenderaan merupakan milik penjawat awam itu.", "“Sehubungan itu, pemandu kenderaan telah dikenakan saman di bawah Kaedah Lalu Lintas 16(1) LN 166/59 kerana membuat halangan lalu lintas dan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu tanpa lesen memandu yang sah.", "“Pemilik kereta juga disaman mengikut Seksyen 26(1) APJ 1987 kerana membenarkan seseorang memandu kenderaan tanpa lesen,” katanya dalam kenyataannya di sini kelmarin.", "Menurut beliau, kes itu juga dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kontinjen Perak untuk siasatan dari sudut tatatertib terhadap pegawai rendah polis berkenaan.", "Tegasnya, pihak polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melakukan kesalahan lalu lintas.", "“Pada masa sama, kita juga ingin memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu atau mengeluarkan komen tidak bertanggungjawab sebelum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa,” katanya.", "Terdahulu tular di media sosial gambar memaparkan sebuah kereta Proton Saga yang diparkir berlapis sehingga menghalang lalu lintas.", "Gambar itu mendapat reaksi pelbagai warga maya yang mengecam pemilik kereta tambahan lagi selepas melihat ‘vest polis’ berada di papan pemuka kenderaan berkenaan. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/kereta-anggota-polis-halang-lalu-lintas-dikenakan-saman/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/kereta-anggota-polis-halang-lalu-lintas-dikenakan-saman/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/29/%e5%ae%97%e6%95%99%e7%a7%81%e5%a1%be%e7%a5%88%e7%a6%b1%e6%89%80%e7%87%92%e7%87%ac/", "headline": "宗教私塾祈禱所燒燬", "content": ["(蘭瑙廿九日訊)昨午蘭瑙的一所,這裡的一所宗教私塾祈禱所發生火災,慶幸的是該起意外中並沒人受傷。", "蘭瑙消防救援站(BBP)負責人,PPgB Ridwan Mohd Taib說,這起事件下午4時左右,在甘榜Kundasang Lama發生。", "他說,由行動指揮官PBKII Becket Gumat率領的11人小組,下午4時27分接獲投報後立即趕赴現場。", "「到達距離18公里外的現場時,我們發現火災涉及宗教私塾的祈禱所,面積為30×50英尺,已經燒燬了80%。」", "據報導事件中並無人傷亡。", "火勢下午5時30分成功控制,行動於晚上7時27分結束。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/29/kerajaan-sentiasa-komited-bantu-usahawan-pmks-andi/", "headline": "Kerajaan sentiasa komited bantu usahawan PMKS- Andi", "content": ["Andi (tengah) bergambar kenangan dengan penerima bantuan IKS 2022, hari ini", "TAWAU: Kerajaan sentiasa komited dalam membantu usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam memperkasakan ekosistem keusahawanan, kata Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.", "“Kementerian saya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan di Negeri Sabah.", "“Sesungguhnya kerjasama erat ini adalah amat diharapkan agar usaha untuk membantu golongan usahawan PMKS akan dapat diteruskan.", "“Kerjasama ini diharapkan dapat membantu komuniti usahawan di sekitar kawasan Tawau supaya bertambah maju khususnya kepada usahawan PMKS selari dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021 – 2025 dan Dasar Keusahawanan Negara (DKN 2030),” kata beliau.", "Andi Muhammad Suryady Bandy", "Menurut Andi, komitmen Kerajaan Negeri melalui MIDE dijelaskan dalam Pelan Pembangunan SMJ dan diterjemahkan melalui Misi Kementerian iaitu menggalakkan PMKS sebagai industri sokongan utama dan pemangkin kepada pembangunan industri pembuatan.", "“Pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Sabah bagi tahun 2021, Sektor Pembuatan telah menyumbang sebanyak 7.5% bersamaan RM 5.9 Bilion.", "“Daripada jumlah ini, 69% disumbangkan oleh Industri Pemprosesan Makanan yang terdiri daripada Usahawan PMKS di negeri Sabah.", "“Justeru, bagi meningkatkan sumbangan Sektor Pembuatan kepada KDNK negeri Sabah, Usahawan PMKS perlu memainkan peranan dengan meningkatkan hasil produk usahawan untuk pasaran tempatan dan juga luar negeri, sekaligus menambah peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri Sabah,” kata beliau.", "Andi yang juga merupakan Ahli Parlimen P.191 Kalabakan dan ADUN N.71 Tanjung Batu berkata demikian semasa merasmikan Majlis Perasmian Karnival Usahawan PMKS Sabah Zon Tawau pada Sabtu.", "Karnival itu dianjurkan untuk membantu Usahawan PMKS meneroka peluang pasaran baharu, meningkatkan hasil jualan, menjalankan padanan perniagaan bersama pasaraya besar dan memperkenalkan produk buatan Usahawan PMKS kepada penduduk di kawasan Pantai Timur.", "“Saya difahamkan sebanyak 30 gerai pameran di bawah Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan 80 gerai jualan Usahawan PMKS dan peniaga terlibat dalam karnival ini,” katanya lagi.", "Tambahnya, kelembapan pertumbuhan ekonomi akibat Covid-19 memberi kesan negative kepada PMKS, syarikat berskala pertengahan dan multinasional, termasuk sektor industri serta perkhidmatan.", "“Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hampir 65.5 peratus syarikat menghadapi cabaran ketiadaan pelanggan manakala 45 peratus syarikat akan mengambil tempoh lebih 6 bulan untuk kembali pulih,” kata beliau.", "Di Sabah, tambah Andi, MIDE akan berusaha memajukan lagi usahawan-usahawan ini menjadi lebih produktif serta berdaya maju dalam menghasilkan produk-produk yang berkualiti dan seterusnya membantu meningkatkan sumbangan kepada sektor pembuatan.", "“Bagi tujuan ini, MIDE melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO) akan menyediakan latihan dan kursus, meningkatkan kualiti pembungkusan produk, menyediakan premis kedai untuk ruang perniagaan dan membantu dalam pemasaran ke pasaraya tempatan dan ke Semenanjung Malaysia termasuk pasaran antarabangsa di samping memberi bantuan mesin dan peralatan untuk menambah kapasiti pengeluaran para usahawan,” katanya.", "Oleh itu, tambahnya, atas keprihatinan Kerajaan Negeri kepada Usahawan PMKS di negeri Sabah, jumlah peruntukan bagi Bantuan SME-Up pada tahun 2023 telah meningkat kepada RM15 Juta berbanding RM10 Juta yang diperuntukan pada tahun 2022.", "Dengan tambahan peruntukan ini, katanya, pihak Kementerian melalui DIDR telah menambah lagi kategori bantuan kepada Program Persijilan MeSTI dan Halal yang mana program ini akan membantu mengurangkan bebanan Usahawan PMKS bagi mendapatkan Pensijilan MeSTI dan Halal pada produk mereka.", "“Kementerian saya juga melalui DIDR akan membuka beberapa lagi Pusat Produk IKS di beberapa daerah sebagai satu inisiatif untuk menyediakan ruang untuk mengumpul, mempamer, mempromosi dan menjual produk keluaran usahawan tempatan dari seluruh daerah.", "“DIDR akan membuka 2 lagi Pusat Produk IKS Sabah pada tahun ini iaitu di daerah Tawau dan Lahad Datu. Kini terdapat 8 Pusat Produk IKS yang telah dibuka iaitu di Wisma Tun Fuad Stephens, Beaufort, Ranau, Papar, Kota Marudu, Pasaraya Oceanus dan Tuaran,” kata beliau.", "Bagi memperluaskan pasaran produk ke pasaraya tempatan, Andi menambah bahawa DIDR telah bekerjasama dengan Pasaraya Bataras, Kedai Mesra Petronas, Kojasa Mart dan SCC Outlet.", "Manakala bagi pasaran di luar negeri Sabah, kata beliau, DIDR telah membuka Authentic Sabah Mart yang terletak di GM Klang Wholesale City, Selangor.", "“Di samping itu, DIDR juga membantu mempromosi dan memasarkan produk Sabah ke pasaran Antarabangsa melalui ekspo-ekspo perdagangan Antarabangsa yang diadakan di seluruh dunia seperti Gulfood di Dubai, Thaifex di Bangkok, FHA Expo di Singapura dan Interfood di Jakarta,” kata beliau.", "Pada 20 Mei 2023 yang lalu, kata Andi, Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan logo ‘Authentic Sabah’ dalam bentuk hologram yang akan diedarkan secara percuma kepada semua usahawan yang berdaftar dengan DIDR.", "Turut hadir, Ahli Parlimen P.190 Tawau, Lo Su Fui; ADUN N.70 Kukusan, Rina Haji Jainal; Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Joseph Pang; Wakil Ketua Polis Daerah Tawau, ASP Helmi Mat Yusoff; Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan, Mohd. Ridzuan Ramli,; Pengurus Pembangunan Usahawan Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Abd. Rahim Md. Zain dan lain-lain."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/05/sheila-majid-buat-konsert-di-sabah-ogos-depan/", "headline": "Sheila Majid buat konsert di Sabah, Ogos depan", "content": ["PETALING JAYA: Selepas kejayaan konsert di Kuala Lumpur (KL), Mac lalu, ratu jaz negara bakal meneruskan konsert Sheila Majid Big Band Live in Sabah yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, 12 Ogos depan.", "Konsert yang dianjurkan oleh Firm Horizon Sdn. Bhd. dan AL Activators Sdn. Bhd. selaku penganjur bersama mendapat sokongan penuh Pejabat Ketua Menteri Sabah.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Urusan Firm Horizon Sdn. Bhd., Raymond Fang berkata, konsert itu dianjurkan setelah mengambil kira semua faktor dan permintaan daripada jumlah peminat Sheila yang sangat ramai.", "Katanya, semasa penganjuran konsert di KL, tiket yang dijual habis dalam masa singkat.", "“Kami berbesar hati mengumumkan Konsert Sheila Majid Big Band yang mendapat sambutan cukup hangat di KL akan dibawakan secara eksklusif kepada peminat di Borneo, terutamanya di Kota Kinabalu.", "“Penganjuran yang mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Ketua Menteri ini berjaya direalisasikan kerana kami memperoleh permintaan yang tinggi dalam kalangan peminat yang terlepas menonton konsert Sheila sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.", "Raymond berkata, pihaknya juga mempunyai tujuan murni untuk menyalurkan sebahagian kutipan tiket kepada Yayasan Kebajikan Sabah dalam membantu usaha kebajikan organisasi itu.", "“Malah sebahagian keuntungan bersih hasil kutipan tiket akan disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Sabah untuk membantu pihak yang memerlukan.", "“Ini juga adalah inisiatif kami untuk memberi semula kepada masyarakat melalui bidang hiburan.”", "Sheila Majid Big Band Live in Sabah akan menyaksikan persembahan Sheila diiringi oleh 17 pemuzik terdiri daripada pemain hon, pemuzik band dan penyanyi latar yang diketuai oleh satu-satunya meastro, Mac Chew.", "Tiket sudah mula dijual sejak 16 Jun lalu melalui laman sesawang smlkk.qtic.my, bermula dari RM238 (Emas), RM388 (Platinum), RM588 (Berlian) dan RM738 (VIP).", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/sheila-majid-buat-konsert-di-sabah-ogos-depan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/sheila-majid-buat-konsert-di-sabah-ogos-depan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/05/laporan-tragedi-tanah-runtuh-batang-kali-diperoleh-akhir-bulan-ini/", "headline": "Laporan tragedi tanah runtuh Batang Kali diperoleh akhir bulan ini", "content": ["PETALING JAYA: Laporan hasil penemuan insiden tragedi tanah runtuh Batang Kali mengorbankan 31 nyawa akan diperoleh pada akhir bulan ini dan kemudian dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum dimuktamadkan untuk semua pihak terlibat mengambil tindakan selanjutnya.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, pihaknya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan kini di dalam peringkat penyediaan draf laporan akhir.", "Katanya, antara elemen yang diambil kira dalam penyiapan laporan ini adalah kerja-kerja ujian penyiasatan tanah di lapangan dan makmal serta penganalisaan data. ", "“Data daripada ujian ini adalah penting untuk dianalisis bagi menentukan mekanisme kegagalan oleh pelbagai pakar termasuk dari aspek kejuruteraan geoteknik dan geologi.", "“Saya memahami banyak pihak termasuk keluarga mangsa yang terjejas ingin mengetahui atau mendapatkan laporan akhir kejadian berkenaan, justeru saya memberi jaminan JKR sedang melakukan usaha yang terbaik untuk melengkapkan proses ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Sebelum ini, beberapa media melaporkan keluhan anggota keluarga mangsa insiden itu yang mempersoalkan mengapa kerajaan sehingga kini masih belum mengeluarkan laporan penuh siasatan tragedi itu.", "Mereka menuntut laporan akhir dengan segera bagi membolehkan mereka mengambil langkah ke hadapan.", "Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali pada 16 Disember 2022 itu membabitkan jumlah mangsa maut kedua terbesar selepas kejadian Kondominium Highland Towers runtuh pada 1992 yang mengorbankan 48 nyawa.", "Tragedi kira-kira jam 2.30 pagi di Batang Kali itu membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 terkorban termasuk 13 kanak-kanak. ", "Laporan tragedi tanah runtuh Batang Kali diperoleh akhir bulan ini"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/29/%e9%a6%ac%e9%ad%af%e9%83%bd3%e8%bb%8a%e9%80%a3%e7%92%b0%e6%92%9e-3%e4%ba%ba%e5%8f%97%e5%82%b7%e9%80%81%e9%99%a2/", "headline": "馬魯都3車連環撞 3人受傷送院", "content": ["(馬魯都廿九日訊)哥打馬魯都昨日發生3車連環撞,導致包括1名兒童在內的3人受傷。", "馬魯都消防救援局負責人Mohd. Hasbi Hajat表示,事件晚上9時,在Jalan Popok發生。", "他說,當局接獲投報後,即刻安排行動指揮官PBK II Marselius Junus率領團隊前往救援。", "「到達距離5公里外的現場時,發現一起三車連環撞事故,涉及的交通工具包括寶騰花蝴蝶、寶騰Persona和Toyota Hilux。」", "他說:「寶騰花蝴蝶車內有3名傷者(1名成年男子、1名成年女子、1名男孩),隨後被救護車送往馬魯都醫院接受進一步治療,而其他車輛上的受害者則沒有受傷。」", "消防隊於晚上10時54分結束行動。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/27/beruang-rakam-400-gambar-swafoto-satu-malam/", "headline": "Beruang rakam 400 gambar swafoto satu malam", "content": ["DENVER: Seekor beruang `mensabotaj’ sebuah kamera jejak yang diletakkan untuk merakam gambar hidupan liar di kawasan hutan di Colorado, Amerika Syarikat (AS).", "Tanpa disedari, beruang itu tampil bergambar secara bersahaja sehingga merakam kira-kira 400 swafoto dalam tempoh semalaman.  ", "Menurut Utusan Malaysia, portal UPI melaporkan, pihak pengurusan Open Space and Mountain Parks memaklumkan kamera jejak yang dipasang di kawasan hutan pada November tahun lalu, merakam sebanyak 580 gambar dalam tempoh satu malam.", "“Ketika renjer kami sedang memeriksa semua gambar hidupan liar itu, dia mendapati kira-kira 400 imej yang dirakam terdiri daripada swafoto beruang berkenaan.", "“Hampir semua gambar beruang itu dirakam secara dekat,” jelas pihak pengurusan itu.", "Sementara itu, Colorado Park and Wildlife berkongsi beberapa gambar swafoto beruang tersebut di Twitter.", "Pihak pengurusan taman negara itu memuat naik gambar berkenaan, dengan kapsyen tertera `rasa comel, mungkin akan padam nanti’.", "Dilaporkan, sebanyak sembilan kamera jejak dipasang sekitar Open Space and Mountain Parks di bandar Boulder bagi membantu para pegawai dan penyelidik mempelajari lebih lanjut mengenai pelbagai hidupan liar di kawasan tersebut.       ", "Beruang rakam 400 gambar swafoto satu malam"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/12/kkm-nafi-bakal-suntik-orang-ramai-vaksin-isr-secara-paksa/", "headline": "KKM nafi bakal suntik orang ramai vaksin ISR secara paksa", "content": ["Dr Muhammad Radzi Abu Hassan", "KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyangkal dakwaan orang ramai dipaksa mengambil suntikan ISR dan menggesa fitnah tersebut tidak terus disebarkan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dakwaan tersebut tidak benar dan ia adalah cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk mencalarkan imej KKM.", "Kata beliau, arahan sepertimana didakwa tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh KKM, malah vaksin ISR yang didakwa disuntik secara paksa tidak wujud.", "“Baru-baru ini tular di aplikasi WhatsApp berhubung isu suntikan vaksin ISR yang bakal disuntik secara paksa kepada setiap rumah warga Malaysia. KKM memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu tersebut.", "“Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan berkenaan suntikan secara paksaan kepada rakyat Malaysia dan vaksin ISR ini tidak wujud.", "“Ini adalah fitnah dan tohmahan semata-mata dan boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia serta mencalarkan imej KKM,” katanya menerusi satu kenyataan, kelmarin.", "Sehubungan itu, Muhammad Radzi menyeru dan menasihati orang ramai untuk berhenti menyebarkan sebarang perkongsian maklumat palsu dan tidak sah yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.", "“KKM menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan mana-mana individu,” katanya. ", "KKM nafi bakal suntik orang ramai vaksin ISR secara paksa"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/04/taufan-khanun-mengganas-di-timur-asia-cetus-banjir-besar/", "headline": "Taufan Khanun ‘mengganas’ di timur Asia, cetus banjir besar", "content": ["Longgokan sampah dan serpihan terapung berhampiran sebuah jambatan di China.", "TOKYO: Kira-kira 166,000 rumah di wilayah Okinawa dan Kagoshima di barat daya Jepun terpaksa bergelap manakala puluhan perniagaan terpaksa ditutup selepas Taufan Khanun membadai kawasan timur Asia.", "Jepun", "Jepun", "Hujan lebat melanda barat daya Jepun dengan angin bertiup kencang untuk hari kedua berturut-turut, menyebabkan dua orang maut.", "Televisyen awam NHK melaporkan, seorang wanita warga emas di Okinawa meninggal dunia apabila rumahnya terbakar ketika dia menggunakan lilin sejak bekalan elektrik terputus.", "Satu lagi kematian melibatkan seorang lelaki berusia 90-an akibat dihempap garaj di kawasan kediamannya yang runtuh.", "Bencana alam itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya 62 orang di wilayah Okinawa dan Kagoshima cedera.", "Kementerian Pengangkutan berkata, Lapangan Terbang Naha dan pintu masuk utama ke destinasi pelancongan popular di Okinawa beroperasi semula selepas ditutup selama dua hari namun, 304 penerbangan terpaksa dibatalkan akibat cuaca buruk.", "Menurut Agensi Meteorologi Jepun, taufan itu menghala perlahan-lahan ke barat Laut China Timur pada awal petang semalam, dengan tiupan angin sehingga 234 kilometer sejam (kmj) namun diramalkan membelok secara tiba-tiba dan tajam ke timur dan mula menuju ke pulau-pulau utama Jepun.", "Taiwan", "Taiwan", "Taiwan menutup perniagaan dan sekolah manakala syarikat penerbangan membatalkan berpuluh-puluh penerbangan ketika Taufan Khanun bergerak perlahan melintasi timur laut pulau itu di tengah-tengah amaran banjir dan angin kencang.", "Taufan Khanun, yang dikategorikan oleh biro cuaca Taiwan sebagai paras taufan kedua terkuat, perlahan-lahan menuju ke arah pantai timur lautnya dengan angin maksimum 198kmj.", "Taufan Khanun membadai hanya seminggu selepas Taufan Doksuri membawa hujan lebat dan angin kencang ke selatan Taiwan.", "Di Taipei, perkhidmatan kereta api bawah tanah dikurangkan manakala ratusan askar bersiap sedia di bandar-bandar berdekatan untuk tindak balas bencana.", "China", "China", "Kawasan utara China ditenggelami air banjir yang kotor sejak Rabu lalu selepas hujan paling lebat dalam sejarah yang berterusan selama beberapa berhari melanda ibu kota Beijing dan kawasan sekitarnya.", "Aliran air berwarna coklat turut membawa bersama ribuan sampah sarap melalui taman di pinggir bandar Beijing, manakala jalan-jalan utama yang sibuk di wilayah Hebei di barat daya ibu kota bertukar menjadi sungai selepas ditenggelami air setinggi empat meter.", "Gambar-gambar udara yang diambil di bandar Zhuozhou di Hebei menunjukkan kedai-kedai dan kereta ditenggelami air hujan berlumpur sehingga ke paras bumbung.", "Di kawasan sempadan antara Beijing dan Hebei, longgokan besar sampah yang terapung berhampiran kawasan jambatan mencetus bahaya besar kepada penduduk, menyebabkan anggota polis terpaksa dikerahkan untuk mengawal keadaan.", "Pekerja penyelamat turut dilihat menggunakan bot angin untuk mengangkut mi segera, roti dan air minuman kepada penduduk yang terperangkap tanpa bekalan elektrik atau isyarat telefon bimbit.", "Perkhidmatan cuaca Beijing berkata pada hari Rabu, hujan yang melanda ibu kota China sejak beberapa hari lalu adalah yang paling lebat sejak data direkodkan 140 tahun lalu.", "Taufan Khanun ‘mengganas’ di timur Asia, cetus banjir besar"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/22/dua-lelaki-ditangkap-miliki-senapang-angin-buatan-sendiri/", "headline": "Dua lelaki ditangkap miliki senapang angin buatan sendiri", "content": ["Dua laras senapang angin yang dirampas daripada dua orang lelaki yang ditahan dalam serbuan di sebuah pondok di dalam kebun getah di Felda Lui Selatan 2, Jempol.", "JEMPOL: Dua orang lelaki ditangkap polis selepas memiliki dua laras senapang angin buatan sendiri dalam satu serbuan di sebuah pondok di dalam kebun getah di Felda Lui Selatan 2, di sini, Selasa.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, kira-kira pukul 2 petang, polis dari cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol telah menjalankan Op Tapis dan melakukan serbuan di lokasi berkenaan.", "“Kedua-dua suspek berusia 30 dan 25 tahun disyaki merupakan penagih dadah. Hasil soal siasat mendapati salah seorang suspek telah mengaku membuat sendiri senapang angin yang telah dirampas untuk kegunaan memburu haiwan di hutan,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "Jelas beliau, dalam serbuan itu juga, polis turut merampas 40 biji ball bearing dan juga dadah jenis syabu.", "ball bearing", "“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1950, Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "Ujar Mohd. Hafiz lagi, bagi melengkapkan kertas siasatan, kedua-dua suspek akan ditahan reman pada kelmarin di Mahkamah Bahau di sini.", "Dua lelaki ditangkap miliki senapang angin buatan sendiri"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/12/%e5%85%ad%e5%85%ad%e7%a9%ba%e9%9b%a3%e6%9c%80%e7%b5%82%e8%aa%bf%e6%9f%a5%e5%a0%b1%e5%91%8a-%e5%8d%b3%e8%b5%b7%e5%8f%af%e4%b8%8b%e8%bc%89%e9%96%b1%e8%a6%bd/", "headline": "六六空難最終調查報告 即起可下載閱覽", "content": ["(亞庇十二日訊)交通部今日公佈了1976年6月6日,沙巴航空N-22B 9M-ATZ飛機失事(六六空難)最終調查報告的完整報告,現可從以下網站下載:", "https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/n22b-nomad", "https://www.mot.gov.my/en/AAIB%20Statistic%20%20Accident%20Report%20Document/LAPORAN%20FINAL%20ISASATAN%20ACCIDENT%20AIR%20CRASH%20AIRPLANE%20SABAH%20AIR%20MODEL%20GAF%20N- 22B%20NOMAD%20ON%206%20JUN%201976.pdf", "交通部長陸兆福說,在首相拿督斯里安華於2023年4月5日宣佈將公佈沙巴航空N-22B 9M-ATZ飛機失事的最終調查報告之後(六六空難),他宣佈該報告的解密程序已於2023年4月6日完成。", "「作為負責民航和空難調查的交通部長,我利用1972年官方保密法第2C條規定的權力,將最終調查報告重新歸類為公開文件。」", "「作為參考,Nomad N22B 9M-ATZ空難的最終調查報告,於1977年1月25日完成,然後於1977年3月提交給內閣。」", "「然而,該報告的調查結果從未公佈。」", "他在今天的一份聲明中說:「因此,近47年來,所涉遇難者家屬無法查明空難背後的事實和原因。」", "包括當時的沙巴政府高層領導在內,共有11人在六六空難中喪生:", "1.Tun Fuad Stephens(沙巴首席部長)", "2.Datuk Peter Joinod Mojuntin(沙巴房屋及地方政府部長)", "3.Datuk Chong Thien Vun(沙巴通訊及公共工程部長)", "4.Datuk Salleh Sulong(沙巴財政部長)", "5.Datuk Darius Binion(沙巴副首席部長助理部長)", "6.Datuk Wahid Peter Andau(沙巴財政部常務秘書)", "7.Syed Hussein Wafa 博士(沙巴經濟規劃部主任)", "8.Ishak Atan(馬來西亞財政部長私人秘書)", "9.Koperal Said Mohammad(沙巴首席部長的貼身保鏢)", "10.Johari Fuad Stephens(沙巴首席部長之子)", "11.Gandhi J Nathan(飛機駕駛員)", "「我向遇難者的所有家屬和近親表示哀悼。」", "「在交通部層面,每一起航空事故都必須進行透明和全面的調查,以讓國際社會相信馬來西亞有能力建立一個可靠且符合最高標準的航空業,交通部致力於繼續這種開放政策。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/24/bapa-patah-kaki-tiga-sekeluarga-dihempap-pokok-di-zoo-melaka/", "headline": "Bapa patah kaki, tiga sekeluarga dihempap pokok di Zoo Melaka", "content": ["Lokasi pokok tumbang berhampiran kawasan pameran harimau di Zoo Melaka, Ayer Keroh, Melaka.", "MELAKA: Tiga sekeluarga nyaris maut selepas dihempap pokok tumbang di Zoo Melaka di sini, Ahad.", "Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, si bapa berusia 43 tahun mengalami patah kaki kanan manakala isteri dan anak lelakinya berumur enam tahun hanya cedera ringan.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku ketika keluarga itu berada di kawasan pameran harimau.", "Ujarnya, kesemua mangsa yang berasal dari Kajang, Selangor itu dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan susulan.", "“Kawasan tersebut telah dibersihkan dan kerja-kerja penyelenggaraan dibuat oleh pihak Zoo Melaka serta agensi berkaitan. Sebelum itu mereka sekeluarga menaiki kenderaan disediakan pihak zoo untuk bersiar-siar melihat pameran haiwan pada pukul 2.05 petang.", "“Sebaik tiba di kawasan kejadian, tiba-tiba sebatang pokok tumbang dan menghempap mereka menyebabkan mangsa lelaki patah kaki kanan manakala isteri dan anaknya hanya mengalami cedera ringan,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.", "Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman memaklumkan, segala keperluan ketiga-tiga mangsa yang terlibat telah diuruskan sewajarnya termasuk hal berkaitan perubatan dan penghantaran pulang ke rumah.", "Beliau berkata, tragedi itu dipercayai berpunca daripada cuaca buruk yang mana hujan lebat berterusan melanda seluruh negeri ini Ahad.", "“Kita percaya kejadian ini berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak pukul 2 pagi semalam (Ahad) yang menyebabkan pokok menjadi berat.", "“Jadi bila adanya angin yang meniup, pokok itu tumbang, dia bukannya patah tengah tetapi tumbang dari bawah. Kerja-kerja pemantauan sentiasa dijalankan termasuk cantasan pokok-pokok yang berada dalam kawasan zoo,” jelasnya. ", "Bapa patah kaki, tiga sekeluarga dihempap pokok di Zoo Melaka"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/19/hak-kedaulatan-negara-akan-terus-dipertahan/", "headline": "Hak, kedaulatan negara akan terus dipertahan", "content": ["Fadillah Yusof", "KUCHING: Kerajaan tegas membela hak dan kedaulatan dalam mendepani sebarang tuntutan terhadap aset-aset negara.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan, perkara itu susulan tuntutan oleh kumpulan yang mendakwa sebagai waris Sulu terhadap Sabah dan Petronas.", "“Kita telahpun mengambil pendekatan secara menyeluruh dan memaklumkan kepada setiap negara yang sudah menandatangani berhubung kait dengan tribunal antarabangsa.", "“Sebab itu kalau kita lihat mereka bermula dengan Sepanyol, kemudian membawa ke Perancis, dan kita menang. Tapi dasarnya dari segi kerajaan, apa pun mereka buat kita akan bentangkan dan kita akan membela hak negara kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Hari Kanser Sedunia di Klinik Petra Jaya di sini kelmarin.", "Pada masa yang sama katanya, kerajaan juga sedang memberi kesedaran kepada negara-negara Eropah lain yang ada tribunal antarabangsa bahawa tuntutan mereka (kumpulan Sulu) terbabit tidak berasas.", "“Tuntutan ini merupakan seolah-olah ingin mengugut negara kita dalam konteks ekonomi. Sebab mereka mungkin ada pembiaya yang melihat kepada peluang untuk mendapat keuntungan, maka itu kita akan melawan mereka.", "“Dari segi kerajaan, kita akan terus membela kedaulatan negara kita dari (melalui) Pejabat Peguam Negara, insya-Allah kita akan menang,” tambah beliau.", "Terdahulu syarikat minyak dan gas nasional, Petronas mengesahkan arahan penyitaan terbaharu ke atas dua entitinya di Luxembourg dan juga syarikat induk mereka.", "Dua aset Petronas iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus kali pertama disekat pada Julai 2022.", "Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sita baharu kepada dua anak syarikat Petronas susulan tuntutan daripada waris kumpulan Sulu untuk menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion yang mereka peroleh terhadap aset kerajaan Malaysia.", "Petronas sebelum ini menegaskan akan menentang sebarang tuntutan dibuat ke atas asetnya dan Malaysia berikrar untuk menggunakan semua langkah undang-undang untuk menghalang rampasan ke atas aset, termasuk syarikat berkaitan kerajaan daripada dirampas di luar negara. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/hak-kedaulatan-negara-akan-terus-dipertahan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/hak-kedaulatan-negara-akan-terus-dipertahan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/29/digitalise-kk-city-parking-system-yiew/", "headline": "Digitalise KK City parking system – Yiew", "content": ["Yee Tsai Yiew", "KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah Api-ApiInformation Chief Yee Tsai Yiew has called on the local authorities to digitalise their parking system,an upgrade from the current traditional scratch-and-display method.", "She said the current parking coupons system is causing widespread frustration among motorists, who demanded a timely solution.", "She described the present system as lacking in user-friendliness, with many motorists facing difficulties obtaining parking coupons and being unsure about which coupon to use.", "“Besides, the physical nature of thecoupons often results in them gettingdirty and unattractive,” she said in a statement.", "The current traditional scratch-and-display method.", "Yiew said the digitalising of the parkingsystem would be in line with theGovernment’s aspiration to turn KotaKinabalu into a green and smart city.", "“We would need the development of a comprehensive parking application that could serve motorists in the city. The proposedapplication would provide parking locations,enable payment and time recording as well as facilitate tracking for the convenience of its users,” she explained.", "Yiew also urged the local authorities to study thee-kupon system implemented by the Selangor Government via the Smart Parking System in 2022.", "The system proved to be successful and led to a reduction of paper usage by 900 tonnes, leadingto additional cost savings and most importantly,an environmentally and user-friendly solution.", "She stressed that by aligning with technology and sustainable practices, the city could create a parking system that complements the dwellersevolving lifestyles and respects the environment"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/20/kebebasan-badan-kehakiman-terus-dipertahankan-anwar/", "headline": "Kebebasan badan kehakiman terus dipertahankan – Anwar", "content": ["Anwar Ibrahim", "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri sekali lagi menegaskan beliau tidak sesekali akan mencampuri urusan badan kehakiman sebaliknya memberi jaminan akan mempertahankan kebebasannya dengan apa cara sekali pun.", "Menurut Utusan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa sama, beliau menekankan kepentingan badan kehakiman untuk bebas, tidak berat sebelah dan berwibawa pada setiap masa.", "Beliau berkata, badan kehakiman adalah benteng keadilan untuk memastikan kedaulatan undang-undang negara dipatuhi dan dilindungi pada setiap masa.", "Katanya lagi, dalam lipatan sejarah negara, ada ‘kambing hitam’ dalam badan kehakiman yang bekerjasama dan berganding bahu dengan pihak tertentu melakukan pelanggaran berat terhadap institusinya sendiri.", "“Ia membawa keburukan dan mencemarkan nama baik di satu pihak dengan menyebarkan kezaliman sewenang-wenangnya kepada pihak lain.", "”Kedaulatan undang-undang menjamin bahawa kuasa kerajaan mesti digunakan mengikut undang-undang. Mereka yang memegang kuasa mesti bertanggungjawab atas keputusan dan tindakannya. ", "“Kerajaan mesti telus dan ia penting mengikut prinsip kerajaan terbuka. Oleh itu, keputusan dan urusan meragukan tidak boleh digunakan untuk mengaburi mata rakyat atas nama Akta Rahsia Rasmi,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung Persatuan Undang-Undang Asean (ALA) Ke-14 dan Persidangan Undang-Undang Asean 2023, di sini, kelmarin.", "Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Hakim Negara merangkap Presiden ALA Malaysia, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.", "Anwar berkata, dasar yang menggalakkan dan menegakkan kesaksamaan jantina merentasi pelbagai bidang termasuk pendidikan, pekerjaan dan kepemimpinan mesti diperjuangkan.", "Susulan itu, katanya, sumbangan dan potensi wanita perlu diiktiraf, selain diberi peluang yang sama untuk memimpin dan berinovasi.", "“Bagi kanak-kanak, selain menjadi mangsa buruh paksa dan pemerdagangan, masih ramai yang terbabit dalam kerja berbahaya memudaratkan kesihatan, keselamatan dan perkembangan moral mereka.", "“Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk mewujudkan ruang selamat di mana minda mereka boleh berkembang dan haknya dilindungi,” katanya.", "Sementara itu, Tengku Maimun memberi jaminan bahawa badan kehakiman Malaysia, melalui prinsip kedaulatan undang-undang yang diamalkan oleh kerjasama ASEAN akan terus mempertahankan undang-undang tanpa rasa takut atau pilih kasih dan tanpa berat sebelah bagi mana-mana pihak tertentu.", "“Perdana Menteri sangat percaya dengan prinsip ini dan memberi sokongan bagaimana eksekutif dan badan kehakiman boleh terus melaksanakan undang-undang secara bebas antara satu sama lain.", "“Adalah penting untuk menyedari bahawa walaupun rantau ASEAN dicirikan oleh sistem perundangan yang berbeza dan menggalakkan tadbir urus yang baik, namun, ia membentuk intipati landskap perundangan kita yang pelbagai,” katanya.", "Kebebasan badan kehakiman terus dipertahankan -Anwar"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/24/petronas-race2decarbonise-hackathon-unveils-winning-solutions-supporting-net-zero-goals/", "headline": "PETRONAS’ Race2Decarbonise hackathon unveils winning solutions supporting net zero goals", "content": ["Datuk Bacho Pilong, PETRONAS Senior Vice President of Project Delivery and Technology (sixth from left) and Noor Ilias M Idris, PETRONAS Vice President for Group Project Delivery, Project Delivery and Technology (fifth from left), with winners of Track A.  ", "KUALA LUMPUR, March 24 (Bernama): Solutions that will reduce gas turbines’ energy consumption and prevent flare gas leakages to lower methane emission emerged as the grand prize winners of the recently concluded Race2Decarbonise hackathon organised by PETRONAS. The winning solutions from the inaugural hackathon are poised to be matured, scaled and deployed at PETRONAS’ facilities within the next two years in support of the Company’s Net Zero Carbon Emission by 2050 (NZCE 2050) short-term target of bringing greenhouse gas (GHG) emissions from its Malaysia operations to 49.5 MtCO₂e by 2024. At the event, PETRONAS President and Group CEO, Datuk Tengku Muhammad Taufik said, “Race2Decarbonise aims to meet PETRONAS’ short term GHG emissions reduction target and reaffirms our commitment to create long-lasting, impactful sustainable decarbonisation efforts. This is a crusade against emissions because we believe that we need to deliver energy more responsibly and in a differentiated manner.” Out of 500 submissions from 25 countries, 29 participants from Malaysia, Canada, Denmark, Finland, Germany, Switzerland, the United Kingdom, and the USA were shortlisted to pitch their ideas at the PETRONAS Leadership Centre from March 13 to 16.", "Race2Decarbonise", "Datuk Bacho Pilong, PETRONAS Senior Vice President of Project Delivery and Technology  and Noor Ilias M Idris, PETRONAS Vice President for Group Project Delivery, Project Delivery and Technology, with winners of Track B. ", "The submissions underwent rigorous assessments for veracity, feasibility and impact on carbon abatement and evaluated by a panel of independent judges from PTV International Ventures Americas (PIVA), Accenture, McKinsey, the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) and PETRONAS. Participants’ identities and background were kept anonymous throughout the screening and judging process to ensure objectivity and transparency. PETRONAS Senior Vice President of Project Delivery and Technology, Datuk Bacho Pilong said, “We are moved by the passion of the participants. The solutions are effective, ground-breaking, and probably even future-defining. We are confident of their impact, and look forward to seeing how these solutions enrich the lives of the community, our customers and stakeholders through strategic deployments at PETRONAS.”  The grand prize winners of Track A (Proven Solutions) and Track B (Novel Ideas) won USD100,000 and USD150,000 respectively, for their out-of-the-box ideas. The winning solutions of Track A (in order of grand prize, first and second runners-up) are Honeywell Gas Turbine-Battery Energy Storage System by a team comprising Honeywell and PETRONAS engineers, Organic Rankine Cycle by an Orcan-PETRONAS team, and Twin Screw Turbine Generators by a team from Heliex Power Ltd. All solutions were submitted in their individual capacity. Track B winning solutions are New Generation of Blow Down Valve by a team from PETRONAS, Methane/ Flare Gas Electrolysis (Plasmalysis) by Graforce GmbH, and Decarbonisation of Ammonia Syngas Plant through Urea Production by a team from PETRONAS. For more information, visit www.race2decarbonise.petronas.com. ", "www.race2decarbonise.petronas.com", "SOURCE: PETRONAS", "SOURCE: PETRONAS"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/01/kadar-kemiskinan-tegar-sarawak-dikaji-keputusan-diketahui-hujung-tahun-ini/", "headline": "Kadar kemiskinan tegar Sarawak dikaji, keputusan diketahui hujung tahun ini", "content": ["Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Stakan, di Muara Tuang, Kota Samarahan.", "KOTA SAMARAHAN: Satu kajian akan dilaksanakan bagi mendapatkan peratusan sebenar kadar kemiskinan tegar di Sarawak dan keputusannya akan diketahui penghujung tahun ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan kemiskinan seseorang individu itu berbeza dan ia wajar dinilai melalui aset mereka sedia ada.", "“Sebenarnya kita hendaklah berteraskan kepada prinsip ekonomi, kerana miskin tegar ini memang ada. Tetapi secara keseluruhannya, kita hendaklah ukur kemiskinan melalui aset yang ada.", "“Di Sarawak, alhamdulillah banyak masyarakat kita mempunyai aset seperti tanah seumpamanya dan mereka yang mempunyai tanah ini juga dikategorikan sebagai miskin. Maka kita perlu bezakan miskin ini.", "“Memang dari sudut aset dia ada harta tetapi dia miskin dari sudut ilmu untuk menggandakan aset yang ada. Jadi dari sudut kajian hendaklah betul kalau kita nak melihat bagaimana di satu-satu kawasan itu sama ada masyarakat itu miskin ataupun tidak,” jelasnya.", "Abang Johari berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dalam usaha Kerajaan Perpaduan untuk menghapuskan miskin tegar di negara, dan antara salah satu negeri yang disenaraikannya ialah Sarawak.", "Bagaimanapun Abang Johari juga mendedahkan beliau sudah berbincang dengan Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dari sudut kemiskinan hendaklah dibuat kajian yang holistik secara ekonomi.", "“Kalaulah mereka ini dikatakan miskin, mereka hendaklah dalam e-kasih, kalau dia ada harta mesti keluar dari e-kasih kerana mereka berasaskan kepada e-kasih. E-kasih masih ada sana, kalau tak dia tak ada dapat pendapatan (elaun) daripada e-kasih itu.", "“Kerajaan negeri akan membuat satu kajian bagi mengkaji kadar di Sarawak. Ini kerana seperti mana yang kita tahu, terdapat kawasan kita seperti di Pakan disebut sebagai termiskin, tetapi orang Pakan dapat membeli kereta sebab harga lada begitu baik dan hasil tanahnya ada.", "“Justeru kalau kita nak kaji kemiskinan kita hendaklah buat kajian yang berasas dan secara profesional supaya kita tahu betul atau tidak individu itu tergolong dalam orang miskin,” tegasnya.", "Dedahnya, Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak akan mengetuai kajian tersebut secara mendalam dan profesional bagi mendapatkan kadar kemisikinan sebenar di Sarawak.", "“Kajian ini akan dilaksanakan oleh EPU kita, ia juga akan memberi kita satu pandangan apa yang kita perlu lakukan dalam situasi seperti ini. Kalau tidak, nanti orang kata negeri Sarawak kaya, tapi rakyatnya miskin.", "“Tapi metodologi kajiannya salah, bermaksud orang akan fikir kita (kerajaan) tidak berbuat apa-apa. Jadi kita perlu gunakan pihak profesional untuk mengkaji tahap kemiskinan kita,” kata Abang Johari.", "Katanya, keputusan kajian itu nanti akan diketahui tahun ini secara menyeluruh dan menegaskan agar banci yang dilakukan oleh kakitangan pembanci perlu turut ke lapangan bagi mendapatkan jumlah peratusan penduduk sebenar dan tidak hanya mengharapkan statistik lama. ", "Kadar kemiskinan tegar Sarawak dikaji, keputusan diketahui hujung tahun ini – Abang Johari"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/14/ibu-dan-anak-maut-suv-langgar-tiang-elektrik/", "headline": "Ibu dan anak maut, SUV langgar tiang elektrik", "content": ["Keadaan Honda CRV yang dinaiki dua beranak rosak teruk selepas terbabas ke dalam parit dan melanggar tiang elektrik sebelum berpusing beberapa kali di Kilometer 73, Jalan Gua Musang-Lojing di Gua Musang, Kelantan.-Ihsan PDRM", "GUA MUSANG: Dua beranak maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit sebelum merempuh sebatang tiang elektrik di Kilometer 73, Jalan Gua Musang-Lojing di sini, tengah malam Sabtu.", "Dalam kejadian kira-kira pukul 12.09 tengah malam itu, Normardiah Taha, 45, yang merupakan seorang suri rumah dan ibunya, Fatimah Sa’aid, 67, meninggal dunia di lokasi kejadian.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, dua beranak itu sedang perjalanan dari Ipoh, Perak menuju ke Kuala Terengganu dengan menaiki sebuah SUV jenis Honda CR-V.", "Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan semasa mengambil selekoh sebelum terbabas ke dalam parit sebelah kiri jalan.", "“SUV itu kemudiannya merempuh sebatang tiang elektrik sebelum kenderaan tersebut berpusing beberapa kali.", "“Keadaan itu menyebabkan Fatimah tercampak keluar dari SUV yang dipandu anaknya. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi pemberita kelmarin.", "Choon Foo memberitahu, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Gua Musang di sini untuk proses bedah siasat.", "Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987", "Ibu dan anak maut, SUV langgar tiang elektrik"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/04/wakil-rakyat-perlu-terlibat-urus-bencana-armizan/", "headline": "Wakil rakyat perlu terlibat urus bencana – Armizan", "content": ["KOTA KINABALU: Wakil-wakil rakyat perlu terlibat dalam pengurusan bencana, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Ali.", "Menurutnya, keterlibatan setiap wakil rakyat adalah penting dalam memastikan kualiti pengurusan bencana di peringkat daerah dapat ditingkatkan lagi.", "“Antara penambahbaikan yang dilaksanakan dalam pengurusan bencana adalah melibatkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam daripada semua kawasan tanpa mengira daripada kerajaan mahupun pembangkang.", "“Bermula bulan Januari lepas, pekeliling telahpun dikeluarkan agar semua wakil-wakil rakyat dilibatkan sebagai ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah.", "“Bencana tidak mengenal logo atau warna parti politik, semua diiktiraf sebagai pemegang taruh yang memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan bencana dapat ditingkatkan,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Penyelarasan Operasi dan Pengurusan Bencana Negeri Sabah 2023 di sini, pada Selasa.", "Dalam pada itu, Armizan memaklumkan pihaknya berusaha untuk mewujudkan premis operasi bagi 45 pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah. ", "“Sehingga ke hari ini, sebanyak 45 pejabat APM belum mempunyai premis pejabat sendiri yang mana kebanyakannya adalah di Sabah dan Sarawak.", "“Sehubungan dengan itu, kita masih berusaha untuk menyediakan premis operasi APM ini antaranya mewujudkan kerjasama dengan kerajaan negeri dan juga syarikat swasta,” tambah beliau.", "Bengkel anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu disertai 100 penjawat awam daripada 17 agensi kerajaan persekutuan dan negeri antaranya, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.", "Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Diyanah Abdullah mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri; Timbalan Ketua Operasi NADMA, Meor Ismail Meor Hakim;Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Mohd Rizan Abran dan Penolong Pesuruhjaya Pertahanan Awam, Mohtar Samat."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/17/bunuh-suami-isteri-kekasih-berdepan-hukuman-mati/", "headline": "Bunuh suami: Isteri, kekasih berdepan hukuman mati", "content": ["Varun Kumar (depan) dan Lechhami Devi (belakang) dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, dekat Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor, hari ini.", "SHAH ALAM: Pasangan kekasih warganegara India berdepan hukuman mati selepas dituduh di Mahkamah Majistret atas dakwaan membunuh seorang lelaki berusia 25 tahun yang merupakan suami salah seorang suspek pada 2021.", "Tiada pengakuan direkodkan, namun suspek Varun Kumar dan Lechhami Devi mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.", "Menurut Utusan Malaysia, berdasarkan pertuduhan, Varun, 30 bersama rakan dipercayai teman wanitanya berusia 23 tahun itu didakwa membunuh Arshdeep Singh yang juga merupakan warga India pada 31 Oktober 2021.", "Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan kejam itu pada pukul 1.30 pagi dekat Rumah Kebajikan Orang Tua Metro Eldercare di Subang Jaya.", "Oleh demikian, kedua-dua suspek dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.", "Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 14 April ini untuk pengurusan dan lantikan jurubahasa Punjabi sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.", "Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Iman Ahmad Sapian. Bagaimanapun hanya Varun diwakili peguam, Dr. Pritham Singh Doal.", "Pada 4 Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan polis menemukan mayat seorang lelaki dengan kesan kelar ditanam di lereng bukit dekat belakang sebuah banglo yang yang menjadi pusat penjagaan orang tua di Subang Jaya.", "Utusan Malaysia ", "Mayat tersebut ditemukan selepas rakan suspek membuat aduan pada 2 Februari memaklumkan suspek mengaku membunuh suami kekasihnya.", "Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan, kehilangan mangsa dikesan berlaku sejak Mei tahun lalu apabila Suruhanjaya Tinggi India membuat laporan selepas ahli keluarga mangsa mendakwa mangsa gagal dihubungi. ", "Bunuh suami: Isteri, kekasih berdepan hukuman mati"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/22/pks-diberi-tumpuan-dalam-bajet-2023-pm/", "headline": "PKS diberi tumpuan dalam Bajet 2023 – PM", "content": ["Anwar Ibrahim", "KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diberi tumpuan dalam pembentangan semula Bajet 2023  bulan depan.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tumpuan itu diambil selepas banyak peniaga mengalami kerugian besar dan gulung tikar sepanjang dua tahun Malaysia menghadapi pandemik Covid-19.", "Sehubungan itu, katanya, tumpuan kepada sektor itu dalam belanjawan nanti melibatkan dari sudut teknologi, perkhidmatan dan industri agro di negara ini.", "“Malaysia ini unik, kekuatan ekonomi terbesar (mewakili) konglomerat adalah kecil, (manakala) PKS besar.", "“Dalam belanjawan 24 Februari ini, saya akan beri keutamaan, supaya PKS akan ditingkatkan kerana sudah dua tahun Covid-19 dan menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan terpanjang di dunia,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini.", "PKS diberi tumpuan dalam Bajet 2023 – PM"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/14/%e5%a4%a7%e6%a8%b9%e5%80%92%e4%b8%8b%e5%a3%93%e6%af%80%e8%bd%8e%e8%bb%8a/", "headline": "大樹倒下壓毀轎車", "content": ["(蘭瑙十四日訊)一輛轎車停放在路旁時,被倒下的大樹壓毀,慶幸事發時車上無人。", "蘭瑙消防救援站(BBP)負責人PPgB Ridwan Mohd. Taib表示,該起意外今午1時03分發生,當局接獲投報後即刻派出由運營官PBKII Becket Gumat率領的6人小組趕赴現場。", "抵達11公里外的地點後,發現發生了一起倒樹壓毀轎車事故,轎車的前部受損。", "「消防隊使用特殊設備砍伐和清除倒下的樹木。」", "慶幸的是無人在事件中受傷,行動於下午1時43分結束。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/08/produk-alternatif-nikotin-bantu-sweden-capai-sasaran-negara-bebas-asap-rokok-pertama-di-eropah/", "headline": "Produk alternatif nikotin bantu Sweden capai sasaran negara bebas asap rokok pertama di Eropah", "content": ["PETALING JAYA: Tinjauan pendapat dijalankan oleh Ipsos Sweden untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) We Are Innovation baru-baru ini mendapati majoriti rakyat Sweden memilih beralih kepada Produk Alternatif Nikotin (ANP) sebagai faktor berhenti merokok atas kesedaran kesihatan. ", "Berdasarkan kajian itu, mereka berbuat demikian kerana didorong terutamanya risiko kesihatan berkaitan dengan tabiat merokok.", "Menurut Utusan Malaysia, kajian bertajuk ‘Pandangan Sweden Tentang Alternatif Kepada Rokok; Penggunaan Produk Nikotin Alternatif Dalam Kalangan Bekas Prokok’ menjelaskan perkara yang membolehkan bekas perokok di Sweden beralih kepada ANP dan faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan mereka.", " Ia juga selari dengan matlamat Sweden untuk menjadi negara bebas asap rokok pertama di Eropah pada 2023, dengan kadar merokok dijangka menurun di bawah lima peratus.", "Pencapaian penting ini meletakkan Sweden 17 tahun di hadapan sasaran EU untuk 2040.", " Menurut tinjauan pendapat Ipsos, gabungan langkah kawalan tembakau yang ketat dan promosi produk nikotin yang lebih selamat telah mendorong pengguna untuk beralih daripada rokok tradisional kepada ANP.", "Ketua Pegawai Eksekutif We Are Innovation, Federico N. Fernández berkata tinjauan Ipsos secara muktamad menunjukkan bahawa bekas perokok terutamanya beralih kepada produk nikotin alternatif demi kesihatan mereka.", " “Walaupun faktor sosial dan kewangan memainkan peranan dalam keputusan ini, kesihatan sudah pasti menjadi pendorong terbesar bagi bekas perokok untuk berhenti merokok dan beralih kepada produk snus dan lebih baru, lebih inovatif, seperti kantung nikotin, vape dan tembakau yang dipanaskan,” katanya", " Bekas Pengerusi Persatuan Perubatan Dunia dan Bekas presiden Palang Merah Sweden yang juga pemegang PhD dari Universiti Uppsala.  Dr. Anders Milton pula memberitahu, data menunjukkan apa yang mereka, dalam Pergerakan Sweden Bebas Asap Rokok, telah katakan: Dasar Sweden , yang menyokong perokok untuk beralih kepada produk alternatif, telah membawa kepada rekod kadar merokok yang rendah.", " “Sweden kini berada di landasan untuk menjadi negara bebas asap rokok pertama EU. Ini memberi manfaat besar kepada kesihatan awam negara – kita sudah pun mempunyai insiden kanser berkaitan merokok yang paling rendah di EU. Jika setiap negara EU mengikuti Sweden, kira-kira 3.5 juta nyawa dapat diselamatkan dalam dekad akan datang,” katanya.", " Penganalisis Pendapat di Ipsos Sweden, Jonas Fritz berkata, dalam kecenderungan  menggantikan rokok dengan produk nikotin lain, wanita cenderung lebih banyak beralih kepada kantung nikotin bebas tembakau berbanding lelaki, yang lebih kerap menggunakan snus. Vaping juga lebih biasa di kalangan wanita berbanding lelaki.", " Katanya. kecenderungan wanita untuk menggunakan produk nikotin generasi akan datang disebabkan oleh tekanan sosial yang lebih tinggi terhadap wanita yang kita lihat apabila bertanya tentang sebab untuk berhenti merokok.", " “Namun, ia juga mungkin disebabkan oleh kecenderungan mereka untuk meletakkan nilai yang lebih tinggi daripada lelaki terhadap kebolehsesuaian produk nikotin mereka – baik dari segi pilihan perisa dan memilih tahap nikotin,” katanya.", "Tidak dinafikan, ketersediaan pelbagai jenis produk nikotin alternatif memainkan peranan penting dalam membantu individu berhenti merokok.", " Keterjangkauan juga berfungsi sebagai daya penggerak yang penting, menggalakkan perokok untuk beralih kepada ANP.", " Tinjauan Ipsos telah mendedahkan bahawa hampir dua pertiga bekas perokok menganggap pilihan kos efektif, yang lebih murah daripada rokok, adalah penting dalam memujuk perokok untuk berhenti.", " Sentimen yang lazim dalam kalangan pengguna ialah kerajaan dan organisasi kesihatan awam mempamerkan sikap bermusuhan atau neutral terhadap ANP.", " Mereka menegaskan bahawa sokongan kerajaan yang teguh akan menjadi sangat penting.", "Tinjauan itu telah memberikan pandangan berharga tentang penggunaan ANP dalam kalangan rakyat Sweden untuk berhenti merokok.", " Ia jelas mendedahkan bahawa kebimbangan kesihatan adalah pendorong utama bagi bekas perokok untuk beralih kepada ANP.", " Tinjauan juga mendapati tahap nikotin adalah penting dalam memudahkan peralihan daripada rokok kepada alternatif nikotin yang lebih selamat.", " Pengguna ANP lebih suka produk dengan paras nikotin berbeza yang sepadan dengan tabiat merokok mereka, menjadikannya lebih mudah untuk mereka beralih.", " Ketersediaan perisa yang berbeza dalam ANP juga menjadikannya pilihan yang menarik bagi mereka yang mencari alternatif rasa kepada rokok tradisional.", " Penemuan ini menekankan kepentingan menyediakan rangkaian ANP yang pelbagai dengan paras dan perisa nikotin yang berbeza-beza untuk membantu lebih ramai orang berhenti merokok dan beralih kepada alternatif yang lebih selamat dan sihat.", "Harga yang berpatutan dan sokongan kerajaan juga merupakan faktor penting.", " Ketersediaan pelbagai jenis ANP didapati penting untuk berhenti merokok, dengan lebih ramai orang beralih kepada alternatif inovatif seperti vape.", " Pengguna juga mengutamakan tahap rasa dan nikotin apabila memilih ANP, dengan wanita lebih menekankan faktor ini berbanding lelaki.", "Keterjangkauan didapati menjadi faktor penting dalam mendorong perokok beralih kepada ANP, dengan 61 peratus pengguna percaya bahawa pilihan mampu milik atau lebih murah daripada rokok adalah kunci untuk menarik perokok berhenti.", "Walaupun menganggap sikap semasa daripada kerajaan dan kesihatan awam sama ada bermusuhan atau neutral terhadap ANP, lebih separuh daripada pengguna percaya bahawa kerajaan harus menyokong peralihan daripada rokok tradisional.", "Keputusan tinjauan pendapat Ipsos yang ditugaskan oleh We Are Innovation adalah lebih penting apabila mempertimbangkan pencapaian bebas rokok Sweden.", "Penemuan ini menyerlahkan impak luar biasa yang diperolehi oleh ANP terhadap kesihatan awam dan kualiti hidup rakyat di Sweden, menyumbang kepada kemajuan negara ke arah menjadi bebas asap rokok menjelang 2023.", "Kejayaan Sweden terbukti, dengan insiden penyakit berkaitan merokok paling rendah di Eropah dan kadar kematian pramatang yang paling rendah akibat sebab berkaitan tembakau.", "Selain itu, kematian akibat kanser paru-paru di Sweden adalah kurang daripada separuh purata EU, manakala jumlah kematian akibat kanser adalah 38 peratus lebih rendah daripada purata EU, dan kadar kanser di Sweden adalah 41 peratus lebih rendah daripada di seluruh EU.", "Keputusan tinjauan pendapat menggariskan kepentingan mempromosikan dan menyokong penggunaan ANP di negara ini untuk memastikan Sweden mengekalkan kemajuan mengagumkannya ke arah masa depan bebas asap rokok.", "Kesimpulannya, tinjauan pendapat Ipsos yang ditugaskan oleh We Are Innovation memberikan pandangan berharga tentang pandangan Sweden tentang alternatif kepada rokok dan penggunaan ANP mereka.", "Hasilnya menyerlahkan keperluan untuk pelbagai jenis ANP mampu milik disediakan dan agar kerajaan lebih menyokong peralihan daripada rokok tradisional kepada ANP untuk meningkatkan hasil kesihatan awam.", "Kajian itu meninjau sampel yang mewakili lebih 1,000 bekas perokok Sweden antara 18 dan 65 tahun.", "We Are Innovation berharap kajian itu akan menjadi panduan kepada penggubal dasar, media dan pihak berkepentingan tentang faktor yang mendorong perokok beralih kepada produk nikotin alternatif dan perkara yang boleh dilakukan untuk menyokong mereka berhenti merokok. Untuk maklumat lanjut, lawati https://weareinnovation.global/.", "Produk alternatif nikotin bantu Sweden capai sasaran negara bebas asap rokok pertama di Eropah"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/23/pakej-rahmah-insurans-rahmah-takaful-dilancar/", "headline": "Pakej RAHMAH Insurans, RAHMAH Takaful dilancar ", "content": ["Salahuddin Ayub melancarkan Jenama Pakej Rahmah Insurans dan Takaful pada Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Jun 2023 di KPDN, Putrajaya. ", "PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) kelmarin melancarkan Pakej RAHMAH Insurans dan Pakej RAHMAH Takaful yang menawarkan perlindungan komprehensif pada harga berpatutan.", "Menurut Utusan Malaysia, Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pakej itu ditawarkan dua syarikat takaful dan insurans terkemuka iaitu Allianz Malaysia serta Etiqa.", "Beliau berkata, pelancaran kedua-dua pakej itu adalah seiring dengan hasrat KPDN memperluas pelaksanaan Program Payung RAHMAH agar turut meliputi segmen perlindungan diri dan harta benda (seperti kenderaan bermotor).", "“Inisiatif Pakej RAHMAH Insurans oleh Allianz General diperkenal melalui Insurans PerlindunganKu Allianz4All yang menawarkan perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM50,000.", "“Pemegang polisi yang dimasukkan ke hospital kerajaan akibat sakit atau kemalangan akan menerima dua manfaat baharu iaitu pembayaran balik perbelanjaan perubatan dan bayaran bantuan kecemasan sekiranya berlaku pemindahan banjir sehingga RM750.", "“Manfaat baharu ini ditambah tanpa kos tambahan dengan premium tahunan pada kadar RM53.00 dan RM79.50 (termasuk cukai jualan),” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KPDN di sini, kelmarin.", "Selain itu, katanya, Allianz General memperkenal perlindungan MotorcyclePlus yang menawarkan perlindungan tambahan seperti kemalangan diri sehingga RM10,000 untuk penunggang dan pembonceng motosikal.", "Jelasnya, bagi pemegang polisi Allianz MotorcyclePlus Komprehensif pula, pemegang polisi menikmati perlindungan Peril Khas dan Bantuan Tepi Jalan sehingga 50 kilometer dan Faedah Bantuan Banjir sebanyak RM1,000 tanpa kos di samping perlindungan sedia ada yang dinikmati oleh pelanggan Allianz MotorcyclePlus. ", "Dalam pada itu, Salahuddin berkata, bagi Pakej RAHMAH Takaful oleh Etiqa, ia menawarkan perlindungan serta pampasan kepada peserta yang mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan atau penyakit atau kematian akibat kemalangan dengan perlindungan bernilai sehingga RM80,000.", "Menurutnya, peserta pelan itu juga mempunyai fleksibiliti untuk membayar premium atau sumbangan bulanan hanya dengan RM5 atau tahunan dengan RM36.00 (termasuk cukai jualan). ", "“Pelan ini layak dimohon oleh seluruh rakyat Malaysia yang berusia antara 16 tahun hingga 65 tahun dan boleh diperbaharui sehingga usia 70 tahun,” katanya.", "Beliau berharap kedua-dua pakej insurans dan takaful itu dapat direbut oleh pekerja gig ekonomi terutama pemandu e-hailing dan p-hailing di negara ini.", "Katanya, buat masa ini, hanya dua syarikat tampil menawarkan pakej itu dan diharapkan lebih banyak syarikat dapat menyertai inisiatif itu sekali gus memberi tawaran pelbagai kepada pelanggan. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/pakej-rahmah-insurans-rahmah-takaful-dilancar/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/pakej-rahmah-insurans-rahmah-takaful-dilancar/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/24/ketua-tentera-wagner-dalam-pesawat-terhempas-di-russia/", "headline": "Ketua tentera Wagner dalam pesawat terhempas di Russia", "content": ["MOSCOW: Ketua kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin dan komander kanan beliau, Dmitry Utkin berada di dalam sebuah pesawat yang terhempas di Russia tanpa ada mangsa yang selamat.", "Menurut Utusan Malaysia, agensi kerajaan Russia yang bertanggungjawab ke atas penerbangan awam, Rosaviatsiya sebelum ini hanya berkata Prigozhin disenaraikan dalam senarai penumpang pesawat itu.", "Namun, agensi tersebut memberikan nama semua tujuh penumpang dan tiga orang anak kapal yang dikatakan berada dalam pesawat Embraer tersebut ketika ia terhempas berdekatan Moscow beberapa jam sebelumnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).", "Namun begitu, Rosaviatsiya mahupun mana-mana pegawai Rusia yang lain masih belum menyatakan dengan tegas bahawa Prigozhin telah terbunuh.", "Saluran Telegram Grey Zone, yang berkaitan dengan Wagner menyatakan Prigozhin telah meninggal dunia.", "Rosaviatsiya berkata, pesawat itu dalam perjalanan dari Moscow ke St Petersburg dan terbang ‘mengikut permit penerbangan yang dikeluarkan mengikut urutan yang betul’.", "Agensi itu berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca nahas.", "Agensi berita TASS Russia pula melaporkan, tiada kematian dilaporkan di lapangan.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/08/ketua-tentera-wagner-dalam-pesawat-terhempas-di-russia/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/08/ketua-tentera-wagner-dalam-pesawat-terhempas-di-russia/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/31/bayaran-insentif-wilayah-dipanjangkan-kepada-pegawai-anggota-atm-bermula-julai/", "headline": "Bayaran Insentif Wilayah dipanjangkan kepada pegawai, anggota ATM bermula Julai", "content": ["Anwar Ibrahim semasa beramah mesra dengan anggota ATM di Markas 5 Briged Kem Lok Kawi di Putatan, Sabah, hari ini.", "PUTATAN: Kerajaan Persekutuan bersetuju memanjangkan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bagi menggantikan Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) bagi pegawai serta anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 1 Julai ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelulusan itu memberi manfaat kepada 33,586 anggota ATM dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM87.8 juta setahun berdasarkan perjawatan tahun 2022.", "Beliau berkata, selama ini kadar BISS dan BISM diberikan kepada pegawai dan anggota ATM yang bertukar wilayah agak rendah berbanding kadar BIW.", "“Namun asas pembayaran ketiga-tiga insentif tersebut adalah sama iaitu untuk menampung kos sara hidup yang tinggi serta sebagai galakan pegawai dari Semenanjung untuk berkhidmat di Sabah atau Sarawak dan sebaliknya.", "“Justeru, kerajaan bersetuju memanjangkan BIW bagi menggantikan BISS dan BISM untuk manfaat pegawai dan anggota ATM bermula 1 Julai,” katanya semasa program ramah mesra bersama warga ATM di Markas 5 Briged Kem Lok Kawi hari ini.", "Dalam pada itu, beliau turut meluluskan peruntukan sejumlah RM25 juta bagi membangunkan 47 kuarters awam dan rumah transit Kementerian Pertahanan di Taman Lok Kawi bagi kemudahan penempatan ATM.", "Bagi tujuan itu, kerajaan akan membangunkan semula 49 unit rumah terbiar di kawasan taman tersebut untuk dijadikan kuarters awam serta rumah transit.", "Anwar berkata, kerajaan meneruskan pelaksanaan beberapa projek sedia ada termasuk pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) tambahan pelbagai kelas Kem Lok Kawi dengan kos sejumlah RM213 juta.", "Projek lain yang akan dilaksanakan adalah projek bernilai RM4.8 juta bagi membaik pulih dan menaik taraf Aviari di Taman Hidupan Liar Lok Kawi serta menaik taraf Jalan Lok Kawi dari Bulatan Sabindo Ke Sungai Kinarut yang bernilai RM67 juta.", "“Kita juga akan melaksanakan projek bina baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lok Kawi yang bernilai RM23 juta,” katanya. ", "Bayaran Insentif Wilayah dipanjangkan kepada pegawai, anggota ATM bermula Julai"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/02/pelakon-lelaki-didakwa-tumbuk-isteri-hingga-cedera/", "headline": "Pelakon lelaki didakwa tumbuk isteri hingga cedera", "content": ["PETALING JAYA: Satu laporan polis dibuat isteri seorang pelakon kerana mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata, awal pagi ini.", "Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 20-an itu membuat laporan berhubung kejadian terbabit di Balai Polis Jinjang dekat sini.", "Menurut Utusan Malaysia, difahamkan, ketika kejadian, berlaku pergelutan dipercayai berpunca mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka.", "Pelakon lelaki itu bertindak menumbuk muka mangsa tiga kali menyebabkan mangsa cedera di bahagian mata.", "Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan berhubung kejadian itu.", "“Siasatan lanjut sedang giat dijalankan dan kita dalam proses untuk merakam percakapan mangsa. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” jelasnya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/pelakon-lelaki-didakwa-tumbuk-isteri-hingga-cedera/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/pelakon-lelaki-didakwa-tumbuk-isteri-hingga-cedera/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/19/formulate-new-agenda-for-the-party-all-levels-of-society-masiung/", "headline": "Formulate new agenda for the party, all levels of society – Masiung", "content": ["Masiung with Redonah, Bobbey, Dr Chia as well as leaders and supporters of the three Kuanut Gagasan Rakyat wings.", "KOTA KINABALU: Political leaders at the district level need to be prepared to face criticism and slander, as it is the norm that politicians must go through, said Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Vice President Datuk Masiung Banah.", "“Criticisms and baseless accusations are challenges that test our resilience when entering the realm of politics,” he said to Gagasan Rakyat Kuamut Youth, Women and Beliawanis leadership in a gathering here last weekend.", "The Kuamut Assemblyman advised the three main wings of the party to formulate a new agenda not only for the party but for all levels of society.", "Masiung wants the three wings to not only strengthen the party at the district level but also generate strength at the state level.", "“It’s not wrong for us to have high aspirations in politics, but it should be remembered… politics is tough, as those aspirations can lead to a decline in our value as leaders,” he said.", "Earlier, Masiung presented the new leadership of the three movements with their appointment letters.", "The Women’s Movement is led by Jalilah Apiang, while the Youth Chief is by Willy Frous Darinsok, and Siti Khalidah Mahalil for the Beliawanis.", "Also present were the Gagasan Rakyat Women’s Chief Datuk Redonah Bahanda, Beliawanis Chief Emmie M Idang and party’s Supreme Council members – Datuk Bobbey Suan and Datuk Dr Roland Chia.", "Masiung also spoke about his emotions when he was not nominated as a candidate in the 16th State Election (PRN).", "“I felt that my political career had come to an end when no party nominated me to contest in the 16th PRN. At the urging of my supporters in Kuamut who visited me daily for four days, I decided to try my luck as an Independent candidate,” he said", "His political journey to regain the support of the people was not as easy as expected, as the state election results in September 2020 paved the way for him to defend the Kuamut seat.", "Masiung won with 2,802 votes (a majority of 978).", "In April of this year, Masiung was appointed as Vice President of Gagasan Rakyat which is led by Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor after serving as an Independent Assemblyman for nearly three years.", "He became the Assemblyman for Kuamut in 2008 through the UPKO/BN party and left in 2018 before joining the Parti Warisan a few months prior to contesting as an Independent candidate."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/08/pdrm-jalankan-siasatan-dalaman-kes-anggota-edar-mercun/", "headline": "PDRM jalankan siasatan dalaman kes anggota edar mercun", "content": ["PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan kes jenayah dan tindakan dalaman terhadap seorang anggotanya yang ditahan terlibat pengedaran mercun.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kes yang dilaporkan telah diambil tindakan di mana anggota polis itu ditahan bersama seorang lelaki.", "Beliau turut menafikan anggotanya mendalangi kegiatan penyeludupan mercun seperti yang digambarkan dalam satu laporan akhbar kelmarin.", "“Kedua-dua suspek kini direman selama empat hari sehingga 8 April (Sabtu) bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.", "“Selain siasatan jenayah, PDRM juga akan mengambil tindakan dalaman ke atas suspek (anggota polis) yang didapati menyalahgunakan kenderaan pasukan di luar waktu bertugas bagi menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "Acryl Sani berkata, pihaknya tidak pernah berkompromi dengan mana-mana warga polis yang terlibat dengan kegiatan jenayah.", "Katanya, tindakan tegas akan diambil sekiranya menerima sebarang bukti.", "Jelasnya, PDRM juga mengalu-alukan masyarakat untuk menyalurkan maklumat sahih bagi membolehkan tindakan diambil dalam membanteras sebarang salah laku atau aktiviti menyalahi undang-undang.", "Difahamkan, anggota terbabit ditahan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Wakaf Bata, Machang, Kelantan ketika memandu kenderaan pacuan empat roda milik PDRM, Selasa lalu.", "PDRM jalankan siasatan dalaman kes anggota edar mercun"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/25/kerjasama-warisan-grs-kita-sentiasa-terbuka-asalkan-bawa-kebaikan-kepada-sabah-hajiji/", "headline": "Kerjasama Warisan-GRS? Kita sentiasa terbuka asalkan bawa kebaikan kepada Sabah – Hajiji", "content": ["Hajiji Haji Noor", "PAPAR: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, GRS sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk Parti Warisan pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang asalkan kerjasama itu membawa kebaikan kepada Sabah.", "Menurut Utusan Malaysia, beliau yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata, GRS bersikap terbuka dalam hal-hal yang membawa kebaikan kepada negeri Sabah tapi, kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan gabungan GRS, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).", "“Di dalam BN pun ada beberapa parti, ada parti yang menyokong kerajaan ini dan ada parti di dalam (BN) yang menarik sokongan daripada kerajaan jadi, cukuplah saya cakap BN.", "“Kita adalah sebuah kerajaan yang terbuka kepada apa juga cadangan-cadangan yang baik untuk perpaduan rakyat dan juga negeri Sabah,” katanya ketika diminta mengulas tentang kenyataan Ahli Parlimen Lahad Datu mengenai kemungkinan kerjasama antara Parti Warisan dan GRS pada PRN akan datang.", "Hajiji berkata demikian selepas majlis pecah tanah projek pembinaan Loji Rawatan Air Kogopon hari ini.", "Sebelum ini, Hajiji yang juga Ketua Menteri itu berkata, kerjasama yang terjalin antara GRS, PH dan BN dalam kerajaan perpaduan di Sabah akan terus dikekalkan pada pilihan raya akan datang.", "Menurut beliau, kerjasama bagi menghadapi pilihan raya perlu dibincangkan secara mendalam antara tujuh parti yang menganggotai GRS.", "Tujuh parti itu adalah Gagasan Rakyat, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).", "Pada Ahad, Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohd. Yusof Apdal menyatakan tidak mustahil Warisan akan bekerjasama dengan GRS pada PRN akan datang sekiranya ia boleh mencapai matlamat untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.", "Walau bagaimanapun katanya, perkara itu perlu dirujuk kepada Majlis Tertinggi Warisan untuk dipertimbangkan.", "Mohd Yusof berkata, sekiranya ada keperluan untuk bekerjasama dalam kalangan berbagai parti untuk membolehkan kerajaan dibentuk, Warisan sentiasa boleh berbincang namun, ia terletak kepada keputusan Majlis Teringgi Warisan.", "https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/kerjasama-warisan-grs-kita-sentiasa-terbuka-hajiji/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/01/lelaki-diberkas-bantu-kes-tembak-depan-kedai/", "headline": "Lelaki diberkas bantu kes tembak depan kedai", "content": ["KLANG: Seorang lelaki diberkas bagi membantu siasatan kes seorang individu maut ditembak di hadapan premis kedai di Jalan Hamzah Alang, Kapar di sini, kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan pihaknya di sekitar Kapar, kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.", "“Usaha mengesan suspek-suspek lain masih sedang giat dijalankan ketika ini. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.", "Tambahnya, motif sebenar kejadian itu masih disiasat pihaknya, justeru beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau balai bolis berhampiran.", "Utusan Malaysia semalam melaporkan kejadian melibatkan lelaki berusia 36 tahun itu disedari orang awam yang terdengar beberapa das tembakan dan kemalangan kecil.", "Utusan Malaysia ", "Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kira-kira pukul 10.35 malam dan kes itu berlaku di hadapan kawasan rumah kedai dua tingkat.", "Siasatan mendapati mangsa memiliki 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/09/lelaki-diberkas-bantu-kes-tembak-depan-kedai/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/09/lelaki-diberkas-bantu-kes-tembak-depan-kedai/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/22/%e6%b2%99%e6%94%bf%e5%ba%9c%e6%92%a5%e6%ac%be%e5%8d%83%e8%90%ac-%e7%82%ba%e5%a5%b3%e4%bc%81%e6%8f%90%e4%be%9b%e5%b0%8f%e9%a1%8d%e8%b2%b8%e6%ac%be/", "headline": "沙政府撥款千萬 為女企提供小額貸款", "content": ["(斗亞蘭廿二日訊)沙巴首長拿督斯里哈芝芝表示,沙巴政府今年向Yayasan Usaha Maju(YUM)撥款1,000萬令吉,用於為婦女提供小額貸款便利。", "他表示,政府非常關注,並將確保企業家,特別是女性企業家,獲得平等的機會和貸款便利。", "他說,提供財政援助的其他政府機構,除了幫助向國內外市場推廣和營銷產品外,還提供課程和商業培訓。", "「沙巴政府也關注和重點關注小貿易商和中小型企業(SMI)企業家的發展,作為製造業的支持產業和催化劑。」", "「沙巴政府今年已撥款617萬令吉給工業發展與研究部,以加強沙巴產品向國內和國際市場的推廣。」", "「為了進一步加強中小企業援助計劃,MESI和清真認證計劃已於今年啟動,以使沙巴中小企業產品有資格在國際水平上競爭。為此,政府已撥款1500萬令吉來支持該計劃。」", "首長哈芝芝今日出席Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM)的活動時如此表示,由於首長不克出席,其講稿由沙巴旅遊、文化及環境助理部長拿督邦奎代讀。", "哈芝芝表示,AIM作為小額信貸提供商,幫助小企業家並促進該國的經濟增長,包括婦女和B40擺脫貧困。", "他說,在AIM的協助下,有些小企業家每月的收入高達數萬令吉。", "「這證明AIM成功地幫助增加人民的收入。」", "他強調:「僅在斗亞蘭,就有3,102名AIM會員從AIM獲得貸款融資來經營業務。」", "他希望AIM繼續為沙巴的商界提供商業融資渠道,讓他們能夠創收,進一步增強經濟實力。", "「因此,我要求商家充分利用政府提供的機會來發展業務。」", "「我呼籲更多企業家利用政府舉措來獲取知識、技能、網絡和資源。這符合沙巴進步繁榮大藍圖開發人力資本和促進創業發展的發展計劃。」", "他強調:「我還希望看到我們的企業家具有競爭力、創新性、活力和積極主動性,並探索克服一切障礙、把握走向全球的機會。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/20/eksplorasi-kebebasan-selena-gomez/", "headline": "Eksplorasi kebebasan Selena Gomez", "content": ["Tiga tahun selepas mengeluarkan album terakhir, penyanyi, Selena Gomez, 31, memberi bayangan mengenai kemunculan buah tangan seterusnya.", "Menurut Utusan Malaysia, Gomez yang mempunyai 378 juta pengikut di Instagram berkongsi, album tersebut mengandungi lirik yang sangat kuat, muzik bertenaga dan berentak pop.", "Memilih untuk mengangkat tema mengenai kebebasan, kata Gomez, subjek tersebut boleh dikaitkan dengan persahabatan mahupun detik hitam dalam kehidupan.", "“Muzik yang saya hasilkan sekarang adalah kisah sebenar yang saya lalui,” katanya kepada Vanity Fair, baru-baru ini.", "Setakat ini, belum ada tarikh rasmi mengenai pelancaran album tersebut.", "Namun, Gomez memberikan gambaran kemunculan album berjudul SG3 itu, susulan memuat naik gambar dia memakai gelang tangan tertera perkataan tersebut dalam Instagram Story.", "SG3 bermaksud album ketiga Selena Gomez, sekali gus memutikkan harapan kepada peminat yang sentiasa menanti kemunculan terbarunya.", "Gomez sebelum ini, dilihat memperlahankan rentak karier muzik, susulan kejayaan drama bersiri misteri, Only Murders in The Building.Namun, dalam diam penyanyi ini tidak pernah berhenti mencari ilham untuk koleksi muzik seterusnya.", "Bekas kekasih kepada penyanyi, Justin Bieber itu tetap memberikan khabar gembira ketika peminat bertanyakan tentang kehadiran album baharu.", "Dia muncul dengan My Mind and Me yang menjadi sebahagian daripada filem dokumentari pada 2022 mengenai dirinya sepanjang enam tahun berkecimpung dalam bidang seni.", "“Ia tentang perjalanan yang saya lalui bersama individu yang banyak mengubah hidup iaitu penerbit yang bekerja keras dalam penghasilan lagu dan mengenali saya dengan baik.", "“Kami bekerjasama dalam tempoh yang sangat lama. Saya masih ingat ketika melepaskan semua perkara kepada mereka dan kebimbangan saya terhadap tanggapan mereka.", "“Idea dan bahagian korus My Mind and Me muncul, malah benar-benar membuatkan saya terharu. Individu yang terlibat menjadikan kisah ini lebih besar. Saya benar-benar bersyukur,” luahnya.", "Single My Mind and Me itu hanya mampu menghuni kedudukan ke-83 dalam carta Billboard Hot 100.", "Gomez menghasilkan single pertama pada 2008 menerusi Tell Me Something I Didn’t Know.", "Sedekad selepas itu, dia hadir dengan tiga album studio iaitu Kiss & Tell (2009), A Year Without Rain (2010) dan When The Sun Goes Down (2011) sehingga berjaya mendapat pengiktirafan emas.", "Bagaimanapun, Gomez belum cukup puas berkarya kerana mahu melakukan eksplorasi lebih mendalam tentang penghasilan lagu.", "Siapa sangka kehidupan kaya-raya dan dunia glamor yang dinikmati Gomez sebenarnya bermula dengan keperitan.", "Gomez sebenarnya pernah hidup susah apabila dibesarkan oleh ibu tunggal selepas kedua-dua orang tuanya bercerai ketika dia masih kecil.", "Kehidupannya sangat sukar, malah pernah suatu ketika, ibunya tidak mampu mengisi minyak kereta kerana kehabisan wang.", "Gomez pernah menjalani pembedahan transplan buah pinggang pada 2017, selain mempunyai masalah kesihatan mental sehingga terpaksa bergantung ubat-ubatan.", "\nhttps://www.utusan.com.my/gaya/hiburan/2023/02/eksplorasi-kebebasan-selena-gomez/", "\nhttps://www.utusan.com.my/gaya/hiburan/2023/02/eksplorasi-kebebasan-selena-gomez/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/29/%e6%a5%8a%e5%be%b7%e5%88%a9%ef%bc%9a%e6%96%b7%e7%b5%95%e7%b4%a2%e6%b2%99%e5%a6%84%e6%83%b3-%e5%bb%ba%e8%ad%b0%e4%bb%a4%e8%8f%b2%e5%9c%a8%e6%b2%99%e8%a8%ad%e9%a0%98%e9%a4%a8/", "headline": "楊德利:斷絕索沙妄想 建議令菲在沙設領館", "content": ["(亞庇廿九日訊)沙巴前首長拿督楊德利表示,我國應該設法令菲律賓在沙巴設立領事館,以讓頻頻向我國索權的蘇祿後裔斷了妄想。", "「在蘇祿或菲律賓歷史上的任何時候,沙巴從未被蘇祿或菲律賓擁有或統治。所謂1878年1月22日的條約根本無效,因為汶萊於1877年12月29日已和奧維貝/丹特(Overbeck/Dent)簽署割讓條約。」", "也是沙巴進步黨主席的他對海牙上訴法院對馬來西亞有利的裁決如此回應。", "他說,這是個好消息,因為馬來西亞已經成功擊退那些自稱是已不復存在的蘇祿蘇丹國繼承人的妄想。", "「看來蘇祿索賠人的努力讓他們及其經濟支持者付出了代價。」", "毋須通過國際法院", "楊德利還表示,由於大馬已於2001年在國際法院中擊敗菲律賓通過利吉丹島/西巴丹島案的嘗試,所以根本不需要再度把菲律賓/蘇祿索土事件帶上國際法院。", "「國際法院裁定,菲律賓未能證明其在利吉丹/西巴丹案中擁有『合法利益』。菲律賓試圖干預馬來西亞和印度尼西亞之間的利吉丹/西巴丹群島案件,聲稱他們(菲律賓)基於對沙巴的主權主張而擁有利吉丹/西巴丹群島。菲律賓的嘗試被國際法院(2001年)放棄。」", "他說,有大量文件證據表明,現已不復存在的蘇祿蘇丹國和菲律賓共和國從未統治過北婆羅洲(現為沙巴)的任何地區。", "大馬政府須向菲律賓/蘇祿人民明示,停止枉然對沙巴索土行為,而這也符合他們本身利益。讓大馬沙巴和菲律賓邦薩摩洛維持良好鄰邦雙贏關係,和睦共昌。", "「讓居住在沙巴的菲律賓籍人享有所渴求的、長期以來遭其本身政府(菲律賓共和國)拒絕的領事服務。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/04/sabah-govt-hands-over-45-boats-for-use-in-disasters/", "headline": "Sabah Govt hands over 45 boats for use in disasters", "content": ["Hajiji presenting the boat key to State Fire and Rescue Department Assistant Director (operation) Hamsa Isnurdini.", "KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor handed over 45 boats for distribution to the State Fire and Rescue Department and 12 district disaster management committees at Menara Kinabalu here today.", "Also present were State Cabinet Ministers, State Secretary Datuk Seri Sr Safar Untong and Home Affairs and Research Secretary Datuk Haji Awang Shahminan Sahari.", "Hajiji with State Cabinet members checking out the boats.", "At the ceremony, 15 boats were handed to the State Fire and Rescue Department, while the rest three each to Pitas, Kota Marudu, Penampang, Tenom, Beaufort and Paitan.", "Kota Kinabalu, Kota Belud, Papar, Tuaran, Sipitang and Tongod were allocated two boats each."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/01/op-selamat-19-kes-kemalangan-meningkat-41-peratus/", "headline": "Op Selamat 19: Kes kemalangan meningkat 41 peratus ", "content": ["PETALING JAYA: Jumlah kemalangan Op Selamat 19 sempena perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini meningkat sebanyak 41 peratus melibatkan 15,999 kes berbanding 11,325 kes, tahun lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain berkata, kemalangan meningkat sebanyak 4,674 kes manakala sebanyak 121 kemalangan maut direkodkan dalam tempoh sama. ", "Beliau berkata, sebanyak 134 kes kematian dicatatkan melibatkan pertambahan 15 kes berbanding tahun lalu, 119 kes.", "“Penunggang dan pembonceng motosikal kekal angka korban tertinggi iaitu 81 kematian sepanjang Op Selamat 19.", "“Bagaimanapun, tiada kemalangan maut melibatkan 30 lokasi panas di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) selain 234 ‘blackspot’ dikenal pasti di jalan raya, seluruh negara,” katanya ketika Majlis Penutup Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina 2023 di sini, kelmarin.", "Dalam majlis tersebut, Kontinjen Kuala Lumpur diumumkan sebagai sebagai Anugerah Kontinjen Terbaik manakala Daerah Terbaik ialah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bharu Selatan.", "Justeru, Razarudin berkata, tindakan di titik hitam baharu akan dikenal pasti bagi penambahbaikan daripada sudut infrastruktur dengan melibatkan kerjasama daripada agensi berkaitan. ", "Menurut beliau, sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 160,375 saman dikeluarkan di seluruh negara. ", "“Jumlah ini menurun berbanding tahun lalu iaitu 308,726 saman. Saman yang dikeluarkan adalah bersifat mendidik dengan memberi fokus enam kesalahan utama,” katanya.", "Sementara itu, Razarudin berkata, kes pecah rumah menurun 9.6 peratus iaitu 296 kes berbanding 326 kes pada tahun lalu. ", "Ujar beliau, sebanyak 68,519 rondaan dijalankan ke atas rumah dan premis yang ditinggalkan. ", "“Apa yang jelas, kesedaran yang tinggi dalam kalangan ahli masyarakat tentang pentingnya menjaga keselamatan harta benda merupakan salah satu faktor penurunan kes jenayah pecah rumah. ", "‘Ia juga adalah hasil penguatkuasaan melalui program-program pencegahan jenayah, kempen-kempen secara berkala serta operasi-operasi yang dijalankan,” katanya.", "Op Selamat 19: Kes kemalangan meningkat 41 peratus "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/03/bayi-ditemui-di-tempat-pembuangan-sampah/", "headline": "Bayi ditemui di tempat pembuangan sampah", "content": ["PETALING JAYA: Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan ditemukan di tempat pembuangan sampah di tepi Jalan Masjid berhadapan Bella Damansara, Kampung Sungai Ara, Petaling Jaya di sini Isnin. ", "Bayi itu ditemui  seorang wanita bersama anak lelakinya ketika melalui kawasan itu pada pukul 7.15 pagi.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata, ketika ditemukan, bayi itu dibalut kain kuning, masih bertali pusat dan uri bersamanya.", "“Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan doktor, bayi dalam keadaan stabil dan mempunyai kesan kemerahan di pipi sebelah kiri.", "“Berat bayi adalah 2.5 kilogram dengan ketinggian 49 sentimeter dan bayi itu kini ditempatkan di Wad Kanak-kanak HSB untuk rawatan dan pemerhatian,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.", "Mohamad Fakhrudin berkata, usaha mengesan individu yang membuang bayi sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.", "Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 untuk membantu siasatan. ", "Bayi ditemui di tempat pembuangan sampah"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/21/bomba-sukar-padam-mcdougall-creek-di-kanada/", "headline": "Bomba sukar padam McDougall Creek di Kanada", "content": ["Asap tebal menyelubungi bandar West Kelowna akibat kebakaran hutan yang dinamakan McDougall Creek.", "OTTAWA: Perintah darurat dikeluarkan di wilayah British Columbia, Kanada ketika kebakaran hutan semakin merebak dan dikhuatiri memusnahkan lebih banyak kediaman penduduk di sekitar kawasan bandar West Kelowna.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Menteri British Columbia, David Eby memberi amaran situasi kebakaran hutan di wilayah itu semakin teruk dan dijangka memberi cabaran besar kepada pihak berkuasa untuk meredakan keadaan.", "“Tahun ini, kita berdepan dengan kebakaran hutan yang luar biasa dan berdasarkan keadaan ketika ini, pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di wilayah British Columbia.", "“Semakin ramai penduduk dipindahkan akibat bencana yang berlaku dan sekatan perjalanan boleh dikenakan di beberapa tempat sekiranya masyarakat tidak mematuhi nasihat keselamatan yang dikeluarkan,” kata Eby.", "Kebakaran hutan McDougall Creek itu dilaporkan sudah merebak di kawasan seluas 6,800 hektar dalam tempoh 24 jam.", "Keadaan itu menyebabkan 4,800 penduduk diarahkan berpindah segera.", "Dalam perkembangan sama, kira-kira 22,000 atau separuh populasi hilang tempat tinggal di Wilayah Barat Laut Kanada akibat kebakaran hutan.", "Di Yellowknife, hampir kesemua penduduknya sudah berpindah keluar menggunakan pengangkutan udara, darat dan air susulan kebakaran hutan yang berlaku.", "Terdahulu, Ketua Bomba West Kelowna, Jason Brolund menyifatkan kebakaran hutan yang berlaku ‘amat memusnahkan’.", "Katanya, pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran bagi melindungi komuniti.", "Setakat ini, tiada kes kematian dilaporkan biarpun beberapa kawasan mengalami kemusnahan infrastruktur yang teruk.", "Seorang penduduk, Juliana Loewen yang tinggal di Kelowna memberitahu, kawasan sekitar diselubungi asap tebal dan ada penduduk yang terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan diri apabila kediaman mereka musnah terbakar.", "“Api merebak sangat cepat sehinggakan anda tidak tahu apa yang mahu dilakukan kerana terlalu panik.", "“Kebakaran hutan yang berlaku kali ini amat teruk, kami tidak pernah melihat sesuatu seperti ini,” ujarnya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/08/bomba-sukar-padam-mcdougall-creek-di-kanada/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/08/bomba-sukar-padam-mcdougall-creek-di-kanada/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/04/individu-lahir-sebelum-2007-tidak-perlu-sertai-plkn/", "headline": "Individu lahir sebelum 2007 tidak perlu sertai PLKN", "content": ["PLKN kali ini melibatkan belia yang lahir tahun 2007 dan ke atas,.", "PETALING JAYA: Sekiranya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilaksanakan semula pada 2024, maka individu yang hanya lahir pada 2007 akan dipanggil untuk menjalani program tersebut.", "Menurut Utusan Malaysia, ini bermakna, individu yang lahir sebelum 2007 tidak akan dipanggil untuk menyertai program itu.", "“Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Ini bermaksud, ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN. Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan.", "“Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga umur 35 tahun. Kementerian Pertahanan berharap agar penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN,” kata Kementerian Pertahanan dalam kenyataan.", "Secara dasarnya, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah yang baharu iaitu PLKN3.0 selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).", "Individu lahir sebelum 2007 tidak perlu sertai PLKN"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/16/singa-tertua-dunia-mati-akibat-tertusuk-lembing-dibaling-penggembala/", "headline": "Singa tertua dunia mati akibat tertusuk lembing dibaling penggembala", "content": ["Loonkiito mati akibat terkena tusukan lembing penggembala.", "NAIROBI: Seekor singa jantan dipercayai antara tertua di dunia, mati akibat terkena tusukan lembing dilemparkan oleh penggembala haiwan ternakan di Kenya.", "Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, pihak berkuasa berkata, Loonkiito yang berusia 19 tahun, mati di kampung Olkelunyiet pada malam Rabu selepas haiwan liar itu memburu binatang ternakan.", "Jelasnya, kampung itu bersempadan dengan Taman Negara Amboseli di selatan Kenya", "Jurucakap Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya (KWS), Paul Jinaro berkata, singa tua itu agak lemah dan berkeliaran dari taman ke kampung untuk mencari makanan.", "Sementara itu, kumpulan pemuliharaan Lion Guardians memaklumkan Loonkiito merupakan singa jantan yang tertua dalam ekosistem dan mungkin di Afrika.", "Lion Guardians yang dikendalikan oleh Maasai dilaporkan memulihara populasi singa di Taman Negara Amboseli.", "“Biasanya, pada akhir musim kemarau menandakan peningkatan dalam konflik manusia-singa ketika haiwan liar pulih dan menjadi lebih sukar untuk memburu.", "“Jadi, dalam keadaan terdesak, singa sering berubah dan memburu haiwan ternakan,” katanya.", "Singa tertua dunia mati akibat tertusuk lembing dibaling penggembala"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/21/tkm-minta-mps-tangani-masalah-sampah-di-kampung-sim-sim/", "headline": "TKM minta MPS tangani masalah sampah di Kampung Sim-Sim", "content": ["Dari kiri, Dr. Joachim, Henry, Frankie dan Dr. Jamili mendengar taklimat daripada Pegawai MPS ketika mengadakan lawatan ke Kg. Sim-Sim bagi meninjau keadaan sampah di perkampungan air itu, kelmarin.", "SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam meminta Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk menangani masalah sampah di Kampung Sim-Sim, di sini pada Selasa.", "Ini selepas beliau mengadakan lawatan ke perkampungan air itu hari ini untuk melihat sendiri masalah sampah yang dihadapi oleh penduduk sejak sekian lama.", "“Masalah sampah ini sudah lama dihadapi oleh penduduk di perkampungan air itu. Sampah dibawa oleh arus pergerakan laut sehingga menjadi longgokan sampah.", "“Perkara ini menarik perhatian saya dan pada hari ini, saya bersama Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Henry Idol telah berbincang bersama dengan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Dr. Jamili Nais untuk menangani isu yang sudah dihadapi sekian lama oleh penduduk perkampungan air ini,” kata Dr. Joachim.", "Dr. Joachim berkata, Sim-Sim berpotensi untuk menarik pelancong untuk datang ke sini untuk menikmati makanan laut yang segar.", "Jika masalah ini tidak dibendung, ia akan memberikan imej yang tidak menyenangkan kepada pengunjung yang datang ke restoran di sini, tambahnya.", "Keadaan kawasan beberapa buah rumah yang dikelilingi sampah- sarap ketika Dr. Joachim melawat Kg. Sim-Sim kelmarin.", "Sementara itu, Henry berkata, MPS akan berusaha gigih menangani masalah ini dan salah satunya ialah dengan melantik kontraktor untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.", "Beliau juga memohon kerjasama penduduk setempat agar tidak membuang sampah di merata-rata tempat.", "Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat, Frankie Poon Ming Fung serta Pegawai-pegawai kanan KKTP dan MPS."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/26/data-tidak-menggambarkan-kadar-pengangguran-sebenar-di-sabah/", "headline": "Data tidak menggambarkan kadar pengangguran sebenar di Sabah", "content": ["Siapakah pekerja asing yang dimaksudkan, adakah pendatang tanpa izin, stateless citizen atau pemegang IMM13 – Madius", "stateless citizen", "KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mempersoalkan data bilangan pengangguran di Malaysia khususnya di Sabah yang turut memasukkan pengangguran dalam kalangan pekerja asing di dalam perangkaan.", "Menurutnya, maklumat yang perlu diletakkan sepatutnya hanya merangkumi penduduk tempatan iaitu warganegara Malaysia.", "“Saya merasa hairan, apa kewajaran yang diambil kira untuk meletakkan penduduk asing dalam statistik pengangguran khususnya di Sabah.", "“Ia tidak menggambarkan situasi sebenar selain pada masa yang sama seolah-olah mencerminkan bahawa Kerajaan mengiktiraf pekerja asing setaraf orang tempatan.", "“Ini sesuatu yang tidak betul dan perlu diberi perhatian serius. Bagi di Sabah, kita juga ingin tahu, siapakah pekerja asing yang dimaksudkan, adakah pendatang tanpa izin, stateless citizen atau pemegang IMM13,” katanya dalam satu kenyataan.", "stateless citizen", "Menurutnya, maklumat kadar pengangguran sepatutnya hanya merujuk kepada penduduk tempatan sahaja tanpa melibatkan warga asing.", "“Ia bagi membolehkan pelbagai usaha dapat dilaksanakan dan dengan menumpukan kepada golongan sasaran iaitu warga Malaysia yang masih belum mempunyai sebarang punca pendapatan.", "“Kemudian, boleh jadi kadar pengangguran di Sabah mungkin bukan antara yang tertinggi sekiranya penduduk asing tidak dimasukkan di dalam perangkaan.", "“Saya juga tertanya–tanya, mengapa pekerja asing ini dibiarkan berleluasa walaupun sudah tidak bekerja?", "“Sepatutnya apabila sudah tidak bekerja, bukankah mereka sepatutnya dihantar balik ke negara asal,” tegas Madius.", "Pada persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu dalam soalan lisan meminta Menteri Ekonomi menyatakan jumlah bilangan penganggur di seluruh negara khususnya di Sabah.", "Beliau turut memohon penjelasan apakah benar penduduk asing telah dimasukkan dalam perangkaan tersebut.", "Kementerian Ekonomi dalam jawapan bertulis memaklumkan bahawa data pengangguran di negara ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Laporan Survei Tenaga Buruh Suku Kedua Tahun 2023 adalah 581,400 orang.", "Sabah mencatatkan pengangguran seramai 165,600 iaitu berkurangan sebanyak 4,200 berbanding 188,300 orang pada suku kedua 2022.", "Walau bagaimanapun, Kementerian Ekonomi mengesahkan Survei Tenaga Buruh yang dilaksanakan itu turut merangkumi data pengangguran dalam kalangan pekerja asing."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/19/barisan-exco-wanita-gagasan-rakyat-dibentuk/", "headline": "Barisan Exco Wanita Gagasan Rakyat dibentuk", "content": ["Mohd. Razali dan Redonah bergambar kenangan dengan barisan Exco Wanita Gagasan Rakyat", "KOTA KINABALU: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda mengumumkan barisan exco dan jawatankuasa wanita peringkat negeri parti yang dibentuk Isnin lalu.", "Beliau berkata, Sahramah Jamaludin dilantik sebagai Pengerusi Tetap, manakala Timbalan Pengerusi Tetap dipegang oleh Halijah Din, Aziah Atoh sebagai Naib Ketua dan Fahzean Mohiddin sebagai Penolong Setiausaha.", "Katanya, jawatan Penolong Bendahari dipegang Datuk Jamaliah Antalip manakala Ketua Penerangan ialah Annabell @ Suzieana Perian dan ahli-ahli jawatankuasa Exco Wanita Gagasan Rakyat negeri ialah Datuk Surinam Sadikun, Datuk Hajah Amelia Ajun, Salmi Sarinoh, Dayang Norhayati Titing, Hasrina Wati Golkhan, Dayang Hairena Awang Basir, Hasma Nurdin, Maria Wahaya, Saridah Ab. Lakata, Salmah Sait, Luvita Koisun, Sabini Ansumor, Jahiah@Jalilah Apiang, Erveana Ansari, Kathie Renjus, Aneh Jamri, Dr. Davina Datuk Markus Majihi, Saturah Jamrah@Masturah, Lailawati Ahmad Bahrom dan Dayang Masni Datu Saribu dan Shazlinah Lai Wun Fong.", "Bagi Biro-biro Wanita Gagasan Rakyat, Redonah memegang Biro Politik, Aziah (Biro Keahlian), Fahzean (Biro Latihan), Dr. Davina (Biro Kesihatan), Kathie (Biro Kebajikan), Jahiah@Jalilah (Biro Pendidikan), Shahlinah (Biro Keusahawan), Lailawati (Biro IT dan Media), Dayang Norhayati (Biro Sukan dan Kebudayaan), Dayang Masni (Biro Agama), Mastura (Biro Wanita dan Masyarakat), Erveana (Biro Undang-undang) dan Luvita Koisun (Biro Perumahan dan Bandar).", "Turut diumumkan ialah Ketua-ketua Penyelaras iaitu Hasrina Golkhan (Kudat, Kota Marudu), Jamaliah Antalip (Kota Belud, Tuaran), Salmi Sarinoh (Sepanggar, Putatan), Salmah Sait (Penampang, Kota Kinabalu), Dayang Hairena Awang Basir (Papar, Kimanis), Datuk Surinam Sadikun (Beauford, Sipitang), Datuk Amelia Ajun (Keningau, Ranau), Sabini Ansumor (Pensiangan, Tenom), Hasma Nurdin (Batu Sapi, Sandakan, Libaran), Dayang Norhayati Titingan (Kinabatangan, Beluran), Saridah Ab Lakata (Lahad Datu, Semporna) dan Maria Wahaya (Kalabakan, Tawau).", "Redonah berharap barisan exco dan jawatankuasa yang ada melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komited dan beramanah dalam membantu parti melaksanakan pelbagai agenda dan program.", "“Sebagai sayap parti, kita juga bertanggungjawab membantu kepimpinan Kerajaan Negeri khususnya dalam memastikan usaha membela nasib rakyat dapat dilaksanakan dengan mencapai sasaran dan matlamat,” katanya semasa perjumpaan khas exco Wanita Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.", "Hadir sama, Setiausaha Agung Gagasan Rakyat,  Datuk Mohd. Razali Razi."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/23/perdana-menteri-dijangka-hadir-pesta-kaamatan-peringkat-negeri-di-hongkod-koisaan/", "headline": "Perdana Menteri dijangka hadir Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di Hongkod Koisaan", "content": ["Hajiji (kanan) mendengar taklimat diberikan oleh Pairin mengenai rancangan pembangunan masa depan KDCA di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.", "KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri Pesta Kaamatan Peringkat Negeri pada 31 Mei di Hongkod Koisaan KDCA, Penampang.", "Ini antara perkara yang dibincangkan ketika jawatankuasa pusat Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) diketuai Presidennya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor di pejabatnya di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini hari ini.", "Anwar Ibrahim", "Pada mesyuarat itu, Pairin turut membentangkan laporan pembangunan KDCA kepada Ketua Menteri yang termasuk, antara lain rancangan pembesaran dan naik taraf bangunan KDCA dan penubuhan Yayasan Pendidikan dan Amal Huguan Siou.", "Turut hadir Timbalan-timbalan Presiden, Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, serta Setiausaha Agung. KDCA, Datuk Suman Yasambun."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/14/alami-sakit-perut-jemaah-haji-meninggal-dunia-dalam-pesawat/", "headline": "Alami sakit perut, jemaah haji meninggal dunia dalam pesawat", "content": ["Seorang bakal jemaah meninggal dunia dalam pesawat ketika perjalanan ke tanah suci. ", "JAKARTA: Hasrat seorang bakal jemaah untuk menunaikan ibadah haji tahun ini tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia dalam pesawat ketika perjalanan ke tanah suci, Isnin.", "Media tempatan melaporkan, bakal jemaah itu dikenali sebagai Sholeh Ahmadi Jamburi, 65 tahun yang berasal dari Klaten, Jawa Tengah.", "Menurut Utusan Malaysia, jurucakap Jawatankuasa Pengelola Ibadah Haji (PPIH) Solo, Gentur Rachma Indriadi berkata, Sholeh menaiki penerbangan Garuda pada Sabtu lalu untuk ke tanah suci.", "Selepas beberapa jam penerbangan, Sholeh mengadu badannya berasa letih dan tidak selesa.", "“Jemaah lelaki itu mula mengalami sakit perut dan keadaannya dipantau pasukan paramedik yang ada dalam pesawat.", "“Keadaan Sholeh semakin teruk selepas keluar dari tandas dan pasukan paramedik tidak dapat membantu jemaah itu untuk berasa lebih baik.", "“Beberapa jam selepas itu, jantungnya berhenti berdegup dan jemaah itu disahkan meninggal dunia,” kata Gentur.", "Dalam pada itu, jenazah Sholeh dijangka dibawa pulang ke tanah air bagi urusan pengebumian.", "Pemergian Sholeh menjadikan jemaah haji Indonesia yang meninggal dunia kini seramai 22 orang.", "Alami sakit perut, jemaah haji meninggal dunia dalam pesawat"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/16/a-fast-and-permanent-solution-to-sabah-water-woes/", "headline": "A fast and permanent solution to Sabah water woes", "content": ["KOTA KINABALU: The State Government welcomes the Federal Government’s commitment to assist in resolving Sabah’s water supply issue as announced by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, said Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "“The State Government is in the midst of implementing our own plan to address the water woes and with the Federal coming in to provide assistance we believe the problem can be resolved quickly,” he said.", "Hajiji Haji Noor", "The Chief Minister clarified that the Prime Minister did not state that the Federal Government was going to take over the state water supply management.", "“What the Prime Minister meant was that the Federal Government is going to assist in the management of the problem by providing more substantial funding similar to the Kelantan water issue,” he said in a statement here today.", "Hajiji said the government viewed the water supply problem in Sabah seriously.", "“We will iron out all the issues during the meeting with the Prime Minister in order to get a lasting solution,” he said."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/17/%e9%80%b2%e8%a1%8c%e5%8d%87%e7%b4%9a%e5%b7%a5%e4%bd%9c-%e7%a8%85%e6%94%b6%e5%b1%80%e7%b3%bb%e7%b5%b1%e5%8f%97%e5%bd%b1%e9%9f%bf/", "headline": "進行升級工作 稅收局系統受影響", "content": ["(吉隆坡十七日訊)內陸稅收局(HASiL)發通知表示,由於電子元件的升級工作,稅收系統將受到干擾。", "內陸稅收局在今天的一份聲明中說,這符合提高在線稅務服務質量的努力。", "「內陸稅收局完全理解可能出現的問題,並願意為納稅人在宣佈服務中斷後可能不得不面對的任何困難道歉。」", "「非常感謝納稅人的支持和耐心,使內陸稅收局能夠開展這項有望為稅務服務增值的維護活動。」", "不過,納稅人仍然可以通過HASiL的官方門戶網站鏈接https://www.hasil.gov.my/獲取稅務信息。", "任何問題和相關反饋,都可以通過以下方式聯繫內陸稅收局:", "a) Hasil Care 熱線 03-8911 1000 / 603-8911 1100(海外);", "b) HASiL 實時聊天; 和", "c) HASiL 官方門戶網站上的快速鏈接反饋表", "\nhttps://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/。", "\nhttps://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/14/mayat-wanita-warga-emas-ditemukan-terapung/", "headline": "Mayat wanita warga emas ditemukan terapung", "content": ["Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung di muara sungai di Medan Pantai Jerejak, Bayan Lepas, Pulau Pinang kelmarin.", "GEORGE TOWN: Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung di muara sungai di Medan Pantai Jerejak, Bayan Lepas, di sini kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat wanita dipercayai berusia 60-an itu kira-kira pukul 11.45 pagi.", "”Pihak bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan penemuan mayat wanita yang lengkap berpakaian pagi ini (kelmarin).", "“Pihak bomba dimaklumkan mayat wanita dipercayai warga emas itu ditemukan oleh nelayan di kawasan tersebut sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.", "Menurutnya, pihak bomba menjalankan kerja-kerja mengangkat mangsa dan seterusnya mayat diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.", "”Operasi yang dijalankan tamat sepenuhnya pukul 12.33 tengah hari,” katanya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/mayat-wanita-warga-emas-ditemukan-terapung/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/mayat-wanita-warga-emas-ditemukan-terapung/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/08/2%e8%bb%8a%e7%9b%b8%e6%92%9e1%e5%a5%b3%e8%bc%95%e5%82%b7/", "headline": "2車相撞1女輕傷", "content": ["(吧巴八日訊)1名婦女今早在這裡發生交通事故後,手部受了輕傷。", "吧巴消防和救援站(BBP)官員PPgB Rozlan Osman說,早上6時18分接獲緊急投報,指Kampung Lakut發生了一起事故。", "一個由行動指揮官PBK II Hamdani Harith領導的11人小組,以及1台機器和1輛EMRS,前往2公里外的位置。", "「到達現場後,發現事故涉及兩種類型的汽車,一輛起亞Spectra和一輛Perodua Myvi。」", "他說:「有一名41歲的女性手部受傷,EMRS團隊對其進行了初步治療。」", "羅茲蘭說,傷者隨後被使用EMRS機器送往醫院接受進一步治療。", "「在確保沒有其他危險後,行動於早上6時28分結束。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/08/704-mangsa-penipuan-berdaftar-dengan-kementerian-luar/", "headline": "704 mangsa penipuan berdaftar dengan Kementerian Luar", "content": ["Mohamad Alamin pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini – Foto: Jabatan Penerangan", "KUALA LUMPUR: Kerajaan mengesan seramai 704 mangsa penipuan sindiket pekerjaan di luar negara yang mendaftar dengan Kementerian Luar setakat Jumaat lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, daripada jumlah tersebut, 518 daripadanya berjaya dibawa pulang oleh kerajaan manakala 186 lagi sedang dikesan.", "Sehubungan itu, pihaknya memohon kerjasama semua pihak termasuk mangsa supaya mendaftar dengan pihak berwajib ekoran lebih 2,000 mangsa sehingga kini dilaporkan berada di luar negara akibat ditipu sindiket.", "Katanya, pihak kementerian juga sedang berusaha mengenal pasti 26 mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang berada di Laukkaing, Myanmar, selain menunggu ‘lampu hijau’ daripada pihak berkuasa negara itu untuk membolehkan Malaysia membuat lawatan dan perbincangan di sana.", "“Banyak laporan media yang melaporkan lebih daripada itu, ada yang kata sampai 2,000 orang. Barangkali ini yang belum berdaftar dan dijejaki oleh kita.", "“Jadi, kita memohon kerjasama semua pihak, jika ada maklumat, beri kepada kami untuk mengesan dan membawa pulang mangsa,” katanya pada sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.", "Beliau menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew [PH-Sibu] yang meminta Menteri Luar menyatakan kaedah akan diambil bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengelak penipuan pekerjaan di Kemboja dan Myanmar.", "Minggu lalu, media tempatan melaporkan, hampir 2,000 rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia masih terperangkap dan tidak mampu menyelamatkan diri di beberapa negara jiran, sejak setahun lalu.", "Di Myanmar sahaja, difahamkan lebih 1,200 mangsa berselerak di beberapa daerah di negara itu, menjadi buruh paksa yang melakukan pelbagai pekerjaan sementara ratusan lagi mangsa penipuan dikesan berada di Thailand, menunggu untuk diseludup masuk manakala selebihnya di Laos, Kemboja dan Filipina.", "Dalam pada itu, Mohamad berkata, kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Myanmar dan dengan kerjasama Thailand, Vietnam, Filipina serta China sedang menyelaras dan menggunakan segala alternatif bagi membawa pulang 26 mangsa sindiket itu.", "Katanya, kementerian juga menerajui satu jawatan kuasa khas yang ditubuh bagi menyelesaikan isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan melibatkan semua agensi berkaitan.", "“Kementerian juga menggunakan jalinan usaha sama antara Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara bersama pihak berkuasa tempatan untuk mengesan, menyelamat dan memberi bantuan konsular kepada mangsa seperti memudah cara proses dokumentasi serta pengeluaran Sijil Perakuan Cemas.", "“Ia bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air dengan selamat. Selain itu, KLN turut terbabit dalam lawatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Kemboja dan Thailand pada awal tahun ini bagi mengukuhkan jalinan kerjasama,” katanya.", "Sementara itu, bagi mewujudkan kesedaran mengenai bahaya sindiket penipuan pekerjaan, kementerian memanfaatkan pelbagai platform tersedia seperti media sosial, media massa, media arus perdana dan hebahan secara fizikal untuk tujuan itu.", "Katanya, antara usaha dilakukan ialah hebahan kesedaran menggunakan infografik dan video serta dokumentari pengalaman sebenar mangsa sindiket penipuan yang dimuat naik dalam laman rasmi media sosial seperti YouTube dan Facebook Kementerian Luar Negeri serta PDRM.", "Jelasnya, kerajaan akan meningkatkan lagi hebahan kesedaran itu kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia melalui pelbagai Program Seranta yang dirancang selain penyampaian taklimat kesedaran kepada pelajar universiti serta pembukaan ruang reruai seperti ketika penganjuran Hari Wisma Putra, Sabtu lalu.", "“Kita meminta orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan luar negara… tawaran itu dilihat cukup hebat kerana diberikan tiket penerbangan dan penginapan percuma, elaun tinggi, memang dilihat menarik.", "“Saya mohon supaya periksa terlebih dahulu. Kita mempunyai wakil PDRM dalam jawatan kuasa khas itu, maka, orang ramai boleh pergi ke balai polis berdekatan untuk mendapatkan maklumat sama ada ia betul atau tidak.", "“Kita tidak mahu berlaku ribuan rakyat kita tersekat di luar negara, malah, ada yang diseksa, penderaan fizikal dan memeras wang ringgit… ini adalah pengajaran,” katanya.", "DEWAN RAKYAT: 704 mangsa penipuan berdaftar dengan Kementerian Luar"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/10/remaja-15-tahun-pahat-sejarah-malaysia-di-sukan-sea/", "headline": "Remaja 15 tahun pahat sejarah Malaysia di Sukan SEA", "content": ["Ng Jing Xuen memahat sejarah memenangi pingat emas golf individu wanita pada Sukan SEA 2023. – Ihsan Persekutuan Golf Kemboja", "PHNOM PENH: Ng Jing Xuen memahat sejarah muncul pemain Malaysia pertama merangkul pingat emas golf individu wanita Sukan SEA, petang tadi.", "Menurut Utusan Malaysia, Jing Xuen yang baru berusia 15 tahun, mengetepikan cabaran juara Amatur Asia Pasifik, Eila Galitsky dari Thailand dalam saingan playoff di Lapangan Golf Garden City, Phnom Penh.", "Lebih istimewa, Malaysia turut meraih pingat gangsa dalam individu wanita menerusi Foong Zi Yu, manakala Malcolm Ting meraih pingat gangsa individu lelaki.", "Malaysia yang meraih pingat emas individu dan berpasukan lelaki pada Sukan SEA Hanoi tahun lalu akan turun memburu dua lagi kilauan emas apabila acara berpasukan bersambung esok.", "Kejayaan Jing Xuen dan Zi Yu meletakkan pasukan negara sebagai pilihan untuk menjuarai saingan wanita. ", "Remaja 15 tahun pahat sejarah Malaysia di Sukan SEA"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/03/3000-penduduk-taiwan-dipindahkan-siap-sedia-hadapi-taufan-haikui/", "headline": "3,000 penduduk Taiwan dipindahkan, siap sedia hadapi Taufan Haikui", "content": ["TAIPEI: Ratusan penerbangan domestik terpaksa dibatalkan dan lebih 3,000 penduduk dipindahkan ketika ketika Taiwan bersiap sedia dengan ketibaan Taufan Haikui pada yang dijangka membawa hujan lebat serta angin kencang ke selatan dan timur pulau itu.", "Taufan Haikui yang sudah membawa hujan lebat menjelang pagi tadi diramalkan mendarat menjelang 5 petang di Taitung, sebuah daerah pergunungan di timur Taiwan yang kurang penduduknya.", "Menurut Utusan Malaysia, taufan itu membawa kelajuan angin yang berterusan kira-kira 154 kilometer sejam, menyebabkan perniagaan di bahagian selatan dan timur pulau itu ditutup sepanjang hari ini.", "“Taufan Haikui dijangka menimbulkan ancaman besar kepada kebanyakan kawasan di Taiwan dengan angin, hujan dan ombak.", "“Taufan ini sudah mengumpulkan sedikit kekuatan sejak semalam. Ribut akan bergerak ke barat Selat Taiwan menjelang Isnin. Orang ramai digesa untuk berjaga-jaga,” kata Timbalan Pengarah Biro Cuaca, Fong Chin-tzu.", "Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen memberitahu mesyuarat pegawai pengurusan bencana, taufan berkenaan merupakan yang pertama mendarat di pulau itu dan merentasi banjaran gunung tengahnya dalam tempoh empat tahun.", "“Orang ramai harus mengelak daripada keluar rumah dan tidak mendaki gunung, ke pantai, memancing atau terlibat dalam sukan air, ” kata Ing-wen dalam satu kenyataan.", "Pasukan tentera dilaporkan sudah menggerakkan anggota dan peralatan seperti kenderaan amfibia dan bot di sekitar bahagian di Taiwan yang dijangka bakal terjejas teruk.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/asia/2023/09/3000-penduduk-taiwan-dipindahkan-siap-sedia-hadapi-taufan-haikui/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/asia/2023/09/3000-penduduk-taiwan-dipindahkan-siap-sedia-hadapi-taufan-haikui/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/17/wanita-texas-jadi-dj-paling-lama-di-dunia/", "headline": "Wanita Texas jadi DJ paling lama di dunia", "content": ["HOUSTON: Seorang wanita dari Texas di Amerika Syarikat (AS) yang berkecimpung dalam bidang penyampaian radio lebih 71 tahun dianugerahkan Rekod Dunia Guinness bagi tempoh perkhidmatannya di industri penyiaran.    ", "Menurut Utusan Malaysia, portal UPI melaporkan, Rekod Dunia Guinness menobatkan Mary McCoy sebagai penyampai radio atau DJ paling lama berkhidmat di dunia.", "McCoy menerima pengiktirafan itu apabila tempoh perkhidmatannya dalam industri penyiaran disahkan selama 71 tahun dan 357 hari pada 15 Februari lalu.", "Menurut McCoy, dia memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio lima hari seminggu sejak berusia 12 tahun lagi.", "“Sejak kecil lagi, impian saya adalah untuk menceburi industri hiburan.", "“Malah, kerjaya saya bermula ketika menyanyi di satu pertunjukan bakat, dari situ saya diminta melakukan uji bakat untuk sebuah rancangan radio.", "“Mereka menyukai uji bakat itu dan saya ditawarkan bekerja di Radio KMCO pada 20 April 1951 dengan melakukan program nyanyian selama 15 minit,” katanya. ", "McCoy yang kini berusia 85 tahun masih menjadi penyampai radio bagi rancangan Country Classics yang bersiaran dua jam selama enam hari seminggu di KVST K-Star Country di Huntsville.", "Selain menjadi penyampai radio, McCoy juga mempunyai kerjaya lain iaitu sebagai pemuzik.", "Dilaporkan, McCoy pernah berkongsi pentas dengan mendiang legenda rock n roll Elvis Presley dengan menyanyikan beberapa lagu pada tahun 1955.      ", "Sementara itu, Rekod Dunia Guinness memaklumkan McCoy berjaya mengatasi rekod lebih tiga tahun yang dicatatkan sebelum ini.  ", "Wanita Texas jadi DJ paling lama di dunia"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/27/laporan-khas-siri-1-gaya-cleo-2023-jana-pendidik-berinovasi-kompeten/", "headline": "Laporan khas siri 1: Gaya CLEO 2023 jana pendidik berinovasi, kompeten", "content": ["Album kenangan kejayaan Gaya CLEO 2023 di SMK Mandalipau.", "Ke arah melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik, Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Gaya terus mengorak langkah dengan Program Gaya Community Leadership Education Outreach (Gaya CLEO) daripada bakal pendidik kepada masyarakat.", "Gaya Community Leadership Education Outreach ", "Program Gaya CLEO merupakan idea Pengarahnya, Dr Gerturude Jock dan telah diangkat sebagai program tahunan Institut Pendidikan Guru Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 2018.", "Pelaksanaan CLEO Siri 1 dan Siri 2 masing-masing telah dijalankan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Tudan, Tuaran pada tahun 2018 dan Sekolah Kebangsaan Melangkap, Kota Belud pada tahun berikutnya.", "Selepas tiga tahun ditangguhkan akibat pandemik Covid-19, institusi perguruan kedua tertua di Sabah itu meneruskan inisiatif dengan menjadikan Sekolah Kebangsaan Mandalipau, Papar sebagai lokasi Gaya CLEO 2023 dengan moto “By The Students For The Community”.Platform Jalinan Strategik", "“By The Students For The Community”.", "Platform Jalinan Strategik", "Menurut Gerturude, Program Gaya CLEO 2023 akan menjadi platform membentuk jalinan strategik dengan pihak luar bagi membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan melalui pengaplikasian digital sekolah luar bandar khususnya di Sabah.", "Ia adalah  kaedah memperkasa kepakaran kepimpinan pendidik dalam usaha meningkatkan penyampaian dan penerimaan pembelajaran antara IPGK Gaya dengan sekolah dan masyarakat.", "Pengisian program dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar melalui bimbingan para pensyarah dengan memberi penekanan kepada aspek utama iaitu aktiviti kurikulum, kokurikulum, rekreasi, kepimpinan, khidmat komuniti, dan bimbingan kaunseling.", "Selain itu, ujarnya, ceramah keusahawanan juga diadakan menerusi perkongsian dua orang tokoh usahawan tempatan dengan penglibatan ibu bapa dan komuniti setempat.", "SK Mandalipau Jadi Lokasi Pilihan", "SK Mandalipau Jadi Lokasi Pilihan", "Pengerusi CLEO 2023, Yasmine Natasha Jamil, 22, ketika dilantik untuk mengetuai projek tersebut optimis kerjasama serta sokongan padu daripada rakan-rakan siswa guru, beliau mampu melunaskan tanggungjawab tersebut dengan berjaya dan berkesan.", "“Saya dipilih oleh penyelaras program daripada enam calon lain yang disenaraikan. Pemilihan untuk Pengerusi CLEO ini dipilih berdasarkan penglibatan pelajar dalam program dan sumbangan kepada IPG.", "“Selain itu, dari segi kepimpinan dan komunikasi berkesan sesama pelajar, pensyarah dan warga IPGK Gaya juga diambil kira,” jelas Yasmine yang juga pelajar siswa dengan pengkhususan Sejarah Pendidikan Rendah.", "Malah, gadis berasal dari Kota Kinabalu itu sentiasa konsisten dalam mengatur gerak 38 orang Ahli Jawatankuasa dengan 62 peserta pelajar IPG seiring dengan perancangan yang telah ditetapkan.", "Tambah Yasmine, pemilihan SK Mandalipau sebagai lokasi CLEO Siri 3 amat bertepatan dengan objektif CLEO untuk membantu murid-murid di kawasan pedalaman yang tidak mendapat akses jalur lebar khususnya dalam aspek PdP, kokurikulum serta aspek kepimpinan dan keusahawanan dalam kalangan masyarakat di Kg Mandalipau.", "Kecil Tapak Tangan Nyiru Ditadahkan", "Kecil Tapak Tangan Nyiru Ditadahkan", "Program Gaya CLEO 2023 berlangsung selama lima hari bermula 22 Mei lalu melibatkan 100 orang termasuk para murid, guru-guru SK Mandalipau serta masyarakat setempat dan warga IPGK Gaya.", "Menyambut baik program terbabit ibarat “Kecil Tapak Tangan Nyiru Kami Tadahkan,” Guru Besar SK Mandalipau, Asmah Salleh dan warga sekolah amat berbesar hati kerana dipilih sebagai lokasi.", "Sepanjang berlangsungnya program, semua peserta komited berkampung di SK Mandalipau bagi menjayakan aktiviti yang dirancang meliputi kurikulum, kokurikulum, kepimpinan, khidmat komuniti dan sesi perkongsian “Keselamatan Dunia Siber” bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).", "Permasalahan dan perkembangan pendidikan tidak dapat dielakkan sepenuhnya terutama di sekolah kawasan pedalaman, kesukaran untuk mengingat, mengenal dan menulis huruf adalah permasalahan yang sentiasa dihadapi murid tahap satu.", "Oleh itu, Jabatan Pengajian Melayu telah menginovasikan penyampaian pembelajaran melalui aktiviti Kenali Huruf dan Menulis (KeRuLis) yang berjaya membantu mengatasi masalah kekeliruan huruf dalam kalangan murid.", "Dalam masa sama, pelajar Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Jabatan Bahasa turut membawa inovasi Interactive English Learning Site (i-FIFYS) iaitu medium bersumberkan formula pembelajaran digitalisasi yang telah diinovasikan untuk membantu penyampaian, memudahkan pemahaman murid bagi meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan murid.", "Interactive English Learning Site", "Selain itu, aktiviti inovasi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Jasmani pula memperkenalkan permainan tradisional dalam bentuk digital iaitu “Ayuh! Kenali Konda Kondi”.", "Aplikasi digital ini juga boleh disesuaikan dengan persekitaran sekolah yang mengalami kekangan talian internet. Inovasi ini telah menerima pingat Emas dalam Persidangan Minda: Inovasi Dinamik Institut Pendidikan Guru 2022.  ", "Program Gaya CLEO 2023 juga menerapkan budaya reka bentuk dan teknologi dalam kalangan murid dengan menggunakan aplikasi scratch sebagai media pembelajaran melalui “Eksplorasi Mesin Gedegang Scratch” dengan mengoptimumkan pengintegrasian elemen teknologi maklumat.", "Inovasi KeRuLis", "Inovasi KeRuLis", "Inovasi Kenali Huruf dan Menulis atau singkatannya KeRuLis merupakan inovasi pendidikan berbentuk multimedia digital yang merangkumi kemahiran membaca dan menulis.", "Dirintis oleh pelajar opsyen Bahasa Melayu, Md Zahidi Zein Lazim, 22, idea dan reka bentuk KeRuLis disesuaikan kepada murid tahap 1 dalam kemahiran membaca dan menulis.", "Anak jati Membakut yang mesra dengan panggilan Zein memberitahu, dia dibantu oleh 10 pelajar serta pensyarah pembimbing, Dr. Rozita Buyoh serta beberapa lagi pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPGK Gaya untuk merealisasikan bentuk akhir KeRuLis Siri 1.", "“Inovasi KeRuLis dicipta dengan aplikasi PowerPoint dan menggunakan butang aktif apabila ditekan oleh murid, akan mengeluarkan bunyi suku kata terbuka seperti dalam video permainan.", "“Inovasi ini merupakan inovasi bersiri yang dicipta untuk murid tahap 1. Bagaimanapun pada waktu ini, hanya inovasi siri pertama sahaja yang baru dicipta untuk program CLEO 2023 di SK Mandalipau, Papar,” katanya.", "Tambah Zein, KeRuLis Siri 1 menginginkan murid untuk mengenal suku kata terbuka yang mereka lihat pada skrin komputer berdasarkan bunyi yang dikeluarkan apabila sesuatu suku kata terbuka ditunjukkan dengan kursor tetikus. Kemudian, dengan bunyi tersebut, mereka dapat membina dan menulis perkataan dengan suku kata terbuka yang bermakna.", "“Pada muka depan KeRuLis Siri terpapar butang Play dan murid diminta menekan butang itu untuk meneruskan permainan.", "“Terdapat tiga pilihan aktiviti dalam aplikasi ini. Bagi pilihan aktiviti 1, murid dikehendaki untuk menekan butang Lagu ABC dan bersama-sama menyanyikan lagu ABC versi kartun animasi Upin dan Ipin sebelum belajar suku kata terbuka.", "“Untuk Pilihan aktiviti 2 pula, murid akan meneruskan sesi PdP dengan menekan butang Suku Kata Terbuka dan mempelajari suku kata terbuka bersama-sama dengan bimbingan guru. Kemudian, pilihan huruf dari A hingga Z akan terpapar dan murid bebas menekan huruf yang ingin dipelajari.", "“Setelah menekan huruf yang diinginkan, murid tidak perlu menekan apa-apa butang tetapi hanya perlu menunjukkan kursor pada suku kata terbuka yang dipaparkan dan bunyi suku kata itu akan dimainkan secara automatik.", "“Manakala bagi pilihan aktiviti 3, murid boleh meneruskan sesi PdP dengan menekan butang Kuiz Kata setelah mempelajari suku kata terbuka. Di sini, murid membaca arahan dan menekan butang Play pada skrin komputer, sebelum memilih suku kata terbuka yang betul berdasarkan gambar yang dilihat pada skrin.", "“Sekiranya jawapan murid betul, suku kata terbuka tersebut akan keluar di bawah gambar manakala jika jawapan salah maka bunyi teeet akan keluar menandakan kesalahan,” jelas Zein.", "teeet", "Inovasi i-FIFYs", "Inovasi i-FIFYs", "Seperti KeRuLis, inovasi Interactive English Learning Site (i-FIFYS) juga dicipta oleh anak muda berasal dari Ranau, Gobinath Nair A/L Ravi, 21, yang merupakan pelajar opsyen TESL.", "Beliau yang meraih Anugerah Emas Inovasi Peringkat Kebangsaan 2023 menerusi Inovasi Pendidikan Kebangsaan (InoPeK 2023) menzahirkan rasa syukur kerana semua siri interaktif yang diadakan mendapatkan sambutan yang cemerlang daripada para murid SK Mandalipau.", "Ujar beliau, kumpulan inovasi digital TESL telah berjaya melaksanakan inovasi digital i-FIFY melalui sebuah fitur secara offline. Malah, komen-komen seperti keseronokan belajar Bahasa Inggeris, para fasilitator yang penyayang, ramah dan mesra merupakan tunjang kekuatan pelaksanaan daripada pihaknya.", "“Saya amat terharu dan bangga, kerana para mentee saya berjaya melaksanakan sesi PdPc mereka buat kali pertama sebagai pelajar IPG di Kampus Gaya.", "“Cabaran terbesar yang tidak asing lagi bagi para pelajar TESL juga merangkumi kefasihan murid berbahasa Inggeris. Para fasilitator telah mengutarakan bahawa para murid menghadapi kesukaran untuk bercakap dan memahami bahasa Inggeris.", "“Namun begitu, saya telah memaklumkan kepada para fasilitator supaya menggunakan Bahasa Melayu seiring dengan Bahasa Inggeris bagi meningkatkan kefahaman berbahasa mereka,” jelasnya.", "Dedah Gobinath, penggunaan inovasi i-FIFYs dengan lenggok bahasa yang ringkas dan mudah amat sesuai digunakan untuk pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Inggeris.", "“Secara keseluruhannya, pelaksanaan i-FIFYs di SK Mandalipau amat menggalakkan pembelajaran berasaskan murid dalam bilik darjah dengan kuiz-kuiz interaktif dan bahan multimedia yang bersesuaian dengan DSKP Bahasa Inggeris dari Tahun 1-6.", "“Buku CHIGONOPHONICS yang telah ditulis juga membantu dalam meningkatkan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid-murid prasekolah SK Mandalipau,” dedah Gobinath.", "KoKurikulum, Kepimpinan dan Khidmat Komuniti", "KoKurikulum, Kepimpinan dan Khidmat Komuniti", "Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dan rekreasi dibuat berdasarkan peringkat umur untuk membantu meningkatkan basic motor ability, selain menimbulkan minat dan keseronokan dalam sukan olahraga serta permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan permainan Konda Kondi.", "Ia bertujuan menyuburkan kembali permainan tradisional, di samping menyemai nilai-nilai murni seperti kesabaran dan kejujuran dalam kalangan murid.", "Salah satu pengisian slot kepimpinan adalah aktiviti bersama dengan pensyarah dari Unit Bimbingan dan Kaunseling IPGK Gaya. Pengisiannya meliputi sesi suai kenal yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Induk CLEO bersama peserta CLEO 2023, ceramah motivasi kepada ibu bapa dan murid, aktiviti Ice Breaking dan latihan dalam kumpulan.", "Manakala, khidmat komuniti merangkumi seni jalanan gabungan mural dan grafiti yang menggambarkan kombinasi idea digital dan dunia pengajaran dan pembelajaran (PdP) sekolah rendah.", "Aktiviti berkenaan dilaksanakan bersama pelajar opsyen Pendidikan Seni Visual sebagai salah satu usaha menerapkan ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di kawasan sekolah dengan mesej melalui lukisan mural dan grafiti.", "Selain itu, aktiviti Jelajah Kampung dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Mandalipau untuk memperkenalkan warga kampung kepada para peserta Gaya CLEO 2023.", "Ketengah PdP Berasaskan Teknologi Digital", "Ketengah PdP Berasaskan Teknologi Digital", "Kesimpulannya, Program Gaya CLEO 2023 dilihat sebagai komprehensif  yang diformula khas untuk menjana warga pendidik berinovasi, kompeten dan berhemah dalam menyantuni masyarakat Madani dalam era teknologi digital.", "Ia selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan masyarakat Madani yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.", "Paling signifikan, pada kali ini program yang didatangkan khas oleh IPGK Gaya berjaya mengenengahkan PdP berasaskan teknologi digital, inovasi KeRuLis dan i-FIFYS yang terbukti mampu menarik minat murid-murid untuk belajar dengan suasana berbeza dari yang biasa. ", "Bukankah inovasi seperti ini yang perlu diketengahkan untuk membantu warga pendidik mengatasi isu hampir 12,000 murid yang gagal menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) di Sabah yang timbul dua tahun lalu? Apakah impak daripada inovasi ini kepada murid di SMK Mandalipau? Apa, siapa dan bagaimana semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing? Ikuti laporan khas ini dalam siri-siri seterusnya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/19/argentina-mahu-messi-di-maria-dalam-skuad-olimpik-paris-2024/", "headline": "Argentina mahu Messi, Di Maria dalam skuad Olimpik Paris 2024", "content": ["Lionel Messi", "BUENOS AIRES: Pemilik tujuh anugerah Ballon d’Or, Lionel Messi mungkin beraksi dalam Sukan Olimpik Paris 2024 setelah mendapat jemputan daripada pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun Argentina, Javier Mascherano.", "Menurut Utusan Malaysia, Mascherano yang beraksi bersama Messi ketika mewakili Barcelona membuat tawaran berkenaan setelah setiap pasukan berhak untuk menyenaraikan tiga orang pemain senior untuk beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu.", "Selain Messi, Mascherano juga turut berminat untuk mendapatkan khidmat Angel Di Maria.", "Begitupun dia menyerahkan keputusan tersebut kepada dua pemain berkenaan sama ada untuk mewakili Albiceleste di Sukan Olimpik Paris tahun hadapan atau sebaliknya.", "“Memang jelas ia akan menjadi satu penghormatan untuk kami jiak berjaya mendapatkan dua juara dunia itu bersama pasukan. Ada sesetengah pemain berhak untuk membuat keputusan tertentu dan tidak dinafikan Messi dan Di Maria adalah tergolong dalam kalangan pemain itu,” jelas Mascherano.", "Dalam masa yang sama, Mascherano turut menjemput pengendali skuad senior, Lionel Scalono untuk mengendalikan pasukannya sekiranya mereka berjaya layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.", "“Jika kami layak ke Sukan Olimpik, dia (Scaloni) berhak untuk menjadi jurulatih,” tambahnya.", "Messi dan Di Maria pernah menjadi sebahagian daripada skuad kendalia Sergio Batista yang membantu Argentina memenangi pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008.", "Bagaimanapun ketika ini Messi dilihat sukar untuk memenuhi jemputan Mascherano memandangkan khidmatnya juga turut ditagih skuad senior untuk kempen Kejohanan Copa America yang akan berlangsung di Amerika Syarikat pada Jun.", "Selain itu, Kylian Mbappe juga turut mungkin akan bersama Perancis untuk Sukan Olimpik kali ini memandangkan penyerang itu pernah menyuarakan hasrat untuk mewakili negaranya dalam temasya yang akan diadakan di laman sendiri.", "Argentina mahu Messi, Di Maria dalam skuad Olimpik Paris 2024"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/24/%e9%87%91%e5%be%b7%e6%98%8c%e5%8f%97%e5%a7%94%e6%98%8e%e8%a8%8ahotlink%e6%b2%99%e9%96%a9%e7%b6%93%e9%8a%b7%e5%95%86/", "headline": "金德昌受委明訊Hotlink沙閩經銷商", "content": ["(亞庇廿四日訊)金德昌控股集團受委明訊Hotlink在沙閩的經銷商。", "副首長拿督斯里佐津今日在金德昌辦事處主持了推介儀式。", "佐津表示,金德昌與明訊的合作,相信這將使Hotlink產品更容易提供給客戶,特別是沙閩的民眾。", "他表示,政府歡迎並希望透過這項合作讓更多人建立聯繫。", "「據我所知,金德昌的受委符合明訊在大眾市場通路探索新機會領域並拓展該地區新通路的計畫。根據金德昌分銷協議,該公司的任務是確保Hotlink SIM包和產品的可用性。」", "「我們都知道,金德昌是一家上市公司,在財務業績和業務表現方面都擁有良好的記錄,並且透過企業社會責任計畫成為沙巴最重要的貢獻者之一。金德昌是沙巴各種領先的馬來西亞和國際品牌的快速消費品(FMCG)的老牌經銷商。」", "作為明訊在沙閩的新Hotlink經銷商,金德昌擴大了明訊在沙巴和納閩的業務,為新客戶提供更廣泛的服務和覆蓋範圍。", "明訊還推出了沙巴獨家預付費Hotlink,這是一項限時優惠,以全州最低價格提供無限量4G/5G互聯網,每月僅需RM18。它還提供無限的網路速度以及無限的熱點和通話,為用戶提供無憂的行動體驗。", "同時,金德昌控股集團執行董事拿督劉威澤表示,金德昌很高興能與Hotlink合作,Hotlink 是一個以致力於卓越行動服務而聞名的品牌。", "「透過這次合作,我們的目標是讓Hotlink產品更易於使用並為他們提供卓越的行動體驗,從而改善沙巴人的生活。」", "這次的合作,將透過增加Hotlink產品的可用性,為明訊提供在沙巴和納閩的訪問和更廣泛的覆蓋範圍,為客戶帶來便利。", "「我們也很高興為沙巴推出首個獨家預付費Hotlink,同時也是慶祝金德昌被任命為Hotlink經銷商的有意義的一步,同時也為用戶提供了以最實惠的價格,提供最好的預付費計劃以及無限的互聯網和速度。」", "作為明訊致力於為沙巴客戶提供卓越用戶體驗的承諾的一部分,明訊今年早些時候在亞庇的技術運營中心建立了區域互聯網中心。", "明訊是第一家在東馬建立區域網路中心的電信公司,可直接連接國際內容。該中心是一項重要的網路投資,旨在改善客戶的網路體驗並滿足高數據使用量的成長。", "要瞭解有關Hotlink計劃和獨家獎勵的更多信息,請訪問:https://www.hotlink.com.my。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/07/penurunan-defisit-tidak-harus-terlalu-mendadak-anwar/", "headline": "Penurunan defisit tidak harus terlalu mendadak – Anwar", "content": ["KUALA LUMPUR: Penurunan defisit tidak harus terlalu mendadak dan mesti diturunkan ke paras yang boleh diterima.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penurunan kadar defisit fiskal yang terlalu mendadak akan menjejaskan ekonomi terutamanya projek-projek pembangunan negara khususnya pendidikan, kesihatan dan prasarana desa. ", "“Kebijakan ekonomi dan Bank Negara Malaysia (BNM) juga akan menentukan kekuatan ringgit tetapi kita juga fikir kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang terlalu pantas ada kesan negatif terhadap peniaga-peniaga.", "“Setakat ini, kerajaan dan BNM lebih teliti dan berhemah dalam menaikkan kadar faedah dan perlu ada perimbangan dalam pendekatan yang harus dilakukan,” katanya semasa Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat kelmarin.", "Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Dr. Radzi Jidin [PN-Putrajaya] mengenai kesan kemerosotan nilai ringgit kepada proses pemulihan ekonomi negara dan pendekatan yang akan diguna untuk mengukuhkan mata wang negara.", "“Sejak 31 Disember 2022, berbanding dolar AS, ringgit menyusut 3.8 peratus, yen Jepun merosot lebih enam peratus sementara dolar Australia, won Korea dan yuan China menyusut sekitar tiga peratus,” katanya. ", "Selain itu, katanya, kenaikan kadar faedah oleh bank Pusat sejak Januari 2022 ialah 125 mata asas bagi ringgit, 380 mata asas (Singapura), 225 mata asas (Indonesia) dan 500 mata asas (AS).", "“Singapura naikkan tinggi (kadar faedah) jadi kekuatan mata wang negara itu lebih ampuh,” katanya.", "Dalam perkembangan, Anwar berkata, kadar OPR diputuskan sepenuhnya oleh BNM sejak pemerintahan kerajaan sebelum ini kerana ia adalah undang-undang yang dibuat terdahulu.", "Setakat ini, katanya, Kerajaan Perpaduan, baru sekali sahaja menaikkan OPR berbanding tahun lalu.", "“Oleh itu, saya mengesa supaya BNM meneliti bukan sahaja isu monetari tetapi juga dasar fiskal serta keyakinan secara keseluruhannya.", "“Yang berlaku sekarang ialah keyakinan pelabur dari sudut pelaburan suku tahun pertama menunjukkan pertumbuhan ekonomi itu meyakinkan dan kedudukan nilai ringgit masih terikat dengan kekuatan dolar AS,” katanya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/penurunan-defisit-tidak-harus-terlalu-mendadak-anwar-ibrahim/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/penurunan-defisit-tidak-harus-terlalu-mendadak-anwar-ibrahim/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/22/budak-lelaki-7-tahun-belanja-rakan-sekelas-bir-hingga-mabuk/", "headline": "Budak lelaki 7 tahun belanja rakan sekelas bir hingga mabuk", "content": ["BEIJING: Seorang kanak-kanak lelaki di China didakwa menyebabkan sejumlah rakannya mabuk selepas memberi mereka minum bir di sekolah.", "Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Xiamen itu dikatakan membawa dua botol bir tanpa pengetahuan ibu dan bapanya malah turut menyebabkan beberapa rakan sekelasnya ‘mabuk’ ketika kejadian baru-baru ini.", "Insiden itu hanya diketahui umum setelah dikongsi ibu kanak-kanak tersebut.", "Menerusi klip video berkenaan, budak itu dipercayai sedang menjalani ‘hukuman’ memandangkan dia sedang menghadap ke dinding.", "“Saya tidak tahu bila dia ambil dua botol bir tersebut dari peti sejuk,” bebel wanita itu ketika menceritakan kenakalan anaknya.", "Dia turut berkongsi tangkapan skrin perbualan bersama guru yang mengadukan hal tersebut.", "Guru itu juga menyatakan ramai murid di kelas itu mabuk hingga tertidur setelah berkongsi bir berkenaan.", "Akibat perbuatan itu, ibunya terpaksa memohon maaf kepada guru dan ibu bapa murid yang terlibat.", "Insiden itu turut mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial dan ada yang berpendapat ibu bapanya wajar memberi lebih perhatian kepadanya ketika di rumah.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/09/budak-lelaki-7-tahun-belanja-rakan-sekelas-bir-hingga-mabuk/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/09/budak-lelaki-7-tahun-belanja-rakan-sekelas-bir-hingga-mabuk/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/03/psg-gantung-messi-serta-merta/", "headline": "PSG gantung Messi serta merta", "content": ["Lionel Messi", "PARIS: Paris Saint Germain (PSG) dilaporkan telah menggantung Lionel Messi berkuat kuasa serta-merta selepas melakukan perjalanan jauh yang tidak dibenarkan oleh kelab itu ketika mereka dalam pemburuan kejuaraan Ligue 1.", "Menurut Utusan Malaysia, Media Perancis, RMC Sport melaporkan Messi digantung kerja dua minggu kerana melakukan perjalanan ke Arab Saudi tanpa kebenaran daripada kelab dan terlepas sesi latihan.", "RMC Sport", "Kapten Argentina itu akan terlepas perlawanan menentang Troyes hujung minggu ini dan Ajaccio pada 13 Mei ketika PSG menerajui liga dengan kelebihan lima mata.", "Messi yang bakal meninggalkan PSG pada hujung musim ini selepas kontrak dua tahun yang ditandatanganinya pada 2021 berakhir telah dikaitkan dengan perpindahan ke Asia Barat.", "Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu dilihat berada di lapangan terbang Riyadh sebagai sebahagian lawatan berkaitan peranannya sebagai duta pelancongan di negara itu, sehari selepas kekalahan mereka kepada Lorient pada Isnin.", "PSG gantung Messi serta merta"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/10/pbb-tubuh-jawatankuasa-teliti-penambahan-kerusi-parlimen-selaras-ma63/", "headline": "PBB tubuh jawatankuasa teliti penambahan kerusi Parlimen selaras MA63", "content": ["KUCHING: Satu jawatankuasa khas ditubuhkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi meneliti cadangan  penambahan kawasan Parlimen baharu di negeri berkenaan selaras dengan peruntukan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).", "Menurut Utusan Malaysia, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg membangkitkan  cadangan tersebut untuk mewujudkan beberapa kawasan sudah pun diusulkan.", "“Kita memang sedang mengkaji untuk memohon penambahan kawasan Parlimen di Sarawak, bukan sahaja di kawasan Betong tetapi seluruh Sarawak.", "“Justeru akan ada satu jawatankuasa di peringkat Parti PBB untuk permohonan memandangkan keputusan akhirnya dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kita memohon supaya dipertimbangkan penambahan kawasan parlimen baharu selaras MA63,” katanya.", "Abang Johari berkata demikian dalam sidang akhbar selepas hadir merasmikan Konvensyen Khas PBB Zon Betong 2023 di Dewan Sukan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, di Betong, Ahad.", "Selain usul berkenaan, satu lagi yang penting adalah dua pertiga dalam parlimen.", "“Dalam Laporan Antara Kerajaan (IGC) memang tidak disebut dua pertiga, tetapi disebut suara Sarawak dan Sabah mesti diambil kira di dalam parlimen.", "Malah, pengenalan dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, pun ada,” ujarnya.", "Usul penambahan kawasan Parlimen itu dikemukakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk konvensyen khas berkenaan.", "Julaihi dalam usul berkenaan berkata, penambahan kawasan Parlimen di Sarawak itu selaras dengan hasrat membolehkan Sabah dan Sarawak mempunyai satu pertiga daripada keseluruhan jumlah kawasan Parlimen di Malaysia.", "Menurut Julaihi, Sarawak harus dipertimbangkan sekurang-kurangnya 12 kawasan Parlimen baharu dengan bahagian Betong sahaja perlu ada tiga kawasan.", "Sarawak ketika ini mempunyai 31 kerusi Parlimen dan pembentukan kawasan baharu itu perlu dalam memastikan pengagihan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak agar Semenanjung tidak dapat meminda Perlembagaan yang mungkin melenyapkan atau menghilangkan hak dua wilayah berkenaan seperti termaktub dalam MA63.", "PBB tubuh jawatankuasa teliti penambahan kerusi Parlimen selaras MA63"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/28/pertandingan-drama-bahasa-melayu-pupuk-nilai-abc-dalam-kalangan-pelajar/", "headline": "Pertandingan drama Bahasa Melayu pupuk nilai ABC dalam kalangan pelajar", "content": ["SMK Rancha – Rancha bakal membawa cabaran Labuan ke peringkat Kebangsaan pada 19 September 2023.", "LABUAN: Pertandingan Drama Bahasa Melayu anjuran Jabatan Pendidikan Labuan mampu memupuk nilai Anak Baik Lagi Cerdik (ABC) dalam kalangan pelajar sekolah.", "Menurut Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Labuan, Nasrun Ramlee pertandingan itu memberi impak positif terhadap penerapan nilai Baik lagi cerdik dalam kalangan pelajar seiring dengan konsep Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin melahirkan Murid yang baik lagi cerdik atau ringkasnya ABC.", "“Antara tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi dan kemahiran sosial  serta kebolehan berbahasa yang lebih baik selain menyemai semangat kerjasama dan perpaduan dalam menjayakan sesebuah pementasan. ", "“Pertandingan kali ini dibuat secara bersemuka setelah kali terakhir pertandingan diadakan pada tahun 2018, kemudian ditiadakan selama dua tahun akibat pendemik, dan pada tahun lepas pertandingan seumpama ini diadakan melaui rakaman video sahaja,”katanya semasa merasmikan Majlis Penutupan pertandingan itu baru-baru ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancha-Rancha.", "Sementara itu, Pengerusi Tekniknal Drama dan Teater Pertandingan tersebut, Jasmini Daud berkata, penganjuran pertandingan pada tahun ini mewajibkan setiap sekolah membawa drama yang dicipta atau ditulis oleh peserta sendiri. ", "“Ini bermakna setiap drama yang dipertandingkan perlulah asli dan tidak mengambil daripada mana-mana drama yang telah ditulis atau diterbitkan di mana-mana buku, ini merupakan perubahan konsep pertandingan yang baharu di mana setiap pasukan bertanding tidak lagi berasaskan kepada teks ‘Komponen Sastera’ (KOMSAS) seperti pertandingan sebelum ini,”jelasnya semasa ditemui media.", "Pertandingan yang disertai lapan buah sekolah itu dimenangi SMK Rancha – Rancha yang menampilkan drama berbentuk Sejarah bertajuk “ Jiwa Anak Rimba Antanom Pahlawan Murut” selain membawa pulang tiga anugerah iaitu Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang dilakonkan oleh Muhammad Saad Rosdi,  Anugerah Sinografi Terbaik serta Anugerah Pengarahan Terbaik.", "Tempat kedua dimenangi oleh SMK Pantai yang membawa drama bertajuk “Pantai Kenangan” dengan membawa pulang Anugerah Pelakon Perempuan Terbaik manakala tempat ketiga dimenangi SM ST. Anthony dengan tajuk drama “Salahkan Takdir”, selain mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Perempuan Terbaik dan Skrip Terbaik.", "Tempat ke empat dan ke lima masing-masing dimenangi oleh SMK Labuan dan SM Sains Labuan. SMK Rancha – Rancha akan mewakili Labuan ke Pertandingan Drama Peringkat Kebangsaan yang bertempat di Pahang pada 19 hingga 22 september ini."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/25/usahawan-perlu-tingkat-kemahiran-pengurusan-perniagaan/", "headline": "Usahawan perlu tingkat kemahiran pengurusan perniagaan", "content": ["Redonah bergambar bersama para peserta kursus.", "KOTA MARUDU: Golongan usahawan diminta meningkatkan kemahiran dalam pengurusan perniagaan jika berhasrat untuk kekal berdaya saing serta menjamin masa depan.", "Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda berkata, dunia perniagaan penuh dengan cabaran, khususnya perubahan dunia yang begitu pantas berkembang.", "Katanya, usahawan bukan sahaja perlu berdaya tahan dan berani bersaing, malah bersedia menghadapi pelbagai masalah dan persekitaran ekonomi yang lembab dan tidak stabil.", "“Golongan usahawan perlu mempersiapkan jati diri untuk kekal bertahan dalam dunia perniagaan. Mereka perlu meningkatkan kemahiran dalam pengurusan perniagaan.", "“Ia berkait dengan ilmu pengetahuan dalam perniagaan seperti perhubungan kerjasama, pemasaran, promosi, isu semasa ekonomi dan input tambahan berkaitan produk atau perkhidmatan yang kita usahakan dalam perniagaan kita,” katanya ketika berucap merasmikan penutup Program Keusahawanan Wanita dan Belia di Dewan Komuniti Kota Marudu di sini.", "Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Perbadanan Pinjaman Sabah, Datuk Surinam Haji Sadikun dan 200 peserta program.", "Program anjuran Pertubuhan Ibu Tunggal Kota Marudu dengan kerjasama Perbadanan Pinjaman Sabah itu dihadiri oleh 200 peserta.", "Redonah berkata, para usahawan perlu sentiasa mempertingkat dan menambah baik segala kemahiran yang ada supaya sentiasa dapat mengikut arus perkembangan semasa.", "“Kita perlu sentiasa dalam ‘versi’ terkini dan tidak ketinggalan daripada orang lain. Untuk tujuan ini, kita perlu menimba ilmu, belajar, berkawan, tambah pengetahuan dengan membaca, membuat kajian dan penelitian berkaitan perniagaan yang kita usahakan.", "“Sebagai usahawan, semua antara kita  mesti bijak dalam memanfaatkan teknologi terkini. Melalui teknologi, kita meluaskan rangkaian perniagaan, kita tambah kekuatan dan rangkaian ekonomi kewangan kita, dan kita perkukuh nilai serta asas keusahawanan, kerana kita perlu ada target masing-masing, yang kita perlu capai,” ujar beliau.", "Kata Redonah, Kerajaan melalui Perbadanan Pinjaman Sabah telah banyak mewujudkan dan melaksanakan program, aktiviti-aktiviti yang bertujuan membantu usahawan untuk lebih berjaya dan berdaya saing.", "Walaupun begitu, katanya, Kerajaan percaya bahawa masih terdapat ruang, dan kelemahan yang perlu diperbaiki dalam meningkatkan pencapaian usahawan.", "“Inisiatif mengadakan kursus keusahawan adalah satu sumbangan yang sangat relevan kepada para usahawan tempatan, dalam mendapatkan pendedahan mengenai bidang keusahawanan dan berkongsi pengetahuan.", "“Pembangunan usahawan merupakan satu agenda nasional yang perlu dihayati, dan dijayakan oleh rakyat terutamanya di kalangan usahawan itu sendiri. Semuanya bergantung kepada usahawan untuk berubah dan memantapkan ilmu dan kemahiran berniaga,” katanya.", "Beliau berkata, Kerajaan tidak sekadar menumpukan kepada inisiatif melahirkan usahawan semata-mata, tetapi juga perlu memberikan perhatian kepada usaha membentuk usahawan-usahawan yang memiliki daya tahan dan daya saing yang tinggi."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/29/jepun-tumpaskan-samoa-england-ke-suku-akhir/", "headline": "Jepun tumpaskan Samoa, England ke suku akhir", "content": ["Pemain Jepun memberi penghormatan kepada penonton selepas mengalahkan Samoa di Toulouse.", "TOULOUSE, Perancis: Jepun terselamat daripada kebangkitan yang cuba dilakukan Samoa untuk menang 28-22 awal pagi tadi, sekali gus membantu England mara ke suku akhir.", "Kemenangan skuad Brave Blossoms itu menghidupkan peluang mereka sendiri untuk mengiringi England ke peringkat lapan terbaik.", "Brave Blossoms", "Menurut Utusan Malaysia, Jepun yang melayakkan diri ke suku akhir buat kali pertama ketika menjadi tuan rumah, empat tahun lalu akan berdepan Argentina dalam aksi terakhir Kumpulan D pada 8 Oktober ini.", "Hanya salah satu daripada mereka akan mengiringi England, yang sudah pun mengesahkan kedudukan selaku juara kumpulan.", "Jepun menumpaskan Samoa menerusi trydaripada Pieter Labuschagne, Michael Leitch dan Kazuki Himeno, selain sepakan mantap Rikiya Matsuda.", "Samoa yang gagal bangkit di saat akhir perlu mengalahkan England dalam aksi terakhir pada 7 Oktober, namun kekalahan mereka kepada Jepun bermakna kedudukan England di tangga teratas Kumpulan D tidak boleh digugat.", "“Ia ibarat peringkat kalah mati buat Jepun, dan kami perlu cuba menewaskan pasukan Argentina yang hebat minggu depan,” kata pertahanan Jepun, Lomano Lemeki.", "Jepun tumpaskan Samoa, England ke suku akhir"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/15/lelaki-maut-ditembak-3-lelaki-di-kedai-aksesori-telekomunikasi/", "headline": "Lelaki maut ditembak 3 lelaki di kedai aksesori telekomunikasi", "content": ["SUBANG JAYA: Seorang lelaki maut ditembak tiga lelaki tidak dikenali di sebuah kedai aksesori telekomunikasi di Jalan PJS 11/28, Bandar Sunway, di sini kelmarin.", "Dalam kejadian kira-kira pukul 1.35 petang itu, mangsa berusia 32 tahun dan mempunyai rekod jenayah samun serta curi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Serdang.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa didatangi tiga lelaki yang memasuki ke dalam premis berkenaan.", "Kata beliau, dua daripada tiga suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa.", "“Tembakan itu mengakibatkan mangsa terlantar dalam keadaan berdarah,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.", "Wan Azlan berkata, pasukan forensik hadir ke tempat kejadian dan menemukan dua kelongsong peluru, (serpihan peluru dan anak peluru, masing-masing satu).", "“Selain itu, dua swab darah dan sepasang selipar ditemukan di tempat kejadian.", "“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh,” jelasnya.", "Lelaki maut ditembak 3 lelaki di kedai aksesori telekomunikasi"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/27/peranan-japen-relevan-signifikan-hadzlan/", "headline": "Peranan JaPen relevan, signifikan – Hadzlan", "content": ["Jainisah (tiga dari kiri, depan) merakamkan gambar kenangan bersama Hadzlan (tiga dari kanan), Rosli (dua dari kiri, depan) dan Najib (kiri, depan) serta warga JaPen Sabah.", "PAPAR: Meskipun teknologi komunikasi semakin pesat, namun peranan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) masih relevan dan signifikan.", "Pegawai Daerah, Hadzlan Jablee berkata JaPen menerusi Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Papar memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat kerajaan kepada masyarakat di daerah ini.", "“Walaupun hari ini kita mempunyai banyak teknologi komunikasi, namun dalam konteks Negeri Sabah yang belum diliputi jaringan jalur lebar sepenuhnya pada saya, peranan JaPen sangat signifikan.", "“Peranan ini dapat dilihat terutama sekali semasa Daerah Papar dilanda penularan Covid-19 yang mana ketika itu negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal jangkitan.", "“Pada waktu itulah kita melihat kelibat Unit Bergerak JaPen yang keluar masuk kampung menyampaikan maklumat terkini daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Covid-19 termasuk menghebahkan SOP secara terus kepada penduduk di kawasan-kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” jelasnya di sini, pada Rabu.", "Hadzlan yang ditemui media pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, turut merakamkan penghargaan dan terima kasih serta berharap kerjasama padu itu dapat diteruskan. ", "“Sepanjang saya bertugas di Daerah Papar, saya amat berterima kasih kepada Jabatan Penerangan Papar kerana sentiasa membantu Kerajaan Negeri dalam operasi atau kerja-kerja luar pejabat terutama penganjuran majlis-majlis kerajaan yang diadakan di daerah ini.", "“Saya juga berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” ujar beliau.", "Turut hadir, Setiausaha Sulit Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Rosli Ibrahim.", "Terdahulu, Jainisah mengadakan lawatan kerja ke PPD Papar diikuti PPD Penampang bagi meninjau secara dekat permasalahan yang dihadapi anggota di kedua-dua daerah tersebut.", "Mengiringi beliau dalam lawatan berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah (KPP) Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Azman Sipan, KPP Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Nur Diyana Ujit, Pegawai Penerangan Daerah Papar, Mohd Najib Juanis, Pegawai Penerangan Daerah Putatan, Nordin Seman serta para pegawai kanan."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/26/tiada-lambang-parti-pada-bantuan-kerajaan-teguran-perdana-menteri-tepat/", "headline": "Tiada lambang parti pada bantuan kerajaan, teguran Perdana Menteri tepat", "content": ["Anthony Loke Siew Fook menyerahkan cek peruntukan kepada Ramadhawati (dua dari kanan) dan Razal (tiga dari kiri) pada majlis ringkas di SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Seremban hari ini.", "SEREMBAN: Teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya penyaluran bantuan kerajaan kepada rakyat tidak boleh disalurkan atas nama dan lambang parti politik adalah tepat perlu diterima semua pihak.", "Menurut Utusan Malaysia, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, teguran Perdana Menteri itu kepada semua pihak termasuk ahli Parlimen dan semua menteri tidak kira apa juga parti yang diwakili.", "“Teguran Perdana Menteri semalam memang tepat sekali, semua pihak harus patuhi, semua pihak, sesiapa pun apabila Perdana Menteri tegur, teguran itu kepada semua parti, ahli Parlimen dan semua menteri tidak kira parti,” katanya.", "Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan cek peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) kepada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sheikh Ahmad di sini hari ini.", "Yang hadir sama, Pengetua SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Datin Ramadhawati Wahab dan Yang Dipertua PIBG sekolah tersebut, Razal Mansor.", "Perdana Menteri ketika di Johor Bahru semalam menegaskan, penyaluran bantuan kerajaan kepada rakyat tidak boleh disalurkan atas nama dan lambang parti politik sebaliknya perlu disalurkan atas nama kerajaan.", "Dalam pada itu, Anthony Loke berkata, beliau sememangnya sebelum ini telah mengamalkan supaya setiap penyaluran peruntukan kerajaan yang diserahkan hanyalah menggunakan jata negara pada setiap replika cek.", "“Sejak dulu pun apabila saya datang, replika cek (diserahkan) memang hanya fokus jata negara sebab ini peruntukan kerajaan, memang teguran Perdana Menteri itu tepat, ini merupakan peruntukan kerajaan, bukannya wang daripada individu atau parti, peruntukan kerajaan kita mesti salurkan mengikut peruntukan kerajaan, hanya ada satu lambang jata negara,” tambahnya.", "Sementara itu, menurut beliau, penyerahan peruntukan PMR berjumlah RM 324,668 kepada SMK Dato’ Sheikh Ahmad itu adalah bagi menampung dana pembinaan sebuah dewan terbuka berbumbung untuk kegunaan warga sekolah tersebut.", "“Saya sebelum ini telah mengumumkan untuk meluluskan permohonan pihak sekolah dengan menggunakan dana daripada PMR di bawah Parlimen Seremban di mana setiap kawasan Parlimen, Ahli Parlimen kerajaan, kami ada dana peruntukan PMR yang boleh disalurkan untuk kegunaan dalam kawasan terutamanya sekolah dan sebagainya.", "“Ini merupakan peruntukan pusat khidmat jadi pusat khidmat ini bukan atas nama saya ia Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seremban, ia satu institusi, bukan selama-lamanya saya duduk di kerusi Ahli Parlimen Seremban, pada  masa depan mungkin orang lain, (peruntukan) ini atas kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Seremban, peruntukan kerajaan jadi kita pakai jata negara,” katanya.", "Tiada lambang parti pada bantuan kerajaan, teguran Perdana Menteri tepat"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/08/terdapat-peningkatan-kestabilan-tekanan-air-di-kawasan-kawasan-kk-shahelmey/", "headline": "Terdapat peningkatan kestabilan tekanan air di kawasan-kawasan KK – Shahelmey", "content": ["Shahelmey (kanan) berbincang dengan Yong pada sidang DUN Sabah di sini hari ini.", "KOTA KINABALU: Terdapat peningkatan terhadap kestabilan tekanan air di kawasan- kawasan Kota Kinabalu dan ia telah menjadikan agihan bekalan air agak terkawal berbanding bulan-bulan sebelumnya, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya.", "Beliau berkata, walaupun peruntukan menjadi isu buat seketika, tetapi sebenarnya Jabatan Air Negeri Sabah telah memulakan ataupun membentuk satu jawatankuasa khas untuk program pemulihan dan penstabilan tekanan air khusunya di kawasan Kota Kinabalu meliputi Tuaran, KK dan juga Putatan. ", "“Daripada kerja-kerja yang telah dilakukan (pemulihan) pada bulan Jun 2023 sehingga kini, kita dapat melihat adanya peningkatan terhadap kestabilan tekanan air di kawasan- kawasan Kota Kinabalu dan ia telah menjadikan agihan bekalan air agak terkawal berbanding bulan-bulan sebelumnya.", "“Dengan ada kelulusan daripada Kabinet Negeri Sabah, kita akan memulakan kerja-kerja panggilan tender dan sebagainya untuk lapan aktiviti yang telah dikenal pasti itu. ", "“Kita berharap hasilnya nanti agihan bekalan air di kawasan Kota Kinabalu dan beberapa tempat yang lain akan menjadi stabil,” katanya ketika menjawab pertanyaan tambahan daripada ADUN Dilantik, Datuk Seri Yong Teck Lee pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.", "Yong bertanya apakah perkembangan peruntukan pembangunan khas bagi isu bekalan air di Sabah yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dan adakah sudah diterima serta sejauh manakah pelaksanaannya.", "Selain itu, beliau juga bertanya bolehkah Menteri mengesyorkan pelaksanaannya dipercepatkan dan bilakah pelaksanaannya?", "Shahelmey berkata, penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan belum lagi dibuat. ", "“Namun demikian Kerajaan Negeri Sabah telah bersetuju untuk memastikan Jabatan Air dapat memulakan program-program yang telah dirancang. Ini bukan isu teknikal, hanya isu pemerolehan kewangan. Selepas mendapat keputusan daripada Kabinet Negeri Sabah, Jabatan Air bersedia untuk melaksanakan lapan inisiatif yang telah dipersetujui dengan jawatankuasa teknikal di peringkat Persekutuan,” jelasnya.", "Terdahulu, Shahelmey berkata, Kerajaan Negeri telah membentangkan Taklimat Isu dan Cabaran Pengurusan Bekalan Air Terawat Negeri Sabah kepada YAB Perdana Menteri Malaysia pada 1 Jun 2023 di Putrajaya. ", "Menurutnya, Kerajaan Negeri Sabah telah membentangkan 20 projek cadangan penyelesaian jangka pendek terpilih dengan anggaran jumlah keseluruhan kos RM300.25 juta.", "“Susulan daripada itu, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pasukan Petugas Khas Isu Bekalan Air Sabah Bil 1/2023 telah diadakan pada 13 Jun 2023 telah memperakukan lapan projek dengan jumlah kos RM185 juta daripada 20 projek yang telah dipohon. ", "“Baki 12 projek tidak diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal kerana ianya melibatkan operasi dan penyenggaraan berdasarkan kriteria yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025.", "“Namun begitu, Jawatankuasa Teknikal mengambil maklum hasrat Kerajaan Negeri Sabah untuk memohon pertimbangan Pasukan Petugas Khas untuk meluluskan kesemua 20 projek jangka pendek, kerana kesemua projek tersebut adalah saling berkait dan akan menyelesaikan isu air dalam jangka masa pendek Sabah secara menyeluruh,” jelasnya.", "Seterusnya, pada 21 Jun 2023 satu Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Isu Bekalan Air Kelantan dan Sabah Bil.1/2023 telah diadakan di Kementerian Ekonomi Persekutuan bagi membincangkan hala tuju dan kaedah pembiayaan dan pelaksanaan projek-projek yang telah disyorkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.", "“Perkembangan pada masa ini, peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan belum disalurkan. ", "“Oleh itu, Mesyuarat Jemaah Menteri Negeri pada 26 Julai 2023 telah bersetuju supaya peruntukan kewangan dari Kerajaan Negeri digunakan terlebih dahulu bagi pelaksanaan keutamaan pembangunan khas ini. ", "“Di samping itu juga, pihak Jabatan Air Negeri Sabah telah memulakan kertas kerja penyediaan pra-pelaksanaan projek sebagai persediaan untuk pelaksanaan projek sejurus kelulusan peruntukan disalurkan,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/15/anwar-elon-musk-bincang-pelaburan-perkhidmatan-satelit/", "headline": "Anwar – Elon Musk bincang pelaburan perkhidmatan satelit", "content": ["Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan melalui persidangan video bersama Elon Musk di Putrajaya. – Gambar Ihsan Pejabat Perdana Menteri", "PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan melalui persidangan video bersama dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat di Malaysia dan juga kesediaan Elon Musk yang juga CEO Tesla Inc. untuk datang ke negara ini.", "Pada sesi itu, beliau mengucap tahniah dan dokongan kerajaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Elon di Selangor pada tahun ini.", "“Malaysia akan terus memperkasakan komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ seawal-awalnya pada tahun 2050.", "“Malaysia mempunyai pelan dan ekosistem komprehensif, serta sumber yang berdaya saing dalam menyokong industri tenaga bersih termasuk mobiliti elektrik,” katanya dalam kenyataan kelmarin", "Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut menyertai persidangan video itu selama kira-kira 25 minit yang berlangsung pada pukul 9.30 pagi tadi di Pejabat Perdana Menteri, di sini.", "Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau turut berbincang berkenaan penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas.", "Ini terutamanya di kawasan pedalaman, yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima bagi meningkatkan rangkaian internet global.", "Beliau menjelaskan, inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan. ", "Anwar – Elon Musk bincang pelaburan perkhidmatan satelit"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/28/mak-nyah-tembak-tiga-pelajar-tiga-kakitangan-sekolah-swasta-di-nashville/", "headline": "Mak nyah tembak tiga pelajar, tiga kakitangan sekolah swasta di Nashville", "content": ["Para pelajar dibawa keluar dari kawasan sekolah selepas berlaku tembakan terancang di The Covenant School, Nashville", "NASHVILLE: Seorang bekas pelajar yang bersenjata lengkap menembak tiga kanak-kanak dan tiga kakitangan sekolah dalam serangan yang dirancang dengan teliti di sebuah sekolah rendah swasta di Nashville hari ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, John Drake menamakan suspek sebagai Audrey Hale, 28, yang kemudiannya disifatkan oleh pegawai itu sebagai seorang transgender.", "Menurut Drake, Hale dikatakan mempunyai manifesto perancangan, peta sekolah yang memperincikan pengawasan dan pintu keluar masuk serta bersedia untuk konfrontasi dengan penguatkuasaan undang-undang.", "Dalam temu bual dengan NBC News, beliau berkata, suspek berkemungkinan merancang serangan yang lebih luas kerana manifesto menunjukkan bahawa akan berlaku tembakan di beberapa lokasi dan sekolah itu adalah salah satu daripadanya.", "Katanya, berbekalkan sekurang-kurangnya dua senapang serbu dan pistol, Hale memasuki The Covenant School, sebuah akademi Kristian dari pintu masuk sebelah dan didakwa menembak melalui pintu iaitu melepaskan beberapa das tembakan.", "Polis mengenal pasti enam mangsa seorang daripada tiga kanak-kanak itu berusia lapan tahun dan dua lagi berumur sembilan manakala orang dewasa yang terbunuh berusia 60 hingga 61 tahun.", "Salah seorang mangsa adalah ketua sekolah berkenaan, Katherine Koonce.", "Terdapat beberapa kekeliruan awal tentang identiti jantina penembak. Walaupun polis merujuk suspek sebagai gadis, profil LinkedIn suspek mencadangkan Hale dikenal pasti sebagai seorang lelaki.", "Polis berkata, pegawai berada di tempat kejadian dalam masa kira-kira 15 minit selepas menerima panggilan kecemasan pertama sekitar 10 pagi (waktu tempatan), berlaku berbalas tembakan sebelum suspek ditembak mati.", "Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menyifatkan kes tembakan terbaharu itu sebagai satu kesakitan dan berkata keganasan senjata api benar-benar merobek jiwa negara ini.", "Beliau turut menggesa Kongres meluluskan larangan ke atas senjata serangan yang sering digunakan dalam tembakan besar-besaran.", "\nhttps://www.utusan.com.my/terkini/2023/03/mak-nyah-tembak-tiga-pelajar-tiga-kakitangan-sekolah-swasta-di-nashville/", "\nhttps://www.utusan.com.my/terkini/2023/03/mak-nyah-tembak-tiga-pelajar-tiga-kakitangan-sekolah-swasta-di-nashville/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/24/%e9%87%91%e5%be%b7%e6%98%8c%e9%9b%86%e5%9c%98%e8%a1%a8%e7%8f%be%e4%ba%ae%e7%9c%bc-%e6%93%a2%e5%8d%87%e8%87%b3%e9%9a%86%e8%82%a1%e7%a5%a8%e4%ba%a4%e6%98%93%e6%89%80%e4%b8%bb%e6%9d%bf/", "headline": "金德昌集團表現亮眼 擢升至隆股票交易所主板", "content": ["吉隆坡24日訊|成功於2015在吉隆坡股票交易所第2板創業板掛牌的沙巴州百年老字號金德昌集團,憑著耀眼的業績表現,獲得吉隆坡股票交易所的批准,魚躍龍門,擢升至吉隆坡股票交易所的主板。", "金德昌集團於2015年成功掛牌時,其截至2016年6月30日的年度財政報告中,業績及淨盈利分別為3億4120萬令吉及200萬令吉;在短短的6年裡,該集團截至2022年的年度財政報告中,業績及淨盈利分別暴升至7億580萬令吉及2210萬令吉,分別躍升了207%及1105%,取得令人驚喜的成長。", "與2016財政年度報告對比,金德昌在2022年度財政中實現了123%的流動比率和48%的資產負債率改善。有了這些,KTC通過呈現68%的淨運營現金流和178%的淨資產,成功改善了現金流", "金德昌更實現了將其貿易應收賬款和存貨周轉天數分別提高266%和173%。", "金德昌集團執行董事拿督劉威澤表示對該集團獲得吉隆坡股票交易所的批准,握升至主板而感到無比的欣慰,並表示感謝當局的批准,讓金德昌集團躍升至主板。", "他說,隨著環球經濟隨著新冠肺炎疫情的消退而邁進,相信金德昌集團獲握升至主板是符合了大趨勢的發展,並將會在主板展開更光明的旅途。", "「金德昌集團獲擢升至主板,勢必將提升金德昌集團的聲望與企業實力,贏得投資家更高度的信賴。」", "金德昌集團乃是由已故拿督劉養正所創辦,從1967年起在沙巴以一家獨資的雜貨店經營起家,其兒子拿督劉國城較後亦加入金德昌,輔佐父親經營金德昌的業務,並於1973年正式接手出任董事經理之職,為該集團廣泛的擴展了業務。", "而拿督劉國城今天更獲得其長公子拿督劉威澤的輔助,父子同心掌航金德昌集團,更成功於2016年帶領金德昌集團在吉隆坡股票交易所掛牌上市;憑著該集團標青的業績表現,金德昌集團今獲吉隆坡股票交易所的批准,擢升至主板,使到該集團倍受注目。", "該集團的業務廣泛多元化,包括了消費品分銷業務,涉及第三方品牌產品及其自有品牌產品的分銷。在其第三方品牌組合中,集團涵蓋食品和飲料、個人護理、家居、嬰兒護理、非處方藥和保健品等。", "就自有品牌產品而言,該集團涵蓋包括冷凍食品在內的餐飲產品。", "該集團在東馬的沙巴、納閩和砂拉越以及汶萊分銷各大品牌的消費品。該集團還以「Creamos」和「Gardenia」品牌從事烘焙產品的製造、分銷、銷售和營銷,分別於2014年2月和2020年4月在沙巴的多個地區開始運營。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/13/monitor-students-activities-to-prevent-recurrence-of-thinner-poisoning-incident/", "headline": "Monitor students’ activities to prevent recurrence of thinner poisoning incident", "content": ["Joniston presenting the mock cheque of the RM100,000 contribution to Alben (4th left) and Teo (3rd left).", "TUARAN: Schools and Parent-Teacher Associations (PTAs) here have been urged to heighten their vigilance over students’ activities following the thinner poisoning incident in SMK Pinggan-Pinggan, Pitas.", "Kiulu Assemblyman Datuk Joniston Bangkuai said they must maintain close supervision, both within school premises and beyond, to prevent recurrence of such an incident in the future.", "“What happened in Pitas must serve as an unequivocal lesson to us all. Parents and teachers must forge stronger bonds and proactively monitor children’s activities and movements,” he stressed.", "Joniston, who is also State Assistant of Tourism, Culture and Environment Minister, was speaking at the SM Advent Tamparuli PTA general meeting here today. The school Principal Alben Rotop and PTA Chairman George Teo were also present.", "Last week, 20 students from SMK Pinggan-Pinggan in Pitas were rushed to the hospital after consuming mixed carbonated drinks laced with a harmful thinner liquid.", "These students, aged between 13 and 17, reported feelings of extreme discomfort, including muscle cramps, breathing difficulties and various other alarming symptoms.", "Sabah Education Department Director Raisin Saidin had expressed the department’s deep concern, acknowledging the gravity of the incident.", "“We must remain ever-vigilant and maintain open lines of communication with our children, imparting upon them the risks associated with substance abuse and other detrimental activities. ", "“Through collective effort, we can foster a safer environment for our students, shielding them from potential harm,” said Joniston.", "During the event, Joniston, who is SM Advent Tamparuli alumnus, presented a RM100,000 allocation from the State Government to the school, which was jointly received by Alben and George.", "The allocation is from the State Government intended to assist students in need. The school has more than 300 students from all over the state and many of them come from the rural.", "In addition, Joniston also presented certificates of excellence and financial incentives to students who attained outstanding results in the SPM examinations."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/28/kanak-kanak-11-tahun-maut-akibat-strok-haba/", "headline": "Kanak-kanak 11 tahun maut akibat strok haba", "content": ["Basikal yang ditunggang mangsa semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kampung Perupok, Bachok Kelantan", "BACHOK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 maut selepas terkena serangan strok haba dalam kejadian di Kampung Perupok, di sini pada Selasa.", "Mangsa, Muhamad Syamil Aqil menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9.27 pagi ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah klinik.", "Menurut Utusan Malaysia, ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Wanie berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi hasil laporan bedah siasat.", "Menurutnya, laporan bedah siasat itu mendedahkan buah pinggang dan jantung anaknya sudah hangus selepas terkena serangan itu.", "“Di dalamnya sudah kosong, air dan darah dalam badan sudah kering. Sebelum kejadian, anak aktif berbasikal pada Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua.", "“Bagaimanapun, pada hari raya ketiga, dia mengalami demam biasa dan cirit birit. Sepanjang tempoh itu saya memantau rapi suhu badan anak setiap satu jam,” katanya semasa ditemui pemberita di rumahnya di sini kelmarin.", "Wanie memberitahu, sepanjang tempoh pemantauan itu suhu badan anaknya 37 hingga 38 darjah dan tidak berada dalam keadaan terlalu tinggi.", "Katanya, selepas subuh pada hari raya keempat tubuh Muhamad Syamil Aqil dilihat berada dalam keadaan lemah.", "“Susulan itu, saya dan suami terus membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut. Secara tiba-tiba anak saya mengalami kekejangan.", "“Muhamad Syamil menghembuskan nafas terakhir di klinik, jenazahnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat. Jenazah anak saya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai, selepas Isyak,” ujarnya.", "Kanak-kanak 11 tahun maut akibat strok haba"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/04/arsenal-kukuhkan-kedudukan-pendahulu-biarpun-seri/", "headline": "Arsenal kukuhkan kedudukan pendahulu biarpun seri", "content": ["Pemain tengah Newcastle United, Sean Longstaff (tengah) bersaing dengan Granit Xhaka (kanan) dari Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris.", "LONDON: Arsenal melebarkan kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris kepada lapan mata walaupun mengharungi malam yang mengecewakan apabila diikat 0-0 oleh Newcastle United di Stadium Emirates.", "Menurut Utusan Malaysia, Gunners bermula baik tetapi bergelut untuk menukar penguasaan menjadi jaringan untuk menguji penjaga gol lawan, Nick Pope.", "Gunners", "Newcastle tampil lebih baik pada separuh masa kedua dan hampir berada di depan apabila tandukan Joelinton sedikit tersasar.", "Sekali lagi Arsenal menguasai  sebahagian besar permainan tetapi pelawat terus menggagalkan usaha anak-anak buah Mikel Arteta .", "Pengadil, Andy Madley tidak banyak membantu kelancaran permainan apabila mengeluarkan sembilan kad kuning, menyebabkan kedua-dua pasukan sangat kecewa.", "Gabriel Martinelli dan Eddie Nketiah hampir hampir memberi gol kemenangan Arsenal di hujung permainan, malangnya dikecewakan oleh pertahanan lawan.", "Keputusan itu bermakna Manchester City yang berada di tangga kedua boleh merapatkan jurang mata di belakang Arsenal kepada lima jika menang di Chelsea pagi nanti.", "Newcastle kekal di tempat ketiga dan ketinggalan sembilan mata di belakang Arsenal setelah bermain lebih satu perlawanan.", "Kedua-dua pasukan kini akan beralih perhatian kepada pusingan ketiga Piala FA ketika Newcastle bertandang ke Sheffield Wednesday pada Sabtu, manakala Arsenal melawat Oxford pada malam Isnin.", "Arsenal kukuhkan kedudukan pendahulu biarpun seri"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/06/tidak-perlu-darurat-hujan-dijangka-berkurangan-pm/", "headline": "Tidak perlu darurat, hujan dijangka berkurangan – PM", "content": ["Anwar Ibrahim menyantuni mangsa banjir ketika melawat PPS SJKC Kampung Tengah, Segamat.", "SEGAMAT: Kerajaan tidak perlu mengisytiharkan darurat ekoran situasi bencana banjir luar biasa, khususnya yang melanda Johor ketika ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lagipun hujan dijangka berkurangan dalam tempoh beberapa hari akan datang. ", "“Keputusan kerajaan tidak isytihar darurat kerana hujan dijangka berkurangan dan di beberapa tempat sedikit surut. Di beberapa tempat yang mengalami banjir temenung pula, mungkin itu mengambil masa sedikit untuk surut.", "“Namun tidak perlu darurat setakat ini dan keadaan banjir difahamkan mulai surut bermula hari ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Tengah, di sini kelmarin.", "Sebelum itu, beliau yang ditemani Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gemereh.", "Pada Jumaat lalu, Kabinet tidak membincangkan sebarang keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Johor yang terjejas teruk akibat banjir.", "Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, peruntukan daripada kerajaan diharap dapat meringankan beban mangsa banjir memandangkan banyak barang keperluan rumah rosak akibat bencana itu.", "Beliau turut telah menghubungi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membantu mangsa banjir di Johor", "“Saya juga telah hubungi semua GLC penting kerajaan Persekutuan termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk selesaikan masalah elektrik dengan kadar segera.", "“Selain itu Yayasan Sime Darby menyediakan kit kesihatan kepada 1,500 keluarga dan menyalurkan dana tambahan RM20 juta untuk mangsa banjir di negeri ini,” katanya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/03/tidak-perlu-darurat-hujan-dijangka-berkurangan-pm/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/03/tidak-perlu-darurat-hujan-dijangka-berkurangan-pm/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/29/sls-updates-the-chief-minister-on-its-activities/", "headline": "SLS updates the Chief Minister on its activities", "content": ["Hajiji receiving a memento from Chin.", "KOTA KINABALU: The Sabah Law Society (SLS) met with Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor to give an update on the society’s initiatives and proposed partnership with the State Government on state laws reform.", "Its President Roger Chin led the SLS entourage to the courtesy call on Chief Minister at Menara Kinabalu here this morning.", "Chin briefed Hajiji, among others, on the SLS Legal Aid services, which its members were providing voluntarily to the community in Sabah.", "He also spoke on SLS’ support to the Borneo International Centre for Arbitration and Mediation (BICAM) and the forthcoming Commonwealth Law Conference, which the SLS plans to hold.", "Chin also shared that the SLS is assisting the country’s legal team in fighting the arbitration award to the Sulu Sultanate heirs.", "The SLS, Chin said has plans to visit several countries to offer legal services with the view to support the State Government in attracting foreign investors to Sabah."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/17/look-into-the-education-issue-of-malaysian-children-born-overseas/", "headline": "Look into the education issue of Malaysian children born overseas", "content": ["Yee Tsai Yiew", "KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) Api-Api Division Information Chief Yee Tsai Yiew gives thumbs up to the Education Ministry’s (MoE) plan to expand its ‘Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih’ (SBJK) to Sabah next month.", "She said the move will not only ensure the education of marginalised children but is also timely as the right to education is a fundamental human right that has been universally recognised since the Universal Declaration of Human Rights in 1948.", "“The move shows the Government’s commitment to ensuring that children who are residing in Malaysia have an irrevocable and guaranteed right to acquire without obstacles, fair access to formal education, and as such is positive recognition of the right to education as a fundamental right,” she said in a statement today.", "Regrettably, Yiew said this is not the case when it comes to the issue of education of children born overseas to Malaysian mothers and foreign fathers.", "She urged the MoE to address this pressing issue and pointed out that due to their foreign-born status, these children often face a complex visa application process, which leads to numerous difficulties when attempting to register them at local schools.", "“At present, visa application processing times generally extend to almost six months, causing unnecessary hardship and educational barriers to these affected children,” she said.", "She added the Government bureaucracy and numerous red tape have often led to the delay in the enrolment of these children in schools, which is a fundamental breach of their rights to education.", "She believes that expediting the visa process will help ensure that these children can enter schools and receive education as soon as possible, giving them the opportunity to access an equal learning environment and develop their potential.", "The Federal Government has previously stated that it intends to propose amendments to the Federal Constitution regarding citizenship rights at the next parliamentary session, allowing children born to Malaysian mothers and foreign fathers to automatically become Malaysian citizens should they elect to do so.", "Therefore, Yiew urges the Federal Government to prioritise this matter and not delay it, as it concerns the education rights of the children.", "“However, as the matter is yet to be passed, I urge the Government to develop an inclusive educational policy to ensure that these children born overseas can receive education within the legal framework so that they can equally enjoy the right to education as other Malaysian children have,” she stressed.", "Education Minister Fadhlina Sidek recently announced that SBJK will be expanded to the State Capital next month to assist street children and undocumented children in obtaining formal education.", "Fadhlina stated that the establishment of these schools is part of the MoE’s commitment to improving educational opportunities for children from various backgrounds."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/21/state-government-not-purposely-delaying-anti-hopping-law-cm/", "headline": "State Government not purposely delaying Anti-Hopping Law – CM", "content": ["Hajiji and Speaker Datuk Seri Kadzim M Yahya together with Cabinet ministers and government elected representatives before the pre-council meeting at Menara Kinabalu here today.", "KOTA KINABALU: The Gabungan Rakyat Sabah-led (GRS) State Government will table the Anti-Hopping Bill at the four-day State Legislative Assembly sitting beginning tomorrow, said Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "He said that contrary to allegations by the Opposition, the State Government has not purposely delay the tabling of the Bill to curb state elected representative from switching sides.", "The Anti-Hopping Law involves amendment to the State Constitution and this requires approval from the Head of State and King before it can be tabled in the State Legislative Assembly, he said in his opening remarks at the pre-council meeting here Sunday.", "“So, it is not true as claimed by the Opposition that we are purposely delaying it. We have to comply with procedures,” he said.", "The Chief Minister said the State Constitution Amendment Bill needs a two-third majority in the State Assembly in order to be passed.", "“I am confident that the Bill will get the full support from the GRS and Pakatan Harapan members.", "“I also urge the Opposition representatives to support the Bill, since they have also advocated for the Anti-Hopping Law to be passed in Sabah,” he said.", "The State Constitution Amendment Bill is among four Bills to be tabled in the first meeting of the fourth term of the State Assembly from May 22 to May 25.", "After the pre-council meeting, the Chief Minister attended the Hari Raya Aidilfitri celebrations hosted by Parti Bersatu Sabah (PBS) at the Hakka Hall and Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) at Raia Hotel, here."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/02/benzema-minta-tinggalkan-real-madrid/", "headline": "Benzema minta tinggalkan Real Madrid", "content": ["Karim Benzema", "MADRID: Penyerang Perancis, Karim Benzema membe­ritahu Real Madrid bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu selepas menerima tawaran lumayan untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al Ittihad.", "Kelab Arab Saudi itu dilaporkan bersedia untuk menyerahkan Benzema yang berumur 35 tahun dengan kontrak bernilai 86 juta pound (RM493 juta) setahun untuk meninggalkan pasukan La Liga itu.", "Menurut Utusan Malaysia, tawaran itu juga terma­suk bayaran tambahan sebagai duta Arab Saudi yang akan membuat bidaan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030 serta kediaman di kawasan kejiranan persendirian.", "Tawaran lumayan itu dipercayai membuatkan Benzema tergoda dan penyerang ­Perancis tersebut telah memaklumkan kepada kelab bahawa dia mahu meninggalkan pasukan pada pintu perpindahan akan datang.", "Biarpun Al Ittihad bukanlah kelab yang menonjol, mereka mempunyai pemain ternama seperti bekas bintang Leeds dan Wolverhampton, Helder Costa dan pemain pertahanan West Brom, Ahmed Hegazy.", "Selain itu, kelab berkenaan juga berjaya menewaskan Al-Nassr iaitu kelab yang diwakili bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, untuk merangkul gelaran Liga Pro Saudi musim ini dengan kelebihan lima mata.", "Benzema telah menikmati tempoh selama 14 tahun yang sarat dengan trofi di ibu negara Sepanyol itu, memenangi 24 penghormatan utama pada masa itu.", "Sambungan kontrak terbarunya tamat pada penghujung Jun, walaupun Benzema dikatakan telah bersetuju dengan perjanjian baharu dengan Real.", "Perjanjian ini sepatutnya menyaksikan dia kekal di kelab itu untuk musim 2023-2024, walaupun tidak jelas sama ada dia telah menandatangani butiran akhir kontrak baharunya. ", "Benzema minta tinggalkan Real Madrid"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/15/perjanjian-penyelidikan-ums-dan-ids-ke-arah-pemerkasaan-rehabilitasi-bekas-banduan/", "headline": "Perjanjian Penyelidikan UMS dan IDS ke arah pemerkasaan rehabilitasi bekas banduan", "content": ["Sesi pertukaran cenderahati antara IDS dan UMS", "KOTA KINABALU: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelidikan UMS dan Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), di Wisma IDS, di sini, baru-baru ini.", "Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly berkata, program itu antara lain bertujuan membantu pihak Jabatan Penjara Malaysia (JPM) menghasilkan satu ekosistem kajian Pengesanan Bekas Banduan yang mengikuti dua program kelolaan PPIB sejak tahun 2022.", "“Pogram yang dikendalikan oleh PPIB itu ialah projek The Scholars bagi banduan muda dan The Enrichment bagi banduan dewasa.", "“Dalam projek penyelidikan ini, IDS menyumbangkan dana bernilai RM35,000 untuk membangunkan aplikasi pengesanan berkenaan,” katanya.", "Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.", "Menurut Dr. Rosalam, projek itu akan diterajui oleh penyelidik-penyelidik UMS merupakan satu bentuk kerjasama yang julung kalinya diadakan dengan kerjasama IDS dan JPM.", "“Adalah menjadi harapan agar semua perancangan bagi perjanjian penyelidikan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan membuahkan hasil sekali gus membawa manfaat besar bukan sahaja kepada golongan bekas banduan, tetapi juga kepada semua pemegang taruh di Sabah dan Malaysia secara keseluruhannya.", "“Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak IDS dan JPM yang telah menyambut baik kerjasama ini.", "“Tahniah juga diucapkan kepada Dekan PPIB, Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng atas sokongan beliau terhadap para penyelidik dari PPIB, khususnya kepada Dr. Esther Jawing dan Junaidah Januin yang telah memulakan inisiatif kerjasama ini,” tambah Dr. Rosalam.", "Majlis perasmian majlis tersebut disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Prof. Madya Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul.", "Hadir sama, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Timbalan Komisioner Penjara Hajah Nora Musa bersama Timbalan Pengarahnya, Penolong Kanan Komisioner Abd Rauf Lang Pasih; Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Penolong Kanan Komisioner Teyun Thian Eim; dan Dekan PPIB UMS, Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/30/status-produk-yang-mengandungi-dabigatran-di-malaysia-berhubung-artikel-di-dalam-medscape-com-dabigatran-recalled-over-potential-carcinogen/", "headline": "Status produk yang mengandungi Dabigatran di Malaysia berhubung artikel di dalam medscape.com “Dabigatran Recalled Over Potential Carcinogen”", "content": ["KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama): Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin.", "Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, KKM mengambil maklum artikel di dalam laman sesawang medscape.com bertajuk Dabigatran Recalled Over Potential Carcinogen yang diterbitkan pada 23 Mac 2023. ", "Katanya, pengumuman syarikat bertajuk Ascend Laboratories LLC. Issues Voluntary Nationwide Recall of Dabigatran turut dimuat naik di laman sesawang The United States Food and Drug Administration (US FDA) pada 22 Mac 2023.", "“Artikel tersebut telah melaporkan tindakan syarikat Ascend Laboratories LLC yang melaksanakan proses panggil balik produk Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg dan 150 mg secara sukarela sehingga ke tahap pengguna, susulan kepada pengesanan bendasing (impurity) nitrosamine iaitu N-nitroso-dabigatran di dalam produk tersebut yang melebihi tahap Acceptable Daily Intake (ADI) yang diterima di peringkat global. ", "“Selain itu, turut dimaklumkan di dalam artikel tersebut bahawa tiada laporan kejadian kesan advers yang diterima oleh pihak syarikat Ascend Laboratories LLC yang berkaitan dengan proses panggil balik ini,” katanya.", "Namun demikian kata Noor Hisham, KKM telah mengambil langkah proaktif dengan melakukan semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar NPRA dan mendapati bahawa Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg and 150 mg tidak berdaftar di Malaysia. ", "Sebagai peringatan, produk yang tidak berdaftar melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) tidak dibenarkan untuk dipasarkan di Malaysia, tambahnya.", "“Sebagai makluman, produk Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg dan 150 mg ini berfungsi sebagai antikoagulasi (anticoagulant) dan diambil secara oral untuk mengurangkan risiko penyakit strok dan darah beku (blood clots). ", "“Bendasing Nitrosamine ini biasanya ditemui dalam air dan makanan, termasuk daging yang diawet dan dipanggang, produk tenusu dan sayur-sayuran. Pendedahan kepada nitrosamine yang melebihi tahap ADI dalam jangka masa panjang berpotensi untuk meningkatkan risiko kanser kepada pengguna,” katanya, sambil menambah sebarang perkembangan berkenaan produk dabigatran di Malaysia akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.", "SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia", "SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/13/sabah-sambut-baik-belanjawan-merakyat-yang-dibentangkan-perdana-menteri/", "headline": "Sabah sambut baik ‘Belanjawan Merakyat’ yang dibentangkan Perdana Menteri", "content": ["Hajiji menyaksikan Pembentangan Belanjawan Persekutuan 2024 secara langsung di Bilik Mesyuarat Utama, Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.", "KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyifatkan Belanjawan 2024 yang dibentangkan hari ini, sebagai ‘Belanjawan Merakyat’ kerana meletakkan kepentingan rakyat sebagai fokus dan teras keutamaan.", "Beliau berkata, inti pati Belanjawan 2024 jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan menjurus ke arah mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan di negara ini.", "“Pengawalan kos sara hidup dan peningkatan pendapatan khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, menjadi tumpuan Belanjawan 2024 ini. Inilah yang saya maksudkan sebagai belanjawan merakyat,” katanya.", "Terdahulu, beliau menyaksikan pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun menerusi siaran langsung dari Dewan Rakyat, di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.", "Hajiji berkata, peruntukan pembangunan untuk Sabah berjumlah RM6.6 bilion menerusi Belanjawan 2024, adalah manifestasi dukungan Kerajaan Perpaduan menyeimbangkan pembangunan antara wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.", "Hajiji dan Masidi menyaksikan Pembentangan Belanjawan Persekutuan 2024 secara langsung di Bilik Mesyuarat Utama, Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.", "Katanya, peningkatan peruntukan tahun depan sebanyak RM100 juta adalah juga sebahagian usaha Kerajaan Persekutuan memenuhi pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).", "“Kerajaan Negeri Sabah menyambut baik dan mengalu-alukan penyediaan peruntukan tersebut dan bertekad untuk menjadikannya inspirasi apabila kita membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2024 tidak lama lagi,” katanya.", "Sehubungan itu, katanya, inti pati Belanjawan Madani 2024 itu akan diambil kira dan disesuaikan dengan teras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) menerusi Belanjawan Negeri Sabah 2024 nanti.", "Hajiji berkata, Belanjawan 2024 yang merupakan belanjawan kedua yang dibentangkan Anwar sejak mengambil alih teraju pemerintahan pada 24 November 2022, jelas menunjukkan wilayah Borneo terus digerakkan dalam arus pembangunan negara apabila Sarawak turut diberikan peruntukan berjumlah RM5.8 bilion.", "Beliau berkata, dasar fiskal yang lebih baik dan progresif yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2024 ini, akan membawa impak besar kepada Sabah dalam usaha untuk membangunkan ekonomi negeri ini dan menarik pelaburan asing.", "“Kita melihat dasar yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2024 ini sebagai amat inklusif, dengan mengambil kira keadaan ekonomi global,” katanya.", "Beliau berkata, Sabah akan terus berusaha memperkasa pertumbuhan bagi menggalakkan perdagangan dan pelaburan. ", "Sehingga kini, perdagangan negeri Sabah telah mencatat rekod tertinggi dalam sejarah, iaitu melonjak naik RM118.1 bilion pada tahun 2022, berbanding hanya RM87.2 billion pada tahun sebelumnya.", "Selain itu, katanya, dalam tempoh tiga tahun lalu, Kerajaan Negeri telah berupaya membawa masuk lebih RM33 bilion nilai pelaburan ke Sabah di samping rekod tertinggi dalam kutipan hasil negeri yang mencecah sehingga RM7 bilion.", "Hajiji juga membayangkan bahawa Belanjawan Sabah 2024 akan turut bersifat merakyat kerana itulah yang diperjuangkannya sejak mengambil alih teraju pemerintahan negeri tiga tahun lalu."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/01/pemain-serang-gabenor-jawa-tengah/", "headline": "Pemain ‘serang’ Gabenor Jawa Tengah", "content": ["Pemain dan pegawai skuad bawah 20 tahun Indonesia tidak mampu menahan sebak sebaik sahaja diberitahu tentang keputusan FIFA membatalkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 2023 kelmarin.", "JAKARTA: Pemain skuad Garuda bawah 20 tahun (B-20) menyerang media sosial milik Gabenor Jawa Te­ngah, Ganjar Pranowo setelah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melucutkan status Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 2023.", "Keputusan itu dibuat selepas Presiden FIFA, Gianni Infantino bertemu Presiden Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir di Doha.", "Menurut Utusan Malaysia, undian kumpulan sepatutnya diadakan kelmarin, namun sejak beberapa hari lalu, beberapa pemerintah dan ahli politik Indonesia lantang mengkritik kehadiran Israel ke negara itu, antaranya Ganjar serta Gabenor Bali, I Wayan Koster.", "Barisan pemain muda Indonesia, diketuai Hokky Caraka menyifatkan Ganjar sebagai pemusnah impiannya.", "“Terima kasih banyak. Kami tahu nasib anda sudah terjamin dan masa depan juga sudah bagus, sedangkan kami?", "“Kami baru sahaja mahu merintis karier menjadi lebih baik, tetapi batu loncatan sudah dihancurkan oleh anda,” kata Hokky.", "Penjaga gol skuad B-20, Cahya Supriyadi pula menganggap Ganjar ­telah memusnahkan impian ‘budak kampung’.", "“Terima kasih tuan. Impian budak kampung ini yang ingin mempertahankan Indonesia dalam Piala Dunia hanyalah mimpi! Doa kami, semoga tuan sentiasa sihat. Sia-sia impian anak bangsa ini, tuan,” tulisnya.", "Marselino Ferdinan pula menulis sindiran menggunakan bahasa Jawa kepada Ganjar.", "“Sihat-sihat ya Pak. Tidak ada apa-apa Pak, saya tidak ­marah. Yang penting bapa baik dan sihat,” tulisnya.", "“Terima kasih Pak, orang tua saya tidak boleh berce­rita ­kepada teman-temannya jika dia mempunyai anak yang ­sangat membanggakan kerana bermain dalam Piala Dunia,” kata pemain tengah, Arkhan Fikri pula.", "Pemain ‘serang’ Gabenor Jawa Tengah"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/09/lebih-1000-anjing-mati-disyaki-didera/", "headline": "Lebih 1,000 anjing mati disyaki didera", "content": ["Tangkap layar gambar seekor anjing yang diselamatkan dari rumah itu.", "SEOUL: Lebih 1,000 ekor anjing ditemukan mati di pekarangan sebuah rumah di kawasan kejiranan Yangpyeong, wilayah Yangpyeong, Korea Selatan.", "Menurut Utusan Malaysia, The Korean Herald melaporkan, haiwan berkenaan ditemukan oleh seorang penduduk ketika mencari anjing mereka yang hilang di kawasan kejiranan berkenaan.   ", "The Korean Herald", "Polis kini sedang menyiasat seorang lelaki berusia 60-an atas tuduhan melanggar undang-undang perlindungan haiwan kerana disyaki mendera anjing berkenaan.", "Menurut suspek, dia sering mencari banyak anjing terbiar dan menyebabkan haiwan tersebut mati kelaparan.  ", "Bagaimanapun, aktivis haiwan mendakwa lelaki itu dibayar oleh penternak anjing untuk membunuh ibu anjing yang tidak dapat beranak atau nilai komersial sudah menurun.   ", "Rakaman televisyen menunjukkan gambar kabur anjing yang mati dalam kandang, guni dan kotak di halaman rumah tersebut.", "Sementara itu, seorang ahli kumpulan hak asasi haiwan Care berkata, lelaki itu menerima 10,000 won (RM34.21) daripada penternak anjing untuk ‘menjaga’ setiap haiwan itu.", "Dia kemudiannya mengurung haiwan itu dan menyebabkannya mati kelaparan mulai tahun 2020.", "Di bawah undang-undang perlindungan haiwan Korea Selatan, mana-mana individu yang membunuh haiwan dengan gagal memberi makanan atau air secara sengaja akan dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda 30 juta won (RM102,641).", "Terdahulu, seorang kakitangan Care yang berada di tempat kejadian memberitahu bangkai anjing yang reput mencipta lapisan di tanah, dengan lebih banyak anjing mati diletakkan di atasnya untuk membuat lapisan baharu yang lain.", "Jelasnya, empat ekor anjing yang diselamatkan dari rumah itu kini sedang menjalani rawatan di sebuah klinik.", "“Kesemua haiwan itu kelihatan kurus dan kurang zat makanan atau mengalami penyakit kulit manakala dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal,” katanya.", "Majlis Perbandaran Yangpyeong memaklumkan pihaknya bercadang untuk membersihkan bangkai anjing pada minggu ini.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/03/lebih-1000-anjing-mati-disyaki-didera/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/03/lebih-1000-anjing-mati-disyaki-didera/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/21/ukraine-dakwa-pintas-serangan-dron-russia/", "headline": "Ukraine dakwa pintas serangan dron Russia", "content": ["KYIV: Tentera Ukraine mendakwa pasukan pertahanan udaranya berjaya memintas serangan dron yang dilancarkan oleh Russia, baru-baru ini.", "Namun, tentera Ukraine mendakwa serpihan yang terjatuh akibat serangan itu menyebabkan beberapa kerosakan di ibu negara Ukraine.", "Menurut Utusan Malaysia, perkara itu dimaklumkan oleh ketua pentadbiran awam dan tentera Kyiv, Serhiy Popko menerusi aplikasi Telegram.", "“Tentera Russia sekali lagi melakukan serangan dron besar-besaran.", "“Semua sasaran yang dikesan berjaya dimusnahkan oleh pasukan pertahanan udara kami. Malah, tiada serangan berlaku di Ukraine,” katanya.", "Menurut Popko, serpihan yang jatuh menyebabkan kerosakan dan kebakaran di sebuah bangunan kediaman di daerah Darnytskyi.", "Bagaimanapun, katanya, kebakaran itu berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.", "“Serpihan itu juga menyebabkan beberapa kerosakan di tiga daerah lain dan tiada kematian dilaporkan,” katanya.", "Jelas Popko, ia merupakan serangan udaraRussia ke-11 ke atas Kyiv sejak awal bulan ini.", "Terdahulu, tentera Ukraine mendakwa dron menuju ke wilayah Kyiv pada awal pagi.", "Pihak berkuasa melaporkan letupan kuat berlaku di Kyiv dan juga bandar Chernihiv, timur laut Kyiv. ", "Ukraine dakwa pintas serangan dron Russia"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/09/saya-masih-ingat-lirik-lagu-umno-anwar/", "headline": "‘Saya masih ingat lirik lagu UMNO’ – Anwar", "content": ["Anwar Ibrahim semasa hadi pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2023 di ibu negara hari ini.", "KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui masih ingat dan hafal lagu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat iaitu lagu keramat parti UMNO.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri berkata, beliau menganggap kehadirannya ke Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2023 adalah bagi menunaikan tanggungjawabnya terhadap Kerajaan Perpaduan.", "“Saya rasa selesa dan biasa dengan suasana itu dan termasuk menyanyikan lagu itu. Ya, saya masih ingat lirik lagu UMNO.", "“Yang penting adalah menyempurnakan tugas kepada negara. Pengalaman peribadi itu penting tetapi dia tidak boleh mengatasi kepentingan rakyat dan kerajaan.", "“Saya hadir semula kerana saya menggunakan platform perpaduan ini untuk memperkukuh kerajaan dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui  di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.", "Anwar meninggalkan bangunan UMNO pada pukul 12 tengah hari untuk makan tengah hari di Ampang dan kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamiul-Huda.", "Terdahulu, beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) turut hadir ke persidangan itu bagi memenuhi jemputan UMNO. Antaranya Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohammad Sabu dan timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/06/saya-masih-ingat-lirik-lagu-umno-anwar/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/06/saya-masih-ingat-lirik-lagu-umno-anwar/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/18/jaringan-cantik-elliott-legakan-liverpool/", "headline": "Jaringan cantik Elliott legakan Liverpool", "content": ["Harvey Elliott meraikan jaringannya ketika membantu Liverpool menumpaskan Wolverhampton pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Molineux, Wolverhampton.", "LONDON: Jaringan cantik Harvey Elliott membawa juara bertahan, Liverpool mara pusingan keempat Piala FA selepas menumpaskan Wolverhampton 1-0 di tempat lawan awal pagi tadi.", "Elliott melepaskan rembatan yang melepasi penjaga gol tuan rumah, Jose Sa, pada minit ke-13 dalam perlawanan ulangan selepas pertemuan pertama kedua-dua pasukan berakhir 2-2.", "Menurut Utusan Malaysia, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp melakukan lapan pertukaran daripada skuad yang dimalukan 3-0 oleh Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.", "Reds kini akan menentang Brighton sekali lagi pada pusingan keempat Piala FA di tempat lawan pada 29 Januari depan.", "Reds", "Bagi Klopp, kemenangan ke atas Wolverhampton amat melegakan, terutama ketika pasukannya memerlukan motivasi sebelum berdepan Chelsea pada saingan liga, Sabtu ini.", "“Rasa seperti sudah lama kami tidak mempunyai perasaan menang dan bermain sebaik ini. Kami beraksi dengan sangat bagus baik di babak pertama.", "“Ia reaksi yang kami mahu lihat dan diterjemahkan oleh pemain-pemain. Jaringan itu amat luar biasa.", "“Saya bukan mahu memperkecilkan persembahan Harvey tetapi ada beberapa pemain terbaik perlawanan hari ini, cuma yang lain tidak menjaringkan gol,” kata Klopp.", "Klopp merehatkan pemain utama seperti Mohamed Salah, Alisson Becker, Andrew Robertson dan Fabinho daripada kesebelasan utama.", "Elliott, 20, mengetuai serangan bersama Cody Gakpo dan Fabio Carvalho, manakala Caoimhin Kelleher menjaga gawang Reds. ", "Reds", "Jaringan cantik Elliott legakan Liverpool"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/18/rm23-bilion-kerugian-akibat-jenayah-scam/", "headline": "RM23 bilion kerugian akibat jenayah scam ", "content": ["Ramkarpal Singh", "KUALA LUMPUR: Sejumlah RM687 juta kerugian direkodkan yang berpunca daripada jenayah penipuan (scam) dan pelbagai bentuk penipuan sepanjang tahun ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh bagaimanapun berkata, jumlah kes yang direkodkan pada 2023 menurun kepada 19,220 kes berbanding 25,609 pada 2018", "Kerugian keseluruhan yang dicatatkan sejak 2018 mencecah RM23 bilion.", "Katanya, dari 2021 hingga Julai 2023, sebanyak 183 pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan manakala 22,837 pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu. ", "“Daripada jumlah ini, seramai 2,221 orang dijatuhi hukuman,” katanya semasa sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.", "Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz [PN-Tanah Merah] berkaitan jumlah kerugian dan bilangan mangsa penipuan.", "Sehubungan itu, Ramkarpal berkata, pelbagai tindakan dan langkah diambil kerajaan dalam menangani jenayah scam membabitkan Pusat Anti-Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).", "Katanya, NFCC yang menerajui penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan menerima 53,783 panggilan dari Oktober 2022 sehingga 30 September 2023 merangkumi laporan kes penipuan dan khidmat nasihat.", "“Antara langkah diambil NFCC ialah meneliti beberapa peruntukan undang-undang sedia ada yang perlu dipinda termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah.", "“PDRM juga mewujudkan laman web ‘Semak Mule’ bagi kemudahan orang awam membuat semakan ke atas akaun bank dan nombor telefon yang pernah ada laporan polis atau terbabit dengan siasatan pihak polis,” katanya.", "Sementara itu, katanya, SKMM menyekat 2.6 bilion panggilan yang disyaki terbabit dalam perlakuan jenayah dalam talian setakat September lalu.", "Katanya, SKMM secara bersepadu dengan Pusat Respons Scam Kebangsaan  (NSRC) mengambil tindakan sekatan nombor telefon yang diguna oleh scammer.", "“Dari Oktober 2022 sehingga Ogos 2023, sebanyak 1,732 kes diterima dan dirujuk kepada MCMC, 134 nombor talian ditamatkan kerana terbabit dengan aktiviti penipuan dan 21 nombor talian meragukan disekat.", "“Sejak 1 Januari sehingga 31 Ogos 2023, sejumlah 1,247 laman sesawang berkaitan penipuan untuk pemancingan maklumat (phishing) disekat oleh MCMC,” katanya.", "Dewan Rakyat: RM23 bilion kerugian akibat jenayah scam "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/04/24-murid-4-petugas-sekolah-pening-muntah-terhidu-bau-bahan-kimia/", "headline": "24 murid, 4 petugas sekolah pening, muntah terhidu bau bahan kimia", "content": ["Pasukan bomba melakukan operasi pengesanan punca pencemaran bau yang disyaki sisa toksik di Sungai Tiram, Johor Bahru.", "JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 24 murid, dua guru serta dua pekerja kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram, dekat sini mengalami muntah dan pening kerana disyaki terhidu bau pencemaran bahan kini dalam kejadian petang Rabu.", "Menurut Utusan Malaysia, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Tinggi II Mohd. Salleh Kvp Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 3.13 petang.", "Menurutnya, sebuah jentera EMRS dari BBP Johor Jaya turut dibantu satu jentera Hazmat dari BBP Larkin dengan kekuatan seramai 17 anggota dikejarkan ke tempat kejadian. ", "“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat mangsa mengalami pening-pening dan muntah. ", "“PKO bertindak membuat ‘size up’ bagi mencari punca bau pencemaran tersebut. Kesemua murid dan guru telah diarahkan untuk meninggalkan kawasan sekolah dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan, di sini kelmarin.", "Mohd. Salleh berkata, PKO bertindak membuat bacaan udara di lokasi kejadian secara berkala bersama-sama pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor. ", "Pukul 8 malam pasukan HAZMAT telah membuat kerja-kerja pengesanan di dua lokasi berbeza menggunakan gasmet.", "“Lokasi pertama di tapak kilang haram memproses minyak sawit terpakai dan lokasi kedua di Ladang Orkid. Hasil bacaan yang diterima di kedua-lokasi adalah normal,” katanya.", "Pada pukul 12 tengah hari Rabu, pasukan HAZMAT telah membuat pengesanan muktamad dengan menggunakan sigis 2 (long range detector), gasmet, rad dan 4gas meter di beberapa sektor yang ditetapkan.", "Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah membantu membuat saringan bagi penduduk yang mempunyai simptom bagi menentukan keluasan sektor yang akan dibuat pengesanan. ", "Pengesanan rad menunjukkan tiada penemuan bahan berbahaya, namun pengesanan menggunakan sigis 2 dan gasmet masih dijalankan dengan fokus utama melibatkan keluasan radius lima kilometer di sekitar sekolah memandangkan punca bahan masih belum ditemukan.", "Pada pukul lebih kurang 6 petang, setelah membuat penilaian di lokasi terdapat peningkatan bacaan methyl mercaptan mendapati berlaku aktiviti pembakaran tangki ibc yang mengandungi bahan buangan dalam bentuk pepejal (sludge) dan cecair serta pelupusan bahan pepejal (sludge) dan sisa cecair ke laluan tali air ke sungai berhampiran. ", "Hasil penemuan itu, operasi seterusnya diserahkan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor untuk tindakan lanjut. ", "24 murid, 4 petugas sekolah pening, muntah terhidu bau bahan kimia"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/14/pbrs-kekal-sokong-kepimpinan-hajiji/", "headline": "PBRS kekal sokong kepimpinan Hajiji", "content": ["Hajiji (kiri) dan Arthur.", "KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kekal menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji bin Haji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah dan akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan agenda pembangunan Sabah dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia.", "Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, sokongan PBRS masih kekal dan tidak berubah sejak Hajiji diberikan mandat untuk menerajui pentadbiran Sabah pada tahun 2020. ", "“Pendirian ini juga merupakan manifestasi terhadap kecemerlangan kepimpinan Ketua Menteri khususnya dalam memastikan kestabilan politik dan perpaduan di Sabah terus terjamin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "“Keutamaan kita adalah untuk memastikan agenda pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Sabah terus meningkat di samping berusaha untuk memastikan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diselesaikan dengan segera demi kebaikan rakyat Sabah, tambah Arthur."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/09/kalah-semua-perlawanan-malayan-tigress-pulang-awal/", "headline": "Kalah semua perlawanan, Malayan Tigress pulang awal", "content": ["Aksi skuad wanita negara ketika menentang Myanmar dalam saingan Kumpulan A, Sukan SEA 2023 di Stadium Army, Phnom Penh hari ini. – Ihsan FAM", "PHNOM PENH: Skuad bola sepak wanita negara mengikut jejak pasukan lelaki apabila gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir Sukan SEA 2023 selepas dibelasah 5-1 oleh Myanmar dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Army, sebentar tadi.", "Menurut Utusan Malaysia, kekalahan itu menyaksikan anak-anak buah Al-Zoubi menutup kempen tanpa sebarang mata selepas kalah 0-3 kepada Vietnam dan 0-1 di tangan Filipina dalam dua perlawanan terdahulu.", "Begitupun penyerang negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli memastikan Malayan Tigress akhirnya ‘memecah telur’ dengan meldak satu-satunya jaringan Malaysia di Phnom Penh.", "Turun dengan mengharapkan keajaiban untuk meneruskan cabaran, gawang Malaysia dibolosi seawal minit ketiga menerusi July Kyaw.", "Khin Marlar Tun menambah dua jaringan pada minit ke-26 dan 39 untuk Myanmar menutup babak pertama dengan mendahului selesa 3-0.", "Memasuki separuh masa kedua, Intan Sarah Anisah atau lebih dikenali sebagai Intan Seah merapatkan kedudukan 3-1 pada minit ke-58.", "Kedudukan itu bagaimanapun hanya bertahan empat minit apabila Myanmar menambah gol keempat menerusi San Thaw Thaw sebelum pemain itu mengesahkan kemenangan bergaya pasukannya dengan meledak gol kelima ketika perlawanan berbaki lapan minit. ", "Kalah semua perlawanan, Malayan Tigress pulang awal"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/20/pm-sedia-kemuka-bukti-lupus-hutang-peneroka/", "headline": "PM sedia kemuka bukti lupus hutang peneroka", "content": ["Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Perpaduan Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor, malam tadi.", "KUALA SELANGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau bersedia mengemukakan bukti menandatangani kelulusan pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada 27 Jun lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, beliau menuntut Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf apabila bukti tersebut ditunjukkan.", "“Ini masalah orang politik, senang sahaja tuduh bohong (dan) kemudian cabar minta fakta.", "“Insya-Allah, sebelum saya ke Vietnam esok, saya hubungi KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) untuk memberi contoh itu dan saya minta dia (Muhyiddin) minta maaf secara terbuka,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Perpaduan Tanjong Karang, malam tadi.", "Menteri Kewangan itu menambah, beliau tidak meletakkan sebarang tempoh untuk bekas Perdana Menteri itu membuat permohonan secara terbuka.", "Semalam, Muhyiddin dilapor mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Anwar berhubung kenyataan pelupusan hutang peneroka Felda selain menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Perdana Menteri.", "Menerusi dokumen itu, firma berkenaan menyatakan, Anwar yang juga Menteri Kewangan membuat kenyataan fitnah dengan niat mencemar, menjatuhkan atau merosakkan reputasi Ahli Parlimen Pagoh itu.", "Pada 8 Julai lalu Anwar  dilaporkan kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah dilupuskan pentadbiran negara terdahulu di bawah Muhyiddin.", "Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan pelupusan hutang peneroka sudah dilakukannya pada 2021, sekali gus mendakwa tuduhan bahawa beliau tidak melaksanakan perkara itu ketika mentadbir negara adalah tidak benar.", "Perkara berkaitan pelupusan hutang itu dikatakan disahkan sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari lalu. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/pm-sedia-kemuka-bukti-lupus-hutang-peneroka/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/pm-sedia-kemuka-bukti-lupus-hutang-peneroka/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/15/ids-badan-penyelidikan-penting-untuk-pembangunan-negeri-rakyat/", "headline": "IDS badan penyelidikan penting untuk pembangunan negeri, rakyat", "content": ["Hajiji menyampaikan watikah pelantikan Felo Kehormat IDS Sabah kepada Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Haji Mansor.", "KOTA KINABALU: Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah perlu terus menjadi badan penyelidikan dan pemikir untuk membawa pembangunan kepada rakyat dan negeri ini.", "Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, Kerajaan Negeri akan terus menyokong usaha yang dibuat oleh IDS termasuk sentiasa menjadikan IDS sebagai entiti rujukan serta panduan yang utama.", "“Perjalanan untuk memastikan Sabah benar-benar maju jaya untuk semua rakyat di negeri ini adalah satu tanggungjawab kita bersama. Saya akan sentiasa memberi perhatian kepada setiap hasil dan dapatan kajian daripada IDS dengan teliti, sekali gus mampu memberi manfaat secara menyeluruh kepada rakyat di negeri ini.", "“Besar harapan saya agar IDS bukan sahaja sebagai badan pemikir untuk pembangunan ekonomi tetapi sebagai badan pemikir untuk kedua-dua rakyat dan negeri, iaitu suara penghubung pemimpin dan rakyat demi kepentingan negeri,” katanya pada Majlis Apresiasi dan Malam Gala sempena Ulang Tahun Ke-38 IDS Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah(SICC), di sini, malam tadi.", "Hajiji menerima Kajian Pelan Strategik Pembangunan Ekonomi Daerah Tuaran 2024-2035 daripada Pegawai Daerah Tuaran, Hadzlan Haji Jablee.", "Ketua Menteri turut berharap kakitangan IDS akan terus menggalas tanggungjawab dengan penuh komited dan tidak mudah patah semangat khususnya ketika melakukan penyelidikan yang memberi manfaat kepada negeri ini.", "“Sebagai penyelidik perintis, IDS secara keseluruhannya menggalas harapan dan aspirasi Sabah. Dengan usaha yang diambil, kita mampu untuk mencapai tahap pemikir tertinggi dan keyakinan yang diperlukan untuk memenuhi peranan sebagai pelaksana dan pembolehdaya.", "“Dalam usaha Kerajaan Negeri mahu membawa lebih banyak pembangunan termasuk pelabur ke Sabah, peranan IDS sebenarnya amat penting,” katanya.", "Hajiji berkata, keupayaan IDS untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa, berinovasi secara konsisten dan memperhalusi idea sedia ada adalah bukti legasi yang terpelihara sejak dari hari pertama institusi ini ditubuhkan.", "Hajiji beramah mesra dengan sebahagian warga IDS yang hadir.", "“Justeru, saya ingin mengucapkan tahniah kepada IDS kerana berjaya melaksanakan Majlis Apresiasi dan Malam Gala sempena Ulang Tahun Ke-38 institut ini. Sesungguhnya, legasi ini telah menyumbang kepada pembentukan landskap Sabah dan membentuk barisan pemimpin yang mempunyai keupayaan yang kompeten.", "“Saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan beberapa menteri, wakil rakyat, dan juga penyelidik yang lahir dari IDS. Kesemua mereka mempunyai daya kompetensi yang tinggi hasil daripada pengalaman dan pendedahan semasa berkhidmat di institut ini,” katanya.", "Beliau turut berharap semua warga IDS akan sentiasa bersedia untuk menjadi generasi pelapis penggubal dasar dan pemimpin demi menangani cabaran masa kini dan masa depan, berpandukan nilai penyelidikan dan pendekatan berasaskan data untuk pembangunan.", "“Sejak dari awal saya menggalas mandat sebagai Ketua Menteri, saya telah melihat sumbangan yang tidak ternilai yang telah diberikan oleh IDS kepada Kerajaan Negeri. Penyelidikan yang dihasilkan dengan ketelitian intelektual dan analisis secara konsisten memenuhi jangkaan tinggi yang diharapkan daripada sebuah badan pemikir.", "“Kesungguhan IDS dalam menghasilkan Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan, Perancangan Daerah, kajian sempadan dengan Kalimantan, serta libat urus bersama pemegang taruh adalah komitmen yang mendukung aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya.", "“Usaha ini disokong oleh komitmen IDS untuk meningkatkan kapasiti akar umbi. Komuniti akar umbi telah menikmati tahap kerjasama, kestabilan, dan keharmonian yang belum pernah berlaku sebelum ini antara satu sama lain. Saya berasa terharu melihat keutamaan IDS untuk memastikan pembangunan yang saksama di seluruh Sabah,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/16/183642-kanta-lekap-cecair-pembersih-tidak-berdaftar-bernilai-rm500000-dirampas/", "headline": "183,642 kanta lekap, cecair pembersih tidak berdaftar bernilai RM500,000 dirampas", "content": ["Sebanyak 183,642 unit kanta lekap dan cecair pembersih tidak berdaftar dengan dianggarkan bernilai RM500,000 dirampas MDA. – Gambar Hiasan", "CYBERJAYA: Sebanyak 183,642 unit kanta lekap dan cecair pembersih dianggarkan bernilai RM500,000 dirampas Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) kerana disyaki mengimport peranti perubatan tidak berdaftar.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Eksekutif MDA, Dr. P. Muralitharan berkata, ia hasil serbuan ke atas dua premis syarikat pengimport di ibu negara pada 8 November lalu oleh dua pasukan disertai 19 anggota penguatkuasaan MDA dengan dibantu 15 pegawai penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).", "Beliau berkata, syarikat itu didapati melakukan pelanggaran Seksyen 5(1) Akta MDA iaitu pengimportan dan peranti perubatan tidak berdaftar diletak dalam pasaran.", "“Salah satu daripada syarikat tersebut juga didapati melanggar Seksyen 15(1) Akta MDA kerana operasinya tiada memegang lesen establismen sah.", "“Jika sabit kesalahan bagi dua pelanggaran ini, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM200,000 atau dipenjarakan maksimum tempoh tiga tahun,” katanya dalam sidang akhbar di sini kelmarin.", "Muralitharan turut memaklumkan, pihak MDA bertindak menggantung 16 lesen establismen kerana tidak mematuhi keperluan akta ditetapkan.", "Katanya, sehingga kini MDA berjaya melakukan 10 serbuan di seluruh negara dengan nilai rampasan produk secara keseluruhannya mencecah nilai RM1.03 juta.", "Pada masa sama, beliau menasihatkan masyarakat agar sentiasa menyemak status pendaftaran sesuatu peranti perubatan dan lesen establismen sesebuah syarikat terlibat melalui laman sesawang rasmi agensi itu kerana dibimbangi ada produk yang dibeli mungkin tidak selamat dan memudaratkan kesihatan. ", "183,642 kanta lekap, cecair pembersih tidak berdaftar bernilai RM500,000 dirampas"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/05/pembantu-rumah-didera-majikan-diselamatkan/", "headline": "Pembantu rumah didera majikan, diselamatkan", "content": ["PETALING JAYA: Penderitaan pembantu rumah warga asing yang didera majikannya berakhir apabila berjaya diselamatkan pihak polis di Brickfields di sini. ", "Malah, wanita berusia 39 tahun itu dipukul, ditampar dan pernah dicederakan di bahagian tangan dengan seterika. ", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Brickfileds Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan yang mengesyaki jirannya mendera pembantu rumah pada 12.50 tengah hari, 23 April lalu.", "“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati wanita warga asing itu mengalami kecederaan serius iaitu melecur hampir seluruh badan dan lebam di kedua-dua mata serta muka.", "“Mangsa yang bekerja sebagai pembantu di rumah berkenaan selama hampir setahun enam bulan menyatakan sering dipukul, ditampar dan pernah dicederakan oleh majikannya di bahagian tangan dengan seterika,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.", "Amihizam berkata, mangsa sudah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kini ditempatkan di rumah perlindungan.", "Jelasnya, pihaknya turut merampas beberapa barang kes yang dipercayai digunakan oleh suspek bagi mencederakan mangsa untuk membantu siasatan.", "“Kertas siasatan kes ini sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. Suspek dalam kes ini yang juga majikan mangsa akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur esok (hari ini) untuk dituduh di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.", "Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pemerdagangan manusia diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk memberi keterangan.", "Aktiviti jenayah lain di daerah ini juga boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.", "Pembantu rumah didera majikan, diselamatkan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/23/empat-pemancing-dilaporkan-hilang-ditemukan-selamat/", "headline": "Empat pemancing dilaporkan hilang ditemukan selamat", "content": ["Empat pemancing yang ditemukan selamat selepas dilaporkan hilang kira-kira tiga jam di perairan Pulau Pangkor, Perak.", "LUMUT: Empat pemancing yang dilaporkan hilang ketika memancing di perairan Pulau Pangkor malam Sabtu, ditemukan selamat kira-kira tiga jam kemudian.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Perak, Kapten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, pihaknya mengerahkan serta-merta sebuah bot peronda menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima laporan kehilangan itu pada pukul 9.35 malam.", "“Maritim Perak melaksanakan operasi bantuan aset dan menemui bot pancing tersebut di perairan yang terletak kira-kira 1.1 batu nautika timur laut Pulau Pangkor, tengah malam tadi (Sabtu).", "“Keempat-empat mangsa ketika ditemui memaklumkan bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin ketika melakukan aktiviti memancing di perairan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.", "Menurut beliau, bot pancing itu ditunda oleh bot peronda Maritim ke jeti berdekatan bagi tujuan pembaikan dan sejurus berjaya dibaiki oleh anggota peronda, bot tersebut diiringi ke jeti Kampung Permatang, Seri Manjung.", "Beliau memaklumkan keempat-empat mangsa warga tempatan berumur lingkungan 32 hingga 70 tahun itu dilaporkan selamat dan dalam keadaan stabil ketika tiba di jeti tersebut.", "Menurut beliau, Maritim mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh komuniti nelayan melalui aduan pantas yang dibuat.", "“Sebarang maklumat atau kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera,” ujar beliau. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/empat-pemancing-dilaporkan-hilang-ditemukan-selamat/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/empat-pemancing-dilaporkan-hilang-ditemukan-selamat/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/16/rm835-4-juta-bayaran-fsa-2-kwsp-lulus-libat-lebih-40000-pemohon/", "headline": "RM835.4 juta bayaran FSA 2 KWSP lulus, libat lebih 40,000 pemohon", "content": ["KUALA LUMPUR: Sejumlah RM835.4 juta diluluskan bagi bayaran Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), melibatkan 40,196 permohonan setakat 26 Mei lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Kementerian Kewangan berkata, sejumlah RM790.8 juta telah disalur melalui MBSB Bank Bhd. manakala RM44.6 juta menerusi Bank Simpanan Nasional, daripada jumlah keseluruhan dana yang diluluskan. ", "“Kebanyakan permohonan yang tidak layak disebabkan pemohon tidak mencapai syarat seperti permohonan tidak lengkap, di luar umur kelayakan dan baki Akaun 2 tidak mencukupi,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Rabu. ", "Kementerian Kewangan menjawab soalan Yusuf Abd. Wahab [GPS-Tanjong Manis] mengenai jumlah permohonan pencarum KWSP terbabit dan nilai yang diluluskan bagi inisiatif itu.", "FSA2 bertujuan membantu ahli KWSP yang memerlukan bantuan kewangan mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.", "Ia juga bertujuan mengimbangi kepentingan pendapatan persaraan pada masa hadapan dengan impak minimum ke atas simpanan persaraan ahli yang banyak terjejas susulan pengeluaran ketika pandemik Covid-19.", "24 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat, seramai 150,154 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memohon Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA 2) bagi Fasa 1 yang dibuka sejak 7 April lalu.", "Bagaimanapun, katanya, hanya separuh yang layak melibatkan pemohon berumur 40 hingga 50 tahun daripada jumlah keseluruhan jumlah permohonan itu.", "Sementara itu, menjawab persoalan Datuk Wan Saiful Wan Jan [PN-Tasek Gelugor] mengenai kelewatan meluluskan FSA2 KWSP, Kementerian Kewangan berkata, proses penilaian kredit oleh pihak bank bagi permohonan FSA2 yang diterima akan dilaksana dalam tempoh lima hari bekerja. ", "“Terdapat juga permohonan mengambil masa lebih panjang untuk diproses bagi membolehkan bank membuat pengendalian tambahan yang memerlukan pihak bank membuat semakan dan penilaian lanjut ke atas kemampuan kredit pemohon,” katanya. ", "Wan Saiful turut bertanya langkah diambil kerajaan untuk membantu pencarum yang mempunyai dana besar dalam Akaun 1 KWSP namun tidak dapat mengeluarkannya kerana tidak dibenarkan kerajaan. ", "Kementerian Kewangan menegaskan pendirian tidak membenarkan sebarang pengeluaran baharu kerana simpanan ahli telah berada pada tahap kritikal dan boleh menjejaskan jaminan kewangan persaraan ahli ketika mencapai usia tua. ", "“Tahap kecukupan simpanan ahli bagi menghadapi hari persaraan boleh dilihat dari segi pencapaian Simpanan Asas mengikut umur (RM240,000 pada 55 tahun). Setakat 31 Mac 2022, hanya 18 peratus atau 2.4 juta ahli KWSP yang telah mencapai tahap Simpanan Asas mengikut umur. ", "“Ini menunjukkan bahawa 82 peratus ahli berumur 55 tahun ke bawah tidak mempunyai cukup simpanan untuk bersara melebihi paras kemiskinan.", "“Bagi membolehkan ahli menjalani kehidupan persaraan bermaruah, ahli perlu mencapai had Simpanan Mencukupi iaitu simpanan sebanyak RM600,000 pada umur 55 tahun yang membolehkan ahli bersara dengan anggaran purata perbelanjaan RM2,500 sebulan untuk tempoh 20 tahun selepas bersara.", "“Buat masa ini, hanya 2.6 peratus atau 347 ribu ahli yang telah mencapai tahap Simpanan Mencukupi mengikut umur. Jika dilihat pencapaian bagi ahli aktif sektor formal pula, 4.3 peratus atau 328 ribu ahli telah mencapai tahap Simpanan Mencukupi mengikut umur,” katanya. ", "Sebelum ini, KWSP dalam satu kenyataan berkata FSA 2 dilaksana dalam dua fasa, dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).", "Fasa 1 bermula pada 7 April 2023 dan kekal dibuka selama setahun dengan permohonan melibatkan ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas. Bagi Fasa 2 pula, tarikh permohonan untuk ahli di bawah umur 40 tahun akan diumum kelak.", "(PARLIMEN) RM835.4 juta bayaran FSA 2 KWSP lulus libat lebih 40,000 pemohon"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/05/%e5%81%b7%e9%9b%bb%e7%ba%9c%e5%b0%8e%e8%87%b4%e9%87%8c%e5%8d%a1%e5%a3%ab%e5%a4%9a%e5%8d%80%e5%81%9c%e9%9b%bb-%e6%b2%99%e5%b7%b4%e8%a1%8c%e6%94%bf%e5%a4%a7%e6%a8%93%e4%b9%9f%e9%81%ad%e6%ae%83/", "headline": "偷電纜導致里卡士多區停電 沙巴行政大樓也遭殃", "content": ["(亞庇五日訊)基於出現企圖切斷和竊取33kV電力線電纜的非法活動,導致包括沙巴行政大樓在內的多個地區電供中斷。", "沙電高級總經理(資產管理)伊德里斯說,沙電的技術團隊發現,由於竊賊試圖切斷和竊取電纜,造成了線路損壞。", "據他說,沙電發現電纜的切割和燒灼痕跡,這起事件已經影響了Alam Mesra、里卡士和沙巴行政大樓設個地區的電供,部分恢復工程已分階段實施。", "伊德里斯表示,沙電已在沙巴行政大樓地區安置了6座簡易發電廠,以滿足大樓的電供。", "「這也是沙電在電纜損壞導致建築物供應中斷後採取的步驟。」", "附近的住宅和商業樓宇等其他數個地區也受到影響。", "「沙電技術團隊調查結果發現,33kV線路的損壞,是有人企圖切斷和竊取電纜造成的。」", "「我們發現有人為了竊取屬於沙電的電纜而進行切割活動,這起事件影響了Alam Mesra、里卡士和沙巴行政大樓設個地區的電供,部分恢復工程已分階段實施。」", "「沙電已經成功地完全恢復了當天所有停電地區的電供。」", "無論如何,沙巴行政大樓昨深夜再度發生電流中斷的情況,相信是因為附近的填泥工程,導致了地下電纜受到破壞,搶修工作目前刻正積極的展開當中。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/11/lelaki-india-amal-diet-kelapa-selama-28-tahun-ubati-gerd/", "headline": "Lelaki India amal diet kelapa selama 28 tahun ubati GERD", "content": ["NEW DELHI: Seorang lelaki India dari Kasaragod mendakwa hanya menjamah isi dan air kelapa sahaja sejak 28 tahun lalu untuk merawat penyakit gastroesophageal reflux (GERD) yang dialaminya.", "Walaupun kedengaran agak mustahil, tetapi Balakrishnan Palayi dari Chandera di Kasaragod berkata, dia merasa lebih sihat dan cergas selepas mengamalkan diet ketat itu selama hampir tiga dekad.", "Menurut Utusan Malaysia, Palayi disahkan menghidap GERD yang agak serius ketika berusia 35 tahun menyebabkan dia akan muntah setiap kali selepas makan sehingga menjadi lemah dan sukar bergerak. ", "Lelaki itu mulanya memakan isi dan air buah kelapa sebagai rawatan ketika merasa sakit dan menyedari perubahan yang positif pada dirinya selepas mengambil buah itu.", "Tidak lama kemudian Palayi memutuskan untuk menjadikan buah itu sebagai hidangan harian utamanya tanpa menyentuh makanan lain lagi.", "“Kelapa mempunyai mineral, seperti kalsium, magnesium, natrium, dan kalium. Ini membantunya mendapatkan semula kekuatannya dan kini dia cergas dan sihat. ", "“Kini, Palayi mengamalkan diet kelapa sahaja selama bertahun- tahun,” kata Vlogger dan pempengaruh, Shenaz semasa wawancara dengan Palayi.", "Pada usia 64 tahun, Palayi yang pernah menjadi pemain bola sepak kelab tempatan kini jauh lebih sihat daripada kebanyakan rakan seusianya.", "Dia bekerja di ladang kelapa keluarganya, berenang dan bersenam setiap hari malah tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius walaupun mengamalkan diet luar biasa itu.", "Lelaki India amal diet kelapa selama 28 tahun ubati GERD"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/21/misi-mencari-muhammad-hawari-diteruskan/", "headline": "Misi mencari Muhammad Hawari diteruskan", "content": ["Muhammad Hawari Hashim", "PUTRAJAYA: Operasi mencari menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, akan diteruskan hari ini.", "Perkara itu disahkan seorang pendaki ME2023, Tiong Ling Yang ketika dihubungi malam tadi dan beliau memaklumkan misi mencari semalam gagal menemui apa-apa petunjuk.", "Menurut Utusan Malaysia, beliau berkata, misi mencari akan diteruskan melalui jalan darat hari ini dibantu malim gunung.", "“Kami sudah mengadakan perbincangan dengan pihak malim gunung semalam untuk meneruskan SAR melalui jalan darat hari ini.", "“Saya bersama pengurus pasukan ME 2023, Ayu Wanirah Naharuddin, 30, dan Ketua Misi, Azim Afif Ishak, 35, masih dalam keadaan terkejut dan sedih di atas dua berita sedih menimpa rakan kami itu.", "“Kami berhadapan dua situasi tidak diduga itu iaitu kehilangan Muhammad Hawari dan kematian Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56,” katanya.", "Katanya, beliau diarahkan turun ke Everest Base Camp (EBC) bagi menguruskan usaha mencari Muhammad Hawari, manakala Azim pula akan mengendalikan proses membawa turun jenazah Awang Askandar.", "Ling Yang berkata, jenazah kini berada di kem empat dan perlu dibawa sehingga ke kem dua supaya jenazah dapat diterbangkan dengan helikopter ke hospital bagi proses bedah siasat.", "Menurutnya, jenazah Awang Askandar masih berada di kem empat dan belum dapat dibawa turun atas beberapa faktor termasuk cuaca.", "Sementara itu, Ayu Wanirah berkata, misi mencari dan menyelamat Muhammad Hawari semalam dilakukan melalui udara yang turut disertai Azim, namun kelibatnya masih belum dapat dikesan.", "Mengulas lanjut dua berita duka menimpa kem pendaki ME2023, Ayu berkata, ketika kejadian, dia bersama Azim dan Ling Yang berada di kem dua dan berita sedih itu dimaklumkan oleh malim gunung menerusi walkie-talkie.", "“Kali terakhir Muhammad Hawari dapat dihubungi ialah selepas dia berjaya menawan puncak pada Khamis lalu sekitar 3.30 petang waktu Nepal (5.45 petang waktu Malaysia).", "“Menyedari kehilangan Hawari, satu operasi SAR)digerakkan pada hari sama disertai lapan malim gunung sehingga 11 malam.", "“Mereka melakukan pemeriksaan di setiap khemah bermula dari kem empat hingga dua bagi memastikan sama ada beliau ada singgah menumpang berteduh dan berehat namun gagal dikesan,” katanya.", "Sumber memaklumkan, Muhammad Hawari keluar dari khemah di kem empat pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut tanpa pengetahuan malim gununng. ", "Misi mencari Muhammad Hawari diteruskan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/23/tong-gas-meletup-wanita-melecur-badan-muka/", "headline": "Tong gas meletup, wanita melecur badan, muka", "content": ["Keadaan bahagian dapur sebuah rumah di Flat Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang selepas sebuah tong gas meletup dalam kejadian pagi tadi.", "BAYAN LEPAS: Seorang wanita melecur kira-kira 60 peratus pada bahagian badan dan muka selepas tong gas di rumah sewanya di Flat Taman Sri Bayu, di sini dikatakan meletup dalam kejadian awal pagi tadi.", "Mangsa berusia 54 tahun itu berjaya diselamatkan oleh jirannya sebaik menyedari kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi.", "Ketika kejadian, mangsa yang hanya menyewa bilik di kediaman itu dikatakan berada seorang diri.", "Menurut Utusan Malaysia, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau, Zaiful Arif Mat Ariffin berkata, pihkanya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 9.18 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.", "Menurutnya, sebaik sahaja anggota tiba di tempat kejadian didapati berlaku kebocoran gas sehingga menyebabkan letupan di dalam rumah.", "“Terdapat seorang mangsa wanita melecur hampir 60 peratus pada badan dan muka. Kebakaran terlebih dahulu dipadamkan oleh jiran mangsa sebelum pihak bomba tiba di lokasi.", "“Operasi berjaya dikawal pukul 10 pagi dan mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/tong-gas-meletup-wanita-melecur-badan-muka/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/tong-gas-meletup-wanita-melecur-badan-muka/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/01/%e6%a9%9f%e8%89%99%e7%99%bc%e7%8f%be%e5%8c%96%e5%ad%b8%e5%93%81%e6%b4%a9%e6%bc%8f-%e6%b6%88%e6%8b%af%e9%9a%8a%e5%88%b0%e5%a0%b4%e5%8a%a9%e8%99%95%e7%90%86/", "headline": "機艙發現化學品洩漏 消拯隊到場助處理", "content": ["(亞庇一日訊)今下亞庇國際機場航站樓的1架飛機貨艙內,檢測到有害化學品洩漏,必須召集特殊危險化學品小組。", "亞庇消防和救援站(BBP)負責人TPgBI Ordine Gilu說,事件發生在下午3時左右。", "「下午3時22分當局接獲投報,由官員PPgB Mohammad Hannis Moktar率領9名成員趕抵現場。」", "「到達6公里外的現場檢查後,發現飛機貨艙內確實有液體溢出。」", "「配備個人防護裝備(PPE)的危險品小組,檢查洩漏區域並獲取化學品的材料安全數據表(MSDS)。該化學品被發現是『乙烯基酯樹脂』,它已經溢出了大約4升。」", "Ordine說,在確認是化學品洩漏後,建議航空公司的工作人員和工程師清理洩漏區域。", "「在確定沒有更多危險後,手術於下午3時58分結束。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/08/baki-8-projek-mesra-rakyat-parlimen-sepanggar-siap-hujung-tahun-ini-mustapha/", "headline": "Baki 8 Projek Mesra Rakyat Parlimen Sepanggar siap hujung tahun ini -Mustapha", "content": ["Mustapha semasa menyampaikan ucapan sebelum sesi Town Hall bermula.", "Town Hall ", "KOTA KINABALU: Sebanyak 22 daripada 30 Projek Mesra Rakyat (PMR) Parlimen Sepanggar telah dinikmati rakyat di kawasan berkenaan manakala lapan  projek dijangka siap hujung tahun ini.", "Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud berkata lapan projek yang sedang berjalan antaranya adalah menaik taraf jalan gravel ke jalan konkrit di Kg Sinulihan Inanam, Kg Kepayan Tengah Mansiang, Kg Lobou Satu dan Kg Pinahawon dari low level crossing ke Kg Ruminding.", "gravel ", "low level crossing", "“Pembinaan parit berukuran 70 meter (2m x 3m) di Kg Gudon juga sedang berjalan di samping penyelenggaraan titian kayu utama untuk pejalan kaki di Kg Rampayan Laut dan Kg Kalansanan serta pulih tandas dan naik taraf Masjid Jamek Likas,” katanya semasa Sesi Town Hall  Parlimen Sepanggar Siri 3 di Dewan Masyarakat Manggatal.", "Town Hall", "Beliau memberitahu projek-projek yang telah berjaya disiapkan antaranya  penyelenggaraan balai raya Kg Bangka-Bangka Kingfisher serta pembinaan baharu rumah sampah di Taman Sepanggar dan Kg Darau.", "“Turut dibina adalah pondok rehat dan dua buah tandas di Tanah Perkuburan Orang Kristian Kg Kiang Lama dan Kg Tiku Ruminding,” jelasnya.", "mohon.tvet.gov.my/", "“TVET diberi perhatian utama kerana mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran kerja dan memastikan belia mendapat pekerjaan dengan gaji setimpal adalah salah satu agenda utama kerajaan,” ujarnya. Hadir sama, Pembantu Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Inanam, Peto Galim."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/19/persatuan-pengguna-sokong-rumah-setinggan-dikenakan-caj-elektrik/", "headline": "Persatuan pengguna sokong rumah setinggan dikenakan caj elektrik", "content": ["David Chan", "KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah menyokong cadangan Sabah Elektrik Sdn. Bhd. (SESB) untuk mengenakan caj penggunaan kepada rumah-rumah setinggan di Sabah.", "Presidennya, David Chan berkata, isu setinggan sejak sekian lama membawa pelbagai masalah kepada negeri seperti kecurian air, penyambungan elektrik haram, dadah, kesihatan dan kebersihan.", "Beliau berkata, oleh kerana status rumah setinggan itu sendiri yang tidak membenarkan permohonan bekalan elektrik dan air, maka secara tidak langsung berlaku penyambungan haram ekoran desakan hidup.", "“Senario itu menjadikan penghuni rumah setinggan umpama perangkap maut yang cuma menanti masa untuk meragut nyawa sesiapa sahaja.", "“Pelbagai cara digunakan pihak terbabit untuk mengelak kegiatan mereka ?dikesan pihak berkuasa termasuk menanam kabel dalam tanah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Menurutnya, SESB mengalami anggaran kerugian sebanyak RM20 juta setahun disebabkan aktiviti penyambungan secara haram pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan bekalan elektrik.", "“SESB mengalami anggaran kerugian sebanyak RM20 juta setahun disebabkan aktiviti penyambungan haram.", "“Bagi SESB, pemberantasan ini memberi manfaat kepada kita sebagai membayar bil, di mana kes kehilangan tenaga ini sangat tinggi buat masa ini di seluruh Sabah yang dipanggil lost system,” ujar beliau.", "Jelas beliau lagi, Persatuan Pengguna  merasakan tidak adil kepada pengguna yang sah kerana bekalan kuasa telah dicemari oleh kecurian kuasa untuk sambungan tidak sah.", "“Pengguna berharap Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri menangani isu rumah setingan membuat penyambungan haram dengan sewenang-wenangnya.", "“Isu ini sudah lama tertangguh selain  dari segi keselamatan dan isu kanak-kanak tanpa kerakyatan (stateless children),” ujar David.", "Sehubungan itu, Persatuan Pengguna bersetuju pihak SESB untuk melantik syarikat Independent Power Distributor (IPD) untuk membekalkan elektrik ke penempatan setinggan dengan menggunakan konsep meter prabayar melalui IPD.", "Projek perintis IPD ini sedang dilaksanakan di Kampung Forest, Sandakan."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/21/8-adun-daripada-umno-sabah-warisan-sertai-gagasan-rakyat/", "headline": "8 ADUN daripada UMNO Sabah, Warisan sertai Gagasan Rakyat", "content": ["Dr. Yusof (kiri) bercakap kepada pemberita pada sidang media itu, sambil diperhatikan oleh James dan yang lain.", "KOTA KINABALU: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah dan tiga bekas ADUN Warisan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) hari ini.", "Mereka ialah Datuk Dr. Yusof Yacob (Sindumin), Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Arshad Bistari (Tampasuk), Datuk Hamild @ Hamid Awang (Balung) yang turut mengistiharkan keluar dari UMNO pada sidang media yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.", "Sementara bekas ADUN Warisan ialah Mohammad Mohamarin (Banggi), Azzlinah Ariff (Kunak) dan Ben Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) yang telah keluar dari Warisan minggu lalu.", "Mewakili mereka, Dr. Yusof menganggap ini merupakan hari paling bersejarah menggerak langkah mengubah landskap politik Negeri Sabah yang belum pernah berlaku sebelum ini.", "Katanya, beliau bersama rakan-rakan telah memikirkan semasak-masaknya mengenai hala tuju politik mereka di Sabah berdasarkan beberapa prinsip berikut:", "* Mentaati dan mematuhi Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa kita perlukan kestabilan politik dalam Negara Malaysia dan setiap negeri termasuk Sabah.", "* Memahami perlunya Kerajaan Negeri yang kuat dan stabil, bersatu padu untuk mencapai pembangunan dan kemajuan Sabah.", "* Menyedari bahawa pemimpin-pemimpin Sabah perlu bersatu di bawah Sabah-based party untuk terus memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah dan melaksanakan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).", "* Menginsafi bahawa perpecahan dan sengketa berpanjangan telah membantutkan pembangunan, kemajuan dan pertumbuhan ekonomi Sabah.", "* Mengetahui bahawa kestabilan politik adalah kunci utama keyakinan pelabur tempatan dan luar untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Sabah.", "“Oleh itu, kami lapan orang ADUN-ADUN dan pemimpin-pemimpin berbagai peringkat serta dari berbagai latar belakang pada hari ini mengisytiharkan membuat keputusan berikut, iaitu memberi sokongan sebulat suara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan kerajaan perpaduan yang beliau terajui., dan memberi sokongan sebulat suara kepada Datuk Seri Hajiji Haji Noor selaku Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” kata Dr. Yusof dalam kenyataan medianya.", "Beliau berkata, berpaksikan Perlembagaan Malaysia Perkara 10. Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan maka mereka juga secara beramai-ramai yang berada di dalam dewan dan ramai lagi pengikut dan penyokong-penyokong yang berada di luar sana mengisytiharkan menyokong Kerajaan GRS dan menyertai Gagasan Rakyat.", "Turut bersama-sama mereka ialah beberapa pemimpin-pemimpin Warisan dan UMNO yang turut mengistiharkan keluar Warisan dan UMNO untuk menyertai Gagasan Rakyat.", "Turut hadir ialah Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Masyarakat (KDM) dan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim yang turut mengistiharkan menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi GRS dan akan mengisytiharkan menyertai Gagasan Rakyat pada masa yang sesuai.", "Dengan perkembangan terbaru ini, GRS kini mempunyai 38 daripada 79 ADUN di Sabah, sementara Warisan mempunyai 16 ADUN, BN/UMNO (12), KDM (3), Parti Bangsa Malaysia (1), Parti Harapan Rakyat Sabah (1), PAS (1-ADUN Dilantik) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah (7).", "GRS terdiri daripada Gagasan Rakyat (24 ADUN), Parti Bersatu Sabah (7), Parti Solidariti Tanah Airku (6), Parti Maju Sabah (1-ADUN DIlantik) dan Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)).    "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/30/atm-bantu-siapkan-jambatan-gantung-dalam-masa-dua-minggu/", "headline": "ATM bantu siapkan jambatan gantung dalam masa dua minggu", "content": ["Jambatan gantung Mohimboyon yang baharu siap.", "RANAU: Pembinaan jambatan gantung bernilai RM150,000, sebagai pengganti sementara jambatan konkrit yang dihanyutkan arus deras di Kampung Mohimboyon di sini baru-baru ini, telah siap.", "Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM) Lok Kawi menulakan pembinaan di tapak jambatan konkrit musnah yang menghubungkan Kg. Mohimboyon dan Kg. Lipantai pada 9 Jan lepas.", "Jambatan gantung itu bertindak sebagai lintasan sementara penduduk kampung serta murid sekolah yang lebih selamat dan kukuh berbanding lintasan buluh sementara yang mereka bina di sini sebelum ini.", "Kerja-kerja pembinaan jambatan gantung sepanjang 50 meter itu dilakukan oleh anggota ATM manakala BQ dan pelan disediakan oleh Pejabat Daerah Ranau termasuk bahan-bahan binaan. Keseluruhan proses pembinaan mengambil masa kira-kira dua minggu.", "Jalan terbabit bukan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan tiada aset JKR digunakan selain aset pembinaan milik tentera.", "Peruntukan untuk projek itu disalurkan daripada Tabung Bencana Alam Negeri.", "Keputusan untuk membina jambatan gantung telah dibuat kerana ia pantas dibina untuk digunakan oleh orang ramai dan pelajar.", "Sebuah jambatan konkrit bernilai RM500,000 untuk kenderaan telah dirancang, namun memerlukan sedikit masa untuk dibina. ", "Pejabat Daerah sedang menentukan reka bentuk untuk pelaksanaan jambatan konkrit tersebut.", "Pegawai Daerah, Jumain Abdul Ghani merakamkan Penghargaan Kepada Rejimen Askar Diraja (RAJD) Kem Lok Kawi atas komitmen membantu menyiapkan jambatan gantung Sungai Tahukad, Kg Mohimboyon Ranau. ", "Jambatan asal musnah oleh banjir besar baru-baru ini.", "“Alhamdulillah, jambatan gantung ini siap dalam tempoh dua minggu memandangkan kegunaan penting para pelajar dan warga Kg. Mohimboyon dan Kg. Lipantai.", "“Untuk jambatan konkrit pihak Pejabat Daerah sedang dalam proses menyiapkan persiapan akhir,” katanya.", "Susulan kemusnahan jambatan konkrit asal, penduduk di kedua-dua kampung itu mempertaruhkan keselamatan mereka sendiri untuk membina lintasan buluh sementara susulan jambatan yang menghubungkan kedua-dua kampung itu runtuh.", "Jambatan konkrit sebelum ini dihanyutkan selepas arus deras air Sungai Tahukag yang melimpah akibat hujan lebat berterusan, manakala jambatan buluh sementara turut mengalami nasib serupa.", "Kelmarin, pembukaan jambatan gantung Kg. Mohimboyon sebagai laluan utama dan perhubungan antara Kg. Lipantai dan Kg. Waang Lama telah dirasmikan oleh ATM bersama ketua kampung dan beberapa penduduk di sini."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/16/jalan-kota-kinabalu-sandakan-riverside-mart-km-109-378-ranau-dibuka-semula/", "headline": "Jalan Kota Kinabalu–Sandakan (Riverside Mart) KM 109.378, Ranau dibuka semula", "content": ["Jalan Kota Kinabalu – Sandakan (Riverside Mart) KM 109.378, di sini akan telah dibuka semula. – JKR Ranau", "RANAU: Jalan Kota Kinabalu – Sandakan (Riverside Mart) KM 109.378, di sini telah dibuka semula bermula 13 Januari. ", "Setakat ini, laluan tersebut hanya dibuka kepada kenderaan dengan had muatan yang dibenarkan adalah tidak melebihi 8 Tan. Bagi kenderaan yang melebihi 8 Tan ke atas, sila gunakan laluan alternatif Jalan Marak-Parak–Kota Marudu.", "Ini dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Ranau dalam satu kenyataan.", "Laluan akan dibuka sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan mulai 18 Januari.", "Semua pengguna dipohon agar berhati-hati melalui laluan tersebut dan sila patuhi arahan papan tanda yang telah disediakan. ", "Laluan tersebut telah ditutup serta merta untuk semua kenderaan bermula 4 Jan disebabkan hujan lebat yang berterusan mengakibatkan kegagalan pembentung dan jalan putus yang membahayakan laluan."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/24/fcas-supports-policies-measures-that-ensure-stability-continuous-growth-of-sabah/", "headline": "FCAS supports policies, measures that ensure stability, continuous growth of Sabah ", "content": ["Hajiji (right) receiving a memento from the God of Fortune (Cai Shen Ye) while Goh look on.", "KOTA KINABALU: The Federation of Chinese Associations Sabah (FCAS) fully acknowledges and supports policies and measures that ensure stability and continuous growth of Sabah, in line with the Sabah Maju Jaya (SMJ) development plan which is being adopted by the Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor.", "Its President Tan Sri T C Goh said it is also the aspiration of the Sabah people and the Chinese community that Hajiji gets to serve the full term of the present State Government, until the year 2025.", "He said the position of Hajiji as the Chief Minister has been further ascertained by Head of State Tun Dr Juhar Mahiruddin and supported by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, which effectively allowed Hajiji to further consolidate and strengthen his current position and to better lead the Sabah Government.", "This certainly is in line with the aspiration of the people of Sabah and the democracy of Sabah, he added.", "“I am of the opinion that the present State Government was democratically and legitimately elected by the people of Sabah via the State Election held in 2020, and subsequently reached an agreement to fully support the Unity Government led by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, after the 15th General Election last year.", "“Hence, it is only appropriate that the concept and spirit of the Unity Government are fully adopted by Sabah, in order to promote unity among the people, in the true sense, throughout the country. I sincerely believe this would better suit the aspirations of all Malaysians!", "“With the Covid-19 pandemic significantly under control and most of the nations, Malaysia and China included, had reopened the borders which thus accelerated recovery of the global economy, I earnestly hope that with greater political stability, Sabah too could achieve a speedy recovery and growth in various sectors,” he said at the 2023 Year of the Rabbit Lunar New Year Gathering held at the Hakka Banquet Hall, Grand Port View Restaurant, Tanjung Lipat, here yesterday.", "While also congratulating Tun Juhar for the extension of his tenure for the fourth term by Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, effective from this month, which is indeed a great blessing for the people of Sabah, Goh said the Chinese community of Sabah were also very pleased with and fully support the recent State Cabinet reshuffle consented by Tun Juhar, which resulted in the appointment of two Chinese ministers, especially in view of the fact that there were no Chinese ministers in the previous State Cabinet line-up. ", "“In this regard, on behalf of FCAS, I wish to extend my heartiest congratulations to Datuk Christina Liew, for being reappointed as the Sabah Tourism, Culture and Environment Minister, for the second time; and also to Luyang State Assemblyman Ginger Phoong for being appointed as the Industrial Development Minister.", "“I sincerely believe, with their serious commitment and vast experience in politics, they would be able to serve the people of Sabah, and the Chinese community, well. This includes raising the various issues affecting the Chinese community via the appropriate government channels, and to resolve them promptly and effectively,” he said.", "Goh also extended the association’s utmost gratitude to the Chief Minister for his support, especially for allocating RM500,000 for organising the event, as well as the RM150,000 funding for the Chinese New Year Carnival at Gaya Street from Jan 15 to 18, which went smoothly and successful.", "“For the Chinese people, this year is the Year of the Rabbit, and according to the Chinese culture and tradition, which has existed for several thousand years, the Rabbit is ranked number four among the 12 zodiac animals and it is popularly regarded as a sensitive, gentle, kind, clean and honest, and responsible creature.", "“We thus hope such positive attributes of the Rabbit would bring unity, harmony, moderation and progress for Malaysia, Sabah included!” said Goh, who is also President of the Federation of Chinese Associations Malaysia (Huazong).", "Chinese Consul General in Kota Kinabalu, Dr Huang Shifang was also present as a special invited guest for the event."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/11/bomoh-didakwa-tipu-warga-emas-lebih-rm460000/", "headline": "Bomoh didakwa tipu warga emas lebih RM460,000", "content": ["KUALA LUMPUR: Seorang pengamal perubatan tradisional didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin atas pertuduhan memperdayakan seorang warga emas dengan memberikan perkhidmatan spiritual keagamaan sehingga mangsa membuat pembayaran melebihi RM460,000.", "Menurut Utusan Malaysia, P. Wicknesvaran, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.", "Wicknesvaran didakwa memperdayakan G. Kanniason, 60, untuk mempercayai bahawa tertuduh boleh memberikan perkhidmatan spiritual keagamaan sehingga mangsa membuat pembayaran berjumlah RM467,935 bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.", "Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Yap Kwan Seng, Menara Ampang di sini di antara 21 Julai dan 29 Disember 2022.", "Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.", "Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Shamsher Singh Thind yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya memberi kerjasama baik kepada polis.", "Sabariah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 10 Mei ini untuk sebutan kes. ", "Bomoh didakwa tipu warga emas lebih RM460,000"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/15/%e7%99%bc%e8%a1%a8%e6%9c%89%e9%97%9c%e9%82%8a%e7%95%8c%e8%aa%a4%e5%b0%8e%e8%a8%80%e8%ab%96-g57%e6%95%a6%e4%bf%83%e6%9d%b1%e8%b0%b7%e5%b7%9e%e8%ad%b0%e5%93%a1%e9%81%93%e6%ad%89/", "headline": "發表有關邊界誤導言論 G57敦促東谷州議員道歉", "content": ["(亞庇十五日訊)馬來西亞人民力量運動(G57)要求東谷州議員(民興黨)阿沙法阿利安,在發表有關聯邦把蘇拉威西海Ambalat區塊移交給印尼的言論公開道歉。", "G57主席拿督祖卡南表示,東谷州議員上週在沙巴州議會會議上所發表的言論,經過社媒的流傳引起了軒然大波,並表示這是非常不負責任的行為,也威脅了國家主權。", "他說,外交部副部長拿督莫哈末阿拉敏今天向媒體發表的聲明明確表示,大馬和印尼簽署的協議僅涉及領海,並不涉及宣佈為Ambalat或超過200海浬的地區(專屬經濟區EEZ)。", "阿拉敏還強調,作為沙巴國會議員,政府在任何涉及條約的事情上始終保持謹慎,尤其是涉及國家邊界的事情,因為它們是基於1982年《聯合國海洋法公約》(UNCLOS)。", "「民興黨領導人的政治方式非常危險。」", "「諷刺的是,他們的誹謗目標不僅是先前針對擔任沙巴首長的拿督斯里哈芝芝,拿督斯里安華領導下的團結政府也成為了他們的新目標。」", "「因此,G57堅持要求東谷州議員立即向政府,包括所有沙巴人民道歉。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/18/th-fokus-tiga-program-csr-zakat/", "headline": "TH fokus tiga program CSR zakat", "content": ["Sapawi (tiga dari kiri) menerima cek cura daripada pihak TH yang disampaikan oleh Ahmad Shahriman.", "KOTA KINABALU: Tabung Haji (TH) memfokuskan tiga program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui zakat.Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH, Ahmad Shahriman Johari berkata, penyaluran dana CSR Zakat ini adalah menggunakan 100 peratus duit zakat yang diperolehi daripada pendeposit TH  dan dibayar terus kepada asnaf yang layak.", "“Tiga program tersebut adalah program Ehsan (komuniti), Iqra (pendidikan) dan Afiat (kesihatan).", "“Pada tahun lepas sahaja melalui program ini TH telah membantu lebih 500 ribu orang asnaf di seluruh negara.", "“Sebagai contoh program Iqra, TH telah menyalurkan hampir RM9 juta kepada semua institusi pengajian tinggi awam di seluruh negara yang mana ia telah memberi manfaat kepada lebih 30 ribu orang pelajar yang terpilih.", "“Program Iqra ini memberi fokus kepada pembangunan modal insan yang bertujuan bagi menyediakan bantuan kewangan dan keperluan kepada pelajar asnaf yang sedang melanjutkan pendidikan ke peringkat pengajian tinggi seluruh negara,” katanya ketika berucap pada program TH Bersama Media Negeri Sabah 2023 di sini, pada Sabtu. Menurut Ahmad Shahriman, program Ehsan memberi tumpuan kepada golongan asnaf seperti warga emas, ibu tunggal dan golongan kurang upaya bagi mengurangkan beban kewangan.", "“Program Afiat pula adalah program CSR kesihatan yang bertujuan untuk membantu pesakit dan hospital atau penyediaan perkhidmatan perubatan terpilih dalam menyediakan peralatan perubatan,” tambahnya.", "Pada majlis tersebut, turut diadakan penyerahan cek cura CSR TH kepada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah bagi pelaksanaan ‘Program Jejak Masyarakat Keningau.fm’ berjumlah RM38,800, RM 40 ribu kepada Persatuan Tadika Islam Swasta Sabah (PERTIS) untuk ‘Program PERTIS Bersama Asnaf’ dan RM85,600 kepada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bagi ‘Program Sentuhan Kasih’.", "Hadir sama,  Pengarah Lembaga Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said; Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah, Yusdi Nasip; Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad; Pengarah RTM Sabah, Salmah Hashim serta Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/21/50-asnaf-putatan-disantuni/", "headline": "50 Asnaf Putatan disantuni", "content": ["Shahelmey (tiga dari kiri)semasa menyampaikan sumbangan zakat berupa bantuan bakul makanan dan wang tunai kepada penerima. ", "PUTATAN: Seramai 50 golongan asnaf kategori fakir miskin dan mualaf  disantuni dalam satu Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Daerah Putatan.", "Program anjuran Pejabat Daerah Putatan bersama Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) tersebut dihadiri Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya, pada Rabu.", "Dalam majlis itu, Shahelmey yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat dan Ahli Parlimen Putatan turut menyempurnakan penyerahan bantuan zakat yang berupa bakul makanan dan wang tunai kepada para penerima.Hadir sama, ADUN Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari, Pegawai Daerah, Mokhtar Hussin dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah, Ahmad Helmi Mohd Taib."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/30/%e6%b2%99%e6%94%bf%e5%ba%9c%e9%96%8b%e9%bd%8b%e7%af%80%e9%96%80%e6%88%b6%e9%96%8b%e6%94%be-2%e8%90%ac%e5%ae%98%e6%b0%91%e5%90%8c%e6%85%b6%e4%bd%b3%e7%af%80/", "headline": "沙政府開齋節門戶開放 2萬官民同慶佳節", "content": ["(亞庇卅日訊)在沙巴國際會展中心舉辦的沙巴政府開齋節門戶開放,今日迎來了大約2萬人同歡共慶佳節。", "沙巴元首敦朱哈伉儷也是該活動的主賓,該活動今早10時進行至下午2時。", "首相安華也在沙巴首長拿督斯里哈芝芝的陪同下,與沙巴內閣成員共同出席與民同慶。", "首長也在場陪同首相與民互動。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/26/luton-town-mahu-tambah-derita-chelsea/", "headline": "Luton Town mahu tambah derita Chelsea", "content": ["Luton Town bersedia melakar kejutan apabila bertandang ke Stamford Bridge hari ini. – Ihsan Luton Town", "LONDON: Pertembungan Chelsea menentang Luton Town dalam aksi Liga Perdana Ing­geris (EPL) hari ini ibarat ‘dua darjat’ antara kelab kaya dan miskin.", "Blues yang dimiliki hartawan Amerika Syarikat (AS), Todd Boehly membelanjakan 954.5 juta pound (RM5.6 ­bilion) pada jendela perpindahan pemain untuk menguatkan pasukan.", "Blues", "Pendatang baharu EPL, Luton pula kelab yang mempu­nyai nilai paling rendah dalam liga musim ini.", "Dibimbing Rob Edwards, pembelian terbesar The Hatters adalah 5 juta pound (RM29.5 juta) ketika mengikat pemain sayap Wolverhampton, Ryan Giles.", "Chelsea berbelanja 23 kali ganda daripada Luton, dan untuk membeli Moises Caicedo sahaja mereka membayar 115 juta pound (RM678.8 juta) kepada Brighton.", "Bagaimanapun selepas seri 1-1 dengan Liverpool dalam aksi pembukaan, dan kalah 1-3 kepada 10 pemain West Ham, Ahad lalu, Blues menunjukkan masih punya kepincangan yang boleh dihukum Luton.", "Kerry Dixon, yang pernah menjadi penyerang Chelsea dan Luton memberi amaran kepada Blues agar tidak memandang mudah cabadang The Hatters.", "“Tiada siapa boleh mengambil mudah Luton tetapi pada masa sama Chelsea perlu menang perlawanan ini.", "“Saya harap Chelsea menang tetapi saya fikir ia perlawanan yang sengit kerana beraksi dalam EPL sesuatu yang hebat buat Luton,” katanya.", "Luton bagaimanapun memulakan kempen Liga Perdana dengan langkah kiri selepas kalah 1-4 kepada Brighton.", "Luton Town mahu tambah derita Chelsea"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/18/polis-siasat-dakwaan-aktivis-pelarian-myanmar-keluarga-diculik/", "headline": "Polis siasat dakwaan aktivis pelarian Myanmar, keluarga diculik ", "content": ["PETALING JAYA: Polis mengesahkan sudah menerima laporan polis mengenai seorang aktivis pelarian Myanmar dan keluarganya yang didakwa diculik beberapa lelaki tidak dikenali di rumah mereka di Ampang Jaya di sini pada 4 Julai lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dibuka mengikut Kertas Enkuiri Polis (KEP) orang hilang.", "“Kita sudah menerima laporan polis yang dibuat berkaitan perkara ini.", "“Susulan itu, siasatan dibuka mengikut KEP orang hilang,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.", "Terdahulu, kumpulan hak asasi, Human Rights Watch (HRW) mendakwa seorang aktivis pelarian Myanmar dan keluarganya diculik beberapa lelaki tidak dikenali di rumah mereka di negara ini pada 4 Julai lalu.", "Memetik laporan HRW, Thuzar Maung dan suami, Saw Than Tin Win serta tiga anak mereka diculik dari rumahnya di Ampang Jaya pada 4 Julai lalu.", "Menurutnya, kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan keterangan saksi sambil menambah Thuzar adalah penyokong lantang gerakan pro-demokrasi di Myanmar.", "“Kami bimbang dengan keselamatan Thuzar dan keluarganya yang diculik dalam operasi terancang. Kerajaan perlu bertindak segera mencari keluarga itu dan memastikan keselamatan mereka.", "“Sebuah kereta memasuki komuniti berpagar mereka kira-kira 4.30 petang, 4 Julai lalu dan memberitahu pengawal keselamatan mereka kononnya polis,” katanya.", "Thuzar melarikan diri dari Myanmar pada 2015 sebelum beliau dan keluarganya diiktiraf Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebagai pelarian di Malaysia.", "Polis siasat dakwaan aktivis pelarian Myanmar, keluarga diculik "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/07/mayat-bapa-anak-ditemukan-terapung-di-tasik/", "headline": "Mayat bapa, anak ditemukan terapung di tasik", "content": ["DI Taman Tasik Metropolitan Kepong inilah mayat dua beranak ditemukan terapung.", "PETALING JAYA: Mayat dipercayai bapa dan anak ditemukan terapung dalam tasik di Taman Tasik Metropolitan Kepong, di sini hari ini.", "Dalam kejadian kira-kira pukul 10.21 pagi itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah menerima panggilan daripada orang awam.", "Menurut Utusan Malaysia, Komander Operasi, Mohamad Hasbullah Naimi Mahmood berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang serta BBP Jalan Hang Tuah dengan kekuatan 14 anggota dikejarkan ke lokasi.", "“Sebaik tiba, pasukan mendapati dua mayat berada di dalam tasik iaitu seorang wanita dan seorang lelaki.", "“Mangsa seorang wanita berusia 30 tahun terapung sebelum berjaya diangkat pasukan ke darat. Manakala seorang lelaki berusia 72 tahun tenggelam ditemukan anggota unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA),” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata, kes seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.", "Mayat bapa, anak ditemukan terapung di tasik"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/28/huazongs-five-aspirations-on-anwars-maiden-official-visit-to-china/", "headline": "Huazong’s five aspirations on Anwar’s maiden official visit to China", "content": ["T C Goh", "KUALA LUMPUR: The Federation of Chinese Associations Malaysia (Huazong) has expressed five aspirations on Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim’s maiden official visit to China tomorrow (29 March).", "They are as follows:", "*      That the official visit to China will further enhance the existing strategic partnership between Malaysia and China, to facilitate closer cooperation in various sectors.", "*      To extend a warm invitation to invite China’s President, Xi Jinping and his colleagues to visit Malaysia.", "*      To review the five-year programme for economic and trade co-operation between Malaysia and China, which was signed in 2013, in order to further enhance such mutually beneficial cooperation between the two countries.", "*      To resume hosting of the ‘Malaysia and China Year of Culture and Tourism’, to boost bilateral ties and friendship between the people of the two countries, and to attract more Chinese tourists to visit Malaysia. This will essentially boost Malaysia’s tourism industry and the economy, as a whole.", "*      To establish a special bilateral committee to make plans and preparations for the 50th anniversary celebrations of Malaysia-China diplomatic relations, next year.", "Huazong President Tan Sri T C Goh was rather hopeful of the said five expectations, citing the strong bond between the two nations, all these years.", "Goh, who is also President of The Federation of Chinese Associations Sabah (FCAS). also confirmed that he will be leading a group of Huazong leaders in joining the Prime Minister’s entourage to China tomorrow.", "In a statement today, he also welcomed the Prime Minister’s statement yesterday that the Government through the said visit will focus on securing new and significant investments from China, so as to stimulate and accelerate the country’s economic recovery, post Covid-19 pandemic.", "Goh was also convinced that irrespective of changes of political powers in the country, as what happened in the recent years, Malaysia and China will continue to maintain and enhance the existing bilateral relations and strategic partnership, which was established 49 years ago."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/31/gangguan-politik-sabah-disebabkan-bandit-politik-yang-kemaruk-kuasa/", "headline": "Gangguan politik Sabah disebabkan “bandit politik” yang kemaruk kuasa", "content": ["Dr. Maximus Ongkili", "KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili menyifatkan senario semasa di Sabah sebagai “gangguan politik oleh beberapa ahli politik yang kemaruk kuasa”.", "“Bagi saya, ia bukan krisis politik seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak. Apa yang kita ada di Sabah adalah gangguan politik oleh “bandit politik” yang haus kuasa, atau pundit, dari UMNO, Parti Warisan dan PKDM (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat).", "“Nasib baik api dapat dipadamkan dengan cepat untuk memulihkan perpaduan berikutan sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 10 Jan tahun ini.", "“Pengundian rasmi di DUN ternyata tidak diperlukan. Kiraan akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani sudah memadai,” kata Dr Maximus dalam satu kenyataan hari ini.", "Beliau menegaskan, pengisytiharan sokongan politik kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ini menghentikan sebarang percubaan oleh tiga kumpulan bandit politik, yang tujuan asal dan utamanya adalah untuk menggantikan pemimpin tertinggi negeri itu dan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). ", "Penyusunan semula seterusnya telah dibuat, termasuk penggantian pemimpin politik yang tidak setia yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran asal GRS, serta pelantikan daripada parti politik lain yang telah mengisytiharkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan Sabah, iaitu Pakatan Harapan dan beberapa pemimpin UMNO yang setia dan berprinsip yang mengikrarkan komitmen terhadap kepimpinan kerajaan pimpinan GRS.", "“Selepas rombakan dan pemulihan perpaduan, keamanan politik dan pentadbiran yang stabil, usaha ketiga-tiga kumpulan ‘bandit politik’ seterusnya menyanyikan lagu yang menyokong prinsip kerajaan perpaduan yang didukungi Perdana Menteri dan seperti titah Yang di-Pertuan Agong, yang tidak masuk akal. Agak memalukan bagi ahli-ahli politik ini apabila menyanyikan lagu yang berbeza supaya mereka dimasukkan ke dalam pentadbiran yang baharu dibentuk selepas percubaan mereka untuk memecat Ketua Menteri gagal.", "“Bukankah satu muslihat politik yang memalukan bahawa selepas gagal memecat Ketua Menteri dan kerajaannya, tiba-tiba anda mahu dijemput menjadi sebahagian daripada kerajaan.", "“Rakyat Sabah sudah cukup matang untuk memahami situasi ini, yang jelas mencerminkan amalan dan operasi parti-parti politik ini dan taraf kepimpinan mereka yang boleh dipersoalkan,” kata Dr. Maximus.", "Tambahnya lagi, tempoh bertenang untuk UMNO Sabah seperti yang dicadangkan oleh Presiden parti itu dan Timbalan Perdana Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah dialu-alukan kerana sebarang usaha untuk mengukuhkan perpaduan dan solidariti politik Sabah adalah baik untuk rakyat Sabah.", "“Sebagai salah seorang pemimpin GRS, saya berharap seruan itu benar-benar datang dari hati dan bertujuan untuk memperkukuh GRS dan kerajaan perpaduan Sabah.", "“PBS juga menyeru agar komitmen diperbaharui untuk solidariti dan perpaduan di kalangan rakan kongsi GRS. Dalam politik, prinsip memberi dan menerima, terutamanya demi rakyat sentiasa premium, walaupun keputusan sedemikian bertentangan dengan emosi dan perasaan dalaman kita.", "“Kami dalam GRS sentiasa bersikap sederhana dan munasabah, dan bukan mudah untuk sekadar menerima kawan baharu, atau kawan lama yang susah, apatah lagi mereka yang pernah menjadi musuh politik kami dahulu, seperti DAP dan juga PH. , khususnya untuk kita di Sabah.", "“Jadi, bagi kami daripada kalangan rakan politik dalam GRS, kami terpaksa menelan kebanggaan dan memaafkan serta cuba melupakan masa lalu demi perpaduan rakyat Sabah, apatah lagi apabila seruan perpaduan dan solidariti sebegini dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.", "“Kita mesti meningkatkan semua inisiatif baharu perpaduan yang dicontohkan oleh Ketua Menteri Sabah, dan menghentikan kekacauan politik yang karut disebabkan oleh pemimpin yang kemaruk kuasa seperti yang ditunjukkan oleh UMNO pada masa lalu.", "“Dalam dua tahun kebelakangan ini, hampir tidak ada kompelin daripada UMNO berkaitan cara pentadbiran negeri, tetapi tiba-tiba mereka mahu memecat Ketua Menteri dengan bantuan parti pembangkang.”", "Dr Maximus berkata, Hajiji boleh memilih jalan yang dihormati jika beliau tidak dapat mengekalkan majoriti dalam DUN, iaitu dengan kembali kepada rakyat di akar umbi dan menggesa pilihan raya negeri pramatang.", "“Tetapi dia tidak mahu rakyat Sabah melalui satu lagi pusingan pilihan raya. Cukuplah.", "“Jadi, saya menyeru rakan-rakan saya dalam GRS untuk terus memperkasakan Kerajaan Negeri kita supaya kita dapat mempercepatkan matlamat Sabah Maju Jaya demi kebaikan Sabah dan rakyat Sabah, selaras dengan slogan GRS kita – Sabah First!”"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/09/kebajikan-media-dapat-perhatian-toh-puan-norlidah/", "headline": "Kebajikan media dapat perhatian Toh Puan Norlidah", "content": ["Sumbangan makanan kepada media. ", "KOTA KINABALU: Kebajikan media terus mendapat perhatian Istana Seri Kinabalu khususnya Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.", "Selepas menyumbang pek makanan tengah hari dan malam, semalam dua unit khemah dengan ukuran 20′ x 20′ mula didirikan di sudut bertentangan pintu gerbang Istana Seri KInabalu.", "Menurut Setiausaha Perhubungan Kepada Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir, kemudahan tersebut bagi memberi keselesaan kepada para petugas media yang bertungkus-lumus membuat liputan setiap hari di pintu masuk istana berkenaan.", "NGO turut menyampaikan sumbangan makanan ringan dan minuman kepada wakil JAPEN Sabah, Mohd Haizul Rohani (kanan).", "“Atas keprihatinan Toh Puan terhadap petugas-petugas media yang membuat laporan berita di bulatan Istana Seri Kinabalu, kami telah sempurnakan hasrat murni beliau dengan mendirikan dua unit khemah untuk memberi keselesaan kepada mereka (media) agar tidak berhujan dan panas terik matahari,” katanya kepada media.", "Dalam pada itu, Mohd Rashid turut menguruskan sumbangan berupa pek makanan tengah hari dan makan malam kepada kira-kira 50 petugas media sebagai menghargai peranan dan tugas media. ", "Selain istana, hari ini beberapa pihak NGO serta pemimpin juga tampil menyumbang makanan serta minuman kepada petugas-petugas media antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama yang diwakili Dr Mohd Saifullah Mohd Hisham.", "Petugas media berkumpul di bulatan istana tersebut sejak empat hari lalu untuk memantau serta melaporkan perkembangan harian berkaitan kemelut politik di Sabah.", "Berada di lokasi bagi menyelaras keperluan serta liputan media ialah para pegawai penyelaras Jabatan Penerangan Negeri (JAPEN) Sabah."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/13/laporan-tidak-tepat-kes-tuntutan-sulu-ancam-kedaulatan-negara/", "headline": "Laporan tidak tepat kes tuntutan Sulu ancam kedaulatan negara", "content": ["Zambry Abdul Kadir (kanan) bersama Azalina Othman Said dan Fahmi Fadzil (kiri) pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Malaysia-Sulucase.gov.my di Putrajaya. ", "PUTRAJAYA: Pelancaran laman sesawang Malaysia-SuluCase.gov.my membuktikan usaha serius kerajaan menangkis pelbagai fakta salah kes tuntutan oleh waris Sultan Sulu.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, laporan tidak benar itu juga memburukkan imej Malaysia.", "“Justeru laman rasmi ini akan menyanggah laporan tidak benar, putar belit tafsiran sejarah dan tohmahan mereka agar diketahui oleh masyarakat dunia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman tersebut yang diterbitkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dalam pilihan versi lima bahasa, di sini kelmarib.", "Portal itu juga mendapat kerjasama Kementerian Luar serta Kementerian Komunikasi dan Digital dalam usaha ‘perang saraf’ Malaysia secara lebih agresif berbanding sebelum ini.", "Tuntutan bermula apabila sekumpulan warga Filipina mendakwa mereka sebagai waris Sultan Sulu dan menuntut pampasan RM63 bilion daripada kerajaan Malaysia pada 2018.", "Asas tuntutan itu namun hanya berdasarkan kepada perjanjian lama antara Kesultanan Sulu dengan wakil Syarikat Borneo Utara British pada abad ke-19 dalam format tulisan jawi.", "Walau bagaimanapun, fakta kes mereka tidak begitu kukuh dan sehingga kini belum lagi diketahui sama ada pihak penuntut memang sah waris Sultan Jamalul Kiram II yang asli.", "Mengulas lanjut, Azalina berkata, terdapat kaitan salah seorang penuntut itu yang telah diklasifikasi sebagai pengganas dan terlibat pencerobohan berdarah Sabah pada 2013.", "“Pada masa sama, kerajaan membentuk Sekretariat Khas yang akan mengambil tindakan melalui media dan hubungan diplomatik untuk menangkis tohmahan mereka,” katanya.", "Tambahan pula, ramai warganet didapati kurang faham naratif dan kronologi kes sebenar apabila tuntutan itu dibicarakan di mahkamah beberapa negara Eropah akhir-akhir ini.", "Justeru beliau berharap warga Malaysia yang mengikuti kes itu dapat berkongsi mengenai segala fakta dipaparkan laman tersebut demi mempertahankan kedaulatan negara. ", "Laporan tidak tepat kes tuntutan Sulu ancam kedaulatan negara"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/29/wagner-tiada-niat-gulingkan-kerajaan-putin/", "headline": "Wagner tiada niat gulingkan kerajaan Putin", "content": ["Vladimir Putin menyampaikan ucapan kepada rakyat Russia di Moscow. ", "MOSCOW: Presiden Vladimir Putin menuduh Ukraine dan sekutu Baratnya mahukan tentera Russia saling `membunuh sesama sendiri’ semasa pemberontakan kumpulan tentera Wagner.", "Pemberontakan bersenjata diketuai ketua pasukan tentera upahan itu, Yevgeny Prigozhin dikatakan ‘mencabar’ pemerintahan pemimpin tertinggi itu selama lebih dua dekad.", "“Pembunuhan persaudaraan inilah yang dimahukan oleh musuh Russia iaitu kedua-dua neo-Nazi di Kyiv dan sekutu Barat mereka, dan semua jenis pengkhianat negara.", "“Mereka mahu tentera Russia saling membunuh antara satu sama lain,” katanya dalam ucapan disiarkan di televisyen.", "Menerusi ucapan pertama sejak kumpulan Wagner berundur, Putin memberi penghormatan kepada para juruterbang yang terkorban dalam melawan pemberontakan yang dibatalkan.", "Menurut Utusan Malaysia, kenyataan pemimpin tertinggi itu mengesahkan laporan tular di media sosial bahawa kumpulan tentera Wagner berjaya menembak jatuh pesawat Russia dalam pertempuran itu.", "“Keberanian dan pengorbanan diri para wira yang terkorban menyelamatkan Russia daripada impak yang memusnahkan,” katanya.", "Setakat ini, tiada maklumat rasmi mengenai jumlah juruterbang yang terkorban atau pesawat yang ditembak jatuh.", "Baru-baru ini, kumpulan Wagner membatalkan hasrat untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Putin bagi mengelakkan pertumpahan darah.", "Prigozhin bersama tenteranya berundur dari ibu pejabat tentera di bandar selatan Rostov-on-Don selepas menerima cadangan diutarakan oleh Presiden Belarus, Alexander Lukashenko.", "Di bawah perjanjian diuruskan oleh Lukashenko, kes jenayah yang dikenakan terhadap Prigozhin kerana melakukan pemberontakan bersenjata akan digugurkan.", "Dalam pada itu, Prigozhin memaklumkan beliau tidak mempunyai niat untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Putin, sebaliknya ingin ‘menyelamatkan’ pasukan tenteranya daripada ketenteraan Russia yang didakwa semakin ‘tersasar’.", "“Kami hanya lakukan protes menentang cara ketenteraan Russia yang tidak masuk akal, selain sering menyerang tentera Wagner.", "“ Kami tiada niat untuk menumbangkan kerajaan Putin,” ujar Prigozhin. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/06/wagner-tiada-niat-gulingkan-kerajaan-putin/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/06/wagner-tiada-niat-gulingkan-kerajaan-putin/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/08/%e8%b2%b6%e4%bd%8e%e6%b2%99%e9%80%b2%e6%ad%a5%e7%b9%81%e6%a6%ae%e5%a4%a7%e8%97%8d%e5%9c%96-%e5%93%88%e8%8a%9d%e8%8a%9d%e8%ad%b4%e8%b2%ac%e5%8f%8d%e5%b0%8d%e9%bb%a8%e6%b6%88%e6%a5%b5/", "headline": "貶低沙進步繁榮大藍圖 哈芝芝譴責反對黨消極", "content": ["(京那巴登岸八日訊)沙巴首長拿督斯里哈芝芝諾譴責那些故意貶低並且嘲笑沙巴進步繁榮大藍圖(SMJ)的人。", "他表示,有關各方尤其是反對黨的行為不僅不恰當,而且也不尊重「沙巴進步繁榮」作為州徽中所包含的官方座右銘或沙巴偉大象徵。", "他說,沙盟政府倡議將SMJ納入發展計劃,是為了捍衛沙巴自獨立以來就沿用得到座右銘。", "「我們選擇SMJ這個名稱,是因為自從我們獨立以來,它就一直出現在沙巴的州徽上,我用它來捍衛這些詞語並再次賦予它們力量。」", "「SMJ也可以變成反對黨的攻擊目標,他們羨慕我們,那些沒有方向的人總是有消極的想法,說SMJ的道路坑窪不平。」", "「這就是反對黨今日所做的。這是一個不好的意圖,也太消極了,因為對我們來說,SMJ是一個必須被賦予權力和尊嚴的口號。在我之前沒有人使用過這個,但我用它來發展沙巴。」", "也是沙巴民意黨主席的哈芝芝表示,目前SMJ不僅在沙巴得到認可,還通過陸交局獲得聯邦政府的認可,並同意將「SMJ」作為沙巴政府車輛的特殊車牌。", "「最近,當我與沙巴陸交局總監會面時,他們同意為沙巴政府的轎車保留SMJ車牌。」", "他說:「陸交局將SMJ車牌獻給沙巴政府,因為這對沙巴來說是一個好的方向。」", "他說,SMJ的許多舉措已成功實施,包括為沙巴兒童提供升學的經濟援助。", "他說,在他執政2年多的時間裡,他領導的政府在經濟方面也取得了許多成功,包括與國油達成的協議,讓沙巴獲得國家多個項目的股權。", "與此同時,身兼沙盟主席的哈芝芝相信,沙盟有光明的未來,能夠吸引全州人民,包括拉瑪和蘇高區的人民支持。", "「我今天很高興,因為看來民意黨已經開始被拉瑪和蘇高區民眾接受,未來是光明的,我希望2位區部主席繼續努力,確保蘇高和拉瑪在下屆選舉屬於民意黨。」", "「民意黨是我們為繼續在沙巴奮鬥而成立的本土政黨,民意黨也是沙盟的盟黨,沙盟一共有7個盟黨,我們將為沙巴人民的權益而奮鬥。」", "他說:「相信我,如果我們團結一致,為人民做好工作,我們就能做到,我們就能改變蘇高和拉瑪的狀況,正如該地區人民所希望的那樣。」", "哈芝芝還保證將重點關注拉瑪和蘇高,特別是該地區人民的需求。", "他也批准在蘇高興建價值300萬令吉的禮堂的計劃,並支持將蘇高升格為縣。", "「沙盟政府將確保蘇高升格為縣,這一點早就提出了,但上屆政府並沒有爭取。」", "他強調說:「今天我們將把它變成現實,我們將確保蘇高縣議會能夠成立。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/04/%e9%a6%96%e9%95%b7%e6%ad%a1%e8%bf%8e%e8%81%af%e9%82%a6%e4%b8%8b%e6%94%be%e5%b7%a5%e7%a8%8b%e8%87%aa%e4%b8%bb%e6%ac%8a/", "headline": "首長歡迎聯邦下放工程自主權", "content": ["(亞庇四日訊)首長拿督哈芝芝讚揚聯邦內閣決定下放沙砂自主權以進行5000萬令吉以下的工程項目。", "「這是首相安華宣佈的另一個好消息,較早前聯邦也下放了我們天然氣資源監管權。」", "首長說:「這肯定有助於批准和實施以前一直受到官僚主義阻礙的發展項目。」", "他補充說,本著1963年馬來西亞協議(MA63)的精神,這確實是個好消息。", "哈芝芝透露,他和他的砂拉越合作夥伴將與首相會面,以敲定MA63下的多項事宜,其中包括特別撥款的問題。", "他還表示,MA63的工作和審查委員會將在其主席,既副首相法迪拉領導下繼續進行。", "他說,預計另一個好消息是沙巴泛婆大道項目的額外撥款,以加快完成。", "在主持今年第一次內閣會議後的新聞發佈會上,安華宣佈,在適當遵守既定貨幣規則的情況下,沙巴和砂拉越將獲得低於5000萬令吉項目的完全自主權。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/30/pm-saran-bank-bantu-individu-pks-yang-memerlukan/", "headline": "PM saran bank bantu individu, PKS yang memerlukan", "content": ["Anwar Ibrahim", "PETALING JAYA: Kerajaan menyarankan bank-bank untuk terus menawarkan bantuan bayaran balik pinjaman kepada individu dan premis kecil dan sederhana (PKS) yang memerlukan, penjadualan serta penstrukturan semula pinjaman.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri, Anwar Ibrahim berkata, ia juga bagi membolehkan peminjam bermasalah mendapatkan khidmat nasihat secara percuma dan bantuan bayaran balik pinjaman melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).", "“Saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh institusi perbankan yang bersedia untuk membantu rakyat dan PKS. Industri perbankan perlu terus menyokong pembangunan usahawan mikro.", "“Terutama golongan rentan melalui inisiatif seperti iTEKAD yang menawarkan modal permulaan dan pembiayaan mikro dengan menggunakan sumber gabungan dana daripada institusi kewangan dan dana kewangan sosial seperti zakat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.", "Pada 28 Jun lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengadakan sesi dialog bersama-sama wakil sektor perbankan sebagai sebahagian usaha berterusan kerajaan untuk mendapatkan buah fikir dan pandangan berkaitan ekonomi negara.", "Sesi dialog tersebut dihadiri oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Jessica Chew dan pemimpin-pemimpin bank seperti AMBank, Al-Rahji Bank, Bank Islam Malaysia, CIMB, HSBC Bank, Maybank, Public Bank, RHB Bank dan Standard Chartered Bank.", "Ia merupakan sesi ketiga seumpamanya yang diadakan bersama selepas Anwar melakukan perjumpaan dengan pemimpin perniagaan dan pakar-pakar ekonomi.", "Anwar berkata, kesemua wakil perbankan yang hadir bersetuju bahawa tumpuan kini terarah kepada usaha untuk memacu peralihan ke arah negara karbon sifar bersih serta agenda pendigitalan yang lebih meluas.", "Jelasnya, perbincangan tersebut turut menyentuh bidang-bidang pertumbuhan baharu yang boleh memperkukuh saranan nilai Malaysia dalam kalangan pelabur serantau dan global.", "“Ketika Kerajaan sedang merumus Naratif Ekonomi Madani, termasuk mengenal pasti sektor keutamaan bagi pertumbuhan dan pelaburan masa hadapan negara, kita juga hendaklah memastikan industri kewangan dan pasaran modal berinovasi selari dengan perubahan landskap global.", "“Saya turut menyeru supaya industri kewangan membawa wadah segar dalam mengekalkan Malaysia sebagai peneraju global bagi kewangan Islam serta membina kekuatan sektorelektrik dan elektronik (E&E),” katanya.", "Sementara itu, Anwar berkata, perbincangan diadakan itu juga menyentuh dasar-dasar bagi memastikan industri kewangan negara kekal relevan dan inklusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.", "“Alhamdulillah, pengekalan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada ‘A-’ dengan tinjauan ‘stabil’ oleh S&P Global Ratings (S&P) baru-baru ini membuktikan hala tuju ekonomi negara berada pada landasan yang betul susulan pelbagai ikhtiar yang diambil bagi menyokong momentum pertumbuhan dan mengurangkan tekanan inflasi,” jelasnya.", "Ahli Parlimen Tambun itu berkata, S&P pada 27 Jun menjelaskan bahawa rasional pengekalan penarafan didorong oleh kedudukan luaran yang kukuh dan fleksibiliti dasar monetari serta kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat berbanding negara berpendapatan setara lain. ", "Ini membuktikkan bahawa tinjauan yang stabil mencerminkan jangkaan kekuatan momentum pertumbuhan negara serta kekukuhan kedudukan luaran bagi tempoh dua tahun akan datang, malah S&P mengakui wujudnya komitmen politik untuk meneruskan langkah konsolidasi fiskal pasca pandemik. ", "“Namun saya faham bahawa pengukuhan ekonomi ini mungkin tidak dapat dirasai sepenuhnya oleh rakyat yang masih bergelut dengan kos sara hidup dan juga PKS yang sedang pulih daripada pandemik.", "“Oleh itu, Kerajaan bertekad untuk mempertingkatkan lagi usaha dalam merancakkan momentum pertumbuhan ekonomi dan melaksanakan konsolidasi fiskal bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan selaras dengan konsep Malaysia Madani,” katanya. ", "PM saran bank bantu individu, PKS yang memerlukan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/02/kerajaan-tumpu-pengeluaran-getah-cecair/", "headline": "Kerajaan tumpu pengeluaran getah cecair", "content": ["BAGAN DATUK: Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan pengeluaran getah lateks atau getah cecair berbanding getah buku bagi kegunaan industri tempatan pada masa depan.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia termasuk memperbanyak depoh pengeluaran lateks di dalam negara.", "“Saya akan memberikan keprihatinan terhadap pengeluaran lateks dan memperbanyak lagi depoh pengeluaran lateks walaupun kita lihat getah beku masih banyak dikeluarkan.", "“Namun kita harus mengambil peranan kerana sebanyak RM3 bilion digunakan untuk mengimport getah lateks dari luar negara bagi kegunaan industri tempatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ihya Ramadan al-Mubarak Tadarus al-Quran Perdana Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini kelmarin.", "Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mekanisme kerajaan bagi memastikan harga getah kekal kompetitif.", "Pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan harga lantai getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram menerusi Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah seperti diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023.", "Sebelum itu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mahu penghasilan lateks dapat dipertingkatkan, berikutan kira-kira 80 peratus kegunaan domestik bahan itu adalah hasil daripada import.", "Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, perbelanjaan RM3 bilion itu boleh dijimatkan sekiranya pengeluaran lateks dalam negara dapat ditingkatkan.", "Jelas beliau, jika lateks dikeluarkan dengan lebih banyak, sudah tentu permintaannya akan meningkat sekali gus meningkatkan lagi harganya.", "Sehubungan itu, beliau menerangkan daripada segi jangka masa panjang, RISDA khususnya akan melakukan usaha bagi mempertingkatkan harga lantai untuk lateks. ", "Kerajaan tumpu pengeluaran getah cecair"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/15/dakwaan-rasuah-menteri-pengangkutan-singapura-ditahan-bantu-siasatan/", "headline": "Dakwaan rasuah: Menteri Pengangkutan Singapura ditahan bantu siasatan", "content": ["S. Iswaran", "SINGAPURA: Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah peringkat tinggi yang turut membabitkan seorang taikun hotel mewah.", "Pemimpin itu ditahan pada 11 Julai lalu sebelum ibebaskan dengan ikat jamin.", "Menurut Utusan Malaysia, Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura (CPIB) dalam satu kenyataan mengesahkan penahanan menteri Kabinet itu.", "Menurut CPIB, taikun hotel Ong Beng Seng yang merupakan antara individu paling kaya di Singapura, turut ditahan pada hari yang sama dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.", "Biro itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran siasatan kes yang mengejutkan Singapura, sebuah hab kewangan global yang terkenal sebagai antara negara paling kurang rasuah di dunia.", "Menteri kabinet di Singapura dibayar gaji setanding golongan berpendapatan tinggi dalam sektor swasta bagi mencegah amalan rasuah.", "Beng Seng merupakan Pengarah Urusan Hotel Properties Limited (HPL), yang memiliki rangkaian hotel dan resort mewah di beberapa lokasi sekitar Asia dan Pasifik.", "Dalam pemfailan dengan Bursa Singapura, syarikat itu memaklumkan bahawa Beng Seng diberi `notis penahanan’ oleh CPIB dan sudah membayar ikat jamin.", "Walaupun pasport individu ditahan biasanya dirampas, Beng Seng diberikan kebenaran untuk meninggalkan Singapura semalam, dengan CPIB menyatakan pihaknya mempertimbangkan permintaan perjalanan ke luar negara berdasarkan kes.", "CPIB berkata, pihaknya `menerima permintaan Beng Seng untuk melakukan perjalanan ke luar negara’, namun meningkatkan bayaran ikat jamin kepada AS$76,000 (RM344,088).", "“Apabila dia pulang, Beng Seng dikehendaki melaporkan diri kepada CPIB dan menyerahkan pasportnya kepada biro,” jelas agensi itu.", "Sebelum ini, Beng Seng, rakyat Malaysia yang juga penduduk tetap Singapura, dipuji kerana membantu membawa Grand Prix Formula Satu ke republik itu pada 2008.", "Syarikat swastanya, Singapore GP dan Lembaga Pelancongan Singapura tahun lalu memperbaharui kontrak untuk menjadi tuan rumah perlumbaan F1 sehingga 2028. ", "Dakwaan rasuah: Menteri Pengangkutan Singapura ditahan bantu siasatan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/31/kanak-kanak-lelaki-12-tahun-cedera-dipukul-bapa-kandung/", "headline": "Kanak-kanak lelaki 12 tahun cedera dipukul bapa kandung", "content": ["GERIK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mengalami kecederaan tisu lembut akibat dipukul di bahagian belakang badan oleh bapa kandungnya dalam kejadian di Kampung Perah di sini Ahad.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, maklumat kejadian itu diterima selepas laporan polis dibuat ibu saudara mangsa pada pukul 5.50 petang.", "“Kejadian sekitar pukul 5 petang itu berlaku selepas suspek berusia 37 tahun datang dan masuk ke rumah pengadu lalu menumbuk dan menendang anak lelakinya di bahagian belakang badan.", "“Suspek juga bertindak agresif apabila melibas parang yang ada di tangannya hingga hampir terkena mangsa,” katanya di sini kelmarin.", "Menurut beliau, kanak-kanak itu dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Gerik untuk rawatan dan pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian belakang badan dan paha.", "Berikutan itu katanya, bapa kanak-kanak terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.", "“Berdasarkan siasatan, kanak-kanak itu dibawa ibu saudaranya yang berusia 35 tahun ke rumah wanita itu semalam (Ahad) pada pukul 6 petang untuk menyambut hari lahir mangsa.", "“Kanak-kanak itu bermalam di rumah ibu saudaranya dan akan dihantar pulang pada hari ini.", "“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif suspek memukul anaknya hingga mengakibatkan kecederaan,” katanya.", "https://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/kanak-kanak-lelaki-12-tahun-cedera-dipukul-bapa-kandung/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/20/ehbercinta-semula-ke/", "headline": "Eh,bercinta semula ke?", "content": ["Sebut sahaja Riena Diana, ramai mengakui senang dengan sikap mesra dan mudah bergaulnya. ", "Tidak banyak kerenah. Kalau ditanya, dia tenang menjawab. Taklah bimbo sangat kan. Tetapi baru-baru ini, ada yang terkejut apabila ternampak kelibat pelakon itu bersama bekas teman lelakinya di sebuah acara hiburan. ", "Sudah bersama semula kah? Kalau kembali bercinta, kenapa tiada gambar bersama? Bukan apa, Riena sebelum ini pun tidak menyembunyikan hubungannya dengan teman lelaki dipercayai seorang usahawan berjaya. ", "Menurut Utusan Malaysia, dia senang berkongsi gambar, video mereka. Tidak ada sorok apa-apa. Cuma bila dia mengaku sudah putus cinta, ramai yang terkejut. ", "Entah apa sebab dan puncanya, cerita putus cinta itu terkubur begitu saja sehingga kelibat mereka bersama diperkatakan warganet. Poklip bukan mahu menyebelahi Riena pun, tetapi mungkin ada sebab dia tidak mahu terlalu beria-ia bercerita tentang hubungan cintanya yang kembali bertaut. ", "Mungkin dia mahu lebih berhati-hati. Orang kita bukan boleh percaya, buat baik pun dikecam apatah lagi jahat. Lantas, demi mengelakkan sebarang kecaman, pelakon itu diam-diam sahaja. ", "Siapa nampak, buatlah andaian sendiri. Sejujurnya, Poklip tidak ada masalah jika ada artis yang sakan bercinta. ", "Nama pun manusia, ada hati dan perasaan. Takkan kita nak persoalkan. Kalau bercinta semula pun, itu adalah hak peribadi mereka.", "Tetapi yang buat meluat adalah pasangan pelakon yang bermati-matian menafikan sedang bercinta namun bila berdua, dipanggilnya sayang dan baby. ", "Tak ke kita rasa nak muntah dengan sikap begitu? Dik, 2023 orang dah tak kisah tau. Nak bercinta ke nak kahwin ke, orang suka sahaja. Lainlah kalau sudah beristeri, sibuk cari perempuan lain. Itu memang mengundang cercaan dan kecaman.", "Eh,bercinta semula ke?"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/02/masih-ramai-berharap-dapat-temukan-sungai-emas-bernilai-as1-trilion/", "headline": "Masih ramai berharap dapat temukan sungai emas bernilai AS$1 trilion", "content": ["Peta yang dilukis oleh Earl Dorr memperincikan lokasi penemuan sungai emas yang didakwanya.", "SACRAMENTO: Masih ramai penggali dan pelombong percaya penemuan laluan yang hilang di Gua Kristal di kawasan bawah tanah Gurun Mojave, California akan membawa mereka kepada sungai emas bernilai lebih AS$1 trilion (RM4.46 trilion).", "Menurut Utusan Malaysia, Daily Mail melaporkan, kisah sungai dipenuhi emas itu diceritakan seorang pelombong koboi bernama Earl Dorr menerusi satu kenyataan bersumpah pada tahun 1934 ketika pengembaraan luar biasanya selama empat hari di kawasan bawah tanah puncak gunung Kokoweef.", "Dorr bersama seorang jurutera yang hanya dikenali sebagai Morton mendapat akses ke sistem gua bawah tanah melalui Gua Kristal Kokoweef, salah satu daripada tiga gua batu kapur besar di dalam gunung itu.", "Selepas menuruni sehingga beberapa ribu kaki, mereka menemui kawasan lembah dengan aliran sungai unik seakan air yang bernafas di bawahnya.", "Apabila air surut, ia menampakkan pasir hitam yang sangat kaya dengan ketulan-ketulan besar emas.", "Dorr berkata, terdapat begitu banyak emas sehingga membuatkan ramai pelombong masih berusaha mencari sungai berkenaan dan mempercayai kewujudan bahan mineral yang boleh menjadikan mereka hartawan sekelip mata itu walaupun selepas lebih 90 tahun kemudian.", "Ahli geologi dan ramai pengkritik menyifatkan Dorr sebagai pembohong yang cuba menipu pelabur untuk membiayai pemburuan emas tidak masuk akalnya atau seseorang yang terlalu lama berada di bawah terik matahari padang pasir hingga membiarkan imaginasinya menguasai diri.", "Dorr meninggal dunia pada tahun 1957 dengan hanya beberapa ratus dollar di tangannya tetapi masih ramai yang ‘termakan’ kisah kewujudan sungai emas itu, dan sehingga kini lebih 20 terowong di bawah Kokoweef Peak digali menggunakan pelbagai teknologi canggih.", "Malah, seorang pemilik kedai barangan tentera di Las Vegas, Larry Hahn bersama 500 pelabur lain mengakui optimis menemukan hasil lumayan dengan usaha mereka melombong di kawasan itu sejak tahun 1977 yang sudah menelan lebih AS$2.5 juta dolar (RM 11.15 juta).", "“Kami hanya beberapa kaki jauh sahaja lagi. Dengan nasib baik kami akan dapat menjejakinya tahun ini. Terpulang apa kata pengkritik, tetapi jika kami berjaya, saya akan mengubah kawasan ini menjadi pusat peranginan tertutup dengan kemudahan kereta api laju dari Vegas,” katanya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/masih-ramai-berharap-dapat-temukan-sungai-emas-bernilai-as1-trilion/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/masih-ramai-berharap-dapat-temukan-sungai-emas-bernilai-as1-trilion/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/09/jawatankuasa-tagal-babagon-penampang-disaran-tubuh-koperasi/", "headline": "Jawatankuasa Tagal Babagon Penampang disaran tubuh koperasi", "content": ["Para pemimpin dan wakil jabatan melepaskan benih ikan ke sungai yang ditagal.", "PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyarankan agar Jawatankuasa Tagal Babagon Bawah Penampang menubuhkan koperasi bagi memudahkan kerajaan menyalurkan pembiayaan berkaitan. ", "Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan untuk koperasi.", "“Antaranya pembiayaan mudah melalui Tabung Modal Pusingan TMP-SKM, Bantuan Pembangunan Koperasi, khidmat nasihat dan bimbingan untuk membolehkan jaringan kerjasama antara koperasi dengan pihak swasta.", "“Kementerian mempunyai 10 agensi yang kesemuanya memberi khidmat sokongan perniagaan kepada para usahawan, koperasi, penjaja dan peniaga kecil-kecilan dari segi pembiayaan atau latihan keusahawanan. ", "“Ini termasuk Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Institut Koperasi Malaysia (IKMA), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), SME Bank, SME Corp, Bank Rakyat, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dan UDA Holdings,” katanya sempena perasmian Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) antara Jabatan Perikanan Sabah dan Jawatankuasa Tagal Babagon Bawah Penampang, di Pentas Tagal Kg.Babagon, di sini, hari ini. Teks ucapannya dibacakan oleh Setiausaha Politik Carl Moosom.", "Turut hadir, Pengarah Perikanan Sabah Azhar Kassim, Pegawai Daerah Penampang Francis Chong dan Pengerusi Tagal Kg.Babagon Bawah Penampang Gadius Gonsuin.", "Ewon berkata, Tekun juga mempunyai skim pembiayaan khusus untuk peniaga tamu di Sabah yang baru diperkenalkan tahun ini iaitu Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT). ", "“Had maksimum pembiayaan bagi skim ini sehingga RM5,000 dan tempoh bayaran balik sehingga 12 bulan. Saya berharap para peniaga kecil-kecilan di Sabah khususnya di Penampang merebut peluang ini untuk memajukan lagi perniagaan sekaligus meningkatkan taraf ekonomi mereka,” katanya.", "Selain itu katanya, pada Mei lalu kementerian turut melancarkan tiga skim baharu untuk usahawan, bakal usahawan dan koperasi di negeri ini iaitu Program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE) Tahun 2023; Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) dan Program Pembiayaan BRTani. ", "Mengenai sistem Tagal Babagon, Ewon berkata, beliau menyokong dan mengalu-alukan usaha itu kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terutamanya penduduk kampung mengenai kepentingan Tagal tetapi satu kerjasama baik antara masyarakat akar umbi dengan jabatan kerajaan.", "“Sistem tagal atau Bombon dalam Bahasa Kadazandusun, adalah satu kaedah tradisional yang diamalkan oleh penduduk kampung untuk memulihara sumber hidupan sungai sejak dahulu lagi. ", "“Kini sistem Tagal telah diubahsuai dan menjadi satu sistem pengurusan yang lebih tersusun di bawah pemantauan Jabatan Perikanan Sabah.", "“Penglibatan penduduk kampung dalam Sistem Tagal juga semakin meningkat, sehingga kini banyak kampung yang mengamalkan Sistem Tagal antaranya eko pelancongan di kawasan Kadamaian dan Luanti Ranau,” katanya.", "Beliau berkata, selain menjadi produk pelancongan, Tagal juga dapat mempromosikan sistem undang-undang tagal sebagai salah satu bentuk perundangan adat kampung untuk memulihara kemampanan ekosistem sungai. ", "Tagal Babagon Bawah dilaksanakan sejak 2000 oleh penduduk kampung dan menjadi antara lokasi pelancongan di kawasan Penampang. ", "Ewon berkata, bagi menarik lebih ramai pengunjung, kawasan Tagal Babagon perlu disediakan kemudahan yang selesa kepada pengunjung seperti tandas, pondok rekreasi dan pusat informasi.", "“Saya percaya melalui MoU dengan Jabatan Perikanan akan memudahkan penyaluran peruntukan bagi membantu meningkatkan prasarana di kawasan ini,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/02/australia-wajibkan-pengembara-china-tunjuk-keputusan-negatif-covid-19-mulai-5-januari/", "headline": "Australia wajibkan pengembara China tunjuk keputusan negatif Covid-19 mulai 5 Januari", "content": ["SYDNEY: Australia kelmarin memutuskan pelancong dari China perlu memberikan keputusan ujian negatif Covid-19 mulai 5 Januari sebelum dibenarkan memasuki negara ini.", "Keputusan itu menyamai banyak negara yang sudah mula melaksanakan sekatan yang sama ekoran peningkatan kes di China.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Mark Butler, berkata ia disebabkan kekurangan maklumat epidemiologi dan data penjujukan genomik dari China.", "Beliau berkata, kerajaan Australia mengambil keputusan dengan berhati-hati dengan memohon pelawat mengemukakan ujian negatif yang diambil dalam tempoh 48 jam selepas mereka berlepas dan keperluan itu juga akan dikenakan kepada pelawat dari Hong Kong dan Macau.", "Dalam sidang akhbar, Butler juga memaklumkan, kerajaan mempertimbangkan langkah tambahan termasuk menguji air sisa dari pesawat dan pensampelan sukarela ketika ketibaan di lapangan terbang.", "“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan mengalu-alukan penyambungan semula perjalanan antara Australia dan China.", "Saya juga ingin menegaskan ini adalah langkah sementara, mencerminkan kekurangan maklumat yang menyeluruh sekarang mengenai situasi di China,” kata Butler.", "Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin sekali lagi menggesa pihak berkuasa kesihatan China untuk sentiasa berkongsi maklumat khusus dan masa nyata mengenai situasi Covid-19 di negara itu dan akan terus menilai lonjakan jangkitan terkini. ", "Australia wajibkan pengembara China tunjuk keputusan negatif Covid-19 mulai 5 Januari"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/04/sabah-kaakun-sop-wagu-pamakaian-tokop-wuros-koponguludan-kes-positif-covid-19/", "headline": "Sabah kaakun SOP wagu pamakaian tokop wuros, koponguludan kes positif Covid-19", "content": ["Dr. Joachim Gunsalam", "KOTA KINABALU: Koporintaan Pogun kaakun di SOP kaawagu pamakaian tokop wuros om koponguludan kes positif Covid-19 kopiongoi di kotontuan Komontirian Kolidasan Malaysia (KKM).", "Montiri Mongungulud Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam minoboros, SOP pamakaian tokop wuros i pogulu dilo’ patatapon kumaa susumakit Covid-19, soira’ id suang padsakaian ginumuan (suai ko’ kapal tumulud) om kogogonopan kolidasan, nulud kaawagu tumanud kotontuan id siriba’ poinggirotkuasa’ mimpuun ko 5tw Koturu’ 2023; ilo’ nopo:", "Sosongulun pokionuon monontokop wuros montok:i. Kes positif Covid-19; omii. Soira’ id kogogonopan kolidasan tumanud nubasanan. Kapanamangan om Kopongilagan Korolihan soira’ tumoguang toi monompuan susumakit.", "Pamakaian tokop wuros pounsubon kopio tumanud kopogintongan sondiri montok:i. Tulun haro korolihon akawas miagal tulun nolohing, sosongulun kitoruol awagat, tulun miampai ‘imuniti’ osiriba’ toi tina’ monontian lolobi no soira’ id koiyonon ososok om hinombo amu’ songkuro kosonong pomutongusan;ii. Tulun i kitanda’ ‘respiratori’ montok mongilag korolihan kumaa tulun suai; omiii. Soira’ id surupukaraja’ padsakaian ginumuan miagal bas, koritapi, kapal tumulud, teksi kaampai no surupukaraja’ e-hailing, bas/van pakakaraja’ om bas/van sikul.", "Kooturan koponompipian kes pinoimagon Covid-19:a) Ponuhuan koponimpipian kes pinoimagon Covid-19 tilombuson miampai timpu ninibaan mantad turu’ tadau kumaa limo tadau mimpuun ‘onset’ tanda’ kumolimpuunon. Iti nopo nga’ tumanud pinogintongan i koboros do ‘infektiviti’ kes Covid-19 akawas ontok limo tadau kumolimpuunon mantad onset tanda’ miampai ‘viral load’ i akawas id timpu dilo’. Poinggirotkuasa’ ilo’ mimpuun ko 5tw Koturu’ 2023.", "Kohondot kopongoputan kopoimaganan watas kinoiyonon korolihon, Dr. Joachim minoboros, sundung pogintongan koyuyuon maso-maso Covid-19 nopo nga’ id gontob di amu’ kopotongob om surupukaraja’ kolidasan amu’ oinwagatan di koyuon Covid-19, koyuon Watas Kinoiyonon Kinorolihon id Malaysia i nopupusan di ko 30tw Koonom 2023 noputan montok timpu onom po wulan, ilo’ nopo gisom ko 31tw Kohopod om Duo 2023.", "“Ilo’ montok papasaga’ kopogirotankuasa’ pipiro katatapan id suang Kooturan-kooturan Pongilagan om Panamangan Tomporuruol Mogkoroliu (Laang-laang id Suang Watas Koiyonon Kinorolihon) (Palan Ponondulian Pogun) (Fasa Kosimbanon kumaa Endemik) 2022 (P.U.(A) 872022) i winonsoi mantad kuasa’ Montiri id siriba’ subseksyen 11(2) Akta Pongilagan om Panamangan Tomporuruol Mogkoroliu 1988 [Akta342].", "“Pongoputan kopoimaganan Malaysia sabaagi “Watas Koiyonon Korolihon” nga’ kakal gunoon sabab no do haro kopikikiraan korikotan varian om subvarian wagu Virus SARS-CoV-2 id Malaysia. Suai ko ilo’, pitimungan ogumu’ tulun i pikikiro aantakan ontok kapamaramaian Tadau Raya Aidiladha om nogi’ Pomilian Agayo Pogun, pikikiro koowit kumaa koingkawason kes om koponginwagat sistem surupukaraja’ kolidasan Koporintaan nung laang panamangan om pongilagan amu’ no poindalanon poinponu’,” ka disio id iso’ kointalangan di tadau baino’.", "Sabah nokoposurat 78 kes wagu Covid-19 di minggu nakatalib (25tw Koonom – 1tw Koonom), nokoinsiriba’ nung piadangon di 110 kes minggu pogulu dilo’ (18tw Koonom-24tw Koonom)."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/13/sprm-tahan-bekas-pegawai-khas-menteri-minta-rm25000-lulus-surat-permohonan-warganegara/", "headline": "SPRM tahan bekas pegawai khas menteri minta RM25,000 lulus surat permohonan warganegara", "content": ["Bekas pegawai khas seorang menteri ditahan minta suapan RM25,000.", "PETALING JAYA: Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta wang rasuah berjumlah kira-kira RM25,000 sebagai dorongan mendapatkan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan.", "Penahanan suspek lelaki  berusia lingkungan 40an itu dilakukan kira-kira pukul 5 petang semalam selepas hadir memberi keterangan  di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.", "Menurut Utusan Malaysia, satu sumber memberitahu, suspek tersebut yang merupakan bekas pegawai khas seorang menteri pada 2019 dikatakan meminta wang rasuah tersebut daripada seorang lelaki tempatan yang membuat permohonan taraf kewarganegaraan terhadap anak kandungnya.", "“Pada bulan Jun lalu, suspek menghubungi individu terlibat yang memohon taraf kewarganegaraan bagi anaknya sejak 2015.", "“Suspek memaklumkan bahawa surat kelulusan permohonan taraf warganegara sudah ada padanya dan meminta individu terlibat membayar wang berjumlah RM25,000 sebelum menyerahkan surat kelulusan tersebut,” kata sumber itu.", "Tambah sumber, penahanan suspek dibuat hasil pendedahan dan gesaan Perdana Menteri agar SPRM menyiasat lanjut berhubung amalan rasuah oleh segelintir pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara.", "Susulan penahanan itu, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan suspek direman selama tiga hari bermula kelmarin sehingga 14 Julai setelah pihak SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi kelmarin.", "Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.", "SPRM tahan bekas pegawai khas menteri minta RM25,000 lulus surat permohonan warganegara"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/25/penagih-bakar-rumah-selepas-berang-tidak-dapat-rokok/", "headline": "Penagih bakar rumah selepas berang tidak dapat rokok", "content": ["KEPALA BATAS: Akibat tidak diberikan rokok, seorang penagih bertindak membakar sebuah rumah dua tingkat di Pokok Sena, di sini malam Rabu.", "Suspek berusia 47 tahun yang baru keluar penjara itu didakwa mengamuk kerana adiknya enggan memberikan rokok kepadanya kira-kira pukul 9 malam.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Assisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, adiknya yang tidak tahan dengan amukan suspek kemudiannya ke Balai Polis Kepala Batas untuk membuat laporan.", "“Walau bagaimanapun, semasa dalam perjalanan ke balai polis, dia dihubungi jiran yang memaklumkan rumahnya terbakar.", "“Jirannya memberitahu suspek telah membakar rumah terbabit, malah berjaya ditangkap di lokasi kejadian.", "“Suspek tinggal di rumah itu bersama ibu serta adiknya, namun ketika kejadian, ibu mereka berada di Balik Pulau,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.", "Mengulas lanjut, beliau berkata, rumah dua tingkat itu dilengkapi lima bilik, dua bilik air dan ruang tamu.", "“Bahagian atas rumah terbabit adalah kayu manakala bahagian bawah simen dan kebakaran itu menyebabkan kemusnahan sebanyak 95 peratus termasuk empat motosikal lama yang sudah tidak digunakan.", "“Kediaman jiran berhampiran turut disambar api dan terbakar di bahagian dinding dapur,” katanya.", "Mohd. Asri berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku membakar langsir rumah dengan menggunakan pemetik api di bilik tidurnya sendiri sehingga api marak dan membakar keseluruhan rumah.", "“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan memiliki 14 rekod kesalahan lampau,” katanya.", "Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan. ", "Penagih bakar rumah selepas berang tidak dapat rokok"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/19/jumlah-korban-ajaran-sesat-kenya-meningkat-403-orang/", "headline": "Jumlah korban ajaran sesat Kenya meningkat 403 orang", "content": ["MOSCOW: Angka kematian berpunca daripada kebuluran akibat ajaran sesat di Kenya mencecah 403 orang selepas 12 lagi mayat ditemukan di Kilifi County di tenggara negara itu.", "Menurut Utusan Malaysia, Sputnik memetik media tempatan melaporkan, Pesuruhjaya Wilayah Pantai Rhoda Onyancha, berkata tiada tangkapan baharu setakat ini dan jumlah keseluruhan orang yang ditahan kekal 37 orang.", "Yang ditahan termasuk ketua kultus Paul Mackenzie, lapor penyiar Citizen.", "Pada April, media tempatan melaporkan empat orang mati kebuluran selepas terpengaruh dengan ceramah Mackenzie bahawa mereka akan “bertemu Jesus” dengan cara itu.", "Sejumlah 11 lagi pengikut kultus itu dimasukkan ke hospital.", "Mackenzie kemudiannya ditahan dan pada Mei lepas, pejabat pendakwa Kenya berkata dia akan didakwa atas keganasan.", "Kultus bermaksud kelompok manusia yang menganuti dan mengamalkan satu sistem kepercayaan ritual berkaitan dengan pemujaan kuasa ghaib, roh dan sebagainya.", "Jumlah korban ajaran sesat Kenya meningkat 403 orang"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/01/zii-jia-diberi-hingga-14-nov-meterai-perjanjian-rtg/", "headline": "Zii Jia diberi hingga 14 Nov meterai perjanjian RTG", "content": ["Lee Zii Jia turut disenaraikan dalam program Road to Gold dengan bersyarat memberi komitmen sepenuhnya.", "KUALA LUMPUR: Masa depan jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dalam program Road to Gold (RTG) masih lagi selamat selepas dia dikekalkan dalam program elit bagi menuai emas di temasya Olimpik.", "Bagaimanapun, Zii Jia diberi tempoh sehingga 14 November ini untuk menandatangani perjanjian komitmen dengan jawatankuasa RTG sekiranya mahu mendapat manfaat penuh pada masa akan datang.", "Menurut Utusan Malaysia, penyelaras program RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata berkata, Zii Jia telah menunjukkan peningkatan sejak dimasukkan dalam program RTG Jun lalu dan kedudukan dalam ranking dunia juga kembali naik.", "“Zii Jia telah menunjukkan peningkatan prestasi dan dia masih lagi dikekalkan dalam program ini. Cuma, dia masih belum menandatangani perjanjian komitmen seperti yang telah dilakukan oleh atlet-atlet RTG yang lain.", "“Justeru, pihak jawatankuasa RTG memberi tempoh kepadanya sehingga sehingga 14 November depan sebagai tarikh akhir untuk dia menandatangani dokumen tersebut.", "“Kita telah menghantar emel untuk membuat perjumpaan tetapi dia agak sibuk dan harap dia dapat memberikan sedikit masa bertemu kami dalam masa terdekat,” katanya.", "Beliau berkata demikian dalam sidang akbar pengumuman khas Jawatankuasa RTG yang turut disertai oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.", "Sementara itu, Hannah turut mengesahkan bahawa Zii Jia hanya diberikan kemudahan asas berkaitan sains sukan sebelum ini dan tidak menerima sebarang elaun tambahan selagi belum menandatangani perjanjian tersebut.", "“Sejak Jun lepas, Zii Jia telah diberikan kemudahan asas RTG tetapi tidak menerima elaun. Pihak kami sangat berharap dia dapat berbuat demikian secepat mungkin kerana atlet lain semua sudah menandatangani perjanjian tersebut,” katanya. ", "Zii Jia diberi hingga 14 Nov. meterai perjanjian RTG"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/02/%e9%98%bf%e7%b1%b3%e5%8d%a0%ef%bc%9a%e5%ad%a3%e5%80%99%e9%a2%a8%e6%94%b9%e8%ae%8a%e5%b8%b6%e4%be%86%e9%9b%a8%e6%b0%b4-%e5%bb%ba%e8%ad%b0%e7%81%bd%e5%a7%94%e6%9c%83%e5%8f%8a%e6%97%a9%e6%ba%96%e5%82%99/", "headline": "阿米占:季候風改變帶來雨水 建議災委會及早準備", "content": ["(吧巴二日訊)隨著季候風的改變,各區的災委會受促立即進行準備和協調。", "首相署(沙砂和特別事務)部長拿督阿米占表示,協調所有相關機構的合作,對於提高地區應對水災的準備水平非常重要。", "「氣象局在聲明中表示,9月19日是季風過渡階段的開始,這意味著西南季風已經結束。」", "「現在是過渡階段,預計東北季風將於11月開始。」", "「然而,即使在這個過渡階段,我們也看到一些地區發生了水災和強降雨。」", "「在沙巴,從9月19日至30日,保佛的一個地區遭受水災,涉及231名災黎。」", "「因此,考慮到持續的降雨,我呼籲各區災委會確保立即開始準備和協調。」", "他解釋說:「最重要的是,該委員會需要協調所有相關機構的協同作用,包括是否有非政府組織希望參與準備工作,以提高該地區應對水災的準備程度。」", "阿米占進一步評論說,讚揚由沙巴政府秘書擔任主席的沙巴災害管委會採取的積極行動,確定了15個水災熱點地區。", "「當局已經確定和準備332個疏散中心。」", "「這是沙巴政府的準備工作,是儘早識別水災風險的積極行動。」", "「根據我們在上一次東北季風的經驗,沙巴有15個地區遭受水災襲擊,涉及開放103個疏散中心,共有5,650家庭17,565名災黎。」", "「這意味著沙巴至少有15個地區面臨水災風險,我希望涉及的15個地區確保做好準備工作。」", "也是吧巴國會議員的他希望地方當局(PBT)能夠進行協調,包括檢查住宅區和甘榜堵塞的排水溝和溝渠,以避免更大的災難。", "「根據所有州的報告,我們將提供基本撥款,因為我們不僅希望在發生洪水災害時採取響應行動,特別是向人民提供財政援助。」", "「國家一旦確認就可以引導分配,無需等待中央政府分配,如果短缺我們會增加。」", "他補充說:「一旦做出報告並滿足條件,撥款就可以繼續由國家提供。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/26/seorang-wanita-dua-kanak-kanak-cedera-terjun-dari-tingkat-dua-rumah-terbakar-di-kb/", "headline": "Seorang wanita, dua kanak-kanak cedera terjun dari tingkat dua rumah terbakar di KB", "content": ["Anggota bomba ketika berusaha memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Kota Belud. – Ihsan Bomba", "KOTA BELUD: Seorang wanita dan dua kanak-kanak cedera ringan selepas terjun untuk menyelamatkan diri dari tingkat dua sebuah rumah yang terbakar di sini awal pagi ini.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, PPgB Muhammad Syazwan Latun memberitahu, kejadian berlaku di Kampung Sangkir pada kira-kira jam 1.40 pagi.", "Katanya, panggilan diterima menerusi talian balai pada jam 1.40 pagi dan sepasukan tujuh anggota diketuai Komander Operasi, PBK II KUP Franky Talib dikejarkan ke lokasi.", "Setiba di tempat kejadian yang terletak 10 kilometer dari BBP itu, mereka mendapati berlaku satu kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal berukuran 40’x50’ yang terbakar 100 peratus.", "“Pasukan bomba bertindak mengawal dan memadam kebakaran menggunakan satu aliran 200’ dua pancutan sumber air dari tangki jentera,” katanya. ", "Muhammad Syazwan berkata, terdapat tiga orang mangsa mengalami kecederaan ringan selepas terjun dari tingkat dua rumah tersebut untuk menyelamatkan diri.", "Katanya, kesemua mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut. ", "Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.28 pagi, katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/13/muhyiddin-mengaku-tidak-bersalah-pertuduhan-ketujuh/", "headline": "Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan ketujuh", "content": ["Muhyiddin Yassin tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah SSAAS bagi menghadapi pertuduhan ketujuhnya dekat Mahkamah Sesyen di Shah Alam, Selangor, hari ini.", "SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah atas tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.", "Beliau membuat pengakuan sama dalam kandang tertuduh atas pertuduhan ketujuhnya itu selepas mengangguk faham sebaik sahaja dibacakan dihadapan Hakim Rozilah Salleh.", "Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan nama sebenarnya Mahiaddin Md. Yassin dituduh menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah RM5 juta daripada sebuah syarikat melalui akaun AmBank milik Parti Bersatu.", "Menurut Utusan Malaysia, Presiden Bersatu itu didakwa melakukan kesalahan itu dekat sebuah cawangan bank di Petaling Jaya pada 7 Januari tahun lalu.", "Justeru, beliau dituduh di bawah seksyen 4(1)(b) dibaca bersama seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.", "Pertuduhan dikendalikan pasukan pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya diketuai, Ahmad Akram Gharib, Mohd. Fadhly Mohd. Zamry, Zander Lim Wai Keong, Kalai Vani Annadorai dan Maziah Mohaide.", "Sementara pasukan pembelaan pula diketuai Datuk K. Kumaraendran, Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Amiratu Al Amirat Salleh Mohamed Garbaa, Mohd. Isa Mohamad Basir, Shahir Ab. Razak, Teh See Khoon, Varsha Chelvi dan Raja Syuhada Raja Khairuddin.", "Jumaa lalu, bekas Timbalan Presiden UMNO itu berdepan enam pertuduhan membabitkan salah gunakan kedudukan dan pengubahan wang haram berjumlah RM232.5 juta.", "Salah satu pertuduhan yang dikenakan didakwa dilakukan sejak pada hari pertama beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kelapan iaitu pada 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.", "Hakim Azura Alwi kemudian membebaskan Muhyiddin dengan jaminan sebanyak RM2 juta bersama dua orang penjamin warga tempatan serta diperintah menyerahkan pasport antarabangsa untuk disimpan oleh mahkamah sehingga kes selesai. ", "Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan ketujuh"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/26/pegawai-polis-terima-36-jahitan-akibat-diserang-pencuri-82-tahun/", "headline": "Pegawai polis terima 36 jahitan akibat diserang pencuri 82 tahun", "content": ["Keadaan dada pegawai polis yang cedera selepas diserang seorang lelaki dalam kejadian di Taman Selasih, Kulim.", "KULIM: Seorang pegawai polis berusia 30-an menerima 36 jahitan di dada akibat terkena pisau pemotong kertas yang digunakan seorang pencuri warga emas dalam kejadian di Taman Selasih, di sini pada pukul 10.45 pagi kelmarin.", "Dalam kejadian itu, seorang anggota polis turut cedera di kaki dan menerima lima jahitan ketika bergelut untuk menahan suspek lelaki yang berusia 82 tahun.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, polis pada mulanya menerima panggilan mengenai kes curi di sebuah pasar raya yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.", "“Sepasukan polis diketuai pegawai risikan dan operasi, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim pergi ke tempat kejadian dan mendapati suspek telah melarikan diri dengan menaiki motosikal.", "“Pasukan polis menemukan suspek yang berhenti di hadapan sebuah rumah di Taman Selasih dan semasa pegawai memperkenalkan diri, suspek mengambil sesuatu di dalam raga motosikal lalu menghayun ke arah pegawai terbabit yang menyebabkan kecederaan di bahagian dada.", "“Anggota terbabit yang bertugas di Cawangan D9 IPD Kulim cuba menahan suspek dan berlaku pergelutan yang menyebabkan dia turut mengalami kecederaan di bahagian kaki,” katanya ketika dihubungi, kelmarin.", "Mohd. Redzuan berkata, polis berjaya menahan suspek bersama sebilah pisau pemotong kertas dan merampas pelbagai barangan yang dipercayai dicuri di pasar raya berkenaan. ", "Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau, namun ujian awal air kencing mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah.", "Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama 20 tahun dan Seksyen 380 kanun sama kerana mencuri di dalam bangunan.", "Sementara itu, Mohd. Redzuan memaklumkan, pegawai dan anggota terbabit yang juga berusia 30-an kini menerima rawatan di Hospital Kulim.", "Pegawai polis terima 36 jahitan akibat diserang pencuri 82 tahun"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/27/hajiji-magangat-rayat-tumilombus-monginggirot-pisompuruan-pihunungan/", "headline": "Hajiji magangat rayat tumilombus monginggirot pisompuruan, pihunungan", "content": ["Hajiji miampai naalap suai minonuntung gandang montok pinopoimagon Karnival Spoot “Lions Tuaran Merdeka Run & Cycling 2023” id Padang Kakadayan Tuaran, Tuaran, di tadau baino’.", "TUARAN: Boyoon Montiri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor minagangat rayat mogisuai tinaru id pogun diti tumilombus monginggirot po do piromutan piuludan om pisompuruan di haro mantad.", "Ka disio, id kinaramaion mamaramit Tadau Kinomordikaan, pisompuruan om pihunungan id nayatan rayat mogisuai tinaru om kotumbayaan ugama’ kiguno tilombuson mongingkawas.", "Minoboros isio, iti oponsol montok papatantu’ Sabah kotilombus kopuriman komogoton om koburuon nogi’ kasasanangan rayat kotilombus ogompi’.", "Hajiji miampai naalap suai pinapangkis “Merdeka” id Karnival Spoot “Lions Tuaran Merdeka Run & Cycling 2023” id Padang Kakadayan Tuaran, Tuaran, di tadau baino’.", "“Rayat kiguno mamagatang kinomordikaan i naanu do pomogunon om pogun Sabah. Ilo’ pogi’ do toun diti suai ko’ mamaramai Tadau Kabansaan, mamaramai tokou nogi’ do Tadau Sabah i kopokito tadau kinomordikaan pogun diti mantad kokuasa’an British i ramaion montok kumoinsan nogi’ do ko 31tw Kowalu’ diti,” ka disio ontok pinopoimagon Karnival Spoot “Lions Tuaran Merdeka Run & Cycling 2023” id Padang Kakadayan Tuaran di tadau baino’.", "Hajiji minoboros, sunduan pisompuru, mogiambalut om mogipapantang kanau mongimbulai koyuon di oulud, ounsikou om osompuru.", "Hajiji pinopotunui tutungkap kuminaa dilo’ nakalantoi ababayan tumangkus kopihondot Karnival Spoot “Lions Tuaran Merdeka Run & Cycling 2023” id Padang Kakadayan Tuaran, Tuaran, di tadau baino’.", "Kalansanan disio karnival spoot i pinaanjur do Lions Club Tuaran okon nopo ko’ koposuni nubasanan spoot nga nogi’ koposindak sunduan ‘patriotik’ om kinomordikaan id nayatan rayat.", "Nokotindapou nogi’ i Montiri Koburuon Labus Kakadayan om Puru Lintuhun Koundangan Pogun (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya om Presiden Lions Club Tuaran, Kapitan Frankie Goh."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/20/skuad-garuda-tewas-0-2-kepada-juara-dunia-argentina/", "headline": "Skuad Garuda tewas 0-2 kepada juara dunia, Argentina", "content": ["Pemain Argentina, Nicolas Ivan Gonzalez (kiri) cuba untuk merebut bola daripada pemain Indonesia, Asnawi Mangkualam Bahar dalam aksi perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.", "JAKARTA: Skuad Argentina bergelut untuk menewaskan Indonesia dalam aksi perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta kelmarin yang berkesudahan memihak juara dunia itu dengan kemenangan 2-0.", "Biarpun tanpa kelibat penyerang prolifik, Lionel Messi, Angel Di Maria serta Nicolas Otamendi dalam senarai pasukan Argentina, Stadium Gelora Bung Karno, tetap padat dengan kehadiran lebih 60,000 penyokong tuan rumah.", "Menurut Utusan Malaysia, Indonesia pula tekad mahu menjadikan perlawanan ini sebagai persiapan untuk menghadapi Kejohanan Piala Asia yang bakal diadakan Januari 2024 apabila diletakkan bersama Jepun, Iraq dan Vietnam dalam kumpulan D.", "Apatah lagi mereka berjaya mengikat Palestin seri tanpa jaringan dalam aksi perlawanan persahabatan sebelum ini.", "Skuad Albiceleste pula membuat beberapa pertukaran pemain berbanding perlawanan menentang Australia tempohari di Beijing, China.", "Indonesia bermula baik pada awal babak pertama apabila mereka berjaya mengekang asakan demi asakan serangan Argentina yang diketuai Julian Alvarez, dengan percubaan terbaik pelawat hadir pada minit ke 29 apabila Facundo Buonanotte melepaskan rembatan kaki kiri, namun berjaya ditepis Ernando Ari, dan penjaga gol Indonesia itu turut bertindak cemerlang untuk menggagalkan percubaan susulan Alvarez.", "Argentina terpaksa menanti sehingga minit ke 35 untuk membuka tirai jaringan apabila Leandro Paredes melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk memberikan pasukan pelawat kelebihan 1-0 menuju ke bilik persalinan.", "Indonesia hampir menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama, namun rembatan Ivar Jenner ditepi penjaga gol Argentina, Emi Martinez.", "Bersambung babak kedua, skuad kendalian Lionel Scaloni tidak menunggu lama untuk meledak apabila Christian Romera meletakkan pelawat 2-0 di hadapan pada minit ke 55 apabila menanduk kemas bola hasil sepakan penjuru yang diambil Giovani Lo Celso.", "Biarpun Argentina lebih banyak menguasai selepas itu, dan Indonesia juga tidak kurang cuba untuk melancarkan serangan balas bagi merapatkan namun kedudukan tersebut tidak berubah sehingga tamat permainan.", "Skuad Garuda tewas 0-2 kepada juara dunia, Argentina"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/14/wabak-selesema-burung-semakin-mudah-jangkiti-manusia/", "headline": "Wabak selesema burung semakin mudah jangkiti manusia", "content": ["GENEVA: Wabak selesema burung yang berterusan menyebabkan kemusnahan kepada populasi haiwan dan kini mungkin menjangkiti manusia dengan lebih mudah, menurut kenyataan bersama oleh tiga pertubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).", "Ayam, burung liar dan beberapa mamalia terjejas oleh wabak itu dan mata pencarian petani serta perdagangan makanan rosak, kata organisasi itu.", "Dalam analisa situasi dan nasihat mereka mengenai wabak selesema burung, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) menggesa negara untuk bekerjasama merentas sektor menyelamatkan seberapa banyak haiwan yang mungkin dan untuk melindungi manusia.", "Virus influenza burung biasanya merebak dalam kalangan burung, tetapi peningkatan bilangan virus selesema burung H5N1 yang dikesan dalam mamalia menimbulkan kebimbangan bahawa virus itu mungkin menyesuaikan diri dan menjangkiti manusia dengan lebih mudah.", "Di samping itu, sesetengah mamalia mungkin bertindak sebagai ‘pencampur’ untuk virus influenza, yang membawa kepada kemunculan virus baharu yang boleh lebih berbahaya kepada haiwan dan manusia, kata kenyataan itu.", "Menurut Utusan Malaysia, WOAH memberitahu, pada tahun 2022 organisasi itu menerima laporan mengenai wabak selesema burung dengan patogenik tinggi H5N1 dalam ayam dan burung liar dari 67 negara di lima benua, dengan lebih 131 juta ayam domestik hilang akibat kematian atau pemusnahan di ladang serta kampung yang terjejas.", "Pada 2023, 14 negara lagi melaporkan wabak, terutama di Amerika Syarikat kerana penyakit itu terus merebak. Beberapa kejadian kematian besar-besaran dilaporkan membabitkan burung liar disebabkan oleh virus influenza A (H5N1) klad 2.3.4.4b.", "Selain itu, wabak maut dalam kalangan mamalia juga disebabkan oleh virus influenza A (H5), termasuk influenza A (H5N1). Sekurang-kurangnya 26 spesies mamalia darat dan laut terjejas, termasuk cerpelai ternakan Sepanyol, anjing laut di AS dan singa laut di Peru dan Chile.", "Virus H5N1 juga dikesan dalam haiwan domestik seperti kucing dan anjing di beberapa negara, dengan pengesanan H5N1 dalam kucing baru-baru ini diumumkan oleh pihak berkuasa di Poland.", "“Terdapat perubahan paradigma baru-baru ini dalam ekologi dan epidemiologi selesema burung yang meningkatkan kebimbangan global apabila penyakit itu merebak ke kawasan geografi baharu serta menyebabkan kematian burung liar yang luar biasa, peningkatan yang membimbangkan dalam kes mamalia,” kata Ketua Jabatan Sains di WOAH, Gregorio Torres.", "Siaran berita bersama itu juga menyatakan lapan kes pengesanan virus influenza A (H5N1) klad 2.3.4.4b sporadis pada manusia dilaporkan sejak Disember 2021, kebanyakannya dikaitkan hubungan rapat dengan burung yang dijangkiti dan persekitaran yang tercemar.", "Jangkitan pada manusia boleh menyebabkan penyakit yang teruk, dengan kadar kematian yang tinggi.", "Wabak selesema burung semakin mudah jangkiti manusia"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/06/652-murid-sekolah-rendah-di-penampang-terima-sumbangan-pakaian-seragam/", "headline": "652 murid sekolah rendah di Penampang terima sumbangan pakaian seragam", "content": ["Ewon (tengah) menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan pakaian seragam sekolah daripada wakil Bank Rakyat kepada wakil sekolah rendah.", "PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Parlimen Penampang telah menyampaikan sumbangan kepada 652 murid sekolah dari tiga buah sekolah rendah di di sini.", "Sumbangan berupa baju seragam sekolah itu disumbangkan oleh Bank Rakyat kepada SK Sugud, SK Putaton dan SK St Theresa Inobong.", "Ketika berucap pada majlis itu Ewon berkata, beliau akan mengadakan siri perjumpaan dengan semua Pengetua dan Guru Besar sekolah d kawasan Parlimen Penampang selepas sesi baharu persekolahan bermula.", "“Selain program kecemerlangan akademik dan sukan, dan selain program CSR membantu sekolah-sekolah, saya ingin melihat bagaimana pembudayaan keusahawanan dapat dipupuk di kampus-kampus sekolah,” katanya. ", "Ewon merakamkan ucapan terima kasih kepada Bank Rakyat dan semua agensi di bawah kementeriannya kerana berjaya melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing.", "“Antaranya Program Back To School anjuran UDA Holdings Berhad, IKMA dan kini giliran Bank Rakyat. Ini menunjukkan kementerian dan agensi amat prihatin terhadap keperluan semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar sekolah."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/05/majoriti-pasukan-f1-berdepan-krisis/", "headline": "Majoriti pasukan F1 berdepan krisis", "content": ["Ferrari sudah lama tidak memenangi gelaran dunia biarpun memegang rekod pasukan paling berjaya dalam sejarah perlumbaan Formula Satu.", "PARIS: Legenda Formula Satu (F1) Perancis, Alain Prost mendedahkan sembilan daripada 10 pasukan yang ber­saing dalam perlumbaan kereta berprestij itu berdepan krisis musim ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Red Bull kini mendahului saingan dengan kelebihan amat selesa selepas memenangi tiga perlumbaan setakat ini, namun pasukan tersebut juga tidak lari daripada dikritik juara dunia empat kali itu.", "“Pelik untuk menyaksikan musim ini, bila anda lihat ia tidak berjalan dengan baik, dan di satu sisi, ia menjadi krisis. Dan krisis ini berada di semua tahap, sama ada melibatkan orang yang besar ataupun kecil.", "“Memang ada, sudah pasti, pasukan yang sedang mende­rita, seperti Mclaren, yang bukan sahaja ketika ini tidak membangun, tetapi selepas beberapa tahun, masih dalam keadaan teruk.", "“Ada pula pasukan Alpine, yang cuba untuk pulih dengan perlahan. Mercedes pula, yang bertahan dengan konsepnya yang inovatif tetapi jelas tidak berhasil,” jelas Prost.", "Prost juga turut mengkritik bekas pasukannya, Ferrari yang membuat keputusan membawa masuk pelumba dan ketua baharu, seorang warga asing yang sehingga kini tidak berupaya mendapatkan keputusan membanggakan.", "Ferrari memegang rekod sebagai pasukan paling ba­nyak memenangi kejuaraan pemandu dan pengeluar dunia, namun kali terakhir pemandu mereka merangkul gelaran dunia adalah pada 2007 menerusi Kimi Raikkonen.", "Bagi Red Bull, Prost berpendapat walaupun mereka me­nguasai saingan F1 ketika ini, masih ada perkara yang mereka perlu risaukan.", "“Ia adalah sistem yang me­numpukan kepada seorang pemandu sahaja, Max Verstappen, yang telah menunjukkan petanda awal kegagalan sistem tersebut.", "“Sergio Perez yang kini bersama pasukan mendapati dia berupaya untuk menang dan tidak akan lagi menahan diri untuk berada di belakang. Jika Red Bull meneruskan dominasi, beberapa minggu akan datang amat getir untuk penyandang juara itu,” tambah Prost.", "Bagaimanapun dia positif dengan pasukan Aston Martin yang telah membuat perubahan musim lalu antaranya membawa masuk bekas juara dunia, Fernando Alonso. ", "Majoriti pasukan F1 berdepan krisis"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/20/kadar-duti-setem-saham-di-bursa-malaysia-dikurangkan-julai-ini-anwar/", "headline": "Kadar duti setem saham di Bursa Malaysia dikurangkan Julai ini – Anwar ", "content": ["Anwar Ibrahim berucap sempena perasmian Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. ", "KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Bursa Malaysia Securities akan dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 berkuat kuasa Julai ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengurangan kadar tersebut bagaimanapun tertakluk kepada had maksimum RM1,000 setiap kontrak.", "Jelasnya, langkah yang diambil kerajaan diyakini secara tidak akan langsung mengurangkan kos transaksi sekuriti dan menjadikan pasaran saham tempatan lebih berdaya saing dan meningkatkan daya tarikan.", "“Peningkatan kecairan pasaran akan menarik lebih banyak dana domestik dan asing ke dalam pasaran saham tempatan.", "“Ia juga menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk melaksana tawaran awam permulaan (IPO) dan memudahkan syarikat senaraian awam dalam menjana dana untuk mengembangkan perniagaan mereka dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya ketika merasmikan Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) dan pelancaran ‘investED’, di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di sini kelmarin.", "Kadar duti setem saham di Bursa Malaysia dikurangkan Julai ini – Anwar Ibrahim "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/08/tawaran-rm1-26-bilion-buat-pengurusan-liverpool-koyak/", "headline": "Tawaran RM1.26 bilion buat pengurusan Liverpool ‘koyak’", "content": ["Mohamed Salah", "LONDON: Pengurusan tertinggi Liverpool berbelah bagi sama ada mahu menerima atau tidak tawaran 215 juta pound (RM1.26 bilion) yang dikemukakan kelab Arab Saudi, Al-Ittihad untuk Mohamed Salah.", "Salah, 31, menjadi subjek spekulasi perpindahan sejak beberapa minggu lalu, dan terus dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke Asia Barat sehinggalah jendela perpindahan Arab Saudi ditutup kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Ittihad sebelum ini menawarkan 150 juta pound (RM881 juta) yang ditolak Liverpool, namun dijangka kembali dengan tawaran lebih baik 215 juta pound.", "Jumlah itu akan mengatasi rekod perpindahan semasa dan mencipta rekod dunia.", "Menurut The Sun, beberapa pegawai tertinggi Liverpool masih berfikir sama ada mahu mempertahankan Salah atau tidak kerana ditawarkan bayaran yang sangat besar.", "The Sun", "Begitupun Reds juga tersepit kerana tidak dapat membeli pengganti Salah sehingga ­Janua­ri tahun depan jika memutuskan untuk melepaskan pe­njaring terbanyak mereka selama enam musim itu.", "Reds", "Walaupun pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bertegas tidak akan menjual Salah, namun laporan menunjukkan Salah bersedia mempertimbangkan pakej gaji 2.45 juta pound (RM14 juta) seminggu di Ittihad.", "Nilai itu sudah tentu mengejutkan dan membuatkannya berfikir meninggalkan Anfield, malah kelab Saudi itu juga menawarkan insentif lain. ", "Tawaran RM1.26 bilion buat pengurusan Liverpool ‘koyak’"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/01/hajiji-yakin-grs-mampu-pertahan-4-kerusi-dun-parlimen-tuaran-pada-prn-akan-datang/", "headline": "Hajiji yakin GRS mampu pertahan 4 kerusi DUN Parlimen Tuaran pada PRN akan datang", "content": ["Hajiji memeriksa perbarisan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman Tahun 2023 di Dewan Sri Sulaman, Tuaran, hari ini.", "TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor yakin Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan rakan komponen di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu mempertahankan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.", "Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, selain kerusi yang disandangnya, tiga kerusi lagi iaitu Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu diyakini kekal milik GRS atas kerjasama semua komponennya.", "“Di Tuaran saya beri jaminan Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu tetap milik GRS pada PRN akan datang. Kita sedia menghadapi apa juga cabaran dan bertarung dengan mana-mana parti yang menentang kita di Tuaran.", "“Apa yang penting ialah kerjasama parti antara kita, jangan ada sabotaj antara kita. Kalau GRS sudah tentukan calon maka tugas kita Gagasan Rakyat untuk menangkan calon kita,” kata Presiden Gagasan Rakyat itu ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman 2023 di Dewan Sri Sulaman, di sini, hari ini. ", "Hajiji yang juga Pengerusi GRS turut menasihatkan perwakilan pada mesyuarat berkenaan dan rakan parti di keempat-empat DUN supaya sama-sama memastikan kemenangan berpihak kepada GRS.", "Hadir sama ialah Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, para pemimpin parti komponen GRS dan Pakatan Harapan Sabah serta Gagasan Rakyat Sabah."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/03/%e9%a6%96%e9%95%b7%e7%a7%bb%e4%ba%a4%e7%a4%be%e6%9c%83%e7%99%bc%e5%b1%95%e5%ae%98%e8%be%a6%e4%ba%8b%e8%99%95%e5%9b%9b%e9%a9%85%e8%bb%8a/", "headline": "首長移交社會發展官辦事處四驅車", "content": ["(亞庇三日訊)沙巴首長拿督哈芝芝今日移交了21輛豐田Hilux四驅車予21區的社會發展官。", "在第二階段移交儀式上,他將汽車鑰匙的複製品交給了21個州席的社會發展官。", "哈芝芝說,73個州席的每個社會發展官辦公室,都將獲得1輛四驅車,旨在為其官員下鄉時使用。", "「我希望我們的官員,將能夠更順利、更有效地履行職責。」", "今日接收四驅車的21個州議席包括蘇拉曼、必打卡士、丹絨克拉莫、西加麥、貢貢、皇家灣、丹絨加布、卡達邁安、擔波羅里、下南南、里卡士、路陽、丹容亞路、摩約、王麻谷、昆達山、文那納、西江、加拉敏汀、蘇拉巴央及摩羅帶。", "2022年10月25日的首階段交車儀式中,共有7輛已移交給7區,包括卡拉納安、九魯、擔布南、魯瑪丹、納巴灣及拉卜。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/14/detik-cemas-bas-jabatan-penjara-bawa-16-orang-terbakar-di-beaufort/", "headline": "Detik cemas bas Jabatan Penjara bawa 16 orang terbakar di Beaufort", "content": ["Pasukan bomba ketika berusaha memadamkan kebakaran pada bas Jabatan Penjara itu. – Ihsan Bomba", "BEAUFORT: Sebuah bas Jabatan Penjara membawa 16 orang termasuk pemandu terbakar ketika melalui Jalan Bypass Limbawang, di sini, kira-kira jam 2 petang tadi.", "Mujur kesemua penumpang sempat menyelamatkan diri sebelum kejadian tidak diingini berlaku.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, PPgB Mohammad Hasbullah Nenggok memberitahu, panggilan mengenai kejadian itu diterima menerusi talian balai pada jam 2.29 petang dan sepasukan 10 anggota diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Irwan Abdul bergegas ke lokasi.", "“Setiba ditempat kejadian yang terletak lapan kilometer dari BBP itu, pasukan bomba mendapati berlaku satu kebakaran melibatkan sebuah bas milik Jabatan Penjara terbakar di bahagian tayar. ", "“Terdapat 16 orang penumpang termasuk pemandu yang merupakan kakitangan penjara dilaporkan tidak mengalami kecederaan,” katanya. ", "Mohammad berkata, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran hos salur bantu mula.", "“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.47 petang dan operasi tamat pada jam 2.58 petang,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/08/fssa-ums-teroka-peluang-kerjasama-bidang-pendidikan-penyelidikan-di-jepun/", "headline": "FSSA UMS teroka peluang kerjasama bidang pendidikan, penyelidikan di Jepun", "content": ["Dr. Jualang (kanan) menerima cenderamata daripada Konsulat Jepun, Shiho Kako.", "KOTA KINABALU: Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneroka peluang perancangan strategik baharu antara UMS dan Jepun khususnya dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.", "Dekan FSSA, Prof. Dr Jualang Azlan Gansau berkata, rangkaian kerjasama tersebut merangkumi pihak industri dan komuniti.", "“Perkara ini merupkan antara inti perbincangan ketika kunjungan hormat Konsulat Jepun iaitu Shiho Kako (Counsellor) dan Eguichi Takayoshi (Second Secretary/Consul) di FSSA pada awal bulan ini.", "“Pihak FSSA turut memberi perkongsian beberapa kerjasama dan aktviti yang sedang dijalankan bersama universiti-universiti di Jepun iaitu Kagoshima University dan Rakuno Gakuen University untuk program Exchange Student and Visit of Research Counterpart To UMS,” katanya.", "Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.", "Menurut Dr. Jualang, turut dibincangkan pada pertemuan itu ialah peranan UMS dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).", "“Kita juga telah memaklumkan kerjasama UMS – Jepun dalam bidang penyelidikan berkaitan dengan gempa bumi dan bencana tsunami.", "“Dalam pertemuan ini, pihak Konsulat Jepun menyambut baik hasrat fakulti dan amat mengalu-alukan pemerkasaan hubungan kerjasama UMS dengan universiti-universiti di negara matahari terbit itu termasuk kerjasama dengan sekolah-sekolah menengah,” katanya.", "Hadir sama Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FSSA, Prof. Madya Dr. Darmesah Gabda; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Madya Dr. Rodeano Roslee; Timbalan Dekan (Hal – Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Chee Fuei Pien; Pengarah Pusat Penyelidikan Pulau-Pulau Kecil FSSA, Dr. Farrah Anis Fazliatul Adnan; Pengarah Pusat Kajian Bencana Alam, Prof. Madya Dr. Carolyn Melissa Payus; Prof. Dr. Ho Chong Mun; dan Ketua Pentadbiran FSSA, Aidah Noordin."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/03/varian-ba-5-2-bf-7-dikesan-di-malaysia-mac-ogos-tahun-lalu/", "headline": "Varian BA.5.2, BF.7 dikesan di Malaysia Mac, Ogos tahun lalu", "content": ["PUTRAJAYA: Dua varian Covid-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang menular di China ketika ini, dikesan berada di Malaysia pada bulan Mac dan Ogos tahun lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kemuncak penularan varian BA.5.2 adalah sekitar bulan September hingga Oktober lalu dan banyak ditemui di negara seperti Afrika Selatan, England, China dan Amerika Syarikat.", "“Ia dikesan di Malaysia sejak 16 Mac 2022. Sehingga 31 Disember 2022, data terkini mendapati 4,152 kes dijangkiti dengan BA.5.2. Kini prevalen varian ini semakin menurun di seluruh dunia.", "“Bagi varian BF.7 pula, kemuncak penularan adalah pada Oktober 2022 dan ia banyak ditemui di negara seperti Belgium, England, Denmark dan juga China,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.", "Menurut beliau, varian BF.7 dikesan di negara ini sejak 21 Ogos tahun lalu dan sehingga 31 Disember, tiga kes dikesan dijangkiti dengan varian tersebut.", "Jelas Noor Hisham, kes pertama dikesan pada 21 Ogos 2022 yang merupakan kes jangkitan tempatan, manakala kedua pada 6 September iaitu kes import jangkitan dari negara Turki.", "“Bagi kes ketiga pada 7 Oktober 2022 merupakan kes jangkitan tempatan,” ujarnya.", "Semalam, media melaporkan setakat 31 Disember lepas, terdapat sejumlah 4,148 kes di negara ini yang dijangkiti varian BA.5.2 dan tiga kes dijangkiti BF.7.", "Bagaimanapun, Noor Hisham berkata, belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan kedua-dua varian. ", "Varian BA.5.2, BF.7 dikesan di Malaysia Mac, Ogos tahun lalu"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/02/%e9%99%8d%e6%b0%91%e7%9c%be%e4%bd%8e%e7%94%9f%e6%b4%bb%e6%88%90%e6%9c%ac-%e6%b2%99%e8%a8%ad3%e6%86%90%e6%86%ab%e9%bd%8b%e6%88%92%e6%9c%88%e5%b8%82%e9%9b%86/", "headline": "降民眾低生活成本 沙設3憐憫齋戒月市集", "content": ["(亞庇二日訊)在整個齋戒月期間,沙巴設有3個憐憫齋戒月市集,分別位於亞庇、必打丹和斗湖。", "沙巴貿消局總監Georgie Abas說,憐憫齋戒月市集是政府的最新舉措,旨在以便宜和合理的價格提供餐點,以降低人民的生活成本。", "他說:「這包括鼓勵商家提供消費人基於憐憫菜單而準備的均衡食品概念。」", "他說,憐憫齋戒月市集指的是有提供憐憫菜單的商家、人們關注的地點、以及建議憐憫租金。", "「這項憐憫齋戒月市集的倡議,是內貿部與地方當局或私人界之間的戰略合作而實施,不涉及對政府的任何成本影響。」", "「整個齋戒月期間,沙巴共有3個地點實施憐憫齋戒月市集,即亞庇的袖珍公園;斗湖的Sabindo Plaza前面;以及必打丹哥刁的Juara Sport Arena 。」", "他說,與此同時,沙巴貿消局與電子錢包服務供應商(Touch ‘n Go & Boost)合作,也以價值RM20的電子錢包形式向6,000名用戶/訪客提供電子現金獎勵(首1,000名),在以下選定的日期,在憐憫齋戒月市集使用:", "根據Georgie的說法,該舉措同時擴展了零售數字化計劃 (ReDI) 計劃,該計劃旨在確保小商戶不會繼續落後於主流,並通過應用無現金數字支付(無現金)共同參與新的數字商業模式。", "他解釋說,這一舉措還支持MyDIGITAL、第四次工業革命政策 (4IR) 和零售業 RMK-12 政策實施計劃 (PPD) 的實施框架,以幫助貿易商通過多樣化的支付方式來啟動經濟,此外還進一步增加收入尤其是在節日期間。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/23/pbs-akan-terus-jadi-kuasa-penting-dalam-arena-politik-sabah-dr-maximus/", "headline": "PBS akan terus jadi kuasa penting dalam arena politik Sabah – Dr. Maximus", "content": ["Dr. Maximus (lima dari kanan), Pairin (tiga dari kanan), Dr. Joachim (enam dari kanan), Timbalan Presiden Datuk Seri Dr. Yee Moh Chai (dua dari kanan) dan pemimpin lain semasa acara memotong kek pada Majlis Makan Malam Bersatu di Dewan Hongkod Koisaan malam ini.", "PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan terus menjadi kuasa penting dalam arena politik Sabah dan memberi sumbangan kepada perkembangan dan kestabilan politik di negeri ini, kata Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.", "Katanya, PBS merupakan salah satu parti politik tertua di negeri ini dan memainkan peranan yang signifikan dalam sejarah politik di Sabah dan negara secara keseluruhan. ", "“Kita mempunyai ahli akar umbi yang ramai dan memperoleh kepercayaan dan sokongan dari rakyat Sabah. ", "“Saya mengajak setiap ahli parti untuk terus berusaha, bersatu hati dan semangat, serta sentiasa bekerjasama tidak kira apa sahaja cabaran yang kita hadapi. Saling mendengar, menghormati, dan memberi sokongan kepada satu sama lain adalah kunci kepada kejayaan kita. ", "“Melalui perpaduan dan kesatuan di dalam parti ini, kita akan dapat memastikan suara rakyat Sabah didengar di semua peringkat pentadbiran. Kita, melalui PBS, boleh membawa perubahan positif kepada negeri ini dan fokuskan usaha ke arah pembangunan yang berkekalan.", "“Dalam masa sama, kita semua juga perlu bekerjasama memperkukuhkan imej PBS sebagai pembela rakyat dan negeri Sabah. Kita perlu memanfaatkan media baharu dalam meningkatkan komunikasi dan menyampaikan suara serta nama parti kepada generasi muda. Generasi muda kini lebih cenderung kepada teknologi moden dan sebahagian daripada mereka bergantung kepada platform digital untuk mendapatkan maklumat dan terlibat dalam perbincangan politik.", "“Kita perlu bergerak seiring dengan perubahan teknologi dan ini merupakan langkah yang sangat penting dalam dunia politik masa kini. Hal ini bukan sahaja penting untuk mencapai kumpulan sasaran kita di setiap bahagian dan cawangan, tetapi juga untuk meneruskan perjuangan kita serta memastikan bahawa aspirasi dan kepentingan seluruh rakyat Sabah terus didengar di seluruh pelusuk negara, terutama sekali Kerajaan Persekutuan,” katanya pada Majlis Malam Bersatu PBS kali ke-38 di Dewan Hongkod Koisaan, di sini, malam ini. Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.", "Dr. Maximus juga percaya kerjasama dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), jika dilaksanakan dengan baik dan integriti, dapat membawa perubahan positif dan kemajuan bagi Sabah.", "Katanya, penubuhan GRS telah membawa perubahan signifikan dalam landskap politik di Sabah. ", "Dr. Maximus menerima cenderahati daripada Naib Presiden PBS merangkap Penolong Bendahari Agung dan pengerusi penganjur Majlis Makan Malam Bersatu Hendrus Anding, sambil diperhatikan oleh Dr. Joachim, Timbalan Presiden Datuk Seri Dr. Yee Moh Chai dan Naib Presiden Datuk Ruslan Muharam.", "“GRS adalah kerjasama politik yang terdiri dari beberapa parti politik tempatan di Sabah, termasuk Parti Bersatu Sabah, dan ia dibentuk dengan tujuan untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya negeri Sabah dan membentuk Kerajaan yang stabil di negeri ini. Terbukti melalui gabungan ini, GRS telah mencapai kemenangan dalam pilihan raya dan membentuk kerajaan baru di negeri ini.", "“Tumpuan utama kerjasama ini adalah untuk memajukan dan membangunkan negeri Sabah, termasuklah usaha mengukuhkan sektor ekonomi, menarik pelaburan, dan mencipta peluang pekerjaan di negeri ini. ", "“Namun, untuk mencapai semua ini, kita perlulah memelihara hubungan baik dengan rakan politik kita dalam komponen GRS. Saya percaya, dengan adanya kerjasama seumpama ini, dan jika dilaksanakan dengan baik dan integriti, kita dapat membawa perubahan positif dan kemajuan bagi negeri Sabah,” kata Dr. Maximus yang juga Timbalan Pengerusi GRS.", "Sementara itu, beliau berkata, pemimpin khususnya, perlu memiliki kegigihan dan keteguhan dalam perjuangan. ", "Pairin menerima cenderahati daripada Naib Presiden PBS merangkap Penolong Bendahari Agung dan pengerusi penganjur Majlis Makan Malam Bersatu, Hendrus Anding, sambil diperhatikan oleh Dr. Maximus dan Dr. Joachim.", "“Kita perlu menjadi teladan bagi generasi muda. Sebab itu, saya seringkali menggunakan slogan “Sabar, Setia, Bersatu” dimana kita perlu SABAR dalam mencapai kejayaan, SETIA kepada Parti Bersatu Sabah dan kerjasama diantara parti politik yang ada, dan BERSATU dalam memastikan masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.", "“Seorang pemimpin yang sabar membolehkannya menghadapi cabaran dengan bijak dan menunjukkan teladan dalam mengatasi pelbagai kesulitan. Kesetiaan membawa kepercayaan dan memperkuat hubungan antara pemimpin dan ahli-ahlinya dan juga masyarakat setempat. Kemampuan untuk bersatu dan bekerjasama dengan pelbagai lapisan masyarakat adalah kunci untuk mencapai matlamat bersama. ", "“Dengan sifat-sifat ini, kita akan menjadi seorang pemimpin yang berintegriti dan membina landasan yang kukuh demi kemajuan dan kejayaan bersama,” ujarnya.", "Kongres PBS kali ke-38 berlangsung selama dua hari dengan Persidangan Induk Tahunannya akan diadakan esok, dirasmikan oleh Penasihat Perdana PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/14/mayat-wanita-disumbat-dalam-beg/", "headline": "Mayat wanita disumbat dalam beg", "content": ["Mayat seorang wanita berusia 25 tahun ditemukan dalam sebuah beg di hentian bas berhampiran Hospital Kulai.", "KULAI: Rangka mayat seorang wanita berusia 25 tahun dipercayai dibunuh ditemukan disumbat dalam sebuah beg yang ditinggalkan di sebuah hentian bas berhampiran Hospital Kulai, di sini Rabu.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu pada pukul 1.50 petang dan mayat berkenaan sudah reput lebih 50 peratus serta berulat.", "“Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat satu beg berisi mayat ditemukan. Rangka mayat itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk proses bedah siasat.", "“Hasil bedah siasat mendapati, jantina mayat berkenaan adalah seorang wanita berusia anggaran 25 tahun, dengan terdapat kesan kecederaan di bawah kulit bahagian kepala.", "“Wanita itu dipercayai telah dibunuh lebih dua minggu lalu, bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini kelmarin.", "Beng Yeow berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu untuk tampil ke Ibu pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Sivachandran menerusi talian 016-2850204.", "Terdahulu, penemuan rangka mayat itu tular dalam media sosial. ", "Mayat wanita disumbat dalam beg"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/05/taufan-haikui-badai-taiwan-buat-kali-kedua-cetus-kerosakan-besar/", "headline": "Taufan Haikui badai Taiwan buat kali kedua, cetus kerosakan besar", "content": ["TAIPEI: Taufan Haikui kembali melanda kepulauan ini buat kali kedua sehingga menumbangkan pokok dan mengakibatkan banjir sepanjang malam.", "Taufan Haikui sebelum ini dilaporkan mula meninggalkan taiwan itu tetapi kembali melanda pulau terbabit pada kelmarin di barat daya Kaohsiung, disusuli ribut tropika yang teruk.", "Tiada laporan mengenai kematian, bagaimanapun terdapat kemusnahan besar di pesisir pantai Taitung iaitu sebuah daerah pergunungan di timur Taiwan yang kurang penduduknya, di mana ribut melanda sehari sebelumnya.", "“Saya sudah lama tinggal di sini dan saya tidak pernah melihat tiupan angin seperti itu,” kata Chen Hai-feng, 55, ketua kampung di perbandaran Donghe Taitung.", "Walaupun Taufan Haikui kali kedua ini dianggap kurang teruk berbanding ribut sebelumnya, Chen berkata ia terasa lebih kuat.", "Di utara Donghe, pekerja dilihat mengangkut blok besar ke lebuh raya pantai yang sebahagiannya runtuh akibat dipukul ombak, dengan harapan struktur konkrit itu mampu mengurangkan kesan berkenaan.", "Haikui ialah taufan pertama di Taiwan dalam tempoh empat tahun, yang memaksa pemindahan lebih 7,000 orang di seluruh pulau itu, terutama dari kawasan pergunungan yang terdedah kepada tanah runtuh.", "Ratusan penerbangan turut dibatalkan dan perniagaan ditutup manakala lebih 217,000 isi rumah kehilangan bekalan elektrik buat sementara waktu.", "Menjelang kelmarin sebanyak 58,000 rumah masih tidak mempunyai bekalan elektrik, manakala sekolah dan perniagaan ditutup di 14 bandar akibat hujan lebat turun.", "Peramal di Biro Pusat Cuaca Taiwan berkata Haikui pada mulanya kelihatan bergerak melalui pulau itu dan keluar ke laut tetapi membuat pendaratan kedua di Kaohsiung pada pukul 4 pagi.", "Pada waktu malam ‘taufan hampir mengelilingi’ Kaohsiung, tetapi apabila ia bergerak di sepanjang pantai struktur taufan itu rosak dan beransur-ansur lemah”, katanya.", "Media tempatan melaporkan bahawa jalan raya dinaiki air di Kaohsiung dan pokok-pokok yang tumbang berselerak di seberang jalan.", "Hampir 80 orang cedera semasa taufan itu, menurut pihak berkuasa, kebanyakannya disebabkan oleh pokok tumbang dan kemalangan kereta.", "Haikui kini dijangka membawa angin kencang dan hujan ke selatan dan timur laut serta ke pulau terpencil Taiwan Kinmen dan Penghu. ", "Taufan Haikui badai Taiwan buat kali kedua, cetus kerosakan besar"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/16/%e7%9e%ad%e8%a7%a3%e5%b7%9e%e8%ad%b0%e6%9c%83%e6%95%b8%e5%ad%97%e6%9c%83%e8%ad%b0%e7%b3%bb%e7%b5%b1/", "headline": "瞭解州議會數字會議系統", "content": ["(亞庇十六日訊)沙巴首長拿督斯里哈芝芝今日在沙巴州議會大樓,瞭解沙巴州議會將使用的數字會議系統。", "新系統將在下週舉行的州議會上使用。", "為了將當前的會議系統升級為無紙化數字會議系統,當局已經安裝了70多台「觸屏平板電腦」供州議員使用。", "工務局的工程師(電氣)Lornetha Daim也在場向哈芝芝介紹如何使用該系統。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/08/10-individu-ditangkap-rompak-cip-kasino-genting-highlands/", "headline": "10 individu ditangkap, rompak cip kasino Genting Highlands", "content": ["Yahaya Othman (tengah) menunjukkan cip kasino yang dirampas dalam beberapa siri serbuan membabitkan kes pecah masuk bilik khas kasino di Genting Highlands dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di Kuantan, Pahang. ", "KUANTAN: Polis Pahang menahan 10 individu berusia antara 30 hingga 59 tahun termasuk seorang warganegara asing dipercayai merompak kira-kira 1,160 keping cip kasino yang dianggarkan bernilai RM4.6 juta di Genting Highlands, Bentong, dekat sini, Sabtu lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya berkata, susulan laporan dibuat pihak pengurusan keselamatan Kasino Genting Highlands, polis melakukan beberapa siri serbuan dan tangkapan di sekitar kawasan Genting Highlands, Raub, Ampang dan Nilai.", "“Hasil siasatan awal, dalam kejadian yang disedari pada 28 Oktober lalu melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan berkenaan kelihatan dua lelaki memasuki bangunan yang menempatkan beberapa bilik kasino khas dengan menggunakan laluan kecemasan.", "“Kedua-dua lelaki berkenaan dipercayai memecah masuk bilik berkenaan seawal pukul 7 pagi dengan mengumpil pintu belakang bilik kasino tersebut yang digunakan sebagai laluan kecemasan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini kelmarin.", "Mengulas lanjut, Yahaya berkata, polis merampas sebanyak 428 keping cip yang bernilai hampir RM2.99 juta dan wang tunai RM16,438.", "Jelasnya lagi, sebanyak 149 keping cip dirampas daripada suspek manakala 279 keping cip yang digunakan oleh suspek diperoleh semula dari pihak kasino.", "“Susulan tangkapan yang dibuat itu, polis masih lagi mengesan baki sebanyak 732 keping cip dipercayai telah digunakan.", "“Dalam kes ini juga pihak polis mengenalpasti lima orang suspek yang masih bebas. Usaha untuk mengesan dan menangkap suspek tersebut giat dijalankan,” katanya.", "Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah suspek boleh dipenjara sehingga 14 tahun.", "10 individu ditangkap, rompak cip kasino Genting Highlands"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/29/prn-anwar-seru-kempen-cara-tersusun-sopan-dan-beradab/", "headline": "PRN: Anwar seru kempen cara tersusun, sopan dan beradab", "content": ["Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas minum pagi di sebuah bistro di Ampang Jaya, Selangor.", "AMPANG JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua calon di enam Pilihan Raya Negeri (PRN) melaksanakan kempen dengan cara yang tersusun, sopan dan beradab, lapor Utusan Malaysia.", "“Alhamdulillah saya lihat proses baik, aman (serta) teratur dan calon-calon kemukakan (borang pencalonan) dengan baik.", " “Insya-Allah kita adakan kempen dengan cara tersusun, sopan dan beradab.", "“(Malah), saya ucap terima kasih (atas) kehadiran Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor selain daripada barisan pimpinan (yang lain),” katanya selepas minum pagi di sebuah bistro di sini.", "PRN: Anwar seru kempen cara tersusun, sopan dan beradab"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/27/sukan-sea-sasaran-lebih-50-emas-realistik/", "headline": "Sukan SEA: Sasaran lebih 50 emas realistik", "content": ["Timbalan Ketua Kontinjen Negara ke Sukan SEA, Sharon Wee (depan, kiri) bersama peserta Larian Obor Sukan SEA 2023 di Putrajaya. – Ihsan MOM", "PETALING JAYA: Sasaran pingat kontinjen negara di temasya Sukan SEA Kemboja perlu dibuat dengan lebih berani dan dalam masa yang sama mencabar atlet agar dapat memenuhi target yang telah ditetapkan.", "Menurut Utusan Malaysia, penganalisis sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, level Malaysia sepatutnya berada di kedudukan tiga teratas senarai pungutan pingat Sukan SEA dan untuk ke tahap itu sasaran lebih 50 pingat emas perlu diletakkan.", "“Berani atau tidak kita kena cabar pihak pengurusan kontinjen ke Sukan SEA termasuk ketua kontinjen, pegawai, jurulatih dan atlet itu sendiri. Kalau tidak capai, hampir-hampir pun merupakan pencapaian yang baik.", "“Letak sasaran yang lebih tinggi ada lebih baik berbanding kita letak sasaran dan kita capai namun, kedudukan keseluruhan Malaysia masih berada di kedudukan keenam atau kelima sahaja dan jauh ketinggalan.", "“Ini (Sukan SEA) sukan paling lemah kedudukannya di Asia Tenggara, kita sebagai antara kuasa besar di rantau ini sepatutnya berada di kedudukan yang lebih baik dan berada sekurang-kurangnya tiga teratas.", "“Sasaran 50 pingat emas dan ke atas adalah relevan dan lebih mencabar. Kalau kita sekali lagi letak sasaran 30 lebih pingat emas memang kedudukan keseluruhan tidak ke mana pasti tempat kelima dan keenam lagi.", "“Saya juga mahu minta agar jangan berada di takuk lama dengan meletakkan sasaran 30 hingga 35 emas tetapi akhirnya kita berjaya capai lebih dua atau empat emas dan kita umum itu pencapaian cemerlang,” katanya kepada Utusan Malaysia.", "Mengulas lanjut, Pekan berkat, bagi meraih lebih banyak pingat emas di temasya dwitahunan itu, sudah tiba masanya untuk Malaysia memberi tumpuan kepada acara-acara lubuk emas seperti olahraga dan renang.", "“Tengok apa yang berlaku di Vietnam tahun lalu, kita gagal kuasai acara ini (lubuk emas) yang menyebabkan pungutan pingat kita merudum. Lihat Vietnam mereka menguasai olahraga manakala Singapura menguasai bagi acara renang,” katanya.", "Sasaran pingat buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh akan diumumkan pada 30 April ini sempena dengan majlis penyerahan bendera yang akan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.", "Pada edisi terakhir di Hanoi tahun lalu, Malaysia melepasi sasaran 36 pingat emas dengan mengakhiri saingan di kedudukan keenam keseluruhan apabila mengutip 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa namun, itu pencapaian terburuk kontinjen negara sejak 1983.", "Ketika itu, wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia selama dua tahun dijadikan salah satu punca kemerosotan prestasi atlet negara yang menyaksikan mereka tidak dapat menyertai kejohanan di luar negara selain kekangan untuk menjalani latihan sebagai persiapan.", "Sukan terjun menjadi penyumbang terbanyak emas kontinjen negara apabila memenangi lapan emas diikuti olahraga lima emas manakala karate dan gimnastik masing-masing membawa pulang empat emas.", "Sukan SEA: Sasaran lebih 50 emas realistik"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/29/tiada-insentif-subsidi-untuk-pengusaha-menu-rahmah/", "headline": "Tiada insentif, subsidi untuk pengusaha Menu Rahmah", "content": ["KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang memberi sebarang insentif atau subsidi kepada mana-mana pengusaha Menu Rahmah.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Menu Rahmah adalah inisiatif pihak industri yang dilaksanakan pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela.", "Katanya, inisiatif Menu Rahmah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengusaha industri makanan dan minuman tersebut.", "“Kementerian belum mempunyai cadangan untuk memberikan sebarang insentif atau subsidi kepada pengusaha-pengusaha Menu Rahmah.", "“Bagaimanapun, kementerian terus menyokong dan membantu dari segi promosi melalui platform media dan portal Menu Rahmah yang diperkenalkan bagi memastikan Inisiatif Menu Rahmah ini dapat diperluas,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.", "Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Cha Kee Chin yang meminta kementerian menjelaskan apakah inisiatif dan pendekatan untuk menambah baik pelaksanaan menu Rahmah ini, agar ia dapat memanfaatkan bukan sahaja pengguna tetapi kepada kedai makan yang terlibat untuk jangka panjang.", "Sehingga 28 Mac 2023 sebanyak 1,531 pengusaha makanan dan minuman telah menyertai inisiatif ini dan menawarkan Menu Rahmah kepada pengguna pada harga RM5. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/parlimen-tiada-insentif-subsidi-untuk-pengusaha-menu-rahmah/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/parlimen-tiada-insentif-subsidi-untuk-pengusaha-menu-rahmah/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/15/angka-korban-turkiye-syria-cecah-41000-erdogan-anggap-sejarah-terburuk-umat-manusia/", "headline": "Angka korban Turkiye-Syria cecah 41,000, Erdogan anggap sejarah terburuk umat manusia", "content": ["Gempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turki dan barat laut Syria pada Isnin lalu telah meragut puluhan ribu nyawa dengan kesan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.", "ISTANBUL: Sembilan mangsa di bawah runtuhan diselamatkan di Turkiye semalam, lebih seminggu selepas gempa bumi kuat melanda di negara berkenaan dan Syria.", "Menurut Utusan Malaysia, CNBC melaporkan, tumpuan penyelamat kini beralih kepada membantu orang ramai yang kini bergelut tanpa tempat tinggal atau makanan yang mencukupi dalam kesejukan.", "Angka terkini kematian di Turkiye dan negara jiran, Syria melebihi 41,000 orang.", "Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui masalah dalam tindak balas awal terhadap gempa bumi berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud yang melanda negara berkenaan pada awal 6 Februari lalu.", "Namun, kini, katanya, keadaan terkawal.", "“Kita sedang menghadapi salah satu bencana alam yang paling buruk bukan sahaja dalam negara kita, tetapi juga dalam sejarah umat manusia,” kata Erdogan dalam ucapan yang disiarkan di Ankara.", "Mereka yang diselamatkan semalam termasuk dua beradik lelaki, berusia 17 dan 21 tahun, ditarik dari blok apartmen di wilayah Kahramanmaras.", "Seorang lelaki dan wanita Syria bertudung harimau di Antakya diselamatkan selepas lebih 200 jam dalam runtuhan.", "Mungkin masih ada lagi orang yang masih hidup untuk ditemukan, kata seorang penyelamat.", "Tetapi pihak berkuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, fasa menyelamat akan berakhir dengan tumpuan beralih kepada fasa kemanusiaan meliputi tempat tinggal, makanan dan persekolahan.", "TERKINI: Angka korban Turkiye-Syria cecah 41,000, Erdogan anggap sejarah terburuk umat manusia"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/25/mayat-warga-asing-ditemukan-dalam-bekas-tapak-lombong/", "headline": "Mayat warga asing ditemukan dalam bekas tapak lombong", "content": ["DENGKIL: Mayat lelaki berpakaian lengkap dipercayai warganegara asing ditemukan terapung di sebuah bekas tapak lombong berhampiran projek perumahan di sini, petang kelmarin.", "Difahamkan, mayat disyaki meninggal dunia lebih kurang tiga hari yang lalu berdasarkan keadaan tubuh badan mangsa yang lebam dan menggelembung serta kulit mengelupas.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mayat itu ditemukan seorang pemancing pukul 3.05 petang kelmarin berhampiran tapak Projek MCT Cybersouth, di sini.", "Beliau berkata, mayat berketinggian lebih kurang 180 sentimeter (cm) dan bertubuh gempal. Mayat tanpa identiti itu disyaki warganegara asing berikutan tiada tanda suntikan BCG pada lengan si mati.", "“Kerja-kerja mengalih dan mengangkat mayat ke tebing tasik dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil,” katanya ketika dihubungi, kelmarin.", "Katanya, siasatan lanjut di kawasan lombong seluas kira-kira 10 ekar itu tidak menjumpai kenderaan yang digunakan oleh si mati malah, kawasan lombong juga tidak berpagar dan boleh diakses secara bebas.", "Wan Kamarul Azran berkata, Unit Anjing Pengesan (K9) dikerah membuat pemeriksaan di lokasi kejadian, namun gagal menemui sebarang petunjuk berikutan mayat berada di dalam air.", "Katanya, mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk di bedah siasat.", "Mayat warga asing ditemukan dalam bekas tapak lombong"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/04/pengasas-big-blue-taxi-didakwa-tipu-pembelian-alphard-guna-datuk-palsu/", "headline": "Pengasas Big Blue Taxi didakwa tipu pembelian Alphard, guna Datuk palsu", "content": ["Shamsubahrin Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan penipuan pembelian kereta mewah dan menggunakan gelaran palsu. ", "MELAKA: Pengasas Big Blue Taxi Services, Shamsubahrin Ismail dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan membabitkan penipuan pembelian kereta mewah dan menggunakan gelaran palsu melibatkan kerugian berjumlah RM95,000.", "Menurut Utusan Malaysia, tertuduh berusia 57 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.", "Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya Pengerusi Kanan Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang mendorong beliau menyerahkan wang berjumlah RM95,000 bagi mendapatkan kenderaan jenis Toyota Alphard model tahun 2019 berharga RM180,000 dan nombor pendaftaran kenderaan khas, VVP 7.", "Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara 10 tahun, sebat dan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.", "Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa telah menggunakan gelaran dan kehormatan sebagai Datuk untuk tujuan keuntungan peribadi tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Menteri.", "Sabit kesalahan, tertuduh berdepan denda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara setahun hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 (1) (a) Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (Mencegah Penggunaan Yang Tidak Betul) 1981 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5 enakmen sama.", "Kedua-dua kesalahan dilakukan di Pejabat Speaker Dewan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh dalam daerah Melaka Tengah pada 7 Disember 2021.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin mencadangkan jaminan RM50,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dengan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.", "Peguam Loh Chon Mee memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya sedang menghadapi perbicaraan lain di Kuala Lumpur dan Selangor, serta memerlukan perbelanjaan besar untuk rawatan dialisis dan kemoterapi.", "Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM30,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.", "Sebutan semula kes dan serahan dokumen ditetapkan 7 Februari depan. ", "Pengasas Big Blue Taxi didakwa tipu pembelian Alphard, guna Datuk palsu"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/05/mayat-pasangan-warga-china-ditemukan-di-hotel-bali/", "headline": "Mayat pasangan warga China ditemukan di hotel Bali", "content": ["BADUNG: Sepasang kekasih warga China ditemukan mati dalam keadaan bogel dan berlumuran darah  di sebuah bilik hotel lima bintang di Bali.", "Menurut Utusan Malaysia, Kompas.com melaporkan, pasangan warga asing berkenaan menginap di sebuah hotel terkemuka di Jimbaran di wilayah Kuta Selatan dan mayat mereka ditemui oleh kakitangan pengurusan hotel dalam keadaan ngeri Isnin lalu kira-kira pukul 7.00 pagi (waktu tempatan).", "Kompas.com", "Menurut Utusan Malaysia, Unit Siasatan Jenayah Polis Kuta Selatan, AKP Made Suanta berkata, mayat salah seorang mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan koridor sementara mayat seorang lagi terbaring dalam tab mandi bilik hotel tersebut dengan kesan luka di beberapa bahagian badan.", "“Pengurus bertugas bersama seorang  pelayan bergegas ke kawasan koridor hotel membawa kerusi roda selepas mendengar jeritan beberapa pengunjung meminta bantuan. ", "“Setibanya di koridor terbabit, mereka menemui mayat seorang mangsa dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan luka parah di leher kiri dan kanan serta kaki kirinya.", "“Apabila menjenguk ke bilik berhampiran, petugas turut menemui mayat seorang lagi mangsa di tab mandi dengan kesan jerutan di leher dan luka terbuka di bahagian dahi,” jelasnya.", "Menurut Made, pihaknya masih menyiasat sama ada pasangan kekasih itu meninggal dunia membunuh diri atau menjadi mangsa pembunuhan.", "“Kami masih menunggu keputusan bedah siasat. Tiada barang-barang mangsa yang hilang dan kami masih lagi menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/mayat-pasangan-warga-china-ditemukan-di-hotel-bali/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/mayat-pasangan-warga-china-ditemukan-di-hotel-bali/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/27/jawatankuasa-khas-kabinet-ditubuh-untuk-tingkatkan-tahap-sara-diri-km/", "headline": "Jawatankuasa khas Kabinet ditubuh untuk tingkatkan tahap sara diri – KM", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas Kabinet bagi menangani isu Tahap Sara Diri (SSL) di negeri ini.", "Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, jawatankuasa khas itu akan diketuai oleh Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri (MAFFI).", "“Saya berbangga dengan usaha gigih MAFFI dan agensi-agensi dibawahnya serta agensi-agensi Kerajaan Persekutuan yang telah mengembleng tenaga bersatu padu menjayakan matlamat meningkatkan SSL pengeluaran semua jenis bahan makanan di negeri ini.", "“Antara isu yang dikenalpasti, berkaitan dengan keluasan kawasan sawah yang semakin kurang kerana telah digunakan menjadi kawasan pembangunan perumahan dan kedai komersial. Bagi menangani isu ini, Kerajaan telah meneroka kawasan penanaman padi baharu di Trusan Sapi, Beluran seluas kira-kira 2,000 ekar.", "“Ia dimajukan secara bersepadu oleh MAFFI dan agensinya iaitu Korporasi Pembangunan Desa (KPD), Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran dengan penglibatan pihak sektor swasta serta penduduk Trusan Sapi sebagai peserta penanaman padi,” katanya ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Sabah 2023 di Wisma Pertanian di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr .Jeffrey Kitingan.", "Ketua Menteri berkata, semua usaha yang diambil Kerajaan ini bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan menghasilkan lebih banyak produk pertanian bernilai tinggi untuk tujuan komersial yang berupaya merangsang pertumbuhan sektor berkenaan.", "“Sektor pertanian, perikanan dan penternakan mempunyai potensi yang sangat besar untuk terus dibangunkan di negeri ini.", "“Penekanan adalah kepada aktiviti-aktiviti rantaian nilai secara menyeluruh iaitu peningkatan pengeluaran, pengumpulan hasil, pemprosesan dan pemasaran yang lebih sistematik serta penggunaan teknologi terkini untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan perluasan pasaran eksport ke luar negara,” katanya.", "Sehubungan itu beliau berkata, bagi subsektor tanaman, sebanyak RM115.39 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pertanian untuk meningkatkan pengeluaran pelbagai hasil tanaman, bagi menjana pendapatan golongan petani daripada RM2,000 kepada RM4,000 sebulan.", "“Usaha Kerajaan untuk membantu golongan sasar B40 dan miskin tegar akan diteruskan menerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) dengan peruntukan berjumlah RM20.28 juta. Seramai 2,015 peserta akan menerima manfaat daripada pelaksanaan pelbagai program ternakan dan tanaman.", "“Di samping itu, KPD Smart System telahpun dibangun dan akan digunakan di pusat-pusat pengumpulan hasil tani KPD. ", "“Dalam subsektor perikanan pula, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Perikanan, Ko-Nelayan dan SAFMA antaranya, akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menjamin sumber bekalan perikanan yang mencukupi di negeri ini.", "“Antaranya, menggalakkan nelayan muda mengusahakan ternakan ikan dalam sangkar, pengkulturan rumpai laut, termasuk meneroka industri hiliran pemprosesan hasil perikanan dengan mengeluarkan produk seperti Keropok Amplang,” katanya.", "Beliau berkata, sejumlah RM46.09 juta diperuntukkan kepada Jabatan Perikanan, pada tahun ini, bagi meneruskan pelbagai program jaminan pengeluaran hasil perikanan mampan untuk menampung pasaran dalam negara dan antarabangsa.", "“Manakala bagi sektor ternakan, Sabah masih mengimport daging lembu, daging kambing, produk tenusu, produk ayam dan telur. Bagaimanapun, usaha giat sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah melalui Projek Memperkasa Industri Ruminan Sabah yang bernilai RM50 juta.", "“Jabatan ini juga menjalin kerjasama dengan beberapa GLC melalui projek seperti Projek Integrasi Ternakan di Bawah Kelapa Sawit (PINTAR), Projek Ternakan Kambing dan Program Transformasi Ternakan,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/22/dataxet-group-operation-in-malaysia-wins-prestigious-brand-laureate-award-for-sustainable-business/", "headline": "Dataxet Group operation in Malaysia wins prestigious Brand Laureate Award for sustainable business", "content": ["https://dataxet.namaasia.com/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/18/2-warga-uk-dipenjara-6-bulan-denda-rm100000-tipu-pelaburan-online/", "headline": "2 warga UK dipenjara 6 bulan, denda RM100,000 tipu pelaburan online", "content": ["Warga Britain, Lloyd George Bedwell dan Roger Hoi Wing Wu ketika tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang pagi ini atas dakwaan menipu seorang warga Austria membabitkan pelaburan online. ", "BUTTERWORTH: Dua lelaki warga United Kingdom masing-masing dipenjara enam bulan dan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth di sini kelmarin atas pertuduhan terlibat dalam sindiket penipuan atas talian antarabangsa berjumlah hampir RM53,000.", "Menurut Utusan Malaysia, Lloyd George Bedwell, 48, dan Roger Hoi Wing Wu, 46, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Inggeris di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.", "Hukuman penjara itu ditetapkan bermula dari tarikh mereka ditahan iaitu 21 Februari lalu.", "Mengikut dua pertuduhan itu, Lloyd dan Roger bersama seorang lagi yang masih bebas iaitu Jacob Yazdi didakwa telah menipu dua warga Austria, Trevor Ronald John Curtis dan Kimberley John Buist Walker.", "Ia bagi memperdayakan mangsa untuk mempercavai bahawa beliau dijamin akan mendapat kentungan yang tinggi daripada satu pelaburan jangka masa singkat dengan membuat pembelian saham di syarikat dikenali sebagai Devon Energy Corporation yang kedua-dua tertuduh ketahui tidak wujud.", "Dengan itu, mereka dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan sejumlah AUD8,991.92 (RM27,018.28) dan AUD8,573 (RM25,759.54) ke dalam akaun RHB Bank Berhad milik MB International Sdn. Bhd..", "Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka di Island Plaza Tower, Tanjong Tokong pada 16 Disember 2022 dan 5 Januari lalu.", "Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.", "Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib; Noor Azura Zulkifli dan Afiqa Liyana Rozman manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam V. Muniandy dan A. Ashok.", "SPRM sebelum ini membongkar satu sindiket ‘scammer’ pelaburan yang didalangi warga UK bersama beberapa negara lain kerana turut terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram serta rasuah menerusi Op Tropicana.", "Mereka dipercayai menipu mangsa yang terdiri daripada warga Australia dan UK dengan memperdayakan mereka membuat pelaburan tidak wujud.", "Modus operandi sindiket itu adalah mencari mangsa menerusi platform media sosial dan panggilan telefon. ", "2 warga UK dipenjara 6 bulan, denda RM100,000 tipu pelaburan online"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/17/wanita-tinggal-dalam-gua-500-hari/", "headline": "Wanita tinggal dalam gua 500 hari", "content": ["Beatriz Flamini keluar dari sebuah gua di Los Gauchos, berhampiran Motril selepas berada di dalamnya selama 500 hari.", "MADRID: Seorang atlet sukan ekstrem dari Sepanyol keluar dari sebuah gua selepas berjaya menghabiskan masa selama 500 hari tanpa berhubungan dengan mana-mana individu dari luar. ", "Pencapaian Beatriz Flamini kemungkinan besar bakal melakar rekod dunia.  ", "Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, Flamini memasuki gua di Granada, Sepanyol sebelum insiden pencerobohan Russia di Ukraine dan ketika dunia masih berada dalam cengkaman pandemik Covid-19. ", "Ia merupakan sebahagian eksperimen yang dipantau rapi oleh sekumpulan saintis.", "“Saya masih terperangkap pada tarikh 21 November 2021. Saya tidak tahu apa-apa mengenai dunia sejak itu,” katanya selepas keluar dari gua.", "Flamini, 50, memasuki gua tersebut ketika berusia 48 tahun.", "Wanita itu tinggal di dalam gua sedalam 70 meter itu, dengan melakukan beberapa aktiviti termasuk bersenam, melukis dan mengait topi bulu.", "Menurut pasukan sokongan Flamini, sepanjang tempoh berada di dalam gua itu, dia sudah membaca sebanyak 60 buah buku dan minum 1,000 liter air.", "Dia dipantau oleh sekumpulan ahli psikologi, penyelidik, pakar speleologi, namun tiada pakar berkenaan pernah menghubunginya.", "Rakaman disiarkan oleh stesen TVE Sepanyol menunjukkan Flamini sedang memanjat keluar dari gua sambil tersenyum sebelum memeluk pasukannya.", "Sementara itu, Flamini menyifatkan pengalamannya sebagai ‘menakjubkan dan tiada tandingan’.", "“Selama setahun setengah, saya tidak bercakap dengan sesiapa melainkan diri sendiri,” katanya.", "Flamini mengakui dia juga kehilangan jejak masa selepas kira-kira dua bulan.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/04/wanita-tinggal-dalam-gua-500-hari/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/04/wanita-tinggal-dalam-gua-500-hari/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/14/skuad-silat-negara-bawa-pulang-tujuh-emas-dari-dubai/", "headline": "Skuad silat negara bawa pulang tujuh emas dari Dubai", "content": ["Siti Shazwana Ajak berjaya membawa pulang emas dalam kategori puteri D di Kejohanan Pencak Silat Asia ke-7, Dubai.", "PETALING JAYA: Kejayaan Malaysia membolot tujuh pingat emas dalam Kejohanan Pencak Silat Asia ke-7 di Dubai, kelmarin, membuktikan kemampuan barisan atlet muda dalam meneruskan legasi pesilat legenda, Al-Jufferi Jamari pada masa akan datang, masih boleh diharapkan.", "Nama-nama seperti Muhammad Helmi, Nor Farah Mazlan dan Nur Syazeera Hidayah Idris yang baru diperkenalkan dalam kejohanan itu bagaimanapun berhasil menghadiahkan kemenangan walaupun masih belum biasa dengan tahap pertandingan tertinggi.", "Biarpun berlatih dengan dua jurulatih baharu, namun ini adalah penyertaan terbaik Malaysia selepas kejohanan sama di Kashmir pada 2021, di mana skuad negara hanya membawa pulang lima pingat emas ketika itu.", "Pengurus pasukan, Bibi Aishah berkata, keputusan positif ini sekali gus memberi gambaran baik terhadap Kejohanan Silat Dunia 2023 yang akan berlangsung pada 25 Disember depan.", "“Lima pingat emas dihadiahkan Khairi Adib (pemenang enam kali Sukan SEA), kemudian pesilat baru, Helmi yang kami ketengahkan selepas Al-Jufferi bersara.", "“Dia menunjukkan persembahan yang sangat baik sebab baru kali pertama bertanding kejohanan besar. Kami juga sasarkan dia untuk menang emas dalam kejohanan dunia nanti.", "“Selain itu kita juga Farah Mazlan, pemenang pingat emas Sukan SEA 2023, serta Syazeera, walaupun dia pesilat lama tetapi akhirnya berjaya raih pingat pertama untuk dirinya dan negara.", "“Sebelum ini kita pernah dapat paling tinggi pun lima pingat emas dalam kejohanan peringkat antarabangsa. Ini adalah kejohanan terbaik yang pernah saya bawa dan paling banyak Malaysia raih pingat,” katanya kepada Utusan Malaysia.", "Kejohanan yang berlangsung dari 9 hingga 12 November itu menyaksikan Malaysia meraih tujuh pingat emas, lima perak dan tiga gangsa.", "Terdahulu, Malaysia berjaya meraih dua pingat emas menerusi acara seni oleh Nur Syafiqah Hamzah (tunggal puteri) dan gandingan regu lelaki Danial Azroy dan Danial Azray (ganda putera).", "Pada hari terakhir kejohanan, Malaysia meneruskan momentum merebut lima lagi pingat emas dalam acara olahraga yang dimenangi Khairi Adib Azhar (putera B), Muhammad Helmi (putera E), Nor Farah Mazlan (puteri A), Nur Syazeera Hidayah Idris (puteri B) dan Siti Shazwana Ajak (puteri D).", "Skuad silat negara bawa pulang tujuh emas dari Dubai"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/18/sesi-libat-urus-pemerkasaan-pbt-hijau-siri-1-2023-kursus-semakan-pelan/", "headline": "Sesi Libat Urus Pemerkasaan PBT HIJAU Siri 1/2023 – Kursus Semakan Pelan", "content": ["Stanley (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama peserta Program Sesi akibat Urus Pemerkasaan PBT Hijau Siri 1/2023- Kursus Semakan Pelan baru-baru ini.", "KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) dengan kerjasama Majlis Daerah Penampang menganjurkan Program Sesi Libat Urus Pemerkasaan PBT HIJAU Siri 1/2023 – Kursus Semakan Pelan di Shangri-La Tanjung Aru Resort, di sini, pada Khamis (16 Mac).", "Ini merupakan anjuran kali yang kelima (5) sejak dokumen Piawaian Perancangan Pembangunan Landskap (PPPLNS) bagi keperluan minimum 10% kawasan lapang untuk setiap pembangunan diluluskan oleh Kabinet pada 27 Mac 2019. Program ini merupakan usaha konsisten dan berterusan Kementerian untuk penyeragaman dan penguatkuasaan di peringkat negeri dalam memastikan penyediaan kawasan lapang yang berkualiti, teratur dan ditadbir urus oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan baik.", "Selain itu, ianya bertujuan untuk memperkasakan perkhidmatan PBT agar lebih kompeten dalam menyemak pelan yang dikemukakan selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memudahcara perkhidmatan yang disampaikan kepada rakyat.", "Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap I KKTP, Stanley Chong dan beliau juga menekankan kepentingan lokasi perletakan 10% kawasan lapang amat penting bagi menentukan keberkesanan penggunaan optimum kawasan rekreasi tersebut. Menyedari hal yang demikian, PBT berperanan penting dalam penyediaan kawasan landskap berkualiti.", "Anjuran program yang dirancang oleh Sektor Landskap dan Kelestarian KKTP ini diketuai LAr. Nurulhayati Awang More, Ketua Penolong Setiausaha (Landskap) melibatkan 70 peserta yang terdiri daripada Pegawai-pegawai KKTP serta PBT.", "Usaha penyediaan landskap yang teratur adalah bertepatan dengan usaha ke arah pembangunan lestari demi memastikan kesejahteraan dapat dinikmati oleh rakyat sebagai pembayar cukai. Demikian, kementerian ini mengambil peranan yang proaktif ke atas usaha di peringkat negeri, nasional dan global seperti The 2030 Agenda For Sustainable Development , Malaysia Baharu dengan Konsep Malaysia Madani dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025 dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lestari dan berdaya huni.", "Sehubungan dengan itu juga, Dasar Landskap Negeri yang telah diluluskan pada 2 November 2022 merangkumi pelbagai pelan tindakan termasuklah meletakkan peranan landskap antara teras strategi utama dalam memandu pembangunan landskap negeri Sabah. Melalui kementerian dan PBT, pelbagai program libat urus bersama golongan pemegang taruh dirangka bagi memastikan matlamat holistik dicapai."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/02/dua-beradik-lemas-ibu-emak-saudara-cedera-mandi-pantai/", "headline": "Dua beradik lemas, ibu, emak saudara cedera mandi pantai", "content": ["Anggota bomba dan polis mengangkat dua beradik yang lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Buloh, Tanjung Sedili, Kota Tinggi.", "KOTA TINGGI: Kegembiraan sebuah keluarga mandi-manda di Pantai Tanjung Buloh, Tanjung Sedili dekat sini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka mati lemas petang kelmarin.", "Dalam kejadian pukul 3.39 petang itu, dua beradik Siti Nursalina Johari, 10, dan Siti Rabiah, 13, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala ibu mereka, Mersidita Yunos, 46, dan ibu saudara, Saleha Haron, 27,  cedera dalam kejadian itu. ", "Menurut Utusan Malaysia, Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Khairul Sufian Dahari berkata, seramai sembilan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dalam membantu kerja menyelamat yang turut disertai 15 anggota polis, petugas Kementerian Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pengerang.", "“Difahamkan mangsa, dua beradik bersama keluarga dari Tiram beraya di Tanjung Sedili di rumah saudara mereka. Selepas itu mereka sekeluarga juga saudara lain pergi ke pantai untuk mandi manda. ", "“Dua orang mangsa berjaya diselamatkan orang awam, manakala dua mangsa lagi telah lemas dan dibawa naik oleh orang awam ke darat sebelum anggota tiba di lokasi kejadian. ", "“Dua mangsa merupakan kanak-kanak yang lemas kemudian telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi kelmarin.", "Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan bedah siasat dan operasi ditamatkan pada pukul 4.42 petang.", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/05/dua-beradik-lemas-ibu-emak-saudara-cedera-mandi-pantai/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/05/dua-beradik-lemas-ibu-emak-saudara-cedera-mandi-pantai/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/14/54-bilik-di-dalam-4-premis-dijadikan-sarang-seks-dipecahkan/", "headline": "54 bilik di dalam 4 premis dijadikan sarang seks dipecahkan", "content": ["DBKL menyerbu empat premis di sekitar Jalan Petaling, Kuala Lumpur selepas disyaki menjalankan aktiviti pelacuran.", "PETALING JAYA: Sebanyak empat premis di Jalan Petaling yang menjalankan kegiatan pelacuran terbongkar susulan penahanan 36 wanita warga asing dalam serbuan Ahad.", "Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, wanita disyaki pelayan seks terdiri daripada 26 warga Indonesia, Bangladesh (5), India (2), Sri Lanka (1) dan China (1) diberkas.", "Menurut Utusan Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan di Facebook rasminya berkata, seramai 11 lelaki warga tempatan dan asing dipercayai pelanggan turut diperiksa untuk tindakan lanjut.", "“Risikan mendapati lokasi premis menjadi tumpuan (hotspot) untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral termasuk pelacuran.", "“Empat premis ini dikenakan tindakan penutupan serta-merta (sealed) di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan empat notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 kerana menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan tanpa kebenaran dan lesen pihak DBKL,” kata hantaran itu.", "Tambah DBKL, pihaknya telah memecahkan 54 buah sekatan bilik yang dibina tanpa kelulusan.", "Katanya, sebanyak 155 pelbagai barang telah disita antaranya kondom, gel pelincir, tisu basah dan kamera litar tertutup (CCTV).", "“Barangan yang disita dibawa ke Setor Sitaan DBKL untuk tindakan lanjut,” jelasnya.", "Ujar hantaran itu, DBKL juga telah mengenal pasti premis-premis yang dijadikan sebagai pusat pelacuran dan pengaturan tindakan penguatkuasaan sedang giat dilaksanakan secara berperingkat. ", "54 bilik di dalam 4 premis dijadikan sarang seks dipecahkan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/12/integriti-di-kalangan-penjawat-awam-amat-penting-jahid/", "headline": "Integriti di kalangan penjawat awam amat penting – Jahid", "content": ["Jahid (tiga kanan) bersama Samad, Norlijah, Karunanithy, dan pegawai kanan KPLBS melawat ke ruang pameran sempena Minggu Hari Integriti KPLBS.", "KOTA KINABALU: Integriti dalam kalangan penjawat awam adalah amat penting memandangkan setiap penjawat awam diperlukan untuk bertindak secara beramanah kepada kuasa dan tugasnya, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim.", "Mereka perlu telus, tulus, tiada konflik peribadi, mempunyai akauntabiliti dan patuh kepada undang-undang serta peraturan yang berkuatkuasa, tambahnya.", "Beliau berkata, integriti wujud dalam diri seseorang individu dengan adanya disiplin serta kekuatan diri yang utuh yang mencerminkan watak dan keperibadian diri yang unggul. ", "“Sekiranya berlaku konflik kepentingan, keutamaan harus diberikan kepada kepentingan awam,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Minggu Integriti Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLBS), di Dewan KPLBS, di sini, hari ini.", "Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Samad Jambri, Setiausaha Tetap KPLBS, Datuk Norlijah Hj Danin, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah, Datuk Karunanithy a/l Y. Subbiah,  Timbalan Setiausaha Tetap (TSUT) 1 KPLBS, Aftar Nurajat, TSUT 2, Norsafi Hj Dukah, dan TSUT 3, Peter Jonu.", "Katanya, punca ketirisan integriti adalah daripada dalam diri individu itu sendiri yang ada kalanya mengatasi prosedur dalaman, struktur dan sistem sedia ada. ", "“Sehubungan itu, bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi negara, setiap penjawat awam perlu mempunyai displin dan kekuatan diri dalam menghadapi rempuhan dan cabaran integriti,” katanya. ", "Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, berkata, objektif Minggu Integriti adalah untuk melestarikan serta memantapkan pembudayaan integriti dalam kalangan penjawat awam secara menyeluruh, berkesan menerusi program-program yang telah disusun atur. ", "“Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan dan penekanan tentang implikasi buruk amalan rasuah, melahirkan warga kerja yang berakauntabiliti tinggi dalam melaksanakan tanggung jawab, memastikan kelangsungan program pemantapan integriti dan pencegahan rasuah dalam perkhidmatan awam serta meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam. ", "Justeru, beliau berharap para pegawai yang hadir mahu pun mereka yang mengikutinya secara hybrid di semua pejabat-pejabat Daerah Seluruh Sabah dapat mengambil peluang untuk menimba ilmu dan seterusnya memanfaatkan sepenuhnya ilmu tersebut dalam menjalankan tugas harian mereka.  ", "Terdahulu, Setiausaha Tetap KPLBS, Datuk Norlijah Hj Danin, berkata, pelaksanaan Minggu Integriti adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah Peringkat Negeri pada 27 Mei 2021. ", "“Pada tahun ini, Bahagian Integriti dan Governans Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah menetapkan tarikh pelaksanaan Minggu Integriti bagi semua Kementerian,” katanya. ", "Menurut Norlijah, KPLBS telah terpilih sebagai Kementerian yang pertama menganjurkan Minggu Integriti pada tahun ini.  ", "Jahid bersama para pegawai kanan KPLBS turut melawat ke ruang pameran sempena Minggu Hari Integriti KPLBS.", "Antara pengisian program adalah bacaan Ikrar Bebas Rasuah oleh pegawai dan kakitangan KPLBS, dan perkongsian pengalaman integriti oleh Karunanithy."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/26/keluar-kata-kata-kesat-kerana-kad-akses-tak-boleh-guna/", "headline": "Keluar kata-kata kesat kerana kad akses tak boleh guna", "content": ["PETALING JAYA: Hanya kerana kad akses tidak boleh digunakan, seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengawal keselamatan bertugas di sebuah kawasan kediaman di Taman Sri Sentosa dekat sini, Sabtu lalu.", "Dalam kejadian berkenaan, satu laporan polis dibuat seorang individu berusia 46 tahun.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, siasatan berdasarkan laporan tersebut mendapati, kejadian melibatkan seorang lelaki dipercayai penghuni kediaman tersebut yang memandu sebuah kereta jenis BMW.", "“Suspek dikatakan membuat kekecohan beberapa kali dan enggan memberikan kerjasama terhadap pengawal keselamatan ketika kejadian.", "“Selain itu, suspek turut dilihat memarahi dan memaki pengawal keselamatan bertugas dengan perkataan yang kesat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. ", "Katanya, siasatan mendapati punca pertengkaran disebabkan kad akses masuk suspek dipercayai tidak dapat digunakan.", "“Kejadian tersebut sekali gus mengakibatkan berlakunya pertengkaran antara suspek dan pengawal keselamatan di kawasan kediaman tersebut.", "“Perkara tersebut kemudian diselesaikan secara baik antara suspek dan pengawal keselamatan terlibat dan laporan polis yang dibuat sebelum ini turut ditarik balik,” katanya.", "Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.", "“Perkara tersebut diselesaikan secara baik dan semua pihak terlibat tidak mahu polis meneruskan siasatan.", "“Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polisberdekatan,” katanya.", "Semalam, tular rakaman video di Twitter memaparkan pertengkaran antara seorang individu dengan pengawal keselamatan di sebuah kawasan kediaman di sini. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/keluar-kata-kata-kesat-kerana-kad-akses-tak-boleh-guna/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/keluar-kata-kata-kesat-kerana-kad-akses-tak-boleh-guna/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/19/ums-imperial-college-london-bincang-usaha-bangunkan-hab-inkubasi-penyelidikan-dan-inovasi/", "headline": "UMS – Imperial College London bincang usaha bangunkan Hab Inkubasi Penyelidikan dan Inovasi", "content": ["Delegasi UMS dan Imperial College London mengambil gambar kenangan selepas sesi perbincangan.", "LONDON: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan perbincangan penyelidikan bersama Imperial College (IC) di South Kensington di sini, baru-baru ini, sebagai salah satu usaha merealisasikan pembangunan sebuah Hab Inkubasi Penyelidikan dan Inovasi di universiti itu.", "Delegasi UMS diketuai Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor manakala IC diwakili Provos Profesor Dr Ian Walmsley.", "Menurut Dr. Kasim, negeri Sabah kaya dengan sumber alam semula jadi terutamanya biodiversiti, marin, minyak dan gas yang boleh diubah kepada produk bernilai tinggi melalui penyelidikan dan inovasi.", "“Sabah juga berada pada lokasi strategik di Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur – Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan dikelilingi oleh laut.", "“Oleh kerana itu, Sabah mempunyai kekuatan dalam menyediakan sumber dan UMS berperanan sebagai satu-satunya universiti awam di negeri ini sebagai platform untuk penyelidikan bersama dalam pelbagai bidang khususnya kejuruteraan, teknologi, perubatan dan perniagaan,” katanya.", "Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah UMS, Samasuddin Yusop; Pendaftar, Luqman Ridha Anwar; Bendahari, Badrul Hisyam Ismail; dan Timbalan Pengarah (Strategik) Pusat Pengurusan Penyelidikan, Prof. Madya Dr. Fatimah Ahmedy.", "Dalam pada itu, Dr Ian menyambut baik terhadap usaha UMS dalam membangunkan Hab Inkubasi Penyelidikan dan Inovasi.", "Beliau turut berkongsi hal ehwal penyelidikan dan pengkomersialan produk di universiti berkenaan.", "“IC memacu hasil penyelidikan dan inovasi melalui pembukaan 373 syarikat awalan (start-up company) dan 370 paten dari pelajar dan kakitangan untuk tujuan pengkomersialan produk.", "“Ia berjaya dilaksanakan menerusi pewujudan hub inkubasi dan scale space, ruang ciptaan dan hab-hab penyelidikan di dalam kawasan khusus universiti yang dikenali sebagai White City,” jelas Dr Ian.", "Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly memaklumkan pembangunan White City oleh IC ini dilihat selaras dengan usaha UMS yang sedang membangunkan hab inkubasi pengkomersialan produk penyelidikan dan inovasi.", "“Untuk rekod, UMS dan IC telah menjalin hubungan baik sebelum ini melalui penyelidikan bersama dalam kalangan penyelidik sejak beberapa tahun yang lalu,” katanya.", "Pada pertemuan itu, turut dibincangkan potensi kolaborasi dalam bidang simulasi penyakit berjangkit menerusi teknologi kecerdasan buatan yang dapat mengesan perubahan taburan wabak pada masa sebenar bagi membolehkan mitigasi dilakukan dengan efektif dan pantas.", "Selain itu, sebuah perkongsian topik berkaitan ekologi dan penyakit berjangkit di kalangan haiwan-haiwan kecil dalam kawasan Sabah turut disampaikan oleh Penyelidik IC, Profesor Dr Rob Ewars.", "Hadir sama, Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan dan Kesihatan Borneo UMS, Prof. Dr. Kamruddin Ahmed dan Profesor Epidemiologi Penyakit Berjangkit IC, Prof. Dr. Azra Gani."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/15/%e6%b2%99%e8%a8%88%e5%8a%83%e5%9c%a8%e6%9d%b1%e4%ba%ac%e8%be%a6%e5%95%86%e6%a5%ad%e8%ab%96%e5%a3%87/", "headline": "沙計劃在東京辦商業論壇", "content": ["(亞庇十五日訊)沙巴工業及企業發展部計劃在日本東京舉辦沙巴商業論壇。", "沙巴工業及企業發展部長拿督馮晉哲表示,該論壇旨在促進沙巴企業家與日本企業家之間的關係,並促進合作與交流。", "他日前與日本駐亞庇領事辦公室主任山下義人會面時如此表示。", "馮晉哲希望與日本行業領導者建立牢固的合作夥伴關係,以吸引投資到沙巴。", "此外,他希望了解日本工業部門,特別是綠色工業。", "他也強調了沙巴政府的主要舉措之一,即重點探索和開發一系列生物質產品,以加強下游產業。", "馮晉哲非常期待與山下義人密切合作,共同為沙巴的進步和繁榮而努力。", "他也分享了他最近訪問東京的見解。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/24/tindakan-tegas-pembakar-mercun-lepas-12-tengah-malam-di-selangor/", "headline": "Tindakan tegas pembakar mercun lepas 12 tengah malam di Selangor", "content": ["SHAH ALAM: Polis Selangor akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang didapati bermain mercun dan bunga api melebihi pukul 12 tengah malam di seluruh negeri ini.", "Amaran itu melibatkan pihak yang membakar bahan berkenaan di kawasan umum sehingga mendatangkan bahaya dan mengganggu ketenteraman awam.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis negeri, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketegasan itu susulan kes diterima pihaknya antaranya melibatkan kecederaan orang awam di Gombak dan individu bermain di jalan raya yang menyalahi peraturan mengikut Akta Kesalahan Kecil 1955.", "“Pembakaran itu hanya dibenarkan di kawasan lapang dan bukannya di depan rumah dan tengah malam atau membahayakan orang lain.", "“Polis akan bertindak tegas jika mengesan dan menerima laporan perbuatan itu terutama selepas 12 tengah malam,” katanya baru-baru ini.", "Sebelum ini, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin menegaskan bunga api merupakan bahan letupan dikategorikan sebagai Dangerous Good Cargo (DGC) dan Hazard Class Division (HCD).", "Bermain bunga api melebihi pukul 12 tengah malam boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336].", "Tindakan sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.", "Jelas Hussein, pihaknya akan  memperketatkan kawalan dan pemantauan di semua lokasi terutama kawasan perumahan di semua daerah negeri ini.", "“Justeru, orang ramai dinasihatkan membakar mercun secara berhemah dan mengutamakan keselamatan diri masing-masing. Patuhi peraturan ditetapkan dan jangan bermain secara melulu sehingga mendatangkan bahaya serta kecederaan orang lain,” ujarnya.", "Dalam pada itu, beliau berkata, Ops Selamat kali ini akan menumpukan kepada 62 lokasi titik panas dan enam lokasi hitam di Selangor termasuk di kawasan pinggir bandar. ", "Tindakan tegas pembakar mercun lepas 12 tengah malam di Selangor"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/20/mudik-lebaran-123-juta-rakyat-bermula/", "headline": "Mudik lebaran 123 juta rakyat bermula", "content": ["JAKARTA: Seramai 123 juta penduduk Indonesia memulakan mudik lebaran dengan 18 juta dilaporkan akan meninggalkan ibu kota Jakarta.", "Angka itu meningkat berbanding 85 juta orang yang pulang ke kampung halaman pada tahun lalu dan didorong oleh penamatan sekatan perjalanan ekoran pandemik Covid-19.", "Bagi melancarkan mudik lebaran pada tahun ini, pemerintah Indonesia melaksanakan peraturan perjalanan sehala di beberapa lokasi yang diharap dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.", "Tempoh masa lalu lintas mudik juga dibahagikan kepada beberapa peringkat yang bermula sejak Selasa sehingga Jumaat ini.", "Bagi arus mudik kembali ke bandar-bandar pula, ia dijangka bermula pada 24 April hingga 2 Mei depan.", "Menurut Utusan Malaysia, Kementerian Perhubungan meramalkan kemuncak lalu lintas mudik lebaran tahun ini berlaku pada 19 hingga 21 April ini.", "Menterinya, Budi Karya Sumadi berkata, orang ramai disaran pulang ke kampung lebih awal bagi mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk.", "“Orang ramai dinasihati untuk mudik lebih awal bermula 13 April hingga 17 April (hari ini) kerana keadaan di jalan raya masih belum terlalu sesak,” ujarnya.", "Mudik lebaran 123 juta rakyat bermula"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/17/pbs-matunggong-pinokianu-potimporon-kisunduan-misompuru-om-tumungag-miampai-karalano-wagu/", "headline": "PBS Matunggong pinokianu potimporon kisunduan, misompuru om tumungag miampai karalano’ wagu", "content": ["Dr. Joachim (tanga’) guminambar miampai puru PBS Bohogian N5 Matrunggong, id Mitingan Agayo Tohunan di kaawagu diti.Dr. Joachim mamaso manahak boboroson.", "MATUNGGONG: Kumoduo Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Dr. Joachim Gunsalam mokianu PBS Bohogian Matunggong potimporon kisunduan, misompuru om tumungag kawagu miampai karalano’ wagu montok monoguang pomilian agayo do obontol.", "Pinoposorou isio kukumaraja’ bohogian mooi tumilombus misompuru montok papatantu’ pisokodungan di osonong sompipi’ diolo’ id inggisaman lumantoi kawagu tindikohon Parlimen Kota Marudu om momusus do tindikohon Lintuhun Koundangan Pogun (DUN) di haro mantad.", "“Pisompuruan id kopomoruanan om nayatan puru oponsol kopio montok kalantaion id pomilian agayo om kosili somboogian mantad koporintaan di momorinta’,” ka disio ontok pinopoimagon Mitingan Agayo Tohunan PBS Bohogian Matunggong id Lintuhun Mini KDCA Matunggong, do hiti di tadau Ko’onom.", "Dr. Joachim po nogi’ Kumoduo Boyoon Montiri nga’ minongunsub kogompitan lobi kogumu’ sukod wagu id suang parti.", "“Tonggungan lansanon nokopogulu pantangon om id timpu miagal magalap tokou nogi’ do kogompitan lalansanon omulok montok monilombus kopomuruanan di osonong doid PBS.", "Dr. Joachim (kotolu, gibang) minonuntung tagung montok pinopoindalan kopoimaganan Mitingan Agayo Tohunan PBS Bohogian N5 Matunggong.", "“Sukod wagu kiguno minsingilo tumanud di ralan kopomuruanan i poinggonsuhatan nga’ kiniigitan om otiu’ id piombolutan doid kopoburuan,” ka disio, i minagalap do sukod wagu i kisinikulan do sumompuru pulitik maya’ PBS.Suai mantad dilo’, Dr. Joachim pinoposotol koponsolon pisokodungan osonong miampai koombolutan parti id Gabungan Rakyat Sabah (GRS) om koporintaan pgoun mooi do kaanu yolo’ umampai papalantoi palan om rikoton id kopoburuan Sabah.", "Dr. Joachim minanangkabayahan kumaa PBS Bohogian N5 Matunggong tu’ nokopoindalan AGM do toun diti potilombus dino nosili bohogian kumoiso’ i pinapaharo AGM id poliliput Sabah i koindalan do po’ompus wulan diti gisom koompokon wulan Kolimo.Ka disio, pitimungan miagal diti kopohondom do bohogian di ginaras pasanganu.", "“Pinoilo oku do haro 133 raan PBS id poliliput watas DUN Matunggong om 109 raan nakapaharo mitingan agayo tohunan. Sundung tintob kosompuruan di ogumu’ okon i ko’ tisoiso’ no kapatantu’ kalantaion, nga’ otumbayaan tokou do kouhup ilo’ poposindak sunduan PBS Matunggong do tumungag om mongulud karalano’ wagu montok monoguang pomilian agayo dumontol. Papalantoi kawagu watas Parlimen Kota Marudu pia nga’ okon ko’ iso’ i au’ osigampot,” ka di Dr. Joachim i po nogi’ Montiri Koporintaan Koiyonon om Pomuwalaian."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/25/%e6%96%97%e4%ba%9e%e8%98%ad%e8%88%87%e6%a0%b9%e7%81%ab%e7%81%bd-%e7%87%92%e7%87%ac%e8%bd%8e%e8%bb%8a%e8%88%87%e5%84%b2%e8%97%8f%e5%ae%a4/", "headline": "斗亞蘭與根火災 燒燬轎車與儲藏室", "content": ["(山打根廿五日訊)一輛Naza Kia Sorento今早在山打根失火。", "山打根消防和救援站(BBP)負責人PKPgB Jimmy Lagung說,事件在凌晨3時30分左右,在Taman Harbour View發生。", "他說,當局凌晨3時38分,通過MERS999線路接到投報,由行動指揮官PBK II (KUP) Saidha Yulius率領八人小組前往事發地點。", "「到達距離3公里外的現場時,發現一輛Naza Kia Sorento失火,發動機部分100%燒燬,慶幸的是沒有傷亡。」", "火勢在凌晨3時51分被成功控制,行動在凌晨4時15分結束。", "另外,在斗亞蘭的一個儲藏室發生火災。", "斗亞蘭消防和救援站負責人PKPgB Mohd. Abd. Qawie Abd. Gapar說,這起事件凌晨4時左右,在擔波羅里的甘榜康拉派發生。", "「我們接獲投報後,由行動指揮官PBK II Azran Jull率領8人小組趕往現場。」", "「到達距離45公里外的現場時,發現20×30的儲藏室被100%燒燬。」", "他說,沒有人員傷亡報告,火勢在凌晨5時20分被成功控制。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/16/kerajaan-negeri-komited-laksana-pembudayaan-integriti-perkhidmatan-awam-negeri/", "headline": "Kerajaan Negeri komited laksana pembudayaan integriti perkhidmatan awam negeri", "content": ["Hajiji bergambar bersama Menteri-menteri, Pembantu-pembantu Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Ketua Pesurujaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan penjawat-penjawat awam yang hadir pada Majlis Konvensyen Integriti, Tabir Urus dan Antirasuah Tahun 2023 (KITA 2023), dan Sesi penyerahan Sijil Tampat  Program Pegawai Integriti Bertauliah (CelO) siri Bilangan 3 Tahun 2022 Kerajaan  Negeri Sabah di SICC, Kota Kinabalu, hari ini.", "KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif pembudayaan dan pengukuhan integriti dalam perkhidmatan awam negeri, tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "Beliau berkata, penganjuran Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA)  2023 adalah inisiatif perdana yang mendukung pemboleh daya ini ke arah kecemerlangan sistem pentadbiran negeri yang cekap berlandaskan integriti, akauntabiliti dan ketelusan.", "Justeru itu katanya, lima strategi utama telah digariskan untuk melaksanakan inisiatif- inisiatif pembudayaan dan pengukuhan integriti berkenaan iaitu pertama melalui Komitmen Pengurusan Atasan.", "“Kepimpinan Kerajaan Negeri amat menitik beratkan prinsip integriti, akauntabiliti dan ketelusan, yang mana ia dapat dilihat melalui sokongan pengurusan tertinggi dalam memastikan negeri ini melonjak sebagai pelopor, peneraju dan penanda aras dalam pengurusan GIA (governans, integriti dan antirasuah).", "“Kedua,memantapkan kesedaran mengenai kepentingan penilaian risiko dalam organisasi. Pengurusan risiko rasuah dilaksanakan di setiap agensi untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran pegawai agar bertanggungjawab dalam setiap tindakan dan kuasa yang diberi. ", "“Ketiga, memantapkan langkah kawalan membendung risiko dan ancaman isu integriti, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.", "“Keempat, keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan dalam memastikan pematuhan oleh setiap pihak berkepentingan dalam organisasi di semua agensi Kerajaan Negeri dan kelima, pemerkasaan latihan dan komunikasi nilai-nilai murni dalam meningkatkan pemahaman dan kemahiran pegawai kerajaan dalam membanteras isu integriti dan rasuah,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika merasmikan KITA 2023 dan Sesi Penyerahan Sijil Tamat Program Pegawai Integriti Bertauliah (CelO) Siri 36 Bilangan 3 Tahun 2023 Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.", "Hajiji meletakkan batu berlian sebagai gimik perasmian Majlis Konvensyen Integriti, Tabir Urus dan Antirasuah Tahun 2023 (KITA 2023), dan Sesi penyerahan Sijil Tampat  Program Pegawai Integriti Bertauliah (CelO) siri Bilangan 3 Tahun 2022 Kerajaan Negeri Sabah sambil diperhatikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan Ketua Pesurujaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di SICC, Kota Kinabalu, hari ini.", "Dalam pada itu Hajiji berkata, Kerajaan Negeri melalui dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bukan sahaja sedang berusaha keras memulihkan dan membangunkan semula ekonomi negeri, tetapi juga memantapkan sistem penyampaian Kerajaan, agar menjadi lebih cekap, telus, pantas dan tangkas.", "Bagi mencapai usaha itu katanya, ia memerlukan penjawat awam yang berdedikasi, berdisiplin dan berintegriti dalam memikul dan menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.", "“Di Sabah, Kerajaan Negeri memetakan Hala Tuju SMJ sebagai landasan dengan hasrat membawa citra inklusiviti, pemilikan bersama, kesatuan dan tanggungjawab setiap anak watan untuk menjayakan agenda pembangunan negeri.", "“Pemboleh daya keempat dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2021 – 2025 adalah Kecemerlangan Tadbir Urus Yang Berintegriti. Nilai integriti merupakan asas dan keperluan utama dalam mencapai misi dan visi yang telah disasarkan.", "“Bagi tujuan ini, kecemerlangan tadbir urus boleh dicapai melalui empat strategi utama, iaitu meningkatkan agenda antirasuah; penerapan nilai-nilai murni dan etika kerja terbaik; memperkukuhkan mekanisme semak dan imbang; serta pembangunan pelan antirasuah organisasi,” katanya.", "KITA 2023 yang mengangkat tema “Integriti Teras Perkhidmatan Madani” adalah aspirasi Kerajaan Negeri untuk menganjurkan satu konvensyen bertemakan integriti yang telah dizahirkan ketua menteri ketika majlis Hari Integriti Negeri Sabah Tahun 2022.", "Lebih menarik lagi, KITA 2023 menjadi mercu kebanggaan kerajaan negeri Sabah sebagai tuan rumah rasmi yang mempunyai hak eksklusif sebagai penganjur. Status ini menjadikan Sabah sebagai pelopor, peneraju dan penanda aras dalam pengurusan GIA di Malaysia.", "“Tidak ketinggalan juga pendidikan kesedaran antirasuah dikembangkan kepada semua peringkat usia dan memperkukuhkan lagi agenda mempromosi serta mendidik masyarakat mengenai nilai murni dan membina sahsiah terpuji.", "Hajiji menyampaikan Sijil Apresiasi Penambahbaikan Tata kelola Agensi (APTA) kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah,  Datuk Mohd. Sofian Alfian Nair pada Majlis Konvensyen Integriti, Tabir Urus dan Antirasuah Tahun 2023 (KITA 2023), dan Sesi penyerahan Sijil Tampat  Program Pegawai Integriti Bertauliah (CelO) siri Bilangan 3 Tahun 2022 Kerajaan  Negeri Sabah di SICC, Kota Kinabalu, hari ini.", "“Saya mengharapkan supaya segala inisiatif berkenaan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan agar mampu memberikan manfaat dan pulangan langsung kepada rakyat,” kata Hajiji, sambil menambah pengukuhan integriti merupakan komponen yang penting dalam melestarikan budaya integriti.", "Hajiji berkata, Kerajaan Negeri telah melaksanakan inisiatif Minggu Integriti Kementerian melibatkan 10 kementerian dan Jabatan Ketua Menteri.", "“Pelaksanaan Minggu Integriti ini diselaraskan secara bergilir-gilir selama satu minggu melibatkan komitmen menteri, pengurusan tertinggi, pegawai dan semua warga Kementerian termasuk jabatan, badan berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan syarikat berkepentingan kerajaan (SBK).", "“Program ini merupakan kejayaan besar buat Sabah melihat kepada kapasiti penglibatan yang menyeluruh, kualiti program dan satu-satunya dilaksanakan di Malaysia,” katanya.", "Katanya, sebagai hala tuju dalam merakyatkan sistem penyampaian berintegriti, Kerajaan Negeri komited untuk terus mempelopori, menerajui dan menjadi penanda aras segala usaha pemantapan GIA di Malaysia melalui tiga terma rujukan iaitu pertama, melaksanakan penginstitusian tadbir urus berlandaskan prinsip integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam perkhidmatan.", "“Kedua, memperkasakan sistem pengurusan aduan awam yang cekap dan berkesan dan ketiga, memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa dilaksanakan,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/18/warga-emas-cedera-tangan-tersangkut-dalam-mangkuk-tandas/", "headline": "Warga emas cedera tangan tersangkut dalam mangkuk tandas", "content": ["Pasukan bomba berusaha membantu mengeluarkan tangan warga emas yang tersekat dalam lubang tandas di Taman Sri Layang, Mentakab di Temerloh, Pahang. – Ihsan Bomba", "TEMERLOH: Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila tangan kanannya terlekat dalam mangkuk tandas dalam kejadian kira-kira pukul 6.14 petang kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa dipercayai terjatuh dalam bilik air rumahnya yang terletak di Taman Sri Layang, Mentakab.", "Katanya, sepasukan bomba membabitkan dua pegawai bomba kanan dan dua pegawai bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.", "“Komander operasi melaporkan benar terdapat seorang lelaki terjatuh dalam bilik tandas dan tangannya terlekat dalam mangkuk tandas,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.", "Zulfadli berkata, pasukan bomba kemudiannya membuat operasi memecahkan mangkuk tandas dengan menggunakan tuil besi.", "“Tangan mangsa berjaya dikeluarkan dan mangsa diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.", "Warga emas cedera tangan tersangkut dalam mangkuk tandas"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/06/polis-pulau-pinang-larang-pegawai-anggota-ke-pusat-hiburan/", "headline": "Polis Pulau Pinang larang pegawai, anggota ke pusat hiburan", "content": ["Khaw Kok Chin", "GEORGE TOWN: Kesemua pegawai dan anggota polis Pulau Pinang diingatkan tidak mengunjungi pusat hiburan bagi tujuan berhibur bagi mengelakkan persepsi negatif masyarakat terhadap polis.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, ini kerana sebelum ini terdapat laporan berita yang memaparkan kejadian yang berlaku di kontinjen lain yang mana terdapat pegawai kanan polis (PKP) dan pegawai rendah polis (PRP) masih mengunjungi pusat hiburan untuk berfoya-foya, melanggan GRO, meminum minuman keras dan mengambil dadah.", "”Tindakan ini telah menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap polis, mencemar nama baik, integriti PDRM dan bertentangan dengan dasar pasukan untuk mewujudkan satu organisasi yang kompeten dan berintegriti serta bebas rasuah.", "“Saya ingin ingatkan supaya perkara ini tidak berlaku di Kontinjen Pulau Pinang. Pegawai polis hanya dibenarkan mengunjungi pusat hiburan untuk menjalankan tugas selain telah mendapat kebenaran daripada ketua jabatannya,” katanya.", "Beliau berucap dalam Perhimpunan Bulanan Kontinjen Pulau Pinang di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini kelmarin.", "Menurutnya, semua ketua jabatan, Ketua Polis Daerah dan Ketua Balai dikehendaki memantau dan memastikan semua PKP dan PRP tidak terlibat dalam aktiviti tersebut.", "Dalam pada itu, Kok Chin berkata, beliau mengingatkan PKP dan PRP supaya tidak terlibat dengan salah guna kuasa semasa melakukan tugas operasi seperti memeras ugut atau ‘paw’ orang yang telah diperiksa untuk mengelakkan pesalah ditangkap oleh pihak polis.", "“Dengan melihat trend salah laku oleh PKP dan PRP, saya berpendapat ketegasan dalam penyeliaan menerusi pemantauan rapat amat mustahak untuk mengecilkan ruang dan peluang berlakunya pelanggaran salah laku,” katanya.", "Tambahnya, Ketua Jabatan, Pegawai Pemerintah atau Penyelia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyeliaan dan pemantauan terhadap semua pegawai polis di bawah jagaan masing-masing tanpa sebarang ‘cover-up’, kronisme, pilih kasih, nepotisme dan sebagainya.", "“Semua pegawai polis adalah bertanggungjawab, perlu mengambil tahu tingkah laku pegawai bawahan sekiranya terkesan sebarang pelanggaran salah laku, displin, etika atau sebagainya.", "”Ia untuk memastikan keutuhan dan integriti pegawai polis dapat ditingkatkan di samping memelihara dan menjaga imej pasukan supaya kekal terpelihara,” katanya.", "Sementara itu, beliau berkata, semua pegawai dan anggota juga diingatkan tidak terlibat dalam aktiviti atau program berunsur politik.", "“Larangan ini termasuk memberikan pandangan yang berat sebelah di atas sebarang isu antara parti politik,” katanya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/09/polis-pulau-pinang-larang-pegawai-anggota-ke-pusat-hiburan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/09/polis-pulau-pinang-larang-pegawai-anggota-ke-pusat-hiburan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/13/kapal-tangki-minyak-berdaftar-singapura-dilapor-dinaiki-orang-tidak-dikenali/", "headline": "Kapal tangki minyak berdaftar Singapura dilapor dinaiki ‘orang tidak dikenali’", "content": ["Kapal tangki berbendera Singapura itu dikatakan dinaiki oleh lanun di luar Abdijan pada Isnin lalu. – Utusan/Straitstimes.com", "SINGAPURA: Kapal tangki minyak berdaftar Singapura dilaporkan dinaiki oleh ‘orang asing’ disyaki lanun kira-kira 300 batu nautika (550 kilometer) dari Ivory Coast, Afrika.", "Menurut Utusan Malaysia, AFP melaporkan, Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) memberitahu, sebanyak 20 anak kapal dari pelbagai negara berada dalam kapal yang dinamakan Success 9 apabila ia dinaiki Isnin lalu di Teluk Guinea.", "MPA berkata, mereka kini bekerjasama rapat dengan pemilik kapal serta Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim Wilayah Monrovia dan Pusat Percantuman Maklumat, Pusat Kawalan dan Perintah Changi untuk memantau keadaan dan memberikan bantuan yang diperlukan.", "Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diperoleh setakat ini.", "Lanun sudah lama menjadi risiko di Teluk Guinea iaitu laluan perkapalan utama yang menjangkau 5,700 kilometer dari Senegal ke Angola dengan kumpulan geng Nigeria banyak melakukan serangan.", "Tetapi sejak 2021, pelaut-pelaut mendapati lanun boleh menyerbu lebih jauh di perairan antarabangsa.", "Keganasan dan taktik canggih mereka bagaimanapun mendorong pelaut-pelaut untuk melengkapkan kemudahan yang lebih mantap seperti misi mengekang serangan lanun Somalia sedekad lalu.", "“Nampaknya serangan serius semakin meningkat di Teluk Guinea. Kami berharap lebih banyak kapal perang antarabangsa dengan kemudahan helikopter akan dapat mengawal kawasan itu,” kata Noel Choong dari pusat pelaporan lanun Biro Maritim Antarabangsa kepada AFP.", "Pada bulan Mac, lanun merampas sebuah kapal tangki minyak Denmark di luar Congo dan menculik enam anak kapal sebelum meninggalkan kapal itu.", "Kapal tangki minyak berdaftar Singapura dilapor dinaiki ‘orang tidak dikenali’"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/17/pemuda-pbs-matunggong-bertekad-bantu-tawan-semula-parlimen-kota-marudu/", "headline": "Pemuda PBS Matunggong bertekad bantu tawan semula Parlimen Kota Marudu", "content": ["Kissey ketika sedang berucap", "MATUNGGONG: Pergerakan Pemuda Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Matunggong bertekad untuk menebus kekalahan parti di parlimen Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.", "Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian PBS Matunggong, Kissey Andrew berkata, kekalahan parti pada PRU lepas adalah kekalahan yang luar biasa pernah berlaku terutama sekali di kawasan N5 Matunggong.", "“Memang agak perit untuk ditelan tetapi ianya sudah pun berlalu. Kita akur dengan keputusan tersebut dan kita perlu menumpukan perhatian sepenuhnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.", "“Kekalahan itu tidak akan melemahkan semangat kami untuk terus berjuang dan kami di Pergerakan Pemuda Bahagian akan menggandakan usaha, komitmen dan terus bekerja untuk mengembalikan kepercayaan para pengundi terutama sekali golongan muda agar terus bersama-sama dengan kita untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.", "“Banyak perkara yang perlu dirancang dan diperhalusi untuk menarik perhatian golongan muda dan inilah yang dititik beratkan oleh Pergerakan Pemuda Bahagian pada masa ini dan seterusnya. Kami tahu bukan senang untuk melaksanakan tugas ini namun kita akan terus berusaha keras dan ini memerlukan kerjasama semua pihak,” katanya pada Persidangan Pergerakan Pemuda PBS N5 Matunggong di sini pada Sabtu.", "Kissey berkata, Pergerakan Pemuda Bahagian akan menjadikan media sosial terutama sekali Facebook sebagai platform untuk menyalurkan maklumat terutama sekali kepada golongan muda mengenai parti dari segi pembangunan, kebajikan, khidmat masyarakat dan yang paling penting sekali mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).", "Ini selain sumbangan dan kesungguhan pemimpin parti dalam perjuangan asal menuntut hak-hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam MA63 yang sudah menampakkan hasilnya ketika ini, tambahnya.", "“Terima kasih Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Penasihat Perdana PBS dan Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Presiden PBS serta pemimpin parti kita yang lain termasuk Ketua Bahagian Matunggong, Datuk Julita Majungki sendiri yang sudah berkorban dan berjuang dalam hal ini,” ujarnya lagi.", "Selain itu katanya, Pergerakan Pemuda akan terus peka kepada isu-isu semasa yang dimainkan oleh pihak lawan.", "“Kita akan mempertahankan kepimpinan serta parti kita sekiranya diserang dan membalas secara profesional beserta fakta. Terima kasih kepada Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda, Prisly dan team beliau yang sudah banyak membantu dalam perkara ini. Kita akan terus aktif dalam media sosial begitu juga di lapangan,” kata Kissey, sambil menyeru semua ahli jawatankuasa (AJK) Pergerakan Pemuda Bahagian agar meneruskan usaha mendekati dan menyantuni belia di kawasan masing-masing.", "“Kita selami hati dan kehendak mereka kerana merekalah penentu kepada kemenagan kita pada pilihan raya kelak,” katanya, sambil menyatakan keyakinan mereka terhadap Julita untuk terus menerajui kepimpinan PBS di N5 Matunggong.", "Pergerakan Pemuda Bahagian akan terus menyokong penuh kepimpinan Julita sebagai wakil rakyat di kawasan dan seterusnya calon PBS/GRS pada PRN yang akan datang, tambah Kissey yang juga Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) DUN Matunggong."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/04/pm-arah-fama-lpp-bertindak-proaktif-edar-beras-tempatan/", "headline": "PM arah FAMA, LPP bertindak proaktif edar beras tempatan", "content": ["Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat NACCOL Bilangan 2 Tahun 2023 di Putrajaya. – Foto PMO", "PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pengedaran Beras Putih Tempatan (BPT) lebih proaktif terutama bagi kawasan-kawasan pedalaman sebagai usaha mengurangi kesulitan rakyat dalam mendapatkan bekalan beras.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri berkata, agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) perlu bertindak sedemikian sebagai agensi pengedar susulan langkah intervensi yang diumumkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Isnin.", "Perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bilangan 2 Tahun 2023 kelmarin yang turut berbincang berkenaan dengan kawalan harga bagi ayam bulat standard dan telur ayam yang dilaksanakan sejak Februari 2022.", "“Adalah penting supaya hala tuju kawalan harga ayam dan telur ini dapat dimuktamadkan bagi memastikan kelangsungan rantaian bekalan,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "Sebanyak tiga Kertas Pertimbangan dan dua Kertas Makluman yang menjurus isu berkaitan kos sara hidup dibentangkan semasa mesyuarat tersebut.", "Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, meskipun kadar inflasi dalam negara mereda kepada 2.0 peratus iaitu kadar terendah dalam tempoh hampir dua tahun, Kerajaan Perpaduan kekal komited meneruskan program-program intervensi melalui inisiatif Payung Rahmah dan Jualan Agro Madani.", "Katanya, inisiatif ini diteruskan dengan kerjasama kerajaan negeri yang akan memanfaatkan rakyat dalam usaha berterusan Kerajaan Perpaduan menangani isu kos sara hidup rakyat.", "“Kerajaan Perpaduan juga prihatin terhadap kepentingan rakyat ke atas akses bekalan ubat yang lebih kompetitif harganya supaya rakyat mengetahui harga yang perlu dibayar dan mampu untuk membuat pilihan.", "“Adalah menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan untuk memastikan mekanisme penjualan ubat adalah lebih telus untuk manfaat rakyat melalui mekanisme paparan harga.", "“Mesyuarat bersetuju supaya perkara ini diperincikan oleh kementerian sebelum dimuktamadkan,” katanya.", "Pada masa sama, Anwar berkata, kerajaan juga peka terhadap kemungkinan gangguan bekalan gula sekiranya tiada tindakan segera dilaksanakan bagi menangani isu berkaitan peningkatan harga gula mentah dunia.", "Sehubungan itu, katanya, kesemua perkara ini akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan hala tuju serta dimuktamadkan.", "Mesyuarat tersebut turut mengambil maklum perancangan serta pelaksanaan Pangkalan Data Utama Kerajaan (PADU) oleh Kementerian Ekonomi.", "Katanya, NACCOL juga mendapat penjelasan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa bank utama dan penyedia perkhidmatan e-dompet yang menerima pembayaran melalui DuitNow QR telah mengumumkan bahawa mereka akan terus mengecualikan fi transaksi ke atas perniagaan mikro dan kecil.", "“Selain itu, Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) juga akan memperuntukkan sumber bagi membantu membiayai kos yang ditanggung oleh penyedia perkhidmatan pembayaran terutamanya penyedia bukan bank yang terus menawarkan pengecualian penuh kepada perniagaan mikro dan kecil.", "“Saya turut mengulangi penekanan agenda utama Kerajaan Perpaduan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat diberikan perhatian yang serius agar rakyat menerima manfaat secara terus bagi setiap inisiatif dan strategi yang dilaksanakan,” katanya.", "Anwar turut menyeru agar semua agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bekerjasama dalam memastikan kesejahteraan masyarakat Malaysia Madani terus diperkukuh.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/pm-arah-fama-lpp-bertindak-proaktif-edar-beras-tempatan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/pm-arah-fama-lpp-bertindak-proaktif-edar-beras-tempatan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/02/kawasan-letak-kereta-ditutup-sementara-sempena-festival-makan-makan-kota-kinabalu/", "headline": "Kawasan letak kereta ditutup sementara sempena Festival Makan-Makan Kota Kinabalu", "content": ["KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan penutupan sementara kawasan tempat letak kereta di kawasan tempat letak kereta yang terlibat untuk memberi laluan kepada pelaksanaan Festival Makan-Makan Kota Kinabalu sempena Ulang Tahun Ke-23 Bandaraya Kota Kinabalu yang akan diadakan pada 3-5 Februari 2023 mengikut perincian seperti berikut: ", "Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip menasihati orang ramai dan para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota-anggota penguat kuasa yang bertugas sepanjang tempoh penutupan sementara tempat letak kereta ini bagi memastikan keselamatan dan kelancaran aliran trafik.", "Segala kesulitan amatlah dikesali, katanya dalam satu kenyataan."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/08/messi-yakin-psg-mampu-atasi-bayern/", "headline": "Messi yakin PSG mampu atasi Bayern", "content": ["Lionel Messi", "PARIS: Lionel Messi percaya Paris Saint-Germain (PSG) masih mampu melangkah lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menjelang pertembungan menentang Bayern Munich awal pagi esok.", "Juara Ligue 1 itu akan bertemu juara Bundesliga pada perlawanan kedua pusingan 16 terakhir di Allianz Arena, selepas tewas pada perlawanan pertama 1-0 di halaman sendiri.", "Menurut Utusan Malaysia, kekalahan itu memberi tamparan hebat kepada anak buah Christophe Galtier, tetapi mereka telah bertindak balas sejak itu dengan tiga kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan di Ligue 1.", "Kemenangan dalam saingan liga itu menjana momentum menuju perlawanan terbesar mereka musim ini.", "“Adalah penting untuk menyertai permainan dengan cara ini (selepas tiga kemenangan). Sebelum itu, kami tidak berada dalam prestasi terbaik sepanjang musim ini.", "“Saya fikir kami mempunyai kemenangan penting untuk mengukuhkan pasukan apabila kami pergi ke Munich. Ia akan menjadi perlawanan yang sangat ketat dan sukar, di mana ia ditentukan oleh butiran kecil.", "“Ia juga amat sukar untuk menang di Munich, tetapi saya rasa kami sudah bersedia dengan baik. Kami mampu mengubah keadaan. Saya berasa sangat baik.", "“Saya rasa pasukan telah berubah dalam beberapa perlawanan terakhir. Kami mempunyai wajah berbeza, dinamik berbeza. Kami mempunyai harapan besar untuk meneruskan perjalanan kami dalam Liga Juara-Juara, ” kata Messi.", "Bagaimanapun, perkhabaran buruk buat PSG apabila kehilangan khidmat Neymar yang memerlukan pembedahan buku lali dan tidak dapat beraksi untuk tiga hingga ke empat bulan.", "Pemain Brazil itu, yang mengalami kecederaan buku lali pada 19 Februari ketika menentang Lille dalam saingan Ligue 1 dan dia juga mempunyai masalah di bahagian kakinya itu sejak beberapa tahun lalu.", "Messi yakin PSG mampu atasi Bayern"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/06/%e9%99%b3%e5%b0%91%e5%a8%81%ef%bc%9a%e8%8b%a5%e4%b8%8d%e6%85%8e%e9%99%b7%e5%85%a5%e8%a9%90%e9%a8%99%e4%ba%8b%e4%bb%b6-%e5%8f%af%e9%80%9f%e8%81%af%e7%b9%ab%e8%a9%90%e9%a8%99%e6%87%89%e5%b0%8d%e4%b8%ad/", "headline": "陳少威:若不慎陷入詐騙事件 可速聯繫詐騙應對中心", "content": ["(亞庇六日訊)沙巴西海岸精明消費人協會主席陳少威表示,若民眾懷疑在電話、簡訊以及社媒上遇上任何詐騙事件時,可以第一時間撥打997熱線,向國家詐騙應對中心投報。", "997熱線由國家詐騙應對中心運營,該中心於去年10月成立,旨在遏制和打擊網絡欺詐活動。", "他說,任何認為自己可能被欺騙並通過網上銀行或在自動取款機上手動進行金融交易的用戶,都可以立即撥打997,以便呼叫中心的值班主管採取行動,阻止交易。", "「受害者在向銀行或是國家詐騙應對中心投報時,需要提供詳細的網絡欺詐相關信息。」", "他說:「這包括受害人與嫌疑人之間的通信信息以及導致受害人被騙的交易信息,例如受害人和嫌疑人的帳號和銀行名稱以及涉及的資金數額。」", "他補充說,熱線每天都開放,包括公共假期,從早上8時到晚上8時。", "「除了銀行24小時的熱線之外,997熱線也是民眾的最佳選擇之一。」", "他補充說,立即採取行動聯繫銀行或國家詐騙應對中心,對於採取行動阻止受害者的財務從銀行系統進一步提取非常重要。", "在最近的2023年預算案中,政府宣佈國家詐騙應對中心將獲得1000萬令吉的撥款,用於改進系統和服務。", "國家詐騙應對中心是國家反金融犯罪中心(NFCC)、馬來西亞皇家警察(PDRM)、馬來西亞國家銀行(BNM)、馬來西亞通信和多媒體委員會(SKMM)以及金融機構和電訊業攜手打擊網絡詐騙的成果。", "國家詐騙應對中心專注於在線金融詐騙,包括網絡釣魚詐騙、澳門騙局、惡意軟件攻擊詐騙、包裹詐騙以及愛情詐騙。", "受害者在投報時,務必進行必要的檢查以核實事實。民眾可聯繫國家反金融犯罪中心:03-88613830,警方:03-26101222和國家銀行:1-300-88-5465以瞭解國家詐騙應對中心的更多信息。", "民眾也可以登入國家詐騙應對中心網站瀏覽相關的資訊。", "除此之外,亦可透過電郵至e-aduan@kpdnhep.gov.my,致電:1800886800,EzADU智能手機應用程序,執法中心03-88826245/6088相關部門聯繫。", "用戶也可以撥打03-80008000、WhatsApp019-2794317或前往最近的內貿部辦公室。", "沙巴的民眾則可以撥打亞庇內貿部的行動中心:088-484368;山打根:089-668107;斗湖:089-776690;斗亞蘭:088-787822;古達:088-615311;根地咬:087-338400;拿篤:089-886090;仙本那:089-782866以及保佛:087-222240。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/22/jenayah-siber-di-johor-meningkat-7-kali-ganda/", "headline": "Jenayah siber di Johor meningkat 7 kali ganda", "content": ["JOHOR BAHRU: Jenayah siber melibatkan wang hilang daripada akaun pemilik di negeri ini meningkat sebanyak tujuh kali ganda tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pada tahun ini sebanyak 174 kes dilaporkan melibatkan kerugian RM4.5 juta berbanding hanya RM500,000 bagi 26 kes tahun lalu.", "“Siasatan mendapati kejadian ini berlaku disebabkan dua faktor utama. Modus operandi pertama digunakan adalah mangsa menerima panggilan suspek yang mengaku sebagai pegawai kerajaan dan mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan jenayah dan akaun bank mangsa akan dibekukan. ", "“Suspek kemudian menawarkan diri untuk membantu mangsa dan meminta maklumat perbankan seperti nombor akaun bank, termasuk ‘card verification code’ (CVC) atau ‘card verification value'(CVV), ‘username dan password’ serta nombor ‘one time password’ (OTP).", "“Modus operandi kedua pula, mangsa tertarik mendapatkan perkhidmatan yang ditemukan dalam talian dan telah diarah untuk menekan pautan yang diberi bagi tujuan pendaftaran dan membuat pembayaran. ", "“Kemudiannya, mangsa yang telah memasukkan butiran perbankan masing-masing melalui link tersebut tanpa sedar maklumat itu dihantar kepada pihak yang tidak sepatutnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.", "Kamarul Zaman berkata, mangsa hanya menyedari berlaku pengurangan wang dalam akaun mereka selepas membuat semakan penyata akaun atau menerima notifikasi daripada pihak bank.", "“Oleh itu, orang ramai digalakkan membuat pembayaran dalam talian menerusi laman web rasmi bank dan bukan menerusi pautan yang diberi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS)  atau aplikasi.", "“Polis juga menyarankan agar orang ramai memuat turun aplikasi disediakan bank dikenali sebagai ‘secure verification’ bagi meluluskan sesuatu transaksi perbankan dalam talian dengan cara lebih selamat,” katanya. ", "“Suspek kemudian menawarkan diri untuk membantu mangsa dan meminta maklumat perbankan seperti nombor akaun bank, termasuk ‘card verification code’ (CVC) atau ‘card verification value'(CVV), ‘username dan password’ serta nombor ‘one time password’ (OTP).", "“Modus operandi kedua pula, mangsa tertarik mendapatkan perkhidmatan yang ditemukan dalam talian dan telah diarah untuk menekan pautan yang diberi bagi tujuan pendaftaran dan membuat pembayaran. ", "“Kemudiannya, mangsa yang telah memasukkan butiran perbankan masing-masing melalui link tersebut tanpa sedar maklumat itu dihantar kepada pihak yang tidak sepatutnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.", "Kamarul Zaman berkata, mangsa hanya menyedari berlaku pengurangan wang dalam akaun mereka selepas membuat semakan penyata akaun atau menerima notifikasi daripada pihak bank.", "“Oleh itu, orang ramai digalakkan membuat pembayaran dalam talian menerusi laman web rasmi bank dan bukan menerusi pautan yang diberi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS)  atau aplikasi.", "“Polis juga menyarankan agar orang ramai memuat turun aplikasi disediakan bank dikenali sebagai ‘secure verification’ bagi meluluskan sesuatu transaksi perbankan dalam talian dengan cara lebih selamat,” katanya. "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/22/kerajaan-persekutuan-perlu-tangani-isu-kemiskinan-digital-infrastruktur-asas-di-sabah/", "headline": "Kerajaan Persekutuan perlu tangani isu kemiskinan digital, infrastruktur asas di Sabah", "content": ["Bobbey Suan", "KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan perlu turut memberi fokus kepada penyelesaian menghadapi cabaran kemiskinan digital di Sabah, kata Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bobbey Suan.", "Katanya, Kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) harus mengambil langkah strategik yang terarah dan terpadu kerana transformasi digital semakin penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang menuntut respons yang komprehensif. ", "Beliau yang memuji perlaksanaan RMK12 khususnya dalam isu digitalisasi dan teknologi sejajar dengan proses negara beralih sepenuhnya ke arah penggunaan teknologi digital. ", "“Bertepatan dengan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang bakal dilancurkan tidak lama lagi untuk melahirkan murid berkemahiran digital dalam era Revolusi Industri 4.0, selain itu Kerajaan Madani melalui inisiatif Akademi dalam Industri (AiI) akan menyediakan dana khusus berjumlah RM209 juta bagi membantu belia menceburkan diri dalam sektor pembuatan.", "“Namun, perlu disedari keadaan infrastruktur yang ada di Sabah amat menyedihkan, yang mungkin akan merencatkan pelaksanaannya kelak”, katanya ketika membahas Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 di Dewan Negara pada Khamis.", "Bobbey berkata, latihan dan pendidikan literasi digital harus disuburkan, budaya e-commerce atau e-dagang boleh dikembangkan melalui dorongan pengembangan dan distribusi penggiat digital seperti pendidikan secara atas talian, informasi kesihatan, dan peluang perniagaan yang terbuka. ", "Menurutnya, ini tidak hanya memperkaya pengetahuan masyarakat, tetapi juga merangsang pertumbuhan ekonomi setempat. Penglibatan pihak swasta juga dapat membantu mempercepat solusi dengan merangsang firma digital dalam penyediaan pelan akses internet dengan mendirikan pusat teknologi digital yang memberikan akses dan latihan kepada masyarakat.", "Sehubungan itu, beliau mohon penjelasan daripada  pihak kerajaan pada tahap manakah setakat ini keupayaan peluasan infrastruktur digital di bawah program “Jendela” yang membolehkan 100 peratus liputan jalur lebar di kawasan berpenduduk dalam RMK-12 telah disempurnakan?", "“Saya difahamkan infrastruktur digital baharu di 382 tapak akan disediakan dan sebanyak 781 Points of Presence (POP) sedang dilancurkan di Sabah, tetapi sehingga hari ini masih banyak kawasan yang tidak dapat mengakses rangkaian Internet, sedangkan infrastruktur ini diperlukan bagi membolehkan premis kerajaan, kawasan perumahan dan kawasan komersial mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar. ", "“Inisiatif ini penting khususnya dalam menjayakan agenda merapatkan nisbah jurang pendapatan antara desa dengan bandar, daripada 0.57 pada tahun 2022 kepada 0.67 pada 2025. Saya mohon agar kementerian yang diamanahkan agar dapat merealisasikan inisiatif murni dengan kadar segera,” tegasnya.", "Menyentuh intrastruktur asas di Sabah, Bobbey berkata, Isu keperluan asas di Sabah juga perlu dititikberatkan kerana kurangnya infrastruktur asas akan menyebabkan kelembapan proses pergerakan ekonomi. ", "Katanya, isu keciciran pendidikan dan kesihatan luar bandar seharusnya sudah dinoktahkan pada dekad ini, jika negara mahu menjadi juara khidmat sosial dalam kalangan kerajaan yang ada di Asia Tenggara. ", "Sehubungan itu beliau mahu projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah khususnya di Sabah disegerakan. ", "“Setakat ini, kita dimaklumkan sebanyak 64 projek sedang dalam pelaksanaan di Sarawak dan 43 projek di Sabah. Menteri Kewangan juga menjanjikan, sebuah Pusat Darah Wilayah akan dibina di Sabah, manakala Makmal Kesihatan Awam dan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan akan dibina di Kuching, Sarawak. Ini ditambah lagi dengan pelaksanaan 1200 projek naik taraf klinik daif di seluruh negara. ", "“Saya berharap janganlah dilupakan projek baru untuk membina pusat pendidikan dan kesihatan khususnya di kawasan yang sukar diakses seperti kawasan hutan pedalaman dan pulau-pulau di wilayah Sabah yang masih ketiadaan sekolah dan klinik”, tegasnya.", "Dalam usaha menuju pembangunan makmur, inklusif dan mampan, Bobbey percaya dengan kebijakan yang telah dirancang dan pelaksanaan yang telus dalam Kerajaan Perpaduan hari ini dapat direlisasikan. ", "Katanya, Wilayah Sabah khususnya di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor juga sentiasa komited untuk bekerjasama bagi memastikan aspirasi rakyat yang mahukan kemajuan setara dengan wilayah dan negeri lain dalam Malaysia akan tercapai. ", "RMK12 telah dimulakan sejak tiga tahun lalu dan masih mempunyai baki dua tahun lagi, katanya, berharap agar segala usaha pelaksanaan yang baik khususnya untuk Sabah, Sarawak dan Malaysia amnya di bawah RMK-12 dapat dijadikan kenyataan dengan kadar segara dan secara ikhlasnya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/25/kerajaan-cari-alternatif-terbaik-galak-pemaju-perumahan-swasta-bina-rumah-kos-rendah/", "headline": "Kerajaan cari alternatif terbaik galak pemaju perumahan swasta bina rumah kos rendah", "content": ["Datuk Dr. Joachim Gunsalam", "KOTA KINABALU: Kerajaan akan meneliti alternatif terbaik untuk menggalakkan pemaju perumahan swasta ini terlibat sama di dalam program pembangunan perumahan awam kos rendah, kata Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.", "Ini walaupun diketahui sambutan yang akan diterima nanti tidak menggalakkan atas sebab keuntungan yang rendah, tambahnya.", "“Dalam usaha untuk menggalakkan penyertaan pemaju swasta dalam pembinaan rumah kos rendah, pelbagai insentif dan galakan telah diberikan kepada pemaju perumahan untuk membina rumah kos rendah tetapi mereka lebih cenderung untuk membina rumah mampu milik, kos sederhana dan tinggi bagi memaksimakan keuntungan,” kata Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan ketika menjawab pertanyaan daripada Datuk Raime Unggi (ADUN Dilantik) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.", "Raime bertanya apakah usaha pihak kementerian untuk menangani masalah pembinaan rumah kos rendah yang kian berkurangan oleh pihak pemaju rumah akibat kenaikan kos bahan binaan yang di Sabah.", "Dr. Joachim berkata, harga rumah kos rendah adalah di antara RM42,000 hingga RM55,000 seunit.", "Berikutan peningkatan kos bahan mentah yang semakin meningkat dan kadar harga rumah kos rendah tersebut, katanya, pihak swasta didapati tidak berminat untuk membina rumah kos rendah.", "“Pada masa kini, pelaksanaan program rumah kos rendah bergantung sepenuhnya kepada dana peruntukan kerajaan sama ada daripada Kerajaan Negeri ataupun Persekutuan.", "“Pembinaan rumah kos rendah di negeri ini dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan danBandar (LPPB) bagi agensi Kerajaan Negeri dan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) serta Jabatan Perumahan Negara (JPN) bagi agensi Kerajaan Persekutuan,” katanya.", "Bagi pembangunan rumah kos rendah di bawah agensi Kerajaan Negeri iaitu program pembinaan rumah di atas tanah sendiri melalui Skim Pinjaman Perumahan untuk Golongan Berpendapatan Rendah (SPPUGBR) serta Skim Pinjaman Rumah Panjang (SPRP) dikendalikan oleh pihak LPPB, katanya, setakat ini LPPB telah membina sebanyak 29,218 unit rumah kos rendah di seluruh Sabah.", "“Manakala sebanyak 175 unit lagi sedang dibina di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) ini yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025,” tambahnya.", "Manakala peruntukan daripada Persekutuan, program yang dibuat adalah Program Perumahan Rakyat (PPR) disewa yang dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN); Program Perumahan Penjawat Awam (PPAM); dan PRIMA."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/03/amaran-cuaca-buruk-dikeluarkan-tiga-hari-lebih-awal/", "headline": "Amaran cuaca buruk dikeluarkan tiga hari lebih awal", "content": ["Gelagat kanak-kanak yang tidak melepaskan peluang bermain air hujan di Bandar Seri Putra di sini, baru-baru ini.", "PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) akan mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai keadaan cuaca dalam tempoh tiga hari lebih awal berdasarkan pada ketumpatan hujan yang berlaku.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, tiada pihak yang boleh memberi jawapan secara saintifik sama ada Monsun Timur Laut (MTL) kali ini lebih teruk ataupun tidak kerana memang tidak ada kaedah saintifik di dunia ini yang mampu meramal keadaan cuaca teruk ataupun tidak.", "“Tetapi, kami dapat meramal ketumpatan hujan di satu kawasan dan dari situ kami akan mengeluarkan kenyataan hujan yang berperingkat sama ada berwaspada, buruk dan bahaya” katanya.", "Monsun Timur Laut dijangka bermula sekitar minggu pertama atau kedua pada bulan November iaitu empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan terutama di pantai timur Semenanjung dan barat Sarawak diramalkan berlaku dalam tempoh musim berkenaan.", "Menurut Muhammad Helmi, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi keselamatan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan memberi maklumat tentang ramalan cuaca semasa.", "Dengan maklumat tersebut katanya, agensi berkenaan dapat menggerakkan logistik yang sedia ada ke kawasan yang mungkin berisiko untuk berlakunya perkara yang tidak diingini seperti banjir kilat.", "Mengenai ramalan cuaca beliau berkata, ia amat penting bagi mengelakkan kerajaan mengalami kerugian besar akibat daripada kerosakan harta benda dan infrastruktur.", "Sebagai contoh, kegiatan sosioekonomi memang bergantung kepada cuaca misalnya kawasan pengairan, perkapalan dan penerbangan.", "Amaran cuaca buruk dikeluarkan tiga hari lebih awal"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/01/perkenal-syarat-baharu-wajibkan-pemaju-bina-rumah-mampu-milik-pm/", "headline": "Perkenal syarat baharu wajibkan pemaju bina rumah mampu milik – PM", "content": ["Anwar Ibrahim bergambar besama penduduk pada majlis penyerahan kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Dalur Madani di Putrajaya.", "PUTRAJAYA: Dasar sedia ada yang mewajibkan pemaju hartanah memperuntukkan sebahagian daripada projek pembangunan mereka untuk pembinaan rumah mampu milik akan dikaji semula.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana kerajaan melihat dasar itu seolah-olah tidak ‘berjalan’ mengikut jadual dan skala yang diperlukan daripada pihak pemaju.", "Justeru, kata beliau, kerajaan akan memperkenalkan beberapa syarat baharu yang lebih ketat kepada pemaju bagi memastikan peruntukan pembinaan projek perumahan mampu milik benar-benar dilaksanakan.", "“Saya telah meminta Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan untuk melihat semula dasar itu dan mengenakan syarat baharu.", "“Kenapa mesti kerajaan hanya menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat sedangkan kita ada pemaju yang membina projek besar? Ini kerana ia merupakan sebahagian tanggungjawab mereka untuk membina (perumahan mampu milik),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci kepada pemilik rumah Projek Perumahan Penjawat Awam (PPAM) Dalur di Presint 18 di sini hari ini.", "Perdana Menteri berkata, kira-kira 200,000 unit rumah berharga RM300,000 dan ke bawah diperlukan untuk memenuhi permintaan perumahan penjawat awam di seluruh negara.", "Di Putrajaya ketika ini, terdapat hampir 10,000 unit rumah di bawah inisiatif projek perumahan penjawat awam.", "Terdahulu, pelancaran projek PPAM Madani Dalur dibangunkan Perbadanan Putrajaya menerusi pemaju TRC Land Sdn. Bhd. yang mempunyai sejumlah 500 unit kediaman dengan keluasan lantai 1,000 dan 1,200 kaki persegi.", "Menerusi kenyataan Perbadanan Putrajaya, harga jualan yang ditawarkan adalah tidak melebihi RM260,000 seunit iaitu lebih rendah daripada harga pasaran tidak termasuk kos nilai tanah di Putrajaya.", "Di samping itu, penetapan syarat minimum 60 peratus daripada jumlah unit pembangunan ini diperuntukkan kepada kuota bumiputera bagi mengatasi masalah pemilikan rumah dalam kalangan B40.", "Pembangunan PPAM Madani Dalur ini turut merangkumi kemudahan seperti surau, sudut bacaan al-Quran, dewan serbaguna, tadika, taska, ruang niaga, gelanggang badminton, taman permainan kanak-kanak dan tempat letak kereta berbumbung bagi memastikan persekitaran hidup yang lebih kondusif dan berkualiti.", "Sehingga kini, sebanyak 9,480 unit PPAM yang melibatkan 11 tapak projek pembangunan di Presint 5, 6, 11, 16, 17 dan 18 siap dibina sepenuhnya di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini.", "Objektif utama projek pembangunan PPAM Madani adalah untuk menyediakan perumahan mampu milik bagi kategori kos sederhana rendah di Wilayah Persekutuan dalam usaha kerajaan membantu golongan sasar untuk memiliki kediaman yang selesa dengan persekitaran selamat, sihat dan sejahtera.", "Ia juga selaras ke arah mencapai matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Dasar Perumahan Negara (2018-2025) di Wilayah Persekutuan yang menekankan keperluan pemilikan rumah berasaskan kepada keperluan dan kemampuan penduduk.", "Perkenal syarat baharu wajibkan pemaju bina rumah mampu milik-PM"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/01/lelaki-bunuh-bakar-kekasih-hamil-didakwa-hari-ini/", "headline": "Lelaki bunuh, bakar kekasih hamil didakwa hari ini", "content": ["Lelaki suspek bunuh wanita hamil dibawa ke mahkamah dengan dikawal ketat anggota polis di Mahkamah Majistret Kuala Selangor, Kuala Selangor.", "SABAK BERNAM: Seorang lelaki yang disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini, akan didakwa di mahkamah hari ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, pendakwaan ke atas suspek akan dilakukan di Mahkamah Majistret Sungai Besar.", "“OKT (Orang Kena Tahan) bagi kes bunuh berkenaan akan dituduh di mahkamah tersebut esok (hari ini). Pendakwaan ke atas suspek dijangkakan pada sebelah pagi,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.", "Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor membenarkan reman ke atas lelaki berusia 20 tahun itu disambung selama lima hari sehingga Jumaat ini berhubung siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.", "Terdahulu, tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek selama dua hari bermula Isnin minggu lalu selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.", "Selain memukul dan menoreh perut pelayan restoran itu, suspek dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa.", "Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat mangsa, kira-kira pukul 8.15 pagi Selasa minggu lalu.", "Siasatan mendapati wanita yang hamil empat bulan itu dibawa suspek menaiki sebuah kereta sebelum dibunuh dan dibakar di kebun tersebut, kira-kira pukul 10 malam.", "Keluarga mangsa menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan kes itu.", "Mereka turut berharap si pelaku mendapat balasan setimpal mengikut undang-undang dan jenazah anak kelima daripada enam beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar, Jumaat lalu. ", "Lelaki bunuh, bakar kekasih hamil didakwa esok"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/19/11-institus-nakaramit-toluod-kousinan-rm1000/", "headline": "11 institus nakaramit toluod kousinan RM1,000", "content": ["Tun Juhar (tanga’) miampai Toh Puan Norlidah kinoruhang dio’ Dr. Joachim (kaapat, gibang) dii James (kotolu, gibang) minomutul kek kinouliton toun kinosusuon pinotomod disio di ko -70.", "SANDAKAN: Hopod om iso’ institusi kotundunan sopipoopori nakaramit toluod kousinan kigatang RM1,000 mantad Puruankuasa’ Induk Pamaramaian Kinouliton Toun Kinosusuon Pinotomod Ko-70 di Molohingon Pogun Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.", "Toluod pinotunui di Tun Juhar i kinoruhang di Kumoduo Boyoon Montiri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam po nogi’ Ponorikohon Puruankuasa’ Induk, Montiri Koburuon Mogigiyon om Kasasanangan Mogigiyon Datuk James Ratib om Potunud Koupisan Surupukaraja’ Kotundunan Am Sabah, Jais Asri id Ababayan Jamuan Teh Miampai Tanak-Anak Posuulon om Tanak Yatim do hiti, di tadau Kotolu.", "Tongo’ mamaramit ponguhupan kapaampai do Kotinanan Pomolingosan Id Mogigiyon (PPDK) Indah Jaya, PPDK Gum Gum, PPDK Sinar Wawasan Kinabatangan om LongkodPanamangan om Pintoriningan Montok Tulun Bolou Sabah Kompleks Penyayang Taman Cahaya Sandakan.", "Nakaramit nogi’ do toluod, Ababayan Balajaran Pinotomod om Integrasi (PPKI) SMK Muhibbah, Ababayan Balajaran Pinotomod SK Muhibbah, Ababayan Balajaran Pinotomod SK Bukit Garam Kinabatangan, Koisaan Tulun Bosukon Sandakan, Sabah Cheshire Home and Services Sandakan, Longkod Panamangan Tangaanak Yatim / Mosikin Al-Yakin Sandakan om Longkod Panamangan Walai Kotundunan Selawat Nabi Sandakan.", "Suai ko ilo’, Tun Juhar nga’ pinapatahak nogi’ toluod RM10,000 sopipoopori kumaa limo tinan sikul nopili’ id Sabah mantad Konsul Republik China id Kota Kinabalu, Huang Shifang om Yayasan Nur Jauhar montok poposodia’ kogogonopan longkod intodonon sikul ilo’ nopo nga’ SK Magandai Kota Marudu, SK Bawang Beluran, SK Pekan Pensiangan, SK Gusi Ranau om SJK(C) Sin Boon Sindumin.", "Id ababayan dilo’, soginumu’ 140 tanak-anak kaampai manananud rinamai om linihis di pipiro pokikitanan di tongo’ susumikul sikul osiriba’ om tanak-anak amu’ songkuro kohimbogui, om minamaramt titungkap i pinatahak di Toh Puan Norlidah om kinoruhang di Kumoduo Boyoon Montiri II, Datin Linda Ewit nogi’ Ponorikohon Puspanita Raan Sabah, Datuk Dr. Nuinda Alias."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/07/paris-appellate-courts-decision-vindicates-sabahs-stand-that-the-claim-has-no-merit/", "headline": "Paris Appellate Court’s decision vindicates Sabah’s stand that the claim has no merit", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: The decision of the Paris Court of Appeal to uphold Malaysia’s challenge on the Sulu heirs’ arbitration judgement vindicated the State Government’s stand all this while that the so-called Sabah claim has no merit whatsoever.", "Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor, in welcoming the landmark court victory, said it further reinforced Sabah’s position in the Federation of Malaysia.", "He reiterated that Sabahans have chosen to jointly form the Malaysia Federation through the Malaysian Agreement 1963 (MA63) therefore, any external claims against the state of Sabah will not be recognised at all by the people.", "“The Sabah state government welcomes the decision and hopes that the Government of Malaysia will take all appropriate actions to put an end to the claim once and for all.", "“Sabah, through its Attorney General chambers will continue to play its role with the Federal Attorney General in dealing with the case,” he said.", "On June 6, the Paris Court of Appeal in France upheld Malaysia’s challenge against the decision by the Spanish court-appointed arbitrator for the Sulu claimants’ case, Gonzalo Stampa on May 5, 2020 known as the “partial award.”", "Stampa moved the arbitration to Paris after the same Spanish court annulled his appointment as an arbitrator on June 2021.", "The Paris Court of Appeal’s decision ultimately means that the Sulu claimants’ US$14.9 billion compensation, which was the “final award” awarded by Stampa after moving the arbitration to Paris on Feb 28, 2022, cannot be enforced against Malaysia."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/02/tun-juhar-tuminaru-karaja-tyt-sabah/", "headline": "Tun Juhar tuminaru karaja’ TYT Sabah", "content": ["Tun Juhar pinolombus taru karaja’ TYT montok penggal kumoinggapat.", "KOTA KINABALU: Molohingon Pogun Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di konihab tuminaru karaja’ disio montok penggal kumoinggapat.", "Isio do talib dilo’ suminain ‘Surat Cara Angkat Sumpah Jawatan’ id toguang di Hakim Agayo Sabah om Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim.", "Istiadat i nakapanau doid Lintuhun Istiadat, Istana Seri Kinabalu dilo’ notindapou di Boyoon Montiri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor i pinopolombus po nogi’ do panangkabayahan om tuminaru’ tumiu’.", "Nokotindapou nogi’ i Kumoduo Boyoon Montiri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, Speaker Lintuhun Koundangan Pogun (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Montiri-montiri Kabinet pogun, Monunurat Koporintaan Pogun, Datuk Seri Safar Untong nogi’ tongo’ luguan koupisan.", "Tun Juhar (wanan) tuminabi’ di Abang Iskandar (gibang) katalib Ababayan Suminain Surat Cara Angkat Sumpah Jawatan TYT nopongo.", "Di ko 23tw Kohopod om Duo katatalib, Tun Juhar nakaramit Surat Cara Perlantikan monotk mongoput timpu surupukaraja’ disio solinaid duo toun mantad di Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah id Istana Negara, Kuala Lumpur.", "Tun Juhar, 69, i sinili sabaagi Molohingon Pogun (Tuan Yang Terutama – TYT) Sabah pointonod ko 1tw Koiso’ 2011, nopo nga’ TYT kumoiso’ i nonuan tonggungan dilo’ lobi 10 toun pointonod ponimbanan Rang Undang-Undang Koundangan Pogun Sabah montok mongidu’ rontob timpu duo penggal surupukaraja’ TYT pinolulus do DUN Sabah di toun 2018."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/09/qes-unveils-its-new-5-storey-corporate-headquarters-manufacturing-facility-in-glenmarie-shah-alam/", "headline": "QES unveils its new 5-storey corporate headquarters, manufacturing facility in Glenmarie, Shah Alam", "content": ["SELANGOR (Bernama): QES Group Berhad (QES or the Group) today held a grand opening ceremony for its new 5-storey corporate headquarters and manufacturing facility in Glenmarie, Shah Alam, representing a major milestone in the company’s ongoing growth and commitment to excellence.", "The new headquarters has a total built-up of approximately 88,000 square feet with the manufacturing facility almost 40,000 square feet.", "About MIDA", "www.mida.gov.my", "About QES Group Berhad", "https://www.qesnet.com/", "Source: Malaysian Investment Development Authority (MIDA)", "Source: Malaysian Investment Development Authority (MIDA)"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/28/kunjungan-hormat-persatuan-pengguna-bijak-pantai-barat-sabah-kepada-pengerusi-sesb/", "headline": "Kunjungan hormat Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah kepada Pengerusi SESB", "content": ["David (kanan sekali) bergambar dengan Madius (dua kanan) di pejabat Wisma SESB Kota Kinabalu.", "Kota Kinabalu: Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Datuk Seri PanglimaWilfred Madius Tangau di Wisma SESB pagi tadi.", "Turut hadir sama Perunding Elektrik Ir. Ts. Yuzrian Efren Yunus dan Akauntan Bertauliah Justin Ng."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/19/polis-sabah-pantau-kenyataan-jelik-menyentuh-sensitiviti-agama/", "headline": "Polis Sabah pantau kenyataan jelik menyentuh sensitiviti agama", "content": ["Jauteh Dikun", "KOTA KINABALU: Polis Sabah menasihati orang ramai agar tidak sama sekali membuat, menyebar atau berkongsi sebarang kenyataan jelik yang menyentuh sensitiviti agama hingga boleh menggugat ketenteraman awam dan menjejaskan perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum di negeri ini. ", "Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, Polis Sabah memandang berat isu-isu yang melibatkan penghinaan terhadap agama yang disebarkan melalui media massa kebelakangan ini.", "“Hentikan budaya mempermainkan isu agama. ", "“Polis Sabah menyeru mana-mana pihak agar tidak menyentuh dan menimbulkan isu keagamaan jika tidak mahir dan arif lebih-lebih lagi jika agama itu bukan agama anutannya. ", "“Polis Sabah akan menjalankan siasatan terperinci berkaitan perkara ini dan berharap masyarakat tidak mengambil apa-apa tindakan yang boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih keruh,” katanya dalam kenyataan hari ini. "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/28/dua-jurutera-jadi-mangsa-scammer-rugi-lebih-rm250000/", "headline": "Dua jurutera jadi mangsa ‘scammer’, rugi lebih RM250,000", "content": ["BUKIT MERTAJAM: Dua jurutera di sini ‘berputih mata’ selepas kerugian lebih RM250,000 gara-gara terpedaya dengan sindiket penipuan atau ‘scam’ dalam dua kes berasingan pada Rabu dan Jumaat lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah.(SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, kes pertama melibatkan seorang mangsa berusia 41 tahun yang mendakwa ditipu dalam kes tawaran kerja yang tidak wujud.", "Katanya, terdahulu, mangsa dikatakan melihat tawaran kerja sebagai petugas kemasukan data secara sambilan melalui satu iklan di laman sosial Facebook sebelum menghubungi ejen syarikat terbabit yang dikenali sebagai ‘Aminah’ menerusi aplikasi WhatsApp.", "Beliau berkata, mangsa kemudian ‘diumpan’ sebanyak RM10 untuk setiap tugasan yang diberi dan dijanjikan komisyen sebanyak 20 peratus apabila membuat transaksi pindahan wang seperti diarahkan.", "“Disebabkan percaya dengan janji tersebut, mangsa antara 18 hingga 22 Mac lalu membuat pindahan wang ke tujuh akaun berbeza sehingga berjumlah RM126,000.", "“Namun, apabila tiada sebarang komisyen dibayar seperti dijanjikan, mangsa akhirnya menyedari telah ditipu dan membuat laporan polis,”katanya kepada pemberita di sini kelmarin.", "Sementara itu, katanya, seorang lagi jurutera pula mendakwa diperdaya sindiket penipuan cabutan bertuah tidak wujud yang menawarkan hadiah sebanyak RM326,000.", "Cheng San berkata, mangsa yang berusia 27 tahun sebelum itu menerima panggilan telefon daripada sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong yang memintanya membuat tekaan lagu untuk menyertai cabutan bertuah berkenaan.", "Jelasnya, mangsa sekali lagi dihubungi tidak lama kemudian dan diberitahu memenangi cabutan bertuah tersebut, namun perlu melakukan pembayaran ke tiga akaun berbeza untuk tujuan proses pendaftaran akaun, kemasukan wang dalam negara dan sebagainya.", "“Mangsa memasukkan wang secara berperingkat hingga berjumlah RM125,600 dan menyedari ditipu selepas suspek dikatakan meminta wang tambahan sebanyak RM50,000 lagi,” katanya.", "Ujar Cheng San, kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun selain dikenakan sebatan atau denda.", "“Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika menerima panggilan atau berurusan dengan orang yang tidak dikenali.", "“Buat semakan terlebih dahulu terhadap akaun-akaun persendirian sebelum membuat apa-apa bayaran,” katanya.", "Tambah beliau, semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://ccid.rmp.gov.my atau menghubungi talian Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) di nombor 997 untuk sebarang aduan dan sebagainya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/dua-jurutera-jadi-mangsa-scammer-rugi-lebih-rm250000/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/dua-jurutera-jadi-mangsa-scammer-rugi-lebih-rm250000/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/11/gol-waktu-kecederaan-musnahkan-skuad-wanita-negara/", "headline": "Gol waktu kecederaan musnahkan skuad wanita negara", "content": ["PETALING JAYA: Jaringan Kemboja pada waktu kecederaan memusnahkan harapan skuad wanita bawah 20 tahun (B-20) untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata dalam aksi pembukaan Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 di Stadium Smart RSN, Phnom Penh, semalam.", "Menurut Utusan Malaysia, kekalahan 0-1 itu bermakna anak-anak buah Cameron Ng perlu menang sekurang-kurangnya 3-0 ke atas Myanmar dalam perlawanan kedua Kumpulan G, Ahad ini bagi menghidupkan peluang melayakkan diri ke pusingan kedua.", "Myanmar sebelum ini menumpaskan Kemboja 2-0 dalam perlawanan pertama, bermakna pertemuan dengan Myanmar jauh lebih berliku buat skuad wanita negara.", "Jaringan Tun Kimhong, empat minit memasuki waktu kecederaan menjadi pemusnah pasukan negara biarpun Malaysia juga memperoleh beberapa peluang terbaik.", "Kimhong menghadiahkan gol kemenangan tuan rumah selepas menyudahkan hantaran lintang Heng Sovanmony.", "Terdahulu, rembatan jauh Nurfarisya Hanim Muhamad Zaki menjadi peluang keemasan pertama diraih Malaysia B-20, namun tendangannya ditepis penjaga gol Kemboja, Cha Fariya pada minit ke-13.", "Kemboja beroleh peluang menerusi sepakan percuma dari sudut yang baik pada minit ke-23 namun percubaan Somrit Nimol melewati palang disusuli beberapa lagi percubaan tidak tepat tuan rumah.", "Fariya terus cemerlang apabila menepis keluar percubaan pemain negara, S. Thivashini untuk keputusan 0-0 kekal sehingga babak pertama berakhir.", "Bersambung babak kedua, gerakan Toum Romdoul berjaya memperdayakan pertahanan negara pada minit ke-59, namun rembatan lemahnya mudah ditangkap penjaga gol negara, Daliea Eliesa.", "Hanya lapan juara kumpulan akan meneruskan perjuangan ke pusingan kedua Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 11 Jun 2023.", "Empat daripada lapan pasukan terbaik ini akan meraih tempat ke final di Uzbekistan, tahun hadapan.", "Gol waktu kecederaan musnahkan skuad wanita negara"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/17/kementerian-kewangan-sabah-laksana-program-khas-pengakuan-sukarela-cjn/", "headline": "Kementerian Kewangan Sabah laksana Program Khas Pengakuan Sukarela CJN", "content": ["Mohd. Sofian Alfian Nair", "KOTA KINABALU: Kementerian Kewangan Negeri Sabah sedang melaksanakan Program Khas Pengakuan Sukarela Cukai Jualan Negeri Bil.1 bermula pada 15 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023.", "Pengarah Cukai Jualan Negeri merangkap Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Mohd. Sofian Alfian Nair berkata, program ini adalah untuk menggalakkan pembayar Cukai Jualan Negeri bagi dua produk CJN iaitu Komoditi Perikanan dibawa keluar dari Sabah; dan Besi Buruk dan Buangan yang dibawa keluar dari Sabah, agar tampil secara sukarela untuk mendaftar lesen dan mengisytiharkan cukai yang sepatutnya dibayar selarasdengan Enakmen Cukai Jualan Negeri 1998.", "Tambahnya, program ini turut dilaksanakan bagi memastikan hasil negeri yang sepatutnya telah dibayar kepada Kerajaan Negeri dapat dikutip semula dalam tahun 2023.", "“Melalui program khas ini, pembayar cukai tidak akan dikenakan tindakan penalti sekiranya pembayaran cukai selesai dikemukakan dalam tempoh program ini dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Tempoh bercukai yang terlibat untuk Program Khas ini adalah mengikut tarikh kuat kuasa CJN  ke atas produk tersebut iaitu:", "Bil.ProdukTempoh Bercukai Terlibat1Komoditi perikanan dibawa keluar dari Sabah1 Mei 2021 – 14 Ogos 20232Besi buruk dan buangan dibawa keluar dari Sabah1 Februari 2022 – 14 Ogos2023", "Bil.ProdukTempoh Bercukai Terlibat1Komoditi perikanan dibawa keluar dari Sabah1 Mei 2021 – 14 Ogos 20232Besi buruk dan buangan dibawa keluar dari Sabah1 Februari 2022 – 14 Ogos2023", "Bil.ProdukTempoh Bercukai Terlibat1Komoditi perikanan dibawa keluar dari Sabah1 Mei 2021 – 14 Ogos 20232Besi buruk dan buangan dibawa keluar dari Sabah1 Februari 2022 – 14 Ogos2023", "Bil.ProdukTempoh Bercukai Terlibat", "Bil.", "Bil.", "Produk", "Produk", "Tempoh Bercukai Terlibat", "Tempoh Bercukai Terlibat", "1Komoditi perikanan dibawa keluar dari Sabah1 Mei 2021 – 14 Ogos 2023", "Komoditi perikanan dibawa keluar dari Sabah", "1 Mei 2021 – 14 Ogos 2023", "2Besi buruk dan buangan dibawa keluar dari Sabah1 Februari 2022 – 14 Ogos2023", "Besi buruk dan buangan dibawa keluar dari Sabah", "1 Februari 2022 – 14 Ogos2023", "Program Khas Pengakuan Sukarela CJN menyasarkan kategori-kategori berikut:", "(i) Syarikat yang tidak pernah berdaftar dengan lesen CJN", " tidak pernah berdaftar ", "(ii) Syarikat yang telah berdaftar lesen CJN tetapi belum membuat pengisytiharan CJN bagi transaksi penjualan tertentu", " telah berdaftar lesen ", "belum membuat pengisytiharan ", "(iii) Syarikat yang telah berdaftar lesen CJN tetapi tidak mengisytiharkan CJN dengan betul bagi mana-mana tahun taksiran", " telah berdaftar lesen CJN tetapi tidak mengisytiharkan CJN dengan betul ", "Pihak syarikat adalah dibenarkan membuat bayaran CJN bagi pengisytiharan CJN yang dilakukan melalui Program Khas ini sama ada:", "• Secara sekali gus (lump-sum) dalam tempoh 30 hari dari tarikh Borang 4; atau", "• Tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan, secara ansuran dalam tempoh Program khas ini dilaksanakan", "Namun, pembayaran ansuran adalah tidak terpakai untuk cukai semasa bagi tempoh 15 Ogos – 31 Disember 2023 di mana pihak syarikat perlu membayar cukai tersebut sebelum barang yang dikenakan cukai dibawa keluar dari Sabah.", "https://mof.sabah.gov.my/", "https://mof.sabah.gov.my/", "Dknormahani.pgmohd@sabah.gov.my", "Claudia.Salbishte@sabah.gov.my"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/28/tiga-sekawan-naik-sebuah-motosikal-maut-digilis-empat-kereta/", "headline": "Tiga sekawan naik sebuah motosikal maut digilis empat kereta", "content": ["Tiga sekawan maut digilis empat kenderaan dalam kemalangan berhampiran Pasaraya Kipmall Tampoi, Johor Bahru.", "JOHOR BAHRU:  Tiga sekawan maut apabila sebuah motosikal dinaiki mereka terbabas lalu  digilis oleh beberapa kenderaan  di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Pasaraya Kipmall Tampoi, di sini pagi kelmarin.", "Dalam kejadian pukul 6.55 pagi itu, dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi ketika tiba di Hospital Sultanah Aminah (HSA).", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa yang tidak memakai topi keledar dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Skudai.", "Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu digilis empat buah kenderaan yang tidak sempat mengelak.", "“Identiti kesemua mangsa yang dianggar berusia dalam lingkungan 30-an belum dapat mengesahkan kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa,” katanya ketika dihubungi.", "Balveer Singh berkata, pemandu empat buah kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.", "Ditanya sama ada mangsa berada dalam keadaan mabuk ketika menunggang motosikal, beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa.", "Mayat kesemua mangsa dihantar ke HSA untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.", "Kemalangan tersebut turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh beberapa kilometer. ", "Tiga sekawan naik sebuah motosikal maut digilis empat kereta"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/12/2-wanita-sesak-nafas-dalam-kebakaran-di-tawau/", "headline": "2 wanita sesak nafas dalam kebakaran di Tawau", "content": ["TAWAU: Dua orang wanita mengalami sesak nafas ekoran terhidu asap tebal dalam satu kes kebakaran rumah yang berlaku di sini pagi kelmarin.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, TPgB II Jemishin Ujin berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Apas Batu 5, Kg Kinabutan, Tawau pada kira-kira jam 4 pagi.", "“Kita menerima panggilan melalui talian MERS 999 pada jam 4.09 pagi mengenai insiden itu dan menghantar sepasukan anggota seramai 13 orang diketuai Komander Operasi, PBK II Kasdi Latimin.", "“Setibanya di lokasi yang terletak 10 kilometer dari balai itu, didapati satu kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal, berkeluasan 30×30 kaki persegi terbakar 100 peratus di bahagian bawah.", "“Api telah dipadam oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. Operasi terkawal jam 4.32 pagi,” katanya.", "Menurut Jemishin, terdapat dua orang penghuni rumah mengalami sesak nafas diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.", "“Tindakan pemeriksaan dijalankan di sekitar lokasi untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan pada jam l4.55 pagi,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/10/pembantu-guru-rugi-rm30483-akibat-terpedaya-tawaran-kerja-sampingan/", "headline": "Pembantu guru rugi RM30,483 akibat terpedaya tawaran kerja sampingan", "content": ["KUANTAN: Gara-gara terpedaya dengan tawaran kerja sampingan secara dalam talian, seorang pembantu guru menjadi mangsa sindiket penipuan hingga mengalami kerugian RM30,483.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis negeri, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa berusia 29 tahun dan berasal dari Bentong di sini mendakwa dihubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp dan menawarkan kerja sampingan dengan melakukan ulasan berkaitan tempat menarik serta restoran.", "“Suspek memberitahu setiap ulasan dibuat mangsa akan diberikan upah dalam bentuk komisen. Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu kemudiannya melakukan empat kali pemindahan wang ke empat akaun berbeza diberikan suspek.", "“Selepas semua pindahan wang dilakukan, akhirnya mangsa menyedari dirinya tertipu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.", "Dalam pada itu, Ramli berkata, dalam urusan pemindahan wang tersebut, mangsa menggunakan wang simpanannya sendiri.", "“Mangsa sudah pun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Saya menasihatkan orang ramai berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa kegiatan sindiket penipuan ini,” katanya. ", "Pembantu guru rugi RM30,483 akibat terpedaya tawaran kerja sampingan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/19/%e4%ba%8e%e5%9c%a8%e5%84%aa%ef%bc%9a%e6%9c%ac%e5%9c%b0%e5%8c%96%e5%b8%ab%e8%b3%87%e5%ae%8c%e5%96%84%e6%95%99%e8%82%b2%e7%b5%90%e6%a7%8b-%e5%bb%ba%e8%ad%b0%e6%95%99%e9%83%a8%e4%b8%8b%e6%94%be%e6%b2%99/", "headline": "于在優:本地化師資完善教育結構 建議教部下放沙砂權限", "content": ["(亞庇十九日訊)沙巴團結黨亞庇亞庇區部宣傳主任于在優表示,教育部應該採取更認真和系統的干預措施,以確保該國,特別是沙巴教育結構更加完善。", "針對高等法院最近對3名學子起訴英語老師缺席的訴訟做出的裁決,她表示,這項裁決是確保教育系統問責制和保護在校學生權利的重要一步。", "她敦促教育部根據高等法院的裁決迅速採取行動,並強調努力創造一個讓所有學生都能獲得優質教育並免受教師疏忽或缺席的環境非常重要。", "「高等法院對前學生有利的裁決反映了提供優質教育和維護教師責任的重要性。它傳達了一個強烈的信息,即教師必須在場並致力於他們的職業,因為他們的缺席會對學生的學業進步和整體福祉產生深遠的影響。」", "她強調,教育部必須承擔全部責任,並制定鼓勵學生向教育部提出申訴的政策,確保類似問題得到及時解決。", "「教育部通過制定和實施有效的教育政策,在塑造我們國家的未來方面發揮著至關重要的作用。教育部必須認真致力於解決我們教育系統面臨的挑戰。」她說。", "她說,如果教育部無法有效處理整個國家,特別是沙巴和砂拉越多樣化和複雜的教育需求,那麼教育部應該考慮將教育自主權歸還給沙巴。", "「我相信沙巴和砂拉越政府將能夠培育一個更加本地化和反應靈敏的教育體系。」", "她說:「這種權力下放將使沙巴教育部門能夠與學校、教師、家長和其他利益相關者密切合作,解決基層面臨的挑戰,確保教育框架更加高效和有效。」", "她相信,健全和負責任的教育體係,對於國家的進步和發展至關重要。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/22/rumah-mampu-milik-rm47000-seunit-untuk-sukau-kota-kinabatangan-melalap-tenom-dan-beluran/", "headline": "Rumah mampu milik RM47,000 seunit untuk Sukau, Kota Kinabatangan, Melalap, Tenom dan Beluran", "content": ["KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan kepada usaha untuk merancakkan pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam seperti pasar umum, tapak tamu, gerai, kiosk-kiosk perniagaan, tandas awam, dewan masyarakat dan taman awam di kawasan-kawasan pekan dan luar bandar.", "Ini bertujuan untuk menyokong pemulihan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui penyediaan kemudahan kondusif dan selesa kepada pengguna dan peniaga serta peningkatan pulangan hasil kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui kutipan bayaran sewa dan lesen perniagaan.", "Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin berkata, dua projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang telah disiapkan ialah Pasar Umum Pekan Semporna dan Gerai Sayur Pekan Kundasang.", "“Pada tahun ini, beberapa projek baharu akan dimulakan iaitu projek pembinaan Pasar Am Pekan Kinarut, Pasar Rakyat 2 Tingkat di Pekan Beluran dan Pasar Masyarakat Majlis Daerah Pitas serta projek menaik taraf Pasar Umum Majlis Daerah Tambunan, Tapak Tamu dan Gerai Pekan Apin-Apin Keningau dan Pasar Awam dan Gerai-Gerai di sekitar Pekan Beaufort, Membakut dan Weston,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Kerajaan Negeri Sabah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 di sini hari ini.", "Selain itu katanya, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pindaan terhadap Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dan penggubalan dan pewartaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 2022 serta melaksanakan semakan ke atas 335 undang-undang kecil untuk dikuatkuasakan oleh semua PBT.", "Ini bertujuan untuk menambah baik dasar dan perundangan Kerajaan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat, tambahnya.", "“Adalah menjadi aspirasi Kerajaan Negeri untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik yang mencukupi dan berkualiti bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat, khususnya golongan berpendapatan rendah, setinggan dan kumpulan B40. Justeru, di bawah RMK12, Projek Perumahan Awam Mampu Milik yang akan dijual pada harga RM47,000 seunit akan dilaksanakan pada tahun ini melibatkan pembinaan rumah teres di Sukau, Kota Kinabatangan, Melalap, Tenom dan Beluran.", "“Di bawah inisiatif Pelan Pembangunan SMJ pula, Kerajaan Negeri dengan kerjasama daripada sektor swasta sedang giat membina sebanyak 662 unit rumah mampu milik, masing- masing sebanyak 502 unit akan dibina di Kinarut dan sebanyak 160 unit lagi di Tuaran.", "“Dalam hal berkaitan, Kerajaan Negeri akan membangunkan sistem baharu berkaitan perumahan iaitu Sistem Maklumat Perumahan yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini,” katanya.", "Sistem pengurusan sisa pepejal dan kebersihan awam yang cekap dan efektif akan terus diberikan penekanan bagi meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan awam serta kualiti alam sekitar negeri ini.", "Oleh itu kata Tun Juhar, Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan terhadap perancangan untuk membina baharu dan menaik taraf tapak-tapak pelupusan sampah serta usaha memanjangkan jangka hayat tapak-tapak pelupusan sampah berkenaan.", "“Inisiatif untuk mengurangkan sampah juga akan diperkasa dengan penyediaan Cabin Collector Center 3R, Food Waste Composter dan Pusat Lestari kepada PBT. Selaras dengan penggubalan Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Kebersihan Awam 2022, Kerajaan Negeri akan menyediakan draf peraturan-peraturan kepada enakmen tersebut agar pemakaiannya dapat dikuatkuasakan tahun ini.”", "Dalam aspek perancangan pembangunan guna tanah Tun Juhar berkata, tumpuan akan terus diberikan dalam penyediaan Pelan Tempatan bagi membantu Kerajaan Negeri khususnya PBT untuk merangka hala tuju strategik pembangunan kawasan bandar dan luar bandar. Untuk tahun 2023.", "“Kerajaan Negeri menyasarkan pelaksanaan sebanyak empat Pelan Tempatan baharu iaitu Pelan Tempatan Kota Belud, Pelan Tempatan Tenom, Pelan Tempatan Nabawan dan Pelan Tempatan Kimanis,” ujarnya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/08/ums-peruntuk-lebih-rm500-ribu-bangun-living-lab-makanan-ternakan-di-keningau/", "headline": "UMS peruntuk lebih RM500 ribu bangun ‘Living-Lab’ makanan ternakan di Keningau", "content": ["Dr Kasim", "KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperuntukkan RM505,960 bagi fasa pertama projek membangunkan kilang makanan ternakan dan kelengkapan pejabat Pusat Penyelidikan Makanan Ternakan di Kampung Apin-Apin Keningau.", "Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata, pusat penyelidikan itu yang juga merupakan makmal hidup (Living – Lab) terbahagi kepada tiga zon melibatkan kawasan berkeluasan 74 ekar.", "“Bagi Zon EcoFarm UMS, ia mempunyai keluasan 14 ekar dan diurus secara spesifik oleh universiti ini melalui Pusat Pengurusan EcoFarm.", "“Ia melibatkan pengurusan semua bangunan dan kemudahan sedia ada iaitu kilang makanan ternakan, pejabat, bilik seminar, makmal penyelidikan, hostel pelajar, dan tapak penyelidikan makanan ternakan,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023, di sini, pada Selasa.", "Menurut Dr. Kasim, dua zon selebihnya ialah Zon Industri 1 dan Zon Industri 2 yang masing-masing berkeluasan 40 dan 20 ekar.", "“Kedua-dua zon ini dibuka untuk dimajukan oleh pihak industri bagi membolehkan UMS berganding bahu dengan mereka dalam usaha meningkatkan keterjaminan makanan ternakan di Sabah.", "“Ini adalah selari dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang berkaitan dalam meningkatkan produktiviti pertanian menggunakan teknologi terkini sejajar dengan Revolusi Industri (IR4.0) dan Internet untuk Segalanya (IoT),” katanya.", "Untuk rekod, antara Living-Lab yang dibangunkan UMS termasuklah Forestry (Industrial Plantation Timber) Living Lab, SFER@UMS, ASTIF Creative Living Lab, BORNEENSIS Living Lab, BioTech Living Lab, Kundasang Compost Living Lab dan Rural Medicine Living Lab.", "Penubuhannya antara lain bagi merealisasikan matlamat UMS untuk melahirkan masyarakat berinovasi seiring dengan slogan Leading towards Innovative Societies."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/20/10-rumah-rosak-dibadai-ribut/", "headline": "10 rumah rosak dibadai ribut", "content": ["Zainun Abdul Rahman menunjukkan bumbung rumahnya yang tercabut dalam kejadian ribut di Kampung Wakaf Merah, Tendong Pasir Mas, Kelantan.", "PASIR MAS: Kira-kira 10 buah rumah dan sebuah premis perniagaan rosak selepas dibadai ribut di Kampung Wakaf Merah, Tendong di sini Jumaat.", "Kejadian ribut diselangi hujan batu hampir 30 minit itu berlaku kira-kira pukul 6 petang menyebabkan sebuah premis menjual pakaian rosak teruk apabila bumbung tambahan, siling dan pintu runtuh.", "Menurut Utusan Malaysia, pekerja premis terbabit, Amila Mohamad, 21, berkata, ada pekerja melihat pusaran angin seperti puting beliung membadai premis tersebut sehingga mengakibatkan bumbung tambahan dan pintu runtuh sekelip mata.", "Menurutnya, premis tersebut kemudiannya bergegar disusuli dengan runtuhan siling", "“Ketika itu, lapan pekerja termasuk dua orang pelanggan berlindung di satu sudut untuk mengelakkan daripada terkena runtuhan tersebut. semua pekerja dan pelanggan terlibat terperangkap selama 30 minit. Bekalan elektrik juga terputus sehingga premis gelap selain pakaian yang dijual berselerak di atas lantai,” katanya.", "Amila memberitahu, ia merupakan kejadian ribut kuat yang pertama berlaku di kawasan tersebut sejak dia bekerja di premis itu tiga tahun lalu.", "Katanya, dia bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku meskipun keadaan premis itu rosak teruk.", "Seorang penduduk Kampung Wakaf Merah, Zainun Abdul Rahman, 70, berkata, dia terkejut  melihat ketulan ais memenuhi lantai rumahnya apabila atap zink di bahagian ruang tamu tercabut diterbangkan angin.", "“Hujan sangat lebat petang semalam (Jumaat). Bunyi di bahagian atap rumah sangat bising seperti ada batu yang jatuh.", "“Bunyi bising hujan batu itu menyebabkan saya tidak sedar zink tercabut diterbangkan ribut,” ujarnya.", "Zainun berkata, kejadian ribut itu juga menyebabkan stor di hadapan rumahnya runtuh dan sebatang pokok tumbang menimpa ruang dapur.", "Katanya, ini merupakan kejadian kali pertama hujan batu berlaku di kampung tersebut dan ia merupakan satu fenomena luar biasa.", "10 rumah rosak dibadai ribut"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/05/ajles-anjuran-pertisa-esok/", "headline": "AJLES anjuran PERTISA esok", "content": ["10 finalis AJLES", "KOTA KINABALU: 10 juara antara etnik bakal berentap di final Anugerah Juara Lagu Etnik Sabah (AJLES), anjuran Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) pada 6 Mei 2023 bersamaan Sabtu di Auditorium JKKNS Kota Kinabalu.", "Pengarah Program yang juga Presiden PERTISA, Guadik Ansiw, berkata, program yang dirancang sejak tahun lalu itu merupakan satu lagi usaha PERTISA bagi menyatukan semula lagu-lagu etnik tempatan dan artis Sabah di dalam sebuah acara.", "Katanya, kesemua lagu yang dipertandingkan merupakan karya etnik asli dan asal kesemua finalis, yang diterbitkan sejak tahun 2000 sehingga kini.", "“Selain hadiah-hadiah lumayan, inilah peluang kita sebagai penggiat seni untuk menonjolkan karya dari pelbagai etnik dan lagu-lagu mereka juga bakal dikenali melalui platform media sosial seperti Youtube, Facebook, Tiktok dan sebagainya,” katanya.", "Menurutnya, para finalis merupakan juara bagi 10 kategori etnik yang dipertandingkan iaitu Dusun, Kadazan, Murut, Rungus, Bajau, Tatana, Bisaya, Lotud, Tobilung, dan Sungai.", "Guadik Ansiw, Presiden PERTISA", "Mereka yang bertanding ialah Benn Simon Bukag (Dusun), Lenny James (Kadazan), Keydeet Jake (Murut), Larry Boy (Rungus), Rubisa Tiasin (Bajau), Adex (Tatana), Emjey Yassin (Bisaya), Jacinda Faye (Lotud), Stefanus Nodibin (Tobilung) dan Clarice John Matha (Sungai).", "Menurut Guadik, selain finalis yang bertanding malam itu, para penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan budaya, termasuk juga beberapa artis terkenal Sabah.", "Justeru, para peminat seni hiburan tempatan dipelawa menghadiri acara tersebut bagi memberi sokongan kepada semua artis yang bertanding.", "Di samping berpeluang bertemu mesra dan bergambar dengan artis, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan-persembahan mereka bermula jam 7.00 malam esok.", "Dalam pada itu, katanya, dari segi pengadilan pada peringkat pemilihan juara etnik, PERTISA telah bekerjasama dengan banyak pihak termasuklah badan berkecuali seperti RTM dan sebagainya supaya bersifat telus dan adil.", "“Masuk adalah percuma, ajaklah ramai kawan untuk menyaksikan acara yang julung kalinya diadakan ini bagi memeriahkan lagi arena seni hiburan tempatan di Sabah di samping menyemarakkan lagi semangat perpaduan kita sebagai rakyat Sabah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/24/son-maddison-bawa-tottenham-ke-puncak-liga/", "headline": "Son, Maddison bawa Tottenham ke puncak liga", "content": ["Son Heung-min (kanan) meraikan jaringannya ketika membantu Tottenham mengalahkan Fulham di London.", "LONDON: Tottenham mencatat permulaan terbaik mereka dalam tempoh lebih 60 tahun selepas menumpaskan Fulham 2-0 di tempat sendiri awal pagi tadi, sekali gus merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan dua mata.", "Ketua pasukan, Son Heung-min meledak gol ketujuhnya musim ini, dan James Maddison turut mencetak nama sebagai penjaring bagi mencatat kemenangan ketujuh dalam sembilan aksi liga.", "Menurut Utusan Malaysia, rembatan lencong kaki kanan Heung-min mencecah penjuru gawang lawan pada minit ke-36 untuk jaringannya yang ke-50 di stadium baharu Tottenham sejak dibuka pada 2019.", "Dia kemudian mencipta gerakan untuk gol Maddison yang tenang menolak bola masuk pada awal babak kedua.", "Spurs belum kalah dalam saingan EPL sejak diambil alih oleh pengurus baharu, Ange Postecoglou untuk mengumpul 23 mata, dua mata mengatasi juara bertahan, Manchester City dan Arsenal.", "Spurs", "Mereka akan berkunjung ke Crystal Palace Jumaat ini dan berpeluang menjarakkan kedudukan kepada lima mata, manakala Fulham di tangga ke-13 dengan 11 mata.", "Walaupun menang, Postecoglou tidak terlalu gembira dengan prestasi anak-anak buahnya.", "“Keputusan yang bagus kerana Fulham pasukan yang sukar ditembusi.", "“Pada separuh masa kedua kami agak menurun, kami tidak beraksi pada tahap sebenar,” kata jurulatih dari Australia itu kepada Sky Sports.", "Sky Sports", "Son, Maddison bawa Tottenham ke puncak liga"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/09/kerajaan-negeri-prihatin-sedia-kaji-semula-tambah-dana-peruntukan-pembangunan-dun/", "headline": "Kerajaan Negeri prihatin, sedia kaji semula tambah dana, peruntukan pembangunan DUN", "content": ["Masidi Manjun", "KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan bersedia membuat kajian semula untuk menambah dana atau peruntukan pembangunan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan kemampuan kewangan negeri, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun.", "“Sememangnya, peruntukan pembangunan disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada semua kawasan DUN setiap tahun bagi membolehkan semua Ahli Yang Berhormat dapat melaksanakan tanggungjawab membangun dan menyantuni rakyat di kawasan masing-masing. ", "“Peruntukan ini adalah diselaras dan dipantau oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Abdul Ghani Mohd. Yassin pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.", "Abdul Ghani bertanya apakah pihak Kementerian Kewangan akan mengkaji semula dan bercadang untuk menambah dana atau peruntukan pembangunan di setiap kawasan DUN.", "Masidi berkata, di bawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sejak tahun 2021, peruntukan kepada setiap kawasan DUN Kerajaan telah dinaikkan sebanyak RM1 juta untuk melaksanakan projek infrastruktur kecil dan Program Sentuhan Kasih.", "“Pada tahun 2021, sejumlah RM1 juta telah diperuntukkan kepada setiap ADUN Kerajaan dengan agihan RM700,000 untuk melaksanakan projek infrastruktur kecil dan RM300,000 untuk Program Sentuhan Kasih. ", "“Manakala pada tahun 2022, peruntukan kepada setiap ADUN Kerajaan telah dinaikkan kepada RM2 juta iaitu dengan agihan RM1,500,000 untuk melaksanakan projek infrastruktur kecil dan RM500,000 untuk Program Sentuhan Kasih.", "“Pada tahun 2023 pula, sejumlah RM3 juta telah diperuntukkan kepada setiap ADUN Kerajaan iaitu dengan agihan RM2,500,000 untuk melaksanakan projek infrastruktur kecil dan RM500,000 untuk Program Sentuhan Kasih.", "“Justeru itu, semua Ahli Yang Berhormat diharap memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kawasan yang diwakili membangun dalam pelbagai aspek termasuk tahap ekonomi dan taraf hidup rakyat,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/01/pelajar-terbabit-ujian-pada-hari-undi-boleh-mohon-tangguh/", "headline": "Pelajar terbabit ujian pada hari undi boleh mohon tangguh", "content": ["Mohamed Khaled Nordin", "PUTRAJAYA: Pelajar universiti awam (UA) yang terbabit peperiksaan semester pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini dibenar menangguhkan peperiksaan itu dan boleh mengambilnya pada hari lain.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelajar terbabit bagaimanapun perlu memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan universiti masing-masing dan pihak universiti akan melaksanakan peperiksaan pada hari lain.", "Beliau berkata, setakat ini, pihaknya difahamkan hanya Universiti Utara Malaysia (UUM) yang melaksanakan peperiksaan pada hari berkenaan (12 Ogos).", "“Saya dimaklumkan, UUM sudah keluarkan arahan dan pelajar yang terbabit pengundian pada hari itu dikecualikan mengambil peperiksaan.", "“Tiada isu besar timbul kerana PRN bukan berlaku di seluruh negara sebaliknya hanya membabitkan enam negeri sahaja iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan Terengganu sahaja.", "“Jadi pelajar lain yang tidak terbabit pengundian boleh mengambil peperiksaan seperti biasa,” katanya dalam sidang akhbar di sini kelmarin.", "Katanya, isu itu dikesan hanya berlaku di UUM kerana universiti itu sahaja yang melaksanakan peperiksaan pada hari Sabtu dan kebetulan jatuh pada hari pengundian PRN.", "Mohamed Khaled berkata, perkara itu sudah dibincangkan dan tiada isu berbangkit mengenainya, malah UUM akan mengatur hari peperiksaan lain untuk pelajar terbabit.", "Menurutnya, pihaknya juga tidak merancang untuk melanjutkan cuti semester bagi memudahkan pelajar di enam negeri melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi kerana kebetulan tarikh PRN jatuh pada cuti semester.", "“Tiada ekstra (cuti tambahan) kerana semua universiti dah habis semester belajar dan ketika ini pelajar baharu sedang mendaftar masuk.", "“Pelajar yang baharu mendaftar universiti kena sambung belajar macam biasa dan kebanyakannya masih belum cukup umur layak mengundi (18 tahun),” katanya.", "Sebelum ini, Mohamed Khaled dilaporkan berkata, pelajar universiti tempatan dijangka tiada halangan untuk menunaikan tanggungjawab pada PRN ini memandangkan kebanyakannya telah selesai menjalani peperiksaan akhir semester.", "Menurutnya, majoriti pelajar terbabit dijangka sudah pulang ke kampung masing-masing pada tarikh tersebut. ", "Pelajar terbabit ujian pada hari undi boleh mohon tangguh"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/04/warisan-kota-kinabalu-lumpuh-hampir-semua-ajk-keluar-parti/", "headline": "Warisan Kota Kinabalu lumpuh, hampir semua AJK keluar parti", "content": ["Hajiji (duduk, tengah) bersama Awang Ahmad, Loo, Chak, Faridah, Chong and AJK lain.", "KOTA KINABALU: Hampir semua ahli jawatankuasa Parti Warisan Bahagian Kota Kinabalu bertemu dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di kediamannya, Sri Gaya hari ini untuk mengumumkan keluar Parti Warisan dan menyertai Gagasan Rakyat dengan hasrat menyokong penuh kerajaan perpaduan Sabah yang diketuai oleh Hajiji.", "Rombongan mereka diketuai oleh ADUN Petagas Datuk Awang Ahmad Sah yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tanjung Aru dan Setiausaha Bahagian Gagasan Rakyat Tanjung Aru, Judy Hiew.", "Mereka yang mengumumkan meninggalkan Parti Warisan dari Bahagian Kota Kinabalu termasuk Nicholas Chak (Ahli Majlis Tertinggi Warisan merangkap Timbalan Ketua Kota Kinabalu), Dato David Chong (Naib Ketua Bahagian Kota Kinabalu), Faridah Wasli (Ketua Wanita Bahagian Kota Kinabalu merangkap Ketua Cawangan Likas Barat), Maxxy Loo (Timbalan Ketua Wira Warisan merangkap Ketua Wira Bahagian Kota Kinabalu), serta ahli-ahli jawatankuasa Bahagian Kota Kinabalu iaitu Norsham Wasli, Nurul Akmal, Yim Woei Cherng (juga Setiausaha Wira Kota Kinabalu), Timothy Hill (AJK Wira Warisan), Rickcy Lim (juga Ketua Cawangan Damai), Jack Chin (juga Naib Ketua Cawangan Damai), Christiana Yong (juga Timbalan Ketua Wanita Kota Kinabalu), Pungut Jouya dan Mohd Khairul (juga Timbalan Ketua Wira Kota Kinabalu dan Ketua Cawangan Likas Selatan), Nicholas Tan (juga Ketua Cawangan Sunny Golden)", "Dalam satu kenyataan hari ini, mereka menyatakan bahawa pilihan raya umum telah berakhir dan rakyat telah membuat keputusan dengan undi mereka bagi Kerajaan Pusat dan Sabah membentuk kerajaan perpaduan, dan tugas pertama adalah mendokong dan menyokong penuh kerajaan perpaduan menumpukan perhatian kepada tadbir urus.", "Sebelum ini, berikutan penularan wabak Covid-19 yang teruk, ramai orang hidup dalam kesusahan, tetapi kini keadaan wabak telah bertambah baik, dan pasaran telah mula dibuka dan bertambah baik.", "Sebarang pertikaian politik harus menunggu sehingga penggal penuh diselesaikan baru bersaing, kata mereka, sambil menambah buat masa ini, perlu difikirkan bahawa rakyat boleh bekerja dan berniaga dalam suasana politik negara yang stabil.", "“Satu-satunya harapan rakyat ialah politik negara dapat stabil, dan mereka juga sudah bosan dengan ketidakstabilan negara yang disebabkan oleh pertikaian politik,” kata mereka.", "Mereka berkata, ketika bertemu dengan Ketua Menteri, beliau menyatakan bahawa beliau akan melakukan yang terbaik untuk mewujudkan Sabah yang lebih baik dan makmur.", "“Pada masa sama, Ketua Menteri mahu menarik lebih banyak pelaburan asing bagi meningkatkan lebih banyak peluang pekerjaan dan mengelak anak muda tempatan berhijrah ke Semenanjung atau ke luar negara untuk bekerja,” kata mereka.", "Selain itu, kata mereka, Ketua Menteri secara khusus menyebut bahawa beliau sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masalah air masin di Sandakan secepat mungkin, agar penduduk setempat mendapat air bersih. "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/25/lelaki-lawat-disneyland-selama-2995-hari/", "headline": "Lelaki lawat Disneyland selama 2,995 hari     ", "content": ["Jeff Reitz menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness kerana melakukan lawatan paling banyak secara berturut-turut ke Disneyland.", "SACRAMENTO: Seorang lelaki di Amerika Syarikat berjaya mencipta rekod dunia baharu selepas mengunjungi taman tema Disneyland di bandar Anaheim, California selama 2,995 hari berturut-turut.", "Menurut Utusan Malaysia, portal UPI.com melaporkan, Jeff Reitz, 50, menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness kerana melakukan lawatan paling banyak secara berturut-turut ke Disneyland. ", "UPI.com", "Lawatan Reitz ke Disneyland bermula pada 2012, dengan dia sempat mengunjungi sebanyak 3,000 kali sahaja, setelah taman tema itu terpaksa ditutup akibat pandemik Covid-19 pada Mac 2020.", "Dilaporkan, Reitz berkongsi perjalanan hariannya ke Disneyland dalam media sosial.", "Kisah perjalanannya mula mendapat perhatian ramai selepas melakukan lawatan berturut-turut yang ke-60 ke taman tema tersebut.", "Malah, berita mengenai Reitz turut menjadi tajuk utama berita kebanyakan media antarabangsa pada 2017 apabila dia berjaya melengkapkan lawatan ke-2000 ke taman tema itu.", "Ketika itu, kakitangan Disneyland menghadiahkan Reitz sebuah beg galas penuh dengan cenderamata dari pihak pengurusan taman tema.       ", "Sementara itu, Reitz berkata, dia masih belum melawat Disneyland sejak pandemik pandemik Covid-19 melanda AS.", "Namun, katanya, dia berharap agar dapat mengunjungi lagi ketika sambutan ulang tahun ke-100 Disneyland pada akhir tahun ini. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/02/lelaki-lawat-disneyland-selama-2995-hari/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/02/lelaki-lawat-disneyland-selama-2995-hari/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/04/sabah-bersetuju-sop-terbaharu-pemakaian-pelitup-muka-pengurusan-kes-positif-covid-19/", "headline": "Sabah bersetuju SOP terbaharu pemakaian pelitup muka, pengurusan kes positif Covid-19 ", "content": ["Dr. Joachim Gunsalam", "KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bersetuju dengan SOP terbaharu pemakaian pelitup muka dan pengurusan kes positif Covid-19 selaras dengan keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).", "Menteri Penyelaras Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, SOP pemakaian pelitup muka yang dahulunya diwajibkan ke atas pesakit Covid-19, semasa berada di dalam pengangkutan awam (kecuali kapal terbang) dan di fasiliti kesihatan, telah dikemas kini mengikut ketetapan berikut dan berkuat kuasa mulai 5 Julai 2023; iaitu:", "Individu dikehendaki memakai pelitup muka bagi:", "Individu dikehendaki memakai pelitup muka bagi:", "i. kes positif Covid-19; dan", "ii. ketika berada di fasiliti kesihatan mengikut amalan. Kawalan dan Pencegahan Infeksi semasa berhadapan atau mengendalikan pesakit.", "Pemakaian pelitup muka amat digalakkan berdasarkan penilaian kendiri bagi:", "Pemakaian pelitup muka amat digalakkan berdasarkan penilaian kendiri bagi:", "i. Individu berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah atau ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan di mana pengudaraan kurang baik;", "ii. Individu yang bergejaia respiratori bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain; dan", "iii. Semasa berada dalam perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, bas/van pekerja dan bas/van sekolah.", "Prosedur pengasingan kes disahkan Covid-19:", "Prosedur pengasingan kes disahkan Covid-19:", "a) Arahan pengasingan kes disahkan Covid-19 diteruskan dengan tempohnya dipendekkan dari tujuh hari kepada tima hari dari onset gejala pertama. Ini adalah berdasarkan kajian yang mengatakan bahawa infektiviti kes Covid-19 tinggi pada lima hari pertama dari onset gejala dengan viral load yang tinggi pada tempoh tersebut. Ia berkuat kuasa mulai 5 Julai 2023.", "Berhubung pelanjutan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan, Dr. Joachim berkata, walaupun penilaian situasi semasa Covid-19 adalah pada tahap tidak membimbangkan dan perkhidmatan kesihatan tidak terbeban dengan situasi Covid-19, status Kawasan Tempatan Jangkitan di Malaysia yang akan tamat pada 30 Jun 2023 dilanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi, iaitu sehingga 31 Disember 2023.", "“Ia bagi membolehkan penguatkuasaan beberapa peruntukan di dalam Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Fasa Peralihan ke Endemik) 2022 (P.U.(A) 872022) yang digubal atas kuasa Menteri di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta342].", "“Pelanjutan pengisytiharan Malaysia sebagai “Kawasan Tempatan Jangkitan” juga masih diperlukan memandangkan terdapat nsiko kemunculan varian dan subvarian baharu virus SARS-CoV-2 di Malaysia. Selain itu, perhimpunan ramai yang dijangka berlaku semasa sambutan Hari Raya Aidiladha dan juga Pilihan Raya Negeri, berkemungkinan berisiko menyumbang kepada peningkatan kes dan membebankan sistem perkhidmatan kesihatan Kerajaan jika langkah kawalan dan pencegahan tidak dilaksanakan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Sabah merekodkan 78 kes baharu Covid-19 minggu lalu (25 Jun-1 Julai), turun berbanding 110 kes minggu sebelumnya (18 Jun-24 Jun)."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/13/sindiket-penipuan-dalam-talian-tumpas-di-langkawi/", "headline": "Sindiket penipuan dalam talian tumpas di Langkawi", "content": ["Antara individu yang ditahan dalam serbuan JIM sehingga menumpaskan sindiket penipuan dalam talian di Pulau Langkawi.", "LANGKAWI: Satu sindiket penipuan dalam talian yang berpangkalan di tiga buah resort di pulau ini tumpas dalam serbuan serentak yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, sindiket yang dipercayai didalangi warganegara China itu merekrut warga tempatan bagi menjalankan kegiatan terbabit di resort yang dipercayai tidak beroperasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.", "“Hasil siasatan awal terhadap rakyat Malaysia yang ditahan dalam operasi ini mendapati mereka dibayar sehingga RM3,000 sebulan dan komisyen sebanyak RM15 bagi setiap orang yang berjaya direkrut.", "“Seramai 30 orang warganegara asing terdiri daripada 27 rakyat China, dua Thailand, seorang warga Myanmar serta 134 orang warganegara Malaysia ditahan dalam serbuan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Jalan Lubuk Semilang, di sini.", "Beliau berkata, JIM turut merampas 756 buah telefon bimbit, 150 buah komputer termasuk komputer riba serta pelbagai peralatan elektronik lain yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut.", "Jelasnya, berdasarkan siasatan awal sindiket terbabit dipercayai menjadikan resort-resort tersebut sebagai pusat operasi dan tempat untuk melatih ahli-ahli sindiket baharu bagi dijadikan sebagai operator kegiatan tersebut.", "“Sindiket ini dipercayai telah beroperasi hampir setahun dan sering kali berpindah-randah bagi mengelak aktiviti mereka dihidu oleh pihak berkuasa.", "“Sebanyak 17 pasport China dirampas dan semakan mendapati mereka menggunakan pasport baharu yang tidak mempunyai rekod perjalanan selain menggunakan pas rawatan perubatan, manakala selebihnya tidak mempunyai dokumen yang sah,” ujarnya.", "Khairul Dzaimee berkata, sindiket itu dianggarkan memerlukan RM800,000 sebulan untuk menampung kos operasi yang digunakan bagi membayar gaji, kos penginapan, sewa dewan dan pelbagai kemudahan lain yang digunakan mereka.", "Menurut beliau, pihaknya juga akan melakukan siasatan lanjut terhadap ketiga-tiga pemilik resort terbabit.", "Kesemua warganegara asing tersebut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966, manakala kesemua warga Malaysia akan diberikan Borang 29 dan ditahan untuk siasatan lanjut. ", "Sindiket penipuan dalam talian tumpas di Langkawi"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/06/kerajaan-berhasrat-perkenal-semula-akta-perkhidmatan-parlimen-majlis-parlimen/", "headline": "Kerajaan berhasrat perkenal semula Akta Perkhidmatan Parlimen, Majlis Parlimen", "content": ["Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar", "PETALING JAYA: Kerajaan berhasrat memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen dan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) dalam sidang Parlimen bulan ini.", "Menurut Utusan Malaysia, perkara itu dikongsikan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika berucap pada Persidangan Parlimen Komanwel ke-66 di Accra, Ghana, kelmarin.", "“Akta-akta ini akan melengkapkan Parlimen sebagai cabang badan perundangan dengan infrastruktur perundangan, prosedur dan pentadbiran untuk merealisasikan sepenuhnya fungsi dan tugasnya sebagai antara cabang pengasingan kuasa dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan.", "“Walaupun Perlembagaan Persekutuan digubal oleh ahli Suruhanjaya Reid yang merupakan warga asing, kesaksamaan mereka, latihan undang-undang dan pengalaman dalam tradisi dan perlembagaan Parlimen Komanwel telah menyediakan draf terbaik untuk pelaksanaan,” katanya menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara.", "Terdahulu Wan Junaidi menekankan, penguatkuasaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia sejak 1957 mempunyai pengasingan kuasa yang jelas dalam pelaksanaannya iaitu cabang Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman.", "Beliau berkata, Bab dan Perkara Perlembagaan Persekutuan disusun dengan cara yang unik dan sistematik bagi memenuhi pelbagai keperluan negara itu sendiri serta pengasingan kuasa yang jelas bagi ketiga-tiga cabang kerajaan itu juga terjalin dan berhubung antara satu sama lain.", "Meskipun konsep pengasingan kuasa ditunjukkan dalam bahagian Perkara yang berbeza, Wan Junaidi berkata, jentera masih belum diletakkan dan diaktifkan sepenuhnya dan konsep baharu Prinsip Latimer dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia memerlukan lebih banyak lagi pendidikan dan kesedaran. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/kerajaan-berhasrat-perkenal-semula-akta-perkhidmatan-parlimen-majlis-parlimen/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/kerajaan-berhasrat-perkenal-semula-akta-perkhidmatan-parlimen-majlis-parlimen/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/21/ktm-rc390-untuk-pencinta-motosikal-sport-sejati/", "headline": "KTM RC390 – Untuk pencinta motosikal sport sejati", "content": ["Sebut sahaja nama KTM, para pencinta dua roda sudah tentu tahu mengenai jentera berjenama dari Austria ini.", "Kalau dalam kancah kejuaraan motosikal Grand Prix Dunia, jenama ini kerap ‘mengganggu’ dominasi jentera-jentera dari Itali yang menduduki senarai tangga teratas.", "Menurut Utusan Malaysia, KTM juga sinonim dengan warna jingganya, dan selalunya berkait rapat de­ngan satu jenama minuman tenaga yang juga tidak perlu diceritakan lagi. Adakah RC390 terbaharu ini banyak perbezaannya daripada model-model terdahulu?", "Reka Bentuk FizikalKali pertama saya mengujinya ialah pada 2014, iaitu ketika mo­del RC390 ini mula-mula diperke­nalkan untuk pasaran Malaysia. Untuk tahun ini, saya menguji model yang diperkenalkan pada hujung 2022 dan harga pasarannya adalah RM33,800.", "Reka Bentuk Fizikal", "Perubahan paling ketara ialah bahagian cowling hadapan yang kini jenis lutsinar (mungkin penggunaan bahan yang sama macam ‘perspek’ seperti pelindung angin atau wind screen). Saya menyukai reka bentuknya, terutama kalau melihat daripada pandangan penunggang. Ia seolah-olah menggunakan dimensi dan rekaan yang sama dengan motosikal mo­to 3 dan penghadang anginnya juga seolah-olah jenis double bubble, iaitu sangat efisien menolak aruhan angin ke atas kepala penunggang.", "Namun, penggunaan bahan seperti perspek dan boleh menampakkan bahagian dalam cow­ling itu memberikan dua perasaan yang berbeza jika melihatnya dari dua sudut. Ia cukup menarik bagi saya jika dilihat dari tempat duduk penunggang, tetapi saya tidak menyukainya apabila berdiri di hadapan RC ini kerana boleh nampak tembus ke dalam.", "Malah, rekaan itu turut memberikan saya perasaan bahawa material ini bakal rapuh dan mudah pecah sekiranya motor tumbang atau tergelincir. Mungkin kualiti bahan yang digunakan adalah jenis yang ‘liat’ atau mudah lentur, namun saya tidak berani untuk mengujinya bagi melihat sejauh mana ketahanan transparent cowling ini.", "Begitu juga dengan besi pemegang untuk pembonceng. Ada yang memanggilnya ‘tanduk’ (sememangnya ia menyerupai tanduk haiwan) dan kualitinya agak teguh dan keras. Saya faham akan fungsinya dan yakin para pembonceng RC390 pasti menghargai kewujudannya. Namun, sebagai pencinta motosikal sport, ia agak ‘mencacatkan’ imej laju dan ganas model ini.", "PenungganganMudah untuk saya simpulkan hasil uji pandu terhadap motosikal ini. Pelana tinggi, bar pemegang rendah, pemijak kaki juga tinggi, sistem suspensi yang tegar dan jitu, maka kesemua ini bermaksud RC390 bukanlah untuk penunggangan santai.", "Penunggangan", "Dari segi geometri penungga­ngan, kestabilan casis dan sistem suspensi hadapan terbalik dan monoshock belakangnya, berjenama WP APEX (jenama yang sama digunakan oleh jentera-jentera KTM dalam kejohanan MOTOGP dunia), sudah tentu adalah yang diidam-idamkan oleh pencinta kelajuan. Bukan itu sahaja, ke­dua-dua suspensi ini boleh dilaras mengikut keper­luan penunggangnya. Ini memberikan kestabilan untuk pe­ngambilan selekoh-selekoh dengan kelajuan yang lebih tinggi. Disokong pula dengan sistem brek berjenama ByBre ( By Brembo), RC390 dicipta untuk anda membelasah selekoh-selekoh ta­jam sama ada dalam litar atau pun jalan berliku. Inilah keseronokan mutlak motosikal ini.", "Namun, dari segi prestasi enjin, jika melihat daripada data spesifikasi, dikatakan enjin terbaharu ini menghasilkan lebih kuasa daripada model terdahulu. Ia mampu dicapai dengan konfigurasi rangkaian injap dan lengan aci sesondol berkembar (DOHC) disaluti karbon, dikatakan memberikan prestasi serta ketahanan guna pakai. Begitu juga dengan penalaan semula sistem enjin yang dijanjikan mampu lebih berkuasa daripada model terdahulu.", "Namun, apa yang saya dapati, ia seperti mempunyai sedikit kelebihan hanya apabila RPM menunjukkan tahap 4,500-5,000. Sekiranya ia berada bawah daripada tahap tersebut, anda perlu menurunkan gear rendah untuk mendapatkan kuasa tujahan yang lebih baik, seolah-olah menunggang jentera dua lejang.", "Sememangnya kapasiti 373cc bukanlah satu keupayaan yang tinggi, tetapi selalunya untuk jentera silinder tunggal, kuasa pada RPM rendah agak kuat, namun tidak pada RC390. Malah, tidak keterlaluan saya katakan, sekiranya anda pandai memilih saiz gegancu (sprocket) depan dan belakang, anda hampir pasti boleh mendapat hasil kuasa enjin yang sama pada model-model RC390 terdahulu.", "Tambahan pula sistem cut off pada kadar RPM10,000 turut mengecewakan ketika memulas pendikit penuh daripada keadaan statik ke gear tertinggi.", "Meter TFT yang disediakan ternyata memberikan perasaan motosikal terkini dan pengawalan cengkaman tayar (Traction Control), sistem ABS ketika selekoh (cornering ABS), pemilihan mod tunggangan ala SuperMoto dilihat sebagai tambahan terbaharu untuk RC390.Sistem gearnya dikatakan dibantu oleh slipper clutch, namun saya kurang pasti sama ada ia dilengkapi oleh sistem quick shifter atau tidak. Pertukaran gear rendah ke gear tinggi tanpa menarik klac menunjukkan ia dilengkapi oleh sistem ini, tetapi agak kurang efisien terutama pada gear rendah. Mungkin anda perlu ‘menambah’ sistem ini dengan aksesori power parts daripada KTM untuk mendapatkan hasil yang benar-benar lebih baik.", "KesimpulanUntuk pasaran antarabangsa, RC390 disasarkan kepada para penunggang muda dan baharu, atau bagi yang beraspirasi untuk memasuki kancah dunia perlumbaan motosikal. Namun, bagi pasaran tempatan, ternyata mereka yang mampu untuk memilikinya sudah tentu golongan yang mempunyai lesen B penuh dan berpendapatan sederhana.", "Kesimpulan", "Sebagai alternatif, jentera-jentera sports dari negara matahari terbit yang lebih gemar menggunakan enjin dua silinder berkembar selari lebih memberikan julat kuasa yang lebih besar (pick up dan top speed). Namun, seperti kebanyakan model-model Jepun, ia jarang didatangkan dengan ciri yang mencerminkan imej sport sebuah motosikal.", "KTM RC390 sememangnya memberikan keseronokan penunggangan dalam selekoh dan mengingatkan saya pada zaman muda dahulu ketika keberanian dan minat yang cukup mendalam pada motosikal perlumbaan. Namun, sekiranya anda berusia lebih 40-an dan memilih jentera ini untuk tunggangan harian, ia mungkin tidak terlalu sesuai kera­na akan memberikan ketidakselesaan pada badan. ", "KTM RC390 – Untuk pencinta motosikal sport sejati"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/19/%e5%a5%b3%e5%ad%90%e6%96%83%e5%91%bd%e5%b7%b2%e4%b8%8a%e9%8e%96%e5%b1%8b%e5%85%a7/", "headline": "女子斃命已上鎖屋內", "content": ["(亞庇十九日訊)一名婦女不知何故,斃命已上鎖的房內。", "亞庇消防和救援站(BBP)負責人TPgB I Ordine Gilu說,該起死亡時間相信是下午4時20分,在里卡士發生。", "他說,醫院於下午4時24分透過MERS999熱線通知他有關事件,因當局發現已上鎖的房屋內發現一具女屍,醫院要求幫忙打開鎖著的大門。", "由行動指揮官PBK II(KUP) Amran Lawadin率領的6人小組,即刻緊急趕赴7公里外的地點。", "「到達現場後,消防隊使用特殊設備打開了鎖著的大門,然後將死者遺體帶出並將他交給救護車以採取進一步行動。」", "Ordine說,目前尚未有死者的資料,行動於下午4時46分結束。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/20/jadikan-keputusan-mahkamah-iktibar-ewon/", "headline": "Jadikan keputusan mahkamah iktibar – Ewon", "content": ["Ewon Benedick", "KOTA KINABALU: Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menganuugerahkan ganti rugi RM90,000 kepada tiga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud harus menjadi iktibar semua pihak, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.", "Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, mahkamah telah membuat keputusan dan ia seharusnya menjadi ikhtibar kepada semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.", "“Guru-guru, ibu bapa dan pelajar mempunyai sempadan tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan dan keputusan mahkamah itu perlu menjadi ikhtibar kepada semua pihak iaitu guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri,” katanya pada sidang media diadakan selepas beliau merasmikan Program Jom XCESS SME Bank Pusat Wlayah Sabah, di Pasific Sutera Hotel, di sini, hari ini.", "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes tiga bekas pelajar SMK Taun Gusi, Kota Belud yang menang kes saman terhadap guru yang tidak hadir mengajar selama tujuh bulan.", "Ewon berkata, semua orang yang berada dalam ekosistem sekolah iaitu guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri mempunyai tanggungjawab masing-masing.", "“Guru bertanggungjawab untuk hadir dan mengajar dan sekiranya tidak hadir, mesti ada penjelasan yang boleh diberikan.", "“Pada masa yang sama pelajar juga harus mempunyai disiplin untuk menghormati guru dan kalau dia memerlukan guru itu memberi perkhidmatan pada hari tertentu tetapi guru berkenaan tidak dapat hadir, maka pelajar mempunyai ruang untuk bercakap kepada ibu bapa mereka dan ibu bapa mempunyai ruang dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk berbincang tentang perkhidmatan dalam sekolah itu,” katanya.", "Terdahulu, ketika berucap, Ewon merakamkan ucapan terima kasih kepada SME Bank atas sumbangan sejumlah RM25,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pensiangan Komprehensif 9 (SKPPK9) bagi pembinaan dewan sekolah itu.", "“Saya yakin prasarana yang baik akan menyumbang kepada sesi pembelajaran berkualiti sekali gus menjadi asas kepada pembangunan modal insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, sahsiah serta intelek,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/11/pdrm-sedia-laporan-lengkap-dakwaan-125-laporan-salah-laku-tidak-diambil-tindakan/", "headline": "PDRM sedia laporan lengkap dakwaan 125 laporan salah laku tidak diambil tindakan", "content": ["Yahaya Othman (kanan) menerima dokumen serah terima tugas selepas dilantik sebagai Ketua Polis Pahang ke-35 menggantikan Ramli Mohamed Yoosuf (kiri) yang akan mengambil alih jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.", "KUANTAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menyediakan laporan lengkap berkaitan dakwaan 125 laporan salah laku anggota agensi keselamatan itu yang belum diambil tindakan seperti didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, laporan dibuat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.", "Menurutnya, pihaknya juga akan memaklumkan kepada SPRM berhubung tindakan yang sepatutnya diambil oleh jabatan tersebut terhadap 125 anggota terbabit.", "Tegasnya, PDRM tidak pernah berkompromi dan mengambil ringan isu berkaitan tindakan tatatertib yang perlu diambil kepada mana-mana pegawai dan anggota yang dipercayai melakukan kesalahan tatatertib.", "“Apa yang berlaku kita akan sentiasa memberikan kerjasama bukan sahaja kepada SPRM tetapi juga SIAP (Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa) untuk memaklumkan tentang tindakan yang sepatutnya dan sewajarnya diambil jika kita dimaklumkan perkara tersebut.", "“Saya telah pun menyediakan laporan lengkap tentang perkara ini dan akan meneliti laporan-laporan yang masih belum dilaporkan kepada SPRM tentang apa tindakan-tindakan yang akan diambil kepada pegawai kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pahang di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini kelmarin.", "Pada majlis itu, bekas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman dilantik sebagai Ketua Polis Pahang ke-35 menggantikan Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf yang akan mengambil alih jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.", "Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam kenyataannya mendedahkan bahawa beberapa agensi kerajaan mengabaikan 553 laporan salah laku kakitangan mereka walaupun pihaknya mengesyorkan untuk mengambil tindakan.", "Azam dilaporkan sebagai berkata, daripada 553 laporan itu 125 daripadanya membabitkan anggota PDRM. ", "PDRM sedia laporan lengkap dakwaan 125 laporan salah laku tidak diambil tindakan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/01/giat-jaga-kebajikan-anggota-muhammad-tasan/", "headline": "Giat jaga kebajikan anggota – Muhammad Tasan", "content": ["Tun Juhar (tengah) bergambar kenangan bersama kepimpinan tertinggi persatuan.", "KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Pasukan Polis Hutan Batalion 16 giat menjaga kebajikan anggotanya.", "Presidennya, Muhammad Tasan berkata, jumlah keahlian berdaftar persatuan yang ditubuhkan dua tahun lepas tersebut kini adalah 300 orang, dan pihaknya mempelawa para pesara polis untuk menyertai persatuan kebajikan tersebut.", "“Sebelum ini persatuan memberi sumbangan sebanyak RM500 kepada mana-mana ahli yang dimasukkan ke hospital manakala yang meninggal dunia diberi bantuan RM1,000 kepada waris.", "“Cuma baru-baru ini jumlah tersebut diubah sedikit atas dasar kekangan kewangan, di mana setakat ini kita mendapat bantuan daripada kerajaan negeri dan kita juga sedang berusaha mendapatkan dana sendiri, mungkin melalui projek jualan buku, cenderahati dan sebagainya.", "“Selama ini, persatuan juga ada mendapat bantuan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan kita mengalu-alukan mana-mana syarikat atau pihak yang ingin menghulur sumbangan,” katanya kepada media selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa. Persatuan tersebut mengekalkan nama Batalion 16 sebagai simbol perjuangan dahulu di mana terdapat anggota yang pernah bertugas di era pengganas Komunis, disamping berjuang bersama-sama pasukan keselamatan yang lain di Sarawak.", "Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Duta Perancis ke Malaysia, Axel Cruau yang bertujuan membincangkan hubungan bilateral dan potensi  kerjasama."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/01/wanita-tinggal-di-bandar-udara-tercemar-risiko-tinggi-hidap-kanser-payudara/", "headline": "Wanita tinggal di bandar udara tercemar risiko tinggi hidap kanser payudara", "content": ["Kira-kira 55,000 wanita didiagnosis penyakit kanser payudara setiap tahun di UK. ", "LONDON: Satu kajian mendedahkan wanita yang tinggal di bandar mempunyai pencemaran udara teruk, lebih berisiko menghidap kanser payudara berbanding disangkakan sebelum ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Daily Mail melaporkan, kajian sebelum ini mendakwa golongan wanita yang menetap di kawasan bandar adalah lapan peratus lebih berkemungkinan dihidap kanser payudara berbanding mereka di kawasan luar bandar.", "Malah, penyakit itu dipercayai dicetuskan oleh udara tercemar yang memasuki saluran darah.", "Namun, data kajian terbaharu dari Perancis itu mengesyorkan angka diberikan sebelum ini mungkin telah `memperkecilkan’ masalah tersebut.", "Data kajian itu mendakwa peningkatan sebenar dalam purata bandar Eropah sebenarnya boleh mencecah 28 peratus.", "Beberapa pakar di United Kingdom (UK) berpandangan penyelidikan perlu dilakukan segera untuk mengesan zarah pencemaran yang mencetuskan kanser dan penyelesaian terbaik untuk mengehadkan pendedahan kepada golongan wanita.", "“Isu ini amat membimbangkan mengambil kira zarah-zarah pencemar kecil yang terdapat di udara.", "“Walaupun kita sedar zarah mikroplastik saiz sama ini memasuki persekitaran namun kita masih belum memahami potensinya yang boleh menggalakkan penyakit kanser.", "“Oleh itu, terdapat keperluan mendesak untuk melakukan kajian makmal bagi menyiasat kesan zarah pencemar udara yang kecil ini,” kata Timbalan Pengarah Institut Francis Crick, Prof. Charles Swanton.", "Kira-kira 55,000 wanita didiagnosis dengan kanser payudara setiap tahun di UK.", "Minggu lalu, penyelidik Perancis yang berpangkalan di Lyon berpandangan kajian dilakukan sebelum ini tidak mempertimbangkan isu pencemaran di tempat kerja wanita.", "Kajian penyelidik Perancis itu turut mengambil kira rekod kesihatan kira-kira 6,000 wanita antara tahun 1990 dan 2011.", "“Data kami menunjukkan wujudnya kaitan signifikan antara pendedahan jangka panjang kepada pencemaran udara zarah halus (di kawasan kediaman serta tempat kerja) dan risiko kanser payudara,” kata pakar dari Leon Berard Comprehensive Cancer Centre, Prof. Beatrice Fervers.", "Wanita tinggal di bandar udara tercemar risiko tinggi hidap kanser payudara"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/10/sabah-lunas-dendam-belasah-hai-phong-4-1-dalam-piala-afc/", "headline": "Sabah lunas dendam, belasah Hai Phong 4-1 dalam Piala AFC", "content": ["Aksi pemain Sabah meraikan kemenangan mereka selepas menumpaskan Hai Phong 4-1 dalam saingan Piala AFC yang berlangsung di Stadium Likas malam tadi. (Foto: AFC)", "LIKAS: Sabah FC berjaya membalas dendam di atas kekalahan dalam saingan Piala AFC ke atas kelab Vietnam, Hai Phong dengan kemenangan besar, 4-1 dalam aksi kumpulan H yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah malam tadi.", "Menurut Utusan Malaysia, pesta gol Sabah bermula sejak minit ke 20 menerusi pemain pertahanan, Daniel Ting.", "Sabah semakin selesa apabila Darren Lok menggandakan jaringan buat tuan rumah setelah menanduk masuk bola hasil hantaran Saddil Ramdani untuk menewaskan penjaga gol Hai Phong, Nguyen Van Toan pada minit ke-34.", "Barisan anak buah Datuk Ong Kim Swee tidak mengendurkan asakan di babak kedua dengan pemain pertahanan dari Brazil, Gabriel Peres meledak gol ketiga Sabah pada minit ke 70.", "Gol saguhati pelawat akhirnya hadir pada minit ke 85 menenrusi Yuri Mamate.", "Begitupun Sabah belum puas dengan Jafri Firdaus Chew menambah gol keempat Sabah selepas menyempurnakan hantaran Ramon Machado pada minit ke-95.", "Kemenangan ini membalas semula kekecewaan Sabah yang tewas 3-2 kepada Hai Phong ketika bertandang ke Stadium Lach Tray, Vietnam pada Oktober lalu.", "Sabah lunas dendam, belasah Hai Phong 4-1 dalam Piala AFC"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/10/lelaki-cuba-terjun-dari-tingkat-lima-shopping-mall-di-kk/", "headline": "Lelaki cuba terjun dari tingkat lima shopping mall di KK", "content": ["Pasukan bomba dan ahli keluarga berusaha memujuk lelaki tersebut. – Ihsan Bomba", "KOTA KINABALU: Tindakan pantas pasukan bomba menyelamatkan seorang lelaki daripada cubaan bunuh diri di sini petang tadi.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata, kejadian berlaku di Inanam Shopping Mall pada kira-kira jam 3 petang.", "Katanya, panggilan kecemasan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 3.06 petang dan sepasukan lapan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Selvister Yamud dikejarkan ke lokasi.", "“Setiba di tempat kejadian yang terletak empat kilometer dari BBP itu, didapati terdapat seorang lelaki berusia 38 tahun melakukan cubaan bunuh diri di tingkat lima, lot parkir, Inanam Shopping Mall.", "“Pasukan bomba bersama ahli keluarga mangsa berjaya memujuk mangsa daripada terjun dari bangunan,” katanya. ", "Agustavia berkata, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan  pada jam 3.55 petang."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/31/segera-tangani-masalah-prasarana-infrastruktur-sekolah-kawasan-tenom-riduan/", "headline": "Segera tangani masalah prasarana, infrastruktur sekolah kawasan Tenom – Riduan", "content": ["Riduan Rubin", "KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tenom, Encik Riduan Rubin menggesa Kementerian Pendidikan segera menangani masalah pembangunan prasarana dan infrastruktur sekolah dalam kawasan parliamen Tenom.", "Katanya, prasarana dan infrastruktur sekolah yang baik penting bagi mewujudkan ekosistem pendidikan berkualiti kepada para pelajar bagi membantu melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, sahsiah dan intelek. ", "Beliau berkata, antara masalah yang perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan ialah berkaitan permohonan pembinaan sekolah baharu -Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Tomani. ", "Menurutnya, tapak sekolah itu seluas 30.62 hektar milik Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah dipersetujui dan sedang menunggu proses pengesahan tapak dan harga. ", "“Sekiranya harga tanah tersebut tidak memenuhi kriteria Kementerian, saya akan minta Pejabat Daerah Kecil ", "Kemabong untuk mencari tapak lain yang sesuai. Paling penting ianya jauh daripada ancaman banjir. ", "“Pembinaan SMK Kuala Tomani ini penting bagi menangani kesesakan di SMK Kemabong disamping para pelajar di kawasan tersebut terpaksa menempuh perjalanan kira-kira 15 hingga 30 kilometer untuk ke SMK Kemabong,” katanya semasa membahas Bajet 2023 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, semalam.", "Riduan juga meminta Kementerian Pendidikan membina dewan terbuka di sekolah-sekolah di Tenom yang belum mempunyai dewan serbaguna bagi tujuan aktiviti pelajar. ", "Selain itu katanya, status permohonan 8 buah sekolah di Tenom yang terlibat dengan bencana banjir besar pada tahun lalu juga memerlukan perhatian segera oleh kerajaan.", "Antaranya ialah permohonan perpindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Kalang Kanar ke tapak baharu atas sebab status risiko sering dilanda banjir kerana terletak berhampiran sungai.  ", "Kedua, permohonan gantian sekolah daif melibatkan Sekolah Kebangsaan Ladang Sapong dimana sekolah ini terlalu daif dan sering kali dilanda banjir sehingga lebih beberapa kali semusim.", "Beliau mencadangkan sekolah itu dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat daripada banjir  memandangkan bangunan sedia ada adalah bangunan kayu.", "“Bangunan bilik guru yang kayu berketinggian lebih 5 kaki pun sering dinaiki air dan banyak harta benda rosak termasuk komputer apabila sekolah itu dilanda banjir,” tambahnya.", "Riduan juga meminta agar permohonan penyelenggaran bangunan kayu Sekolah Kebangsaan (SK) Inubai yang  mengalami banyak kerosakan akibat banjir,  SK Gumisi yang tidak selamat kerana lokasinya dikelilingi sungai besar yang menyebabkan banjir besar.", "Selain itu katanya, permohonan perpindahan SK Melalap ke tapak baharu di Pekan Baharu Melalap kerana terpaksa berkongsi tapak dengan SJKC Vun Shin dan cadangan perpindahan SK Kemabong ke tapak baharu seluas 7 ekar dipercepatkan. ", "Menurutnya, permohonan sumbangan bantuan bagi Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tenom untuk SJKC Pada, Tenom dan  SJKC Yuk Nam Paal, Kemabong. ", "Beliau juga memohon agar pihak kementerian  memberi perhatian kepada permohonan bina baharu rumah guru melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Entabuan dan SK Sumambu. ", "Katanya,  SK Sumambu merupakan sekolah kategori 3 yang berada jauh di pedalaman, selain merupakan zon bukit di kawasan DUN Kemabong yang mana guru tidak dapat tinggal di kawasan tersebut dan terpaksa ulang alik setiap hari menggunakan motosikal atau motorcross  yang  menyukarkan mereka untuk mengajar. ", "Menyentuh Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak, Riduan menggesa kementerian menyelesaikan isu bekalan air di SMK Chinta Mata dan SMK Kemabong yang agak menganggu sesi persekolahan kerana seringkali terputus bekalan air bersih. ", "“Saya memohon agar jambatan gantung sedia ada di SK Melalap, SK Pangi dan SK Sumambu yang digunakan sebagai laluan pelajar untuk ke sekolah digantikan dengan jambatan konkrit agar ianya lebih selamat, berkualiti dan tahan lasak untuk kegunaan seharian. Contohnya laluan utama ke SK Sumambu pada ketika ini perlu merentasi sungai menggunakan kereta, jika musim banjir guru-guru sukar melalui laluan tersebut. Begitu juga dengan Jalan ke SK Kolorok yang amat daif dan perlu dinaik taraf.", "“Walaupun projek jalan raya dan jambatan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan namun dengan sokongannya permohonan rakyat Tenom akan mendapat keutamaan kementerian berkaitan,” tegasnya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/11/reallow-using-parking-coupons-to-pay-mandatory-rm10-fine-for-exceeding-time-limit/", "headline": "Reallow using parking coupons to pay mandatory RM10 fine for exceeding time limit", "content": ["Yee Tsai Yiew", "KOTA KINABALU: Kota Kinabalu City Hall (DBKK) has been urged to consider reallowing motorists to purchase parking coupons to offset the mandatory RM10 fine for parking exceeding the time limit.", "Parti Bersatu Sabah (PBS) Api-Api Division Information Chief Yee Tsai Yiew said the current practice of immediately imposing the RM10 fine for the offence is rather unfair and causing dissatisfaction amongst motorists.", "“As a resident of Kota Kinabalu, I believe I represent many affected individuals. Firstly, I want to make it clear that I support efforts to improve the parking situation in Kota Kinabalu and ensure the safety of the city’s residents. However, I cannot remain silent when an issue adversely affects the interest of the general public,” she said in a statement today.", "Fully understanding the City Hall’s efforts to address the parking difficulties, Yiew however stressed that fines are not the best solution to the problem.", "She stressed that motorists should have been informed beforehand on changes that affect them, and it is the local authorities responsibility to clearly communicate these changes.", "“Any sudden changes will no doubt deepen people’s dissatisfaction towards the local authority.", "“I would strongly request the DBKK to thoroughly consider its policy by reinstating the old practice that allows motorists to purchase parking coupons to replace the mandatory RM10 fine to ease the people’s burden,” she said.", "She emphasised that the role of the local authorities is to create better living conditions for the general public, not to increase their burdens.", "Yiew also believes that City Hall must work together with the public to create a fairer and more convenient parking environment for the city.", "“I understand that implementing the digital parking system takes time. However, during this period, the interests of the people should be considered, especially in the current challenging economic situation, and practices that trigger public grievances should be avoided,” she said.", "Yiew claimed the DBKK has recently decided to reinforce the mandatory RM10 fine for exceeding time limit, without proper public notification, causing many to be affected and the city dwellers no longer allowed to replace fine with the purchase of parking coupons."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/11/guna-resit-palsu-beli-iphone-14-pro-max/", "headline": "Guna resit palsu beli iPhone 14 Pro Max", "content": ["Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menggunakan resit palsu untuk membeli telefon bimbit iPhone 14 Pro Max di sebuah kedai di Kulai.", "KULAI: Seorang lelaki ditahan kerana menggunakan resit palsu untuk membeli telefon bimbit iPhone 14 Pro Max di sebuah kedai di Jalan Kenanga 29/9, Indahpura, di sini kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Yusof Othman berkata, suspek berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah pasar raya di Taman Sutera Utama, Skudai, pada pukul 2 petang, semalam.", "“Pengadu yang bekerja di premis telefon bimbit berkenaan memaklumkan didatangi seorang lelaki yang mahu membeli sebuah telefon bimbit berharga RM7,350.", "“Suspek telah meyakinkan pengadu dengan membuat pembayaran deposit sebanyak RM500, sebelum menunjukkan resit pembayaran dalam talian berjumlah RM6,850 sebagai baki bayaran telefon bimbit berkenaan.", "“Kerana mempercayai mangsa, pengadu hanya mengambil butiran nama dan nombor telefon suspek sebelum menyerahkan telefon bimbit berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.", "Pengadu hanya sedar ditipu suspek selepas membuat semakan terhadap akaun syarikat dan mendapati tiada sebarang pembayaran diterima daripada jual beli berkenaan.", "“Susulan itu, suspek ditahan dalam operasi dijalankan, manakala beberapa barangan dirampas termasuk sebuah telefon bimbit jenis iPhone 14 Pro Max dan sebuah lagi telefon bimbit palsu jenis sama, berserta pakaian, topi dan kasut milik suspek.", "“Sehubungan itu, suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya sambil memaklumkan suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau. ", "Guna resit palsu beli iPhone 14 Pro Max"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/01/agong-raja-permaisuri-ucap-selamat-menyambut-tahun-baharu/", "headline": "Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut tahun baharu", "content": ["PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat tahun baharu menjelang ketibaan 2023, esok kepada seluruh rakyat Malaysia.", "Menurut Utusan Malaysia, ucapan tersebut dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat di dalam akaun Facebook rasmi Istana Negara, kelmarin.", "“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bencana dan musibah.", "“Semoga juga dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” titah Seri Paduka. ", "Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut tahun baharu"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/16/taufan-lan-badai-barat-jepun-800-penerbangan-dibatalkan/", "headline": "Taufan Lan badai barat Jepun, 800 penerbangan dibatalkan", "content": ["TOKYO: Hampir 800 penerbangan terpaksa dibatalkan dan puluhan ribu kediaman penduduk terputus bekalan elektrik selepas Taufan Lan melanda barat Jepun kelmarin.", "Ia turut mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran banjir dan tanah runtuh.", "Taufan Lan yang tiba dari Lautan Pasifik, melanda selatan wilayah Wakayama, kira-kira 400 kilometer (km) barat daya Tokyo.", "Taufan itu yang menyusul selepas Taufan Khanun sewaktu kemuncak sambutan Obon di Jepun, melanda kawasan tengah dan barat Jepun dengan membawa hujan lebat dan angin kencang.", "Rakaman televisyen menunjukkan air sungai mengalir deras dan hampir memusnahkan tebing.", "Kediaman dan premis perniagaan mengalami kerosakan kesan daripada taufan, sementara di bandar Nara pula, angin kencang menjejaskan tapak pembinaan.", "Menurut syarikat elektrik, hampir 900,000 isi rumah di tengah dan barat Jepun mengalami gangguan bekalan elektrik.", "Syarikat rangkaian, Seven & i mengesahkan sebanyak 210 cawangan kedai serbaneka 7-Eleven terpaksa ditutup atas faktor keselamatan.", "Hujan lebat dan angin kencang yang berbahaya turut memaksa penutupan jalan raya dan puluhan laluan kereta api di kawasan tersebut. ", "Taufan Lan badai barat Jepun, 800 penerbangan dibatalkan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/16/ketua-menteri-hadiri-majlis-sambutan-hari-raya-perdana-2023-agensi-islam-sabah/", "headline": "Ketua Menteri hadiri Majlis Sambutan Hari Raya Perdana 2023 Agensi Islam Sabah", "content": ["KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Sambutan Raya Perdana 2023 Agensi Islam Sabah di Dewan Sa’adah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), di sini hari ini. (gambar)", "gambar", "Selain beramah mesra bersama para pengunjung, Hajiji turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan gerai tercantik sempena sambutan Raya Perdana 2023.", "Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif, Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd. Yusof, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), Encik Sapdin Ibrahim, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Hj. Jaafar, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Ustaz Haji Saifulzaman Sangul, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Haji Norjeli Haji Dais dan Pengerusi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Haji Sapawi Ahmad."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/17/mbs-gesa-pemimpin-sabah-bantu-perdana-menteri-fokus-agenda-pembangunan-rakyat/", "headline": "MBS gesa pemimpin Sabah bantu Perdana Menteri fokus agenda pembangunan rakyat", "content": ["KOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah (MBS) ingin memberikan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri serta barisan kabinet Kerajaan Persekutuan di atas keprihatinan dan kepercayaan beliau kepada Kerajaan Sabah untuk menguruskan sistem pentadbiran serta pembangunan yang melibatkan kepentingan rakyat Sabah sendiri. ", "Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Mohd. Nur Hilmie Milus berkata, keputusan ini adalah bukti bahawa Perdana Menteri serius dalam meraikan permintaan Sabah-Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sering dibangkitkan. ", "Namun demikian katanya, segala pengumuman dan kelebihan yang diberikan oleh Perdana Menteri ke-10 ini tidak akan sampai atau dirasai oleh rakyat Sabah jika para pemimpin Sabah terus bergelut dan berebut sesama sendiri hanya untuk mendapatkan kuasa tertinggi pentadbiran kerajaan. ", "“Sehubungan dengan itu, MBS membuat gesaan dan peringatan kepada para pemimpin Sabah untuk sentiasa telus, prihatin, empati dan memikirkan terhadap nasib rakyat Sabah yang mahu merasai nikmat pembangunan yang telah dirangka oleh kerajaan Sabah menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang telah diilhamkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor. ", "“Pelan yang telah dirangka dalam tempoh lima tahun (2021-2025) tersebut pasti belum terlaksana sepenuhnya kerana bulan ini (Januari 2023) baru memasuki tahun ketiga selepas Pelan SMJ itu dilancarkan. ", "“Dengan kemudahan pengurusan kuasa kawal selia gas dan autonomi meluluskan dana pembangunan di bawah RM50 juta, ditambah lagi dengan pengambilalihan 25 peratus ekuiti Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn. Bhd. (PCFS) oleh SMJ Sdn. Bhd. yang membolehkan Kerajaan Sabah memperolehi keuntungan lebih besar serta lain-lain usaha kerajaan negeri, MBS percaya bahawa ekonomi Sabah akan terus berkembang dan hal ini akan membantu mempercepatkan perlaksanaan agenda-agenda pembangunan rakyat Sabah. ", "“Oleh yang demikian, MBS sekali lagi memberi penekanan dan gesaan agar para pemimpin Sabah khususnya yang menduduki 73 kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di seluruh Sabah ini untuk fokus dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada kerja-kerja merealisasikan agenda pembangunan rakyat. ", "“Ketepikanlah segala perbezaan dan persengketaan demi membela nasib orang Sabah. Buat masa ini dan sekarang, teruskanlah berkhidmat dan berbakti kepada rakyat khususnya di kawasan masing-masing dengan memberikan kepercayaan kepada pentadbiran kerajaan yang sedia ada, yang kini dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri. ", "“Berbincang, bermusyawwarah dan berdebatlah di dalam persidangan DUN jika ada yang yang ingin menegur atau tidak bersetuju, bukannya dengan menarik sokongan sehingga menjadikan kerajaan tidak stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Menurutnya, hal ini akan menyebabkan Kerajaan Negeri Sabah sentiasa seperti di atas titian yang boleh terjatuh bila-bila masa, hanya kerana sikap pemimpinnya yang sentiasa bertelagah bagai air dengan minyak dan saling ugut-mengugut ", "“Hasilnya pembangunan dan kemajuan negeri Sabah menjadi perlahan disebabkan fokus yang selalu terganggu. MBS sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Sabah,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/07/victor%e6%8e%a5%e4%bb%bb%e6%9d%b1%e5%ae%89%e5%8d%80%e6%8c%87%e6%8f%ae%e5%ae%98/", "headline": "Victor接任東安區指揮官", "content": ["(亞庇七日訊)沙巴首長拿督斯里哈芝芝今日見證了東安區指揮官的交接儀式。", "DCP Victor Sanjos將取代DCP Mohd. Ali Tamby,出任新的東安區指揮官。", "之前接替DCP Datuk Hamzah Ahmad任東安區指揮官的DCP Mohd. Ali Tamby,則將調任吉蘭丹接任副警察總監。", "Victor的任命將於7月3日開始。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/24/mafia-bermaharajalela-di-indonesia-tindas-rakyat/", "headline": "Mafia bermaharajalela di Indonesia, tindas rakyat", "content": ["Anies Baswedan berucap kepada para penyokongnya di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.", "JAKARTA: Bakal calon presiden dari Pakatan Perubahan untuk Persatuan (KPP), Anies Baswedan menyelar kerajaan gagal membanteras kegiatan mafia yang semakin berleluasa di negara ini.", "Menurut Utusan Malaysia, beliau berkata, kegiatan itu menyebabkan banyak lapisan masyarakat berdepan masalah, termasuk golongan petani yang sukar mendapatkan bekalan baja bersubsidi ekoran dikawal mafia.", "“Masalah di negara ini adalah mafia. Masalah ini harus dibanteras segera kerana ia menyukarkan banyak pihak.", "“Mafia ini menindas golongan yang bekerja keras untuk mencari sumber rezeki dan mereka hanya mendapat ‘untung atas angin’.", "“Berapa lama masalah ini perlu berlanjutan? Sampai bila mafia perlu kawal kegiatan di negara kita?,” ujar Anies ketika berucap kepada penyokongnya di Gelora Bung Karno.", "Jelas Anies, terdapat beberapa ‘kategori’ mafia di Indonesia iaitu mafia tanah, mafia pekerja migran, mafia bantuan sosial dan pilihan raya umum.", "Katanya, semua sektor ada mafia dan disebabkan masalah tersebut yang tidak diselesaikan hingga kini, rakyat Indonesia akan terus ditindas pihak yang tidak bertanggungjawab.", "“Rakyat yang memerlukan akan terus ditindas, hak mereka akan dirampas oleh kumpulan mafia ini.", "“Sudah tiba masanya pihak berkenaan mengambil langkah paling efisien membendung masalah ini supaya rakyat kita hidup lebih selesa dan terjamin,” jelasnya.", "Mafia bermaharajalela di Indonesia, tindas rakyat"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/07/rakyat-sudah-muak-dengan-permainan-politik-atasan/", "headline": "Rakyat sudah muak dengan permainan politik atasan", "content": ["Kong Soon Choi", "RANAU: “Cukup-cukuplah menggoncang kestabilan politik negeri Sabah kerana rakyat sudah bosan menilai situasi ini dan tunggu sehingga Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sabah seterusnya”. ", "Demikian ditegaskan Ketua Wiramuda Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (STAR), Kong Soon Choi ketika mengulas perkembangan terkini politik negeri ini.", "Jelasnya, para pemimpin yang riak mengejar kekuasaan politik perlu menghormati mandat rakyat Sabah yang selama ini mengharapkan pentadbiran kerajaan yang lancar untuk menyalurkan pembangunan sewajarnya.", "“Pelbagai peringkat masyarakat membantah tindakan pemimpin politik kita yang cuba mengeruhkan kestabilan politik negeri ini. Sudah-sudahlah dan ada baiknya bersatu padu demi kemajuan dan pembangunan negeri ini,” tegasnya.", "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini politik Sabah yang menyaksikan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama beberapa ADUN parti itu menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah semalam. ", "Katanya, tindakan Bung Moktar bersama beberapa wakil rakyat beliau menunjukkan pemimpin itu tidak menghormati mandat yang diberikan rakyat selama ini dan tidak bersyukur dengan apa yang diperolehinya sebagai seorang menteri penuh dalam Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).  ", "“Begitu kecewa rakyat Sabah melihat gelagat pemimpin seumpama itu. Walhal dalam masa ini, saya mengambil contoh kerosakan-kerosakan jalan raya merata tempat di negeri Sabah, tidak pun beliau hiraukan sebaliknya sibuk mengatur strategi politik yang mengeruhkan kestabilan,” katanya. ", "Dalam pada itu, Kong yang juga Timbalan Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, pentadbiran Datuk Seri Hajiji Haji Noor selaku Ketua Menteri Sabah telah melonjakkan pendapatan negeri daripada RM5 bilion kepada RM6.6 bilion yang cukup membanggakan. ", "Beliau turut berharap kesemua wakil rakyat yang menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah terus kukuh berdiri bersama pemimpin itu dan tidak berpaling tadah demi kestabilan politik negeri ini.", "Tegasnya, beliau bersama-sama kepimpinan Wiramuda STAR akan terus menyokong penuh kepimpinan Hajiji selaku ketua kerajaan negeri Sabah untuk mempastikan pembangunan dan ekonomi negeri terus berada pada paras yang kukuh. "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/05/hytera-launches-new-generation-tetra-portable-radio-pt590/", "headline": "Hytera launches new generation TETRA portable radio PT590", "content": ["TETRA radio portfolio", "https://www.hytera.com/en/product-new/digital-radio/tetra-radio/pt590.html", "About Hytera", "Source : Hytera Communications", "Source : Hytera Communications"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/26/pearly-thinaah-ketuai-kemaraan-empat-beregu-negara-di-jepun/", "headline": "Pearly-Thinaah ketuai kemaraan empat beregu negara di Jepun", "content": ["M.Thinaah (kiri) bersama pasangannya, Pearly Tan.", "PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah melepasi pusingan pertama badminton Terbuka Jepun di Toko kelmarin selepas berhempas pulas mengetepikan pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning 21-11, 9-21, 21-19.", "Menghuni ranking ke-11 dunia, Pearly-Thinaah berpotensi mengulangi pertemuan dengan Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China yang menyingkirkan mereka pada pusingan kedua Terbuka Korea minggu lalu.", "Qing Chen-Yi Fan hanya akan memulakan aksi hari ini dengan menentang pasangan Kanada, Catherine Choi-Josephine Wu.", "Cabaran Malaysia di Gimnasium Yoyogi turut diteruskan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menumpaskan pasangan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek 21-15, 21-18.", "Beregu ranking ke-14 dunia itu bakal berdepan cabaran getir pasangan No. 1 dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, dalam pusingan kedua nanti.", "Turut meneruskan kemaraan ke pusingan kedua, dua pasangan profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Chan Peng Soon-Cheah Yee See.", "Turun sebagai pilihan keenam, Yew Sin-Ee Yi menempah pertemuan dengan pasangan Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin hari ini selepas menumpaskan gandingan Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar 21-17, 21-11.", "Peng Soon-Yee See yang menyingkirkan pilihan kelapan, Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-18, 21-18 akan berdepan cabaran getir pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran.", "Pearly-Thinaah ketuai kemaraan empat beregu negara di Jepun"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/13/kes-pelaburan-tidak-wujud-kerugian-lebih-rm600000-dua-ditahan-termasuk-wanita-dari-sabah/", "headline": "Kes pelaburan tidak wujud kerugian lebih RM600,000, dua ditahan termasuk wanita dari Sabah", "content": ["SEREMBAN: Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah membuka dua kertas siasatan melibatkan kes tipu pelaburan saham tidak wujud yang menawarkan keuntungan sehingga lima peratus di media sosial sehingga awal bulan Julai tahun ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pelaburan yang menggunakan nama Psplus Capital Trading itu berurusan dengan mangsa melalui Facebook, WhatsApp dan Instagram dengan dua mangsa mengalami kerugian lebih RM600,000 di negeri ini.", "“Laporan polis pertama diterima pada 2 Mac 2023 di Port Dickson iaitu mangsa lelaki berusia 71 tahun telah berurusan dengan pelaburan itu di Facebook dan WhatsApp telah membuat bayaran ke dalam dua akaun bank dan mengalami kerugian RM550,000.", "“Mangsa kedua seorang wanita berusia 49 tahun pula telah membuat laporan polis di Seremban pada 3 Mac 2023 memaklumkan telah berurusan dengan pelaburan sama melalui Instagram dan WhatsApp setelah membuat bayaran di lima akaun bank dengan kerugian RM132,688,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "Menurut Ahmad Dzaffir, susulan laporan polis itu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah menahan dua pemilik akaun pelaburan tersebut masing-masing seorang lelaki berusia 44 tahun dari Kuala Lumpur dan seorang wanita, 44, dari Sabah.", "“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis sedang mengesan suspek-suspek lain yang terlibat. Setakat ini, sejumlah 25 kertas siasatan telah pun dibuka di seluruh Malaysia melibatkan modus operandi sama dengan jumlah kerugian RM4.2 juta,” katanya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/07/dua-kertas-siasatan-dibuka-kes-pelaburan-tidak-wujud-kerugian-lebih-rm600000/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/07/dua-kertas-siasatan-dibuka-kes-pelaburan-tidak-wujud-kerugian-lebih-rm600000/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/18/terus-tingkatkan-perkongsian-kerjasama-untuk-manfaat-bersama-rakyat-dr-joachim/", "headline": "Terus tingkatkan perkongsian, kerjasama untuk manfaat bersama, rakyat – Dr. Joachim", "content": ["Dr. Joachim (tengah), Isnin dan Mohd Hamsan merakamkan gambar kenangan bersama warga kerja PBT Beaufort, Pemenang Pertandingan Gerai sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Kaamatan peringkat Kementerian yang diadakan di Wisma Innoprise, hari ini", "KOTA KINABALU: Warga Kementerian Kerajaan Tempatan and Perumahan (KKTP) serta semua agensi di bawahnya termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diharap dapat terus meningkatkan perkongsian dan kerjasama sesama mereka untuk manfaat bersama dan juga rakyat.", "Harapan tersebut disuarakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam pada Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Kaamatan peringkat Kementerian yang diadakan di Wisma Innoprise, di sini hari ini.", "Beliau gembira melihat sambutan kali ini dijayakan bersama agensi-agensi di bawah Kementerian iaitu Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW), Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) serta daripada PBT iaitu Majlis Daerah Papar, Majlis Daerah Penampang, Majlis Daerah Tuaran, Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Beaufort dan Majlis Daerah Lahad Datu.", "Dr. Joachim (tengah) bergambar bersama dengan Isnin (dua dari kiri), Mohd. Hamsan (dua dari kanan) dan Dr. Jamili (kanan) ketika mengadakan lawatan ke gerai PBT sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Kaamatan peringkat Kementerian yang diadakan di Wisma Innoprise, hari ini.", "“Adalah menjadi harapan saya, dengan adanya majlis seumpama ini, ianya dapat mewujudkan semangat muhibah dan harmoni di kalangan warga kerja Kementerian dan juga semua agensi di bawah Kementerian termasuk PBT.", "“Penganjuran yang berkonsepkan gerai-gerai sebegini dapat merapatkan lagi hubungan sedia ada di antara kita. Dengan adanya gerai-gerai yang boleh dikunjungi yang menyediakan pelbagai juadah dan hidangan menjadikan majlis sambutan dwi perayaan ini bermakna dan meriah. Perkongsian dan kerjasama sebegini adalah sesuatu yang bermanfaat,” ujarnya.", "Dr. Joachim berkata, sesuai dengan tema Pesta Kaamatan iaitu “Kaamatan Membudayakan Perpaduan,” sambutan perayaan sebegini adalah sesuatu yang unik dan ia memberi peluang kepada semua dari pelbagai etnik, bangsa dan agama serta pelbagai budaya dapat bersama-sama meraihkan dan berkongsi kemeriahan.", "Sambutan dwi perayaan ini membolehkan semua yang hadir berkongsi budaya dari sudut pakaian, makanan, adat resam dan kelainan yang unik, katanya, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan bangunan Wisma Innoprise kerana memberi kebenaran kepada Kementerian untuk mengadakan majlis pada hari ini.", "Turut hadir ialah Pembantu Menteri KKTP I dan II, Datuk Isnin Aliasnih dan Datuk Mohamad Hamsan Ag. Supain; Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap I, Datuk Dr. Jamili Nais dan Stanley Chong; Pengurus Besar LPPB, Rosemary Ahping; semua Pegawai Eksekutif PBT, pegawai-pegawai kanan, kakitangan dan seluruh warga Kementerian."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/24/petani-bingung-swan-ketagih-biji-popi-hingga-terlebih-dos/", "headline": "Petani bingung, swan ‘ketagih’ biji popi hingga terlebih dos", "content": ["Ratusan burung swan mengalami ketagihan selepas mematuk bunga popi di kawasan ladang di Komarno, Slovakia.", "BRATISLAVA: Sebuah keluarga peladang biji popi di Slovakia berdepan masalah untuk menghalau beratus-ratus burung swan yang sudah ‘ketagih’ dengan tanaman itu hingga ada yang terlebih dos.", "Para petani popi berhampiran bandar Komarno pertama kali melaporkan kehadiran swan di ladang mereka sejak bulan Februari lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, media tempatan melaporkan, kira-kira 200 ekor swan kini menjadikan ladang popi berhampiran Komarno sebagai habitat mereka, menyebabkan kerugian berjumlah 10,000 euro (RM51,105)", "“Awalnya haiwan berkenaan hanya datang untuk minum di lopak air besar yang terbentuk secara semulajadi namun selepas seharian mematuk pokok bunga, burung-burung itu mula ketagih hingga enggan meninggalkan ladang ini.", "“Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini. Malah ada burung yang sudah tidak boleh terbang kerana terlebih dos opium yang terkandung dalam biji popi,” kata petani, Balints Pam.", "Wakil Perkhidmatan Perlindungan Alam Slovak, Jans Kalavskis berkata, swan mempunyai status haiwan yang dilindungi di Slovakia dan petani tidak dibenarkan memburu atau mengganggu burung berkenaan, walaupun mencetus kerosakan di hartanah mereka.", "“Sebagai persediaan, petani perlu memohon pengecualian untuk dibenarkan menakutkan burung yang dilindungi. Swan yang sudah ada di sana hanya boleh ditakuti dengan tangan. Pada masa ini, tiada apa lagi yang boleh dilakukan,” jelasnya.", "Pencinta haiwan dan sukarelawan cuba menempatkan semula burung swan berkenaan dalam usaha menghilangkan ketagihan mereka terhadap biji popi, tetapi pakar bimbang haiwan itu mungkin akan kembali ke ladang sebaik sahaja mereka mempunyai peluang.", "Petani bingung, swan ‘ketagih’ biji popi hingga terlebih dos"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/26/boyoon-montiri-ruminuba-lansanon-takawas-korea-selatan/", "headline": "Boyoon Montiri ruminuba’ Lansanon Takawas Korea Selatan", "content": ["Hajiji pinapatahak tandamato kuminaa di Seung-Bae katalib mitingan id Menara Kinabalu do hiti di tadau baino’.", "KOTA KINABALU: Boyoon Montiri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor minamaramit kinotombuluyan apantang Lansanon Takawas Korea Selatan kumaa Malaysia, Yeo Seung-Bae id upis disio doid Menara Kinabalu, do hiti di tadau baino’.", "Ontok pinirubaan dilo’, miniboboros yolo’ di hal kopongingkawasan piromutan pidagangan misulak id pialatan do Sabah om Korea Selatan.", "Noondo diti, kopoopuan bobos agayo Korea Selatan id Sabah nopo nga’ SK Nexilis, papalabus ringkol (gegelung) tambaga’ id Taman Pomorunan Kota Kinabalu (KKIP).", "Korea Selatan po nogi’ nga’ wookon pogun i minaganu bohogian id Ekspo Sompomogunan Sabah 2023 (SIE2023) i kopopongo.", "Seung-Bae nga’ minanahak nogi’ kopointalangan kuminaa di Boyoon Montiri kohompit kopongukaban konsulat Republik id Kota Kinabalu do suab (ko 26tw Kosiam)."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/14/rm1-1-bilion-selesai-masalah-air-di-sabah-labuan-dan-kelantan/", "headline": "RM1.1 bilion selesai masalah air di Sabah, Labuan dan Kelantan", "content": ["PETALING JAYA: Sejumlah RM1.1 bilion disediakan bagi menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk negeri Kelantan, projek pembinaan Loji Rawatan Air Machang Fasa 1 berkapasiti 250 juta liter sehari akan dilaksanakan.", "“Langkah ini akan dilaksanakan bagi meningkatkan rizab bekalan air dan paip simen asbestos juga diganti bagi mengurangkan kadar kehilangan air serta gangguan bekalan air ekoran paip bocor,” katanya ketika membentang Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat kelmarin.", "Beliau berkata, sementara menunggu projek siap, sewaan lori tangki dan tangki statik akan ditambah bagi memastikan rakyat Kelantan mendapat bekalan air segera ketika berlaku gangguan.", "Dalam pada itu, bagi mengatasi isu bekalan air di Kota Kinabalu, Sabah, infrastruktur serta peralatan bagi meningkatkan kapasiti loji rawatan air akan diganti manakala di Wilayah Persekutuan Labuan, penggantian paip usang serta membaik pulih infrastruktur air sedia ada akan dilakukan. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/rm1-1-bilion-selesai-masalah-air-di-kelantan-sabah-dan-labuan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/rm1-1-bilion-selesai-masalah-air-di-kelantan-sabah-dan-labuan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/17/tze-yong-cipta-kejutan-jinakkan-axelsen-di-all-england-2023/", "headline": "Tze Yong cipta kejutan jinakkan Axelsen di All England 2023", "content": ["Ng Tze Yong", "BIRMINGHAM: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berjaya menampilkan kejutan apabila menyingkirkan penyandang juara Kejohanan Badminton All England, Viktor Axelsen dalam pertarungan pusingan kedua di Utilitia Arena Birmingham malam tadi.", "Biarpun ini merupakan pertembungan pertama antara kedua-dua pemain, Tze Yong tampak begitu bersemangat dan mendahului permainan pada set pertama dengan keputusan 21-15.", "Menurut Utusan Malaysia, Axelsen enggan mengalah apabila  menggunakan pengalaman dimiliki untuk menguasai semula perlawanan di set kedua dengan keputusan 9-21, sekaligus mengheret ke rubber set.", "Perlawanan semakin rancak di set ketiga, apabila Tze Yong terus memimpin perlawanan, namun Axelsen cuba melakar kebangkitan penghujung permainan, bagaimanapun Tze Yong kekal tenang untuk memastikan tiket suku akhir menjadi miliknya dengan kemenangan 23-21.", "Terdahulu dalam aksi beregu lelaki, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin dikecewakan penyandang juara, Bagas Maulana dan Muhammad Shohibul Fikri dengan keputusan 18-21, 18-21 dalam tempoh 44 minit.", "Cabaran skuad negara dalam acara beregu campuran juga berakhir apabila pilihan keenam kejohanan, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tunduk kepada keampuhan pasangan Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsumoto dengan keputusan 12-21, 21-11, 19-21.", "Satu lagi wakil negara yang akan turun sebentar lagi merupakan pilihan keempat kejohanan dalam acara peseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang akan berentap dengan Kenta Nishimoto dari Jepun.", "Tze Yong cipta kejutan jinakkan Axelsen di All England 2023"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/01/rakyat-korea-selatan-jadi-muda-satu-atau-dua-tahun/", "headline": "Rakyat Korea Selatan jadi muda satu atau dua tahun", "content": ["Seorang penduduk bersama anaknya memegang papan putih yang menunjukkan usia antarabangsa mereka di Yoon Dong-gun di Seoul.", "SEOUL: Rakyat Korea Selatan kini menjadi setahun atau dua tahun lebih muda berbanding kiraan umur golongan berkenaan pada ketika ini.", "Ia berikutan negara itu sudah memansuhkan kaedah tradisional pengiraan umur rakyat yang diguna pakai selama ini.", "Menurut Utusan Malaysia, The Guardian melaporkan, sistem dikenali sebagai Zaman Korea tidak lagi dibenarkan pada dokumen rasmi, sebaliknya ia digantikan dengan kaedah piawaian yang diiktiraf di peringkat global.", "The Guardian", "Di bawah sistem diguna pakai sebelum ini, warga Korea Selatan disifatkan berusia setahun apabila dilahirkan dan ditambah setahun setiap 1 Januari.", "Kaedah tradisional yang luar biasa itu bermakna bayi yang lahir pada malam Tahun Baharu akan berumur dua tahun sebaik sahaja masa mencecah tengah malam.", "Memetik laporan Korea Times, dibawah sistem baharu itu, umur rakyat Korea Selatan akan dikira dengan cara sama seperti di seluruh dunia dalam urusan membabitkan hal pentadbiran dan sivil termasuk kontrak dan dokumen rasmi lain.", "Korea Times", "Parlimen Korea Selatan yang meluluskan pindaan undang-undang itu pada Disember lalu memaklumkan semakan tersebut akan `menyelesaikan  isu kekeliruan sosial yang timbul disebabkan cara pengiraan umur berbeza dan kesan sampingannya.’", "Sistem tradisional itu dikritik hebat oleh ahli politik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. ", "Malah, rata-rata golongan itu berpandangan kaedah lama itu mengakibatkan kekeliruan serta menjadikan Korea Selatan kelihatan tidak sehaluan dengan seluruh dunia. "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/02/273-laga-penumbuk-dalam-30-saat/", "headline": "273 laga penumbuk dalam 30 saat", "content": ["BOISE: Seorang lelaki dari Idaho memecahkan Rekod Dunia Guinness selepas berjaya melakukan `fist bump’ atau laga penumbuk paling banyak secara berselang-seli dalam masa 30 saat.", "Menurut Utusan Malaysia, portal UPI melaporkan, David Rush berkongsi rakaman video dirinya melakukan aksi itu bersama anak jirannya, Joey Hannon. ", "Rush dan Hannon berjaya melakukan sebanyak 273 laga penumbuk secara berselang-seli dalam masa 30 saat.", "Kedua-dua lelaki itu berjaya memecahkan rekod dunia dicatatkan oleh Nafees Istay Taufiq Antu dan Akibur Rahman Saikat yang sebelum ini melakukan sebanyak 174 laga penumbuk.   ", "“Saya dan Hannon terpaksa melakukan laga penumbuk sesama beribu kali bagi menjayakan aksi ini.", "“Tangan kami berdarah, berpeluh dan cedera. Saya dan Hannon terpaksa bertahan rasa sakit yang dialami.", "“Sebenarnya, kami melakukan 297 laga penumbuk dalam masa 30 saat tetapi badan penilaian Guinness membatalkan 24 setelah mendapati tidak layak,” katanya.", "Menurut Rush, aksi baharu itu lebih `teknikal dan mencabar’ berbanding rekod dunia dicatatkan sebelum ini bagi laga penumbuk paling banyak dalam masa seminit.     ", "273 laga penumbuk dalam 30 saat "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/03/penduduk-papua-mati-kebuluran-akibat-kemarau/", "headline": "Penduduk Papua mati kebuluran akibat kemarau", "content": ["Pihak berkuasa Indonesia akan menghantar bekalan makanan kepada penduduk Papua pada minggu ini.", "JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia akan menghantar bantuan ke kawasan pedalaman di wilayah timur Papua, selepas ribuan penduduknya berdepan kebuluran akibat musim kemarau luar biasa.", "Sekurang-kurangnya enam maut sejak Jun lalu di daerah Puncak di Papua Tengah akibat musim sejuk yang kemudiannya diikuti musim kemarau sehingga menjejaskan hasil tanaman.", "Pihak berkuasa memaklumkan, akses ke wilayah itu berdepan kesukaran akibat bentuk muka bumi yang mencabar, selain ancaman kumpulan pemisah bersenjata.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Suharyanto berkata, pihak berkuasa akan menghantar bekalan makanan, susu dan keperluan asas yang lain kepada penduduk di wilayah itu menggunakan helikopter.", "Terdahulu, Suharyanto dalam sidang akhbar memaklumkan penduduk Puncak berdepan musim kemarau setiap tahun, namun keadaan lebih luar biasa direkodkan pada tahun ini sehingga ada yang mati kebuluran.", "Katanya, empat orang mati kebuluran di wilayah yang sama pada tahun lalu.", "Dalam pada itu, situasi penduduk Puncak turut mendapat perhatian Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang mengarahkan supaya pihak berkaitan memberikan bantuan segera.", "Puncak terletak berhampiran gunung tertinggi di Indonesia dan merupakan satu daripada kawasan yang merekodkan hujan salji.", "Biarpun kaya dengan emas, tembaga, timah dan gas asli, Papua masih menjadi satu daripada wilayah termiskin di Indonesia. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/08/penduduk-papua-mati-kebuluran-akibat-kemarau/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/08/penduduk-papua-mati-kebuluran-akibat-kemarau/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/04/mbappe-setuju-sertai-chelsea-hanya-untuk-semusim/", "headline": "Mbappe setuju sertai Chelsea hanya untuk semusim", "content": ["Kylian Mbappe", "LONDON: Kylian Mbappe bersedia menyertai Chelsea pada musim panas ini tetapi hanya untuk tempoh setahun.", "Paris Saint-Germain (PSG) yang terdesak untuk melepaskan bintang Pe­rancis itu kini berun­ding dengan pelbagai kelab bagi mencapai perjanjian bernilai 215 juta pound (RM1.2 bilion).", "Mbappe, 24, enggan me­nyambung kontraknya yang tamat hujung 2024 tetapi bertegas mahu bermain buat PSG pada musim terakhirnya bersama gergasi bola sepak Perancis itu.", "Begitupun, PSG enggan membiarkan penyerang terbaik mereka itu pergi secara percuma dan mahu menjualnya pada musim panas ini.", "Stamford Bridge dilihat sebagai ‘persinggahan’ buat penyerang berusia 24 tahun itu bagi menghabiskan semusim sebelum menyertai kelab impiannya, Real Madrid.", "Real tidak menyembunyikan minat untuk mendapatkan Mbappe tetapi keberatan untuk membayar yuran perpindahan yang tinggi dan ha­nya menunggu pemain tersebut dilepaskan secara percuma tahun depan. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/08/mbappe-setuju-sertai-chelsea-hanya-untuk-semusim/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/08/mbappe-setuju-sertai-chelsea-hanya-untuk-semusim/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/25/%e9%81%bf%e5%85%8d%e5%86%8d%e8%a2%ab%e8%83%8c%e5%be%8c%e6%8f%92%e5%88%80-%e9%a6%ac%e4%bf%ae%e4%bf%83%e6%85%8e%e9%81%b8%e6%94%bf%e6%b2%bb%e5%90%88%e4%bd%9c%e5%a4%a5%e4%bc%b4/", "headline": "避免再被背後插刀 馬修促慎選政治合作夥伴", "content": ["(東谷廿五日訊)沙巴民意黨副主席拿督馬修巴納表示,在政治合作中要謹慎選擇朋友。", "他週六在東谷民意黨大會上如此表示,該大會由首長兼沙巴民意黨主席拿督斯里哈芝芝主持。", "馬修提醒最高理事會成員,包括該黨主席,在選擇政治夥伴時要謹慎,尤其是在下屆組成政府的過程中。", "「過去的經驗讓我們成熟了,那些原本肩並肩作戰的盟友,最終選擇了背叛。」", "他強調:「最初我們是合作夥伴,最後他們卻想在背後捅我們一刀,只是因為他們想獲得權力。」", "同時,也是瓜末區州議員的他說,希望首長能將東谷至蘇克46公里長的道路,納入泛婆大道計劃中。", "馬修表示,如果這項建議得以實現,從亞庇經根地咬到東谷的行程僅需約三個半小時,而走現有的舊路(亞庇-蘭瑙-都魯必-東谷則需要6小時)。", "瓜末區民意黨首次大會,獲得約5000多人出席。", "在主持啟動瓜末區民意黨大會前,首長也為該區的原住民法庭大樓進行奠基儀式。", "該項目價值510萬1390令吉,6月開始動工,預計今年12月完工。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/10/program-pemantapan-kawad-kecekapan-organisasi-keselamatan-perlu-diperluaskan/", "headline": "Program pemantapan kawad kecekapan organisasi keselamatan perlu diperluaskan", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Program Pemantapan Kawad Kecekapan Organisasi Keselamatan Kebakaran perlu diperluaskan ke semua syarikat dan jabatan serta agensi kerajaan di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "Ini katanya bagi memastikan setiap warga kerja sekurang-kurangnya mempunyai asas pengetahuan tentang mencegah dan mengawal kebakaran.", "Beliau berkata, Program Pemantapan Kawad yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah adalah satu lagi usaha untuk memperkukuhkan pasukan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) dalam aspek keselamatan di premis masing-masing.", "“Saya melihat program ini sangat baik dan setiap institusi ada keperluan untuk terlibat dalam memperkukuhkan aspek keselamatan kebakaran di premis masing-masing. Latihan yang diperolehi menerusi program ini memberi pendedahan kepada ahli pasukan dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.", "“Kita sebagai penghuni yang bertanggungjawab ke atas premis seharusnya perlu ambil tahu bahawa latihan dan kemahiran memadam kebakaran serta penyelamatan mangsa merupakan latihan penting yang perlu diterapkan kepada setiap warga kerja terutama ahli-ahli pasukan OKK yang sedia ada di premis masing-masing.", "“Pekerja atau kakitangan yang dilatih dengan kaedah mencegah dan berhadapan dengan bencana kebakaran membolehkan mereka dapat menjalankan kerja secara sistematik, selamat dan effisyen. Sudah tentu, dengan adanya pengetahuan ini sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan dan mengawal jumlah kemalangan serta kerugian harta benda daripada meningkat terutamanya di premis dan bangunan berisiko,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan dan Makan Malam Sempena Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan Organisasi Keselamatan Kebakaran 2023 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, malam tadi. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Pengarah JBPM Malaysia, Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Haji Wahid.", "Ketua Menteri yakin dengan sokongan padu daripada JBPM Sabah, usaha pembudayaan keselamatan kebakaran ini akan terus dipertingkatkan kepada warga kerja di negeri ini.", "“Dengan pengalaman dan latihan seperti ini akan membolehkan semua warga kerja bersedia untuk memikul tanggungjawab membantu anggota bomba melaksanakan sebarang aktiviti kesedaran kesiapsiagaan awam dalam menghadapi sebarang kecemasan dan bencana.", "“Sebab itu amat penting amalan membudayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja perlu diterapkan pada setiap individu. Ini untuk memastikan kita dapat mengurangkan risiko berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran atau kemalangan yang mengakibatkan kemusnahan harta benda atau hilang upaya kekal atau sebagainya,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/28/saintis-jepun-mahu-cipta-bayi-dalam-makmal/", "headline": "Saintis Jepun mahu ‘cipta’ bayi dalam makmal", "content": ["TOKYO: Saintis Jepun mendakwa menemui kaedah baharu ‘mencipta’ bayi manusia dari awal di makmal yang dijangka menjadi realiti dalam masa lima tahun lagi.", "Penyelidik di Jepun dilaporkan hampir berjaya mencipta telur dan sperma manusia di makmal dari awal yang kemudiannya akan berkembang dalam rahim buatan.", "Menurut Utusan Malaysia, Saintis Universiti Kyushu, Profesor Katsuhiko Hayashi yang berjaya menjalankan penyelidikan tersebut pada tikus kini percaya beliau memerlukan hanya lima tahun lagi untuk mereplikasi hasilnya pada manusia.", "Jelas Hayashi, keupayaan menghasilkan sperma dan telur manusia buatan khas dalam makmal dipanggil in vitro gametogenesis (IVG) dan berfungsi dengan mengambil sel daripada darah atau kulit seseorang sebelum memprogramkannya semula untuk menjadi sel stem pluripoten.", "“Secara teorinya, sel-sel ini boleh diambil dari mana-mana sel dalam badan, termasuk sel telur dan sperma untuk digunakan bagi menghasilkan embrio sebelum ditanam ke dalam rahim wanita.", "“Para saintis dapat mecipta telur dan sperma manusia yang sangat asas dengan cara ini, tetapi masih belum dapat menghasilkan embrio,” jelas Hayashi.", "Hayashi turut percaya dalam tempoh lima tahun pasukannya mampu menghasilkan sel seperti telur daripada manusia dan menganggarkan sekitar 20 tahun lagi untuk menamatkan ujian sebelum pakar perubatan meyakini proses itu selamat digunakan di klinik.", "Bagaimanapun, jelas wujud kebimbangan etika kerana wanita dari sebarang umur boleh mempunyai bayi melalui kaedah itu dan ibu bapa mungkin boleh mereka bentuk anak mengikut ciri-ciri tertentu menggunakan alat penyuntingan gen.", "Proses itu juga boleh membenarkan individu mencuri asid deoksiribonukleik (DNA) orang lain menggunakan sehelai rambut dan mencipta bayi tanpa persetujuan mereka.", "Menurut Mail Online, Hayashi dan pasukannya baru-baru ini mendakwa berupaya mencipta tujuh ekor tikus dengan dua induk jantan menggunakan sel kulit untuk membentuk telur yang berdaya maju dan kemudian menyuburkannya.", "Lebih mengejutkan, Hayashi turut memberitahu majalah New Scientist, beliau percaya pintu kini semakin terbuka untuk kanak-kanak dilahirkan daripada dua bapa.", "Saintis Jepun mahu ‘cipta’ bayi dalam makmal"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/12/dakwaan-murid-dijemur-hanya-kelemahan-komunikasi-exco/", "headline": "Dakwaan murid dijemur hanya kelemahan komunikasi – Exco", "content": ["Tangkap layar akaun TikTok mendakwa murid berusia tujuh tahun didenda berhimpun ketika cuaca panas terik di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang.", "JOHOR BAHRU: Dakwaan ibu bapa yang mengatakan sebuah Sekolah Agama di Pasir Gudang, di sini mendenda murid-murid yang lambat hadir dengan berhimpun dalam keadaan panas hanyalah disebabkan kelemahan komunikasi.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, ketika itu pihak sekolah sedang mengumpulkan murid-murid untuk merekodkan kedatangan.", "Walau bagaimanapun, siasatan telah dimulakan dan laporan penuh tentang kejadian itu dijangka akan diterima minggu depan.", "“Mungkin berlaku kelemahan komunikasi, kita akan pastikan ia tidak berulang. Saya dapat maklumat awal kejadian itu bukan denda atau hukuman, sebaliknya sekolah sedang mengatur murid-murid untuk masuk kelas.", "“Pihak sekolah sedang ambil kedatangan di kawasan luar terlebih dahulu sebelum masuk kelas, tiada sebarang unsur penderaan atau hukuman.", "“Walau bagaimanapun, kami ambil maklum kerisauan ibu bapa dan akan memastikan kesejahteraan dan keselamatan anak-anak mereka, khususnya di kawasan sekolah,” katanya diminta mengulas dakwaan seorang ibu yang mengatakan anaknya berusia tujuh tahun dijemur di bawah terik matahari pada pukul 2 petang oleh sebuah sekolah agama di Pasir Gudang dipercayai kerana datang lewat ke sekolah.", "Mohd. Fared berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Johor Bahru, di sini kelmarin.", "Dalam pada itu, beliau memberitahu, murid-murid sekolah agama dibenarkan memakai pakaian sukan atau pakaian bersesuaian ekoran keadaan cuaca panas ketika ini.", "“Ya, sudah ada pekeliling yang dikeluarkan melibatkan kebenaran untuk anak murid Sekolah Agama Johor memakai baju sukan ke sekolah, memang dibenarkan. Kita guna kaedah seperti yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan.", "“Pakaian program Karakter Murid Johor ataupun baju T berwarna putih dengan seluar sukan juga dibenarkan, yang penting kemas dan menutup aurat,” jelasnya sambil memaklumkan semua aktiviti luar bilik darjah juga ditangguhkan.", "Dakwaan murid dijemur hanya kelemahan komunikasi – Exco"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/08/harga-minyak-masak-peket-tidak-dinaikkan/", "headline": "Harga minyak masak peket tidak dinaikkan ", "content": ["Gambar hiasan", "KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga minyak masak peket bersubsidi kerana rakyat masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini. ", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun kerajaan akan memperkenal mekanisme subsidi bersasar selepas sistem Pangkalan Data Utama (PADU) siap sepenuhnya.", "“Kerajaan akan memulakan inisiatif pemberian subsidi secara bersasar kepada rakyat kerana kerajaan banyak berbelanja untuk subsidi minyak masak paket dan minyak petrol RON95, misalnya, dan barang subsidi lain.", "“Namun, buat masa ini, kerajaan masih mengekalkan subsidi ini demi rakyat. Apabila ekonomi telah pulih, kerajaan wujudkan kembali ekosistem yang sempurna dan juga subsidi disasarkan kepada mereka yang layak seterusnya kita dapat membuat penjimatan dari segi perbelanjaan negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.", "Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Azli Yusof [PH-Shah Alam] jika kerajaan berhasrat menaikkan harga minyak masak paket bersubsidi sebagai langkah mengurangkan ketirisan.", "Azli sebelum itu bertanya jika kerajaan membenarkan minyak masak paket bersubsidi dijual semula sebagai minyak masak terpakai kepada industri biodiesel.", "Salahuddin berkata, kerajaan menggalakkan minyak masak terpakai diperkasa kerana ia berpotensi menjadi sumber ekonomi, khususnya bagi suri rumah dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana. ", "Oleh itu, katanya, kementerian telah mengadakan perbincangan awal dengan Petronas yang boleh berperanan sebagai agensi kerajaan untuk membawa industri itu menjadi ekonomi skala yang membantu menambah pendapatan negara dan golongan terlibat.", "PARLIMEN: Harga minyak masak peket tidak dinaikkan "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/18/10-acara-akhir-berlangsung-hari-kedua-regatta-lepa-ke-28/", "headline": "10 acara akhir berlangsung hari kedua Regatta Lepa Ke-28", "content": ["Perarakan masuk lepa dan kumpit berhias.", "SEMPORNA:  Hari kedua Sambutan Regatta Lepa Kali Ke-28 Tahun 2023 menyaksikan 10 acara berlangsung di peringkat akhir termasuk dua acara terbuka.", "Bermula kira-kira jam 8.15 pagi, Pertandingan Akhir Lumba Kelle (kayak) kategori lelaki perseorangan dan wanita masing-masing didominasi Pasukan Pendekar Laut dan Pasukan Sinulayan mewaskan lebih 20 pasukan lain dari sekitar Semporna.", "Manakala, bagi acara kayak berpasangan lelaki dimenangi pasukan Sumandi Ambal Pasandal dan berpasangan wanita pula diraih pasukan Belimbang.", "Para urusetia acara sukan laut.", "Acara sebelah pagi diteruskan dengan pertandingan akhir acara Tarik Tali Atas Perahu yang memerlukan para peserta mengayuh perahu masing-masing sambil perahu mereka diikat pada perahu lawan.", "Dalam acara tarik tali itu, kategori lelaki dan wanita masing-masing dimenangi pasukan Sumandi Ambal Pasandal dan pasukan Sinulayan Gajah Minah.Paling menarik, dua acara baharu yang diperkenalkan iaitu acara Menyelam Mencari Piring dan Pertandingan Mengejar Itik (terbuka) nyata berjaya menarik minat warga Semporna dan para pengunjung dari luar daerah sekali gus menggamatkan suasana di Dataran Lepa. Pertandingan Menyelam Mencari Piring mewajibkan peserta menyelam ke dasar laut untuk mengumpulkan piring sebanyak mungkin dan peserta dengan bilangan piring terbanyak dikira sebagai pemenang.", "Suasana ketika pertandingan mengejar itik sedang berlangsung.", "Sementara, Pertandingan Mengejar Itik pula menetapkan semua peserta perlu berenang mengejar itik yang dilepaskan oleh urusetia dan peserta dengan bilangan itik terbanyak diangkat sebagai menjadi pemenang.", "Paling dinantikan, perarakan masuk tiga buah lepa tradisi dan 94 Kumpit Berhias ke perairan Dataran Lepa menjadi acara kemuncak pada hari kedua sambutan berkenaan.", "Persembahan pancaragam PDRM Sabah dan Artis Kebudayaan Daerah Semporna.", "Beberapa jabatan kerajaan negeri dan persekutuan turut mengambil bahagian mengadakan pameran yang diadakan di Dataran Regatta Lepa termasuklah Eastern Sabah Security Command (Esscom).", "Terdahulu, para pengunjung dihiburkan dengan persembahan Pancaragam Kontinjen Sabah yang diketuai oleh Inspektor Wilbonoh Zain bersama artis kebudayaan Daerah Semporna dendangan lagu-lagu bertemakan Sambutan Regatta Lepa.", "Hadir menyaksikan sambutan hari kedua itu Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Datuk Seri Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Samad Jambri @ Jamri dan Pegawai Daerah Semporna Alexander Liew."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/22/boyoon-montiri-minampai-do-ramai-tadau-raya-pbs-om-star/", "headline": "Boyoon Montiri minampai do ramai Tadau Raya PBS om STAR", "content": ["KOTA KINABALU: Boyoon Montiri Datuk Seri Hajiji Haji Noor minaganu timpu minooi tombului doid kinaparamaian Tadau Raya Aidilfitri pinaanjur do Parti Bersatu Sabah (PBS) om Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) do hiti di konihab.", "Id Lintuhun Hakka doid Tanjung Lipat, i Boyoon Montiri sinuau di Presiden Tapantang PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan om puru takawas parti.", "Talib dilo’ i Hajiji po nogi’ Ponorikohon Gabungan Rakyat Sabah (PBS), minooi doid Hotel Raia id Sembulan minooi ampai di Presiden STAR Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan i po nogi’ Kumoduo Boyoon Montiri id kinapamaramaian Tadau Raya Aidilfitri STAR.", "Nokotindapou nogi’ i tongo’ mongongobi’ rayat om lansanon parti komponen GRS."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/27/bella-pecah-rekod-hasilkan-bunyi-purr-paling-kuat-dunia/", "headline": "Bella pecah rekod hasilkan bunyi ‘purr’ paling kuat dunia", "content": ["Bunyi ‘purr’ dikeluarkan Bella berukuran 54.59 desibel.", "LONDON: Seekor kucing bernama Bella yang berusia 14 tahun dari United Kingdom (UK) berjaya meraih gelaran Rekod Dunia Guinness selepas mengeluarkan bunyi ‘purr’ paling kuat di dunia.", "Bunyi ‘purr’ dikeluarkan Bella berukuran 54.59 desibel sekali gus mencatatkan rekod paling kuat di dunia bagi seekor kucing peliharaan.  ", "Menurut Utusan Malaysia, Oddity Central melaporkan, pemiliknya, Nicole Spink dari Huntington berkata, keluarganya memelihara Bella selama hampir 15 tahun dan mereka percaya kucing itu mungkin mengeluarkan bunyi ‘purr’ paling kuat dunia", "Oddity Central", "“Rakan dan saudara mara sentiasa tertanya-tanya dengan bunyi ‘purr’ dari Bella.", "“Malah, mendiang suami saya juga pernah mengadu bahawa bunyi itu lebih kuat daripada televisyen,” katanya.", "Nicole memberitahu suatu hari dia dan anaknya perempuannya memutuskan untuk menguji bunyi tersebut.", "Katanya, mereka memuat turun aplikasi pada telefon pintar lalu mengukur bunyi ‘purr’ Bella dan terkejut dengan keputusan itu.", "Setelah mendapat tahu bunyi purr itu lebih kuat daripada had ditetapkan Rekod Dunia Guinness bagi kucing peliharaan, mereka terus memohon untuk percubaan rekod rasmi.", "“Pada hari percubaan Rekod Dunia Guinness, sebaik sahaja Bella diberi semangkuk makanan kegemarannya, kucing itu mengeluarkan bunyi ‘purr’ yang sangat kuat.", "“Alat meter bunyi kelas-1 merekodkan bunyi ‘purr’ Bella pada 54.59 desibel. Angka itu sudah mencukupi untuk mengatasi 50 desibel yang ditetapkan untuk merangkul gelaran Rekod Dunia Guinness,” katanya.     ", "Bunyi ‘purr’ Bella itu telah dirakam dan diukur oleh pakar jurutera bunyi bebas dan diluluskan oleh Adjudikator rasmi, Dave Wilson.", "Meskipun Bella memegang rekod bunyi ‘purr’ terkuat oleh kucing peliharaan domestik, namun gelaran rekod bunyi paling kuat masih dipegang oleh kucing bernama Smokey dan Merlin masing-masing pada tahap bunyi yang menakjubkan iaitu 67.8 dan 13.21 desibel.", "Bella pecah rekod hasilkan bunyi `purr’ paling kuat dunia"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/07/beyonce-lebur-rekod-mendiang-georg-solti/", "headline": "Beyonce lebur rekod mendiang Georg Solti", "content": ["LOS ANGELES: Penyanyi, Beyonce Knowles, 41, mencipta sejarah sebagai penerima terbanyak anugerah Grammy, meleburkan rekod dipegang selama 20 tahun konduktor bertaraf legenda, mendiang Georg Solti.", "Beyonce kini memiliki 32 buah anugerah Grammy selepas kemenangan Album Dance/Elektronik Terbaik untuk album Renaissance pagi kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Beyonce memadamkan rekod dipegang Solti, yang memiliki 31 buah anugerah Grammy sepanjang hayatnya.", "Beyonce turut pulang bersama beberapa anugerah lain termasuk Lagu Dance/Elektronik Terbaik dan Lagu R&B Terbaik.", "Anugerah berprestij tersebut menampilkan pengacara dan pelawak terkenal Travor Noah sebagai hos.", "Penganjuran kali ini dimeriahkan dengan persembahan daripada barisan artis ternama seperti Harry Style, Lizzo, DJ Khaled, Bad Bunny dan ramai lagi.", "Beyonce lebur rekod mendiang Georg Solti"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/03/polis-kesan-tukang-gunting-rambut-buat-gangguan-seksual/", "headline": "Polis kesan tukang gunting rambut buat gangguan seksual", "content": ["IPOH: Polis sedang mengesan seorang tukang gunting rambut warga India yang dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di Manjoi, kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan polis berkaitan kejadian itu dibuat mangsa berusia 37 tahun di Balai Polis Jelapang semalam.", "Katanya, kejadian pukul 1.25 petang itu berlaku ketika wanita terbabit sedang menunggu anak lelakinya digunting rambut oleh suspek.", "“Lelaki warga India itu bekerja sebagai tukang gunting rambut di sebuah kedai gunting di Manjoi. Suspek dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian.", "“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955,” katanya di sini hari ini.", "Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan D11, Asisten Superintenden Yap Siew Cheng di talian 012-9093362.", "Terdahulu, tular di media sosial laporan polis dimuat naik seorang wanita yang mendakwa diganggu ketika menunggu anak lelakinya berusia enam tahun menggunting rambut.", "Menurut wanita itu, lelaki terbabit cuba mengajaknya berbual namun tidak dilayan sebelum suspek mengeluarkan kata-kata lucah sehingga menyebabkan mangsa tidak selesa.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/polis-kesan-tukang-gunting-rambut-buat-gangguan-seksual/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/polis-kesan-tukang-gunting-rambut-buat-gangguan-seksual/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/25/penyelamat-atau-mangsa-yang-dilabel-sudut-pandang-malaysia-mengenai-pekerja-barisan-hadapan-covid-19/", "headline": "Penyelamat atau mangsa yang dilabel? Sudut pandang Malaysia mengenai pekerja barisan hadapan Covid-19", "content": ["Oleh: Rashid Ating", "Rashid Ating", "Telah sepuluh bulan berlalu sejak Covid-19 mula melanda dunia setelah kes pertama yang dilaporkan di Wuhan, China, awal Januari tahun ini. Wabak ini seakan-akan tidak ada pengakhirannya. Dengan gelombang kedua yang sedang berlaku di beberapa buah negara meskipun pelbagai sekatan yang telah dilaksanakan, membuatkan beberapa negara terperangkap dalam pelbagai keadaan sama ada telah pun bersedia menghadapi gelombang seterusnya atau, sedang terjebak dalam hal-hal lain selain daripada mencuba untuk mengekang penularan wabak tersebut. Perkara ini terbukti setelah meletusnya protes di Indonesia disebabkan penguatkuasaan undang-undang buruh yang terbaru (New York Times, 2020). ", "Sementara itu, di Malaysia, pergolakan dalam kalangan ahli politik terus berlanjutan bahkan di saat yang semakin meruncing ini. (TODAYonline, 2020). Pandemik ini kian bermaharajela, membunuh dan menjangkiti mangsanya tanpa mengira darjat mahupun status, bermula dari para pemimpin dunia sehingga penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan, tinggal dalam kawasan yang sesak dan padat di pinggir ibu kota.", "Walaupun beberapa negara sudah melewati gelombang pertama dan kedua, gelombang ketiga ini jauh lebih sukar untuk ditangani daripada yang dijangkakan. Malaysia mengalami situasi ini apabila jumlah kes yang disahkan secara tiba-tiba meningkat dan berubah menjadi tiga digit dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Oleh itu, elemen utama dalam menangani ancaman wabak Covid-19 ialah pekerja barisan hadapan. Mereka merupakan kompenan penting dalam membasmi, merawat dan sebagai garis pertahanan pertama terhadap musuh yang tidak dapat dilihat dalam peperangan ini. ", "Pekerja barisan hadapan atau pekerja penjagaan kesihatan (Health Care Workers) terdiri daripada kakitangan perubatan seperti: doktor, jururawat dan pembantu, paramedik, kakitangan ambulans, pekerja hospital, pegawai perubatan, pakar perubatan, ahli patologi, polis dan lain-lain (Tan Poh Tin, 2020). Mereka juga adalah manusia biasa yang mempunyai pasangan, keluarga, dan anak-anak yang menunggu kepulangan mereka di rumah. Pengorbanan dan penat lelah mereka dalam mengamankan negara semasa situasi yang kritikal ini membuatkan kerajaan Malaysia terhutang budi dengan dengan golongan ini. Mereka membahayakan nyawa mereka setiap hari dengan merawat pesakit yang disahkan terkena jangkitan Covid-19. ", "Health Care Workers", "Hasilnya, mereka dipuji diatas usaha mereka, diberikan imbuhan oleh pihak pemerintah selain daripada gaji bulanan mereka sebagai salah satu bentuk ganjaran, dan mendapat penghormatan yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Penghormatan kepada mereka ini tidak terhenti setakat itu sahaja, diwujudkan juga satu kaunter bayaran balas khas di pasar raya yang dikhaskan untuk para petugas barisan hadapan yang memakai pakaian seragam mereka (Tesco Malaysia, 2002). Mereka bahkan dianggap sebagai pahlawan negara setelah berjaya mengekang penularan gelombang pertama dan kedua wabak ini.", "Jika hendak dibandingkan dengan petugas barisan barisan hadapan di negara-negara jiran Asia Tenggara yang lainnya, barisan depan di Malaysia tidak menghadapi keganasan fizikal yang serius. Contohnya, di Filipina, seorang penyerang yang tidak dikenali menumpahkan peluntur kepada pekerja hospital (Tan Poh Tin, 2020). Manakala, di Indonesia, penduduk mengabaikan pesanan pekerja barisan hadapan yang berjalan di jalan utama, memberikan peringatan untuk tinggal di rumah semasa gelombang pertama dan kedua Covid-19. Lebih menyedihkan lagi apabila, terdapat sebilangan warganegara Indonesia juga tidak mengikuti arahan pemerintah dengan melakukan Solat Jumaat walaupun telah memberi amaran sebelumnya oleh pihak pemerintah di kawasan terbabit untuk menangguhkan sebarang aktiviti-aktiviti keagamaan (CNA, 2020).", "Namun begitu, barisan hadapan Malaysia turut mengalami keganasan psikologi dan dipersalahkan sehingga menyebabkan terjadinya diskriminasi terhadap anak-anak mereka disebabkan kerana profesion mereka. Masyarakat awam berpandangan bahawa kanak-kanak ini berkemungkinan sekali terdedah disebabkan kerana mereka juga menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan yang sama seperti dengan pekerja di barisan hadapan ini. Namun, setelah diteliti semula, pekerja barisan hadapan ini tidak mempunyai pilihan selain menghantar anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak disebabkan oleh waktu bekerja yang panjang. ", "Disebabkan oleh persekitaran kerja yang berbahaya, mengharuskan mereka untuk berada dalam pelindungan pakaian lengkap (PPE) yang tidak membenarkan mereka untuk makan, minum mahupun untuk pergi ke tandas dalam jangka masa panjang. Setelah beberapa tindakan balas dari pakar pediatrik tempatan dan persatuan profesional perubatan, stigma ini agak sedikit berkurangan setelah pernyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seperti yang dinyatakan dalam Lampiran 12, Bahagian 2.1.2 “bahawa anak-anak di barisan hadapan adalah berisiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 berpunca daripada ibu ataupun bapa mereka. Tempat terbaik untuk mereka adalah di rumah, dan jika mereka berhasrat menghantar anak-anak mereka di pusat jagaan kanak-kanak, mereka mesti diasingkan dari anak-anak lain”. (CodeBlue, 2020). Kenyataan ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan pekerja barisan depan kerana mereka merasakan bahawa tindakan ini merupakan salah satu bentuk pelanggaran dan pencabulan kepada hak asasi manusia mereka.", "Pertempuran ini masih belum selesai, walaupun secara realiti pekerja barisan hadapan sedang berada dalam kelelahan, ditambah dengan keadaan mental mereka yang semakin bertambah buruk akibat waktu kerja yang agak panjang, amat berbeza sekali jika hendak dibandingkan dengan waktu kerja biasa yang mereka jalani seperti sebelum berlakunya wabak ini. Dalam beberapa situasi sebelum gelombang pertama dan kedua dapat dicegah, beberapa hospital di Malaysia terpaksa membuat keputusan yang agak drastik dengan menguatkuasakan kuarantin bagi kesemua staf di hospital tersebut selama beberapa hari, bertujuan untuk mencegah penyebaran virus dalam kalangan masyarakat contohnya di Hospital Besar Lahad Datu, Sabah. Langkah tersebut menyebabkan pekerja barisan hadapan menjadi kurang bermotivasi, disebabkan mereka tidak dapat melihat orang yang mereka sayangi untuk beberapa ketika. ", "Akhir sekali, tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan pekerja barisan hadapan ini tidak sepatutnya terletak di bahu para pemerintah sahaja tetapi juga kepada kesemua anggota masyarakat. Dari sudut lain, organisasi korporat perlu campur tangan dan mengambil tindakan bersama. Sebagai contoh, dengan memberikan faedah atau pampasan tambahan kepada pekerja barisan hadapan dan waris mereka seandainya mereka dijangkiti Covid-19 atau dalam situasi terburuk, meninggal dunia disebabkan wabak ini. ", "Untuk program jangka masa panjang, disarankan agar pihak pemerintah memberikan PTSD (gangguan tekanan pasca-trauma) kepada para pekerja barisan depan, manfaat yang sama diterima seperti veteran perang konvensional (Tan Poh Tin, 2020).", "Mengenai Penulis", "Mengenai Penulis", "Rashid Ating. Penyelidik di Jabatan Ekonomi dan Statistik Gunaan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi (FPE) dan Penyelidik di Institut Pengajian Termaju (IAS), Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. Malaysia.", "Rujukan", "Rujukan", "https://codeblue.galencentre.org/2020/05/23/are-frontliners-being-treated-unfairly-250-paediatricians-malaysian-paediatric-association/", "CNA. (2020), “Ignoring government appeals, some Jakarta mosques hold Friday prayers”, diakses daripada, https://www.channelnewsasia.com/news/asia/indonesia-jakarta-friday-prayer-mosque-muslim-despite suspension12560676?cid=h3_referral_inarticlelinks_24082018_cna, pada 4 November 2020.", "https://www.nytimes.com/2020/10/08/world/asia/indonesia-protests-jobs.html", "https://codeblue.galencentre.org/2020/07/21/saluting-our-covid-19-frontliners/", "https://www.facebook.com/TescoMY/posts/dedicated-queue-lane-payment-counter-for-frontliners-and-the-elderly-for-frontli/3068628906508329/", "https://www.todayonline.com/world/malaysian-police-quiz-anwar-list-mp-backers", "Artikel yang sama dalam versi Bahasa Inggeris telah diterbitkan di Southeast Asia in Crisis: Opinions on the State of Human Rights and Peace in The Time of Covid-19, Universiti Mahidol, Thailand bertajuk “Saviour or Stigmatized? A Malaysia Perspective on COVID-19 Frontliners”. Versi asal artikel ini bole diakses pada pautan berikut: https://shapesea.com/op-ed/covid-19/saviour-or-stigmatized-a-malaysia-perspective-on-covid-19-frontliners/", "Artikel yang sama dalam versi Bahasa Inggeris telah diterbitkan di Southeast Asia in Crisis: Opinions on the State of Human Rights and Peace in The Time of Covid-19, Universiti Mahidol, Thailand bertajuk “Saviour or Stigmatized? A Malaysia Perspective on COVID-19 Frontliners”. Versi asal artikel ini bole diakses pada pautan berikut: https://shapesea.com/op-ed/covid-19/saviour-or-stigmatized-a-malaysia-perspective-on-covid-19-frontliners/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/04/lelaki-simpan-mumia-purba-dalam-beg/", "headline": "Lelaki simpan mumia purba dalam beg", "content": ["PUNO: Polis di Peru dikejutkan dengan penemuan mumia purba di dalam sebuah beg penghantar makanan di tapak arkeologi di Puno.", "Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, penemuan itu bermula apabila polis menggeledah beg milik lelaki berkenaan yang terbaring akibat mabuk di tapak arkeologi tersebut.", "Polis bagaimanapun bertindak merampas mumia berkenaan dan menyerahkannya kepada kementerian kebudayaan Peru bagi menjaga warisan negara itu.", "Lelaki terlibat serta dua rakannya yang berumur antara 23 dan 26 tahun ditahan dan sedang disiasat atas kemungkinan melakukan jenayah terhadap warisan budaya Peru.", "Sementara itu, lelaki itu berkata, dia berkongsi bilik de­ngan mumia berbalut ber­kenaan dan menganggapnya sebagai teman wanita rohani.", "Dia dikatakan memasukkan mayat itu ke dalam beg untuk dipamerkan kepada rakan-rakannya.", "Dia menjelaskan, mumia itu dipanggil ‘Juanita’ di dalam sebuah kotak di dalam biliknya.", "Tambahnya, mumia itu me­rupakan milik bapanya, tanpa menyatakan bagaimana ba­panya memperoleh mumia itu.", "Pakar pula berkata, mayat itu berusia antara 600 dan 800 tahun dan merupakan mayat lelaki dewasa dan bukannya wanita seperti mana yang diandaikan oleh lelaki berkenaan.", "Lelaki mumia itu dianggarkan berusia lebih daripada 45 tahun pada waktu kematiannya dengan ketinggian 1.51 meter.", "Mumia itu dibalut dengan pembalut dalam kedudukan janin yang merupakan tipikal bagi kebanyakan pengebumian pra-Hispanik di kawasan sekitar.", "Mumia diamalkan oleh pelbagai budaya di kawasan yang dikenali sebagai Peru sebelum kedatangan penakluk Sepanyol.", "Beberapa mumia dikebumikan manakala yang lain dibawa keluar dan diarak semasa pe­rayaan utama.", "Lelaki simpan mumia purba dalam beg"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/16/kazakhstan-bincang-hubungan-perdagangan-dua-hala-dengan-sabah/", "headline": "Kazakhstan bincang hubungan perdagangan dua hala dengan Sabah", "content": ["Hajiji (kanan) menerima kunjungan hormat Sugurbayev di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.", "KOTA KINABALU: Duta Besar Republik Kazakhstan ke Malaysia, Bulat Sugurbayev bertemu Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor bagi membincangkan hubungan perdagangan dua hala di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.", "Hajiji mengalu-alukan kesungguhan negara Asia Tengah itu untuk meneroka peluang pelaburan dan menjalin hubungan perdagangan dengan Sabah.", "Sugurbayev sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Sabah.", "Data Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menunjukkan perdagangan antara Malaysia dan Kazakhstan berjumlah RM480 ​​juta untuk 10 bulan pertama 2022 dengan eksport ke Kazakhstan bernilai RM475 juta dan import bernilai RM5 juta.", "Lima eksport utama Malaysia ke Kazakhstan terdiri daripada produk elektrik dan elektronik (E&E), produk getah, hasil pertanian, produk perkilangan berasaskan minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/10/notis-amaran-akan-disebar-kepada-penduduk-di-kawasan-berisiko-banjir/", "headline": "Notis amaran akan disebar kepada penduduk di kawasan berisiko banjir", "content": ["Armizan Mohd. Ali", "KOTA KINABALU: Penduduk di kawasan berisiko banjir akan menerima notis secara serta-merta menerusi sebaran sistem pesanan ringkas (SMS) dan flash broadcast setelah menerima tanda amaran daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).", "flash broadcas", "Sebaran notis oleh Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA itu akan disalurkan menerusi syarikat-syarikat telekomunikasi.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, sebagai persediaan menghadapi bencana banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL), seramai 61,839 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi kerajaan di semua peringkat bersedia untuk digerakkan dengan sokongan pelbagai asset.", "Malah, NDCC telah mula beroperasi 24 jam setiap hari dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) juga mengarahkan semua Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah diaktifkan bagi tujuan pemantauan dan koordinasi pengurusan bencana.", "Menurut beliau, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) juga diminta untuk melaksanakan persediaan sewajarnya lebih awal bagi memastikan penyampaian bantuan sewaktu bencana berjalan dengan lancar.", "Sebelum ini, JPS menyatakan sebanyak 5,648 lokasi hotspot banjir telah dikenal pasti meliputi 161 buah daerah di seluruh negara.", "“Pada masa yang sama, NDCC akan sentiasa berkongsi maklumat terkini dan amaran bencana kepada pelbagai pihak termasuk juga pegawai daerah selaku JPBD dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana.", "“Semua pihak dinasihati untuk sentiasa peka dengan situasi semasa dan amaran yang dikeluarkan pihak berwajib.", "“Orang awam turut diminta untuk mematuhi sebarang arahan untuk berpindah dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenaytaan.", "Menurut Armizan, biarpun MTL dijangka bermula pada 11 November namun sejak 23 Oktober lalu, sebanyak 20 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 962 keluarga melibatkan 3,116 mangsa akibat bencana banjir yang melibatkan di negeri Kedah, Pahang, Perak dan Selangor.", "Setakat semalam, sebanyak 15 PPS sedang beroperasi menempatkan sebanyak 341 keluarga dengan seramai 1,249 mangsa keseluruhan melibatkan Perak dan Selangor. Kawasan dan mangsa yang terkesan dijangka terus meningkat dalam tempoh MTL.", "Notis amaran akan disebar kepada penduduk di kawasan berisiko banjir"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/12/pasangan-kekasih-didakwa-bunuh-kanak-kanak-lelaki-sembilan-tahun/", "headline": "Pasangan kekasih didakwa bunuh kanak-kanak lelaki sembilan tahun", "content": ["Izuhaizad Ismail (depan) dan Siti Farina Mohamed Basharol Ariffin didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun sehingga mati bulan lalu ketika dituduh di Mahkamah Majistret Taiping.", "TAIPING: Sepasang kekasih yang ditahan selepas dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun sehingga mati bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, tertuduh, Siti Farina Mohamed Basharol Ariffin, 36, yang merupakan ibu kandung mangsa dan teman lelakinya, Izuhaizad Ismail, 37, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Atiqah Sapari.", "Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.", "Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Hasiffaidhi Mohamad Jeffry berusia sembilan tahun di sebuah rumah di Taman Panglima Assam Kumbang, Taiping antara pukul 10.30 pagi pada 29 Julai 2023 hingga 10.52 pagi, 30 Julai 2023.", "Pertuduhan terhadap pasangan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.", "Mahkamah menetapkan 16 Oktober depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik, kimia, asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat.", "Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan mati dengan beberapa kesan lebam di badan dipercayai didera di sebuah rumah di Assam Kumbang.", "Anak kedua daripada lima beradik yang tinggal di rumah tersebut bersama ibu dan teman lelaki wanita terbabit disyaki didera sejak Mac lagi.", "Siasatan mendapati, ibu bapa mangsa mengalami masalah rumah tangga dan dalam proses penceraian. ", "Pasangan kekasih didakwa bunuh kanak-kanak lelaki sembilan tahun"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/26/kereta-terbabas-masuk-parit-di-keningau/", "headline": "Kereta terbabas masuk parit di Keningau", "content": ["Anggota bomba membantu mangsa yang terlibat dalam kejadian itu. – Ihsan Bomba", "KENINGAU: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas sendiri dan masuk parit di Kampung Patikang Laut, di sini, tengah malam kelmarin.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, PKPgB Sharudy Delamin berkata, insiden kemalangan jalan raya tersebut berlaku kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.", "“Kita mendapat panggilan melalui talian MERS999 dan sepasukan sembilan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Leong Hoi Min dihantar ke lokasi yang terletak tujuh kilometer dari balai itu.", "“Setiba di tempat kejadian, didapati satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Waja terbabas sendiri masuk parit. ", "“Terdapat seorang mangsa perempuan terlibat dikeluarkan oleh pasukan bomba dan mangsa tidak mengalami kecederaan. Seterusya mangsa diserahkan kepada keluarganya,” katanya, sambil menambah operasi tamat pada jam 12.31 pagi."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/19/pengangkutan-awam-percuma-untuk-oku-dan-pelajar-sekolah/", "headline": "Pengangkutan awam percuma untuk OKU dan pelajar sekolah", "content": ["Anthony Loke Siew Fook", "SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan akan melihat perkhidmatan pengangkutan awam yang sesuai di negara ini untuk dilaksanakan inisiatif tambang percuma yang bukan hanya akan diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) tetapi juga melibatkan pelajar sekolah.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sehubungan itu juga, beliau akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bersama operator pengangkutan awam iaitu Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) dan Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) bagi membincangkan kaedah pelaksanaan inisiatif berkenaan.", "“Akan ada perjumpaan dengan pihak operator seperti KTMB dan juga pihak Prasarana untuk melihat bagaimana boleh dilaksanakan inisiatif ini.", "“Kementerian sedang melihat sektor dan perkhidmatan yang mungkin untuk diberikan secara percuma, ia akan secara berfasa-fasa. Saya sudah minta KTMB untuk melihat bagaimana boleh dioptimumkan subsidi yang diberikan kerajaan kepada KTMB untuk kegunaan manfaat golongan OKU dan juga pelajar.", "“Pihak KTMB kami ada perkhidmatan KTM Komuter dan KTM Komuter Utara dan perkhidmatan kereta api di Pantai Timur yang digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah, jadi saya akan melihat bagaimana untuk perkhidmatan percuma khususnya perkhidmatan komuter dan kereta api KTM ini dapat ditawarkan,” katanya.", "Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Pertandingan Kaligrafi Cina Tahun 2023 di Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban di sini hari ini.", "Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.", "Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, golongan OKU bakal menikmati kelebihan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam secara percuma dan memaklumkan perkara itu juga sudah dipersetujui Siew Fook.", "Jelas beliau, bagaimanapun, mekanisme pelaksanaan pemberian tambang percuma untuk golongan berkenaan perlu diteliti dan tarikh pelaksanaan tambang percuma itu bergantung kepada pihak Kementerian Pengangkutan.", "Siew Fook dalam pada itu melihat, pelaksanaan inisiatif berkenaan tidak memerlukan sebarang peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan sebaliknya akan mengoptimumkan sumber yang ada termasuk menerusi bantuan dan subsidi yang telah diberikan sebelum ini.", "“Memang saya ada perancangan, kita optimumkan sumber yang ada dalam kerajaan, perlu kita lihat kembali bagaimana untuk menstrukturkan semula bantuan dan subsidi supaya ia lebih bersasar dan sampai kepada golongan yang memerlukan.", "“Saya tidak melihat perlunya peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan, gunakan peruntukan sedia ada, apabila kita rombak semula, apabila kita sasarkan peruntukan itu ia dapat bantu golongan OKU dan pelajar,” jelasnya lagi.", "Pengangkutan awam percuma untuk OKU dan pelajar sekolah"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/03/persatuan-bantu-komuniti-kurang-berkemampuan-lengkapkan-usaha-tingkatkan-kesejahteraan-rakyat/", "headline": "Persatuan bantu komuniti kurang berkemampuan lengkapkan usaha tingkatkan kesejahteraan rakyat", "content": ["Hajiji (tiga kiri) diiringi Liew dan Josephine dalam acara Yee Sang di Majlis Makan Malam Amal Persatuan Sumber Harapan Sabah di Dewan Hakka di sini malam ini. Turut hadir Mustapha, Rafael, Huang dan Shiho.", "KOTA KINABALU: Usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai matlamat sama untuk membantu masyarakat kurang berkemampuan, melengkapkan inisiatif Kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "Beliau berkata, ini kerana meningkatkan kesejahteraan rakyat adalah salah satu agenda pembangunan negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang bertujuan memacu pembangunan menyeluruh rakyat dan negeri ini.", "“Pelbagai program yang dilaksanakan oleh NGO termasuk inisiatif “Jom Balik Sekolah” oleh Persatuan Sumber Harapan Sabah, telah membantu kanak-kanak kurang berkemampuan atau miskin di negeri ini amat baik. Ia melengkapi usaha kerajaan menerusi agenda SMJ.", "“Malah, konsep Malaysia Madani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberi tumpuan kepada usaha yang lebih baik untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat,” katanya sempena Majlis Makan Malam Amal Tahun Baharu Cina Persatuan Sumber Harapan Sabah, di Dewan Hakka di sini malam ini.", "Sehubungan itu, Hajiji mahu lebih ramai NGO di Sabah tampil untuk saling bekerjasama supaya dengan bersama-sama akan memberi manfaat kepada lebih ramai komuniti yang memerlukan bantuan di negeri ini.", "“Persatuan Sumber Harapan Sabah telah berjaya mengagihkan bantuan pendidikan kepada sekolah di 20 daerah di negeri ini antaranya di Ranau, Kudat, Tuaran, Pitas, Kota Marudu dan Tawau.", "“Justeru, saya mahu lebih banyak lagi NGO akan tampil dan saling bekerjasama supaya dapat membantu lebih ramai komuniti yang memerlukan bantuan,” katanya.", "Beliau turut berharap agar lebih ramai komuniti yang memerlukan bantuan, turut mendapat manfaat dalam setiap aktiviti amal yang dilaksanakan NGO di negeri ini.", "Hadir sama Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew; Presiden Persatuan Sumber Harapan Sabah, Josephine Hadikusumo, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud; Konsul Jeneral Republik Indonesia di Sabah, Rafael Walangitan; Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Dr. Huang Shifang; dan Ketua Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu, Shiho Kako."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/03/inisiatif-pondok-rekreasi-indahkan-kampung-kigiok/", "headline": "Inisiatif pondok rekreasi indahkan Kampung Kigiok", "content": ["Sebuah daripada pondok rekreasi dekat Kg. Kigiok.", "RANAU: Dalam usaha mengindahkan dan menceriakan kampung mereka, lebih kurang 500 orang penduduk dari 80 isi rumah di Kampung Kigiok di sini membuat inisiatif bagi menyiapkan tiga buah pondok rekreasi baru-baru ini.", "Tiga pondok rekreasi yang masing-masing dinamakan Pondok Anggerik, Bersatu dan Cempaka itu dibina menerusi kerjasama sukarela bergotong-royong di kalangan penduduk.", "Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Kigiok, Jasni Litah berkata, inisiatif itu dijalankan berlandaskan moto ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ dan ‘sepakat membawa berkat’.", "Berdasarkan kesepakatan itu, beliau berkata, penduduk berhasrat mewujudkan Pondok Rekreasi yang difikirkan mampu mewujudkan keceriaan kampung selain menjadi sumber pendapatan penduduk yang akan menyediakan pelbagai produk kepada pelancong pada masa hadapan.", "“Sebenarnya, kos pembinaan sebahagian daripada pembinaan pondok rekreasi ini disumbangkan oleh Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan pengusaha Pelancongan Kigiok Ranau Rabbit Farm, Wong Ko Siong.", "“Penduduk berterima kasih atas bantuan Datuk Jonathan, Wong dan sumbangan tenaga penduduk Kg. Kigiok,” jelas Jasni.", "Beliau juga merayu para dermawan membantu penduduk dengan menghulurkan sumbangan termasuk seperti simen, batu, pasir dan dawai untuk membaiki sistem perparitan berhampiran pondok rekreasi yang dibina itu.", "Kg. Kigiok terletak berhampiran Pusat Bombon Marakau, Pusat Rusa Kinapulidan, Pusat Lebah Madu Kg. Kinapulidan, Ranau Rabbit Farm dan Mount Kinabalu Sky Bike Kigiok."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/11/wanita-diserang-ular-dan-helang-serentak-ketika-potong-rumput/", "headline": "Wanita diserang ular dan helang serentak ketika potong rumput", "content": ["Peggy Jones menunjukkan kecederaan di lengan kirinya akibat serangan helang dan ular dua minggu lalu.", "AUSTIN: Seorang wanita dari Texas cedera selepas diserang seekor helang yang secara tidak sengaja menjatuhkan ular ke tangannya.", "Menurut Utusan Malaysia, Peggy Jones, 64, sedang memotong rumput di halaman rumahnya di bandar Silsbee, Texas, berhampiran sempadan Louisiana apabila seekor helang yang sedang membawa bersama ular di mulutnya terbang di kawasan berkenaan.", "Helang berkenaan tiba-tiba menjatuhkan reptilia berkenaan yang hinggap di lengan Jones namun kemudian terbang laju ke arahnya untuk cuba mendapatkan semula makanannya itu.", "Jones bergelut dengan dua haiwan berkenaan apabila ular itu membelit lengannya dan mula menyerang bahagian muka ketika burung helang itu pula terus mencakarnya untuk menarik ular itu.", "“Ular itu jatuh dari langit dan terus melilit lengan saya. Ular itu kemudian cuba mematuk muka saya tetapi mengenai cermin mata saya beberapa kali.", "“Ketika cuba menarik ular itu, helang pula datang dan tidak berhenti mencakar dan mencederakan lengan saya hingga satu ketika burung itu mencapai dan menarik tangan saya.", "“Serangan dua haiwan itu amat menyakitkan. Sehingga kini saya sukar tidur kerana masih trauma dengan kejadian itu,” katanya.", "Detik cemas dan mengerikan itu menyebabkan Jones mengalami luka, lebam dan di lengan serta wajahnya namun semakin pulih selepas mendapatkan rawatan", "Wanita diserang ular dan helang serentak ketika potong rumput"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/21/wan-saiful-didakwa-minta-terima-rasuah-kes-jana-wibawa/", "headline": "Wan Saiful didakwa minta, terima rasuah kes Jana Wibawa", "content": ["Wan Saiful Wan Jan tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan rasuah kes Jana Wibawa. ", "KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini atas pertuduhan menerima hampir RM7 juta bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan projek berkaitan lebuh raya daripada Kerajaan Malaysia.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut didakwa meminta rasuah daripada seorang individu bagi mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur bernilai RM232 juta.", "Hakim Azura Alwi membenarkan Wan Saiful dibebaskan dengan jaminan RM400,000 dengan seorang penjamin, pasport ditahan oleh mahkamah manakala tertuduh diarah melapor diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dua bulan sekali.", "Sementara itu di hadapan Hakim Suzana Hussain, ahli perniagaan, Adam Radlan Adam Muhammad, 42, juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berkaitan Program Jana Wibawa.", "Wan Saiful didakwa minta, terima rasuah kes Jana Wibawa"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/29/surat-tommy-thomas-kepada-sulu-tidak-pernah-dipersetujui-jemaah-menteri/", "headline": "Surat Tommy Thomas kepada Sulu tidak pernah dipersetujui Jemaah Menteri", "content": ["Azalina Othman Said", "KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri pada 2019 tidak pernah memberi persetujuan terhadap kenyataan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang menyatakan rasa kesal dengan tindakan kerajaan untuk menghentikan bayaran pampasan tahunan kepada kumpulan Sulu. ", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Azalina Othman Said berkata, kandungan surat tersebut adalah bertentangan dengan prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. ", "“Surat bertarikh 19 September 2019 yang dikeluarkan oleh mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas kepada kumpulan Sulu tidak pernah mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri. ", "“Tindakan mantan Peguam Negara yang mengeluarkan surat yang mengandungi keputusannya sendiri tanpa kelulusan oleh Jemaah Menteri adalah bertentangan dengan prinsip keputusan kolektif yang diamalkan. ", "“Buat masa ini, Kerajaan Malaysia telah mengambil pendirian untuk menjauhkan diri atau to disassociate itself daripada pengeluaran surat tersebut dengan memilih untuk tidak mewakili mantan Peguam Negara dalam tindakan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang difailkan oleh sembilan orang plaintif dari Sabah terhadap beliau,” katanya menerusi jawapan bertulis sesi di Dewan Negara. ", "to disassociate itself", "Terdahulu, Senator Datuk Seri Vell Paari Tun Samy Vellu minta penjelasan sama ada Jemaah Menteri pada tahun 2019 telah menyatakan persetujuan terhadap kenyataan bekas Peguam Negara.", "Dalam surat tersebut, Tommy menyatakan kekesalan apabila kerajaan Malaysia menghentikan pembayaran tahunan kepada waris kesultanan Sulu. ", "Selain itu, Tommy menawarkan penjelasan jumlah tertunggak ‘dengan segera’ kepada pihak penuntut sebagai pertukaran untuk menamatkan sebarang tindakan timbang tara. Tunggakan bayaran termasuk 10 peratus faedah dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM48,230. ", "Menurut Azalina, Jabatan Peguam Negara telah memfailkan permohonan untuk mencelah bagi pihak Kerajaan Malaysia, selain turut memohon mendapatkan perintah penggantungan prosiding dan perintah untuk menghalang mantan Peguam Negara daripada memberikan sebarang kenyataan atau komen berhubung prosiding timbang tara waris Kesultanan Sulu terhadap Kerajaan Malaysia.", " “Permohonan Kerajaan Malaysia untuk mencelah, mendapatkan perintah penggantungan dan perintah menghalang mantan Peguam Negara daripada memberikan sebarang kenyataan atau komen berhubung prosiding timbang tara tersebut telah pun dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 3.1.2023 yang lalu,” katanya. ", "Surat Tommy Thomas kepada Sulu tidak pernah dipersetujui Jemaah Menteri"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/15/kdca-sokong-penuh-penggunaan-tanah-nt-diperluas-tidak-terhad-kepada-pertanian-sahaja/", "headline": "KDCA sokong penuh penggunaan tanah NT diperluas, tidak terhad kepada pertanian sahaja", "content": ["Suman Yasambun", "PENAMPANG: Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) menyokong penuh kenyataan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan baru-baru yang bersetuju agar syarat-syarat pengunaan tanah yang berstatus “Native Title” (NT) diperluaskan untuk merangkumi aktiviti yang lain seperti perindustrian, pembangunan perumahan dan tidak terhad kepada pertanian sahaja.", "Setiausaha Agung KDCA, Datuk Suman Yasambun berkata, kenyataan Dr. Jeffrey terhadap perkara ini adalah bertepatan dan amat dialu-alukan.", "“Kerana jika ini direalisasikan, ia akan memberi manfaat terutamanya kepada semua Anak Negeri (native) di Sabah.", "“Dengan ini KDCA menyokong penuh kenyataan beliau dan berharap ianya dapat direalisasikan.", "“KDCA percaya bahawa Kerajaan boleh mencari kaedah-kaedah yang sesuai untuk memastikan status “Native Title” tidak terjejas dengan perluasan pengunaan tanah tersebut seperti untuk aktiviti komersial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Suman berkata, tanah merupakan satu aset yang tidak ternilai harganya bagi Anak Negeri kerana ianya adalah sinonim dengan identiti mereka sebagai orang asal negeri ini.", "“Tanah NT juga merupakan satu legasi nenek-moyang orang-orang asal negeri ini yang akan diwarisi dari generasi ke generasi seterusnya.", "“Sejak kebelakangan ini banyak tanah NT telah ditukar status kepada “Country Lease” (CL), terutamanya di kawasan bandar. Perkembangan ini amat membimbangkan kerana ini akan mengakibatkan tanah berstatus NT berkurangan dan mengancam pemilikan tanah Anak Negeri.", "“Oleh itu, KDCA bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Kerajaan dan memberi bantuan yang perlu ke arah merealisasikan hasrat yang murni ini,” katanya. Dr. Jeffrey dilaporkan dalam siaran media pada 11 Februari sebagai bersetuju agar syarat-syarat pengunaan tanah yang berstatus “Native Title” (N.T) diperluaskan untuk merangkumi aktiviti yang lain seperti perindustrian dan pembangunan perumahan dan tidak terhad kepada pertanian sahaja."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/18/anak-lelaki-jokowi-jadi-calon-naib-presiden-pilihan-digandingkan-bersama-prabowo/", "headline": "Anak lelaki Jokowi jadi calon naib presiden pilihan digandingkan bersama Prabowo", "content": ["JAKARTA: Anak sulung Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dilihat antara calon naib presiden ‘paling kuat’ untuk digandingkan bersama Prabowo Subianto bagi menghadapi pilihan raya presiden tahun hadapan.", "Gibran Rakabuming Raka, yang berusia 36 tahun layak menyertai pilihan raya walaupun belum berusia 40 tahun, susulan keputusan mahkamah yang membenarkan sesiapa sahaja yang mempunyai jawatan di peringkat wilayah untuk bertanding pada pilihan raya 2024 tanpa mengira usia.", "Menurut Utusan Malaysia, pegawai parti Gerindra pimpinan Prabowo, Andre Rosiade, berkata Gibran sememangnya seorang calon paling kuat untuk naib presiden bagi Prabowo.", "“Jalan itu dilihat terbuka selepas Mahkamah Perlembagaan meluluskan petisyen yang menjadikannya layak untuk bertanding,” katanya.", "Perkembangan itu memberi peluang buat Gibran yang juga Datuk Bandar Surakarta untuk bergandingan dengan Prabowo yang merupakan seorang jeneral bersara dan pencabar utama dalam pemilihan presiden tahun depan.", "Prabowo bertanding buat kali ketiga selepas tewas sebelum ini kepada Jokowi.", "Terdapat spekulasi sejak beberapa bulan ini bahawa Gibran, akan bertanding jawatan naib presiden bersama Prabowo.", "Keputusan mahkamah itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan dalam sistem demokrasi Indonesia dengan pengkritik menyelar integriti badan kehakiman itu, apatah lagi Ketua Hakim Negara adalah abang ipar Jokowi.", "Mahkamah Perlembagaan sebelum ini, mengekalkan had usia 40 tahun bagi sesiapa yang ingin bertanding bagi jawatan presiden dan naib presiden pada pilihan raya 2024.", "Namun, mereka yang mempunyai jawatan di wilayah boleh bertanding tanpa mengira usia.", "Di bawah Perlembagaan Indonesia, presiden hanya boleh berkhidmat maksimum selama dua penggal, menyebabkan pengkritik menuduh Jokowi berusaha untuk mengekalkan kuasa selepas meninggalkan jawatan dengan membentuk pakatan antara anaknya dan Prabowo.", "Pada masa sama, Andre berkata, selain Gibran, senarai pendek calon untuk Prabowo termasuk Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa dan Menteri Perusahaan Negara Erick Thohir.", "Beliau berkata, keputusan muktamad itu bagaimanapun hanya akan dibuat dalam masa terdekat melalui mesyuarat ketua parti.", "Anak lelaki Jokowi jadi calon naib presiden pilihan digandingkan bersama Prabowo"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/09/lapan-maut-dirempuh-suv-ketika-tunggu-bas-di-texas/", "headline": "Lapan maut dirempuh SUV ketika tunggu bas di Texas", "content": ["BROWNSVILLE: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh di selatan Texas dan sejumlah lagi cedera apabila sebuah kenderaan merempuh orang ramai yang menunggu bas di luar pusat bantuan migran.", "Menurut Utusan Malaysia, pihak berkuasa memaklumkan, kejadian itu diklasifikasikan sebagai kemalangan setakat ini, biarpun ada saksi menyatakan pemandu kenderaan itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang ramai di hentian bas itu sebelum rempuhan berlaku.", "Kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna kelabu itu melanggar lampu merah dan merempuh orang ramai di hentian bas berkenaan pada pukul 8.30 pagi di Brownsville.", "Jurucakap polis, Martin Sandoval berkata, lapan maut dan hampir 10 orang cedera dalam insiden berkenaan.", "Seorang saksi, Luis Herrera menceritakan, rempuhan itu berlaku amat pantas sehingga mereka tidak sempat menyelamatkan diri.", "“Seorang wanita di dalam sebuah kenderaan menjerit ke arah kami supaya selamatkan diri.", "“Tiba-tiba datang sebuah kenderaan yang dipandu laju ke arah kami dengan pemandunya dapat didengar mengeluarkan kata-kata kesat,” ujar Herrera.", "Akibat kejadian itu, pemandu kenderaan tersebut turut mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital sebelum ditahan pihak berkuasa. ", "Lapan maut dirempuh SUV ketika tunggu bas di Texas"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/05/china-gesa-rakyat-saling-mengintip-antara-satu-sama-lain/", "headline": "China gesa rakyat ‘saling mengintip antara satu sama lain’", "content": ["Kementerian Keselamatan Negara China membuat kenyataan di rangkaian WeChat Khamis.", "BEIJING: Agensi keselamatan China muncul buat pertama kali di media sosial Khamis dengan gesaan mengejutkan kepada setiap orang awam supaya menyertai usaha antipengintipannya.", "Dalam catatan pertamanya di rangkaian popular WeChat, organisasi rahsia itu malah menegaskan, satu sistem yang dapat memudahkan orang ramai terlibat memainkan peranan mereka dalam usaha tersebut mesti diwujudkan.", "“Seluruh masyarakat mesti bergerak menentang pengintipan! Pengintipan adalah tindakan yang sangat tersembunyi, profesional dan perbuatan haram serta jenayah yang berbahaya.", "“Ia bukan sahaja memerlukan organisasi keselamatan negara untuk memainkan peranan sebagai agensi anti pengintipan khusus, tetapi juga memerlukan penyertaan meluas daripada rakyat,” kata Kementerian Keselamatan Negara dalam catatan pertamanya di WeChat.", "Menurut catatan itu, akaun media sosial berkenaan bertujuan membantu kementerian menggalakkan kesedaran tentang undang-undang yang perlu diberi perhatian dan menyediakan cara yang mudah diakses ketika melaporkan aktiviti mencurigakan.", "Jelasnya lagi, undang-undang baharu turut ditetapkan untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada individu mahu pun organisasi yang melaporkan pengintipan atau membuat sumbangan penting kepada kerja-kerja anti-pengintipan.", "Lapor Bloomberg, kenyataan itu menandakan peningkatan usaha antipengintipan oleh Beijing sejak undang-undang baharu berkuat kuasa bulan lepas.", "Undang-undang itu turut memperluaskan senarai aktiviti yang boleh dianggap sebagai pengintipan termasuk skop bagi pihak berkuasa untuk menjalankan penyiasatan dan mengharamkan lintasan sempadan, sekali gus meningkatkan risiko kepada firma asing.", "Pada Mei lalu, pihak berkuasa China menyerbu firma perundingan dan usaha wajar yang membantu pelabur global memahami ekonomi Asia termasuk Capvision Pro Corp, yang mempunyai ibu pejabat di Shanghai dan New York atas tuduhan membocorkan rahsia negara.", "China gesa rakyat ‘saling mengintip antara satu sama lain’"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/22/hidup-saya-sudah-lengkap/", "headline": "‘Hidup saya sudah lengkap’", "content": ["CANTIK dan berbakat. Itu deskripsi yang tepat menggambarkan penyanyi kelahiran Negeri Sembilan, Suki Low. ", "Impian untuk mengabadikan Suki sebagai wajah penyeri Pancaindera akhirnya terlaksana. ", "Menurut Utusan Malaysia, pelawaan untuk mengadakan sesi fotografi disambut baik penyanyi ini. Suki memenuhi undangan, meskipun terhimpit dalam kekangan masa dan jadual yang padat. ", "Pelbagai cerita yang ibu tiga anak ini kongsikan sepanjang perbualan. Tidak lekang dari mulutnya ucapan penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan. Kata Suki, dia bertuah. ", "“Terima kasih kerana terima kehadiran saya dalam industri muzik. Saya tidak pernah berasa diri dibeza-bezakan. ", "“Pada saya, sempadan kaum tidak wujud dalam dunia hiburan kita. Artis Melayu, Cina, India atau kaum apa sekalipun, semua dilayan sama rata. ", "“Apa yang paling berharga adalah sokongan peminat dan media. Terima kasih kerana mengalu-alukan. Saya bersyukur dan berterima kasih,” katanya. ", "Selepas lebih sedekad dalam industri muzik, Suki sepatutnya sudah berdiri pada aras yang lebih tinggi dalam kerjaya nyanyiannya. ", "Mungkin berdiri sama aras dengan penyanyi seangkatan seperti Shila Amzah. Tetapi, graf kerjaya Suki masih belum sampai ke puncaknya. Ada turun dan ada juga naiknya. ", "“Setiap penyanyi ada perjalanan masing-masing. Hidup umpama maraton, kita tidak tahu apa yang ada di depan. ", "“Bagi saya, hidup saya sudah lengkap. Saya membuat keputusan yang betul dengan berehat daripada dunia nyanyian selepas beberapa tahun berkahwin pada 2012 untuk tumpukan kepada keluarga. ", "“Sekarang, saya sudah ada anak-anak, tetapi masih berpeluang untuk menyanyi. Tiada apa lagi yang saya nak kejarkan dan saya percaya, setiap penyanyi ada masa mereka untuk betul-betul menyerlah. Bukan kita yang tentukan perkara itu,” jelasnya.", "Sambung Suki, dia hanya mahu terus melakukan apa yang diminati dan sekadar berharap, perjalanan kariernya terus terarah kepada kebaikan. ", "“Saya memandang tinggi penyanyi seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Shila Amzah dan ramai lagi. Saya hanya boleh berharap, suatu hari nanti dapat berjaya seperti mereka. Tetapi, seperti yang saya katakan, semua ini bukan kita yang tentukan. ", "“Sampai tahap mana saya boleh pergi, sukar untuk saya katakan. Saya sekarang hanya mencari kesederhanaan dalam apa yang saya lakukan. ", "“Setiap penyanyi ada had dan keupayaan, disebabkan itu saya hanya mahukan keseimbangan dan tidak terlalu cuba mengejar sesuatu yang bukan kita tentukan,” tambahnya.", "Kerjaya nyanyian Suki pada masa sekarang disifatkan lebih stabil berbanding awal kemunculannya sekitar 2006. ", "Bagaimanapun, Suki melihat perjalan kariernya masih jauh dan perlu lebih banyak ruang penambahbaikan. ", "“Banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki. Bagi saya, ruang penambahbaikan untuk nyanyian sentiasa ada. ", "“Sebenarnya, program Gegar Vaganza (GV) membuka banyak peluang untuk saya memperbaiki kekurangan dan mencuba genre yang belum pernah saya bawakan.", "“Ia membuka mata tentang kebolehan yang selama ini ada dalam diri saya. Selepas menyertai GV, baru saya tahu saya boleh membawakan pelbagai jenis lagu,” katanya. ", "Kata Suki, dia gembira dengan pencapaian yang dikecapi sebagai penyanyi. Selepas 16 tahun, Suki lebih yakin dengan kebolehannya sebagai penghibur. ", "“Kerjaya saya, pada fasa sekarang, lebih menyeronokkan berbanding kemunculan awal saya sekitar 16 tahun yang lalu. ", "“Sekarang, saya lebih berkeyakinan dan gembira kerana kerjaya nyanyian menjadi proses pembelajaran yang berterusan. ", "“Mungkin selepas ini, saya mahu rakam jenis lain seperti Irama Malaysia. Saya minat dengan genre tersebut,” kongsinya.", "Bercakap soal lagu baharu, Suki memaklumkan, bakal tampil dengan sebuah single dalam tahun ini. ", "Bagaimanapun, katanya terlalu awal untuk memperincikan tentang lagu berkenaan dan dia berharap, peminat bersabar menunggu sehingga ia secara rasmi diperdengarkan nanti. ", "“Apa yang boleh saya kongsikan adalah ia ditulis dan dihasilkan salah seorang penyanyi tempatan yang amat saya idolakan. ", "“Lagu tersebut bermain dengan emosi yang sangat dalam sehingga membuatkan saya menitiskan air mata ketika menyanyikannya dalam sesi akustik. ", "“Lagu ini sangat peribadi dan saya bersyukur kerana ia serba sedikit merawat kesedihan yang pernah saya lalui. Saya harap ia juga akan merawat pendengar sebaik dikeluarkan nanti,” katanya. ", "Ditanya pengalaman peribadi yang dirujuk untuk menyalurkan emosi ke dalam lagu tersebut, Suki menjawab, ia lebih kepada pengalaman kehilangan orang ataupun haiwan tersayang. ", "“Ada ketika, kita rasakan belum puas untuk bersama dengan ahli keluarga atau haiwan peliharaan yang kita sayang apabila mereka meninggalkan kita terlalu awal. ", "“Emosi itu saya salurkan dalam lagu ini. Saya akui, ia cukup berat, tetapi ia sebenarnya merawat saya dari dalam,” kongsinya.", "Disoal tentang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, Suki memaklumkan, seperti tahun sebelumnya, saat istimewa tersebut dinikmati dengan meluangkan masa bersama keluarga tersayang. ", "Katanya, dia mengambil peluang untuk pulang ke rumah orang tua dan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. ", "“Kami sekeluarga akan ziarah rumah ibu dan bapa saya di kampung dan luangkan masa bersama mereka. ", "“Ini adalah masa untuk keluarga. ibu dan ayah juga gembira apabila cucu ada bersama mereka,” kongsinya. ", "Bagaimanapun kata Suki, dia dan keluarga tetap beringat menjaga keselamatan diri daripada ancaman Covid-19. ", "“Ibu bapa saya golongan berisiko, justeru mungkin kami hanya akan adakan sambutan kecil-kecilan bersama keluarga terdekat. ", "“Sambutan sederhana sebenarnya memadai untuk saya. Apa yang penting, keluarga dapat berkumpul dan meluangkan masa bersama. Itu lebih utama bagi kami,” ujarnya.", "‘Hidup saya sudah lengkap’"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/18/kementerian-bersiap-sedia-hadapi-fenomena-el-nino-krisis-air/", "headline": "Kementerian bersiap sedia hadapi fenomena El Nino, krisis air", "content": ["Kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam di Pulau Pinang kini menurun kepada kira-kira 50 peratus ekoran taburan hujan yang rendah di kawasan berkenaan.", "PETALING JAYA: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui agensinya, seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), komited mengatasi isu berkaitan fenomena El Nino yang melanda Malaysia dari April hingga September 2023 akan memberi impak negatif termasuk menyebabkan kurangnya kuantiti hujan.", "Menurut Utusan Malaysia, Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan memberitahu, Malaysia tidak terkecuali dari impak perubahan iklim walaupun kita menerima jumlah hujan tahunan yang tinggi jika dibandingkan dengan kebanyakan negara di dunia.", "Namun begitu, pengagihan hujan adalah tidak sekata di seluruh negara di mana berdasarkan analisis dan pemodelan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), fenomena El Nino yang melanda Malaysia dari April hingga September 2023 akan memberi impak negatif kepada.", "Untuk itu ketersediaan air merupakan isu kritikal, terutama semasa cuaca kering. Kebanyakan kali cuaca kering akan menyebabkan paras air sungai menurun dan empangan menjadi kering. Oleh itu, kuantiti air mentah yang boleh diolah akan berkurangan.", "Oleh itu pihak kementerian telah mengambil beberapa tindakan seperti:", "Memantau semua aras air sungai dan empangan yang membekalkan air mentah kepada loji rawatan air;", "Mengaktifkan Pelan Tindak Balas Kecemasan (ERP) untuk bekalan air sekiranya aras air sungai dan empangan menjadi terlalu rendah;Meneroka semua sumber air untuk meningkatkan ketersediaan bekalan air mentah semasa musim kemarau. Ini termasuklah mengeksploitasi air bawah tanah atau tasik. Pengendali empangan bekalan air akan diberitahu untukmemastikan empangan mereka diisi sepenuhnya semasa musim hujan supaya kapasiti mereka dapat mencukupi semasa cuaca kering;Orang ramai digalakkan untuk menjimatkan penggunaan air dalam kegunaan harian semasa cuaca kering. Industri dan pengguna komersial juga digalakkan untuk melaksanakan langkah menjimatkan air seperti menggunakan alternatif untuk operasi bukan-potabel. Ini akan membantu mengurangkan permintaan air dan membantu kita mempunyai cukup air semasa cuaca kering;Dalam situasi yang kritikal, sekatan penggunaan sekatan ke atas penggunaan air tidak penting mungkin dikenakan jika diperlukan, seperti penyiraman rumput dan taman. Keperluan ini disediakan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air di mana Menteri boleh memberi sekatan penggunaan air semasa kecemasan;Pengendali air akan diberi arahan untuk meningkatkan kecekapan operasi mereka seperti melakukan pembaikan kebocoran paip dan kebocoran paip dengan cepat kerana ia boleh mengelakkan pembaziran;Melakukan penghasilan awan di empangan dan kawasan tangkapan untuk meningkatkan air permukaan;Menyediakan sokongan logistik dalam memobilisasi bekalan air seperti trak tangki dan tangki statik di kawasan yang terjejas; danPengagihan air akan dilaksanakan sekiranya sumber air tidak mencukupi untuk bekalan air normal. Pengagihan akan membantu pengendali untuk memanjangkan sumber air mereka sepanjang cuaca kering.", "Mengaktifkan Pelan Tindak Balas Kecemasan (ERP) untuk bekalan air sekiranya aras air sungai dan empangan menjadi terlalu rendah;", "Meneroka semua sumber air untuk meningkatkan ketersediaan bekalan air mentah semasa musim kemarau. Ini termasuklah mengeksploitasi air bawah tanah atau tasik. Pengendali empangan bekalan air akan diberitahu untukmemastikan empangan mereka diisi sepenuhnya semasa musim hujan supaya kapasiti mereka dapat mencukupi semasa cuaca kering;", "Orang ramai digalakkan untuk menjimatkan penggunaan air dalam kegunaan harian semasa cuaca kering. Industri dan pengguna komersial juga digalakkan untuk melaksanakan langkah menjimatkan air seperti menggunakan alternatif untuk operasi bukan-potabel. Ini akan membantu mengurangkan permintaan air dan membantu kita mempunyai cukup air semasa cuaca kering;", "Dalam situasi yang kritikal, sekatan penggunaan sekatan ke atas penggunaan air tidak penting mungkin dikenakan jika diperlukan, seperti penyiraman rumput dan taman. Keperluan ini disediakan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air di mana Menteri boleh memberi sekatan penggunaan air semasa kecemasan;", "Pengendali air akan diberi arahan untuk meningkatkan kecekapan operasi mereka seperti melakukan pembaikan kebocoran paip dan kebocoran paip dengan cepat kerana ia boleh mengelakkan pembaziran;", "Melakukan penghasilan awan di empangan dan kawasan tangkapan untuk meningkatkan air permukaan;", "Menyediakan sokongan logistik dalam memobilisasi bekalan air seperti trak tangki dan tangki statik di kawasan yang terjejas; dan", "Pengagihan air akan dilaksanakan sekiranya sumber air tidak mencukupi untuk bekalan air normal. Pengagihan akan membantu pengendali untuk memanjangkan sumber air mereka sepanjang cuaca kering.", "Bagi memastikan bekalan air mentah sentiasa mencukupi, empangan dibina untuk menyimpan dan mengawal aliran sungai untuk membekalkan air mentah ke loji rawatan air.", "Menurut rekod 24 empangan bekalan air di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dipantau secara aktif setiap hari oleh SPAN, hampir semua empangan telah mencapai paras penyimpanan di atas 80 peratus.", "Beberapa empangan seperti empangan Teluk Bahang, Air Itam di Pulau Pinang dan empangan Lebam, Upper Lanyang, dan Sembrong di Johor, serta empangan Muda di Kedah didapati mempunyai bekalan sekitar 60 peratus. Walau bagaimanapun, semasa situasi kecemasan, empangan Mengkuang (penyimpanan semasa sekitar 90 peratus) dapat mengalirkan air mentah ke loji rawatan air Sungai Dua dengan kapasiti rawatan sebanyak 1,228 juta liter sehari.", "Empangan Mengkuang (dengan kapasiti 73 juta meter padu, MCM) telah dinaik taraf atau diperbesarkan di bawah pembiayaan Kerajaan Persekutuan yang telah disiapkan pada tahun 2017. LRA Sungai Dua membekalkan kepada hampir 80 peratus pengguna di Pulau Pinang.", "Di negeri Johor, empangan Linggiu (760 MCM) adalah empangan bekalan air terbesar di Semenanjung Malaysia dan kini telah mencapai penyimpanan 100 peratus untuk mengawal aliran Sungai Johor yang mempunyai tujuh loji rawatan air utama.", "Selain itu, projek pemindahan air mentah dari Sungai Sedili Besar ke Empangan Upper Layang (LRA Layang) dan Empangan Sg Lebam melalui Empangan Seluyut yang telah siap pada tahun 2017 dapat memindahkan air mentah ke loji rawatan air yang membekalkan air ke selatan Johor.", "Selaras dengan Malaysia MADANI yang memberi fokus kepada cekap dan berhemat dalam mendorong pembangunan lestari dan penggunaan sumber daya yang bertanggungjawab, pengguna dinasihatkan untuk  menjimatkan air dan sentiasa menggunakan air dengan bijak. Operator air akan selalu membuat pengumuman kepada orang ramai untuk memaklumkan tentang status bekalan air semasa dan bersedia untuk meminimumkan kesan kekurangan air semasa musim kemarau yang berpanjangan.", "Pengurusan situasi kekurangan air ini akan turut melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) untuk aktiviti-aktiviti pembenihan awan.", "Kementerian bersiap sedia hadapi fenomena El Nino, krisis air"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/03/dalang-kebakaran-di-mexico-ditahan/", "headline": "Dalang kebakaran di Mexico ditahan", "content": ["Migran mengadu kepada pelawat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Mexico, Raul Arturo Ramirez (kanan) di luar pusat tahanan imigresen di mana 38 pendatang maut semasa kebakaran di Ciudad Juarez, negeri Chihuahua, Mexico pada 29 Mac lalu", "MEXICO CITY: Pendakwa raya Mexico menahan seorang pendatang yang dituduh memulakan kebakaran yang membunuh 39 orang di pusat tahanan imigresen berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS).", "Menurut Utusan Malaysia,  AFP melaporkan, turut ditahan tiga pegawai imigresen dan seorang pengawal keselamatan swasta sebagai sebahagian daripada siasatan pembunuhan terhadap kebakaran yang bermula pada malam Isnin lalu.", "Seorang pendakwa yang pakar dalam hak asasi manusia, Sara Irene Herrerias memberitahu, pihak berkuasa menuduh orang yang bertanggungjawab ke atas kemudahan di Ciudad Juarez kerana mereka tidak melakukan apa-apa untuk memindahkan tahanan sewaktu kejadian.", "Waran tangkap dikatakan masih tertunggak untuk seorang lagi pengawal yang dikehendaki berhubung tragedi itu.", "Menurut pihak berkuasa, mangsa yang maut ialah 18 warga Guatemala, tujuh warga Salvador, tujuh warga Venezuela, enam warga Honduras dan seorang warga Colombia.", "Mereka yang cedera ialah 10 warga Guatemala, lapan warga Honduras, lima warga Salvador dan lima warga Venezuela.", "Rakaman pengawasan video menunjukkan pengawal keselamatan meninggalkan tahanan dalam keadaan dikunci dari dalam ketika api merebak dan asap memenuhi bilik.", "Menteri Keselamatan, Rosa Icela Rodriguez berkata, pusat tahanan itu kini ditutup.", "Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador dilaporkan turut membuat lawatan ke Ciudad Juarez pada Jumaat lalu untuk melihat rawatan perubatan yang diberikan kepada mangsa yang tercedera.", "Beberapa mangsa masih dalam keadaan serius, beberapa menggunakan ventilator mekanikal, kata Hospital Besar Ciudad Juarez.", "Katanya, seorang lelaki dipotong empat jari.", "Berpuluh-puluh pendatang membuat protes di luar sebuah sekolah di bandar tempat Lopez Obrador mengadakan mesyua­rat mengatakan bahawa mereka berasa dijenayahkan kerana mencari masa depan yang lebih baik di AS.", "“Kami bukan penjenayah. Kami melarikan diri dari negara kami akibat dasar yang tidak baik,” seorang lelaki mengadu melalui mikrofon.", "Lopez Obrador mengulangi tuntutannya sebelum ini supaya AS melabur lebih banyak di Amerika Latin supaya pendatang tidak merasakan keperluan untuk meninggalkan negara mereka.", "Pelaburan Washington di Ame­rika Tengah berkurangan be­rbanding berbilion dolar yang di­peruntukkan dalam bantuan ketenteraan untuk Ukraine berikutan pencerobohan Rusia, katanya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/04/dalang-kebakaran-di-mexico-ditahan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/04/dalang-kebakaran-di-mexico-ditahan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/20/km-monuhu-komontirian-agensi-sabah-manahak-sokodung-poinponu-kopoindalan-projik-ksp-rmk12/", "headline": "KM monuhu’ komontirian, agensi Sabah manahak sokodung poinponu’ kopoindalan projik KSP RMK12", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Boyoon Montiri (KM), Datuk Seri Hajiji Haji Noor minonuhu koinsanai komontirian om agensi Koporintaan Pogun montok manahak sokodung oponu’ kumaa agensi pisompuruan i popoindalan projik koburuon id siribha’ ‘Kajian Separuh Penggal’ Palan Malaysia Ko-12 (KSP RMK12).", "“Sabah monuau Kajian Separuh Penggal RMK12 Koporintaan Perpaduan ki’uhu “Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera dan Pendapatan Tinggi” i pinawalad di Luguan Montiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim id Parlimen di tadau baino’.", "“Koporintaan Pogun ounsikou mongilo’ do Koporintaan Pisompuruan tumilombus poposuul koburuon id Sabah maya’ mogisusuai projik om inggisaman wagu id pintangana RM12,” ka disio id iso’ kointalangan do hiti di tadau baino’.", "Boyoon Montiri minoboros, sokodung mantad koinsanai komontirian om agensi pogun gunoon montok papatantu’ projik wagu i pinoobi’ id siriba’ KSP om koinsanai projik id siriba’ RMK12 id Sabah aanu momongo tumanud timpu nakatantu’.", "Hajiji minoboros, Sabah poinsodia’ papatantu’ ginaras timpu anaru pomorunan ginaras maya’ Palan Hontolon om Palan Induk Tenaga Sabah 2040, i maan poimpuuno’ do amu’ no alaid diti.", "Ontok pinapawalad KSP RMK12, Luguan Montiri minoboros, Koporintaan Perpaduan papatahak kuasa’ manamong poinponu’ kumaa pangaba’ gas om lotirik kumaa Sabah dumontol tulan Koiso’ toun tiso’.", "Suai ko ilo’, minoboros i Anwar, projik wagu montok monuridong sistem ginoris aanu monginwagu om popomogot grid pangaba’ ginoris id Gugusan Felda Sahabat, Lahad Datu, i magawi’ balanja’ RM195 riong, koindalan, okon nopo ko’ manahak koundaran kumaa rayat id Sabah nga nogi’ id Koiyonon Koumoligan Pinotomod Tisan Kosilahon Sabah (ESSCom).", "Koporintaan Pisompuruan popoindalan lobi kogumu’ projuik montok mongundar sikul nangkalaid id Sabah, ka disio, i pinopoilo do 43 projik miagal dilo’ masaan poindalanon id Sabah.", "Montok poposodia’ sistem panamangan kolidasan di miadas id Malaysia Kosilahon, Luguan Montiri minoboros, Longkod Raha’ Serantau maan turidongo’ id Sabah, naamot Makmal Kolidasan Ginumuan nogi’ Makmal Sinonong om Koumoligan Takanon maan turidongo’ id Kuching, Sarawak.", "Anwar minoboros nogi’, 11 projik padsakaian om logistik wagu pinointutunan montok papatantu’ koburuon kogogonopan pomogunon di po’ompus om kiginirot, kaampai no momonsoi ralan agayo Pan Borneo Sabah Fasa 1B."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/18/peninju-wanita-turkiye-lelong-tali-pinggang-kejohanan-bantu-mangsa-gempa/", "headline": "Peninju wanita Turkiye lelong tali pinggang kejohanan bantu mangsa gempa", "content": ["Seren Ay Çetin (kanan) menewaskan Eva Voraberger dari Austria, juara dunia WBC dua kali dalam pertarungan bagi memenangi WBC Silver Bantamweight Majlis Tinju Dunia, dalam perlawanan yang diadakan di Dewan Sukan Caferağa di Istanbul, Turkiye, tahun lalu.", "ISTANBUL: Peninju wanita Turkiye yang memenangi gelaran Majlis Tinju Dunia (WBC) 2022 Seren Ay Cetin, sanggup melelong tali pinggang kejohanannya bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye.", "Menurut Utusan Malaysia, Al Jazeera melaporkan, dalam satu ciapan Twitter, Seren, 26, berkata, dia akan meletakkan tali pinggang gelaran WBC Silver Bantamweight miliknya pada satu acara lelongan.", "Dia berharap dapat menjualnya pada harga sekurang-kurangnya satu juta Lira Turkiye atau AS$53,000 (RM234,764).", "Dia berjanji untuk memberikan semua hasil jualan itu kepada Ahbap, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Turkiye yang membantu mangsa-mangsa gempa bumi.", "Seren ialah petinju wanita Turkiye pertama memenangi gelaran WBC selepas menewaskan Eva Voraberger dari Austria, juara dunia WBC dua kali, dalam pertarungan yang diadakan Mei lalu di Istanbul.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/02/peninju-wanita-turkiye-lelong-tali-pinggang-kejohanan-bantu-mangsa-gempa/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/02/peninju-wanita-turkiye-lelong-tali-pinggang-kejohanan-bantu-mangsa-gempa/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/18/kementerian-kesihatan-tunggu-laporan-akhir-nahas-elmina/", "headline": "Kementerian Kesihatan tunggu laporan akhir nahas Elmina", "content": ["Lukanisman Awang Sauni", "CHERAS: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menunggu laporan akhir daripada agensi yang terbabit dalam siasatan nahas jet penumpang di Elmina yang mengakibatkan 10 individu terkorban. ", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, KKM akan mengumumkan laporan akhir sebaik ia diterima.", "“Kita masih lagi sedang menunggu laporan dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa sedang dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Segala laporan ini akan diumumkan selepas laporan akhir disediakan. ", "“Mungkin Dr. Zaliha akan maklumkan perkembangan terkini di sana,” katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian  Sambutan Sedekad Bersama Perkhidmatan Rehabilitasi Pediatrik Hospital Rehabilitasi Cheras di Auditorium Hospital Rehabilitasi Cheras, di sini, hari ini.", "Turut hadir, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa dan Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Rehabilitasi Cheras, Dr Tan Cheong How.", "Dalam nahas jam 2.48 petang semalam, pesawat jenis Beechcraft Premier yang dalam penerbangan dari Langkawi ke Terminal Skypark Subang  sudah mendapat pelepasan untuk mendarat. ", "Bagaimanapun, dua minit sebelum mendarat, pesawat berkenaan terhempas di lokasi kejadian. ", "Dalam pada itu, berhubung perkembangan terkini di HTAR, jelas Lukanisman, KKM akan menjalankan prosedur forensik membabitkan kesemua mangsa. ", "“Di peringkat KKM kita akan jalankan forensik dan untuk membantu keluarga mangsa, kita sediakan perkhidmatan psikososial untuk menenangkan ahli keluarga,” katanya. ", "Katanya lagi, kementerian juga akan memberikan bantuan yang diperlukan termasuk dalam kalangan waris mangsa dan menyelaras semua operasi yang sedang berjalan ketika ini.", "https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/kkm-tunggu-laporan-akhir-nahas-elmina/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/28/hujan-salji-turun-di-tembagapura-papua-tengah/", "headline": "Hujan salji turun di Tembagapura, Papua Tengah", "content": ["JAYAPURA: Balai Besar Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BBMKG) Wilayah Jayapura memaklumkan hujan salji berlaku di Tembagapura di daerah Mimika, Papua Tengah.", "Menurut Utusan Malaysia, jurucakap BBMKG, Septiana Monicasari menyatakan, hujan salji itu berlaku pada Isnin lalu.", "“Kejadian itu amat jarang berlaku di Indonesia yang jelas mempunyai iklim khatulistiwa dan cuaca tropika.", "“Hujan salji itu mungkin berlaku disebabkan oleh musim hujan yang melanda wilayah tersebut,” katanya.", "Musim hujan di wilayah itu dijangka berterusan sehingga Ogos ini.", "Jelas Septiana, kristal ais yang turun sebagai salji boleh terbentuk jika suhu atmosfera berada di bawah paras beku.", "“Keadaan udara yang sangat lembap juga menjadi faktor kepada pembentukan salji,” ujarnya.", "Awan yang boleh menurunkan salji adalah awan Nimbostartus iaitu sejenis awan yang rendah dan cukup tebal.", "Kedudukan wilayah Tembagapura di kawasan tanah tinggi juga menyebabkan hujan salji boleh berlaku.", "Sementara itu, Ketua Polis Mimika, Gede Putra memaklumkan, fenomena hujan salji itu hanya berlaku selama beberapa jam.", "Hujan salji turun di Tembagapura, Papua Tengah"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/30/consider-increasing-allocation-for-the-non-muslim-bodies/", "headline": "Consider increasing allocation for the non-Muslim bodies", "content": ["Joniston is group photo with the church management committee members.", "KIULU: The Sabah Government should consider increasing the allocation for the non-Muslim bodies in the state as an appreciation for their role in promoting greater communal cohesion, said Kiulu Assemblyman Datuk Joniston Bangkuai.", "Joniston believed that Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor has their best interests at heart and would consider upping allocations for non-Muslim religious bodies as state revenue increases.", "“The State Government recognise the importance of supporting non-Muslim religious institutions, as these fundings can assist in the upkeep and repair works of churches or temples and aid their social service programmes,” he said when meeting the St Vitus Poturidong Church management committee here yesterday. He also approved RM23,000 from his Assemblyman’s allocation to help the church with necessary repair work.", "During the meeting, the group voiced concern over growing sentiments against the non-Muslims, particularly in the peninsula, and sought Joniston’s perspective on the matter.", "As a multiethnic society, Joniston maintained that Sabah has always fostered a climate of religious tolerance as reflected in the proximity of its many temples, churches, and mosques.", "“Sabah has long been a welcoming place for people of different faiths to live together, and this tolerance is essential to the state’s continued stability.", "“We must not allow differences in this area to drive us apart. We must continue to lead by example in fostering religious plurality and tolerance in Sabah, where intolerance and bigotry of any kind have no place.", "“This can lead to greater understanding and respect between different religious groups, which can in turn contribute to social harmony,” said Joniston, who is also Assistant Tourism, Culture and Environment Minister."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/24/dua-maut-lima-cedera-kemalangan-dua-kenderaan/", "headline": "Dua maut, lima cedera kemalangan dua kenderaan", "content": ["Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Senai, Kota Tinggi.", "KOTA TINGGI: Dua maut, manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Senai kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, PBK I, Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 3 petang dan  seramai 10 anggota termasuk dibantu dari BBP Sebana Cove dikejarkan ke lokasi kejadian. ", "“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Alza dengan Hyundai i30. Terdapat dua orang mangsa tersepit di Perodua Alza tersebut. ", "“Anggota bertindak mengeluarkan kedua mangsa menggunakan peralatan khas dan mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan. ", "“Empat lagi penumpang kereta sama, iaitu seorang wanita dewasa, dua lelaki dewasa mengalami cedera manakala seorang kanak-kanak lelaki terselamat, ” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.", "Pemandu dan penumpang kereta Hyundai i30 pula mengalami cedera dan kesemua mangsa cedera dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan. ", "Mayat kedua-dua mangsa pula diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada pukul 5.40 petang.", "Dua maut, lima cedera kemalangan dua kenderaan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/20/sme-bank-sasar-bimbing-400-usahawan-asnaf-melalui-program-sme-bank-itekad-ishraf/", "headline": "SME Bank sasar bimbing 400 usahawan asnaf melalui Program SME Bank iTEKAD ISHRAF", "content": ["Dana bernilai RM5.6 juta berjaya dikumpulkan melalui kerjasama SME Bank dengan tujuh rakan strategik", "Dana bernilai RM5.6 juta berjaya dikumpulkan melalui kerjasama SME Bank dengan tujuh rakan strategik", "Dana bernilai RM5.6 juta berjaya dikumpulkan melalui kerjasama SME Bank dengan tujuh rakan strategik", "KUALA LUMPUR: SME Bank sasar bimbing 400 orang usahawan Asnaf melalui program SME Bank iTEKAD ISHRAF yang dilancarkan pada hari ini dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan enam lagi rakan strategik program. ", "Program Keusahawanan Asnaf yang sebelum ini dikenali sebagai Program ISHRAF SME Bank, telah dijenamakan semula menjadi Program SME Bank iTEKAD ISHRAF setelah diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai inisiatif yang seiring dengan objektif Program kewangan sosial, iTEKAD yang dinaungi BNM.", "Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, Kementerian sangat optimis apabila melihat jumlah penyertaan telah dinaikkan lebih lima kali ganda daripada hanya 79 orang untuk Program ISHRAF 2.0 ke 400 orang bagi siri ketiga ini. ", "“Berpandukan objektif untuk melahirkan usahawan asnaf yang lebih kompetitif dan berdaya tahan, program SME Bank iTEKAD ISHRAF ini adalah yang seiring dengan pelan strategik KUSKOP 2023 untuk memberi fokus terhadap pemulihan, pertumbuhan dan kestabilan sektor keusahawanan dan koperasi agar lebih berdaya maju dan boleh beradaptasi dengan perubahan. ", "“Di samping ini, program ini juga menyokong konsep Malaysia MADANI yang menjadi kompas untuk kita maju ke hadapan,” katanya.", "Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar berkata, Program SME Bank iTEKAD ISHRAF yang dilaksanakan dengan kerjasama YaPEIM di bawah Program Inspirasipreneur Dream dan rakan strategik yang lain, kini tepat pada masanya dalam membantu meningkatkan taraf sosioekonomi usahawan asnaf untuk berdiri sendiri dan ‘survive’ dalam kehidupan masing-masing. ", "Hasil bantuan kewangan dan latihan yang diberikan membolehkan 400 usahawan asnaf ini menjana pendapatan dan mengusahakan perusahaan masing-masing secara lebih sistematik dan berdaya saing. ", "“Saya berpandangan sekiranya usahawan asnaf ini yang berjaya dibantu pastinya mereka dapat membantu pula golongan asnaf yang lain di samping menjadi model atau contoh kepada asnaf lain untuk berjaya seperti mereka kelak,” ujar beliau.", "Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail berkata, sebagai sebuah program di bawah iTEKAD, Kementerian Kewangan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyalurkan dana iTEKAD bernilai RM2.0 juta untuk pihak Bank uruskan melalui program SME Bank iTEKAD ISHRAF ini. ", "“Secara keseluruhannya, kami berjaya mengumpulkan dana bernilai RM5.6 juta melalui kerjasama dengan rakan-rakan strategik kami. Dengan adanya sokongan ini, program ini telah dapat diperluaskan lagi ke seluruh negara berbanding hanya ke enam buah negeri pada tahun lepas.”", "Program SME Bank iTEKAD ISHRAF telah dilaksanakan dengan sokongan daripada Kementerian Kewangan Malaysia melalui BNM, YaPEIM, Etiqa Family Takaful, Etiqa General Takaful, Bank Islam Malaysia Berhad, Permodalan Nasional Berhad dan FGV Holdings Berhad.", "Aria menambah, “Melalui peruntukan dana ini, peserta akan diberi latihan dan bimbingan berserta geran perniagaan bernilai RM10,000.00 setiap seorang. SME Bank berharap agar pelaksanaan Program SME Bank iTEKAD ISHRAF ini dapat meningkatkan bilangan usahawan yang berkualiti, berdaya saing dan berinovatif.”", "Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) telah dilantik sebagai pembimbing perniagaan yang akan menyediakan latihan dan memantau perkembangan peserta sepanjang program. ", "Topik latihan keusahawanan yang akan dipelajari oleh para peserta termasuk Strategi Pemasaran dan Penjualan, Kemahiran Pendigitalan, Pengurusan Kewangan, Proses & Operasi serta Pengurusan Modal Insan. Antara penunjuk prestasi utama yang perlu dicapai peserta termasuk peningkatan jualan, penambahan pekerja dan produk/perkhidmatan baharu serta adaptasi teknologi.", "Majlis pelancaran Program SME Bank iTEKAD ISHRAF yang berlangsung pada hari ini telah disempurnakan oleh Ewon dan Dr. Haji Mohd Na’im serta dihadiri wakil daripada rakan strategik Program SME Bank iTEKAD ISHRAF."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/29/lapor-kesalahan-pemandu-bas-ekspres-kepada-jpj/", "headline": "Lapor kesalahan pemandu bas ekspres kepada JPJ", "content": ["SEREMBAN: Penumpang-pe­numpang bas digalakkan untuk melaporkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan pemandu kenderaan itu bersama dengan bukti termasuk rakaman video dan gambar kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Sairin Dula@Sabdullah berkata, antara ke­salahan yang sering dilakukan oleh pemandu bas adalah memandu sambil menggunakan telefon bimbit, merokok dan memandu di lorong kanan secara berterusan.", "“Aduan-aduan melibatkan kesalahan tingkah laku pemandu bas ini adalah penting dan kami menggalakkan orang ramai membuat laporkan di mana-mana cawangan JPJ atau di aplikasi MyJPJ,” kata­nya di sini.", "Dalam pada itu katanya, JPJ turut mengambil tindakan dengan mewujudkan tiga pasukan penyamaran dalam bas-bas ekspres.", "“Operasi ini bertujuan untuk mengelakkan risiko berlaku nahas jalan raya akibat pertambahan aliran trafik. Kami juga memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemandu atau pemilik kenderaan motor yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan,” jelasnya. ", "Lapor kesalahan pemandu bas ekspres kepada JPJ"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/23/spesies-kumbang-dinamakan-sebagai-hitler/", "headline": "Spesies kumbang dinamakan sebagai Hitler", "content": ["NEW DELHI: Sejenis spesies kumbang yang dikenali dengan bau busuknya dinamakan semula sebagai Adolf Hitler kerana reka bentuk sayapnya menyerupai wajah pemimpin Nazi Jerman itu.", "Menurut Utusan Malaysia, Mirror melaporkan, Catacanthus Incarnatus atau dikenali sebagai kumbang busuk berwajah manusia merupakan serangga perosak yang memakan buah-buahan, tanaman kapas, jagung, kacang soya dan gajus.", "Mirror", "“Trend menamakan serangga dengan nama personaliti popular bermula sejak kebelakangan ini.", "“Spesies Catacanthus Incarnatus dinamakan sebagai Hitler kerana kumbang itu menyerupai wajah diktator Nazi Jerman itu,” lapor akhbar The New Indian Express.", "The New Indian Express", "Berdasarkan laporan akhbar itu, beberapa spesies kumbang lain turut dinamakan sempena nama selebriti Bollywood seperti Amrish Puri dan AK Hangal.", "Jelas akhbar itu, tujuan menamakan semula spesies kumbang itu bagi meningkatkan minat dalam pelajar penyelidikan dengan menjadikan kajian mengenai serangga lebih mudah untuk dikenal pasti. ", "Bagaimanapun, beberapa pemantau hidupan liar memberi reaksi berbeza terhadap perbandingan tersebut.", "Jurugambar Michael Lassle yang menemukan spesies kumbang itu di Langkawi berpandangan serangga itu tidak memerlukan nama demikian.", "“Saya rasa ada beberapa persamaan dengan gaya Hitler seperti mana yang terdapat pada labah-labah Napoleon dan Napoleon.", "“Namun, setiap orang mungkin mempunyai pandangan berbeza dalam alam semula jadi, oleh itu, saya lebih gemar nama panggilannya sebagai kumbang busuk berwajah manusia.", "“Jika saya jadi kumbang itu, sudah tentu saya tidak mahu dibandingkan dengan Hitler,” katanya.  ", "Spesies kumbang dinamakan sebagai Hitler"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/26/%e5%a4%a7%e5%ad%b8%e8%ac%9b%e5%b8%ab%ef%bc%9a%e5%8d%b0%e5%b0%bc%e9%81%b7%e9%83%bd-%e7%82%ba%e6%b2%99%e5%b8%b6%e4%be%86%e7%b6%93%e6%bf%9f%e6%95%88%e7%9b%8a/", "headline": "大學講師:印尼遷都 為沙帶來經濟效益", "content": ["(亞庇廿六日訊)沙巴進步繁榮大藍圖以及昌明經濟政策,將隨著印尼搬遷新首都獲得良好的經濟效益。", "據《馬來西亞前鋒報》報導,沙巴瑪拉工藝大學(UiTM)政治經濟學高級講師Firdausi Suffian博士透露,目前在沙巴進步繁榮大藍圖以及昌明經濟政策的規劃下,專注發展沙巴的下游產業。", "此舉也是應對印尼遷都至加里曼丹時,讓沙巴獲得經濟溢出效應的準備工作之一。", "「我們將看到東加里曼丹重要行業的發展,例如棕櫚油行業。在下游活動中,我看到沙巴在技術方面具有優勢。」", "「物流服務和食品行業也是如此,這為沙巴帶來了優勢。」", "「在電供方面,我們看到砂拉越已採取初步措施,與加里曼丹合作供應能源。」", "他表示,印尼新首都的開發是印尼實施的一個大型項目,他相信沙巴、砂拉越政府和聯邦已經做了很多研究。", "事實上,關於經濟溢出的報告也是肯定有的,因為印尼新首都的發展將對沙巴和砂拉越產生很大的影響。", "他進一步評論說,其他行業也將增長,例如服務業、建築、物流、貿易和零售。互聯網也是如此。", "此外,沙巴和加里曼丹之間也將發生勞動力流動。然而,此事仍在學術討論中,並沒有明確的研究表明沙巴人也會移居加里曼丹工作。", "目前,沙巴的勞動力處於半熟練狀態,因此尚不確定他們是否會遷移到加里曼丹工作。", "此前有報導稱,印尼將於8月開始在新首都建設政府綜合大樓。", "印尼計劃將首都從雅加達遷往東加里曼丹,以帶來爪哇島以外的更多進步和發展。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/10/25-set-alat-siar-raya-digital-diserah-ke-ppd/", "headline": "25 Set alat siar raya digital diserah ke PPD", "content": ["Jainisah (empat dari kanan) memerhatikan cara mengendalikan alat siar raya.", "KOTA KINABALU: Sebanyak 25 set alat siar raya digital diserahkan kepada Pejabat Penerangan Daerah (PPD) di Sabah.", "Menurut Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor setiap set peralatan dianggarkan bernilai RM98 ribu terdiri dari 50 item yang merangkumi speaker, pembesar suara, amplifier, mixer, pelbagai peralatan elektronik lain.", "“Program-program jabatan yang dilaksanakan turut melibatkan pembesar negara seperti Yang Di-Pertuan Agong, perdana menteri, timbalan perdana menteri.", "“Selain itu, program juga melibatkan pembesar negeri antaranya Tuan Yang Terutama, ketua menteri dan menteri kabinet maka ia menjadi satu keperluan dalam memastikan setiap program berjalan dengan lancar,” katanya selepas menyerahkan set alat siar raya di Dewan Serbaguna Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kota Kinabalu pada Jumaat.", "Dalam ucapannya, beliau menyeru agar setiap Juru Audio Visual (JAV) terus berusaha menguasai ilmu menyelenggara dan mengguna alat tersebut dengan cekap bagi meningkatkan kemahiran pengendalian seterusnya dapat mengelakkan gangguan ketika program dilaksanakan.", "Sementara itu, JAV Daerah Kunak, Osman Sanudin memanjatkan rasa syukur dan berharap agar alat siar raya yang baharu itu dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan program-program yang akan dilaksanakan di daerah kelak.", "Berbeza dengan JAV PPD Beluran, Mohd Anuarsah meluahkan rasa bimbang memandangkan daerah Beluran merangkumi daerah-daerah kecil di pedalaman yang masih menggunakan tenaga solar yang memungkinkan tidak dapat menampung keperluan tenaga elektrik tinggi yang diperlukan alat tersebut.", "Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Supian Musa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM), Azman Sipan, Penyelia JAV Pengurusan Aset Unit Sokongan Teknikal Ibu Pejabat, Sasali Ismail dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Nur Diyana Ujit."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/27/pemandu-teksi-ditahan-disyaki-cabul-anggota-polis/", "headline": "Pemandu teksi ditahan disyaki cabul anggota polis", "content": ["PETALING JAYA: Seorang pemandu teksi ditahan kerana disyaki mencabul seorang anggota polis wanita dalam kejadian di sebuah medan selera di AU5, Lembah Keramat, Taman Melawati dekat sini Sabtu.", "Kejadian pada 10.55 pagi itu dipercayai berlaku apabila anggota polis wanita berusia 30 tahun itu sedang berdiri berhampiran meja untuk memilih kuih sebelum seorang lelaki yang berada di belakang meraba punggungnya.", "Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, anggota polis terbabit yang bertugas d Balai Polis Hulu Kelang itu kemudian bertanyakan lelaki itu kenapa dia berbuat demikian.", "Bagaimanapun, katanya, suspek tidak mengaku dan menyalahkan pengadu kerana berdiri di kawasan sempit sambil memberitahu bahawa dia datang bersama isterinya dan sedang bersarapan di situ.", "“Berikutan itu, polis yang menerima aduan kira-kira pukul 12.45 tengah hari ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek.", "“Suspek adalah seorang lelaki warga Indonesia berusia 58 tahun dan bekerja sebagai seorang pemandu teksi,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "Tambahnya, suspek direman tiga hari sehingga esok untuk membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. ", "Pemandu teksi ditahan disyaki cabul anggota polis"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/04/paris-haramkan-khidmat-sewa-e-skuter-bermula-1-september/", "headline": "Paris haramkan khidmat sewa e-skuter bermula 1 September", "content": ["PARIS: Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo mengumumkan akan mengharamkan skuter elektrik di bandar berkenaan bermula 1 September ini.", "Semalam, penduduk Paris mengundi secara besar-besaran untuk mengharamkan skuter elektrik yang disewa daripada terus beroperasi di sekitar jalan raya di ibu negara Perancis.", "Ia sekaligus memberi tamparan hebat kepada pengendali skuter, selain kemenangan besar bagi kempen keselamatan jalan raya di negara itu. ", "Menurut Utusan Malaysia, BBC melaoorkan, keputusan rasmi menunjukkan hampir 90 peratus undian menyokong pengharaman kenderaan sewa itu.", "Namun, undi berkenaan adalah di bawah lapan peratus daripada mereka yang layak mengundi.", "Referendum itu diadakan sebagai respons terhadap peningkatan jumlah individu yang cedera dan terbunuh semasa menggunakan skuter elektrik di ibu negara Perancis.", "Berdasarkan angka rasmi, daripada 1.38 juta orang dalam daftar pemilih di bandar itu, hanya lebih 103,000 penduduk mengambil bahagian dalam referendum tersebut.", "Daripada jumlah itu, lebih 91,300 penduduk mengundi menentang penggunaan skuter elektrik tersebut. ", "Paris merupakan antara bandar pertama yang menggunakan kenderaan elektrik itu namun para pengkritik berpandangan ia lebih mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan.", "Terdapat kebimbangan semakin meningkat mengenai cara sebilangan individu yang menunggang skuter terutamanya semasa menelusuri lalu lintas, semasa mengelak pejalan kaki dan memandu pada kelajuan 27 kilometer sejam (km/j).", "Malah, penunggang sering kali tidak memakai topi keledar dan kanak-kanak seawal usia 12 tahun juga boleh menyewa skuter elektrik secara sah.", "Pada tahun 2021, seorang wanita warga Itali berusia 31 tahun maut selepas dilanggar oleh skuter elektrik yang membawa dua orang.", "Dia terjatuh dan kepalanya terhantuk di atas jalan hingga mengalami serangan jantung.", "Rundingan awam itu dianjurkan oleh Hidalgo yang mana penduduk boleh menyatakan sama ada mereka menyokong atau menentang penyewaan skuter elektrik.", "Bagaimanapun, skuter elektrik milik persendirian tidak terlibat dalam undian tersebut.   ", "Paris haramkan khidmat sewa e-skuter bermula 1 September"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/29/%e5%90%b3%e6%b7%bb%e6%b3%89%ef%bc%9a6%e5%b7%9e%e9%81%b8%e8%88%89%e7%89%bd%e5%8b%95%e5%85%a8%e5%9c%8b%e6%94%bf%e5%b1%80-%e5%9c%98%e7%b5%90%e6%94%bf%e5%ba%9c%e5%a4%a7%e8%80%83%e9%a9%97/", "headline": "吳添泉:6州選舉牽動全國政局 團結政府大考驗", "content": ["丹斯里吳添泉與夫人潘斯里何淑娟(左8與9)連同眾嘉賓領袖共同點燃火化節火炬,左5起為拿督黃小娟、孫家謙與拿督威頓巴漢達國會議員;左10與11分別為張振彬州議員與甲必丹馮春發。", "古達29日訊|大馬華總會長丹斯里吳添泉認為,6州選舉成績肯定將對國內尤其是西馬政局帶來極大衝擊,尤其是對已經執政的「團結陣營」聯邦政府而言,將是一大考驗。", "他說,6州選舉同時也是朝向來屆全國大選的另一個「風向標」,值得各方關注與認真看待。", "他也呼籲6州選民,尤其是華裔選民,應該在選舉中踴躍投票,通過履行公民責任,在民主制度下,為自己和下一代,以及州和國家的未來,作出最明智的政治投選!", "也是沙巴中華大會堂總會長的吳添泉,今天在夫人潘斯里何淑娟陪同下在這裡培正獨立中學,為第38屆全國華人文化節古達區火炬行主持開幕以及火炬點燃儀式時發表談話。出席者包括古達區國會議員拿督威頓巴漢達、丹絨加布區州議員張振彬、文化節總籌委會主席兼沙華堂署理總會長拿督黃小娟、總籌委會署理主席兼沙華堂副總會長甲必丹馮春發、副總會長吳永華以及古達區火炬行籌委會主席兼培正獨中董事長孫家謙及江貴強校長等多人。", "吳添泉對在今天(29日)提名,並在下月12日投票的西馬6州(檳城、雪蘭莪、森美蘭、吉打、吉蘭丹和登嘉樓)選舉表示關注,形容6州總共245席州議席,將展開朝野必爭的激烈角力。", "他說,這當中,吉打、吉蘭丹和登嘉樓總共有113席,可說是清一色是馬來選民佔絕大多數的馬來選區,是國內最大民族(馬來選民)在去年杪的全國大選過後的另一場朝野政治激烈對壘。", "他說,另外的3個州,即檳城、雪蘭莪和森美蘭,總共有132席州議席,其中檳城和雪蘭莪以華裔選區占超過一半,森美蘭則華巫近半。意味著這3州是國內朝野在混合選區的「多元對壘」,形勢同樣激烈!", "吳添泉說,表面看來,西馬6州選舉似乎和包括沙巴在內的東馬無關,但他認為,從整個國家的政治氛圍和局勢來看,卻又帶著相當微妙的「影響」。", "他說,所謂的「影響」,並不是指它會影響到沙巴州目前的政治版圖或格局,而是西馬州選的選情,或多或少,會成為東馬政治的一個「風向標」,這是值得關注的。", "「至於有關的衝擊是大還是小,我保留看法,一切有待選舉成績決定,但如果萬一它對聯邦帶來太大衝擊的話,就會產生較大的『政治漣漪』,這些都有待觀察。」", "他說,沙巴是在2020年舉行州選舉,根據憲法,還有大約兩年的時間(2025)才屆滿,因此目前看來,他認為沙巴的政局是穩定的。", "「這是因為,隨著州立法議會不久前通過修改州憲法的反跳槽法令,並在最近生效之後,現有的州政府任期應該會到2025年時屆滿為止,意味著這期間,州內的政治局勢(州政權)是穩定的。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/10/graduan-seimbang-aset-negara/", "headline": "Graduan seimbang aset negara", "content": ["Antara pengisian Karnival Kokurikulm", "KOTA KINABALU: Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Haji Mansor berkata, graduan yang seimbang dalam pelbagai aspek merupakan aset yang diperlukan untuk memacu kemajuan pembangunan negara selain keupayaan untuk bersaing hingga ke peringkat antarabangsa.", "Menurutnya, bagi mengukur kejayaan seseorang graduan mereka hendaklah bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi turut cemerlang dalam kemahiran insaniah.", "“Graduan juga perlu menghayati enam tonggak dasar Malaysia MADANI yang digariskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Anwar Ibrahim iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.", "“Agenda MADANI ini bukan sahaja menumpukan aspek penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa negara tetapi agenda ini turut menyentuh corak masa depan serta memenuhi potensi rakyat dan negara,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kokurikulum UMS Semester 2 Sesi 2022/2023 anjuran Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), di sini pada Sabtu.", "Menurut Dr. Kasim, penganjuran karnival itu merupakan inisiatif yang baik untuk membuka mata pelajar dalam bidang reka cipta dan inovasi serta memberi peluang kepada mereka supaya berfikir secara kreatif sejajar dengan misi UMS sebagai peneraju masyarakat berinovatif dengan slogan “Leading Towards Innovative Societies”.", "“Saya yakin bahawa kursus-kursus yang ditawarkan di PKPP ini memfokuskan potensi pelajar dalam mengasah bakat dan kemahiran insaniah melalui silibus kursus yang sesuai dan program-program yang dianjurkan.", "“Di samping itu, pelajar diberikan pendedahan tentang inovasi dengan bimbingan daripada jurulatih yang bertauliah melalui Karnival Inovasi,” katanya.", "Sementara itu, Pengarah PKPPUMS, Prof. Madya Dr. Jurry Foo berkata, pusat itu sentiasa memastikan matlamat UMS sebagai peneraju masyarakat berinovatif menjadi realiti dengan menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkualiti.", "“Selain itu, kita juga melantik jurulatih yang kompeten mengendalikan kursus kemahiran bidang dan aktiviti kemasyarakatan,” katanya.", "Beliau berkata karnival itu yang melibatkan 23 kursus kokurikulum diisi dengan pelbagai acara antara lain termasuk pameran aktiviti sepanjang semester, aktiviti interaksi, permainan, pertandingan bakat, peragaan pakaian sekolah, pameran poster hasil inovasi pelajar dan derma darah.", "“Karnival kali ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan jemputan khas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).", "“Bagi kempen derma darah anjuran Kursus Paramedik II dengan kerjasama KKM, seramai 128 pelajar telah mendaftar untuk menderma dengan sebanyak 49 pain darah berjaya dikumpul iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan,” tambah Dr Jurry.", "Hadir sama pada karnival tersebut, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin serta pegawai-pegawai utama dan kanan UMS."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/08/produk-rawatan-covid-19-evusheld-diberi-kelulusan-tambahan-indikasi/", "headline": "Produk rawatan Covid-19 Evusheld diberi kelulusan tambahan indikasi", "content": ["KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama): Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-383 yang telah bersidang pada 6 April 2023, bersetuju memberikan kelulusan tambahan indikasi untuk rawatan COVID-19 bagi kegunaan golongan dewasa dan remaja berumur 12 tahun ke atas dengan berat sekurang-kurangnya 40kg serta meningkatkan dos produk untuk kegunaan pencegahan prapendedahan (pre-exposure prophylaxis) kepada produk berdaftar berikut:", "pre-exposure prophylaxis)", "Evusheld 100 mg/mL Solution For Injection (MAL22056042ACRZ)(Tixagevimab 100 mg/mL and Cilgavimab 100 mg/mL) • Pemegang Pendaftaran: Astrazeneca Sdn. Bhd.• Pengilang: Astrazeneca AB, Sweden• Indikasi:  Pencegahan Prapendedahan Evusheld digunakan untuk pesakit dewasa dan remaja (berusia 12 tahun ke atas dengan berat badan sekurang-kurangnya 40kg) sebagai pencegahan prapendedahan kepada jangkitan COVID-19, dan 1. Individu yang berkemungkinan tidak memperolehi tindak balas imun yang mencukupi terhadap vaksinasi COVID-19; atau2. Individu yang tidak disyorkan vaksinasi COVID-19. Rawatan   Evusheld digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 dewasa dan remaja (berusia 12 tahun ke atas dengan berat badan sekurang-kurangnya 40kg), yang tidak memerlukan bantuan oksigen dan mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID 19 yang lebih teruk.  Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, penggunaan produk Evusheld ini adalah berdasarkan garis panduan klinikal yang dikeluarkan oleh KKM. Katanya, sebelum ini PBKD telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk Evusheld 100 mg/mL Solution For Injection (MAL22056042ACRZ) (Tixagevimab 100 mg/mL and Cilgavimab 100 mg/mL) pada Mesyuarat PBKD ke-372. Adalah dimaklumkan bahawa status pendaftaran bersyarat tersebut masih kekal dan kelulusan baharu ini adalah khusus untuk tambahan indikasi bagi rawatan COVID-19. Tambahnya, KKM akan terus komited untuk mempertingkatkan akses rakyat Malaysia kepada ubat–ubatan bagi tujuan rawatan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ianya dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.", "Evusheld 100 mg/mL Solution For Injection (MAL22056042ACRZ)", "(Tixagevimab 100 mg/mL and Cilgavimab 100 mg/mL) ", "Pemegang Pendaftaran:", "Pengilang:", "Indikasi: ", "Pencegahan Prapendedahan", "Rawatan ", "Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia", "Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia", "Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/14/uhupan-ppn-monuridong-piromutan-pomorunan-parai-di-ogonop-id-sabah/", "headline": "Uhupan PPN monuridong piromutan pomorunan parai di ogonop id Sabah", "content": ["Nik Mohd. Shaharil ruminamit tandamato mantad di Mohd. Nazri katalib pinopoimagon Mitingan Agayo Tounan PPN Sabah Ko-35 id Promenade Hotel, Kota Kinabalu.", "KOTA KINABALU: Lembaga Kotinanan Momukabun (LPP) pointootopot monguhup Kotinanan Momukabun Pogun (PPN) Sabah montok monuridong piromutan pomorunan parai di ogonop id inggisaman mongingkawas kopolobusan parai id pogun dtii.", "Kumoduo Luguan Potunud (Opeasi) LPP, Nik Mohd. Shaharil Nik Md. Hashim minoboros, inggisaman dilo’ kopiongoi inggisaman monumboyo’ atag montok poposili Sabah sabaagi tangkob parai di kumoduo pogun.", "Ka disio, piromutan pomorunan parai di ogonop kapaampai do koposodiaan bibit parai, pomoroduan, pananaman, pamajaan, pongomotan om pengilangan parai.", "“Konsep tokou, bibit posodiaon tokou, mananom parai yahai papatanom, naamot mangaradu om mongomot parai nga’ momoguno injin PPN.", "“Kalansanan tokou nogi’ haro kilang parai nogi’ id Sabah i potilombus dino koponuridong piromutan pomorunan parai di ogonop id Sabah.", "“Iti wookon angkab tokou om PPN Sabah montok papalantoi atag poposili Sabah sabaagi tangkob parai di koduo,” ka disio soira’ rinubaan katalib pinopoimagon Mitingan Agayo Tounan PPN Sabah Ko-35, do hiti di tadau baino’.", "Nokotindapou nogi’ i Ponorikohon PPN Sabah, Datuk Mohd. Nazri Abdullah; Kumoduo Luguan Potunud (Kopoburuan) LPP, Amir Matamin om Potunud LPP Sabah, Hadriyani Ahmad.", "Nik Mohd. Shaharil minoboros, Sabah pasanganu ogumu’ kosiwatan i aanu gunoon id pomutanaman, kaampai monotk poposili tangkob koduo montok koumoligan takanon.", "Ka disio, pipiro watas id pogund iti, kosuul no Kota Belud, Papar, Keningau, Pitas om Beluran pasanganu koiyonon di agayo montok pananaman parai.", "Nosusuhut dilo’, minoboros isio, PPN Sabah kiguno moningkanan id kopoinggoyoan po do pomorunan parai id pogun diti mooi do lobi kogumu’ puru Kotinanan Momukabun aanu pogompiton id ababayan dilo’.", "“Koporintaan pinopo’iliu kalansanan mooi do PPN umampai mamagampot inggisaman montok mongingkawas rontob kosukunan tinan (SSL) kopolobusan parai pogun i noondo diti nokosigampot kikiro 70 pihatus,” ka disio.", "Nokopogulu, Mohd. Nazri minoboros, norikot nodi timpu do Kotinanan Momukabun id Sabah maganu laang lobi aparagat do mamalan om popoindalan projik pomutanaman toi pomogunan mimpau takanon id pogun diti.", "Ka disio, ogumu’ ababayan aanu poindalanon miampai ponguhupan kousinan i pinosodia’ koporintaan maya’ LPP asal po do Kotinanan Momukabun, kaampai id nayatan watas (PPK) kopotoguang upalai kousinan montok projik dimaan poindalano’.", "“Kobolingkahangan nopo yati’ amu’ mongupalai nanamot ogumu’ kousinan pinoobi’ di patahakon. Mantad dilo’ pokionuon ku Kotinanan Momukabun id Sabah momonsoi upalai mimpuun montok projik toun tiso’.", "“Haro do somoonu otogod tokou kumaa koporintaan soira’ LPPamu’ manahak poruntukan nga’ yati i amu’ mongupalai. Mantad dilo’, pokionuon ku koinsanai PPK id Sabah do momonsoi kopongupalaian,” ka disio."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/20/tiga-gelaran-skuasy-remaja-asia-berada-dalam-genggaman-malaysia/", "headline": "Tiga gelaran Skuasy Remaja Asia berada dalam genggaman Malaysia", "content": ["Aira Azman memburu gelaran keenam pada penampilan terakhirnya pada Kejohanan Skuasy Individu Remaja Asia di Dalian, China, hari ini. – Ihsan Persekutuan Skuasy Asia", "PETALING JAYA: Malaysia mendominasi pentas akhir untuk tiga kategori iaitu bawah 19 tahun lelaki dan perempuan serta bawah 13 tahun selepas enam wakil negara di jadual bertembung sesama sendiri bagi merebut gelaran pada Kejohanan Skuasy Individu Remaja Asia di Dalian, China, hari ini.", "Dalam separuh akhir, kelmarin di Dewan Gimnasium Xiqang, juara bertahan dan pilihan pertama, Aira Azman yang memburu gelaran keenamnya mengetepikan pemain India, Pooja Arthi 11-5, 11-6, 11-3 bagi kategori bawah 19 tahun.", "Lawan yang menanti Aira pada final ialah rakan senegara, K. Sehveetrraa yang menumbangkan Tobby Tse dari Hong Kong 11-3, 11-4, 11-9.", "Aira ketika dihubungi berkata, dia akan berdepan Sehveetrraa yang pernah ditemuinya dalam beberapa perlawanan sebelum ini.", "“Sehveetrraa mempamerkan persembahan yang baik sepanjang kejohanan ini dan saya harap dapat berikan yang terbaik pada final, esok (hari ini)", "“Saya menjangkakan Sehveetrraa bakal memberikan tentangan sengit, memandangkan kami saling mengenali antara satu sama lain,” katanya.", "Dalam saingan lelaki pula untuk kategori sama menyaksikan Joachim Chuah yang diletakkan selaku pilihan pertama menundukkan wakil India, Shaurya Bawal 11-5, 11-6, 11-5.", "Joachim turut memilih laluan sama dengan Aira, apabila dia perlu berdepan teman senegara, Harith Danial Jefri yang menewaskan pemain Korea Selatan, Oh Seo Jin 9-11, 11-8, 11-4, 11-9 pada peringkat empat terbaik.", "Sementara itu, untuk kategori perempuan bawah 13 tahun, dua pemain Malaysia, M. Jnoreeka Ning dan Niea Chew turut berentap sesama sendiri dalam perlawanan akhir.", "Jnoreeka menewaskan wakil Hong Kong, Li Ka Man 11-4, 11-2, 12-10, manakala, Niea dipaksa bekerja keras sebelum mengatasi pemain Singapura, Kayla Choy 11-8, 11-8, 11-4.", "Malaysia turut memiliki wakil dalam perlawanan akhir untuk kategori lelaki bawah 17 dan lelaki serta perempuan bawah 15 tahun.", "Low Wa Sern bakal berdepan pilihan pertama, Na Jooyoung dari Korea Selatan untuk aksi lelaki bawah 17 tahun, manakala, bagi kategori lelaki bawah 15 tahun, Jayden Ong melakar kejutan besar apabila menundukkan pilihan pertama, Aryaveer Dewan dari India 13-11, 4-11, 11-9, 4-11, 11-6.", "Turut melangkah ke perlawanan akhir adalah Herleein Tan (perempuan bawah 15 tahun) setelah dia menumpaskan pemain Hong Kong, Lau Wai Tung 11-3, 11-8, 11-7.", "Tugas berat menanti Herleein apabila dia bakal berdepan pilihan pertama, Helen Tang dari Hong Kong pada final, hari ini.", "Jurulatih skuasy negara, Shahril Shahidan berkata, secara keseluruhan, barisan pemain negara berjaya mencapai sasaran khususnya untuk kategori bawah 19 tahun, manakala, kejutan dicipta oleh anak-anak buahnya dalam kategori bawah 17 dan 15 tahun.", "“Jadi tiga emas dalam tangan Malaysia dan kami berharap yang lain akan beraksi dengan baik, esok (hari ini),” jelasnya. ", "Tiga gelaran Skuasy Remaja Asia berada dalam genggaman Malaysia"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/31/a-stable-government-is-very-crucial-for-the-nation-goh/", "headline": "A stable government is very crucial for the nation – Goh", "content": ["T C Goh", "KUALA LUMPUR: The majority of Malaysians, the Chinese community included, hoped to see the present unity government serves its full five-years term without any hindrance, said the Federation of Chinese Associations Malaysia (Huazong) President Tan Sri T C Goh.", "Describing it as the ‘earnest wish’ of Malaysians, he said only then Malaysia will have a stable political condition, which is crucial for its economic growth and progress for the next five years.", "He also opined that there should be no ‘honeymoon’ period for the unity government led by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, as there are many pressing matters which require its urgent and full attention.", "“First and foremost, the present government must strive to ensure there is a lasting political stability for our country, as only then will the government be stable.", "“Otherwise, we might again see political instability, which happened after the 14th General Election held on May 5, 2018 repeating itself, with incessant political upheavals. If that’s the case, how can the government govern and develop the nation effectively then?” he contended.", "He said the present government must learn from the bad experiences in the past.", "Goh, who is also President of the Federation of Chinese Associations Sabah (FCAS), said this during an interview by The Malaysian Insight, recently, in which on behalf of Huazong and FCAS he expressed full confidence and support for the unity government led by Anwar.", "In regards to pressing matters which the government should focus on, Goh who is also President of the Federation of Sabah and Labuan Hokkien Associations (FSLHA) said matters should be given top priority include expediting recovery of domestic economy post pandemic by introducing various effective economic policies, to keep inflation under better control, to stabilise the Ringgit, and to effectively bring down the cost of living.", "He added that the government should also focus more on the future and wellbeing of Malaysian youth, especially to retain our talents which is crucial for our nation-building process, and also so that they won’t end up as victims of job scams overseas.", "He hoped the present government could strive to ensure political stability in the country and to forge greater unity among Malaysians of various races in order to bring real progress and prosperity for the country."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/10/ucsfs-2nd-convocation-2023-on-jan-14/", "headline": "UCSF’s 2nd Convocation 2023 on Jan 14", "content": ["KOTA KINABALU: The University College Sabah Foundation (UCSF) will hold its second convocation at the Sabah International Convention Centre (SICC) here on January 14.", "Over 550 students will graduate from UCSF’s foundation, diploma and degree programmes at the ceremony. ", "USCF Vice Chancellor Dr Rafiq Idris said it is important to support the State’s development goal by having a population with tertiary education attainment and the right mix of knowledge and skills that are diverse based on sectoral demands.", "He emphasised that UCSF is working to support the State’s development agenda in this area by providing human resources that will benefit Sabah. ", "“Despite being projects as a green model boutique institution, UCSF offers a wide range of diploma and degree programmes,” he said in a statement today.", "The university consists of four faculties, namely management and entrepreneurship, natural science and sustainability, arts and creative media, and development and multicultural studies. ", "The Institute of Borneo Studies and the Centre of Languages and Generic Development are also housed at the institution. ", "Under its teaching and learning factory, the university runs the Program Khas Anak Negeri and the Nature Inspiration Art Gallery (NIAG).", "Dr Rafiq said regardless of the degree they are pursuing, the university strives to produce students who are financially, digitally and environmentally educated. ", "The university aspires to support the growth of Sabah’s creative industry as well as the state’s development agenda,” Rafiq said."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/13/the-my-money-me-programme-elevates-malaysians-knowledge-in-financial-planning/", "headline": "The My Money & Me programme elevates Malaysians knowledge in financial planning", "content": ["SELANGOR (Bernama): Financial crisis is a rising concern in people’s life especially among the B40.", "The fluctuating economic situation in Malaysia following the Covid-19 pandemic portrays how low Malaysia’s people in financial planning is when they are unable to provide RM1,000 to be used during emergency situations.¹ In promoting the importance of financial planning, the Malaysian Financial Planning Council (MFPC) organizes its first My Money & Me programme for 2023 physically.", "My Money & Me", "In this first session, around 300 registered participants consisting of young adults, B40 and the M40 community around Klang Valley attended the programme.The My Money & Me programme for this year has received support from various government ministries and agencies including the Ministry of Finance (MOF), Ministry of Youth and Sports (KBS), the Securities Commission Malaysia (SC) and Bank Negara Malaysia (BNM). In addition, universities such as Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Taylor’s University, and Universiti Selangor (UNISEL) are also a part of the programme as academic partners and recognizing the programme as an important beneficial knowledge for its students.According to DRB Hicom University’s research on financial literacy and bankruptcy among Malaysian youth in 2022, 26% of bankruptcy cases in Malaysia are those under the age of 34.²", "My Money & Me", "Consequently, good financial management will help someone make good decisions before spending their money. In addition, despite the difficulties and constraints in effectively budgeting for family spending, financial management is vital in defining the future of young married couples. In conclusion, if people do not do anything to gain knowledge on financial planning, it will result in marital problems, criminal pressure, and even suicide.Meanwhile, the My Money & Me programme offers a half-day financial insight with several booths set-up by strategic partners to assist with any inquiries from the participants.", "My Money & Me", "This year’s programme received a notable interest from strategic partners which among them are Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Malaysian Takaful Association (MTA), Life Insurance Association Malaysia (LIAM), Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) and Perfect 10 (P10) as the collaborative financial navigator. The four (4) components emphasized during the programme includes asset management, asset protection, asset accumulation and asset distribution.", "My Money & Me", "About MFPC", "Malaysian Financial Planning Council (MFPC)", "www.mfpc.org.my", "SOURCE: Malaysian Financial Planning Council (MFPC)"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/10/pogindadan-mogigiyon-ulu-sugut-mansalu-nopupusan/", "headline": "Pogindadan mogigiyon Ulu Sugut, Mansalu nopupusan", "content": ["Dr. Joachim (kotolu, wanan) pinapatahak kunci kadai runcit kuminaa di Razil Zakaria i nokoulud id Ababayan ‘Pembasmian Kemiskinan Tegar’ id sahau Unit Palan Kopotundaan Pisompuruan (EPU), om sinasi’ di Jumain (koduo, wanan) di konihab.", "RANAU: Koporintaan tumilombus papatantu kopotundaan infrastruktur poindalanon kosuul no montok rayat id Lintuhun Koundangan Pogun (DUN) Kundasang.", "Kumoduo Boyoon Montiri i po nogi Puru Lintuhun Koundangan Pogun (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam minoboros dilo katalib minokinongou kopointalangan montok duo projik ilo nopo nga projik Monginsonong Ralan Terawas-Malinsau-Kaingaran om Projik Mmonsoi Ralan kumaa Mini Estet Sejahtera (Mesej) Mansalu Ranau, Fasa II.", "Kopointalangan pinatahak di Injinior Watas, Erwana Farhanah i pinoindalan doid Lintuhun Kampung Meridi, Kaingaran, do hiti.", "Montok projik monginsonong ralan, ilo’ kapaampai ninaru 39.515 kilometer talun-alun duo waya’an iso’ ralan miampai pomomonsoi sitandod R2 JKR.", "Projik diti mintonod mantad Kg. Terawas om padarapas pipiro kampung gisom opupusan id Kg. Kaingaran. Timpu projik nopo nga 36 wulan.", "Soginumu 17 kampung i kaanu koundaran mantad kapamansaian talun-alun diti wookon nopo nga Kg. Timbua, Kg. Merungin 1 om Merungin 2, Kg. Pinampadan, Kg. Tumbalang, Kg. Kepuakan, Kg. Mokodau, Kg. Malinsau, Kg. Mempakot, Kg. Mengkapoh, Kg. Wayan, Kg Sinurai, Kg. Tinaum, Kg. Meridi om Kg. Pinupudan.“Otumbayaan oku do iti nga’ noupalai di lansanon pogulu i doho’, ilo nopo nga kogogonopan infrastruktur montok rayat. Yati’ toinsanan minggisom kumaraja montok papatantu rayat kaanu kogogonopan di poinpatut kopio,’ ka di Dr. Joachim.", "Ka disio, skop karaja di owonsoi mantad projik diti nopo nga’ kapamansaian wokok posoborong baang, palu om luluyungon waig.Suai ko ilo’, karaja’ kopoinsiribaan tisan, koponguntunan, koponondulian om pongumoligan tisan otungab nga poindalanon.Kohondot dilo’, asil mantad koponginsonongan haro nogi pipiro jambatan di wonsoiyon ilo nopo nga duo jambatan kininaru 40 meter, duo jambatan kininaru 75 meter om iso jambatan kininaru 30 meter.", "Naamot projik kapamansaian ralan kumaa Mesej Mansalu Ranau (Fasa II) kapaampai sinodu’ 70.540 KM.Soginumu turu’ kampung kaampai ilo’ nopo nga mimpuun mantad Kg. Singgaron Baru, Kg. Langsat, Kg. Kirokot, Kg. Koboi Timbua om Kg. Kawi.", "Dr. Joachim i po nogi Montiri Koporintaan Nokoiyonon om Pomuwalaian lumansan oinsanan mogigion do hiti misokodung miampai tongo’ popoburu’ i kaampai id kapamansaian talun-alun.", "Tumanud disio, iti nopo nga wookon angkab om rikoton disio solinaid disio nosili mobi’ rayat id DUN Kundasang.", "Daamot dilo, Upisor Watas Ranau, Jumain Abdul Ghani monongkounsikou tu’ katalib minongindad solinaid turu’ toun om nakaanu nogi do ralan wagu.“Bohit mantad mogigiyon Ulu Sugut nosimbar dii,” ka disio.", "Lumansan nogi isio mogigiyon nokoiyonon kaanu manahak kosokodungan poinponu’ montok papatantu’ kopoindalanan projik diti oturundus.", "Goduduo projik diti nowit di toun 2916 om kolulusan naanu di toun 2020, naamot kapamansaian kotimpuun do toun 2023. Kos koinsanai projik nopo nga’ RM657,499,551.", "Nokotindapou nogi i Upisor Eksekutif Kounsol Watas Ranau, Jupirin Hj. Ruhimin; Monguhup Momuhu Asil Tana’ (PPHT), Jaidi Adrian; Monunurat Pulitik kumaa Dr. Joachim, Yubidi Gumpoyo; Lansanon Kopotundaan Mogigiyon (PPM), Dounis Sani; tongo’ mongongobi’ Luguan Tanak Mamasok Pogun (WKAN), Luguan Tanak Mamasok Pogun (KAN), tongo’ molohingon kampung om Ponorikohon Puruankuasa Kopotundaan om Koumoligan Kampung (JPKK), duo Popoburu’ Pomuwalaian Misi Maju Sdn. Bhd. i nobian di Larry Arif om Perwira Progresif i nobian di Debbie Pinjinus; om luguan koupisan id watas Ranau."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/28/isu-rizab-padang-ragut-babagon-penyukatan-tanah-togudon-sedang-ditangani-kerajaan/", "headline": "Isu rizab padang ragut Babagon, penyukatan tanah Togudon sedang ditangani Kerajaan ", "content": ["Ewon (tengah) bersama para pemimpin lain pada Kaamatan Zon Pertanian (Gabungan 14 JPKK), di Dewan Gawir, Kg.Madsiang, Penampang, kelmarin.", "PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berkata, beberapa isu penduduk kampung terutamanya berkaitan rizab padang ragut dan penyukatan tanah di kawasan Penampang mendapat perhatian Kerajaan dan sedang ditangani.", "Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, kedua-dua isu itu antara yang terawal beliau ambil tindakan selepas dipilih menjadi Ahli Parlimen Penampang.", "“Cadangan penyukatan tanah secara PANTAS di Kg. Togudon dan penukaran status rizab kawasan ragut di Kg. Babagon Timpangoh dan Kg. Tinduuzon Sugut kepada warta tanah kampung merupakan antara yang terawal saya ambil tindakan dengan memanggil mesyuarat khas melibatkan jabatan Kerajaan berkaitan dan ketua-ketua kampung. Hari ini Kerajaan sedang menangani isu-isu ini dan bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan.", "“Perkara ini telah lama diadukan oleh penduduk dan dibangkitkan semasa kempen pilihan raya. Sebab itu saya ambil tindakan segera selepas diberi mandat dalam pilihan raya tersebut.", "“Manakala pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) beberapa hari yang lalu, saya telah membangkitkan isu Hutan Simpan di Kg. Kibunut dan saya percaya isu ini juga akan ditangani Kerajaan Negeri dalam masa terdekat,” katanya ketika berucap merasmikan Kaamatan Zon Pertanian (Gabungan 14 JPKK), di Dewan Gawir, Kg.Madsiang, di sini, kelmarin.", "Ewon yang juga dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, beliau akan terus memberi perhatian keperluan-keperluan penduduk kampung dan menyediakan peruntukan seimbang di kedua-dua kawasan yang diwakilinya.", "“Sebagai wakil rakyat saya akan bahagikan masa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ADUN Kadamaian dan Ahli Parlimen Penampang.", "“Itu sebabnya, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, kita berjaya menyelesaikan beberapa isu yang dikemukakan penduduk kampung dan memastikan projek-projek pembangunan yang belum dilaksanakan di kawasan Penampang terutamanya penaiktarafan Tamu Pekan Donggongon dapat diteruskan,” katanya.", "Beliau berkata, bagi meneruskan pembangunan dengan lebih berkesan di kawasan Penampang termasuk usaha menjadikan daerah itu sebuah pusat keusahawanan, Pelan Pembangunan Penampang sedang dilaksanakan oleh Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS).", "“Selama ini, ada perancangan dan keperluan di Penampang membangunkan kampung-kampung dan menaik taraf daerah Penampang sebagai Majlis Perbandaran, sebab itu melalui peruntukan Ahli Parlimen, kita telah membiayai IDS membuat kajian dalam tempoh enam bulan ke kampung-kampung seluruh Penampang untuk menyiapkan pelan pembangunan itu.", "“Saya menjangkakan Pelan Pembangunan Penampang ini siap pada Oktober atau November tahun ini. Pelan pembangunan itu akan menjadi dokumen rasmi kerajaan seterusnya menjadi input dalam rancangan pembangunan Malaysia dan rancangan pembangunan Sabah setiap lima tahun,” katanya.", "Ewon berharap, melalui pendekatan mewujudkan Pelan Pembangunan Penampang yang lebih menyeluruh dapat membantu merancakkan lagi pembangunan di kawasan itu."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/27/keputusan-mahkamah-rayuan-belanda-bukti-waris-sulu-tiada-locus-standi-km/", "headline": "Keputusan Mahkamah Rayuan Belanda bukti waris Sulu tiada locus standi – KM", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Penolakan Mahkamah Rayuan Belanda terhadap cubaan oleh pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu untuk menguatkuasakan anugerah timbang tara AS$15 bilion terhadap Kerajaan Malaysia adalah bukti lanjut bahawa kumpulan itu tidak mempunyai locus standi.", "Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalam mengalu-alukan keputusan itu, mengulangi bahawa keputusan tersebut mengesahkan pendirian Kerajaan Negeri yang tidak mengiktiraf tuntutan itu.", "“Sabah berkongsi keyakinan Kerajaan Persekutuan seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia semakin hampir untuk membatalkan sepenuhnya anugerah itu selepas keputusan tersebut,” katanya.", "Hajiji mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan atas tindakan tegas untuk berdiri teguh untuk melindungi kedaulatan Malaysia.", "Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan sehingga apa yang dipanggil Tuntutan Sabah dibatalkan, kata Ketua Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/18/as-siasat-510-laporan-penampakan-ufo/", "headline": "AS siasat 510 laporan penampakan UFO", "content": ["WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan siasatan ke atas 510 laporan penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO) di negara itu, yang meningkat tiga kali ganda berbanding jumlah direkodkan pada 2021.  ", "Kebanyakan penampakan UFO itu dikenal pasti berpunca daripada dron atau belon, namun ratusan lagi masih tidak dapat dijelaskan. ", "Menurut Utusan Malaysia, berdasarkan laporan dikeluarkan oleh Pengarah Perisikan Negara pada 2022, sebanyak 247 laporan Fenomena Anomali Tidak Dikenali (UAP) difailkan sejak Jun 2021.", "Laporan itu turut mendedahkan jabatan itu menerima sebanyak 144 laporan penampakan objek udara yang mencurigakan yang sedang disiasat.", "Di samping itu, jelas laporan itu, sebanyak 119 lagi laporan penampakan UFO yang `terkubur’ dalam rekod lama sejak 17 tahun lalu berjaya ditemukan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 510 penemuan UFO.   ", "Kebanyakan laporan baharu itu dilakukan oleh juruterbang tentera laut dan tentera udara AS.", "Daripada jumlah itu, hampir 200 laporan mempunyai penjelasan `biasa’ antaranya disebabkan belon, dron atau kekacauan ruang udara meliputi burung, cuaca dan beg plastik udara.   ", "Bagaimanapun, selebihnya tidak dijelaskan dan versi laporan yang tidak diklasifikasi sudah dihantar kepada Kongres.", "Siasatan dijalankan oleh Pentagon, agensi perisikan AS dan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) tidak menumpukan terhadap kewujudan makhluk luar angkasa tetapi objek mengintip `negara musuh’ yang tidak diketahui dan berupaya mengancam keselamatan negara.    ", "Laporan itu menyusul selepas Kongres selama beberapa tahun memberi tekanan kepada pasukan tentera dan agensi perisikan untuk memandang serius mengenai laporan penampakan objek misteri.", "Tentera AS bimbang beberapa UAP yang dikesan juruterbangnya pada masa lalu mungkin merupakan teknologi negara musuh yang tidak diketahui oleh saintis AS. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/01/as-siasat-510-laporan-penampakan-ufo/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/01/as-siasat-510-laporan-penampakan-ufo/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/29/mari-meriahkan-tadau-sukod-wagu-hari-belia-majlis-belia-kdca-pada-7-8-okt-ini/", "headline": "Mari meriahkan Tadau Sukod Wagu (Hari Belia) Majlis Belia KDCA pada 7-8 Okt ini", "content": ["KOTA KINABALU: Orang ramai terutamanya golongan muda di seluruh Sabah dijemput memeriahkan Tadau Sukod Wagu (Hari Belia) yang akan dianjurkan oleh Majlis Belia KDCA di Dewan Terbuka KDCA Cultural Village (KCV), KDCA Penampang, pada 7 hingga 8 Oktober ini.", "Program yang julung kalinya diadakan ini bertujuan mengumpulkan seberapa ramai anak muda dalam kalangan Bumiputera Sabah.", "Pengerusi KYC, Steve Johnny Mositun berkata, sepanjang sambutan besar-besaran ini, masyarakat berpeluang menyaksikan dan menyertai beberapa siri pertandingan yang diadakan, selain dapat menikmati pelbagai jualan daripada gerai-gerai jualan yang ada,.", "Steve Johnny Mositun", "Antara aktiviti pengisian khas adalah Kempen Menderma Darah, yang diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran tentang kebaikan menderma darah, menanam sifat keperihatinan terhadap penderitaan insan yang memerlukan dan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang perlunya mempunyai tubuh badan yang sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan belia.", "“Kita juga ada pertandingan Mainan Dulu-Dulu dan Sukan Orang Kita bagi menanam semula minat terhadap sukan dan permainan tradisi dulu-dulu dalam kalangan belia,” katanya.", "Selain itu, bagi para penggemar seni tarian, turut berpeluang menyertai KYC Talent Dance Show sempena pesta tersebut.", "Khas untuk para peminat seni peragaan Cosplay, KYC turut mengadakan pertandingan Cosplay bertemakan Pahlawan dan Pemimpin lagenda Sabah (Warrior Cosplay Competition).", "“Bagi peminat anime dan atau mereka yang menjadikan Cosplay sebagai hobi, terdapat satu event menarik yang pasti anda akan enjoy sepanjang dua hari tersebut nanti, yang pastinya memberi kelainan, inovasi, dan mampu menyerlahkan kreativiti belia kita,” katanya dalam satu kenyataan.", "Selain itu, pada malam 7 Oktober, ramai artis tempatan terkenal Sabah juga akan membuat persembahan menerusi acara Malam Pesta Muda-Mudi, di Pentas Dewan Terbuka KDCA.", "“Lebih menarik, kehadiran ramai pempengaruh media sosial sama ada yang terkenal di laman Tik-Tok, Facebook, Instagram atau Youtube juga pastinya lebih menarik para belia untuk turut bersama memeriahkan aktiviti yang dijalankan nanti,”ujar beliau.", "Steve menyeru semua belia untuk hadir dan menyokong program berkenaan, di samping menyerlahkan bakat mereka menerusi pelbagai pertandingan yang dianjurkan.", "Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut boleh melayari laman sosial Facebook KDCA Youth Council."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/01/cef-disyaki-jual-pakej-racun-didakwa-12-lagi-pertuduhan/", "headline": "Cef disyaki jual ‘pakej racun’ didakwa 12 lagi pertuduhan", "content": ["Kenneth Law", "LONDON: Polis Kanada memfailkan 12 pertuduhan baharu terhadap seorang cef yang dipercayai menjual `pakej racun’ untuk individu yang mahu membunuh diri.", "Kenneth Law, 57, didakwa atas 12 pertuduhan membabitkan `memberi nasihat atau membantu membunuh diri’ dalam kalangan mangsa seawal usia 16 tahun.", "Menurut Utusan Malaysia, Daily Mail melaporkan, pertuduhan itu difailkan ketika Kenneth dikaitkan dengan 88 kes kematian di United Kingdom (UK).", "Daily Mail", "Sebelum ini, Kenneth didakwa dengan dua pertuduhan yang sama selepas dipercayai menjual sebanyak 1,200 bungkusan ke lebih 40 negara menerusi dalam talian.", "Inspektor polis wilayah York, Simon James berkata, Kenneth yang merupakan bekas jurutera aeroangkasa kini berdepan 12 pertuduhan baharu itu berkaitan dengan beberapa lagi kematian di seluruh Ontario.", "“Kami tidak akan sesekali bertolak ansur dengan tindakan jenayah mana-mana individu yang menjadikan golongan mudah terdedah sebagai mangsa mereka.", "“Kami akan memastikan individu terbabit diheret ke muka pengadilan,” katanya.", "Terdahulu, polis memaklumkan 12 pertuduhan difailkan terhadap Kenneth membabitkan empat kematian di Toronto, tiga kes di wilayah York serta  masing-masing satu kes kematian di Durham, London, Ontario, Thunder Bay, Waterloo dan Peel.", "Bagaimanapun, kata polis, mereka percaya lebih bungkusan telah dihantar kepada individu yang beralamat di Kanada.", "Ketika ini, Kenneth berada dalam tahanan polis.", "Namun, polis Kanada mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan bungkusan atau transaksi yang tertera nama Imtime Cuisine, AmbuCA, Academic atau ACademic, Escape Mode atau escMode dan ICemac.", "Sementara itu, Agensi Pencegahan Jenayah UK turut melancarkan siasatan terhadap kes kematian 88 orang yang dipercayai membeli produk dari laman sesawang yang menjual pakej racun untuk membantu membunuh diri.", "Menurut agensi itu, seramai 272 orang dipercayai membeli produk berkenaan dari laman sesawang Kenneth.", "Bagaimanapun, pihaknya tidak dapat mengesahkan bahan kimia yang didakwa dijual oleh Kenneth adalah punca utama kematian 88 orang itu. ", "Cef disyaki jual ‘pakej racun’ didakwa 12 lagi pertuduhan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/31/polis-kenal-pasti-enam-remaja-terbabit-kes-gaduh/", "headline": "Polis kenal pasti enam remaja terbabit kes gaduh", "content": ["Tangkap layar video pergaduhan sekumpulan remaja lelaki di tepi padang di Taman Mubibbah dekat Sungai Siput yang tular dalam media sosial", "SUNGAI SIPUT: Polis telah mengenal pasti enam remaja lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pergaduhan di tepi padang Taman Muhibbah di sini yang tular di media sosial sejak Isnin.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, satu laporan polis diterima berkaitan pergaduhan itu yang dibuat mangsa berusia 16 tahun pada pukul 6.25 petang di Balai Polis Sungai Siput.", "Katanya, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada melakukan gaduh gempar.", "“Siasatan awal mendapati pergaduhan itu membabitkan enam remaja lelaki berusia 16 hingga 19 tahun di mana lima daripada mereka masih bersekolah.", "“Motif pergaduhan tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap sekumpulan remaja yang dikatakan membuat bising dengan membunyikan ekzos motosikal,” katanya di sini kelmarin.", "Menurut Mohd. Khaizam, pihaknya akan memanggil kesemua remaja terbabit dan saksi lain untuk membantu siasatan.", "“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan maklumat tidak sahih atau membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis,” katanya.", "Terdahulu, beberapa video dan gambar kejadian itu tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan remaja lelaki bertekak dengan ada daripada mereka menumbuk dan menendang mangsa. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/polis-kenal-pasti-enam-remaja-terbabit-kes-gaduh/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/polis-kenal-pasti-enam-remaja-terbabit-kes-gaduh/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/08/lapan-kereta-kena-pecah-barang-berharga-lesap-dilarikan/", "headline": "Lapan kereta kena pecah, barang berharga lesap dilarikan", "content": ["Tangkap layar video sebuah daripada kereta yang dipecahkan di kawasan parkir Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Ipoh, Isnin.", "IPOH: Sebanyak lapan kenderaan yang diparkir di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta di sini dipecahkan penyamun dengan barangan berharga di dalamnya dilarikan dalam kejadian Isnin.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada seorang lelaki berusia 49 tahun yang bekerja sebagai petunjuk arah atau malim gunung.", "Katanya, mangsa dan beberapa rakan telah meletakkan kenderaan di lokasi kejadian pada Sabtu lalu untuk menjadi pemandu arah mendaki Gunung Korbu dan Gunung Gayung (Korga) selama tiga hari.", "“Selepas selesai mendaki, pengadu pergi ke arah keretanya dan mendapati cermin hadapan sebelah pemandu pecah dan beg yang diletakkan di bawah kerusi pula hilang.", "“Anggaran kerugian dialami pengadu lebih kurang RM2,500. Kejadian adalah kali pertama berlaku sepanjang pengadu menjadi pemandu arah gunung kawasan tersebut,” katanya di sini kelmarin.", "Menurutnya, selain pengadu, seorang lagi mangsa ialah lelaki berusia 53 tahun di mana kehilangan beberapa barangan termasuk wang tunai RM1,000 dan telefon bimbit.", "Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati, ia jauh dari pondok pengawal dan kereta diletakkan di dalam kawasan semak yang telah dibersihkan untuk meletakkan kereta.", "Tambahnya, kawasan tempat kejadian juga jauh dari penempatan penduduk dan tiada kawalan keselamatan di tempat kereta diletakkan.", "“Dalam kes ini, terdapat lebih kurang lapan kenderaan dipecahkan cermin dan disyaki dilakukan oleh suspek yang sama.", "“Bagaimanapun, sehingga kini hanya dua mangsa iaitu pengadu dan mangsa kedua tampil membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.", "Difahamkan, kesemua kereta diletakkan di kawasan itu oleh pendaki yang mahu menjalankan aktiviti pendakian ke Gunung Korbu.", "Bagaimanapun, kawasan kejadian bukan merupakan tempat letak kereta yang disediakan untuk tujuan mendaki. ", "Lapan kereta kena pecah, barang berharga lesap dilarikan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/15/sme-bank-ceases-imposing-in-house-documentation-ihd-fees-and-charges/", "headline": "SME Bank ceases imposing In-House Documentation (IHD) fees and charges", "content": ["KUALA LUMPUR (Bernama): SME Bank, a leading Development Financial Institution (DFI), has announced that it will cease imposing In-House Documentation (IHD) fees and charges to Micro, Small and Medium Enterprises (MSME) customers effective 15 March 2023. The decision reflects SME Bank’s commitment to putting its customers first and its focus on providing transparent and fair practices to improve customer satisfaction and build trust with its customers coinciding with the Malaysia Madani concept, namely Sustainability, Prosperity, Innovation, Respect, Trust and Compassion. In-House Documentation fees are charges that are imposed on the Bank’s MSME customers for the financing documents prepared by SME Bank between the Bank and MSME customers. SME Bank’s customers who wish to obtain more information on the In-House Documentation (IHD) fees and charges may contact the Bank’s Customer Service Center at 03 – 2603 7700 or contact the respective Relationship Manager for more information. SOURCE : SME Bank", "SOURCE : SME Bank"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/13/100-peserta-rentas-borneo-2023-dilepaskan-ke-long-pasia/", "headline": "100 peserta Rentas Borneo 2023 dilepaskan ke Long Pasia", "content": ["Para peserta mengambil gambar kenang-kenangan sebelum berlepas ke Long Pasia", "KOTA KINABALU: Seramai 100 peserta terdiri daripada kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menyertai program Rentas Borneo 2023 dilepaskan secara rasmi di Dataran Dewan Canselor hari ini (13 Jun).", "Semua peserta yang menaiki 30 buah kenderaan pacuan empat roda itu dilepaskan oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor.", "Menurut Datuk Dr. Kasim, program ini akan berlangsung dari 13 hingga 17 Jun di Kampung Long Pasia, Sipitang bertemakan ”To Long Pasia”.", "”Program Rentas Borneo yang dianjurkan Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS (UMS 4WDVC) merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke kawasan pedalaman Sabah yang menekankan kepada peranan UMS dalam melakukan proses pemindahan dan perkongsian ilmu dengan masyarakat.", "“Program ini bermula sejak tahun 2014 sempena sambutan ulang tahun ke-20 UMS dengan mengelilingi seluruh daerah di negeri Sabah sebagai salah satu aktiviti mempromosi UMS kepada masyarakat terutamanya yang tinggal di pedalaman.", "Katanya lagi, aktiviti ini terus diadakan pada tahun 2015 di Pagalungan, Pensiangan; tahun 2016 di Kg. Pun Batu, Sook; tahun 2017 di Kg. Magandai, Kota Marudu dan terakhir sekali pada tahun 2019 di Kg. Gusi, Ranau sebelum terhenti akibat pandemik COVID-19.", "Tambah beliau, tahun 2018 program ini diubah suai pelaksanaannya dengan menjalankan aktiviti rentas sempadan dan memasuki negeri Sarawak.", "“Program ini walaupun dilihat sebagai program CSR, tetapi program ini juga memberikan peluang untuk menerapkan konsep ‘service learning’ bagi membolehkan pensyarah, kakitangan pentadbiran dan pelajar UMS mempraktikkan teori dan idea yang diperoleh dalam bilik kuliah dan diterjemahkan kepada perkhidmatan yang secara langsung berfaedah kepada komuniti.", "“Melalui penganjuran program ini juga UMS dapat menyebarluaskan kepentingan pendidikan secara umumnya, dan pendidikan tinggi secara khususnya, dengan menggunakan UMS sebagai mercu lambang untuk pendidikan tinggi di Sabah kepada komuniti pedalaman yang mempunyai perhubungan terhad dengan masyarakat luar,” katanya yang juga akan turut serta mengikuti konvoi ke Kg. Long Pasia.", "Tambah beliau lagi, sepanjang program ini berlangsung, beberapa perkhidmatan dan projek pemindahan ilmu akan dijalankan untuk manfaat penduduk kampung seperti pemeriksaan kesihatan, rawatan pergigian dan perubatan, ceramah serta bengkel berkaitan teknologi tenaga solar, teknologi maklumat (ICT), teknologi air bersih, penternakan ikan, teknologi pertanian, pendedahan kepelbagaian seni budaya di Malaysia, sukan dan rekreasi, serta aspek keusahawanan melibatkan industri seperti inap desa dan makanan serta minuman.", "Katanya lagi, pada masa yang sama komuniti akan diberikan pendedahan mengenai perkembangan dalam dunia pendidikan dan impaknya kepada kesejahteraan masyarakat memandangkan kedudukan kampung ini jauh di pedalaman dan terasing daripada masyarakat luar.", "“Secara khususnya, program ini menyokong Lonjakan ke-10 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang memfokuskan kepada “Transformasi Penyampaian Pendidikan Tinggi”.", "“Salah satu tumpuan utama ialah mewujudkan jaringan kukuh antara universiti awam dan komuniti. Justeru, program ini akan merentas hubungan yang kukuh dan erat dengan komuniti pedalaman di Sabah agar arus pembangunan dalam pendidikan dapat dilihat, dirasai dan meresap ke seluruh pelusuk masyarakat,” katanya.", "Penganjuran ini juga mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan, swasta dan NGO seperti Hospital UMS menerusi KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS), Eternity Mode, UMS Investment, Qhazanah Sabah Berhad, K.T.I. Sdn. Bhd., Atikah Enterprise, Jurukin Sdn. Bhd., Sabah Development Bank Berhad, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah serta syarikat dan individu-individu dermawan.", "Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Shahril Yusof yang juga Presiden UMS 4WDVC."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/02/kmjg-2023-santuni-19-ribu-masyarakat-sabah/", "headline": "KMJG 2023 santuni 19 ribu masyarakat Sabah", "content": ["Jainisah (tengah), Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa (lima kiri) bergambar bersama rakan strategik KMJG 2023.", "KOTA KINABALU: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 berjaya menyantuni 19,000 masyarakat di negeri ini.", "Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata, konvoi KMJG 2023 melalui 25 daerah dan mendapat sambutan memberangsangkan di semua 66 hentian.", "“Sepanjang kita berkonvoi, kita dapat melihat banyak Jalur Gemilang dikibarkan di sepanjang jalan, rumah kediaman dan premis perniagaan dari bandar sehingga kawasan pedalaman.", "“Selain singgah di tempat bersejarah, konvoi juga berhenti di tempat baharu diperkenalkan antaranya titik paling barat di Sabah, Batu Sumpah, Heart of Borneo (Tongod) dan Pitas yang dikenali sebagai Tanduk Borneo.", "Heart of Borneo", "“Kita berharap pada masa akan datang KMJG masih diteruskan kerana sedikit sebanyak dapat meningkatkan semangat patriotisme dan menggelorakan Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia.", "“KMJG adalah cara kita melaksanakan kempen mengajak orang ramai secara bersemuka mengibarkan bendera kebangsaan,” katanya semasa Majlis Apresiasi KMJG 2023 di sini, pada Jumaat malam.", "Seramai 66 peserta konvoi daripada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah, Bernama, FINAS, Telekom Malaysia, Pos Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Angkatan Pertahanan Malaysia dan anggota Jabatan Penerangan Negeri Sabah diraikan dalam majlis tersebut.", "Selain itu, program tersebut juga bagi menghargai sumbangan rakan-rakan strategik yang memberikan sumbangan sepanjang KMJG 2023 antaranya Jetama Sdn Bhd, Fuma Group, Malaysian Aviation Group, McDonalds, Adabi dan Bataras.", "Malaysian Aviation Group"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/17/8-cedera-kemalangan-berasingan-di-lahad-datu-tambunan/", "headline": "8 cedera kemalangan berasingan di Lahad Datu, Tambunan", "content": ["Keadaan Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan di Tambunan awal pagi ini.", "LAHAD DATU: Lapan orang cedera dalam dua kemalangan berasingan di sini dan Tambunan.", "Enam daripada yang cedera terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan yang berlaku di Jalan Seri Perdana pada jam 8.42 malam tadi.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, PPgB Sumsoa Rashid berkata, panggilan diterima menerusi talian MERS999 dan lapan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Mohamud Punya dikejarkan ke lokasi.", "“Setiba di tempat kejadian sejauh enam kilometer dari BBP itu, didapati terdapat tiga buah kenderaan jenis Perodua Bezza, Nissan Grand Livina dan Proton Persona telah terlibat dalam kemalangan itu.", "“Terdapat lima orang mangsa berada di dalam Perodua Bezza dan seorang pemandu kenderaan Nissan Grand Livina yang mengalami kecederaan dan dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital,” katanya. ", "Menurut Sumsoa, seorang pemandu dan dua orang penumpang Proton Persona tidak mengalami kecederaan.", "Setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan pada jam 9.32 malam, katanya.", "Keadaan kemalangan tiga kenderaan di Lahad Datu.", "Sementara ifu, di TAMBUNAN, dua orang lelaki cedera selepas Perodua Viva dinaiki mereka bertembung dengan sebuah Proton Iriz di Kampung Dakota pada jam 1 pagi hari ini.", "Ketua Balai BBP Tambunan, PPgB Desmond Ak Micky@Dominic berkata, panggilan diterima menerusi talian balai dan tujuh anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Selverinus Sixtus Geoffrey bergegas ke lokasi.", "“Setiba di tempat kejadian sejauh dua kilometer dari BBP itu, didapati terdapat dua orang mangsa terlibat dalam Perodua Viva mengalami kecederaan dikeluarkan oleh pasukan bomba dan diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans bersama jentera EMRS,” katanya. ", "Kata Desmond, pemandu Proton Iriz tidak mengalami kecederaan.", "“Pemeriksaan dijalankan di sekitar lokasi kejadian memastikan tiada kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan pada jam 1.37 pagi,” katanya.  "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/12/fujian-delegation-visits-indonesia-and-conducts-economic-trade-and-cultural-exchanges-and-promotion/", "headline": "Fujian delegation visits Indonesia and conducts economic, trade and cultural exchanges and promotion", "content": ["FUZHOU, China, May 12 (Bernama): From May 8 to May 10, Zhou Zuyi, Secretary of Fujian Provincial Committee and Chairman of the Standing Committee of Fujian Provincial People’s Congress led a delegation from Fujian Province to Indonesia.", "During the visit, the delegation conducted a series of economic, trade, and cultural exchange and promotion activities, deepening the friendship between Fujian and Indonesia and promoting regional collaboration between the two sides, according to the Information Office of Fujian Provincial People’s Government. Indonesia is Fujian’s largest trading partner in ASEAN. At the China-Indonesia “Two Countries, Twin Parks” (TCTP) Economic and Trade Cooperation Promotion Conference held on May 9, 21 projects, including the China-Indonesia TCTP Infrastructure Construction Fund, were signed on-site, with a total contract amount of 43.2 billion Chinese yuan. As early as 2019, Fujian proposed the China-Indonesia TCTP initiative. The idea is that establishing industrial parks in each respective country would lay the groundwork for exploring a cooperation mechanism that features industrial, infrastructural connectivity and preferential policies, synergizing China’s Belt and Road Initiative (BRI) and Indonesia’s vision for the Global Maritime Fulcrum. The Chinese Park is centered on the Fuzhou Yuanhong Investment Zone, with a planned area of 60 square kilometers. The Indonesian Park includes Bintan Industrial Estate, Aviarna Industrial Estate and Batang Industrial Park, with a planned area of 87.6 square kilometers. Fujian and Indonesia have deep historical roots. In ancient times, Fujian was a key starting point of the Maritime Silk Road, while Indonesia was a vital hub along the route, with the earliest and largest number of Fujian settlers. Nowadays, thanks to this long-standing maritime connection, Fujian and Indonesia are forging new friendship and drawing new blueprints for common progress. The two sides have enjoyed closer interactions, tighter economic and trade cooperation, and stronger growth potential, especially since the twinning of Fujian Province and Central Java Province in 2003. Source: The Information Office of Fujian Provincial People’s Government ", "Source: The Information Office of Fujian Provincial People’s Government "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/08/tiga-beranak-ditemukan-mati-dipercayai-bunuh-diri-dalam-bilik/", "headline": "Tiga beranak ditemukan mati dipercayai bunuh diri dalam bilik", "content": ["Polis membawa keluar mayat tiga beranak yang ditemukan mati dalam bilik dipercayai bunuh diri di Ampang, Selangor, kelmarin.", "PETALING JAYA: Seorang wanita dan dua anaknya ditemukan mati di dalam bilik rumah mereka di Kampung Baru Ampang, Ampang dekat sini, kelmarin.", "Mayat tiga beranak itu ditemukan di dalam bilik tidur pertama dengan pintu dan tingkap bilik ditutup rapat menggunakan pita pelekat.", "Kejadian itu hanya disedari bekas teman lelaki mangsa yang menyewa bilik di kediaman itu sebelum menghubungi polis.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, turut ditemukan arang bersama penyala api diletakkan di bawah sofa bilik itu serta surat wasiat dan wang bercampur.", "“Polis percaya ini adalah kes bunuh diri dan tempoh kematian melebihi 24 jam.", "“Bagaimanapun siasatan diteruskan bagi mengenal pasti motif dan mengesan sebarang unsur jenayah sekiranya ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Wanita yang bekerja sebagai jurujual berusia 42 tahun itu dan dua anaknya berusia 14 tahun serta 15 tahun dikatakan tinggal di apartment tersebut sejak 2018.", "Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia bertemu dengan wanita berkenaan dan anak lelaki serta perempuannya pada Isnin lalu.", "“Saya tidak nampak apa-apa perubahan pada mereka cuma kali terakhir bertemu pada Isnin lalu.", "“Kedua-dua anaknya itu sangat sopan dan baik dengan kami,” katanya.", "Tiga beranak ditemukan mati dipercayai bunuh diri dalam bilik"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/15/warga-labuan-perlu-ambil-peluang-latihan-yang-disediakan-kemas/", "headline": "Warga Labuan perlu ambil peluang latihan yang disediakan KEMAS", "content": ["Fadzilah (tiga dari kiri) semasa mencuba sendiri salah satu produk usahawan KEMAS Labuan", "LABUAN: Warga di wilayah itu diseru untuk memanfaatkan peluang latihan kemahiran dan keusahawanan yang ditawarkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).", "Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud pelbagai program disediakan KEMAS untuk meningkatkan sosioekonomi masyarakat tempatan.", "“Masyarakat berpeluang meningkatkan pengetahuan dan mendapat pengalaman dalam bidang keusahawanan dan seterusnya mengembangkan bidang perniagaan terutamanya dalam bidang kemahiran yang disediakan oleh pihak KEMAS.", "“Bidang keusahawanan perlu dipelopori oleh golongan belia pada masa ini, dengan kemudahan dan akses meluas media sosial, platform ini digunakan dengan baik sehingga ada peniaga online yang berjaya memperoleh jutaan ringgit,”katanya semasa merasmikan Hari Promosi Kelas Kemahiran KEMAS di sini semalam.", "Tambahnya, keusahawanan berfungsi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara dan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk sesebuah negara. ", "“Penekanan kementerian juga diberikan kepada bidang keusahawanan penduduk luar bandar melalui program penjanaan ekonomi agensi-agensi di bawah kementerian.", "“Bidang keusahawanan semakin menjadi pilihan orang ramai terutamanya golongan belia kerana ianya bertepatan dengan saranan kerajaan yang menggalakkan masyarakat untuk menceburi bidang perniagaan dan mengurangkan tahap kebergantungan terhadap bekerja makan gaji,”jelasnya lagi.", "Hadir sama Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan, Asri Salleh dan Pegawai KEMAS Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Gilbert Julian."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/12/kertas-siasatan-kes-pegawai-kanan-polis-isteri-diserah-kepada-timbalan-pendakwa-raya/", "headline": "Kertas siasatan kes pegawai kanan polis, isteri diserah kepada timbalan pendakwa raya", "content": ["KUALA LUMPUR : Polis belum memperoleh maklum balas daripada timbalan pendakwa raya berhubung dakwaan kes pukul membabitkan bekas pegawai kanan tertinggi polis dan isteri keduanya.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya sudah merujuk kertas siasatan mengenai kes itu kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.", "“Timbalan pendakwa raya memerlukan sedikit masa untuk mengkaji kertas siasatan itu (untuk tindakan selanjutnya).", "“Justeru kita belum memperoleh maklum balas daripada perbincangan awal yang telah kita buat. Kita tunggu dulu,” katanya mengulas perkembangan kes itu ketika ditanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Polis Kuala Lumpur bersama Komuniti, Town Hall sempena Hari Polis ke-216 ‘Keselamatan Jalan Raya: Isu Kesesakan Lalu lintas di Kuala Lumpur’ di KL Wellness City Gallery, di sini, kelmarin.", "Terdahulu, kira-kira pukul 8 malam pada 6 Mac lalu, isteri kedua kepada bekas pegawai kanan tertinggi polis itu membuat laporan mendakwa dipukul suaminya di kediaman mereka, di sini.", "Wanita itu membuat laporan berhubung kejadian terbabit di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.", "Mengikut laporan media, difahamkan kejadian itu berlaku selepas tercetus pergaduhan antara pasangan suami isteri berkenaan yang dipercayai berpunca daripada isu harta serta nafkah.", "Wanita berusia lingkungan 40-an itu mendakwa dipukul suaminya di bahagian kepala dan belakang leher.", "Sementara itu, bekas pegawai polis berusia lingkungan 70-an terbabit turut membuat laporan menerusi peguamnya di balai polis sama kira-kira pukul 3 petang pada 7 Mac lepas.", "Beliau membuat laporan menyatakan dipukul menggunakan topi keledar dalam kejadian itu.", "Kertas siasatan kes pegawai kanan polis, isteri diserah kepada timbalan pendakwa raya"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/27/musim-panas-tiba-penduduk-britain-diancam-lalat-dracula/", "headline": "Musim panas tiba, penduduk Britain diancam lalat Dracula", "content": ["Spesies lalat Dracula dikatakan mempunyai daya tahan tinggi terhadap kebanyakan racun serangga perosak.", "LONDON: Penduduk Britain kini berisiko diancam serangan sejenis serangga yang berbahaya pada musim panas ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Daily Mail melaporkan, beberapa pakar memberi amaran mengenai `peningkatan drastik’ populasi lalat Dracula yang dikatakan mempunyai daya tahan tinggi terhadap kebanyakan racun serangga perosak.", "Serangga itu biasanya kelihatan di negara-negara Mediterranean.", "Gabungan cuaca panas dan hujan lebat yang berlaku di Britain setakat musim panas ini membuktikan tempat pembiakan sempurna untuk serangga penghisap darah itu.", "Gigitan serangga itu boleh menyebabkan kesakitan melampau, selain ia mampu menyebarkan jangkitan berbahaya.", "Malah, ia juga berupaya menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan awam.", "Gigitan lalat Dracula betina boleh menyebabkan jangkitan dan bengkak menyakitkan yang mungkin tidak dapat dirawat sepenuhnya dengan ubat antibiotik sedia ada.", "Biasanya, gigitan lalat Dracula mengambil masa lebih lama untuk sembuh berbanding gigitan serangga lain serta mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti terutamanya jika digaru.", "Kesan-kesan lain akibat gigitan spesies serangga itu termasuk bengkak anggota badan, pening, sesak nafas dan ruam gatal yang menyakitkan.", "Berdasarkan laporan Penyelidikan Antibiotik United Kingdom (UK), terdapat kepentingan untuk menghasilkan ubat antibiotik baharu secepat mungkin disebabkan peningkatan drastik dalam populasi serangga Dracula.", "Sementara itu, Persatuan Kawalan Serangga Perosak Britain meletakkan lalat Dracula pada kedudukan pertama dalam senarai `gigitan serangga untuk dielakkan’ bersama spesies labah-labah black widow dan nyamuk.", "Musim panas tiba, penduduk Britain diancam lalat Dracula"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/27/lelaki-maut-kereta-dihempap-pokok-ketika-ribut/", "headline": "Lelaki maut kereta dihempap pokok ketika ribut", "content": ["Antara kenderaan yang dihempap pokok akibat kejadian ribut di Jalan Lencongan Timur, Sungai Petani.", "SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dinaikinya dihempap pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di Jalan Lencongan Timur, berdekatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini malam Selasa.", "Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya merupakan pemandu kereta Proton Waja yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badannya.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Aman Jaya, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Azahari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.27 malam ketika kejadian angin kencang dan hujan lebat di kawasan berkenaan.", "“Apabila sampai di lokasi kejadian didapati lima buah kereta termasuk Proton Waja, Mercedes Benz, Perodua MyVi dan Nissan X Trail mengalami kerosakan akibat dihempap lebih 10 batang pokok.", "“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu kereta Proton Waja dalam anggaran umur 50-an meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan bahagian badannya,” katanya di sini, kelmarin.", "Menurutnya, empat lagi pemandu kenderaan lain dan penumpang masing-masing turut mengalami kecederaan, namun jumlah sebenar kesemua mangsa terlibat masih dalam siasatan.", "“Mayat lelaki berkenaan serta mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke HSAH untuk tindakan lanjut,” katanya.", "Azahari berkata, seramai 16 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, BBP Aman Jaya dan dibantu oleh 14 anggota sukarela terlibat dalam operasi tersebut.", "“Dengan bantuan tiga jengkaut milik kontraktor THB serta peralatan Rescue Tools, mangsa-mangsa berjaya dibawa keluar daripada kenderaan masing-masing,” katanya. ", "Lelaki maut kereta dihempap pokok ketika ribut"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/31/sabah-momoguno-kopogisusuaian-modal-insan-poposindak-kosunion-ikonomi-km/", "headline": "Sabah momoguno kopogisusuaian ‘modal insan’ poposindak kosunion ikonomi – KM", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Sabah momoguno kopogisusuaian id sunduk ‘modal insan’ montok poposindak po do kosunion ikonomi pogun, kopiongoi di Rikoton Sabah Maju Jaya (SMJ), ka di Boyoon Montiri (KM), Dautk Seri Hajiji Haji Noor.", "Kohondot dilo’ ka disio, kopotundaan modal insan id Sabah okon i ko’ moningkanan nopo do toisoiso’ kaganaan atantu’ nopo, sabab pogun diti momoguno kabaahan komilaan akawas id kaganaan nogi’ di suai.", "Minoboros isio, Koporintaan Pogun manahak koposuulan kohondot do balajaran montok mongimbulai lobi kogumu’ modal insan i kiginoris tumopong, abaal om akawas naangayan id pogun diti.", "“Iti kopiongoi di Palan Kopotundaan Rikoton SMJ i hinombo do modal insan wookon onuan koposuulan.", "“Mantad tonggungan dilo’, Koporintaan tumilombus monokodung koinsanai inggisaman Komontirian Balajaran Malaysia om Koupisan Balajaran Sabah id kopoingkawasan po do naangayan balajaran nogi’ ababayan poinggompit kopotundaan modal insan id pogun diti,” ka disio id Ababayan Kinopoimaganan Kapamaramaian Tadau Susu Sikul Sompomogunan Zon Borneo 2023 id Longkod Konvensyen Sompomogunan Sabah (SICC), do hiti di tadau baino’.", "Teks boboroson dision binasa’ di Monguhup Montiri kumaa Boyoon Montiri, Datuk Abidin Madingkir.Boyoon Montiri minoboros, hal balajaran om modal insan nogi’ wookon ababayan osuul i pinosotol do Koporintaan Pogun id koposiahan kopotundaan Sabah.", "Ka disio, modal insan di awakas om kikosonongon oponsol kopio montok papalantoi mogisusuai katatapan, angkab om ababayan kopotundaan koporintaan potilombus dino kapasarok koburuon pogun kumaa gontob lobi kasawat.", "“Koporintaan toririmo opoduli’ kumaa koinsanai susumikul id kopongimbulaian sakag wagu i lobi kagaras, ogirot om lobi kogoris nogi’ papatantu’ diolo’ kaanu koundaran di poinpatut mantad ababayan susu sikul i kapanahak kosonongon lolobi no kumaa tongomulok,” ka di Hajiji."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/28/fifa-gantung-luis-rubiales/", "headline": "FIFA gantung Luis Rubiales", "content": ["Luis Rubiales mendukung pemain wanita Sepanyol, Athenea del Castillo ketika meraikan kejayaan pasukan itu muncul juara Piala Dunia wanita di Sydney, Australia, 22 Ogos lalu.", "MADRID: Luis Rubiales digantung sementara oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berikutan tingkah laku presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) itu dalam perlawanan akhir Piala Dunia Wanita minggu lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Rubiales yang enggan meletakkan jawatan di sebalik kekecohan besar ditimbulkannya berikutan tindakannya mencium bibir Jenni Hermoso ketika dia mengalungkan pingat buat kapten pasukan itu selepas Sepanyol menang 1-0 ke atas England di Sydney.", "Terdahulu, Hermoso menegaskan dia tidak bersetuju dengan ciuman itu sementara RFEF mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas komen yang dibuat oleh penyerang berkenaan.", "Rakaman video juga menunjukkan dia memegang kelangkang Hermoso ketika meraikan kejayaan bersejarah itu, malah mereka berada berdekatan Ratu Letizia dan anak perempuannya yang berumur 16 tahun.", "Bagaimanapun, keadaan mula berubah apabila FIFA membuka prosiding tatatertib ke atas Rubiales Khamis lalu dan dalam satu kenyataan lanjutan semalam, pegawai berusia 46 tahun itu dilarang daripada menyertai semua aktiviti berkaitan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk tempoh 90 hari.", "Dalam masa sama, Hermoso dan rakan sepasukan tidak akan mewakili skuad kebangsaan sehingga Rubiales disingkirkan daripada jawatan Presiden RFEF.", "Seramai 56 pemain termasuk Hermoso dan rakan sepasukannya yang memenangi Piala Dunia menandatangani kenyataan bersama menuntut Rubiales dipecat.", "Mereka mengancam tidak akan bermain untuk Sepanyol lagi melainkan Rubiales disingkirkan daripada kedudukannya.", "FIFA gantung Luis Rubiales"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/14/%e6%b2%99%e4%ba%ba%e5%9c%98%e9%bb%a8%e6%94%af%e6%8c%81%e5%93%88%e8%8a%9d%e8%8a%9d%e9%a0%98%e5%b0%8e/", "headline": "沙人團黨支持哈芝芝領導", "content": ["(亞庇十四日訊)沙巴人民團結黨支持拿督斯里哈芝芝擔任沙巴首長,並將全力配合,以讓沙巴的發展議程,在馬來西亞團結政府中取得成功。", "人團黨主席拿督亞瑟古祿表示,自從2020年哈芝芝被委託領導沙巴政府以來,人團黨的支持保持不變。", "「這一立場也是首長卓越領導力的體現,尤其是在確保沙巴政治穩定和團結繼續得到保障方面。」", "「我們的首要任務是確保沙巴的經濟發展和增長議程繼續增加,同時努力確保為沙巴人民的利益,並立即解決1963年馬來西亞協議(MA63)的問題。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/24/saman-tembak-laju-kembali-dikuatkuasakan-di-seluruh-negara/", "headline": "Saman tembak laju kembali dikuatkuasakan di seluruh negara", "content": ["KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan semula saman tembak laju kepada mana-mana pengguna kenderaan yang memandu melebihi had laju.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd. Nasri Omar berkata, penguatkuasaan saman tersebut mula dikuatkuasakan semalam dan telah dimaklukamkan kepada semua kontinjen dan daerah.", "Tambah beliau, tindakan yang dilaksanakan ini adalah bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan di dalam negara.", "https://www.utusan.com.my/video/2023/08/saman-tembak-laju-kembali-dikuatkuasakan-di-seluruh-negara/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/28/mbappe-enggan-jumpa-berunding-dengan-wakil-al-hilal/", "headline": "Mbappe enggan jumpa, berunding dengan wakil Al-Hilal", "content": ["Kylian Mbappe", "PARIS: Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe enggan bertemu pegawai dari Al-Hilal sekali gus memberi tamparan kepada cita-cita kelab Arab Saudi itu untuk melengkapkan rekod perpindahan dunia bernilai 300 juta euro (RM1.51 bilion).", "Menurut Utusan Malaysia, akhbar sukan L’Equipe melaporkan, bintang Perancis itu menolak ‘sebarang rundingan dengan wakil kelab Al-Hilal, yang hadir di Paris’.", "Menurut laporan tersebut, delegasi kelab Arab Saudi datang ke Paris untuk memuktamadkan perpindahan pemain Brazil, Malcom dari Zenit Saint Petersburg.", "Mereka juga mahu membentangkan projek kepada Mbappe sepanjang berada di ibu negara Perancis.", "“Pendekatan ini tidak akan berjaya. Kapten Les Bleus tidak pernah mempertimbangkan pilihan ini,” lapor L’Equipe selepas wakil pemain berusia 24 tahun itu menolak sebarang perbincangan dengan wakil kelab Saudi berkenaan.", "Al Hilal yang berpangkalan di Riyadh diberi kebenaran oleh PSG untuk membuka rundingan dengan Mbappe, yang tidak pernah menyatakan minat berhijrah ke liga Saudi yang kini semakin berkembang pesat.", "Mbappe mempunyai baki satu tahun dalam kontraknya dengan PSG, yang mahu dia meninggalkan kelab itu sekarang berbanding tidak mendapat apa-apa pada musim panas seterusnya.", "Tetapi dia enggan menandatangani kontrak baharu dan juara Perancis itu percaya Mbappe sudah mencapai perjanjian untuk berhijrah ke Real Madrid tahun depan.", "Difahamkan Real mahu mendapatkan Mbappe secara percuma tahun depan dengan menawarkannya perjanjian lumayan kerana mereka tidak mahu membayar apa-apa kepada PSG dalam usaha mendapatkan khidmatnya.", "Perselisihan antara Mbappe dan kelab Perancis itu mencapai kemuncak baharu hujung minggu lalu apabila mereka menggugurkannya daripada skuad yang berkunjung ke Jepun dan Korea Selatan.", "Mbappe enggan jumpa, berunding dengan wakil Al-Hilal"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/22/sarawak-perlukan-3000-guru/", "headline": "Sarawak perlukan 3,000 guru ", "content": ["Abang Johari Tun Openg", "KUALA LUMPUR: Anak negeri bakal mengisi kekosongan guru sekolah di Sarawak, sekali gus bakal meningkatkan tenaga pengajar di negeri itu.", "Menurut Utusan Malaysia, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sekarang ini Sarawak masih kekurangan lebih kurang 3,000 guru sekolah sama ada menengah atau rendah.", "“Kita (kerajaan negeri) memberi perhatian kepada anak Sarawak untuk dilatih menjadi guru dan mereka dapat mengajar di Sarawak yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya.", "Beliau berkata demikian dalam sesi Town Hall Sarawak Agenda di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini kelmarin.", "Turut hadir Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusoff bersama ahli-ahli Gabungan Parti Sarawak yang membincangkan pembangunan negeri Sarawak.", "Abang Johari mengakui isu kekurangan guru di Sarawak apabila soalan dilontarkan oleh pelajar yang hadir dalam sesi Town Hall Sarawak Agenda itu.", "“Kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk melatih guru anak kelahiran Sarawak dan kemudiannya menempatkan mereka di sekolah di negeri ini bagi mengisi kekurangan jumlah guru,” ujarnya. ", "Sarawak perlukan 3,000 guru – Abang Johari"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/04/ronaldo-diserbu-dalam-lawatan-singkat-ke-singapura/", "headline": "Ronaldo diserbu dalam lawatan singkat ke Singapura", "content": ["SINGAPURA: Cristiano Ronaldo hanya berada di Taman Botanik Singapura kira-kira 15 hingga 20 minit, namun tempat itu diserbu peminat yang hadir untuk melihat bintang bola sepak Portugal tersebut secara dekat kelmarin.", "Mereka berlari dan mengerumuni buggy yang dinaiki bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu sepanjang kunjungan di Taman Botanik bagi memenuhi jemputan teman rapatnya iaitu dermawan Singapura, Peter Lim.", "Menurut Utusan Malaysia, kehadiran pemenang lima anugerah ­Ballon d’Or itu adalah untuk menyokong program biasiswa yang diasaskan oleh rakannya Peter yang diberi nama NP Parks-Peter Lim.", "Program itu bertujuan membantu golongan muda yang tidak berkemampuan mengejar impian mereka dalam bidang hortikultur (penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, bunga hiasan dan landskap), ekologi dan veterinar.", "Ini kali keempat Ronaldo berkunjung ke Singapura dalam tempoh 10 tahun, dan yang pertama sejak wabak Covid-19 me­landa pada 2020.", "Jika Ronaldo, 38, memilih untuk berkunjung ke Singapura, seteru utamanya, Lionel Messi yang membuat penampilan terakhir bersama Paris Saint-Germain (PSG) semalam pula akan menyertai skuad Argentina ­untuk aksi persahabatan menentang Indonesia di Jakarta.", "Kedua-dua pasukan itu akan berentap pada 19 Jun ini di Stadium Bung Karno, ­Jakarta de­ngan tiket dijual bermula serendah AS$40 (RM184) sehingga AS$285 (RM1,304).", "Selain dua ‘superstar’ bola sepak tersebut, Indonesia juga bertuah apabila legenda Brazil, ­Roberto Carlos turut mengunjungi negara itu atas undangan Presiden Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI), Erick Thohir.", "Carlos hadir untuk menurunkan ilmu kepada pemain-pemain muda ­bermula dari Isnin hingga Khamis lalu.", "Selain Carlos, pemain skuad bawah 16 tahun negara itu juga menuntut ilmu daripada ­le­genda Itali, Marco ­Materazzi, Eric Abidal (Pe­rancis), Juan Sebastian Veron (Argentina), Giorgos Karagounis (Greece) serta Kaka (Brazil). ", "Ronaldo diserbu dalam lawatan singkat ke Singapura"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/04/%e6%b2%99%e6%94%bf%e5%ba%9c%e7%a7%bb%e4%ba%a445%e8%89%98%e8%88%b9/", "headline": "沙政府移交45艘船", "content": ["(亞庇四日訊)沙巴首長拿督斯里哈芝芝今日在沙巴行政大樓移交了45艘船隻予消防救援局和12個地區災委會。", "出席者包括沙巴政府秘書拿督沙法等人。", "在儀式上,15艘船被移交給消防救援局,分別為必達士、哥打馬魯都、兵南邦、丹南、保佛和拜丹各獲得3艘。", "亞庇、古打毛律、吧巴、斗亞蘭、實必登和東谷各有2艘船。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/16/people-and-leaders-unity-successfully-overcome-the-challenges-to-sabah-government-dr-jeffrey/", "headline": "People and leaders’ unity successfully overcome the challenges to Sabah Government- Dr Jeffrey", "content": ["Dr Jeffrey (centre) at the Wiranita STAR Dinner.", "KOTA KINABALU: Unity of struggle between people and leaders has shown the right and proper effort has successfully overcome the challenges of leadership of the Sabah State Government recently.", "Sabah Deputy Chief Minister cum Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah President Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan said, various challenges to achieve the struggle of the people requires the unity of party members to support the right struggle.", "“In facing various challenges, party members should be ready to shoulder the responsibility of finding answers and solutions to the crisis faced without thinking of any excuses,” he said.", "Dr Jeffrey explained that the ability of leaders and the people of Sabah to think sensibly to reject and support what is appropriate has helped the leadership of the state government overcome the crisis well.", "Dr Jeffrey who is also Keningau Member of Parliament and Tambunan assemblyman said this when officiating the Wiranita STAR Sabah Dinner at a hotel here.", "Also present were Assistant Minister of Community Development and People’s Welfare Datuk Flovea Ng who is also the Wiranita STAR Chief, Acting STAR Deputy President Datuk Kapitan Stephen Teo, Secretary General Datuk Edward Linggu, Vice President cum Director of Strategy Dr Paul Porodong and contributors.", "Touching on the ceremony, Dr Jeffrey hoped that the effort could help the party’s wing to improve its approach to the people while describing women as natural leaders because in the family women shoulder many responsibilities."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/18/%e4%bd%90%e6%b4%a5%ef%bc%9a%e5%8b%bf%e5%8f%aa%e4%ba%ab%e5%8f%97%e6%88%90%e6%9e%9c-%e5%8b%89%e9%bb%a8%e5%93%a1%e7%ba%8c%e7%82%ba%e6%b2%99%e5%9c%98%e7%b5%90%e9%bb%a8%e8%b2%a2%e7%8d%bb/", "headline": "佐津:勿只享受成果 勉黨員續為沙團結黨貢獻", "content": ["(蘭瑙十八日訊)沙巴團結黨(PBS)的領袖以及黨員,勿只是繼續享受著該黨多年以來的聲譽,而忽略了對該黨繼續戰鬥以及貢獻。", "署理主席拿督佐津表示,所有領袖和黨員都需要為沙巴團結黨繼續戰鬥,為沙巴人民繼續戰鬥。", "「我們需要繼續共同努力,為黨和沙巴人民共同努力。我們優先考慮沙巴團結黨和沙巴人民的利益,而不是我們自己的利益。」", "「讓我們加強我們的基層,不是因為我們是沙巴歷史最悠久的政黨,而是因為我們是一個有原則、紀律嚴明和團結的政黨。」", "他在主持昆達山卡拉那安支部的大會時如此表示,此次大會共獲得了500名代表和觀察員。", "也是副首長的拿督佐津也分享了該黨的歷史,他說,該黨經歷了各個階段,並在奮鬥的過程中取得了令人自豪的成功。", "他說,其中包括沙巴團結黨成功捍衛了豐收節的名稱,使其不被改稱為「人民節」;率先提出反跳槽法;為了沙巴的政治穩定,2002年加入了國陣;關注沙巴非法移民問題;並且以多元種族鬥爭成為了其他政黨的榜樣。", "他還要求所有該黨機構繼續加強黨員的忠誠度,並設法吸引更多年輕人入黨。", "「沙巴團結黨目前正在努力突出年輕領導。當然,沙巴團結黨擁有許多年輕領導人以及合格和優質的專業人士。這些人將能夠提拔和吸引更多人年輕人和專業人士入黨……我們非常歡迎年輕人和專業人士入黨。」", "也是沙巴地政及房屋部長的佐津呼籲所有黨員支持任何被任命為代表沙巴團結黨出征大選的候選人。", "他說:「我們必須團結應對大選。」", "「我們應善用當前的政治穩定,我們可以加強黨在分部和支部層面的地位,包括在蘭瑙。這是我們更頻繁、更有效地進入基層的時候,向所有沙巴人表示,沙巴團結黨將繼續捍衛沙巴人的權利。」", "另外,他說,沙巴團結黨致力於繼續與沙盟共同鬥爭。", "「我們與沙盟的所有成員方合作,我們相互尊重,並在沙盟中實行透明、公平和公正的權力分享公式。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/25/mesyuarat-ketiga-penggal-keempat-berjalan-lancar/", "headline": "Mesyuarat Ketiga Penggal keempat berjalan lancar", "content": ["Kadzim (kanan) semasa menyambut ketibaan Hajiji (tengah).", "KOTA KINABALU: Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-16 yang masuk hari kedua kelmarin, berjalan lancar.", "Hajiji (kanan) bersalaman bersama Dr. Joachim.", "Mesyuarat sesi pagi yang dipengerusikan oleh Timbalan Speaker DUN, Datuk Ahmad Abdul Rahman seawal 10.04 pagi ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Timbalan Setiausaha DUN, Mohd Jayreh Jaya disusuli sesi pertanyaan lisan dengan enam soalan sempat dijawab. Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan sesi perbahasan Ucapan Dasar Yang di-Pertua Negeri Sabah oleh enam ADUN iaitu ADUN Sulabayan, Telupid, Tanjung Kapor, Bangi, Kunak dan Kuamut, diikuti ucapan penggulungan kementerian-kementerian yang didahului Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. ", "Suasana sekitar sesi pagi Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat DUN Keenam belas.", "Hadir pada sidang hari ini ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan-Timbalannya, Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, menteri-menteri, pembantu-pembantu menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/20/sabah-govt-will-continue-to-support-states-sportsmen-sportswomen-dr-joachim/", "headline": "Sabah Govt will continue to support state’s sportsmen, sportswomen – Dr Joachim", "content": ["Dr Joachim is delivering his speech at the dinner in conjunction with the closing of the three-day Borneo Sevens 2023 rugby tournament.", "SANDAKAN: Sabah Government is proud that the state’s sportsmen and sportswomen have been doing well at various sports and games, said Deputy Chief Minister Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.", "He said the Government has been very generous in supporting sports and games by providing financial grants to deserving sports bodies as well as incentives to the state’s sportsmen and women whenever they do well.", "“Keep up your good work and we will continue to support you.", "“Many of our sportsmen and sportswomen have donned the national jersey of their respective sport to represent Malaysia at international events. And they have done very well too.", "“Sabah’s rugby players, both men and women, are among those who have played for the country. Such developments are great for local sports in general and the game of rugby in particular,” he said at a dinner in conjunction with the closing of the three-day Borneo Sevens 2023 rugby tournament here last tonight.", "Dr. Joachim also thanked all the teams for a giving the local rugby enthusiasts spectacular moments to remember.", "“I am sure they have enjoyed three wonderful days of sheer entertainment, watching top class rugby.", "“Furthermore many of our schoolchildren had turned up to watch the matches. After witnessing such excitement on the pitch they will surely be inspired to pick up the game.", "“This tournament has also benefitted our local players too. It gave them a wonderful opportunity to pit their skills against very tough opponents, forcing them to give their best on the pitch.", "“Our state rugby players are already among the best in our country. Our Sabah Rugby Team has won the prestigious Agong’s Cup Championships five times so far. We are recognised as a rugby powerhouse in Malaysia. Our women ruggers have also been doing well with many of them being recruited to play for other states.", "“Now, having been given another opportunity to play against some very strong teams at this Borneo Sevens 2023, I am confident that our players will be able to take their level of play to yet another level. And that goes for their mental conditioning as well,” he said.", "Coming back after a three years hiatus, the Borneo Sevens 2023 was participated by seven countries namely Malaysia, Singapore, India, Australia, Thailand, Kazakhstan and Uzbeskistan.", "Dr Joachim also noted that the organiser Eagles Rugby Club has taken the opportunity to organise an Elite Coaches Course as well as a sports medicine course in conjunction with this Borneo Sevens.", "This will surely help further strengthen the foundation of sports development in our state and country, he said.", "He said with the hosting of this annual Borneo Sevens International Clubs event, rugby has once again taken centre stage.", "He is confident that this will eventually help make the game a household favourite in Malaysia.", "“To organise and host such a prestigious tournament certainly involve a lot of dedicated effort and time. Therefore I once congratulate Eagles Rugby Club for a job well done,” he said.", "The Borneo Sevens 2023 was won by the Eagles Rugby Club’s (ERC) Borneo Eagles for the men’s category and its fairer team Eagles NZ 7s for the women’s category.", "Winners of both categories received US$5,000 (RM22,428), a trophy and medals while the runners-up received US$2,500 (RM11,214), a trophy and medals."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/01/pemandu-cedera-kereta-terbabas-sampai-naik-atas-bumbung-rumah/", "headline": "Pemandu cedera, kereta terbabas sampai naik atas bumbung rumah", "content": ["Keadaan kereta jenis Proton Putra yang terbabas ke atas bumbung sebuah rumah di Kampung Padang Bongor, Kota Bharu, Kelantan.-Utusan/Media Sosial.", "KOTA BHARU: Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum melambung dan terbang ke atas bumbung tingkat bawah sebuah rumah kedai di Kampung Padang Bongor, Binjai di sini pagi kelmarin.", "Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu berlaku semasa penduduk di kampung berkenaan sedang menyiapkan juadah untuk bersahur sebelum terdengar dentuman yang kuat dari arah jalan raya.", "Menurut Utusan Malaysia, seorang penduduk, Yani Razak,40, berkata, dia bergegas keluar ke jalan raya untuk melihat kejadian itu sebelum terkejut melihat sebuah kereta jenis Proton Putra berada di atas bumbung tingkat bawah sebuah rumah kedai milik jirannya.", "Menurutnya, kereta itu dilihat seperti jatuh dari langit apabila ia berada dalam keadaan terjunam.", "“Saya juga melihat pemandu kereta terbabit yang berusia dalam lingkungan 30-an sudah berada di luar kereta selepas dibantu oleh beberapa penduduk kampung.", "“Melihat kepada keadaan kereta yang seolah-olah terbang ke atas bumbung itu, saya mengesyaki kereta tersebut dipandu laju sebelum hilang kawalan di kawasan selekoh berhampiran rumah terbabit,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian kelmarin.", "Yani memberitahu, dia melihat mangsa cedera pada bahagian kaki kiri sebelum lelaki itu dibawa ke hospital dengan ambulans.", "Katanya, laluan di kawasan itu sudah beberapa kali berlaku kemalangan termasuk kedainya juga sudah dua kali dirempuh kereta.", "“Sebelum ini, ada beberapa pagar rumah penduduk rosak akibat dirempuh kereta yang melalui kawasan selekoh itu,” ujarnya.", "Difahamkan, pemandu kereta dan penyewa rumah yang terlibat dalam kejadian itu masih belum membuat laporan polis berhubung nahas terbabit.", "Pemandu cedera, kereta terbabas sampai naik atas bumbung rumah"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/20/inovasi-pek-makanan-segera-untuk-mangsa-bencana-james/", "headline": "Inovasi pek makanan segera untuk mangsa bencana – James", "content": ["James (tengah) merakamkan gambar dalam Sambutan Hari Keluarga Peringkat KPMKR", "KOTA KINABALU: Sabah menghasilkan inovasi pek makanan segera yang pertama di Malaysia khusus untuk mangsa bencana.", "Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib berkata pek makanan tersebut merupakan inovasi kementeriannya menerusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah sebagai salah satu strategi mendepani bencana di negeri ini.", "“Ini adalah inovasi kementerian saya iaitu pek makanan segera menggunakan teknologi retort, tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna yang dihasilkan oleh JPKA Sabah.", "“Pek ini mempunyai tiga menu iaitu kurma daging dan kentang, daging gulai kawah dan daging masak hitam yang masing-masing dilengkapi dengan nasi putih.", "“Untuk pek ini sangat mudah, cepat dan berkhasiat hanya buka dan tuang air ke dalamnya dalam masa 12 hingga 15 minit dia akan masak dan sedia untuk dimakan,” jelasnya.", "Mengulas lanjut persiapan kementerian itu, ujar James, pihaknya kini telah bersiap siaga dan akan memperuntukan sehingga 300 pek di setiap daerah yang berpotensi dilanda bencana.", "“Ini adalah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pertama bagi kementerian dan ia menunjukkan bahawa kita telah bersiap siaga menghadapi bencana.", "“Apabila berlaku bencana, pek makanan inilah yang akan kita edarkan di pusat-pusat pemindahan sementara kepada para mangsa serta semua petugas, sebelum makanan sampai kerana ia mudah, cepat dan berkhasiat.", "“Setakat ini, kita memperuntukkan 200 hingga 300 pek makanan ke setiap daerah yang dilanda bencana seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran dan sebagainya,” katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Keluarga Peringkat KPMKR di sini, pada Khamis.", "Terdahulu dalam ucapannya, James yang dilantik ke jawatan terbabit sejak 11 Januari lalu, berharap warga kementeriannya dapat memberikan kerjasama dan meneruskan momentum kecemerlangan khususnya program di bawah “Sabah Maju Jaya” (SMJ). ", "“Saya dimaklumkan bahawa pencapaian program-program berimpak tinggi SMJ iaitu Program Homeward, Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPKK) dan JHEWAnita setakat Disember 2022 adalah melebihi jumlah sasaran yang ditetapkan.", "“Saya dimaklumkan juga bahawa semua inisiatif SMJ di bawah kementerian ini telah dilaksanakan sepenuhnya bagi tahun 2022 dan sebahagian besarnya melebihi sasaran yang ditetapkan,” tambah beliau."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/30/interpol-cari-wanita-singapura-terlibat-penipuan-peperiksaan/", "headline": "Interpol cari wanita Singapura terlibat penipuan peperiksaan", "content": ["Poh Yuan Nie", "SINGAPURA: Polis Antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan notis amaran terhadap seorang wanita di sebalik sindiket penipuan peperiksaan di Singapura melibatkan penggunaan telefon bimbit dan fon telinga yang dilekatkan pada tubuh pelajar.", "Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, Poh Yuan Nie, 57, mengetuai penipuan tersebut bersama tiga rakan yang kesemuanya telah dipenjarakan.", "Yuan Nie yang merupakan bekas pengetua pusat tuisyen tempatan, sepatutnya memulakan hukuman penjara selama empat tahun pada September lalu, tetapi dilaporkan telah melarikan diri ke luar negara.", "Polis di negara kota singa itu mengeluarkan waran tangkap untuk menahan Yuan Nie yang juga dikenali sebagai Pony, November lalu. ", "Polis Singapura kemudian memohon notis merah daripada Interpol pada Disember lalu dan telah merayu untuk mendapatkan maklumat mengenai keberadaan bekas guru itu.", "Penipuan melibatkan suspek dilaporkan berlaku selama beberapa hari pada Oktober 2016 ketika pelajar menduduki tiga peperiksaan kemasukan ke institusi pengajian tinggi.", "Menurut media tempatan, Pusat Pendidikan Zeus yang dikendalikan Yuan Nie terlibat menyediakan tuisyen kepada enam pelajar berumur 17 hingga 20 tahun untuk membantu mereka lulus dalam peperiksaan dan berjaya memasuki kolej vokasional tempatan.", "Yuan Nie dibayar 8,000 dolar Singapura (RM25,845) bagi setiap pelajar serta tambahan 1,000 dolar Singapura (RM3,230) bagi yuran kemasukan tetapi wang itu akan dikembalikan sepenuhnya jika mereka tidak lulus.", "Kesemua pelajar warga China itu kemudian menduduki kertas peperiksaan mereka di lokasi berbeza sambil dibantu Yuan Nie serta rakannya yang memberikan jawapan kepada setiap soalan menggunakan alat fon telinga kecil.", "Telefon bimbit dan peranti bluetooth telah dilekatkan pada badan setiap pelajar oleh Yuan Nie dan dua rakannya untuk melihat kertas soalan secara langsung dan disembunyikan dengan teliti di bawah pakaian mereka.", "Penipuan itu terbongkar apabila seorang penyelia peperiksaan mendengar bunyi transmisi luar biasa dari salah seorang pelajar yang terlibat dalam penipuan tersebut.", "Interpol cari wanita Singapura terlibat penipuan peperiksaan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/03/lelaki-rakam-video-tiktok-di-rumah-mangsa-dibunuh/", "headline": "Lelaki rakam video TikTok di rumah mangsa dibunuh", "content": ["LONDON: Seorang lelaki yang membunuh wanita warga emas berusia 71 tahun, sempat merakam beberapa video TikTok sedang menari bersama seorang model di kediaman mangsa di England.", "Menurut Utusan Malaysia, Mirror melaporkan, Mohammed El-Abboud merakam video dirinya menari bersama teman wanita rakan subahatnya, Maria Amariucai di rumah Louise Kam yang terletak di Barnet Utara London", "Mirror", "Mohammed yang bekerja sebagai penghantar barang, memuat naik video aksi menari berdua itu di hartanah mangsa, seolah-olah mereka adalah pemilik kediaman tersebut.", "Mohammed bersama rakan subahatnya, Kusai Al-Jundi berkomplot untuk mencuri dan menipu Kam menandatangani dokumen surat kuasa bagi membolehkan mereka memperolehi hartanah mangsa bernilai jutaan Pound.", "Selepas penipuan demi penipuan dalam cubaan untuk memperdaya Kam, mereka akhirnya membunuh mangsa dengan kejam pada Julai 2021.    ", "“Tetapi apabila helah itu tidak menjadi, dia bersama Mohammed mencekik mangsa dengan wayar pengering rambut di kediaman mangsa.", "“Komplot mereka terdedah apabila Mohammed menceritakan kisah sebenar kepada Amariucai,” jelas laporan itu. ", "Kini, Mohammed dan Kusai masing-masing dikenakan hukuman penjara 35 tahun selepas didapati bersalah membunuh Kam yang mereka cuba jerat mangsa dalam penipuan cinta bernilai 4.6 juta Pound (RM24.17 juta).", "Dilaporkan, Amariucai pula berpaling tadah dan menjadi saksi utama kes berkenaan. ", "Lelaki rakam video TikTok di rumah mangsa dibunuh"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/15/%e9%a6%96%e9%95%b7%ef%bc%9a%e5%82%b3%e6%89%bf%e5%9c%8b%e5%ae%b6%e9%81%ba%e7%94%a2-%e5%bb%ba%e8%ad%b0%e6%89%93%e9%9f%bf%e9%a6%ac%e4%be%86%e6%ad%a6%e8%a1%93%e5%90%8d%e5%a0%82/", "headline": "首長:傳承國家遺產 建議打響馬來武術名堂", "content": ["(必打丹十五日訊)沙巴首長拿督斯里哈芝芝表示,沙巴的馬來武術協會需要設法提升知名度,以傳承國家遺產。", "他說,這包括吸引年輕一代對馬來武術作為自衛方式的興趣。", "「沙巴的馬來武術活動不如半島那麼活躍或規模大,因為在沙巴,空手道和跆拳道等武術在沙巴社會占主導地位。」", "「馬來武術協會和其他非政府機構,特別是文化協會應該考慮到這一現象,以便將馬來武術活動納入有組織的計畫中。」", "「我鼓勵年輕人涉足任何與體育相關的領域,尤其是馬來武術。它不僅能打發空閒時間,還能讓自己遠離惡習,最重要的是,它是一個可以保衛自己的方式。」", "首長今日在必打丹為沙巴國際馬來武術活動致詞時如此表示,起講稿由副首長兼工程部長拿督沙喜爾米代讀。", "同時,這個國際馬來武術節也恰逢其時,除了讓遊客有機會看到各種馬來武術外,這個節日也能夠在世界的眼中宣傳沙巴,從而吸引遊客前來。", "因此,他建議主辦單位與旅遊、文化和環境部及其機構合作,將馬來武術節列入旅遊年曆,作為吸引遊客的另一個賣點。", "「我相信透過這樣的節日,可以吸引很多遊客來沙巴旅遊。事實上,馬來武術藝術不僅在我國及馬來群島廣為人知,在國外也開始打響知名度。」", "「許多外國人,包括來自西方國家的遊客,來到馬來西亞和印尼,只是為了學習馬來武術。這表明馬來武術藝術與其他武術具有可比性。」", "哈芝芝表示,沙巴政府透過沙巴青體育部大力鼓勵年輕人參與包括馬來武術在內的休閒和體育活動。", "他說:「我希望這樣的節日能夠發掘沙巴馬來武術的年輕人才,並在未來為沙巴和國家揚名。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/13/kompleks-jkkn-silihon-longkod-kecemerlangan/", "headline": "Kompleks JKKN silihon longkod ‘kecemerlangan’", "content": ["KOTA KINABALU: Kompleks Koupisan Kesenian om Koubasanan Negara (JKKN) silihon do Longkod ‘Kecemerlangan’ siktor kesenian om koubasanan tungkusan pogun.", "Kumoduo Montiri Ponombuluyan, Seni om Koubasanan Malaysia (MOTAC), Khairul Firdaus Akbar Khan minoboros, monigampot dilo’, mogisuaian inggisaman maan poindalano’ montok papagaras om poposindak kompleks JKKN sumili songinan Longkod Kecemerlangan.", "“Wookon inggisaman di pinoindalan nopo miampai popogompit lobi kogumu’ koisaan om kotinanan popoburu’ pomorunan nogi’ tongo’ kotinanan okon koporintaan (NGO) id tikid ababayan i poonjuron tooku miagal diti baino’ mooi do koilo om karati yolo’ do tingkananon kopio komontirian tokou.", "“Miampai kogogonopan kakamot di korungod nogi’ mogisusuai kasasanangan i pinosodia’ id Kompleks JKKN, manahak tokou kosiwatan kumaa koinsanai popoburu’ pomorunan mantad tikid nayatan do ‘berkarya’.", "“Suai ko ilo’, ponginsomokan id kinoiyonon kiguno inggumuan miagal momonsoi ababayan kumaa watas ngaawi’ montok mongintutun tongo’ bakat di haro montok poinggoyoon tokou id longkod kecemerlangan maya’ pigludaan om kurusus doid kaganaan seni om koubasanan,” ka disio ontok minoboros id Kinopoimaganan Ababayan Poposindak Seni Koubasanan Kompleks JKKN Sabah 2023 ‘Orang Kita Budaya Kita’ do hiti, di tadau Ko’onom.", "Ababayan dilo’ i pinoindalan solinaid duo tadau minimpuun di tadau Ko’onom sinuangan do mogisusuai ababayan wookon nopo Senam Seni Zumba, pokikitanan kraft, Bazar Seni, Bingkil Kakamot Tuunion Sekafi, Open Mic Karaoke, kelas pangahakana seni sayau om teater, pokikitanan sinasawat om sayau koubasanan.", "Nokotindapou nogi’ i Monunurat Bohogian Totuo (Koponguludan) MOTAC, Datuk Saharuddin Abu Sohot, Kumoduo Luguan Potunud Siktor Katatapan om Pamalanan JKKN, Mohd Amran Mohd Haris; Potunud Kopoburuan Bohogian Seni Koubasanan JKKN, Ronan Abdul Rahman om i Potunud JKKN Sabah, Jasmi Rasit."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/10/jakmas-kktf-ums-anjur-festival-kesenian-islam-peringkat-kebangsaan/", "headline": "JAKMAS KKTF UMS anjur Festival Kesenian Islam peringkat kebangsaan", "content": ["Dr Kasim melawat tapak ‘merewang’ memasak bubur lambuk.", "KOTA KINABALU: Seramai 39 peserta mengambil bahagian pada Festival Kesenian Islam 2023 (FKI’23) peringkat Kebangsaan anjuran Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF), Universiti Malaysia Sabah (UMS).", "Kesemua peserta terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah, serta pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.", "Program yang berlangsung selama tiga hari di Dewan Serbaguna KKTF dirasmikan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor, kelmarin.", "Menurut Dr. Kasim, penganjuran FKI’23 amat signifikan dengan keperluan generasi pada masa ini.", "“Program ini memberi pendedahan meluas mengenai kesenian dalam Islam merangkumi pelbagai aspek seperti seni suara, pertahanan diri, sukan, tulisan dan sebagainya.", "“Program kerohanian seperti ini juga membuka peluang kepada masyarakat untuk mendekatkan diri dengan Islam dan menambah ilmu seni kebudayaan Islam.", "“Ia juga merupakan platform bagi membincangkan hal-hal berkaitan isu agama yang dihadapi oleh generasi muda terutamanya dalam kalangan pelajar,” katanya.", "Dr. Kasim turut mengalu-alukan penganjuran program tersebut yang disifatkannya mampu menerapkan seni warisan Islam dalam institusi masyarakat.", "“Saya sangat mengalu-alu program seumpama ini dan berharap penganjurannya akan terus berkesinambungan pada masa akan datang,” katanya.", "Sementara itu, Pengarah Program Nurhikmah Kasiran ketika dihubungi berkata, sebanyak enam pengisian telah diadakan sepanjang FKI’23.", "“Antaranya, pertandingan Tilawah al-Quran, laungan azan, seni khat, pidato umum, sirah nabi dan acara ‘merewang’ memasak bubur lambuk.", "“Kita juga telah mengadakan Quran Hour secara hibrid sempena Nuzul Al-Quran pada 8 April 2023,” katanya.", "Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya. Dr. Raman Noordin; Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Mohd Raffie Hj. Janau; dan Pengetua KKTF, Dr. Khair Beddu Asis."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/14/tourists-first-fime-visit-to-sabah-highlights-safety-beauty/", "headline": "Tourist’s first fime visit to Sabah highlights safety, beauty", "content": ["Joniston speaking to Steve Kane, 70, and Sail Malaysia Managing Director Sazli Kamal Basha.", "LAHAD DATU: In an exciting first-time journey, 70-year-old Steve Kane from Las Vegas Nevada set foot in Sabah just four weeks ago through the Sail Malaysia Rally.", "Kane’s visit not only marked his first experience in North Borneo, the Land Below The Wind, but also his inaugural exploration of Malaysia and Southeast Asia. ", "Delighted by his time spent here, Kane’s impressions highlight the safety and charm of Sabah, leaving an indelible mark on his perception.", "“It’s a picturesque state that’s very different from my home country. I’m loving every minute of my time here,” he remarked, emphasising the sheer delight he found in discovering Sabah’s unique blend of culture, architecture and natural splendor.", "What struck Kane as particularly exceptional was the state’s commitment to safety, praising the efforts of the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) and recognising its critical role in providing a safe maritime environment.", "“I was impressed with the safety and the ESSCOM. I have no fear of pirates,” Kane confidently declared, adding to Sabah’s reputation as a safe destination for tourists seeking peace of mind while indulging in adventure.", "Kane’s journey to Sabah was sparked by an invitation from a friend to join Sail Malaysia, where they set sail from the Philippines to Kota Kinabalu as the first starting point in Sabah.", "Prior to his visit, Kane admitted to being unaware of Sabah’s existence, even mistaking Borneo for an independent country. ", "“I’ve never been to Malaysia and in fact, this is my first time travelling to Southeast Asia. Now, I have learnt that Borneo is a vast island and shared by three nations.", "“I had a great time here and we have gone to a few ports. I am very much impressed by what I had seen and experienced,” he said, expressing his enthusiasm to recommend Sabah to friends in the boating and tourism industry.", "Kane, who celebrated his birthday Saturday, said he would like to return to Sabah in the future, a desire shared by many of his fellow sailors.", "On Saturday, W Bay Payang hosted a cultural dinner for the Rally’s participants which was attended by Assistant Tourism, Culture and Environment Minister cum Sabah Tourism Board (STB) ChairmanDatuk Joniston Bangkuai. ", "Present were Lahad Datu District Officer Firuz Idzualdeen Mohd Dzul, Sail Malaysia Managing Director Sazli Kamal Basha, Lahad Datu Tourism Association Chairman Joe Wong, Rural Tourism Association Sabah (Fertas) President Walter Kandayon, and local community.", "This year’s Sail Malaysia has garnered the participation of 20 boats from the United States, Australia, South Africa, United Kingdom, New Zealand, Canada, France, and the Philippines.", "Among this fleet, 12 vessels sailed into Lahad Datu’s waters while the rest berthed in Kota Kinabalu’s habour.", "During the dinner, Joniston mingled with the audience and listened to their experience as well as encounters throughout their sailing journey.", "He emphasised the profound significance of the Sail Malaysia Rally for Sabah, particularly its rural districts, and called on the participants to spread the words about the state’s numerous attractions and that it is a safe destination to visit.", "“It  showcases not only the natural beauty of Sabah’s coastal areas but also provides a unique opportunity for the rural communities to engage with a global audience, fostering cultural exchange and economic growth.", "“By consistently attracting the sailing community to Sabah’s shores, we can become a prominent hub for maritime tourism activities,” he said.", "Throughout their journey through Sabah’s waters, participants will stop at numerous locations to discover the state’s beauty, including Kudat, Kunak, Kinabatangan, Sandakan and Semporna.", "Joniston was in Lahad Datu for an official working visit to engage with the tourism industry players and stakeholders in the district.", "Yesterday, Joniston met with the Dusun Segamo community and launched their newly built floating jetty base, which is funded by the Tourism, Culture and Environment Ministry."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/13/mane-tumbuk-sane-selepas-bayern-kalah/", "headline": "Mane tumbuk Sane selepas Bayern kalah", "content": ["Sadio Mane dikatakan menumbuk Leroy Sane selepas Bayern Munich kalah 3-0 kepada Manchester City.", "BERLIN: Tidak sampai sebulan selepas mengambil alih Bayern Munich, Thomas Tuchel sudah pening dengan ‘drama’ yang tercetus apabila dua bintangnya, Sadio Mane dan Leroy Sane bergaduh sesama sendiri.", "Penyerang Senegal, Mane dilaporkan menumbuk muka Sane dalam pergaduhan di bilik persalinan selepas Bayern kalah 3-0 kepada Manchester City pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara semalam.", "Menurut Utusan Malaysia, media Jerman melaporkan, kedua-dua pemain bertengkar selepas perlawanan sehingga terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan.", "Bild melaporkan, bekas pemain sayap City, Sane dipukul di bahagian muka hingga luka di bibir.", "Bild", "Bayern enggan memberikan sebarang komen mengenai pergaduhan berkenaan.", "Bild melaporkan pertelingkahan itu bermula ketika dalam perlawanan lagi dan terdapat rakaman mengenai pertengkaran berkenaan.", "Bild", "Kekalahan itu adalah yang terbesar buat Bayern dalam saingan Liga Juara-Juara sejak 2017.", "Juara Eropah enam kali itu kini berdepan harapan tipis untuk memperbaiki defisit dimiliki pada aksi kedua suku akhir nanti.", "Mane tumbuk Sane selepas Bayern kalah"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/12/beri-peluang-kedua-kepada-bekas-banduan-jin-zhe/", "headline": "Beri peluang kedua kepada bekas banduan – Jin Zhe", "content": ["Benedick (enam dari kanan) bersama Ibrisam (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama para majikan.", "KOTA KINABALU: Bekas banduan perlu diberi peluang kedua untuk kembali kepada masyarakat agar dapat mengurangkan kadar pengulangan jenayah.", "Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Phoong Jin Zhe berkata, keberkesanan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia terutamanya di Sabah membuahkan hasil yang baik dalam membantu bekas banduan.", "“Semenjak sistem parol diperkenalkan sejak awal tahun 2008, Jabatan Penjara Malaysia telah melepaskan lebih kurang seramai 4,181 Orang Yang Diparol (ODP) daripada tembok penjara ke dalam komuniti.", "“Selain itu, kolaborasi Jabatan Penjara bersama syarikat korporat dan majikan dalam PDK mampu memberi peluang pekerjaan dan sumber pendapatan yang tetap dalam membantu bekas banduan menjalani kehidupan yang lebih terurus dan terjamin.", "“Program seperti ini akan memberi peluang kepada anak bangsa kita untuk kembali ke pangkal jalan dan membina kehidupan baru sebagai insan yang berguna kepada bangsa dan negara.", "“Sekiranya banduan tersebut tidak diberi peluang pekerjaan atau mendapat peluang menjalani Perintah Parol dan hanya menghabiskan tempoh hukumannya dalam penjara sahaja, kita tentu akan kerugian tenaga dan masa orang banduan tersebut yang jelas berpotensi untuk turut bersama membangunkan ekonomi negara,” katanya.", "Beliau berucap demikian dalam Program Karnival Kerjaya Orang yang Diparol (ODP), Orang Bebas Berlesen (OBB) dan Orang Yang Diselia (ODS) Bersama Majikan Melalui Program Corporate Smart Intership (CSI) di Dewan Mini Penjara Pusat Kota kinabalu.", "Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (1) Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah, Benedick Bisoni.", "Di samping itu, beliau menyeru kepada masyarakat untuk memberi sokongan kepada Jabatan Penjara Malaysia demi membantu anak bangsa seterusnya dapat mengurangkan salah laku jenayah di Sabah.", "Dalam ucapannya, Phoong turut menjelaskan terdapat 20 syarikat yang telah berkolabrasi dengan Jabatan Penjara di bawah Program CSI, beliau mengharapkan agar jumlah penglibatan majikan atau syarikat korporat di dalam Program CSI akan terus meningkat dari semasa ke semasa.", "Hadir sama, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Datuk Ibrisam Abdul Rahman; Penolong Kanan Komisioner (Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan), Abd Rauf Lang Pasih dan Timbalan Komisioner Penjara (Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara Malaysia), Zawari Abdul Rashid."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/22/pelajar-cemerlang-spm-matunggong-terima-insentif-27-julai-ini/", "headline": "Pelajar cemerlang SPM Matunggong terima insentif 27 Julai ini", "content": ["SMK Matunggong- gambar sumber Facebook", "MATUNGGONG: Program Memperkasa Kecemerlangan Akademik daerah Matunggong akan diadakan di Dewan Terbuka Pekan Matunggong pada 27 Julai 2023.", "Program ini dianjurkan oleh Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.5 Matunggong dengan kerjasama Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR).", "Program ini bertujuan untuk memberikan seberapa banyak input kepada para lepasan SPM dan STPM mengenai peluang melanjutkan pengajian serta bantuan kewangan kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS.", "Julita Majungki ", "Pengerusi pelaksana program, Wellson Magusun berkata, Pembantu Menteri Kewangan I, Datuk Julita Majungki yang juga ADUN N.5 Matunggong akan menyempurnakan perasmian program ini.", "Semasa program ini nanti, Julita juga akan menyerahkan insentif wang tunai sejumlah RM54,300 kepada 91 orang pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan sekurang-kurangnya 5A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022.", "“Pemberian insentif wang tunai  ini adalah pemberian kali ketiga berturut-turut sejak Datuk Julita menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan N.5 Matunggong,” kata Wellson.", "Wellson Magusun", "Program sehari ini akan dihadiri oleh beberapa pempamer pendidikan daripada IPTS yang terdapat di Negeri Sabah.", "Selain itu, tiga agensi kerajaan yang terlibat dengan pemberian biasiswa dan pinjaman pendidikan juga turut memberikan taklimat.", "“Saya mengharapkan agar semua lapisan masyarakat, ibu bapa, lepasan SPM dan STPM tahun 2022 supaya dapat meluangkan masa menghadiri program ini.", "“Mari bersama merealisasikan aspirasi pemimpin kita untuk mengangkat anak-anak Matunggong cemerlang dalam bidang pendidikan,” ujar Wellson lagi."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/21/misteri-sekeluarga-diracun-terbongkar-mangsa-kahwini-pembunuh-bersiri/", "headline": "Misteri sekeluarga diracun terbongkar, mangsa kahwini pembunuh bersiri", "content": ["Rumah sewa di Ciketing Udik di bandar Bekasi disita polis selepas menjadi lokasi kejadian pembunuhan tragis tiga sekeluarga yang diracun bapa tiri.", "JAKARTA: Kes sebuah keluarga yang disyaki mangsa keracunan makanan terbongkar selepas polis berjaya menahan tiga suspek yang terlibat merancang pembunuhan kejam itu.", "Menurut Utusan Malaysia, Kompas.com melaporkan, selepas seminggu menjalankan siasatan, polis mendapati kesemua mangsa sememangnya diracun oleh kumpulan pembunuh bersiri yang diketuai oleh suami mangsa.", "Kompas.com", "Ai Maimunah, 40; dan dua anaknya hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, Ridwan Abdul Muiz, 23, dan Muhammad Riswandi, 17, meninggal dunia akibat diracun suspek di sebuah rumah sewa di Ciketing Udik di bandar Bekasi.", "Sementara anak bongsu mangsa bersama suspek berusia lima tahun terselamat dan kini dirawat di hospital.", "Jenazah ketiga-tiga mangsa dituntut bekas suami Maimunah dan dikebumikan di Cianjur.", "Ketua Polis Metro Jaya, Fadil Imran berkata, misteri kes itu terungkai selepas polis menangkap suami mangsa, Wowon Erawan atau  dikenali sebagai Aki yang ghaib selepas kejadian itu bersama seorang lagi suspek, Solihin atau Dulah serta adik Wowon yang turut mengalami keracunan, Muhammad Dede Solehudin. ", "“Muhammad dinamakan sebagai suspek selepas lakonannya meminum kopi yang sudah dituang racun terbongkar.", "“Pihak polis turut memeriksa muntah yang berada di dalam rumah tersebut dan keputusan menunjukkan sampel itu mengandungi larutan racun perosak yang menjadi penyebab kematian tiga mangsa yang diracun itu.", "“Polis mendapat petunjuk penting yang mendedahkan jenayah tiga suspek ini selepas menemui sisa-sisa sampah hangus yang dikesan adalah pembungkus racun perosak tersebut,” jelasnya. ", "Menurut Fadil, peristiwa sadis meracuni keluarga sendiri itu merupakan permulaan kepada terbongkarnya jenayah mereka yang disimpan selama bertahun-tahun", "“Selepas Wowon ditangkap, pencarian semakin bertambah apabila pihak berkuasa menjumpai beberapa bahan bukti dan fakta lain bahawa Wowon bersama dua lagi suspek telah membunuh ramai orang di wilayah Cianjur di Jawa Barat.", "“Wowon juga diketahui bertindak kejam meracun isteri dan dua anak tirinya itu kerana merasa terancam selepas mereka secara tidak sengaja mengetahui tentang pembunuhan yang berlaku di Cianjur,” kata Fadil. ", "Terdapat tiga kubur mangsa pembunuhan ditemukan selepas pasukan polis dan perubatan forensik melakukan siasatan lanjut di Cianjur. ", "“Jika diperincikan, seramai sembilan nyawa sudah diragut ketiga-tiga suspek dan ada mayat yang dibuang ke laut namun kami masih meneruskan siasatan jika terdapat lebih ramai lagi korban. ", "“Modus operandi mereka adalah menipu duit mangsa konon untuk menjadikan mereka lebih kaya melalui kuasa ilmu hitam tetapi apabila helah terbongkar, mereka akan membunuh dengan meracun mangsa-mangsa mereka,” jelasnya lagi.", "Misteri sekeluarga diracun terbongkar, mangsa kahwini pembunuh bersiri"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/29/discussion-on-stem-development-in-sabah/", "headline": "Discussion on STEM development in Sabah", "content": ["Hajiji (second right) presenting a memento to Chang after the courtesy call.", "KOTA KINABALU: An entourage from the Federal Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) led by Minister Chang Lih Kang paid a courtesy call to Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor at Menara Kinabalu here today.", "Also in the entourage were Deputy Minister Datuk Arthur Kurup, MOSTI Secretary-General Datuk Ts Dr Aminuddin Hassim and director of agencies under the ministry.", "Hajiji (right) in a discussion with Chang.", "Among the issues discussed were pushing the development of science, engineering, technology and mathematics (STEM) in Sabah."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/09/wanita-mengaku-salah-laku-khianat-di-rumah-madu/", "headline": "Wanita mengaku salah laku khianat di rumah madu", "content": ["Siti Fazira Mohd. Sofian (tengah) yang dituduh melakukan khianat di rumah madunya dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman di Kemaman, Terengganu.", "KEMAMAN : Seorang wanita yang juga isteri ketiga kepada seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman, kelmarin atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan cermin kereta dan motosikal berkuasa tinggi milik suami di rumah madunya di Taman Gong Pauh, di sini, Ahad lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Siti Fazira Mohd. Sofian, 28, yang merupakan peniaga kedai emas membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.", "Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja melakukan khianat dengan mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta jenis Mercedes-Benz dan merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Gold Wing menggunakan bakul mengisi buah kira-kira pukul 2.15 petang, di kediaman madunya itu.", "Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.", "Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan semula untuk fakta dan hukuman pada 15 Mac ini.", "PadaAhad lalu, wanita itu dilaporkan bertindak menceroboh masuk kediaman madunya yang merupakan isteri kedua selepas berang suaminya yang merupakan peniaga penyaman udara kenderaan, tidak pulang ke rumahnya selama dua hari.", "Dalam kejadian tersebut, berlaku pertengkaran mulut serta pergelutan antara kedua-kedua wanita itu menyebabkan madunya yang berusia 34 tahun mengalami luka di bahagian jari dan kereta BMW milik tertuduh turut dirosakkan wanita itu. ", "Wanita mengaku salah laku khianat di rumah madu"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/12/kobolingkahangan-koonuan-internet-id-penampang-kadamaian-onuan-kopomodulian/", "headline": "Kobolingkahangan koonuan internet id Penampang, Kadamaian onuan kopomodulian", "content": ["Ewon (tanga’) miampai upisor tangakawas SKMM Sabah ontok kinotombuluyan id upis SKMM Sabah, Kota Kinabalu.", "KOTA KINABALU: Kobolingkahangan koonuan internet i amu songkuro kosontob id watas Parlimen Penampang om Lintuhun Koundangan Pogun (DUN) Kadamaian nakaramit kopomodulianan mantad di Datuk Ewon Benedick, mobi’ rayat watas dilo’.", "Ewon po nogi’ Montiri Koburuon Mongungusaha’ om Koperasi pinoposiwat timpu tuminindapou id upis Suruhanjaya Piromutan Multimedia Malaysia (SKMM) do hiti di tadau Koduo montok minokinongou kopointalnagan kokomoi hal ngaawi’ koonuan internet id goduduo watas di obian disio.", "Kopointalangan Ponorisidan Koonuan Piromutan (Analisis Liputan Komunikasi) montok kokompungan id watas Penampang om Kinapawaladan Kopoindalanan Palan Jalinan Digital Negara (Jendela) id Sabah pinatahak di Potunud SKMM Pogun Sabah, Izani Othman, Potunud (Kopotundaan) SKMM Sabah, Reuben James Pailus om Potunud (Kawalselia), Suhaila Jaffar.", "Nokotindapou nogi’ i Kumoduo Potunud (Unit Pamalanan om Kopoindalanan Infrastruktur), Muhammad Rizal Abdul Lani om Kumoduo Potunud (Unit Panamangan Kualiti), Izan Afzan Selamat.", "Tumanud ponorisidan koonuan piromutan montok ruputan kokompungan id watas Penampang mantad 21 kampung i kiharo kobolingkahangan internet, pipiro kampung nokosuang no id palan kapamanasaian ‘menara’ wagu JENDELA Fasa 1.", "Menara wagu id sahau Palan JENDELA Fasa 1 nopo nga’ Kg.Kipouvo, Kg.Timpangoh, Kg.Kibunut, Kg.Togudon, Kg.Buayan om Kg.Timpangoh Sugud.", "Naamot projik ‘Broadband Wireless Access (BWA) nopo nga’ id Kg.Buayan, Kg.Kibambangan om Kg.Sarapong."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/11/lelaki-mengaku-salah-tumbuk-mesin-atm/", "headline": "Lelaki mengaku salah tumbuk mesin ATM", "content": ["P. Manoharan (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi didakwa atas pertuduhan melakukan khianat dengan menumbuk skrin mesin ATM sebuah bank di pekan Lukut, Port Dickson", "SEREMBAN: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan menumbuk skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di pekan Lukut, Port Dickson, kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, tertuduh, P.Manoharan, 50, yang hadir dalam keadaan kaki luka akibat terjatuh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohd. Firdaus Salleh.", "Pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jawin Kaur memohon satu tarikh untuk dibacakan fakta kes dan hukuman di Mahkamah Majistret Port Dickson.", "Mengikut pertuduhan, Manoharan didakwa telah melakukan khianat iaitu merosakkan skrin mesin ATM dengan menumbuk mesin tersebut.", "Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di pekan Lukut, Port Dickson pada pukul 11.10 pagi, 9 Januari lalu.", "Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.", "Terdahulu dalam prosiding kes, tertuduh memohon hukuman yang ringan dan memberitahu mesin ATM itu tidak mengeluarkan duit.", "“Masa ambil duit, duit tidak keluar, memang saya salah dan minta rayu,” katanya.", "Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Iwana Sakinah Mohd. Lajis yang mewakili tertuduh memohon jaminan yang paling rendah atas alasan lelaki itu akan dijamin oleh isterinya yang merupakan suri rumah serta dua daripada empat anaknya adalah orang kurang upaya (OKU).", "Mahkamah kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM2,000 dan menetapkan kes itu disebut semula pada 8 Februari depan untuk dibacakan fakta kes dan hukuman di Mahkamah Majistret Port Dickson.", "Semalam media melaporkan seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan polis selepas bertindak menumbuk mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di pekan Lukut, Port Dickson pada 9 Januari lalu.", "Tangkapan suspek dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita berusia 54 tahun yang merupakan pembantu pengurus di bank berkenaan.", "Wanita itu memberitahu telah didatangi suspek pada pukul 11.10 pagi kelmarin untuk mengeluarkan wang sebelum suspek tiba-tiba menumbuk mesin ATM, walaupun telah dihalang oleh pengawal keselamatan.", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/01/lelaki-mengaku-salah-tumbuk-mesin-atm/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/01/lelaki-mengaku-salah-tumbuk-mesin-atm/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/26/rakyat-kanada-harapkan-bantuan-bakul-makanan/", "headline": "Rakyat Kanada harapkan bantuan bakul makanan", "content": ["Sukarelawan menyusun barangan runcit yang disumbangkan kepada bank makanan itu di Toronto, Kanada.", "TORONTO: Ratusan ribu rakyat Kanada yang terkesan mengharapkan bantuan bakul makanan pada setiap bulan ekoran kadar inflasi yang terus melambung tinggi sehingga menekan kos sara hidup mereka.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Eksekutif program Daily Bread Food Bank di Toronto, Neil Hetherington  berkata, pihaknya membekalkan bantuan bakul makanan bagi meringankan perbelanjaan rakyat.", "“Penduduk benar-benar mengalami krisis makanan di negara ini termasuk di bandar Toronto,” katanya dalam satu temubual bersama AFP.", "Jelas beliau, pihaknya menyaksikan peningkatan dua kali ganda bilangan penduduk menggunakan perkhidmatan bakul makanan itu semasa pandemik Covid-19 iaitu purata 120,000 orang sebulan.", "Kata Hetherington, jumlah itu terus meningkat kepada 270,000 orang pada Mac lalu.", "Menurut beliau, sebanyak 128 bank makanan di seluruh Toronto bergabung dengan program Daily Bread Food Bank.  ", "Jelasnya, ramai individu yang mendapatkan bantuan bakul makanan itu mempunyai pekerjaan sepenuh masa.  ", "“Namun, mereka masih tidak dapat menampung kehidupan,” katanya. ", "Walaupun secara keseluruhan inflasi menurun kepada 4.3 peratus pada Mac daripada kadar 8.1 peratus pada Jun lalu, harga makanan kekal tinggi pada sekitar 10 peratus tahun ke tahun.", "Dalam pada itu, Hetherington berkata, ramai rakyat Kanada juga dibelenggu kos tempat tinggal yang tinggi selepas harga hartanah meningkat tahun lalu, sekaligus menambah beban kos sara hidup. ", "Rakyat Kanada harapkan bantuan bakul makanan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/16/kerjasama-kerajaan-negeri-media-bantu-sampaikan-hasrat-kerajaan/", "headline": "Kerjasama Kerajaan Negeri, media bantu sampaikan hasrat Kerajaan", "content": ["Rosmadi (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan media kepada Peter.", "KOTA KINABALU: Kerjasama kerajaan negeri dan media amat penting dalam membantu menyampaikan hasrat kerajaan.", "Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk (Datu) Rosmadi Datuk Sulai berkata, kerjasama berkenaan penting dalam memastikan maklumat yang disalurkan kepada rakyat adalah tepat dan tidak diputar belit.", "“Hasrat kerajaan adalah untuk memastikan kesejahteraan rakyat hingga ke peringkat akar umbi.", "“Pelbagai cabaran kini dihadapi oleh kerajaan dalam memastikan maklumat dapat disampaikan kepada rakyat dengan tepat dan tidak diputar belit.", "“Sehubungan itu, kerajaan negeri akan mengenal pasti bentuk kerjasama yang dapat membantu media menyampaikan hasrat kerajaan dengan tepat sekaligus memberi keyakinan kepada rakyat,” katanya dalam Majlis Apresiasi Media anjuran JPANS di sini, pada Sabtu.", "Seramai 167 pengamal media hadir ke majlis yang julung kali diadakan bagi menghargai peranan dan bantuan media.Turut diadakan, pelancaran penjenamaan semula Berita Perkhidmatan Awam Negeri kepada JPANSTV.", "Hadir sama, Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Datuk Muguntan Vanar dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Peter Tong Ah Pin"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/14/kerajaan-negeri-sokong-usaha-pembangunan-ucsf/", "headline": "Kerajaan Negeri sokong usaha pembangunan UCSF", "content": ["Hajiji bergambar bersama para graduan yang menerima ijazah sarjana muda, diploma dan sijil pada Majlis Konvokesyen ke-2 University College Sabah Foundation (UCSF) di SICC, Kota Kinabalu, hari ini.", "KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan penuh terhadap apa juga usaha pembangunan oleh universiti tunggal milik Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Sabah iaitu Universiti College Sabah Foundation (UCSF), kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "Katanya, Kerajaan pimpinannya juga akan terus menyokong segala usaha UCSF dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan kecemerlangan institusi, melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berkualiti, seterusnya menggerakkan transformasi pendidikan di negeri ini.", "Menurutnya, pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Petronas dan UCSF pada Oktober 2022, merupakan satu lagi pencapaian dalam usaha pembangunan modal insan di Sabah.", "“Melalui kerjasama ini, UCSF akan menawarkan kursus berasaskan Minyak dan Gas di kampusnya untuk melahirkan lebih ramai pelajar tempatan dalam pelbagai bidang pekerjaan sektor berkenaan. Hakikatnya bahawa polisi-polisi pengurusan bakat dan modal insan telah pun digubal dan akan terus menjadi keutamaan saya,” katanya.", "Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen ke-2 UCSF di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.", "Hajiji berkata, UCSF yang telah berusia 8 tahun, dengan matlamat penubuhannya sebagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Sabah yang bersifat memenuhi tanggungjawab sosial dan sustainability, telah mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional yang mampu membanggakan masyarakat serta menyumbang dalam aspek pembangunan Sabah.", "“Saya berasa gembira kerana UCSF telah menyediakan peluang dan tempat kepada ramai pelajar di negeri ini melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. UCSF juga telah melahirkan ramai graduan yang berdaya saing dalam pasaran pekerjaan, khususnya dalam kalangan rakyat Sabah,” katanya.", "Beliau juga mencadangkan agar UCSF meluaskan programnya dengan membuka mini kampus di Tawau selaras dengan usaha untuk mengantarabangsakan universiti itu dalam aspek akademik dan penyelidikan.", "“Bagi memastikan UCSF terus cemerlang dan menjadi pilihan anak-anak kita, kerajaan negeri akan memberi peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta sebagai geran penyelidikan pembangunan Sabah, kursus dan latihan kepada penjawat awam serta belia, dan projek perintis bagi pengeluaran batik botanic UCSF.", "“Saya juga meluluskan cadangan penubuhan kursi akademik di UCSF yang diberi nama Kursi Pembangunan Sabah UCSF dengan suntikan dana permulaan sebanyak RM5 juta. Saya berharap dengan bantuan tambahan ini, UCSF akan terus cemerlang”, katanya.", "Hajiji berkata, Kerajaan Sabah telah melakukan yang terbaik bagi membangunkan negeri ini di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, sehingga berjaya meraih hasil lebih RM6.6 bilion pada tahun 2022.", "Katanya, hasil yang dikutip itu merupakan prestasi terbaik kerajaan negeri selepas bersama membentuk Malaysia pada tahun 1963, yang juga antara bukti kesungguhan kerajaan Sabah pada masa ini membangunkan negeri ini.", "Beliau menegaskan, Kerajaan Negeri juga terus melaksanakan dasar kukuh bagi membawa lebih banyak pelaburan.", "Hajiji berkata, dalam Belanjawan Negeri 2023 sebanyak RM175.61 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan modal insan dan ICT menerusi pelbagai inisiatif bagi merangsang minat pelajar dalam Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).", "Menurutnya, peruntukan itu juga untuk merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar bagi meluaskan penerimaan digital dan memacu transformasi digital di Sabah.", "Katanya, pembangunan ICT di Sabah juga akan diberi penekanan dengan Sabah Skills & Technology Centre (SSTC) akan memperkenalkan beberapa inisiatif untuk membangun dan menyokong perkembangan industri digital, di samping meneruskan latihan teknologi Revolusi Industri 4.0 sepanjang tahun ini. ", "Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) juga akan meneruskan program bagi memastikan bakat modal insan di Sabah terus digilap."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/27/fpl-ums-kongsi-ilmu-ternakan-lebah-kelulut-dan-khasiat-madu-kepada-ppk-sandakan/", "headline": "FPL UMS kongsi ilmu ternakan lebah kelulut dan khasiat madu kepada PPK Sandakan", "content": ["KOTA KINABALU: Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Universiti Malaysia Sabah (UMS) kampus Sandakan telah mengadakan perkongsian ilmu ternakan lebah kelulut dan khasiat madu kepada Ahli Jemaah Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sandakan, baru-baru ini.", "Sesi perkongsian disampaikan pensyarah penyelidik yang juga Ketua Insektarium dan Living Lab RagBio, Prof. Madya Dr. Suzan Benedick @ Sarah Abdullah.", "Antara yang dikongsikan termasuklah dapatan hasil penyelidikan berkaitan ciri-ciri madu kelulut tulen yang dibiayai Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS).", "Katanya, madu kelulut tulen adalah kaya dengan unsur mineral seperti Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Natrium (Na), Kalium (K), dan Dihydroxyacetone (DHA).", "“Ia juga mengandungi Methylglyoxal (MGO) dan volatile organic compounds (VOCs) yang biasanya tidak terdapat dalam madu tiruan.", "“Bagi di Sabah, kita mempunyai madu dari spesies kelulut Heterotrigona itama yang mempunyai kandungan VOCs, DHA dan MGO yang tinggi.", "“Manfaatnya ialah untuk kesihatan antimikrob, dan ia setanding dengan khasiat madu lebah monoflora dari New Zealand dan Australia,” jelas Suzan.", "Sesi perkongsian itu dihadiri 35 ahli PPK terdiri daripada 24 ketua-ketua unit dan 11 anggota pengurusan.", "Sementara itu, Pengurus Besar Kawasan PPK Sandakan, Arifin Bacho merakamkan ucapan penghargaan atas perkongsian ilmu dan sambutan daripada warga pengurusan FPL UMS.", "“Kehadiran PPK bertujuan mempelajari tentang ilmu penternakan lebah kelulut dan khasiat madu yang efektif dan lestari.", "“Untuk makluman, PPK mempunyai sebanyak 120 log lebah kelulut yang terletak di Batu 10, Rancangan Sungai Manila Selatan Sandakan.", "“Kami berhasrat untuk mengembangkan lagi penternakan lebah bagi penghasilan produk madu yang semakin tinggi permintaannya di pasaran,” ujarnya.", "Rombongan PPK Sandakan turut berpeluang menyaksikan kaedah penternakan lebah kelulut yang diternak sejak 2016 dan menghasilkan produk madu yang baik di Insektarium dalam kampus FPL.", "Hadir sama Dekan FPL UMS, Prof. Madya Dr. Azwan Awang; Timbalan Dekan Pengurusan Ladang dan Hubungan Industri FPL, Prof. Madya Dr. Jupikely @ James Silip dan Ketua Pentadbiran FPL, Dr. Roslan Hj. Gimba.", "Yang turut hadir, Pegawai FOKAL Kolaborasi Industri Fakulti, Dr. Salumiah Mijin; Pegawai Pertanian, Hamdy Roslee dan Penolong Pegawai Sains FPL, Zilpiree Jaabi."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/22/%e6%96%97%e6%b9%96%e4%b8%80%e6%89%80%e6%b0%b4%e4%b8%8a%e6%9c%a8%e5%b1%8b%e7%87%92%e7%87%ac/", "headline": "斗湖一所水上木屋燒燬", "content": ["(斗湖廿二日訊)斗湖凌晨發生火災,燒燬了一座水上木屋。", "雖然如此,事件中沒有人員傷亡報告。", "斗湖消防救援站(BBP)負責人TPgB Jemishin Ujin說,這起事件凌晨3時50分左右,在四哩的Kampung Hidayat發生。", "「我們凌晨3時58分接獲投報,由行動指揮官PBKII Kasdi Latimin率領15人小組趕往8公里外的事故現場。」", "「到達那裡後,發現火災涉及面積為55X100平方英尺的非永久性房屋,已被100%燒燬。」", "「臨近的另一所房屋,則將部分牆壁拆除,以防火勢蔓延。」", "事件中沒有人員傷亡報告,火勢在凌晨4時44分得到控制,行動於早上6時20分結束。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/10/warga-emas-hilang-40-jam-ditemukan-selamat/", "headline": "Warga emas hilang 40 jam ditemukan selamat", "content": ["Saadiah Senawi ditemukan dalam keadaan selamat selepas dipercayai hilang sejak Khamis lalu di Kampung Desa Jaya, Mukim Jeneri, Sik", "SIK: Misteri kehilangan seorang warga emas selama 40 jam akhirnya terjawab apabila dia ditemukan dalam keadaan selamat walaupun kelihatan sangat letih dan kelaparan.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengerusi Pasukan Briged Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM), Mahadzir Abdul Hamid berkata, Saadiah Senawi, 87, ditemukan di tepi sebatang anak sungai pada pukul 3.35 pagi kelmarin.", "“Pasukan BSYJM dengan bantuan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan dan penduduk menjalankan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) sejak Khamis lalu bagi mengesan mangsa yang dikatakan hilang dari rumahnya pada pukul 12.30 tengah hari tersebut.", "“Namun, mangsa gagal dijejaki walaupun lokasi dia ditemukan berjarak hanya satu kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang dan telah beberapa kali dilalui oleh pasukan penyelamat dalam usaha pencariannya.", "“Sebaik ditemukan, mangsa kelihatan tenang seperti tiada apa yang berlaku padanya dan hanya memberitahu hendak balik ke rumahnya dan mengatakan dia sejuk serta lapar kerana belum berbuka puasa lagi,” katanya ketika dihubungi kelmarin.", "Mahdzir berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diberikan selimut untuk menutupi badannya yang kesejukan serta sedikit minuman sebelum dikejarkan ke Hospital Daerah Sik.", "Tambahnya, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan sedang menjalani pemeriksaan dan pemantauan lanjut di hospital.", "Jumaat lalu, seorang warga emas dilaporkan hilang setelah didapati tiada di rumahnya di Kampung Desa Jaya, Mukim Jeneri, sejak sehari sebelum itu.", "Anak mangsa, Abdul Rahim Othman berkata, ibunya didapati tiada di rumah ketika dia menghantar makanan sekitar pukul 11 pagi.", "“Seperti kebiasaan, saya atau ahli keluarga yang lain akan ke rumah ibu untuk menghantar makanan kerana ibu uzur dan ingatannya kurang baik.", "“Saya dapati tiada siapa di rumah ketika itu, adik kelima yang tinggal bersama ibu pula pergi kerja pada hari itu,” katanya. ", "Warga emas hilang 40 jam ditemukan selamat"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/04/piala-kalimaran-tenom-kembali-diadakan-hujung-bulan-ini/", "headline": "Piala Kalimaran Tenom kembali diadakan hujung bulan ini", "content": ["Peter (lima dari kanan) dan Pengerusi Penganjur Piala Kalimaran,Donneysius Ansuku menunjukkan piala pusingan yang akan dijulang pasukan juara nanti.", "TENOM: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Tenom kembali menganjurkan Piala Kalimaran yang bakal berlangsung pada 30 dan 31 Mac ini.", "Presidennya, Datuk Peter Anthony berkata, sama seperti sebelum ini, kejohanan itu dibuka kepada pasukan-pasukan daripada Tenom sahaja dan ianya diadakan sempena Pesta Kalimaran yang disambut pada 31 Mac.", "Katanya, kejohanan yang akan berlangsung di Padang Pekan Tenom berkenaan terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan wanita.", "“Bagi kategori lelaki, pasukan yang menjadi johan akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, tempat kedua sebanyak RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000 manakala hadiah sagu hati bagi tempat keempat dan kelima masing-masing akan menerima hadiah RM500.", "“Selain itu, beberapa hadiah sampingan akan turut diberikan iaitu kepada pemain terbaik, penjaring gol terbanyak dan penjaga gol terbaik di mana masing-masing akan menerima hadiah RM200.", "“Bagi kategori wanita pula, pasukan yang muncul sebagai juara akan menerima hadiah RM3,000, tempat kedua RM1,500 dan tempat ketiga RM1,000 manakala tempat keempat dan kelima juga masing-masing akan membawa pulang hadiah RM500,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjur Piala Kalimaran, di pejabat SAFA Tenom, di sini, semalam.", "Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, penyertaan akan mula dibuka hari ini sehingga 25 Mac depan.", "Katanya, mana-mana pasukan yang ada di Tenom boleh mula mendaftar dengan menghubungi jawatankuasa penganjur iaitu Donneysius Ansuku selaku pengerusi penganjur di nombor 013-8966787 dan timbalannya Matius Piri di nombor 013-8710864.", "Beliau berkata, kesemua pengurus dan ketua pasukan akan dipanggil pada 25 Mac nanti bagi tujuan taklimat mengenai peraturan serta sistem perlawanan.", "“Majlis perasmian juga akan diadakan di Padang Pekan Tenom pada 30 Mac dengan pelbagai acara sampingan menarik akan turut diadakan.", "“Antaranya ialah persembahan daripada suku kaum etnik di Tenom dan pastinya cabutan tiket  bertuah kepada mereka yang hadir.", "“Selain itu, turut diadakan pada hari perasmian ialah perlawanan Piala Sumbangsih antara pasukan jawatankuasa SAFA Tenom dengan pasukan yang dibarisi pegawai-pegawai kerajaan di daerah ini (Tenom),” katanya. "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/02/belajar-daripada-youtube-buat-dadah-rm6-38-juta/", "headline": "Belajar daripada Youtube buat dadah RM6.38 juta", "content": ["SERDANG: Mahu mendapatkan pendapatan mewah, seorang pemandu e-hailing sanggup belajar cara-cara memproses dadah melalui YouTube untuk dijual kepada penagih di sekitar Lembah Klang.", "Aktiviti itu bagaimanapun terbongkar selepas suspek berusia 44 tahun diberkas di kawasan kilang perindustrian kecil dan sederhana (SME) di Seri Kembangan, di sini, Jumaat lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, serbuan kira-kira pukul 7 malam itu turut menemukan dadah bernilai lebih RM6.38 juta.", "Kata beliau, suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan memproses dadah itu sejak setahun lalu dan memperoleh pendapatan RM15,000 dalam tempoh dua hingga tiga minggu.", "“Hasil serbuan itu kita merampas tiga kotak mengandungi 47 peket plastik disyaki MDMA (anggaran berat 70,719 gram), 16 bekas plastik lutsinar berisi bahan disyaki MDMA (anggaran berat 52,330 gram), sepeket plastik lutsinar disyaki syabu (anggaran berat 504 gram) dan 18 botol plastik berisi serbuk disyaki dadah.", "“Selain itu, kita menemukan tiga peket plastik kecil mengandungi 21 biji pil ektasi dan sepeket plastik lutsinar mengandungi ceraian dedaun kering disyaki ganja (anggaran berat 13.8 gram),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, kata A. Anbalagan, pemprosesan 10 kilogram bahan-bahan membuat dadah atau serbuk dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)) itu boleh menghasilkan 50,000 biji dadah ekstasi.", "“Dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran Lembah Klang dan mampu menampung sekitar 410,000 penagih.", "“Suspek yang berasal dari Subang, Selangor memiliki satu kes kesalahan lampau mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ujian urin terhadapnya mendapat suspek negatif dadah,” jelasnya.", "Tambah beliau, suspek ditahan reman tujuh hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.", "Katanya, turut dirampas tiga mesin dan beberapa peralatan digunakan untuk memproses dadah.", "“Tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 yang mana polis sudah menyita dua kenderaan iaitu Toyota Hilux dan van penghantaran jenis Nissan NV20 dianggarkan bernilai RM170,000 serta wang tunai berjumlah RM10,000.", "“Polis percaya ada lagi suspek masih bebas dalam sindiket ini dan siasatan mengenainya masih dijalankan,” katanya. ", "Belajar daripada Youtube buat dadah RM6.38 juta"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/06/sabah-kikopotutan-mongulud-pongudaran-om-kopolobusan-wagas-dau-dr-jeffrey/", "headline": "Sabah kikopotutan mongulud pongudaran om kopolobusan wagas dau – Dr. Jeffrey", "content": ["Dr. Jeffrey Kitingan", "KOTA KINABALU: Kumoduo Boyoon Montiri I po nogi’ Montiri Pomutanaman, Ponginsadaan om Pomorunan Taakanon Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan mokianu Koporintaan Pisompuruan magadang kawagu papasaga’ Sabah mongudar wagas dau sondiri’ kumaa Sabah.", "“Autonomi (kuasa’) montok mongulud kopongudaran om kopolobusan wagas okon ko’ montok kopokionuan nopo nga’ kopotutan montok Sabah do monoibau kopomogunaan pinotomod kosuul no om kotundunan mogigiyon miampai lobi kosonong,” ka disio id iso’ kointalangan do hiti di tadau baino’.", "Dr. Jeffrey minoboros, kopomogunaan om koyuon Sabah nopo sopisuai kopio nung piadangon no do Semenanjung Malaysia.", "“Pasanganu yahai do kokuasaan watas om kagarason montok mongulud pongudaran om kopolobusan wagas dahai sondiri kiguno id suang kaganaan kuasa’ dahai.", "“Ponginsomokan ‘desentrelisasi’ (kapanahakan kuasa) miagal diti kapagaras do Sabah om Sarawak montok maganu laang di lobi kiwaya’ kumaa sitok om kopokionuan nokoiyonon, potilombus dino kapatantu’ mogigiyon tokou oonuan surupukaraja’ di lobi kosonong,” ka disio.", "Montok papasanang koundolihon dilo’, Dr. Jeffrey pinapaatag sokukuri’ 50 pihatus mantad wagas nudar kiguno uludon do Sabah montok Sabah.", "Minoboros isio, iti kapanahak kosiwatan kumaa Sabah montok popokito waya’ kapanamangan nokoiyonon kumaa sitok takanon dau, om amu’ monggungar koinsanai sistem di poinharo sodia’.", "“Ilo’ kitonggungan sabaagi ralan tanga’ i kapasaga’ pogintongan om ponguludan tumanud pomogunaan,” ka disio.", "Dr. Jeffrey nga’ minombohit sokodung po’ompus kumaa sistem monopoli (manalahan) id kopongudaran wagas sabab otumbayaan isio do okon nopo ko’ kopomorugi’ do ikonomi nga nogi’ amu’ ‘produktif’ (ogumu’ asil) montok koburuon Sabah om mogigiyon dau.", "Minoboros isio, kino’aisoon piinsolodan id sistem monopoli, lolobi no i kopongumpadan toisoiso’ i oponsol miagal pangaba’ takanon, kopongimbulai koyuyuon di poinbanta’ kumaa amu’ kaparagaton om kolowongon.", "“Pinoilo oku do monopoli diti amu’ opupusan do 2031. Nga’ kuasa’ miagal diti kopogowit kumaa koyuyuon di tinonggungan om pikikiro amu’ kapanahak koundaran kumaa rayat Sabah,” ka disio.", "Minoboros isio, boros karait do pitopongan koowit kumaa amu’ kopulokiton nopo nga’ olomog.", "“Sabalik dino, pitopongan koposuni ‘inovasi’ om kopulokison. Komponi om kotinanan, soira’ kotoguang do piinsolodan, ounsub montok mongulud kopoindalanan, mongingkuri’ amu’ kopulokison, om ki’inovasi,” ka disio.", "“Id sunduk kopongudaran om kopolobusan wagas, iti kopogowit kumaa karalano’ pomutanaman lobi kosonong, asil di lobi kogumu’, om gatang di lobi ‘kompetitif’, kapanahak koundaran kumaa momoguno om papalabus,” ka disio."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/19/pura-pura-sakit-jantung-untuk-elak-bayar-bil-makan/", "headline": "Pura-pura sakit jantung untuk elak bayar bil makan", "content": ["Lelaki berpura-pura diserang sakit jantung kerana mahu mengelak daripada membayar bil makanan.", "MADRID: Seorang lelaki warga Lithuania ditahan di Sepanyol selepas didakwa berpura-pura diserang sakit jantung di kira-kira 20 restoran di seluruh negara.", "Menurut Utusan Malaysia, Oddity Central melaporkan, lelaki berusia 50 tahun itu berbuat demikian untuk mengelak daripada membayar bil makanan di premis makanan berkenaan.", "Lelaki itu dilaporkan menipu sekurang-kurangnya 20 restoran kebanyakannya di wilayah Costa Blanca, dengan berlakon seolah-olah terkena serangan jantung.", "“Selepas memesan makanan dan minuman, lelaki itu akan `berlakon’ memegang dadanya dan berpura-pura pengsan di atas lantai,” jelas laporan itu.", "Penipuan itu berterusan sehingga seorang pemilik restoran menyedari perbuatan lelaki tersebut dan mula menyiasat, serta memberi amaran kepada premis makanan lain agar tidak terpengaruh dengan lakonan kononnya diserang sakit jantung.", "Bulan lalu, lelaki itu dikatakan berada di restoran El Buen Comer di Alicante, menikmati makanan laut dan minuman alkohol sebelum dikenakan bil sebanyak 34.85 euro (RM174).", "Lelaki itu memberitahu akan mendapatkan wang dari bilik hotelnya namun pekerja restoran tidak membenarkannya pergi sehingga dia berpura-pura diserang sakit jantung.", "“Lakonan dia cukup baik, pelanggan itu berpura-pura pengsan dan rebah atas lantai,” kata pengurus El Buen Comer.", "Pekerja restoran itu tidak menghubungi ambulans sebaliknya memanggil polis.", "Apabila polis tiba di tempat kejadian, lelaki tersebut tidak menyedari bahawa anggota berkenaan sudah mengenalinya daripada kejadian sama di restoran lain di Alicante.", "Berdasarkan laporan media Sepanyol, lelaki itu agak terkenal dalam kalangan pemilik restoran di Costa Blanca.", "Lelaki itu pertama kali dikesan berpura-pura diserang ‘sakit jantung’ di Alicante pada November 2022 dan sejak itu menjadi terkenal dengan rutin lakonan itu.", "Beberapa pemilik restoran merancang untuk memfailkan aduan bersama yang boleh menyebabkan lelaki itu dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun.", "Pura-pura sakit jantung untuk elak bayar bil makan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/19/dipenjara-18-tahun-bagi-kesalahan-tidak-dilakukannya-lelaki-terima-pampasan-as3-juta/", "headline": "Dipenjara 18 tahun bagi kesalahan tidak dilakukannya, lelaki terima pampasan AS$3 juta", "content": ["WELLINGTON: Seorang lelaki menghabiskan masa selama 18 tahun di dalam penjara kerana disabit kesalahan membunuh yang tidak dilakukannya bakal menerima bayaran pampasan sebanyak AS$3 juta (RM14 juta).", "Menurut Utusan Malaysia, Alan Hall sebelum ini dikenakan hukuman penjara seumur hidup pada 1986 selepas seorang lelaki maut ditikam dalam kejadian pecah rumah di Auckland.", "Tiada bukti forensik yang mengaitkan Hall dengan insiden itu dan suspek penyerang dikatakan mempunyai ketinggian serta etnik berbeza dari Hall.", "Namun, lelaki itu tetap disabit kesalahan bagi jenayah yang tidak dilakukannya.", "Hall kemudiannya dibebaskan dengan parol pada 1994 sebelum dimasukkan semula ke penjara pada 2012 kerana melanggar syarat bebas yang ditetapkan.", "Lelaki itu akhirnya dibebaskan pada tahun lalu.", "Mahkamah Tinggi New Zealand mengakui kesilapan perbicaraan terdahulu mengenai kes Hall.", "Menteri Kehakiman, Deborah Russel memaklumkan, Hall bersetuju untuk menerima bayaran pampasan tersebut.", "“Kami memohon maaf berhubung apa yang berlaku terhadap Hall.", "“Kami tahu permohonan maaf ini tidak dapat mengembalikan masa yang dihabiskan oleh Hall di dalam penjara atau memulihkan penderitaannya,” kata Russell.", "Menerusi satu kenyataan kepada media tempatan, keluarga Hall bersyukur dengan keputusan pihak berkuasa untuk membersihkan namanya.", "Hall berusia 24 tahun ketika ditahan dan kini dia berumur 61 tahun. ", "Dipenjara 18 tahun bagi kesalahan tidak dilakukannya, lelaki terima pampasan AS$3 juta"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/30/rm50-juta-perluas-jualan-rahmah-di-seluruh-dun/", "headline": "RM50 juta perluas Jualan Rahmah di seluruh DUN", "content": ["Anwar Ibrahim melakukan pelepasan ke atas 16 lori ke 1,133 lokasi di seluruh negara dalam Jualan Rahmah Bergerak #KedaiCariRakyat di Bukit Jalil, hari ini.", "KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta untuk diperluaskan lagi Jualan Rahmah termasuk di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri berkata, beliau mahu inisiatif di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu diperluaskan supaya semua rakyat dapat menggunakan kemudahan yang disediakan tersebut.", "Katanya, program Rahmah yang menyentuh secara langsung golongan berpendapatan rendah, dilihat sebagai antara elemen penting dalam usaha kerajaan untuk menoktahkan miskin tegar di negara.", "“Kementerian ada mengusulkan supaya kalau boleh kita perluaskan (jualan Rahmah) di setiap kawasan DUN di negara supaya semua dapat mengecap kemudahan itu.", "“Tentunya ia mengambil kos yang lebih dan saya akan pastikan untuk menyegerakan pelaksanaan ini (secara) berperingkat dan kita luluskan (peruntukan) tambahan RM50 juta untuk ia dilaksanakan.", "“Kalau wang dana tidak cukup, saya nanti bincang dengan Menteri Kewangan cari wang tambahan,” selorohnya.", "Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Penutup Hari Pengguna Kebangsaan 2023, di sini, semalam.", "Mengulas lanjut berhubung perluasan inisiatif tersebut, Anwar berkata, kerajaan bersetuju memperluaskan ‘Jualan Rahmah’ yang dipelopori oleh Allahyarham bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, disebabkan program tersebut menyentuh secara langsung golongan berpendapatan rendah.", "Tegasnya, tiada guna jika membicarakan soal kasih sayang, belas kasihan dan prihatin jika soal makanan golongan tidak berkemampuan tidak terjamin.", "“Sebab itu dalam Perbelanjaan Madani, saya katakan tahun ini, kita catat 130,000 keluarga termiskin… miskin tegar, untuk itu kita mesti noktahkan.", "“Kita mahu catat rekod bahawa negara ini dengan sumber, prihatin, kasih sayang antara profesional elit dan ahli perniagaan, tiada alasan mengapa sekurang-kurangnya disediakan keperluan asas kepada golongan termiskin.", "“Tak mungkin kita fikir boleh hidup dengan selesa, kemudian ada keluarga di Sarawak, Kelantan, Kedah atau pun di pinggir bandar Kuala Lumpur yang tidak ada wang untuk beli susu anak, uniform sekolah. Ini tidak harus berlaku di Malaysia tercinta ini,” katanya.", "Jelas Anwar, beliau berharap sasaran menokhtahkan golongan termiskin tersebut dapat dicapai sebelum penghujung tahun ini dengan kerjasama semua pihak", "Dalam majlis sama, Perdana Menteri turut melakukan pelepasan (flag off) sebanyak 16 lori yang akan bergerak ke 1,133 lokasi di seluruh negara dalam Jualan Rahmah Bergerak #KedaiCariRakyat. ", "RM50 juta perluas Jualan Rahmah di seluruh DUN"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/24/jenazah-awang-askandar-tiba-di-ebc-sebelum-diterbang-ke-kathmandu/", "headline": "Jenazah Awang Askandar tiba di EBC sebelum diterbang ke Kathmandu", "content": ["Pasukan pendaki ME2023 memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Awang sebaik jenazah tiba di EBC tengah hari tadi.", "PUTRAJAYA: Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, tiba di Everest Base Camp (EBC) kira-kira pukul 9.50 pagi waktu Nepal (sekitar 12 tengah hari waktu Malaysia) sebelum diterbangkan ke hospital di Kathmandu.", "Menurut Utusan Malaysia, ME2023 menerusi kenyataan akhbar berkata, jenazah Awang Askandar selamat tiba di Kem Tiga kira-kira pukul 7 pagi waktu Nepal (sekitar 9 pagi waktu Malaysia) seterusnya di bawa turun dari Kem Empat dengan bantuan enam malim gunung secara manual menggunakan pengusung.", "Sekretariat ME2023 di EBC turut berkongsi sekeping gambar menunjukkan jenazah Awang Askandar yang berbalut rapi dengan bendera Jalur Gemilang.", "Gambar jenazah itu adalah kali pertama didedahkan ME2023 selepas arwah disahkan meninggal dunia pada Jumaat lalu akibat masalah kesihatan ketika misi menakluk puncak tertinggi dunia itu.", "Jenazah arwah tidak pernah didedahkan dan dikongsi memandangkan tiada liputan internet terutama di Kem Empat, malah komunikasi hanya dilakukan menerusi walkie talkie.", "Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan malim gunung memikul seorang pendaki yang kononnya disangka Awang Askandar namun, ME2023 menafikan perkara itu. ", "Jenazah Awang Askandar tiba di EBC sebelum diterbang ke Kathmandu"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/28/ejekan-messi-messi-tambah-derita-ronaldo/", "headline": "Ejekan ‘Messi, Messi’ tambah derita Ronaldo", "content": ["Pertahanan Al Nassr, Nawaf Boushal (kiri) membantu Cristiano Ronaldo bangkit ketika menentang Al-Ittihad pada separuh akhir Piala Super Saudi di Stadium Antarabangsa King Fahd, Riyadh semalam.", "RIYADH: Keadaan Cristiano Ronaldo nampaknya tidak bertambah baik di Asia Barat apabila terlepas peluang untuk menja­ringkan gol dan kemudian diejek pula penyokong lawan yang mengingatkannya kepada Lionel Messi.", "Ronaldo berang penyokong Al-Ittihad melaungkan ‘Messi, Messi’ selepas pasukannya, ­Al-Nassr tewas 3-1 pada separuh akhir Piala Super Saudi.", "Menurut Utusan Malaysia, Kapten Portugal itu juga hanya mampu melihat bintang lawan, Abderrazak Hamdallah meledak gol kedua tuan rumah selepas Romarinho meletakkan Al-Ittihad di depan pada minit ke-15.", "Hamdallah yang menikmati kejayaan luar biasa dalam Piala Dunia 2022 hingga mara ke separuh akhir bersama Maghribi muncul pemain terbaik di Stadium Antarabangsa King Fahd.", "Tidak hanya penyokong tuan rumah, malah Hamdallah turut meraikan jaringannya dengan meniru gaya yang dilakukan Messi ketika bintang Argentina itu menyarung jersi Barcelona menentang Real Madrid yang diwakili Ronaldo dalam aksi El Clasico 2017.", "El Clasico", "Hamdallah mengangkat bahagian belakang baju dan me­nunjukkannya ke kamera.", "Tindakan itu menambah ‘kesakitan’ Ronaldo yang terdahulu terlepas peluang untuk me­nyamakan kedudukan, malah pemenang lima gelaran Ballon d’Or tersebut mencekak pinggang sebelum melambai ke arah rakan sepasukan dengan rasa marah.", "Pada separuh masa ke­dua, Anderson Talisca berjaya menghadiahkan gol pertama Al-Nassr pada minit ke-67, sekurang-kurangnya mengurangkan ­defisit kepada satu.", "Ketika Al-Nassr mengatur serangan untuk mencari gol penyamaan, pertahanan ­lawan, Muhannad Al-Shanqeeti menamatkan perlawanan lebih awal dengan meledak jaringan ketiga. ", "Ejekan ‘Messi, Messi’ tambah derita Ronaldo"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/18/%e4%bb%99%e6%9c%ac%e9%82%a3%e6%ad%bb%e4%ba%a1%e8%bb%8a%e7%a6%8d-1%e9%a8%8e%e5%a3%ab%e8%ba%ab%e4%ba%a1%e8%bd%8e%e8%bb%8a2%e4%ba%ba%e5%82%b7/", "headline": "仙本那死亡車禍 1騎士身亡轎車2人傷", "content": ["(仙本那十八日訊)仙本那今日發生摩哆與轎車死亡車禍,1名摩哆騎士死亡,轎車內2人受傷。", "仙本那消防救援站(BBP)負責人PPgB Madzlan Sarman表示,這起事件下午12時15分,在仙本那甘榜Sinallang Tengah發生。", "他說,當局接獲投報後,即刻派出行動指揮官PB Muhammad Lutfi Mayol率領的5人小組趕赴現場。", "到達距離10公里外的現場後,發現一輛Proton Saga FLX與1輛摩哆相撞。", "他說:「意外涉及3人,其中騎士被證實當場死亡,遺體已經移交給警方採取進一步行動。」", "他說,至於車內的2名傷者,在消防車到達現場前被民眾送往醫院。", "他說:「消防隊使用一系列軟管捲盤清理了事故遺留物,行動於下午1時10分結束。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/30/pandelela-dhabitah-sumbangkan-pingat-gangsa/", "headline": "Pandelela-Dhabitah sumbangkan pingat gangsa", "content": ["Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri melakukan terjunan dalam acara 10m platform seirama wanita dalam Sukan Asia di Hangzhou hari ini.", "PETALING JAYA: Terjun yang membuka kempen Sukan Asia di Hangzhou hari ini menghadiahkan sebutir pingat gangsa menerusi gandingan Datuk Pandelela Rinong-Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10 meter (m) platform seirama wanita hari ini.", "Pandelela-Dhabitah melengkapkan lima terjunan dengan mengumpul 266.94 mata, jauh ditinggalkan oleh gandingan juara Olimpik dan dunia, Quan Hongchan-Chen Yuxi dari China yang merangkul emas menerusi 375.50 mata.", "Pasangan Jepun, Matsuri Arai-Minami Itahashi dengan catatan 290.04 mata keseluruhan membawa pulang perak.", "Menurut Utusan Malaysia, Pandelela-Dhabitah yang meraih gangsa acara tersebut pada Kejohanan Dunia di Budapest, tahun lalu jatuh ke kedudukan ketiga pada terjunan kedua sebelum tergelincir ke tempat keempat dalam dua terjunan seterusnya.", "Pasangan penerjun senior itu bernasib baik apabila terjunan terakhir memadai untuk melonjakkan mereka kembali ke kedudukan ketiga, mengatasi gandingan Korea Selatan, Nayun Moon-Eunbi Cho yang jatuh ke tangga keempat (263.49 mata).", "Ini kali ketiga berturut-turut skuad terjun negara meraih pingat gangsa dalam 10m platform seirama wanita selepas edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan dan 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.", "Pencapaian terbaik negara untuk acara berkenaan adalah pingat perak dimenangi Pandelela ketika bergandingan dengan Datuk Leong Mun Yee sewaktu edisi 2010 di Guangzhou, China.", "Pandelela-Dhabitah sumbangkan pingat gangsa"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/07/sprm-sabah-tahan-2-individu-guna-dokumen-palsu-bagi-kontrak-kerja-penyelenggaraan-bernilai-lebih-rm1-juta/", "headline": "SPRM Sabah tahan 2 individu guna dokumen palsu bagi kontrak kerja penyelenggaraan bernilai lebih RM1 juta", "content": ["KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah telah menahan dua pemilik syarikat kerana disyaki menggunakan dokumen palsu untuk tujuan menipu bagi mendapatkan kerja penyelenggaraan berjumlah lebih RM1.1 juta.", "Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 40an dipercayai ditahan kira-kira jam 2 petang ketika hadir di pejabat SPRM Cawangan Tawau, hari ini.", "“Suspek disyaki terlibat menggunakan dokumen palsu pada tahun 2020 untuk tujuan menipu bagi mendapatkan kerja penyelenggaraan di bawah pakej ransangan ekonomi 2020,” kata sumber itu lagi.", "Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi  mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan. ", "Beliau berkata, suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Tawau pada 9 Ogos 2023."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/05/napoli-rangkul-kejuaraan-serie-a-selepas-33-tahun/", "headline": "Napoli rangkul kejuaraan Serie A selepas 33 tahun", "content": ["Napoli dinobat sebagai juara Serie A selepas 33 tahun menanti.", "UDINE, Itali: Napoli akhirnya menamatkan penantian panjang untuk merangkul kejuaraan Serie A, mengulangi pencapaian ikon kelab, Diego Maradona ketika saingan masih ada lima perlawanan untuk ditamatkan.", "Menurut Utusan Malaysia, keputusan seri 1-1 di Udinese awal pagi tadi memberikan Napoli mata yang diperlukan untuk mengakhiri penantian 33 tahun dan membawa kepada sambutan liar ribuan penyokong di Udine, di Stadio Maradona di Naples dan di sekitar bandar terbesar di selatan Itali itu.", "Penyokong beramai-ramai ke padang di Arena Dacia untuk meraikannya musim yang dikuasai oleh pasukan Luciano Spalletti, mencetus ketegangan dengan penyokong tuan rumah yang tidak berpuas hati dengan pesta terbuka itu di padang mereka.", "Victor Osimhen menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua untuk Napoli bangkit daripada ketinggalan hasil gol pembukaan Sandi Lovric pada babak pertama untuk mengikuti jejak langkah pasukan yang diketuai oleh Maradona yang memenangi liga pada 1987 dan 1990.", "“Untuk dibandingkan dengannya, menjadi kapten selepas Maradona untuk menjulang Scudetto, saya tidak mempunyai kata-kata.", "“Ini bukan gelaran saya, ia milik setiap pemain dan orang yang bekerja untuk merealisasikan impian kami,” kata kapten Giovanni Di Lorenzo.", "Spalletti dan skuadnya akan menerima sambutan yang penuh emosi apabila mereka kembali ke Naples, di mana pesta seluruh bandar itu akan diteruskan sehingga sekurang-kurangnya perlawanan di tempat sendiri menentang Fiorentina Ahad ini.", "“Melihat orang Neapolitan gembira sudah cukup untuk memberikan anda rasa kegembiraan yang mereka rasai.", "“Mereka ini akan melihat saat ini apabila hidup semakin sukar, mereka mempunyai hak untuk meraikan seperti ini. Anda berasa lebih santai kerana mengetahui bahawa anda memberi mereka kebahagiaan ini,” kata Spalletti sambil mengalirkan air mata. ", "Napoli rangkul kejuaraan Serie A selepas 33 tahun"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/06/jangan-sisihkan-murid-berkeperluan-pendidikan-khas-peto/", "headline": "Jangan sisihkan murid berkeperluan Pendidikan Khas – Peto", "content": ["Peto (tengah) menyampaikan sijil kepada wakil daripada SMK Kolombong yang muncul johan keseluruhan bagi kategori sekolah menengah.", "KOTA KINABALU: Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) tidak boleh disisihkan, kata Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Peto Galim.", "Menurutnya, MBPK perlu sentiasa dibimbing dan digilap dalam semua bidang demi masa depan yang sempurna dan terjamin.“Ramai daripada kita tidak menyedari MBPK ini memerlukan perhatian dan bimbingan khusus dalam semua aspek.", "“Jika anak-anak ini dapat digilap maka banyak pencapaian hebat dapat mereka capai.", "“Sebagai sebahagian daripada masyarakat madani, kita perlulah memainkan peranan lebih berkesan dan memberi perhatian khusus dalam membantu MBPK agar mereka tidak tercicir dalam arus pembangunan negara,” ujarnya ketika berucap merasmikan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kota Kinabalu di Stadium Likas, pada Sabtu.", "Peto berkata kejohanan tersebut diadakan bertujuan membantu MBPK agar boleh bekerjasama dalam satu pasukan, membentuk daya saing, komited dan berdisiplin.“Acara seperti ini memberi peluang kepada setiap MBPK yang terlibat untuk saling kenal mengenali satu sama lain dengan lebih erat lagi.", "“Selain itu, kejohanan ini dapat menjadi landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat saling hormat menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi,” tambahnya.", "Seramai 226 atlet daripada 11 sekolah rendah dan lima sekolah menengah yang mempunyai MBPK dalam daerah Kota Kinabalu mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu.", "Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu, Suhaimi Matshah."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/12/gaji-messi-tidak-setanding-ronaldo-di-arab-saudi/", "headline": "Gaji Messi tidak setanding Ronaldo di Arab Saudi", "content": ["Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi", "MIAMI: Lionel Messi akan dibayar lumayan untuk karier baharunya di Amerika Syarikat (AS), namun tetap tidak mampu menyaingi seteru lamanya, Cristiano Ronaldo.", "Legenda Argentina itu mengesahkan dia akan menyertai ­Inter Miami milik bekas bintang England, David Beckham pada musim panas ini selepas usaha kembali ke Barcelona musnah.", "Menurut Utusan Malaysia, Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) apabila kontraknya tamat hujung bulan ini dan dia dilihat tidak gembira di kelab berkenaan.", "Messi ditawarkan hampir 300 juta pound (RM1.73 bilion) setahun untuk berpindah ke Arab Saudi selepas mengumumkan untuk meninggalkan PSG.", "Bagaimanapun, dia menolak untuk menyertai Ronaldo dan Karim Benzema yang beraksi dalam Liga Pro Saudi.", "Selepas menolak tawaran lumayan di Asia Barat, kapten ­Argentina yang memenangi Piala Dunia itu masih akan mendapat gaji besar di AS.", "Kontrak Messi dilaporkan bernilai 119.34 juta pound (RM691 juta) untuk dua tahun setengah.", "a bersamaan 918,000 pound (RM5.3 juta) seminggu dan 90.70 pound (RM528) seminit, namun Messi masih boleh mendapat lebih daripada itu.", "Adidas, Apple dan Liga Bola Sepak Utama (MLS) juga menarik perhatian Messi dengan cadangan komersial yang menguntungkan.", "Adidas salah satu penaja korporat terbesar liga, mereka mencadangkan perjanjian perkongsian keuntungan, bermakna penyerang itu akan menerima keuntungan hasil penglibatan di MLS.", "MLS dan Apple juga mempertimbangkan untuk menawarkan Messi sebahagian hasil yang dijana menerusi Pas Musim, pakej penstriman liga di Apple TV+.", "Begitupun, Ronaldo menikmati 173 juta pound (RM1 bilion) setahun dengan Al-Nassr pada bulan Januari.", "Perjanjian penuh itu akan berjalan selama tujuh tahun dengan kapten Portugal tersebut turut ­diberi peranan sebagai duta Arab Saudi untuk penawaran tuan ­rumah Piala Dunia 2030 sebaik sahaja dia ‘menggantung’ but.", "Ini bermakna Ronaldo boleh mengumpul 1.2 bilion pound (RM6.96 bilion) sepanjang kontrak dan memperoleh 5.50 pound (RM31.90) setiap saat. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/06/gaji-messi-tidak-setanding-ronaldo-di-arab-saudi/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/06/gaji-messi-tidak-setanding-ronaldo-di-arab-saudi/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/19/polis-digesa-agar-perlu-sentiasa-tabah/", "headline": "Polis digesa agar perlu sentiasa tabah", "content": ["DSP Simiun Lomudin (Tengah) bersama-sama seluruh warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau dalam Perhimpunan Bulanan pertama Tahun 2023.", "RANAU: “Pegawai dan anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) daerah ini perlu sentiasa tabah dalam melaksanakan tugas walaupun pelbagai rintangan ditempuhi sepanjang bertugas di lapangan”, tegas Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin kepada kakitangannya.", "Katanya, pencapaian cemerlang pegawai dan anggota PDRM Ranau sepanjang tahun 2022 perlu dikekalkan walaupun pada ketika itu mereka berhadapan dengan cabaran menjaga keselamatan dan ketenteraman awam termasuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) Ke-15 yang lalu.", "“Walau apa juga cabaran yang kita tempuhi, jadikan itu sebagai pemangkin semangat untuk terus komited melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang Pegawai Polis.", "Kekalkan tahap disiplin dan sentiasa mempamerkan prestasi tugas yang membanggakan semua pihak,” jelasnya ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan pertama tahun 2023 Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau dekat sini pada Khamis.", "Dalam pada itu, Simiun turut menjelaskan pihaknya akan terus komited memberikan kerjasama kepada tampuk pemerintahan negara ketika ini dan mengangkat dasar kerajaan sedia ada untuk mempastikan keselamatan dan ketenteraman awam masyarakat khususnya di daerah ini sentiasa terjamin.", "Katanya, apa yang ditegaskan oleh Perdana Menteri Malaysia mengenai gejala rasuah dan kesejahteraan rakyat akan disahut untuk mewujudkan komuniti selamat yang membolehkan masyarakat menikmati kehidupan selesa tanpa berasa takut dengan sebarang ancaman keselamatan.", "Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa walaupun statistik jenayah meningkat pada tahun lepas, tetapi peratusan penyelesaian dan pertuduhan kes pada tahap yang tinggi.", "Ini memberikan gambaran bahawa PDRM Ranau sentiasa komited untuk memastikan segenap lapisan rakyat di daerah ini sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera.", "“Kita masih berusaha untuk menurunkan kadar jenayah di Ranau dengan memperhebatkan kempen-kempen kesedaran jenayah serta program pencegahan jenayah dan operasi yang kerap bagi mempastikan PDRM Ranau mampu mengekang peningkatan jenayah di daerah ini,”. jelasnya.", "Dalam masa sama, polis daerah ini juga sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kejadian bencana alam berikutan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini bersama-sama beberapa agensi keselamatan yang lain.", "Jelas Simiun, mangsa-mangsa bencana banjir kilat yang berlaku pada awal bulan ini dapat di uruskan dengan baik menerusi kerjasama PDRM dan agensi penyelamat lain seperti Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).", "Turut hadir dalam perhimpunan bulanan tersebut adalah ASP Jailix Amindang, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, ASP Helvin Ribus, Ketua Cawangan Khas Daerah, ASP Nurul Hafiz bin Derus, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, ASP Affendy Che Yok, Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Daerah, pegawai-pegawai kanan, anggota pangkat rendah serta kakitangan awam IPD Ranau."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/22/pakai-pelitup-muka-terlalu-lama-rakyat-jepun-masuk-kelas-belajar-senyum/", "headline": "Pakai pelitup muka terlalu lama, rakyat Jepun masuk kelas belajar senyum", "content": ["Peserta diajar melakukan senaman regangan wajah dalam kelas senyuman di Jepun.", "TOKYO: Selepas memakai pelitup muka di khalayak ramai setiap hari selama lebih tiga tahun, ramai rakyat Jepun kini terpaksa menyertai kelas khas untuk kembali belajar mengukir senyuman tanpa kelihatan janggal.", "Senyuman yang dahulunya merupakan tindak balas semula jadi, kini menjadi satu pergerakan yang sukar hingga ramai terpaksa mengambil kelas khusus di mana mereka diajar cara meregangkan dan melenturkan pelbagai otot muka dan leher untuk menyampaikan ekspresi gembira dengan betul.", "Menurut Utusan Malaysia, kelas pendidikan senyuman standard bermula dengan sesi regangan dan kemudian peserta diminta memegang cermin kecil dan memerhatikan wajah mereka semasa mengikut arahan jurulatih yang mengajar.", "Menariknya, kelas pengajaran untuk mengukir senyuman sudah menjadi sebahagian daripada budaya Jepun selama beberapa dekad kerana kesukaran rakyat negara itu menyampaikan perasaan mereka melalui ekspresi wajah.", "Pengasas kelas senyuman, Keiko Kawano berkata, dia sudah mengajar kira-kira 4,000 orang dan turut membantu melatih lebih 700 ‘pakar senyuman’ bertauliah sejak memulakan kelas pada 2017.", "Namun katanya, permintaan untuk perkhidmatannya meningkat mendadak beberapa bulan lalu selepas sekatan Covid-19 ditarik balik dan orang ramai mula menanggalkan pelitup muka mereka.", "Pakar senyuman, Miho Kitano berkata, sesi senaman senyuman adalah sama seperti melatih regangan otot bahagian badan yang lain.", "“Ramai peserta mengadu melihat kedutan di sekeliling mata mereka kerana lebih banyak menggunakan anggota itu untuk mengekspresikan senyuman dan berasa otot wajah mereka semakin lemah atau ‘jatuh’ kerana jarang menggunakannya sebelum ini,” jelasnya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/pakai-pelitup-muka-terlalu-lama-rakyat-jepun-masuk-kelas-belajar-senyum/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/pakai-pelitup-muka-terlalu-lama-rakyat-jepun-masuk-kelas-belajar-senyum/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/27/%e4%ba%8e%e5%9c%a8%e5%84%aa%ef%bc%9a%e6%95%99%e9%83%a8%e9%a0%88%e8%ac%b9%e6%85%8e-%e5%ad%b8%e6%a0%a1%e6%87%89%e4%bf%9d%e6%8c%81%e5%92%8c%e8%ab%a7/", "headline": "于在優:教部須謹慎 學校應保持和諧", "content": ["(亞庇廿七日訊)沙巴團結黨亞庇亞庇區部宣傳主任于在優表示,學校應始終保持中立。", "她說,教育部應該謹慎處理在學校舉辦巴勒斯坦團結周的活動。", "他說,雖然聲援被壓迫人民是重要且崇高的目標,但這樣的計畫需要評估是否適合兒童。", "「以色列-巴勒斯坦衝突是一個複雜的問題,具有根深蒂固的歷史和政治層面,如果沒有採取全面、平衡的方法將其引入學校,可能會導致分裂、錯誤訊息、鼓勵學生極端主義或激進化,並引發潛在的外交問題。」", "教育部近日發佈通知,要求2023年10月29日至11月3日在學校和教育機構進行巴勒斯坦團結週活動。", "于在優表示,教育機構不應該促進某種政治議程,而應該用來培養批判性思考、開放思想和寬容。", "他說:「馬來西亞政府,特別是教育和文化部,在教育系統採取此類舉措之前,必須仔細考慮可能的後果。」", "于在優表示,許多家長在得知教育部的通知後,紛紛表達了對在學校舉辦此類活動是否合適的擔憂,其中許多人不希望自己的孩子參與此類活動。", "她說,家長們反對,因為這樣的計畫會佔用重要科目的寶貴課堂時間和資源,可能影響學生的教育發展。", "此外,于在優認為教育機構應該是團結和寬容的地方,引入有爭議的話題可能會破壞學校應維持的和諧,因為我們生活在一個具有不同宗教信仰的多種族社會。", "「如果教育和文化部堅持提高學生的意識,那麼『停止霸凌』、『不再飢餓』或『走向綠色』等更合適的主題是更適合兒童年齡的問題。」", "「該部不應把重點放在嚴重問題上,而是需要更密切地關注家庭和涉及兒童的問題,例如近年來變得更加普遍的學生霸凌行為。教導我們的孩子互相歡迎和包容,瞭解困難以及綠色和永續的舉措,我相信這些都是孩子們很容易產生共鳴的話題。」", "于在優認為,在提高對全球問題的認識和確保所傳達的訊息不會導致激進或不寬容(尤其是在學生中)之間取得平衡非常重要。", "姚說:「雖然教導我們的孩子瞭解世界各地正在發生的事情很重要,但我們需要小心,不要向他們灌輸仇恨或不正確的道德價值觀。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/08/eksport-sabah-catatkan-peningkatan-32-2-matrade/", "headline": "Eksport Sabah Catatkan Peningkatan 32.2%- MATRADE", "content": ["Tun Juhar (kanan) bersama Abu Bakar (kiri) semasa sesi kunjungan hormat.", "KOTA KINABALU: Eksport Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 32.2 peratus pada tahun 2022.", "Timbalan Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Abu Bakar Yusof berkata eksport Sabah menunjukkan prestasi positif bagi sektor eksport dengan nilai RM50 bilion, berbanding RM38.16 pada tahun 2021.", "“Pada tahun 2022, Sabah mencatatkan peningkatan 32.2 peratus eksport, begitu juga dari segi jumlah dagangan Sabah dengan negara luar meningkat sebanyak 30 peratus.", "“Ini adalah satu perkembangan positif serta memberangsangkan dan Matrade akan terus membantu kerajaan Sabah dalam membangunkan usahawan tempatan bagi mempertingkatkan lagi eksport mereka ke luar negara,” ujar beliau.", "Jelas Abu Bakar, Sabah mempunyai sumber asli yang besar dan industri utama eksport termasuk produk berasaskan minyak kelapa sawit dan petroleum.", "“Kita turut melihat potensi dalam produk lain seperti makanan dan minuman, produk penjagaan diri dan kosmetik yang boleh dieksport dari Sabah ke luar negara”, katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Dr Juhar Datuk Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, hari ini.", "Beliau turut memaklumkan, Matrade dengan kerjasama kerajaan negeri akan mengadakan Hari Eksport Peringkat Negeri Sabah 2023 yang dijangka berlangsung pada hujung tahun ini dan bertujuan untuk mengembangkan lagi sektor eksport di Sabah.", "Hadir sama dalam kunjungan tersebut Timbalan Pengarah Unit X-Seed Shah Nizam Ahmad dan Pengarah Matrade Sabah Ravidran Manogaran."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/12/hasil-iktiraf-peranan-media-dalam-memacu-ekosistem-percukaian-negara/", "headline": "HASIL iktiraf peranan media dalam memacu ekosistem percukaian negara", "content": ["KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama): Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Apresiasi Media 2023 di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur bagi mengiktiraf peranan agensi media dalam membantu HASiL memacu ekosistem percukaian negara dengan menyampaikan maklumat secara berkesan kepada orang ramai.", "Seramai 130 orang pengamal media yang terdiri daripada ketua-ketua agensi dan wartawan dari 55 agensi media telah hadir bagi memeriahkan majlis apresiasi ini. Menurut Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, inisiatif ini diadakan khusus buat rakan-rakan media di Semenanjung Malaysia sebagai tanda penghargaan ke atas liputan berita sepanjang tahun 2022 yang secara tidak langsung dapat meningkatkan imej positif HASiL dan menyebarluaskan maklumat percukaian semasa dalam memastikan rakyat celik cukai menerusi pendekatan A.E.S (Awareness, Education, Services) . Signifikan hubungan rapat antara HASiL dan rakan-rakan media juga terbukti apabila HASiL berjaya mencipta sejarah dengan mengutip jumlah cukai langsung tertinggi dalam tahun 2022 iaitu RM175 bilion melebihi sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu RM160.2 bilion.", "Awareness, Education, Services", "HASiL percaya rakan-rakan media telah berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang dalam mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan HASiL serta melaporkan isu-isu percukaian negara dengan tepat dan berkesan. Penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Apresiasi Media di Semenanjung Malaysia ini merupakan siri ketiga selepas program tersebut diadakan di Sarawak dan Sabah pada 4 dan 5 April 2023 yang lalu.", "https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public", "SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)", "SUMBER :", "SUMBER :", "Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/07/aplikasi-threads-tarik-10-juta-pengguna-dalam-tempoh-tujuh-jam/", "headline": "Aplikasi Threads tarik 10 juta pengguna dalam tempoh tujuh jam", "content": ["NEW YORK: Lebih 10 juta pengguna dilaporkan mendaftar dalam aplikasi baharu Threads sekitar tempoh tujuh jam pertama pelancarannya oleh syarikat induk Facebook, Meta.", "Threads merupakan pencabar terbesar kepada aplikasi Twitter milik Elon Musk yang terkenal sebagai salah satu syarikat media sosial paling ikonik dengan lebih 200 juta pengguna setiap hari.", "Aplikasi Thread dilancarkan untuk pengguna Apple dan Android di 100 negara secara serentak dan akan beroperasi tanpa iklan buat masa ini.", "“10 juta pendaftaran dalam tujuh jam,” tulis Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di akaun Threads rasminya.", "Antara selebriti terkenal yang mendaftar akaun di laman Threads termasuk Jennifer Lopez, Shakira dan Hugh Jackman, selain saluran media The Washington Post dan The Economist.", "Zuckerberg dilaporkan menghabiskan beberapa jam pertama pelancaran platform tersebut membalas kepada pengguna baharu.", "“Walaupun mungkin memerlukan sedikit masa, tetapi saya fikir perlu ada aplikasi perbualan awam dengan lebih satu bilion orang menyertainya. Twitter mempunyai peluang untuk melakukannya tetapi mereka masih belum berjaya. Mudah-mudahan kami akan berjaya,” katanya.", "Aplikasi Threads dibangunkan oleh pasukan Instagram bertujuan menyediakan platform untuk perbualan dalam talian masa nyata dan berkongsi kemas kini teks.", "Menurut Zukerberg, hantaran di aplikasi baharu itu mampu mencapai sehingga 500 aksara dan pengguna boleh memasukkan pautan, foto serta video berdurasi sehingga lima minit.", "Aplikasi Threads tarik 10 juta pengguna dalam tempoh tujuh jam"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/17/tak-cukup-dapat-3-bintang-liverpool-alisson-pula-diburu-pak-arab/", "headline": "Tak cukup dapat 3 bintang Liverpool, Alisson pula diburu Pak Arab", "content": ["Alisson Becker", "LONDON: Sudah pun memancing tiga legenda Liverpool, Jordan Henderson, Fabinho serta Roberto Firmino, kelab kaya Arab Saudi masih belum berpuas hati dan kini menyasarkan pula penjaga gol utama Reds, Alisson Becker.", "Reds", "Menurut Utusan Malaysia, media Bri­tain melaporkan, penjaga gol ­Brazil berusia 30 tahun itu menjadi sasaran kelab yang dibarisi seorang lagi bekas bintang Liverpool, Sadio Mane, Al-Nassr.", "Al-Nassr yang turut memiliki Cristiano Ro­naldo kecewa dengan persembahan penjaga gol sekarang, Nawaf Al-Aqidi ketika tewas 2-1 di tangan Al-Ettifaq, skuad bimbingan legenda Liverpool, Steven Gerrard kelmarin.", "Kelab itu kini, mahu menggantikan Nawaf dengan Alisson, penjaga gol yang telah membantu Liverpool merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara dan Liga Perdana inggeris, menurut laporan Footmercato.", "Kehilangan penjaga gol utama adalah perkara terakhir yang perlu difikirkan Jurgen Klopp selepas kelab Saudi mendapatkan khidmat Henderson dan Fabinho yang berjaya memujuk mereka supaya meninggalkan Liga Perdana Inggeris (EPL).", "Terdahulu Liverpool melepaskan Firmino, yang meledak hatrik pada penampilan sulungnya dalam Liga Pro Saudi bersama Al-Ahli, Jumaat lalu. ", "Tak cukup dapat 3 bintang Liverpool, Alisson pula diburu Pak Arab"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/14/dua-cedera-kenderaan-bertembung-di-papar/", "headline": "Dua cedera kenderaan bertembung di Papar", "content": ["Keadaan Perodua Axia yang terlibat dalam kemalangan itu. – Ihsan Bomba", "PAPAR: Dua orang lelaki cedera ringan apabila kereta dinaiki mereka bertembung sebuah kenderaan lain di Kampung Pengalat Besar, di sini, hari ini.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, PPgB Rozlan Osman berkata, kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.", "Menurutnya, panggilan berhubung kemalangan itu diterima melalui talian balai pada jam 12.31 tengah hari dan sepasukan sembilan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Hamdani Harith dikejarkan ke lokasi.", "“Setiba ditempat kejadian yang terletak enam kilometer dari BBP, didapati berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan jenis Perodua Axia dan Nissan X-Trail telah bertembung.", "“Terdapat dua orang mangsa lelaki mengalami kecederaan ringan dalam Perodua Axia dan dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. ", "“Manakala seorang mangsa lelaki pemandu Nissan X-Trail tidak mengalami kecederaan. Maklumat mangsa belum diperolehi. Operasi tamat pada jam 12.50 tengahari,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/15/%e5%ae%89%e8%8f%af%ef%bc%9a%e6%b2%92%e8%ad%89%e6%93%9a%e9%a1%af%e7%a4%ba-%e8%8f%b2%e6%94%bf%e5%ba%9c%e6%b6%89%e7%b4%a2%e6%ac%8a%e4%ba%8b%e4%bb%b6/", "headline": "安華:沒證據顯示 菲政府涉索權事件", "content": ["(吉隆坡十五日訊)沒有證據顯示蘇祿後裔向沙巴索權一事與菲律賓政府有關。", "據馬來西亞前鋒報報導,首相拿督斯里安華表示,他曾兩次與菲律賓總統馬科斯進行磋商,以確認此事。", "「有沒有證據表明菲律賓政府參與索權事件?我強調,到目前為止還沒有證據。」", "「我還與菲總統進行了兩次談判,當然這件事也讓菲律賓困擾。」", "安華堅稱,政府不會受理蘇祿或菲律賓對沙巴的任何索權。", "「這個決定是代表馬來西亞政府做出的,這是最終決定,我們不會答應蘇祿或菲律賓的要求。」", "「這不僅是根據當時首相(東姑阿都拉曼)與沙巴和砂拉越領導人之間的協議決定的,而且是由英國人最終確定的,在科博德委員會的決定中,最重要的是公投和沙巴和砂拉越人民自己的決定,選擇在一起建立馬來西亞。」", "「對我們來說,這是最終決定。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/05/sabah-karamit-pongusinan-rm600-riong-kkdw/", "headline": "Sabah karamit pongusinan RM600 riong KKDW", "content": ["Zahid (kotolu, gibang) pinapatahak toluod kumaa susumikul B40.", "KOTA KINABALU: Komontirian Desa om Wilayah (KKDW) papatahak RM600 riong montok kopoburuan koiyonon mosikin id Sabah.", "Kumoduo Luguan Montiri I po nogi’ Montiri KKDW, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi minoboros ginumu’ dilo’ montok popoburu’ Tongod, Kota Marudu om Pitas.", "“Maya’ pinibarasan miampai Luguan Montiri, insonongan tokou kogogonopan id watas dilo’ wookon nopo maya’ do ababayan Kapangabaan Lotirik Labus Kakadayan (BELB) om Pangaba’ Waig Labus Kakadayan (BALB).", "“Suai ko’ monginsonong toi mamawaal walai tongo’ mosikin, KKDW nga’ miontong nogi’ di projik pomorunan miampai popoindalan pisokodungan kopoburuan mongungusaha’ om nogi’ koperasi,” ka disio ontok kapahabaran media Ababayan Ramah Mesra Miampai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu.", "Pinopoilo nogi’ i Zahid do pongusin RM50 riong montok projik monginsonong om mongundar Institusi Balajaran MARA (IPMA) toun 2023.", "“Kopuli ilo’ do RM25 riong kumaa MRSM, RM17 riong kumaa Institut Komilaan MARA (IKM) om Kolej Komilaan Takawas MARA (KKTM) naamot RM8 riong po kumaa Kolej MARA (KM) om Kolej Abaal MARA (KPM).", "“Oondos tokou nogi’ sabab MARA om MRSM kiharo topong balajaran di osonong om iti no i kiguno tokou do gompion kaampai no id sunduk kogogonopan om ponuang dilo’,” ka disio.", "Suai ko ilo’, pinapahabar nogi’ i Zahid do MRSM Kota Kinabalu ointutunan sabaagi MRSM Tan Sri Musa Aman sabaagi mamagatang tonggungan bagas Boyoon Montiri Sabah dilo’ id kinopoburuan do MARA.", "Nokotindapou ngoi’ i Montiri Pinsingilaan Takawas Malaysia, Datuk Sri Dr. Noraini Ahmad; Ponorikohon MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki om i Potunud Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/19/%e4%ba%8e%e5%9c%a8%e5%84%aa%ef%bc%9a%e6%ad%a3%e8%a6%96%e9%81%8a%e5%ae%a2%e5%8f%8d%e9%a5%8b-%e6%8f%90%e5%8d%87%e6%b2%99%e6%97%85%e9%81%8a%e6%99%af%e9%bb%9e%e5%9f%ba%e8%a8%ad%e8%88%87%e6%9c%8d%e5%8b%99/", "headline": "于在優:正視遊客反饋 提升沙旅遊景點基設與服務", "content": ["(亞庇十九日訊)沙巴團結黨亞庇亞庇區部宣傳主任于在優表示,聯邦旅遊部長拿督張慶信就仙本那清潔狀況不佳發出的警告,敲響了沙巴旅遊業的警鐘。", "她說,警告不僅限於仙本那,而是沙巴所有旅遊景點。", "于在優同意張慶信的言論,並希望沙巴旅遊、文化及環境部長拿督劉靜芝迅速採取行動,以避免沙巴旅遊業陷入困境。", "于在優強調:「沙巴旅遊業當局和參與者,需要重視張慶信的建設性批評,並改善和升級沙巴的旅遊業。」", "他說,劉靜芝應該進行更全面的審查,確保旅遊業的發展與環境衛生能夠取得平衡。", "「我們希望旅遊部認真研究此事,制定短期和長期的改善計劃,讓遊客能夠看到沙巴旅遊業的積極變化。」", "她提議州旅遊、文化及環境部改進基礎設施、提升旅遊服務,加強環境衛生和保護措施等,以重塑沙巴作為國際旅遊目的地的形象。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/15/golf-amal-erat-kerjasama-kerajaan-persekutuan-negeri/", "headline": "Golf amal erat kerjasama Kerajaan Persekutuan, Negeri", "content": ["KOTA KINABALU: Kejohanan Golf Amal Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah berupaya mengeratkan kerjasama antara pegawai-pegawai kerajaan persekutuan, negeri dan swasta.  Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin berkata, seramai 128 peserta terlibat untuk kejohanan kali ini dan berlangsung dalam suasana meriah serta lancar.", "“Sebanyak RM 30 ribu berjaya dikumpul melalui kutipan bayaran penyertaan kejohanan dan sumbangan berkenaan telahpun diserahkan kepada ", "Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Datuk Al Hambra Tun Juhar,” katanya ketika ditemui media pada Kejohanan Golf Amal Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah disini, pada Sabtu.", "Pemenang Kategori Gross kejohanan amal tersebut dimenangi oleh Mohd Hanzallah, diikuti Jellysius B.Soimpon dan Shaiful Batong.", "Manakala bagi Kategori Nett pula disandang oleh Afdlin Mikhail Soffian, Ambossakka Patiroy di tempat kedua dan Affandi Ag Besar di tangga ketiga.", "Selain itu, Kategori VIP berjaya dirangkul oleh Datuk Eddie Abdullah yang membawa pulang wang tunai dan hadiah iringan.", "Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri II,  Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah,Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan Timbalan Speaker, Datuk Richard Yong We Kong."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/19/perjuangan-zii-jia-di-all-england-2023-terhenti-di-separuh-akhir/", "headline": "Perjuangan Zii Jia di All England 2023 terhenti di separuh akhir", "content": ["Lee Zii Jia", "BIRMINGHAN: Hasrat untuk melihat perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Seluruh England tidak kesampaian apabila perjalanannya disekat pemain China, Shi Yuqi di peringkat separuh akhir yang berlangsung di Utilitia Arena Birmingham malam tadi.", "Turun sebagai wakil tunggal negara yang tinggal di kejohanan ini menyaksikan Zii Jia memimpin perlawanan di set pertama dengan baik, namun Yuqi seakan mendapat rentak di hujung set apabila bangkit untuk mengejar sebelum mengecewakan jaguh negara itu dengan keputusan 19-21.", "Aksi di set kedua pula kekal seimbang sehinggalah Yuqi mula menjarakkan pungutan mata dan akhirnya menoktahkan perlawanan dengan kemenangan 13-21.", "Menurut Utusan Malaysia, kekalahan ini juga turut menyekar hasrat Zii Jia untuk membalas kekecewaan ditumbangkan Yuqi ketika perebutan gelaran juara di Terbuka Denmark Oktober lalu.", "Selepas ini Zii Jia akan meneruskan siri jelajah Eropahnya di dengan menyertai Terbuka Switzerland yang akan bermula 21 hingga 26 Mac depan, sementara Yuqi terpaksa menanti keputusan membabitkan satu lagi perlawanan separuh akhir sebentar nanti antara rakan senegara, Li Shi Feng yang akan berentap Anders Antonsen dari Denmark bagi mengetahui lawannya di final hari ini.", "Perjuangan Zii Jia di All England 2023 terhenti di separuh akhir"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/18/malaysia-serius-bangunkan-badang-wanita/", "headline": "Malaysia serius bangunkan ‘badang’ wanita", "content": ["Nur Syazwani Radzi memastikan angkat berat pulang bersama pingat selepas meraih gangsa dalam 64 kilogram wanita.", "PHNOM PENH: Kejayaan Nur Syazwani Radzi meraih pingat gangsa pada Sukan SEA 2023 membuka mata Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) untuk menggerakkan semula atlet wanita bagi mencabar pingat di saingan lebih tinggi.", "Syazwani, 20, yang membuat penampilan pertama dalam temasya dwitahunan itu meraih gangsa acara 64 kilogram (kg), sekali gus memberi kelegaan buat badan induk tersebut yang meletakkan sasaran satu pingat gangsa dari temasya kali ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Presiden PBAM, Datuk Ayub Rahmat berkata, program latihan lebih sistematik dan tersusun akan disediakan untuk atlet angkat berat wanita negara supaya potensi mereka boleh dikembangkan.", "“Kita di peringkat kebangsaan mempunyai program khusus untuk atlet angkat berat, jadi sebaik sahaja tamat Sukan SEA Kemboja, kita akan buat tawaran kepada Syazwani untuk mengikuti program lebih sistematik dan rapi.", "“Saya lihat itulah yang terbaik buatnya, pada masa sama, kita juga akan melihat potensi atlet lain di peringkat negeri untuk diketengahkan menerusi kejohanan yang akan diadakan kelak.", "“Apa yang boleh saya katakan, kita mempunyai ramai pelapis berkebolehan terutamanya atlet wanita sekali gus mampu membawa emas pada Sukan SEA akan datang,” katanya.", "Malaysia serius bangunkan ‘badang’ wanita"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/11/%e4%ba%8e%e5%9c%a8%e5%84%aa%ef%bc%9a%e9%a0%88%e7%a2%ba%e4%bf%9d%e5%b9%bc%e5%9c%92%e7%92%b0%e5%a2%83%e5%ae%89%e5%85%a8/", "headline": "于在優:須確保幼園環境安全", "content": ["(亞庇十一日訊)沙巴團結黨亞庇亞庇區部宣傳主任于在優表示,孩子們需要一個安全健康的學前環境來接受早期教育。", "因此她表示,每個幼兒園都應該為孩子們提供有趣的學習體驗,因為學前班是他們建立自信和認同的時間。", "她說:「日前一所私立幼兒園發生了涉嫌虐待兒童的事件,令人非常擔憂,因為擔心此類事件會阻礙他們的早期教育發展。」", "她敦促有關部門立即展開調查,並對涉案人員採取嚴厲行動,同時也表示,由於該事件受到公眾的廣泛批評,因此必須確保採取法律措施維護正義。", "她還呼籲當局從早期教育和幼兒保育的各個方面綜合考慮,創造安全的環境,並出台政策鼓勵學校改善師資培訓,以培養孩子們的學習熱情。", "「還將建立更嚴格的監管機制,定期對幼兒園是否適合提供健康安全的學習環境進行專業評估。」", "姚還希望當局確保受虐待的受害者及其父母得到適當的支持和諮詢,以便他們能夠從事件的創傷中恢復過來。", "近日,路陽1幼兒園女工作人員被指虐待一名4歲兒童,其行為被閉路電視錄下來。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/08/%e7%b4%8d%e5%b7%b4%e7%81%a3%e5%9c%9f%e8%91%97%e6%b3%95%e5%ba%ad%e5%a4%a7%e6%a8%93%e6%98%8e%e5%b9%b4%e5%8b%95%e5%b7%a5/", "headline": "納巴灣土著法庭大樓明年動工", "content": ["(亞庇八日訊)納巴灣土著法庭大樓,預計將於明年初動工,計劃於2025年底前完工。", "沙地方政府及房屋部助理部長依斯寧表示,擬建的納巴灣土著法庭大樓正處於準備成本估算的最後階段。", "「額外的土壤調查(SI)和設計等工作已經完成。該計劃已於2023年7月14 日發送給地區工程師,以進行開發審批申請流程。」", "他今天在沙巴立法議會會議上回答納巴灣州議員阿都甘尼耶辛的提問時說:「預計施工將於明年初開始,計劃在2025年底前完成。」", "阿都甘尼詢問,根據沙巴進步繁榮大藍圖發展計劃,在納巴灣興建土著法庭大樓的現狀和努力如何。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/12/dr-joachim-lancar-persatuan-penduduk-kg-sinurai-ranau/", "headline": "Dr. Joachim lancar Persatuan Penduduk Kg. Sinurai, Ranau", "content": ["Dr. Joachim (barisan tengah, tengah), Leester (barisan tengah, tiga dari kanan) bersama dengan ahli jawatankuasa PPKSR dan tetamu yang hadir dalam majlis pelancaran persatuan itu.", "RANAU: Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam merasmikan pelancaran Persatuan Penduduk Kampung Sinurai, Ranau (PPKSR) dalam satu majlis diadakan di perkarangan balai raya Kg. Sinurai, di sini, baru-baru ini.", "Dr. Joachim mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengerusi Persatuan Leester Dalimon kerana dapat membentuk sebuah persatuan mewakili penduduk kampung.", "Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu difahamkan pelbagai aktiviti kebudayaan telah diadakan sejak pagi bersempena dengan pelancaran itu dengan sambutan yang menggalakkan warga kampung.", "“Saya memuji semangat waja ditunjukkan penduduk kampung yang begitu teruja dan sambutan mereka kepada penubuhan persatuan ini yang amat memberangsangkan,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran persatuan tersebut.", "Katanya, persatuan tersebut amat penting untuk mewujudkan aspirasi dan membina hasil persatuan yang berdaftar. Ia adalah satu platform bagi warga kampung untuk berbincang dan seterusnya menyuarakan cadangan kepada pihak oemimpin kerajaan dalam usaha memajukan kampung.", "Beliau berharap agar persatuan ini akan bekerjasama dengan para pemimpin kampung dalam memajukan Kg. Sinurai dan pihaknya akan membantu sebaik mungkin dari sudut permohonan dan peruntukan.", "Dr. Joachim juga menyatakan bahawa Kg. Sinurai amat bertuah kerana lokasi strategik yang sesuai untuk pelaksanaan agenda pembangunan.", "Sementara itu, Leester dalam ucapannya berkata, tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk mengeratkan kesatuan penduduk melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan dan beliau mempelawa semua penduduk kampung untuk menyertai PPKSR.", "Selain itu, katanya, persatuan ini diwujudkan sebagai usaha untuk meneroka peluang -peluang pelancongan melalui keunikan budaya etnik Dusun Tinagas.", "Leester juga turut menyatakan pendirian bahawa persatuan ini akan sentiasa bergerak seiringan dengan pimpinan kampung dalam mempertahankan hak tanah adat daripada pencerobohan.", "Hadir sama dalam majlis itu ialah Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gumpoyo serta pemimpin-pemimpin masyarakat."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/01/karate-mampu-lahirkan-generasi-berkemahiran-berfikir-aras-tinggi/", "headline": "Karate mampu lahirkan generasi berkemahiran berfikir aras tinggi", "content": ["Jahid (depan, tengah) dan Gesiri mengabadikan gambar kenangan bersama pihak penganjur, para peserta dan para pemimpin masyarakat yang hadir.", "TAMPARULI: Sukan Karate mampu menyemai budaya masyarakat Jepun seperti kemahiran berfikir aras tinggi.", "Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, pada tahun 1982, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah melancarkan ‘Dasar Pandang ke Timur’ yang bermaksud pihak Kerajaan Malaysia dan swasta menjadikan negara Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh etika bekerja. ", "“Begitu juga dengan sukan karate, kita dapat menyemai budaya masyakat Jepun dari segi pendidikan, disiplin, ketepatan masa dan semangat juang yang tinggi,” katanya ketika merasmikan Kejohanan Sabah Shitoryu Karate-Do Interdojo Kali Ke-8 di Dewan Tun Hamdan, di sini, hari ini.", "Turut hadir Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, Pengasas merangkap Penasihat Kehormat Sabah ShitoRyu KarateDo Association, Shihan Thomas Chong, Pengasas Sabah ShitoRyu KarateDo Association merangkap Ketua Pengadil Kejohanan Interdojo Sabah ShitoRyu Kali Ke-8, Renshi John Jikum, Timbalan Presiden Sabah ShitoRyu KarateDo Association, Sensei Primus Suning, dan Pengerusi Kelab Karate Guakon merangkap Pengerusi Penganjur Kejohanan Interdojo Sabah ShitoRyu Kali Ke-8, Hendry Lingguan.", "Katanya, dalam membangunkan sesebuah persatuan, misi dan visi kepimpinan yang diterjemahkan dalam pelan strategik amat penting bagi menentukan hala tuju ke hadapan sesebuah persatuan. ", "Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, mengakui tertarik dengan 5 Pelan Strategik ShitoRyu Sabah yang telah disampaikan oleh Presiden mereka, Gesiri Gambung.", "“Saya sangat menyanjung tinggi misi persatuan untuk mempunyai bangunan pusat latihan sendiri ataupun Sabah ShitoRyu Training Centre pada  tahun 2036 nanti.", "“Semoga impian ini dipermudahkan dan insyaallah dengan usaha terbaik daripada anda semua, pastinya akan menjadi kenyataan pada tahun 2036 nanti,” katanya.", "Menurutnya, sukan Karate merupakan antara sukan yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat. ", "“Selain membina minda yang cerdas dan disiplin diri yang tinggi, dengan menyertai sukan karate, adik-adik semua dapat mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah daripada membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat,” kata Jahid.", "Selain itu, katanya, para peserta juga dapat berkenalan dengan kawan-kawan, dan mendapat pengalaman baharu melalui kejohanan tersebut.", "“Pastinya kamu akan lebih bersemangat untuk terus berlatih sehingga mencapai tahap yang lebih tinggi seterusnya mengharumkan nama persatuan yang anda wakili. ", "“Tidak mustahil, suatu hari nanti ada di antara adik-adik yang ada di sini akan mewakili negara kita di peringkat antarabangsa kelak,” tambahnya.  ", "Katanya, intipati pertandingan Karate-Do tersebut adalah berbentuk muhibbah, justeru masa tersebut juga mampu menyemai, mempromosi dan mengembangkan perpaduan yang lebih erat, persahabatan, persaudaraan dalam kalangan semua ahli, peserta dan para ibu bapa yang hadir.", "Pada majlis tersebut, Jahid turut meluluskan permohonan sumbangan pembelian Tatami dan peralatan kejohanan sejumlah RM18,000 kepada Sabah Shitoryu Karate-Do Association.", "“Semoga sumbangan ini akan dapat membantu ShitoRyu Sabah agar terus berkembang dalam menganjurkan kejohanan-kejohanan skala besar nanti,” katanya.  ", "Untuk rekod, selain wakil dari Tamparuli, kejohanan pada kali ini turut dihadiri peserta dari Miri, Sarawak, Nunuk Ragang Ranau, daerah Ranau, Kota Kinabalu, Politeknik dan Putatan. "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/19/liverpool-setuju-lepaskan-fabinho-henderson/", "headline": "Liverpool setuju lepaskan Fabinho, Henderson", "content": ["Liverpool sedia melepaskan Fabinho (kiri) dan Jordan Henderson kepada kelab Arab Saudi.", "MANCHESTER: Liverpool memberi ‘lampu hijau’ kepada ketua pasukannya, Jordan Henderson dan Fabinho untuk menyertai kelab Arab Saudi, menurut ­Football Insider.", "Football Insider.", "Henderson, 33, telah bersetuju dengan kontrak dua tahun bersama Al Ettifaq dan akan menerima gaji 700,000 pound (RM4.156 juta) seminggu, manakala Fabinho telah diberi lampu hijau oleh Reds untuk memuktamadkan syarat perpindahan 40 juta pound (RM237.5 juta) ke Al-Ittihad.", " Reds", "Menurut Utusan Malaysia, pemergian kedua-dua pemain itu menyaksikan jentera tengah Liverpool akan dirombak, dan Reds sudahpun membuat persediaan dengan membawa masuk Alexis Mac Allister serta Dominik Szoboszlai.", "Fabinho tidak mengikuti skuad kendalian Jurgen Klopp mengadakan kem pramusim di Jerman sebaik sahaja menerima tawaran Al-Ittihad.", "Tawaran kelab Liga Pro Saudi itu diterima minggu lalu, dan Fabinho, 29, diberi kebenaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melengkapkan formaliti perjanjian.", "Sementara itu, Al Ettifaq ya­kin ujian perubatan dan formaliti perpindahan Henderson akan selesai tidak lama lagi, sekali gus menamatkan kerjayanya yang cemerlang selama 12 tahun di Anfield.", "Football Insider minggu lalu mendedahkan Liverpool tidak akan menghalang langkah ­Henderson jika dia memberitahu mereka dia mahu pergi.", "Football Insider", "Ini bermakna lima pemain te­ngah senior dari skuad musim lalu akan pergi selepas James ­Milner, Naby Keita serta Alex Oxlade-Chamberlain dilepaskan secara percuma.", "Pemergian Henderson mungkin akan dirasai peminat-penyokong Reds selepas dia membawa pengaruh di Anfield sejak menandatangani perpindahan 16 juta pound (RM95 juta) dari Sunderland pada 2011.", "Dia menjadi kapten ­Liverpool pada 2015 berikutan pemergian legenda kelab, ­Steven Gerrard, yang kini pe­ngurus Al Ettifaq.", "Sepanjang menjadi ketua pasukan, Henderson menge­tuai Liverpool memenangi Liga ­Perdana, Piala FA, Piala EFL, Liga Juara-Juara, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA.", "Liverpool setuju lepaskan Fabinho, Henderson"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/21/milliken-company-marks-five-years-of-progress-in-2022-sustainability-report-for-humankind/", "headline": "Milliken & Company marks five years of progress in 2022 sustainability report, “For HumanKind”", "content": ["Milliken’s sustainability report, entitled “For HumanKind,” shares five years of progress on the company’s sustainability goals. (Photo: Business Wire)", "Verified net-zero targets anchor company’s short- and long-term global sustainability impact", "Verified net-zero targets anchor company’s short- and long-term global sustainability impact", "Milliken’s announcement of its short- and long-term targets", "completing this exit in December 2022", "Center for Sustainable Behavior and Impact", "milliken.com/sustainability", "About Milliken", "milliken.com", "Facebook", "Instagram", "LinkedIn", "Source : Milliken & Company", "Source : Milliken & Company"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/24/kane-cipta-rekod-jaringan-england-kalahkan-itali/", "headline": "Kane cipta rekod jaringan, England kalahkan Itali", "content": ["Harry Kane mencipta rekod baharu bersama England", "NAPLES, Itali: Harry Kane memecah rekod penjaring terbanyak England sepanjang zaman dengan meledak gol ke-54 ketika membantu Three Lions menundukkan Itali 2-1 dalam aksi pertama, kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024 awal pagi tadi.", "Three Lions", "Menurut Utusan Malaysia, penyerang Tottenham itu memadam memori hitam gagal menyempurnakan penalti ketika England kalah kepada Perancis pada suku akhir Piala Dunia, Disember lalu dengan meledak penalti sebelum tamat babak pertama bagi memberikan pelawat kelebihan 2-0 di Naples.", "Terdahulu, Declan Rice meletakkan England di depan pada minit ke-13, diikuti penalti Kane pada minit ke-44, sekali gus mengatasi rekod Wayne Rooney (53).", "“Ia sangat bermakna. Saya begitu teruja untuk menyarung jersi England dan kembali beraksi untuk memulakan kempen Euro yang berlangsung tahun depan.", "“Semestinya penalti! Ketika bola menerjah jaring, ia memberi satu emosi yang hebat. Saat magis,” kata Kane yang membuat penampilan ke-81.", "Kane sebelum ini turut mengatasi rekod lama yang dipegang oleh Jimmy Greaves dengan merekodkan 266 gol untuk bergelar penjaring terbanyak Tottenham pada Februari.", "“Menjadi sebahagian daripada perkara menakjubkan, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan, staf, penyokong, keluarga saya dan isteri saya,” kata Kane selepas England mencatat kemenangan pertama di tempat lawan di Itali sejak 1961.", "England bagaimanapun menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas layangan dua kad kuning dalam tempoh 54 saat menyebabkan Luke Shaw dibuang padang pada minit ke-80.", "Itali yang merapatkan jurang 2-1 menerusi jaringan Mateo Retegui pada minit ke-55 bagaimanapun gagal memanfaatkan kelebihan tersebut. ", "Kane cipta rekod jaringan, England kalahkan Itali"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/21/%e6%b2%99%e8%83%bd%e6%ba%90%e6%a9%9f%e6%a7%8b%e7%a7%bb%e4%ba%a4%e6%b2%99%e6%94%bf%e5%ba%9c%e5%8d%83%e8%90%ac%e8%82%a1%e6%81%af/", "headline": "沙能源機構移交沙政府千萬股息", "content": ["(亞庇廿一日訊)截至2022年12月31日的財政年度,沙巴能源機構向沙巴政府支付了1000萬令吉的股息。", "沙巴能源機構主席拿督安努雅今日移交了模擬支票給首長拿督斯里哈芝芝,在場者包括沙巴能源機構首席執行官Adzmir。", "在活動中,Adzmir也向首長匯報指SEC及其公司集團,在2022年錄得4790萬令吉的稅前利潤。", "他說,SEC的全資子公司Asian Supply Base Sdn. Bhd.,為SEC貢獻了2880萬令吉的稅前利潤, SEC的稅前獨立利潤達2200萬令吉。", "迄今為止,SEC對州政府的總股息貢獻高達2億4100萬令吉。", "Adzmir表示,SEC多年來再投資後的累積利潤,已將股東基金增加至2022年底超過10億令吉。", "Adzmir說,作為沙巴最大的國內天然氣供應商和運輸商,SEC現在在該地區的工業和經濟增長中發揮著重要作用。", "他補充說,SEC致力於增加其在能源領域的業務運營和盈利能力,這符合沙巴政府讓政府官聯公司更積極參與能源行業的目標。", "他說,憑藉其不斷增長的客戶群和控制基礎設施,SEC有能力提供優質的產品和服務,這些產品和服務將增加利潤,並通過持續向沙巴政府支付股息對沙巴人民產生積極影響。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/06/lapan-sekeluarga-maut-ditembak-di-utah/", "headline": "Lapan sekeluarga maut ditembak di Utah", "content": ["SALT LAKE: Lapan sekeluarga termasuk lima kanak-kanak ditemukan maut ditembak di sebuah rumah di selatan Utah di Amerika Syarikat (AS).", "Insiden itu disifatkan sebagai tragedi yang menyayat hati berlaku di sebuah bandar kecil di Enoch City.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengurus Enoch City, Rob Dotson berkata, mangsa ditemui ketika polis melakukan pemeriksaan kebajikan di rumah tersebut.", "Katanya, polis diarahkan untuk ke rumah mangsa bagi melakukan pemeriksaan kebajikan selepas keluarga itu gagal dihubungi sejak sekian lama.", "Namun, mereka menemukan lapan mayat yang terdiri daripada tiga dewasa dan lima kanak-kanak setelah ke rumah tersebut.", "Pemeriksaan kebajikan berdasarkan panggilan ke jabatan polis adalah perkara rutin apabila individu tertentu tidak dapat dikesan untuk tempoh masa yang panjang.", "Terdahulu, pihak berkuasa menerusi kenyataan memaklumkan insiden itu tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada orang ramai.", "“Kami tidak pasti apa yang berlaku dan tidak mahu berteka-teki,” kata Dotson dalam satu video yang diemel kepada pemberita.", "Jelas Dotson, beberapa agensi penguatkuasa undang-undang sedang bekerjasama dalam siasatan yang mungkin berpanjangan.", "Sementara itu, Pegawai Sekolah Daerah Iron dalam surat dihantar kepada ibu bapa, mengesahkan lima kanak-kanak itu bersekolah di daerah tersebut. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/01/lapan-sekeluarga-maut-ditembak-di-utah/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/01/lapan-sekeluarga-maut-ditembak-di-utah/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/03/fasiliti-sokongan-akaun-2-kwsp-mulai-dibuka-7-april/", "headline": "Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP mulai dibuka 7 April", "content": ["KWSP)", "Menurut Utusan Malaysia, KWSP dalam kenyataan memaklumkan, semua pencarum warga Malaysia di bawah umur 55 tahun boleh membuat notis awal untuk pengeluaran umur 50 tahun atau 55 tahun, dengan syarat mereka mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 dan tempoh pembayaran balik adalah sehingga 10 tahun.", "Tambah kenyataan itu, kemudahan berkenaan dibuka secara dua peringkat dengan fasa satu bermula pada 7 April ini dan kekal dibuka selama setahun kepada ahli layak berumur 40 tahun ke atas dan tertakluk kepada kesediaan bank mengambil bahagian.", "Namun untuk fasa dua untuk ahli di bawah umur 40 tahun dan tarikh diumumkan dalam masa terdekat.", "“Fasiliti Sokongan Akaun 2 akan dilaksanakan dalam dua fasa dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu Bank MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN). ", "“KWSP akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank yang mengambil bahagian pada masa hadapan,” kata kenyataan sama lagi.", "Fasiliti Sokongan Akaun 2 merupakan satu kemudahan bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan pengeluaran adalah bersyarat di mana pembayaran hanya dibuat kepada institusi perbankan apabila pencarum mencapai umur 50 hingga 55 tahun seperti termaktub dalam Akta KWSP.", "KWSP menambah, pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini, tertakluk kepada penilaian pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka dengan permohonan pembiayaan peribadi boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan mengambil bahagian. ", "“Sebelum membuat permohonan, ahli perlu membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP. Permohonan hendaklah dibuat mengikut terma dan syarat yang dipersetujui dengan institusi perbankan. ", "“Setelah permohonan diluluskan, ahli boleh mengemukakan permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun kepada KWSP berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan,” katanya.", "Tambah KWSP, kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) akan dikenakan oleh bank-bank yang mengambil bahagian di bawah program ini adalah antara empat peratus hingga lima peratus iaitu lebih rendah dan lebih berpatutan daripada kadar pasaran semasa iaitu lapan peratus hingga 15 peratus.", "Jelasnya, kemudahan ini disasarkan kepada ahli KWSP mempunyai simpanan dalam Akaun 2 dan disokong dengan pendapatan yang berpatutan bagi memastikan mereka mampu membiayai dan membayar balik tanpa menjejaskan kecukupan dan keselamatan simpanan persaraan mereka. ", "“Fasiliti sokongan ini menawarkan penyelesaian praktikal untuk ahli KWSP yang menghadapi isu ketidakcukupan tunai sementara dengan menyediakan aliran tunai melalui pembiayaan peribadi dengan impak minimum kepada simpanan persaraan mereka,” kata KWSP.", "Menurut KWSP, pihaknya akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank pada mana-mana peringkat umur antara 50 dan 54 tahun mengikut pilihan ahli sekiranya ahli membuat notis awal untuk pengeluaran umur 50 tahun.", "“Jika ahli memilih pengeluaran umur 55 tahun, KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank pada umur 55 tahun. Jumlah yang dibayar akan digunakan untuk menjelaskan baki pembiayaan peribadi sekiranya ada, sebelum memulangkan sebarang lebihan kepada ahli.", "“Simpanan ahli akan kekal dalam Akaun 2 dan terus menerima dividen tahunan KWSP, seterusnya membolehkan ahli mengambil manfaat daripada kuasa pengkompaunan dividen ke atas simpanan persaraan mereka, di samping masih memenuhi keperluan kewangan jangka pendek mereka,” jelas KWSP.", "Pada masa sama, ahli boleh membatalkan notis awal pengeluaran umur 50 tahun atau 55 tahun dengan memaklumkan kepada KWSP sekiranya ahli telah menyelesaikan sepenuhnya pembiayaan peribadi mereka. ", "“Sebaik sahaja notis awal dibatalkan, jumlah yang dipohon untuk pengeluaran (prinsipal dan dividen terkumpul) dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk pengeluaran pra-persaraan lain daripada KWSP,” katanya.", "KWSP kemudian menjelaskan, bermula Rabu atau 5 April, ahli boleh melawat https://fsa2.kwsp.gov.my untuk menyemak kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang boleh dimohon, serta soalan-soalan lazim berserta jawapan berkenaan fasiliti ini.", "“Ahli juga perlu mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit melalui Self-Service Terminal di mana-mana cawangan KWSP bagi tujuan penerimaan Transaction Authorisation Code (TAC) untuk pengesahan identiti ketika membuat transaksi,” ujar kenyataan itu.", "Untuk maklumat lanjut mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2, ahli boleh merujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 038922 6000.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/fasiliti-sokongan-akaun-2-kwsp-mulai-dibuka-7-april/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/fasiliti-sokongan-akaun-2-kwsp-mulai-dibuka-7-april/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/01/ordinan-buruh-sabah-dipinda/", "headline": "Ordinan Buruh Sabah dipinda", "content": ["Mustapha bercakap kepada pemberita dalam sidang media di Parlimen hari ini. Foto: Jabatan Penerangan", "KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam proses membuat pindaan terhadap Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) yang merupakan undang-undang buruh utama mengawal hubungan antara majikan dan pekerja di negeri itu. ", "Timbalan Menterinya, Datuk Mustapha Sakmud berkata, draf Rang Undang-Undang (RUU) itu sudah lengkap dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk semakan dan kelulusan.  ", "Katanya, selepas dibentang ke peringkat Kabinet, kementerian menyasarkan RUU tersebut dibentang pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat akan datang. ", "“Sekiranya pindaan ordinan ini diluluskan di Dewan Rakyat, sudah pasti hak-hak dan faedah yang akan dinikmati oleh majikan dan pekerja Sabah setara dengan pekerja di Semenanjung. ", "“Pindaan ini juga pasti akan menaikkan imej Sabah di peringkat antarabangsa terutama berkaitan isu-isu hak asasi manusia, hak pekerja, isu penghapusan diskriminasi dan membasmi buruh paksa kanak-kanak,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini. ", "Ordinan itu mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1950 dan diwarta menjadi undang-undang Persekutuan pada 20 Mei 1965. ", "Ordinan tersebut hanya dipinda sekali sahaja pada 2005 berbanding Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang telah dipinda sebanyak 12 kali. ", "Antara cadangan pindaan dalam ordinan itu melibatkan tafsiran; liputan kepada semua pekerja diperluaskan tanpa mengira had gaji atau jenis pekerjaan; penentuan siapa pekerja dan majikan; memperkukuh peruntukan berkaitan dengan liabiliti pembayaran gaji dan gangguan seksual. ", "(PARLIMEN) Ordinan Buruh Sabah dipinda"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/03/%e5%85%b5%e5%8d%97%e9%82%a6%e7%a6%ae%e6%8b%9c%e5%a0%82%e7%9a%84%e7%99%bc%e5%b1%95-%e8%b2%9d%e5%b0%bc%e8%bf%aa%e6%8c%81%e7%ba%8c%e9%97%9c%e6%b3%a8/", "headline": "兵南邦禮拜堂的發展 貝尼迪持續關注", "content": ["(兵南邦三日訊)兵南邦國會議員拿督依溫貝尼迪表示,除了其他發展之外,兵南邦地區的禮拜堂的需求和發展將繼續受到關注。", "也是聯邦企合部長的他重申,他致力於繼續努力爭取發展撥款,造福兵南邦人民。", "「作為兵南邦人民的代表,我將盡力確保這裡人民的發展和需求繼續得到關注。我向兵南邦居民保證,我會努力爭取發展撥款。」", "「我們計劃的發展包括教會的需求。去年4月,我捐獻了5萬令吉,以成功舉行亞庇教區豐收節慶典,亞庇教區的23個教區都參加了該活動。」", "也是沙巴民統主席的貝尼迪表示,兵南邦地區的所有發展需求都將包含在目前由沙巴發展研究所(IDS)實施的兵南邦發展計劃中。", "他表示,該發展計劃將使政府和領導人更容易規劃和實施兵南邦的所有發展項目,進而成為馬來西亞發展計劃和未來沙巴發展計劃的參考。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/07/hajiji-terima-replika-kad-pengenalan-lamanya-daripada-pengarah-baharu-jpn-sabah/", "headline": "Hajiji terima replika kad pengenalan lamanya daripada Pengarah baharu JPN Sabah", "content": ["KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berasa teruja menerima replika kad pengenalan lamanya daripada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang baharu, Ervinah Kebahi @ Syarafina Ibrahim. (gambar)", "gambar", "Ervinah berkongsi saat mengembirakan itu bersama Ketua Menteri selepas menyerahkan replika kad pengenalan berkenaan dalam kunjungan hormatnya di Pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu, di sini, kelmarin.", "Ervinah, memulakan tugas sebagai Pengarah JPN Sabah yang baharu pada Januari 2023 bagi menggantikan Khairul Aminus Kamaruddin.", "Beliau sebelum ini bertugas di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) urus setia Cawangan Sabah."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/25/belanjawan-2023-perkasa-pmks-beri-perhatian-besar-kepada-pembangunan-sabah/", "headline": "Belanjawan 2023 perkasa PMKS, beri perhatian besar kepada pembangunan Sabah", "content": ["Ewon Benedick", "KOTA KINABALU: Belanjawan 2023 bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’ yang dibentangkan semalam disifatkan mesra perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).", "Ini akan dapat memperkasakan sektor ini yang menyumbangkan kepada 38 peratus keluaran dalan negara kasar (KDNK) dan 48 peratus tenaga kerja di kalangan warganegara Malaysia, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Ewon Benedick.", "“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas keprihatinan menurunkan kadar cukai PMKS daripada 17 peratus kepada 15 peratus yang akan memberi penjimatan kepada 150,000 pembayar cukai PMKS,” katanya ketika mengulas tentang Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, Kuala Lumpur, kelmarin.", "Beliau turut meraikan keprihatinan Perdana Menteri ke atas komuniti penjaja dan peniaga kecil dengan menyediakan peruntukan khusus sebanyak RM50 juta membina baharu gerai-gerai penjaja di seluruh negara dan juga peruntukan khusus RM176 juta ringgit bagi kemudahan menaiktaraf premis dan kemudahan perniagaan di bawah MARA, DBKL, PUNB dan UDA Holdings yang merupakan agensi-agensi di bawah Kementeriannya.", "“Saya juga menghargai keprihatinan Perdana Menteri menyediakan pelbagai skim kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan usahawan PMKS dengan keseluruhan dana sebanyak RM1.7 bilion termasuk RM330 juta skim bantuan modal yang disalurkan kepada TEKUN Nasional (agensi Kementerian) termasuk RM10 juta khusus untuk membantu belia daripada keluarga susah meraih pendapatan melalui perniagaan, RM300 juta dikhususkan untuk menyokong perniagaan mikro oleh usahawan wanita dan belia serta RM1 bilion melalui Bank Simpanan Nasional untuk pembiayaan PKS mikro dan penjaja.", "“Saya juga meraikan keprihatinan Perdana Menteri memperkasakan PMKS dengan sokongan aktiviti automasi dan pendigitalan perniagaan dengan dana sebanyak RM100 juta di bawah Skim Geran Pendigitalan PKS dan penjaja kecil untuk geran padanan sebanyak RM5,000 dan juga dana sebanyak RM1 bilion melalui Bank Negara Malaysia untuk membantu PMKS mengautomasikan proses perniagaan dan mendigitalkan operasi,” ujarnya.", "Secara pentadbirannya, Kementeriannya diperuntukkan RM732 juta dalam belanjawan tahun ini, iaitu RM520 juta perbelanjaan pembangunan dan RM212 juta perbelanjaan mengurus. Ini merekodkan pertambahan RM182 juta berbanding belanjawan tahun lalu, khususnya perbelanjaan pembangunan yang ditambah sebanyak RM165 juta.", "Ewon berkata, penambahan perbelanjaan pembangunan Kementerian yang diberikan oleh Perdana Menteri menunjukkan komitmen besar beliau dalam usaha memulih dan memperkasakan sektor PMKS negara yang dilaksanakan oleh Kementerian ini dan agensi-agensi Kementerian.", "“Kami di Kementerian ini akan terus berkerja keras memastikan peruntukan ini sampai kepada komuniti PMKS mengikut tata kelola MADANI. Saya juga berazam memastikan proses permohonan dan penyaluran skim-skim pembiayaan ini dapat dipermudahkan agar komuniti PMKS dapat menikmati tadbir urus Kementerian dan agensi-agensi Kementerian yang mesra PMKS. ", "“Untuk ini saya akan meneruskan sesi libat urus dan program temu bersama usahawan-usahawan PMKS bagi menyantuni keperluan, isu dan cadangan mereka dan dalam masa yang sama memperkasakan kerjasama berpasukan di Kementerian agar dapat memberikan perkhidmatan Madani,” kata Ahli Parlimen Penampang dan ADUN Kadamaian itu..", "Sebagai Wakil Rakyat daripada Sabah, Ewon turut meraikan komitmen Perdana Menteri memberikan peruntukan pembangunan infrastruktur khusus Sabah sebanyak RM6.5 bilion iaitu jauh lebih besar berbanding yang disediakan oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini.", "“Perdana Menteri juga komited untuk menambahbaik kadar Pemberian Khas kepada Sabah dan akan menyegerakan rundingan berkenaan formula baharu bagi menggantikan persetujuan interim sedia ada. ", "“Untuk ini, saya telah mengatakan kepada Jemaah Menteri syor menjadikan pungutan cukai persekutuan di Sabah sebagai asas pengiraan formula Pemberian Khas tersebut dan turut memaklumkan Jemaah Menteri saya antara ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah yang telah memulakan Saman Pemula (Originating Summon) di Mahkamah Tinggi untuk menuntut penyelesaian yang lebih baik mengenai Pemberian Khas kepada Sabah di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.", "Selain itu, beliau turut meraikan komitmen Perdana Menteri memperbanyak kemudahan klinik bergerak, bank bergerak dan mahkamah bergerak di Sabah. ", "“Sebelum ini saya pernah menyatakan kepada Jemaah Menteri agar menyediakan peruntukan khusus untuk membiayai program Mahkamah Bergerak (Mobile Court) di Sabah selepas dimaklumkan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum bahawa sepanjang beliau memperkenalkan program mahkamah bergerak tersebut, tidak ada peruntukan khusus disediakan oleh kerajaan ketika itu.", "“Sebagai Ahli Parlimen P174 Penampang dan ADUN N11 Kadamaian, saya akan terus mengangkat aspirasi rakyat di kawasan yang saya wakili di mesyuarat Jemaah Menteri untuk isu-isu yang perlu diangkat ke jemaah ini dan juga kepada rakan-rakan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan agar kemudahan dan peruntukan Kementerian mereka juga boleh dinikmati oleh rakyat Penampang dan Kadamaian,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/23/golongan-muda-dijemput-sertai-tadau-sukod-wagu-kdca-youth-council-kyc-7-8-okt-ini/", "headline": "Golongan muda dijemput sertai Tadau Sukod Wagu KDCA Youth Council (KYC) 7-8 Okt ini", "content": ["KOTA KINABALU: Golongan muda dari seluruh Sabah dipelawa menyertai pelbagai program menarik sempena Tadau Sukod Wagu, KDCA Youth Council (KYC), yang akan diadakan di Dewan Terbuka Koisaan Cultural Village (KCV), KDCA Penampang pada 7 hingga 8 Oktober ini.", "Pengerusi Majlis Belia KDCA (KYC), Steve Johnny Mositun berkata, antara aktiviti pengisian sepanjang dua hari tersebut ialah larian ‘Spirit Of 85’ sejauh 5km, pertandingan Cosplay Budaya (Cultural Cosplay), Hari Influencer Belia Sukod Wagu, Permainan Dulu-Dulu dan Sukan Tradisi Sukod Wagu, Kempen Derma Darah, dan Booth Jualan Sukod Wagu. ", "Katanya, objektif utama penganjuran itu adalah untuk menggalakkan golongan belia mengambil peduli mengenai adat dan budaya mereka, selain menyemai rasa cinta terhadap suku kaum masing-masing.", "“Antara lain tujuan kita adalah untuk mengumpul seberapa ramai belia KDMR dari seluruh Sabah, tanpa mengira suku bangsa dan agama mereka, kerana kita semua datang dari satu rumpun yang sama, bezanya hanya bahasa, budaya dan mungkin adatnya,” kata Steve.", "Steve Johnny Mositun", "Di samping menyerlahkan bakat mereka dalam pelbagai bidang dengan menyertai pertandingan yang diadakan, anak-anak muda KDMR juga berpeluang mempelajari lebih mendalam mengenai bahasa, budaya, seni dan adat etnik mereka sendiri.", "“Kita sedar bahawa arus pemodenan dunia masa kini telah menular dalam kehidupan masyarakat terutamanya dalam kalangan belia, namun semua itu tidak seharusnya menghalang kita untuk mendalami adat dan budaya, apatah lagi bahasa yang diwarisi dari nenek moyang kita.", "“Harus diingat, mewarisi tradisi kaum sendiri tidak bermakna kita ini berfikiran kolot, melainkan kita harus berbangga dengan keunikan budaya dan adat kita sendiri, dan kitalah generasi yang seharusnya memeliharanya sampai bila-bila.”", "Justeru katanya, program Tadau Sukod Wagu itu amat bertepatan dengan tujuan bagi menyemai rasa cinta terhadap budaya etnik masing-masing.", "“Ini sekaligus mampu menyemai semangat orang muda bagi mengekalkan dan memelihara budaya tersebut sebagai aset paling penting, yang harus diterapkan melalui generasi ke generasi, jangan sampai kita hilang identiti nanti,” tegas Steve.", "Sebarang pertanyaan mengenai karnival berkenaan terutamanya berkaitan gerai jualan (booth) boleh berhubung dengan urusetia KYC, 017-4141295 (Beverly)."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/22/griezmann-mungkin-bersara-mbappe-dilantik-sebagai-kapten/", "headline": "Griezmann mungkin bersara Mbappe dilantik sebagai kapten", "content": ["Kylian Mbappe (kiri) akan memakai lilitan ketua pasukan Perancis, keputusan yang mengecewakan Griezmann", "PARIS: Bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann mempertimbangkan mengenai masa depannya bersama skuad Perancis selepas tidak dipilih menjadi kapten, menurut laporan kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, L’Equipe melaporkan, pengendali Perancis, Didier Deschamps sebaliknya memberi lilitan ketua pasukan kepada penyerang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe.", " L’Equipe", "Griezmann yang genap 32 tahun kelmarin terkejut dengan keputusan Deschamps tidak melantiknya sebagai ketua pasukan baharu Les Bleus kerana dia adalah pemain kedua paling berpengalaman dalam skuad selepas Olivier Giroud.", "Les Bleus ", "Dia telah membuat 117 penampilan, 42 gol dan 36 umpanan. Bersama Mbappe, Griezmann beraksi dalam setiap perlawanan Piala Dunia 2018 dan 2022 bersama Perancis.", "Mbappe, 24, akan menjadi ketua pasukan apabila menentang Belanda, Sabtu ini dan dijangka kekal memakai lilitan berkenaan, menjadikannya kapten paling muda.", "Terdahulu, Hugo Lloris mengosongkan tugas itu susulan bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas tamat Piala Dunia.", "Griezmann mungkin bersara Mbappe dilantik sebagai kapten"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/13/5-buah-kenderaan-tertimbus-akibat-tanah-runtuh-di-kk/", "headline": "5 buah kenderaan tertimbus akibat tanah runtuh di KK", "content": ["Keadaan di lokasi kejadian. – Ihsan Bomba", "KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya lima buah kenderaan tertimbus dalam satu lagi kejadian tanah runtuh yang berlaku di sini malam tadi.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata, kejadian berlaku di Taman Publik Lintas Fasa 2.", "Menurutnya, panggilan mengenai kejadian itu diterima menerusi talian balai pada jam 8 malam dan sepasukan sembilan orang diketuai Pegawai Operasi, PBK II Mohd Faizal Alias bersama sebuah jentera dan van EMRS bergegas ke lokasi.", "“Setiba di lokasi yang terletak tiga kilometer dari BBP itu, didapati satu insiden tanah runtuh telah berlaku melibatkan lima buah kenderaan tertimbus di bahagian belakang kereta yang berada di tempat letak kereta. ", "“Pasukan bomba bertindak membantu mengeluarkan kereta yang tertimbus dengan menggunakan peralatan hidrolik,” katanya.", "Menurut Agustavia, pasukan bomba seterusnya memasang sawar-sawar dan memberi nasihat kepada penduduk berhampiran untuk tidak menghampiri kawasan tanah runtuh tersebut. ", "Setelah memastikan tiada keberbahayaan lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 10.17 malam."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/20/%e8%b2%a1%e6%94%bf%e9%83%a8%e6%89%b9%e5%87%86%e7%94%b3%e8%ab%8b-%e7%af%a4poic%e6%88%90%e6%b2%99%e9%a6%96%e5%80%8b%e8%87%aa%e8%b2%bf%e5%8d%80/", "headline": "財政部批准申請 篤POIC成沙首個自貿區", "content": ["(吉隆坡廿日訊)聯邦財政部確認,已經批准拿篤棕油綜合工業園申請為自貿區(FTZ)的申請。", "上述事宜是在國際貿易及工業部副部長(MITI)劉鎮東和沙巴工業和企業發展部長(MIDE)馮晉哲舉行的圓桌會議上宣佈。", "馮晉哲說:「我要感謝首相拿督斯里安華的申請,並感謝首長拿督斯里哈芝芝將此項重要的任務交給我。」", "「我相信,隨著這項宣佈,我們將為沙巴的工業發展帶來積極影響,尤其是在沙巴東海岸。」", "馮晉哲表示,他將稍後宣佈更多相關的消息。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/02/11-cedera-4-selamat-kereta-terbabas-sendiri-dalam-nahas-berasingan-di-ranau-dan-tawau/", "headline": "11 cedera 4 selamat kereta terbabas sendiri dalam nahas berasingan di Ranau dan Tawau", "content": ["Keadaan kereta jenis Proton Saga BLM yang terbabas sendiri dan terjunam ke dalam gaung di Ranau. – Ihsan Bomba", "RANAU: Seramai 11 orang cedera manakala lima yang lain selamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas sendiri dalam dua kejadian berasingan di sini dan Tawau petang kelmarin.", "Kejadian di sini melibatkan enam sekeluarga yang nyaris maut selepas kereta mereka terbabas sendiri dan terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kampung Sagindai, pada jam 4.46 petang.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, PPgB Ridwan Mohd. Taib berkata, kejadian tersebut melibatkan dua orang dewasa dan empat kanak-kanak.", "Katanya, panggilan kecemasan diterima menerusi talian balai dan sepasukan enam anggota diketuai Komander Operasi, PBK II (KUP) Niel Thomson dikejarkan ke lokasi.", "“Setiba di tempat kejadian sejauh 35 kilometer dari BBP itu, didapati satu kemalangan melibatkan sebuah kereta Jenis Proton Saga BLM telah terbabas sendiri ke dalam gaung sedalam 10 meter.", "“Terdapat enam orang mangsa terdiri daripada dua orang dewasa dan empat kanak-kanak terlibat dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera tiba,” katanya. ", "Menurut Ridwan, seorang mangsa perempuan mengalami kecederaan telah dihantar oleh orang awam ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.", "Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 5.30 petang, katanya.  ", "Keadaan kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang terbabas sendiri ke tepi jalan di Tawau. – Ihsan Bomba", "Sementara itu, di TAWAU, 10 orang termasuk lima kanak-kanak mengalami kecederaan selepas kenderaan mereka terbabas sendiri di sini pada jam 5.30 petang kelmarin.", "Ketua BBP Tawau, TPgB Jemishin Ujin berkata, kejadian yang melibatkan lima mangsa dewasa dan lima kanak-kanak itu berlaku di Jalan Dumpas-Merotai.", "“Balai menerima panggilan kecemasan dan sepasukan enam anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Zainal Putra Nuadin dihantar ke lokasi.", "“Setiba di tempat kejadian sejauh 42 kilometer dari BBP itu, didapati satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback terbabas sendiri ke bahu jalan.", "“Terdapat 10 orang mangsa terlibat  terdiri daripada 5 dewasa dan 5 kanak-kanak mengalami kecederaan ringan dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera tiba,” katanya. ", "Menurut Jemishin, pasukan Bomba bertindak memberi rawatan awal seterusnya menghantar mangsa ke Hospital menggunakan jentera EMRS Bomba dan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.", "Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 6.25 petang, katanya.  "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/01/32-pelajar-keracunan-makanan-gara-gara-ayam-masak-lemak-cili-padi/", "headline": "32 pelajar keracunan makanan gara-gara ayam masak lemak cili padi", "content": ["SMK Tinggi Perempuan Melaka.", "MELAKA: Gara-gara menjamah ayam masak lemak cili padi sebagai hidangan makan malam, seramai 32 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Perempuan Melaka di sini terpaksa dikejarkan ke klinik kesihatan selepas mengalami simptom keracunan makanan, awal pagi semalam.", "Para pelajar terlibat mendakwa, juadah yang disediakan dewan makan asrama sekolah berkenaan mempunyai rasa yang pelik, selain rupa fizikal ayam juga kelihatan lain berbanding kebiasaan.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, dapur asrama itu telah diarahkan tutup selama 14 hari bermula semalam, mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.", "“Simptom mula dialami pada pagi Isnin dan masakan yang disyaki menjadi punca ialah ayam masak lemak cili padi yang dimakan pada malam Ahad.", "“Pelajar-pelajar mendakwa terdapat perubahan fizikal pada ayam yang dimakan, selain rasanya juga sedikit pelik. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti keracunan makanan itu.", "“Selepas itu mereka mula mengalami tanda-tanda keracunan makanan dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Peringgit untuk mendapatkan rawatan.", "“Mereka hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tiada pelajar yang dimasukkan ke wad,” katanya dalam sidang akhbar ketika hari kedua Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.", "Tambah Hee Sem, setakat 31 Julai lalu, sebanyak lapan kes keracunan makanan telah dilaporkan di Melaka dengan lima daripadanya membabitkan sekolah.", "“Jumlah itu melibatkan tiga kes di daerah Melaka Tengah, tiga di Alor Gajah dan dua di Jasin. Daripada jumlah tersebut lima melibatkan sekolah dan semua adalah terkawal dengan tiada kematian dilaporkan,” jelasnya. ", "32 pelajar SMK Tinggi Perempuan Melaka keracunan makanan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/28/bapa-kandung-dipenjara-6-tahun-simbah-air-menggelegak-kepada-anak/", "headline": "Bapa kandung dipenjara 6 tahun simbah air menggelegak kepada anak", "content": ["KUALA LUMPUR: Seorang bapa yang sebelum ini didakwa membunuh anaknya sebelum menanam mayat mangsa di tepi Jalan Bellamy di sini, dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen kelmarin kerana menyimbah air menggelegak ke tubuh seorang lagi anak perempuannya.", "Menurut Utusan Malaysia, Mohd. Yasin Halik, 40, mengakui fakta kes bahawa mangsa disimbah air panas menggelegak kerana mereka mengganggunya dengan bunyi bising ketika tidur.", "Hakim Norina Zainol Abidin turut memerintahkan tukang kasut itu berkelakuan baik dengan bon jaminan tanpa cagaran selama tiga tahun serta melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat untuk tempoh 180 jam selama enam bulan bermula kelmarin.", "Menurut pertuduhan, Mohd. Yasin sebagai bapa kandung kepada kanak-kanak berusia enam tahun itu, didakwa menyimbah air panas menggelegak dari dalam pemanas air ke tubuh mangsa hingga menyebabkan bahagian atas bahu kiri dan kanan serta kedua-dua belah lututnya melecur.", "Tertuduh disabitkan melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 12 tengah hari, 1 Disember 2022 di sebuah bilik sewa di Jalan Pudu di sini.", "Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.", "Pada prosiding itu, Mohd. Yasin menggeleng-gelengkan kepala selepas melihat gambar-gambar berkaitan kejadian itu termasuk kecederaan mangsa yang ditunjukkan oleh jurubahasa mahkamah.", "Kedua-dua kanak-kanak tersebut merupakan anak kandungnya hasil hubungan luar nikah dengan teman wanitanya yang merupakan seorang warganegara Indonesia.", "Menurut fakta kes yang dibacakan kepadanya, pasangan tertuduh bernama Suma pulang ke bilik sewa kira-kira pukul 7 malam hari yang sama selepas bertugas dan melihat kedua-dua anak perempuan dalam keadaan bogel dan terdapat kesan lecur pada badan mereka.", "Wanita itu yang bekerja sebagai tukang masak sebuah restoran bertanya mengenai kesan lecur itu dan dijawab mereka:  “Bapa siram air panas sebab kakak dengan adik bising”.", "Tindakan isterinya yang juga pengadu kes untuk membawa kedua-duanya ke hospital dihalang oleh tertuduh.", "Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman diringankan kerana ingin bertemu ibu bapanya yang berada di Sabah.", "Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub memohon hukuman berat atas alasan kecederaan yang dialami oleh mangsa bukan ringan.", "Menurut Noorhani, bapa kandungnya menyimbah badan mangsa menggunakan air panas menggelegak tanpa belas kasihan.", "“Tertuduh juga tidak membenarkan mangsa diberi rawatan awal dan kanak-kanak itu hanya menerima rawatan selepas sembilan hari,” ujarnya.", "Suma membuat laporan polis pada 9 Disember 2022 selepas kakak mangsa meninggal dunia.", "Pada 21 Disember 2020, Mohd. Yasin didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh kakak mangsa yang berusia sembilan tahun pada 9 Disember di bilik sewa itu.  Sebutan kes ditetapkan pada 21 Februari ini.", "Laporan akhbar menyebut, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku menanam mayat anaknya di tepi jalan Taman Dusun Bandar, Jalan Bellamy di sini. ", "Di mahkamah yang sama, Mohd. Yasin turut didakwa mencederakan teman wanitanya Suma, 41, dengan menyimbah wanita itu dengan air panas ketika sedang tidur menyebabkan kecederaan pada punggung kirinya, pada pukul 1 pagi, 8 Disember di bilik tersebut.", "Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman penjara empat bulan selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. ", "Bapa kandung dipenjara 6 tahun simbah air menggelegak kepada anak"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/07/lelaki-hina-institusi-diraja-ditahan/", "headline": "Lelaki hina institusi diraja ditahan", "content": ["Menurut Utusan Malaysia, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 49 tahun itu ditahan semalam di Pendang, Kedah.", "“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 kanun Tatacara Jenayah bermula hari ini (Khamis) hingga Ahad.", "“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "Menurutnya, orang ramai digesa agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara terutama yang melibatkan isu 3R iaitu raja (royalty) agama (religion) dan kaum (race).", "“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.", "Lelaki hina institusi diraja ditahan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/06/%e9%a6%96%e9%95%b7%ef%bc%9a%e5%9c%b0%e7%90%86%e5%84%aa%e8%b6%8a%e7%92%b0%e5%a2%83%e8%a6%aa%e5%95%86-%e6%ad%a1%e8%bf%8e%e4%b8%ad%e4%bc%81%e4%be%86%e6%b2%99%e5%b0%8b%e5%95%86%e6%a9%9f/", "headline": "首長:地理優越環境親商 歡迎中企來沙尋商機", "content": ["(深圳六日訊)沙巴首長拿督斯里哈芝芝表示,沙巴可為中國投資者提供巨大的投資和商業機會。", "哈芝芝率領貿易代表團前往深圳,以尋找促進沙巴的商業和投資機會,他說,沙巴提供了有利的投資環境。", "「沙巴的戰略位置和促進經濟成長的承諾,為卓越的投資前景鋪平了道路,主要是透過我們完善的工業園區,既亞庇工業園區(KKIP)、實必丹石油和天然氣工業園區(SOGIP)、拿篤以及山打根油棕工業園。」", "「這些工業區,加上沙巴的自然優勢,創造了大量的投資機會。僅在2022年,我們就在89個計劃中實現了25億美元的投資,有望創造數千個就業機會。」", "他在福田香格里拉大酒店舉行的「沙巴商業與投資機會」全球華人經濟技術高峰會上發表講話時如此表示。", "「我邀請中國投資者前來沙巴,親自探索這些投資和商業機會。我堅信沙巴是一個具有巨大未開發潛力的投資目的地。沙巴現已對外開放。」", "自2009年以來,中國一直是馬來西亞最大的貿易夥伴,到2022年,馬來西亞與中國之間的貿易額約佔馬來西亞全球貿易額的17.1%,而沙巴今年1月至9月,與中國的貿易額也達到了18.3億美元(82.9億令吉)。", "他說,沙巴政府已採取積極措施,透過成立專門的工作小組,確保沙巴投資盡可能順利。", "「該工作組旨在為像你們這樣的投資者,提供全面的支持、指導和有利的環境。」", "他表示,中國投資者可以關注的令人興奮的投資前景包括能源產業、低能源強度產業、綠色技術產品、生物質下游產品、食品加工、醫療器材、石油和天然氣以及旅遊業。", "哈芝芝說,沙巴也設法加強數位革命的力量。", "「中國科技和創新的快速進步,為我們帶來了深刻的啟發。以此為基礎,我們建立了沙巴創意經濟與創新中心(SCENIC)。SCENIC代表了我們整合技術、創造力和創新來推動經濟成長的承諾。」", "「根據沙巴進步繁榮計劃,我們推出了數位物聯網(IoT)沙盒,該沙盒於2022年12月推出,作為沙巴進步繁榮計劃的一部分。這只是數位企業家和創新者創建產品並測試其可行性的安全環境。」", "「我們看到了數位科技在農業、採礦和旅遊業等領域的變革力量,並尋求效仿中國在物聯網方面的成就。到2025年,這項措施預計將為我國經濟貢獻21億美元,創造約18,000個就業機會。」", "「我們的數位計劃中一個值得注意的補充是BizSabah。 BizSabah旨在增強連通性和便利商業,體現了沙巴的無障礙原則。無論是辦理政府手續還是尋找當地合作夥伴,BizSabah都是一個綜合平台。」", "「其獨特的商業交換系統旨在促進B2B聯繫,反映中國蓬勃發展的商業生態系統的活力和效率。」", "他說,沙巴由於其在東南亞的戰略位置,是汶萊-印尼-馬來西亞-菲律賓東東協增長區(BIMP-EAGA)的核心,透過這種區域合作,沙巴一貫倡導更深的經濟一體化。", "他說:「我預計沙巴將發展成為製造業、海運和運輸的區域樞紐,同時滿足新興國家和已開發國家的需求,特別是中國。」", "出席者包括沙巴州工業發展及企業部長拿督馮晉哲、沙巴投資局主席丹斯里阿尼法阿曼、沙巴政府秘書拿督沙法以及沙巴經濟顧問理事會主席丹斯里朱瑞強。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/21/24-maut-dalam-banjir-tanah-runtuh-di-sao-paulo/", "headline": "24 maut dalam banjir, tanah runtuh di Sao Paulo", "content": ["Gambar yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Sao Sebastiao ini menunjukkan kemusnahan yang disebabkan oleh hujan lebat dalam tempoh 24 jam, Ahad.", "SAO PAULO: Banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat berukuran 60 sentimeter dalam 24 jam meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa di tenggara Sao Paulo, Ahad.", "Rakaman televisyen dan media sosial dari bandar San Sebastiao menunjukkan seluruh kawasan kejiranan tenggelam dan serpihan kayu dari rumah di lereng bukit diheret oleh tanah jerlus.", "Lebuh raya turut dinaiki air dan banyak kereta yang musnah akibat pokok tumbang.", "Menurut Utusan Malaysia, Datuk Bandar San Sebastiao, Felipe Augusto berkata, sekurang-kurangnya 23 maut di San Sebastiao dan seorang gadis turut terbunuh di bandar Ubatuba.", "Sebanyak 228 orang lagi kehilangan tempat tinggal dan 338 orang dipindahkan di wilayah pantai utara, bandar Sao Paulo.", "Pihak berkuasa bagaimanapun tidak memberikan angka berapa ramai yang hilang atau cedera.", "Gabenor negeri Sao Paulo, Tarcisio de Freitas mengisytiharkan darurat di lima bandar di sepanjang pantai selepas membuat tinjauan udara di atas kawasan-kawasan yang musnah akibat cuaca.", "Sehubungan itu, sebanyak AS$1.5 juta (RM6.65 juta) diperuntukkan untuk operasi menyelamat.", "Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dalam ciapan di Twitter berkata, beliau akan melawat kawasan yang terjejas hari ini berikutan sedang bercuti sejak Jumaat lalu di negeri timur laut Bahia.", "San Sebastiao, 200 kilometer di utara Sao Paulo merupakan tempat orang ramai dari bandar menghabiskan cuti hujung minggu di pantai.", "24 maut dalam banjir, tanah runtuh di Sao Paulo"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/17/fast-track-dalam-urusan-sekolah-daif-pm/", "headline": "Fast track dalam urusan sekolah daif – PM", "content": ["Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat kebangsaan Kali Ke – 52 Tahun 2023 di MITC, Melaka.", "MELAKA: Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan (KPM) diarah memberi keutamaan atau laluan pantas (fast track) untuk kerja-kerja memperbaiki dan pembangunan semula sekolah-sekolah daif di seluruh negara.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau tidak mahu sebarang kerenah pentadbiran mengganggu pelaksanaan segera urusan melibatkan sekolah-sekolah daif, selaras dengan keutamaan dalam Belanjawan Madani 2023 yang memperuntukkan peruntukan terbesar untuk sektor pendidikan.", "Beliau berkata, situasi kritikal yang sekian lama membelenggu para guru dan murid sekolah terlibat, contohnya isu tandas rosak tidak seharusnya terjadi tatkala pertumbuhan negara dalam keadaan membanggakan.", "“Saya telah memberikan arahan kepada Kementerian Kewangan dan KPM untuk menjalankan mengikut fast track, saya tidak mahu ada sebarang kerenah pentadbiran yang menganggu pelaksanaan segera sekolah-sekolah daif.", "“Bagaimana boleh kita mengeyakan sekolah-sekolah dalam keadaan negara memacu pertumbuhan membanggakan, dalam keadaan di mana hasilnya bertambah dan kita pernah mencatat kejayaan yang sangat membanggakan.", "“Tetapi di sekolah-sekolah kalau ada lapan tandas, empat rosak. Ada sekolah empat tandas, tiga rosak. Jadi kita nak didik anak-anak tanpa kemudahan-kemudahan asas, ini yang mempengaruhi saya. Bukan laporan, bukan kajian daripada pakar-pakar. Melihat dari mata, melihat dari peringkat serendahnya,” kata Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, kelmarin.", "Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.", "KPM memperoleh peruntukan tertinggi berjumlah RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion, tahun lalu.", "Daripada nilai itu, sejumlah RM2.3 bilion disediakan untuk memastikan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah buat setiap golongan pelajar.", "Ini meliputi peruntukan RM920 juta untuk naik taraf bangunan serta infrastruktur di 380 buah sekolah daif, khususnya di Sabah dan Sarawak melalui kaedah perolehan khas untuk kesegeraan. ", "Fast track dalam urusan sekolah daif – PM"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/11/datuk-mengaku-tak-bersalah-pandu-lamborghini-secara-gopoh/", "headline": "Datuk mengaku tak bersalah pandu Lamborghini secara gopoh", "content": ["Lim Thean Seng didakwa di Mahkamah Majistret Kota Tinggi atas kesalahan memandu kenderaan Lamborghini Huracan Coupe secara gopoh di Lebuhraya Senai-Desaru hujung bulan lalu.", "KOTA TINGGI: Seorang lelaki bergelar Datuk dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini kelmarini atas kesalahan memandu Lamborghini Huracan Coupe secara gopoh di Lebuhraya Senai-Desaru, hujung bulan lalu. ", "Menurut Utusan Malaysia, tertuduh, Datuk Lim Thean Seng, 65, yang merupakan ahli perniagaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom.", "Berdasarkan kertas pertuduhan, Thean Seng didakwa memandu Lamborghini Huracan Coupe nombor pendaftaran KV 2369 E dengan cara yang memandang berbahaya kepada orang awam di Kilometer (KM) 54.5 hingga KM 55.5, Lebuhraya Senai-Desaru, kira-kita pukul 10 pagi, 29 Julai lalu.", "Dia didakwa di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun serta denda maksimum RM15,000, jika sabit kesalahan.", "Bagi pertuduhan pilihan, dia didakwa pada tarikh, lokasi dan masa yang sama telah memandu secara gopoh sehingga mungkin menyebabkan bencana kepada seseorang yang lain dan boleh didakwa di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau dengan kedua – duanya sekali, jika sabit kesalahan.", "Thean Seng yang diwakili peguam bela, Mohd. Syakirin Syazwan Mohd. Nayan turut mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan pilihan berkenaan.", "Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Khairuddin Khalid meminta pihak mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 kepada tertuduh. ", "Namun, Mohd. Syakirin meminta supaya anak guamnya diberikan jaminan yang minimum ekoran tertuduh mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan rawatan bulanan.", "Anak guamnya juga memberi kerjasama dalam siasatan dengan pihak polis dan komited memastikan kes berjalan lancar walaupun perlu hadir dari Kuala Lumpur dan dalam masa sama mempunyai temu janji kesihatan kelmarin.", "Rashidah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 5 September ini untuk serahan dokumen. ", "Datuk mengaku tak bersalah pandu Lamborghini secara gopoh"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/26/%e9%a6%96%e9%95%b7%ef%bc%9a50%e5%b9%b4%e4%be%86%e6%9c%80%e8%b3%ba%e9%8c%a2%e5%ae%98%e8%81%af%e5%85%ac%e5%8f%b8-%e6%b2%99%e8%bb%9f%e6%9c%a8%e5%85%ac%e5%8f%b8%e6%88%90%e7%b8%be%e6%96%90%e7%84%b6/", "headline": "首長:50年來最賺錢官聯公司 沙軟木公司成績斐然", "content": ["(亞庇廿六日訊)首長拿督斯里哈芝芝表示,沙巴軟木有限公司,在可持續土地管理方面樹立了標桿,使其成為50年來最賺錢的官聯公司之一。", "他說,沙巴軟木在該沙巴種植業的發展中發揮了重要作用,表明它有能力通過最大限度地提高生產力來管理土地資產,同時平衡景觀和環境因素。", "公司在研發、種植園管理和環境保護方面的成功,是每個人都可以引以為豪的,他今日在沙巴國際會展中心(SICC)舉行的沙巴軟木金禧慶典上如此表示。", "「作為我們主要的官聯公司之一,沙巴軟木在向州政府支付股息方面做出了巨大貢獻。這使其母公司Innoprise Corporation Sdn Bhd處於我們種植業的前沿。」", "他說:「它通過建立土地儲備、支持沙巴基金局的教育推廣工作和環境保護活動以及其他造福沙巴人民的社會計劃來回饋。」", "首長希望沙巴軟木不僅在本州,而且在全國和全球層面繼續領導種植業。", "「我們必須始終愛護我們的森林,以便為我們的子孫後代維護它。」", "在同一活動中,首席部長還推出了一本結合沙巴軟木週年紀念的書,他說這將是歷史和成功的記錄。", "「現在,我們需要放眼未來,希望在未來幾年實現州和沙巴軟木的成功。 我們希望我們的繼任者將繼續堅持最高標準,取得更大的成功。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/11/dua-lelaki-baling-mercun-dari-kondominium-diserbu-polis/", "headline": "Dua lelaki baling mercun dari kondominium diserbu polis", "content": ["Tangkap layar rakaman video tindakan lelaki melontar mercun dari sebuah kondominium di Cyberjaya.", "CYBERJAYA: Tindakan dua lelaki melontar mercun jenis bola dari sebuah kondominium di sini, akhirnya membawa padah apabila rumah mereka diserbu polis semalam.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menyerbu rumah individu berkenaan selepas menerima maklumat orang awam dan berdasarkan rakaman video.", "Beliau berkata, kejadian itu dikesan di sebuah unit kediaman di kondominium The Arc di sini, kira-kira pukul 11.16 malam.", "“Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Cyberjaya membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan menasihatkan dua lelaki berkenaan.", "“Perbuatan itu dikongsi seorang lelaki yang kemudian memaklumkan kepada anggota URB yang sedang bertugas di sekitar kondominium itu susulan bunyi bising akibat mercun itu,” katanya hari ini.", "Katanya, anggota URB kemudian masuk ke dalam kawasan The Arc sebelum pengawal keselamatan membawa anggotanya ke rumah suspek.", "Wan Kamarul Azran berkata, sebaik diperiksa, dua lelaki ditemukan di unit kediaman itu masing-masing berusia 20 dan 21 tahun.", "Menurutnya, suspek mengaku bermain mercun jenis bola dan membaling ke bawah bangunan.", "“Anggota memberi nasihat kepada suspek supaya tidak membuat bising dan mereka kemudian mengakui kesalahan serta berjanji tidak mengulangi perbuatan itu,” katanya.", "Katanya, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak bermain mercun atau bunga api sehingga mengganggu ketenteraman awam atau sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang lain.", "Sebelum ini tular di media sosial memaparkan seorang individu membaling mercun dari unit kondominiumnya sehingga mengundang bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam. ", "Dua lelaki baling mercun dari kondominium diserbu polis"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/15/lima-band-popular-bakal-gegar-borneo-rock-festival-2023-di-sabah/", "headline": "Lima band popular bakal gegar Borneo Rock Festival 2023 di Sabah", "content": ["KUALA LUMPUR : Search, Wings, Hujan, Butterfingers dan A.C.A.B merupakan lima kumpulan terkemuka tanah air yang telah memberikan lampu hijau untuk menyertai Borneo Rock Festival 2023 yang bakal berlangsung pada bulan hadapan.", "Dianjurkan oleh Imika Culture, festival yang mengangkat tema Budaya Popular dan Kontemporari itu akan diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 30 Disember ini.", "Menurut Utusan Malaysia, penganjurnya, Datuk Abdul Rahim berkata, penganjuran Borneo Rock Festival 2023 bertujuan mengangkat budaya unik Sabah yang sebelum ini kurang diberi perhatian secara umum.", "“Perkara ini tepat dengan tema Budaya Popular dan Kontemporari yang merangkumkan antara seni dan budaya lalu pada Borneo Rock Festival 2023.", "“Selain itu, kita mahu festival rock ini bukan hanya meletakkan hiburan semata-mata, sebaliknya, memberi ilmu berkaitan seni dan budaya masyarakat setempat.", "“Saya turut berharap festival ini dapat menjadi medium buat generasi masa kini menikmati hiburan berkelas. Jadi, Borneo Rock Festival 2023 bakal ini menampilkan 30 band terkenal yang akan menjadikan objektif penganjuran festival ini mencapai matlamat,”katanya.", "Mengulas mengenai pemilihan kumpulan rock terkemuka tanah air itu, kata Abdul Rahim, pihaknya percaya bahawa status band ikonik yang disandang mereka mampu menjadi tarikan utama dan sesuai dengan konsep yang diketengahkan penganjur menerusi festival ini.", "Sementara itu, menurut vokalis kumpulan Search, Datuk Suhaimi Abdul Rahman atau Amy, penganjuran Borneo Rock Festival 2023 baginya merupakan satu inisiatif baik dalam menyatukan seni serta budaya untuk dihayati pengunjung.", "“Search sangat tertarik dengan konsep festival rock yang dinyatakan penganjur. Ia bukan hanya mengangkat muzik rock sebagai jualan utama, sebaliknya, memberi peluang kepada band lokal, komuniti seni dan budaya lain membuat persembahan.", "“Kita rasa terhormat dipilih sebagai satu daripada artis utama menghiburkan peminat. terutama buat penggemar rock di Borneo,” katanya.", "Mensasarkan 20,000 pengunjung, Borneo Rock Festival 2023 turut menampilkan persembahan band tempatan seperti Amef, Mahkluk, Silversun, Suka Suki, Markaz79, Beyond My Rage, Dita Darcia, Gutaeters, Measmata dan Melodychain.", "Selain persembahan pentas, pengunjung boleh menikmati pelbagai keseronokan lain, termasuk pameran permotoran, wayang pacak, pertandingan memasak dan pameran kraf tempatan.", "Tiket dijual mengikut kategori berbeza iaitu General (Early Bird – RM79), (Normal – RM99), Rock Zone (Early Bird – RM99), (Normal – RM129) serta RM300 untuk Grandstand.", "Untuk maklumat lanjut layari www.ilassotickets.com", "Lima band popular bakal gegar Borneo Rock Festival 2023"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/06/kita-tetap-lindungi-hak-pesara-pm/", "headline": "Kita tetap lindungi hak pesara – PM", "content": ["Anwar Ibrahim (dua dari kanan) merasmikan “International Social Wellbeing Conference (ISWC)” serta melancarkan aplikasi KWSP I-Akaun di Hotel Mandarin Oriental di sini hari ini.", "KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mekanisme baharu akan diperkenalkan bagi melindungi pesara kerajaan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan pindaan Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA).", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri berkata, beliau menghormati keputusan mahkamah, namun, ia tidak bermakna hak pesara akan terjejas selepas ini.", "“Kita ambil serius isu ini dan kita akan terus mempertahankan (hak pesara).", "“Kita hormati keputusan mahkamah, tetapi, kita ada mekanisme untuk melindungi pesara dan ia akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa Ke-10 2023 (ISWC 2023).", "Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan undang-undang pencen yang dipinda sebagai terbatal dan tidak sah selepas menolak rayuan kerajaan serta Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membatalkan keputusan itu.", "Hakim Besar Malaya, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berkata, Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA) yang membenarkan kenaikan dua peratus setiap tahun, kurang memihak kepada pesara dan dengan itu, melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.", "Pada 13 Januari tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan bahawa pindaan Seksyen 3 dan 7 yang berkuat kuasa mulai 1 Jan 2013 adalah terbatal dan tidak sah kerana melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.", "Aminah Ahmad yang bersara sebagai penjawat awam di Kementerian Luar menyaman kerajaan dan Ketua Pengarah JPA atas kapasiti peribadi serta bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam kerana mendakwa pindaan kepada PAA 2013 mengakibatkan keadaan kurang memberi manfaat kepada beliau berbanding skim pelarasan persaraan sebelum ini di bawah PAA 1980.", "Di bawah skim lama, pencen pesara disemak berdasarkan gaji lazim penjawat awam dalam gred yang berkenaan. ", "Bagaimanapun, pindaan 2013 diperkenal berdasarkan kadar rata dua peratus kenaikan tahunan.", "Aminah pada mulanya gagal di Mahkamah Tinggi apabila kesnya ditolak pada 2020 namun beliau telah merayu kepada Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan memihak kepadanya manakala kerajaan dan Ketua Pengarah JPA pula mendapat kebenaran merayu tahun lalu.", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/07/kita-tetap-lindungi-hak-pesara-pm/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/07/kita-tetap-lindungi-hak-pesara-pm/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/04/saya-tak-mahu-jadi-pm-jika-prinsip-perlembagaan-dipertikai-anwar/", "headline": "Saya tak mahu jadi PM, jika prinsip Perlembagaan dipertikai – Anwar", "content": ["Anwar Ibrahim berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dewan Terbuka Serbaguna Taman Desa, Muar, Johor.", "MUAR: Perdana Menteri menegaskan, beliau enggan menjadi seorang Perdana Menteri yang membiarkan perkara-perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terus dipertikai dan dipermainkan pihak tertentu.", "Menurut Utusan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana semua perkara dalam Perlembagaan akan sentiasa dipertahankan kerajaan dan ia tidak wajar dipersoalkan sama sekali.", "Namun, katanya, perkara-perkara dalam Perlembagaan masih lagi dipersoal sesetengah pihak terutama dalam arena politik.", "“Kita ada mandat, kita tubuh kerajaan untuk ubah corak politik di negara ini. Siapa yang pertikai kepimpinan Melayu, kuasa mahkamah, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu? Tidak ada.", "“Kawan-kawan dalam DAP, MCA, MIC mahupun PKR yang bukan Melayu dan Islam tidak pernah pertikai. Saya tidak mahu jadi Perdana Menteri kalau prinsip-prinsip Perlembagaan ini dipertikai,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dewan Terbuka Serbaguna Taman Desa di sini, malam tadi.", "Tambah Anwar, beliau percaya, pengundi-pengundi Melayu tidak mudah terpengaruh dengan sentimen Melayu dan Islam yang dimainkan ketika ini.", "“Jadi tidak usah gunakan ini untuk takutkan orang Melayu. Orang Melayu dah lama biasa dengan janji, slogan-slogan Islam dan Melayu, semua dah ada pengalaman memerintah termasuk kawan-kawan dalam Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).", "“Tiga tahun dia perintah, mana dia perubahan untuk orang Melayu? Adakah tingkatkan penguasaan bahasa Melayu, adakah Islam ditegakkan dengan lebih baik, adakah rasuah berkurangan, adakah amalan sakau berkurangan? Tidak ada,” katanya.", "Sebaliknya, Perdana Menteri menyifatkan parti dan calon meraih kemenangan atau mengalami kekalahan hanya kerana slogan tertentu semata-mata.", "“Apa yang tidak dituduh kepada kita. Alat Cina, alat DAP. Kita ada orang Melayu, Cina, India, orang asli, Dayak, Kadazan serta Sabah dan Sarawak. Saya nak tegaskan kerajaan ini akan tetap pertahan orang Melayu, Cina, India, orang asli, Dayak, Kadazan di negara kita, cukup untuk semua,” katanya. ", "Saya tak mahu jadi PM, jika prinsip Perlembagaan dipertikai – Anwar"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/19/rm80000-menanti-natasha-habuan-juara-dunia/", "headline": "RM80,000 menanti Natasha habuan juara dunia", "content": ["Natasha Roslan menunjukkan pingat emas, perak dan gangsa yang dimenangi dalam Kejohanan Boling Dunia di Kuwait minggu lalu sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang kelmarin. – Ihsan Majlis Sukan Negara", "SEPANG: Kejayaan muncul juara individu wanita dalam Kejohanan Boling Dunia di Salmiya, Kuwait, minggu lalu menjanjikan sekurang-kurangnya RM80,000 untuk dinikmati Natasha Roslan.", "Jumlah itu berdasarkan Skim Hadiah Kemenangan (Shakam) Majlis Sukan Negara (MSN), namun ia tidak termasuk perak yang turut diraih dalam berpasukan wanita serta tambahan satu lagi gangsa bonus berdasarkan kedudukan skuad wanita negara yang menghabiskan saingan kali ini di tempat ketiga keseluruhan.", "Bagaimanapun, jumlah ganjaran Shakam untuk Natasha akan dinilai semula oleh MSN berdasarkan jumlah penyertaan negara pada Kejohanan Dunia kali ini.", "“Gelaran juara dunia adalah pencapaian terbaik pernah saya capai dalam hidup. Sebelum ini saya pernah menang juara dunia tetapi dalam acara berpasukan, tak pernah lagi untuk individu.", "“Memang itu hasrat saya untuk menjadi juara dunia sejak saya berumur 14 tahun lagi. Jujurnya, gelaran ini adalah pencapaian yang amat berharga untuk saya.", "“Insentif Shakam akan meningkatkan lagi motivasi saya untuk mempertahankan gelaran sebagai juara dunia pada masa depan,” katanya.", "Pemain berusia 27 tahun itu ditemui selepas tiba bersama skuad boling negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lewat malam kelmarin.", "Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Tenpin Malaysia (MTBC), Maradona Chok menganggap ini adalah pencapaian terbaik Malaysia di pentas dunia apabila membawa pulang keseluruhan lima pingat iaitu satu emas, dua perak dan dua gangsa.", "“Kedua-dua pasukan lelaki dan wanita beraksi dengan baik dan mengikut strategi ditetapkan.", "“Kejohanan kali ini amat sengit dan keputusannya mungkin tidak akan berpihak kepada kita jika berlaku sebarang kesilapan.", "“Mereka akan beraksi dalam Kejohanan Kebangsaan minggu depan dan kemudian membuat persiapan menghadapi Kejohanan Dalam Dewan serta Seni Bela Diri Asia pada Februari,” jelasnya.", "RM80,000 menanti Natasha habuan juara dunia"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/28/gambar-penjara-trump-jadi-bahan-kumpul-dana-kempen-pilihan-raya-presiden/", "headline": "Gambar penjara Trump jadi bahan kumpul dana kempen pilihan raya Presiden", "content": ["Mugshot Donald Trump yang didedahkan kepada umum. ", "WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggunakan gambar syot wajahnya (mugshot) yang dikeluarkan pihak penjara sebagai bahan kumpul dana bagi kempen pilihan raya presiden akan datang.", "Menurut Utusan Malaysia, The Guardian melaporkan, mugshot Trump didedahkan kepada umum selepas dirakam di penjara di Georgia pada Khamis lalu atas tuduhan melakukan kegiatan haram dan cubaan konspirasi membatalkan keputusan pilihan raya negeri itu.", "The Guardian", "Gambar banduan dengan nombor P01135809 yang dikeluarkan pihak berkuasa Georgia menunjukkan Trump berpakaian sut biru tua, kemeja putih dan tali merah merengus dan memandang tajam ke arah kamera.", "Imej itu dipaparkan di skrin seluruh AS, selain disiarkan di muka depan New York Times, Washington Post dan akhbar lain di seluruh dunia.", "Selepas dibebaskan dengan jaminan AS$200,000 (RM 927,981), Trump tanpa membuang masa memanfaatkan masa terluangnya.", "Menerusi platform media sosial X, beliau memuat naik mugshot itu bersama kapsyen tertera `Campur tangan pilihan raya, tidak pernah menyerah diri’ dengan pautan menghubungkan ke laman pengumpulan dana.", "Ia merupakan hantaran pertama disiarkan sejak 8 Januari 2021 selepas laman Twitter pada ketika itu menyekat akaun Trump berikutan insiden serangan di bangunan Capitol.", "Hantaran itu disiarkan ketika Trump dalam penerbangan pulang ke New Jersey.", "Juru kempen Trump 2024 turut menggunakan mugshot bekas presiden itu yang dikeluarkan pihak penjara pada kelalang, cawan, baju-T dan barangan lain.", "“Akhirnya, mugshot itu sudah sampai, sudah tentu ia akan kekal selama-lamanya dalam sejarah sebagai lambang penentangan AS terhadap kezaliman,” jelas satu emel dihantar kempen Trump 2024", "Sementara itu, anak lelaki bekas pemimpin itu, Donald Trump Jr berkata, mugshot bapanya yang dirakam di penjara bakal menjadi gambar paling ikonik dalam sejarah politik AS.", "Ketika ditanya sama ada bapanya bimbang akan masuk penjara, Donald Jr memaklumkan mereka sudah terbiasa dengan perkara ini malah tidak pernah memikirkannya.", "“Kami memahami apa yang sedang berlaku dan berharap agar rakyat AS juga sedang mengenai perkara ini,” katanya.", "Gambar penjara Trump jadi bahan kumpul dana kempen pilihan raya Presiden"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/04/sabah-welcomes-full-autonomy-for-projects-below-rm50-million/", "headline": "Sabah welcomes full autonomy for projects below RM50 million", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor lauded the Federal Cabinet’s decision to give full autonomy to Sabah and Sarawak for development projects under RM50 million.", "“It is another good news announced by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim on top of the handing over of regulatory power of our gas resources.", "“It will definitely help in the approval and implementation of development projects that have always been impeded by cumbersome red tape before,” said the Chief Minister.", "Hajiji Haji Noor", "In spirit of the 1963 Malaysia Agreement (MA63), this is indeed good news, he added.", "Hajiji disclosed that he and his Sarawak counterpart would be meeting with the Prime Minister to finalise a few matters under the MA63, among them the special grant issue.", "He also noted that the working and review committees on MA63 will continue under the chairmanship of Deputy Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof.", "Other good news expected, he said was the additional allocation for the Pan Borneo highway projects for Sabah to speed up its completion.", "In a press conference after chairing the first Cabinet meeting for this year, Anwar announced that full autonomy would be given to Sabah and Sarawak for projects under RM50 million with proper compliance with the established monetary regulations."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/26/hati-salah-hancur-liverpool-gagal-ke-liga-juara-juara/", "headline": "Hati Salah ‘hancur’ Liverpool gagal ke Liga Juara-Juara", "content": ["Mohamed Salah", "MANCHESTER: Mohamed Salah mendedahkan, dia benar-benar ‘hancur’ kerana terlepas tiket Liga Juara-Juara dan berkata, Liverpool tidak mempunyai alasan untuk gagal meraih kedudukan empat teratas.", "Kemenangan 4-1 Manchester United ke atas Chelsea awal pagi tadi bermakna harapan tipis Reds untuk ke saingan kelab elit Eropah telah padam selepas musim yang mengecewakan.", "Reds", "Skuad kendalian Jurgen Klopp telah membayar harga tinggi kerana prestasi buruk di pertengahan musim biarpun cuba melakukan kebangkitan dengan mengharungi 10 perlawanan terakhir tanpa kalah, termasuk rentetan tujuh kemenangan.", "United akan menyertai juara liga, Manchester City, Arsenal dan Newcastle untuk bersaing dalam kelompok elit Eropah musim depan.", "“Saya benar-benar hancur.", "“Tidak ada alasan sama sekali untuk ini. Kami mempunyai segala yang kami perlukan untuk mara ke Liga Juara-Juara tahun depan dan kami gagal.", "“Kami adalah Liverpool dan perlu layak ke pertandingan itu. Saya minta maaf tetapi terlalu cepat untuk tidak merasa kecewa atau optimistik.", "“Kami mengecewakan anda dan diri kami sendiri,” kata Salah yang menjaringkan 30 gol dalam semua pertandingan musim ini.", "Musim depan akan menjadi kali pertama Liverpool tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara sejak Salah menyertai kelab itu pada 2017.", "Hati Salah ‘hancur’ Liverpool gagal ke Liga Juara-Juara"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/16/lesen-penerbangan-myairline-digantung/", "headline": "Lesen penerbangan MYAirline digantung", "content": ["KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menggantung lesen syarikat penerbangan, MYAirline Sdn. Bhd. (MYAirline) untuk sementara waktu susulan penggantungan operasinya yang dilakukan secara mengejut.", "Menurut Utusan Malaysia, Menterinya, Anthony Loke berkata, keputusan tersebut diambil terhadap syarikat penerbangan tambang murah itu selepas mendapati mereka menghentikan operasi kerana ingin mencari pelabur baharu.", "“Saya difahamkan syarikat itu masih wujud, dia kata dia berhentikan operasi sementara nak mencari pelabur, itu isu komersial mereka.", "“Di pihak berkuasa, kita akan menggantung lesen mereka sementara waktu,” katanya kepada pemberita di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC), hari ini.", "Terdahulu, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga suatu tarikh yang diberitahu.", "Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu berkata, keputusan penggantungan tersebut dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.", "Ia mengakibatkan seramai 125,000 penumpang terjejas susulan penggantungan operasi syarikat penerbangan tersebut dengan anggaran kerugian sebanyak RM20 juta berdasarkan jualan tiket mereka.", "Susulan itu, MYAirline memohon maaf kepada semua penumpang dan agensi penerbangan yang terjejas akibat penggantungan operasi luar jangka syarikat itu.", "Eksekutif Interim, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, syarikat itu kini sedang mempercepat proses bayaran balik wang.", "Mengulas lanjut, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban  berkata, MYAirline memberi penjelasan kepada pelanggan dan kakitangan mereka yang terkesan.", "Katanya, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) juga akan mengeluarkan kenyataan hari ini berhubung MYAirline.", "“Satu usul juga akan dibahaskan di kamar khas di Parlimen pada petang ini dan timbalan saya akan menjawab soalan itu kerana saya perlu ke luar negara petang ini.", "“Jadi, Timbalan Menteri akan jawab di kamar khas Parlimen. Kita akan menjawab segala isu yang timbul dan apa sahaja, yang paling penting sekarang ini kita mahu pastikan hak pengguna terpelihara dan mesti dipertahan.", "“Mereka ada hak untuk mendapat pembayaran balik tiket penerbangan, itu sesuatu yang amat-amat penting yang kita pastikan. Yang keduanya juga kebajikan pekerja MYAirline seramai kira-kira 900 orang itu mesti juga dijaga.", "“Jadi, pihak syarikat diingatkan bahawa mereka ada tanggungjawab dalam kedua-dua aspek ini iaitu aspek pelanggan dan juga aspek pekerja, ini mesti dijaga terlebih dahulu,” katanya. ", "https://www.utusan.com.my/?p=796445"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/05/jururawat-hilang-lebih-rm200000-diperdaya-macau-scam/", "headline": "Jururawat hilang lebih RM200,000 diperdaya Macau Scam", "content": ["KOTA BHARU: Seorang jururawat hanya mampu berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM200,000 termasuk wang pinjaman bank selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis bermula November hingga Sabtu lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 40-an berada di tempat kerjanya Tanah Merah dan menerima panggilan telefon yang mendakwa dirinya membuat tuntutan insurans selama tiga bulan.", "Menurutnya, mangsa yang menafikan dakwaan itu dan diarahkan membuat laporan di Balai Polis Ampang, Selangor sebelum menerima panggilan daripada pegawai polis berpangkat Inspektor.", "“Suspek memaklumkan mempunyai waran tangkap untuk menahan mangsa selain waran pembekuan harta kerana terbabit dengan kes jenayah.", "“Mangsa turut diberi pilihan untuk menjalankan siasatan menerusi panggilan telefon sekiranya tidak mahu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Agihan Bubur Lambuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini kelmarin.", "Muhamad Zaki berkata, mangsa kemudiannya diarahkan pergi ke sebuah bank untuk membuat akaun baharu seperti diarahkan oleh suspek kononnya untuk tujuan siasatan ke atas wang yang dimilikinya.", "Katanya, sehingga Februari lalu, mangsa telah membuat pindahan wang daripada akaun bank lain ke akaun bank baharu bagi tujuan jaminan diri termasuk dua pinjaman bank yang dibuat dalam tempoh sebulan berjumlah RM148,000.", "“Mangsa juga diarahkan supaya tidak membuat semakan ke atas akaun bank sepanjang tempoh siasatan.", "“Curiga dengan siasatan itu, mangsa membuat pemeriksaan akaun banknya kira-kira pukul 6 petang pada Sabtu lalu sebelum mendapati wang berjumlah RM207,000 tiada dalam banknya,” ujarnya.", "Muhamad Zaki, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. ", "Jururawat hilang lebih RM200,000 diperdaya Macau Scam"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/28/pm-jamin-tambah-peruntukan-khas-kepada-sabah/", "headline": "PM jamin tambah peruntukan khas kepada Sabah", "content": ["Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor tiba di Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Sabah hari ini.", "KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan mempertimbangkan untuk menambah peruntukan khas kepada Sabah pada tahun ini.", "Menurut Utusan Malaysia, beliau berkata, sebelum ini beliau telah mengumumkan peruntukan khas berjumlah RM300 juta kepada Sarawak dan kurang daripada RM300 juta kepada Sabah namun, hari ini beliau mengumumkan untuk pertimbangkan tambahan peruntukan tersebut.", "Peruntukan khas yang tidak selesai dibincang selama lebih 30 tahun ini akan membantu mempercepatkan proses pembangunan di negeri ini kerana pembangunan Sabah sudah jauh ketingalan.", "Katanya, Sabah masih jauh ketinggalan maka, beberapa peruntukan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan diberi perhatian di bawah kerajaan perpaduan.", "“Di peringkat permulaan kita memberi kuasa kepada negeri untuk mengurus projek bernilai RM50 juta ke bawah jadi kita mahu ia dicerakinkan mengikut beberapa prosedur.", "“Apabila kita beri kuasa kepada negeri maka, pada lawatan akan datang, saya akan bertanya kepada Ketua Menteri bila projek itu akan siap.", "“Jadi, ini adalah cabaran kepada penjawat awam di negeri ini terutama Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya semasa Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Sabah hari ini.", "Dalam pada itu, beliau menggesa penjawat awam untuk sama-sama dengan kepemimpinan negeri meletakkan Sabah di landasan yang betul dengan menghentikan segala ketirisan dan kebocoran dalam pentadbiran kerajaan.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/pm-jamin-tambah-peruntukan-khas-kepada-sabah/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/pm-jamin-tambah-peruntukan-khas-kepada-sabah/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/05/jenazah-tujuh-sekeluarga-selamat-dikebumikan/", "headline": "Jenazah tujuh sekeluarga selamat dikebumikan", "content": ["Jenazah tujuh beranak kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Sabtu lalu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 di Kuantan, Pahang.", "KUANTAN: Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian jenazah tujuh beranak yang ditemukan lemas ekoran kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Sabtu lalu.", "Kesemua tujuh jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, di sini sekitar pukul 11.50 malam tadi.", "Menurut Utusan Malaysia, mereka adalah Azizah Eiyi, 40, Karim Abdullah, 39, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya Karim, 10, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18.", "Dianggarkan lebih 200 ahli keluarga, saudara, rakan serta penduduk tanah rancangan Felda Lepar Hilir 3 hadir ke majlis pengebumian terbabit.", "Terdahulu, mayat kelapan yang dikenal pasti sebagai Putri Alleya Maisarah, 16, ditemui kira-kira pukul 3 petang di kawasan beting jeran terbabit.", "Dua lagi mangsa belum ditemukan ialah Putri Nor Fatin, 14 dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24. ", "Jenazah tujuh sekeluarga selamat dikebumikan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/15/aidilfitri-kenderaan-barangan-dilarang-berada-atas-jalan-raya/", "headline": "Aidilfitri: Kenderaan barangan dilarang berada atas jalan raya", "content": ["Larangan kenderaan barangan di atas jalan raya dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April ini (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April (selepas perayaan). – Gambar Hiasan", "PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) menguatkuasakan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.", "Menurut Utusan Malaysia, MOT menerusi kenyataan akhbar kelmarin berkata, larangan ini dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April ini (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April (selepas perayaan).", "Menurutnya, penguatkuasaan itu dilaksanakan selepas mengambil kira peningkatan trafik ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman.", "“Tujuan utama road-ban ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.", "“Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini,” katanya.", "Katanya, menurut Perintah Had Laju Kebangsaan (Pemberhentian Sementara) dan Perintah Had Laju Tempatan (Jalan Persekutuan) (Larangan Masa Tertentu), had laju kenderaan motor diturunkan kepada 80 kilometer sejam di seluruh Malaysia.", "Jelas MOT lagi, road-ban dilaksanakan atas tujuh jenis kenderaan barangan termasuk lori pembawa dan lori jongket yang berat dengan muatannya melebihi 7,500 kg, lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar dan lori balak.", "Katanya, kenderaan lain termasuk lori berat dengan muatannya melebihi 7,500 kg yang mengangkut simen, besi, keluli, batu, pasir, tanah, amang, bijih timah, arang batu atau bahan binaan atau bahan galian yang lain.", "Turut dilarang ialah lori kontena yang mengangkut barangan (kecuali lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya).", "Aidilfitri: Kenderaan barangan dilarang berada atas jalan raya"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/10/saya-nak-pi-kedai-budak-6-tahun-pandu-kereta-bersama-adik-3-tahun-terlibat-kemalangan/", "headline": "‘Saya nak pi kedai’ – Budak 6 tahun pandu kereta bersama adik 3 tahun terlibat kemalangan", "content": ["Kanak-kanak berusia enam tahun yang memandu kereta jenis Toyota Vios sebelum terlibat kemalangan di Jalan Bukit Tangga berhampiran Titi Chanwang di Ulu Melaka, Langkawi.", "LANGKAWI: Sebuah kereta jenis Toyota Vios yang terbabas di bahu jalan didapati dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun bersama adik lelakinya berumur tiga tahun menjadi penumpang.", "Kejadian kira-kira pukul 11.15 malam tadi berlaku di Jalan Bukit Tangga berhampiran Titi Chanwang, di sini yang disedari orang awam sebelum video memaparkan kenderaan berwarna putih itu terbabas tular di media sosial.", "Menerusi video tersebut, kanak-kanak berusia enam tahun itu didapati tenang dan berulang kali memberitahu mahu ke kedai bersama adiknya ketika orang ramai bertanyakan di mana ibu bapa mereka.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari yang mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan mendapati kenderaan tersebut dipandu kanak-kanak terbabit tanpa pengetahuan ibu bapa mereka yang berada di rumah di Kampung Padang Mengkuang.", "“Kereta tersebut dipandu kanak-kanak lelaki berusia enam tahun sejauh kira-kira 2.5 kilometer (KM) dari rumahnya bersama adik lelakinya yang menjadi penumpang.", "“Mereka dari arah Ulu Melaka ke Nyior Chabang dan ketika sampai tempat kejadian kenderaan itu dipercayai terbabas sebelum melanggar tiang lampu berhampiran Titi Chanwang,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Shariman berkata, pemandu kenderaan tersebut mengalami luka kecil di bahagian dagu, namun penumpang berkenaan tidak mengalami apa-apa kecederaan. Kereta tersebut pula mengalami kerosakan di bahagian hadapan sebelah kiri.", "Tambahnya, siasatan awal mendapati bapa kedua-dua beradik itu sedang tidur, manakala ibu berada bersama mereka sebelum ke bilik air. ", "“Selepas keluar bilik air, wanita itu mendapati kedua-dua anaknya tiada dalam rumah,” katanya yang memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan.", "Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. ", "‘Saya nak pi kedai’ – Budak 6 tahun pandu kereta bersama adik 3 tahun terlibat kemalangan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/22/tpm-uk-dominic-raab-letak-jawatan/", "headline": "TPM UK, Dominic Raab letak jawatan", "content": ["Dominic Raab", "LONDON: Timbalan Perdana Menteri United Kingdom (UK), Dominic Raab meletak jawatan kelmarin, susulan dakwaan beliau membuli beberapa rakan sekerjanya.", "Satu siasatan bebas dijalankan membabitkan dakwaan Raab membuli rakan sekerjanya.", "Menurut Utusan Malaysia, perkembangan terbaharu itu menyaksikan seorang lagi menteri kanan daripada Kabinet Perdana Menteri, Rishi Sunak terpaksa keluar dari kerajaan.", "Peletakan jawatan menteri kanan ketiga atas salah laku peribadi dalam tempoh enam bulan dikhuatiri boleh memberi kesan terhadap usaha Sunak untuk memulihkan nasib Parti Konservatif yang memerintah.", "Malah, ia juga dilihat sebagai perkara yang memalukan ketika Rishi menjanjikan kerajaan yang berintegriti selepas menggalas tugas Perdana Menteri Britain pada 25 Oktober tahun lalu.", "Raab mengumumkan peletakan jawatannya dalam surat yang dikemukakan kepada perdana menteri sebelum laporan itu didedahkan kepada umum.", "Peletakan jawatan Raab berlaku dua minggu sebelum pilihan raya majlis tempatan yang mana parti Konservatif dijangka bakal menempuh nasib buruk.", "“Saya meminta siasatan dilakukan dan berjanji untuk meletak jawatan sekiranya membuat sebarang penemuan buli atau apa pun.", "“Saya percaya ia penting untuk mengotakan kata-kata saya,” kata Raab dalam surat itu.", "Hasil siasatan dijalankan sejak lima bulan lalu terhadap tingkah laku Raab, mendengar bukti daripada beberapa pegawai kerajaan mengenai aduan buli di tiga jabatan berbeza.", "Laporan bebas dikeluarkan oleh peguam Adam Tolley mendapati Raab bertindak dengan cara `menakutkan’ dan melakukan `agresif berterusan’ semasa berada di Pejabat Kementerian Luar.", "Jelas laporan itu, ketika berada di Kementerian Kehakiman, Raab didakwa bertindak keterlaluan semasa menyampaikan maklum balas dan menghina dalam erti kata membuat ulasan kritis yang tidak membina mengenai kualiti kerja dilakukan.", "Pada November lalu, Raab memohon siasatan dijalankan susulan aduan rasmi dibuat oleh pegawai kerajaan berhubung tingkah lakunya.", "Raab berkata, beliau berasa terikat untuk menerima hasil siasatan itu tetapi dalam masa sama mempertahankan tindakannya.", "Menurutnya, laporan itu menyimpulkan bahawa beliau tidak pernah bersumpah, menjerit atau menakut-nakutkan secara fizikal sesiapa dalam tempoh empat setengah tahun.", "Beliau juga menafikan semua dakwaan kecuali dua daripada tuntutan terhadapnya.", "Raab memohon maaf atas sebarang tekanan mahupun kesalahan yang tidak disengajakan.", "Namun, beliau berkata, tindakan menetapkan nilai ambang rendah terhadap pembulian boleh menandakan aras bahaya bagi tadbir urus kerajaan yang baik.", "Sementara itu, Sunak dalam surat balas memaklumkan beliau dengan rasa sedih menerima peletakan jawatan Raab.", "Beliau bagaimanapun menegaskan adalah penting bagi semua menteri di bawah pentadbirannya untuk mematuhi dan mengekalkan kod etika. ", "TPM UK, Dominic Raab letak jawatan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/20/19000-pelancong-asing-masuk-bali-setiap-hari/", "headline": "19,000 pelancong asing masuk Bali setiap hari", "content": ["Seorang pelancong meluncur di pantai Uluwatu di Kuta, Bali.", "BALI: Jabatan Imigresen mendedahkan jumlah pelancong asing yang memasuki Indonesia menerusi Lapangan Terbang Gusti Ngurah Rai, Bali mencecah 19,000 orang sehari.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pengarahnya, Silmy Karim berkata, angka itu melebihi jumlah kemasukan pelancong ke negara ini, terutamanya ke Bali ketika pandemik Covid-19 masih berlangsung.", "“Berdasarkan jumlah kemasukan warga asing ke Indonesia menerusi Bali, boleh kita katakan negara kita semakin pulih, bukan sahaja daripada pandemik Covid-19, malah merangkumi pelbagai sektor lain.", "“Ketika pandemik, hanya 17,000 pelancong masuk ke Bali dan jumlah yang direkodkan ketika ini sudah cukup baik,” katanya.", "Selain itu, Silmy juga menjadikan jumlah tersebut sebagai kayu pengukur bahawa pulau peranginan Bali sudah hampir ‘pulih sepenuhnya’ selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.", "Namun, beliau juga berharap peningkatan kemasukan pelancong ke Bali tidak akan mencemarkan budaya dan tapak suci di pulau peranginan itu.", "“Sejak beberapa bulan lalu, kita dikejutkan dengan sejumlah insiden yang menyaksikan ramai pelancong asing mencemarkan budaya Bali.", "“Kita tidak mahu makin ramai pelancong masuk Bali, makin ramai yang ‘buat hal’.", "“Kita mahu pelancong yang masuk ke Bali atau di mana-mana destinasi lain di seluruh Indonesia supaya sentiasa menghormati budaya dan agama kami,” ujarnya.", "19,000 pelancong asing masuk Bali setiap hari"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/04/walau-sakit-fasha-tetap-fikir-kerja/", "headline": "Walau sakit, Fasha tetap fikir kerja", "content": ["Anak Tuan", "Menurut Utusan Malaysia, produser drama tersebut, Geehan berkata, Fasha setakat ini dilaporkan berada dalam keada­an stabil dan berehat selepas dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur.", "“Fasha belum bersedia untuk bercakap dengan sesiapa. Tetapi dia sedia maklum, ramai yang mendoakan kesembuhan dan kesihatan. Keadaan dia stabil, sudah boleh tersenyum. Cuma kena banyak berehat.", "“Tetapi dalam keadaan sakit pun, dia masih bertanyakan soal kerja dan mahu menyambung penggambaran drama tersebut. Tetapi kami mahu dia berehat. Kami menunda penggambaran babak melibatkan Fasha.", "“Bagi kami, kesihatan itu lebih penting. Semua pun sedia maklum, Fasha seorang pelakon yang sentiasa komited dan ber­disiplin. Jadi dia tetap fikir mahu cepat habiskan penggambaran,” ujarnya.", "Terdahulu, Fasha dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani penggambaran tersebut bersama pelakon, Azhan Rani.", "Akibat hentakan itu, tulang mata bahagian kiri dramatis itu patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak sebelum dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Johor Bahru.", "Dalam pada itu, Geehan berkata, suami Fasha yang juga pelakon Aidil Aziz juga bersikap positif dan tidak menyalahkan sesiapa berhubung insiden yang tidak disengajakan tersebut.", "“Kami rasa lega apabila dapat bertemu Fasha dan Aidil. Malah, Azhan juga ada datang melawat. Aidil faham dan positif terhadap apa yang berlaku. Kami hormat kerendahan hati dan sifat positifnya,” katanya.", "Walau sakit, Fasha tetap fikir kerja"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/23/agensi-kkd-dipelawa-jadi-urusetia-bersama-jainisah/", "headline": "Agensi KKD dipelawa jadi Urusetia bersama – Jainisah", "content": ["Jainisah (lima dari kanan) menyerahkan cenderakenangan kepada Izani (empat dari kiri).", "KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan Sabah (JaPen) mempelawa agensi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menjadi Urusetia bersama Program Kembara Merdeka Peringkat Zon.", "Pengarahnya, Jainisah Mohd Noor berkata program tahunan tersebut akan dilaksanakan di enam zon utama negeri ini iaitu Pantai Barat Selatan, Pantai Barat Utara, Pedalaman Bawah, Pedalaman Atas, Tawau dan Sandakan bertujuan menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan serta Kempen Kibar Jalur Gemilang.", "“Setiap agensi KKD akan dipelawa menjadi urusetia di zon pilihan masing-masing dan perbincangan serta penyelarasan sedang diperhalusi untuk mengoptimumkan pelbagai sumber bagi memastikan masyarakat menerima impak positif aktiviti-aktiviti kenegaraan yang dianjurkan kelak,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Negeri MCMC Pejabat Negeri Sabah, Izani Othman di Wisma MAA.", "Hadir sama, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Azman Sipan, KPP Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong dan KPP Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Busmin Brahim."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/12/dasar-koperasi-malaysia-2030-dilancar-sasar-tiga-kpi-pembangunan-koperasi/", "headline": "Dasar Koperasi Malaysia 2030 dilancar, sasar tiga KPI pembangunan koperasi", "content": ["Ewon menunjukkan buku DaKoM", "KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick merasmikan Peluncuran Dasar Koperasi Malaysia (DaKoM) 2023 yang mensasarkan tiga KPI utama pembangunan koperasi.", "Beliau berkata, tiga KPI utama itu ialah meningkatkan perolehan sektor koperasi, peningkatan koperasi aktif dan Indeks Kesejahteraan Anggota (IndeKA).", "“Perolehan sektor koperasi pada tahun ini adalah RM45.5 bilion dan DaKoM 2030 mensasarkan perolehan sebanyak RM60 bilion pada 2025 dan RM100 bilion pada 2030 menerusi empat teras dasar dan 20 strategi.", "“Kerangka DaKoM 2030 adalah kesinambungan dasar kementerian sebelum ini dengan hala tuju strategik bagi pembangunan koperasi dalam meningkatkan prestasi ekonomi dan kesejahteraan sosial anggotanya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Peluncuran DaKom 2030 di Hotel Tenera Bangi, di sini, hari ini.", "Ewon berkata, empat teras dasar dan 20 strategi telah dibangunkan untuk memacu pencapaian visi ini iaitu mentransformasi sokongan koperasi kepada ekosistem holistic dan kondusif, meningkatkan kefahaman dan penghayatan prinsip teras koperasi, meningkatkan kapasiti dan keupayaan koperasi dan memajukan sector koiperasi sebagai wahana pembangunan sosioekonomi.", "Terdahulu ketika berucap, Ewon berkata kementerian komited meningkatkan kesedaran, kefahaman serta penghayatan berkoperasi di kalangan masyarakat menerusi Program Memasyarakatkan Koperasi di pelbagai lapangan. ", "“Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 15,315 koperasi didaftarkan dengan keanggotaan seramai 7.31 juta orang, syer dan terkumpul RM16.98 bilion serta aset terkumpul RM159.61 bilion.", "“Sungguhpun begitu, aktiviti ekonomi koperasi mengalami beberapa kekangan dalam konteks perundangan di peringkat nasional yang membataskan penyertaan koperasi dalam aktiviti ekonomi berprospek tinggi. ", "“Ini kerana, beberapa akta perundangan yang dikawal selia oleh Kementerian dan agensi Kerajaan yang kurang mesra atau membataskan perniagaan koperasi,” katanya dan berharap kerajaan dapat memberikan pertimbangan khas membantu gerakan koperasi. ", "Selain itu katanya, gerakan koperasi juga wajar dipertimbangkan menikmati insentif cukai sama seperti yang dinikmati Syarikat, antaranya insentif cukai bagi Taraf Perintis dan Relief Kumpulan. ", "“Kementerian menerusi SKM bersetuju mengurangkan kadar caruman dalam Kumpulan Wang Rizab Statutori (KWRS) daripada 15% (caruman wajib) kepada 13% mulai tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2023 sehingga 30 November 2025. ", "“Ini bermakna koperasi dapat meningkatkan potensi pendapatan boleh guna untuk aktiviti perniagaannya dengan lebihan kecairan tunai berjumlah hampir RM20 juta. Kadar ini akan kembali kepada kadar asal secara berperingkat mengikut ketetapan SKM kelak. ", "“Saya berharap pengurangan kadar KWRS ini dapat memberi kelegaan kepada koperasi untuk bangkit semula dan memulihkan perniagaannya serta mengalami pertumbuhan yang lebih baik,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/24/prabowo-pilih-anak-jokowi-jadi-calon-naib-presiden-indonesia-yakin-menang-pemilu-2024/", "headline": "Prabowo pilih anak Jokowi jadi calon Naib Presiden Indonesia, yakin menang Pemilu 2024", "content": ["Gibran Rakabuming Raka (tengah) diumumkan sebagai calon naib Presiden gabungan KIM.", "JAKARTA: Anak sulung Presiden, Joko Widodo, Gibran Rakabuming Raka, secara rasmi diumumkan sebagai pasangan calon naib presiden Prabowo Subianto pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024.", "Menurut Utusan Malaysia, nama Gibran diumumkan selepas pertemuan semua Ketua Umum Parti Gabungan Indonesia Maju (KIM) yang menyokong pencalonan Prabowo sebagai Presiden di Kartanegera kelmarin.", "“Kami sudah mengadakan perbincangan muktamad secara konsensus, semua bersetuju untuk mencalonkan Prabowo sebagai Presiden dan Gibran sebagai calon naib presiden untuk KIM.", "“Saya rasa itu sahaja. Pengumuman yang kita tunggu-tunggu, ini juga deklarasi yang kita sampaikan kepada masyarakat umum dan pada Rabu kita akan mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU),” kata Prabowo dipetik CNN Indonesia.", "Berita pengumuman Gibran sebagai calon naib presiden gabungan KIM turut diumumkan secara rasmi selepas Rapat Nasional Parti Gerindra dengan semua pengerusi umum KIM menyatakan persetujuan menyokong Gibran sebagai calon naib presiden Prabowo pada Pilihan Pilpres 2024.", "Prabowo yang kini menggalas tugas sebagai Menteri Pertahanan mengakui berkomunikasi dengan Jokowi berhubung rancangan untuk melamar Gibran sebagai calon naib presiden.", "Menurut Prabowo, Jokowi menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada Gibran berhubung tawaran tersebut", "“Jokowi kata terpulang kepada Gibran kerana beliau sudah dewasa. Jika Datuk Bandar Solo itu sudah bersedia maka Jokowi mengakui tidak akan menghalang,” kata Prabowo.", "Prabowo pilih anak Jokowi jadi calon Naib Presiden Indonesia, yakin menang Pemilu 2024"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/24/tiada-gst-cukai-barangan-mewah-diperkenal-mulai-tahun-ini-pm/", "headline": "Tiada GST, Cukai Barangan Mewah diperkenal mulai tahun ini – PM", "content": ["Anwar Ibrahim", "KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum bercadang melaksanakan cukai kepenggunaan berasas luas seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil pendekatan lebih progresif sebagai langkah baharu meluaskan asas cukai kepada mereka yang mempunyai kemampuan.", "“Dalam keadaan rakyat terbanyak masih susah, inflasi makanan lebih 5 peratus, kadar upah yang masih rendah, maka ternyata saat ini bukanlah ruang dan masa yang sesuai untuk memperkenal dan melaksanakannya,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.", "Sebaliknya katanya, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah.", "“Antaranya jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah dan segala yang mewah, semua harus dicukai,” katanya.", "Selaras amalan terbaik antarabangsa, katanya, kerajaan juga akan mengkaji untuk memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah.", "“Kerajaan akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkaitan untuk meneliti perincian cadangan ini,” katanya. ", "Tiada GST, Cukai Barangan Mewah diperkenal mulai tahun ini – PM"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/19/ahli-parlimen-buat-laporan-polis-terhadap-pempengaruh/", "headline": "Ahli Parlimen buat laporan polis terhadap pempengaruh", "content": ["Young Syefura Othman", "PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman membuat laporan polis terhadap seorang pempengaruh media sosial yang didakwa mengeluarkan kenyataan seksis dan berunsur lucah terhadapnya.", "Menurut Utusan Malaysia, Young Syefura berkata, kenyataan melalui sebuah klip video disiarkan di akaun TikTok dan Instagram milik pempengaruh media sosial berkenaan itu dianggap sebagai satu gangguan seksual terhadap dirinya.", "Kata beliau, individu berkenaan menggunakan beberapa perkataan lucah serta lenggok bahasa badan menerusi klip video tersebut sehingga menyebabkan dirinya tidak selesa.", "“Saya terbuka jika ada yang mempertikai pandangan dan ideologi politik saya. Setiap daripada kita berhak mempunyai pandangan masing-masing. Namun apa telah dilakukan oleh pempengaruh ini adalah satu serangan peribadi kepada saya dan ia juga berbaur lucah yang menjejaskan reputasi serta kehormatan saya sebagai seorang wanita dan Ahli Parlimen.", "“Kenyataan seksis dan gangguan sebegini sememangnya acapkali dihadapi oleh kaum wanita waima apa jua bidang kerja mereka dan ia bukanlah sesuatu yang normal serta perlu dihentikan. Wanita berhak hidup di dalam persekitaran yang selamat tidak kira di mana jua mereka berada tanpa sebarang ancaman yang boleh menimbulkan ketakutan dan rasa tidak selesa terhadap mereka,” katanya menerusi kenyataan, kelmarin.", "Young Syefura berkata, tujuan laporan polis dibuat adalah untuk memberikan pengajaran kepada semua pelaku jenayah gangguan seksual.", "“Ia juga adalah untuk menggalakkan mangsa-mangsa jenayah gangguan seksual lain berani tampil ke hadapan, tidak kira lelaki atau wanita.", "“Saya menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan ke atas kedua-dua kes ini dan saya berharap tindakan tegas akan diambil terhadap semua penjenayah-penjenayah kes scammer dan kes gangguan seksual di dalam negara ini,” katanya.", "scammer", "Pada 11 Ogos tahun lalu Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Gangguan Seksual dan ia dikuatkuasakan pada tahun ini.", "Sementara itu, Young Syefura turut membuat laporan polis mengenai kejadian scammer yang menghantar mesej melalui Instagram mengaku sebagai wakil kepada pihak beliau untuk penganjuran program menjana pendapatan.", "scammer", "Instagram ", "Kedua-dua laporan polis dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong oleh pegawai khasnya. ", "Gangguan seksual: Young Syefura buat laporan polis terhadap pempengaruh"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/05/jepun-lepas-sisa-air-tercemar-loji-fukushima-fasa-kedua/", "headline": "Jepun lepas sisa air tercemar loji Fukushima fasa kedua", "content": ["TOKYO: Jepun memulakan fasa kedua pelepasan air tercemar daripada loji kuasa nuklear Fukushima yang musnah ke Lautan Pasifik pada Khamis, selepas fasa pertama dijalankan dalam had keselamatan yang ditetapkan antara 24 Ogos dan 11 September lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, fasa kedua pelepasan bermula kira-kira 10.30 pagi dan dijadualkan berterusan hingga 23 Okt, dengan anggaran jumlah pelepasan keseluruhan sebanyak 7,800 tan, hampir sama dengan jumlah fasa pertama.", "Pelepasan harian dijangka sebanyak 460 tan, Agensi Berita Yonhap memetik laporan media Jepun.", "Pengendali loji, Tokyo Electric Power Co. merancang untuk melepaskan air yang disimpan dalam tangki selepas dirawat melalui sistem penulenan khas dikenali sebagai Sistem Pemproses Cecair Lanjutan (ALPS) sejak kemusnahannya pada Mac 2011, melalui terowong laut yang memanjang sejauh 1 kilometer ke lautan.", "ALPS boleh membuang 62 jenis bahan radioaktif, kecuali tritium yang boleh dikurangkan ke tahap keselamatan antarabangsa melalui pencairan dengan air laut.", "Kerajaan Jepun, kerajaan wilayah Fukushima dan Tokyo Electric telah secara kerap menganalisis kepekatan tritium dalam air laut dan ikan di sekitar loji janakuasa nuklear sejak permulaan pelepasan pertama dan tidak melaporkan sebarang ketidaknormalan.", "Pada Rabu, Tokyo Electric sekali lagi mengukur kepekatan tritium dalam air sisa yang dirawat dan dicairkan dan mendapati ia mencapai 87 becquerel seliter, lebih rendah daripada piawaian pelepasan.", "Jepun lepas sisa air tercemar loji Fukushima fasa kedua"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/14/golongan-usahawan-diminta-terus-tingkat-pengetahuan-kemahiran/", "headline": "Golongan usahawan diminta terus tingkat pengetahuan, kemahiran", "content": ["Redonah bergambar kenangan bersama Wanita Gagasan Rakyat di Tawau.", "TAWAU: Golongan usahawan diminta terus berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan bidang perniagaan yang diceburi mampu bertahan lama.", "Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda berkata, dunia perniagaan hari ini amat mencabar serta sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan semasa.", "Menurut beliau, tanpa pengetahuan dan kemahiran seseorang peniaga sukar menguruskan perniagaan mereka baik dalam aspek produk, perkhidmatan, strategi pemasaran dan halangan-halangan yang ada.", "“Ilmu pengetahuan dan kemahiran seseorang keusahawanan itu juga penting bagi memastikan mereka memiliki kekuatan mental bagi mengharungi cabaran dan persaingan dunia keusahawanan sebenar yang semakin kompetitif.", "“Pendidikan keusahawanan juga amat signifikan untuk membina modal insan yang mempunyai kemahiran dan pemikiran usahawan serta inovatif bagi kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat pada masa hadapan,” katanya pada majlis Karnival Usahawan dan Kerjaya Zon Pantai Timur di sini semalam.", "Turut hadir ialah Pembantu Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Pengerusi Biro Usahawan Gagasan Rakyat Sabah, Shazlinah Lai serta jawatankuasa biro.", "Redonah berkata, bidang keusahawan sangat penting dalam menjayakan tranformasi  pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat dan negeri.", "“Bidang atau sektor keusahawanan ini bermula dengan wujudnya usahawan yang berpotensi, iaitu seseorang individu yang bukan sahaja mempunyai keberanian untuk menceburkan diri dalam aktiviti keusahawanan semata-mata, malah mempunyai kepercayaan dan keupayaan untuk melakukannya.", "“Pada masa ini, tahap pencapaian kita dalam bidang ini masih lagi rendah jika diukur dengan negara-negara maju, malah di beberapa negara membangun seperti China telah mula menunjukkan betapa rakyat mereka semakin aktif dan agresif untuk menguasasi pasaran,” ujar beliau.", "Sehubungan itu katanya, usaha bersepadu perlu diambil bagi menerapkan nilai dan budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia, terutamanya di kalangan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi tempatan termasuk di Kolej Komuniti.", "Tambah beliau, banyak kajian telah membuktikan bahawa pendidikan keusahawanan mampu untuk meningkatkan kecenderungan dan minat pelajar institusi pengajian tinggi menceburkan diri dalam bidang berkenaan.", "“Diharapkan dengan muncul lebih ramai usahawan kita dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih saing dan berdaya usaha sama ada dari segi pemikiran mahupun tingkah laku,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/30/%e5%93%88%e8%8a%9d%e8%8a%9d%ef%bc%9a%e8%81%af%e9%82%a6%e5%b0%87%e6%8d%8d%e8%a1%9b%e4%b8%bb%e6%ac%8a-%e6%b2%99%e7%b5%95%e4%b8%8d%e6%89%bf%e8%aa%8d%e8%98%87%e7%a5%bf%e7%b4%a2%e5%84%9f/", "headline": "哈芝芝:聯邦將捍衛主權 沙絕不承認蘇祿索償", "content": ["(亞庇卅日訊)沙巴政府從未承認蘇祿蘇丹繼承人對沙巴的要求。", "據馬來西亞前鋒報報導,首長拿督斯里哈芝芝表示,他有信心聯邦政府將採取更認真和具體的步驟,來解決對沙巴的索賠問題。", "「我們有信心(聯邦)能夠解決它,因為我們從未承認他們的要求。」", "「這是沙巴所有人都不承認的要求。這只是由那些認為自己是蘇祿蘇丹後裔的策劃的。」", "他昨日在必打丹出席齋戒月儀式時如此表示。", "當被問及蘇祿蘇丹國繼承人對沙巴的要求時,他說,直到今天仍在提出。", "2013年3月,自稱是蘇祿蘇丹繼承人的團體,向沙巴提出索賠的問題,引發了丹多事件,導致8名軍警和65名恐怖份子。", "哈芝芝說,在簽署1963年馬來西亞協議(MA63)之前,沙巴決定與馬來亞和砂拉越一起組建馬來西亞。", "因此,他有信心聯邦政府,尤其是首相安華,將以最佳方式處理這個問題,以確保國家主權繼續得到捍衛。", "他進一步評論說,馬來西亞政府將捍衛先賢對組成沙砂馬來亞共組馬來西亞的主權。", "哈芝芝相信,與沙巴和砂拉越的權利主張有關的事宜,首相將會給予應有的考慮。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/06/kerajaan-teliti-punca-pekebun-kecil-tidak-menoreh-semak-semula-harga-lantai-getah/", "headline": "Kerajaan teliti punca pekebun kecil tidak menoreh, semak semula harga lantai getah", "content": ["Fadillah Yusof melihat timbangan getah ketika mengadakan lawatan ke Pusat Mengumpul Getah (PMG) Kampung Kuala Sawah, Rantau, Seremban kelmarin.", "SEREMBAN: Kerajaan akan meneliti punca utama menyebabkan rakyat sudah tidak lagi memilih untuk menoreh getah termasuk berkaitan harga lantai getah sekerap ketika ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sememangnya terdapat permintaan supaya kerajaan meneliti semula harga lantai sekerap bagi mendorong pekebun kecil getah kembali menoreh", "“Itu memang permintaan dan kami sedang mengkaji dan berharap dalam belanjawan yang akan datang dapat menyemaknya semula. Apa yang lebih penting untuk kita memahami di peringkat akar umbi mengapa orang tidak menoreh apakah harga yang munasabah untuk menggalakkan mereka menoreh.", "“Ramai yang minta RM3, RM4 pun ada, kita kena lihat keseluruhan data itu nanti supaya akhirnya kita dapat menggalakkan orang untuk menoreh. Pelbagai aktiviti kita laksanakan di samping meneruskan aktiviti mengeluarkan getah beku dan mengalakkan penghasilan susu getah,” katanya .", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Mengumpul Getah (PMG) Kampung Kuala Sawah, Rantau di sini hari ini.", "Menurutnya lagi, Lembaga Getah Malaysia (LGM) juga akan melancarkan satu projek perintis bagi melihat pendekatan baharu bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil.", "“Ia juga bagi meningkatkan pendapatan kepada pekebun kecil termasuk integrasi daripada segi tanaman lain misalnya membela ayam dan insentif supaya mereka tidak bergantung pada getah dan mengimbangi dengan pendapatan yang lain.", "“Setakat ini, getah ditentukan pada harga pasaran yang kami bantu daripada segi lantai telah yang telah dinaikkan kepada RM2.70 dan diluluskan pada Bajet 2023 ini. Bagi tahun hadapan, kami sedang berbincang dengan kerajaan bagaimana dapat melihat pada harga lantai in.", "“Setakat ini jumlah penoreh adalah seramai 28,528, bagaimanapun, yang aktif hanya 18,000 orang maknanya 10,000 tidak turun menoreh, itu yang kami mahu cari sebab mengapa mereka (penoreh) tidak turun menoreh.", "“Kadang-kadang ia berkaitan faktor umur, harga tidak begitu baik kerana mereka tidak turun menoreh sebab itu memberi insentif LPG supaya menggalakkan untuk terus menoreh dan mendapat hasil daripada torehan mereka,” katanya lagi.", "Sementara itu dalam perkembangan lain, Fadillah memberitahu, kerajaan akan memberikan tumpuan bagi melahirkan lebih ramai doktor dalam kalangan anak tempatan Sarawak.", "Beliau yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, ia susulan terdapat cabaran dalam penempatan profesion berkenaan dengan kebanyakan doktor menolak berkhidmat di negeri itu.", "“Apabila tawaran dibuka (jawatan tetap), yang dapat adalah dari Semenanjung Malaysia dan Sabah, mungkin mereka tidak mahu ke Sarawak, kerana dihantar di luar bandar, tiada kemudahan asas, tidak lengkap dibandingkan di Semenanjung.", "“Itu mungkin satu faktor menyebabkan lebih ramai tidak mahu pergi bertugas di Sarawak dan Sabah. Saya kira tumpuan perlu diberikan bagi melahirkan anak-anak tempatan yang boleh, ada kelayakan untuk menjadi doktor dilatih dan supaya mereka ini nanti mahu bertugas di negeri sendiri,” katanya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/08/kerajaan-teliti-punca-pekebun-kecil-tidak-menoreh-semak-semula-harga-lantai-getah/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/08/kerajaan-teliti-punca-pekebun-kecil-tidak-menoreh-semak-semula-harga-lantai-getah/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/10/akta-imuniti-sedang-dilengkapkan-kerajaan/", "headline": "Akta Imuniti sedang dilengkapkan kerajaan", "content": ["“Proses penggubalan undang-undang itu buat masa kini di peringkat deraf.” – Anwar Ibrahim", "KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Imuniti Negara bagi melindungi negara daripada pelbagai tuntutan asing kini dalam usaha dilengkapkan oleh kerajaan.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses penggubalan undang-undang itu buat masa kini di peringkat deraf.", "“Itu (Akta Imuniti), masih deraf,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2023 di sini hari ini.", "Beliau ditanya berkenaan perkembangan terkini usaha penggubalan undang-undang tersebut.", "Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata, Akta Imuniti bagi melindungi negara daripada pelbagai tuntutan asing bakal dibentangkan di Parlimen, tahun ini.", "Beliau berkata, pembentangan itu dilihat penting terutamanya dari aspek menjaga kedaulatan, hak, wilayah dan persempadanan negara.", "Azalina menjelaskan, undang-undang berkenaan akan mencerminkan prinsip am undang-undang antarabangsa mengenai kekebalan beraja, perkhidmatan berkesan kepada negara asing, menegakkan hak dan kepentingan pihak berkaitan, menjaga kedaulatan negara serta mempromosi hubungan baik dengan negara lain. ", "Akta Imuniti sedang dilengkapkan kerajaan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/23/toh-puan-kuasai-badminton-persahabatan-puspanita-kudat/", "headline": "Toh Puan kuasai badminton persahabatan Puspanita Kudat", "content": ["Toh Puan Norlidah (dua dari kanan ) menerima cenderahati oleh Jamilah.", "KUDAT: Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni mencatatkan kemenangan dalam perlawanan persahabatan badminton menentang Puspanita Daerah Kudat.Beliau bergandingan bersama pasangan regu, ", "Asfar Arshad menewaskan lawan di pusingan akhir dengan pungutan mata 22-20, 17-21 dan 21-9.Perlawanan persahabatan yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Halim Kudat itu menyaksikan dominasi Toh Puan Norlidah dari awal dengan menang bergaya di kesemua lima perlawanan yang beliau sertai.", "Dalam perlawanan pertama, Toh Puan Norlidah berpasangan bersama Jumatiah Saharuddin menewaskan regu dari Puspanita Helda Yong dan Juini Wanda dengan kiraan 21-15, 21-13.Pada perlawanan kedua, Toh Puan Norlidah menang bergaya bersama regu beliau Enna Oyoh menewaskan pasangan Puspanita, Hariah Julipli dan Raidah Halim dengan pungutan mata 21-12, 21-10.", "Nur Aliah Mohd Nor menjadi pasangan regu ketiga Toh Puan Norlidah dalam perlawanan persahabatan itu dan mencatatkan kemenangan dengan kiraan mata 21-15, 21-18 menewaskan Normah Magasap dan Lili George dari Puspanita.", "Pada pusingan keempat, Toh Puan Norlidah bergandingan bersama Asfar dalam acara beregu campuran menewaskan pasangan Morris Moliki dan Siti Rasnah Pinung dengan kiraan 21-13, 21-8.", "Turut hadir dalam perlawanan persahabatan itu ialah isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tg Kapor, Datin Evelyn Kong dan Pengerusi Puspanita Kudat, Jamilah Kula."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/09/wanita-cedera-dua-rumah-musnah-terbakar-di-penampang/", "headline": "Wanita cedera, dua rumah musnah terbakar di Penampang", "content": ["Keadaan kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah di Penampang.", "PENAMPANG: Seorang wanita cedera ringan dalam satu kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah di Kampung Baru, Jalan Bundusan, di sini, malam tadi.", "Sepasukan anggota bersama jentera diketuai Komander Operasi, PBK II (KUP) Billy John Loutun dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 9.33 malam. ", "Mereka turut dibantu oleh anggota dan jentera dari BBP Limtqs dan BBP Kota Kinabalu.", "Setiba di lokasi, didapati dua buah rumah jenis separuh kekal itu yang masing-masing berukuran 40×30 kaki persegi terbakar 100 peratus.", "Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran 2000 kaki dua pancutan sumber air dari jentera water tanker dan pili bomba berhampiran. ", "Terdapat seorang mangsa, 60an, dilaporkan mengalami cedera ringan. ", "Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10. 32 malam dan setelah memastikan tiada keberbahayaan lain operasi ditamatkan pada jam 12.55 tengah malam."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/27/buli-polis-rakam-keterangan-pengetua-pelajar/", "headline": "Buli: Polis rakam keterangan pengetua, pelajar", "content": ["IPOH: Polis telah merakam keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes buli membabitkan mangsa pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah sukan di Gunung Rapat di sini.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, tiga individu itu terdiri daripada pengetua sekolah dan dua pelajar.", "Katanya, siasatan kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.", "“Pihak polis telah menerima satu laporan polis kelmarin (Isnin) daripada seorang wanita yang mendakwa anak lelakinya dibuli pelajar berusia 17 tahun di asrama sekolah.", "“Pelajar yang membuli mangsa itu telah pun dikenal pasti dan dia telah diarahkan pihak sekolah supaya tidak menetap di asrama sementara menunggu siasatan dalaman selesai,” katanya di sini kelmarin.", "Menurut Yahaya, dalam kejadian itu, mangsa berusia 15 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur mengalami kecederaan tisu lembut akibat dipukul suspek.", "Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan pada muka kiri menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).", "“Siasatan awal mendapati, mangsa telah dibuli beberapa kali oleh suspek. Kertas siasatan kes ini akan dilengkapkan dalam masa terdekat dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya.", "Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah mengesahkan seorang pelajar sebuah sekolah sukan di daerah Kinta cedera akibat dibuli.", "Dalam kejadian itu, mangsa yang juga atlet sepak takraw telah ditendang dan dipijak pelajar Tingkatan Lima sekolah sama.", "Laporan polis berkaitan kes itu sudah dibuat penjaga mangsa di sebuah balai polis di Kuala Kuala Lumpur dan mangsa kini diberikan cuti sementara bagi mendapatkan rawatan lanjut. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/buli-polis-rakam-keterangan-pengetua-pelajar/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/buli-polis-rakam-keterangan-pengetua-pelajar/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/10/ratusan-ribu-penduduk-kanada-bergelap-tanpa-elektrik/", "headline": "Ratusan ribu penduduk Kanada bergelap tanpa elektrik ", "content": ["Keadaan sebuah pusat perlindungan kecemasan ditubuhkan di CF Fairview Mall, Montreal selepas ribut musim sejuk melanda sebahagian Quebec dan Ontario.", "MONTREAL: Ratusan ribu kediaman di timur Kanada terputus bekalan elektrik sejak Sabtu selepas dilanda ribut musim sejuk yang mengorbankan tiga orang dan menyebabkan kerosakan harta benda meluas khususnya di Montreal.", "Kira-kira 400,000 rumah di Quebec berada dalam kegelapan, namun angka itu menurun daripada 1.1 juta ketika pada waktu puncak gangguan.", "Menurut Utusan Malaysia, jurucakap pembekal elektrik memberitahu, Hydro-Quebec, Regis Tellier, pihaknya berjaya memulihkan bekalan elektrik kepada lebih 50 peratus pelanggan yang terjejas akibat gangguan itu.", "“Pasukan kami sedang bekerja keras dan kami yakin 200,000 pelanggan lagi akan mendapat bekalan elektrik dalam masa terdekat,” katanya. ", "Bagaimanapun, Tellier berkata, beberapa kawasan perumahan akan terputus bekalan elektrik sehingga kemungkinan Isnin ini.", "“Kami percaya keadaan cuaca yang lebih baik mampu mempercepatkan pemulihan perkhidmatan,” katanya.", "Sementara itu, Perdana Menteri Quebec, Francois Legault mengesahkan mangsa ketiga  meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida selepas individu itu menggunakan penjana mudah alih di rumahnya kira-kira 40 kilometer (km) di barat laut Montreal.", "Dilaporkan, seorang penduduk di timur Ontario maut dihempap ​​pokok tumbang pada Rabu lalu, manakala warga emas di Quebec meninggal dunia apabila mangsa dihempap ​​dahan pokok ketika cuba membersihkan tanahnya, awal Khamis lalu.", "Montreal, yang menyumbang kira-kira separuh daripada jumlah penduduk terjejas gangguan bekalan elektrik, membuka enam pusat perlindungan kecemasan sementara bagi menempatkan semua mangsa.", "Ribut itu menjejaskan Quebec dan Ontario yang merupakan dua wilayah paling ramai penduduk di Kanada. ", "Ratusan ribu penduduk Kanada bergelap tanpa elektrik "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/06/sar-hat-gunung-kinabalu-dilancar/", "headline": "SAR-HAT Gunung Kinabalu dilancar", "content": ["Liew (tengah) menunjukkan tanda bagus kepada SAR-HAT yang baru dilancarkan", "RANAU: Pasukan khas penyelamatan yang dikenali sebagai Pasukan Penyelamatan Aras Tinggi Gunung Kinabalu, atau Mount Kinabalu Search and Rescue High Altitude Team (SAR-HAT) telah dilancarkan dengan rasminya di sini hari ini.", "SAR-HAT yang dianggotai oleh seramai 30 orang anggota dan dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew.", "Ia merupakan inisiatif unik yang pertama seumpamanya di Malaysia.", "Pasukan tersebut terdiri daripada gabungan Pasukan Penyelamat Taman-Taman Sabah (20 orang), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atau MOSAR (enam orang) dan Malim Gunung (empat orang).", "Ketiga-tiga pasukan ini merupakan “First Responder” apabila berlakunya sesuatu kemalangan di Gunung Kinabalu dan dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). ", "Liew menerima cenderahati bersama ahli keluarga empat malim gunung yang terkorban dalam tragedi itu, selepas menyampaikan sumbangan kepada mereka.", "Menurut Liew, pengwujudan Pusat Latihan Pendakian Aras Tinggi Gunung Kinabalu atau High Altitude Training Centre (HAT) merupakan salah satu hala tuju di bawah gagasan Sabah Maju Jaya. ", "“Bagi pihak Kementerian, pengwujudan pusat latihan ini  merupakan “produk ikonik” yang pertama diwujudkan di Malaysia. ", "“Kita sebagai rakyat Sabah, amat bertuah mempunyai Gunung Kinabalu yang tertinggi di Malaysia atau di rantau Asia Tenggara (4,095 m) yang menjadikan Gunung Kinabalu sebagai tempat pembiasaan atau latihan kepada pendaki-pendaki sebelum mendaki Gunung Everest .", "“Saya percaya dan penuh yakin, pembukaan secara berfasa Pusat Latihan Pendakian Aras Tinggi Gunung Kinabalu akan mendapat sambutan dan dapat memberikan alternatif serta kepuasan kepada pendaki-pendaki gunung di seluruh dunia,” kata beliau.", "Walau bagaimanapun, tambah Liew, keselamatan pendaki adalah menjadi keutamaan pengurusan Taman-Taman Sabah.", "Justeru itu, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengurusan Taman-Taman Sabah atas langkah ke hadapan menubuh dan mewujudkan SAR-HAT di sini.", "Liew berkata, penubuhan pasukan ini bukan sahaja bagi memperkukuhkan penyelamatan pendakian tetapi sebagai langkah persediaan bagi pembukaan pendakian aras tinggi Gunung Kinabalu termasuk Latihan Simulasi Penyelamatan Aras Tinggi yang diadakan pada hari ini. ", "“Saya juga dimaklumkan, prosedur operasi standard (SOP) bagi pendakian gunung akan ditambah baik selepas ini termasuklah mempastikan pendaki mempunyai persediaan yang mencukupi sebelum mendaki. ", "“Sebagai rekod, jumlah kes kemalangan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini (2023) adalah sebanyak 73 kes berbanding sepanjang tahun 2022 iaitu sebanyak 77 kes kemalangan. ", "“Sebahagian besar kes kemalangan ini melibatkan penyelamatan penuh iaitu mengangkat mangsa turun ke Timpohon Gate disebabkan oleh penyakit akut gunung (AMS) yang menunjukkan pendaki kurang bersedia semasa membuat pendakian,” kata beliau.", "Liew berkata demikian semasa merasmikan acara Penutupan Program Memperingati Gempa Bumi Gunung Kinabalu Kali Ke-8 yang diadakan di Dewan Kinabalu, Taman Kinabalu hari ini.", "“Program ini amat bermakna bagi saya, dan seluruh jabatan dan agensi penyelamat yang terlibat dalam penyelamatan mangsa pada hari tersebut. Kita telah mengambil ikhtibar, pengalaman dan perkongsian kesedihan pada masa tersebut. ", "“Tragedi Gempa Bumi Gunung Kinabalu telah berlalu lapan tahun yang lepas, tetapi ianya amat bermakna dan bersejarah, bukan sahaja kepada keluarga mangsa yang terkorban tetapi juga kepada seluruh kakitangan jabatan dan agensi penyelamat Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, termasuk Taman-Taman Sabah. ", "“Di kesempatan ini, marilah kita mengimbas semula peristiwa pahit dan sedih gempa bumi yang melanda gunung Kinabalu pertama kali dalam sejarah Malaysia pada 7.15 pagi, 5 Jun 2015, dengan  kekuatan magnitude 6.0 (Skala Richter),” kata beliau.", "Bencana tersebut telah mengorbankan seramai 18 orang pendaki dan 137 orang pendaki terkandas di kilometer 6.8. Daripada 18 orang yang terkorban, empat orang adalah malim gunung, tujuh orang pelajar dari Singapura yang berusia antara 12 hingga 16 tahun, tiga orang guru pengiring, dua orang pendaki Malaysia, seorang pendaki warga China dan seorang pendaki warga Jepun.  ", "“Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban. Saya dimaklumkan wakil keluarga mangsa malim gunung ada bersama-sama kita hari ini,” jelas Liew."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/19/setiap-hari-anggota-sar-lalu-lokasi-steven-ditemukan/", "headline": "‘Setiap hari anggota SAR lalu lokasi Steven ditemukan’", "content": ["Mayat Steven Tan Kim Huat dibawa turun dari Bukit Beruang, Melaka oleh trak polis tengah hari kelmarin untuk dihantar ke Hospital Melaka.", "MELAKA: Lokasi penemuan mayat seorang lelaki berusia 45 tahun, Steven Tan Kim Huat yang hilang ketika mendaki Bukit Beruang di sini sejak Selasa lalu, adalah di antara check point 0 dengan 1, iaitu di luar trek biasa dilalui pendaki.", "check point", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain berkata, lokasi itu telah dilalui anggota mencari dan menyelamat (SAR) selama tiga hari operasi dijalankan, namun tidak menemukan mangsa.", "Beliau berkata, mangsa berkemungkinan terjatuh dari trek mendaki memandangkan mayatnya ditemukan di kawasan curam yang terlindung dengan pelbagai pokok.", "“Kita ada lalu tetapi mungkin tiada rezeki kita untuk jumpa dengan mangsa, sebab dia agak terlindung dengan pokok-pokok.", "“Setiap hari kita (anggota SAR) lalu kawasan itu sejak hari pertama lagi, kita lalu kawasan itu. Mungkin kawasan itu agak besar dan tersorok sedikit,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.", "Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, kemunculan dua ekor biawak bersaiz besar yang dianggap luar biasa dan kicauan kuat sekawan burung menjadi antara petanda awal kepada penemuan mayat Steven.", "Utusan Malaysia", "Tubuh badan mangsa ditemukan berhampiran anak sungai di trek pendakian terbiar yang dikatakan sudah lama tidak digunakan kira-kira pukul 10.25 pagi kelmarin, oleh dua pengamal paranormal.", "Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya mendapati mayat tersebut adalah Steven, berdasarkan dokumen yang dijumpai bersamanya.", "Katanya, mayat dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.", "“Orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan penemuan tersebut,” katanya. ", "‘Setiap hari anggota SAR lalu lokasi Steven ditemukan’"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/01/bekas-pekerja-kebajikan-didakwa-dera-rogol-91-kanak-kanak/", "headline": "Bekas pekerja kebajikan didakwa dera, rogol 91 kanak-kanak", "content": ["SYDNEY: Seorang bekas pekerja jagaan kanak-kanak di Australia didakwa dengan 1,623 pertuduhan mendera 91 kanak-kanak, termasuk 136 pertuduhan rogol dan 110 pertuduhan persetubuhan dengan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun, lapor dpa.", "Kesalahan itu didakwa berlaku di Brisbane, Sydney dan luar negara di antara tahun 2007 dan 2022.", "Menurut Utusan Malaysia, lelaki berusia 45 tahun dari Gold Coast itu ditahan sejak Ogos 2022 apabila Polis Persekutuan Australia (AFP) menangkap dan mendakwanya dengan dua pertuduhan pada awalnya kerana menghasilkan bahan eksploitasi kanak-kanak manakala satu lagi pertuduhan menggunakan perkhidmatan penghantaran untuk bahan pornografi kanak-kanak.", "Selepas lelaki itu didakwa tahun lalu, AFP mendakwa mereka menemui bahan penderaan kanak-kanak yang dihasilkan sendiri pada peranti elektronik yang didakwa dimiliki oleh suspek.", "AFP berkata, pihaknya telah mengenal pasti semua kanak-kanak dari Australia dalam video suspek dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa untuk mengenal pasti empat kanak-kanak dalam video yang dirakamkan di luar negara.", "Kes itu dijadualkan untuk sebutan di Mahkamah Majistret Brisbane pada 21 Ogos.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/08/bekas-pekerja-kebajikan-didakwa-dera-rogol-91-kanak-kanak/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/08/bekas-pekerja-kebajikan-didakwa-dera-rogol-91-kanak-kanak/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/22/happy-bag-cub-prix-meriahkan-cub-prix-petronas-malaysia/", "headline": "Happy Bag Cub Prix meriahkan Cub Prix Petronas Malaysia", "content": ["Yvonne (tiga dari kiri) menerima baju-T daripada Pengarah Produksi HakkaClo, Noor Fitri Hakim Mohamed (dua dari kanan) sebagai tanda kolaborasi kedua belah pihak untuk kempen Happy Bag Cub Prix musim ini.", "PETALING JAYA: Cabutan Bertuah Happy Bag Cub Prix akan kembali mewarnai Cub Prix Petronas Malaysia dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada para pengunjung setia kejuaraan yang akan membuka tirai pusingan pertama di Litar Sepang hujung minggu ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Program Happy Bag ini yang sentiasa menjadi tarikan di setiap pusingan Cub Prix di seluruh semenanjung dengan menawarkan hadiah utama berupa sebuah motosikal kepada pemenang bertuah di setiap venue perlumbaan tahun ini.", "Sepuluh pusingan, 10 buah motosikal disediakan dan di setiap venue perlumbaan dan pemenang hadiah utama cabutan bertuah Happy Bag ini bakal membawa pulang sama ada sebuah motosikal jenama Yamaha Y15ZR atau Honda RS-X.", "Untuk menyertai cabutan bertuah itu, para pengunjung hendaklah membeli Happy Bag Cub Prix yang dijual di khemah promosi kejuaraan ini pada harga RM65 yang mengandungi sehelai baju-T, minyak pelincir, baju hujan atau stiker dan paling penting kupon cabutan bertuah.", "Bagi memberi kepuasan kepada para peminat Happy Bag ini, pihak penganjur telah berkolaborasi dengan syarikat pembekal baju-T terkemuka, HakkaClo bagi memastikan kualiti serta reka bentuk baju-T berkenaan memberi kepuasan kepada para pembeli.", "HakkaClo merupakan jenama yang semakin digemari ketika ini kerana kualiti yang dihasilkan syarikat berkenaan memenuhi citarasa para pelanggannya selain turut menjadi pembekal jersi buat pasukan Sri Pahang FC yang beraksi dalam Liga Malaysia.", "Menurut Pengurus Pemasaran Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Yvonne Ng, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan HakkaClo kerana mendapati kualiti produk yang dihasilkan syarikat berkenaan ketika ini semakin trending di pasaran.", "“Kami yakin kolaborasi dengan HakkaClo ini akan memberi kepuasan kepada semua pembeli Happy Bag ini kerana kualiti baju-T yang dihasilkan sudah tidak perlu diragukan lagi. Kami juga mahu pastikan agar para pembeli setia Happy Bag Cub Prix ini mendapatkan barangan yang berkualiti tinggi,” jelas Yvonne.", "Yvonne juga menjelaskan bahawa setiap pengunjung yang membeli dua Happy Bag bakal mendapatkan tiga kupon cabutan bertuah.", "“Lebih banyak pembelian Happy Bag, maka peluang untuk memenangi hadiah utama adalah cerah,” katanya.", "Selain menawarkan hadiah utama sebuah motosikal, hadiah-hadiah lain yang bakal dimenangi para pemenang cabutan bertuah Happy Bag ini nanti termasuk produk-produk keluaran syarikat KYT, Racing Boy, Uma Racing, Koyoko, Cardinals, SCK, NGK, RKM dan juga syarikat Corsa.", "Jualan Happy Bag akan bermula pada saingan Pusingan 1 kejuaraan di Litar Sepang pada Sabtu ini dan para pemenang akan diumumkan keesokkan harinya, (Ahad) pada pukul 5 petang.", "Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan pastikan anda membeli Happy Bag di khemah promosi kejuaraan Cub Prix Petronas Malaysia 2023 hujung minggu ini di Litar Sepang. Hanya dengan pembelian RM65, anda mungkin membawa pulang hadiah luar biasa.", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/02/happy-bag-cub-prix-meriahkan-cub-prix-petronas-malaysia/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/02/happy-bag-cub-prix-meriahkan-cub-prix-petronas-malaysia/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/13/roket-cetakan-3d-gagal-dilancarkan/", "headline": "Roket cetakan 3D gagal dilancarkan", "content": ["Roket Terran 1 di Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida", "FLORIDA: Sebuah roket yang dibina hampir sepenuhnya daripada bahagian bercetak 3D gagal dalam misi pelancaran pertamanya selepas beberapa kali percubaan.", "Cubaan itu dilakukan dalam masa tiga jam di stesen angkatan angkasa Cape Canaveral melibatkan roket Relativity Space bernama Terran .", "Menurut Utusan Malaysia, walaupun tiga kali cubaan, syarikat itu tidak dapat melancarkan roket tersebut selepas mengalami  kegagalan pada saat akhir termasuk masalah enjin dan gangguan bot yang menceroboh zon keselamatan pelancaran roket.", "“Percubaan Relativity Space untuk melancarkan Terran 1 membawa satelit kecil ke orbit Bumi bermula pada waktu tengah hari kelmarin tetapi terpaksa ditangguhkan selama lebih satu jam disebabkan oleh masalah pukulan angin. ", "“Percubaan untuk melancarkan Terran 1 kali kedua digagalkan 70 saat sebelum berlepas oleh sebuah bot yang hanyut di dalam zon keselamatan pelancaran.", "“Kami cuba melancarkannya semula pada sebelah petang tetapi sembilan enjin Aeon 1 yang dinyalakan mati secara tiba-tiba menyebabkan roket  kekal berada di atas padnya,” jelas Pengarah Pelancaran Relativity Space, Clay Walker.", "Walker berkata, 85 peratus daripada roket itu termasuk enjinnya dihasilkan daripada pencetak 3D di ibu pejabat syarikat di Long Beach, California.", "Roket Terran 1 merupakan prototaip untuk kenderaan pelancar yang lebih besar dan boleh diguna semula sepenuhnya dipanggil Terran R.", "Jika Terran 1 berjaya, Relativity Space akan menggunakan teknik pencetakan 3D untuk membina Terran R yang lebih besar dan dijangka mampu mengangkat muatan sehingga 22,000 kilogram ke orbit Bumi.", "Roket cetakan 3D gagal dilancarkan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/02/pita-limjaroenrat-mungkin-hilang-kelayakan-jadi-pm-thailand/", "headline": "Pita Limjaroenrat mungkin hilang kelayakan jadi PM Thailand", "content": ["Pita Limjaroenrat", "BANGKOK: Pita Limjaroenrat berisiko hilang kelayakan daripada menyandang jawatan Perdana Menteri Thailand berikutan aduan terhadap pegangan saham miliknya dalam sebuah firma media.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri sementara Thailand, Wissanu Krea-ngam berkata, butiran aduan terhadap pegangan saham Pita dalam firma media iTV Plc akan menjadi faktor utama menentukan kelayakannya untuk jawatan tertinggi negara itu.", "“Jika aduan itu menyasarkan kelayakannya untuk menjadi Perdana Menteri, Pita masih boleh menjadi ahli Parlimen.", "“Jika aduan menyasarkan kedua-duanya, mahkamah akan memutuskan kedua-duanya,” kata Wissanu dipetik akhbar Bangkok Post.", "Pita merupakan pemimpin dan calon Perdana Menteri tunggal Parti Move Forward, yang memperoleh kemenangan tidak dijangka dalam Pilihan Raya Umum negara itu pada 14 Mei lalu.", "Sebelum pengundian, calon dari parti yang mempunyai kaitan dengan tentera, Palang Pracharat, Ruangkrai Leekitwattana mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.", "Beliau mendakwa Pita tidak layak menyertai perlumbaan kerana melanggar perlembagaan berikutan pegangan saham dalam firma media itu.", "Seksyen 98 dalam Perlembagaan Thailand melarang individu daripada bertanding dalam pemilihan ahli Dewan Rakyat jika mereka memegang saham mana-mana akhbar atau perniagaan media.", "Wissanu berkata, aduan itu turut menyasarkan keahlian Pita dalam Parti Move Forward.", "“Jika perkara ini diambil kira, perlu ada pilihan raya umum baharu di seluruh negara.", "“Suruhanjaya Pilihan Raya tidak mengambil apa-apa tindakan dan diharap tidak termasuk ke dalam senario negatif ini,” katanya lagi.", "Pada 9 Mei lalu, Pita menerusi akaun Twitter memaklumkan beliau tidak mengambil berat tentang kes itu kerana saham berkenaan milik dana pusaka keluarganya.", "“Status saya adalah pengurus dana dan saya sudah berunding serta memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara suatu masa dahulu,” jelasnya.", "Pita Limjaroenrat mungkin hilang kelayakan jadi PM Thailand"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/15/filem-konsert-taylor-swift-tayang-di-malaysia-bulan-depan/", "headline": "Filem Konsert Taylor Swift tayang di Malaysia bulan depan", "content": ["PETALING JAYA: Filem mengenai perjalanan konsert penyanyi popular Taylor Swift, 33, The Eras Tour bakal ditayangkan di Malaysia bermula 3 November ini. ", "Menurut Utusan Malaysia, perkara tersebut disahkan pihak panggung, TGV dan GSC menerusi platform media sosial mereka semalam.", "Filem Konsert The Eras Tour merakam perjalanan muzik Taylor Swift menerusi 10 album yang pernah dihasilkannya sebelum ini. ", "Taylor membawakan lagu-lagunya bermula dengan genre pop country menerusi album Fearless sehingga album terkininya, Midnight.", "Peminat boleh mula membeli tiket bermula 18 Oktober ini di semua cawangan.", "Pada 27 September lepas, peminat Taylor yang digelar Swifties kecewa apabila Malaysia tidak tersenarai sebagai lokasi tayangan filem konsert Taylor Swift. ", "Ketika itu wakil produksi filem ini dengan pengedarnya masih melakukan perbincangan. ", "Kini, peminat boleh membeli tiket bermula dengan RM65 di semua lokasi GSC manakala RM155 untuk pengalaman menonton di ruangan Aurum Theatre.", "Filem Konsert Taylor Swift tayang di Malaysia bulan depan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/25/jumpa-rangka-manusia-tanpa-identiti-semasa-memancing/", "headline": "Jumpa rangka manusia tanpa identiti semasa memancing", "content": ["Rangka yang ditemukan di tebing sebatang sungai di Ladang Tereh, Paloh Kluang.", "KLUANG: Satu rangka manusia tanpa pengenalan diri ditemukan berhampiran sebatang sungai di Ladang Tereh di Paloh oleh seorang lelaki yang sedang memancing, kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, penemuan rangka yang belum dapat dikenali pasti jantina dan usia itu dilaporkan kepada pihaknya kira-kira pukul 8.30 malam hari kejadian.", "“Hasil siasatan awal mendapati mayat berada 6.1 meter dari tebing sungai dalam keadaan mengereng yang hanya tinggal tulang sahaja. ", "“Pemeriksaan telah dibuat oleh pasukan Forensik dan mendapati terdapat baju T berwarna biru dan baju sejuk berlengan panjang berdekatan rangka namun tiada sebarang dokumen peribadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. ", "Rangka itu kemudian dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. ", "Justeru, orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga dan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan penemuan mayat itu boleh tampil untuk membuat pengecaman. ", "Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga hasil bedah siasat diperoleh daripada pihak hospital, katanya. ", "Rangka manusia tanpa identiti ditemukan di Paloh"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/21/universal-studios-nafi-cantas-pokok-halang-mogok/", "headline": "Universal Studios nafi cantas pokok halang mogok", "content": ["Peserta mogok di luar bangunan Universal Studios di Barham Blvd.", "LOS ANGELES: Majlis Perbandaran Los Angeles sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pihak yang melakukan kerja pemangkasan dan pemotongan dahan pokok di sebatang jalan di luar bangunan Universal Studios.", "Ia ekoran wujudnya dakwaan kerja pemangkasan itu dilakukan agar barisan pelakon dan penulis skrip yang menyertai mogok di luar studio perfileman terdedah kepada cuaca panas melampau yang kini melanda Amerika Syarikat (AS).", "Bagaimanapun, pemilik studio NBC Universal menafikan melakukan kerja pemangkasan dahan pokok di luar bangunannya untuk menyukarkan lagi keadaan golongan itu yang mogok di bawah terik matahari.", "Menurut Utusan Malaysia, Pegawai Majlis Perbandaran Los Angeles, Kenneth Mejia pada mulanya menyatakan penyelenggaraan berkala membabitkan kerja pemangkasan dahan pokok berada dibawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) bandar tersebut.", "Malah, beliau memaklumkan syarikat perniagaan masih boleh mendapatkan permit untuk melakukan kerja memangkas dahan pokok meskipun agensi awam StreetsLA bertanggungjawab bagi penyelenggaraan berkala itu.", "Bagaimanapun, Mejia menerusi hantaran di media sosial menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan permit pemangkasan terbabit kepada mana-mana syarikat sejak tiga tahun lalu.", "“Dengan kerjasama Biro Perkhidmatan Jalanan, kami mendapati tiada permit pemangkasan pokok dikeluarkan sejak tiga tahun lalu untuk lokasi di luar Universal Studios.", "“Selain itu, majlis perbandaran Los Angeles juga tidak mengeluarkan sebarang permit pemangkasan dahan pokok di jalan luar bangunan terbabit,” katanya.", "Isnin lalu, sekumpulan individu yang menyertai piket di luar bangunan Universal Studios di Barham Blvd mengadu deretan pokok ficus yang menjadi tempat teduh, sudah dicantas sehingga menyusahkan golongan itu ketika cuaca panas melampau. ", "Lebih ratusan ribu penggiat filem termasuk selebriti menyertai mogok selepas rundingan antara wakil pelakon dan penerbit gagal mencapai kata putus.", "Penerbit-penerbit filem gagal memenuhi tuntutan mereka dengan tidak memberikan bayaran yang setanding dengan populariti dan sumbangan pelakon.", "Sebelum itu, penulis skrip melakukan protes di luar ibu pejabat Disney dan Netflix selepas tuntutan mereka juga tidak dilayan.", "Universal Studios nafi cantas pokok halang mogok"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/22/jangan-jual-beri-pinjam-kenderaan-kepada-warga-asing/", "headline": "Jangan jual, beri pinjam kenderaan kepada warga asing", "content": ["Mohd. Misuari Abdullah (kanan) berbual dengan bekas tentera yang menyertai Program Taklimat Kursus Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) di Akademi Memandu Kota Raya di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan hari ini.", "KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak menjual atau memberi pinjam kenderaan mereka kepada warga asing.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, ingatan itu susulan pihaknya mengesan warga asing terutamanya etnik Rohingya menunggang motosikal dan memandu kereta yang tidak mengikut spesifikasi lengkap sebagaimana termaktub dalam perundangan negara.", "Menurutnya, selain itu, kebanyakan daripada warga asing di Kelantan dikenal pasti menggunakan kenderaan milik orang tempatan tinggal di kawasan pinggir bandar.", "“Kita akui memang ada kes warga asing membawa kenderaan di jalan raya. Selain itu, banyak kes melibatkan pihak majikan yang memberi kebenaran atau meminjamkan kenderaan kepada warga asing untuk pelbagai tujuan.", "“Sehubungan itu, JPJ akan mengeluarkan notis saman kepada pemilik sebagai pengajaran,” katanya selepas merasmikan Program Taklimat Kursus Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) Bagi Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kelantan dan Terengganu di Akademi Memandu Kota Raya di Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.", "Mohd. Misuari memberitahu, siasatan mendapati, kebanyakan warga asing  menggunakan kenderaan milik rakyat tempat hanya menunjukkan mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) semasa mereka ditahan.", "Katanya, kesalahan memandu kenderaan di jalan raya itu sekali gus menyukar pelbagai prosedur sekiranya berlaku nahas kerana kebanyakan kenderaan mereka tidak mempunyai perlindungan insurans.", "“JPJ Kelantan akan menjalankan operasi melibatkan warga asing memandu di jalan raya secara berkala dan pihaknya sudah mengenal pasti beberapa lokasi yang sering menjadi laluan mereka,” ujarnya.", "Jangan jual, beri pinjam kenderaan kepada warga asing"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/17/mpv-mengundur-rempuh-taska/", "headline": "MPV mengundur rempuh taska", "content": ["Keadaan MPV jenis Proton Exora yang merempuh sebuah taska ketika mengundur di Taman Sri Chukai, Jalan Pengkalan Sir, Kemaman, kelmarin.", "KEMAMAN: Tiga mangsa termasuk seorang bayi berusia setahun cedera ringan apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang mengundur merempuh sebuah taska di Taman Sri Chukai, Jalan Pengkalan Sir, di sini, kelmarin.", "Tiga mangsa yang cedera dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu ialah seorang guru taska tersebut, Nurul Ain Idris, 31, dan kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun serta bayi lelaki berusia setahun.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu warga emas lelaki berusia 72 tahun yang tinggal di hadapan taska itu hilang kawalan ketika mengundur kenderaan untuk keluar dari pekarangan kediamannya. ", "Menurutnya, warga emas tersebut dipercayai hilang kawalan dan tertekan pedal minyak hingga menyebabkan kenderaannya mengundur ke belakang dan terlanggar bangunan taska di hadapan kediamannya pada jarak kira-kira lima meter. ", "“Ekoran pelanggaran itu, seorang bayi dan seorang kanak-kanak asuhan taska itu cedera  badan, tangan dan kepala serta gurunya mengalami kecederaan di lutut dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.", "Hanyan memberitahu ketika kejadian tidak ramai kanak-kanak berada di taska tersebut berikutan masih belum dihantar ibu bapa masing-masing. ", "Bagaimanapun, katanya, warga emas yang merupakan pesara kerajaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan. ", "“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. ", "MPV mengundur rempuh taska"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/08/pusat-astronomi-antarabangsa-jangka-aidilfitri-jumaat-21-april/", "headline": "Pusat Astronomi Antarabangsa jangka Aidilfitri Jumaat, 21 April", "content": ["DUBAI: Pusat Astronomi Antarabangsa mengumumkan bahawa negara-negara Islam dijangka melihat hilal Syawal atau anak bulan pada hari Khamis, 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung bulan Ramadan.", "Menurut Utusan Malaysia, Gulf News melaporkan, bagaimanapun, agensi itu menyifatkan tidak mungkin melihat anak bulan dengan mata kasar atau teleskop dari semua bahagian Asia dan Australia walaupun ada kemungkinan beberapa negara Islam boleh melihatnya.", "Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan Syawal pada hari berikutnya yang akan menjadikan hari Jumaat, 21 April adalah hari pertama Aidilfitri.", "Tarikh sebenar Hari Raya Aidilfitri ditentukan dengan melihat anak bulan dan ia menandakan berakhirnya tempoh sebulan berpuasa.", "Cuti Hari Raya Aidilfitri rasmi di Emiriah Arab Bersatu (UAE), mengikut Kalendar Hijrah adalah dari 29 Ramadan hingga tiga Syawal.", "Ini akan membawa kepada jangkaan empat hari di negara itu yang akan jatuh pada 20, 21, 22 dan 23 April.", "Sementara itu, portal berita, suara.com melaporkan, badan keagamaan Indonesia, Muhammadiyah juga menetapkan Aidilfitri pada 21 April yang mungkin berbeza dengan tarikh yang ditetapkan kerajaan.", "Takwim Aidilfitri 2023 menurut Muhammadiyah ditetapkan berdasarkan dari hasil hisab Ramadhan, Syawal, dan Zulhijah 1444 Hijriah.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/04/pusat-astronomi-antarabangsa-jangka-aidilfitri-21-april/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/04/pusat-astronomi-antarabangsa-jangka-aidilfitri-21-april/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/12/%e9%a6%ae%e6%99%89%e5%93%b2%ef%bc%9a%e8%a7%a3%e6%b1%ba%e6%b2%99%e6%94%bf%e5%b1%80-%e5%86%80%e4%b8%8d%e5%86%8d%e6%9c%89%e8%81%af%e9%82%a6%e9%a0%98%e8%a2%96%e6%8f%92%e6%89%8b/", "headline": "馮晉哲:解決沙政局 冀不再有聯邦領袖插手", "content": ["(亞庇十二日訊)聯邦層面的領袖,不應再干預解決沙巴的政治危機。", "據馬來西亞前鋒報報導,沙巴工業發展部長馮晉哲表示,人民希望沙巴的政治動盪早日結束。", "他補充說,雖然目前的決定(新內閣)可能不會讓所有政黨滿意,但這個政府也被認為是一個團結政府。", "他說,首長拿督哈芝芝的決定應該得到尊重,在希盟7名州議員的支持下,沙巴將繼續保持穩定。", "他說,新成立的州內閣更具包容性,因為也有來自華社的部長。", "也是路陽州議員的他說,首相拿督斯裡安華也表示支持哈吉吉繼續領導沙巴。", "他說,這項任命是一項必須接受的挑戰,以繼續努力確保沙巴州的經濟繼續發展。", "「我正在努力加倍努力,以確保我能夠為這個部門帶來變革。」", "與此同時,旅遊、文化和環境部長拿督劉靜芝說,她再次受託管理同一個部門,希望可以為沙巴帶來更多遊客。", "在疫情之後,旅遊業相對發展緩慢,但預計會再次增長。", "社區發展和人民福祉部長拿督占士說,他擔任農業和漁業部助理部長2年的經驗,可以幫助他在這個新部委中履行職責。", "他說,他會繼續專注於貧困率仍然很高的沙巴發展。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/26/lebih-2000-penduduk-tamparuli-rai-pesta-tanglung/", "headline": "Lebih 2,000 penduduk Tamparuli rai Pesta Tanglung", "content": [" Michael Lui (enam dari kanan) memotong kek Bulan bersama-sama dengan tetamu jemputan", "TAMPARULI: Lebih 2,000 penduduk meraikan Pesta Tanglung Tamparuli anjuran warga SJK (C) Chung Hwa Tamparuli pada malam Ahad.", "Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim memuji pihak penganjur yang telah menjayakan pesta tersebut untuk penduduk pekan Tamparuli dan sekitar daerah Tuaran.", "Pesta tersebut bukan sahaja penting sebagai pendedahan kepada salah satu tradisi budaya masyarakat Tionghua, ia juga dapat memupuk persefahaman antara kaum untuk memperkukuhkan perpaduan, kata beliau dalam ucapannya yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah Tamparuli Herman Tungiging.", "Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK (C) Chung Hwa Tamparuli, George Teo berkata, sambutan Pesta Tanglung tahun ini agak istimewa kerana kehadiran orang ramai yang diluar jangkaan.", "“Ia juga satu petunjuk baik bahawa keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinan YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di mana rakyat dari berbilang kaum dapat meraihkan sesuatu perayaan dengan aman dan damai,” katanya.", "Selain daripada Jahid, tetamu khas pada malam tersebut ialah Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) Datuk Michael Lui."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/10/penduduk-britain-diberi-amaran-jangkitan-parasit-luar-negara/", "headline": "Penduduk Britain diberi amaran jangkitan parasit luar negara", "content": ["Peningkatan pergerakan pelancong selepas sekatan perjalanan antarabangsa dilonggarkan pada akhir 2021. ", "LONDON: Rakyat Britain khususnya pengembara diberi amaran mengenai peningkatan kes parasit di luar negara selepas sejumlah besar warganegara dijangkiti parasit pada tahun lalu.", "Menurut pakar kesihatan, lonjakan pelancongan pasca Covid-19 ke destinasi eksotik mungkin menjadi punca peningkatan kes jangkitan parasit.", "Menurut Utusan Malaysia,  Daily Mail melaporkan, kira-kira 1,000 kes jangkitan parasit berkaitan pengembaraan dikesan di United Kingdom (UK) pada tahun lalu.", "Daily Mail", "Jumlah itu meningkat berbanding purata 870 kes dilaporkan sebelum pandemik.", "Jangkitan sedemikian termasuk leishmaniasis, schistosomiasis dan strongyloidiasis disebarkan menerusi gigitan serangga atau cacing parasit.", "leishmaniasis, schistosomiasis", "strongyloidiasis", "Ia berupaya menjangkiti organ dalaman dan menyebabkan kerosakan jangka panjang sehingga boleh membawa maut.", "Malah, ia boleh ditemukan di Maldives, Thailand, Indonesia, Brazil, Mexico dan Afrika Selatan, destinasi percutian musim sejuk yang popular bagi penduduk Britain.", "Statistik berkenaan bertindak sebagai amaran kepada para pengembara untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika melancong ke destinasi percutian berkenaan. ", "Ketua kesihatan UK memaklumkan peningkatan bilangan individu terkena gigitan serangga atau cacing parasit sudah dijangkakan pada era pasca pandemik.", "Laporan mengenai beberapa penyakit seperti jangkitan bawaan nyamuk chikungunya, masih di bawah paras yang direkodkan sebelum Covid-19.", "Hanya jangkitan parasit dan kolera mencatatkan jumlah kes yang tinggi. ", "Sementara itu, Timbalan Pengarah di Agensi Keselamatan Kesihatan UK, DR. Meera Chand mengakui terdapat `peningkatan’ dalam jangkitan berkaitan pengembaraan pada tahun lalu.  ", "Katanya, situasi itu dijangkakan berikutan peningkatan dalam pergerakan pelancong selepas sekatan perjalanan antarabangsa dilonggarkan pada akhir 2021. ", "Penduduk Britain diberi amaran jangkitan parasit luar negara"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/27/%e8%bd%8e%e8%bb%8a%e5%b7%b2%e7%86%84%e7%81%ab%e7%84%a1%e8%be%9c%e9%80%a3%e4%ba%ba%e5%b8%b6%e8%bb%8a%e6%bb%91%e5%85%a5%e6%b2%b3%e4%b8%ad-%e7%94%b7%e5%ad%90%e6%95%91%e5%87%ba%e5%85%92%e5%ad%90%e5%be%8c/", "headline": "轎車已熄火無辜連人帶車滑入河中 男子救出兒子後溺斃", "content": ["(亞庇廿七日訊)今早9時15分,1名昨日失蹤的男子,被發現在必打丹Imbaan Sailan路附近的河中溺水身亡。", "據悉,這名男子曾試圖從滑入河中的車輛中救出他的兒子但是不果,慶幸的是死者的兒子成功被民眾救起。", "死者為Lasibi Lawadihu(40歲),昨日下午5時53分被報失蹤,遺憾的是遺體今早被尋獲。", "據馬來西亞前鋒報報導,兵南邦消防和救援站負責人羅尼西卡萬說,死者遺體是在距離其失蹤的地點約300米處,警方的無人機發現。", "死者遺體已經移交給警方採取進一步行動,行動於上午9時30分結束。", "根據消息,死者當時載著他僅5歲的兒子外出外出釣魚。", "當他把車子停好並且開始釣魚時,才發現到其轎車已經連人帶車滑入河中。", "死者成功把其兒子救出,並且交給民眾保護,之後就失去蹤影。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/26/hajiji-wants-ppm-to-deliver-the-best-service-to-the-people/", "headline": "Hajiji wants PPM to deliver the best service to the people", "content": ["Hajiji witnessing the oath-taking ceremony by the 14 new PPM at Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, today.", "KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor wants all Community Development Leaders (PPM) to deliver the best service possible to constituents in their respective areas.", "“You have a vital role and immense responsibility. This appointment is not a privilege. I want you to always work closely with your elected representative in servicing the constituents.", "“We do not want to see any of you doing things at your whims and fancy, but you must discharge your responsibility diligently,” he said after witnessing the oath-taking ceremony by 14 new PPM at Menara Kinabalu, here, today.", "Hajiji witnessing the oath-taking ceremony by the 14 new PPM at Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, today.", "The Chief Minister said the function of the PPM is to provide a clear picture of the government’s policies, particularly developments carried out in the past two and a half years to the grassroots.", "“PPMs must explain to the people the government development plans, especially the Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” he said.", "Hajiji said it was also imperative for everyone to work together as the State Government strives to eliminate poverty in Sabah.", "Hajiji signing the appointment letter of the newly-appointed PPM at Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, today.", "With about two more years to go before the current State Government’s term expires, the PPM is in the position to serve the people and, in the process, help their respective elected representative to regain the seat in the coming State elections, he said.", "The fourteen PPMs taking their oath before the Chief Minister today were Abd Rashid Saidin (UPPM HQ), Muhammad Tasan (Bengkoka), Sharif Kadah Sharif Osman (Bandau), Saikom Watis (Kadamaian), Rosita Ganggang (Inanam), Alex Tan Liang Boon (Likas), Lee Li Mei (Api-Api), Chin Thau Kwong (Luyang), Shamsur Zulkifli (Petagas), Cyril Gerald Liew (Kapayan), Ana Maria Bernadus (Limbahau), Max Million Lee Yun Vui (Tanjung Papat), Juslee Arpaih (Sukau) and Mohamad Latip Katik (Kunak).", "Present were Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Christina Liew, State Secretary Datuk Seri Sr Safar Untong, Assistant Ministers to the Chief Minister Datuk Nizam Abu Bakar Titingan and Datuk Abidin Madingkir, and Community Development Leader Unit (UPPM) Director Datuk Awang Kadin Tang."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/25/penemuan-bom-polis-teliti-rakaman-cctv-dan-9-saksi-dirakam-percakapan/", "headline": "Penemuan bom: Polis teliti rakaman CCTV dan 9 saksi dirakam percakapan", "content": ["PETALING JAYA: Polis mengambil keterangan sembilan saksi bagi menyiasat penemuan objek jenis Improvised Explosive Device (IED) di tayar belakang kereta milik aktivis, Siti Zabedah Kasim atau dikenali Siti Kasim pada Jumaat lalu. ", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) melibatkan tempat-tempat yang dimaklumkan oleh Siti Kasim sedang giat dilakukan bagi mengesan pelakunya.", "“Rakaman CCTV diperoleh dan sedang diteliti. Kita masih jalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.", "Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan penemuan objek itu sebagai satu jenayah serius dan ancaman bom umpama cubaan membunuh.", "Beliau memberitahu Utusan Malaysia Ahad bahawa pihak polis sedang mengesan cap jari serta bukti-bukti berkaitan bagi siasatan lanjut dalam usaha menjejak pelakunya.", "Utusan Malaysia ", "Tegas beliau, tindakan agresif dalam siasatan ini akan diambil memandangkan jenayah sebegini tidak boleh dibiarkan kerana memberi peluang kepada individu tidak bertanggungjawab melakukan perkara sedemikian.", "Penemuan bom: Polis teliti rakaman CCTV dan 9 saksi dirakam percakapan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/01/%e4%bd%90%e6%b4%a5%e4%bf%83%e6%b2%99%e5%b7%b4%e6%88%bf%e5%9c%b0%e7%94%a2%e7%99%bc%e5%b1%95%e5%95%86%e5%85%ac%e6%9c%83-%e5%8a%a9%e6%94%bf%e5%ba%9c%e5%bb%ba%e6%9b%b4%e5%a4%9a%e5%8f%af%e8%b2%a0%e6%93%94/", "headline": "佐津促沙巴房地產發展商公會 助政府建更多可負擔房屋", "content": ["(亞庇1日訊)副首長拿督斯里佐津促沙巴房地產發展商公會成員,協助政府建造更多可負擔房屋。", "他說,他知道沙巴房地產發展商公會一直關注有關行業的問題。", "他也知道在同一地區建造豪華住宅和低成本住宅,可能不會吸引開發商,因為許多購房者可能想住在一個獨特的社區,因此,該房產很難出售。", "「我知道這個問題,但政府也需要你的幫助來建造經濟適用房。」", "「因此,我們需要開會討論可以實施的機制。」", "「如果您作為行業參與者,需要在專屬區域建造豪華房產以便獲得收入,我沒問題。我準備討論某些機制,這樣你們就不會逃避幫助政府在不同地區建造更多經濟適用房的責任。」", "「也許其中一個條件是需要繳付一定比例的款項,作為批准許可證的條件。」", "他補充說,他知道沙巴房地產發展商公會在提供經濟適用房方面有所幫助,但仍然不夠。", "「目前我手上沒有統計數據,但我認為業者可以做的更多,以滿足B40和M40的需求。」", "佐津昨日出席沙巴房地產發展商公會PropEx2023房地產展銷會開幕時如此表示。", "他表示,由於需要大量的前期資金,年輕人不敢涉足房地產業。", "加上首置業者的房屋貸款期限普遍超過30年,不難理解為何年輕一代仍不願擁有自己的房屋。", "「然而,情況並非一定如此,因為政府已經制定了各種舉措來幫助年輕人更容易獲得自己的房屋。」", "「政府採取了多項舉措來幫助人們早日實現夢想家園。例如,自2019年起持續至2025年12月31日的居者有其屋計劃,將繼續幫助首次購房者購買價值高達50萬令吉的房屋。」", "「從2022年6月1日至2023年12月31日,馬來西亞家庭置業計劃(i-Miliki)為首次購房者提供了擁有房屋的機會。」", "「這項舉措為首次購買低於50萬令吉的房產提供100%的印花稅豁免,而價格在50萬令吉至100萬令吉之間的房產將豁免75%的印花稅。」", "「住房保障計劃(SJKP)也是政府的另一項舉措,旨在幫助沒有穩定收入的首次購房者。從2023年4月起,政府擴大了申請覆蓋範圍,將有或沒有固定收入來源的申請人包括在內。」", "佐津還鼓勵開發商追隨現代潮流,一般上住宅計劃除了基本需求之外,幾乎沒有額外的設施。", "僅在最近10年左右,大多數房地產開發項目(主要是公寓)都增加了健身房、游泳池和安全系統。", "「隨著房地產開發行業格局的不斷變化,開發商需要跟上公眾的需求。」", "「未來幾年,隨著汽車行業朝著更加可持續的未來發展,需要強制分配電動汽車(EV)充電空間。」", "「隨著行業對這些變化的反應更加靈敏,開發商應該更廣泛地實施太陽能電池板和功耗實踐。」", "他說:「房地產開發商應考慮在其所有開發計劃中遵循綠色建築指數概念,未來該部可能會將其強制執行,等待所有利益相關者的進一步研究和討論。」", "佐津表示,儘管經濟不穩定,但房地產開發仍保持著毅力和力量的支柱。", "雖然建材價格在上漲,人工成本和生活成本增加,但是沙巴房地產發展商公會,不斷創新,為公眾的投資和置業提供不斷變化的選擇。", "「隨著旅遊業的上升趨勢,我們可以預測房地產開發商的業務將會增加。 因此,作為開發人員,您需要做好準備並面對即將到來的挑戰。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/03/sapp-leader-welcomes-federal-govts-decision-continue-diesel-subsidy-in-sabah/", "headline": "SAPP leader welcomes Federal Govt’s decision continue diesel subsidy in Sabah", "content": ["Gee Tien Siong", "KOTA KINABALU: Sabah Progressive Party (SAPP) Vice President Gee Tien Siong welcomed the decision made by the Federal Government as announced by Prime Minister cum Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim to spare Sabah and Sarawak from the retraction of diesel subsidy.", "He said the decision greatly benefits the people of these regions and ensures continued access to affordable diesel fuel.", "“Furthermore, I kindly urge the Federal Finance Ministry to strive to maintain the ceiling retail price of diesel for private vehicles at RM2.15 per litre. ", "“This would be a significant relief for the people of Sabah, helping us manage in these challenging times.", "“We look forward to the Federal Government continuing to heed the needs of Sabahans, and to a positive outcome for the benefit of Sabahans, and Malaysians as whole,” said the Luyang Community Development Leader (PPM) in a statement today.", "On Nov 3, Anwar said the retargeting of the diesel subsidy in phases would only be carried out in Peninsula Malaysia and would not involve Sabah and Sarawak due to the comprehensive use of diesel in these states.", "“In order to implement it there, we will have to study the impact,” he said in winding up the debate on the Supply Bill 2024 at the policy stage in the Dewan Rakyat.", "Anwar said the total annual subsidy cost which has reached RM81bil is also being enjoyed by foreign nationals and the rich."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/28/rakyat-perlu-terus-bersatu-padu-untuk-maju-km/", "headline": "Rakyat perlu terus bersatu padu untuk maju – KM", "content": ["Hajiji menyampaikan sumbangan kepada asnaf pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Ramadan 1444H Tahun 2023 di Masjid Haji Abd Razak Sabandar, Tuaran, hari ini.", "TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengajak rakyat negeri ini khusus umat Islam untuk terus bersatu padu dan mengukuhkan kerjasama dalam menyambut bulan Ramadan Al-Kareem.", "Katanya, dengan perpaduan yang kukuh dan utuh di kalangan rakyat berbilang kaum, Kerajaan dapat merancang, membangun dan memajukan negeri ini.", "“Perpecahan akan merugikan kita. Untuk maju ke hadapan dan dihormati, kita mesti bersatu padu dan bekerjasama. Gunakan bulan Ramadan ini untuk kukuhkan perpaduan dan persefahaman,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Ramadan 1444H Tahun 2023 di Masjid Haji Abd Razak Sabandar, di sini, hari ini.", "Hajiji menyampaikan sumbangan kepada asnaf pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Ramadan 1444H Tahun 2023 di Masjid Haji Abd Razak Sabandar, Tuaran, hari ini.", "Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, sejak menyandang jawatan Ketua Menteri, kesibukan tugas mentadbir negeri menyebabkan beliau mempunyai masa yang terhad untuk bersama rakyat di kawasannya.", "“Saya amat senang hati kerana dapat bertemu dengan rakyat di Kampung Sabandar dan berbuka puasa bersama dalam bulan Ramadan ini,” katanya.", "Selain menyampaikan sumbangan kepada Masjid Haji Abd Razak Sabandar, Hajiji turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada seramai 77 orang asnaf, orang kelainan upaya (OKU), anak yatim dan ibu tunggal miskin dari kawasan Sabandar."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/08/selawat-kompang-iring-agong-ke-sempadan-sindumin-merapok/", "headline": "Selawat, kompang iring Agong ke sempadan Sindumin-Merapok", "content": ["SIPITANG: Selawat  dan paluan kompang oleh 31 pelajar  SMK Sindumin serta laungan “Daulat Tuanku” mengiringi perjalanan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatan Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Pos Imigresen Sindumin-Merapok.", "Rombongan Seri Paduka Baginda mengakhiri perjalanan Kembara Kenali Borneo Negeri Sabah yang bermula Ahad lalu, di Masjid Sahabat Sindumin dekat sini pada Khamis.", "Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada jam 6.00 petang disambut Yang di-Pertuan Negeri Sabah Tun  Juhar Mahiruddin, Toh Puan Noridah RM Jasni, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah, Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad merangkap ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob dan isteri masing-masing.", "Sejurus tiba, Al-Sultan Abdullah menandatangani plak khas Kembara Kenali Borneo sebagai simbolik lokasi persinggahan terakhir kembara Tuanku berdua di negeri Sabah.", "Pada majlis yang sama, Al-Sultan Abdullah turut menerima cenderamata berupa replika parang daripada suku etnik yang mendiami daerah Sipitang daripada Matbali dan Yusof.", "Sebelum meneruskan pengembaraan ke Sarawak Yang di-Pertuan Agong menyampaikan sumbangan kepada 100 orang golongan asnaf dan orang kurang upaya (OKU) sekitar daerah tersebut.", "Turut diadakan, bacaan doa keberangkatan yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bungsu @Aziz Jaafar.   ", "@Aziz Jaafar.", "Rombongan Kembara Kenali Borneo Edisi Sarawak akan melalui perjalanan sejauh 1,198km dari Lawas hingga ke 0.0km Telok Melano, Kuching Sarawak."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/27/amaran-kebakaran-hutan-di-sumatera-dan-kalimantan/", "headline": "Amaran kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan", "content": ["Seorang anggota polis berusaha memadam kebakaran di kawasan hutan Palangkaraya di Kalimantan.", "JAKARTA: Pemerintah Indonesia mengeluarkan amaran kepada petani dan syarikat perladangan agar bersiap menghadapi kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan yang turut dikhuatiri boleh mencetuskan jerebu dan menjejaskan negara jiran Singapura serta Malaysia.", "Amaran kebakaran hutan dibuat  berikutan kemungkinan berlaku cuaca kering berpanjangan di Asia Tenggara susulan perubahan corak fenomena El Nino yang dijangka mengakibatkan musim panas berpanjangan dan lebih buruk berbanding tahun sebelumnya.", "Sumatera Tengah yang merupakan lokasi di mana jerebu sering dikesan berarak ke Semenanjung Malaysia dan Singapura biasanya mengalami cuaca kering dua kali setahun, sekitar Mac dan Oktober.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Agensi Kaji Cuaca, Iklim dan Geofizik, Dr. Dwikorita Karnawati berkata, selepas tiga tahun berturut-turut cuaca kebanyakannya basah, petani dan syarikat perladangan dijangka terperangkap dengan kemungkinan berlakunya El Nino tahun ini.", "“Hujan akan kurang bukan hanya pada Oktober tetapi sebenarnya, kami sudah menyaksikan hujan mula berkurang sejak awal Februari,” katanya.", "Jelas beliau, cuaca kering sudah dialami di Riau, sebahagian Jambi, Sumatera Utara, sebahagian Sulawesi dan barat laut wilayah Papua Barat.", "Semua bahagian lain di Indonesia mengalami musim kering sekali sahaja antara Mei dan September.", "“Kita harus berwaspada, terutama di Riau dan Jambi bagi kemungkinan berlaku kebakaran hutan dan kawasan perladangan,” kata Dwikorita.", "Menurutnya, kejadian cuaca basah atau La Nina, tiga tahun berturut-turut mendorong kebanyakan petani dan syarikat menggunakan kaedah tebas dan bakar bagi membersihkan kawasan perladangan tetapi tindakan sedemikian tidak boleh dilakukan dalam keadaan cuaca sangat kering.", "Indonesia mengalami masalah jerebu antara 1997 dan 2015 apabila petani dan syarikat perladangan mengamalkan kaedah tebas dan bakar.", "Kebakaran pada  2015 sangat meluas dan diburukkan oleh kemarau sehingga mencetuskan jerebu yang turut menyelubungi Singapura serta Malaysia.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/02/amaran-kebakaran-hutan-di-sumatera-dan-kalimantan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/02/amaran-kebakaran-hutan-di-sumatera-dan-kalimantan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/09/%e4%bd%90%e6%b4%a5%ef%bc%9a%e5%ae%98%e5%93%a1%e6%85%8b%e5%ba%a6%e5%95%8f%e9%a1%8c-%e6%87%89%e5%88%97%e5%9c%b0%e6%96%b9%e7%95%b6%e5%b1%80%e6%88%b0%e7%95%a5%e8%a8%88%e5%8a%83/", "headline": "佐津:官員態度問題 應列地方當局戰略計劃", "content": ["(亞庇九日訊)副首長兼沙地政及房屋部長拿督寺里佐津表示,地方當局(PBT)在制定各自的戰略計劃時,應重視官員的態度問題。", "他說,這包括根除粗心工作、不在乎態度、不分擔責任、不委派工作以及不必要的拖延的態度。", "他表示,除此之外,地方當局還需要注重組織,即注重提高地方當局提供服務的有效性,以讓地方當局更具競爭力。", "接下來是經濟,他說,各區的經濟背景是發展的基礎,他補充說,地方當局需要發展當地的吸引力優勢,滿足社區的期望,並關注地方當局領域內的問題。", "他說,在實施城市發展和管理時,還需要注重環境,創造可持續的環境,形成對環境可持續性敏感的地方當局;社區,即形成一個有復原力的社區,重視社區參與以及當地社區在發展和解決市政問題方面現有的專業知識;數碼化,即利用信息系統的優勢進行地方當局管理,這些都有助於提高地方當局為社區提供服務的效率", "「戰略計劃的制定必須由所有地方當局共同制定。它將作為實現地方當局方向的主要指導性話語。」", "他昨日主持2023年沙巴年度地方當局會議閉幕式時如此說道。", "佐津表示,地方當局管理的誠信也應該成為一個重要問題。", "「採購管理、日常管理需要更加誠信和透明。沙巴每個地方當局都必須制定反貪計劃。」", "「通過這種方法,沙巴地方當局為社區提供最好的服務並非不可能。」", "較早前,他表示地方當局在為各自領域的社區提供最佳服務時,面臨4個主要問題和挑戰。", "他說,首先,地方當局應該提供迅速且高效,並且以客戶為導向服務的能力。", "第二,地方當局通過保持可持續性和綠色自然來平衡發展的能力;第三,地方當局管理財務和創造當地經濟的能力。", "第四,地方當局發展社區並在各利益相關者之間建立戰略關係的能力。", "「即便如此,也應該從積極的角度看待這些問題和挑戰。需要創新來應對這一問題,以符合沙巴進步繁榮大藍圖的方向。」", "佐津希望本次會議能夠提供各種知識,涵蓋所有問題和挑戰,最終有助於提升地方當局服務的方法。", "他還提醒所有地方當局管理者,一個好的地方當局必須具備以下特點:能夠提供最好的市政服務;滿足當地期望;有能力改善當地社會經濟;能夠很好地管理財務;並能夠平衡發展和環境可持續性。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/07/sambutan-bulan-kebangsaan-kesinambungan-perjuangan-tokoh-tokoh-terdahulu/", "headline": "Sambutan Bulan Kebangsaan kesinambungan perjuangan tokoh – tokoh terdahulu", "content": ["Rithuan (empat dari kiri) memasang Jalur Gemilang di salah satu rumah penduduk tempatan semasa Aktiviti Berjalan 6600 Langkah Merdeka", "LABUAN: Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang boleh menjadi medan bagi meneruskan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu.", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd. Ismail, Sambutan itu dilaksanakan bukan hanya bertujuan mencapai salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) semata-mata.", "“Penganjurannya bukan hanya sekadar satu program bagi mencapai satu KPI (Petunjuk Prestasi Utama) semata – mata, kita perlu melihat penganjuran serta penglibatan dalam program sebegini merupakan kesinambungan daripada kisah perjuangan tokoh – tokoh terdahulu.", "“Anggaplah apa yang kita laksanakan pada hari ini sebagai amanah besar yang perlu kita pikul bersama sebagai kesinambungan dalam perjuangan memperoleh kemerdekaan. ", "“Kini kita wajib mempertahankan dan menghayati kemerdekaan ini dengan tindakan yang mampu menjadi benteng penjajahan bentuk baharu iaitu penjajahan pemikiran, budaya dan ekonomi,”katanya semasa merasmikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di sini semalam.", "Beliau turut mengharapkan masyarakat tidak menggunakan platform media sosial sebagai ruang menyebarkan fitnah yang mampu menggugat perpaduan negara.", "“Jauhilah segala perbuatan menjadikan media sosial sebagai wadah menyebarkan fitnah terutama terhadap individu, organisasi atau kaum-kaum tertentu Sebaliknya manfaatkan ia sebaiknya untuk menularkan kisah positif yang boleh meningkatkan perpaduan serta rasa cinta kepada negara,”jelasnya lagi.", "Majlis itu turut diisi dengan pelbagai pengisian lain antaranya Senam seni Merdeka, Aktiviti Berjalan 6600 Langkah Merdeka, Pameran Agensi Kerajaan, pemeriksaan kesihatan, Pertandingan Mewarna Kanak kanak dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/09/%e5%85%b5%e5%8d%97%e9%82%a6%e5%a4%a7%e7%81%ab-%e7%87%92%e7%87%ac2%e5%b1%8b1%e5%a9%a6%e5%a5%b3%e8%bc%95%e5%82%b7/", "headline": "兵南邦大火 燒燬2屋1婦女輕傷", "content": ["(兵南邦九日訊)兵南邦文都善昨晚發生大火,燒燬了兩所房屋,1名婦女在火災中輕傷。", "當局晚上9時33分接獲投報後,兵南邦消防和救援站(BBP)行動指揮官PBK II(KUP)Billy John Loutun即刻率領小隊前往現場。", "他們也獲得了億達以及亞庇消防和救援站的支援。", "消拯隊抵達現場後,發現兩棟面積為40×30平方英尺的半永久性房屋被100%燒燬。", "事件中有1名60多歲的受害者受了輕傷。", "火勢於晚上10時32分成功控制,在確定沒有其他危險後,行動於午夜12時55分結束。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/31/mccc-sabah-digesa-tingkatkan-kerjasama-bawa-lebih-ramai-pelabur-dari-china/", "headline": "MCCC Sabah digesa tingkatkan kerjasama, bawa lebih ramai pelabur dari China", "content": ["Dr. Joachim (lima, kanan) bergambar bersama semua lima penerima anugerah Usahawan Kecemerlangan Terbaik 2023", "KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menggesa Dewan Perniagaan Malaysia China (MCCC) Cawangan Sabah bekerjasama sepenuhnya dengan Kerajaan Negeri terutamanya dalam membawa masuk lebih ramai pelabur dari China.", "Ini selain bertindak sebagai pemangkin kepada kemajuan semua rakyat Sabah, tambahnya.", "“Saya menyeru bukan sahaja ahli kanan dewan tetapi juga semua sayap yang baharu ditubuhkan seperti Jawatankuasa Usahawan Wanita, Jawatankuasa Usahawan Belia dan Jawatankuasa Generasi Akan datang untuk meningkatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri, terutamanya dalam membawa lebih ramai pelabur dari China untuk melabur di Sabah,” katanya.", "Dr. Joachim (tengah) menerima cenderahati daripada Abalene Thu sambil diperhatikan oleh Michael Chin (kanan)", "Beliau meminta MCCC Sabah untuk berkomunikasi dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah dalam usaha ini.", "Berucap pada Anugerah Kecemerlangan Usahawan 2023 anjuran MCCC Cawangan Sabah di sini malam ini, Dr. Joachim berkata, Sabah dikurniakan kekayaan sumber semula jadi yang begitu berpotensi untuk dibangunkan.", "Dr. Joachim (kanan) tiba, diiringi Timbalan Pengerusi MCCC Sabah, Datuk Dexter Lau (kiri), Michael Chin (tengah) dan Abalene Thu (kanan, belakang)", "“Dengan usahawan berdaya usaha seperti anda, ini boleh diambil sebagai peluang, terutamanya untuk pelabur dan saya boleh memberi jaminan bahawa kerajaan hari ini di bawah kepimpinan paling berkebolehan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor akan 100 peratus menyokong usaha ini.", "“Bukan itu sahaja, kami sedia memudahcara mana-mana pelabur yang ingin melabur di Sabah. Ini dan fakta bahawa Sabah terletak di lokasi strategik antara negara jiran yang berkembang maju, potensi ada untuk menjadikan Sabah sebagai hab serantau dan antarabangsa seterusnya di dunia,” katanya.", "Beliau berkata, Sabah mempunyai semua potensi untuk menjadi hab transit utama yang menghubungkan banyak negara, terutamanya rantau Asia Tenggara, China, Jepun dan Korea Selatan serta Australia dan seterusnya, sambil yakin dengan perkongsian terancang dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan MCCC, mereka boleh membangunkan Sabah lebih jauh dan menyaksikan transformasinya menjadi sebuah hab yang bertenaga dan bermanfaat untuk semua.", "Dr. Joachim (tengah) bergambar bersama Michael Chin (keempat, kiri), Abalene Thu (lima, kanan) dan ahli MCCC Cawangan Sabah", "Dr Joachim, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan mengucapkan tahniah kepada semua pemenang anugerah yang semuanya telah menetapkan penanda aras yang tinggi untuk penerima anugerah seterusnya.", "Turut hadir ialah Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Huang Shifang; Menteri Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai; Presiden MCCC Malaysia, Loo Kok Seong; Presiden MCCC Cawangan Sabah, Michael Chin Wee Yee; Pengerusi Sabah Develpoment Berhad, Datuk Frankie Poon Ming Fung; Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Dr. Roland Chia Ming Shen; Pengarah Media Dan Komunikasi, Pejabat Ketua Menteri, Datuk Lucy Irene Yong; Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah, Datuk Awang Kadin Tang; ADUN Elopura, Calvin Chong; Pengerusi POIC, Datuk Seri Yong Teck Lee; Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr. Jamili Nais; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat; Datuk Lee Chun Khiong, pengerusi penganjur, Abalene Thu Shen Ting dan semua ahli MCCC Sabah."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/06/uk-dilanda-varian-baharu-covid-19/", "headline": "UK dilanda varian baharu Covid-19", "content": ["Pakar kesihatan mendakwa varian Eris tidak menunjukkan tanda lebih bahaya berbanding strain lain yang menular di Britain.", "LONDON: Satu varian baharu Covid-19 digelar sebagai Eris dilaporkan sedang melanda United Kingdom (UK).", "Bagaimanapun, pakar kesihatan menegaskan orang ramai tidak perlu berasa bimbang dengan penularan varian berkenaan.", "Menurut Utusan Malaysia, Daily Mail melaporkan, ketua Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) memberi amaran varian Eris atau nama saintifik EG.5.1merekodkan satu daripada tujuh kes baharu Covid-19 selepas mula dikesan di negara itu pada akhir Mei lalu.", "Daily Mail", "EG.5.1", "Malah, bilangan kes kemasukan ke hospital juga semakin meningkat sehingga mencetuskan kebimbangan bahawa negara itu mungkin berada di ambang dilanda gelombang baharu.", "Namun, pakar mendakwa varian baharu itu tidak menunjukkan tanda lebih bahaya berbanding strain lain yang sedang menular termasuk varian Omicron.", "Pihak berkuasa juga memaklumkan bahawa mereka sedang memantau rapat penularan virus itu.", "Beberapa pakar membuat spekulasi kononnya ‘kesan Barbenheimer’ iaitu merujuk kepada tayangan filem Barbie dan Oppenheimer, serta cuaca buruk dan tahap imuniti rendah mungkin menyumbang kepada peningkatan jangkitan.", "Ahli mikrobiologi dari Reading University, Dr. Simon Clarke berkata, ciri-ciri Covid akan terus berubah dan mengadaptasi.", "“Jadi, kita tidak seharusnya berasa bimbang mahupun terkejut hanya kerana varian baharu muncul dan menyebabkan peningkatan kes jangkitan.", "“Perlindungan diberikan oleh vaksinasi terhadap penyakit serius masih bertahan dengan baik, sementara bilangan kes jangkitan meningkat dan menurun serta kemasukan ke hospital dan kematian kekal rendah.", "“Oleh itu, tiada sebab untuk berasa bimbang, tetapi melainkan penduduk sekali lagi dimasukkan ke hospital dalam jumlah besar dan berasa sukar untuk bernafas, orang ramai harus menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.", "Sementara itu, pakar penyakit berjangkit, Profesor Paul Hunter berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan bagaimana varian Eris akan menjejaskan Britain.", "Namun, katanya, varian EG. 5.1 ‘berkemungkinan menjadi dominan pada suatu ketika nanti dan dijangka meningkatkan jumlah kes jangkitan tetapi tidak secara mendadak’.", "EG. 5.1", "Baru-baru ini, UKHSA mengisytiharkan EG.5.1 sebagai varian baharu Covid selepas mula dibangkitkan sebagai `membimbangkan’ pada awal bulan lalu.  ", "Ia merupakan varian kedua terbesar yang menyumbang hampir 15 peratus daripada semua kes Covid dilaporkan di Britain ketika ini.", "Bilangan kes kemasukan ke hospital juga meningkat sebanyak 50 peratus sejak `kesan Barbenheimer’.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/08/uk-dilanda-varian-baharu-covid-19/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/08/uk-dilanda-varian-baharu-covid-19/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/13/%e4%bd%90%e6%b4%a5%ef%bc%9a%e8%bf%91%e6%9c%9f%e9%a0%92%e4%bd%88%e6%a2%9d%e4%be%8b-%e5%b8%82%e7%b8%a3%e8%ad%b0%e6%9c%83%e8%a8%ad%e6%b3%95%e5%a2%9e%e6%94%b6%e5%85%a5/", "headline": "佐津:近期頒佈條例 市縣議會設法增收入", "content": ["(亞庇十三日訊)副首長兼沙巴地政及房屋部長拿督佐津表示,該部門即將憲報頒佈一項提高地方市縣議會收入帶來重要影響的條例。", "他說,該部門將進行路演,並在所有的市縣議會提供諮詢服務,以解釋這項條例的內容。", "他昨日(12日)在絲綢港灣舉行的該部門2023部長訓示大會及頒發2022傑出服務獎儀式上表示:「我們正朝這方面努力。」", "他說,市縣議會可說是一個「自給自足」的機構,雖然有政府提供財援,但市縣議會迫切需要自行尋找收益。", "「努力尋找可以增加市縣議會的新收入來源,我的部門對此始終持著開放討論和交換意見的態度。」", "「我們會繼續徵收門稅、租金、牌照等收入,加大當期收入徵收和欠款清繳力度。我們需要跳出框框思考,以確保收取收入並產生新的收入。」", "佐津表示,該部門擬推出更多的計劃,以根據該部的4個主要目標進一步加強服務,這4個主要目標是改變交付服務;穩定和維持房屋部的發展;可持續和系統的土地利用開發規劃,並加強土著法院的功能和作用。", "較早前,拿督佐津也表示,希望該部屬下的機構以及市縣議會官員可以團結一致。", "「卓越不僅是通過工作目標的實現來衡量的,而是通過誠信服務來衡量的。因此,我們可以得出結論,卓越是我們作為公務員的體現。」", "「我真的希望每個人都能珍惜所託付的任何任務、指示和責任。作為一名公務員,無論是與我們打交道的公眾,還是與辦公室工作人員打交道的人,我們總是會受到抱怨和指責。」", "「我們不會迴避接受公眾或州政府高層管理人員的投訴。我想提醒大家的是,我們不是隨意接受這樣的指責、投訴和侮辱,我們將調查所提交投訴的真實性。」", "「在整個調查過程中,也有調查結果發現投訴是真實的,我們採取補救措施……幸運的是,到目前為止,我們從未實施過嚴重的紀律處分。」", "他還提醒說,該部屬下機構的表現一直被關注。", "「我知道有時候這很不舒服,但是,如果我們全心全意地履行我們的職責,並以誠信和透明為基礎,我認為沒有什麼可擔心的。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/10/%e6%b4%be%e9%80%8173%e9%81%b8%e5%8d%80%e5%b1%85%e6%b0%91%e9%ba%b5%e5%8c%85-%e9%87%91%e5%be%b7%e6%98%8c%e9%bd%8b%e6%88%92%e6%9c%88%e9%80%81%e6%9a%96/", "headline": "派送73選區居民麵包 金德昌齋戒月送暖", "content": ["(亞庇十日訊)金德昌聯合有限公司將在這個齋戒月期間,動用多達50輛卡車,載送麵包派發給沙巴所有73個選區的居民。", "金德昌聯合有限公司執行董事拿督劉威澤在首席部長拿督斯里哈芝芝的見證下,將有關捐獻的麵包移交給沙巴社區發展領袖單位(UPPM)總監拿督阿旺卡丁當。", "首長讚揚該公司開展企業社會責任(CSR)計劃,幫助減輕齋戒月期間人民的負擔,該計劃將由沙巴社區發展領袖單位進行協調。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/11/rombakan-kabinet-negeri-perlu-km/", "headline": "Rombakan Kabinet Negeri perlu – KM", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, rombakan Kabinet adalah sesuatu yang perlu dan bertujuan mengukuhkan Kerajaan Negeri sekarang. ", "“Untuk itu, kita memerlukan satu pasukan yang kuat.", "“Menyedari keperluan untuk membentuk satu pentadbiran inklusif, saya telah memasukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Harapan (PH) ke dalam Kabinet, sebagai tambahan di samping wakil dari UMNO/BN dan GRS.", "“Adalah penting bagi Kerajaan Negeri di bawah pimpinan saya dapat berfungsi sebagai satu pasukan yang bersatu padu, dengan berkongsi aspirasi yang sama yang dibina atas kepercayaan dan saling menghormati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Hajiji berkata, Kerajaan Negeri berazam untuk mempunyai pemimpin yang punya iltizam yang sehaluan dan menghargai setiap keperluan bagi memastikan usaha membangunkan negeri berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang gangguan seperti yang diharapkan oleh rakyat. ", "“Kestabilan politik adalah penting untuk mencapai matlamat ini.", "“Bersama satu pasukan yang kukuh, kami akan memastikan pelaburan dinamik Kerajaan Negeri dapat dikekalkan, seterusnya meningkatkan keyakinan pelabur di samping dapat menarik lebih ramai lagi untuk datang melabur ke Sabah.", "“Kita perlu memastikan momentum pembangunan kita terus maju ke hadapan dan seterusnya dapat memenuhi janji-janji pilihan raya kita kepada rakyat dan negeri,” kata Hajiji yang juga Pengerusi GRS."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/09/cuaca-panas-kering-sehingga-ogos/", "headline": "Cuaca panas kering sehingga Ogos", "content": ["Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Beg Kitar Semula Madani dekat Wisma 99 Speedmart, di Klang, Selangor, hari ini.", "KLANG: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memaklumkan seluruh negara dijangka mengalami cuaca panas dan kering sehingga Ogos ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kementeriannya memastikan tiada pembakaran terbuka oleh mana-mana pihak dilakukan dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka terlibat.", "“Saya melawat sebuah kawasan sering melakukan pembakaran terbuka di Johan Setia pada had lalu. Kerajaan membina infrastruktur seperti telaga tiub, ‘check dam’ di sana untuk membantu kita meningkatkan paras air bagi membendung pembakaran di sana", "“Di kawasan utara mengalami cuaca kering, tetapi kalau ikut ramalan akan sampai ke seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Namun, kita tengok dalam beberapa minggu ini di Lembah Klang, hujan masih turun, kita akan terus pantau, katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Beg Kitar Semula Madani di Wisma 99 Speedmart, hari ini.", "Tambahnya, orang ramai turut dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan air dari sumber bawah tanah ketika cuaca kering yang dikhuatiri mengandungi logam-logam berat memudaratkan kesihatan.", "“Di peringkat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), kita ada kualiti dan piawai yang ditetapkan. Cuma ada beberapa kawasan ini, usaha untuk mengambil air bawah tanah dibuat sendiri dan tidak ikut pihak berkuasa. Jadi itu, kita kena pantau,” ujarnya.", "Dalam pada itu, Nik Nazmi ketika melancarkan kempen tersebut mengumumkan tahun 2025 permulaan bagi premis perniagaan menghentikan penggunaan beg plastik bagi membungkus barangan.", "Menurutnya, pelaksanaan polisi tersebut adalah termaktub dalam Pelan Tindakan Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030.", "“Kerajaan sedang melaksanakan polisi tiada beg plastik secara berfasa dengan pelaksanaannya kepada premis kekal seperti 99 Speedmart ini. Bagaimanapun, pelaksanaan pelan tindakan ini akan dibuat secara menyeluruh melibatkan kedai runcit dan warung tepi jalan,” jelasnya.", "Katanya lagi, Malaysia antara sepuluh buah negara di dunia yang berdepan masalah sampah plastik tidak terurus, malah Tabung Alam Sedunia (WWF) melaporkan anggaran penggunaan bungkusan beg plastik di negara ini mencecah 148,000 metrik tan pada tahun 2020. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/cuaca-panas-kering-sehingga-ogos/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/cuaca-panas-kering-sehingga-ogos/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/28/saya-sendiri-pandu-kereta-jika-pemain-mahu-pergi/", "headline": "‘Saya sendiri pandu kereta jika pemain mahu pergi’", "content": ["Jurgen Klopp menegaskan Mohamed Salah (tengah) akan kekal di Anfield tetapi tidak menghalang jika ada pemain lain mahu meninggalkan Anfield.", "LONDON: Jurgen Klopp menolak dakwaan Mohamed Salah akan meninggalkan Liverpool pada musim panas ini, dengan menegaskan pemain antarabangsa Mesir itu sangat menyukai Reds.", "Reds.", "Begitupun, pengurus Li­verpool itu menjelaskan jika mana-mana pemain mempunyai keraguan untuk kekal di Anfield selepas kegagalan layak ke Liga Juara-Juara, mereka boleh mencari hala tuju baharu.", "Menurut Utusan Malaysia, Salah mencetus kebimba­ngan dia sedang mempertimbangkan untuk berpindah, selepas kenyataan di laman sosialnya yang menyentuh pengaruh ejen selain menunjukkan rasa kesal yang mendalam kerana gagal beraksi di peringkat tertinggi Eropah.", "Bagaimanapun, Klopp mem­balas dengan sindiran agak kejam dengan mengatakan beliau sendiri akan menghantar pemain yang ingin menyertai kelab lain selepas Liverpool gagal ke Liga Juara-Juara.", "“Jika ada pemain datang kepada saya, dan berkata ‘oh kami tidak layak ke Liga Juara-Juara, saya perlu pergi’, jadi saya sendiri akan memandu dia ke kelab lain.", "“Saya akan me­ngambil kunci, dan berkata ‘ma­suk dalam kereta, ke mana anda mahu pergi, saya memandu anda’,” kata Klopp.", "Terdahulu, Salah dalam Twitter berkata, dia ‘benar-benar hancur kerana terlepas Liga Juara-Juara.", "“Tidak ada alasan sama sekali untuk ini. Kami gagal, dan kami mengecewakan anda dan diri kami sendiri,” kata pemain antarabangsa ­Mesir itu.", "Dengan Paris Saint-Germain (PSG) antara kelab yang dikatakan berminat mendapatkan Salah, terdapat kebimbangan yang tidak dapat dielakkan bahawa wakilnya sedang merancang perpindahan pemain itu.", "Begitupun, Klopp menjawab dengan tegas apabila ditanya sama ada dia bimbang Salah akan pergi.", "“Saya tidak risau, tidak. Saya tidak dapat membaca apa-apa yang boleh membawa ke arah itu.", "“Jelas sekali Salah suka berada di sini dan dia adalah sebahagian daripadanya. Dia memohon maaf atas apa yang ‘kami’ lakukan.", "“Dia tidak berkata ‘minta maaf atas apa yang dilakukan oleh pemain lain, tetapi saya terpaksa pergi bersama mereka’… tidak sama sekali. Semuanya baik-baik saja,” katanya.", "‘Saya sendiri pandu kereta jika pemain mahu pergi’"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/05/%e6%94%bf%e5%ba%9c%e4%b8%80%e8%a6%96%e5%90%8c%e4%bb%81%e5%af%a6%e6%96%bd%e7%99%bc%e5%b1%95%e9%a0%85%e7%9b%ae/", "headline": "政府一視同仁實施發展項目", "content": ["(蘭瑙五日訊)蘭瑙國會議員佐納丹強調,無論是執政黨區還是反對黨區,政府在為人民實施基礎設施發展項目時都一視同仁。", "他說,所有地區的基設發展,將依據優先秩序以及緊急需求處理。", "他希望民眾在等待各自地區實施必要項目時,應該理解並需要耐心等待。", "另外他也表示,蘭瑙縣議會正努力確保每個地區都有發展,但這取決於政府提供的撥款資金,並根據優先事項和緊急需求。", "他也撥出2萬令吉,以滿足甘榜Longut Baru的發展需求。", "較早前,該甘榜提出的基設要求包括建造迷你禮堂、禮堂廚房設備、一台割草機、一台筆記本電腦以及帳篷等。", "佐納丹說,所有的申請,都將受到審查,需要大量成本的項目,將呈交予更高層以決定。", "另一方面,他希望豐收節成為加強國人之間團結、兄弟情誼與和諧的平台。", "他說,以前豐收節只是在地區性的節日,但是現在也擴展至國際。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/24/tiada-monopoli-puspakom-drb-hicom-sudah-dimaklum/", "headline": "Tiada monopoli Puspakom: DRB-HICOM sudah dimaklum", "content": ["PUTRAJAYA: Keputusan menghentikan monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sudah dibincangkan bersama pemiliknya, DRB-HICOM.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, beliau menjelaskan tiada isu berbangkit mengenai keputusan itu kerana ia dibincangkan terlebih dahulu dengan penyedia tunggal perkhidmatan itu.", "Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran perbincangan itu.", "“Isu penyedia perkhidmatan tunggal itu dan kenapa tidak ada pilihan lain sudah dibangkitkan orang ramai sejak bertahun-tahun, malah turut dibincang di Parlimen.", "“Ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah pada 2018, kita tubuh satu jawatankuasa untuk menilai semula semua monopoli dalam industri, namun ketika itu konsesi Puspakom masih berjalan dan hanya berakhir pada 2024.", "“Kali ini, saya bawa kembali isu ini ke Kabinet dan minta konsesi ini dilanjut (tambahan 15 tahun) namun, tiada lagi eksklusiviti kepada Puspakom,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.", "Ditanya apakah wujud persaingan selepas perkhidmatan itu dibuka kepada lebih satu syarikat, Loke berkata, perkara itu akan dinilai pihaknya kemudian.", "“Kita juga ambil kira bahawa pasaran kenderaan diperiksa ini adalah pasaran terhad, kerana ia hanya meliputi kenderaan perdagangan sahaja.", "“Jadi kita kena lihat sama ada dia mampan atau tidak apabila kita melantik lebih daripada dua syarikat penyedia perkhidmatan. Pada ketika ini, perkara itu belum ditetapkan lagi,” katanya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/tiada-monopoli-puspakom-drb-hicom-sudah-dimaklum/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/tiada-monopoli-puspakom-drb-hicom-sudah-dimaklum/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/12/ekonomi-malaysia-catat-pertumbuhan-5-6-peratus-suku-pertama-tahun-ini/", "headline": "Ekonomi Malaysia catat pertumbuhan 5.6 peratus suku pertama tahun ini", "content": ["Anwar Ibrahim", "PUTRAJAYA: Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama (S1) tahun ini iaitu lebih baik berbanding pertumbuhan negara serantau.", "Mengikut rekod negara serantau itu, Indonesia mencatat pertumbuhan 5 peratus, China (4.5 peratus) dan Vietnam (3.3 peratus).", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi ekonomi Malaysia pada S1 2023 disokong oleh peningkatan aktiviti ekonomi pertumbuhan berasaskan luas merentas semua sektor.", "Kata beliau, ini terutamanya sektor perkhidmatan yang berkembang sebanyak 7.3 peratus dan pembuatan sebanyak 3.2 peratus.", "“Pengembangan ekonomi juga disokong oleh permintaan domestik yang mampan terutamanya perbelanjaan swasta berikutan penambahbaikan berterusan dalam pasaran buruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, prestasi pertumbuhan negara ini menyumbang kepada sasaran untuk mencapai pertumbuhan ekonomi keseluruhan tahun 2023 antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus.", "Katanya, pertumbuhan 2023 juga lebih baik berbanding S1 2022 sebanyak 4.8 peratus. dari segi pelarasan musim suku tahunan, ekonomi berkembang sebanyak 0.9 peratus (S1 2023) berbanding penguncupan 1.7 peratus pada S4 2022.", "Jelas beliau, pasaran buruh terus mencatat momentum pertumbuhan pada S1 2023, mengekalkan tahap guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran 3.5 peratus (S4 2022: 3.6 peratus).", "Pada masa sama, katanya, kadar inflasi pada S1 2023 menyederhana kepada 3.6 peratus (S4 2022: 3.9 peratus), antaranya berikutan pelaksanaan langkah kawalan harga dan pemberian subsidi kepenggunaan oleh kerajaan.", "“Kadar inflasi Malaysia bagi bulan Mac 2023 terus mencatat trend penurunan kepada 3.4 peratus (Feb 2023: 3.7 peratus), iaitu lebih rendah berbanding beberapa negara maju dan serantau seperti UK (10.1 peratus), Filipina (7.6 peratus), Singapura (5.5 peratus), serta Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia (5 peratus),” katanya.", "Selari dengan unjuran prospek pertumbuhan ekonomi dunia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, Anwar menjelaskan, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka menyederhana pada 2023 berikutan permintaan luar yang lebih perlahan akibat daripada perdagangan global yang semakin lemah.", "Katanya, ketegangan geopolitik, tekanan harga yang tinggi dan keadaan kewangan yang lebih ketat juga akan terus menjejaskan prospek ekonomi dunia.", "Sementara itu, perkembangan dalam negara seperti iklim ekstrem yang mencetus fenomena gelombang haba dan musim El Nino yang diramal bermula pada Jun ini, dijangka mempengaruhi aktiviti ekonomi terutamanya dalam sektor pertanian dan pembinaan.", "“Di sebalik cabaran dan ketidaktentuan ekonomi global ini, kerajaan yakin dapat mencapai unjuran pertumbuhan sebanyak 4.0 peratus – 5.0 peratus untuk 2023, disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan pelaksanaan langkah Belanjawan 2023.", "“Kerajaan akan terus mengutamakan menangani cabaran ekonomi harian yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sambil menumpukan usaha untuk mengurangkan ketirisan dan menangani rasuah,” kata Anwar. ", "Ekonomi Malaysia catat pertumbuhan 5.6 peratus suku pertama tahun ini"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/24/chelsea-buru-khidmat-zinedine-zidane/", "headline": "Chelsea buru khidmat Zinedine Zidane", "content": ["Zinedine Zidane", "LONDON: Ahli Lembaga ­Pe­­ngarah Chelsea berminat mendapatkan khidmat legenda Perancis, Zinedine Zidane bagi menggantikan Graham Potter yang bergelut sejak mengambil alih kelab London itu, September lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Blues melihat Potter sebagai pelantikan jangka panjang tetapi terdapat tekanan yang kian meningkat terhadapnya kerana gagal mencapai keputusan diharapkan.", "Blues", "Menurut sumber, pengurusan tertinggi Chelsea telah melihat profil dan status semasa Zidane serta kejayaannya bersama Real Madrid yang disifatkan sesuai untuk pemain muda di Stamford Bridge.", "Mereka menyatakan minat terhadap jurulatih berusia 50 tahun itu yang telah memenangi tiga trofi Liga Juara-Juara sebagai pengurus tetapi tiada tawaran lanjut dibuat pada masa ini.", "Terdapat juga laporan bahawa bekas bos Tottenham, Mauricio Pochettino telah menolak tawaran Chelsea.", "Difahamkan Blues sebelum ini telah memulakan langkah mendapatkan khid­­mat jurulatih dari Argentina itu.", "Blues", "Potter berada di bawah tekanan hebat selepas kelab London itu mengalami rekod terburuk mereka sejak 1995 walaupun telah berbelanja hampir 600 juta pound (RM3.15 bilion) sejak diambil alih oleh konsortium Todd Boehly.", "Mereka kini menghuni tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris, malah sekadar memenangi satu daripada 10 perlawanan ­terakhir (semua pertandingan).", "Lebih memalukan, Chelsea tewas 0-1 kepada kelab tercorot liga, Southampton di laman sendiri, Sabtu lalu.", "Pada Jun lalu, Zidane ­ber­cakap mengenai keinginan­ untuk kembali ke pentas peng­urusan selepas meninggalkan gergasi bola sepak Sepanyol, Real buat kali kedua pada 2021.", "Zidane membawa Real ­merangkul tiga Liga Juara-Juara berturut-turut dalam tempoh pertamanya bersama kelab itu, serta membimbing mereka memenangi dua gelaran La Liga.", "Kerjaya bermain dan pengurusannya yang mengagumkan dilihat sempurna untuk pemain muda di Chelsea tetapi Potter masih dilihat sebagai pelantikan jangka panjang. ", "Chelsea buru khidmat Zinedine Zidane"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/03/eu-tawar-vaksin-percuma-kepada-china-bendung-covid-19/", "headline": "EU tawar vaksin percuma kepada China bendung Covid-19 ", "content": ["Penduduk menerima vaksin Covid-19 di Danzhai di wilayah Guizhou, barat daya China. ", "BRUSSEL: Kesatuan Eropah (EU) menawarkan vaksin Covid-19 percuma kepada China bagi membantu negara itu membendung penularan jangkitan virus itu secara mendadak.   ", "Menurut Utusan Malaysia, Financial Times melaporkan, inisiatif itu antara usaha dilaksanakan oleh Pesuruhjaya Kesihatan, Stella Kyriakides dalam mengatur tindak balas berdepan gelombang jangkitan selepas Beijing menamatkan dasar sifar Covid.", "Financial Times", "“Kyriakides sudah menghubungi rakan sejawatnya di China bagi memberikan sokongan dan solidariti termasuk kepakaran dalam kesihatan awam serta sumbangan vaksin EU,” jelas laporan itu yang memetik kenyataan seorang pegawai.", "Menurut laporan itu, setakat ini, Beijing masih belum memberi sebarang maklum balas mengenai tawaran berkenaan.", "Dalam pada itu, beberapa negara EU menegaskan pelancong yang tiba dari China selepas 8 Januari harus mengemukakan bukti ujian saringan Covid-19 negatif atau status vaksinasi mereka.", "Perancis, Sepanyol dan Itali memaklumkan negara mereka akan mengenakan sekatan kerana bimbang dengan penularan varian baharu yang belum dikenal pasti.   ", "Bagaimanapun, EU memaklumkan akan mengkoordinasi pendekatan pihak berkuasa dalam menjalankan pemeriksaan terhadap pesawat yang tiba dari China bagi mengesan sebarang varian baharu Covid-19.", "Sementara itu, Steven Van Gucht dari Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Sciensano memaklumkan Belgium akan menguji air kumbahan daripada pesawat yang tiba dari China bagi mengesan sebarang varian baharu Covid-19.", "Ia merupakan sebahagian langkah baharu kerajaan bagi mengekang penularan virus itu yang dilaporkan semakin meningkat.", "Katanya, pengembara yang mengalami gejala akan diminta menjalani ujian saringan Covid-19.", "Menteri Kesihatan Belgium, Frank Vandenbroucke berkata, banyak perkara perlu dilakukan namun melalui pendekatan yang lebih dikoordinasi dalam kalangan 27 negara anggota. ", "Sweden pula menegaskan, pegawai dari negara anggota akan mengadakan mesyuarat Tindak Balas Krisis Politik Integrasi bagi membincangkan mengenai peraturan kemasukan pengembara. ", "EU tawar vaksin percuma kepada China bendung Covid-19 "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/08/dua-suspek-langgar-anggota-urb-polis-terpaksa-lepaskan-sembilan-das-tembakan/", "headline": "Dua suspek langgar anggota URB, polis terpaksa lepaskan sembilan das tembakan", "content": ["KUALA LUMPUR: Polis mencari seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kejar dan tembak dua lelaki di Jalan Kepong, di sini, pagi kelmarin. ", "Lelaki tersebut, Ganeshan Olakanathan, 40, dipercayai dapat membantu siasatan dalam menjejaki dua suspek yang melarikan diri dan kejadian itu.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kejadian berlaku dari Pintasan Segambut melalui Taman Pusat Kepong sehingga Laman Rimbunan, Jalan Kepong, di sini, yang jaraknya lebih kurang dua kilometer. ", "Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Wira dalam keadaan mencurigakan semasa membuat rondaan.", "“Polis cuba menahan namun pemandu kereta tersebut melarikan diri sebelum melanggar kenderaan orang awam setelah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.", "“Suspek kemudian  mengundurkan kereta dan melanggar anggota URB sehingga menyebabkan kecederaan. ", "“Bagi keselamatan diri, kedua-dua anggota URB melepaskan sebanyak sembilan das tembakan ke arah tayar kenderaan suspek sehingga terbabas di tepi jalan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, kelmarin.", "Kataya, kedua-dua suspek yang sudah dikenal pasti identiti melarikan diri ke arah kawasan perumahan dan kini dalam buruan polis. ", "Mengulas lanjut, Mohd. Shuhaily berkata, hasil siasatan mendapati kenderaan itu milik seorang wanita yang meminjamkan keretanya kepada seorang lelaki. ", "“Tiada barang yang berkaitan dengan jenayah ditemukan dalam kereta tersebut tapi terdapat besi buruk yang disyaki merupakan hasil curi. ", "“Kita tidak tahu lagi sama ada Ganeshan itu merupakan suspek atau tidak sebab keputusan forensik pun belum dapat lagi. Tetapi lelaki yang diburu ini mempunyai 11 rekod lampau jenayah dan dadah. ", "“Buat masa ini, beberapa kereta orang awam mengalami kerosakan akibat dilanggar oleh kereta suspek namun tiada aduan yang diterima berkaitan kerosakan akibat tembakan yang dilepaskan,” ujarnya. ", "Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.", "Terdahulu, tular dalam media sosial sejak pagi kelmarin sebuah video yang dirakam oleh orang awam memaparkan kejadian tersebut sehingga menimbulkan persoalan. ", "Di dalam video itu, kelihatan anggota polis sedang melepaskan tembakan terhadap sebuah kereta jenis Proton Wira yang melarikan diri dalam kesesakan lalu lintas. ", "Dua suspek langgar anggota URB, polis terpaksa lepaskan sembilan das tembakan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/03/2022%e5%b9%b4%e6%b2%99%e8%b2%bf%e6%98%93%e9%a1%8d%e7%aa%81%e7%a0%b4%e7%99%be%e5%84%84-%e8%ad%89%e6%98%8e%e5%93%88%e8%8a%9d%e8%8a%9d%e9%a0%98%e5%b0%8e%e6%9c%89%e6%96%b9/", "headline": "2022年沙貿易額突破百億 證明哈芝芝領導有方", "content": ["(亞庇三日訊)2022年沙巴的貿易額突破1000億令吉,證明由首長拿督斯里哈芝芝領導的沙盟政府表現卓越。", "沙盟後座尤索夫雅谷表示,這一成功也駁斥了反對黨聲稱沙巴州經濟在沙盟領導下疲軟的說法和指責。", "2023年7月31日,馬來西亞統計局報告稱,沙巴總貿易額在2022年錄得35.4%的最高增長,超過1000億令吉。", "2022年沙巴的貿易總額達1,181億令吉,而上一年為872億令吉。", "「這一報告受到沙巴各階層人士的歡迎。這是首長拿督斯里哈芝芝領導的沙巴政府,自2020年9月接管沙巴領導權以來辛勤工作的明確體現。」", "「自從在全球面臨疫情之際接管沙巴政府以來,沙巴政府採取了各種舉措並努力恢復經濟。」", "也是沙巴Qhazanah主席的尤索夫雅谷表示,他將努力確保沙巴經濟持續強勁和可持續增長,以實現沙巴繁榮。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/20/kpm-usaha-tangani-masalah-kekurangan-guru/", "headline": "KPM usaha tangani masalah kekurangan guru", "content": ["Pkharuddin Ghazali (dua kanan) merasmikan Pengoperasian Minggu Pertama Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2023/2024 di Sekolah Jenis Kebangsaan (c) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.", "KOTA BHARU : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang berusaha menangani masalah kekurangan guru dalam empat mata pelajaran iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, pendidikan Islam dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pengarahnya Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, perbincangan telah diadakan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran untuk membuat pengambilan melalui beberapa kaedah yang dicadangkan.", "“Insya Allah dalam masa terdekat kita akan buat proses pengambilan dan tawaran untuk guru-guru yang berjaya secara berfasa. Masalah kekurangan guru yang sedang kita hadapi akan ditangani secara berperingkat.", "“Isu ini tidak dapat diselesaikan dalam masa terlalu singkat, namun mungkin dalam tempoh satu atau dua tahun lagi keadaan akan kembali normal,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau perjalanan minggu pertama persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, di sini kelmarin.", "Pkharuddin memberitahu, perbincangan bersama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) juga telah dibuat untuk meningkatkan pengambilan pelajar dalam empat bidang terbabit.", "Dalam perkembangan lain Pkharuddin berkata, sistem pendidikan di negara ini perlu berlaku dalam tempoh 190 hari dan telah jelas dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).", "Katanya, KPM amat memahami hasrat ibu bapa dan sebahagian guru yang menginginkan suasana pembelajaran bermula pada Januari atas faktor tertentu. ", "“Kita merasakan kedua-duanya mempunyai kelebihan. Permulaan penggal persekolahan pada bulan Mac boleh mengelakkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada berlaku pada musim Monsun Timur Laut dan tempoh menunggu untuk memasuki institusi pengajian tinggi tidak terlalu panjang.", "“Bagaimanapun KPM tetap berusaha melihat ruang dan peluang agar tempoh penggal persekolahan diawalkan sedikit yang mana ia mungkin akan mengambil sedikit masa dan ruang. Kalau kita nak awalkan lagi mungkin perlu korbankan cuti sedangkan cuti juga penting bagi memberi ruang rehat kepada pelajar, ibu bapa dan guru. Jadi kita tidak boleh meniadakan cuti. Cuma mungkin masa cuti dipendekkan sedikit,” ujarnya.", "Pkharuddin berkata, KPM akan sentiasa mengkaji serta mencari ruang dan peluang untuk memperkemaskan lagi perkara ini mengikut kesesuaian.", "KPM usaha tangani masalah kekurangan guru"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/06/udara-nepal-paling-tercemar-di-dunia/", "headline": "Udara Nepal paling tercemar di dunia", "content": ["ONDON: Di sebalik landskap yang mengagumkan, Nepal tersenarai sebagai negara paling tercemar di dunia.", "Menurut Utusan Malaysia, platform Our World in Data dari Universiti Oxford memberitahu, penduduk di negara daratan Asia Selatan itu terdedah kepada 99.73 mikrogram setiap meter padu zarah halus secara purata dalam udara, sepanjang tahun.", "Pakar menyifatkan angka itu hampir 20 kali lebih tinggi daripada had membimbangkan yang ditetapkan dalam garis panduan pencemaran udara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).", "WHO menyatakan bahawa purata kepekatan tahunan zarah halus PM2.5 tidak boleh melebihi 5 mikrogram setiap meter padu.", "Niger berada di tempat kedua dengan 94.05 mikrogram setiap meter padu sementara Qatar pula mencatat 91.19 mikrogram di tangga ketiga.", "Para penyelidik berkata, kepekatan pencemaran udara di seluruh Afrika Utara juga sangat tinggi, sebahagiannya disebabkan oleh keadaan lebih kering dengan peningkatan partikel pasir dan habuk.", "Melengkapkan lima negara teratas dengan kualiti udara terburuk ialah India, di mana populasi seramai 1.4 bilion negara itu terdedah kepada tahap pencemaran 90.87 mikrogram dan Arab Saudi yang mencatatkan jumlah 87.95 mikrogram.", "Finland pula berada di tangga teratas bagi negara yang paling kurang tahap pencemaran dengan pendedahan tahunan terendah 5.86 mikrogram, diikuti rapat oleh Brunei di tempat kedua yang terdedah kepada hanya 5.9 mikrogram.", "New Zealand, Sweden, Kanada dan Iceland turut mencatatkan paras rendah pencemar udara namun angka yang dicatatkan masih melebihi tahap udara selamat yang ditetapkan oleh WHO.", "Udara Nepal paling tercemar di dunia"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/13/mbappe-dilarang-jejak-kaki-ke-padang/", "headline": "Mbappe dilarang jejak kaki ke padang", "content": ["Kylian Mbappe", "PARIS: Nasib Kylian Mbappe semakin rumit di Paris Saint-Germain (PSG) apabila dia tidak dibenarkan turun ke padang sekiranya kekal di Parc des Princes musim depan.", "Mbappe sebelum ini memberitahu PSG dia tidak akan memperbaharui kontraknya yang tamat dalam masa setahun bagi membolehkannya secara percuma ke kelab pilihan.", "Itu mendorong PSG memberi kata dua, sama ada menandatangani lanjutan kontrak atau dijual pada musim panas ini. Sehingga kini, kapten Perancis itu belum menandatangani perjanjian baharu.", "Akibat perselisihan itu, PSG memberitahu Mbappe dia tidak akan bermain bola sepak walau seminit pun jika memutuskan untuk kekal bersama kelab itu musim depan.", "Menurut Utusan Malaysia, PSG telah meletakkan pemain itu di pasaran dan mene­rima tawaran besar AS$300 juta (RM1.3 bilion) dari Arab Saudi, tetapi Mbappe menolak perpindahan ke Asia Barat.", "Mbappe mempunyai bonus kesetiaan dalam perjanjian di PSG yang akan diaktifkan selepas melihat hubungannya dengan kelab.", "Sekiranya penyerang itu menyertai pasukan lain dengan perpindahan percuma, dia akan menerima bayaran yang tinggi.", "Untuk musim depan, PSG membuat perubahan besar-besaran tanpa mengira sama ada Mbappe kekal atau tidak.", "Jurulatih baharu, Luis Enrique telah memberitahu pemain seperti Neymar, Hugo Ekitike, Renato Sanches, Gini Wijnaldum, dan Juan Bernat boleh meninggalkan pasukan.", "PSG berbelanja besar membeli Manuel Ugarte, Lucas Hernandez, Lee Kang-in dan menandatangani Marco Asensio secara percuma dari Real Madrid selain mengaktifkan klausa pembelian Xavi Simons. ", "Mbappe dilarang jejak kaki ke padang"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/19/jiwa-platform-dekati-golongan-belia/", "headline": "JIWA platform dekati golongan belia", "content": ["Suasana ketika program berlangsung.", "KOTA KINABALU: Program Jiwa Santai Anak Muda (JIWA) menjadi platform mendekati golongan belia.", "Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah, Azman Sipan berkata, program tersebut merupakan kaedah terbaik untuk mendekati anak muda bagi menghebahkan info semasa.", "Azman semasa ditemui media", "“Program JIWA ini sebenarnya adalah salah satu cara untuk mendekati golongan muda kerana kita faham di kawasan seperti ini memang ramai belia yang datang untuk berhibur dan mengisi hujung minggu mereka.", "“Oleh yang demikian, Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu mengambil inisiatif menganjurkan program ini di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.", "“Selain berhibur, program ini juga bertujuan untuk menghebahkan info semasa antaranya berkenaan scammer, berita palsu juga isu yang berkaitan dengan kesihatan dan sebagainya,” ujarnya semasa ditemui media selepas program berkenaan di Dataran Deasoka, pada Sabtu.", "Dalam program berkenaan, kira-kira 1,000 pengunjung membanjiri Dataran Deasoka bagi menikmati persembahan nyanyian daripada artis Pentarama JaPen Sabah."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/18/mayat-lelaki-dikerat-kerat-dibuang-tepi-lebuh-raya/", "headline": "Mayat lelaki dikerat-kerat dibuang tepi lebuh raya", "content": ["Bagasi diisi beberapa anggota badan manusia yang ditemukan di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur ke Rawang pagi kelmarin.", "SUNGAI BULOH: Mayat seorang lelaki dengan  tujuh anggota badannya dipotong dan disumbatkan ke dalam bagasi ditemui di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur ke Rawang  di sini, pagi kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki dewasa itu daripada orang awam pada pukul 11.25 pagi.", "Menurut beliau, siasatan awal mendapati tiada pengenalan diri ditemui bersama mayat tersebut.", "“Polis sedang menyiasat lanjut mengenai penemuan mayat itu,” kata beliau.", "Sementara itu, satu sumber berkata, bahagian badan mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di lereng bukit di lokasi tersebut.", "Kata sumber, polis kemudian menemui  sebuah bagasi berhampiran mayat mangsa yang diisi dengan bahagian kepala manusia, kaki, tangan  dan dua lagi anggota badan lain.", "“Anggota badan dalam bagasi itu disyaki milik mayat lelaki yang dijumpai tanpa kepala dan beberapa bahagian badan lain di tepi bagasi itu,” kata sumber.", "Mayat lelaki dikerat-kerat dibuang tepi lebuh raya"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/16/mahkamah-rayuan-paris-kekal-penangguhan-anugerah-akhir-pada-waris-sulu/", "headline": "Mahkamah Rayuan Paris kekal penangguhan anugerah akhir pada waris Sulu", "content": ["PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan penangguhan untuk Malaysia mengenai penguatkuasaan anugerah akhir oleh pihak yang mendakwa dirinya merupakan waris Sultan Sulu.", "Menurut Utusan Malaysia, Sekretariat Khas bagi menangani isu tersebut berkata, mahkamah membuat keputusan tersebut selepas mendapati cabaran daripada waris Sulu terhadap perintah penangguhan tidak boleh diterima.", "“Oleh itu, penangguhan yang diperoleh Malaysia pada 12 Julai 2022 untuk penguatkuasaan anugerah akhir kekal.", "“Malaysia ingin mengambil perhatian bahawa perintah penangguhan yang diberikan pada 12 Julai 2022 adalah keputusan yang luar biasa dan ia berfungsi untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia bahawa timbang tara komersial yang dikatakan dimulakan oleh pihak yang menuntut Sulu adalah tanpa asas yang sah serta menjejaskan kedaulatan wilayah Malaysia,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.", "Pada 15 April 2022, Malaysia memfailkan permintaan untuk menangguhkan penguatkuasaan anugerah akhir yang dikeluarkan oleh Dr. Gonzalo Stampa dalam Februari tahun lalu di Paris dan Pada 12 Julai tahun sama, mahkamah memerintahkan penangguhan penguatkuasaan tanpa syarat.", "Kemudian, pada 27 Julai 2022, pihak yang mendakwa dirinya merupakan waris Sulu itu memfailkan tuntutan untuk mencabar terhadap perintah tersebut yang mana perbicaraan mengenainya diadakan pada 16 Januari ini.", "Sekretariat tersebut memberi jaminan bahawa Malaysia akan terus mempertahankan dirinya dalam perundangan bagi menentang semua bentuk undang-undang yang dimulakan oleh pihak musuh. ", "Mahkamah Rayuan Paris kekal penangguhan anugerah akhir pada waris Sulu"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/21/tangkap-layar-perbualan-ebit-lew-pengadu-didedahkan-di-mahkamah/", "headline": "Tangkap layar perbualan Ebit Lew-pengadu didedahkan di mahkamah", "content": ["Saksi pendakwaan, Latifah Abdul Aziz hadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Tenom hari ini", "TENOM: Tangkap layar perbualan antara pendakwah terkenal, Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew dan pengadu bermula sejak 4 Mac 2021.", "Perkara itu didedahkan menerusi analisis telefon bimbit milik pengadu yang dilakukan oleh Juruanalisis Kanan Audio/Video Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, Selangor, Asisten Superitendan Latifah Abdul Aziz di Mahkamah Majistret hari ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Latifah yang hadir sebagai saksi ketujuh pendakwaan memberitahu mahkamah, tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit bertanda NA-1 menunjukkan bahawa perbualan menerusi aplikasi Whatsapp bermula pada 4 Mac 2021.", "Itu antara perkara yang dijelaskan oleh saksi berdasarkan 219 gambar tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit pengadu yang disimpan dalam sebuah cakera padat DVD-R yang merupakan salah satu bahan bukti dalam kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew.", "Dalam perbicaraan lepas, telefon bimbit bertanda NA-1 iaitu Samsung Galaxy A31 diserahkan kepada pegawai penyiasat oleh pengadu semasa pengadu hadir membuat laporan polis di PDRM Bukit Aman pada 7 Ogos 2021.", "Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad yang mengetuai pemeriksaan utama turut meminta penjelasan saksi mengenai tangkap layar yang memaparkan nombor 02:28 am dalam gambar tangkap layar pertama.", "Saksi menjelaskan nombor yang tertera merujuk kepada masa mesej berkenaan dihantar kepada penerima (pengadu).", "Gambar tangkap layar yang dipaparkan juga menunjukkan terdapat panggilan suara yang tidak dijawab pada dua tarikh berbeza yang dilakukan oleh pengirim mesej (Ebit) kepada penerima (pengadu).", "Perbicaraan pada sesi kali ini berlangsung tanpa kehadiran Ebit Lew kerana peguamnya memaklumkan Ebit sedang menunaikan ibadah haji di Mekah.", "Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.", "Atas kesalahan itu, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.", "Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad dan Zahida Zakaria.", "Sementara itu, Ebit diwakili Peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/tangkap-layar-perbualan-ebit-lew-pengadu-didedahkan-di-mahkamah/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/tangkap-layar-perbualan-ebit-lew-pengadu-didedahkan-di-mahkamah/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/02/pemilik-syarikat-perancang-perkahwinan-tipu-pengantin-ditahan-polis/", "headline": "Pemilik syarikat perancang perkahwinan tipu pengantin ditahan polis", "content": ["Suspek wanita (depan, kiri) bersama suaminya dibawa untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Yan.", "YAN: Sepasang suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat perancang perkahwinan ditahan polis, semalam susulan laporan dibuat terhadapnya selepas disyaki menipu pengantin baharu, baru-baru ini.", "Pasangan berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Gurun kira-kira pukul 6 petang setelah polis menerima empat laporan daripada mangsa yang menempah pakej perkahwinan daripada suspek untuk mengadakan majlis pada Disember dan Oktober lalu.", "Kedua-dua mereka juga dikenakan tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.", "Menurut Utusan Malaysia, perintah reman terbabit dikeluarkan Majistret Anis Suraya Ahmad selepas menerima permohonan daripada polis di Mahkamah Majistret Yan, di sini hari ini.", "Kelmarin, akhbar ini melaporkan impian empat pasangan pengantin baharu untuk meraikan hari bahagia dengan majlis kenduri yang penuh meriah serta dihadiri ramai tetamu musnah apabila ditipu sebuah syarikat perancang perkahwinan.", "Malah majlis yang dirancang rapi sebelum ini untuk dijadikan kenangan manis seumur hidup bertukar menjadi huru-hara apabila syarikat terbabit tidak memenuhi pakej perkahwinan yang telah dipersetujui bersama.", "Selain terpaksa berhutang kerana perlu mengeluarkan kos baharu dan tambahan untuk menyediakan peralatan dan perkhidmatan katering yang gagal disediakan mereka juga menanggung malu kepada jemputan kerana majlis tidak berlangsung seperti yang diharapkan.", "Kesemua mangsa penipuan itu kemudian sepakat membuat laporan polis kerana ingin menuntut ganti rugi selepas usaha menghubungi pasangan suami isteri yang mengendalikan syarikat itu gagal. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/pemilik-syarikat-perancang-perkahwinan-tipu-pengantin-ditahan-polis/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/pemilik-syarikat-perancang-perkahwinan-tipu-pengantin-ditahan-polis/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/03/ginumu-pidagangan-sabah-2022-nakatalib-rm100b-kokitanan-kinalantaion-koporintaan-grs-buruanon-hajiji/", "headline": "Ginumu’ Pidagangan Sabah 2022 nakatalib RM100B kokitanan kinalantaion Koporintaan GRS buruanon Hajiji", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Ginumu’ Pidagangan Sabah 2022 i nakatalib do RM100 bilion nopo nga’ kokitanan do kinalantaion Koporintaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) buruanon di Boyoon Montiri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, ka di Ponorikohon Backbenchers GRS, Datuk Dr. Yusof Yacob.", "Kinalantaion po nogi dilo’ miampai amu’ mitilombus kopongilag totondos do pembangkang i monondos ikonomi pogun Sabah olomog id siriba’ pomuruanan Koporintaan GRS, ka disio kawagu.", "Di ko 31tw Koturu’ 2023 katatalib, Koupisan Perangkaan Malaysia pinoporuput Ginumu’ Pidagangan Sabah nokoposurat kinosunion bobos akawas 35.4 ppihatus di toun 2022, nakatalib RM100 bilion.", "Ginumu’ Pidagangan Pogun Sabah di toun 2022 kiginumu’ RM118.1 bilion, nung piadangon toun pogulu dilo’ RM87.2 bilion.", "Dr. Yusof Yacob", "“Kinapahabaran diti rinamit osonong di mogisusuai nayatan rayat id Sabah. Iti nopo nga’ kopokitanan atalang mantad totos karaja’ Koporintaan GRS binuruan di Boyoon Montiri, Datuk Seri Hajiji Noor pointonod minonowoli kopomuruanan Pogun Sabah di wulan Kosiam 2020.", "“Pointonod minonowoli Koporintaan Pogun di mamaso pomogunan potoguang tomporuruol Covid-19, Koporintaan Pogun Sabah minaganu mogisusuai inggisaman om minonotos kumaraja’ montok mononduli’ kawagu ikomoi om iti okito mantad kinapahabaran di Luguan Perangkawan Malaysia dilo’ di kaawagu diti,” ka disio i po nogi’ Ponorikohon Qhazanah Sabah Berhad id iso’ kointalangan di tadau baino’.", "Sabaagi Ponorikohon Qhazanah Sabah, i po nogi’ tinan kopoopuan strategik pasanganu Koporintaan Pogun Sabah, Dr. Yusof minoboros, do isio miampai koombolutan momuruan nonuan tonggungan om monotos kumaraja’ kumaa kopotontuan kosunion ikonoim Sabah kotilombus koinggirot om kotilombus montok koburuon Sabah kopiongoi di Hontolon Sabah Maju Jaya.", "“Ruputan Luguan Perangkawan Malaysia diti miampai amu’ mitilombus manahak kotumbayaan kumaa tongo’ papaapu’ do rumikot om mogowit lobi kogumu’ kopoopuan id Sabah.", "“Suai mantad dilo’, ilo’ do miampai amu’ mitilombus kopongilag totondos mantad bohogian pembangkang i mongomi Ikonomi Pogun Sabah olomog id siriba’ kopomuruanan Koporintaan GRS,” ka di Dr. Yusof po nogi’ ADUN Sindumin."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/21/sme-bank-pinapatahak-lobi-rm500-riong-monguhup-727-mongunusaha-id-sabah/", "headline": "SME Bank pinapatahak lobi RM500 riong monguhup 727 mongunusaha’ id Sabah", "content": ["Ewon guminambar pongingitanan miampai tongo’ talap id Ababayan Jom XCESS SME Bank Longkod Watas Sabah id Pasifir Sutera Harbour, do hiti, di tadau baino’.", "KOTA KINABALU: Montiri Koburuon Mongungusaha’ om Koperasi, Datuk Ewon Benedick minoboros, SME Bank iso’ mantad kotinanan id siriba’ komontirian dilo’ pinapatahak ponguhupan lobi RM500 riong kumaa 727 mongungusaha’ id Sabah.", "Minoboros isio, gisom tulan Ko’onom toun diti nopo soginumu’ RM48 riong gatang pinonguhupan i nakatahak kumaa tongo’ mongungusaha’ om toun nakatlaib RM168 riong.", "“Iti iso’ ginumu’ di kounsub kopio om kalansanan ku miampai haro ababayan po’ompus miagal diti, SME Bank kapanahak ponguhupan toi surupukaraja’ kumaa lobi kogumu’ mongungusaha’ Perusahaan Mikro Okoro’ om Gonsuhatan (PMKS) id Sabah.", "“Wookon siktor ponoruntud osuul siktor pongindopuan i nointutunan do SME Bank montok watas Sabah nopo nga’ pomorunan pamansaian, ponuridongan om ponombuluyan montok monguhup koporintaan pogun popoburu’ mongungusaha’ id pogun diti,” ka disio id kapahabaran katalib pinopoimagon Ababayan Jom XCESS SME Bank Longkod Watas Sabah, id Pasific Sutera Hotel, do hiti, di tadau baino’.", "Nokotindapou nogi’ Kumoduo Monunurat Bohogian Kopoburuan Francais om Vendor, Komontirian Kopoburuan Mongungusaha’ om Koperasi, Datin Azira Othman, Presiden Tinimungan / Luguan Upisor Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail, Luguan Upisor Strategi Korporat Tinimungan SME Bank, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim, Luguan Upisor Pongindopuan SME Bank, Zabidi Abdullah om i Monguhup Totuo Ko-kurikulum Sikul Kabansaan Pekan Pensiangan Komprehensif 9, Aloysius Robert.", "Nokopogulu ontok minoboros, ka id Ewon, kopoburuan PMKS momoguno sokodung oinsanan bohogian kaampai tongo’ kotinanan komontirian miagal do SME Bank.", "Otumbayaan isio, mantad haro sokodung do SME Bank koponguhup po ilo’ mongingkawas toluod mongungushaa’ PMKS kumaa koburuon ikonomi pogun Sabah o kosuul no om pomogunon miampai poinpuli.", "Ewon minoboros, Komontirian Kopoburuan Mongungusaha’ om Koperasi (KUSKOP) aparagat mindahu’ montok minsomok tinimungan mongungusaha’ pomogunon.", "“Wookon inggisaman kaawagu di pinaharo nopo nga’ Minggu’ Usahawan Negara 2023, Minggu PMKS om kinopoimpuunan Pelan Pemformalan Usahawan Informal.", "“Suai mantad dilo’, Ababayan Jelajah Keusahawanan Bersasar (JKEB) nga’ pinaharo miampai momorikot di kapagarasan mongungusaha’ koonduan, tulun sandad om bagas nokojiil. Ababayan diti manahak kosiwatan kumaa diolo’ gumompit id kaganaan kousahawanan,” ka disio.", "Minoboros isio, inggisaman i pinoindalan do KUSKOP nopo nga’ wookon inggisaman papatantu’ angkab ‘Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) poposili Malayisa songinan pomogunon kousahawanan abantug om kopotonggoi ngaawi’ dumontol 2030 aanu monigampot.", "“KUSKOP nga’ pinoposodia’ mongisusuai kousinan kopoinsanang montok tuduan pongingkawasan ginaras mongungusaha’ om koperasi pomogunon. Maya’ SME Bank, kousinan poobion kigatang RM20 riong pinosodia’ montok Skim Ponguhupan Buburuon Sosial kituduan popoburu’ om monginggirot buburuon sosial.", "“KUSKOP nga’ pinoposodia’ nogi’ kousinan koinsanai kigatang RM11.5 riong kosuul montok CEDAR popoindalan apat ababayan kopoburuan ginaras kousahawanan montok toun diti,” ka disio.", "Mantad dilo’, nunsub disio mongungusaha’ id pogun diti monongkiahou kosiwatan di haro montok papatantu’ mongungusaha’ mamasok id Sabah koponoluod kumaa naangayan 45 pihatus toluod PMKS kumaa Kolobusan Suang Pomogunon Kasar (KDNK) dumontol toun 2025."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/10/empat-kanak-kanak-ditikam-di-taman-permainan-dalam-keadaan-stabil/", "headline": "Empat kanak-kanak ditikam di taman permainan dalam keadaan stabil", "content": ["PARIS: Empat kanak-kanak yang ditikam oleh seorang pelarian Syria dalam insiden mengejutkan di sebuah taman di Annecy, di tenggara Perancis, kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.", "Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, mangsa termuda berusia 22 bulan dan kanak-kanak yang tercedera termasuk warga Britain berusia tiga tahun bersama seorang lagi warga Belanda. ", "Seorang lagi warga emas bersama seorang lelaki yang turut cedera ditikam dalam insiden sama kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.", "Polis mengesahkan suspek merupakan warga Syria berusia 31 tahun, yang mempunyai status pelarian di Sweden.", "Pendakwa raya tempatan, Line Bonnet-Mathis berkata, suspek tidak dikenali oleh mana-mana perkhidmatan risikan dan tidak mempunyai sebarang sejarah masalah psikiatri.", "“Suspek yang beragama Kristian baru bercerai dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun . Dia sebelum ini tinggal selama 10 tahun di Sweden namun gagal dalam permohonan suaka untuk mendapatkan status pelarian di Perancis tahun lalu,” jelasnya.", "Saksi melihat suspek yang memakai bandana dan cermin mata hitam berlari mengelilingi taman di tebing Tasik Annecy dan mula menyerang orang ramai secara rawak sebelum polis bersenjata menahannya di tempat kejadian.", "“Dia mahu menyerang semua orang. Saya melarikan diri dan dia menerpa ke arah seorang lelaki dan wanita tua dan menikam lelaki tua itu,” kata bekas pemain bola sepak profesional, Anthony Le Tallec yang berada di taman itu.", "Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam ciapan di Twitter berkata, serangan berkenaan adalah satu tindakan pengecut.", "Kes tersebut masih disiasat dan ramai ahli politik memilih untuk tidak membuat sebarang kesimpulan namun serangan berkenaan dijangka bakal mencetus perdebatan hangat mengenai kebanjiran pendatang asing di Perancis.", "Empat kanak-kanak ditikam di taman permainan dalam keadaan stabil"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/17/turkiye-tahan-78-suspek-cetus-provokasi-di-media-sosial/", "headline": "Turkiye tahan 78 suspek cetus provokasi di media sosial ", "content": ["ANKARA: Polis Turkiye menahan 78 individu yang didakwa mencetuskan ketakutan dan panik dengan berkongsi `hantaran berunsur provokatif’ mengenai kejadian gempa bumi minggu lalu dalam laman media sosial.    ", "Malah, seramai 20 individu daripada suspek berkenaan, kini ditahan menjelang prosiding mahkamah terhadap mereka.", "Ketika ini, angka kematian di Turkiye dan Syria akibat gempa bumi sudah melepasi 41,000 orang dengan jutaan mangsa masih memerlukan bantuan kemanusiaan", "Menurut Utusan Malaysia, Direktorat Keselamatan Am Turkiye memaklumkan, pihaknya mengenal pasti seramai 613 orang yang didakwa memuat naik hantaran provokatif, dengan prosiding undang-undang akan dimulakan terhadap 293 daripada kumpulan individu berkenaan.", "Katanya, daripada jumlah tersebut, ketua pendakwa raya mengarahkan 78 orang ditahan. ", "Jelas jabatan itu, sebanyak 46 laman sesawang turut ditutup setelah dikesan penipuan dalam usaha mencuri derma disumbangkan kepada mangsa gempa.", "Jabatan itu menyatakan pihaknya juga menutup sebanyak 15 akaun media sosial yang kononnya menyamar sebagai institusi rasmi.", "Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Turkiye, Fahrettin Altun dalam satu ciapan di Twitter memaklumkan negara itu menghadapi ‘pencemaran’ maklumat yang serius.", "Katanya, pihak berkuasa akan berkongsi informasi dan berita bagi menangkis maklumat palsu itu. ", "Jelasnya, sebanyak 6,200 maklumat dan berita palsu dilaporkan kepada kerajaan dalam tempoh seminggu selepas bencana itu berlaku. ", "Pada Oktober tahun lalu, Parlimen Turkiye meluluskan undang-undang media baharu yang menyaksikan wartawan dan para pengguna media sosial dipenjarakan sehingga tiga tahun kerana menyebarkan berita palsu.", "Ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan kumpulan hak asasi dan negara Eropah mengenai kebebasan bersuara terutamanya menjelang pilihan raya presiden dan umum yang dijadualkan pada musim panas ini. ", "Turkiye tahan 78 suspek cetus provokasi di media sosial "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/17/saintis-temui-spesies-dinasour-baharu-di-isle-of-wight/", "headline": "Saintis temui spesies dinasour baharu di Isle of Wight", "content": ["LONDON: Fosil sejenis dinosaur yang tidak diketahui sebelum ini ditemui di Isle of Wight.", "Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, ia adalah spesies baharu pertama dinosaur berduri yang ditemui di pulau itu sejak 1865 dan dipercayai tergolong dalam keluarga ankylosaur.", "Walaupun kelihatan menakutkan dengan badan yang seakan mempunyai ‘perisai’ seperti bilah, reptilia gergasi yang dinamakan Vectipelta barretti itu hanya memakan tumbuhan.", "Ia ditemui di dalam batu yang dipercayai berusia sekitar 66 hingga 145 juta tahun.", "Nama Vectipelta barretti diberi sempena nama Profesor Paul Barrett, yang bekerja di Muzium Sejarah Alam di London selama 20 tahun.", "Walaupun dinosaur baharu itu mempunyai beberapa persamaan dengan ankylosaur terakhir  ditemui di pulau itu yang dipanggil Polacanthus foxii, para saintis merasa kedua-dua spesies itu tidak mempunyai kaitan rapat.", "Saintis berkata, selain mempunyai tulang leher, belakang dan pelvis yang berbeza, penemuan baru-baru ini turut mempunyai lebih banyak perisai berduri.", "Spesies baharu itu mempunyai lebih banyak persamaan dengan ankylosaur yang ditemui di China, mencadangkan mereka bergerak bebas dari Asia ke Eropah pada zaman Cretaceous Awal.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/06/saintis-temui-spesies-dinasour-baharu-di-isle-of-wight/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/06/saintis-temui-spesies-dinasour-baharu-di-isle-of-wight/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/15/empat-wakil-malaysia-tempah-slot-ke-kejuaraan-dunia/", "headline": "Empat wakil Malaysia tempah slot ke kejuaraan dunia", "content": ["Ivan diberi ucapan tahniah oleh juniornya, Aira (duduk, dua kiri), Ainaa (duduk, dua kanan) dan Yee Xin Ying selepas menewaskan Withington di Kelab Edgbaston Priory, Birmingham. – Ihsan Squashsite.com", "PETALING JAYA: Tiga pemain muda negara, Noor Ainaa Amani Ampandi, Aifa Azman dan J. Yasshmita menjejakkan kaki ke Kejuaraan Skuasy Dunia buat kali pertama dalam karier mereka, selepas menundukkan lawan masing-masing pada final Kelayakan Kejuaraan Dunia di Kelab Edgbaston Priory, Birmingham, England awal pagi tadi.", "Turut mengikut jejak langkah tiga pemain tersebut ialah senior mereka dalam saingan lelaki, Ivan Yuen yang bakal melakukan penampilan buat kali kelima berturut-turut dalam kejuaraan berprestij itu di Chicago, Amerika Syarikat pada 3-11 Mei depan.", "Menurut Utusan Malaysia, Ainaa, 21, yang turun ke gelanggang terlebih dahulu, meneruskan rentak konsistennya sejak merangkul dua gelaran di Hong Kong dan India, baru-baru ini, menewaskan Katerina Tycova dari Jerman 6-11, 11-5, 11-9, 11-6 dalam masa 38 minit.", "Aira Azman dan J. Yasshmita yang berusia 19 tahun turut melakar sejarah dalam karier mereka setelah mengetepikan lawan masing-masing pada perlawanan akhir itu.", "Pilihan ketiga, Aira yang terpaksa mendapatkan rawatan akibat kecederaan masih mampu meraih kemenangan straight set 11-8, 11-6, 11-4 ke atas Menna Hamed dari Mesir, manakala, Yasshmita menundukkan rakan senegara, Chan Yiwen 8-11, 7-11, 11-8, 11-9, 11-6.", "Aira yang mengiringi kakaknya, Aifa ke dalam undian utama memberitahu, ibunya adalah insan yang paling gembira menyaksikan mereka dua beradik beraksi dalam Kejuaraan Dunia.", "Sementara itu, Yasshmita pula yang baru sahaja kembali daripada kecederaan lutut tidak menduga sama sekali dia bakal menjejakkan kaki ke Chicago.“Chicago wow! Saya perlu uruskan visa saya dulu, tidak sabar rasanya, kejohanan terbesar saya setakat ini, harap dapat beri yang terbaik,” katanya.", "Dalam saingan lelaki, Ivan yang tidak menyertai mana-mana pertandingan selama empat ke lima bulan akibat kecederaan lutut menewaskan wakil tuan rumah, Finnlay Withington 13-11, 11-4, 14-12. ", "Empat wakil Malaysia tempah slot ke kejuaraan dunia"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/31/sambutan-hari-pahlawan-peringkat-negeri-sabah/", "headline": "Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah", "content": ["Tun Juhar diiringi oleh Hajiji dan ahli Jemaah Menteri melawat pameran keselamatan pada Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah di Padang Merdeka, Kota Kinabalu,  hari ini.", "KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah di Padang Merdeka di sini hari ini.", "Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin turut berkenan hadir dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama selain menerima Tabik Hormat DiRaja.", "Hajiji bersama Tun Juhar dan jemputan lain pada Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, hari ini.", "Terdahulu, Hajiji yang tiba pada jam 7.50 pagi disambut oleh Jawatankuasa Penganjur Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri dan kemudiannya menerima Tabik Hormat Pasukan Kawalan Kehormatan Utama di pentas utama Padang Merdeka.", "Antara pengisian sambutan itu ialah acara menaikkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah serta nyanyian Negaraku dan Sabah Tanah Airku, tiupan paluan akhir “The Last Post” oleh Polis Diraja Malaysia, persembahan khas Angkatan Tentera Malaysia dan tiupan “Rouse”.", "Hajiji menerima tabik hormat daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama pada Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, hari ini.", "Antara yang hadir ialah Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr.Jeffrey G.Kitingan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Ir.Shahelmey Yahya, Speker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Kadzim Haji M. Yahya, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahid dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, Timbalan-timbalan Speaker DUN, Datuk Richard Yong We Kong dan Datuk Haji Al Hambra Tun Juhar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.", "Hajiji bersama Tun Juhar dan ketua-ketua pasukan keselamatan negeri pada Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, hari ini.", "Hajiji turut mengiringi Juhar melawat pameran pasukan keselamatan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Muzium dan Arkib Negeri."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/02/kerjasama-padu-antara-kerajaan-negeri-dan-persekutuan-tangani-masalah-air-di-sabah-ewon/", "headline": "Kerjasama padu antara kerajaan negeri dan persekutuan tangani masalah air di Sabah: Ewon", "content": ["Ewon (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan", "KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, kerajaan negeri perlu proaktif untuk bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah.", "Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, sekiranya masalah bekalan air di negeri ini tidak diselesaikan, ia dikhuatiri menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kedatangan pelabur.", "Katanya lagi, pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Putrajaya, semalam bagi mencari penyelesaian masalah bekalan air di negeri ini menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk mencari jalan penyelesaian tuntas berkenaan masalah keperluan asas yang membelenggu rakyat Sabah selama ini.", "“Saya merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas keprihatinan beliau kepada rakyat Malaysia khususnya di dua negeri iaitu Sabah dan Kelantan yang berhadapan masalah air.", "“Pengumuman mengenai peruntukan tambahan untuk tujuan itu menunjukkan komitmen besar Kerajaan Perpaduan menyelesaikan isu-isu yang dihadapi rakyat negara ini.", "“Saya berharap Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif untuk menaikaraf kemudahan, mengenalpasti sumber air yang baru, membaiki paip lama dan mengenalpasti kebocoran seterusnya menutup kebocoran itu supaya dapat memberikan perkhimatan yang lebih baik kepada rakyat Sabah.", "“Saya percaya di peringkat kerajaan persektuuan kita sudah menyampaikan apa yang perlu diberikan dan rakyat mengharapkan kerajan negeri juga turut proaktif untuk meningkatkan kapasiti bagi menyelesaikan masalah air,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Yayasan Petronas sempena Pesta Kamatan 2023, di Dewan Kompleks Sukan Kota Belud, di sini, hari ini.", "Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian dan Ahli Parlimen Penampang berkata, wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Sabah iaitu Ahli Parlimen dan Adun sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan pelbagai perkara agenda pembangunan di Sabah.", "“Kami telah membangkitkan keperluan peruntukan tambahan yang besar untuk menyelesaikan masalah air, elektrik, jaringan jalan raya dan telekomunikasi serta pembangunan keusahawanan di Sabah.", "“Hasil pertemuan itu, Perdana Menteri positif dan bersetuju dengan cadangan kami dan seperti yang dinyatakan semalam, peruntukan tambahan untuk membantu menyelesaikan masalah air di Sabah,” katanya.", "Mengenai masalah bekalan air di DUN Kadamaianm Ewon berkata, masih ada lebih 30 kampung yang bergantung kepada bekalan air graviti.", "“Sebagai Adun di sini, saya menggunakan peruntukan Adun untuk membantu menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah. Tetapi untuk jangka masa yang panjang, bekalan air graviti ini tidak akan berkekalan untuk memberi bekalan yang konsisten kepada mereka.", "“Sehubungan itu perlu ada loji baharu dibangunkan di kawasan ini selain pemeriksaan berkala bagi mengenal pasti paip yang bocor dan mengalami kerosakan,” katanya.", "Bagi kawasan Parlimen Penampang, Ewon berkata, kawasan itu juga memerlukan bekalan air bersih yang konsisten ekoran pembangunan pesat ekonomi termasuk industri, pusat komersial, perumahan dan pendidikan di Penampang.", "Semalam Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Haji Noor mengadakan pertemuan bagimembincangkan isu masalah air.", "Dalam pertemuan itu Hajiji berkata Sabah menerima bantuan kewangan sebanyak RM320.25 juta dari Kerajaan Persekutuan bagi membantu mempercepatkan pelan jangka pendek untuk menyelesaikan masalah air di negeri itu.", "Menurutnya, dana itu akan digunakan untuk pelaksanaan enam program merangkumi 20 projek di seluruh Sabah yang dijangka mengambil masa enam hingga 12 bulan untuk disiapkan. Ia termasuk sembilan projek bagi daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Putatan, Papar, Beaufort, Keningau, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/11/konvoi-kmjg-2023-lawat-batu-sumpah-keningau/", "headline": "Konvoi KMJG 2023 lawat Batu Sumpah Keningau", "content": ["Maxmillan (kiri) membuat pelepasan kepada konvoi KMJG yg meneruskan perjalanan ke Kolej Vokasional Keningau. ", "KENINGAU: Peserta Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 melawat kawasan Batu Sumpah Keningau sempena program KMJG 2023 Peringkat Daerah Keningau, pada Jumaat.", "Ketibaan konvoi KMJG 2023 yang diketuai oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor di Muzium Warisan Keningau disambut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan yang juga Ahli Parlimen Keningau, Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik serta Ketua Bahagian Muzium Sabah Cawangan Pedalaman Atas, Maxmillan Takong.", "Dr. Jeffrey turut menandatangani Buku Lawatan Konvoi KMJG serta menyempurnakan pelepasan konvoi ke Kolej Vokasional Keningau bersama Robert dan Maxmillan."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/06/ums-teroka-peluang-kerjasama-dengan-bioneer-corporation-korea-selatan/", "headline": "UMS teroka peluang kerjasama dengan Bioneer Corporation, Korea Selatan", "content": ["Delegasi UMS mengambil gambar kenangan bersamakakitangan Bioneer Corporation. Turut kelihatan Jumat (tiga dari kanan).", "KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan lawatan kerja ke Bioneer Corporation, Korea Selatan, baru-baru ini bagi meneroka peluang kerjasama dalam aspek penyelidikan dan inovasi.", "Delegasi UMS diketuai Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Prof. Dr. Jumat Sulaiman bersama Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Prof. Madya Dr. Mohd Rahimie Abdul Karim.", "Menurut Jumat, lawatan kerja tersebut membuka ruang dan peluang kepada UMS untuk meneroka teknologi Korea Selatan dalam proses penyelidikan, inovasi, pengajaran dan pembelajaran dalam bidang berkaitan di UMS.", "“Delegasi UMS turut berpeluang melawat beberapa bahagian dalam Bioneer termasuklah unit rekaan, unit pembangunan system, unit pemasangan mesin dan teknologi serta unit programming.", "“Kami juga diiringi seorang Pengurus Wilayah di Bioneer, Song-Hui Baek, untuk melawat koleksi inovasi, produk dan mesin berteknologi tinggi yang telah dihasilkan oleh Bioneer,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.", "Pada kunjungan tersebut, delegasi UMS turut diberikan pengenalan berkaitan Bioneer oleh Pengurus Penjualan Antarabangsa, Matthew Kim.", "Hadir sama, Pengarah Unit Keusahawanan FPEP, Prof. Madya Mat Salleh Ayub; Pengarah Pusat Pengajian Luar UMS, Dr. Lim Thien Sang; Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa FPEP, Dr. Sharifah Milda Amirul; Pengarah Akreditasi Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) FPEP, Rosle Mohidin; Pengurus akreditasi AACSB, FPEP, Dr. Izaan Jamil; dan Ketua Pentadbiran FPEP, Jumiati Pajakai."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/05/ten-hag-tidak-takut-dipecat/", "headline": "Ten Hag tidak takut dipecat", "content": ["Kapten Manchester United, Bruno Fernandes meratapi nasib pasukannya yang kalah 2-3 kepada Galatasaray dalam saingan Kumpulan A, Liga Juara-Juara di Old Trafford semalam.", "MANCHESTER: Erik ten Hag percaya, kedudukannya sebagai pengurus Manchester United tidak goyah biarpun Red ­Devils melalui satu lagi hari buruk apabila tumpas 2-3 kepada Ga­latasaray dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah semalam.", "Bintang tengah United, Casemiro dibuang padang pada minit ke-77, manakala Mauro Icardi menyempurnakan sepakan penalti Galatasaray di minit ke-81 untuk melengkapkan ‘drama’ di Old Trafford.", "Menurut Utusan Malaysia, kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan kelab elit Eropah itu meletakkan United di tangga tercorot Kumpulan A, sekali gus berisiko tersingkir awal dari pertandingan.", "Buat kali pertama sejak musim 1986-1987, United tewas dalam enam daripada 10 perlawanan mereka.", "“Musim lalu amat menakjubkan, kami melakukan lebih daripada yang dijangkakan tapi kami dalam projek ini (membentuk semula United), kami tahu akan ada jurang dan seperti yang semua boleh lihat.", "“Ketika ini kami dalam ­situasi sukar, namun kekal bersama, mendapat sokongan semua pihak dan di belakang saya ada pengarah, pasukan, semua akan berjuang.", "“Kami harus ­melakukan lebih baik dan akan melakukannya bersama,” jelas Ten Hag.", "Turun dengan harapan mahu melupakan kekalahan liga keempat kepada Crystal Palace, Sabtu lalu, United bermula baik apabila mendahului di minit ke-17 menerusi Rasmus Hojlund.", "Kelebihan 1-0 bertahan kurang enam minit selepas bekas bintang United, Wilfried Zaha menyamakan kedudukan buat Galatasaray.", "Selepas rehat, Hojlund memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan untuk meletakkan United kembali di hadapan pada minit ke-67, namun Kerem Akturkoglu menyamakan kedudukan empat minit kemudian.", "Pada minit ke-77, keadaan bertambah buruk buat United apabila kesilapan penjaga gol, Andre Onana memaksa Casemiro menghadiah­kan pe­nalti kepada lawan dan dia pula dibuang padang.", "Icardi menyempurnakan penalti sembilan minit sebelum tamat permainan untuk menghantar Galatasaray ke tangga kedua kumpulan.", "Sementara itu, nasib malang kelab England turut dikongsi Arsenal yang tumpas 2-1 kepada kelab Perancis, Lens dalam saingan Kumpulan B.Ia satu tamparan buat skuad kendalian Mikel Arteta yang meraih kekalahan pertama musim ini.", "Ten Hag tidak takut dipecat"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/06/peluang-pelaburan-perniagaan-yang-besar-untuk-pelabur-china-di-sabah-km/", "headline": "Peluang pelaburan, perniagaan yang besar untuk pelabur China di Sabah – KM", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Sabah menawarkan peluang pelaburan dan perniagaan yang besar kepada pelabur dari China untuk maju dan berjaya, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "Mengetuai misi perdagangan sulungnya di luar negara bagi mempromosikan peluang perniagaan dan pelaburan di Sabah, Hajiji berkata, Sabah menawarkan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan.", "“Lokasi strategik Sabah dan komitmen untuk memupuk pertumbuhan ekonomi telah membuka jalan kepada prospek pelaburan yang luar biasa, terutamanya melalui taman perindustrian kami yang mantap – Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), POIC Lahad Datu dan POIC Sandakan.", "“Zon perindustrian ini, ditambah pula dengan kelebihan semula jadi Sabah, mencipta pelbagai peluang pelaburan. Pada 2022 sahaja, kami telah melihat pelaburan sebanyak USD 2.5 bilion merentasi 89 projek, menjanjikan beribu-ribu peluang pekerjaan,” katanya.", "Berucap pada Sidang Kemuncak Ekonomi dan Teknologi Cina Global (GCET) “Perniagaan dan Pelaburan di Sabah” di Futian Shangri-La di Shenzhen, China, malam ini, beliau berkata:", "“Saya menjemput anda semua untuk melawat Sabah dan meneroka sendiri peluang pelaburan dan perniagaan ini. Saya tetap yakin bahawa Sabah adalah destinasi pelaburan yang mempunyai potensi besar yang belum diterokai. Sabah terbuka untuk perniagaan.”", "China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009, dan pada 2022, nilai perdagangan antara Malaysia dan China adalah kira-kira 17.1 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia bernilai USD584 bilion (RM2.8 trilion), manakala jumlah perdagangan Sabah dengan China dari Januari hingga September 2023 dicatatkan pada USD1.83 bilion (RM8.29 bilion), katanya.", "Beliau berkata, Kerajaan Negeri Saabh telah mengambil langkah proaktif untuk memastikan pelaburan di Sabah berjalan lancar dengan membentuk pasukan petugas khusus.", "“Pasukan petugas ini dibentuk untuk menyediakan sokongan, bimbingan dan persekitaran yang kondusif untuk pelabur seperti anda untuk berkembang maju dan berjaya,” katanya.", "Antara prospek pelaburan menarik yang boleh dilihat pelabur China, katanya, adalah sektor tenaga, industri intensiti tenaga rendah, produk berasaskan teknologi hijau, produk hiliran biojisim, pemprosesan makanan, peranti perubatan, minyak dan gas serta pelancongan.", "Hajiji berkata, Sabah juga membayangkan untuk memanfaatkan kuasa revolusi digital.", "“Kami sangat terinspirasi oleh kemajuan pesat China dalam teknologi dan inovasi. Meminjam daripada ini, kami telah menubuhkan Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC). SCENIC yang mewakili komitmen kami untuk menyepadukan teknologi, kreativiti dan inovasi untuk memacu pertumbuhan ekonomi.", "“Di bawah inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya, kami telah melancarkan Kotak Pasir Digital Internet of Things (IoT), yang dilancarkan pada Disember 2022 sebagai sebahagian daripada Pelan Sabah Maju Jaya. Ia hanyalah persekitaran yang selamat untuk usahawan digital dan inovator untuk mencipta produk mereka dan menguji kebolehlaksanaan mereka.", "“Kami melihat kuasa transformatif teknologi digital dalam sektor seperti pertanian, perlombongan dan pelancongan dan berusaha untuk mencontohi pencapaian China dalam IoT. Menjelang 2025, inisiatif ini dijangka menyumbang USD 2.1 bilion kepada ekonomi kita dan mewujudkan kira-kira 18,000 pekerjaan.", "“Satu tambahan penting kepada inisiatif digital kami ialah BizSabah. Direka bentuk untuk meningkatkan ketersambungan dan kemudahan perniagaan, BizSabah merangkumi prinsip kebolehcapaian Sabah. Sama ada menavigasi prosedur kerajaan atau mencari rakan kongsi tempatan, BizSabah ialah platform yang komprehensif.", "“Sistem Pertukaran Perniagaannya yang unik bertujuan untuk memupuk sambungan B2B, mencerminkan kedinamikan dan kecekapan ekosistem perniagaan China yang berkembang maju,” katanya.", "Beliau berkata, Sabah adalah teras bagi Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina atau BIMP-EAGA kerana lokasinya yang strategik di Asia Tenggara dan melalui kerjasama serantau ini, Sabah secara konsisten memperjuangkan integrasi ekonomi yang lebih mendalam.", "“Saya membayangkan Sabah berkembang menjadi pusat serantau untuk pembuatan, maritim dan pengangkutan, memenuhi keperluan kedua-dua negara membangun dan mapan, terutamanya China,” katanya.", "Turut hadir Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, Pengerusi Invest Sabah, Tan Sri Anifah Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Sabah, Tan Sri David Chu.", "GCET, secara rasmi dikenali sebagai Sidang Kemuncak Ekonomi Cina Sedunia, telah dibentuk dengan objektif untuk menggalakkan pertukaran peringkat tinggi antara kerajaan, perniagaan dan Pemimpin Pemikir; membangunkan interaksi dan rangkaian perniagaan di kalangan usahawan dan Diaspora Cina global, menggalakkan pembelajaran antara Timur dan Barat dan mengukuhkan perkongsian antara China dan ASEAN, antara lain."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/08/%e8%94%a1%e5%be%b7%e5%92%8c%ef%bc%9a%e5%81%9c%e6%ad%a2%e6%94%bf%e6%b2%bb%e5%88%86%e8%a3%82-%e4%bf%83%e5%90%84%e9%bb%a8%e5%9c%98%e7%b5%90%e4%b8%80%e8%87%b4/", "headline": "蔡德和:停止政治分裂 促各黨團結一致", "content": ["(亞庇八日訊)沙巴立新黨呼籲所有政黨領袖團結一致,避免無休止的政治危機。", "該黨副主席蔡德和表示,立新黨與希望看到一個專注於發展、更加團結政府的人民站在一起。", "「所以,讓我們結束無休止和不必要的政治。讓我們攜起手來,給團結一個機會。」", "蔡德和提醒,政治分裂和持續衝突,只會阻礙沙巴的發展。", "「沙巴人民聯盟(GRS)的領導層,有一個發展沙巴和提高人民生活水平的宏偉計劃。沒有人想干涉政治。」", "他保證立新黨以及沙盟將繼續致力於這一願景和使命,並希望其他政黨無論其政治意識形態如何,都能加入。", "他說,要實現這一目標,需要強大的團結。", "他還強調,沙巴現在也在索回1963年馬來西亞協議(MA63)所規定的權利方面處於強勢地位。", "「到目前為止,我們在這項努力中取得了幾個層面的成功。如果我們不團結,我們將不再處於強勢地位。」", "他還提醒說,沙巴人民希望看到一個被視為試圖幫助改變他們命運的政府,而不是那些只為自己和支持者賦權而鬥爭的政客。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/04/sophia-percaya-bakat-dari-kontroversi/", "headline": "Sophia percaya bakat dari kontroversi", "content": ["Kita tolak tepi kontroversi yang pernah singgah dalam diari seni pelakon cantik, Sophia Albarakbah ini. Sebolehnya kita bergerak terus, tanpa berbicara apa-apa tentang lumpur yang memalit nama baiknya sebelum ini.", "Membuka gelanggang pertanyaan tentang kerjaya seninya, Sophia memberitahu Utusan Malaysia dia bersyukur, tawaran yang datang tidak pernah ada putusnya. Dia juga tidak menyangka, kepercayaan produser dan pengarah terhadapnya tidak pudar.", "Timbul juga kerisauan, andai kontroversi yang berlaku akan sedikit sebanyak menutup ruang rezekinya namun ternyata, dia masih menjadi pilihan penggerak industri yang yakin dengan bakat dan kebolehannya.", "“Tipulah kalau tidak rasa rasa takut itu, cuma bagi saya rezeki itu Tuhan tentukan. Hatta apa yang berlaku sekali pun, jika masih tertulis ada rezeki untuk saya maka itulah takdir yang saya perlu jalani.", "“Mungkin saya sendiri tidak pernah melawan atau menambah keruh yang ada. Mula-mula memang ramai yang mengecam namun lama-kelamaan, peminat industri sudah mula menerima.", "“Bagi saya, bakat tetap mendahului semuanya. Bila kita pamerkan bakat dan komitmen, saya percaya itu akan menjadi aset yang berharga. Disiplin juga sangat penting, supaya tidak ada masalah di masa akan datang,” ujarnya.", "Pernah dikritik kononnya hadir dalam industri sekadar atas tiket rupa semata, wanita berusia 29 tahun itu bagaimana pun berjaya membuktikan kecantikan itu hanyalah satu bonus untuk pemain industri seni.", "“Mula-mula masuk industri, orang cakap muka cantik tapi lakonan mesti kayu. Awal-awal lagi segelintir pihak sudah letak persepsi. Tetapi saya ambil positif dengan persepsi itu, semangat untuk mengubahnya.", "“Bila mereka tonton lakonan dalam beberapa drama, persepsi itu mula berubah. Saya beri 100 peratus penjiwaan dan komitmen. Sebab saya tahu ada mata-mata yang menunggu dan menilai.", "“Alhamdulillah, setakat ini saya terima komen positif dan membina. Kalau nak kata tiada yang mengecam itu mustahil. Mesti ada yang tak suka dan kurang berkenan,” katanya yang popular dengan drama Suamiku Lelaki Pendosa.", "Menolak ideologi pelakon berwajah pan-asian sukar kekal relevan dalam industri, pelakon yang juga seorang model beranggapan itu adalah pemikiran yang tidak boleh diguna pakai terutama di zaman modernisasi ini.", "Secara peribadi, Sophia merasakan, wajah dan gayanya boleh berubah mengikut skrip, watak dan jalan cerita apath lagi dengan adanya bantuan penata rias dan gaya.", "“Saya adalah seorang pelakon yang menerima apa sahaja watak asalkan tidak melampaui batas dan melanggar prinsip. Saya terbuka untuk mencuba, tak kisahlah kena nampak buruk dalam layar nanti.", "“Ini adalah wajah saya, tak boleh ubah, Tetapi penjiwaan dan cara saya menjayakan sesebuah watak itu penting,” katanya.", "Sering kali diberi watak air mata, pelakon filem Mimaland ini disebut-sebut sebagai pelapis ratu air mata seperti Wan Maimunah dan Fasha Sandha.", "Namun baginya, perjalanan itu masih jauh dan dia perlu menggali sebanyak mungkin pengalaman serta tunjuk ajar daripada pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman.", "“Pernah sekali saya tidak boleh berhenti menangis walaupun penggambaran sudah tamat. Mungkin ketika itu saya terlalu terbawa-bawa watak. Itu antara pengalaman awal saya. ", "“Ketika itu saya belum tahu bagaimana untuk mengawal emosi dan penjiwaan. Kalau ada yang gelar saya sebagai pelapis ratu air mata, itu adalah satu pengharapan dan penghargaan yang tinggi.", "“Saya baru empat tahun dalam industri, banyak lagi yang saya perlu belajar. Tidak boleh berhenti mendapatkan tunjuk ajar. Orang kata, belum rasa sepak terajang sebenar dunia seni,” katanya.", "Sophia percaya bakat dari kontroversi"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/11/ronaldo-masih-ada-peluang-sertai-portugal-martinez/", "headline": "Ronaldo masih ada peluang sertai Portugal – Martinez", "content": ["Cristiano Ronaldo", "LISBON: Cristiano Ronaldo ma­sih berpeluang mewakili Portugal selepas ketua jurulatih baharu, Roberto Martinez membuka pintu buat pemenang Ballon d’Or lima kali itu bersaing untuk mendapatkan tempat dalam pasukan kebangsaan.", "Ronaldo berpindah ke Al Nassr selepas Piala Dunia ketika tempoh sukar buat pemain berumur 37 tahun apabila dia dilepaskan oleh Manchester United dan kemudian digugurkan oleh Fernando Santos semasa kempen Portugal di Qatar.", "Kini di Arab Saudi, nasib Ronaldo yang kini memiliki 196 penampilan pentas antarabangsa masih samar, sama ada tugas bersama Portugal akan berakhir atau tidak pada permulaan era baharu di bawah kendalian Martinez.", "Bagaimanapun, bercakap pada majlis pengenalannya sebagai pengendali Portugal, bekas bos Belgium itu mengesahkan dia akan bercakap dengan Ronaldo, dan pemain lain, sebelum membuat keputusan mengenai skuad.", "“Keputusan perlu dibuat di atas padang. Saya tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan. Saya mahu bertemu semua orang, dan mulai hari ini saya mahu bercakap dan bertemu semua pemain.", "“Cristiano adalah sebahagian daripada senarai itu. Dia sudah 19 tahun dalam pasukan kebangsaan dan patut dihormati, mari kita bincang. Dari situ, terpulang kepada saya untuk membuat senarai terbaik untuk Kejohanan Eropah.", "“Esok kami akan mula be­kerja untuk bertemu semua pemain, dan Ronaldo adalah salah seorang daripada mereka.", "“Kami akan memulakan proses bola sepak untuk cuba mengenali semua pemain yang akan dapat menyertai pasukan ini. Kami akan memberi peluang kepada semua pemain dan menghormati semua yang sudah berada dalam pasukan.", "“Saya gembira kerana mereka berada di sisi saya. Ia satu proses yang perlu kami hadapi secara semula jadi, bertanggungjawab, dan kami akan membuat keputusan penting untuk pasukan,” kata Martinez.", "Portugal memulakan kempen kelayakan mereka untuk Euro 2024 pada Mac ini menentang Liechtenstein dan Luxembourg.", "Ronaldo masih ada peluang sertai Portugal – Martinez"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/07/call-to-resume-computer-classes-in-primary-schools/", "headline": "Call to resume computer classes in primary schools", "content": ["Gee Tien Siong", "KOTA KINABALU: As computers have already become a rigid demand in workplaces nowadays, it is necessary to include such courses in the primary school curriculum, said Community Development Leader (PPM) of Luyang, Gee Tien Siong.", "He said primary school is the golden stage for children to learn and get exposure to new things. ", "“It is very important to let them get in touch with technological products, especially the rigidly-needed computer, at this stage of growth, for their better future development,” he said in a statement today.", "Gee, who is also Vice President of Sabah Progressive Party (SAPP), said as the country is becoming a developed country, all citizens must have certain computer knowledge and operating skills in order to be competitive on the international stage.", "“The world has entered the era of artificial intelligence (AI), programming and coding appliances will become the mainstream. If the Malaysian new generation is unfamiliar with computers, I am afraid that we will be eliminated in technological advancement,” he said.", "Gee said many parents of students and teachers requested the previously-established computer classes for primary schools to be restored and resumed by the Education Ministry.", "A catering business owner, Leong Vun Ling, 40, said her teenage son and daughter have taken computer classes during the primary school stage, but her younger son who is currently studying in primary school does not have such an opportunity.", "“For the two teenage children, I asked them to help with some letters and documents, or even design the menu for my restaurant, they can handle it nicely.", "“The younger one only knows how to use a mobile phone. His keyboard typing is very slow, and he can’t even make a printer work,” said Leong.", "She said although mobile phones can be used to surf the Internet, socialise and obtain multimedia information, they cannot perform all the functions of a computer, such as printing, file management, layout design, etc."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/20/pasar-malam-bandaran-bandaran-berjaya-mula-beroperasi-esok-jalan-tempat-letak-kereta-ditutup-sementara/", "headline": "Pasar Malam Bandaran, Bandaran Berjaya mula beroperasi esok, jalan, tempat letak kereta ditutup sementara", "content": ["KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta di sebahagian Jalan Dua Puluh 4, Bandaran Berjaya untuk memberi laluan kepada pelaksanaan Pasar Malam Bandaran (Bandaran Night Market) yang akan beroperasi setiap hari Isnin hingga Khamis, dari jam 6 petang hingga 11 malam bermula esok (21 Ogos).", "Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, jalan dan tempat letak kereta berkenaan akan ditutup setiap hari Isnin hingga Khamis, dari jam 5 petang hingga 11 malam bermula esok (21 Ogos).", "“DBKK menjemput orang ramai untuk berkunjung ke Pasar Malam Bandaran (Bandaran Night Market) dan dalam masa yang sama menasihatkan orang ramai dan para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas, sentiasa berhati-hati serta menggunakan jalan alternatif lain sepanjang tempoh penutupan sementara laluan jalan ini bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik.", "“Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian, harap maklum,” katanya dalam satu kenyataan."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/07/thailand-sukarkan-laluan-malaysia/", "headline": "Thailand sukarkan laluan Malaysia", "content": ["Pertahanan negara, Azam Azmi Murad cuba mengekang pemain Thailand dalam aksi Kumpulan B, Sukan SEA 2023. – Ihsan FAM", "PHNOM PENH: Selepas garang membedil Laos 5-1 dalam aksi pembukaan, Rabu lalu, laluan Malaysia dalam saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 berliku apabila tumpas 0-2 kepada juara 16 kali, Thailand di Stadium Prince petang kelmarin.", "Pengendali skuad bawah 22 tahun (B-22) negara E. Elavarasan membuat kejutan apabila merombak kesebelasan utama dengan meletakkan pemain seperti T. Saravanan dan Fergus Tierney mengemudi jentera serangan.", "Menurut Utusan Malaysia, keputusan tersebut ternyata memakan diri apabila skuad muda Harimau Malaya lebih banyak bertahan dengan Thailand yang dikendalikan Ithsara Sritharo mendominasi perlawanan.", "Peluang terbaik Gajah Perang hadir pada minit ke-27 tetapi percubaan yang dilakukan oleh Channarong Promsrikaew berjaya ditepis penjaga gol negara, Sikh Izhan Nazrel.", "Bersambung pada separuh masa kedua, aksi dilihat lebih seimbang apabila Elavarasan memasukkan pemain seperti Mukhairi Ajmal dan Najmudin Akmal Kamal Akmal bagi menguatkan lagi jentera tengah.", "Namun, situasi tersebut tidak menghalang Thailand untuk terus mengasak kubu Malaysia dengan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-72 hasil ledakan pemain gantian, Anan Yodsangwal.", "Pasukan Thailand semakin ghairah untuk menggandakan asakan dan kini giliran Yotsakon Burapha untuk menyudahkan peluang terhidang dengan Sikh Izhan tewas pada situasi satu lawan satu berselang 11 minit kemudian.", "Keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan dan kini skuad negara akan bertemu Vietnam pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan di venue yang sama pada Isnin ini. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/05/thailand-sukarkan-laluan-malaysia/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/05/thailand-sukarkan-laluan-malaysia/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/24/%e9%99%8d%e4%bd%8em40%e6%89%80%e5%be%97%e7%a8%85%e7%8e%87/", "headline": "降低M40所得稅率", "content": ["(吉隆坡廿四日訊)年收入3萬500令吉至10萬令吉者,個人所得稅稅率將降低2%。", "根據馬來西亞前鋒報報導,首相安華說,這是因為在B40群體獲得各種形式的援助時,M40群體儘管受到生活成本急劇增加的壓力,但仍表現出耐心。", "因此,他說,政府同意通過降低個人所得稅率來增加M40的可支配收入,使他們受益更多。", "他說:「這項削減預計將為大約240萬納稅人,提供高達1300令吉的超額可支配收入。」", "與此同時,安華表示,政府將把收入10萬令吉至100萬令吉的高收入人士稅率從0.5%提高至2%。", "「但是,只有不到150,000名納稅人將繳納更高的稅款。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/12/tuduhan-bunuh-pemandu-e-hailing-di-tawau-seorang-lagi-anggota-polis-didakwa/", "headline": "Tuduhan bunuh pemandu e-hailing di Tawau: seorang lagi anggota polis didakwa", "content": ["Tertuduh John Kennedy Sanggah (kiri) diiring keluar di Mahkamah Majistret Tawau semalam", "TAWAU: Seorang lagi anggota polis yang juga saksi kes bunuh didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh pemandu e-hailing di kawasan ladang sawit di Batu 5, Jalan Apas pada 13 Januari lalu.", "Namun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, John Kennedy Sanggah, 44, semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Mohd. Yunus kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.", "Menurut Utusan Malaysia, Majistret menetapkan 7 Julai ini sebagai sebutan semula kes tersebut.", "Tertuduh bersama enam individu lain didakwa membunuh pemandu e-hailing dikenali sebagai Nurman Bakaratu, 61, antara 7.30 malam hingga 11.30 malam di kawasan ladang sawit di Batu 5, Jalan Apas pada 13 Januari lalu.", "Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.", "Pada 8 Februari lalu, tertuduh bersama seorang lagi anggota polis, Usman Lanaga serta seorang awam, Shim Vui Nyen diberikan bon jaminan sebagai saksi pendakwaan.", "Enam individu lagi termasuk lima pegawai dan anggota iaitu Rosdi Rastam, 44, Dennis Enit, 44, Fabian Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39, dan orang awam Vivien Fabian, 34, didakwa dengan niat bersama membunuh Nurman Bakaratu.", "Atas pertuduhan itu, kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.", "Pada tarikh sama, 8 Februari, seorang pegawai kanan polis iaitu Datuk Mat Zaki Md Zain,58,turut didakwa bersubahat dengan enam individu itu untuk membunuh pemandu e-hailing berkenaan.", "Mahkamah sama turut menetapkan 7 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes terhadap Mat Zaki yang didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.", "Dalam pada itu, Majistret Leona Dominic Mojiliu menetapkan 7 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes terhadap Rosdi, Dennis, Fabian, Khairul Azman, Mohd Azlan dan Vivien bagi pertuduhan membunuh.", "Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad, Muhammad Ilmami Ahmad, Low Win Hui dan Mohammad Fakhrurazzi Ahmad Salim manakala semua tertuduh diwakili peguam masing-masing.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/lagi-anggota-polis-didakwa-atas-tuduhan-bunuh-pemandu-e-hailing/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/lagi-anggota-polis-didakwa-atas-tuduhan-bunuh-pemandu-e-hailing/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/28/kerajaan-galak-kakitangan-awam-bersukan-untuk-kesihatan-fizikal-mental/", "headline": "Kerajaan galak kakitangan awam bersukan untuk kesihatan fizikal, mental", "content": ["Hajiji menyampaikan hadiah johan keseluruhan Pesta Sukan Muhibah Jabatan Ketua Menteri (JKM) kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.", "KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada perkhidmatan awam negeri ini terlibat dalam aktiviti sukan bagi memastikan kualiti kesihatan fizikal dan mental berada di tahap yang baik, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "Katanya, Jabatan Ketua Menteri (JKM) sebagai organisasi utama yang menerajui pentadbiran kerajaan Sabah memerlukan tenaga kerja yang berkualiti di semua peringkat, agar mampu memberi perkhidmatan yang cepat, tepat dan berkesan kepada rakyat.", "“Dalam usaha menjayakan agenda Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), kita amat memerlukan penjawat awam yang sihat, cerdas, cekap dan mampu berdaya saing.", "“Justeru, saya menggalakkan penjawat awam khususnya warga kerja JKM supaya meluangkan sedikit masa dalam jadual harian untuk bersenam. Bukan sahaja untuk cergas malah menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit,” katanya pada Majlis Penutupan Pesta Sukan Muhibah JKM Ke-13 Tahun 2023 di Pusat Konvensyen Antarabngsa Sabah (SICC), di sini, malam tadi.", "Hajiji menyampaikan hadiah Naib Johan Keseluruhan Pesta Sukan Muhibah Jabatan Ketua Menteri (JKM) kepada pasukan Yayasan Sabah.", "Sebanyak 10 jenis sukan dipertandingkan dalam kejohanan sukan dwi-tahunan itu, yang disertai oleh 6 pasukan iaitu Jabatan Ketua Menteri (Perdana), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Tanah dan Ukur, Perhutanan Sabah, Yayasan Sabah dan Sawit Kinabalu.", "Hajiji berkata, Pesta Sukan Muhibah JKM merupakan medan terbaik rekreasi serta menjadi tempat sesi perkongsian idea dan pendapat dikalangan kakitangan awam bagi memantapkan lagi organisasi masing-masing.", "Malah katanya, aktiviti sukan juga boleh dijadikan satu elemen penting dalam kehidupan bagi membina peribadi mulia dan membentuk masyarakat yang sihat, disamping mencungkil bakat-bakat dalam kalangan penjawat awam yang boleh dimanfaatkan ke peringkat yang lebih tinggi.", "Menurutnya, Pesta Sukan Muhibah JKM y2ang dimulakan pada tahun 1999 dapat mengeratkan lagi kerjasama, meningkatkan semangat kerja berpasukan dan kesukanan dalam warga kerja JKM, sekali gus menggalakkan dan membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.", "Hajiji menyampaikan hadiah Tempat Ketiga Keseluruhan Pesta Sukan Muhibah Jabatan Ketua Menteri (JKM) kepada pasukan Jabatan Tanah dan Ukur.", "Hajiji juga berharap pesta sukan itu dapat mendorong anggota perkhidmatan awam negeri ini memelihara kesihatan fizikal, mental, sosial dan rohani dengan baik, agar dapat memberi khidmat bakti yang lebih cekap dan produktif.", "“Secara peribadi saya berpendapat pesta sukan ini merupakan manifestasi permuafakatan yang harmoni antara kakitangan perkhidmatan awam dibawah JKM yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam merealisasikan kehendak dan gagasan Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya,” tegasnya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/15/serunding-kobis-ums-rangkul-anugerah-reruai-agensi-ngo-pkpk-2023/", "headline": "Serunding kobis UMS rangkul Anugerah Reruai Agensi, NGO PKPK 2023", "content": ["Rojaliah Hanti", "KOTA KINABALU: Serunding Kobis Universiti Malaysia Sabah (UMS) merangkul Anugerah Reruai Agensi NGO kategori Reruai Inovatif pada Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan (PKPK) 2023 yang diadakan di Serdang, baru-baru ini.", "Ketua Kumpulan Penyelidik, Dr. Jurry Foo berkata, idea penghasilan Serunding Kobis itu tercetus selepas pihaknya melihat kesusahan petani dan peniaga tempatan yang berdepan lambakan tanaman tersebut susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19.", "Beliau yang juga Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS menambah, Serunding Kobis adalah inisiatif UMS bagi membantu petani dan peniaga dalam kalangan penduduk Ranau yang berdepan kekangan pergerakan akibat pelaksanaan PKP, sekali gus menyukarkan mereka untuk memasarkan hasil pertanian masing-masing.", "“Kejayaan ini membuktikan keupayaan UMS membudayakan inovasi sesuai dengan peranannya sebagai peneraju masyarakat berinovatif,” katanya.", "Sementara itu, Pengurus D’Dompuron Enterprise, Rojaliah Hanti berkata dirinya sangat bersyukur kerana inovasi ini telah membuka peluang perniagaan dan menjana pendapatan sampingan kepada peniaga hasil pertanian seperti kami.", "“Sepanjang PKPK 2023, produk ini berjaya menarik perhatian para pengunjung yang hadir kerana rasanya yang menarik, unik dan sedap.", "‘‘Justeru, saya juga berhasrat untuk memperluaskan lagi kapasiti pengilangan dan pengeluaran kami agar dapat melibatkan lebih ramai ahli komuniti dari kampung kami di Libang, Ranau sebagai penerima manfaat,” ujarnya lagi.", "Pemerkasaan Serunding Kobis D’Dompuron turut mendapat bimbingan dan bantuan daripada Jabatan Pertanian Negeri Sabah, Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.", "Inovasi Serunding Kobis juga pernah memenangi pingat emas pada Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Kebangsaan (iCompEx) 2021 anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/29/chief-minister-flags-off-borneo-safari-convoy/", "headline": "Chief Minister flags off Borneo Safari convoy", "content": ["KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor flagged off the 31st Borneo Safari International Offroad Challenge at the Sabah Tourism Board building in Gaya Street, here today. (photo)", "photo", "A total of 530 vehicles and about 1,500 local and international off-road challenge enthusiasts are taking part in the expedition from Oct 29 to Nov 5.", "Accompanying the Chief Minister at the flagging off ceremony were Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Christina Liew, her assistant Datuk Joniston Bangkuai who is also chairman of the Sabah Tourism Board, Assistant Minister of Youth and Sports, Datuk Fairuz Renddan, and Sabah Four-Wheel Drive Association President Faez Nordin."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/01/kps-berhad-posts-steady-revenue-patami-growth-surges-by-29/", "headline": "KPS Berhad posts steady revenue, PATAMI growth surges by 29%", "content": ["SHAH ALAM (Bernama): Kumpulan Perangsang Selangor Berhad’s (KPS Berhad or the Group) (KPS, Bursa: 5843; Bloomberg: KUPS:MK; Reuters: KPSB.KL) on Monday reported a steady top line, registering RM1,359.5 million in revenue for the year ended 31 December 2022, as compared with RM1,328.1 million recorded in the same period last year (FY2021). ", "The steady performance for the year was achieved through the strategic execution of tactical initiatives of its core business, in part resulting in more than RM450.0 million worth of contracts.  ", "Bottom line, the profit attributable to owners of the parent (PATAMI) increased to RM73.7 million compared with RM57.2 million booked in FY2021, supported by the higher share of profits from associates, mainly from the disposal of Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (SPRINT).", "•        Cumulatively Secured More Than RM450 Million Worth of Contracts", "•        Cumulatively Secured More Than RM450 Million Worth of Contracts", "•        Cumulatively Secured More Than RM450 Million Worth of Contracts", "•        Group Earnings Surged, Supported by A Higher Share of Profit from Associates", "•        Group Earnings Surged, Supported by A Higher Share of Profit from Associates", "•        Group Earnings Surged, Supported by A Higher Share of Profit from Associates", "Highlights for the quarter ended 31 December 2022", "Highlights for the quarter ended 31 December 2022", "KPS Berhad registered RM322.1 million in revenue for the quarter ended 31 December 2022, 4% lower than RM335.9 million recorded in the corresponding quarter last year (Q4 FY2021).", "Its manufacturing business, which is represented by Toyoplas Manufacturing (M) Sdn Bhd (Toyoplas), Century Bond Bhd (CBB), CPI (Penang) Sdn Bhd (CPI), King Koil Manufacturing West LLC (KKMW) and King Koil Sales Inc. (KKSI), recorded lower revenue year-on-year (YoY) at RM269.2 million as compared with RM289.6 million in Q4 FY2021. ", "The lower revenue was mainly due to the normalisation of demand and electronic chips (ICs) supply volatility. Overall, the manufacturing business contributed 84% to the Group revenue for the quarter.", "Toyoplas remained the highest revenue contributor to the Group with RM124.8 million, 6% higher than Q4 FY2021’s RM118.1 million, driven mainly by new projects in Malaysia (accessories for vacuum cleaners) and China (Wi-Fi access points). The revenue contribution was followed by CBB, with RM59.7 million, 9% lower than RM65.6 million in Q4 FY2021, as the ICs shortages issue continually affected its consumer electronics customers. CPI added RM54.3 million at 4% growth compared to Q4 FY2021’s RM52.3 million due to higher sales from all business segments except for healthcare and automotive, which was also affected by ICs shortages. The remaining RM30.4 million was from KKMW and KKSI combined, which was 43% lower than Q4 FY2021, caused by the cessation of a key customer and weaker sales.", "The trading business grew by 14% YoY with total revenue of RM40.0 million this quarter compared with RM35.1 million in Q4 FY2021. ", "The revenue increase was supported by Aqua-Flo Sdn Bhd’s new water chemical and water meter contracts. The licensing business, King Koil Licensing Company LLC (KKLC), also recorded an increase in revenue YoY of RM10.0 million compared with RM8.9 million in the same quarter last year. The higher revenue was due to higher royalty fees from international licensees. The Group’s remaining revenue of RM2.9 million was from the infrastructure business and property investment.", "Following the recent assessment of KPS Berhad’s investment assets, the Group had put in a provision to impair the investments in its associates, namely NGC Energy Sdn Bhd (NGC Energy) and Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd (SPRINT Holdings), amounting to RM67.3 million and RM1.5 million, respectively. ", "On the one hand, this impairment resulted in the Group’s operating loss of RM69.3 million. On the other, the share of profit from associates increased to RM131.6 million compared with RM4.6 million in Q4 FY2021. The increase in the share of profit was mainly from the gain on the SPRINT highway disposal totalling RM128.7 million.", "With this, the profit before tax and zakat (PBT) increased to RM55.8 million, compared with RM23.0 million in Q4 FY2021. This being the case, PATAMI scaled up to RM46.7 million from RM18.9 million in the corresponding quarter last year.", "Highlights for the year ended 31 December 2022", "Highlights for the year ended 31 December 2022", "The Group revenue increased by RM31.4 million, to RM1,359.5 million for the year ended 31 December 2022, compared with RM1,328.1 million in FY2021. ", "The revenue contribution from the manufacturing business of RM1,136.0 million moderated by 1% compared with RM1,152.2 million recorded in the corresponding period last year, with the top line growth hampered by the shortage of ICs and weaker consumer demand amidst inflationary pressure and high interest rates regime.", "The trading and licensing businesses grew by 30% and 43%, contributing RM158.3 million and RM50.9 million, respectively. Growth in the trading business was led by higher demand for water chemicals, which resulted from higher water usage since the reopening of economic sectors in Q4 FY2021 as well as the successful venture into the water meter space. The performance of the licensing business was mainly attributed to an upfront payment of approximately RM10.0 million from an existing customer.", "The Group’s full-year operating profit was at RM16.5 million compared with RM104.8 million, weighed down by the impairment on investments in associates amounting to RM68.8 million during the year. However, during the year under review, the Group recorded a higher share of profit of associates of RM124.2 million, compared with FY2021’s RM7.3 million. This was primarily due to the Group’s share of gain on the disposal of the SPRINT highway. As a result, PBT advanced to RM118.1 million compared with the RM87.9 million it recorded last year. Accordingly, PATAMI improved to RM73.7 million from RM57.2 million in FY2021.", "KPS Berhad’s Managing Director/Group Chief Executive Officer, Ahmad Fariz Hassan, said:", "“During the quarter, our tactical initiatives such as diversifying product mix, increasing reach and managing market risks aimed at managing the top line have been successful. This has led KPS Berhad to securing more than RM450.0 million contracts, ending the year with steady revenue. Our ability to continue progressing amidst a turbulent operating environment is a product of the agility of a response strategy and the tenacity of our team members, leading to the execution of a series of tactical actions towards achieving our business targets at the subsidiary level as part of the Group’s value creation plans.", "“Separately, the SPRINT highway disposal has helped us to further concentrate on our core manufacturing business and achieve a leaner balance sheet, as part of the disposal’s proceeds recently funded the acquisition of MDS Advance Sdn Bhd for RM85.0 million. The bolt-on acquisition of MDS Advance will complement the Group’s core manufacturing business portfolio, strategically positioning it by having an even broader value proposition than some of the larger players in the industry. This allows us to offer more holistic solutions to the engineering support industry and, ultimately, the machinery and equipment industry.”", "The disposal allowed KPS Berhad to reward its shareholders on 30 December 2022 with a 4.5 sen special dividend per share, alongside a 2.0 interim dividend, both totalling RM34.9 million.", "Group prospects", "Group prospects", "“We had expected to see a return to normalcy after two pandemic-stricken years. However, as we move into FY2023, it is apparent to the Group that the business environment and stakeholder expectations are very different post-pandemic. The continuation of geo-political tensions, supply chain disruptions, and rising costs of doing business are expected to render the path to sustainable business operations and financial performance more demanding,” said Ahmad Fariz Hasan when commenting on the robustness of KPS Berhad’s business performances for the current year.", "In maintaining operational resilience, KPS Berhad will continue to put revenue growth strategies in place, prioritising business development efforts such as acquiring new revenue streams, growing alongside existing customers, and focusing on higher margin opportunities. In addition, cost efficiency measures and streamlining initiatives will continue to be the focus to ensure lean operations in addition to building its capacity to support the existing and new businesses.", "About Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (www.kps.com.my)", "About Kumpulan Perangsang Selangor Berhad", "Incorporated on 11 August 1975, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad or the Group) is a global investment holding company listed on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad under the Industrial Products & Services Sector. KPS Berhad has core investments in the Manufacturing sector. While enhancing shareholder value by optimising returns, KPS Berhad is committed to contributing toward sustainable economic, environmental, and social development.", "SOURCE : Kumpulan Perangsang Selangor Berhad", "SOURCE : Kumpulan Perangsang Selangor Berhad", "FOR MORE INFORMATION, PLEASE CONTACT:", "Name : Zul Mawardi", "Investor Relations, Sustainability & Communications", "Tel : +603 5524 8444", "Email :  zul@kps.com.my  ", "Name : Ch’ng Geik Ling & Rahmah Alias", "Investor Relations, Sustainability & Communications", "Tel : +603 5524 8444", "Email :  chng@kps.com.my & rahmah@kps.com.my"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/29/%e5%a4%a7%e9%a6%ac%e6%95%99%e8%82%b2%e6%96%87%e6%86%918%e6%97%a5%e6%94%be%e6%a6%9c/", "headline": "大馬教育文憑8日放榜", "content": ["(吉隆坡廿九日訊)2022年大馬教育文憑(SPM)的考試成績,將於下週四(8日)公佈。", "根據馬來西亞前鋒報,教育部文告顯示,共有40萬3,637名考生在全國3,355個考試中心登記參加考試,並委任了13萬1,318名考官。", "他說,考生可於當日上午10時起,從各自學校取得考試成績。", "「對於私人考生,考試成績將通過郵寄方式發送,或者考生可以聯繫報名參加考試的教育部門。」", "「此外,學校考生和私人考生也可以通過鏈接myresultspm.moe.gov.my,在線方法查看考試成績,時間為6月8日上午10時至6月14日下午6時。」", "教育部表示,考生還可以通過短信系統查詢考試成績,輸入SPMNoKPAngkaGiliran,然後發送至15888。", "他說,該系統將在同一時間和日期啟動。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/16/kerajaan-selesai-laksanakan-fasa-1-diip-dan-tiga-data-hub/", "headline": "Kerajaan selesai laksanakan Fasa 1 DIIP dan Tiga Data Hub", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Kerajaan telah selesai melaksanakan Fasa 1 Inisiatif Kerajaan Digital bagi “Data Integration and Interchange Platform” (DIIP) dan Tiga Data Hub iaitu People Hub, Business Hub dan Geo Hub, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "Katanya, ‘People Hub’ merupakan pemboleh daya untuk kelancaran integrasi data merentas agensi melalui satu sumber asal yang sahih demi mencapai pendekatan perkhidmatan agensi kerajaan dengan lebih holistik dan berpaksikan rakyat.", "Menurutnya, untuk memperkembangkan potensi penggunaan ‘Biz Hub’, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan empat perkhidmatan atas talian iaitu BizSabah Portal untuk memberi maklumat keusahawanan bagi setiap daerah, Penilaian Environment Social Governance (ESG) Sustainability Assessment untuk golongan SME.", "Virtual Engagement Platform (VEP) untuk pepadanan perniagaan (B2B Matching) dan SabahTAMU untuk mempromosi dan merangsangkan pertumbuhan pasaran digital di Sabah.", "“Manakala ‘Geo Hub’ membolehkan pemetaan dan analysis geospatial bagi pelbagai tujuan dan pemantauan aktiviti dengan rujukan geospatial dan peta satelite. Fasa 1 bagi ‘DIIP’ dan ketiga-tiga ‘hub’ ini telah selasai dilaksanakan,” katanya pada majlis pembukaan rasmi CelcomDigi Business Tech Week di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.", "Ketua Menteri, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memantapkan penyampaian perkhidmatannya dengan mengukuhkan pentadbiran dan kelengkapan peralatan digital anggota perkhidmatan.", "Menurutnya, Kerajaan Negeri akan memastikan jentera kerajaan terus bekerja dalam suasana 5A iaitu Available At Anytime, Anywhere with Any mobile Device, serta akan memastikan pemasangan kemudahan wifi di semua premis kerajaan dengan keselamatan siber Kerajaan Negeri sentiasa terjamin daripada pencerobohan dan penggodaman.", "Hajiji berkata, menerusi usaha itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) melalui Jabatan Perkhidmatan Komputer (JPKN) dan juga Sabah Net akan memastikan pendigitalan di Sabah diperkembangkan secara konsisten melalui pelbagai perancangan dan program pendigitalan.", "Beliau berkata, JPKN akan terus membangunkan sistem aplikasi untuk agensi-agensi Kerajaan Negeri dan dijangkakan sebanyak 30 sistem aplikasi yang bercirikan “End-To- End” akan dibangunkan.", "Selain itu katanya, infrastruktur rangkaian internet di semua premis kerajaan akan terus dimantapkan dengan pemasangan talian jalur lebar selaras dengan perluasan pemasangan rangkaian gentian optik di seluruh negeri, serta akan merancakkan penggunaan solusi pengkomputeran awan selaras dengan MyDigital Economy Blueprint.", "“Manakala Sabah Net meneruskan kerja menaik taraf di semua 749 pejabat kerajaan negeri kepada rangkaian fiber dengan kelajuan minimum 100Mbps sehingga tahun 2025. Pusat Data Sabah Net yang mempunyai kuasa kapasiti tinggi adalah pengehosan utama bagi aplikasi perkhidmatan kerajaan negeri.", "“Bagi peningkatan keselamatan siber, Sabah Net meneruskan usaha dalam menaiktarafkan sistem keselamatan siber menggunakan teknologi yang terbaharu. Peningkatan ini akan memperkukuhkan perlindungan keselamatan siber agar kerajaan boleh beroperasi secara fleksibel di mana-mana sahaja,” tegasnya.", "Hajiji berkata, Sabah Net akan berkolaborasi dengan pihak berkuasa dan pembekal perkhidmatan keselamatan siber yang berkaliber di Malaysia untuk menjadikan Sabah sebagai pusat pembangunan modal insan dalam bidang keselamatan siber. ", "Sabah Net juga telah menaik taraf portal layan diri untuk membolehkan pengguna kerajaan mengurus log masuk e-mel mereka dengan sendiri sepenuhnya, selain akan menjadi one stop centre untuk perkhidmatan pengkomputeran awan, tambahnya.", "Menurutnya, dalam mempertingkatkan tahap kesalinghubungan serta kualiti perkhidmatan jalur lebar di Sabah, Kerajaan Negeri melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menambah pembinaan menara baharu, penaiktarafan stesen pemancar sedia ada kepada 4G dan menaiktaraf Pusat Internet Desa (PID) kepada Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI).", "Beliau berkata, KSTI juga akan memasang kemudahan internet teknologi satelit (VSAT) di 300 lokasi yang dikenalpasti pada tahun 2023, manakala Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga turut bersetuju untuk memasang 300 buah VSAT di Sabah di lokasi-lokasi yang tidak termasuk di bawah program JENDELA.", "“Kesemua perancangan serta program-program pendigitalan yang dilaksanakan kerajaan negeri ini adalah memastikan bukan sahaja dalam meningkatkan dan menambahbaikan sistem perkhidmatan awam negeri Sabah, malah sebagai pemangkin untuk mempercepatkan transformasi digital di negeri Sabah,” tegasnya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/20/teliti-cadangan-agensi-khusus-keterjaminan-makanan/", "headline": "Teliti cadangan agensi khusus keterjaminan makanan", "content": ["Chan Foong Hin", "PETALING JAYA: Kerajaan sedang meneliti cadangan penubuhan agensi khusus bagi meningkatkan keterjaminan makanan sebagai agenda nasional dengan hasrat itu perlu dilihat secara holistik.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, idea penubuhan agensi itu dicetuskan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) awal tahun ini sebagai salah satu inisiatif mengurangkan kos sara hidup rakyat.", "Tambahnya, kajian awal pihaknya mendapati penubuhan agensi sekuriti makanan negara hendaklah merangkumi empat aspek utama iaitu elemen ketersediaan, kebolehcapaian, keselamatan makanan dan pemakanan serta kestabilan dan kemapanan.", "“Oleh itu penubuhan agensi sekuriti makanan negara memerlukan penilaian lanjut berkaitan implikasi perundangan, kewangan, sumber manusia dan penyelarasan semula fungsi serta peranan antara kementerian,” katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.", "Beliau menjawab soalan Senator Abdul Nasir Idris yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat untuk menubuhkan Agensi Makanan Malaysia dalam usaha meningkatkan keterjaminan makanan sebagai agenda nasional.", "Selain itu, Foong Chin berkata, pihaknya turut komited memastikan keterjaminan makanan khususnya dalam membentuk sistem pengeluaran makanan negara yang berdaya tahan dan membantu pihak pengeluar makanan.", "Katanya, kerajaan turut mengamalkan pendekatan rentas kementerian bagi memastikan sistem makanan negara mantap dan berfungsi dengan cekap dan produktif dalam usaha meningkatkan keterjaminan makanan", "“Antara usaha yang dilaksanakan adalah peruntukan infrastruktur yang moden dan cekap, pemberian insentif, sokongan dalam bentuk khidmat nasihat dan teknikal, geran, dana pembiayaan, pengecualian cukai, subsidi dan akses pasaran serta padanan perniagaan,” katanya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/06/dewan-negara-teliti-cadangan-agensi-khusus-keterjaminan-makanan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/06/dewan-negara-teliti-cadangan-agensi-khusus-keterjaminan-makanan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/23/kayuhan-santai-ipd-papar-meriah/", "headline": "Kayuhan santai IPD Papar meriah", "content": ["Para pengayuh memulakan kayuhan santai 30km.", "PAPAR: Program Kayuhan Santai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar berlangsung meriah dengan penglibatan hampir 1,000 peserta, walaupun hujan renyai.", "Ketua Polis Daerah, DSP Kamaruddin Ambo Saka berkata program tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara Polis dan masyarakat, di samping  menggalakkan amalan budaya hidup sihat serta kempen membanteras jenayah.", "“Program kayuhan ini adalah sempena Hari Malaysia dan mendapat sambutan yang sangat memuaskan dengan anggaran seramai 1,000 peserta.", "“Malah, kita juga menerima penyertaan daripada team pengayuh dari negara jiran, Brunei Darussalam selain pengayuh-pengayuh dari daerah berhampiran dan kelab-kelab berbasikal,” katanya.", "team", "Mengulas lanjut, ujar Kamaruddin, kayuhan santai tersebut meliputi jarak 30km dan memerlukan tahap komitmen yang tinggi dalam kalangan peserta ekoran cuaca hujan.", "“Kayuhan ini memakan jarak 30km bermula dari Ipd Papar menuju ke Pantai Manis tembus ke Benoni seterusnya ke Simpudu melalui ke Lebuhraya Pan Borneo sebelum berpatah balik ke Pekan Papar dan berakhir di Ipd Papar.", "“Cabaran pada kali ini agak berbeza di mana para pengayuh akan melalui Lebuh Raya Pan Borneo  ditambah pula dengan cabaran cuaca hujan. ", "“Kita berharap para pengayuh akan lebih berhati-hati dengan keselamatan diri masing-masing semasa mengayuh,” jelasnya kepada media di sini, pada Sabtu.", "Pada majlis itu, acara pelepasan (flag off) disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar yang diiringi Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Shahurinain Jais.", "flag off", "Turut mengiringi, ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim dan ADUN Pantai Manis, Datuk Mohd Tamin Zainal serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Azmi Abd Rahim.", "Selain pameran dan jualan oleh rakan-rakan strategik serta cabutan pengunjung bertuah, majlis dihiburkan oleh Juara Battle Of The Band Polis Kontinjen Sabah 2019, ThunderStorm Band Ipd Kota Kinabalu.", "Battle Of The Band"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/08/jaringan-minit-akhir-ramon-bantu-sabah-tumpaskan-kuching-city-4-3/", "headline": "Jaringan minit akhir Ramon bantu Sabah tumpaskan Kuching City 4-3", "content": ["Pasukan Sabah menewaskan Kuching City dalam aksi Liga super yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah hari ini, (Foto; Ihsan MFL)", "LIKAS: Pasukan Kuching City berputih mata untuk mengutip satu mata di tempat lawan apabila Ramon Machado memastikan kemenangan berpihak kepada Sabah dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Likas hari ini.", "Sabah bermula dengan baik apabila Saddil Ramdani meletakkan tuan rumah di hadapan seawal minit ke 12.", "Saddil sekali memainkan peranan apabila dia membuat hantaran pada minit ke 26 untuk Ramon Machado menanduk bola ke gawang bagi meletakkan Sabah semakin selesa mendahului untuk aksi di babak pertama.", "Bagaimanapun detik kebangkitan Kuching City bermula di babak kedua apabila Amir Amril Salleh melepaskan rembatan kencang pada minit ke 55 untuk menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.", "Tiga minit berselang, Sabah membalas apabila Stuart Wilkin sekali lagi meledak apabila melakukan rembatan voli untuk meletakkan pasukannya sekali lagi dihadapan.", "Kuching City tidak berputus asa apabila Abu Kamara berjaya mengelecek empat pemain pertahanan Sabah sebelum menjaringkan gol untuk merapatkan jurang menjadi 3-2.", "Abu Kamara terus memainkan peranan penting dalam pasukan apabila menyamakan kedudukan menjadi 3-3 selepas menanduk kemas bola ke gawang Sabah pada minit ke 86.", "Tatkala Kuching City sudah pun merasakan mereka akan meninggalkan Stadium Likas dengan satu mata, Ramon menjadi wira tuan rumah apabila menyempurnakan hantaran daripada Amir Yahyah pada masa tambahan untuk memastikan Sabah menamatkan perlawanan dengan keputusan 4-3.", "Jaringan minit akhir Ramon bantu Sabah tumpaskan Kuching City 4-3"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/17/tuduhan-bekas-adun-warisan-dibeli-nizam-cabar-mohd-shafie-lapor-sprm/", "headline": "Tuduhan bekas ADUN Warisan dibeli: Nizam cabar Mohd. Shafie lapor SPRM", "content": ["Nizam Abu Bakar Titingan", "KOTA KINABALU: Wakil Rakyat Parti Warisan (Warisan) yang keluar parti bertindak sedemikian kerana Warisan tidak lagi sesuai sebagai platform untuk memperjuangkan hak-hak dan membela rakyat.", "Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ini kerana para pemimpin utama parti itu lebih gemar menimbulkan polemik dan ketidakstabilan politik yang hanya menyusahkan rakyat dan mengganggu agenda kerajaan membangunkan negeri ini. ", "“(Presiden Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal seharusnya menyalahkan diri beliau sendiri serta parti yang beliau pimpin apabila beberapa Ahli Undangan Negeri (ADUN) Warisan keluar parti.", "“Dakwaan beliau (Mohd. Shafie) bahawa ADUN Warisan itu keluar parti kerana dibeli bukan sahaja cerita fitnah tetapi politik murahan yang cuba memalitkan imej negatif kepada Kerajaan Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri. ", "“Ucapan Mohd. Shafie di Parlimen baru-baru ini yang membuat tuduhan dengan cerita dongeng bahawa Wakil Rakyat Warisan keluar parti kerana telah dibeli oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengesahkan sikap beliau sendiri sebagai seorang pemimpin yang hanya suka berpolemik dan menimbulkan ketidakstabilan politik di Sabah. ", "“Jika Presiden Warisan itu mempunyai bukti ADUN partinya dibeli sepertimana dakwaan beliau, maka laporlah pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya hanya membuat dakwaan retorik kerana kelemahannya sendiri lalu menyalahkan orang lain,” kata Nizam dalam satu kenyataan hari ini.", "Menurutnya lagi, sepatutnya Mohd. Shafie bermuhasabah diri bahawa kepimpinan beliau bukan sahaja ditolak oleh ADUN partinya sendiri tetapi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November lalu mendapati parti itu telah semakin ditolak rakyat bila gagal mempertahankan kawasan-kawasan parlimen yang disandang (PRU14), termasuklah kekalahan teruk Timbalan Presiden dan Ketua Penerangan parti itu."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/18/isu-elaun-pelajar-intern-akan-diteliti/", "headline": "Isu elaun pelajar ‘intern’ akan diteliti", "content": ["V.Sivakumar", "SEREMBAN: Kerajaan akan meneliti isu elaun untuk mahasiswa yang menjalani latihan industri atau intern supaya mendapat pertimbangan sewajarnya seperti yang ditularkan oleh seorang pelajar universiti awam baru-baru ini.", "intern", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar berkata, isu itu perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan memandangkan intern tidak boleh dianggap sebagai buruh percuma.", "intern", "“Bagi saya, perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan, perkara ini juga dibangkitkan dalam International Labour Conference (ILC) supaya ia diberi pertimbangan sewajarnya di seluruh dunia.", "“Intern ini tidak boleh dianggap buruh percuma, kita akan meneliti perkara ini dan saya akan beri maklum balas dalam masa terdekat,” katanya.", "Intern", "Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada dua pencarum R.Chandran, 40 dan Leong Tai Hee, 49 di sini hari ini.", "Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan seorang pelajar universiti awam yang menyuarakan kebimbangannya untuk bertahan sepanjang menjalani latihan praktikal pada Oktober ini.", "Menurut laporan itu, seorang pelajar wanita menyifatkan mereka bukan buruh percuma serta menyuarakan pandangannya selepas melihat permohonan latihan industri menawarkan elaun dengan jumlah yang kecil, malah ada yang tidak memberi elaun langsung.", "Pelajar jurusan pengajian antarabangsa dan strategik itu juga dilaporkan menyuarakan bantahannya dengan membawa sepanduk tertera ‘intern bukan buruh percuma’ di sekitar kampusnya.", "intern", "Jelas Sivakumar, pihak Kementerian Sumber Manusia akan memberikan maklum balas yang sewajarnya dalam tempoh terdekat berhubung isu berkenaan. ", "Isu elaun pelajar ‘intern’ akan diteliti"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/06/belum-ada-keputusan-untuk-luluskan-perkhidmatan-teksi-motosikal/", "headline": "Belum ada keputusan untuk luluskan perkhidmatan teksi motosikal", "content": ["Anthony Loke Siew Fook", "SEREMBAN: Belum ada sebarang keputusan dasar di peringkat Kementerian Pengangkutan ketika ini untuk meluluskan perkhidmatan teksi motosikal sebagai alternatif pengangkutan awam di negara ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sememangnya terdapat permintaan daripada syarikat tempatan untuk melaksanakan perkhidmatan itu di negara ini namun pihak kementerian perlu melihat kesesuaian serta kesediaan rakyat di negara ini untuk menerima perkhidmatan berkenaan.", "“Memang ada permintaan dari syarikat-syarikat, namun setakat ini kami belum ada apa-apa keputusan untuk meluluskan sebarang perkhidmatan tersebut.", "“Kita pernah buat pilot project beberapa tahun lalu di kuala Lumpur tetapi saya rasa perlu lihat sama ada, bersesuaian untuk menerimanya. Budaya kita di Malaysia lain jika dibandingkan di Vietnam, Thailand ataupun di Indonesia di mana ia diterima secara umum tetapi di Malaysia tidak begitu,” katanya dalam satu majlis di sini kelmarin.", " pilot project", "Sementara itu, Siew Fook berkata, Kementerian Pengangkutan akan sentiasa memberi keutamaan dalam memastikan keselamatan penunggang motosikal bagi perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan menggunakan motosikal (p-hailing).", "Sehubungan itu, pihak kementerian kini sedang melihat aspek penambahbaikan yang bersesuaian untuk perkhidmatan berkenaan yang merupakan industri besar dalam negara.", "“Sekarang ini kami mahu menambah baik p-hailing terlebih dahulu, fokus adalah untuk memudahkan, bukan mahu menyusahkan,mahu tekankan aspek keselamatan.", "“Kita tidak mahu lihat penunggang ini sebab mahu  cari rezeki, mereka bawa laju (motosikal) sehingga membahayakan diri, itu bentuk tambah baik yang kita akan lakukan nanti yang turut melibatkan syarikat mereka,” katanya.", "Belum ada keputusan untuk luluskan perkhidmatan teksi motosikal"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/17/ums-upen-bincang-kerjasama-tingkat-ekonomi-negeri-sabah/", "headline": "UMS, UPEN bincang kerjasama tingkat ekonomi negeri Sabah", "content": ["Jidon dan Jasmine merakamkan gambar bersama pegawai UPEN dan delegasi UMS.", "KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan perbincangan bersama bagi mewujudkan kolaborasi antara kedua-dua pihak ke arah usaha meningkatkan ekonomi negeri Sabah.", "Delegasi UMS yang diketuai Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), Prof. Madya Dr. Jidon A. Janaun berkata, kedua-dua pihak membincangkan peluang kolaborasi yang boleh diwujudkan dalam menguatkan perancangan ekonomi Negeri Sabah.", "“Antara yang dibincangkan adalah kerjasama dalam menganalisis data-data ekonomi untuk membuat unjuran ekonomi negeri Sabah khususnya.", "“Pihak UPEN juga menyambut baik usaha UMS untuk menghasilkan produk-produk inovasi yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat UPEN Sabah baru-baru ini.", "Kunjungan delegasi UMS itu disambut oleh UPEN Sabah, Datuk Jasmine Teo bersama pegawai-pegawai UPEN.", "Jidon turut merakamkan penghargaan kepada UPEN atas keterbukaan untuk mengadakan kerjasama dengan UMS.", "“Sudah tentu kolaborasi UMS dan UPEN ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, serta mampu memberi impak positif kepada ekonomi Negeri Sabah,” ujar beliau.", "Delegasi UMS yang turut serta dalam kunjungan tersebut wakil-wakil kakitangan pengurusan dari Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS), Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP), Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM), Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB), Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Pusat Pelaburan, Endowmen, dan Wakaf (CIEW), dan PPIP."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/09/sabah-sarawak-terus-terpinggir-dalam-agihan-bajet-persekutuan-dr-jeffrey/", "headline": "Sabah, Sarawak terus terpinggir dalam agihan bajet Persekutuan – Dr. Jeffrey", "content": ["Dr. Jeffrey Kitingan", "KOTA KINABALU: Sabah dan Sarawak akan terus tertinggal dari arus perdana pembangunan jika kerajaan baharu Malaysia terus mengguna pakai agihan bajet negara mengikut cara lama.", "Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, baru-baru ini Perdana Menteri telah mencadangkan pembayaran RM260 juta kepada Sabah dan RM300 juta kepada Sarawak. ", "“Kenapa bukan 40 peratus seperti yang termaktub dalam perlembagaan?” ujarnya sambil menegaskan hasil bersih 40 peratus dalam artikel 112C dan 112D masih belum dilaksanakan lagi. ", "Menurut Dr. Jeffrey, Sabah dan Sarawak memerlukan pembangunan seperti yang dijanjikan kepada bapa-bapa kemerdekaan, bukan beri alasan Kerajaan Pusat tidak ada duit.", "“Duit itu adalah duit dari Sabah dan bukan dari negeri-negeri lain atau persekutuan dan Persekutuan menerima 60 peratus, selebihnya harus dipulangkan kepada Sabah,” katanya ketika membahas Belanjawan Madani 2023 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur.", "Dr. Jeffrey menambah, dikhabarkan RM6.5 bilion yang diperuntukkan kepada Sabah dalam bajet 2023 adalah merangkumi kira-kira RM5 bilion yang dibawa ke hadapan dari peruntukan 2022 yang tidak dapat dibelanjakan kerana birokrasi.", "Beliau minta penjelasan kiranya perkara itu benar, maka Sabah hanya mendapat peruntukan RM1.5 bilion dalam bajet 2023 dan bukan RM6.5 bilion. ", "Dr. Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mencadangkan agar peruntukan pembangunan 2023 dan seterusnya dimasukkan terus ke dua akaun Amanah Pembangunan iaitu untuk Sabah dan untuk Sarawak.", "“Dengan cara itu, peruntukan dapat dibelanjakan mengikut acuan Sabah dan Sarawak yang akan dikawal selia oleh jawatankuasa bersama Kementerian Persekutuan, Sabah dan Sarawak.” Katanya.", "Berdasarkan senario tersebut, Dr. Jeffrey berhujah, disebabkan birokrasi maka Sabah tidak menerima sepenuhnya dana yang diperuntukkan dalam bajet tahunan, akibatnya baki dibawa ke tahun hadapan secara ‘rollover’.", "Menurutnya, akibat ‘rollover’ itu, setiap tahun RM4-5 bilion yang diperuntukkan bagi pembangunan Sabah hanya dibelanjakan dalam tempoh empat atau lima tahun.", "“Sekiranya RM4-5 bilion peruntukan itu dibelanjakan setiap tahun maka jumlah nikmat pembangunan di Sabah boleh mencecah RM20-25 bilion,” katanya.", "Jelasnya, peruntukan pembangunan yang lebih adil adalah berdasarkan nisbah 50 peratus untuk Semenanjung dan 50 peratus untuk Borneo mengikut entiti rakan kongsi sama taraf dalam Persekutuan Malaysia."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/07/hina-sultan-lelaki-dipenjara-sembilan-bulan/", "headline": "Hina Sultan, lelaki dipenjara sembilan bulan", "content": ["SHAH ALAM: Seorang lelaki pemilik akaun Facebook ‘Iman Mustaqim’ dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan selepas melakukan kesalahan dengan membuat kenyataan berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tertuduh didapati bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur pada pagi kelmarin atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 233 dan Seksyen 299 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.", "“Tertuduh dikenakan penjara enam bulan di bawah Seksyen 233 dan denda RM10,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayarnya. Tetapi, dia tidak dapat membayar denda dan akan menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan.", "“Dengan pertuduhan ke atas suspek, kes ini selesai,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.", "Jelasnya, terdahulu pemilik akaun Facebook terbabit memuat naik satu kenyataan menerusi ruangan komen dalam satu hantaran yang dalam akaun rasmi Facebook Sultan Selangor.", "“Kenyataan dibuat iaitu ‘Sultan yg tdk mampu menjaga agamanya sendiri elok dipancung sampai mampos!!. Pesta keagamaan bon odoni dulu siapa yang kata boleh sertai? Lps tu, kalau raja dulu2 blh buatkhutbah, blh buat tazkirah blh jd iman, raja sekarang jd apa?. Maaf!! Raja yg adil aku ikut (aku hanya menyembah Allah yg satu), raja yg zalim aku sanggah, buat apa nak takut’,” jelasnya.", "tdk ", "mampos!!", "bon odoni ", "Lps tu", "dulu2 blh buatkhutbah", "blh ", "blh ", "Maaf!! ", "nak ", "Justeru, polis membuka satu kertas siasatan di diklasifikasi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 AKMM 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.", "“Kertas siasatan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebelum mendapat arahan pertuduhan ke atas suspek,” ujarnya.", "Dalam pada itu, Hussein memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan ketidakharmonian dan kegentaran awam.", "“Jadilah pengguna media sosial yang bijak dan berhemah,” tegasnya. ", "Hina Sultan Selangor, lelaki dipenjara sembilan bulan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/25/pm-jumpa-mb-kelantan-km-sabah-minggu-depan/", "headline": "PM jumpa MB Kelantan, KM Sabah minggu depan", "content": ["Anwar Ibrahim", "SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk bertemu pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan Sabah pada minggu hadapan bagi menyelesaikan isu bekalan air di kedua-dua negeri tersebut.", "Beliau berkata, dalam masa sama satu pertemuan bersama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) serta Kementerian Kewangan (MOF) bagi membincangkan isu tersebut.", "“Saya cuba ubah suai jadual untuk minggu depan. Begitu juga dengan Sabah. Seperti mana saya sebutkan, saya sedang mengatur pertemuan dengan NRECC, MOF dan Menteri Besar Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor, hari ini.", "Terdahulu, beliau dilaporkan memberitahu akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob bagi mencari jalan menyelesaikan masalah air di kedua-dua negeri itu. ", "Anwar menjelaskan, kerajaan amat komited dalam mencari jalan kepada isu tersebut setelah mendapat input permasalahan daripada pemimpin negeri berkenaan berhubung masalah yang membelenggu kedua-dua negeri sejak sekian lama itu. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/isu-air-pm-jumpa-mb-kelantan-km-sabah-minggu-depan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/isu-air-pm-jumpa-mb-kelantan-km-sabah-minggu-depan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/22/neymar-ke-riyadh-dengan-pesawat-bernilai-rm1-01-bilion/", "headline": "Neymar ke Riyadh dengan pesawat bernilai RM1.01 bilion", "content": ["Neymar terbang ke Riyadh menaiki pesawat peribadi termahal dunia berharga RM1.01 bilion.", "RIYADH: Neymar terbang dari Paris ke Riyadh menaiki pesawat peribadi termahal dunia berharga 172 juta pound (RM1.01 bilion) yang dimiliki Putera Arab Saudi.", "Bintang Brazil itu tiba di Arab Saudi, minggu lalu bagi melengkapkan perpindahan bernilai 78 juta pound (RM456.81 juta) dari Paris Saint Germain (PSG) ke Al-Hilal.", "Menurut Utusan Malaysia, kapal terbang jenis Boeing 747 itu adalah milik Putera Al Waleed bin Talal yang meminjamkannya kepada Neymar secara percuma.", "Ia dilengkapi meja makan dan tiga sofa, tiga bilik tidur serta singgahsana emas dengan semua 400 kerusi penumpang dikeluarkan untuk ruang lebih luas.", "Bekas bintang Barcelona itu turut meminta pemilik Al-Hilal menyediakan tiga kereta mewah untuknya serta lima lagi kenderaan berserta pemandu buat keluarga dan kakitangannya.", "Kereta mewah itu termasuk Bentley Continental GP, Aston Martin DBX dan Lamborghini Huracan.", "Di rumah, Neymar mahu peti ais yang sentiasa penuh dengan minuman kegemarannya, jus Acai serta minuman Guarana untuk keluarga dan rakannya.", "Neymar ke Riyadh dengan pesawat bernilai RM1.01 bilion"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/03/pendaki-wanita-cedera-di-gunung-kinabalu-2/", "headline": "Pendaki wanita cedera di Gunung Kinabalu", "content": ["Mangsa dibawa turun oleh pasukan Mosar. – Ihsan Bomba", "RANAU: Seorang pendaki perempuan mengalami kecederaan semasa melakukan pendakian di Gunung Kinabalu di sini kelmarin.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, PPgB Ridwan Mohd. Taib berkata, kejadian itu berlaku di Kilometer 8.5 Gunung Kinabalu pada kira-kira jam 8 pagi.", "Menurutnya, sepasukan tujuh anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) Komander Operasi, PBB Mauries bergegas ke lokasi kejadian itu selepas dimaklumkan.", "“Setiba di lokasi itu, pasukan Mosar yang turut disertai seorang Malim Gunung dan seorang kakitangan Taman-Taman Sabah mendapati seorang pendaki perempuan terseliuh di kaki kanan.", "“Rawatan awal diberikan dengan membalut kaki mangsa menggunakan bandage. ", "“Mangsa seterusnya dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung Robertson dan dihantar ke hospital menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya. ", "Tambah Ridwan, operasi ditamatkan pada jam 2.08 petang."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/10/china-yiwu-international-hardware-electrical-appliances-fair-to-return-in-april-2023/", "headline": "China Yiwu International Hardware & Electrical Appliances Fair to return in April 2023", "content": ["YIWU, China, April 10 (Bernama): The 7th China Yiwu International Hardware & Electrical Appliances Fair is set to take place on April 20-22, 2023, at the Yiwu International Expo Center. Highlighting four key areas, namely hardware tools, construction hardware, electronics & electrical appliances, and personal protective equipment, the fair is a perfect platform serving the global hardware market.The event targets both domestic and international markets, offering an exceptional platform for companies to showcase their products, introduce new arrivals, and secure orders. With over 1,500 participating companies, 1,500 product categories and more than 60,000 expected professional visitors, this fair will witness a display of a diverse range of hardware products.", "Yiwu International Hardware & Electrical Appliances Fair", "http://en.hardwareexpo.cn/", "http://buyer.yiwufair.com/dreg/#/login?lang=en&origin=1253&fquestionId=270", "Source : China Yiwu International Hardware & Electrical Appliances Fair", "Source : China Yiwu International Hardware & Electrical Appliances Fair"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/01/%e9%a6%96%e9%95%b7%ef%bc%9a%e5%b1%95%e7%8f%be%e6%84%9b%e5%9c%8b%e7%b2%be%e7%a5%9e-%e8%88%87%e6%b2%99%e5%b7%b4%e6%bc%a2%e5%9c%8b%e6%85%b6%e6%9c%88%e6%8f%ae%e8%88%9e%e5%9c%8b%e6%97%97/", "headline": "首長:展現愛國精神 與沙巴漢國慶月揮舞國旗", "content": ["(亞庇一日訊)沙巴首長拿督斯里哈芝芝沙巴的所有民眾,在國慶月期間揮舞輝煌條紋,展現愛國精神。", "他說,民眾應該為揮舞輝煌條紋感到自豪,特別是在家裡、政府和私人辦公大樓、商業場所、各自的車輛以及任何適當的地方。", "「結合國慶月和今年的揮舞輝煌條紋運動,我呼籲民眾提高愛國精神,加強和維護沙巴多種族和宗教人民之間的團結。」", "「作為馬來西亞人,我們應該為成為一個主權獨立國家的人民感到幸運,因為我們可以在和諧、和平與繁榮的氛圍中生活。團結是一種非常寶貴、無價的福氣。」", "「因此,我們所有人都需要捍衛它,以便馬來西亞的獨立能夠得到捍衛,直到任何時候。」", "他今日啟動2023年國慶月和沙巴揮舞輝煌條紋運動時如此表示,由於首長不克出席,其講稿由副首長兼地政和房屋部長拿督斯里佐津代讀。", "哈芝芝表示,向每個公民灌輸愛國精神,不僅是建設獨立國家的重要特徵,而且能夠構建人民之間的和諧,以應對未來的重大挑戰。", "「在這個國慶月期間,我們計劃了各種計劃和活動,包括沙巴新聞局組織的獨立國家運動,該運動將巡遊整個州,為國慶月慶祝活動加油。」", "同時,首長強調,要實現沙巴進步繁榮大藍圖所製定的發展,需要政府部門和機構、企業界、非政府組織和人民等各方的大力支持和合作。", "「沙巴進步繁榮大藍圖方向下實施的各種高影響力舉措已進入實施第二年,並開始取得成果。沙巴取得了各種令人自豪的成就,這些成就反映在該州經濟增長和人民福祉的提高上。」", "「因此,在這種情況下,各級人民的密切關係、理解、寬容和團結對於沙巴發展的成功至關重要。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/18/fcas-proposes-state-govt-to-allow-import-of-cement-to-address-acute-shortage-of-supply/", "headline": "FCAS proposes State Govt to allow import of cement to address acute shortage of supply", "content": ["T C Goh", "KOTA KINABALU: The Federation of Chinese Associations Sabah (FCAS) President Tan Sri T C Goh has proposed to the State Government to consider allowing imports of cement as a temporary measure to address the ongoing acute shortage of cement supply in the state.", "Emphasizsing the need for the State Government to intervene promptly, Goh, who is also a member of the Sabah State Economic Advisory Council, said the State Government should engage in discussions with the sole cement producer in the state, Sabah Cement Industry Sdn Bhd (CIS), to gain a better understanding of the operational and production issues leading to the severe shortage of cement in the market.", "“We understand that this shortage is negatively impacting the construction sector in Sabah,” he said in a statement today.", "He noted that with the recovery of various sectors after the Covid-19 pandemic, many construction projects have resumed this year, and they are currently in full swing to meet their schedules. ", "“Unfortunately, for the last two months, FCAS has been receiving feedback from the construction sector that there was an acute shortage of cement supply, particularly in areas like Sandakan, Tawau and Lahad Datu. ", "“This has raised concerns among stakeholders in the construction industry,” he said.", "He thus hoped relevant government departments could pay serious attention to these concerns and take necessary actions to resolve the situation.", "He lamented that despite the fact that all these years CIS held a monopoly in the supply of cement in the state, with rapid developments in various sectors, interruptions in cement supply have become more frequent, affecting government and private projects alike.", "Goh, who is also President of the Federation of Sabah and Labuan Hokkien Associations (FSLHA) went on to note that CIS had on January 4 increased cement prices by 5 per cent to 15pc, citing rising raw material and transportation costs as reasons.", "He said whether the current shortage is related to the same reasons or due to other reasons, the State Government should thoroughly look into it and take effective measures to resolve the issue.", "“In fact, we welcome and fully support the State Government’s initiative through the Sabah Economic Development Corporation (SEDCO) of entering into a joint venture with a private company, Sri Alam Setia, in August this year, to establish a comprehensive clinker and cement plant in Tongod, as we believe once it is completed and operational, it will once and for all address the issue of acute shortage of cement supply in the state,” he said.", "This JV project is being spearheaded by Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd and once it is completed and fully operational, the integrated clinker and cement plant will provide access to 5,000 tonnes of clinker per year, equivalent to 1.75 million tonnes of cement annually.", "Goh nonetheless suggested that until this new plant becomes operational, the State Government should consider importing cement to ensure uninterrupted progress in both government and private construction projects.", "He said that being a company which held a monopoly of cement supply in the state, regardless of whatever operational issues there may be, CIS must always strive to ensure a sufficient and stable cement supply in the market by adopting proactive risk management strategies in collaboration with the state government, instead of responding only when the situation becomes critical.", "Citing the importance of cement as a fundamental building material, Goh stressed that any disruption in the supply chain could potentially lead to significant delays besides incurring substantial additional costs in infrastructure and construction projects.", "He also noted that Datuk Chua Soon Ping, President of the Sabah Housing and Real Estate Developers Association (Shareda) had during the recent Sabah Property Expo 2023 (ProPex 2023) disclosed that post pandemic, demand for houses in the state, especially among the first-time home owners, has rebound.", "Goh thus underscored that such a positive and encouraging trend should not be impeded by factors like shortage of cement supply.", "He cautioned that the ongoing shortage of cement, if left unaddressed, could negatively impact the State Government’s aspiration and goal of “Sabah Maju Jaya”."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/12/%e8%98%ad%e7%91%99%e4%ba%ba%e6%b0%91%e9%8a%80%e8%a1%8c11%e6%9c%88%e9%96%8b%e5%b9%95/", "headline": "蘭瑙人民銀行11月開幕", "content": ["(亞庇十二日訊)人民銀行蘭瑙分行已於6月6日開始營業,並將今年11月開幕。", "人民銀行業務副總執行長艾哈邁德沙裡爾莫達沙裡夫表示,這個沙巴第14家分行,預計將進一步增加該銀行的收入。", "「沙巴有14家分行,包括將於11月開幕的新蘭瑙分行。」", "他在禮貌拜會沙巴元首後表示:「當我們開設更多分行時,將會開展更多業務,帶來更多利潤,我們預計利潤會增加,然後向沙巴州繳納天課。」", "他也移交了2022年總額為91萬4,400令吉的商業天課予沙巴伊理會,並由沙巴元首敦朱哈見證。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/03/ums-selected-as-recipient-of-the-industrial-collaboration-program-for-expansion-sbcp-2023/", "headline": "UMS selected as recipient of the Industrial Collaboration Program for expansion SBCP 2023", "content": ["Faculty of Engineering received a visit from the MOF delegation recently", "KOTA KINABALU: The Faculty of Engineering, Universiti Malaysia Sabah (UMS) has been selected as the recipient of the Industrial Collaboration Program (ICP) for the expansion of the Sepangar Bay Container Port (SBCP) in 2023, which was launched by the Sabah government, recently.", "The ICP is a government initiative aimed at promoting the development of local industries in Malaysia. Through this program, UMS will have the opportunity to further strengthen its research and development capabilities and enhance its collaboration with industry partners.", "The expansion of the port will be made possible through the joint efforts Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA), Technology Depository Agency (TDA), and WCT Holdings Bhd. – China Communications Construction Company (M) Sdn. Bhd. (CCCC) Joint Venture (WCJV)", "Ministry of Finance (MOF) provides direction and guidance towards achieving the program’s objectives. SEDIA is responsible for sourcing and acquiring the necessary resources and materials for the expansion project. TDA ensures that the program is executed efficiently and effectively, while WCJV manages the project’s overall implementation.", "The launch event also highlighted the significance of Building Information Modeling (BIM), an essential aspect of the ICP program. BIM is a process that involves creating and managing digital representations of physical and functional characteristics of buildings and infrastructure. Negeri Sabah, being a state with a rapidly growing economy, needs to have a BIM Center to support major infrastructure projects and to fulfil the technology needs of the state.", "The expansion of the SBCP project is just one of several major infrastructure projects in Sabah that would benefit from the utilization of BIM. Other projects that require the use of BIM are Pan Borneo Highway Project and Sabah Pan Borneo Expressway project, the UMS Hospital project, the Pavilion Harbour City project, the SBH Kibing Solar New Materials project, and the Sabah Integrated Herb Farm project.", "During the launch event, there were presentations on two important aspects of the ICP program. The first was a presentation and demonstration by Dr. Yoong Hou Pin on the ICP Research and Development Project of Solar Energy to Hydrogen using Seawater Prototype. This project aims to explore the potential of utilizing solar energy to produce hydrogen from seawater, which can be used as a clean and sustainable source of fuel.", "The second presentation was by Sr. Ts. Dr. Asmawan Mohd Sarman, who discussed the need for investment in the establishment and commission of a BIM laboratory and training courses.", "The development of BIM capabilities is crucial for supporting major infrastructure projects in Sabah and fulfilling the technology needs of the state. With the establishment of a BIM Center, Sabah will be better equipped to manage and execute these projects efficiently and effectively.", "The ICP program is expected to contribute to the progress and prosperity of Sabah and Malaysia as a whole by promoting industrial growth and development."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/25/pemandu-maut-bas-ekspres-rempuh-treler-muatan-besi/", "headline": "Pemandu maut, bas ekspres rempuh treler muatan besi", "content": ["Sebuah bas ekspres merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 220.7 PLUS arah utara berhampiran Alor Gajah, Melaka kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.", "ALOR GAJAH: Seorang pemandu bas maut manakala enam penumpang cedera selepas bas ekspres dari Singapura itu merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 220.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.", "Pemandu bas, Zainuddin Jaidun, 49, maut di lokasi kejadian manakala enam yang lain cedera termasuk tiga daripada mangsa mengalami patah kaki.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Terminal Bas Seremban, Negeri Sembilan.", "“Setiba di lokasi bas berkenaan telah melanggar belakang sebuah treler yang membawa muatan besi dari Melaka ke Rawang, Selangor di lorong pertama.", "“Akibat kemalangan tersebut, pemandu bas mengalami kecederaan parah dah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala enam penumpang turut mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Rembau dan Hospital Seremban,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.", "Tambah Arshad, enam penumpang terlibat berusia antara 28 hingga 35 tahun dengan seorang daripadanya merupakan warga Singapura.", "“Nahas berlaku di jalan tiga lorong, lurus dan mendaki bukit, manakala cuaca baik tetapi keadaan gelap kerana laluan itu tidak berlampu.", "“Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. ", "Pemandu maut, bas ekspres rempuh treler muatan besi"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/19/pelawak-didenda-rm9-4-juta-persenda-tentera-china/", "headline": "Pelawak didenda RM9.4 juta persenda tentera China", "content": ["Pelawak, Li Haoshi (kiri) ditamatkan kontrak selepas membuat jenaka mempersendakan pasukan tentera negara China", "BEIJING: Sebuah kumpulan pelawak di China didenda 14.7 juta yuan (RM9.49 juta) kerana membuat jenaka mempersendakan pasukan tentera negara itu menggunakan slogan dari Presiden, Xi Jinping dalam satu persembahan baru-baru ini.", "Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, gurauan yang disifatkan berbaur sindiran itu dibuat oleh seorang daripada pelawak kumpulan itu, Li Haoshi ketika mengadakan persembahan di Beijing Sabtu lalu, apabila dia cuba berjenaka mengenai tingkah laku dua ekor anjingnya yang sedang mengejar seekor tupai.", "“Anjing lain yang anda lihat akan membuatkan anda fikir mereka comel. Tetapi kedua-dua anjing ini hanya mengingatkan saya tentang slogan ‘berjuang untuk menang, tunjukkan tingkah laku yang boleh dicontohi’,” kata Haoshi dalam persembahan itu.", "Jenaka Hoashi itu menyebut sebahagian daripada slogan yang digunakan Jinping pada 2013 sebagai matlamat utama pasukan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA).", "Dalam rakaman yang dikongsi di laman Weibo, penonton dilihat ketawa mendengarnya, namun selepas rakaman tersebut tular dan mendapat perhatian media tempatan, beberapa kumpulan nasionalis mengadu tersinggung dengan jenaka itu.", "Pihak berkuasa Beijing dilaporkan segera melancarkan siasatan dan bertindak menyaman Haoshi dan Shanghai Xiaoguo Culture Media Co. yang menganjurkan persembahan itu serta mengarahkan syarikat tersebut digantung sementara.", "“Kami tidak akan sekali-kali membenarkan mana-mana syarikat atau individu menggunakan ibu negara China sebagai pentas untuk memfitnah imej kegemilangan PLA secara sewenang-wenangnya,” kata Kementerian Kebudayaan dan Biro Pelancongan China dalam satu kenyataan.", "Haoshi yang menggunakan nama pentas House kemudian memohon maaf kepada lebih 136,000 pengikutnya di laman Weibo dan menyesali ketelanjuran itu selepas kontraknya dengan syarikat tersebut ditamatkan serta merta.", "“Saya berasa amat malu dan menyesal. Saya akan bertanggungjawab, menghentikan semua aktiviti, merenung secara mendalam dan belajar dari kesilapan ini,” katanya.", "Pelawak didenda RM9.4 juta persenda tentera China"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/20/cucu-selamatkan-nenek-daripada-rentung/", "headline": "Cucu selamatkan nenek daripada rentung", "content": ["Keadaan rumah Norhasliza Hussin yang musnah selepas terbakar dalam kejadian di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan", "KOTA BHARU: Tindakan pantas seorang cucu memapah keluar neneknya menggunakan pintu belakang berjaya menyelamatkan mereka daripada rentung selepas rumah mereka di Kampung Bunut Payong di sini, terbakar pagi kelmarin.", "Kejadian pukul 8.25 pagi itu berlaku ketika mangsa Rafiah Abdul Rahman, 68 yang menghidap penyakit jantung sedang menikmati sarapan pagi bersama cucunya.", "Norhasliza Hussin, 46, berkata, semasa kejadian dia yang sedang mandi dikejutkan dengan jeritan daripada salah seorang daripada anaknya yang melihat sudah marak.", "“Terkejut dengan jeritan itu, saya terus keluar dan mengarahkan anak untuk membawa keluar nenek mereka ke tempat selamat.", "“Kebiasaannya, ibu akan tinggal seorang diri di rumah ketika saya keluar bekerja. Mujurlah ketika semasa kejadian saya dan anak masih berada di dalam rumah, jika tidak mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku pada ibu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini kelmarin.", "Norhasliza memberitahu, disebabkan api marak dengan cepat dia tidak sempat untuk menyelamatkan semua peralatan yang berada di dalam rumah.", "Katanya, buat masa ini ibu menumpang di rumah bapa saudara yang terletak hanya 500 meter dari kediamannya sambil dia buntu memikirkan nasib selepas ini.", "Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.27 pagi.", "Katanya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Tunjong dan Kota Bharu bersama jentera telah ke lokasi untuk kerja-kerja memadam kebakaran.", "“Setiba di lokasi kejadian, kami dapati rumah tersebut sudah hangus 80 peratus. Punca dan kerugian masih lagi dalam siasatan,” ujarnya.", "Cucu selamatkan nenek daripada rentung"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/03/3328-atlet-sertai-pusingan-kelayakan-berpasukan-saga-2023/", "headline": "3,328 atlet sertai Pusingan Kelayakan Berpasukan SAGA 2023 ", "content": ["Fairuz sedia melakukan sepakan sebagai simbolik permulaan perlawanan kelayakan bola sepak SAGA 2023 antara Ranau bertemu Tuaran di Padang SUKMA, KSKK di Likas sambil disaksikan oleh Mansur (kiri).", "KOTA KINABALU: Seramai 3,328 atlet telah menyertai Pusingan Kelayakan Berpasukan Sukan Sabah (SAGA) 2023 yang berlangsung di enam zon seluruh negeri Sabah berakhir Jumaat.", "Jumlah penyertaan itu termasuk 643 peserta di Zon Pantai Barat Selatan, 496 peserta di Zon Sandakan, 777 peserta di Zon Tawau, 626 peserta di Zon Pantai Barat Utara, 506 peserta di Zon Pedalaman Atas dan 280 peserta di Zon Pedalaman Bawah.", "Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan yang ditemui semasa meninjau sesi pertandingan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas berkata, pihak kementerian beliau berpuas hati dengan persiapan dan penganjuran Pusingan Kelayakan kali ini yang berlangsung selama lima hari bermula 28 Ogos lalu.", "Mansur (belakang tengah bertali leher) bersama Charles (kanan Mansur) dan Asneh (kiri Mansur) serta para pegawai, pengadil dan pemain sepak takraw semasa pusingan kelayakan di Dewan Sri Putatan.", "Hadir sama ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS); Datuk Mansur Asun, Timbalan Setiausaha Tetap KBSS; Charles William Dabbi, Pengurus Besar, Lembaga Sukan Sabah (LSS); Terrace Pudin dan Pengarah, Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN Sabah); Mohd. Asneh Mohd. Noor.", "“Pusingan Kelayakan kali ini melibatkan enam jenis sukan berpasukan iaitu bola jaring, bola keranjang, bola sepak, bola tampar, hoki dan juga sepak takraw.", "“Pasukan-pasukan yang layak akan bertanding di temasya sebenar SAGA X Kota Kinabalu 2023 pada 16-22 Disember depan,” jelas Fairuz.", "“Bagi pihak kementerian, saya berharap pasukan-pasukan yang layak akan meneruskan latihan dan menggandakan kekuatan kerana di SAGA sebenar nanti, pertandingan yang bakal diharungi pastinya jauh lebih sengit umpama ‘bertemu buku dengan ruas.", "“Apa yang lebih penting, melalui SAGA ini kita dapat mengenalpasti lebih ramai bakat atau potensi juara yang akan mewakili Sabah bertanding di peringat lebih tinggi lagi khususnya di Sukan Malaysia atau SUKMA.", "“Penganjuran SAGA menepati keperluan pembangunan sukan negeri ini. Walaupun kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah kewangan yang agak besar, tetapi hasilnya amat berbaloi dengan kemunculan ramai atlet-atlet ternama seperti Rayzam Shah Wan Sofian, Andre Anura Anuar, Mohd Eizlan Dahalan dan ramai lagi” tambah beliau.", "Dalam pada itu, Mansur ditemui semasa meninjau sesi pertandingan sepak takraw di Dewan Sri Putatan, merakamkan terima kasih kepada semua kakitangan MSN Sabah yang telah bertungkus-lumus dan menunjukkan komitmen tinggi di dalam melaksanakan tugas pemantauan sepanjang pusingan kelayakan itu berlangsung.", "“Terima kasih juga kepada semua pegawai pertandingan yang terlibat, para pengadil, pegawai dari persatuan, pegawai dari Pejabat Daerah, pegawai kesihatan, Polis, RELA, ibu bapa dan ahli keluarga atlet yang datang menyokong, serta juga para penaja dan rakan-rakan media,” kata beliau."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/01/chelsea-bakal-lepasi-perbelanjaan-rm5-9-bilion/", "headline": "Chelsea bakal lepasi perbelanjaan RM5.9 bilion", "content": ["Cole Palmer bakal menjadi senjata baharu Chelsea.", "LONDON: Chelsea bakal melepasi perbelanjaan keseluruhan 1 bilion pound (RM5.9 juta) sejak diambil alih oleh Todd Boehly apabila mencapai persetujuan untuk membeli bintang muda Manchester City, Cole ­Palmer pada harga 45 juta pound (RM265 juta).", "Menurut Utusan Malaysia, Blues telah melepasi angka 300 juta pound (RM1.7 bilion) dalam tiga jendela perpindahan berturut-turut.", "Blues", "Palmer antara tonggak skuad England yang merangkul Kejohanan Eropah (Euro) bawah 21 (B-21), Julai lalu dan dibawa masuk sebagai aset terbaru pe­ngurus, Mauricio Pochettino.", "Pemain tengah berusia 21 tahun itu menampilkan aksi memberangsangkan bersama City musim ini apabila menjaringkan gol ketika menentang Arsenal dalam Piala Perisai Komuniti, bulan lalu, selain meledak gol ketika City menjuarai Pia­la Super Eropah menentang Sevilla.", "Kehadiran Pal­mer dijangka menambah se­ngat di jentera serangan Chelsea selepas ­Pochettino kehilangan Christopher Nkunku dan Carney Chukwuemeka yang mengalami kecederaan.", "Boehly yang mengambil alih pemilikan Chelsea pada Mac tahun lalu telah berbelanja mewah untuk mendapatkan beberapa pemain musim ini antaranya Moises Caicedo, Romeo Lavia, Axel Disasi, Nicolas Jackson, Robert Sanchez serta Lesley Ugochukwu.", "Ketika ini, mereka masih lagi berharap untuk mendapatkan seorang lagi pemain tengah, iaitu Emile Smith-Rowe dari Arsenal. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/09/chelsea-bakal-lepasi-perbelanjaan-rm5-9-bilion/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/09/chelsea-bakal-lepasi-perbelanjaan-rm5-9-bilion/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/10/united-berisiko-dihalang-sertai-liga-juara-juara/", "headline": "United berisiko dihalang sertai Liga Juara-Juara", "content": ["LONDON: Manchester United boleh digantung daripada Liga Juara-Juara jika diambil alih oleh pelabur Qatar selepas terdapat laporan mendakwa sekumpulan individu kaya raya yang berpangkalan di negara Asia Barat sedang mengintai Red Devils.", "Red Devils.", "Menurut Utusan Malaysia, sumber dikatakan memberitahu Daily Mailbahawa terdapat dana besar tersedia untuk membida kelab itu bersama-sama dan mereka sangat serius mengenai cita-cita untuk memiliki United selain turut bercakap mengenai perjanjian 4.5 bilion pound (RM23.3 bilion).", "Daily Mail", "Situasi itu mendorong sambutan daripada sebahagian besar pangkalan peminat United yang membenci Keluarga Glazer namun, sorakan mereka mungkin mereda dengan cepat apabila mengetahui mereka boleh dikecualikan daripada Liga Juara-Juara.", "Mereka bukan menjadi satu-satunya kelab yang diragui dalam pertandingan elit bola sepak Eropah kerana gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) juga berisiko untuk berdepan masa depan yang rumit jika pelabur Qatar membeli United.", "Jika Red Devils dibeli oleh Qatar Sports Investments (QSI), United tidak akan dapat bersaing dalam Liga Juara-Juara berdasarkan peraturan badan induk bola sepak Eropah, UEFA yang diperkenalkan pada tahun 1990.", "Red Devils", "Peraturan UEFA menetapkan dua kelab dalam pertandingan tidak boleh dimiliki oleh orang yang sama dan untuk rekod, QSI membeli PSG pada musim panas 2011 dan telah banyak membiayai kelab Paris itu sejak memilikinya.", "Bagaimanapun, jika cita-cita mereka untuk membeli United adalah serius seperti yang mereka katakan, Qatar mungkin perlu memilih antara PSG dan Red Devils.", "Red Devils.", "Peraturan “Integriti pertandingan Kelab UEFA: Kemerdekaan kelab” melarang dua kelab berada dalam pertandingan yang sama, tidak boleh dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh kumpulan pemilikan yang sama.", "Red Bull Leipzig dan Red Bull Salzburg telah berada dalam situasi yang sama pada 2017, selepas kedua-dua kelab mengesahkan tempat mereka dalam Liga Juara-Juara.", "Bagaimanapun, kedua-dua kelab itu akhirnya dibenarkan untuk bersaing dalam pertandingan pada masa yang sama, selepas UEFA memeriksa kedua-dua kelab dan membuat kesimpulan bahawa mereka bebas daripada syarikat Red Bull. ", "United berisiko dihalang sertai Liga Juara-Juara"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/09/474-kontinjen-pengakap-malaysia-dipindah-ke-dua-kawasan-lain/", "headline": "474 kontinjen Pengakap Malaysia dipindah ke dua kawasan lain", "content": ["Kontijen Pengakap Malaysia yang menyertai Jambori Pengakap Dunia ke-25 bermula 1 hingga 12 Ogos di Korea.", "PUTRAJAYA: Seramai 474 ahli kontinjen Malaysia yang sedang menyertai Jambori Pengakap Dunia ke-25 kini dalam proses penempatan semula ke dua kawasan berasingan di Korea Selatan.", "Menurut Utusan Malaysia, Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Seoul memaklumkan, dua tempat itu ialah di Korea National University of Agriculture and Fisheries dan Jeonbuk National University di Jeonju-si, Jeollabuk-do.", "Dalam satu kenyataan Wisma Putra berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Seoul sedang memantau secara rapi proses tersebut dengan berhubung secara langsung dengan wakil kontinjen Malaysia dan pihak penganjur bagi mendapatkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.", "“Kementerian Luar Negeri Korea Selatan semasa sesi penerangan kepada kor diplomatik memaklumkan bahawa kerajaan negara itu akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan kemudahan penginapan, pengangkutan, perubatan dan sajian untuk kesemua peserta.", "“Kerajaan mereka juga memberi jaminan akan merombak semula program itu dan akan menyelaraskan pelaksanaannya mengikut kesesuaian tapak baharu yang dipilih bagi memastikan objektif penganjuran Jambori tersebut tercapai,” katanya malam tadi.", "Sebarang perkembangan terkini berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.", "Wisma Putra sebelum ini memaklumkan Kontijen Pengakap Malaysia yang menyertai acara itu bermula 1 hingga 12 Ogos ini berada dalam keadaan selamat susulan cuaca panas yang agak melampau di Saemangeum.", "Kontijen berkenaan melibatkan seramai 499 ahli terdiri daripada pengakap, guru pengiring dan pasukan sokongan.", "Korea Selatan memindahkan berpuluh-puluh ribu pengakap hari ini dari kem jambori yang dibelenggu pelbagai masalah menjelang ketibaan ribut puting beliung, beberapa hari selepas gelombang haba mengakibatkan ramai peserta jatuh sakit.", "Dilaporkan, suhu mencecah 34 darjah Celsius di Saemangeum, berhampiran bandar Buan di pantai barat Korea Selatan, yang mana hampir 39,000 ahli pengakap berumur 14 hingga 18 tahun menyertai aktiviti perkhemahan itu. ", "474 kontinjen Pengakap Malaysia dipindah ke dua kawasan lain"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/16/ukraine-mangsa-pencerobohan-russia-duta-as/", "headline": "Ukraine mangsa pencerobohan Russia -Duta AS", "content": ["Perkhidmatan Kecemasan Ukraine membawa bahan letupan yang ditemukan di bandar Bucha untuk meletupkannya di tapak tentera di wilayah Kyiv.", "KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) mengaku gagal menghalang pencerobohan Russia di Ukraine melalui sekatan ekonomi.", "Hal ini kerana Russia tetap berdegil untuk melakukan pencerobohan demi mencapai matlamat iaitu memiliki kuasa autonomi di timur Ukraine selain didakwa menghalang negara itu menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).", "Menurut Utusan Malaysia, Duta AS ke Malaysia, Brian D. McFeeters berkata, sekatan yang dikenakan oleh Barat dan sekutunya ke atas Russia bertujuan memberi tekanan kepada negara tersebut supaya mereka menghentikan peperangan dan keganasan di Ukraine.", "Bukan setakat AS, katanya, banyak negara dunia turut menyertai usaha berkenaan bagi menghalang Russia untuk meneruskan peperangan di Ukraine.", "Namun, menurut beliau, usaha itu masih belum cukup berkesan dan tidak berhasil untuk mendorong Russia me­ngubah pendiriannya.", "“Anda mungkin mempersoalkan mengapa Barat memilih mengenakan sekatan. Sekatan adalah satu usaha untuk me­ngubah tingkah laku Russia, langkah untuk cuba menghalang mereka daripada meneruskan peperangan.", "“Tetapi, kami mengakui sekatan-sekatan melibatkan sektor kewangan dan import yang dikenakan masih belum berjaya seperti yang kita harapkan.", "“Russia masih enggan menamatkan perang terhadap Ukraine, jadi, saya rasa anda boleh katakan sekatan itu tidak cukup berkesan dan belum berfungsi dengan baik untuk mencapai matlamat yang dirancang,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia baru-baru ini.", "Utusan Malaysia", "Dalam pada itu, beliau me­negaskan sekatan-sekatan yang dikenakan Barat dan sekutunya tidak pernah menyentuh tentang eksport pertanian Russia.", "Malah, beliau menjelaskan, usaha tersebut tidak melibatkan bekalan makanan dan baja kera­na Barat secara khusus tidak pernah mengenakan sekatan terhadap dua sumber asas pen­ting di dunia tersebut bagi menjamin keterjaminan makanan.", "Beliau turut mengulangi pendirian AS sebelum ini bahawa krisis keselamatan makanan yang membelenggu dunia bukan berpunca daripada sekatan ekonomi itu.", "“Harus diingat, kita tidak mempunyai sebarang sekatan terhadap makanan dan baja. Jadi, krisis makanan global yang berlaku sebenarnya datang dari tindakan Russia itu sendiri.", "“Mereka (Russia) yang cuba menghalang Ukraine daripada mengeksport bijirin dan baja. Jelas sekali ia bukan disebabkan oleh sekatan AS,” katanya.", "Malah, jelas beliau, AS sudah melaksanakan pelbagai program bagi menyalurkan bantuan kemanusian berjumlah lebih AS$13 bilion (RM57.062 bilion) ke seluruh dunia terutama negara-negara miskin yang berdepan krisis makanan akibat tindakan Russia.", "“Sejak dua tahun lalu, kita dapat melihat banyak negara-negara miskin, kebanyakannya di benua Afrika yang terjejas teruk, tetapi kami secara konsisten menyediakan pakej bantuan tambahan selepas perang bermula,” katanya.", "Dalam pada itu, McFeeters menjelaskan, tiada ancaman di pihak Ukraine untuk menceroboh Russia dan tidak ada sebarang rancangan yang wujud daripada mana-mana ahli NATO untuk menyerang negara itu.", "Sebaliknya Russia hanya bertindak sendiri dan menjadikan NATO sebagai alasan.", "Oleh itu, menjadi tanggungjawab AS bersama 54 negara lain untuk menyediakan peralatan pertahanan kepada Ukraine yang jelas sebagai mangsa pencerobohan Russia.", "Malah, tegasnya, AS tidak pernah campur tangan secara langsung dalam peperangan itu dengan menghantar pasukan tentera sebaliknya memilih untuk memberikan tekanan kepada Russia menerusi sekatan supaya mereka sendiri mengubah keputusan dan menghentikan konflik yang tercetus.", "“Seperti yang sering dikatakan pemimpin dunia lain, jika Russia memutuskan untuk berhenti menyerang Ukraine, perang berakhir pada hari itu. Tetapi, jika Ukraine yang memutuskan untuk berhenti berjuang, pasti negara itu akan musnah dan lenyap.", "“Terpulang kepada masya­rakat antarabangsa untuk menyokong Ukraine dalam sera­ngan yang tidak wajar ini. Tiada istilah campur tangan dalam situasi ini, sebaliknya kami ha­dir untuk membantu mempertahankan Ukraine.", "“Kami juga bimbang tentang laporan bahawa China sedang mempertimbangkan untuk memberikan bantuan veto kepada Russia kerana jika benar perkara ini berlaku, pasti akan mencetuskan huru hara,” tegasnya.", "Berhubung sokongan dunia terhadap Ukraine, McFeeters sempat berterima kasih kepada Malaysia kerana menjadi satu daripada 140 negara yang menyertai dua resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru Russia berundur dan membawa keamanan kembali ke Ukraine.", "Ukraine mangsa pencerobohan Russia -Duta AS"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/08/wanita-dakwa-boleh-ganda-duit-selepas-dirasuk-roh-nenek-moyang/", "headline": "Wanita dakwa boleh ganda duit selepas ‘dirasuk’ roh nenek moyang", "content": ["JAKARTA: Seorang suri rumah berusia 52 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes penipuan wang di daerah Gowa, Sulawesi Selatan.", "Menurut Utusan Malaysia, Kompas.com melaporkan, suspek dikenali dengan inisial RM, mendakwa mampu menggandakan wang sehingga bilion rupiah kerana dirinya ‘dirasuk’ oleh roh nenek moyangnya.", "Akibat terpedaya dengan tawaran ganda duit itu, mangsa, Kartika Yuli, 43, menyerahkan wang sejumlah 15 juta rupiah (RM4,535) kepada suspek.", "Kartika hanya menyedari dirinya ditipu selepas tiada apa-apa berlaku dan akhirnya melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.", "Difahamkan, suspek dan mangsa merupakan jiran yang tinggal di kawasan perumahan Bokolu, kampung Mangngalli, daerah Pallangga.", "Insiden itu bermula apabila suspek mendakwa mampu menggandakan wang sehingga satu bilion rupiah (RM302,355).", "Kejadian itu dikatakan berlaku beberapa bulan lalu.", "“Sebelum ini, kami berjiran, RM berjanji dengan mendakwa boleh menggandakan wang sehingga satu bilion rupiah kerana dirasuk oleh roh nenek moyangnya,” katanya.", "Mangsa pada mulanya menyerahkan wang sebanyak 1.5 juta rupiah (RM453.53) dan berbuat demikian secara berperingkat sehingga mencecah 15 juta rupiah (RM4,535).", "“RM terus meminta wang dari mangsa kononnya atas arahan arwah nenek moyangnya.", "“Namun, wang yang dijanjikan tidak pernah dikembalikan apatah lagi digandakan,” jelas laporan.", "Wanita dakwa boleh ganda duit selepas ‘dirasuk’ roh nenek moyang"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/10/doktor-ditahan-reman-disyaki-cabul-kanak-kanak-perempuan/", "headline": "Doktor ditahan reman disyaki cabul kanak-kanak perempuan", "content": ["Seorang doktor yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dibawa keluar dari Majistret Kemaman selepas mendapatkan perintah reman, hari ini.", "KEMAMAN : Seorang doktor di Hospital Kemaman di sini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu kes cabul terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang juga merupakan pesakitnya pada Rabu lalu.", "Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin bagi membolehkan pihak polis melengkapkan kertas siasatan.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, lelaki berusia 30 tahun yang juga merupakan penduduk tempatan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini kira-kira pukul 1.50 tengah hari, semalam", "Menurutnya, pegawai perubatan itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat ibu bapa kanak-kanak itu berkenaan kejadian tersebut.", "“Kanak-kanak terbabit dimasukkan ke hospital itu susulan diabetes yang dialaminya mendakwa doktor terbabit telah membuka baju dan meraba dadanya di bilik rawatan wad hospital itu, kira-kira pukul 6 petang, pada Rabu.", "“Mangsa juga mendakwa suspek turut merakam gambar mangsa menerusi telefon bimbitnya dan ketika kejadian mangsa hanya berdua dengan suspek di bilik berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.", "Rohaimi berkata, ketika kejadian, mangsa tidak ditemani ibu bapanya berikutan kanak-kanak tersebut sudah biasa menerima rawatan di hospital berkenaan.", "“Mangsa kemudiannya mengadu kepada ibu bapanya mengenai perbuatan terkutuk suspek, sebelum laporan polis dibuat kira-kira pukul 9 malam, pada hari kejadian,” ujarnya.", "Rohaimi berkata, berdasarkan penemuan beberapa gambar lain dalam telefon bimbit suspek, polis percaya masih ada beberapa lagi kanak-kanak perempuan lain yang turut menjadi mangsa.", "“Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya. ", "Doktor ditahan reman disyaki cabul kanak-kanak perempuan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/17/azizul-cipta-legasi-rangkul-emas-ke-11-di-pentas-asia/", "headline": "Azizul cipta legasi rangkul emas ke 11 di pentas Asia", "content": ["Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dikalungkan pingat emas acara pecut Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 selepas menewaskan pelumba Jepun, Ota Kaiya dalam perlumbaan akhir yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai kelmarin.", "NILAI: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menepati janjinya untuk meraih pingat emas di laman sendiri apabila menguasai perlumbaan akhir acara pecut Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, pelumba yang diberi julukan “The Pocket Rocketman” itu turun pada peringkat separuh akhir membawa momentum yang terbaik selepas berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara pecut dengan melakar catatan 9.523 saat (s) ketika aksi pusingan kelayakan Khamis.", "Di peringkat separuh akhir, Azizul tidak menghadapi masalah untuk menafikan Kento Yamasaki apabila cemerlang mengungguli kedua-dua perlumbaan untuk melangkah ke perlumbaan akhir.", "Aksi perlumbaan final yang pertama menyaksikan Azizul berjaya melakukan kayuhan deras untuk meninggalkan pencabarnya Ota Kaiya dari Jepun, yang merupakan pemenang pingat perak di Kejohanan Trek Piala Negara-Negara di Indonesia Februari lalu dengan catatan 9.924s.", "Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu terus memacu laju ke hadapan ketika perlumbaan final kedua untuk sekali lagi menewaskan Kaiya dengan catatan 9.828s untuk merangkul pingat emas bagi kontinjen Malaysia.", "Sejurus selepas memenangi perlumbaan, Azizul yang disambut pengendalinya, John Beasley kelihatan sebak namun bersyukur dengan kejayaan yang diraih.", "“Masa habis tu, ia bagaikan kelegaan untuk saya, perasaan penat semua tu hilang, seperti yang saya katakan, bukan mudah untuk menang pada perlumbaan hari ini (kelmarin).", "“Kalau boleh saya tak nak campur adukkan perasaan, hanya mahu meraikan kejayaan, tetapi saya peluk John (Beasley), saya katakan kepadanya, kita sudah berjaya melakukannya sekali lagi, dan dia pula beritahu saya, dia bangga dengan saya apabila saya berjaya ketepikan semua perkara untuk perlumbaan ini, tidak mudah untuk berada di tahap ini.", "“Bayangkan anda semua mengalami masalah, dan ingin pergi berperang, jadi bukan senang untuk mengenepikan semua perkara dan tumpukan perhatian, tetapi macamana perkara tersebut tetap berbekas dalam hati saya,” jelas Azizul yang mengalami konflik dengan Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum berlangsungnya kejohanan ini pada minggu lalu.", "Kejayaan Azizul ini menandakan legasi yang cukup gemilang buat Azizul di pentas ACC apabila secara keseluruhan sudah mengumpul 11 pingat emas sejak mula menyertainya pada 2007.", "“Perasaan saya bercampur-baur, dengan pelbagai perkara yang berlaku sebelum ini, ini pula adalah gelaran juara saya yang ke 11 di Asia, mencapai status legenda, saya rasa bagaikan tidak percaya, akhirnya saya berjaya melakukannya.", "“Memang saya mengimpikan perkara ini sebelum saya sertai kejohanan di Hong Kong, saya mahu memenangi satu lagi pingat emas untuk memastikan status saya sebagai legenda dalam saingan ini, dan ia bukan mudah,” tambah Azizul.", "Azizulhasni berpeluang menambah koleksi pingat emas ke 12 di saingan ini apabila turun bertanding dalam acara kegemarannya, keirin yang berlangsung esok.", "Azizul cipta legasi rangkul emas ke 11 di pentas Asia"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/02/an-integrated-clinker-and-cement-plant-to-be-built-in-tongod/", "headline": "An integrated clinker and cement plant to be built in Tongod", "content": ["Hajiji (standing, middle) witnessing the signing ceremony at Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, today.", "KOTA KINABALU: An integrated clinker and cement plant will be built in Pinangah, Tongod, following a Joint-Venture Agreement between SEDCO and Sri Alam Setia Sdn Bhd that will see the setting up of Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd to spearhead the development.", "The project will ensure a consistent supply and cheaper cement prices in Sabah.", "Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor witnessed the signing ceremony of the JV agreement at Menara Kinabalu here today.", "SEDCO Chairman Datuk Rubin Balang and General Manager, Haizar R.H Ajaz Nabijan signed on behalf of SEDCO, while Sri Alam Setia’s Managing Director Michael Kinsuan and lawyer Hassan Murtaza signed on behalf of the company.", "The clinker and cement plant will be built in Tongod, providing access to 5,000 tons of clinker per year, equivalent to 1.75 million tons of cement annually.", "With Sabah market’s current requirement at 1.4 million tons per year, this project will not only meet immediate needs but will also ensure future supply.", "The project is set to transform Tongod, in line with the State Government’s aspiration to alleviate poverty by bringing in high-impact projects to create job opportunities.", "The integrated clinker and cement plant is expected to create 1,000 jobs for the local community.", "A Memorandum of Agreement was also signed between Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd and Sinoma Industrial Engineering (M) Sdn Bhd, the world’s and China’s largest cement manufacturer and turnkey developer.", "Sinoma Industrial Engineering (M) Sdn Bhd has committed to complete plant construction within two years.", "Chairman Datuk Masiung Banah signed for Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd, while Sun Jian, who represented Sinoma Chairman and Managing Director Liu Tao, signed for Sinoma, respectively."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/16/pengalaman-paling-berharga-buat-saya-misbaria/", "headline": "Pengalaman paling berharga buat saya – Misbaria", "content": ["“Tidak menang tidak mengapa, inilah pengalaman paling berharga buat saya,”.", "Demikian komen jujur penyanyi yang membawakan lagu bertajuk ‘Tanpamu’, Misbaria Maidin.", "Katanya, Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) yang diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah (JKKNS) pada Sabtu lalu merupakan satu pengalaman manis yang tidak mungkin dapat dilupakan. ", "“Saya menganggap CLAS Musim Ke-14 ini sebagai permulaan kepada saya untuk terus bergiat aktif mewarnai arena seni hiburan tempatan Sabah,” kata Misbaria.", "Menurutnya, pertandingan itu membolehkan dirinya juga sebaris dengan ramai penggiat seni dari seluruh pelusuk Sabah, malah dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan penyanyi terkenal di Negeri di Bawah Bayu itu.", "Nama-nama besar yang bertanding termasuklah Elica Paujin, Yunk-G, Dabra Sia, Santiana Ramli, Fanzi Ruji, Khai Puma Jamal, Dayang Nur Azreen, The Musafeer, dan Diandra Justin. ", "Manakala seorang lagi penyanyi yang buat pertama kalinya berjaya melangkah ke peringkat akhir ialah Deon, dengan lagunya ‘Bahagia Yang Kudamba’.", "Walaupun tidak memenangi sebarang anugerah pada malam itu, tidak timbul sedikit pun rasa kecewa di hati Misbaria, malah menganggap CLAS Musim Ke-14 sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya.", "“Saya bersyukur kerana dikelilingi ‘team’ yang hebat sepanjang CLAS kali ini, kami juga telah melakukan yang terbaik, jadi tidak ada perasaan kesal malah terharu atas dorongan semua yang hadir memberikan sokongan, terutamanya ibu bapa dan ahli keluarga saya,” katanya.", "Persembahan Misbaria pada peringkat akhir turut dibantu dengan kehadiran lima orang penyanyi latar terdiri daripada adik-beradik dan sahabat seperjuangan dalam seni.", "Antaranya Faisal Junaid, Shabaruddin Maidin, Safry Maidin, Joel James dan Khairul Nidzar Ruslee.", "Bertemakan ‘Muzik dan Lagu’, penyanyi kelahiran daerah Tawau itu tampil anggun menggayakan pakaian yang direka khas oleh Ben Salim.", "Untuk rekod, lagu Tanpamu merupakan ciptaan sepenuhnya komposer Baha Tungau, atau lebih dikenali sebagai Ateng, dan dicipta khas kepadanya atas kemenangan menjuarai pertandingan nyanyian ‘AC88 Idol’ di Atukoi Cafe 88, Penampang pada tahun 2019.", "Menariknya, Ateng turut memberi kejutan dengan membuat penampilan istimewanya, bermain Violin pada awal persembahan Misbaria di pentas akhir tersebut.", "Terdahulu, CLAS Musim Ke-14 telah tertangguh selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.", "CLAS kali ini menampilkan sebanyak sembilan buah lagu dengan penglibatan 15 artis tempatan Sabah bagi merebut gelaran juara.", "Setiap minggu 10 buah lagu ciptaan komposer tempatan bertanding dalam carta mingguan yang disiarkan setiap Sabtu jam 2 hingga 3 petang selama 40 minggu menerusi siaran radio SABAHfm.", "Sepanjang musim ke-14, sebanyak 46 buah lagu telah tersenarai dalam carta dan diundi melalui kaedah undian Google Form menerusi Fan Page Facebook Carta Lagu Artis Sabah (CLAS)."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/14/kereta-terbelah-dua-wanita-hamil-maut-ketika-ke-hospital-bersalin/", "headline": "Kereta terbelah dua, wanita hamil maut ketika ke hospital bersalin", "content": ["Keadaan kereta Onix dinaiki mangsa terbelah dua dan tercampak ke tengah jalan selepas kemalangan di Caceres, Brazil.", "SAO PAULO: Seorang wanita hamil dan ibunya maut dalam insiden kemalangan tragis di Caceres,Brazil yang menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terbelah dua.", "Menurut Utusan Malaysia, Karolaine Vieira Palmeo, 26 dan bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas kereta Onix dipandu suaminya bertembung dengan kenderaan lain ketika mereka dalam perjalanan ke hospital di Cuiabá untuk bersalin.", "Kenderaan lain itu didakwa melintas ke laluan bertentangan kerana permukaan jalan basah dan gambar menunjukkan kereta Onix dinaiki mangsa rosak teruk selepas terbelah dua dengan sebahagiannya tercampak ke tengah jalan.", "Karolaine Vieira Palmeo", "Ibu Palmeo, Ivonete yang turut berada di dalam kereta meninggal dunia di tempat kejadian sementara suaminya mengalami patah tulang ringan dan masih dirawat di hospital.", "Palmeo dilaporkan dibawa ke hospital dan kehilangan bayinya sebelum meninggal dunia beberapa jam kemudian.", "Palmeo yang bekerja sebagai guru sebelum itu sangat teruja untuk menimang cahaya mata selepas dia mengalami dua kali keguguran.", "“Hancur luluh hati kami. Semua sanak saudara teruja ketika mereka bersiap ke hospital dengan harapan mereka akan kembali membawa seorang lagi ahli keluarga baharu, tetapi sebaliknya ketiga-tiganya pergi meninggalkan kami.", "“Palmeo sangat disayangi keluarga. Impiannya adalah untuk menjadi seorang ibu.", "“Sebelum ini dia mengalami dua keguguran kerana mempunyai trombofilia. Kehamilannya sangat sukar, itulah sebabnya dia mengambil risiko pergi ke Cuiaba,” kata sepupu mangsa, Maria Julia Palermo.", "Kereta terbelah dua, wanita hamil maut ketika ke hospital bersalin"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/11/bekas-tentera-didakwa-bunuh-isteri-berdepan-hukuman-gantung/", "headline": "Bekas tentera didakwa bunuh isteri berdepan hukuman gantung", "content": ["Tertuduh (empat dari kanan) dibawa ke mahkamah bagi berdepan tuduhan membunuh di Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis hari ini. ", "KANGAR: Seorang bekas tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh isterinya 30 September lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, tertuduh, Indera Zailan Mohamad Sani, 38, mengangguk faham sejurus pertuduhan tersebut dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Nor Haliza Md. Ali.", "Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Munirah Abu Bakar, 31, di sebuah rumah di No 2B, Batu 3/4 Jalan Padang Nyu, Arau antara pukul 10 malam pada 29 September hingga 6.45 pagi pada 30 September lalu.", "Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal dan Mohd Izham Ali manakala tertuduh diwakili peguam, Hari Prassaad Rao.", "Mahkamah kemudian menetapkan 17 November ini bagi sebutan semula kes berkenaan. ", "Terdahulu, tertuduh tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar, di sini, sekitar pukul 8.30 pagi dengan berpakaian serba hitam dan diiringi beberapa anggota polis. ", "Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seorang lelaki menikam mati isterinya dengan sebilah pisau di bahagian kiri dada wanita berkenaan dipercayai akibat cemburu dalam kejadian  di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau.", "Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, dipercayai telah terjadi pergaduhan terlebih dahulu antara suspek yang juga merupakan bekas anggota tentera dan isterinya iaitu seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF).", "Selepas menikam isterinya di ruang tamu rumah, suspek dikatakan telah membawa wanita berkenaan ke dalam bilik tidur utama dan menutup mangsa dengan selimut tebal seterusnya menghantar dua anak mereka ke rumah pengasuh.", "Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, suspek juga turut menyerah diri di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis selepas menghantar anak-anaknya ke pengasuh. ", "Kata Ahmad Mohsin, suspek turut mengaku membunuh isterinya itu malah terdapat juga kesan tikaman di bahagian dada mangsa sepanjang kira-kira dua sentimeter. ", "Bekas tentera didakwa bunuh isteri berdepan hukuman gantung"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/01/69-guru-staff-sekolah-murid-sambut-hari-penglihatan-sedunia/", "headline": "69 guru, staff sekolah, murid sambut Hari Penglihatan Sedunia", "content": ["Para peserta sambutan Hari Penglihatan Sedunia", "KOTA KINABALU: SK Pendidikan Khas Tuaran telah menganjurkan Sambutan Hari Penglihatan Sedunia dengan kolaborasi Jabatan Paediatrik dan Oftalmologi, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, bertempat di Dewan Sekolah SK Pendidikan Khas Tuaran, baru-baru ini.", "Sambutan ini adalah merupakan kolaborasi yang kedua antara kedua-dua pihak.", "Seramai 69 orang peserta dari SKPK Tuaran yang terdiri daripada guru, staf sekolah dan murid telah menyertai program ini. ", "Manakala seramai 23 orang staf dari Jabatan Paediatrik dan Oftalmologi, HWKKS telah menyertai sambutan ini yang diketuai oleh Ketua Jabatan Paediatrik dan Oftalmologi, Dr. Mohamad Israk Mohamad Isa.", "Turut serta ialah Ketua Jabatan Oftalmologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Shuaibah A.B. Ghani,. ", "Sambutan ini dirasmikan oleh wakil dari PPD Penampang, Jurainih Brahim (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Khas Sektor Pembelajaran, PPD Penampang). ", "Hari Penglihatan Sedunia disambut pada hari Khamis kedua bulan Oktober,  setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan mata dan mewujudkan rasa empati kepada mereka yang mengalami gangguan penglihatan dan tidak mempunyai akses untuk rawatan mata.", "Sambutan ini adalah sangat penting kerana SK Pendidikan Khas Tuaran adalah satu-satunya sekolah rendah di Sabah yang menempatkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Kurang Upaya Penglihatan dari pra sekolah sehingga Tahun 6. ", "Beberapa aktiviti dijalankan sepanjang pelaksanaan program iaitu Aktiviti Orientasi dan Mobiliti dan Pertandingan Goalball (Friendly Match). Semua peserta berpeluang untuk merasa kehidupan sebagai seorang yang mempunyai Kurang Upaya penglihatan dengan menjalankan aktiviti seperti berjalan menggunakan tongkat putih, berjalan menaiki dan menuruni tangga serta mengisi air dalam gelas. Aktiviti ini dijalankan dengan peserta menutup mata menggunakan blindfold.", "Selain itu, pertandingan Goalball yang dijalankan memberi peluang kepada staf Jabatan Paediatrik dan Oftalmologi untuk bermain Goalball, iaitu salah satu permainan khusus untuk Orang Kurang Upaya Penglihatan. ", "Pertandingan ini mendapat sambutan yang meriah dengan pelaksanaan lima pusingan perlawanan sengit antara pihak sekolah dan wakil hospital. ", "SK Pendidikan Khas Tuaran memenangi pertandingan secara keseluruhan dan memegang piala pusingan.", "Selain itu, pihak sekolah turut berbesar hati menerima sumbangan tongkat putih, set permainan Carom dan set Pétanque yang disampaikan oleh Dr. Mohamad Israk bin Mohamad Isa dan Prof. Dr. Shuaibah A.B. Ghani kepada pihak sekolah. Sumbangan-sumbangan yang diterima ini akan diguna oleh semua murud-murid SKPK Tuaran dalam menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah.", "Kolaborasi seumpama ini dapat memberi impak yang besar kepada semua peserta terutama MBPK Kurang Upaya Penglihatan dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Ia dapat membantu melahirkan MBPK Kurang Upaya Penglihatan yang aktif bukan sahaja dari aspek jasmani, tetapi juga dari segi emosi, sosial, Rohani dan intelek. Program seperti ini turut dapat membantu memperkenalkan murid-murid kepada Masyarakat luar melalui interaksi antara peserta yang hadir sepanjang sambutan World Sight Day berlangsung. ", "Kolaborasi seumpana ini adalah sangat baik dan boleh diteruskan pada masa datang. Pihak sekolah juga amat berbesar hati dengan kerjasama yang tinggi diberikan oleh pihak Jabatan Paediatrik dan Oftalmologi, HWKKS dalam menjayakan Sambutan World Sight Day peringkat sekolah. Diharapkan program seumpana ini akan dapat memberi impak positif dan menarik kesedaran Masyarakat luar mengenai murid-murid Kurang Upaya Penglihatan."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/17/peniaga-bazar-aidilfitri-tidak-benar-beroperasi-pada-malam-1-syawal/", "headline": "Peniaga bazar Aidilfitri tidak benar beroperasi pada malam 1 Syawal ", "content": ["Suasana di salah sebuah bazar Aidilfitri yang beroperasi di Kuala Terengganu.", "KUALA TERENGGANU: Peniaga bazar Aidilfitri di Terengganu tidak dibenarkan beroperasi pada malam 1 Syawal selaras dengan syarat permit yang dikeluarkan sebelum ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Alias Razak berkata, seramai 4,102 peniaga di bazar Aidilfitri di seluruh negeri ini akan berhadapan dengan tindakan disenarai hitam sekiranya gagal mematuhi syarat tersebut.", "Menurut beliau, larangan itu dibuat bagi memastikan kawasan bandar raya Kuala Terengganu dan daerah-daerah lain berada dalam keadaan bersih atau sifar sampah-sarap menjelang 1 Syawal.", "“Aktiviti membeli-belah di bazar Aidilfitri didapati semakin rancak tetapi kerajaan negeri mengeluarkan permit berniaga sehingga pukul 12 malam, 29 Ramadan sahaja iaitu Khamis.", "“Jika 1 Syawal jatuh pada Sabtu, maka tiada operasi bazar dibenarkan pada Jumaat atau malam raya. Ini bagi memberi laluan kerja-kerja pembersihan dijalankan secepat mungkin.", "“Peniaga yang melanggar permit ini akan dikompaun serta disenarai hitam bagi permohonan bazar pada tahun akan datang,” katanya dalam sidang akhbar di sini, kelmarin.", "Sementara itu, beliau memberitahu, sebanyak 222 notis telah dikeluarkan kepada peniaga di bazar Ramadan di negeri ini atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Akta Makanan 1982 (Akta 281) sehingga 14 April lalu.", "Katanya, kesalahan paling banyak dikesan adalah tidak memakai apron (113), tidak menjaga kebersihan diri (49), tiada latihan kendali makanan (35), menggaji pekerja tanpa suntikan (14) dan lain-lain 11 kes.", "Alias menjelaskan, jumlah kompaun di seluruh Terengganu pula dianggarkan berjumlah RM24,800.", "“Selain daripada itu juga, sebanyak 69 sampel makanan telah dianalisis dengan lapan daripadanya didapati mempunyai perlanggaran iaitu positif pencemaran bakteria.", "“Walaupun tiada kes keracunan makanan yang serius, pengguna dinasihatkan berhati-hati memilih premis di bazar Ramadan,” tambahnya. ", "Peniaga bazar Aidilfitri tidak benar beroperasi pada malam 1 Syawal "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/23/pemandu-pelancong-ditangkap-cabul-dua-pelancong-wanita-warga-asing-di-semporna/", "headline": "Pemandu pelancong ditangkap cabul dua pelancong wanita warga asing di Semporna", "content": ["Mohd. Farhan Lee Abdullah", "SEMPORNA: Seorang pemandu pelancong berusia 20 tahun ditangkap kerana disyaki mencabul dua pelancong wanita warga asing semasa melakukan aktiviti memancing dan snorkeling di perairan sebuah pulau, di sini semalam.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Semporna, Superitenden Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, turut ditahan adalah pengurus syarikat pelancongan iaitu seorang lelaki tempatan berbangsa Cina yang berusia 37 tahun.", "Beliau berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada dua pelancong wanita warga asing yang menyatakan dicabul semasa sedang melakukan aktiviti memancing dan snorkeling.", "Mangsa melaporkan suspek telah bertindak menyentuh payu dara dan menggesel kemaluan ke paha mangsa semasa melakukan aktiviti memancing dan seorang lagi mangsa melaporkan suspek menggesel kemaluan semasa aktiviti snorkeling.", "Susulan itu, polis telah menahan seorang lelaki warga asing yang bekerja sebagai pemandu pelancong untuk sebuah syarikat pelancongan.", "“Siasatan yang dijalankan mendapati suspek tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan tiada permit bekerja yang sah.", "“Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.", "“Tangkapan turut dibuat ke atas pengurus syarikat pelancongan terlibat dibawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Menurut Mohd. Farhan, suspek dan pengurusan syarikat akan ditahan reman selama empat hari bermula esok untuk siasatan lanjut.", "Justeru, beliau menasihatkan majikan atau syarikat pelancongan supaya memastikan setiap pekerja mempunyai permit yang sah bagi mengelakkan sebarang tindakan.", "Pihak polis akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain bagi memastikan setiap syarikat pelancongan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.", "Pemandu pelancong ditangkap cabul dua pelancong wanita warga asing"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/13/purata-400-aduan-masalah-rumah-tangga-diterima-jakim-setiap-bulan/", "headline": "Purata 400 aduan masalah rumah tangga diterima Jakim setiap bulan", "content": ["PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengakui masih lagi menerima secara purata hampir 400 aduan kes berkaitan masalah rumah tangga pada setiap bulan.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jakim, Mohd. Norizan Abd. Ghani berkata, aduan diterima menerusi talian MyCareJakim ketika ini dengan majoriti aduan berkaitan kes suami culas bayar nafkah tanggungan.", "Beliau berkata, sejak MyCareJakim bermula pada April 2020 ketika pandemik Covid-19, mereka sudah menerima lebih 10,000 aduan.", "“Daripada jumlah itu, hampir 90 peratus melibatkan kes untuk khidmat nasihat kaunseling syarie dan terapi psikospiritual dengan kebanyakan berkisar isu rumah tangga,” jelasnya selepas menyaksikan sesi pemeteraian memorandum persefahaman dengan Mercy Mission Malaysia dalam Program Kaunseling Syarie dan Usrah Interaktif Kumpulan ‘Sisterhood’ di sini kelmarin.", "Menerusi inisiatif baharu dikenali ‘Sisterhood’, ia bekerjasama dengan pihak Jakim yang akan menyediakan kaunselor bertauliah mengendalikan kumpulan kecil disertai 10 orang.", "Ketika diperkenalkan bersama talian KSKCareCentre, ujar beliau, ramai mengadu kerana tertekan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, tiada pendapatan dan kehilangan kerja.", "Walau bagaimanapun, jumlah panggilan diterima kebelakangan ini sudah pun turun dan ia mungkin disebabkan peralihan kepada era pemulihan pasca-pandemik pada tahun lepas.", "Dalam pada itu, Penasihat Mercy Mission Malaysia, Kartine Baharudin berkata, pihaknya menyasarkan 50 orang wanita menyertai kaunseling berkumpulan “Sisterhood’ tersebut.", "Mereka akan dibantu 10 kaunselor berdaftar disediakan oleh Jakim dengan sesi diadakan atas talian manakala setiap tiga bulan, mereka akan perlu melakukan sesi bersemuka.", "Program itu ujarnya, akan berlangsung selama 12 bulan dengan modul tema yang berbeza setiap bulan dan semua peserta dibahagikan mengikut jenis permasalahan dialami.", "“Menerusi cara sebegini, mereka akan lebih berani meluahkan isi hati tanpa rasa malu kerana semua peserta dalam kumpulan itu berkongsi kisah pengalaman sama,” jelasnya yang turut memberitahu laman rasmi www.sisterhood.com.my mula dibuka kelmarin.", "Purata 400 aduan masalah rumah tangga diterima Jakim setiap bulan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/28/pekebun-sawit-didenda-rm6500-hina-agong-bentuk-kerajaan-perpaduan/", "headline": "Pekebun sawit didenda RM6,500 hina Agong bentuk kerajaan perpaduan", "content": ["KUALA LUMPUR: Akibat menghina Yang di-Pertuan Agong menerusi sebuah hantaran Facebook, pekerja kebun kelapa sawit didenda RM6,500 atau berdepan enam bulan penjara.", "Menurut Utusan Malaysia, Hanis Nordin, 34, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Nor Hasniah Ab Razak susulan menghina Agong berkaitan pembentukan kerajaan perpaduan pada Disember lalu. ", "Difahamkan, hantaran itu telah dibaca di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pada 13 Disember tahun lepas.", "Kesalahan itu dihukum mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia, memperuntukkan maksimum denda RM50,000, penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, termasuk denda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan berulang selepas sabitan.", "Terdahulu, tertuduh tidak diwakili peguam, merayu hakim mengenakan hukuman ringan atas alasan hantaran itu disalah erti dan posting itu tidak bermaksud menyakiti hati sesiapa.", "Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon mahkamah mengenakan hukuman pencegahan kepada tertuduh.", "“Tertuduh melanggar hak kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Dia gagal mengikuti prinsip Rukun Negara kedua dan kelima, yang mana kesetiaan kepada raja dan negara, dan kesopanan dan kesusilaan,” katanya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/pekebun-sawit-didenda-rm6500-hina-agong-bentuk-kerajaan-perpaduan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/pekebun-sawit-didenda-rm6500-hina-agong-bentuk-kerajaan-perpaduan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/04/terima-surat-amaran-ketua-polis-pulau-pinang-tegaskan-tidak-tunduk-mana-mana-ugutan/", "headline": "Terima surat amaran, Ketua Polis Pulau Pinang tegaskan tidak tunduk mana-mana ugutan", "content": ["Khaw Kok Chin", "GEORGE TOWN: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin menegaskan beliau dan seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen negeri itu tidak akan berkompromi atau bersekongkol dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti-aktiviti haram yang menyalahi undang-undang.", "Menurut beliau, pihaknya juga tidak akan tunduk kepada mana-mana ancaman atau ugutan.", "Menurut Utusan Malaysia, Kok Chin menegaskan, beliau akan terus mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mereka yang mengugut atau mengancamnya serta PDRM Kontinjen Pulau Pinang.", "”Ugutan atau ancaman sebegini adalah merupakan perkara yang lumrah dan sentiasa dihadapi oleh pihak polis dalam melaksanakan tugas membanteras kegiatan dan aktiviti haram oleh mana-mana pihak atau sindiket haram.", "”Sebagai Ketua Polis Pulau Pinang, saya dan seluruh pasukan PDRM Kontinjen Pulau Pinang tidak akan berkompromi atau bersekongkol dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti-aktiviti haram yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.", "Kok Chin mengulas mengenai surat ugutan yang diterima beliau baru-baru ini yang memberi amaran supaya beliau tidak menggangu urusan kumpulan ahlong di Pulau Pinang.", "Difahamkan, Ketua Polis Pulau Pinang itu menerima surat tersebut yang dihantar ke pejabatnya di ibu pejabat Kontijen Polis Pulau Pinang di sini, Khamis.", "Susulan surat ugutan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.", "Untuk rekod, Kok Chin dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang menggantikan Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain yang dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur.", "Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pulau Pinang antara Mohd. Shuhaily kepada Kok Chin dilaksanakan pada 12 Mei lalu. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/terima-surat-amaran-ketua-polis-pulau-pinang-tegaskan-tidak-tunduk-mana-mana-ugutan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/terima-surat-amaran-ketua-polis-pulau-pinang-tegaskan-tidak-tunduk-mana-mana-ugutan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/14/%e5%89%af%e8%b2%a1%e9%95%b7%e6%8b%9c%e6%9c%83%e5%93%88%e8%8a%9d%e8%8a%9d/", "headline": "副財長拜會哈芝芝", "content": ["首長拿督斯里哈芝芝今日在斯里加雅官邸,接見了聯邦副財長沈志強的禮貌拜會。", "沈志強正在沙巴進行為期2天的工作訪問。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/15/agensi-pengintip-as-nafi-dokumen-bocor/", "headline": "Agensi pengintip AS nafi dokumen bocor", "content": ["Kebocoran dokumen perisikan Amerika Syarikat boleh menjejaskan serangan musim bunga yang sudah lama dijangkakan Ukraine.", "KYIV: Dokumen risikan Amerika Syarikat (AS) yang bocor dan dikaitkan dengan perang di Ukraine menimbulkan keraguan dan penafian daripada agensi pengintip AS dan beberapa sekutunya.", "Gambar fail sulit itu dikatakan mula disebar secara meluas dalam saluran media sosial Russia minggu lalu tetapi ada yang diterbitkan dalam laman web Discord pada bulan Februari dan Mac.", "Menurut Utusan Malaysia, Agensi Perisikan Pusat (CIA), Agensi Keselamatan Negara (NSA) dan Agensi Perisikan Pertahanan AS bagaimanapun menafikan kesahihan laporan itu dan melancarkan siasatan ke atas sumber kebocoran itu.", "Laporan itu juga dikatakan memalukan dua sekutu AS di Asia Barat iaitu Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).", "Mesir menafikan laporan Washington Post yang memetik dokumen bocor bertarikh 17 Februari lalu yang mengatakan ia mencapai persetujuan rahsia untuk membekalkan Russia dengan 40,000 roket, serbuk meriam dan peluru meriam.", "“Dalam dokumen itu, Pre­siden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi mengarahkan pegawai untuk merahsiakan pengeluaran dan penghantaran roket untuk mengelakkan masalah dengan Barat,” lapor Washington Post.", "Seorang pegawai kanan Mesir memberitahu Al Qahera News bahawa laporan itu adalah gangguan maklumat yang tidak mempunyai asas kebenaran.", "Mesir menafikan laporan yang memetik dokumen bocor yang memetik el-Sisi membincangkan rancangan untuk membekalkan Russia dengan roket dan peluru.", "Satu lagi dokumen yang dibocorkan memberi tumpuan kepada UAE iaitu mengatakan Abu Dhabi bersetuju membocorkan perisikan AS dan United Kingdom untuk memihak kepada Russia.", "“UAE mungkin melihat penglibatan dengan perisikan Russia sebagai peluang untuk mengukuhkan hubungan yang semakin meningkat antara Abu Dhabi dan Moscow dan mempelbagaikan perkongsian perisikan di tengah-tengah kebimbangan pemisahan AS dari rantau ini,” menurut dokumen yang dipetik oleh agensi berita AP.", "UAE berkata, cadangan yang menyebut mereka mahu menge­ratkan hubungan dengan perisikan Russia adalah sangat salah.", "Agensi pengintip AS nafi dokumen bocor"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/23/sabahs-25-year-forest-master-plan-to-set-direction-on-forest-resources-management/", "headline": "Sabah’s 25-year Forest Master Plan to set direction on forest resources management", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: The Sabah Forestry Department is formulating a statewide 25-year Forest Master Plan as a guide to pave the direction of the state’s long-term forest resources management.", "Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor said the plan, in line with the Sabah Forest Policy 2018, will focus not only on forest reserves but also forest areas within state land and alienated lands.", "He said the State Forestry Department has taken various proactive measures to protect Sabah’s forest, and since 1997, the Sustainable Forest Management (SFM) concept has been fully implemented in Sabah.", "“Sustained efforts in creating a balance of socio-economic development and environmental conservation through rationalisation of land use should be continuously implemented as an alternative new and sustainable income generation for Sabah.", "“This includes exploring various initiatives which can support forest conservation programme through non-timber-based income generation (Forest Beyond Timber),” he said at the Heart of Borneo (HoB) International Conference: An Ecosystem That Provides at the Sabah International Convention Centre (SICC) here today. His speech was read by Deputy Chief Minister I cum Agriculture, Fisheries and Food Industry Minister Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.", "Hajiji said the Sabah Government is committed towards the conservation of its natural resources through protected areas in line with the objectives of the Heart of Borneo Initiative.", "“I am happy to see that the International Conference on HoB today has brought together various stakeholders and individuals from all over the world to work together in environmental conservation efforts.", "“Since the declaration of the Heart of Borneo Initiative in 2007, the Sabah Government, through the Sabah Forestry Department, has made much progress in conservation.", "“More than 27 per cent of the State’s land area or about 2.0 million hectares have been gazetted as Totally Protected Areas (TPAs), and 75 per cent of the TPAs are located within the boundaries of Sabah’s Heart of Borneo,” he said.", "The Chief Minister said in line with the Sabah Government’s development roadmap, Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), the Sabah Government is also committed to expanding the size of the TPA to 30 per cent of Sabah’s land area by 2025.", "Sabah, he said is also committed to supporting the United Nation’s Sustainable Development Goal (SDG) for enhanced climate actions and will continue to promote the strong linkages between climate change and sustainable development whilst mainstreaming climate change-related actions into Sabah’s development agenda.", "“Sabah is also committed to implementing necessary mitigation actions, as well as adaptation actions, across all sectors to support the Nationally Determined Contribution (NDC) that Malaysia has set under the Paris Agreement by 2030,” he said.", "In this regard, Hajiji said the Sabah Government has established the Sabah Climate Action Council (SCAC) to set the direction and coordinate climate change mitigation and adaptation-related projects at the State level.", "“All conservation efforts, starting from protection, restoration, management and up to mainstreaming forest conservation and biodiversity protection, are emphasised,” he added.", "Hajiji said all these efforts require cooperation and collaboration from various parties consisting of government agencies, non-government organisations (NGOs), private sectors and industries, institutes of higher learning, and local communities.", "“It is important that we continue to engage and work together as well as collaborate with new partners. To date, Sabah has collaborated with various implementing partners through 110 Memoranda of Understanding (MoU) and Memoranda of Agreement (MoA).", "“Today will see six more memoranda of understanding added to the list of conservation partners,” he said.", "He also thanked the Federal Government, particularly the Natural Resources, Environment and Climate Change Ministry (NRECC), for its strong support of the HoB Initiative.", "Since 2009, some RM48 million has been disbursed to Sabah for the implementation of the HoB Initiative and under the 12th Malaysian Plan, he said, adding the Federal Government has pledged another RM13 million for the initiative."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/20/istiadat-pembukaan-penggal-keempat-dun-diawalkan-elak-strok-haba/", "headline": "Istiadat Pembukaan Penggal Keempat DUN diawalkan elak strok haba", "content": ["Kadzim (tengah) dan Ahmad (kanan) memantau perjalanan majlis raptai.", "KOTA KINABALU: Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Keenam Belas diawalkan sejam.", "Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya berkata perubahan masa itu diputuskan selepas mengambil kira faktor cuaca panas dan bagi mengelak serangan strok haba dalam kalangan petugas dan tetamu jemputan.", "Kadzim ditemui media ketika sesi raptai penuh istiadat berkenaan di sini, memaklumkan, perubahan tersebut melibatkan Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada jam 8.15 pagi berbanding jam 9.25 pagi pada jadual asal.", "Bagaimanapun, ujar Kadzim, masa bagi aturcara istiadat majlis yang lain adalah tidak berubah.", "Hadir sama dalam sesi raptai berkenaan adalah Timbalan-timbalan Speaker, Datuk Ahmad Abdul Rahman dan Datuk George Anthony Ginibun, Setiausaha DUN Sabah, Rafidah Maqbool Rahman serta wakil-wakil jabatan serta agensi. ", "Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Sabah, Amirzudi Hashim ketika dihubungi menjelaskan  pihaknya meramalkan tiada hujan pada sebelah pagi, petang atau malam pada Isnin dan suhu dijangka mencecah 33 darjah selsius bagi Kota Kinabalu."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/10/lelaki-maut-dibelasah-robot-angkut-kotak/", "headline": "Lelaki maut ‘dibelasah’ robot angkut kotak", "content": ["SEOUL: Seorang lelaki maut ‘dibelasah’ robot yang ditugaskan untuk mengangkat kotak makanan di sebuah kilang di Korea Selatan.", "Kejadian berlaku ketika pekerja syarikat robotik berusia 40-an itu, sedang memeriksa operasi penderia robot itu sebelum menjalankan ujiannya di kilang pengasingan lada di wilayah Gyeongsang Selatan.", "Menurut Utusan Malaysia, agensi berita Yonhap melaporkan, robot itu dilaporkan akan digunakan untuk mengangkat kotak lada dan memindahkannya ke palet.", "Yonhap", "Ketika pemeriksaan sedang dibuat, lengan robot itu yang dilaporkan terkeliru antara pekerja berkenaan dengan sekotak sayur, secara tidak sengaja menekan badan, muka dan dada lelaki itu hingga dia cedera parah.", "Lelaki itu dikejarkan ke hospital tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.", "Dalam satu kenyataan selepas kejadian itu, seorang pegawai dari Kompleks Pertanian Eksport Donggoseong yang memiliki kilang itu menggesa sistem tepat dan selamat diwujudkan bagi mengelak kejadian serupa berulang.", "Pada bulan Mac lalu, seorang lelaki Korea Selatan berusia 50-an mengalami kecederaan serius selepas terperangkap dengan robot ketika bekerja di sebuah kilang pembuatan alat ganti kereta.", "Lelaki maut ‘dibelasah’ robot angkut kotak"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/21/siti-kassim-dakwa-ada-bom-di-keretanya/", "headline": "Siti Kassim dakwa ada bom di keretanya", "content": ["Objek berbungkus yang disyaki bom di bahagian tayar kereta milik Siti Kassim.", "KUALA LUMPUR: Aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim mendakwa terdapat objek mencurigakan yang didakwa ‘bom’ diletakkan di dalam kereta miliknya di Jalan Maarof, Bangsar, di sini hari ini.", "Menurut Utusan Malaysia, beliau yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim difahankan menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika dia menghantar kenderaannya itu ke pusat servis di lokasi terbabit pada pukul 12 tengah hari.", "Susulan itu, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tiba di lokasi untuk menjalankan siasatan.", "Kawasan berhampiran pusat servis kenderaan turut ditutup kira-kira 100 meter kepada orang awam.", "Pemilik kenderaan di pusat servis berkenaan turut diminta untuk mengalihkan kenderaan masing-masing.", "Turut hadir di lokasi kejadian ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain.", "Siti Kasim turut memuat naik rakaman siaran langsung di Facebooknya memaparkan kejadian dan pemeriksaan yang dijalankan pihak polis.", "Siti Kassim dakwa ada bom di keretanya"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/26/op-bersepadu-saman-nombor-pendaftaran-paling-tinggi/", "headline": "Op Bersepadu: Saman nombor pendaftaran paling tinggi", "content": ["PETALING JAYA: Kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi direkodkan paling banyak dikesan dalam Op Bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi, di sini kelmarin.", "Dalam operasi pukul 9 malam, sebanyak 48 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan oleh sepasukan pegawai dan anggota EMPV Zon Tengah B JSPT Bukit Aman.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd. Nasri Omar berkata, operasi itu hasil kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan PLUS Berhad.", "“Polis  mengeluarkan sebanyak 48 saman kepada pemandu dan penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas.", "“Kesalahan nombor pendaftaran kenderaan adalah paling tinggi iaitu 19, diikuti tiada lesen memandu (9), tidak pamer P (4), cermin sisi (4) dan lain-lain.", "“Selain itu, JPJ turut mengeluarkan 77 saman manakala JAS tujuh saman membabitkan empat motosikal serta tiga lori  atas kesalahan ekzos bising dan asap hitam,” katanya di sini hari ini. ", "Menurut beliau, seramai 11 lelaki tempatan berusia 20 hingga 35 tahun turut ditahan AADK selepas i positif dadah.", "Katanya, mereka memberi alasan mengambil dadah kerana tekanan, menghilangkan rasa mengantuk dan pujukan rakan. ", "Tegasnya, operasi ini bertujuan untuk  memastikan pengguna jalan raya sentiasa mengikut undang-undang dan peraturan lalu lintas, sekali gus mencegah kes kemalangan jalan raya.", "“JSPT komited dalam menjalankan penguatkuasaan bagi memberikan peringatan dan kesedaran kepada pengguna kenderaan agar kita semua kekal selamat semasa berada di atas jalan raya,” ujarnya.", "Op Bersepadu: Saman nombor pendaftaran paling tinggi"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/15/bazir-saja-hantar-ganja-kepada-saya-rafizi/", "headline": "Bazir saja hantar ganja kepada saya – Rafizi", "content": ["Rafizi Ramli", "KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menganggap tindakan individu yang tidak dikenali menghantar ganja ke pejabatnya dan juga perdana menteri adalah satu pembaziran. ", "Menurut Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Pandan itu memberitahu, bungkusan tersebut telahpun diserahkan kepada pihak polis. ", "“Saya tidak tengok pun bungkusan itu. Orang hantar ganja dan kemudian polis ambillah bungkusan itu. ", "“Buang duit sajalah hantar ganja kepada saya kerana saya tidak ambil ganja. Saya tidak tahu siapa penghantar itu.", "“Bungkusan itu dihantar ke pejabat saya dan dialamatkan kepada saya dan perdana menteri. Kedua-dua kami tidak ambil ganja. Bazir saja untuk penghantar itu buat demikian,” katanya selepas sidang media di Bangunan Parlimen. ", "Terdahulu, Rafizi mengadakan sidang media bagi memaklumkan intipati mesyuarat pertama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) yang diadakan kelmarin.", "Bazir saja hantar ganja kepada saya – Rafizi"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/07/pm-mahu-isu-banjir-tidak-perlu-tunggu-arahan/", "headline": "PM mahu isu banjir tidak perlu tunggu arahan", "content": ["Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Perjumpaan bersama Warga JPM bagi Bulan Mac 2023 di Puspanita, Putrajaya.", "PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbangga dengan prestasi pelbagai agensi awam dalam isu pengurusan bencana banjir terutamanya di Johor ketika ini.", "Menurut Utusan Malaysia, beliau menyifatkan kesiapsiagaan jentera kerajaan sama ada peringkat negeri dan Persekutuan yang dapat digerakkan dengan pantas dan lebih baik di negeri tersebut.", "“Saya lebih lihat tindakan barisan penjawat awam itu sendiri tidak perlu tunggu arahan. Dia tahu banjir, terus ambil tindakan dan beritahu apa yang akan siap segera,” katanya ketika berucap pada Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bulan Mac 2023 di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri di sini kelmarin.", "Pada hari sebelumnya, beliau melakukan tinjauan di beberapa buah pusat pemindahan sementara di Segamat, Johor yang dilanda banjir dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.", "Mengulas lanjut, Anwar turut berterima kasih kepada usaha timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan Mohd. Ali.", "“Saya dimaklumkan bantuan telah pun disalurkan dalam tempoh setengah hari, malah di kawasan terputus jaringan pengangkutan sekurang-kurangnya bawah 24 jam,” katanya.", "Menyentuh ramalan akan berlaku banjir di Sarawak pula, beliau mahu tindakan pantas sama seperti di Johor termasuk penglibatan bersama pertubuhan bukan kerajaan dengan tindakan penyelarasan gerak kerja dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. ", "PM mahu isu banjir tidak perlu tunggu arahan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/10/%e6%b6%89%e6%94%b6%e8%b3%84%e4%bb%a5%e6%b8%9b%e8%bc%95%e9%85%92%e9%a7%95%e5%88%91%e7%bd%b0-2%e5%9f%b7%e6%b3%95%e4%ba%ba%e5%93%a1%e8%a2%ab%e6%8d%95/", "headline": "涉收賄以減輕酒駕刑罰 2執法人員被捕", "content": ["(亞庇十日訊)2名執法人員涉及索取賄賂,以減輕酒後駕車個人的刑罰,被沙巴反貪會逮捕。", "據信,這2名執法人員向受害者索要金額達8,000令吉。", "據《馬來西亞前鋒報》報導,消息人士透露,2名年齡在30歲至40歲之間的男性嫌疑人,昨日晚上7時左右,在沙巴反貪會辦公室錄供時被捕。」", "「據信在沙巴一個地區執勤的2名嫌疑人,於10月4日索要約8000令吉的賄賂,受害人已於10月17日移交賄款予其中一名嫌疑人。」", "同時,沙巴反貪會總監拿督卡魯納西受聯繫時證實了這起逮捕行動,並表示此案是根據2009年反貪會法令第17(a)條進行調查。", "他說,2名嫌犯在錄供後已獲保釋。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/22/bailly-tidak-lagi-diperlukan-oleh-united/", "headline": "Bailly tidak lagi diperlukan oleh United", "content": ["Eric Bailly", "LONDON: Tonggak pertahanan Manchester Uni­ted, Eric Bailly dibe­ritahu, dia tiada dalam perancangan pengurus pasukan, Erik ten Hag selepas diketepikan daripada menyertai kempen pramusim.", "Bek kanan Ivory Coast berusia 29 tahun itu menghabiskan musim lalu secara pinjaman di Marseille dan kini perlu mencari pasukan baharu.", "Menurut Utusan Malaysia, United baru-baru ini mengumumkan skuad 31 pemain untuk jelajah di Amerika Syarikat (AS), termasuk Dean Henderson dan Anthony Elanga walaupun kedua-dua pemain sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan.", "“Eric Bailly tidak termasuk dalam skuad Manchester United yang akan melakukan perjalanan jelajah AS kerana tiada dalam projek itu dan dijangka pergi dari kelab.", "“Turut terkeluar dari senarai Alex Telles, kerana dia kini bersedia menyertai Al Nassr sebaik sahaja dokumen bersama kelab baharu ditandatangani,” kata wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano.", "Marseille mempunyai pilihan untuk menandatangani Bailly secara tetap kerana tempoh pinjamannya, namun memutuskan tidak menggunakan pilihan itu. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/07/bailly-tidak-lagi-diperlukan-oleh-united/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/07/bailly-tidak-lagi-diperlukan-oleh-united/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/25/%e6%b2%99%e6%b3%95%ef%bc%9a%e3%80%8c%e9%a6%96%e7%9b%b8%e5%a4%ab%e4%ba%ba%e3%80%8d%e8%bb%8a%e7%89%8c-%e6%b2%99%e6%94%bf%e5%ba%9c%e6%85%a3%e4%be%8b%e9%9d%9e%e6%97%ba%e5%a7%90%e8%a6%81%e6%b1%82/", "headline": "沙法:「首相夫人」車牌 沙政府慣例非旺姐要求", "content": ["(亞庇廿五日訊)沙巴政府秘書拿督沙法表示,目前在網絡流傳的「首相夫人」車牌,並非是首相夫人拿督旺阿茲莎所要求的。", "沙法說,沙巴政府的慣例是為首相及其夫人、副首相及其夫人,以及在沙巴工作訪問和正式訪問期間的領袖特地提供的。", "「所提供的設施包括將領袖官職以及夫人稱號用於車牌上。」", "他今天在一份聲明中說:「沙巴政府將根據領袖在亞庇期間的行程提供相關的車輛。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/04/bali-keluar-garis-panduan-untuk-pelancong-jaga-adab/", "headline": "Bali keluar garis panduan untuk pelancong jaga adab", "content": ["JAKARTA – Pihak berkuasa Bali mengeluarkan kad menggariskan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pelancong asing berikutan beberapa insiden warga asing tidak menghormati budaya serta undang-undang tempatan sehingga mencetuskan kemarahan penduduk.", "Menurut Utusan Malaysia, agensi berita dpa melaporkan, pekeliling itu yang akan diedarkan kepada pelancong semasa ketibaan dan dilampirkan pada pasport mereka, menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.", "Pelancong yang melanggar peraturan boleh didakwa mengikut undang-undang Indonesia.", "Bali pulau terkenal dengan kekayaan budaya dan pemandangan yang menakjubkan serta menarik berjuta-juta pelancong setiap tahun, namun pandemik Covid-19 telah menjejaskan ekonomi dan sektor pelancongannya dengan teruk.", "Pekeliling itu antara lain menggesa pelancong supaya menghormati budaya Bali dengan berpakaian sopan, melindungi alam sekitar, mematuhi peraturan jalan raya, penyalahgunaan dadah dan alkohol, bekerja atau menjalankan perniagaan haram.", "Ia juga melarang mereka daripada memasuki kawasan suci kuil melainkan mereka memakai pakaian tradisional Bali atau untuk beribadat, mencemarkan kuil, simbol agama atau objek suci, termasuk mengambil gambar bogel.", "Tindakan itu dibuat selepas beberapa siri skandal yang melibatkan pelawat asing, seperti dua penulis blog Rusia yang berbogel di tapak suci dan seorang wanita Jerman mengganggu upacara kuil dalam keadaan berbogel.", "Penduduk Bali juga mengadu bahawa ramai warga asing mengabaikan peraturan lalu lintas dan bekerja dalam talian tanpa visa yang sah.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/06/bali-keluar-garis-panduan-untuk-pelancong-jaga-adab/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/06/bali-keluar-garis-panduan-untuk-pelancong-jaga-adab/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/26/rumpai-laut-di-australia-selatan-mampu-lambatkan-kesan-penuaan/", "headline": "Rumpai laut di Australia Selatan mampu lambatkan kesan penuaan", "content": ["CANBERRA: Rumpai laut yang hanya ditemui di Australia Selatan dipercayai menyimpan rahsia antipenuaan, menurut kajian baharu yang diterbitkan saintis di Universiti Flinders SA Ahad.", "Kajian itu mendapati, rumpai laut coklat Australia Selatan mempunyai ciri antipenuaan yang kaya dan boleh melindungi daripada kemerosotan kedua-dua kolagen serta elastin pada manusia.", "Menurut Utusan Malaysia, pengarang bersama kajian dari Kolej Perubatan dan Kesihatan Awam di Flinders University, Wei Zhang, berkata pihaknya mendapati ekstrak daripada rumpai laut coklat Australia Selatan mempunyai potensi besar digunakan untuk membantu melambatkan kesan penuaan pada kulit.", "“Kolagen bertindak sebagai blok binaan untuk tulang, gigi, otot, kulit, sendi dan tisu penghubung, manakala elastin memberikan kulit keanjalan dan kekuatannya.", "“Kedua-dua protein ini adalah popular dan dipromosikan oleh industri kecantikan sebagai penting untuk penampilan kulit yang sihat.", "“Penyelidik menilai sifat antipenuaan ekstrak daripada tiga spesies rumpai laut coklat dan mendapati bahawa ia merangsang pertumbuhan kolagen serta menghalang proses glikasi, yang menyebabkan degenerasi kolagen dan elastin,” katanya.", "Menurut kajian itu, Australia Selatan mempunyai kepelbagaian rumpai laut tertinggi di dunia dengan sehingga 1,500 spesies yang diketahui, lebih separuh daripadanya adalah endemik di kawasan terbabit.", "Institut Rumpai Laut Australia (ASI) meramalkan industri penanaman rumpai laut domestik boleh bernilai 1.5 bilion dolar Australia (AS$963.9 juta) setiap tahun menjelang 2040 dan menggaji 9,000 orang.", "“Rumput laut adalah sumber hebat pelbagai bahan bioaktif dengan potensi aplikasi dalam kesihatan semula jadi dan produk penjagaan kulit.", "“Penemuan kami akan membantu mengisi jurang pengetahuan dan membangunkan kemajuan rumpai laut coklat secara mampan dalam produk penjagaan kulit topikal dan tambahan,” kata Zhang Ahad.", "Rumpai laut di Australia Selatan mampu lambatkan kesan penuaan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/04/michelle-yeoh-jumpa-peminat-di-kl-18-april-ini/", "headline": "Michelle Yeoh jumpa peminat di KL, 18 April ini", "content": ["Michelle Yeoh", "PETALING JAYA: Pelakon Wanita Terbaik Oscars, Tan Sri Michelle Yeoh dijadualkan menemui peminat di negara ini pada pukul 4 petang, 18 April di Pavilion Kuala Lumpur.", "Michelle yang merupakan pelakon kelahiran Malaysia merangkul anugerah berprestij Oscars Kali Ke-95 yang berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, California, Mac lalu.", "Kemenangan itu dinilai berdasarkan lakonan hebat Michelle menerusi filem Everything Everywhere All At Once sekali gus mengangkat beliau sebagai wanita Asia pertama yang meraih trofi berprestij tersebut.", "Menurut Utusan Malaysia, Michelle, 60, merupakan wanita Asia pertama yang dicalonkan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik sekali gus melakar sejarah baharu dalam industri perfileman antarabangsa.", "Bintang yang dilahirkan di Ipoh, Perak itu juga merupakan wanita Asia pertama yang dicalonkan bagi kategori tersebut sekali gus melakar sejarah baharu dalam industri perfileman antarabangsa.", "Michelle mendedikasikan kemenangan paling manis kepada ibunya, Datin Janet Yeoh yang sentiasa disebut sebagai tulang belakang di sebalik kejayaan dirinya.", "“Saya akan bawa pulang trofi ini kepada ibu saya yang menonton anugerah ini di Kuala Lumpur bersama seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan.", "“Kejayaan ini adalah tunjang harapan dan sebagai bukti kita boleh sentiasa bermimpi dengan impian yang besar, kerana mimpi juga akan menjadi kenyataan,” katanya semasa diberi peluang menyampaikan ucapan selepas meraih trofi tersebut, bulan lalu.", "Michelle Yeoh jumpa peminat di KL, 18 April ini"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/24/korea-utara-uji-dron-nuklear-dalam-air/", "headline": "Korea Utara uji dron nuklear dalam air", "content": ["Gambar diedarkan KCNA menunjukkan ujian dron nuklear dalam air di Laut Timur.", "SEOUL: Korea Utara mendakwa menguji dron serangan nuklear dalam air yang mampu melancarkan tsunami radioaktif dan memusnahkan kapal serta pelabuhan tentera laut musuh.", "Ujian tersebut dilakukan sebagai tindak balas terhadap latihan Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan baru-baru ini yang disifatkan menggugat keselamatan serantau.", "Menurut Utusan Malaysia, agensi berita KCNA melaporkan, sepanjang latihan bermula Selasa lalu, tentera Korea Utara menguji sistem senjata baharu dengan misi mencetuskan gelombang pemusnah berskala besar.", "KCNA", "“Dron serangan bawah air nuklear ini boleh digunakan di mana-mana pantai dan pelabuhan atau ditarik oleh kapal untuk operasi.", "“Senjata rahsia ini dimasukkan ke dalam air di wilayah Hamgyon Selatan pada Selasa lalu dan semalam ia meletupkan kepala peledak ujian,” kata agensi itu.", "Dron berkenaan dilaporkan sudah berlayar selama 59 jam dan 12 minit pada kedalaman 80 hingga 150 meter.", "Suruhanjaya Tentera Pusat Parti Pekerja Korea Utara menyifatkan latihan itu sebagai amaran kepada musuh mengenai kemungkinan krisis nuklear sebenar dan mengesahkan kebolehpercayaan pasukan nuklear untuk mempertahankan diri.", "Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang mengetuai latihan itu berkata, ujian tersebut harus menjadi amaran kepada AS dan Korea Selatan untuk menyedari keupayaan tidak terhad Korea Utara menyelaras serangan nuklear dengan pantas.", "Selepas setahun rekod ujian senjata dan ancaman nuklear yang semakin meningkat dari Pyongyang, Seoul dan Washington turut meningkatkan kerjasama keselamatan dengan memulakan latihan ketenteraan bersama terbesar mereka dalam tempoh lima tahun.", "Pelancaran latihan Freedom Shield dilakukan pada 13 Mac lalu, kira-kira seminggu selepas Pyongyang menguji peluru berpandu terbesar dan paling berkuasa, Hwasong-17 dan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) kedua tahun ini.", "Freedom Shield", "Korea Utara mengisytiharkan dirinya tidak akan berundur daripada matlamat menjadi kuasa nuklear dan Jong-un baru-baru ini meminta peningkatan ketara dalam pengeluaran senjata, termasuk senjata nuklear taktikal.", "Korea Utara uji dron nuklear dalam air"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/12/sabah-celebrates-a-united-deepavali/", "headline": "Sabah celebrates a united Deepavali", "content": ["Hajiji together with Shahelmey and Jothi lighting the kuthu vilakku (brass lamp).", "KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor joined the Indian community to celebrate Deepavali at the Sabah International Convention Centre (SICC) here today.", "Upon arrival the Chief Minister was greeted by Sabah Indian Chamber of Commerce President Datuk V. Jothi and other dignitaries.", "Later, Jothi also accompanied Hajiji to light the kuthu vilakku (brass lamp) in conjunction with Deepavali.", "Hajiji with Jothi and other dignitaries cutting the Deepavali cake.", "The Majlis Ramah Mesra Deepavali attended by more than 1,000 people was jointly-organised by the State Government and Sabah Indian Chamber of Commerce.", "During the celebration, two cheques worth RM3,000 each were presented to the Sabah Society for the Blind and Jireh Home Tuaran from the State Government and Sabah Indian Chamber of Commerce.", "Hajiji presenting the replica cheque to a representative from Jireh Home.", "Also present were Deputy Chief Minister III Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Finance Minister Datuk Seri Masidi Manjun and Science, Technology and Innovation Minister Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/29/sabah-catat-133-kes-covid-19-minggu-lalu-melonjak-daripada-64-kes-minggu-sebelumnya/", "headline": "Sabah catat 133 kes Covid-19 minggu lalu, melonjak daripada 64 kes minggu sebelumnya", "content": ["Dr. Joachim Gunsalam", "KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 133 kes Covid-19 minggu lalu (21-27 Mei), melonjak sebanyak 108 kes berbanding minggu sebelumnya (14-20 Mei).", "Menteri Penyelaras Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, bilangan kes tempatan meningkat sebanyak 106 peratus (132 minggu lalu berbanding 64 kes minggu sebelumnya), manakala satu kes lagi merupakan kes import.", "“Tiga kes kematian dilaporkan minggu lalu berbanding sifar kes pada minggu sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Menurut Dr. Joachim, purata kes aktif setiap hari bagi minggu lalu meningkat sebanyak 100 peratus (naik ke 14 kes minggu lalu berbanding 7 kes minggu sebelumnya).", "Bilangan pesakit Covid-19 related dalam rawatan menurun sebanyak 8 peratus (daripada 157 kes minggu sebelumnya kepada 144 kes minggu lalu).", "Sementara itu, Dr. Joachim berkata, hanya tiga daerah yang mencatatkan penurunan kes mingguan iaitu Sipitang, Kalabakan dan Tenom.", "Katanya, satu daerah mencatatkan kes mendatar dengan catatan dua kes sama seperti pada minggu epid 20 iaitu daerah Lahad Datu.", "“Manakala 10 daerah yang lain tidak mencatatkan sebarang kes bagi minggu ini. Ini melibatkan daerah Putatan, Kudat, Pitas, Kuala Penyu, Kinabatangan, Tongod, Semporna, Sipitang, Kalabakan dan Tenom.", "“Sebanyak 16 daerah yang mencatatkan peningkatan jumlah kes pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya iaitu Sandakan, Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Keningau, Ranau, Kota Belud, Beaufort, Tambunan, Telupid, Tuaran, Kota Marudu, Nabawan, Beluran, Tawau dan Kunak,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/01/112-mangsa-terperangkap-banjir-di-keningau-diselamatkan/", "headline": "112 mangsa terperangkap banjir di Keningau diselamatkan", "content": ["Pasukan bomba melakukan operasi memindahkan mangsa banjir tersebut. – Ihsan Bomba", "KENINGAU: Seramai 112 penduduk kampung di sini berjaya diselamatkan bomba selepas kediaman mereka dinaiki air, mengakibatkan penduduk berkenaan terperangkap oleh air banjir.", "Keadaan hujan berterusan di sini mengakibatkan banjir di beberapa buah kawasan termasuk Kampung Mempulut, Keningau.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, PKPgB Sharudy Delamin berkata,  kejadian tersebut berlaku pada kira-kira jam 1 pagi hari ini. ", "“Kita menerima panggilan berkaitan insiden tersebut melalui talian balai dan sepasukan seramai tujuh anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Norhasrita Abdul Manan bersama sebuah enjin FRT, sebuah bot dan kenderaan utiliti dikejarkan ke lokasi kejadian.", "“Setibanya di Kg. Mempulut yang terletak 16 kilometer dari BBP, pihak bomba yang turut disertai anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mendapati terdapat 112 orang mangsa terperangkap di kawasan banjir.", "“Pasukan bomba bersama agensi lain bertindak mengeluarkan dan memindahkan mangsa yang terlibat,” katanya. ", "Menurut Sharudy, mangsa yang terdiri daripada 19 keluarga itu seterusnya dihantar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kg. Membulu dan rumah saudara-mara terdekat. ", "“Operasi ditamatkan pada jam 10 pagi namun pemantauan dilokasi terjejas banjir masih dijalankan,” jelas beliau."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/23/sunway-medical-centre-sunway-city-malaysias-first-private-hospital-to-open-a-dedicated-childrens-emergency-department/", "headline": "Sunway Medical Centre, Sunway City – Malaysia’s first private hospital to open a dedicated children’s emergency department", "content": ["From left : Dr Seow Vei Ken, Chief Executive Officer of Sunway Medical Centre, Sunway City, Dr Lee Soon Han, Head of the Accident and Emergency Department at Sunway Medical Centre, Sunway City and Dr Tan Teong Yong, the Head of the Paediatrics Division of Sunway Medical Centre, Sunway City.", "SUNWAY CITY, May 23 (Bernama): The Children’s Emergency Department at Sunway Medical Centre, Sunway City’s Tower D has started its operations on 18 May 2023, making it the first private hospital in Malaysia to offer such dedicated services.  Located in the newly opened Tower D, it is a one-stop centre that caters to the healthcare needs of infants, children and adolescents. “We are proud to have served our first patient yesterday. With a dedicated emergency department for children, we are able to improve our clinical excellence and operational efficiency that will enhance our service quality,” shared Dr Lee Soon Han, Head of the Accident and Emergency Department at Sunway Medical Centre, Sunway City. “There are three zones at the Children Emergency – green, yellow and red that provide specialised care and treatment. For example, there are two bays specifically for children with asthma who require nebulisation so they can be monitored closely.  The red zone is equipped with the latest advanced medical equipment for resuscitation and close monitoring,” he added. In addition, Dr Tan Teong Yong, the Head of the Paediatrics Division of Sunway Medical Centre, Sunway City, shared, “We have a team of paediatric-trained doctors and nurses with extensive experience in various sub-specialties to care for our young patients efficiently and effectively. The Children’s Emergency Department is designed to cater to the needs of our paediatric patients. Patients will have easy access to an extensive range of services within one vicinity, as Tower D is equipped with comprehensive facilities. The Radiology Department is located next to the Children’s Emergency Department and houses the latest Computerised Tomography (CT) scanner, general x-ray and ultrasound services while the latest advanced 3 Tesla MRI (Magnetic Resonance Imaging) service is located on Level 1. The paediatrician’s clinics are also located in Tower D along with the Children Developmental Centre that offers holistic services for our young patients, which will be operational very soon. With these across-the-board facilities, Sunway Medical Centre, Sunway City’s Tower D is a one-stop centre for integrated paediatric healthcare dedicated for children. Meanwhile, the the paediatric wards, Paediatrics Intensive Care Unit (ICU) and High Dependency Unit (HDU) will be located at the new Tower E and they will open in phases soon. “As the largest private quaternary hospital in Malaysia, we are constantly looking for innovative ways to enhance our patients’ experience while keeping their comfort and wellbeing at top of mind. The dedicated Children’s Emergency Department is part of our efforts to provide specialised treatment to our paediatric patients who need more attentive care,” said Dr Seow Vei Ken, Chief Executive Officer of Sunway Medical Centre, Sunway City. Sunway Medical Centre is poised to set new standards of service with this exciting growth, as it aims to transform the Malaysian healthcare landscape. With the impending growth, Sunway Medical Centre, Sunway City will increase its total number of beds from 616 to more than 1,000 while expanding the breadth and depth of its clinical services.About Sunway Medical Centre, Sunway City", "3 Tesla", "About Sunway Medical Centre, Sunway City", "Sunway Medical Centre is the largest private quaternary hospital in Malaysia with 616 licensed beds and is committed to becoming an international healthcare institution of choice. The hospital offers a comprehensive range of medical services, which include state-of-the-art facilities and advanced medical technologies for outpatient and inpatient speciality care, health and wellness programmes and 24-hour emergency services. These are supported by a strong system comprising more than 3,300 dedicated healthcare and hospitality professionals.  Recognising the increasing sophisticated needs in healthcare, Sunway Medical Centre has developed niche areas of medical service, from the field of neurosciences to advanced cancer treatment, and from clinical research to bio-medical technology. Some of the core speciality areas include Cancer, Women and Children, Neuroscience, Heart and Lung, Bone and Joint, and Digestive Health services. Its areas of expertise also include kidney, bone marrow and cornea transplants as well as cell-based and gene-based therapies.              Sunway Medical Centre, the flagship hospital of Sunway Healthcare Group (SHG), is well recognised for an accolade of achievements. The hospital is accredited by the Australian Council on Healthcare Standards (ACHS) and Malaysian Society for Quality in Health (MSQH), and won Frost & Sullivan’s Malaysia Smart Hospital Company of the Year for two years in a row. Sunway Medical Centre is poised to set new standards of service with an exciting growth to an over 1,000 bed hospital from its current 616 beds. ", "SOURCE : Sunway Medical Centre, Sunway City", "SOURCE : Sunway Medical Centre, Sunway City"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/28/harapan-rover-chandrayaan-3-terjaga-semula-tipis/", "headline": "Harapan rover Chandrayaan-3 ‘terjaga semula’ tipis", "content": ["Gambar pendarat Vikram yang dirakam oleh rover Pragyaan.", "NEW DELHI: Beberapa saintis di India berpandangan peluang kenderaan robotik (rover) Chandrayaan-3 untuk kembali ke mod aktif selepas berdepan suhu dingin melampau pada waktu malam di bulan kian ‘malap dengan setiap jam berlalu’.", "Bagaimanapun, pasukan saintis menegaskan mereka akan berusaha sedaya upaya untuk membangunkan semula rover itu sehingga hari lunar terakhir.", "Difahamkan, sehari dan malam di bulan masing-masing bersamaan 14 hari di bumi. ", "Menurut Utusan Malaysia, Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) memaklumkan Jumaat lalu pihaknya cuba menghubungi kapal dan rover selepas hari lunar baharu bermula namun gagal menerima sebarang isyarat.", "Kapal pendarat dikenali sebagai Vikram yang membawa rover Pragyaan, mendarat berhampiran kutub selatan Bulan yang diterokai pada bulan lalu.", "Kedua-dua kapal angkasa itu menghabiskan masa selama dua minggu untuk mengumpul data dan imej, serta selepas itu ditetapkan dalam mod tidur pada  waktu malam di bulan.", "Menurut ISRO, pihaknya berharap bateri akan dicas semula dan modul kembali ke mod aktif apabila matahari lunar terbit sekitar 22 September lalu.", "Jumaat lalu, ISRO dalam satu catatan di aplikasi X menyatakan ‘usaha untuk mewujudkan komunikasi dengan pendarat Vikram dan rover Pragyaan masih akan diteruskan’.", "Setakat ini, tiada kemas kini rasmi sejak itu.", "Bekas ketua ISRO, AS Kiran Kumar memberitahu Selasa bahawa ‘peluang rover itu untuk bangun semula semakin malap dengan setiap jam berlalu’.  ", "“Kapal pendarat dan rover mempunyai begitu banyak komponen yang mungkin tidak dapat bertahan dalam suhu sejuk melampau di bulan.", "“Melainkan pemancar pada pendarat dihidupkan, kami tidak mempunyai sambungan. Ia harus memaklumkan bahawa masih hidup.", "“Walaupun semua sub-sistem lain berfungsi, kami tidak mempunyai cara untuk mengetahuinya,” katanya.", "Sementara itu, jurucakap ISRO mengesahkan usaha untuk menghubungi pendarat dan rover masih sedang diteruskan. ", "India melakar sejarah menerusi misi Chandrayaan-3 apabila menjadi negara pertama yang berjaya mendaratkan kapal angkasa berhampiran kutub selatan bulan. ", "Harapan rover Chandrayaan-3 `terjaga semula’ tipis"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/16/60-pelajar-di-kelantan-yang-bermata-juling-bakal-jalani-pembedahan/", "headline": "60 pelajar di Kelantan yang bermata juling bakal jalani pembedahan", "content": ["Dr. Shatriah Ismail (dua kanan) memberi penerangan berhubung masalah mata juling kepada Naib Canselor USM, Profesor Datuk Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed di HUSM Kubang Kerian, Kelantan, kelmarin.", "KOTA BHARU: Seramai 60 pelajar sekolah menengah di Kelantan yang dikenalpasti mengalami masalah bola mata tidak selari sehingga menjadi juling akan menjalani pembedahan pada tahun ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shatriah Ismail berkata, kesemua pelajar itu dari lima buah daerah iaitu Jeli, Tanah Merah, Tumpat, Pasir Puteh dan Kuala Krai.", "Menurutnya, kesemua pelajar itu dijangka akan menjalani pembedahan membetulkan semula bola mata dalam masa terdekat.", "“Selepas pemeriksaan dijalankan, kebanyakan pelajar yang dikenal pasti mengalami masalah juling disebabkan faktor semasa dilahirkan selain ada antara mereka terjejas akibat penggunaan gajet secara berterusan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lalu.", "“Daripada jumlah 60 pelajar itu, secara puratanya seramai satu hingga dua orang pelajar didapati mengalami masalah juling di setiap sekolah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Seminar Penyakit Mata Juling di HUSM di sini kelmarin.", "Pada majlis itu, seramai 400 orang terdiri daripada kakitangan HUSM dan pelajar hadir sesi seminar yang disampaikan oleh Dr. Shatriah dan Pensyarah Kanan, Pakar Perunding Oftalmologi PPSP, USM, Profesor Dr. Zunaina Embong mengenai Saringan Retinopati Diabetes.", "Dr. Shatriah memberitahu, pelajar sekolah yang dikenal pasti mengalami masalah juling selepas menjalani pemeriksaan menerusi Klinik Bergerak Pakar Mata Juling, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) baru-baru ini.", "Katanya, usaha turun padang oleh pihak HUSM bermula tahun lalu itu dijalankan untuk mengenal pasti golongan pelajar yang mengalami masalah juling.", "“Proses sama sedang dijalankan di sekolah menengah di lima daerah lain iaitu Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Bachok dan Gua Musang ketika ini. Pemeriksaan mata kesemua pelajar di Kelantan dijangka akan selesai dalam masa terdekat.", "“Selepas itu, kita merancang untuk menjalankan pemeriksaan mata kepada murid sekolah rendah selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” ujarnya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/01/60-pelajar-di-kelantan-yang-bermata-juling-bakal-jalani-pembedahan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/01/60-pelajar-di-kelantan-yang-bermata-juling-bakal-jalani-pembedahan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/05/najib-sertai-gagasan-rakyat/", "headline": "Najib sertai Gagasan Rakyat", "content": ["TAWAU: Presiden Pertubuhan Kebajikan Santun Kasih Sabah (Persantun) Datuk Najib Tay Abdullah menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang diketuai oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "Najib berkata, keputusan beliau menyertai Gagasan Rakyat kerana ideologi dan matlamat politik parti itu selaras dengan kepercayaannya sendiri.", "Beliau percaya Gagasan Rakyat sebagai parti berbilang kaum akan meningkatkan kesejahteraan rakyat Sabah dan mewujudkan peluang pembangunan di negeri itu.", "Beliau juga menggesa masyarakat Cina di Sabah untuk menyokong parti tempatan dan menyokong kepimpinan Hajiji dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memperjuangkan kepentingan negeri dan rakyat yang lebih baik.", "Najib Tay Abdullah", "Najib berkata Gagasan Rakyat di bawah GRS telah mewujudkan persekitaran inklusif dengan matlamat untuk kemajuan  dan pembangunan negeri Sabah.", "Beliau berkata GRS juga menyatukan kekuatan semua kaum dalam memacu pembangunan dan ekonomi negeri Sabah.", "Menurut Najib, Hajiji juga memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pembangunan di Sabah.", "Di bawah teraju Ketua Menteri, beliau berkata Gagasan Rakyat telah terbukti sesuai dengan keperluan masyarakat Cina dan komited untuk membawa kemajuan ke Sabah.", "Beliau berharap, penyertaannya dalam  Gagasan Rakyat akan membantu melengkapkan sumber dan bakat politik parti itu.", " “Di bawah pakatan politik berbilang kaum dan inklusif, Gagasan Rakyat akan dapat merealisasikan pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial untuk Sabah,” tegasnya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/16/umw-collaborates-with-ump-to-spearhead-mangrove-trees-planting/", "headline": "UMW collaborates with UMP to spearhead mangrove trees planting", "content": ["A group photo of participants at the mangrove trees planting event in Cherating", "CHERATING, Pahang, May 15 (Bernama): With the target to plant 300,000 mangrove trees by 2023 under the UMW Green Shoots (UGS) Initiative, the UMW Group continued with its tree planting activities in Cherating, Kuantan. ", "In collaboration with UMW Toyota Motor and UMW’s associate company, Perodua, the UGS Initiative is one of the Group’s efforts to offset its greenhouse gas (GHG) emissions. ", "The initiative also reinforces the Group’s commitment towards addressing environmental sustainability and supports the Malaysian government’s mission to achieve 100% carbon neutrality by 2050 under the 12th Malaysia Plan – which is also the UMW Group’s pledge under its Sustainability Roadmap. The mangrove trees planting event in Cherating on 13 May 2023 involved close to 200 participants from Universiti Malaysia Pahang (UMP), which includes the management personnel, the UMP Foundation Board of Trustees, staff and student volunteers as well as 30 UMW personnel based in Kuantan.  They were led by Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, Chairman of the UMP Board as well as the Board of Trustees, Dato’ Abdul Rashid Musa, Chief Mobility & Innovation Officer / President, Aerospace Division, UMW Holdings Berhad as well as Prof. Dato’ Ts Dr Yuserrie Zainuddin, Vice Chancellor of UMP.  According to Abdul Rashid, 2,000 mangrove trees were successfully planted in Pusat Kelip-Kelip Cherating, adding to the 2,600 mangrove trees previously planted in Cherating under the UGS Initiative in 2022. ", "Pusat Kelip-Kelip Cherating", "“We are pleased to have UMP to join us today, to further add to the country’s green cover.  While the UMW Group has been organising tree planting activities over the years, we are scaling up our efforts through the UGS Initiative, focusing on mangrove trees.  As at end March 2023, we have successfully planted 195,200 mangrove trees throughout Malaysia. Based on that, we are on track to plant 300,000 mangrove trees by the end of 2023.  We have chosen to drive this initiative through UGS as mangrove forests are known for their high carbon-sequestration efficiency and are critical to the country’s ecosystem.  This initiative is also in line with the Malaysian Government’s National 100 million Tree-Planting Campaign 2021 – 2025,” he said. He further added: “Mangrove trees are critical to our ecosystem because they also protect the coast from erosion, storms, threats of climate change and help the reproduction of marine life. Mangrove trees are also capable of absorbing atmospheric carbon more than five times per hectare compared with tropical forests.” Meanwhile, Dr Abdul Aziz said: “The UGS Initiative in Cherating demonstrates the commitment of UMW and UMP towards sustainable development and protection of the environment.” ", "He hoped that this initiative will inspire individuals to protect and preserve the environment by implementing various projects including tree planting, green conservation, recycling and environmental education. ", "He said UMP is actively implementing programs focusing on the 17 goals outlined in the Sustainable Development Goals (“SDG”) by the United Nations. “The UGS Initiative is consistent with UMP’s desire to not only include the university students but also the local community to jointly implement various sustainability initiatives as well as creating awareness on the importance of preserving the environment to overcome climate change issues,” he added. Source: UMW CORPORATION SDN. BHD. ", "Source: UMW CORPORATION SDN. BHD. "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/18/ybr-rai-67-pelajar-cemerlang-di-tenom/", "headline": "YBR rai 67 pelajar cemerlang di Tenom", "content": ["Junik menyampaikan sijil anugerah kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan oleh Syaiful Rizal.", "TENOM: Yayasan Bank Rakyat (YBR) meraikan 63 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di lapan buah sekolah menengah di sekitar daerah ini bagi membantu meningkatkan tahap pendidikan murid-murid di sana.", "Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM dan STPM 2022 yang diadakan di Hotel Perkasa Tenom hari ini disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Junik Bajit.", "Turut hadir ialah Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.", "Junik berkata, pihaknya amat mengambil berat dan terpanggil untuk membantu mereka yang berpontensi dalam agenda meningkatkan tahap pendidikan dikalangan pelajar-pelajar khususnya yang bagi mereka yang berada di luar bandar.", "“Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan pelajar untuk memulakan pengajian di peringkat tertier serta sebagai pembakar semangat bagi meneruskan kejayaan untuk meningkatkan sosioekonomi keluarga ke peringkat seterusnya,” katanya.", "Jelas beliau, usaha ini juga menjadi salah satu inisiatif dalam memastikan masyarakat sentiasa mendapat pendidikan yang terbaik serta membantu melahirkan masyarakat yang lebih berilmu terutamanya di Sabah. ", "Di dalam majlis yang sama, seramai empat pelajar yang masih meneruskan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar Sabah turut menerima Bantuan Awal Pengajian (BAP) YBR sebagai bantuan untuk memulakan pengajian atau sebagai kegunaan menguruskan kelengkapan yang diperlukan untuk meneruskan pengajian.", "Sejak Januari tahun ini sehingga kini, YBR sudah menyalurkan peruntukan sebanyak RM237,000 menerusi BAP bagi membantu pelajar dari keluarga B40 untuk menyambung pelajaran di insti¬tusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun di insti¬tusi pengajian tinggi swasta (IPTS)."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/02/umar-pecah-dua-rekod-kebangsaan-dalam-tempoh-24-jam/", "headline": "Umar pecah dua rekod kebangsaan dalam tempoh 24 jam", "content": ["PETALING JAYA: Umar Usman terus melakar sensasi apabila memecah rekod 400 meter (m) kebangsaan buat kali kedua dalam tempoh 24 jam.", "Menurut Utusan Malaysia, atlet berusia 20 tahun itu mencatat kepantasan 46.09 saat (s) pada separuh akhir Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2023 di Chengdu, China, pagi tadi.", "Umar memadam catatan 46.33s yang dilakukan di peringkat saringan semalam.", "Ini rekod kebangsaan ketiga yang dicatat atlet kelahiran Johor itu dalam tempoh tiga bulan.", "Pada Sukan SEA di Phnom Penh, Mei lalu, dia mencatat masa 46.34s untuk memecah rekod kebangsaan berusia 22 tahun milik Zaiful Zainal Abidin iaitu 46.41s.", "Umar menamatkan saringan ketiga separuh akhir hari ini di tempat ketiga di belakang atlet Australia, Reece Nathaniel Holder (45.75s) dan Kenki Imaizumi dari Jepun (46.01s).", "Kejayaan itu melayakkan Umar beraksi dalam perlumbaan akhir esok. ", "Umar pecah dua rekod kebangsaan dalam tempoh 24 jam"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/03/eain-yow-sivasangari-ketuai-cabaran-malaysia-ke-suku-akhir/", "headline": "Eain Yow, Sivasangari ketuai cabaran Malaysia ke suku akhir", "content": ["Ng Eain Yow yang diletakkan sebagai pilihan pertama mara ke suku akhir selepas menundukkan Syed Azlan Amjad pada peringkat 16 terbaik Sukan Asia di Hangzhou, China, kelmarin – Ihsan WSF", "PETALING JAYA: Perseorangan skuasy utama Malaysia, Ng Eain Yow dan S. Sivasangari melayakkan diri ke suku akhir selepas membuka aksi dengan kemenangan pada peringkat 16 terbaik Sukan Asia di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, China, kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Juara Asia, Eain Yow yang turun sebagai pilihan pertama menewaskan Syed Azlan Amjad dari Qatar 11-3, 11-1, 11-2 dalam masa 20 minit.", "Rakan senegaranya, Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar turut mengikut jejak langkah pemain No. 19 dunia itu, tetapi dia dipaksa bekerja keras sebelum menumpaskan pemain Sri Lanka, Hashintha Laksiri Ravindu 10-12, 11-6, 11-7, 13-11 dalam aksi berlangsung selama hampir sejam.", "Addeen ketika dihubungi selepas perlawanan berkata, dia tak bermula baik apabila membiarkan lawan menguasai permainan.", "“Saya kena bersedia lebih baik untuk suku akhir bertemu pemain Qatar, Abdulla Tamimi, dia pilihan keempat.", "“Abdulla memiliki permainan yang laju, saya perlu berbincang dengan jurulatih untuk perlawanan, esok, harap dapat mempamerkan persembahan yang baik,” katanya.", "Dalam saingan wanita, Sivasangari yang kini berada pada prestasi terbaik sejak kembali ke gelanggang selepas berehat panjang kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya, tahun lalu, hanya memerlukan 14 minit untuk mengetepikan Noor Ul Ain Ijaz dari Pakistan 11-3, 11-2, 11-1.", "Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu yang menjadi tonggak Malaysia meraih pingat emas dalam acara berpasukan, Ahad, dilihat mempunyai peluang cerah membawa pulang emas kedua untuk sukan skuasy sekalipun hanya diletakkan sebagai pilihan ke-3/4.", "Selain Sivasangari, Malaysia turut mempertaruhkan naib juara remaja dunia, Aira Azman dalam perseorangan wanita, memandangkan kakaknya, Aifa mahupun Rachel Arnold beraksi dalam beregu campuran yang berlangsung serentak dengan acara perseorangan.", "Aira, 19, yang juga juara remaja Asia turut melangkah ke suku akhir selepas menewaskan Liu Kwai Chi dari Macau 11-0, 11-4, 11-4 hanya dalam masa 16 minit.", "Sementara itu, dalam aksi Kumpulan C beregu campuran, Ivan Yuen-Rachel mengalahkan wakil Nepal, Amir Bhlon-Swasthani Shrestha 11-6, 11-2 hanya dalam masa 11 minit.", "Hari ini, beregu No. 2 negara itu perlu menang ke atas pasangan Hong Kong, Wong Chi Him-Lee Ka Yi jika berhajat mara ke suku akhir.", "Bagi gandingan No. 1 Malaysia, Mohamad Syafiq Kamal-Aifa Azman yang tidak beraksi, kelmarin, telahpun mengesahkan slot suku akhir menjadi milik mereka, apabila mencatat dua kemenangan dalam aksi Kumpulan B, Ahad.", "Dalam perlawanan terakhir, hari ini, Syafiq-Aifa akan turun menentang Robert Andrew Garcia-Jemyca Aribado dari Filipina bagi menentukan juara dan naib juara kumpulan. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/10/eain-yow-sivasangari-ketuai-cabaran-malaysia-ke-suku-akhir/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/10/eain-yow-sivasangari-ketuai-cabaran-malaysia-ke-suku-akhir/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/11/persidangan-ekonomi-cina-sabah-23-ogos-ini/", "headline": "Persidangan Ekonomi Cina Sabah 23 Ogos ini", "content": ["Yong (kiri) menerangkan sesuatu kepada Tun Juhar (dua dari kiri). ", "KOTA KINABALU: Persidangan Ekonomi Cina Sabah anjuran enam gabungan persatuan akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 23 Ogos ini. ", "Pengerusinya, Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, persatuan-persatuan tersebut adalah Sabah China Chamber of Commerce, ", "Sabah China Chamber of Commerce", "Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sabah (SME Sabah) serta Dewan Perdagangan Malaysia-China Cawangan Sabah.", "“Turut terlibat, Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (SATTA), Persatuan Penyelidikan Laluan Sutera Maritim Malaysia (Malaysia Maritime Silk Route Research Society) dan Persatuan Penyelidikan Laluan Sutera Maritim Sabah (Sabah Maritime Silk Route Research & Advancement Society). “Bertemakan ‘New Mindset (pemikiran baru), program yang dijangkaakan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ini diadakan bertujuan bagi memperkukuh, membincangkan pengurusan dan menggalakkan pembangunan industri bagi meningkatkan ekonomi terutamanya di Sabah. ", "Malaysia Maritime Silk Route Research Society", "Sabah Maritime Silk Route Research & Advancement Society", "‘New Mindset ", "“Melalui perbincangan di kalangan pakar, sarjana, usahawan dan wakil daripada semua sektor beserta penyelarasan serta kedinamikan dasar kerajaan Sabah, kami berharap dapat mencari penyelesaian konkrit dan mempraktikkannya,” katanya semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, pada Khamis.", "Turut hadir, Presiden SATTA, Datuk Seri Winston Liaw, Presiden SME Sabah, Datuk Foo Ngee kee, Presiden Prof Dr Wilson Yong Yong Tung Tyng."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/10/%e5%93%88%e8%8a%9d%e8%8a%9d%ef%bc%9a%e6%8e%a8%e5%8b%95%e6%8a%80%e8%81%b7%e6%95%99%e8%82%b2-%e5%9f%b9%e9%a4%8a%e7%86%9f%e7%b7%b4%e4%ba%ba%e8%b3%87%e7%99%bc%e5%b1%95%e6%b2%99%e7%b6%93%e6%bf%9f/", "headline": "哈芝芝:推動技職教育 培養熟練人資發展沙經濟", "content": ["(亞庇十日訊)沙巴首長拿督斯里哈芝芝表示,技術與職業教育與培訓(TVET)計劃,對沙巴繼續發展經濟領域的努力非常重要,特別是在沙巴進步繁榮大藍圖計劃下。", "他說,技職培訓能夠為畢業生培養熟練的人力資源,並減少對外勞的依賴。", "他說,沙巴擁有自然資源、石油和天然氣、農業和投資領域,希望根據政府的努力發展製造業等,以確保促進經濟成長。", "「政府已成功吸引許多外國投資者在沙巴開展業務,其中包括SKNexilis公司的銅箔廠和旗濱太陽能玻璃製造廠。」", "「沙巴政府已確定這家工廠80%的勞動力將是當地居民。但遺憾的是,該公司為沙巴人提供的職缺仍未填滿,因為他們沙巴人缺乏必要的技能。」", "他在麥哲倫絲綢港主持2023年沙巴職業技術教育與培訓研討會時如此表示,其講稿由首長署助理部長拿督尼占代讀。", "首長表示,透過根據行業需求協調職業技術教育與培訓計劃,我們可以確保我們的畢業生不僅能夠填補所提供的空缺,還能透過培養創新文化創造就業機會。", "他補充說,沙巴家長也需要保持開放的態度,不要將技職教育視為第三或第四個選擇,而是需要認識到技職教育在工業革命4.0時代非常重要。", "他強調:「年輕人需要抓住機會進入技職領域,因為所提供的課程已根據勞動力市場的需求進行了調整,從而保證了未來的就業機會。」", "哈芝芝表示,技職教育不僅僅是為個人提供技能,它也是賦權、就業機會和經濟成長的代名詞,此外還與培養推動沙巴在21世紀進步的創新者、企業家和技術工人密切相關。", "他說,在當今的科技時代,數位化和「人工智慧」是可以代替人類完成任務的新資源,讓沙巴的年輕人做好準備適應技術進步以面對未來的挑戰非常重要。", "因此,他說,2023年沙巴職業教育與培訓研討會的主題是「職業技術教育與培訓在沙巴州推動創新和磨練人才中的作用」,清楚地表明沙巴職業教育與培訓機構是引領轉型的前線,除了從一個學習中心,到一個創新和技能發展中心。", "哈芝芝表示,職業技術教育與培訓的成功不僅取決於教育機構,而是需要政府、產業和經濟界共同努力的集體努力。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/10/juruterbang-new-zealand-dijadikan-tebusan-puak-pemisah-di-indonesia/", "headline": "Juruterbang New Zealand dijadikan tebusan puak pemisah di Indonesia", "content": ["Kumpulan pemisah Papua menghampiri pesawat Susi Air dipandu Philip Mehrtens ketika mendarat di daerah pegunungan Nduga.", "JAKARTA: Seorang juruterbang warga New Zealand dijadikan tebusan oleh puak pemisah di wilayah Papua, Indonesia.", "Kumpulan pemisah itu turut mengancam untuk membunuh juruterbang berkenaan, dikenali sebagai Kapten Philip Mehrtens.", "Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, lelaki itu dijadikan tebusan selepas pesawat dipandunya dibakar ketika mendarat di daerah pergunungan Nduga.", "Lima penumpang yang menaiki pesawat itu termasuk seorang kanak-kanak kecil dipercayai telah dibebaskan. ", "Puak pemisah itu menuntut Indonesia mengiktiraf kemerdekaan wilayah Papua Barat. ", "Menurut polis, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu, namun menyatakan kawasan itu sukar ditembusi dan hanya boleh diakses melalui laluan udara.  ", "Kumpulan Tentera Pembebasan Papua Barat mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.", "Jurucakap kumpulan itu, Sebby Sambom berkata, juruterbang itu akan dihukum bunuh sekiranya Indonesia masih berkeras dan gagal berunding mengenai kemerdekaan Papua Barat.", "Kerajaan New Zealand menyatakan pihaknya maklum dengan kejadian itu dan konsulatnya di Jakarta menyalurkan bantuan kepada keluarga Mehrtens.", "Dilaporkan, ketika kejadian, pesawat milik Susi Air sedang membawa bekalan dari bandar perlombongan Timika.   ", "Juruterbang New Zealand dijadikan tebusan puak pemisah di Indonesia"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/06/%e5%ae%89%e8%8f%af%ef%bc%9a%e6%b2%99%e5%b7%b4%e5%b1%80%e5%8b%a2%e5%b9%b3%e9%9d%9c/", "headline": "安華:沙巴局勢平靜", "content": ["(吉隆坡六日訊)首相安華否認沙巴因為有勢力企圖推翻現有沙巴政府而引起政治動蕩。", "據馬來西亞前鋒報報導,首相說他已就此事聯繫了民興黨和國陣的領袖,並且討論了幾個問題。", "「我已經聯繫了所有人,包括沙巴首長拿督哈芝芝、民興黨主席拿督斯里沙菲益阿達以及沙巴國陣主席拿督邦莫達。」", "「而且我也與全國國陣主席阿末扎希以及全國行動黨秘書長陸兆福討論了。」", "「目前情況似乎很平靜,我認為沒有動蕩。」", "他今天在武吉阿曼清真寺進行星期五祈禱後接受記者採訪時說。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/02/dua-lelaki-mabuk-rempuh-pesara-sehingga-maut/", "headline": "Dua lelaki mabuk rempuh pesara sehingga maut", "content": ["Lokasi kejadian di Plaza Pandan Malim, Melaka", "MELAKA: Hanya kerana berang ditegur memasang lagu terlalu kuat di dalam kereta sehingga mengganggu keamanan setempat, dua lelaki bertindak ganas merempuh seorang pesara berusia 57 tahun, dalam kejadian di Plaza Pandan Malim di sini, Isnin lalu.", "Ketika kejadian kira-kira 2.45 pagi itu, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah setelah hampir 11 jam menerima rawatan di Hospital Melaka.", "Menurut Utuaan Malaysia, anak mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, sebelum insiden dia dan bapanya telah menegur pelaku yang menaiki kereta jenis Perodua Axia kerana memasang muzik terlalu kuat di kawasan rumahnya di Kampung Padang.", "Katanya yang berusia 20-an, kedua-dua lelaki itu kemudian telah beredar selepas ditegur, namun datang semula ke lokasi sama dengan sengaja mencetuskan provokasi.", "“Kedua-dua mereka pada awalnya beredar, namun datang semula beberapa minit kemudian dengan membuat beberapa pusingan sambil memasang muzik kuat membuatkan kami keluar semula untuk menegur.", "“Pemandu kereta itu cuba melanggar saya, saya berlari ke belakang sebuah restoran 24 jam di bangunan Plaza Pandan Malim untuk menyelamatkan diri.", "“Kereta itu kemudian menuju ke arah ayah dan terus melanggar serta menyeretnya hampir 20 meter ke belakang kedai,” katanya ketika ditemui pemberita.", "Tambahnya yang juga saksi kejadian, jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang.", "“Kedua-dua mereka dipercayai mabuk telah melarikan diri, ayah pula disahkan meninggal dunia pukul 2.04 petang ketika dirawat di hospital,” ujarnya.", "Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan telah membuat tangkapan ke atas seorang suspek berusia 28 tahun.", "Katanya, polis masih mengesan seorang lagi lelaki tempatan berumur 27 tahun untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.", "Dua lelaki mabuk rempuh pesara sehingga maut"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/21/uitm-diharap-teruskan-program-program-bermanfaat-kepada-masyarakat/", "headline": "UiTM diharap teruskan program-program bermanfaat kepada masyarakat", "content": ["Dr. Mohd. Arifin merasmikan Ekspo Selangkah Ke UiTM 2023 Peringkat UiTM Cawangan Sabah yang diadakan di 1Borneo Hypermall, di sini hari ini.", "KOTA KINABALU: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif berharap Universiti Teknologi MARA (UiTM)  dapat meneruskan program-program yang bermanfaat kepada seluruh lapisan masyarakat.", "Beliau berkata, UiTM berperanan penting dalam meluaskan akses pendidikan tinggi dan pembinaan negara dengan menyerlahkan potensi, membentuk masa hadapan.", "Katanya, UiTM merupakan salah sebuah Universiti Pilihan Majikan dalam Indeks Kebolehpasaran Graduan Kebangsaaan 2023. ", "Pengiktirafan serta pencapaian ini menjadi kekuatan serta komitmen UiTM dalam melahirkan graduan yang serba lengkap bagi memenuhi keperluan dan harapan pasaran kerja, tambahnya.", "Mengucapkan tahniah kepada UiTM dan warganya, Dr. Mohd. Arifin berkata, UiTM sering dilihat sebagai institusi pendidikan tinggi yang sentiasa menyumbang serta menyokong usaha pihak Kementeriannya melalui banyak program yang telah dijalankan sebelum ini.", "“Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan KSTI yang telah dimeterai pada tahun lepas merupakan contoh kerjasama dalam melaksanakan dialog antarabangsa bersama Persatuan Pendidikan dan Kebudayaan Asia China (ACEC) selain menghubungkan rakan strategik dalam dan luar negara mereka kepada KSTI.", "“Pelbagai program lain yang telah dijalankan oleh UiTM bersama syarikat industri seperti Petronas, Maybank, TikTok juga dilihat memberikan peluang pekerjaan, pendedahan kemahiran sains dan digital teknologi kepada mahasiswa serta komuniti setempat", "“Saya berharap agar UiTM dapat meneruskan program-program seperti ini yang bermanfaat kepada seluruh lapisan masyarakat,” katanya ketika merasmikan Ekspo Selangkah Ke UiTM 2023 Peringkat UiTM Cawangan Sabah yang diadakan di 1Borneo Hypermall, di sini hari ini.", "Ekspo tersebut turut meraikan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UiTM Cawangan Sabah yang mana ia ditubuhkan sejak tahun 1973.", "Pembukaan kampus UiTM Cawangan Sabah bermula hasil usaha serta kerjasama dan bantuan daripada Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah. ", "Pada awal penubuhannya ia dikenali sebagai (Yayasan Sabah – Institut Teknologi MARA / YS-ITM) dan terletak di Kampus sementara di Jalan Mat Salleh, Sembulan, Kota Kinabalu.", "“UiTM kini ialah universiti komprehensif terbesar di Malaysia yang menawarkan lebih daripada 500 program akademik dari peringkat Asasi sehingga peringkat Sarjana dan PhD, serta Program Professional,” kata Dr. Mohd. Arifin."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/28/%e6%81%90%e5%9a%87%e7%87%92%e6%8e%89%e5%89%8d%e5%a6%bb%e6%88%bf%e5%b1%8b-%e7%94%b7%e5%ad%90%e5%88%a4%e7%9b%a33%e5%b9%b4/", "headline": "恐嚇燒掉前妻房屋 男子判監3年", "content": ["(斗湖廿八日訊)1名男子刑事恐嚇威脅要燒掉前妻的房子罪成,斗湖法庭判處3年監禁", "據《馬來西亞前鋒報》報導,33歲的被告承認刑事恐嚇1名婦女。", "被告被指控於9月22日晚上9時30分,在斗湖阿拔士路前往前妻的房子並倒柴油,聲稱將燒燬前妻的房屋。", "因此,被告觸犯《刑法典》第506條文,一旦罪成,可判處最高7年監禁或罰款,或兩者兼施。", "事件起因是被告不被允許見到他們最小的孩子,這導致被告憤怒並威脅要燒燬前妻的房子。", "根據警方報告,被告於第二天(9月23日)上午10時30分被捕。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/14/978-permohonan-semakan-hukuman-mati-penjara-sepanjang-hayat/", "headline": "978 permohonan semakan hukuman mati, penjara sepanjang hayat", "content": ["Azalina Othman Said", "PETALING JAYA: Sebanyak 978 permohonan yang membabitkan 1,020 banduan hukuman mati dan penjara sepanjang hayat telah diterima untuk semakan di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jumlah itu sehingga 9 November lalu selepas semua permohonan hendak dikemukakan kepada mahkamah dalam tempoh masa 90 hari dari tarikh akta dikuatkuasakan.", "Katanya, pecahan bilangan 978 itu membabitkan 861 permohonan bagi semakan hukuman mati dan 117 permohonan semakan pemenjaraan sepanjang hayat.", "“Secara keseluruhannya terdapat seramai 1,020 banduan hukuman mati dan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat yang layak mengemukakan permohonan mereka.", "“Pelaksanaan bagi pengendalian prosiding mahkamah ini telah mengambil kira pelbagai faktor mengikut keutamaan termasuklah umur banduan, tahap kesihatan dan tempoh pemenjaraan banduan serta pertimbangan-pertimbangan lain mendesak,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Menurut Azalina, pada hari ini merupakan hari bersejarah bagi negara kerana permohonan-permohonan bagi Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) didengar di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.", "Katanya, tujuh banduan hukuman mati bagi kesalahan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 telah melalui semakan hukuman mati manakala empat orang bagi pemenjaraan sepanjang hayat.", "“Hal ini membuktikan bahawa prinsip restorative justice dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia adalah sentiasa terpelihara. Kejayaan ini turut mencerminkan komitmen kerajaan dalam mempromosi dan mempertahankan hak asasi manusia sejagat,” katanya.", "restorative justice", "Pada masa sama, kata Azalina, Kerajaan Perpaduan menegaskan bahawa hukuman mati kesalahan-kesalahan jenayah masih kekal dalam sistem pentadbiran jenayah di Malaysia, namun bukan lagi mandatori seperti sebelum ini.", "Katanya, pindaan undang-undang telahpun memberi pilihan kepada hakim untuk menggunakan budi bicara masing-masing dalam mengenakan hukuman yang sewajarnya seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang berkenaan.", "“Perkara ini selari dengan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk memberi peluang kedua kepada banduan akhir untuk kembali ke masyarakat dan keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup mereka sebagai rakyat biasa,” katanya. ", "978 permohonan semakan hukuman mati, penjara sepanjang hayat"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/06/%e5%85%83%e9%a6%96%e7%82%ba%e6%b2%99%e7%a7%bb%e4%ba%a4%e6%b3%95%e5%ba%ad%e5%a4%a7%e5%bb%88%e6%8f%ad%e5%b9%95/", "headline": "元首為沙伊教法庭大廈揭幕", "content": ["(亞庇六日訊)國家元首蘇丹阿都拉今日正式為位於里卡士的沙巴伊教法庭大廈主持揭幕禮。", "出席活動尚包括沙巴元首敦朱哈、副首相拿督斯里法迪拉、沙巴首長拿督哈芝芝、聯邦宗教部長莫哈末納因、沙巴財政部長拿督斯裡里馬希迪、沙巴科學、工藝及革新部長阿里芬以及沙巴政府秘書沙法等人。", "國家元首在致開幕詞後,在沙巴元首敦朱哈以及聯邦宗教部長莫哈末納因的陪同下,在沙巴伊教法庭大廈牌匾上簽名。", "隨後,陛下參觀了伊斯蘭上訴法庭,並在訪客登記簿上簽名。", "該活動是國家元首瞭解婆羅洲之旅行程的一部份。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/10/bintang-ufc-china-trauma-dirompak-lelaki-bersenjata/", "headline": "Bintang UFC China trauma dirompak lelaki bersenjata", "content": ["Song Yadong", "VALLEJO, CALIFORNIA: Bintang tempur China, Song Yadong mendedahkan disamun empat lelaki bersenjata di sebuah stesen minyak di Tennessee Street, Vallejo, Selasa.", "Menurut Utusan Malaysia, Yadong, 25, yang bertarung dalam Ultimate Fighting Championship (UFC) dan terkenal dengan julukan The Kungfu Monkey mengakui, sehingga hari ni dia masih trauma de­ngan apa yang berlaku.", "“Buat pertama kali dalam hidup, saya berdepan situasi ini.", "“Malam tadi (Selasa), saya dan rakan saya memandu pulang ke Sacramento dari San Francisco. Dalam perjalanan pulang, kami telah dirompak oleh empat lelaki kulit hitam yang bersenjata api.", "“Apabila tiba, empat orang kulit hitam yang merompak kami sudah berada di sana. Mereka tidak mengikuti kami tetapi mereka sedang menunggu mangsa,” kata petarung ka­tegori bantamweight itu Selasa.", "bantamweight", "Yadong yang kali terakhir bertarung pada April lalu berkata, selepas membeli air di stesen minyak, mereka didekati dan ditahan perompak bersenjata api serta diminta menyerahkan barang berharga.", "“Kumpulan lelaki itu menyuruh saya menyerahkan wang, dompet, rantai leher dan memukul dengan pemegang pistol. Saya sedar, lebih baik mengikut arahan daripada melawan seseorang yang memiliki pistol.", "“Kejadian berlaku pukul 2 pagi di stesen minyak di Tennessee Street di Vallejo. Semua pelaku memakai topeng,” katanya. ", "Bintang UFC China trauma dirompak lelaki bersenjata"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/09/kanak-kanak-maut-akibat-ditinggalkan-dalam-kereta/", "headline": "Kanak-kanak maut akibat ditinggalkan dalam kereta", "content": ["Kenderaan tempat kanak-kanak perempuan tertinggal selama lapan jam.", "PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas lapan jam berada dalam kenderaan di Ara Damansara, di sini semalam.", "Dalam kejadian pada pukul 3 petang mangsa berlaku akibat ibunya menyangka sudah menghantar anaknya ke tadika.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 3.40 petang menyatakan mangsa tidak sedarkan diri di rumah di Ara Damansara, di sini.", "Menurutnya, hasil siasatan mendapati, ibu mangsa berusia 30-an menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran dan seterusnya ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa pada pukul 7 pagi.", "“Sampai di tadika, ibu mangsa berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.", "“Ibu mangsa terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta pada pukul 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Mohamad Fakhruddin berkata, bapa mangsa membuat panggilan Mers 999, memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian.", "“Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia.", "“Bedah siasat dijalankan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.", "Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka, lebih bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan anak di bawah jagaan masing-masing.", "“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya. ", "Lagi kanak-kanak maut akibat ditinggalkan dalam kereta, kali ini perempuan berusia dua tahun"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/12/menu-rahmah-untuk-kucing/", "headline": "Menu Rahmah untuk kucing", "content": ["Hamisah Abd. Hamid menjual ‘Makanan Kucing Rahmah’ di kedai runcitnya di Kampung Pogoh, Segamat, Johor.", "SEGAMAT: Seorang peniaga makanan kucing memperkenal pakej ‘Makanan Kucing Rahmah’ dengan menjualnya pada harga RM4 sebungkus sejak dua minggu lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Hamisah Abd. Hamid, 55, berkata, inisiatif itu menerima sambutan baik dan menarik ramai pelanggan termasuk dari luar Segamat ke kedainya.", "“Sebelum ini saya menjual sebungkus makanan kucing yang mengandungi perisa ikan dan campuran perisa ikan laut dengan berat 300 gram (g) hingga 400g pada harga RM4.50 dan RM4.80.", "“Konsep Menu Rahmah itu tidak harus dikecilkan hanya bagi makanan manusia. Ini kerana pembelian makanan haiwan juga memberi impak ekonomi kepada pencinta haiwan tersebut.", "“Pengusaha produk lain sewajarnya turut serta supaya dapat dinikmati semua golongan masyarakat terutama sekali golongan B40,” katanya ketika ditemui di kedai runcitnya di Kampung Pogoh, di sini, Jumaat.", "Hamisah berkata, langkah memperkenal ‘Makanan Kucing Rahmah’ juga dapat membantu lebih ramai pencinta haiwan untuk bersedekah kepada kucing jalanan.", "“Walaupun menawarkan bungkusan makanan kucing dengan harga lebih rendah, saya masih memperoleh keuntungan. Pada hari pertama, sebanyak 50 peket bungkusan makanan kucing terjual dalam masa 40 minit sahaja.", "“Saya terkejut dengan sambutan ini. Jadi, saya tambah bekalan dan semalam, 65 bungkus terjual serta akan tambah lagi jika permintaan meningkat,” katanya sambil memberitahu setiap belian dihadkan dua bungkus sahaja bagi memberi peluang kepada pelanggan lain.", "Sementara itu, seorang pelanggan, Umar Othman, 53, berpuas hati dengan harga Makanan Kucing Rahmah yang ditawarkan.", "“Saya baru tahu mengenai kewujudan Makanan Kucing Rahmah ini dan baru kali pertama membelinya. Bagi saya, harga RM4 ini sangat berbaloi dan lebih jimat.", "“Kalau sebelum ini saya berbelanja untuk enam ekor kucing mencecah RM10 sehari, tapi sekarang boleh buat dua kali makan dalam sehari. Saya berharap ada lebih banyak lagi kedai yang menawarkan Makanan Kucing Rahmah ini,” katanya. ", "Menu Rahmah untuk kucing"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/19/jutaan-ikan-sungai-darling-baaka-mati-akibat-gelombang-haba/", "headline": "Jutaan ikan sungai Darling-Baaka mati akibat gelombang haba  ", "content": ["WELLINGTON: Penduduk di sebuah bandar kecil di Australia dikejutkan dengan berjuta-juta bangkai ikan terapung di permukaan sungai di negara itu.   ", "Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, kematian ikan pada skala besar itu mula-mula dilaporkan pada pagi semalam di Menindee, New South Wales (NSW).", "Menurut pihak berkuasa, kejadian itu mungkin berpunca daripada gelombang haba berterusan yang menjejaskan sungai Darling-Baaka.   ", "Penduduk tempatan memaklumkan satu lagi kematian ikan besar-besaran berlaku di bandar itu selepas pernah mengalami insiden yang serupa tiga tahun lalu.", "Jabatan Industri Utama (DPI) NSW dalam satu catatan di Facebook memaklumkan gelombang haba memberi ‘tekanan’ pada sistem yang sedang mengalami situasi ekstrem akibat banjir besar-besaran.", "Menurut jabatan itu, kematian ikan pada skala besar itu turut menyukarkan penduduk tempatan yang tinggal di sekitar sungai tersebut.", "“Kami akan bekerjasama dengan agensi Persekutuan untuk bertindak terhadap insiden terbaharu ini, termasuk menjalankan siasatan untuk mencari punca,” jelasnya. ", "Dilaporkan, kira-kira 500 penduduk tinggal di bandar terletak di barat NSW.", "Sungai Darling-Baaka adalah sebahagian daripada sistem Murray-Darling sepanjang ratusan kilometer merentasi beberapa negeri di Australia.", "Sementara itu, seorang penduduk Menindee bernama Graeme McCrabb menyifatkan lautan bangkai ikan terapung di permukaan air itu sebagai amat kritikal.", "Malah, dia berasa bimbang risiko kematian ikan pada skala besar akan terus berlaku memandangkan bangkai ikan yang sudah reput menyedut lebih banyak oksigen daripada air.    ", "Jutaan ikan sungai Darling-Baaka mati akibat gelombang haba  "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/13/remaja-dipenjara-dua-tahun-rancang-serangan-maut-di-sekolah/", "headline": "Remaja dipenjara dua tahun rancang serangan maut di sekolah", "content": ["BERLIN: Seorang remaja dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di Jerman kerana merancang satu serangan maut ke atas sekolahnya sendiri.", "Menurut Utusan Malaysia, Jurucakap Mahkamah Tinggi Duesseldorf, remaja berusia 17 tahun itu didapati bersalah merancang tindakan keganasan serius yang membahayakan negeri. ", "Pendakwa raya Jerman sebelum ini berkata, remaja itu, dinamakan sebagai Jeremy R., merancang serangan bermotifkan pelampau sayap kanan pada 13 Mei 2022.", "Perancangan pembunuhan beramai-ramai menggunakan bahan letupan dan pelbagai senjata lain bagaimanapun dihalang apabila remaja itu ditahan polis sehari sebelumnya.", "Berdasarkan perancangan Jeremy, guru-guru dan bilangan murid yang ramai akan dibunuh dalam serangan itu, kata pendakwa raya.", "Jeremy yang berusia 16 tahun pada waktu penahanannya didakwa  memperoleh bahan yang diperlukan untuk memasang bom paip dan mendapatkan maklumat di internet mengenai cara-cara membinanya.", "Dia juga memasang senjata termasuk pisau, buku jari tembaga, parang, busur silang dan anak panah serta senjata api, kata pendakwa raya.", "Kejadian tembakan di sekolah adalah jarang berlaku di Jerman yang mempunyai  undang-undang senjata api yang paling ketat di Eropah.", "Remaja dipenjara dua tahun rancang serangan maut di sekolah"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/03/koporintaan-pogun-pinopotoluod-8-mutusikol-kiinjin-agayo-kumaa-pulis-sabah/", "headline": "Koporintaan pogun pinopotoluod 8 mutusikol ki’injin agayo kumaa pulis Sabah", "content": ["Hajiji suminakai mutusikol wagu dilo’ om poingintong io’ Jauteh di Safar.", "KOTA KINABALU: Pulis Sabah nakaramit walu’ mutusikol ki’injin agayo kigatang RM1.076 riong id duo fasa kapatahakan mantad Koporintaan Pogun.", "Boyoon Montiri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor pinopotunui apat mutusikol id siriba’ fasa kumoiso’ kumaa di Pesuruhjaya Pulis Sabah, Datuk Jauteh Dikun id Menara Kinabalu, do hiti di tadau baino’.", "Hajiji pinapatahak ‘replika’ kunci mutusikol wagu kuminaa di Jauteh.", "Nokotindapou nogi’ i Monunurat Koporintaan Pogun, Datuk Seri Sr. Safar Untong."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/23/lari-tinggalkan-van-bawa-syabu-rm17-9-juta/", "headline": "Lari tinggalkan van bawa syabu RM17.9 juta", "content": ["Azman Ayob (dua dari kanan) bersama pegawai menunjukkan bungkusan syabu semasa sidang akhbar di IPD Tanah Merah, Kelantan, kelmarin.", "TANAH MERAH: Seorang lelaki bertindak melarikan diri dengan meninggalkan sebuan van yang membawa syabu bernilai RM17.9 juta di Jalan Wan Ahmad di sini, selepas aktiviti itu berjaya di kesan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu, Selasa.", "Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, anggota Batalion 9 Kuala Terengganu yang melakukan rondaan rutin telah mengesan sebuah van jenis Nissan Vanette berada dalam keadaan mencurigakan.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob berkata, anggota bertugas kemudian telah bertindak melakukan pemeriksaan dan mendapati seorang lelaki telah bertindak melarikan diri ke arah semak berhampiran lokasi.", "Menurutnya, suspek bertindak meninggalkan van tersebut tanpa sempat mematikan enjin dipercayai terkejut dengan kehadiran anggota PGA.", "“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas van berkenaan telah menemukan 13 guni pitih yang mengandungi 499 peket plastik yang bertulis ‘Guan Yin Wang’ seberat 499 kilogram yang disyaki syabu di bahagian belakang,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di sini kelmarin.", "Azman memberitahu , hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati van tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu serta terdapat gangguan terhadap nombor chasis dan enjin.", "Katanya, kenderaan serta kesemua barangan dirampas dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.", "“Hasil rampasan dadah ini didapati boleh digunakan oleh seramai lebih 4.9 juta penagih dadah.", "“Kami percaya bekalan dadah ini diperoleh dari negara jiran untuk pasaran ke Lembah Klang,” ujarnya.", "Sementara itu, dalam perkembangan sama, Azman berkata, sepanjang tempoh Januari sehingga semalam, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan telah berjaya menahan seramai 4,240 orang atas pelbagai kesalahan dan rampasan dadah yang bernilai anggaran lebih RM37 juta.", "Katanya, sepanjang tempoh berkenaan, pihaknya berjaya merampas empat senjata api di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti  Lebih Berat 1971 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.", "“Sepanjang tempoh itu juga, kita berjaya menyita harta di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 bernilai lebih RM1.1 juta.", "“Kita akan sentiasa berusaha mengekang kes pengedaran dadah selain mengharapkan kerjasama masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat terus ke talian JSJN di talian 012-2087222,” katanya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/03/lari-tinggalkan-van-bawa-syabu-rm17-9-juta/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/03/lari-tinggalkan-van-bawa-syabu-rm17-9-juta/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/09/jangan-sekongkol-dengan-sindiket-jenayah-dadah-ayob-khan/", "headline": "Jangan sekongkol dengan sindiket jenayah, dadah – Ayob Khan", "content": ["Ayob Khan Mydin Pitchay", "PETALING JAYA: Pegawai dan anggota polis diingatkan supaya tidak bersekongkol dengan sindiket dadah dan jenayah.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, isu integriti adalah tidak terlibat dengan sindiket dadah, sebarang perlakuan jenayah dan lain-lain aktiviti yang boleh mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).", "“Ketua jabatan diingat untuk meningkatkan penyeliaan kepada semua pegawai dan anggota di bawah seliaan masing-masing.", "“Tindakan tegas perlu diambil dan tidak bertoleransi dengan mereka yang terlibat dengan salah laku semasa atau di luar penugasan,” katanya dalam Facebook rasmi JSJN kelmarin.", "Dalam pada itu, Ayob Khan berharap semua ketua jabatan kekal komited dan ikhlas menjalankan tugas yang diamanahkan dan semoga JSJN terus cemerlang dalam membanteras dadah musuh nombor satu negara.", "Untuk rekod, Ayob Khan diumumkan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 16 April ini. ", "Jangan sekongkol dengan sindiket jenayah, dadah – Ayob Khan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/16/kehadiran-luar-biasa-konvensyen-nasional-bukti-kerajaan-stabil-kukuh/", "headline": "Kehadiran luar biasa Konvensyen Nasional bukti kerajaan stabil, kukuh", "content": ["Fadillah Yusof (empat kanan) semasa pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi LKM di Kota Kinabalu kelmarin.", "KOTA KINABALU: Komitmen 19 parti politik menghadiri Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, Ahad membuktikan kerajaan yang ditubuhkan hari ini bukan hanya stabil, tetapi juga kukuh.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Meteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, selama enam bulan kerajaan perpaduan ditubuhkan apabila undian diadakan di Parlimen, dapat disaksikan ia mendapat undian penuh 148 ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan.", "“Sebenarnya kalau dilihat semalam (Ahad) dengan kehadiran luar biasa, lebih daripada jangkaan kita bukan sahaja di dalam dewan tetapi juga di luar dewan, penuh dengan penyokong yang menyaksikan konvensyen berkenaan.", "“Itu menunjukkan komitmen keseluruhan parti yang menubuhkan kerajaan perpaduan,” katanya selepas Majlis Apresiasi Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Majlis Hari Raya Aidilfitri, di sini hari ini.", "Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, apa juga perkara berkaitan kenyataan-kenyataan diluar mengenai dakwaan pembangkang mempunyai sokongan akuan bersumpah (SD) untuk menjatuhkan kerajaan hanya sekadar propaganda politik atau gimik politik.", "Namun, beliau mengingatkan pemimpin dan parti-parti politik agar memberi keutamaan kepada kestabilan kerajaan supaya dapat memberi keyakinan kepada pelabur untuk datang ke Malaysia.", "Menurut beliau, tumpuan harus diberi kepada usaha memulihkan ekonomi negara selepas berhadapan pandemik Covid-19. Itu seharusnya menjadi fokus.", "Sekiranya kerajaan stabil barulah aspek ekonomi dan kewangan negara beransur pulih bagi membolehkan kerajaan memberi bantuan kepada rakyat dan seterusnya memberi fokus kepada pembangunan negara.", "Malah, dalam ucapan penggulungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, Sarawak dikatakan sebagai contoh kerana mempunyai politik yang stabil hingga membolehkan kerajaan negeri Sarawak memberi fokus kepada pembangunan.", "“Ketika ini, kita telah berada di hadapan dari segi tenaga boleh diperbaharui. Kita sedang fikirkan untuk mengeksport tenaga boleh diperbaharui dan kita telah mengekspot ke Kalimantan.", "“Kini, Singapura pula mahu membeli tenaga boleh diperbaharui daripada kita (Sarawak). Malah, kita juga akan membantu membekalkan tenaga boleh diperbaharui kepada Sabah apabila talian penghantaran siap sepenuhnya,” katanya.", "Sebelum ini, Setiausaha DAP, Anthony Loke berkata, dakwaan bahawa pembangkang memiliki 126 SD ahli Parlimen hanya sekadar satu konspirasi menjatuhkan kerajaan perpaduan. ", "Kehadiran luar biasa Konvensyen Nasional bukti kerajaan stabil, kukuh"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/17/anak-sulung-tyt-sabah-nikah-hari-ini/", "headline": "Anak sulung TYT Sabah nikah hari ini", "content": ["Scarlett (kiri) menerima Surat Akuan Nikah daripada Al Hambra.", "KOTA KINABALU:  Anak sulung Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Datuk Al Hambra Juhar hari ini, melangsungkan majlis pernikahan bersama wanita pilihannya.", "Al Hambra, 40, yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menikahi Datin Scarlett Suhaili Sambinding @ Abdullah yang merupakan Pengarah di sebuah syarikat swasta di ibu negeri sebagai pasangan hidup hanya sekali lafaz dengan mas kahwin RM1,202.", "Upacara akad nikah tersebut dijalankan oleh Pegawai Agama Istana Seri Kinabalu, Imbran Anggun manakala, Scarlett diwalikan oleh adiknya, Muhammad Bukhari Sambinding dan disusuli bacaan doa kesyukuran yang dipimpin oleh  Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.", "Berlangsung sederhana, majlis dihadiri ahli keluarga terdekat daripada kedua-dua mempelai termasuk ayahanda serta bonda Al Hambra, Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Masjid Negeri Kota Kinabalu. ", "Turut hadir, Konsul Jenderal Republik Indonesia, Rafail Walangitan, Speaker DUN Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Pengarah JHEAINS Jumain Abd Ghani dan Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa.Terdahulu, Al Hambra menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran yang disertai pelajar-pelajar tahfiz di Istana Seri Kinabalu, Sabtu lepas."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/04/hujan-renyai-iringi-perjalanan-kembara-kenali-borneo/", "headline": "Hujan renyai iringi perjalanan Kembara Kenali Borneo", "content": ["Konvoi 25 kenderaan Kembara Kenali Borneo memperlahankan kenderaan di mercu tanda Tawau.", "TAWAU: Hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan  Kembara Kenali Borneo yang bermula di 0KM Point Tawau.", "Disertai 25 buah kenderaan, kembara yang diketuai Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilepaskan oleh Yang di-Pertuan Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada jam 8.28 pagi.", "Didahului dengan bacaan doa yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, motorcade atau perarakan  kenderaan Istana Negara kemudian bergerak seiring dengan alunan selawat dan paluan kompang.", "motorcade", "Turut hadir di monumen sejarah yang menjadi saksi kepada sejarah pembangunan Tawau dalam majlis flag off  kembara diraja ialah Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya dan beberapa pemimpin tempatan serta isteri masing-masing.", "flag off", "Konvoi kenderaan yang dipandu sendiri Al-Sultan Abdullah serta anakanda itu sering  kali memperlahankan kenderaan di lokasi-lokasi yang terdapat laungan “Daulat Tuanku” oleh rakyat jelata termasuk mercu tanda Tawau yang dipapar menggunakan huruf  jawi Ta’ dan Waw."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/01/kerajaan-persekutuan-beri-persetujuan-sarawak-bangunkan-projek-kabel-elektrik-dasar-laut-kepada-singapura-abang-jo/", "headline": "Kerajaan Persekutuan beri persetujuan Sarawak bangunkan projek kabel elektrik dasar laut kepada Singapura – Abang Jo", "content": ["Abang Johari Tun Openg (tengah) bercakap dalam sidang media selepas hadir mengadakan Mesyuarat Bilateral bersama Presiden Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA), Malcolm Turnbull sempena Kongres Tenaga Hidro Dunia 2023 di Bali Nusa Dua Convention Center, di Bali Indonesia kelmarin.", "BINTULU: Sarawak telah diberikan kebenaran dari kerajaan Persekutuan untuk melakukan perbincangan berkaitan pembangunan projek kabel elektrik dasar laut kepada negara Singapura melalui Tondong, Bau.", "Menurut Utusan Malaysia, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan projek yang melalui negara Indonesia itu nanti akan membolehkan Sarawak mengeksport sehingga 1,000 megawatt (MW) bekalan elektrik.", "“Kita sudah mendapat keputusan di mana kerajaan Persekutuan telah memberi ‘lampu hijau’ (persetujuan) untuk kita berbincang mengenai pelaksanaan projek dan secara prinsipnya telah diputuskan.", "“Projek ini nanti akan membolehkan kita membekalkan tenaga elekrik ke Singapura sehingga 1,000 MW sekarang boleh dimulakan kajian terutama sekali untuk kita mewujudkan projek kabel elektrik dasar laut dari Tondong di Sarawak ke Singapura,” jelasnya.", "Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Bilateral sempena Kongres Tenaga Hidro Dunia 2023 di Bali Nusa Dua Convention Center, di Bali Indonesia kelmarin.", "Justeru itu, Abang Johari menjelaskan sebuah Pejabat Konsulat Jeneral Republik Singapura di Kuching akan ditubuhkan oleh Republik Singapura.", "Pembukaan pejabat itu nanti itu katanya secara langsung akan meningkatkan perhubungan dua hala sekaligus melonjakkan ekonomi di antara Sarawak dan Singapura khususnya dalam sektor pelancongan dan sektor-sektor lain.", "““Ini bermakna bahawa perhubungan akan dipertingkatkan dengan kewujudan Pejabat Konsulat Jeneral Republik Singapura yang ditempatkan di Kuching.", "“Saya pun telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika di Singapura mengenai cadangan untuk mempertimbangkan syarikat penerbangan kita, MASwings untuk melakukan penerbangan ke Singapura,” ujarnya.", "Pembukaan Pejabat Konsulat Jeneral Republik Singapura di Kuching itu dedah Abang Johari telah dipersetujui semasa Program Pemukiman Pemimpin Tahunan Malaysia-Singapura Ke-10 di Singapura pada Isnin.", "Menurutnya, kewujudan Pejabat Konsulat Jeneral Republik Singapura itu juga secara langsung akan meningkatkan perhubungan dua hala sekaligus melonjakkan ekonomi di antara Sarawak dan Singapura khususnya dalam sektor pelancongan dan sektor-sektor lain.", "Dalam persidangan tersebut Premier Sarawak menyatakan beliau telah berkongsi mengenai kelebihan negeri ini yang memiliki sumber tenaga boleh diperbaharui yang besar khususnya dalam penjanaan tenaga elektrik.", "Jelasnya, penjanaan tenaga elektrik menerusi pembinaan empangan hidroelektrik dapat dilaksanakan secara lestari kerana Sarawak mempunyai banyak sungai dan jumlah taburan hujan yang tinggi.", "“Sungai boleh dikaji sebagai alternatif kepada sumber takungan (‘reservoir’) untuk penjanaan tenaga hidro, malah pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) sudah ada satu project di Lawas yang menggunakan sistem yang sama untuk mengeluarkan (tenaga) hidro.", "“Tetapi kita nak meningkatkannya agar pengeluaran hidro kita memiliki potensi mengikut laporan kajian Snowy Mountains dulu yang mana potensi pengeluarannya adalah lebih kurang 20,000 MW yang mana kita baru mengeluarkan lebih kurang 7,000 MW,” katanya.", "Sehubungan itu Abang Johari menggesa agar SEB untuk mengkaji semula, kerana mungkin ketika itu input tersebut masih belum dikemaskini.", "Oleh itu, Sarawak kini katanya, mensasarkan janaan sebanyak 20,000 MW dahulu dengan menggunakan kaedah yang ada.", "Kerajaan Persekutuan beri persetujuan Sarawak bangunkan projek kabel elektrik dasar laut kepada Singapura – Abang Johari"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/22/beri-saya-seminggu-saya-akan-panggil-semua-syarikat-p-hailing/", "headline": "“Beri saya seminggu, saya akan panggil semua syarikat p-hailing”", "content": ["Anwar Ibrahim berucap dan beramah mesra bersama sebahagian belia terdiri daripada penunggang p-hailing yang hadir ketika Program Temu Anwar Selangor dan Belia P-Hailing di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).", "PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memanggil semua syarikat pengendali p-hailing bagi memberikan penjelasan terhadap beberapa isu dihadapi penghantar makanan dan barang ketika ini.", "Menurut Utusan Malaysia, ini selepas salah seorang penghantar makanan mendakwa kadar penghantaran ketika ini semakin menurun daripada RM7 ke bawah, sekali gus mengurangkan pendapatan mereka.", "Justeru, beliau meminta Perdana Menteri supaya membantu mereka mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini.", "“Bagi saya satu minggu, saya panggil semua syarikat p-hailing, saya akan jumpa di pejabat Perdana Menteri, saya tetapkan masa dan sampaikan pandangan saudara bahawa kadar itu terlalu rendah.", "“Saya kena panggil syarikat ini dan tanya dia sebab apa kadar menurun. Itu dia kena terangkan kepada Perdana Menteri, sekurang-kurangnya ini boleh ringankan beban saudara. Itu janji saya, bagi saya seminggu, saya akan buat, insya-Allah,” katanya dalam program Temu Anwar bersama Belia P-Hailing di Petaling Jaya, semalam.", "Pada masa sama, beliau mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi menubuhkan sekretariat p-hailing dalam usaha menyelaras kegiatan ekonomi gig dan pekerja tidak formal.", "“Perlu ada sekretariat atau jawatankuasa untuk penyelarasan semua pemandu p-hailing supaya ia berterusan, saya tidak mahu sekadar one-off jadi untuk menyelaras kegiatan gig, saya dulukan RM1 juta hari ini.", "“Ini penting sebab kalau tidak, ia jadi tidak selaras. Kita tahu ada masalah pinjaman, masalah kemudahan, insurans, jadi saudara selaraskan perkara ini, pilih jurucakap, siapkan sekretariat, ambil staf sepenuh masa supaya mereka boleh dihubungi,” katanya.", "Katanya, dengan adanya sebuah sekretariat, ia membolehkan kerajaan membantu warga p-hailing dengan lebih efektif.", "“Kita memang ada program upskilling, sebab itu kalau ada sekretariat, kita boleh selaras, boleh latih 200 orang. Ada yang mungkin nak pergi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), nak masuk latihan khas.", "“Jadi saya minta beri kerjasama kerana tidak semua mahu kekal kerja p-hailing,” katanya.", "Malah katanya, sekretariat boleh membantu menyelesaikan isu kelayakan permohonan pinjaman wang dalam kalangan warga p-hailing.", "“Nak ambil pinjaman ada undang-undang, saya boleh cakap tubuh sekretariat betul-betul kemudian isu ini boleh dibangkit secara teratur sebab ada limit, tak boleh langgar peraturan.", "“Walaupun p-hailing tak ada union, tapi ada sekretariat untuk bawa isu. Apa yang dibangkitkan itu kita ambil sebagai cadangan baik sama ada kita bawa ke syarikat atau kerajaan atau bincang dengan Bank Negara,” katanya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/beri-saya-seminggu-saya-akan-panggil-semua-syarikat-p-hailing/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/beri-saya-seminggu-saya-akan-panggil-semua-syarikat-p-hailing/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/11/russia-terima-ratusan-dron-dari-iran-white-house/", "headline": "Russia terima ratusan dron dari Iran – White House", "content": ["WASHINGTON: White House mendakwa Russia memperkukuhkan kerjasama pertahanannya dengan Iran dan menerima ratusan dron dari negara itu untuk menyerang Ukraine.", "Memetik maklumat yang baru didedahkan, Rumah Putih berkata, dron atau ‘Uncrewed Aerial Vehicles’ (UAVs), dibangunkan di Iran dihantar merentasi Laut Caspian dan kemudian digunakan tentera Russia menentang Ukraine.", "Menurut Utusan Malaysia, jurucakap White House, John Kirby berkata, Russia menggunakan UAV Iran dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk menyerang Kyiv dan penduduk Ukraine, dan perkongsian ketenteraan Russia-Iran nampaknya semakin mendalam.", "“Kami juga bimbang Russia bekerjasama dengan Iran untuk menghasilkan UAV Iran dari dalam Russia.", "“Amerika Syarikat (AS) mempunyai maklumat bahawa Russia menerima bahan daripada Iran yang diperlukan untuk membina kilang pembuatan dron yang boleh beroperasi sepenuhnya awal tahun depan.", "“Kami mengeluarkan imej satelit lokasi yang dirancang bagi kilang pembuatan UAV ini di Zon Ekonomi Khas Alabuga Russia,” katanya dalam satu kenyataan.", "AS sebelum ini menyekat Iran di peringkat pengeluar pertahanan berhubung bekalan dron ke Russia, namun Iran menyatakan ia dihantar sebelum pencerobohan pada Februari oleh Russia.", "Bagaimanapun Moscow menafikan tenteranya menggunakan dron Iran di Ukraine.", "Kirby berkata, kerjasama dua negara itu berlaku dalam kedua-dua arah dengan Iran mencari peralatan ketenteraan bernilai berbilion dolar dari Russia termasuk helikopter dan radar.", "“Russia pula menawarkan kerjasama pertahanan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, termasuk mengenai peluru berpandu, elektronik dan pertahanan udara.", "“Ini adalah perkongsian pertahanan berskala penuh yang berbahaya kepada Ukraine, jiran Iran dan kepada masyarakat antarabangsa.", "“Kami terus menggunakan semua alat untuk mendedahkan dan mengganggu aktiviti ini termasuk dengan berkongsi perkara ini kepada orang ramai dengan lebih banyak lagi,” katanya.", "Kirby berkata, pemindahan dron adalah satu bentuk pelanggaran peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan AS akan berusaha untuk meminta kedua-dua negara bertanggungjawab.", "“Amaran yang dikeluarkan AS bertujuan membantu perniagaan dan kerajaan lain lebih memahami risiko yang ditimbulkan oleh program UAV Iran dan amalan haram yang digunakan Iran untuk mendapatkan komponen untuknya,” katanya.", "Sementara itu, Britain, Perancis, Jerman, AS dan Ukraine berkata, bekalan dron buatan Iran ke Russia melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB 2015 yang mengabadikan perjanjian nuklear Iran.", "Di bawah resolusi PBB 2015, sekatan senjata konvensional ke atas Iran dilaksanakan sehingga Oktober 2020.", "Ukraine dan kuasa Barat berhujah bahawa resolusi itu termasuk sekatan ke atas peluru berpandu dan teknologi berkaitan sehingga Oktober 2023 dan boleh merangkumi eksport dan pembelian sistem ketenteraan canggih seperti dron. ", "Russia terima ratusan dron dari Iran – White House"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/18/perbicaraan-kes-mh17-disambung-jun-depan/", "headline": "Perbicaraan kes MH17 disambung Jun depan  ", "content": ["THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menetapkan tarikh 6 Jun depan bagi mendengar hujah pasukan peguam Russia dan Ukraine berhubung tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada tahun 2014.    ", "Menurut Utusan Malaysia, garisan hakim akan mendengar dakwaan Ukraine bahawa Moscow melanggar Perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menyokong puak pemisah pro-Russia yang dikenal pasti oleh Mahkamah Belanda sebagai pihak bertanggungjawab dalam nahas itu.", "November lalu, Mahkamah Belanda mensabitkan dua bekas ejen perisikan Russia dan seorang pemimpin pemisah Ukraine atas jenayah pembunuhan kerana membantu mengatur sistem peluru berpandu Russia digunakan untuk menembak jatuh pesawat itu hingga menyebabkan kematian 298 penumpang dan anak kapal.", "Malah, ketiga-tiga lelaki berkenaan yang dibicarakan secara ‘in absentia’, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.", " Pesawat MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.", "Tragedi itu berlaku ketika pertempuran memuncak antara pemisah pro-Russia dan tentera Ukraine.", "Keputusan mahkamah Belanda juga mendapat Russia mempunyai `kawalan keseluruhan’ ke atas pasukan Republik Rakyat Donetsk di timur Ukraine bermula pertengahan Mei 2014. ", "Mahkamah Keadilan Antarabangsa menetapkan empat hari perbicaraan iaitu pada tarikh 6, 8, 12 dan 14 Jun untuk mendengar kedua-dua pihak dalam kes berkenaan.", "Kes itu yang difailkan pada tahun 2017, merupakan salah satu daripada dua warga Ukraine yang dibawa terhadap Russia di mahkamah.", "Kes lain difailkan selepas insiden pencerobohan Russia pada 2022, tertumpu pada dakwaan Moscow bahawa mereka menyerang Ukraine untuk mencegah isu pembunuhan beramai-ramai.", "Lazimnya, ia mengambil masa beberapa tahun kes di ICJ untuk mencapai peringkat perbicaraan mengenai merit kes itu.", "Perbicaraan kes MH17 disambung Jun depan  "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/18/hak-35-kerusi-dewan-rakyat-bagi-sabah-sarawak-akan-diteruskan/", "headline": "Hak 35% kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah Sarawak akan diteruskan", "content": ["Bangunan DUN Sarawak.", "KUCHING: Kerajaan Sarawak akan berusaha mengembalikan hak 35 peratus daripada 222 kerusi Dewan Rakyat bagi Sarawak dan Sabah.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata usaha itu bagi memastikan perwakilan seimbang selaras dengan perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963.", "“Kerajaan negeri telah mencadangkan kepada kerajaan persekutuan sebelum ini supaya bilangan ahli parlimen (MP) Sabah dan Sarawak dinaikkan kepada 35 peratus.", "“Perkara ini telah dibentangkan kepada Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) semasa mesyuaratnya pada 8 Sept tahun lepas. Melalui mesyuarat ini, telah dipersetujui bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) pada masa itu membawa cadangan ini ke mesyuarat kabinet persekutuan,” jelasnya.", "Bagaimanapun kata Hasidah, pada 10 Okt tahun lalu Parlimen telah dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).", "“Selepas penubuhan kerajaan persekutuan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah bersetuju menambah baik platform sedia ada dengan menggantikan jawatankuasa sebelumnya MKMA63 dengan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63),” katanya.", "Beliau berkata demikian dalam persidangan ke-19 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.", "Sharifah Hasidah turut menjelaskan mesyuarat pertama MTPMA63 telah diadakan pada 20 Jan yang lalu.", "“Melalui mesyuarat ini, adalah dicadangkan supaya satu jawatankuasa kerja yang dipengerusikan oleh Menteri di Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) diwujudkan bagi meneruskan perbincangan mengenai perkara itu.", "“Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mendapatkan keputusan dasar memandangkan perkara itu akan melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.", "“Perlu diambil perhatian bahawa perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof kerana beliau dilantik untuk menyelia semua perkara mengenai perkara ini untuk pihak persekutuan,” ujar Sharifah Hasidah lagi.", "Hak 35% kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah Sarawak akan diteruskan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/27/toh-puan-norlidah-santuni-warga-kedutaan-malaysia-di-bern/", "headline": "Toh Puan Norlidah santuni warga kedutaan Malaysia di Bern", "content": ["Ahmad Benyamine (kiri) menerima cenderamata daripada Toh Puan Norlidah.", "BERN, SWITZERLAND: Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang berada di Switzerland pada Isnin, sempat meluangkan masa menyantuni warga Pejabat Kedutaan Malaysia dekat Bern.", "Menurut Setiausaha Perhubungan Kepada Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir, kunjungan tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan tujuh kakitangan di pejabat kedutaan berkenaan.", "Dalam kunjungan tersebut, Toh Puan Norlidah turut diberi taklimat ringkas mengenai operasi pejabat itu oleh Kuasa Usaha Sementara yang juga Setiausaha Pertama, Ahmad Benyamine Noor Rahimin.", "Turut mengiringi Toh Puan Norlidah ialah Isteri Pembantu Kepada Ketua Menteri, Datin Wahida Mardiana Salim."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/02/%e5%89%af%e9%83%a8%e9%95%b7%ef%bc%9a%e6%8c%87%e7%84%a1%e6%b3%95%e8%ab%8b%e5%81%87%e5%a6%bb%e5%ad%90%e5%89%9b%e7%94%a2%e5%ad%90%e8%ba%ab%e4%ba%a1-%e5%86%80%e6%b2%99%e5%8b%9e%e5%b7%a5%e5%b1%80%e6%b7%b1/", "headline": "副部長:指無法請假妻子剛產子身亡 冀沙勞工局深入調查", "content": ["(亞庇二日訊)人力資源部副部長慕斯達法沙目已要求沙巴勞工局(JTK),為稱無法請假而妻子生產後逝世的員工。", "對此事件感到非常難過和同情的他,希望沙巴勞工局能深入調查此事件。", "「我獲悉,該員工仍對妻子的去世感到非常難過,只想和剛出生的孩子在一起。」", "「我真誠地希望各方不要做出任何猜測,並交由人力資源部(KSM)根據法律,盡可能地解決這個問題。」", "慕斯達法說,根據僱主的消息來源,他們已獲僱員告知其妻子已分娩,並已給予該僱員2天陪產假,僱主還允許員工休年假,直到妻子恢復。", "「僱主說,在孩子出生後6天,員工當天早上來上班,並通知公司管理層,他的妻子和孩子都很健康,可以照常工作。」", "「然而,當天僱員下班回家時,發現他的妻子已經死在他剛出生的孩子身邊。僱主還告知,一旦他們發現此事,就會提供援助和捐贈,包括在醫院期間的事宜,僱主也準備幫助解決員工需要的任何需求。」", "慕斯達法要求網友們不要在這起事件中怪罪任何人,因為僱主仍然遵守勞工法令(沙巴州第67章)。", "他解釋,目前實施的父親7天陪產假規定,尚未在沙巴實施。", "「州政府已批准人力資源部修訂勞工條例(沙巴州第67章),以便沙巴州的工人也能獲得與半島工人相同的福利。這項修正案是沙巴州政府、僱主和工會共同討論,並考慮到經濟狀況和沙巴州發展的現實等各個方面而完善的。」", "「人力資源部承諾將根據國際勞工組織概述的國際勞工標準爭取工人的權利。」", "慕斯達法說,根據沙巴勞工局的調查,僱主確實在哀悼期間扣僱員薪水13天,原因是僱員沒有申請任何年假,而僱員至今仍未通知僱主,僱主何時恢復工作。", "然而,他補充說,在得到沙巴勞工局的建議後,僱主已撤回扣除額,並已向僱員支付全額薪水,即使僱員有責任在不上班的情況下提前申請年假。", "「根據法律規定,僱員需要提前工作12個月才有資格享受年假,但在沙巴勞工局的建議下,僱主同意只要僱員缺勤就給予帶薪假期。」", "據悉,這名員工於2022年12月2 日開始在該公司工作,至今已有5個月。", "「我還獲悉,僱員在2023年5月整個月只工作3天,僱主在聽取沙勞工局的建議後,仍支付該月的全薪。」", "「沙巴勞工局仍試圖從員工那裡獲取有關事件當天發生的實際事件的信息。」", "「然而,當聯繫到這名員工時,他說他因失去心愛的妻子而感到非常悲傷和創傷,仍然無法接受所發生的一切。他的情緒仍然不穩定,該員工要求沙巴勞工局先讓他冷靜一段時間,然後才能就此事發表任何聲明。」", "「讓我們祈禱並幫助這個家庭,尤其是失去母親的小孩,得到我們所有人的保護和幫助。」", "「我也要求沙巴勞工局可以協助處理此事,並等待合適的日期與員工會面。我祈禱這個家庭的所有成員都能耐心、堅持和堅定地面對這個考驗。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/19/continuous-support-for-san-damiano-hostel-kiulu/", "headline": "Continuous support for San Damiano Hostel Kiulu", "content": ["A group of philanthropists has returned for the fourth year in a row to provide support to the San Damiano Hostel Kiulu.", "KIULU: In keeping with their word, a group of philanthropists has returned for the fourth year in a row to provide support to the San Damiano Hostel Kiulu.", "As part of their charitable endeavour, they paid a visit to the dormitory today and informed their desire to teach baking and cooking to 115 students as part of their volunteer work.", "The group led by Collin Tan said this after donating food and other necessities to the hostel that housed 69 girls and 46 boys aged  11-19. ", "Kiulu Assemblyman Datuk Joniston Bangkuai was on hand to witness the contribution. Also present was San Damiano Hostel Advisor Sr Jane Sandulan.", "He praised the philanthropists for their sincerity in providing students with practical life skills to foster a sense of community and support among San Damiano Hostel residents and volunteers.", "“Cooking and sharing meals can be a social and community-building activity, allowing residents to connect with each other and the volunteers. This can create a sense of belonging and improve social wellbeing,” he said.", "Meanwhile, Sr Jane expressed gratitude to the philanthropists for their unwavering support of the needs and wellbeing of San Damiano Hostel residents.", "She said they looked forward to the cooking training skill, which she believed would have a significant impact on the quality of life and health of San Damiano Hostel residents."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/06/pegawai-maritim-malaysia-cedera-ditetak-nelayan-vietnam/", "headline": "Pegawai Maritim Malaysia cedera ditetak nelayan Vietnam", "content": ["Shakir Zufayri Azizul Rahman (kiri) cedera ditetak dengan parang oleh seorang nelayan warga Vietnam di perairan Kuala Terengganu, Terengganu, kelmarin.", "KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu cedera parah akibat ditetak dengan parang seorang nelayan Vietnam di perairan Kuala Terengganu, dekat sini, pada pukul 11.30 pagi kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Maritim negeri, Khairul Anuar Abd. Majid berkata, insiden berlaku ketika mangsa memeriksa sebuah bot dinaiki suspek bersama 15 yang lain yang sedang leka menangkap ikan.", "Beliau berkata, tetakan itu menyebabkan Shakir Zufayri Azizul Rahman, 27, cedera parah di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang untuk diberi rawatan.", "“Pasukan peronda sebelum itu mengesan sebuah bot pada kedudukan 148 batu nautika dari Kuala Terengganu disyaki menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan.", "“Pemeriksaan lanjut mendapati 16 kru warga Vietnam terdiri daripada 15 awak-awak dan seorang tekong di atas bot terbabit tidak memiliki permit serta lesen yang sah.", "“Namun salah seorang daripada mereka bertindak agresif menetak mangsa menggunakan sebilah parang sebelum kesemuanya ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, kelmarin.", "Tambah Khairul Anuar lagi, insiden itu turut menyebabkan berlaku pergelutan sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian peha kepada tekong bot warga Vietnam.", "Beliau berkata, tindakan nekad nelayan warga asing itu kemudian dapat dikawal pasukan penguatkuasa Maritim Malaysia daripada terus menyerang pegawai dan anggota lain.", "“Kesemua mereka telah dirujuk ke HTAA dengan dibawa menaiki helikopter Maritim Malaysia bagi mendapatkan rawatan segera.", "“Seramai 16 nelayan Vietnam terbabit ditahan dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki sebarang pas yang sah,” katanya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/terkini/2023/07/pegawai-maritim-malaysia-cedera-ditetak-nelayan-vietnam/", "\nhttps://www.utusan.com.my/terkini/2023/07/pegawai-maritim-malaysia-cedera-ditetak-nelayan-vietnam/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/26/data-amu-kopokito-rontob-aiso-karaja-di-otopot-id-sabah/", "headline": "Data amu’ kopokito rontob aiso’ karaja’ di otopot id Sabah", "content": ["Isai pakakaraja’ songkosuayan di komoyon, modidikot aiso’ kasagaan toi, ‘stateless citizen’ toi mongingigit IMM13 – Madius.", "KOTA KINABALU: Puru Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau minomohit ‘data’ (kointalangan) ginumu’ aiso’ karaja’ (panganggur) id Malaysia kosuul no id Sabah i pinoposuang nogi’ pongongguran id nayatan pakakaraja’ songkosuayan doid pinongintoban.", "Ka disio, kointalangan i kiguno posuangon apatut nopo nga’ i kapaampai no do mogigiyon nokoiyonon ilo’ nopo nga’ mamasok Malaysia.", "“Osuayan oku, nunu kopotutan di nanu montok pinopotonggoi mogigiyon songkosuayan id ‘statistik’ (pinongintoban) kosuul no id Sabah.", "“Ilo’ amu’ kopokito koyuon di otopot suai ko’ id timpu miagal kaagal-agal kopokito do koporintaan mangakun kukumaraja’ songkosuayan mitopong do tulun nokoiyonon.", "“Iti iso’ i amu’ kohunung om kiguno onuan kopomodulianan pointopot. Montok id Sabah, mokimoilo tokou nogi’, isai pakakaraja’ songkosuayan di komoyon, i potuu modidikot aiso’ kasagaan, ‘stateless citizen’ (mogigiyon aiso’ pomogunan) toi mongingigit IMM13,” ka disio id iso’ kointalangan.", "Ka disio, kointalangan rontob pengangguran sapatut do popohompit nopo mogigiyon nokoiyonon om amu’ popotonggoi tulun labus.", "“Ilo’ montok papasaga’ mogisusuai inggisaman aanu poindalanon om moningkanan no kumaa di buntukon ilo’ nopo nga’ mamasok Malaysia i kakal aiso’ po nunu-nunu intodonon nindopuan.", "“Talib dilo’, nung komilo rontob pengangguran id Sabah pikikiro doti’ do okon ko’ wookon di bobos akawas nung mogigiyon songkosuayan amu’ pinosuang id pinongintoban.", "“Sapatut soira’ do amu’ no poingkaraja’, okon toi ko’ apatut yolo’ do pootodon muli’ kumaa pogun nantadon,” ka di Madius pinoposotol.", "Id pitimungan Dewan Rakyat doid Kuala Lumpur, Presiden Kehormat Kotinanan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dilo’ id pinonguhotan ‘lisan’ minokianu minokianu Montiri Ikonomi pinopointalang ginumu’ penganggur id poliliput pomogunon kosuul no id Sabah.", "Minokianu nogi’ isio kopointalangan nung otopot mogigiyon songkosuayan pinosuang id pongintoban dilo’.", "Komontirian Ikonomi id sisimbar pinosurat pinopoilo do kointalangan pengangguran id pomogunon diti i pinalabus Koupisan Pongintoban Malaysia maya’ Ruputan Survei Tenaga Buruh Suku Koduo Toun 2023 nopo nga’ 581,400 tulun.", "Sabah nokoposurat aiso’ karaja’ soginumu’ 165,600 ilo’ nopo nga’ nokoingkuri’ 4,200 nung piadangon di 188,400 tulun di suku koduo 2022.", "Poingkuro po, Komontirian Ikonomi pinopoimagon do Survei Tenaga Buruh i pinoindalan dilo’ kapaampai nogi kointalangan pengangguran id nayatan pakakaraja’ songkosuayan."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/10/kementerian-pendidikan-tidak-keluarkan-ranking-sekolah-terbaik-spm-2022/", "headline": "Kementerian Pendidikan tidak keluarkan ranking sekolah terbaik SPM 2022", "content": ["Fadhlina Sidek (tengah) bergambar bersama pelajar berstatus anak yatim pada Majlis Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Kedah di Alor Setar.", "ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan sebarang ranking sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) sekolah terbaik berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan, kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, setiap keputusan berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) itu juga bukan dipertandingkan sebaliknya sebagai sokongan ke arah peningkatan prestasi sekolah berkenaan pada masa hadapan.", "“Daripada sudut Kementerian Pendidikan itu bukan satu KPI sebab kita tak pernah sebut atau keluarkan ranking ini. Siapa yang buat ranking itu pun di luar pengetahuan kita. Sebenarnya tidak ada apa-apa secara rasmi tentang ranking tersebut.", "ranking", "“Apa yang diunjurkan melalui GPS sekolah itu adalah untuk sekolah itu sendiri di peringkat daerah dan negeri.  Ia bukan untuk dipertandingkan kerana ia adalah untuk melihat usaha yang akan dilaksanakan pada tahun mendatang. ", "“Jadi tidak timbul soal ranking dan kita tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mahupun pengesahan tentang ranking tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Kedah, di sini hari ini.", "Beliau mengulas tentang penularan senarai ranking sekolah terbaik SPM 2022 susulan pengumuman keputusan peperiksaan awam itu sejak kelmarin berdasarkan GPS sekolah-sekolah di seluruh negara.", "Sehubungan itu, kata Fadhlina, Kementerian Pendidikan menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa supaya tidak terpengaruh dengan ranking tersebut yang disifatkan boleh berubah pada masa akan datang. ", "“Saya fikir kita tumpukan kepada (prestasi) anak-anak kita. Jangan terpengaruh dengan ranking kerana akan berubah.", "ranking", "“Kita lihat kemajuan anak-anak kita sendiri melalui pendekatan pengukuhan ekosistem penglibatan ibu bapa, PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), PIBKS (Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta) untuk anak-anak cemerlang,” katanya.", "Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pendidikan sentiasa memantau dan memberi bimbingan kepada lepasan SPM berkaitan hala tuju masing-masing termasuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.", "“Melalui ceramah, alumni sekolah yang dilaksanakan. Jadi tidak timbul soal kita tak beri hala tuju dari peringkat awal,” katanya.", "Kementerian Pendidikan tidak keluarkan ranking sekolah terbaik SPM 2022"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/20/%e6%88%91%e5%9c%8b22%e6%97%a5%e8%bf%8e%e6%8e%a5%e9%96%8b%e9%bd%8b%e7%af%80/", "headline": "我國22日迎接開齋節", "content": ["(吉隆坡廿日訊)馬來西亞將於4月22日(星期六)慶祝開齋節。", "掌璽大臣不久前在其官方網站上如此宣佈。", "「為了完成國家元首陛下的命令,在獲得國家元首陛下的批准後,我特此宣佈馬來西亞各州的開齋節日期,為2023年4月22日星期六。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/24/sebuah-pekan-baharu-diwujudkan-di-tongod/", "headline": "Sebuah pekan baharu diwujudkan di Tongod", "content": ["Masiung (tiga dari kiri) ketika melawat Projek Pekan Baharu Tongod sambil diperhatikan Rosemary (kiri).", "TONGOD: Kerajaan Negeri bersetuju untuk mewujudkan sebuah pekan baharu di daerah itu.", "Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Masiung Banah berkata, sebanyak RM6 juta telah diperuntukkan untuk membina dua deret kedai bertingkat mengandungi 12 unit di atas tapak seluas 6.24 ekar.", "Katanya, bagi fasa pertama yang melibatkan pembinaan enam unit kedai bertingkat akan mula dilaksanakan pada awal tahun ini sebaik sahaja juruperunding menperolehi kelulusan dari Majlis Daerah Tongod.", "“Pelan cadangan projek komersial itu telahpun siap sepenuhnya dan kita telahpun mendapat tempahan awal daripada syarikat pasaraya termasuk restoran KFC,” katanya sejurus melawat tapak Projek Pekan Baharu Tongod, semalam.", "Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, yakin Tongod mampu menjana lebih banyak program pembangunan untuk tempoh lima tahun ke hadapan memandangkan daerah itu terletak di bawah program koridor pembangunan “Sabah Maju Jaya”", "Menurut beliau, sebaik sahaja projek komersial itu selesai, maka akan menyusul satu lagi projek perumahan kos rendah melibatkan 50 unit yang terletak bersebelahan bangunan kedai bertingkat tersebut.", "Perumahan kos rendah itu kelak akan dibina secara berfasa dan akan dijual kepada orang awam yang berkelayakan dengan harga di bawah RM50,000.", "Pengurus Besar LPPB, Rosemary Ahping, Pengurus Bahagian Komersial, Della Sindul berserta para pegawai kanan LPPB turut serta dalam lawatan tapak tersebut."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/02/lelaki-as-ditahan-di-klia-miliki-tiga-kelopak-peluru/", "headline": "Lelaki AS ditahan di KLIA miliki tiga kelopak peluru", "content": ["PETALING JAYA: Polis mengesahkan menahan seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Jumaat.", "Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan isteri kepada lelaki warga AS itu mendakwa ditahan pihak berkuasa kerana membawa peluru digunakan bagi penggambaran dokumentari di negara ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, lelaki itu ditahan kerana memiliki tiga kelopak peluru.", "“Ya, ada ditahan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api.", "“Suspek diberi jamin namun tidak dibenarkan ke luar negara sementara siasatan dilengkapkan dan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.", "Di bawah Akta Senjata Api, individu didapati memiliki senjata atau peluru tanpa permit adalah salah di sisi undang-undang.", "Menurut Hussein, lelaki itu masuk ke negara ini bagi tujuan penggambaran menggunakan kemudahan di kem tentera.", "“Bagaimanapun ditahan di KLIA selepas selesai urusan penggambaran selepas pemeriksaan mendapati terdapat tiga kelopak peluru dibawa tanpa kebenaran,” jelasnya.", "Portal berita tempatan kelmarin melaporkan seorang wanita mendakwa suaminya, Ryan Bates yang ingin pulang ke Los Angeles ditahan pihak berkuasa di KLIA.", "Dakwanya, lelaki berusia 43 tahun itu membawa peluru kosong selepas digunakan dalam kenyataan penggambaran dokumentari di negara ini.", "Malah, turut dilaporkan beberapa video dimuat naik lelaki itu didakwa disoal siasat pihak berkuasa. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/lelaki-as-ditahan-di-klia-miliki-tiga-kelopak-peluru/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/lelaki-as-ditahan-di-klia-miliki-tiga-kelopak-peluru/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/05/tukang-paip-didakwa-cuba-bunuh-ahli-perniagaan-wanita/", "headline": "Tukang paip didakwa cuba bunuh ahli perniagaan wanita", "content": ["GEORGE TOWN: Seorang tukang paip mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah di sini kelmarin atas pertuduhan cubaan membunuh seorang ahli perniagaan hingga parah dan tidak sedarkan diri pada 24 Disember lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, tertuduh, Chan Ping Khoon, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.", "Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan niat melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita berusia 38 tahun di sebuah syarikat pembekal penapis air di daerah Timur Laut, di sini kira-kira pukul 7.22 malam, 24 Disember tahun lalu.", "Perbuatan itu didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda dan jika ia menyebabkan cedera hendaklah pemenjaraan yang boleh sampai 20 tahun.", "Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan memohon agar mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan disebabkan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh ke atas mangsa.", "Bagaimanapun, Ping Khoon yang tidak diwakili peguam merayu diberi jaminan memandangkan mempunyai banyak tanggungan termasuk isteri dan ibu bapa yang uzur.", "Mahkamah kemudiannya memutuskan tiada jaminan dibenarkan dan mengarahkan tertuduh melantik peguam selain menetapkan 7 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.", "Pada 30 Disember lalu, akhbar melaporkan seorang ahli perniagaan tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas parah pada bahagian muka dan mata akibat dipukul dalam kejadian samun.", "Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu berlaku ketika mangsa berada seorang diri di kedai penapis air di Jelutong dekat sini, sebelum didatangi suspek lelaki terbabit.", "Difahamkan, suspek bertindak memukul mangsa menggunakan objek tumpul pada bahagian muka menyebabkan dia mengalami kecederaan parah.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/tukang-paip-didakwa-cuba-bunuh-ahli-perniagaan-wanita/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/tukang-paip-didakwa-cuba-bunuh-ahli-perniagaan-wanita/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/05/saya-akan-bangkitkan-isu-pengeluaran-kwsp-bersasar-di-parlimen-ismail-sabri/", "headline": "Saya akan bangkitkan isu pengeluaran KWSP bersasar di Parlimen – Ismail Sabri", "content": ["Ismail Sabri Yaakob", "ETALING JAYA: Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi komitmen untuk membangkitkan isu berhubung pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar di Dewan Rakyat, bulan ini. ", "Menurut Utusan Malaysia, bekas Perdana Menteri itu berkata, ia selepas beliau menerima memorandum tuntutan itu dari Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin di pejabatnya, petang Jumaat. ", "Jelasnya, memorandum itu menuntut pengeluaran secara bersasar bagi menangani kos sara hidup yang semakin meninggi. ", "“Terima kasih Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin atas pertemuan ini dan diharapkan terus menjadi mata dan telinga rakyat dan sentiasa peka dengan keperluan rakyat di negara ini. ", "“Insya-Allah saya akan bangkitkan isu ini sewaktu perbahasan di Parlimen yang akan berlangsung mulai pertengahan bulan Februari ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, kelmarin.", "Selain Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini menuntut kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim membenarkan pengeluaran KWSP sama ada secara bersasar atau one off. ", "one off", "Bagaimanapun, Perdana Menteri dalam satu majlis di Kangar, Perlis sebelum ini, dilaporkan berkata, kerajaan perlu mempertimbang nasib dan masa depan pencarum KWSP sebelum membenarkan lagi pengeluaran tersebut. ", "Saya akan bangkitkan isu pengeluaran KWSP bersasar di Parlimen – Ismail Sabri"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/26/selesema-burung-korbankan-hampir-9000-hidupan-laut-di-chile/", "headline": "Selesema burung korbankan hampir 9,000 hidupan laut di Chile", "content": ["SANTIAGO: Hampir 9,000 singa laut, penguin, memerang dan mamalia kecil menjadi korban akibat penularan selesema burung yang melanda pantai utara Chile, kata Perkhidmatan Perikanan Negara Amerika Selatan (Sernapesca), semalam.", "Menurut Utusan Malaysia, Sernapesca dalam kenyataan memaklumkan, sejak awal tahun, lebih 7,600 singa laut, 1,186 penguin Humboldt iaitu spesies terancam yang hanya membiak di Chile dan Peru serta beberapa hidupan seperti memerang dan ikan lumba-lumba ditemui mati di sepanjang pantai.", "Menurutnya, penyakit itu menular di 12 daripada 16 wilayah Chile sambil ia mengumumkan pengaktifan ‘protokol pengawasan’ di sepanjang pantai, termasuk menanamkan hidupan yang terjejas dalam usaha mencegah penyebaran virus seterusnya.", "Sejak penghujung 2021, satu daripada wabak selesema burung global yang paling teruk dalam rekod menyaksikan puluhan juta ayam terpaksa dimusnahkan, selain menyebabkan burung liar mati secara besar-besaran dan peningkatan jumlah jangkitan dalam kalangan mamalia di beberapa negara.", "Misalnya di Kemboja, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun jatuh sakit pada pertengahan Februari akibat demam, batuk dan sakit tekak, sebelum meninggal dunia akibat virus selesema burung H5N1, menurut kementerian kesihatan negara itu.", "Bapanya juga diuji positif, tetapi pihak berkuasa kesihatan Kemboja menafikan penularan jangkitan daripada manusia ke manusia lain.", "Ini berikutan amat jarang selesema burung berpindah jangkitan kepada dalam mamalia dan lebih jarang lagi dijangkiti virus yang boleh membawa maut.", "Ketika ini tiada rawatan terhadap penyakit terbabit yang sering membawa ancaman maut pada burung liar dan ternakan.", "Dalam pada itu, Mac lalu, Chile merekodkan kes pertama jangkitan manusia yang membabitkan seorang lelaki berusia 53 tahun.", "Di tempat lain di Amerika Selatan, Argentina, Brazil, Paraguay dan Peru, dengan ratusan kematian singa laut, turut melaporkan ada berlaku penularan jangkitan kepada manusia. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/selesema-burung-korbankan-hampir-9000-hidupan-laut-di-chile/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/selesema-burung-korbankan-hampir-9000-hidupan-laut-di-chile/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/28/varian-acrturus-masih-terkawal/", "headline": "Varian Acrturus masih terkawal ", "content": ["PETALING JAYA: Jangkitan varian Arcturus atau XBB.1.16 masih terkawal dan tiada kesesakan kes Covid-19 dilaporkan di hospital di negara ini setakat hari ini. ", "Menurut Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, varian itu dikesan sejak beberapa bulan lalu di seluruh dunia termasuk Malaysia.", "“Masih awal untuk dikatakan sama ada varian baharu ini lebih bahaya atau  sebaliknya tetapi mana-mana varian tetap bahaya untuk orang ramai. ", "“Risiko varian ini tidak banyak berbeza dengan varian lain tetapi ia dikatakan lebih mudah merebak.", "“Namun, semua fasiliti kesihatan masih mampu menangani sebarang masalah yang timbul di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.", "Utusan Malaysia", "Baru-baru ini, akhbar ini melaporkan, Pegawai Ketua Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) menyifatkan subvarian Arcturus sebagai antara strain Covid yang paling kompetitif di United Kingdom (UK).   ", "Strain Arcturus yang dianggap 1.2 kali ganda lebih menular berbanding subvarian utama lain, menyebabkan lonjakan kes kematian di India, dengan kes jangkitan meningkat 90 kali ganda sejak ia pertama kali dikesan dua bulan lalu.  ", "Dr. Zainal berkata, langkah pencegahan kendiri yang lebih ketat perlu dilakukan bagi memastikan jangkitan varian itu tidak merebak.", "“Prosedur Operasi Standard (SOP) boleh dikembalikan semula dengan sentiasa memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan, elak tempat sesak, membuat ujian kit dan kuarantin kendiri.", "“Kerajaan juga boleh mewajibkan semula pemakaian pelitup muka di sekolah untuk memastikan pengurangan risiko jangkitan secara meluas di sekolah dan dalam komuniti,” katanya.", "Sementara itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Prof. Dr. Mohamed Rusli Abdullah berkata, walaupun varian arcturus dikatakan mudah merebak, Malaysia masih berada dalam keadaan terkawal.", "“Data-data berkaitan varian ini masih tidak banyak dan menyeluruh kerana masih baru namun tiada peningkatan kes yang drastik berlaku di negara ini. ", "“Penjagaan diri perlu dilakukan seperti dahulu dan mengamalkan penjagaan kendiri yang lebih baik agar tidak mudah terdedah dengan jangkitan varian ini,” katanya. ", "Varian Acrturus masih terkawal "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/16/ums-university-of-tokyo-jointly-organized-nature-tourism-postgraduate-study-trip-colloqium/", "headline": "UMS, University of Tokyo jointly organises nature tourism postgraduate study trip, colloqium", "content": ["Group photo session between UMS officer led by Kasim and the University of Tokyo delegation.", "KOTA KINABALU: UMS-UTOKYO Nature Tourism Postgraduate Colloquium 2023 was jointly organized by the Faculty of Tropical Forestry, Universiti Malaysia Sabah and the Graduate School of Agricultural and Life Sciences, the University of Tokyo (UTokyo), Japan recently.", "It was officiated by the UMS Vice Chancellor, Professor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor.", "In his officiating speech, Kasim mentioned that the implementation of the colloquium was in line with UMS vision and mission to achieve academic excellence and international recognition through its attention to teaching and learning, research and publications, and social services.", "“This postgraduate colloquium is organized as part of the ongoing collaborations under MoU, which was just extended for another five years, aims to provide a forum for meeting and the proliferation of ideas among the postgraduate students of UMS and UTokyo.", "“It also aims to promote the culture of knowledge sharing in the field of forestry, and specifically on nature tourism,” he said.", "He added that the colloquium will further strengthen both university working relationship and serve as a forum for learning from each other on various aspects of forestry.", "“Nature tourism is a timely topic because tourism is one of the important industries in Sabah,” said Kasim.", "Meanwhile, according to the Dean of the Faculty of Tropical Forestry (FPT), Assoc. Prof. Dr. Normah Awang Besar @ Raffie, FPT UMS has a long-standing relationship with the Graduate School of Agricultural and Life Sciences, UTokyo.", "“With the signing of MoU in June 2017, UMS forestry was invited as one of the core universities in Asia to participate in the Asian University Forest Research Network under the Core-to-core Program of the Japan Society for Promotion of Science,” she said.", "During the colloquium, five distinguished invited speakers delivered their talk pertaining to nature tourism management and development in Sabah.", "They are Assoc. Prof. Dr. Kae Miyazawa from Graduate School of Agricultural and Life Sciences (UTokyo), Dr. Maklarin Lakim from Sabah Park, Prof. Dr. Jennifer Chan Kim Lian from the Faculty of Business, Economics and Accountancy UMS, Assoc. Prof. Dr. Fiffy Hanisdah Saikim from Institute of Tropical Biology and Conservation UMS, and Dr. Wilson Wong Vun Chiong from FPT UMS."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/21/sibu-bakal-jadi-perkampungan-sukan-permotoran-abang-johari/", "headline": "Sibu bakal jadi perkampungan sukan permotoran- Abang Johari", "content": ["Abang Johari Tun Openg ketika sesi dialog Townhall Sarawak Agenda di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, hari ini.", "KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sarawak mempergiat usaha dalam membangunkan daerah Sibu bagi sukan permotoran untuk anak muda.", "Menurut Utusan Malaysia, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, satu litar permotoran akan dibina di daerah Sibu untuk kegunaan anak-anak muda yang gemar sukan permotoran.", "“Kita (kerajaan negeri) akan membina satu perkampungan sukan di Sibu mengikut model daripada New Zealand berdekatan stadium Sarawak,” katanya dalam satu sesi dialog Townhall Sarawak Agenda di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.", "Terdahulu, Sarawak komited mentransformasikan ekonomi berasaskan sumber konvensional kepada ekonomi dipacu teknologi mapan menerusi Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030.", "Menurut Premier Sarawak, pelan komprehensif itu dirangka berdasarkan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 yang sedia ada serta bertindak sebagai fungsi asas Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS2030).", "Katanya, kerajaan negeri sedang merangka perancangan jangka panjang bagi daerah Sibu ekoran daerah itu menjadi tempat perkumpulan air bertakung.", "Jelas Johari, kerajaan negeri juga sudah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Sunway Berhad bagi menempatkan litar permotoran di Sibu.", "Tambahnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang merancang untuk menjadikan Sarawak sebagai tuan rumah bagi aksi Sukan SEA pada 2027.", "“Dengan itu, kita sedang menyediakan kemudahan sukan bertaraf antarabangsa bagi persiapan Sukan SEA 2027 seperti yang diusulkan oleh KBS,” katanya. ", "Sibu bakal jadi perkampungan sukan permotoran- Abang Johari"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/25/masuk-laluan-bertentangan-punca-nahas-empat-maut/", "headline": "Masuk laluan bertentangan punca nahas empat maut", "content": ["Keadaan kereta terlibat kemalangan yang menyebabkan empat mangsa maut di Trong, Bukit Gantang semalam. – Utusan/Ihsan Bomba", "BUKIT GANTANG: Polis mengesahkan kemalangan yang mengorbankan dua pasangan suami isteri warga emas di Sungai Tiang dekat sini semalam, disebabkan kereta dinaiki mereka memasuki laluan bertentangan.", "Kejadian sekitar pukul 5.30 petang itu mengorbankan pemandu kereta Toyota Vios, Chew Yang Kim, 74, dan isteri, Kok Siok Har, 64, bersama rakan mereka, Ng Swee Ho, 67, dan isteri, Ng Ah Mooi, 63.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, kemalangan itu membabitkan kereta dinaiki kesemua mangsa dan sebuah treler muatan batu arang dipandu lelaki berusia 49 tahun.", "Katanya, kejadian berlaku ketika kereta itu dalam perjalanan dari arah Taiping menghala ke Pantai Remis manakala treler pula dari arah bertentangan.", "“Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta dipandu Yang Kim dipercayai masuk ke laluan treler lalu berlaku pertembungan depan dengan depan antara dua kenderaan.", "“Akibat dari kemalangan itu, pemandu kereta dan tiga penumpang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.", "Menurut beliau, kemalangan yang berlaku di jalan lurus, dua hala dan terdapat garis putus-putus di tengah sebagai pemisah jalan, menyebabkan kedua-dua kenderaan rosak teruk di bahagian hadapan.", "“Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.", "Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong, Mohd. Shahidan Hassan berkata, sepasukan anggota segera diatur gerak ke lokasi selepas dimaklumkan kejadian itu.", "“Anggota segera menjalankan operasi menggunakan peralatan menyelamat untuk membawa keluar kesemua mangsa yang tersepit. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/masuk-laluan-bertentangan-punca-nahas-empat-maut/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/masuk-laluan-bertentangan-punca-nahas-empat-maut/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/28/polis-kl-keluar-saman-serta-merta-terhadap-pengguna-langgar-peraturan-lalu-lintas/", "headline": "Polis KL keluar saman serta merta terhadap pengguna langgar peraturan lalu lintas", "content": ["Mohd. Shuhaily Mohd Zain", "KUALA LUMPUR: Saman serta merta akan dikeluarkan Polis Kuala Lumpur bermula 1 sehingga 31 Julai ini kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas.", "Penguatkuasaan undang-undang ini akan dilakukan secara bersepadu bersama-sama agensi lain terdiri Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di sekitar Kuala Lumpur.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, penguatkuasaan ini akan menumpukan tujuh kesalahan iaitu parkir haram; kenderaan yang menghalang lalulintas; melanggar lampu merah; nombor plat tidak mengikut spesifikasi atau fancy; cermin gelap dan pengubahsuaian motosikal.", "fancy", "Kata beliau, operasi berkenaan akan melibatkan kekuatan 1,000 pegawai dan anggota dan dibantu agensi terlibat. ", "“Objektif operasi ini adalah supaya memastikan pengguna jalan raya di ibu negara peka dan sentiasa hormat akan undang-undang.", "“Penguatkuasaan ini juga merupakan asas untuk mengajar dan mendidik masyarakat untuk sentiasa patuh kepada undang-undang negara.", "“Selain itu, memartabatkan kembali peraturan-peraturan jalan raya dalam kalangan warga kota dan mendisiplinkan pengguna jalan raya samada pejalan kaki mahupun pemandu-pemandu kenderaan,“ katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan operasi hormat undang-undang jalan raya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini kelmarin.", "Mengulas lanjut, Mohd. Shuhaily berkata, tindakan penguatkuasaan ini melibatkan semua lapisan tidak mengira latar belakang termasuk warga asing yang memandu di negara ini. ", "Jelas beliau, tumpuan kepada warga asing adalah mereka yang memandu tanpa lesen yang sah.", "“Kita dapati ada juga individu warganegara ini yang membuat penyewaan kenderaan kepada warga asing. ", "“Jika tertangkap, tindakan menyita kenderaan dan saman terhadap pemilik kenderaan tersebut akan dikenakan di bawah Seksyen 26 (1) (b) membenarkan kenderaan tanpa lesen memandu yang sah,” jelasnya. ", "Dalam pada itu, kata Mohd.Shuhaily, pihaknya juga akan melakukan kerjasama dengan sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur untuk menjadikan amalan keselamatan jalan raya sebagai satu amalan harian pelajar. ", "“Sebagai rekod, sebanyak 895 kertas siasatan trafik dibuka bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.", "“Kesalahan tertinggi adalah halangan iaitu meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang atau menghalang lalulintas dengan 311 kes diikuti lumba haram (180 kes) dan langgar lampu merah (167 kes),” katanya.", "Polis KL keluar saman serta merta terhadap pengguna langgar peraturan lalu lintas"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/05/warga-rusia-menyamar-pekerja-wanita-bertudung-ceroboh-menara-merdeka-118/", "headline": "Warga Rusia menyamar pekerja wanita bertudung ceroboh Menara Merdeka 118", "content": ["Tangkap layar video memaparkan Angela Nikolau berada di puncak Menara Merdeka 118 yang dikongsikan di Twitternya malam tadi.", "PETALING JAYA: Seorang warga Rusia mendedahkan, dia menyamar sebagai pekerja bangunan wanita bertudung untuk menceroboh Menara Merdeka 118 sehingga memanjat ke puncak bangunan tersebut di Kuala Lumpur, dekat sini, baru-baru ini. ", "Menurut Utusan Malaysia, menerusi perkongsian di akaun Twitternya malam tadi, wanita dikenali sebagai Angela Nikolau itu juga mendedahkan, dia menyewa sebuah apartment dengan pemandangan menara berkenaan supaya dapat menjalankan pengawasan serta pemerhatian terhadap bangunan tersebut. ", "Katanya, dia menghabiskan tempoh beberapa minggu mencari butiran penting yang perlu diketahui sebelum menceroboh menara berkenaan. ", "“Saya mengakui jatuh cinta terhadap Menara Merdeka 118 sebaik sahaja melihatnya dan berasakan suatu sambungan secara spiritual. Ia adalah bangunan yang sangat megah di tengah bandar menakjubkan,” katanya.", "Menceritakan pengalaman selepas dia gagal dikesan apabila dapat memasuki ke menara itu, katanya, dia berlari ke tingkat 32 pertama dan terpaksa berbaring di atas lantai konkrit dalam keadaan tidak berpakaian untuk menyejukkan diri sambil minum semua air yang ada apabila berada dalam keadaan yang panas. ", "“Semasa berehat, saya menyedari bahawa saya telah dikesan dan kemudian mimpi ngeri bermula. Saya menjumpai tempat berlindung dalam kotak konkrit kecil yang mana saya tidak dapat meregangkan kaki dan perlu menghabiskan lebih dari 20 jam dalam kotak tersebut,” katanya.", "Angela turut berkongsi keadaan dirinya pada 25 jam kemudian dengan tidak mempunyai makanan dan air selain tidak tidur. ", "“Saya tidak dapat meregangkan kaki dan seluruh badan kaku serta sakit. Saya tidak boleh menangis pun kerana pekerja berada berhampiran. ", "“Nasib baik pekerja di situ berehat dan saya boleh keluar dan berlari ke puncak menara,” katanya. ", "Angela memberitahu, dia memanjat menara setinggi 53 tingkat itu dengan turut memakai memakai beg galas seberat 15 kilogram.", "“Saya tidak pasti saya mendakinya jika saya tahu betapa tingginya menara itu. Selepas saya selesai mendaki, saya tidak berasakan lengan saya dan tidak dapat mengangkatnya,” katanya. ", "Namun, katanya, semangatnya meningkat semula sebaik sahaja melihat pemandangan menara tersebut.", "Pada 29 Disember lalu, polis menerima satu laporan daripada pihak pengurusan Menara Merdeka 118 untuk tindakan lanjut mengenai kes pencerobohan pasangan dari Rusia yang dipercayai memanjat menara terbabit.", "Polis juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang memuat naik hantaran mengenai pencerobohan berkenaan.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/warga-rusia-menyamar-pekerja-wanita-bertudung-ceroboh-menara-merdeka-118/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/warga-rusia-menyamar-pekerja-wanita-bertudung-ceroboh-menara-merdeka-118/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/10/trump-bersalah-lakukan-pencabulan-seksual-diarah-bayar-as5-juta/", "headline": "Trump bersalah lakukan pencabulan seksual, diarah bayar AS$5 juta  ", "content": ["E. Jean Caroll meninggalkan Mahkamah Persekutuan Manhattan selepas juri mendapati Donald Trump bersalah melakukan pencabulan seksual dan memfitnahnya. ", "NEW YORK: Barisan juri di New York mendapati Donald Trump bersalah melakukan pencabulan seksual dan memfitnah bekas wartawan, E Jean Carroll.", "Sehubungan itu, bekas presiden Amerika Syarikat (AS) itu diarahkan membayar ganti rugi sebanyak AS$5 juta (RM22.2 juta) kepada wanita berkenaan.", "Barisan juri dianggotai sembilan orang bagaimanapun menolak dakwaan Jean dirogol, namun sebulat suara mengekalkan tuduhan lain yang dikemukakan dalam kes perbicaraan sivil itu.", "Menurut Utusan Malaysia, keputusan itu sekali gus menyaksikan Trump buat pertama kali berdepan hukuman undang-undang berhubung rentetan dakwaan serangan seksual sejak beberapa dekad lalu.", "Bagaimanapun, bekas pemimpin itu dengan pantas menolak keputusan itu dengan menyifatkannya sebagai ‘memalukan’.", "Jean, 79, memfailkan saman terhadap Trump dengan mendakwa bekas presiden AS itu melakukan serangan seksual terhadapnya di sebuah bilik persalinan butik mewah, Bergdorf Goodman di Fifth Avenue, Manhattan, pada tahun 1996.", "Bekas kolumnis majalah Elle itu, turut mendakwa Trump memfitnahnya apabila dia merujuknya sebagai ‘penipuan yang lengkap’ selepas dia mendedahkan dakwaan itu kepada umum pada tahun 2019.", "Trump, 76, menyifatkan kes itu sebagai tuduhan ‘palsu’ dan ‘pembohongan’ semata-matanya.", "Barisan juri memutuskan Jean berjaya membuktikan pencabulan seksual berlaku, dengan memberikan lebih banyak bukti sekali gus menganugerahkannya AS$2 juta (RM8.9 juta) kepadanya.", "Barisan juri terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita juga memutuskan Trump harus membayar kepada Jean kira-kira AS$3 juta (RM13.3 juta) atas kesalahan memfitnah.", "Dalam pada itu, peguam Jean, Roberta Kaplan menyambut baik keputusan barisan juri berkenaan. ", "“Kami sangat gembira,” katanya.", "Sementara itu, Trump membidas keputusan juri itu di media sosialnya, Truth Social. ", "“Saya langsung tidak tahu siapa wanita ini. Keputusan ini amat memalukan,” jelasnya dalam satu catatan.", "Sebelum ini, Jean dalam perbicaraan kes sivil memberitahu serangan itu menyebabkannya berasa ‘malu’ dan tidak dapat menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.", "Katanya, dia mengambil masa lebih 20 tahun untuk mendedahkan kepada umum kerana ‘takut’ dengan Trump. "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/30/kerajaan-negeri-akan-permudahkan-perlaksanaan-jendela-km/", "headline": "Kerajaan Negeri akan permudahkan perlaksanaan Jendela – KM", "content": ["Hajiji (kiri) dalam perbincangan bersama Ahmad Fahmi.", "KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan memastikan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) dilaksanakan dengan lancar di Sabah.", "“Arahan saya jelas. Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat daerah mesti memudahkan supaya projek di bawah Jendela di negeri ini dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya ketika bertemu Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.", "Antara isu yang dibincangkan ialah mempercepatkan program Jendela bagi mencapai sasaran 100 peratus sambungan internet menjelang akhir 2025.", "Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Ahmad Fahmi.", "Turut dibincangkan ialah cadangan pengembalian semula 300 sambungan satelit Terminal Apertur Sangat Kecil (VSAT) di kawasan luar bandar di Sabah, meningkatkan bilangan Pusat Ekonomi Digital PEDI daripada 118 kepada 200 dan mempercepatkan penyiapan menara semasa dan PoP (titik kehadiran di sekolah) pembinaan dan pemasangan.", "Mengiringi Ahmad Fahmi ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Dato’ Mohd Sukari Ab Hamid dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/19/kaantakan-red-tide-id-kowoigan-tisan-rahat-kota-kinabalu-tuaran/", "headline": "Kaantakan ‘Red Tide’ id kowoigan tisan rahat Kota Kinabalu, Tuaran", "content": ["KOTA KINABALU: Koupisan Ponginsadaan Sabah pinapalabus notis kopoingatan kinoingkawason ‘Red Tide’ (Alga Aragang) nosusuhut kinokitonan alga aragang id pipiro koiyonon kowoigan tisan rahat pososorili’ Kota Kinabalu om Tuaran.", "Koyuon i minintonod mantad kinoinggumuon ponit alga atantu’ i kopongimbulai toksin kopoligogon i kopongumpadan mamaamasi marin om kolidasan tulun.", "Kumoduo Boyoon Montiri po nogi’ Montiri Pomutanaman, Ponginsadaan om Pomorunan Takanon, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan minoboros, kinohinoon ‘Margalefidinium polykriskoides’ (Cochlodium) om alga ‘Pyrodinium bahamense’ noilaan maya’ sampel waig i nanu mantad pipiro kinoiyonon id pososorili’ Kota Kinablu om koiyonon suai di ko 16tw Koduo 2023.", "“Koyuon Alga Aragang i sasaru’ aantakan id kowoigan Tisan Kotonobon Sabah lolobi no id Sipitang, Kuala Penyu gisom Tuaran toi Kota Belud. Kaantakan diti ingkuuri’ aantakan id kowoigan Tisan Kosilahon Sabah om aiso’ nokoruput lobi 20 toun,” ka di Dr. Jeffrey id iso’ kointalangan di tadau baino’.", "Notis kopoingatan i pinalabus dilo’ tumanud di buris puralan om kooturan di nakatantu’, nokopokito kinoloputon alga aragang masaan naantakan id kowoigan Kota Kinabalu om pikikiro kopogkoroliu kumaa kowoigan Tuaran.", "Ginumu’ kinopidoton sel sonliter montok tikid sampel nopo nga’ mogisuai-suai id tikid kinoiyonon. Rontob koligogon adangon soira’ ginumu’ sel katalib 2,000 sonliter montok alga Margalefidinium polykrikoides om 800 solinter montok alga Pyrodinium bahamense.", "Pinointalang di Dr. Jeffrey, sundung alga Maralefidinium polykrikoides amu kopoligogon kumaa tulun, nga’ kopoligogon ilo’ kumaa sada’, lolobi no i gompion id kurungan.", "“Kinoloputon miampai kinopidoton sel di akawas koowit kapataion sada’ di ogumu’ sabab sada’ momuhobo maya’ tasang, om alga i kosokot id tasang kosonsong pomuhoboan,” ka disio.Notis kopoingatan dilo’ sabaagi kapasarahan kumaa momomogompi’ id koiyonon Kota Kinabalu om Tuaran mooi do mingat-ingat om mongilag kapataion sada’ i koowit do korugion.", "Sabalik dino, alga Pyrodinium bahamense koponinong koligogonon kumaa tulun. Toksin mantad Pyronidium bahamense kotimung doid tongo’ kakahut, om soira’ ilo’ do aakan tulun, koowit kumaa Kowonitan Kerang Lumpuh (PSP).“Tanda’ PSP kaampai no amarod, orodon, om miagal nolonuk id kabang, munung om dila’, susuhutonon do oruol tulu, oinggolou, soluhan om mongilob. Id kes di adalaan, koowit ilo’ do kotingkodon momuhobo, om ‘koma’ om nogi’ kapataion. Mantad dilo’, tulun ginumuan pokionuon do amu’ mangakan nunu-nunu ponit kakahut mantad koiyonon i naantakan gisom haro kopoilaan posusuhut,” ka disio.Montok mongingkuri’ waya’ do ruab, Koporintaan Pogun Sabah maya’ Koupisan Ponginsadaan minaganu pipiro laang kaampai no mogodu naamot kopongonuan, kapadagangan om pomogunaan tongo’ kakahut mantad koiyonon di naantakan.Minamason nogi’ isio tulun ginumuan mooi do amu’ mingka’au id kowoigan pososorili’ Kota Kinabalu om Tuaran gisom onuan pononsunudan, om minoboros, koporintaan miontong do koyuon om manahak kointalangan kaawagu nung nuru’.Suai ko ilo’, pinoposorou isio tulun ginumuan do kaantakan alga aragang nopo nga’ kaantakan sandad i osubuanan di koyuon miagal kosimbanon tawan om ababayan tulun, miagal do koponosomuan om koponginsadaan do poindadala’.“Oponsol montok tulun ginumuan do mongilo kaantakan di poinggompit do koyuon alga aragang om maganu laang mingat-ingat i kiguno montok mongumolig kolidasan diolo’ om sandad posorili’,” ka disio.Koupisan Ponginsadaan tumilombus madtamong koyuon dilo’ om maganu laang potilombus nung nuru’ montok papatantu’ koumoligan om kotilombuson intodonon taakanon rahat tokou,” ka disio.Minongunsub nogi’ isio monginginsada’ om mongingindapu’ takanon rahat do mananud kooturan kopoindalanan pinatantu’ i pinatatap do bohogian kikuasa’ om papatantu’ produk diolo’ oumolig do akanon.“Oinsanan tokou mositi’ papapamanau tonggungan tokou do manamong kolidasan om kasasanangan mogigiyon, om montok mongumolig do pogiromutan pangaba’ takanon tokou,” ka disio."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/22/%e8%81%af%e9%82%a6%e5%8f%97%e4%bf%83%e6%8f%90%e4%be%9b%e8%b6%b3%e5%a4%a0%e6%92%a5%e6%ac%be-%e7%a2%ba%e4%bf%9d%e6%b3%9b%e5%a9%86%e5%a4%a7%e9%81%93%e5%a6%82%e6%9c%9f%e5%ae%8c%e5%b7%a5/", "headline": "聯邦受促提供足夠撥款 確保泛婆大道如期完工", "content": ["(亞庇廿二日訊)聯邦政府受促為泛婆大道提供足夠的撥款,用於目前正在建設的13個配套和其餘20個尚未實施的配套。", "「沙巴的撥款需要公平、公正和公式化分配。增加道路、橋樑、電力供應和更廣泛的互聯網接入等發展項目,對於增加接入和促進人們的流動以及擴大沙巴的業務非常重要。」", "副首長兼必打丹國會議員沙喜爾米如此表示。", "他說,他就國家元首在致詞時表示希望能穿越泛婆大道致以崇高的敬意。", "他補充說,陛下的關心和態度應該成為半島、沙巴和砂拉越之間平衡發展的支柱。", "「沙巴的泛婆大道第一階段是一條免費公路,線路從新都敏到擔波羅里,再從蘭瑙到斗湖。」", "「2016年開工的項目分為35個配套。」", "「總共啟動了15個配套,15個配套中有2個已經完全完成。」", "斗湖和拿篤的另外2個配套預計將在2023年年中完成。", "「其餘11個配套預計在2024年完成。我們非常希望聯邦政府能夠全面實現泛婆大道。」", "「這條高速公路的經濟影響和溢出效應將推動沙巴的發展。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/12/polis-kasari-wanita-hamil-enam-bulan-diarah-bersara/", "headline": "Polis kasari wanita hamil enam bulan diarah bersara", "content": ["Tangkap layar menunjukkan Nerillia Laurent ditolak ke lantai oleh Matthew McNichol.", "MIAMI: Tindakan seorang pegawai polis di Boca Raton bertindak kasar terhadap seorang wanita kulit hitam yang sedang hamil ketika membuat rondaan mencetus kemarahan ramai selepas video insiden berkenaan tular baru-baru ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Daily Mail melaporkan, polis dipanggil ke tempat kejadian di kawasan jalan di Boca Raton pada Mei lalu oleh seorang saksi yang gusar melihat pasangan Harry Hardy dan Nerillia Laurent sedang bertengkar di dalam sebuah kereta.", "Rakaman kamera badan menunjukkan pegawai polis, Matthew McNichol menghampiri kenderaan berkenaan dan memberitahu pasangan itu supaya berhenti membuat kecoh di tempat awam sebelum meminta kad pengenalan mereka.", "McNichol kemudian bertindak menarik lengan Laurent keluar dari kereta dan memusingkannya ke belakang sebelum menolak wanita itu ke lantai.", "Henry yang melihat kejadian itu menjerit memberitahu isterinya hamil enam bulan dan cuba menghalangnya tetapi terpaksa berundur selepas diancam dengan pistol taser oleh McNichol dan seorang lagi pegawai polis.", "Laurent terus menjerit memberitahu dia hamil namun McNichol terus memberitahunya berkali-kali bahawa dia ‘tidak peduli’.", "Ramai penduduk turut meluahkan rasa tidak puas hati selepas McNichol diarahkan bersara daripada pasukan itu walaupun siasatan terhadap tingkah lakunya masih berjalan sementara pasangan itu didakwa kerana melawan pihak berkuasa.", "“Saya hanya berharap perkara sebegini tidak berlaku lagi kepada pasangan lain. Saya tidak mahu ada anak kecil lain yang trauma dengan keadaan seperti itu lagi,” kata Laurent kepada CBS News", "Polis kasari wanita hamil enam bulan diarah bersara"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/28/kabel-bawah-tanah-rosak-punca-gangguan-elektrik-di-tebobon-sepanggar-manggatal/", "headline": "Kabel bawah tanah rosak punca gangguan elektrik di Tebobon, Sepanggar, Manggatal", "content": ["KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di kawasan Tebobon, Sepanggar, Manggatal pada malam Ahad adalah berpunca daripada kerosakan kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).", "Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset), Ir. Idris Mohd. Noor berkata, hasil daripada analisa pasukan teknikal SESB yang melakukan pencarian punca gangguan mendapati terdapat kerosakan kabel bawah tanah yang disyaki terkesan daripada pembesaran jalan di kawasan tersebut.", "“Kabel milik SESB disyaki termampat akibat daripada kerja-kerja pembesaran jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Dalam pada itu, beliau berkata, SESB kini di dalam tindakan untuk menaik taraf sistem pembahagian bekalan elektrik dari Pencawang Pembahagi Utama Menggatal untuk meningkatkan daya harap serta mempercepatkan kerja-kerja pemulihan bekalan di kawasan tersebut."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/17/tuduh-saya-bawa-islam-berlebihan-dalam-pentadbiran-pandangan-haprak-anwar/", "headline": "‘Tuduh saya bawa Islam berlebihan dalam pentadbiran pandangan haprak’ – Anwar", "content": ["Anwar Ibrahim merasmikan Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah di Kampung Melele, Kodiang di Kubang Pasu.", "KUBANG PASU: Perdana Menteri menempelak kelompok kecil yang melabel beliau bersikap Islamist atau menerapkan konsep Islam secara berlebihan dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan sebagai pandangan yang haprak.", "Menurut Utusan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah beliau memperluas peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang tidak hanya tertakluk kepada soal agama dan perundangan Islam bukan bertujuan seperti tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.", "“Jakim sekarang di bawah pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan ini diperluas tugasnya untuk turut membicara soal ekonomi, program digital dan kurikulum pendidikan.", "“Tanggungjawab itu lebih luas supaya nilai Islam diterapkan dan ini pula ditentang oleh pihak yang tidak faham dalam kalangan kelompok kecil bukan Islam sehingga menulis secara kasar kononnya Anwar sekarang mempamerkan sikap Islamist yang kukuh yang cuba diselindungi selama ini dengan mengarahkan Jakim menguasai semua sistem.", "“Ini haprak punya pandangan,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah di Kampung Melele, Kodiang di sini hari ini.", "Menurut Perdana Menteri, tuduhan yang dilemparkan segelintir orang bukan Islam itu menunjukkan mereka tidak faham kepentingan mendidik masyarakat mengenai konsep Islam sebenar.", "Jelasnya, jika umat Islam tidak mendapat kefahaman dalam ajaran Islam yang tepat, adalah dibimbangi berlaku pertembungan antara masyarakat yang lebih serius pada masa hadapan.", "“Saya nak bagitahu rakan-rakan bukan Islam terima kasih atas sokongan mereka tapi mereka juga harus faham yang umat Islam ini ilmunya dangkal, sikapnya itu bengis dan keras tidak akan membawa rakyat menarik dan meminati Islam.", "“Maka masa depan kita lebih celaru dari segi pertarungan, pertembungan antara dua pihak ini. Jadi itu sebab mengapa saya bentuk Yayasan Karyawan dan tugas mereka adalah menerbitkan karya-karya besar (untuk membantu isu ini),” jelasnya.", "Dalam pada itu Anwar berkata, beliau tidak ada masalah untuk menerima kritikan yang diberikan terhadapnya atau Kerajaan Perpaduan ketika ini tetapi mengingatkan pihak-pihak berkenaan agar tidak sampai melakukan fitnah yang jelas tidak boleh diterima.", "“Saya minta sekali lagi, kalau kita hendak pertahan Islam, ada banyak lagi boleh kritik saya, saya boleh terima. Kritik kerajaan, saya boleh terima, tetapi fitnah tidak boleh.", "“Ada pandangan umpamanya kalau tidak bersama parti ini bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah, itu parah. Ustaz dan guru agama mesti tegur, janganlah kita punya ketaasuban kepada parti mengatasi ‘Al Islamu ya’lu wa laa yu’la alaih’,” katanya.", "‘Tuduh saya bawa Islam berlebihan dalam pentadbiran pandangan haprak’ – Anwar"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/31/presiden-ukraine-beri-amaran-peperangan-bakal-berlaku-di-russia/", "headline": "Presiden Ukraine beri amaran ‘peperangan’ bakal berlaku di Russia", "content": ["Volodymyr Zelensky", "KIEV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, memberi amaran bahawa ‘peperangan’ yang kini sudah bermula di Russia akan diteruskan selepas tiga dron negara itu ditembak jatuh di Moscow.", "Ini adalah antara serangan balas pertama Ukraine di bumi Russia sejak tentera Moscow menceroboh Ukraine pada 24 Februari 2022.", "Menurut Utusan Malaysia, beliau berkata, peperangan akan ‘dikembalikan’ secara berperingkat ke Russia, khususnya membabitkan pusat simbolik dan pangkalan tenteranya.", "“Ini satu tindakan yang adil dan tidak dapat kami elakkan,” katanya selepas melawat Ivano-Frankivsk, sebuah bandar di bahagian barat negara itu.", "Pada masa sama, kata Zelensky, Ukraine kini semakin kuat, namun masih harus bersiap sedia menghadapi serangan baharu Moscow terhadap infrastruktur tenaga negara itu, ketika musim sejuk.", "Katanya, ketika ini persiapan untuk menghadapi segala kemungkinan sudah dibincangkan di Ivano-Frankivsk.", "Sementara itu, menurut Kementerian Pertahanan Russia, pihaknya menembak jatuh tiga dron Ukraine awal semalam, yang cuba menyasarkan Moscow dalam serangan kedua seumpama itu dalam seminggu.", "Menurutnya, dua dron terhempas di daerah Moskva-Citi selepas dibawa turun menggunakan peralatan radio-elektronik.", "“Pertahanan udara juga menembak jatuh satu lagi dron di udara di atas kawasan Odintsovo di wilayah Moscow.", "“Pada pagi 30 Julai, percubaan serangan oleh rejim Kyiv menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu terhadap sasaran di bandar Moscow digagalkan,” kata kementerian itu dalam kenyataannya.", "Sementara itu, Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, berkata, tiada individu dilaporkan cedera, sebaliknya serangan hanya menyebabkan kerosakan kecil di dua bangunan pejabat di daerah perniagaan Moskva-Citi.", "Menurut media Russia, kawasan itu yang jaraknya beberapa kilometer dari Kremlin, terkenal dengan menara pencakar langit yang moden.", "Katanya, salah satu bangunan yang rosak menempatkan kediaman milik tiga kementerian kerajaan Russia serta pangsapuri.", "Dron milik musuh dilapor menyasarkan ibu kota Russia sejak beberapa bulan lalu, namun ia tidak menyebabkan kerosakan teruk.", "Bagaimanapun, perkembangan itu menyebabkan rasa kurang senang dalam kalangan pihak berkuasa Russia yang sebelum ini meyakinkan rakyatnya bahawa negara berkenaan sudah mengawal sepenuhnya keadaan melalui operasi tentera khas terhadap Ukraine.", "Serangan melalui dua dron di Kremlin pada Mei lalu menjadi serangan pertama paling berprofil tinggi terhadap Russia yang sebelum ini hanya menyaksikan pertempuran di Ukraine dan bukan di negara sendiri.", "Isnin lalu, menurut tentera Russia, negara itu menggagalkan satu lagi serangan ke atas Moscow menggunakan dua dron, salah satunya disasarkan berdekatan dengan ibu pejabat Kementerian Pertahanan.", "Berdasarkan tinjauan Reuters, kawasan berkenaan dipenuhi dengan serpihan kaca dan dokumen pejabat itu dikepung oleh polis dan perkhidmatan kecemasan.", "Menurut agensi berita TASS, semua penerbangan yang dijadual tiba dan berlepas dari lapangan terbang Vnukovo di Moscow, digantung seketika susulan serangan berkenaan.", "Presiden Ukraine beri amaran ‘peperangan’ bakal berlaku di Russia"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/08/rumah-pekerja-rumah-dua-tingkat-musnah-dalam-kebakaran-berasingan-di-kk-kudat/", "headline": "Rumah pekerja, rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran berasingan di KK, Kudat", "content": ["Keadaan kebakaran yang memusnahkan rumah pekerja 22 pintu di Inanam pagi tadi.", "KOTA KINABALU: Sederet rumah pekerja 22 pintu musnah terbakar di sini pagi tadi.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata, kejadian berlaku di Jalan Tuaran Batu 7, Inanam, pada kira-kira jam 7 pagi.", "Katanya, panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 7.12 pagi dan sepasukan 13 anggota dari BBP Lintas dan lapan anggota dari Balai Bantuan BBP Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi.", "“Setiba di tempat kejadian yang terletak lima kilometer dari BBP itu, didapati satu kebakaran melibatkan sebuah rumah pekerja 22 pintu jenis kontena (besi) berukur 10×20 kaki setiap unit telah terbakar 100 peratus.", "“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran 100 kaki empat pancutan dan satu aliran salur bantu mula sumber air dari tangki jentera dan pili bomba berdekatan,” katanya. ", "Menurut Agustavia, tiada mangsa terlibat dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.40 pagi.", "Operasi ditamatkan pada jam 9.29 pagi.", "Sementara itu, di KUDAT, sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal terbakar di Kampung Tanjung Kapor, pada kira-kira jam 4 petang tadi.", "Ketua BBP Kudat, PPgB Ishak Jabas berkata, panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 4.27 petang dan sepasukan tujuh anggota diketuai oleh Komander Operasi, PBK I KUP Mohd Saidi Tabin bergegas ke lokasi.", "“Setiba di tempat kejadian yang terletak empat kilometer dari BBP itu, didapati sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal anggaran keluasan 20’X30’ kaki telah terbakar 100 peratus.", "“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 200’ kaki dua pancutan dan sumber air didapati daripada pili bomba berdekatan,” katanya. ", "Kata Ishak, tiada mangsa terlibat dilaporkan, dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.45 petang. ", "Operasi ditamatkan pada jam 5.11 petang."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/29/pemandu-myvi-acu-pistol-selepas-berang-dihon/", "headline": "Pemandu Myvi acu pistol selepas berang dihon", "content": ["Pistol angin jenama Wingun Patent Super Sport 702 Cal. 6mm BB yang dirampas polis bersama enam peluru jenama Wingun 700 dan satu bungkusan lut sinar mengandungi manik plastik warna hijau.", "MELAKA: Seorang mekanik berdepan detik cemas selepas diacukan sepucuk pistol di kepalanya dalam kejadian di hadapan Melaka Mall di sini, awal pagi semalam.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, insiden berlaku berikutan suspek yang memandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi berasa tidak puas hati apabila mangsa yang menunggang motosikal membunyikan hon kepadanya.", "Jelasnya, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 24 tahun telah bergelut dengan suspek berumur 29 tahun sebelum berjaya merampas senjata berkenaan.", "Beliau berkata, suspek kemudian bertindak melarikan diri dengan kenderaannya, namun berjaya ditahan oleh mangsa dengan bantuan orang awam.", "“Pergaduhan berlaku apabila suspek dikatakan tiba-tiba membuat pusingan U di lampu isyarat di Jalan Lebuh Ayer Keroh menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal membunyikan hon dan menjerit perkataan ‘hoi’ kepada suspek.", "“Suspek mengarahkan mangsa berhenti di hadapan Melaka Mall dan telah mengeluarkan sepucuk pistol sebelum mencekak belakang leher mangsa menggunakan tangan kanan dan mengacukan senjata itu di kepala kiri mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.", "Tambah Christopher, semakan mendapati, suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan sedang menjalani pengawasan (PS) di Balai Polis Bukit Baru sejak 1 November 2021 sehingga 1 November 2023, atas kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.", "Ujarnya, saringan ujian air kencing suspek bagaimanapun negatif dan dia kini ditahan reman selama enam hari di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 (1) (a) Akta Senjata Api 1960.", "“Suspek mengakui telah membeli senjata berupa pistol angin jenama Wingun Patent Super Sport 702 Cal. 6mm BB itu daripada rakannya dan kini pihak polis sedang mengesan individu terbabit untuk siasatan lanjut.", "“Polis turut merampas enam peluru jenama Wingun 700 dan satu bungkusan lut sinar mengandungi manik plastik warna hijau,” katanya. ", "Pemandu Myvi acu pistol selepas berang dihon"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/08/india-roboh-rumah-setinggan-menjelang-persidangan-g20/", "headline": "India roboh rumah setinggan menjelang persidangan G20", "content": ["Penduduk mencari barangan yang boleh digunakan selepas kem rumah setinggan di Jew Delhi dirobohkan pihak berkuasa.", "NEW DELHI: India bakal menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak G20 pada hujung minggu ini dan majlis antarabangsa itu diharapkan dapat memberi faedah kepada penduduk setempat.", "Namun, sangkaan mereka meleset apabila kawasan setinggan di Kem Janta, New Delhi dirobohkan oleh pihak berkuasa menjelang persidangan tersebut.", "Menurut Utusan Malaysia, Dharmender Kumar, Khushboo Devi dan tiga anak mereka antara penduduk yang rumah mereka drobohkan sejak beberapa bulan lalu.", "“Kami ingat persidangan itu akan beri sedikit kebaikan untuk kami yang hidup dalam keadaan daif, rupanya ia hanya menyebabkan kami hilang rumah, hilang tempat berlindung,” rintih Kumar.", "Pegawai yang mewakili Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi yang bertindak merobohkan kawasan setinggan itu, bagaimanapun berkata, rumah itu dibina secara haram di atas tanah kerajaan dan proses memindahkan penduduk akan dibuat secara berterusan.", "Rumah dikawasan setinggan seperti di Kem Janta sudah dibina selama bertahun-tahun dengan kebanyakan penduduknya bekerja di kawasan berhampiran dan tinggal di dalam rumah kecil.", "Operasi merobohkan setinggan itu bermula sejak empat bulan lalu. Jentolak dibawa ke Kem Janta pada Mei dan rakaman video menunjukkan rumah sementara yang diperbuat daripada kepingan timah dirobohkan dengan sebahagian daripada penduduk dilihat menangis.", "Kem itu terletak berhampiran Pragati Maidan iaitu lokasi utama Sidang Kemuncak G20 bakal diadakan.", "Kebanyakan daripada 20 juta penduduk di New Delhi tinggal di daerah yang sebahagian besarnya tidak dirancang dan dipenuhi dengan perumahan haram.", "Pada 2021, Menteri Perumahan dan Hal Ehwal Bandar, Hardeep Singh Puri ketika bercakap di Parlimen memaklumkan 13.5 juta orang tinggal di kawasan yang tidak dibenarkan di Delhi.", "“Kerajaan sedang merobohkan setinggan dan memindahkan orang yang hidup sukar atas dasar memperlihat keindahan bandar raya ini tanpa sebarang kebimbangan mengenai apa yang akan berlaku kepada mereka,” kata pengarah eksekutif dan ahli pengasas Pusat Pembangunan Holistik yang berpangkalan di New Delhi, Sunil Kumar Aledia. ", "India roboh rumah setinggan menjelang persidangan G20"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/14/tawaran-lumayan-di-arab-saudi-tidak-mampu-goda-lewandowski/", "headline": "Tawaran lumayan di Arab Saudi tidak mampu goda Lewandowski", "content": ["Robert Lewandowski", "MADRID: Ketika ramai bintang bola sepak dunia memilih Arab Saudi sebagai destinasi untuk menamatkan karier mereka, Robert Lewandowski tidak berminat biarpun ditawarkan gaji yang lumayan.", "Selepas Cristiano Ronaldo, Karim Benzema menjadi nama besar terbaharu bakal beraksi dalam Liga Pro Saudi.", "Menurut Utusan Malaysia, kelab-kelab kaya negara itu masih ghairah memburu pemain ternama ke liga tersebut dengan N’Golo Kante dan Roberto Firmino bakal mengikuti jejak mereka.", "“Tiada isu, saya tidak memikirkannya.", "“Terutama kerana kontrak saya (dengan Barcelona) masih ada untuk sementara waktu ini.", "“Saya melihat apa yang berlaku (di Arab Saudi) tetapi ia tidak membimbangkan saya, kerana saya mempunyai keutamaan lain pada masa ini,” kata Lewandowski.", "Bintang penyerang Poland berusia 34 tahun itu menepati kriteria yang dicari-cari oleh kebanyakan kelab di Liga Arab Saudi.", "Begitupun, Lewandowski percaya, dia masih mampu memberikan prestasi terbaik buat Barcelona selepas meninggalkan Bayern Munich. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/06/tawaran-lumayan-di-arab-saudi-tidak-mampu-goda-lewandowski/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/06/tawaran-lumayan-di-arab-saudi-tidak-mampu-goda-lewandowski/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/03/pelatih-puspen-maut-dipercayai-dipukul/", "headline": "Pelatih PUSPEN maut dipercayai dipukul", "content": ["IPOH: Seorang pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Perlop, Sungai Siput maut dengan kesan kecederaan di badan dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, punca kematian pelatih lelaki warga tempatan berusia 50 tahun itu diperolehi selepas bedah siasat dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.", "“Polis menerima maklumat kematian lelaki itu pada pukul 12.55 tengah hari, Selasa lalu. Siasatan awal mendapati, terdapat kesan kecederaan pada bahagian badan mangsa.", "“Mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Siput sebelum dirujuk ke HRPB untuk tujuan bedah siasat.", "“Hasil bedah siasat mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada bahagian belakang badan mangsa akibat dipukul dengan objek tumpul,” katanya di sini hari ini.", "Menurut beliau, berikutan itu, pihaknya telah menahan tiga kakitangan pusat pemulihan berkenaan dan seorang pelatih berusia lingkungan 30 hingga 38 tahun untuk siasatan.", "Katanya, kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Rabu depan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.", "“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan maklumat tidak sahih kepada umum dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” ujar beliau.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/pelatih-puspen-maut-dipercayai-dipukul/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/pelatih-puspen-maut-dipercayai-dipukul/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/12/%e8%b7%b3%e6%b5%b7%e8%ba%b2%e9%81%bf%e8%ad%a6%e5%af%9f-%e7%94%b7%e5%ad%90%e6%ba%ba%e6%b0%b4%e8%ba%ab%e4%ba%a1/", "headline": "跳海躲避警察 男子溺水身亡", "content": ["(山打根十二日訊)週五1名菲律賓男子為逃避警方逮捕,跳入海中逃逸,事後被發現溺水身亡。", "山打根消防和救援站(BBP)官員PKPgB Nor Azizi Che Noh表示,昨晚9時48分,由死者的同事組成的救援團隊發現死者。", "據報導,死者涉嫌在山打根的甘榜Pukat Pasir Putih參與群毆後,逃脫了警方的逮捕。", "消拯隊到達距離15公里外的事發地點後,由行動指揮官PBK II Alan Ayuh率領的水上救援隊被告知,有1名男性恐怕已經溺斃。", "「根據警方提供的信息,這名18歲的菲律賓人,於2月10日跳海躲避警方追捕。最初,海事部門進行了大約一個小時的搜索行動,但沒有找到他。」", "消防隊使用表面救援方法進行了搜救(SAR)行動。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/30/warden-tahfiz-dituduh-pijak-perut-pukul-pelajar-guna-rotan-buluh/", "headline": "Warden tahfiz dituduh pijak perut, pukul pelajar guna rotan buluh", "content": ["Tertuduh tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan memijak perut dan memukul empat pelajarnya sehingga cedera.", "MELAKA: Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak yang memijak perut dan memukul empat pelajarnya sehingga cedera berbalas, selepas warga Singapura itu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.", "Menurut Utusan Malaysia, tertuduh, Muhammad Farhan Abdul Rashif, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Hakim Mohd. Sabri Ismail.", "Berdasarkan dua pertuduhan ke atasnya, tertuduh didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan ke atas dua pelajarnya berusia 14 tahun empat bulan dan 14 tahun 11 bulan telah mendedahkan remaja itu kepada bahaya.", "Mangsa dipercayai telah ditampar dan ditumbuk pada bahagian pipi, ditendang pada perut dan dipijak pada dada, manakala seorang lagi mengalami kecederaan fizikal di bahagian kaki kanan.", "Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah guru sebuah pusat tahfiz dalam daerah Melaka Tengah pada 7 dan 8 Mei 2023.", "Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum tidak melebihi RM50,000 mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 31 (2) akta sama, jika sabit kesalahan.", "Untuk tiga lagi pertuduhan, tertuduh turut didakwa di bawah seksyen sama melibatkan dua lagi pelajarnya yang ketika kejadian berumur 15 tahun.", "Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan telah mendedahkan remaja itu kepada bahaya dengan cara menampar pipi dan memukul badan sebelah kiri mangsa menggunakan rotan buluh, manakala seorang lagi dipijak di bahagian perut.", "Kesalahan itu dilakukan di surau dan gelanggang bola pusat tahfiz sama pada pertengahan Februari dan 10 Mei 2023.", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari dan Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak mencadangkan sebarang jaminan selepas mengambil kira faktor keselamatan mangsa dan dikhuatiri tertuduh pulang ke negara asalnya dalam tempoh prosiding.", "Peguam Faathir Imran merayu jaminan dibenarkan dengan alasan pusat tahfiz terlibat telah ditutup.", "Mahkamah kemudian memutuskan tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes.", "Pada 13 Mei lalu, Utusan Malaysia melaporkan, mudir dan warden asrama sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak yang dipercayai terlibat dengan kes amang seksual fizikal dan penderaan kanak-kanak direman empat hari.", "Utusan Malaysia", "Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nurul Bahiyah Kamaluddin sehingga 16 Mei terhadap suspek yang juga warga Singapura.", "Kedua-dua tertuduh yang juga adik beradik disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001, susulan enam laporan dibuat oleh enam pelajar pusat tahfiz berkenaan, berumur antara 13 hingga 15 tahun.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2023/05/warden-tahfiz-dituduh-pijak-perut-pukul-pelajar-guna-rotan-buluh/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2023/05/warden-tahfiz-dituduh-pijak-perut-pukul-pelajar-guna-rotan-buluh/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/06/dua-beradik-wanita-rugi-rm658000-ditipu-phone-scam/", "headline": "Dua beradik wanita rugi RM658,000 ditipu ‘phone scam’", "content": ["KUALA TERENGGANU: Dua beradik wanita yang merupakan seorang guru dan pesara swasta mengalami kerugian sebanyak RM658,000 dipercayai menjadi mangsa ‘phone scam’ pada Februari lalu.", "Kejadian berlaku selepas mangsa berusia 56 dan 62 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa daripada syarikat insurans dan pihak polis.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, suspek memperdaya mangsa dengan mengatakan maklumat diri mereka disalah guna bagi tujuan jenayah.", "“Melalui panggilan telefon berkenaan, suspek memaklumkan kepada dua wanita itu bahawa mereka terlibat dengan penggubahan wang haram dan jenayah dadah.", "“Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuka akaun bank dan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun terbabit dengan alasan mahu menolong menyelesaikan kes itu.", "“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah membaca berita jenayah ‘phone scam’ sebelum mendapati wang di dalam akaun tersebut berkurang RM500,000 dan RM158,000,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.", "Abdul Rahim memberitahu, kedua-dua mangsa membuat laporan polis pada 4 April lalu di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.", "Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu. ", "Dua beradik wanita rugi RM658,000 ditipu ‘phone scam’"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/07/anjing-liar-di-russia-hidap-obesiti/", "headline": "Anjing liar di Russia hidap obesiti", "content": ["Krugets mengalami masalah obesiti yang teruk hingga tidak boleh berjalan.", "MOSCOW: Seekor anjing liar di bandar Nizhny Novgorod di Russia mengejutkan ramai kerana berat badannya yang obes sehingga tidak lagi boleh berdiri seperti biasa.", "Jarang sekali melihat anjing liar boleh mencapai berat sehingga 100 kilogram (kg) tetapi tidak bagi Krugets yang kini sudah menjadi sangat gemuk dan menghidapi pelbagai masalah kesihatan.", "Menurut Utusan Malaysia, Krugets ditemui oleh seorang sukarelawan baru-baru ini yang terkejut melihat keadaannya selepas mendengar anjing itu menyalak kesakitan setiap malam dan hampir tidak dapat bangun kerana mengalami masalah sakit sendi.", "“Krugets mempunyai berat 99.9 kilogram dan tiada siapa yang dapat memahami bagaimana seekor anjing liar boleh menjadi begitu gemuk. Kemungkinan kerana  haiwan ini berkeliaran di pasar yang sibuk di mana orang sering membuang sisa makanan.", "“Pada masa ini, Krugets sudah diperiksa oleh pakar pemakanan. Ujian imbasan sinar X juga perlu dilakukan tetapi anjing ini mesti kehilangan sekurang-kurangnya 50 kg supaya sinar X yang dibuat dapat menembusi sendi,” kata salah seorang sukarelawan yang menjaganya.", "Anjing berusia lima tahun itu memerlukan ubat penahan sakit setiap hari dan hanya boleh diletakkan di atas kereta sorong kerana tiada sangkar besar di pusat veterinar yang boleh memuatkan saiz tubuhnya yang besar.", "Namun Krugets sangat manja dan ramai pencinta haiwan dilaporkan menderma untuk menyokong usaha sukarelawan membantu menyembuhkan penyakit serta menurunkan berat badannya.", "Anjing liar di Russia hidap obesiti "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/06/covid-19-bukan-lagi-darurat-kesihatan-global/", "headline": "Covid-19 bukan lagi darurat kesihatan global", "content": ["Tedros Adhanom Ghebreyesus", "LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Covid-19 kini bukan lagi dikategorikan sebagai darurat kesihatan global.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, beliau bersetuju menerima saranan untuk menamatkan status Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC) yang dinyatakan semasa mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan yang ke-15 di London.", "“Semalam, Jawatankuasa Kecemasan bermesyuarat buat kali ke-15 dan mengesyorkan kepada saya supaya saya mengisytiharkan penamatan kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa. ", "“Saya menerima nasihat itu. Oleh itu dengan penuh harapan saya mengisytiharkan Covid-19 bukan lagi kecemasan kesihatan global,” katanya.", "Wabak berkenaan sudah membunuh lebih 6.9 juta orang, mengganggu ekonomi global dan memusnahkan komuniti.", "Namun pandemik itu menunjukkan trend penurunan sejak setahun lalu daripada tempoh puncak lebih 100,000 orang seminggu pada Januari 2021 kepada hanya sekitar 3,500 kes dalam seminggu hingga 24 April lalu.", "“Trend ini membolehkan banyak negara kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum Covid-19 melanda.", "“Namun, ia tidak bermakna Covid-19 bukan satu ancaman kesihatan global,” katanya lagi.", "WHO sebelum ini mengisytiharkan Covid-19 sebagai darurat kecemasan awam pada Januari 2020, kira-kira enam minggu selepas virus tersebut melanda.", "Status itu membolehkan masyarakat antarabangsa memberi tumpuan kepada ancaman kesihatan itu, di samping mempertingkatkan kerjasama bagi menghasilkan vaksin dan rawatan.", "Covid-19 bukan lagi darurat kesihatan global"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/28/wanita-dilaporkan-hilang-ditemukan-maut-dalam-kereta/", "headline": "Wanita dilaporkan hilang ditemukan maut dalam kereta", "content": ["PETALING JAYA: Kehilangan seorang wanita sejak Rabu lalu terungkai apabila dia ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa dalam kenderaannya di tapak parkir Restoran Jejantas Sungai Buloh arah utara kelmarin.", "Mayat wanita berkenaan ditemukan pada pukul 10.50 pagi selepas menerima panggilan kecemasan MERS 999.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Kota Damansara bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut.", "“Sampai di lokasi, pihak polis menemukan mayat seorang wanita berada dalam sebuah kereta jenis Honda City.", "“Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30 tahun dalam kenderaan tersebut yang berkunci,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "Menurut beliau, pihaknya turut menemukan satu periuk berisi arang batu yang dibakar dalam kereta terbabit.", "“Mangsa juga dilaporkan hilang sejak Rabu lalu oleh keluarganya di Taman Kepong, Kuala Lumpur.", "Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk mengetahui punca kematian serta ujian saringan Covid-19,” jelasnya.", "Tambah beliau, mana-mana pihak yang mempunyai makluman mengenai kejadian atau mengenali mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.", "Wanita dilaporkan hilang ditemukan maut dalam kereta"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/31/kktp-tumilombus-tumopot-monokodung-inggisamna-mongingkuri-waya-kosimbanon-tawan/", "headline": "KKTP tumilombus tumopot monokodung inggisamna mongingkuri’ waya’ kosimbanon tawan", "content": ["Dr. Joachim (kotolu, gibang) pinapatahak replika cek kuminaa nakalantoi PBT Lestari 2023 i nalantoi do Kounsol Watas Beaufort om sinasi’ di Dr. Jamili (koduo, wanan).", "KOTA KINABALU: Komontirian Koporintaan Koiyonon om Pomuwalaian (KKTP) tumilombus tumopot id kosokodungan inggisaman mongingkuri’ waya’ kosimbanon iklim (tawan) i nootilombus tingkananon do Koporintaan Pogun Sabah.", "Kumoduo Boyoon Montiri II po nogi’ Montiri Koporintaan Koiyonon om Pomuwalaian, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam minoboros, iti kopongoi di tonggungan pinoboros di Boyoon Montiri Datuk Seri Hajiji Haji Noor id boboroson disio doid Pitimungan Sompomogunan Kosimbanon Iklim Sabah 2021.", "“Id siriba’ Pibatosan Paris, Malaysia sondiri’ kitonggungan montok mongingkuri’ kopoiduan gas walai otomou soginumu’ 45 pihatus dumontol 2030.", "“Mantad dilo’, laang ngaawi’ kiguno onuon sabaagi sokodung kumaa prinsip ‘Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCC)’ om nogi’ Tuduan Kopoburuan Lestari (SDG) id siriba’ Kotinanan Tinaru-Tinaru Misompuru,” ka disio ontok pinopoimagon Seminar Lanskap 2023 ki’uhu “Regreeneration: Living, learning and Growing Together” id Longkod Konvensyen Sompomogunan Sabah (SICC) do hiti di tadau baino’.", "Karait kokomoi seminar diti, Dr. Joachim minoboros, komoyon do Regreeneration okon i ko’ karait nopo do mananom kayu toi mongimbulai koiyonon otomou, miampai pinopointlaang do ilo’ nopo nga’ ponginsomokan po’ompus i kopuli do ‘living’ toi nubasanan koposion; ‘learning’ ilo’ nopo nga’ komilaan minsingilo toi sumudong kumaa pososorili’ om ‘growing together’ ilo’ nopo nga’ posuni nubasanna toinsnana mooi do koinggayo sabaagi iso’ mogigiyon ‘lestari’.", "“Mantad dilo’, pokionuon ku tikid mantad dati’ do maganu tonggungan montok tumonggoi manamong kolidasan om kasasanangan lanskap pososorili’ dati’,” ka disio.", "Dr. Joachim (tanga’) ruminamit tandamato mantad di Dr. Jamili.", "Tumanud disio, seminar diti tadau baino’ nopo nga’ sabaagi iso’ impohon i koposompuru di tongo’ momomonsoi katatapan oponsol katatapan om momomonsoi kosimbanon om momogompi’ biodiversiti pososorili’ tokou tumanud tonggungan kaganaan toi kotinanan sompoopori.", "“Kohondot dilo’, Seminar Lanskap 2023 kohunung kopio do uhu di nowit dau.", "“Nubasanan popoingubas kogogonopan otomou id tikid komponen kopoburuan poinginan kopongimbulai pososorili’ di lobi olidas om lobi kosudong montok koiyonon tokou kumaraja’ toi walai montok iyon-iyonon.", "“Elemen otomou diti kopouyu ogumu’ koundaran, mimpuun mantad mongingkawas sinonong tongus gisom mongunsub kasasanangan tinan om tutok. Kolidasan tutok nopo iso’ tanda’ di adalaan doid nayatan mogigiyon noondo,” ka disio kawagu.", "Dr. Joachim minoboros, asil Pinogintongan Kabansaan Kolidasan om Morbiditi (NHMS) nokopokito Sabah nokopsourat pihotusan bobos akawas id Malaysia montok mogigiyon i nokotoguang kobolingkahangan kolidasan tutok, naamot tomporurul tundundu’ potilombus nosili kinapataion ogumu’ id pomogunon diti.", "Mantad no dilo’, inggisaman montok mongimbulai pososorili’ id lobi kapasanang oponsol kopio okon nopo ko’ id suang walai, ka disio kawagu.", "“Inggisaman popotomou diti kiguno timpuunan bobos kosopung ontok id nayatan konsep pamalanan pogulu kopolulusan Nayatan Kopolulusan Palan Kopoburuan. Id nayatan diti tonggungan abaal toi kitoilaan id seni wonsoi lanskap (Lanscape Architecture) kiguno onuon mooi do koponingkanan kumaa pomowonsoi pososorili’ labus (External Spaces), ponuridongan dilo’, nogi’ karaja’ ngaawi’ poinggompit monotk papatnatu’ karaja’ ngaawi’ dilo’ nopo nga’ kopisudong di tonggungan om kogunoon (Function & Use) toisoiso’ koiyonon.", "“Maya’ pomogunaan elemen otomou, om iri nogi’ do koposodiaan Palan Lanskap kosili iso’ i lobi kosudong kumaa kolidasan pososorili’ moomoguno om okon ko’ intangan nopo sabaagi’ ‘planting plan’ toi pananaman nopo do kayu.", "“Lanskap okon ko’ mananom no do kayu. Otomou di komoyon do hiti okon ko’ montok nodi kopongimbulaian koiyonon otomou toi taman, nga’ elemen poinginan di suai miagal do taman id timpak taap, sistem pongonuan waig rasam, pomogunaan kogogonopan pamawaal di osuau sandad om kopomogunaan ginoris aanu monginwagu maya’ sistem kopulokison ginoris solar.", "“Waya’ do laang ngaawi’ diti kiguno kopitanud di pomusarahan tokou. Nung pomusarahan tokou kakal karalano’ laid, koposodiaan nunu-nunu i noroitan di tiinu’ aiso’ kotutukon. Momonsoi katatapan id karatas nopo. Aiso’ ‘sense of belonging’, inggisaman montok posuni mogigiyon lestari amu’ kalantoi.", "“Mantad no dilo’, inggisaman posuni kopurimanan maya’ mogisusuai ababayan ponudukan, inggisaman kopogompitan mogigiyon, kimpin om ogumu’ po ralan di si kaanu popokito koponsolon pososorili’, gatang biodiversiti om koponguludan tana’ di po’ompus,” ka disio, i minokianu tikid kotinanan do papaanjur nubasanan dau sondiri’.", "“Regreeneration nopo nga’ karait monuridong kinoulunan tokou sabaagi rayat pogun diti, sinakagon i mongupus pososorili’ tokou, sinakagon i mongupus pomogunan tokou. Pogun tokou, yati’ sondiri’ no i manamong kotilombuson dilo’, nung okon isai podi?", "Dr Joachim (poindikau, tanga’), Dr. Jamili (poindikau, koduo gibang) guminambar pongingitanan miampai oinsanan i nokotindapou doid Ababayan Kinopoimaganan Pomupusan Seminar Lanskap 2023 dilo’.", "Minoboros isio, koporintaan tumilombus tumopot monuridong ‘koponguludan kopoburuan kumaa mogigiyon kiginoris iyonon’.", "“Oponsol montok dati’ mamarait di kopoindalanan koporintaan om kopoingubasanan mogigiyon Otomou i koponguhup mongimbulai pososorili’ koiyonon tooku mongingiyon lobi kapasanang. Ilo’ miagla di pinalan id Kopotundaan Lestari (Sustainable Development), Palan Kopoburuan Sabah Maju Jaya, Katatapan Lanskap Pogun Sabah om Inggisaman KKTP Kumaa Mogigiyon Osiriba’ Karbon.", "Minongunsikou om manangkabayahan kumaa Siktor Lanskap om Kelestarian KKTP i toririmo aparagat papalantoi ababayan popotomou KKTP, minongunsikou nogi’ isio kosuul no kumaa koinsanai kotinanan koporintaan, swasta om kotinanan okon koporintaan (NGO), susumikul i nakaampai om pinapalantoi ababayan diti.", "Maya’ piromutan pisokodungan diti, nangatan disio oinsanan bohogian montok umampai maganu tonggungan om manahak sokodung id inggisaman mamagampot rikton diti montok no manamong kopomgompian pososorili’ dait’.", "Dr. Joachim manangkabahayan nogi’ kumaa bohogian RTM tu’ di kaawagu diti nakalantoi Gaa’ Wartawan Ozon 2023, kopihondot Kimpin Kopurimanan Pongumoligan Lapisan Ozon Sompomogunan 2023 mimpau di hal om uhu Kopoburuan Konsep Otomou.", "Nokotindapou nogi’, Monunurat Pointatap Komontirian, Datuk Dr. Jamili Nais; Kumoduo Monunurat Poinatap 1, Stanley Chong; Luguan Monguhup Monunurat (Lanskap), Lar. Nurulhayati Awang More, tongo’ upisor eksekutif, sitaf komontirian, mongingia’ om susumikul."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/07/544-jenis-produk-ubat-ubatan-kosmetik-tidak-berdaftar-dirampas/", "headline": "544 jenis produk ubat-ubatan, kosmetik tidak berdaftar dirampas", "content": ["Dr. Kasemani Embong (kiri) memeriksa produk ubat-ubatan dan kosmetik yang tidak berdaftar dengan KKM pada Program Gerak Gempur Cakna Tahun 2023 di Kuala Terengganu kelmarin.", "KUALA TERENGGANU : Sebanyak 544 jenis produk ubat-ubatan dan kosmetik tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bernilai RM945,727 dirampas oleh  Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dalam tempoh dua tahun ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, kesemua produk tersebut dirampas hasil daripada 121 operasi yang dijalankan di seluruh negeri sepanjang tempoh tersebut.", "Menurutnya, risikan dan siasatan turut dibuat terhadap aduan yang diterima daripada orang awam termasuk jualan ubat-ubatan dan produk kosmetik yang dilakukan melalui media sosial.", "“Di bawah Cawangan Penguatkuasaan Farmasi jabatan, kita ada empat bahagian iaitu pelesenan, risikan dan operasi, siasatan dan dakwaan serta kawalan iklan dan penguatkuasaan farmasi untuk melaksanakan pemantauan.", "“Kebanyakan produk yang dirampas oleh penguatkuasa adalah ubat-ubatan tidak berdaftar dengan KKM (Kementerian Kesihatan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerak Gempur Cakna Ubat Tahun 2023 di sebuah pusat beli belah di sini, kelmarin.", "Tambahnya, pada tahun 2019 hingga 2020 pula, Penguatkuasaan Farmasi, JKNT bberjaya merampas sebanyak 1,231 jenis produk dan kosmetik bernilai lebih RM1.19 juta.", "Selain itu, katanya, sebanyak 121 kes telah dikenakan denda bernilai RM282,450 kepada peniaga terlibat membabitkan kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952, Akta Racun 1952 (pindaan 2022) dan Akta Ubat (iklan dan penjualan 1956).", "“Jabatan akan sentiasa memantau penggunaan ubat-ubatan dan kosmetik ini dan mendidik orang awam agar mengambil cakna status pendaftaran produk yang selamat.", "“Ia boleh disemak melalui laman sesawang https://npra.moh.gov.my atau menggunakan aplikasi FarmaChecker dari Google Playstore atau App Store.", "“FarmaChecker berfungsi sebagai indikator sesebuah produk ubat itu tulen atau palsu dengan memeriksa ketulenan hologram FarmaTag, jadi orang awam boleh mengetahui ketulenan ubat dengan cepat dan tepat,” katanya. ", "544 jenis produk ubat-ubatan, kosmetik tidak berdaftar dirampas"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/05/sudah-ada-perjanjian-jelas-kita-mesti-laksanakan-perdana-menteri/", "headline": "‘Sudah ada perjanjian jelas, kita mesti laksanakan’ – PM", "content": ["Anwar Ibrahim semasa perasmian Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam di Kota Kinabalu malam tadi.", "KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk menyelesaikan perkara-perkara lain dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).", "Menurut Utusan Malaysia, beliau berkata, sejak mengambil alih kerajaan, beliau dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor sedaya upaya melaksanakan apa yang dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.", "“Apa dijanjikan adalah hasil muafakat kerajaan Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan tugas generasi seperti kita tentulah laksanakan apa yang telah dijanjikan.", "“Dah ada perjanjian jelas, kita mesti laksanakan sedaya upaya kita dan ini telah kita laksanakan.", "“Saya beri jaminan hubungan sesama erat dengan sahabat saya Hajiji, kita akan terus tingkatkan usaha dan dengar apa-apa perkara lain yang perlu kita usahakan,” katanya semasa perasmian Konvensyen Perdana Hal Ehwal Islam sempena Ijtimak Perdana Agensi-Agensi Agama seluruh Malaysia, kelmarin.", "Dalam pada itu, beliau turut melahirkan penghargaan terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Sabah yang menarik balik saman pemula berkaitan isu pelaksanaan MA63.", "“Baru-baru ini ADUN-ADUN PH mencabar kerajaan dalam isu pelaksanaan MA63 dan saya ucap terima kasih kerana mereka menarik balik saman pemula berkenaan,” katanya.", "Anwar berkata, tindakan menarik balik saman itu akan membolehkan Kerajaan Persekutuan terus menjalin kerjasama dan meningkatkan usahasama dengan kerajaan negeri dalam pelaksanaan MA63.", "Pada 20 September lalu, PH Sabah menarik balik saman pemula yang difailkan terhadap Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah berhubung tuntutan 40 peratus hasil Sabah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 3 Jun 2022.", "Tindakan menarik balik saman tersebut dibuat selepas melihat ada kemajuan berhubung perkara berkenaan, khususnya menerusi penubuhan jawatankuasa teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dipengerusikan oleh Perdana Menteri, yang menyaksikan dua daripada tiga deklarasi yang dituntut mereka telahpun dipersetujui, dan akan dilaksanakan nanti.", "Plaintif dalam kes saman pemula itu adalah Pengerusi PH Sabah, Datuk Christina Liew; Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick; Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung; Presiden Kehormat UPKO, Datuk Madius Tangau; Naib Presiden PKR, Awang Hussaini Sahari; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Jannie Lasimbang; ADUN Inanam, Peto Galim; ADUN Likas, Tan Lee Fatt; ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe; Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee; Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin dan bekas Ahli Parlimen Tenom, Senator Noorita Sual. ", "MA63: Sudah ada perjanjian jelas, kita mesti laksanakan – Perdana Menteri"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/20/indonesia-sambut-hari-raya-korban-29-jun/", "headline": "Indonesia sambut Hari Raya Korban 29 Jun", "content": ["Zainut Tauhid", "JAKARTA: Hasil sidang isbat yang diadakan Kementerian Agama Indonesia memutuskan 1 Zulhijah 1444 Hijrah jatuh pada 20 Jun sementara perayaan Aidil Adha Adha di negara itu akan disambut pada 29 Jun ini.", "Menurut Utusan Malaysia, perkara itu disahkan oleh Timbalan Menteri Agama, Zainut Tauhid dalam sidang media di Jakarta Ahad.", "“1 Zulhijah jatuh pada hari Selasa, 20 Jun 2023, dan Aidil Adha jatuh pada hari Khamis, 29 Jun,” jelasnya.", "Anggota Pasukan Hisab Rukyah, Ahmad Izzudin menjelaskan, berdasarkan kriteria hisab baharu yang ditetapkan oleh Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS), kedudukan hilal di seluruh wilayah Indonesia belum memenuhi syarat kriteria minimum.", "Menurutnya, semua wilayah di Indonesia termasuk di bandar Sabang di wilayah Aceh masih belum mencapai kebolehlihatan anak bulan mengikut kriteria MABIMS iaitu 3 darjah dan 6.4 sudut pemanjangan.", "“Esok, kedudukan anak bulan pasti lebih tinggi dan dapat diperhatikan,” katanya dipetik CNN Indonesia.", "Kementerian Agama melihat kedudukan anak bulan pada awal Zulhijah menerusi 99 titik di seluruh wilayah di Indonesia dan pemantau hilal dibuat dengan kerjasama Mahkamah Agama, pertubuhan Islam dan institusi berkaitan.", "Pertubuhan Muhammadiyah Indonesia sebelum ini menetapkan sambutan Aidil Adha jatuh pada hari Rabu, 28 Jun 2023 dan keputusan itu ditentukan berdasarkan kriteria Hisab Hakiki Wujudul Hilal.", "Indonesia sambut Hari Raya Korban 29 Jun"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/23/empat-penyokong-bola-mengaku-bersalah-merusuh/", "headline": "Empat penyokong bola mengaku bersalah merusuh", "content": ["Penyokong bola sepak yang tuduh merusuh ketika perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Selangor FC di Stadium Perak, Sabtu lalu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.", "IPOH: Tiga penyokong bola sepak masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merusuh ketika perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Selangor FC di Stadium Perak, Sabtu lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, tertuduh, Muhammad Aiman Firdaus Badrul Hisam, 21; Mohamad Amirul Asnil Mat Pandir, 26, dan Muhammad Hayyan Sufi Mohd. Sabri, 20, juga berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.", "Hukuman itu dijatuhkan selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret S. Punitha.", "Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan merusuh di Stadium Perak di Jalan Kompleks Sukan Ipoh pada pukul 9.17 malam, 20 Mei 2023.", "Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.", "Pada prosiding di mahkamah sama, seorang lagi tertuduh iaitu remaja lelaki bawah umur berusia 17 tahun lapan bulan turut mengaku bersalah bagi pertuduhan sama.", "Mahkamah kemudian membenarkan remaja itu diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin bercagar dalam kalangan ibu bapa atau penjaga.", "Beliau turut menetapkan 28 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak tertuduh dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).", "Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Robert Gnanarajan.", "Perlawanan Liga Super di antara Perak FC dan Selangor FC Sabtu lalu dicemari insiden pergaduhan membabitkan penyokong kedua-dua pasukan dengan beberapa video kejadian itu tular di media sosial.", "Rakaman video menunjukkan sekumpulan individu dipercayai penyokong tuan rumah menyerbu masuk ke arah tempat duduk pasukan pelawat sebelum dileraikan pasukan keselamatan.", "Ekoran pergaduhan itu, empat lelaki ditahan dengan seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis ganja. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/empat-penyokong-bola-mengaku-bersalah-merusuh/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/empat-penyokong-bola-mengaku-bersalah-merusuh/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/20/mayat-wanita-ditemukan-terlentang-di-kawasan-semak/", "headline": "Mayat wanita ditemukan terlentang di kawasan semak", "content": ["MARANG: Mayat seorang wanita ditemukan terlentang di kawasan semak tepi jalan di Kampung Alor Gali, di sini, kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, mayat wanita dianggarkan berusia antara 20 hingga 30-an itu ditemukan seorang pencari daun palas pada pukul 2.30 petang.", "Menurut beliau, mangsa dijumpai dalam keadaan memakai sehelai seluar panjang warna hitam, baju lengan panjang warna merah jambu dan sehelai kain dipercayai tudung warna hitam yang berada di bahagian perut.", "“Ketika ditemukan, bahagian badan mangsa terlentang di dalam kawasan semak, manakala bahagian kaki berada di tepi tebing dan tiada tompokan darah ditemukan di lokasi kejadian.", "“Hasil pemeriksaan pada badan mayat oleh pasukan forensik juga mendapati tiada sebarang kesan tikaman, tetakan atau kelar. Barang kemas mangsa seperti cincin dan rantai leher dipercayai emas masih berada di leher serta tangan mayat.", "“Tiada sebarang bukti fizikal yang ditemukan berhampiran tempat mayat dijumpai yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah,” katanya menerusi satu kenyataan, kelmarin.", "Beliau memberitahu, buat masa ini tiada petunjuk bagi mengesahkan sama ada mangsa telah dibunuh dan kes disiasat sebagai mati mengejut.", "Katanya lagi, mayat mangsa masih belum dikenalpasti kerana tiada sebarang pengenalan diri yang dijumpai.", "Mayat wanita ditemukan terlentang di kawasan semak"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/08/bosan-menunggu-nasib-di-barcelona-messi-pilih-inter-miami/", "headline": "Bosan menunggu ‘nasib di Barcelona’, Messi pilih Inter Miami", "content": ["Lionel Messi", "PARIS: Lionel Messi mengesahkan dia akan berpindah ke Inter Miami menerusi perjanjian yang memberi pilihan kepadanya untuk menjadi sebahagian pemilik kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat (AS) itu.", "Sejak beberapa minggu lalu, bintang Argentina itu dikaitkan dengan kepulangan ke Barcelona atau perpindahan lumayan ke Arab Saudi.", "Menurut Utusan Malaysia, Messi, 35, menghabiskan dua musim di Paris Saint-Germain (PSG) dan bermain dalam perlawanan terakhirnya untuk kelab itu Sabtu lalu, selepas berpindah dari Barcelona pada 2021 di mana dia menghabiskan sebahagian besar kariernya.", "“Saya tidak akan kembali ke Barca, saya akan pergi ke Inter Miami,” kata Messi dalam temubual bersama akhbar Sepanyol, Mundo Deportivo.", "Mundo Deportivo", "Menurut akhbar Britain, Daily Mail, Messi yang telah memenangi empat trofi Liga Juara-Juara dan meledak 672 gol daripada 778 perlawanan di peringkat kelab telah ditawarkan perjanjian lumayan, termasuk kontrak bersama Adidas.", "Daily Mail", "ESPN pula melaporkan bahawa perjanjiannya dengan Inter Miami kelab yang dimiliki bekas bintang England, David Beckham termasuk pilihan yang boleh melihat dia menjadi pemilik sebahagian kelab bola sepak itu dan sebahagian daripada pendapatan pelanggan Pas Musim MLS Apple TV.", "ESPN", "Bapanya, Jorge, dilaporkan telah bertemu  Presiden Barcelona, Joan Laporte awal minggu ini tetapi nampaknya pemenang Piala Dunia itu tidak mahu kembali ke bekas kelabnya.", "Bercakap mengenai khabar angin dia boleh kembali ke Barcelona, ​​pemilik tujuh anugerah Ballon d’Or itu berkata: “Saya benar-benar mahu (kembali ke Barcelona) saya sangat teruja untuk kembali.", "“Begitupun selepas apa yang saya lalui, dan melihat jalan keluar yang saya miliki, saya tidak mahu berada dalam situasi sama lagi: menunggu untuk melihat apa yang akan berlaku dan meninggalkan masa depan saya di tangan orang lain.", "“Saya mahu membuat keputusan sendiri, memikirkan tentang diri saya, tentang keluarga saya. Walaupun saya mendengar dikatakan bahawa La Liga telah menerima segala-galanya dan semuanya baik untuk dia kembali, masih banyak perkara lain yang perlu dilakukan.”", "https://www.utusan.com.my/sukan/2023/06/bosan-menunggu-nasib-di-barcelona-messi-pilih-inter-miami/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/23/india-mungkin-kenakan-lebih-banyak-sekatan-eksport-beras/", "headline": "India mungkin kenakan lebih banyak sekatan eksport beras", "content": ["NEW DELHI: Pengeksport beras terbesar dunia, India berkemungkinan mengenakan lebih banyak sekatan terhadap eksport makanan ruji itu ketika banyak negara berdepan dengan kenaikan harga makanan.", "Jika langkah itu dilaksanakan, bekalan makanan global bakal menjadi lebih terhad, sekali gus memberi kesan kritikal terhadap banyak negara.", "Menurut Utusan Malaysia, Bloomberg melaporkan, kerajaan India bercadang untuk mengenakan cukai eksport bagi beras rebus, namun tiada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara berkenaan, menurut sumber pegawai kerajaan India.", "Harga beras di Asia melonjak naik ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 15 tahun pada bulan ini selepas Asia Tenggara mengumumkan sekatan eksport.", "Sehubungan itu, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi berusaha untuk menurunkan harga makanan tempatan menjelang pilihan raya pada tahun depan.", "Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Kewangan India tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.", "Terdahulu, India sudah pun mengenakan sekatan eksport bagi beras hancur dan beras putih bukan basmathi, selain menyekat eksport gandum dan gula.", "India juga mengehadkan penyimpanan beberapa stok tanaman, malah turut merancang untuk memansuhkan levi import sebanyak 40 peratus bagi gandum dan menjual tomato serta bijirin dalam negeri bagi meningkatkan bekalan.", "Purata hujan yang menjadi nadi utama dalam penanaman beras di negeri Bengal Barat, Uttar Pradesh, Jharkand, Bihar, Chhattisgarh dan Andhra Pradesh dilaporkan menurun sebanyak 15 peratus berbanding kebiasaan pada musim kali ini.", "Situasi itu secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan mengenai bekalan beras dalam negara.", "India mungkin kenakan lebih banyak sekatan eksport beras"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/04/atasi-isu-murid-kurang-minat-sains-matematik-pm/", "headline": "Atasi isu murid kurang minat sains, matematik: PM", "content": ["Anwar Ibrahim melakukan gimik semasa merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 di ibu negara, semalam.", "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri meminta Kementerian Pendidikan menggunakan pendekatan baharu bagi mengatasi penurunan minat anak-anak dalam bidang sains dan matematik.", "Menurut Utusan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting selepas kajian Kementerian Pendidikan mendapati minat anak-anak sekolah dalam ke­dua-dua bidang tersebut mulai menurun.", "Sehubungan itu, kata beliau, pihak kementerian perlu mendapatkan pemikiran, pandangan dan minat murid dalam pelbagai bidang ketika ini.", "“Terjun ke bawah, ke sekolah, politeknik, vokasional untuk menambah minat anak bukan sahaja dari segi penceritaan, teori tetapi dengan penekanan kepada keutamaan bidang sains, matematik dan teknologi.", "“Saya harap ini dapat dilaksanakan walaupun hanya permulaan tapi saya selalu tekankan kalau dengan kaedah mesyuarat dan penjelasan seperti biasa kita akan ketinggalan zaman,” katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 di sini, hari ini.", "Menurut Anwar, dalam usaha kerajaan mencatat pertumbuhan seperti pelaburan baharu, ia harus diiringi dengan pendidikan.", "“Dalam mesyuarat Majlis Sains Negara, saya putuskan supaya kementerian menyelaras dengan semua pusat pendidikan kerajaan, swasta dan universiti bagi memanfaatkan kekuatan mereka, tidak bergerak secara silo, cuba memberi ruang supaya boleh mendatangkan minat pendidikan sains dan teknologi yang terbaik yang boleh kita berikan.", "“Kementerian tugasnya besar iaitu menyelaras dan menghubung institusi sains bukan sahaja diasaskan kerajaan tetapi juga mengenal pasti beberapa institusi lain dan syarikat swasta, terutama universiti,” katanya.", "Sementara itu, Anwar memberitahu, Malaysia akan mengemukakan cadangan baharu berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura.", "Perdana Menteri berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Singapura selepas dimuktamadkan oleh Kementerian Pengangkutan.", "“Itu belum, baru di peringkat kita (perbincangan peringkat kementerian). ", "Atasi isu murid kurang minat sains, matematik: PM"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/05/kerajaan-negeri-terima-dengan-hati-terbuka-pendedahan-laporan-akhir-tragedi-double-six/", "headline": "Kerajaan Negeri terima dengan hati terbuka pendedahan laporan akhir tragedi ‘Double Six’", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Keputusan Kabinet Persekutuan untuk mendedahkan laporan akhir mengenai nahas pesawat ‘Double Six’ yang mengorbankan 11 orang termasuk pemimpin Kerajaan Negeri Berjaya, Tun Fuad Stephens pada 1976 adalah melegakan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "“Ini melegakan kerana ia akan merungkai apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu. Satu kelegaan bukan sahaja kepada keluarga mereka yang terkorban dalam nahas pesawat tetapi juga kepada rakyat Sabah,” katanya.", "Ketua Menteri berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keputusan Kabinet Persekutuan membenarkan penyahklasifikasian dokumen yang telah dirahsiakan selama 47 tahun.", "“Kerajaan Negeri akan menerima pendedahan laporan itu dengan hati terbuka,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/02/bantu-rakan-industri-harungi-detik-sukar-siti-khadijah-halim/", "headline": "Bantu rakan industri harungi detik sukar – Siti Khadijah Halim", "content": ["PELAKON, Siti Khadijah Halim berharap dapat membantu mana-mana penggiat seni yang terkesan dengan situasi ekonomi yang mencabar. ", "Menurut Utusan Malaysia, pelakon berusia 26 tahun itu berkata, bukan semua bersedia untuk berdepan situasi ekonomi yang diramalkan lebih menguji pada 2023.", "Justeru, dia berazam untuk sama-sama membantu rakan industri yang mungkin terjejas akibat situasi tersebut. ", "“Bidang seni kemungkinan besar bakal menerima tempias yang mengakibatkan ramai terjejas dari segi pendapatan. ", "“Kalau diberi rezeki lebih, saya berhasrat membuka syarikat produksi dan memanggil rakan industri yang memerlukan untuk bekerja.", "“Kita perlu saling tolong menolong antara satu sama lain ketika mengharungi detik sukar,” katanya.", "Kata pelakon drama Dukun Diva itu lagi, dia juga mahu memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik dalam setiap segi pada 2023.", "“Saya mahu menjadi insan yang lebih baik, malah berharap menjadi contoh dan inspirasi buat anak muda lain. ", "“Ada peminat mengagumi pencapaian saya dan mahu mengikut jejak langkah. Saya gembira dengan reaksi positif yang diterima dan mahu orang lain juga mencatat kejayaan sama. Saya mahu menjadi contoh yang baik kepada mereka,” jelasnya.", "Bantu rakan industri harungi detik sukar – Siti Khadijah Halim"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/13/cuti-sekolah-digunakan-untuk-tujuan-bermanfaat/", "headline": "Cuti sekolah digunakan untuk tujuan bermanfaat", "content": ["Kanak-kanak sekolah rendah mengikuti Kursus Komputer Percuma selama enam hari di Ranau.", "RANAU: Program pengisian musim cuti para pelajar di kawasan ini dilaksanakan secara optimum dengan penganjuran Kursus Komputer Percuma Siri 4/2023 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.", "Kursus yang berjalan selama seminggu bertempat di Pusat Komuniti Desa Tagudon Baru di sini itu disertai oleh lebih kurang 10 orang pelajar sekolah rendah dari beberapa buah sekolah di sini.", "Kursus asas komputer dari 6 hingga 11 Mac itu dijayakan oleh Pusat Komuniti Desa Tagudon Baru Ranau dan AMC College. ", "Pengendali kursus, Asminah Zakin yang ditemui selepas kursus tersebut berkata, program tersebut antara lainnya bertujuan untuk menjadikan kanak-kanak peka penguasaan ICT.", "Di samping itu, katanya, ia adalah bagi memberikan pendedahan kepada mereka terhadap asas tentang penggunaan komputer dan supaya mereka mengetahui kaedah penggunaan computer dengan betul.", "“Terdapat tiga objektif kursus ini, iaitu memperkenalkan tentang ICT kepada kanak-kanak serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT kepada kanak-kanak.", "“Melalui kursus ini juga kita berharap akan mampu memperkenalkan aplikasi mudah untuk kanak-kanak membuat kerja sekolah selepas ini,” katanya.", "Menurut Asminah, antara pengisian kursus berkenaan ialah enam subjek asas yang dipelajari sepanjang enam hari kursus tersebut berjalan.", "“Dalam kursus ini, kita memuatkan topik khas setiap hari. Hari pertama, kanak-kanak diberikan pengajaran tentang ‘Pengenalan kepada komputer dan penggunaan internet.", "“Pada hari kedua dan seterusnya, kita memberikan pengajaran tentang teknik menaip dan mengendali keyboard dengan betul, Asas Microsoft Word, Asas Microsoft Excel, Asas Microsoft Powerpoint dan Asas Microsoft Publisher,” jelas beliau."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/27/jonathan-majors-nafi-cederakan-wanita-hingga-masuk-hospital/", "headline": "Jonathan Majors nafi cederakan wanita hingga masuk hospital", "content": ["Jonathan Majors", "NEW YORK: Pelakon, Jonathan Majors bakal dihadapkan ke mahkamah kerana dipercayai menyerang seorang wanita sehingga cedera parah.", "Menurut Utusan Malaysia, Abc News melaporkan, Pelakon filem Creed III itu ditahan polis pada Sabtu waktu tempatan.", "Polis sebelum itu mengesahkan telah dimaklumkan tentang pergaduhan yang berlaku di sebuah pangsapuri dekat Chelsea, di sini.", "Wanita berusia 30 tahun yang mendakwa diserang Majors dalam insiden terbabit cedera di bahagian kepala dan leher.", "Mangsa kini stabil selepas dipindahkan ke sebuah hospital berdekatan.", "Majors dalam kenyataan menafikan semua pertuduhan yang dibuat ke atasnya.", "“Beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kami sedang berusaha membersihkan namanya dan selesaikan dengan segera perkara ini,” kata jurucakapnya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/jonathan-majors-nafi-cederakan-wanita-hingga-masuk-hospital/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/jonathan-majors-nafi-cederakan-wanita-hingga-masuk-hospital/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/15/jp-morgan-beri-amaran-dunia-mungkin-hadapi-fasa-berbahaya/", "headline": "JP Morgan beri amaran dunia mungkin hadapi fasa berbahaya", "content": ["Jamie Dimon", "NEW YORK: JP Morgan memberi amaran bahawa dunia mungkin sedang menghadapi `fasa paling berbahaya’ yang pernah disaksikan dalam tempoh beberapa dekad ketika konflik Israel-Hamas kembali tercetus.      ", "Menurut Utusan Malaysia, The Guardian melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif JP Morgan, Jamie Dimon berkata, konflik yang semakin memuncak itu boleh memberi impak meluas terhadap harga tenaga, kos makanan, perdagangan antarabangsa dan hubungan diplomatik.", "The Guardian", "Beliau menyatakan demikian ketika JP Morgan Chase yang merupakan bank terbesar Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan laporan pendapatan suku terakhir tahun.", "Walaupun pemberi pinjaman mencatatkan keputusan yang kukuh, Dimon memberi amaran bahawa kadar faedah mungkin meningkat lagi di AS apabila simpanan pengguna semakin berkurangan.", "“Perang di Ukraine, ditambah lagi dengan konflik Palestin-Israel pada minggu lalu, mungkin memberi kesan meluas terhadap pasaran tenaga dan makanan, perdagangan global dan hubungan geopolitik.", "“Ini mungkin fasa paling berbahaya yang pernah dilihat dunia dalam tempoh beberapa dekad.", "“Walaupun kami mengharapkan yang terbaik, kami mempersiapkan firma berdepan pelbagai situasi agar dapat menyampaikan kepada pelanggan secara konsisten tanpa mengira situasi dihadapi,” katanya.", "Minggu lalu, Dimon mengesahkan kakitangan JP Morgan yang bekerja di Israel  adalah selamat.  ", "Dalam satu memo, beliau juga mengakui konflik yang berlaku di Asia Barat akan mempunyai kesan besar yang melangkaui rantau itu.  ", "JP Morgan beri amaran dunia mungkin hadapi fasa berbahaya"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/30/wanita-histeria-cuba-simbah-air-ke-arah-jokowi/", "headline": "Wanita histeria cuba simbah air ke arah Jokowi", "content": ["Seorang wanita mencetus kekecohan di acara rapat umum yang dihadiri Jokowi di Dewan Serbaguna Deli Serdang di Sumatera Utara.", "MEDAN: Seorang wanita dilaporkan bertindak menyimbah air dan membaling kasut ke arah rombongan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) ketika beliau menghadiri acara rapat umum di Sumatera Utara Isnin.", "Insiden terjadi ketika Jokowi menghadiri Rapat Kemerdekaan Sukarelawan Datuk Bandar Medan, Bobby Nasution di Gedung Serbaguna di Deli Serdang Isnin.", "Menurut Utusan Malaysia, CNN Indonesia melaporkan, wanita yang masih belum dikenal pasti identitinya itu nekad menyimbah air mineral ketika Jokowi menghampiri kumpulan sukarelawan dan sedang menyapa mereka.", "CNN Indonesia", "Namun tindakan tersebut sempat dihalang oleh pengawal dan wanita berbaju hitam itu kemudian terus histeria selepas ditarik menjauhi kumpulan orang ramai.", "Jokowi dilihat tidak menyedari tindakan wanita itu kerana sibuk melayani para sukarelawan yang berebut-rebut untuk bersalaman dengannya.", "“Jangan merusuh di sini,” kata seorang pegawai sambil menolak wanita itu dari kerumunan sukarelawan hingga dia terjatuh.", "Tidak berpuas hati ditolak, wanita itu kemudian membaling selipar ke arah orang ramai yang mengerumuni Jokowi namun lontaran itu sempat dihadang pengawal.", "“Tolong, kami mencari keadilan,” kata wanita itu.", "Pegawai yang menghampiri wanita berkenaan dilihat cuba menenangkannya sebelum menariknya dari acara pentas namun sedikit kekecohan berlaku apabila dia diseret pengawal kerana enggan bangun meninggalkan kawasan itu.", "Pegawai juga sempat melarang wartawan merakam video kekecohan itu.", "Wanita histeria cuba simbah air ke arah Jokowi"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/23/parti-pheu-thai-rayu-sokongan-bentuk-kerajaan-baharu/", "headline": "Parti Pheu Thai rayu sokongan bentuk kerajaan baharu", "content": ["BANGKOK: Pemimpin parti Pheu Thai akan bertemu wakil dua parti politik dalam pentadbiran Prayut Chan o-cha bagi mendapatkan sokongan calon mereka sebagai perdana menteri Thailand yang baharu.", "Pheu Thai yang diamanahkan membentuk gabungan pasca pilihan raya oleh sekutu politiknya bertemu parti Bhumjaithai dan Chat Thai Pattana, yang masing-masing mempunyai 70 dan 10 Ahli Parlimen untuk memastikan Pheu Thai mendapat jawatan eksekutif tertinggi negara itu.", "Menurut Utusan Malaysia, pemimpin Pheu Thai, Cholnan Srikaew dijadual bertemu pemimpin kedua-dua parti itu kelmarin tetapi enggan mendedahkan tawaran yang disediakan.", "“Adalah ideal jika mereka bersetuju untuk menyokong kami tanpa menuntut untuk menjadi sebahagian daripada gabungan yang dibentuk,” katanya.", "Bagaimanapun, pemimpin kedua-dua parti Bhumjaithai dan Chat Thai Pattana sebelum ini menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang mencampuri Perkara 112.", "Lapor Thai PBS World, Cholnan mengakui bahawa pendirian parti Move Forward (MFP) dalam isu monarki adalah titik pedih yang perlu dibincangkan dengan Senator dan parti politik yang sedang didekati.", "“Kita perlu mengetahui bagaimana isu ini boleh ditangani,” katanya tanpa menyatakan secara spesifik.", "Sehingga kini, masih tidak jelas siapa antara tiga calon Perdana Menteri berkenaan yang akan diundi dalam Parlimen pada Khamis akan datang.", "Dilaporkan, taikun hartanah terkenal, Srettha Thavisin disebut-sebut sebagai pilihan utama selain dua calon lain iaitu anak perempuan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra dan bekas Menteri Kehakiman, Chaikasem Nitisiri.", "Pheu Thai kini mendahului membentuk gabungan dengan tujuh parti politik lain selepas pencalonan perdana menteri MFP, Pita Limjaroenrat ditolak Parlimen.", "Cholnan berkata, jawatankuasa eksekutif parti akan membuat keputusan sehari sebelum pengundian.", "“Pheu Thai akan cuba merayu kepada kedua-dua Ahli Parlimen dan Senator untuk memberi sokongan mereka terhadap calon perdana menterinya,” katanya.", "Majoriti Senator menentang pencalonan Pita kerana pendirian partinya mengenai Perkara 112 atau undang-undang lese majeste yang didakwa disalahgunakan untuk menyasarkan penentang mereka yang berkuasa.", "Dengan gabungan 312 Ahli Parlimen, Pheu Thai dan sekutu politiknya menguasai majoriti Dewan dengan selesa.", "Bagaimanapun, sekiranya usaha itu gagal, Cholnan berkata, lapan parti dalam perikatan pimpinan Pheu Thai bersetuju bahawa mereka mungkin tidak lagi terikat dengan perjanjian persefahaman (MoU) dan ikut haluan masing-masing.", "Parti Pheu Thai rayu sokongan bentuk kerajaan baharu"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/04/145-graduan-kolej-sidma-terima-diploma/", "headline": "145 graduan Kolej SIDMA terima diploma", "content": ["Dr. Morni menyampaikan anugerah Pelajar Terbaik SIDMA.", "KOTA KINABALU: Seramai 145 graduan Kolej SIDMA menerima diploma masing-masing Majlis Konvokesyen kali ke-9 kolej itu yang diadakan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, di sini, hari ini.", "Daripada jumlah tersebut, 126 graduan menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, dan 19 yang lain menerima Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. ", "Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif bagi KKIP Aerospace Training Centre, Dato’ Ir. Ts. Dr. Mohamad Dali Isa yang memuji Kolej SIDMA sebagai salah satu institusi pengajian tinggi swasta terkemuka yang dilengkapi dengan infrastruktur teknikal semasa dan dengan itu memberikan suasana kondusif bagi para pelajarnya.", "Beliau berkata, program Pendidikan Awal Kanak-Kanak sangat terbukti kerana Kolej SIDMA selangkah ke hadapan berbanding kolej lain dalam mengiktiraf kepentingan pendidikan awal bermula dari penjagaan kanak-kanak hingga ke tadika.", "“Pendidikan adalah proses pembelajaran semasa dan saya secara peribadi berharap semua graduan yang berada di sini hari ini akan terus belajar,” katanya.", "Dr. Morni menyampaikan anugerah Pelajar Terbaik SIDMA.", "Beliau berkata, Kolej SIDMA adalah sebuah kolej tempatan yang telah mencapai kategori berdaya saing dan diiktiraf di Sabah.", "“Saya difahamkan Kolej SIDMA menawarkan pendidikan pengajian tinggi dan mengadaptasi pembelajaran abad ke-21.", "“Kolej ini juga mengutamakan pendekatan pembangunan holistik di mana pelbagai pengetahuan dan kemahiran akan diasah agar para graduan akan mudah memasuki alam pekerjaan ataupun memulakan perniagaan sendiri selaras dengan permintaan industri terkini,” katanya.", "Sementara itu, Pengerusi Kolej SIDMA, Prof. Dr. Morni Kambri berkata, penjaga atau tenaga pengajar memiliki kelayakan dalam bidang berkenaan perlu diwajibkan sebagai syarat operasi kepada mereka yang membuka pusat asuhan bagi kanak-kanak berumur dalam lingkungan 3 hingga 5 tahun.", "Beliau berkata, memiliki diploma atau ijazah pendidikan awal kanak-kanak dapat meningkatkan kualiti dan tahap profesionalisme pendidikan seiring dengan peredaran semasa.", "Katanya, sekiranya guru tidak diberi kursus cukup dan kurang tahap profesionalisme, maka kesannya akan dilihat pada kanak-kanak.", "“Guru adalah tunjang utama bagi merealisasikan impian bagi orang yang dipimpinnya. Di samping itu, guru juga menjadi pemula dalam menunjukkan kebaikan,” katanya.", "Dr. Morni berkata, pendidikan adalah satu aspek yang sangat penting dalam memastikan mereka ini akan menjadi insan yang berpengetahuan tinggi dan memiliki nilai-nilai murni kehidupan.", "“Pendidikan prasekolah peringkat tabika merupakan pendidikan formal yang terawal dalam perkembangan hidup seseorang kanak-kanak. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan rasa suka dan cintakan pengetahuan dan juga sekolah.", "“Ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada bakal-bakal pemimpin ini dapat membesar dengan jayanya bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga mempunyai jati diri yang kuat dan kukuh,” katanya.", "Dalam konvokesyen kali ini, Laiyne Basius telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik SIDMA 2023 bagi program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, manakala Anugerah Pelajar Terbaik bagi program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Alona Jane Chin Shu Kee.", "Kolej SIDMA menawarkan program lain melalui kerjasama dengan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dalam pelbagai bidang pengajian yang sangat diperlukan dan melengkapi permintaan pelbagai industri di Malaysia pada masa kini.", "Antaranya adalah Pengajian Asasi Seni, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian). ", "Manakala dua lagi merupakan program Ijazah Sarjana Pengurusan (MIM) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA). Tidak ketinggalan dua program di bawah Kolej SIDMA sendiri iaitu Diploma Pengursan dan Diploma Pengurusan Sukan."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/12/sisa-jalan-zaman-batu-ditemukan-di-dasar-laut-mediterranean/", "headline": "Sisa jalan Zaman Batu ditemukan di dasar laut Mediterranean", "content": ["Sisa jalan Zaman Batu ditemukan di dasar Laut Mediterranean. ", "ZAGREB: Sekumpulan ahli arkeologi menemukan sisa sebatang jalan Zaman Batu yang dibina kira-kira 7,000 tahun lalu, di dasar laut Mediterranean di luar pantai pulau Croatia.", "Penemuan mengejutkan itu dibuat selepas pakar arkeologi menganalisis imej satelit perairan di sekeliling tapak Neolitik Soline yang sudah tenggelam.", "Tapak Neolitik Soline ditemukan di luar pantai pulau Korčula di Croatia pada tahun 2021.", "Menurut Utusan Malaysia, Daily Mail melaporkan, pakar arkeologi percaya jalan prasejarah itu mungkin pernah menghubungkan Korčula dan Soline apabila yang kedua merupakan daratan buatan yang menempatkan masyarakat purba Hvar.", "Ia kini terletak kira-kira empat hingga lima meter di bawah Laut Adriatik.", "Korčula pada asalnya bercantum dengan daratan namun apabila paras laut mula meningkat pada akhir penghujung Zaman Ais pada 12,000 Sebelum Masihi (SM), ia menjejaskan susun atur kawasan semasa yang dibina kira-kira 8,000 tahun lalu.", "Soline pertama kali dikenal pasti apabila imej satelit memaparkan objek buatan manusia mungkin tersembunyi di dasar laut sekitar Korčula.", "Ia ditemukan oleh ahli arkeologi dari Universiti Zadar, Mate Parica bersama beberapa rakan sekerja yang menyelam di kawasan perairan itu untuk melihat dengan lebih dekat.", "“Ketika meneroka, pakar arkeologi juga menemukan tembok penempatan purba yang kelihatan disambungkan ke pulau utama oleh laluan darat yang sempit,” jelas laporan itu.", "Jalan prasejarah yang dikenal pasti itu dikatakan dilindungi daripada ombak kuat selama beribu-ribu tahun lalu oleh pulau berkenaan.", "Pakar percaya jalan itu dibina oleh masyarakat Hvar-Lisičići sebagai cara untuk melakukan perjalanan dari Soline ke Korčula.", "Analisis radiokarbon dijalankan terhadap kayu diawet itu menunjukkan penempatan Soline bermula sejak kira-kira 4,900 SM.", "“Penduduk pernah berjalan di jalan ini hampir 7,000 tahun lalu,” jelas Universiti Zadar.", "Walaupun ia kini tersembunyi di bawah lapisan lumpur laut, ahli arkeologi berpandangan jalan itu dibina secara teliti dengan kepingan batu selain berukuran sekitar empat meter.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/sisa-jalan-zaman-batu-ditemukan-di-dasar-laut-mediterranean/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/sisa-jalan-zaman-batu-ditemukan-di-dasar-laut-mediterranean/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/12/nilai-chelsea-united-susut-gara-gara-bintang-sendu/", "headline": "Nilai Chelsea, United susut gara-gara bintang ‘sendu’", "content": ["Mykhailo Mudryk (kiri) dan Enzo Fernandez dua bintang besar yang dibawa masuk oleh Chelsea, namun kurang menyerlah.", "LONDON: Nilai semasa Chelsea menyusut 124 juta pound (RM744 juta) daripada perbelanjaan yang dikeluarkan, manakala Manchester United mengalami penurunan 115 juta pound (RM690 juta).", "Begitupun, berbeza dengan ­Arsenal apabila kelab itu mencatat peningkatan nilai 343 juta pound (RM2.05 bilion).", "Chelsea menghuni tangga tercorot dalam penilaian Transfermarkt mengenai nilai skuad Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berbelanja besar untuk membeli pemain dengan nilai kolektif ­756 juta pound (RM4.53 bilion).", "Transfermarkt", "Jumlah itu menjelaskan me­ngapa pemilik Blues, Todd Boehly melepaskan ramai pemain pada musim panas ini selepas berbelanja mewah sepanjang dua jendela perpindahan terakhir bagi membeli bintang termasuk Enzo Fernandez, Mykhailo Mudryk dan Wesley Fofana.", "Blues", "Ramai pemain yang diwarisi dalam tempoh pemilikan Boehly susut nilai dengan ketara, terma­suk penyerang Romelu Lukaku, yang menelan kos 97.5 juta pound (RM585 juta) pada 2021 tetapi kini dinilai oleh Transfermarkt hanya 34 juta pound (RM204 juta).", "Transfermarkt", "United satu lagi kelab yang mahu mengurangkan kerugian mereka untuk beberapa pemain dan mengumpul dana buat Erik ten Hag membentuk semula skuadnya pada musim panas ini.", "Angka menunjukkan Red ­Devils membelanjakan hampir 830 juta pound (RM4.98 bilion) bagi membentuk skuad semasa mereka tetapi ia hanya mempunyai nilai kumulatif kira-kira 715 juta pound (RM4.29 bilion).", "Red ­Devils", "Harry Maguire dan Jadon Sancho antara pemain yang susut nilai dengan teruk selepas kelab membayar masing-­masing 80 juta pound (RM480 juta) serta 73 juta pound (RM438 juta) untuk mengikat mereka.", "Arsenal sebaliknya meraih keuntungan besar daripada skuad mereka.", "Walaupun pengurus pasukan, Mikel Arteta hanya berbelanja 572 juta pound (RM3.4 bilion), mereka mempunyai anggaran nilai 915 juta pound (RM5.49 bilion).", "Ia mencerminkan pembelian berhemah di pasaran tetapi juga membuktikan perkembangan pemain tempatan seperti Bukayo Saka, yang tidak menelan kos tetapi kini dianggarkan bernilai 102 juta pound (RM612 juta), menurut Transfermarkt. ", "Transfermarkt.", "Nilai Chelsea, United susut gara-gara bintang ‘sendu’"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/02/pm-pengerusikan-mesyuarat-kaji-sistem-saraan-perkhidmatan-awam-7-ogos/", "headline": "PM pengerusikan mesyuarat kaji sistem saraan perkhidmatan awam 7 Ogos", "content": ["PM komited menjaga kebajikan penjawat awam dengan menambah baik sistem saraan secara komprehensif . – Gambar Hiasan", "PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengadakan mesyuarat berhubung kajian semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 7 Ogos iaitu pada Isnin depan.", "Menurut Utusan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan, perbincangan itu akan dilaksanakan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Menurutnya, kajian tersebut sebagai inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi Membangun Malaysia Madani.", "“JPA sedang memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh kementerian, jabatan dan agensi yang digerakkan mulai 26 Julai lalu melalui beberapa sesi libat urus JPA.", "“Ia merangkumi enam kluster iaitu Keselamatan, Kesihatan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknikal serta Pengurusan,” katanya kelmarin.", "JPA berkata, bagi memastikan cadangan penambahbaikan yang diterima bersifat terangkum serta inklusif, jabatan berkenaan membangunkan portal khusus bagi menerima input daripada seluruh penjawat awam.", "Jelasnya, segala cadangan penambahbaikan serta pembaharuan boleh dikemukakan melalui portal kajian SSPA menerusi laman sesawang https://semakansaraan.jpa.gov.my.", "JPA komited menjaga kebajikan penjawat awam dengan menambah baik sistem saraan secara komprehensif bagi memastikan perkhidmatan awam berdaya tahan dalam mendepani cabaran di masa hadapan.", "Pada 14 Julai lalu, kerajaan bersetuju mengkaji semula sistem itu dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan tiadanya semakan gaji dibuat sejak 2012.", "PM pengerusikan mesyuarat kaji sistem saraan perkhidmatan awam 7 Ogos"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/01/%e6%95%a6%e6%9c%b1%e5%93%88%e5%ae%a3%e8%aa%93%e7%ba%8c%e4%bb%bb%e6%b2%99%e5%85%83%e9%a6%96/", "headline": "敦朱哈宣誓續任沙元首", "content": ["(亞庇一日訊)沙巴元首敦朱哈今日宣誓就職,開始第4個任期。", "隨後,他在沙巴和砂拉越首席大法官丹斯里阿邦依斯干達阿邦哈希姆見證下就職宣誓書。", "儀式在斯里京那巴魯元首府舉行,首長拿督哈芝芝也出席,並發表了賀詞和效忠誓言。", "出席者尚包括副首長拿督佐津、沙議長卡欣、沙政府秘書沙法以及各部門領袖。", "去年12月23日,敦朱哈在吉隆坡國家皇宮接獲國家元首蘇丹阿都拉的委任書,繼續他為期2年的服務。", "69歲的敦朱哈自2011年1月1日起受委為沙巴元首,是沙巴州憲法修正案廢除兩屆任期10多年後第一位獲此委任的沙元首。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/11/sabar-anjur-persidangan-disember-ini/", "headline": "SABAR anjur persidangan Disember ini", "content": ["Tun Juhar sambil memegang buku terbitan Johan Arriffin, merakamkan gambar kenangan bersama rombongan Ahli lembaga SABAR.", "KOTA KINABALU : Sabah Action Body Advocating Right (SABAR) bakal menganjurkan persidangan melibatkan para pemimpin belia, Disember ini.", "Menurut Pengerusi Pemegang Amanah SABAR Datuk Dr. Johan Arriffin Abdul Samad, persidangan, “The Sabah’s Present and Future Conference” akan diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kota Kinabalu itu bertujuan untuk memberi ruang kepada golongan belia untuk bertukar-tukar pandangan dan berharap resolusi untuk dipersembahkan kepada para pemimpin.", "“Persidangan ini terbuka kepada golongan belia termasuk pemimpin belia, ketua persatuan-persatuan belia, pemimpin-pemimpin NGO dan kita juga menjemput pemimpin-pemimpin politik untuk menyertai persidangan.", "“Dengan persidangan ini, kita dapat bertukar-tukar idea dan kita berharap selepas itu ada resolusi yang boleh kita persembahkan kepada ketua menteri dan para menteri supaya mereka dapat membuat tindakan susulan berdasarkan resolusi tersebut,” katanya.", "Tambah Johan Arriffin, pihaknya turut mengadakan persidangan tertutup dengan penglibatan seramai 100 peserta berdasarkan jemputan di ibu negeri, November depan.", "Beliau menyatakan demikian kepada media selepas mengetuai rombongan Ahli Lembaga SABAR dalam kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, hari ini.", "Ujarnya, kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan perkembangan organisasi berkenaan, di samping aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bersama masyarakat di kawasan pedalaman sejak tahun lalu."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/10/pesta-kaamatan-peringkat-daerah-penampang-diadakan-21-mei/", "headline": "Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang diadakan 21 Mei", "content": ["Francis (depan, tengah) bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang.", "PENAMPANG : Orang ramai dijemput memeriahkan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang yang akan diadakan di Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, di sini, pada 21 Mei ini.", "Pegawai Daerah, Francis Chong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang berkata, sambutan tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Parlimen Penampang.", "“Kita juga menjemput orang ramai untuk hadir serta memeriahkan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang yang menghidangkan beberapa acara menarik iaitu Pertandingan Sugandoi yang akan diadakan di Kampung Tuavon, Sodop Unduk Ngadau di Putera Ballroom pada 18 Mei dan Pertandingan Unduk Ngadau di Dewan Pusat Kebudayaan Sabah pada 21 Mei.", "“Selain itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan barang keperluan harian dengan potongan harga 15 peratus menerusi Jualan Madani. Turut diadakan ialah pameran jabatan-jabatan kerajaan, pertandingan sukan tradisi, pertandingan masakan tradisional, pertandingan ‘Magagung’ dan pertandingan Sumazau di Padang B, Lembaga Sukan Penampang,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang di Pejabat Daerah Penampang, di sini, hari ini.", "Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Politik KUSKOP, Carl Mosoom,  Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Stanley Sikolis, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), Noemi Dyena, Pegawai Perhubungan Parlimen, Bryan Matasing,  Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Moyog, Joe Suleiman dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kapayan, Lu Yen Tung."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/21/%e6%9c%b1%e4%be%9d%e5%a5%b4%e4%ba%9e%e6%b1%80%e6%9c%aa%e9%a1%af%e7%a4%ba%e5%8a%a0%e5%85%a5%e6%b0%91%e6%84%8f%e9%bb%a8%e6%84%8f%e9%a1%98/", "headline": "朱依奴亞汀未顯示加入民意黨意願", "content": ["(亞庇廿一日訊)林巴浩區州議員朱依奴亞汀尚未表示出要加入沙巴民意黨的意願。", "根據馬來西亞前鋒報報導,民意黨主席拿督斯里哈芝芝表示,到目前為止雙方仍未見面,但是由林巴浩區州議員朱依奴亞汀自行決定政治方向。", "「還沒有(正式會面),但是我聽說了這件事情。這取決於他(朱依奴亞汀),因為我們是一個實行民主的國家。」", "他今日在沙巴團結黨(PBS)的開齋節慶典上如此表示。", "也是首長的哈芝芝說,如果林巴浩區州議員真的退出了和諧黨,那麼他希望朱依奴亞汀選擇一個能讓他繼續政治鬥爭的政黨。", "與此同時,哈芝芝說,在這次的沙議會會議上,政府將修改沙巴憲法,以提呈反跳槽法。", "「我們將提呈反跳槽法。所以,如果還有人要跳槽的話,還有時間。」", "出席活動者尚包括沙巴團結黨顧問百林、署理主席拿督佐津、加希加欣以及拿督于墨齋。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/13/isteri-ketua-menteri-terima-kunjungan-ajk-alumni-uiam/", "headline": "Isteri Ketua Menteri terima kunjungan AJK Alumni UIAM", "content": ["Juliah menerima cenderamata daripada Fazilah semasa menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Negeri Sabah (IIUM Alumni Sabah Chapter) di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, Kota Kinabalu, hari ini.", "KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Datuk Hajah Juliah Salag menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Negeri Sabah (IIUM Alumni Sabah Chapter) di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, di sini hari ini.", "Alumni UIAM diketuai oleh Naib Presidennya, Fazilah Musa memberi penerangan kepada Juliah tentang program “Seminar Peranan Wanita Dalam Membangun Malaysia Madani” yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada bulan Mac ini.", "Program itu akan diadakan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang akan dirasmikan oleh Juliah.", "Juliah mengalu-alukan penganjuran seminar itu dan yakin ia dapat membantu memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya para wanita mengenai slogan Malaysia Madani.", "Katanya, wanita perlu diberi pendedahan tentang konsep Malaysia Madani dan bagaimana peranan mereka untuk sama-sama menyumbang dalam membangunkan sebuah negara yang berkonsepkan Malaysia Madani.", "Turut hadir ialah bendahari alumni, Rohayu Mohd.Deroh, Dayang Fauziah Datu Ibrahim (Biro Pendidikan), Sarimah Mohd.Yusof (Biro Kebajikan) dan Roslan Idris (Biro Sukan).", "Juliah menerima surat jemputan merasmi Majlis Apresiasi Murid semasa menerima kunjungan hormat rombongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tuaran di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, Kota Kinabalu, hari ini.", "Sementara itu, Juliah turut menerima kunjungan hormat daripada rombongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tuaran yang diketuai oleh Guru Besarnya, Mohamad Juin@ Mohd bin Nauli @Moli.", "SK Pekan Tuaran dan PIBG menjemput Juliah merasmikan Majlis Apresiasi Murid yang akan diadakan di Dewan Sri Sulaman, Tuaran, pada 16 Februari 2023."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/08/belum-ada-had-usia-maksimum-miliki-perbaharui-lesen-memandu/", "headline": "Belum ada had usia maksimum miliki, perbaharui lesen memandu", "content": ["Anthony Loke Siew Fook", "SEREMBAN: Belum terdapat sebarang ketetapan berhubung had usia maksimum bagi individu untuk memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) masing-masing.", "Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook turut memaklumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga masih memandu serta memiliki lesen memandu yang sah.", "“Bagi warga emas, itu terpulang, setakat ni kita masih belum ada dasar umur maksimum, pada usia 97 tahun, Dr. Mahathir masih memandu, lesen beliau masih sah. Setakat ini, umur minimum ada (memiliki lesen di usia 16 tahun bagi lesen motosikal), umur maksimum tiada.", "“Jadi itu terpulang kepada warga emas, kita (kerajaan) beri pilihan. Apabila kita buat dasar ini sudah tentu ada pelbagai reaksi, malah tiada paksaan kepada mana-mana pihak untuk memperbaharui lesen mereka sehingga tempoh 10 tahun,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan di sini bagi meninjau hari pertama pelaksanaan inisiatif pembaharuan lesen memandu sehingga tempoh 10 tahun hari ini.", "Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim.", "Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban memberikan amaran kepada kumpulan tonto khususnya yang mengikuti pergerakan pasukan penguatkuasaan JPJ untuk tidak sesekali mencabar undang-undang negara.", "Siew Fook berkata, isu tonto itu sememangnya disedari cuba mengatasi tindakan penguatkuasaan JPJ oleh itu kaedah dan tindakan akan dicari dari masa ke masa untuk memperketatkan penguatkuasaan tersebut.", "“Saya mahu nyatakan bahawa apa pun cara mereka, mereka tidak boleh mencabar undang-undang negara kita yang berasaskan kepada sistem undang-undang, kedaulatan undang-undang itu adalah satu prinsip yang penting. ", "“Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mencabar undang-undang. Walaupun apa helah dan cara mereka mengelak daripada penguatkuasaan termasuk menggunakan sistem telekomunikasi lebih canggih dan sebagainya, kami akan terus juga mencari kaedah yang lebih berkesan daripada segi penguatkuasaan,” katanya lagi.", "Belum ada had usia maksimum miliki, perbaharui lesen memandu"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/01/jaringan-tunggal-rashford-pacu-manchester-united-kedalam-kelompok-4-terbaik/", "headline": "Jaringan tunggal Rashford pacu Manchester United kedalam kelompok 4 terbaik", "content": ["Penyerang Manchester United, Marcus Rashford meraikan jaringan ketika menentang Wolverhampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux malam tadi.", "WOLVERHAMPTON: United meneruskan momentum kemenangan apabila berkunjung ke Stadium Molineux untuk menumpaskan tuan rumah dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.", "Perlawanan berlangsung dengan begitu rancak pada babak pertama, bagaimanapun tiada jaringan berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.", "Menurut Utusan Malaysia, selepas 76 minit perlawanan berlangsung, penyerang United, Marcus Rashford akhirnya meledak jaringan menerusi rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Wolves, Jose Sa.", "Rashford berpeluang untuk mengandakan kedudukan bagaimanapun jaringannya pada minit ke 83 dibatalkan setelah video bantuan pengadil (VAR) mendapati bola terlebih dahulu terkena tangan pemain itu sebelum bergolek ke gawang Wolves.", "Wolves tidak berputus asa dengan berusaha membedil kubu United dengan beberapa percubaan berbahaya di penghujung perlawanan, namun David de Gea cemerlang untuk memastikan gawangnya tidak dibolos, sekaligus memastikan United meraih tiga mata dalam perlawanan ini.", "Kemenangan tipis ini sekaligus meletakkan skuad kendalian Erik ten Hag ke dalam kelompok empat terbaik dibelakang Arsenal, Manchester City dan Newscastle United.", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2022/12/jaringan-tunggal-rashford-pacu-manchester-united-kedalam-kelompok-4-terbaik/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2022/12/jaringan-tunggal-rashford-pacu-manchester-united-kedalam-kelompok-4-terbaik/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/23/punca-pesawat-bomba-kemalangan-disiasat/", "headline": "Punca pesawat bomba kemalangan disiasat", "content": ["PETALING JAYA: Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) sedang mengenal pasti punca kemalangan sebuah  helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika sesi pengujian enjin dan sistem pesawat tersebut semalam.", "Menurut Utusan Malaysia, Bahagian Pengurusan Korporat JBPM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya  juga sedang menjalankan  siasatan dalaman dan akan mengambil tindakan susulan selaras dengan dapatan serta arahan dan prosedur semasa ditemukan selepas ini.", "Semasa kemalangan pada pukul 11.45 pagi semalam di Dispersal Universiti Kuala Lumpur, pesawat tersebut sedang  menjalani ujian enjin dan sistem pesawat (Engine Ground Run) yang menjadi prosedur biasa  setelah pesawat menjalani penyelenggaraan berkala.", "“Pesawat model Agusta, AW189 dengan nombor pendaftaran 9M-BOF dilaporkan ditugaskan untuk menjalani pengujian enjin dan sistem pesawat setelah melalui proses selenggara  berkala seperti ditetapkan oleh pihak pengeluar sebagaimana dalam program selenggara,” lapor kenyataan itu. ", "Bagaimanapun, ketika kemalangan pesawat tersebut belum terbang dan ia berlaku ketika  cuaca mendung tetapi tiada  halangan di tempat kejadian.", "Kata kenyataan itu, pesawat tersebut dikendalikan anak kapal JBPM iaitu Komander Pesawat, Hasrizal bin Kamaruzzaman, dibantu Che Muhammad Azlan Che Mohammad (Juruterbang) dan seorang Air Quartermaster, Fua’ad Jamaluddin. ", "Empat  kru senggaraan daripada Syarikat Galaxy Aerospace Sdn Bhd yang  turut berada di dalam pesawat ialah Muhammad Mohd Taib (Ketua Jurutera),  Ahmad Zhafri Mohd Nor (Jurutera Avionik), Mohammad Zhafir Mohammad (pelatih) dan Ryan Xavier Julius (pelatih).", "Akibat kemalangan itu,  anak kapal dan kru senggaraan mendapat rawatan dan pemeriksaan awal di tempat kejadian dan mangsa-mangsa  tidak mengalami kecederaan kecuali seorang kru senggaraan yang mengadu sakit pinggang.", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/07/punca-pesawat-bomba-kemalangan-disiasat/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/07/punca-pesawat-bomba-kemalangan-disiasat/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/04/tiga-terbunuh-dalam-kejadian-tembakan-di-siam-paragon-bangkok/", "headline": "Tiga terbunuh dalam kejadian tembakan di Siam Paragon, Bangkok", "content": ["Orang ramai meninggal pusat beli-belah Siam Paragon, Bangkok ekoran kejadian tembakan yang menyebabkan tiga orang maut.", "BANGKOK: Tiga orang terbunuh dan empat cedera dalam satu kejadian tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon, Bangkok, kata perkhidmatan kecemasan Thai.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Pusat Kecemasan Erawan, Yuthana Srettanan,mengesahkan jumlah korban dan cedera dalam satu mesej kepada pemberita.", "Video yang tersebar di media sosial menunjukkan orang ramai berlari keluar dari pusat beli-belah Siam Paragon, salah satu destinasi membeli-belah utama ibu kota Thailand itu, yang sangat popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan.", "Perdana Menteri Srettha Thavisin memberitahu pemberita bahawa penyerang telah ditahan dan keadaan terkawal.", "“Polis sedang membersihkan tempat kejadian. Keadaan semakin reda,” kata Srettha kepada pemberita.", "Berpuluh-puluh kenderaan polis dan beberapa ambulans kelihatan di luar salah satu pintu masuk utama pusat beli-belah itu susulan kejadian itu.", "Kejadian tembakan itu berlaku hanya beberapa hari sebelum ulang tahun satu pertama hari paling berdarah dalam sejarah Thailand baru-baru ini, apabila seorang bekas pegawai polis bersenjatakan pisau dan pistol menyerang sebuah taska, membunuh 24 kanak-kanak dan 12 orang dewasa.", "Pada 2020, seorang bekas pegawai tentera mengamuk di pusat beli-belah di Korat, membunuh 29 orang dan mencederakan lebih ramai lagi. ", "Tiga terbunuh dalam kejadian tembakan di Siam Paragon, Bangkok"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/15/3-penerbitan-berunsur-mudarat-moral-dikena-perintah-larangan/", "headline": "3 penerbitan berunsur mudarat moral dikena perintah larangan", "content": ["PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap tiga buah penerbitan susulan kandungannya yang dikesan mempunyai unsur memudaratkan kemoralan dalam kalangan masyarakat.", "Tiga penerbitan tersebut adalah ‘The Tale of Steven’ (Warta Kerajaan P.U.(A) 24 bertarikh 20 Januari 2023), ‘Jacob’s Room To Choose (Warta Kerajaan P.U.(A) 25 bertarikh 20 Januari 2023) dan ‘Aku’ (Warta Kerajaan P.U.(A) 26 bertarikh 20 Januari 2023).", "Menurut Utusan Malaysia, kenyataan kementerian berkenaan memaklumkan, ‘The Tale of Steven’ dan ‘Jacob’s Room To Choose’ didapati mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT) dilihat sebagai satu bentuk ancaman terhadap nilai murni yang diajar agama dan didukung masyarakat timur selama ini.", "“Kandungan penerbitan bertajuk ‘Aku’ didapati secara jelas mempunyai kandungan berunsur lucah dan tidak bermoral yang boleh memberi kesan buruk terhadap akhlak diri serta bertentangan dengan nilai-nilai kesopanan masyarakat Malaysia,” katanya hari ini.", "Menurut KDN, Warta Perintah Larangan itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012) yang menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran, atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.", "Katanya, kerajaan komited mencegah penyebaran unsur-unsur yang memudaratkan kemoralan dalam kalangan masyarakat kerana ia secara tidak langsung boleh menyumbang ke arah keruntuhan bangsa dan negara.", "Pada masa sama, KDN berkata, mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan adalah melakukan suatu kesalahan.", "“Jika disabitkan bersalah, pelaku boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.", "“Sekiranya masyarakat awam mendapati penerbitan di atas atau mana-mana penerbitan yang dikhuatiri melanggar undang-undang negara masih diedarkan di pasaran, aduan boleh dibuat kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN,” tegasnya.", "Aduan berkenaan boleh dibuat menerusi talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman web http://moha.spab.gov.my. ", "3 penerbitan berunsur mudarat moral dikena perintah larangan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/29/kpm-tidak-pernah-keluar-arahan-anjur-tayangan-filem/", "headline": "KPM tidak pernah keluar arahan anjur tayangan filem", "content": ["Tangkap layar surat arahan penganjuran program tayangan filem The Untold Story: Anwar Ibrahim.", "PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan penganjuran tayangan filem seperti yang tular dalam media sosial.", "Menurut Utusan Malaysia, KPM menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, pihaknya mahu orang ramai menyemak dahulu kesahihan maklumat dan tidak berkongsi jika tidak pasti mengenainya.", "Sebelum ini, tular satu kandungan surat ditandatangani Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali yang menyatakan arahan kepada semua Ketua Bahagian dan Pengarah Pendidikan Negeri.", "Surat itu menyatakan arahan supaya pihak sekolah menganjurkan program tayangan filem ‘The Untold Story: Anwar Ibrahim’ bersama warga pendidik dan murid sekolah. ", "KPM tidak pernah keluar arahan anjur tayangan filem"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/24/penyelenggaraan-jalan-lpb-untuk-keselesaan-agong-pengguna-jalan-raya-shahelmey/", "headline": "Penyelenggaraan jalan LPB untuk keselesaan Agong, pengguna jalan raya – Shahelmey", "content": ["Shahelmey (empat kanan) menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil sekolah yang mengambil bahagian dalam Ceramah Motivasi SMJ di Putatan hari ini", "PUTATAN: Kerja-kerja penyelenggaraan jalan di laluan Lebuhraya Pan Borneo  (LPB) Sabah telah siap dan bersedia untuk digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya berkata, jalan yang akan dilalui oleh Seri Paduka sempena Jelajah Kembara Borneo bermula 3 September ini adalah laluan jajaran LPB.", "Justeru, beliau yang juga Menteri Kerja Raya telah mengarahkan syarikat konsesi untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan bagi memastikan keadaan jalan selesa dan selamat untuk pemanduan Yang diPertua Agong.", "“Saya mendapat laporan bahawa kerja-kerja tersebut telah siap dan ada yang masih berlangsung jadi, kita mahu memastikan jalan berada dalam keadaan selesa dan selamat.", "“Ia bukan sahaja baik untuk kembara Yang diPertua Agong tetapi, baik untuk pengguna jalan raya di Sabah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penyelenggaraan jalan raya sempena Kembara Jelajah Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Ceramah Motivasi Sabah Maju Jaya (SMJ) di Putatan hari ini.", "Menurut Shahelmey, kos penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan dibiayai oleh kerajaan Persekutuan. Malah, peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan juga telah ditingkatkan pada tahun ini.", "“Itu membolehkan banyak kawasan-kawasan di sepanjang jalan Persekutuan telah diperbaiki. Mungkin bukan 100 peratus tapi, ia membolehkan kita menyediakan kemudahan jalan raya yang selamat dan selesa untuk digunakan oleh pengguna jalan raya,” katanya.", "Yang di-Pertuan Agong dijadualkan akan menelusuri jalan di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo bermula dari Tawau dan berakhir di Kuching, Sarawak pada 16 September sempena sambutan Hari Malaysia.", "Projek LPB Sabah melibatkan 35 pakej kerja sepanjang 706 kilometer yang bermula dari sempadan Sabah dan Sarawak di Sindumin hingga ke Tawau, telah dimulakan pada Julai 2016.", "Ketika ini, kerja-kerja penyiapan fasa satu LBP Sabah yang melibatkan 15 pakej kerja telah mencapai 82 peratus dan dijadualkan siap sepenuhnya pada Januari 2025.", "Daripada 35 pakej itu, 19 pakej kerja belum dimulakan, kerja-kerja pembinaan dijadualkan diadakan secara serentak pada tahun depan.", "Penyelenggaraan jalan LPB untuk keselesaan Agong, pengguna jalan raya"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/22/terus-semarakkan-perasaan-cinta-negara-shahelmey/", "headline": "Terus semarakkan perasaan cinta negara – Shahelmey", "content": ["Shahelmey (tengah) teruja menerima cenderahati yang disampaikan oleh Mokhtar (dua dari kanan).", "PUTATAN: Masyarakat diseru terus menyemarakkan perasaan cintakan negara tanpa perlu menunggu tibanya Bulan Kebangsaan. Timbalan Ketua Menteri III merangkap Ahli Parlimen P.173 Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata semangat cintakan negara tidak seharusnya terhenti selepas berakhirnya Bulan Kemerdekaan malah perlu digelorakan dari masa ke semasa.", "“Melalui perasaan cintakan negara ini, kita dapat melahirkan sebuah negara yang lebih harmoni, bersatu padu, aman dan sejahtera.“Semangat patriotisme juga perlu ada dalam diri setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia tanpa mengira apa jua latar belakang mereka,” katanya pada Majlis Perasmian dan Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari  Malaysia Peringkat Daerah Putatan tahun 2023 di sini, pada Khamis.", "Menurut Shahelmey lagi, pelbagai program telah dianjurkan sepanjang Bulan Kebangsaan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan warga Putatan.", "“Walaupun sambutan Bulan Kebangsaaan sudah berakhir namun penglibatan semua sehingga hari ini membuktikan semangat perpaduan masyarakat setempat,” ujarnya.", "Pada majlis tersebut, Shahelmey turut  menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mewarna, Pertandingan Nyanyian Patriotik dan Pertandingan Bintang Kecil Patriotik di samping melawat gerai-gerai pameran.Hadir sama, Pegawai Daerah Putatan, Mokhtar Hussin, Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Sammy Newton, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Pejabat ADUN N23 Petagas, Shamsur Zulkifli dan Pegawai Penerangan Daerah Putatan, Nordin Siman."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/03/1400-orang-jayakan-kem-nutrisi-kanak-kanak/", "headline": "1,400 orang jayakan kem nutrisi kanak-kanak", "content": ["BELURAN: Seramai 1,400 orang hadir menjayakan Program Kasih Dan Kongsi : Kem Nutrisi Kanak-Kanak sempena Pelancaran Bulan Kebajikan 2023.", "Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, program anjuran Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) itu bertujuan memberi pendedahan kepentingan makanan bernutrisi kepada kanak-kanak.", "“Kem Nutrisi diadakan selama dua hari melibatkan kanak-kanak, ibu bapa serta guru-guru sekolah merangkumi pelbagai aktiviti antaranya pemeriksaan kesihatan, ceramah, senaman, sesi interaktif Kenali Makanan Sihat dan Tidak Sihat, ‘Food Display & Food Tasting” dan Apa Ada dengan Sayur dan Buah.", "Food Display & Food Tasting", "“Saya amat teruja dan yakin mereka yang terlibat terutamanya kanak-kanak seronok menyertai aktiviti yang dilaksanakan dalam masa yang sama memberi pendedahan ilmu pentingnya makanan bernutrisi kepada kanak-kanak untuk membesar dengan sihat, cergas, cerdik dan sejahtera.", "“Menyedari kepentingan tersebut, program ini yang telah memasuki Fasa ke-3 diperluaskan ke daerah-daerah seperti Beluran, Telupid, Tongod, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Kudat dan Nabawan bagi memastikan kanak-kanak dari keluarga B40 tidak ketinggalan mendapatkan makanan sihat dengan penyediaan pek makanan bernutrisi melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) selaku rakan kerjasama kita,” katanya.", "Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan) Kementerian Pembangunan Masyarakat, Walter Joseph Kenson dalam majlis Pelancaran Bulan Kebajikan 2023 Serta Kasih dan Kongsi di Dewan Serbaguna Beluran, pada Isnin.", "Beliau turut memuji MPMS selaku penganjur program kerana berjaya melaksanakan aktiviti yang sangat baik kepada kanak-kanak dan masyarakat.", "“Semangat kebersamaan dan komitmen yang kukuh memberi motivasi kepada Jawatankuasa Induk Badan Kebajikan 2023 diketuai MPMS merancang melaksanakan 50 aktiviti melibatkan sukarelawan, kanak-kanak, wanita dan keluarga, warga emas serta Orang Kurang Upaya sepanjang bulan Oktober ini, antaranya membuat rumah terbuka di tiga buah Institusi Penjagaan Warga Emas Jabatan.", "Turut hadir, Pengarah Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jais Asri yang juga ", "Pengerusi Pengurusan MPMS, Pegawai Daerah, Roger Appolonius, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pemakanan JKNS, Sharulnaz Norhazli Nazri dan Setiausaha Eksekutif Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah, Joeanne Lee."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/10/petisyen-calon-ph-ditolak-shahelmey-kekal-ahli-parlimen-putatan/", "headline": "Petisyen calon PH ditolak, Shahelmey kekal Ahli Parlimen Putatan", "content": ["Shahelmey Yahya", "KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi hari ini menolak dan membatalkan petisyen untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Putatan.", "Kerusi Parlimen Putatan dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Shahelmey Yahya yang memperoleh 16,234 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Awang Husaini Sahari yang memperoleh 16,110 undi.", "Shahelmey, yang juga Timbalan Ketua Menteri itu menang dengan majoriti 124 undi dalam persaingan empat penjuru.", "Menurut Utusan Malaysia, Hakim Wong Siong Tung menolak dan membatalkan petisyen yang difailkan calon PH, Awang Husaini menerusi prosiding yang diadakan secara dalam talian (zoom).", "Mahkamah turut memerintahkan Awang Husaini membayar kos berjumlah RM10,000 kepada Shahelmey.", "Dalam keputusannya, Hakim memaklumkan petisyen itu difailkan di luar waktu yang dibenarkan iaitu 28 hari mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.", "Awang Husaini menamakan Shahelmey sebagai responden pertama manakala, responden kedua dan ketiga masing-masing adalah Pegawai Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).", "Shahelmey diwakili peguam, Datuk Marzuki Spawi, Saiful Azian Mokhtar, Rizwandean Bukhary M. Borhan dan Hassan Murtaza.", "Sementara itu, Awang Husaini pula diwakili oleh peguam, Nelson W. Angang, Arthur Bonnie @ Borine dan Chuan Kua E.", "Kes dikendalikan oleh Peguam Kanan Persekutuan Nurhafizza Azizan mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).", "Prosiding dilakukan melalui aplikasi zoom bermula pada 2 Mac hingga hari ini.", "Awang Husaini memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan PRU-15 bagi kerusi Parlimen Putatan pada Disember tahun lalu. ", "Petisyen calon PH ditolak, Shahelmey kekal Ahli Parlimen Putatan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/29/suami-didakwa-bersubahat-dengan-tukang-urut-lakukan-seks-luar-tabii-dengan-isteri/", "headline": "Suami didakwa bersubahat dengan tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri", "content": ["KUALA LUMPUR: Seorang pekerja utiliti didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin atas pertuduhan bersubahat dengan seorang tukang urut lelaki untuk melakukan seks luar tabii terhadap isterinya (tertuduh), dua minggu lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, tertuduh yang berusia 41 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.", "Mengikut pertuduhan, pekerja utiliti itu didakwa bersubahat dengan tukang urut itu dengan memaksa isterinya berusia 40 tahun melakukan perbuatan seks luar tabii dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya tanpa kebenaran mangsa.", "Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Sentul di sini antara pukul 8.30 malam dan 10 malam pada 13 Julai lalu.", "Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377CA kanun sama yang boleh dipenjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.", "Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd. Latip manakala tertuduh diwakili peguam Ashraf Fahmi Abdul Aziz.", "Hakim Siti Aminah kemudian membenarkan tertuduh diikat RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat selain tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.", "Mahkamah kemudian menetapkan 15 September ini untuk sebutan kes.", "Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, tukang urut itu pula mengaku tidak bersalah selepas didakwa atas pertuduhan melakukan perhubungan seks dengan wanita sama dengan memasukkan jari dalam kemaluan mangsa tanpa kebenaran.", "Kesalahan itu dilakukan pada tempat, masa dan tarikh yang sama yang didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.", "Hakim Norina Zainol kemudian membernarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dan menetapkan 5 September ini untuk sebutan kes. ", "Suami didakwa bersubahat dengan tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/26/%e5%90%b3%e6%b7%bb%e6%b3%89%e5%86%80%e4%bb%a5%e9%81%b8%e6%b0%91%e6%95%b8%e5%8f%8a%e7%af%84%e5%9c%8d-%e4%bc%b8%e7%b8%ae%e8%99%95%e7%90%86%e5%9c%8b%e6%9c%83%e9%81%b8%e5%8d%80%e6%92%a5%e6%ac%be/", "headline": "吳添泉冀以選民數及範圍 伸縮處理國會選區撥款", "content": ["丹斯里吳添泉(右3)為拿篤福建會館新會所主持開幕後與眾領袖合影,左起為謝億書、林本發、陳金鼎與拿督謝志明;右起為拿督張明忠與侯建國。", "(亞庇廿六日訊)華總會長丹斯里吳添泉希望聯邦政府,不要以「一刀切」方式看待和處理國內每個國會選區的撥款問題,並建議以選民人數、選區面積以及城鄉選區等作為考量。", "他提出以下5點建議:", "1:政府應以國會選區人口或選民人數作為考量,人口或選民多的選區,理應獲更多撥款。", "2:選區幅員面積也應獲考量,面積大選區應獲得更大關注,包括撥款在內。", "3:城市區國會和鄉區國會也應有所不同,鄉區同樣需要更多撥款來落實基礎實施計劃供發展。", "4:被列為國內發展較落後的6個州屬(沙巴、砂拉越、登嘉樓、吉蘭丹、吉打與玻璃市),有關國會選區撥款應獲得關注與加強。", "5:隨著聯邦政府削減國會選區撥款後,希望包括沙巴州在內的各州政府,在財務能力範圍內,應設法增加州選區撥款,協助填補有關的不足或需要之處。", "也是沙巴中華大會堂總會長兼沙閩福聯會總會長的吳添泉是前天(24日)在這裡的發佳商業區為拿篤福建會館新會所喬遷開幕典禮上致詞時這麼表示。", "出席者包括拿篤福建會館主席陳金眼鼎縣議員、創辦人永久名譽主席拿督謝志明、永久名譽主席林本發、沙閩福聯會永久名譽會長拿督張明忠、侯建國和拿篤福建會館署理主席謝億書等多人。", "吳添泉對聯邦政府削減國會選區撥款,從之前每個選區每年380萬令吉大幅度下降到130萬令吉的措施表示關注。", "在此措施下,每位國會議員的選區撥款減少了250萬令吉,或相等於三份之二。在全國222個國會當中,撥款總額將從原本的8億4360萬令吉減至2億8860萬令吉,少了5億5500萬令吉。", "吳添泉希望政府不要以「一刀切」的方式落實,而應該伸縮性處理。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/27/perluas-program-jiwa-andi/", "headline": "Perluas Program JIWA – Andi", "content": ["Andi merakamkan gambar kenangan dengan penduduk kampung yang hadir sama dalam program itu.", "TAWAU: Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menyeru agar Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) diperluaskan lagi pada masa akan datang.", "Program yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia itu, katanya, dilihat dapat memberi penerangan berkenaan isu semasa kepada penduduk khususnya di kawasan luar bandar.", "“Kita dimaklumkan bahawa sasaran utama program ini adalah kepada pemimpin setempat di peringkat kampung iaitu Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).", "“Saya memandang positif tentang program ini kerana ia dapat membuka peluang kepada pemimpin akar umbi di mana mereka didedahkan dengan perkara dan isu semasa yang menjadi persoalan ramai,” katanya.", "Andi ketika ditemui media", "Katanya, inisiatif yang dilaksanakan pihak JaPen Malaysia ini sangat bertepatan memandangkan ramai masyarakat keliru dengan isu-isu semasa yang tular di media sosial.", "Andi yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata demikian semasa program JIWA, yang diadakan di Kg Tanjung Batu Tanah Merah, di sini hari ini.", "Program tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JaPen Malaysia, Datuk Mohd. Sukari Ab. Hamid.", "Andi menambah bahawa program tersebut juga mampu memberi satu sudut pandang yang berbeza kerana pemimpin setempat boleh diberi pemahaman berkaitan isu yang kritikal dan sukar difahami oleh penduduk kampung.", "“Melalui program JIWA, pemimpin akar umbi dapat memahai isu semasa dengan lebih berkesan khususnya berita yang selalu dimanupulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.", "“Justeru, saya berharap semua pemimpin akar umbi yang terlibat dapat membantu kerajaan dalam memberikan pemahaman kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung yang jauh dari bandar,” katanya.", "Sementara itu, Andi berkata, pihaknya akan menjalankan program Jelajah Rakyat pada bulan Mei hingga September depan yang bertujuan menyantuni penduduk di sekitar parlimen Kalabakan.", "“Pejabat Parlimen Kalabakan bersama agensi-agensi berkaitan akan berkolaboratif dan turun padang bertemu rakyat di bawah.", "“Kita akan panggil agensi-agensi yang dirasakan dapat membantu dan memberi sumbangan kepada rakyat khususnya di kawasan yang banyak masalah,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/30/kerajaan-negeri-galak-pihak-swasta-bantu-pembangunan-pendidikan-shahelmey/", "headline": "Kerajaan Negeri galak pihak swasta bantu pembangunan pendidikan – Shahelmey", "content": ["Shahelmey (berdiri, tengah) bergambar bersama penyumbang dan para penerima sumbangan.", "PUTATAN: Kerajaan Negeri mengalu-alukan kerjasama erat pihak swasta menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam menyumbang kepada pembangunan pendidikan di peringkat awal.", "Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, perkara itu merupakan satu pendekatan murni termasuklah usaha meringankan beban golongam ibu bapa membeli keperluan persekolahan anak-anak.", "“Kerjasama erat pihak swasta, syarikat perniagaan atau lain-lain entiti untuk menunaikan CSR mereka kepada pembangunan pendidikan adalah amat digalakkan.", "“Selain daripada dapat membantu komuniti yang mungkin terkesan dengan cabaran ekonomi semasa, ia juga dapat memberikan pemelegaan kepada golongan ibu bapa dalam menampung keperluan perbelanjaan sekolah anak mereka,” katanya ketika menyempurnakan Program Back To School di SK Pekan Putatan, di sini, pagi tadi. ", "Program berkenaan yang merupakan anjuran Pusat Khidmat Rakyat ADUN N24 Tanjung Keramat, melibatkan seramai 300 murid sekolah rendah di daerah Putatan.", "Dalam pada itu, Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan dan ADUN Tanjung Keramat berharap sumbangan tersebut akan dapat meningkatkan semangat para pelajar dalam menimba ilmu. ", "“Saya berharap ianya akan menyuntik semangat para pelajar untuk hadir ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. ", "Shahelmey turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) cawangan Sabah yang merupakan penaja sumbangan beg-beg sekolah untuk program tersebut. "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/12/guru-gigit-pelajar-kpm-mohon-beri-ruang-siasatan-diperkemaskan/", "headline": "Guru gigit pelajar, KPM mohon beri ruang siasatan diperkemaskan", "content": ["Fadhlna Sidek (belakang tengah) bersama para pemenang Majlis DUTA di Kuala Lumpur.", "KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memohon semua pihak menghormati dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan penuh berhubung kes seorang pelajar digigit guru di sebuah sekolah di pantai timur baru-baru ini. ", "Menurut Utusan Malaysia, Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM peduli dan memberi jaminan akan menyiasat sebarang aduan melibatkan keganasan, buli dan sebagainya yang membabitkan pelajar-pelajar. ", "“Jangan risau, saya beri jaminan akan menyiasat perkara ini. Itu yang mesti kita sampaikan kepada masyarakat dan kita kena beri ruang dan hormat proses siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa. ", "“Saya sudah serahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri juga untuk siasat. saya ulang sekali lagi, KPM tidak akan berkompromi terhadap keganasan, buli, kekerasan atau penindasan terhadap murid.", "“Ia mesti mengikut saluran dan proses yang betul. Mesti ada aduan, mesti ada siasatan dan ketelusan,” katanya. ", "Fadhlina juga berkata, berdasarkan siasatan dan jika insiden itu membuktikan elemen-elemen yang mengikut undang-undang, pihaknya akan membuat pengumuman. ", "“Bagaimanapun, buat masa ini, biarlah pihak berkuasa jalankan kerja mereka. Tentang status guru tersebut, saya juga sudah serah pada pihak JPN untuk uruskan dengan pemantauan daripada Kementerian dari semasa ke semasa,”katanya. ", "Fadhlina berkata demikian semasa ditemui di Majlis DUTA 2023 di Auditorium Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan di sini, kelmarin.", "Terdahulu, baru-baru ini, tular dalam media sosial berhubung seorang ibu yang mendakwa bahawa anak lelakinya berusia enam tahun digigit seorang guru hingga menyebabkan emosi murid itu terganggu.", "Dalam hantaran itu, ibu murid terbabit hairan selepas anaknya sering bertanya soal cuti sekolah dan tidak ceria seperti selalu.", "Pada mulanya, ibu kanak-kanak itu beranggapan bahawa anaknya menjadi mangsa buli sehingga akhirnya terbongkar kisah bahawa anaknya digigit seorang guru lelaki hingga takut untuk ke sekolah.", "Dakwanya, bukan anak lelakinya sahaja menjadi mangsa, tetapi beberapa murid lain apabila guru itu menggigit bahagian tidak sepatutnya iaitu mulut, tangan dan telinga.", "Dalam pada itu, ditanya mengenai isu penyelenggaraan tandas sekolah, Fadhlina berkata, kementerian memberikan peruntukan kepada setiap sekolah di bawah KPM untuk segera menjalankan kerja-kerja membaik pulih. ", "“Setiap sekolah di bawah KPM masing-masing diberikan peruntukan sebanyak RM70,000 dan segala urusan itu mula dilaksanakan.", "“Kita cuma berikan tempoh tiga bulan sahaja kepada setiap sekolah untuk memastikan segala kerja-kerja pembaikan dilakukan sebaiknya dan kita mahu tengok hasilnya,” katanya. ", "Sementara itu, sebanyak 43 anugerah disampaikan kepada pemenang-pemenang yang merangkumi empat kategori utama iaitu Anugerah Pusat Sumber Sekolah, Anugerah Pendidikan Digital, Ikon Guru Digital dan Ikon Murid Digital. ", "Para pemenang menerima hadiah wang tunai, trofi dan sijil peringkat kebangsaan.", "Majlis DUTA merupakan usaha KPM dalam memberikan penghargaan dan pengiktirafan yang tertinggi kepada murid, guru, sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri atas pemerkasaan penggunaan teknologi secara inovatif, kreatif dan beretika dalam pengajaran dan pembelajaran selain melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing.", "Guru gigit pelajar, KPM mohon beri ruang siasatan diperkemaskan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/30/as-guna-google-meta-dan-apple-untuk-intipan/", "headline": "AS guna Google, Meta dan Apple untuk intipan?", "content": ["TAIPEI: Amerika Syarikat (AS) beranggapan China menggunakan aplikasi yang sangat popular iaitu TikTok untuk mengintip rakyatnya.", "Bagaimanapun, mereka tidak menyebut bagaimana kerajaan AS sendiri boleh menggunakan syarikat teknologinya yang mengawal internet global secara berkesan untuk mengintip orang lain.", "Menurut Utusan Malaysia, Al Jazeera melaporkan, me­man­dang­kan AS mempertimbangkan untuk mengharamkan aplikasi video pendek yang digunakan oleh lebih 150 juta rakyat Amerika itu, penggubal undang-undang juga mempertimbangkan pembaharuan kuasa yang memaksa firma seperti Google, Meta dan Apple untuk memudahkan pengintipan tanpa halangan terhadap warga bukan AS yang berada di luar negara.", "Al Jazeera", "Seksyen 702 Akta Pengawa­san Perisikan Asing (FISA) bakal diluluskan dan dijangka memberi kebenaran semula menjelang Disember ini iaitu membenarkan agensi perisikan AS menjalankan pengintipan tanpa waran ke atas e-mel, te­lefon dan dalam talian komunikasi orang asing.", "Walaupun rakyat AS mempunyai beberapa perlindungan terhadap carian tanpa waran di bawah Pindaan Keempat Perlembagaan AS, kerajaan AS menegaskan bahawa hak ini tidak diberikan kepada warga asing di luar negara.", "Ia membenarkan agensi se­perti Agensi Keselamatan Negara (NSA), Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) secara praktikalnya bebas untuk mengintip komunikasi mereka.", "Maklumat juga boleh dise­rahkan kepada sekutu AS seperti United Kingdom dan Australia.", "Walaupun adalah perkara biasa bagi kerajaan untuk mengintip di luar negara, Washington menikmati kelebihan yang tidak dikongsi oleh negara lain iaitu bidang kuasa ke atas segelintir syarikat yang menjalankan internet moden dengan berkesan termasuk Google, Meta, Amazon dan Microsoft.", "TikTok yang dimiliki oleh syarikat China, ByteDance dibangkitkan kepada rakyat AS baru-baru ini kerana didakwa berupaya membuat pengintipan.", "AS guna Google, Meta dan Apple untuk intipan?"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/03/gradiant-advances-sustainability-in-mining-through-partnerships-with-slb-rio-tinto-and-an-australian-global-mining-company/", "headline": "Gradiant advances sustainability in mining through partnerships with SLB, Rio Tinto and an Australian global mining company", "content": ["Gradiant", "Gradiant’s work with SLB", "RO Infinity", "SmartOps Digital AI", "About Gradiant", "gradiant.com", "Source : Gradiant", "Source : Gradiant"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/21/5-kes-baharu-covid-19-hari-ini/", "headline": "5 kes baharu Covid-19 hari ini", "content": ["KOTA KINABALU: Sebanyak lima kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, naik satu kes berbanding kelmarin (4), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 406,767 kes.", "Menteri Penyelaras Pengurusan Covid-19 Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 10 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 400,465 orang. ", "Manakala 135 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, tambahnya.", "“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah tiga orang di ICU/repurposed critical care manakala satu orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” kata Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/04/teroka-bidang-baharu-yang-mampu-bawa-pembangunan-ekonomi-kesejahteraan-rakyat-dr-joachim/", "headline": "Teroka bidang baharu yang mampu bawa pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat – Dr. Joachim", "content": ["Dr. Joachim (duduk, lapan dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Ahli-ahli Majlis Perbandaran Tawau dalam Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan di Dewan Sri Tawau, hari ini.", "TAWAU: Ahli-ahli Majlis bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta untuk meneroka bidang-bidang baharu yang mampu membawa pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di kawasan yang berada di bawah tanggungjawab mereka.  ", "Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, kerana itu mereka perlu bersedia untuk meneroka bidang baharu selain berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk kemajuan sesuatu kawasan demi memberi keselesaan dan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.", "“Ahli-ahli Majlis dan PBT perlu memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat sebagai kerajaan ketiga dalam struktur pentadbiran kerajaan,” katanya pada Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Tawau yang diadakan di Dewan Sri Tawau, di sini, hari ini.", "Dr. Joachim (empat dari kanan) menerima cendera kenangan daripada Joseph sambil disaksikan oleh Isnin (tiga dari kanan), Dr. Jamili (dua dari kanan) serta tetamu yang hadir dalam Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan di Dewan Sri Tawau.", "Mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Majlis yang menerima watikah pelantikan mereka, Dr. Joachim berkata, amanah dan tanggungjawab tersebut amat berat dan penting kerana mereka adalah pemimpin kepada masyarakat di kawasan masing-masing.", "Menurutnya, barisan Ahli-ahli Majlis terutama yang baharu perlu mengetahui matlamat PBT dan Dasar Kerajaan Negeri dalam melaksana kewajipan dan tugas masing-masing.", "“Lengkapkanlah diri dengan ilmu dan kefahaman terhadap fungsi, peranan dan tugas yang disandang, peka terhadap hal ehwal kerajaan tempatan, prihatin akan permasalahan masyarakat setempat serta ambil tahu keadaan sekeliling dan global,” ujarnya.", "Beliau berharap, Ahli-ahli Majlis dapat memberi sepenuh komitmen kepada tugasan baharu mereka dengan membantu Presiden serta semua warga kerja Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dalam melaksanakan segala gerak kerja dan agenda perancangan yang sedang atau bakal dilaksanakan nanti.", "“Bekerjalah seperti “aur dengan tebing’’, agar segala tanggungjawab yang direncanakan dapat dilunaskan dengan lebih pantas dan efisien,” katanya.", "Beliau menegaskan, lantikan ini bukanlah satu keistimewaan malahan ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang penting untuk membantu penduduk di daerah Tawau.", "“Pelantikan ini juga bukanlah sebagai peluang untuk memenuhi kepentingan diri sendiri, rakan-rakan ataupun ahli keluarga masing-masing. Malahan, tanggungjawab dan amanah semua ahli adalah berat dan sangat penting untuk masa depan daerah Tawau. Ahli-ahli Majlis perlu terus peka kepada keperluan dan kepentingan awam serta bertangungjawab untuk menyumbang idea dan kepakaran dalam memaju dan meningkatkan mutu perkhidmatan MPT,” katanya lagi.", "Dr. Joachim berharap, mereka dapat bekerja sebagai satu pasukan, untuk bersama-sama berganding bahu dengan Presiden serta seluruh warga kerja MPT.", "“Bersama-sama dengan Presiden, pegawai-pegawai kanan serta seluruh warga kerja MPT, Ahli-ahli Majlis merupakan benteng dan tunjang utama kepada pentadbiran Kerajaan Negeri selain kerjasama dan sokongan padu yang diberikan oleh barisan jentera perkhidmatan awam negeri Sabah yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.", "“Justeru, besar harapan saya agar mereka yang telah dilantik dapat memainkan peranan sebagai perantara dan pemudah cara antara MPT dan masyarakat di negeri Sabah ini sekali gus mengangkat martabat PBT bertunjangkan komitmen yang berintegriti, dinamik dan prihatin. Ini selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya untuk membawa citra inklusiviti, pemilikan bersama dan kebertanggungjawaban setiap anak Sabah untuk menjayakan agenda pembangunan negeri,” katanya.", "Selain daripada itu, sebagai pemimpin masyarakat, beliau menyeru kepada semua Ahli Majlis untuk turun padang melihat keadaan sebenar serta memahami keperluan penduduk di kawasan masing-masing.", "Beliau menyeru agar barisan kepimpinan baharu ini berani melakukan transformasi ke arah kebaikan dan kemajuan PBT serta dapat melaksana amanah kerajaan dan masyarakat tempatan yang diwakili dengan penuh integriti.", "Hadir sama ialah Pembantu Menteri I Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Hamild @Hamid Hj. Awang; ADUN Kukusan merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah, Rina Jainal; Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Joseph Pang; Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian, Faridah Giau; Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Pemimpin-pemimpin Pembangunan Masyarakat serta Pegawai-pegawai Kanan MPT."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/03/artis-australia-cipta-rambut-palsu-paling-lebar-dunia/", "headline": "Artis Australia cipta rambut palsu paling lebar dunia ", "content": ["CANBERRA: Seorang artis dari Australia memecahkan Rekod Dunia Guinness selepas berjaya mencipta rambut palsu selebar 2.58 meter.", "Menurut Utusan Malaysia, portal UPI melaporkan, Dani Reynolds menerima pengiktirafan itu bagi kategori ciptaan rambut palsu paling lebar di dunia.", "Menurut Rekod Dunia Guinness, Reynolds menghasilkan warna dan tekstur rambut palsu itu berdasarkan rambut sendirinya.", "Malah, jelas agensi penarafan itu, Reynolds juga mencipta sebuah substruktur khas untuk menyokong berat fabrik rambut palsu yang dihasilkan itu.", "“Struktur sokongan itu antaranya diperbuat daripada topi keledar basikal, paip Polyvinyl Chloride (PVC), pengikat kabel dan rod aluminium,” jelas agensi itu.", "Sementara itu, Rekod Dunia Guinness memaklumkan Reynolds berjaya mengatasi rekod yang dipegang oleh pelakon Drew Barrymore sebelum ini.", "Barrymore pernah memakai rambut palsu selebar 2.23 meter dalam rancangan The Tonight Show dihoskan oleh Jimmy Fallon pada tahun 2017.    ", "The Tonight Show", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/04/artis-australia-cipta-rambut-palsu-paling-lebar-dunia/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/04/artis-australia-cipta-rambut-palsu-paling-lebar-dunia/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/25/semporna-tourism-action-council-open-to-partnership-to-boost-east-coasts-tourism/", "headline": "Semporna Tourism Action Council open to partnership to boost east coast’s tourism", "content": ["Joniston (right) attending the briefing.", "SEMPORNA: The Semporna District Tourism Action Council is open to establishing a strategic partnership with Tawau and other nearby districts to boost tourism activities in Sabah’s east coast.", "Semporna Assistant District Officer Hafizul Hafiz Ladja Hassan said the idea for districts in the east coast to mutually promote each other’s attractions is most apt. ", "Hafizul was reacting to a suggestion by Assistant Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Joniston Bangkuai for a strategic plan to encourage tourists to stay and discover Tawau, instead of it being a passing destination.", "“Semporna can be the anchor that supports other destinations in the east coast. Hence, I see the importance of encouraging tourists experience other part of east coast before coming to Semporna,” said Hafizul.", "Speaking at a briefing for Joniston, who is also Chairman of Sabah Tourism Board (STB), on the tourism direction of the Semporna Tourism Action Council, Hafizul expect an influx of visitors to the district.", "The briefing was also attended by Ministry’s Deputy Permenant Secretary Mary Malangking; STB Deputy CEO Julinus Jimit; and Federation of Rural Tourism Association Sabah (FeRTAS) President Walter Kandayon, who is also a board member of STB.", "The potential for cooperation between Semporna and nearby district tourism action councils was discussed during the briefing, among others.", "“We know that Semporna is already a popular destination among domestic and international travellers. We want to create a balanced tourism industry, with the concentrate not being limited to Semporna alone,” said Joniston.", "“We want tourists visiting Semporna to also check out attractions in nearby districts. Therefore, it is only proper for Semporna to take the lead in engaging its neighbouring district tourism action council about this,” he added, while describing Semporna as a dive resort district.", "Joniston said designing an integrated tourism package that combines nature and community activities creates a preferable itinerary for tourists exploring Sabah’s east coast.", "He said travellers are increasingly gravitating towards experimental tourism in order to sample a broader variety of cultures, cuisines and attractions. ", "“I know there are already itinerary packaging Tawau and Semporna, but it is always good to return to the table and get new insight and update on new attractions,” he said.", "Joniston also encouraged District Tourism Action Council to engage with community, adding their involvement is important in the integrated package ecosytem."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/18/%e9%82%a6%e5%a5%8e%ef%bc%9a%e8%b3%aa%e7%96%91%e6%b2%99%e7%9b%9f%e6%94%bf%e5%ba%9c%e5%90%88%e6%b3%95%e6%80%a7-%e6%89%b9%e6%b2%99%e8%8f%b2%e7%9b%8a%e6%90%ac%e7%9f%b3%e9%a0%ad%e7%a0%b8%e8%85%b3/", "headline": "邦奎:質疑沙盟政府合法性 批沙菲益搬石頭砸腳", "content": ["(亞庇十八日訊)質疑沙盟作為新的穩定政治紐帶成立,並懷疑沙巴政治的成熟度時,民興黨主席拿督斯里沙菲益言論猶如搬起石頭砸自己的腳。", "沙盟宣傳主任拿督邦奎說,沙菲益似乎忘記了,他本人在2018年領導的政府,也是由於5個國陣議員變節而組成的。", "他說,沙菲益今年年初聯合數個巫統議員打算推翻政府,也是人民難以接受的,也是沙巴政治的黑歷史。", "「沙菲益的言論猶如搬起石頭砸自己的腳,別忘了民興黨2018年大選後的所作所為。」", "「他現在的態度很虛偽,猶如他的政黨(民興黨)2018年贏得了巨大勝利,而事實是他們執政是因為有議員倒戈。」", "他今天在一份聲明中說:「現在沙巴的代議士已經成熟並團結起來,以確保沙巴的政治穩定和繁榮,沙菲益試圖摧毀它。」", "沙盟主席拿督斯里哈芝哈芝芝最近在民意黨代表大會上發表講話時表示,沙盟的成立反映了沙巴政治的成熟,本土政黨為了沙巴而團結起來。", "沙菲益卻否認了這一說法,並批評沙巴政治的成熟,因為他聲稱這是透過議員倒戈才發生的。", "沙菲益應該記住的是,加入沙盟的巫統和民興黨議員這樣做,是因為他們不認同沙菲益以及其盟黨企圖推翻沙巴政府的不民主行為。", "「拒絕與沙菲益同在的希盟議員也是如此。為了政治穩定轉而支持哈芝芝。」", "也是九魯州議員的邦奎表示,沙菲益今年年初的行為違反了民主精神。", "邦奎強調,沙盟在上次沙巴選舉中獲得了沙巴人民的合法委託,現今的沙巴政府是本土政黨以及國陣盟友的合作下民主組成的。", "「但由於有政治人物的政治慾望,目前所實現的政治穩定幾乎被摧毀。」", "「他們試圖影響一些本土政黨和希盟以不支持沙盟。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/07/airasia-tawar-62-penerbangan-tambahan-sempena-aidilfitri/", "headline": "AirAsia tawar 62 penerbangan tambahan sempena Aidilfitri", "content": ["Anthony Loke (kanan) pada Majlis Pengumuman Tambang Tetap AirAsia ke Sabah dan Sarawak di Airasia RedQ.", "SEPANG: AirAsia menawarkan 62 penerbangan tambahan pada tambang rendah tetap istimewa ke tujuh destinasi di Sabah dan Sarawak dengan tempahan bermula hari ini sehingga 30 April depan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.", "Menurut Utusan Malaysia, syarikat penerbangan tambang rendah itu menawarkan harga tiket pada RM199 dan RM249 sehala dari Semenanjung ke beberapa destinasi seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri serta Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau dengan 11,400 tempat duduk tambahan tersedia.", "Selain itu, penumpang juga boleh membuat tempahan penerbangan dari Johor Bahru ke Miri, Sibu, Kuching dan Kota Kinabalu membabitkan perjalanan antara 19 hingga 21 April dan 28 hingga 30 April.", "Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini adalah kali kedua beliau merasmikan tambang tetap khas AirAsia sempena musim perayaan pada tahun ini selepas sambutan Tahun Baharu Cina.", "“Saya difahamkan ada penerbangan khas pada waktu malam dan larut malam khususnya ke Sabah dan Sarawak dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan kadar yang sama seperti Tahun Baharu Cina yang lepas.", "“Saya berharap syarikat penerbangan lain turut menyambut seruan ini dengan menambah kapasiti penerbangan supaya sama-sama kita dapat memberikan peluang kepada rakyat untuk pulang ke kampung dan merayakan Aidilfitri akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman kadar tambang tetap AirAsia ke Sabah dan Sarawak sempena Hari Raya Aidilfitri di AirAsia RedQ di sini hari ini.", "Menurut Loke, syarikat penerbangan memainkan peranan penting ketika musim perayaan untuk memastikan perkhidmatan tambahan dapat ditawarkan berikutan berlakunya peningkatan permintaan mendadak.", "Ini kerana katanya, ramai penduduk dari Sabah dan Sarawak yang bekerja di sekitar Lembah Klang dan Johor, justeru tambang penerbangan pada harga berpatutan ketika musim perayaan dapat membantu meringankan beban mereka.", "“Ini adalah satu isu atau aduan yang berlaku setiap kali menjelang musim perayaan, ramai yang mengeluh tambang penerbangan meningkat.", "“Apa yang kita laksanakan adalah menggalakkan syarikat penerbangan menambah kapasiti mereka supaya penawaran itu dapat ditingkatkan bagi menampung permintaan supaya dapat harga yang lebih berpatutan,” ujarnya.", "Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Aviation Group Limited, Bo Lingam berkata, AirAsia kekal komited untuk menghubungkan keluarga pelanggan pada tambang berpatutan terutamanya ketika musim perayaan, di mana lazimnya industri pelancongan menyaksikan kenaikan harga.", "“Sebanyak 164 pesawat beroperasi pada peringkat kumpulan dan jumlah pesawat akan kembali kepada kapasiti penuh iaitu 229 pesawat dalam beberapa bulan akan datang, di mana kami akan dapat menerbangkan lebih ramai tetamu pada tambang bernilai hebat,” katanya. ", "AirAsia tawar 62 penerbangan tambahan sempena Aidilfitri"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/03/exco-terengganu-perlekeh-menu-rahmah-terima-kecaman/", "headline": "Exco Terengganu perlekeh Menu Rahmah terima kecaman", "content": ["Tangkap layar daripada video menunjukkan seorang Exco kerajaan Terengganu menuang air oren menggantikan kuah dalam hidang Menu Rahmah.", "KUALA TERENGGANU : Tindakan seorang Exco kerajaan Terengganu yang dikatakan memperlekeh hidangan Menu Rahmah menerima kecaman teruk daripada warganet, hari ini.", "Ia berikutan satu video yang tular memaparkan pemimpin kerajaan negeri itu yang juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merungut mengenai menu tersebut.", "Dalam video itu, beliau dilihat merungut kerana sayur yang dihidangkan agak sedikit dan tiada kuah.", "“Ikan seekor….sayur, kuah tiada pula…ini kuah dia (sambil menuang air oren ke dalam nasi). Barulah rasa nasi,” katanya dalam video yang berdurasi 18 saat tersebut.", "Bagaimanapun tindakan pemimpin kerajaan negeri itu kurang disenangi oleh warganet kerana dikatakan tidak bersyukur dan menghina rezeki.", "Namun, video asal yang dipercayai dimuat naik dalam Tik Tok pemimpin itu sudah dipadamkan.", "Pelbagai komen ditinggalkan oleh pengguna media sosial yang terkilan kerana Menu Rahmah adalah inisiatif yang dibuat kerajaan untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat ketika ini.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/exco-terengganu-perlekeh-menu-rahmah-terima-kecaman/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/exco-terengganu-perlekeh-menu-rahmah-terima-kecaman/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/15/chuan-leong-sumbangkan-pingat-emas-ke-29-negara-di-sukan-sea-kemboja/", "headline": "Chuan Leong sumbangkan pingat emas ke 29 negara di Sukan SEA Kemboja", "content": ["Atlet snuker negara, Thor Chuan Leong berjaya meraih pingat emas acara snuker individu Sukan SEA Kemboja 2023 dalam aksi yang berlangsung di Pusat Snuker Son Sek Aeon, Phnom Penh kelmarin.", "PHNOM PENH: Selepas hampir dua hari lesu tanpa sebarang kilauan pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023, kontinjen negara kembali mendapat perkhabaran gembira setelah Thor Chuan Leong berjaya mengungguli acara snuker individu kelmarin.", "Aksi yang berlangsung di Pusat Snuker Sen Sok Aeon, Phnom Penh menyaksikan Chuan Leong berjaya menewaskan atlet Thailand, Akani Songsermsawad dengan keputusan 4-1 (74-42, 67-48, 53-72, 53-17, 63-21).", "Ini merupakan pingat emas kelima peribadinya di pentas Sukan SEA sejak mula membuat penampilan ketika edisi 2007 di Nakhon Ratchasima, Thailand.", "Bagi anak jati Pulau Pinang berusia 35 tahun ini, kejayaan meraih pingat emas semula di pentas Sukan SEA menyemarakkan semula kariernya yang sebelum ini malap setelah mengambil keputusan untuk berkelana di United Kingdom sejurus memenangi gelaran Juara Asia pada 2014.", "“Saya rasa gembira dengan pencapaian saya di kejohanan ini, sebab saya hanya beraksi satu acara sahaja kali ini, jadi memang ada tekanan yang besar untuk diri saya, tetapi saya berjaya juga untuk memenangi pingat emas.", "“Kejayaan saya ini bukan mudah, sebab saya bangkit selepas nama saya tenggelam dalam tempoh empat hingga lima tahun ini sejak saya ke United Kingdom.", "“Saya ke sana sebagai juara Asia, tetapi apabila di sana, saya ibarat beraksi sebagai budak kecil, jadi apabila menang pingat emas ini, saya rasa lebih baik,” jelas Chuan Leong.", "Chuan Leong sumbangkan pingat emas ke 29 negara di Sukan SEA Kemboja"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/16/%e6%85%b0%e5%95%8f%e7%81%bd%e9%bb%8e-%e4%bd%90%e6%b4%a5%e8%a6%96%e5%af%9f%e6%b0%b4%e7%81%bd%e7%81%bd%e5%8d%80/", "headline": "慰問災黎 佐津視察水災災區", "content": ["(蘭瑙十六日訊)副首長兼昆達山州議員拿督佐津於週五(1月13日),巡視了蘭瑙甘榜Marakau 3個受水災嚴重影響的家庭。", "其中一位災黎丹尼斯·薩丁(58歲)說,事發當晚,他們全都只能在自家房子的上層自救。", "他說,1月4日晚上9時20分左右發生的水災最嚴重,導致橋樑被切斷。", "丹尼斯還說河水氾濫了,並且偏離了河道。", "至少3輛車損壞,另外2輛車被激流沖走(全損)。", "不過,令丹尼斯慶幸的是,此次事件並未造成人員傷亡。", "他們也很感激,因為拿督佐津前來慰問他們。", "他還要求水利局加快恢復河流原狀的工作,因為目前的河流流量,導致房屋地區的水土流失和電線桿幾乎倒塌。", "同一天,也是沙地政及房屋部長的拿督佐津,與昆達山州議會的行政機構一起視察了甘榜Kalanggaan, 甘榜Desa Aman, 甘榜Dumpiring Bawah和甘榜Lembah Permai.。", "他建議居民時刻保持警惕和謹慎,尤其是在當前不確定的天氣條件下。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/10/zii-jia-lapar-emas-olimpik-2024/", "headline": "Zii Jia ‘lapar’ emas Olimpik 2024", "content": ["Hannah Yeoh (dua, kiri) dan Stuart Ramalingam (kiri) mengadakan pertemuan dengan Lee Zii Jia (dua, kanan) serta Lee Zii Yii di ibu kota semalam. – Ihsan Hannah Yeoh", "PETALING JAYA: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia komited untuk menghadiahkan pingat emas sulung negara di Sukan Olimpik selepas namanya tersenarai dalam program Road To Gold (RTG).", "Road To Gold", "Menurut Utusan Malaysia, perkara itu dikongsikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan juara badminton Asia itu di ibu kota Sabtu.", "Turut sama dalam pertemuan itu adalah penyelaras RTG, Stuart Ramalingam serta kakak Zii Jia, Lee Zii Yii yang juga pengurusnya.", "Hannah sebelum ini menyuarakan hasrat untuk bertemu Zii Jia bagi mendapatkan penjelasan mengenai aksi suramnya dalam tiga kejohanan di Eropah membabitkan Terbuka Jerman, All England dan Terbuka Switzerland bulan lalu.", "Hannah yang juga Pengerusi bersama RTG telah berjanji akan memberi segala keperluan yang relevan dalam usaha mempersiapkan Zii Jia serta 14 lagi atlet program RTG yang akan berjuang di Paris tahun hadapan.", "“Ia pertemuan positif. Lee Zii Jia menyokong inisiatif RTG dan berterima kasih dima­sukkan dalam projek kebangsaan ini.", "“Dia beritahu saya, dia benar-benar mahukan emas pertama di Paris 2024 untuk negara. Ini yang saya mahu dengar daripada atlet kita, bermula de­ngan kemahuan untuk menang emas.", "“Penyelaras RTG, Stuart akan membuat perbincangan lanjut bersama pengurus Zii Jia bagi memperincikan komitmennya terhadap RTG yang akan meliputi koordinasi kejurulatihan dan rakan sepelatih,” jelas Hannah.", "Sejak mula membuat pe­nampilan pertama di Sukan ­Olimpik 1956 Melbourne, Malaysia belum pernah lagi merasai nikmat menggengam pingat emas dalam temasya sukan terbesar dunia itu.", "Percubaan paling hampir adalah memenangi pingat perak menerusi tiga sukan berbeza – badminton, berbasikal dan terjun.", "Legenda badminton, Datuk Lee Chong Wei muncul atlet Malaysia paling cemerlang dalam Sukan ­Olimpik dengan memenangi tiga perak bermula di Beijing 2008, London 2012, Rio 2016.", "Zii Jia ‘lapar’ emas Olimpik 2024"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/17/india-lancar-roket-bawa-kapal-angkasa-ke-bulan/", "headline": "India lancar roket bawa kapal angkasa ke bulan", "content": ["Tangkap layar video menunjukkan roket membawa Chandrayaan-3 berlepas dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota di Andhra Pradesh, India.    ", "BENGALURU: India melancarkan roket yang membawa kenderaan robotik dalam usaha mendaratkan kapal angkasa itu di permukaan kutub selatan bulan.    ", "Ia dianggap sebagai satu pencapaian belum pernah berlaku sebelum ini yang bakal memajukan kedudukan India sebagai kuasa besar dalam industri angkasa lepas. ", "Menurut Utusan Malaysia, roket pelancar LVM3 milik Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) berlepas dari  Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota di Andhra Pradesh, selatan India, dengan meninggalkan kepulan asap dan api.", "Kira-kira 16 minit selepas pelancaran, pusat kawalan ISRO mengumumkan roket itu berjaya meletakkan Chandrayaan-3 di orbit bumi yang akan menghantar kapal angkasa itu ke permukaan bulan sekitar Ogos depan.", "Sekiranya misi itu berjaya, India bakal menyertai tiga negara lain iaitu Amerika Syarikat (AS), bekas Kesatuan Soviet dan China yang pernah mendaratkan kenderaan robotik di permukaan bulan.     ", "Bagaimanapun, setakat ini, tiada agensi angkasa lepas pernah mendaratkan kenderaan robotik mereka berhampiran kutub selatan bulan.", "Dilaporkan, lebih 1.4 juta penduduk menonton pelancaran kapal angkasa Chandrayaan-3 di saluran YouTube ISRO dengan rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan Jai Hind (kemenangan kepada India).  ", "Chandrayaan-3 yang bermaksud `kenderaan bulan’ dalam bahasa Sanskrit, dilengkapi jentera pendaratan setinggi dua meter yang direka khas untuk menggunakan kenderaan robotik berhampiran kutub selatan bulan.", "Ia dijangka dapat berfungsi selama dua minggu bagi menjalani siri eksperimen.", "Menurut ISRO, Chandrayaan-3 dijangka melakukan pendaratan sekitar 23 Ogos depan. ", "“Tahniah diucapkan kepada India, Chandrayaan-3 kini sudah memulakan perjalanan ke bulan,” kata Pengarah ISRO, Sreedhara Panicker Somanath. ", "Pada 2019, misi Chandrayaan-2 dikendalikan oleh ISRO berjaya mengerahkan pengorbitnya namun jentera pendaratan dan kenderaan robotiknya musnah dalam nahas berhampiran lokasi kapal angkasa Chandrayaan-3 akan cuba melakukan pendaratan.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/07/india-lancar-roket-bawa-kapal-angkasa-ke-bulan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/07/india-lancar-roket-bawa-kapal-angkasa-ke-bulan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/23/sesb-diserah-kepada-sabah-setelah-pelan-transformasi-selesai-pada-2030-nrecc/", "headline": "SESB diserah kepada Sabah setelah pelan transformasi selesai pada 2030 – NRECC", "content": ["KUALA LUMPUR: Penyerahan Sabah Electricity Sdn Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah hanya akan dilaksanakan setelah pelan transformasi SESB selesai dijangka pada tahun 2030.", "Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menyatakan ini dalam satu jawapan bertulis kepada soalan lisan daripada Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Tuaran) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.", "Walau bagaimanapun, Kementerian itu memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mewartakan Perintah di bawah Perkara 95C serta penggantungan penguatkuasaan akta-akta berkaitan pembekalan elektrik di Sabah berkuat kuasa pada 3 Januari, 2024.", "Ia merangkumi Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447];  Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610]; Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725]; dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726]. ", "Menurut NRECC, Kerajaan Sabah telah membuat persediaan yang sewajarnya untuk menyambut peralihan kuasa pembekalan elektrik berkenaan.", "“Antaranya, menyediakan Draf Enakmen Bekalan Elektrik Negeri Sabah bagi menyambut peralihan kuasa dan penggantungan akta-akta yang berkaitan; serta  melancarkan Energy Sabah Roadmap pada 19 September 2023 yang telah menetapkan sasaran dan hala tuju industri bekalan elektrik di negeri itu.", "Energy Sabah Roadmap", "“Kerajaan Sabah juga telah mewujudkan Unit Tenaga Negeri Sabah di bawah kawal selia Pejabat Ketua Menteri Sabah yang berperanan sebagai pengantara Energy Commission of Sabah (ECoS) dengan Kerajaan Sabah serta bertanggungjawab dalam penggubalan dasar dan polisi mengenai pembekalan elektrik di Sabah,” ujar NRECC.", "Energy Commission of Sabah", "Kementerian berkenaan turut memaklumkan bahawa Kerajaan Sabah juga mewujudkan dan memperkukuhkan ECoS sebagai agensi kawal selia (regulator) Industri Bekalan Elektrik di Sabah.", "“Sehingga Ogos 2023, ECoS telah melaksanakan pengambilan 89 kakitangan dan mensasarkan pengambilan secara berfasa sehingga mencapai 100 kakitangan berkhidmat di ECoS.", "“ECoS juga turut memperkukuhkan pengoperasian tadbir urus dengan  menyediakan kemudahan logistik, pelantikan anggota suruhanjaya, penyediaan prosedur dalaman dan urusan pentadbiran untuk mengambil alih kawal selia bekalan elektrik dan Tenaga Boleh Baharu (TBB),” tambah NRECC.", "Terdahulu, Madius dalam soalannya memohon NRECC menyatakan apakah persediaan yang dibuat oleh Kerajaan Sabah untuk memastikan agar kerangka urus tadbir bekalan elektrik apabila hal bekalan elektrik diserahkan semula ke Sabah."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/24/banduan-warga-asing-maut-kerana-roti/", "headline": "Banduan warga asing maut kerana roti", "content": ["Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka", "MELAKA: Gara-gara tidak dapat makan roti, seorang banduan di Kompleks Penjara Sungai Udang di sini bertindak ganas membelasah rakan selnya hingga mati.", "Mangsa, warga Indonesia berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.28 petang semalam selepas tujuh hari menerima rawatan di Hospital Melaka.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pergaduhan berlaku pada pukul 2.15 petang 17 Februari lalu, selepas suspek yang berusia 34 tahun mengesyaki mangsa mengambil roti diberikan pihak penjara.", "Menurutnya, suspek kemudian bertanya kepada mangsa tetapi dijawab secara kasar menyebabkan suspek berang lalu memukul mangsa.", "“Semasa kejadian pintu bilik terbuka dari pukul 8 pagi hingga 6 petang dan semua banduan sedang menjalani aktiviti riadah bebas. Suspek dan mangsa berada dalam bilik yang sama.", "“Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan mangsa mengambil makanan yang diberikan pihak penjara kepada suspek yang mana tindakan itu menyebabkan suspek tidak mendapat makanan.", "“Suspek yang baharu sahaja solat telah didatangi mangsa. Ketika berbual, suspek bertanyakan kepada mangsa kerana melihat dia mengambil roti. Mangsa tidak mengaku dan menjawab dengan nada yang tinggi menyebabkan suspek terus memukul mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "Tambah Christopher, suspek yang sedang menjalani hukuman penjara sejak Mac 2016 mengaku telah menumbuk bahagian sebelah mata dan pipi kanan mangsa sehingga kepala terhantuk pada dinding.", "Katanya, suspek turut memijak menggunakan tumit pada bahagian peha dan menendang dada mangsa.", "“Setelah mangsa terbaring, suspek mengangkat mangsa dan menghumban mangsa ke dalam bilik air. Warden penjara hanya menyedari kejadian itu setelah pergaduhan selesai. Saksi pergaduhan adalah seorang lelaki warga Nigeria yang kebetulan lalu di hadapan sel mangsa.", "“Mangsa yang masih sedar kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan. Mangsa mengalami kecederaan pendarahan dalam kepala, benjol di kepala kiri serta luka di bahagian mata dan telinga kiri.", "“Bagaimanapun, kira-kira pukul 6.28 petang semalam, mangsa disahkan meninggal dunia setelah tujuh hari menerima rawatan,” ujarnya.", "Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/jenayah/2023/02/banduan-warga-asing-maut-kerana-roti/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/jenayah/2023/02/banduan-warga-asing-maut-kerana-roti/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/16/serbuan-parti-liar-di-genting-highlands-28-suspek-positif-dadah/", "headline": "Serbuan parti liar di Genting Highlands, 28 suspek positif dadah", "content": ["BENTONG: Polis Bentong menahan 28 orang yang terlibat dengan parti liar dalam serbuan di sebuah banglo di Genting Highlands di sini.", "Dalam serbuan pada Isnin lalu kira-kita pukul 4 petang, seramai 19 orang suspek lelaki dan sembilan wanita yang berusia dalam lingkungan 26 hingga 48 tahun ditahan untuk siasatan.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil siasatan dan pemeriksaan awal, suspek yang berkumpul di ruang tamu banglo di pusat peranginan tanah tinggi itu positif dadah jenis Ketamine dan Amphetamine.", "“Kesemua suspek direman dua hari bermula semalam (Selasa) untuk siasatan lanjut.", "“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, jika didapati bersalah suspek boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau keduanya,” katanya dalam kenyataan di sini.", "Ramli memberikan amaran keras bahawa polis tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah mahupun jenayah yang berlaku di bawah pentadbiran Kontinjen Pahang.", "Katanya, kejayaan serbuan di banglo itu merupakan hasil maklumat orang awam dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berterima kasih kepada masyarakat yang sentiasa peka terhadap aktiviti jenayah di sekeliling mereka walaupun ia dilakukan di tempat tersembunyi.", "“Polis meminta kerjasama orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat khususnya berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah, jenayah tertentu serta perlakuan yang menyalahi undang-undang,” ujarnya. ", "Serbuan parti liar di Genting Highlands, 28 suspek positif dadah"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/15/andrew-pecahkan-rekod-kebangsaan-acara-kuak-dada-50-meter/", "headline": "Andrew pecahkan rekod kebangsaan acara kuak dada 50 meter", "content": ["Perenang Selangor, Andrew Goh berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara 50 meter kuak dada ketika Kejohanan Renang Terbuka Malaysia kali ke 65 yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.", "PETALING JAYA: Penamat yang cukup indah buat perenang muda negara, Andrew Goh apabila bukan sahaja layak untuk beraksi di Sukan Sea Kemboja Mei depan, namun turut memecahkan rekod kebangsaan acara kuak dada 50 meter di Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-65 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil yang menutup tirai kelmarin.", "Andrew yang beraksi untuk Selangor meraih tempat ketiga untuk acara itu, di belakang Indonesia Felix Viktor Iberle mengguguli emas 27.65 saat diikuti atlet Namibia Ronan Zuberge Wantenaar 27.84 saat, namun catatan masa dilakar Andrew iaitu 28.10 saat sudah cukup untuk memadam rekod yang dipegang Wong Fu Kang, iaitu 28.59 saat pada 2016.", "Lebih manis, lakaran masa itu turut berjaya membawa Andrew melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Akuatik 2023 di Fukuoka, Jepun Julai depan selepas melepasi had kelayakan kategori B iaitu 28.29 saat.", "Menurut Utusan Malaysia, kejayaan Andrew itu menyaksikan Malaysia bakal mempunyai tiga perenang beraksi di Kejohanan Dunia, bersama-sama Phee Jinq En dan Khiew Hoe Yan.", "Secara keseluruhan, perenang berusia 19 tahun itu telah meraih tiga pingat perak bagi acara bebas dan rampaian 4×100 berganti-ganti serta 4×200 acara bebas berganti-ganti dan dua pingat gangsa dalam acara 50 meter dan 200 meter kuak dada.", "“Jujur, saya langsung tidak menyangka akan dapat layak ke Kejohanan Dunia kerana sasaran saya yang sebenar adalah untuk cuba lepasi had kelayakan ke Sukan Sea terlebih dahulu.", "“Saya memang sudah lama impikan untuk beraksi di Kejohanan Dunia, sejak saya berumur tujuh tahun lagi, dan ia berjaya dicapai apabila saya berusia 19 tahun.", "“Kejayaan ini memang saya sudah usahakan sejak sekian lama, ia bukanlah nasib, sebaliknya hasil kerja keras saya ketika sesi latihan,” jelas Andrew yang ditemui pemberita kelmarin.", "Andrew pecahkan rekod kebangsaan acara kuak dada 50 meter"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/13/hari-mengundi-pilihan-raya-presiden-singapura-1-september-ini/", "headline": "Hari mengundi Pilihan Raya Presiden Singapura 1 September ini", "content": ["Lee Hsien Loong", "SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengeluarkan Writ Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Presiden tahun 2023 dengan Hari Pengundian yang ditetapkan pada 1 September ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Jabatan Pilihan Raya Singapura, tarikh hari penamaan calon pula ditetapkan pada pada 22 Ogos ini.", "Sehingga kini, empat individu menyatakan hasrat untuk bertanding merebut jawatan presiden iaitu bekas menteri kanan, Tharman Shanmugaratnam, pengasas Harvey Norman, Ossia George Goh, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan GIC, Ng Kok Song dan bekas calon presiden, tan Kin Lian.", "Presiden Halimah Yacob, yang memegang jawatan pada 2017, tidak akan bertanding untuk penggal kedua sebagai ketua negara selepas penggal pentadbirannya tamat pada 13 September ini.", "Halimah, 68, merupakan presiden kelapan Singapura dan wanita pertama berkhidmat sebagai presiden.", "Hari mengundi Pilihan Raya Presiden Singapura 1 September ini"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/01/the-housing-sector-is-still-promising-dr-joachim/", "headline": "The housing sector is still promising – Dr Joachim", "content": ["Dr Joachim (second left) with Dr Jamili (left) and Gilbert Ee (third right) in a group photo at the Roof Topping Ceremony at 12th floor of Coral Bay@ Sutera.", "KOTA KINABALU: The housing sector is still promising despite some issues and challenges, said Deputy Chief Minister Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.", "He is confident that the housing sector will prevail despite some issues and challenges and will continue to grow with the commitment and efforts of the Government in transforming this sector, coupled with the rapid development of information technology and communication.", "“This is also an opportune time, seeing that East Malaysia itself is a growth market for the housing sector,” said Dr Joachim, who is also Local Government and Housing Minister, when officiating the roof topping ceremony of the Coral Bay @ Sutera organised by GSH Corporation Limited and China Railway Construction Group (CRCG) (M) Sdn Bhd here today.", "Dr Joachim (centre) listening a briefing by Gilbert Ee at the sales gallery room while Dr Jamili (right) look on.", "Dr Joachim said Sabah, Sarawak and Labuan have a total combined population of 6.0 million in 2021, from the Department of Statistic Malaysia (DOSM, 29 July 2022).", "He said as the market and economy eventually adapted to a pandemic environment, the residential real estate market in Sabah experienced a significant return in 2021. A total of 4,805 transactions totaling RM1.941 billion were registered, representing yearly increases of 20.61% and 37.71%, respectively (Max, 2021),- the Edge/ Rahim & Co Kota Kinabalu housing Property Monitor.", "“The housing industry is an important contributor to the Malaysian economy by providing new job opportunities and also contributing to total output (GDP). Higher economic growth and income correlate directly to property prices,” he said.", "Dr. Joachim also said that the Sabah Government would expect big returns from the Sabah-Malaysia My Second Home (SBH-MM2H) initiative participants, said Deputy Chief Minister II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.", "He said a minimum stay of 30 days per year is one of the SBH-MM2H programme’s requirements and an individual or family is only allowed to stay for 5+5 years in Sabah.", "Other requirements include being able to buy property for RM600,000 or more, obtaining a medical check-up certificate from the applicant’s country of origin and opening a bank account in any Sabah-based local bank with a RM200,000 fixed deposit.", "Dr Joachim (centre) with Dr Jamili (second right) and Gilbert Ee (third right) laying the finishing cement topping to symbolically launch the Roof Topping Ceremony, at 12th floor of Coral Bay@ Sutera.", "“Through the participation of tourists in this programme, the state will benefit economically through property purchases, the inflow of funds, and the stimulation of the local economy,” he said.", "The SBH-MM2H initiated by the State Government was adapted from the “Malaysia My Second Home” programme implemented by the Federal Government under the tourism sector, which one of the main economic sectors emphasised in the five-year Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) Development Plan 1.0 (2021-2025).", "Dr Joachim said this programme aims to attract and grant foreign tourists who meet all the necessary criteria the right to stay in Sabah for a period of time.", "“Given its stunning and picturesque scenery, Sabah has a great deal of potential for drawing tourists who would like to make it their second home. Furthermore, Sabah’s unique mix of ethnic groups and cultures is one of the state’s main attractions for tourists,” he said, adding the SBH-MM2H programme incentivises foreign tourists with plenty of rewards.", "On the rooftopping ceremony, Dr Joachim said it is a long-standing tradition in the construction industry that celebrates project milestones.", "This ceremony also marks the completion of the building’s structural framework, he said, adding that traditionally, the ceremony occurs when the final structural beam is raised into place, completing the building’s frame.", "“I was informed that this condominium complex is inspired by the natural wonder that protected our shoreline, the coral reef. Hence the name Coral Bay.", "“This property complex is also equipped with the latest technological advances in the market. The building’s design incorporates the latest innovations in the construction industry as well as anti-seismic technologies, making it a smart addition to the city’s skyline,” he said.", "He congratulated GSH Corporation Limited and CRCG (M) Sdn Bhd for the auspicious occasion that sets a hallmark for this building, and hoped Coral Bay @ Sutera will be completed on time and all things progress smoothly.", "Also present were the Permanent Secretary of the Ministry of Local Government & Housing of Sabah, Datuk Dr Jamili Nais; CEO of GSH Corporation Limited, Gilbert Ee Guan Hui and Project Director of CRCG (M) Sdn Bhd, Zhang Ting."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/30/rasuah-37-pegawai-anggota-polis-ditahan-sprm/", "headline": "Rasuah: 37 pegawai, anggota polis ditahan SPRM", "content": ["PETALING JAYA: Seramai 37 pegawai dan anggota polis dipercayai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat dalam pemberian rasuah kepada ahli patologi untuk ujian saringan air kencing sejak 2018 hingga 2022.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan anggota berkenaan.", "“Tangkapan dilakukan oleh SPRM dan bagi setiap tangkapan itu, JIPS akan membuka kertas siasatan atas kesalahan tatatertib,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/rasuah-37-pegawai-anggota-polis-ditahan-sprm/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/rasuah-37-pegawai-anggota-polis-ditahan-sprm/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/01/kunjungan-hormat-perkasa-usia-bina-hubungan-kerjasama-bangunkan-umat-islam-di-sabah/", "headline": "Kunjungan hormat Perkasa-USIA bina hubungan kerjasama bangunkan umat Islam di Sabah", "content": ["Sapawi bersama Madsah (empat dari kanan) dan Timbalan, Marlina Majid (lima dari kiri) di pejabat USIA.", "KOTA KINABALU: Kunjungan hormat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Sabah ke atas Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada Khamis dijangka bakal membina jambatan kerjasama di antara kedua pertubuhan itu dalam konteks pembangunan umat Islam di negeri tersebut.", "Menurut Yang Dipertua Perkasa, Madsah Awang Aman berkata, kunjungan yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk menyampaikan visi Perkasa kepada USIA.", "“Tujuan kunjungan ini adalah untuk berkenalan sesama pimpinan dan juga ingin memperkenalkan apa itu Perkasa kepada pimpinan USIA.", "“Untuk makluman Perkasa Sabah telah dilancarkan pada Tahun 2010 dan dirasmikan pelancarannya oleh Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Mohd. Said mantan Ketua Menteri Sabah.", "“Keahlian Perkasa di seluruh Sabah sudah melebihi 30,000 orang Ahli dan Sandakan merupakan daerah yang mempunyai ahli Perkasa yang teramai di Sabah,” ujar Madsah dalam satu kenyataan media kelmarin.", "Pada masa sama, Madsah turut menambah pihaknya mengalu-alukan sebarang bentuk pembinaan hubungan kerjasama di antara pertubuhan tersebut dengan badan bukan kerajaan yang lain dalam usaha membangunkan dan mempertahankan kepentingan umat Islam di negeri itu.", "“Perkasa Sabah mencari rakan  seperjuangan strategik untuk sama-sama membangunkan dan mempertahankan kepentingan umat Islam di Sabah.", "“Perjuangan Perkasa mempertahankan kepentingan Islam, Melayu dan bumiputera selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukanlah bersifat perkauman semata-mata seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. ", "“Perkasa juga bersedia berjumpa dengan mana-mana badan bukan kerajaan bagi menyusun strategi secara bersama untuk membantu umat Islam yang majoritinya miskin selain bagi menyuarakan isu-isu berkenaan umat Islam secara teliti, cermat serta berhemah,” tambah Madsah."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/19/kucing-diselamatkan-dari-runtuhan-di-turkiye-enggan-berpisah/", "headline": "Kucing diselamatkan dari runtuhan di Turkiye, enggan berpisah", "content": ["ANKARA: Seekor kucing comel yang berjaya diselamatkan dari bawah runtuhan bangunan di Turkiye, dilaporkan enggan berpisah dengan anggota bomba yang menyelamatkannya.", "Menurut Utusan Malaysia, portal Fox5 melaporkan, haiwan peliharaan itu diselamatkan oleh pasukan anggota bomba Mardin ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di bandar Gaziantep.", "Fox5", "Malah, kucing itu enggan meninggalkan anggota bomba, Ali Cakas yang menyelamatkannya.", "Menurut Cakas, dia menamakan kucing itu sebagai `Enkaz’ yang bermaksud runtuhan dalam bahasa Turki.", "Katanya, dia memberi nama demikian sempena kejadian dua gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud menggegarkan beberapa kawasan di Turkiye dan Syria pada awal bulan ini.", "“Sekiranya, kami tidak dapat mencari pemilik kucing ini maka saya mahu membawa bersama saya,” katanya.", "Dilaporkan, kucing itu diselamatkan selepas 129 jam gempa bumi menggegarkan bandar Gaziantep.", "Kucing diselamatkan dari runtuhan di Turkiye, enggan berpisah"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/20/kes-hfmd-lepasi-paras-amaran-kebangsaan/", "headline": "Kes HFMD lepasi paras amaran kebangsaan", "content": ["Ibu bapa diminta tidak menghantar anak yang bergejala ke sekolah bagi mengelak penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).", "PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu bagi minggu ke-19 yang lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, jumlah kes itu dikesan bagi tempoh 7 hingga 13 Mei lalu.", "Beliau berkata, seminggu sebelum itu, kes HFMD turut dikesan melepasi paras purata kebangsaan iaitu 722 kes iaitu pada 30 April hingga 6 Mei lalu.", "“Bagaimanapun, setakat 13 Mei lalu, hanya 9,822 kes HFMD dilaporkan iaitu menurun berbanding 31,622 kes bagi tempoh sama tahun lalu.", "“Data menunjukkan Selangor menyumbang kes tertinggi iaitu 2,443 kes atau 24.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes diikuti Sabah (1,505 kes), Kuala Lumpur/Putrajaya (977 kes), Johor (915 kes), Sarawak 750 kes dan negeri-negeri lain sekitar 700 kes,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.", "Katanya, setakat 13 Mei lalu, tiada kes HFMD yang dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes kematiqn HFMD dilaporkan.", "Muhammad Radzi berkata, sejumlah 273 kluster HFMD dilaporkan setakat 13 Mei lalu dimana 170 kluster (62.3 peratus) dilaporkan berlaku di taska, tabika, tadika, pra-sekolah dan pusat jagaan harian.", "Menurutnya, baki 101 kluster (37 peratus) berlaku di rumah persendirian dan dua kluster (0.7 peratus) berlaku di sekolah.", "“Institusi tempat perhimpunan kanak-kanak adalah antara tempat yang dilihat sering berlaku penularan HFMD sehingga kadang kala boleh berlaku kluster HFMD.", "“Kluster itu tercetus apabila kebersihan persekitaran tidak dijaga dan kanak-kanak dijangkiti hadir ke institusi,” katanya.", "Katanya, beliau turut menasihati orang ramai agar mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengawal dan menangani peningkatan kes HFMD ini terutama ibu bapa, pengusaha taska dan pengusaha taman permainan ‘indoor’.", "Kes HFMD lepasi paras amaran kebangsaan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/15/pakej-insurans-rahmah-bakal-diperkenalkan/", "headline": "Pakej insurans Rahmah bakal diperkenalkan", "content": ["Salahuddin Ayub", "KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan pakej insurans Rahmah untuk golongan B40 dan miskin tgear pada hujung bulan ini sebagai usaha membantu golongan tersebut mendapatkan penjagaan kesihatan yang sepatutnya.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, inisiatif tersebut akan berada di bawah payung Rahmah di bawah usaha Kerajaan Perpaduan membantu rakyat.", "Menurut beliau, inisiatif tersebut dapat dijayakan melalui penglibatan pihak-pihak swasta yang turut sama ingin membantu rakyat dalam mendapatkan penjagaan perkhidmatan yang sewajarnya.", "“Insurans akan diwujudkan melalui pakej Rahmah, ini semua kita sudah lakukan dengan penuh teliti kerana ada ada pihak yang mempertikaikan adakah program ini boleh kekal atau tidak. Kekuatan kepada inisiatif ini didukung oleh pemain-pemain industri.", "“Mereka sanggup untuk membantu walaupun falsafah dalam bentuk ekonomi boleh dibahaskan dengan lebih lanjut dengan rakan saya Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Kementerian Kewangan,” katanya semasa sesi dialog sesi memperkaskan ekonomi rakyat di Dewan Merdeka.", "Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai itu berkata, ketika ini golongan B40 dan miskin tegar mencampai sebanyak 126,000 di dalam negara, kumpulan tersebut amat memerlukan inisiatif-inisiatif Rahmah.", "“Inisiatif yang sudah masuk bulan keenam, sedikit sebanyak membantu dan kesan langsung boleh dilihat melalui statistik diberikan iaitu inflasi harga makanan di luar menurun daripada 9.6 peratus kepada 9.3 peratus.", "“Ia pertama kali berlaku sejak Ogos 2021, saya menyusun sepuluh jari. Usaha ini kecil dan kerdil tetapi dengan upaya yang ada kita cuba membantu rakyat dengan pakej-pakej kita tampilkan,” katanya. ", "KONVENSYEN NASIONAL: Pakej insurans Rahmah bakal diperkenalkan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/09/polis-tahan-pemandu-lori-bertengkar-guna-parang/", "headline": "Polis tahan pemandu lori bertengkar guna parang", "content": ["Tangkap layar video suspek memegang parang sambil ditenangkan oleh orang ramai dalam kejadian di sebuah stesen minyak R&R Gurun arah selatan di Sungai Petani.", "SUNGAI PETANI: Seorang pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan yang berlaku di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun arah selatan, pada Khamis lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di rumahnya di Bandar Utama, di sini malam tadi.", "“Semalam tular video rakaman kejadian pergaduhan membabitkan dua lelaki di media sosial dipercayai berpunca daripada perselisihan faham kerana membunyikan hon kenderaan. Video berdurasi 31 saat itu ditularkan oleh seorang pemilik akaun Facebook.", "“Selepas melihat video berkenaan, Ketua Polis Balai Gurun, Inspektor Mohd. Sofian Abd. Aziz mengarahkan sepasukan anggota Task Force Balai Gurun ke lokasi kejadian dan hasil temubual dengan pengurus stesen minyak itu mendapati kejadian berlaku pada 7.40 malam, 1 Julai lalu.", "“Satu laporan polis kemudiannya dibuat oleh Ketua Polis Balai Gurun dan siasatan lanjut kemudiannya berjaya menahan pemandu lori itu di rumahnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.", "Zaidy berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dengan seorang pemandu pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang bermula di Hentian Kobah, Pendang kerana membunyikan hon kenderaan.", "“Dalam keterangannya suspek mendakwa terpaksa mengeluarkan sebilah parang yang disimpan dalam kenderaannya selepas mendakwa diugut pemandu Ford Ranger berkenaan. Bagaimanapun kejadian itu hanya melibatkan pertengkaran sahaja dan berjaya dileraikan oleh orang ramai,” katanya.", "Kata beliau, suspek tampil membuat laporan kejadian di Balai Polis Gurun pada pukul 5.14 petang, semalam sebelum ditahan di rumahnya dan kini direman tiga hari hingga 11 Julai untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 61 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKLSB) 1958.", "“Kita juga sedang mengesan pemandu Ford Ranger dan pemilik akaun Facebook itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyiarkan kandungan jelik, palsu dan mengancam,” katanya.", "Orang ramai dan saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian juga diminta menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Sobri Salamat di talian 014-6727927 untuk membantu siasatan. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/polis-tahan-pemandu-lori-bertengkar-guna-parang/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/polis-tahan-pemandu-lori-bertengkar-guna-parang/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/18/ciptaan-lagu-guna-ai-tidak-layak-raih-anugerah-grammy/", "headline": "Ciptaan lagu guna AI tidak layak raih Anugerah Grammy ", "content": ["WASHINGTON: Penganjur Anugerah Grammy, Recording Academy menetapkan peraturan baharu bahawa sebarang penghasilan lagu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak layak meraih anugerah berprestij itu.", "Peraturan baharu itu diperkenalkan ketika badan menyampaikan anugerah muzik paling terkenal dunia, berusaha mengekang penggunaan teknologi AI dalam industri hiburan.", "Menurut Utusan Malaysia, peraturan akademi yang dikemas kini itu melarang lagu yang dihasilkan sepenuhnya menggunakan teknologi AI.", "Bagaimanapun, berdasarkan peraturan itu, beberapa lagu dihasilkan artis dengan bantuan AI mungkin layak disenaraikan dalam kategori tertentu.  ", "“Sebarang karya yang tidak mengandungi kerja pencipta lagu tidak layak disenaraikan dalam mana-mana kategori,” jelas peraturan itu.", "Pencipta lagu kini perlu menyumbang sekurang-kurangnya 20 peratus tenaganya dalam penghasilan album bagi membolehkan mereka dicalonkan.", "Sebelum ini, mana-mana penerbit, penulis lagu, artis pilihan dalam album boleh mendapat pencalonan untuk kategori album terbaik walaupun hanya memberi input yang kecil.", "Acara Anugerah Grammy mula diadakan pada tahun 1959 bagi menghargai sumbangan pencipta lagu dalam industri.", "Pada November tahun lalu, OpenAI melancarkan ChatGPT, aplikasi perisian AI yang mempunyai keupayaan untuk menjana teks seperti manusia berdasarkan input mudah.", "Teknologi program itu berpotensi untuk merevolusikan cara individu berinteraksi dengan komputer dan sudah mula disepadukan ke dalam pelbagai industri.", "Orang ramai menyuarakan kebimbangan keupayaan dan kecanggihan teknologi AI yang semakin pantas boleh menggantikan peranan manusia. ", "Ciptaan lagu guna AI tidak layak raih Anugerah Grammy "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/09/reese-tan-selesai-jalani-suntikan-genetik-bernilai-rm9-juta/", "headline": "Reese Tan selesai jalani suntikan genetik bernilai RM9 juta", "content": ["Reese Tan Rui Xin kelihatan ceria selepas menerima rawatan ubat genetik bernilai lebih RM9 juta di PPUM, Kuala Lumpur semalam.", "BUKIT MERTAJAM: Kanak-kanak penghidap penyakit genetik Atrofi Otot Spina (SMA), Reese Tan Rui Xin yang sebelum ini merayu dana sebanyak RM9 juta selamat menerima suntikan Zolgensma di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur semalam.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, kesihatan kanak-kanak perempuan yang kini berusia 19 bulan itu ketika ini juga dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan memuaskan.", "Terdahulu katanya, ubat genetik bernilai RM9,129,625 disebabkan kadar pertukaran wang asing berbeza itu tiba di negara ini dari Amerika Syarikat (AS) minggu lalu.", "“Sebelum ini (semalam), Reese Tan telah dimasukkan ke wad untuk menjalani beberapa ujian saringan sebelum diberikan suntikan tersebut.", "“Prosedur suntikan ini memakan masa lebih kurang satu jam dan reaksi kanak-kanak ini semasa menerima suntikan juga adalah baik dan normal,” katanya yang turut berpeluang menyaksikan detik bersejarah itu di PPUM.", "Tambah beliau, ibu bapa kepada kanak-kanak itu juga kelihatan teruja kerana proses tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah.", "Kisah Reese Tan sebelum ini tular di media sosial selepas satu kempen mengumpul dana sebanyak RM9 juta dilancarkan sejak 13 Disember tahun lepas bagi membolehkannya menjalani rawatan pemulihan.", "Kempen tersebut bagaimanapun mendapat sambutan luar biasa apabila lebih RM7 juta berjaya dikumpul dan tempoh yang singkat dan selesai dalam masa kurang lapan hari.", "Bagaimanapun, disebabkan kos ubat genetik itu melebihi RM9 juta, One Hope Charity and Welfare terpaksa menggunakan dana sebanyak RM139,625 daripada tabung perubatan kecemasan mereka terlebih dahulu bagi memastikan Reese Tan dapat menerima rawatan Zolgensma itu mengikut masa yang ditetapkan. ", "Reese Tan selesai jalani suntikan genetik bernilai RM9 juta"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/18/wea-event-calls-for-gender-inclusive-digital-innovation-eco-systems/", "headline": "WEA event calls for gender-inclusive digital innovation eco-systems", "content": ["The Women’s Entrepreneurship Accelerator (WEA) is a multi-stakeholder partnership on women’s entrepreneurship established during UNGA 74. It convenes six UN agencies, International Labour Organization (ILO), International Trade Centre (ITC), International Telecommunication Union (ITU), United Nations Development Programme (UNDP), UN Global Compact (UNGC), UN Women and Mary Kay Inc. to empower 5 million women entrepreneurs by 2030. (Credit: WEA)", "High-level multi-stakeholder event on unlocking the potential of women entrepreneurs to innovate in the digital economy as prelude to the announcement of the top three winners of the WEA Digital Innovation Challenge", "High-level multi-stakeholder event on unlocking the potential of women entrepreneurs to innovate in the digital economy as prelude to the announcement of the top three winners of the WEA Digital Innovation Challenge", "High-level multi-stakeholder event on unlocking the potential of women entrepreneurs to innovate in the digital economy as prelude to the announcement of the top three winners of the WEA Digital Innovation Challenge", "Commission on the Status of Women", "Women’s Entrepreneurship Accelerator", "Senior representatives of WEA partner agencies, representatives from the private sector, and civil society discussed ways to build a more gender-responsive eco-system for women entrepreneurs so they can participate and compete in the digital economy.", "Speakers identified WEA as a critical multi-stakeholder solution to address the bottlenecks to women entrepreneurship.", "Addressing the role of innovation and technology from a gender lens for the first time since its inception, the set of agreed conclusions adopted by Member States at CSW67 provide best practice guidance for stakeholders, including governments, the private sector and civil society.", "best practice guidance", "This guidance aims to promote the full and equal participation and leadership of women and girls in the design and rollout of digital technologies and innovation processes.Panelists focused on:", "the critical importance of women’s entrepreneurship as a key driver of innovation in addressing societal challenges, and;the contribution women entrepreneurs make to economic growth and poverty reduction.", "the critical importance of women’s entrepreneurship as a key driver of innovation in addressing societal challenges, and;", "women’s entrepreneurship as a key driver of innovation", "the contribution women entrepreneurs make to economic growth and poverty reduction.", "contribution women entrepreneurs make to", "economic growth and poverty reduction", "The barriers faced by women entrepreneurs in growing their business and getting their products and services to market were also highlighted which include:", "barriers faced by women entrepreneurs", "a lack of access to capital, unequal social norms, lack of connectivity, and time and skills constraints, all of which hamper their ability to compete in the digital marketplace.", "a lack of access to capital, unequal social norms, lack of connectivity, and time and skills constraints, all of which hamper their ability to compete in the digital marketplace.", "lack of access to capital, unequal social norms, lack of connectivity, and time and skills constraints", "to announce the winners of WEA’s Digital Innovation Challenge.", "WEA Digital Innovation Challenge", "250 submissions from companies in 54 countries", "Innovation and Entrepreneurship Alliance for Digital", "Dan Seymour, Strategic Partnerships Director, UN Women;Deborah Gibbins, Chief Operating Officer, Mary Kay Inc.;Harry O’Mealia, CEO and President, 1919 Investment Counsel;Julia Pimsleur, Founder, Million Dollar Women Network;Selin Oz, SME Banking Entrepreneurship Banking, Senior Manager, Garanti BBVA;Tess Mateo, Sustainability ESG Impact Investor, US W20 Delegate to G20;Ursula Wynhoven, Representative to the United Nations in New York, International Telecommunication Union.", "Dan Seymour, Strategic Partnerships Director, UN Women;", "Dan Seymour", "Deborah Gibbins, Chief Operating Officer, Mary Kay Inc.;", "Deborah Gibbins,", "Harry O’Mealia, CEO and President, 1919 Investment Counsel;", "Harry O’Mealia,", "Julia Pimsleur, Founder, Million Dollar Women Network;", "Julia Pimsleur,", "Selin Oz, SME Banking Entrepreneurship Banking, Senior Manager, Garanti BBVA;", "Selin Oz,", "Tess Mateo, Sustainability ESG Impact Investor, US W20 Delegate to G20;", "Tess Mateo", "Ursula Wynhoven, Representative to the United Nations in New York, International Telecommunication Union.", "Ursula Wynhoven,", "“Digital Innovation Challenge Acceleration Program” ", "Global Innovation Forum", "Special Mention awards", "1919 Investment Counsel", "Tiny Totos", "Health Innovation Exchange", "Gwiji for Women Gig Workers", "Welcome:Dr. Cindy Pace, VP, Global Chief Diversity, Equity and Inclusion Officer, MetLifeOpening Remarks:Anita Bhatia, UN Assistant Secretary-General and Deputy Executive Director UN Coordination, Partnerships, Resources and Sustainability, UN WomenUlrika Modéer, UN Assistant Secretary-General and Director of the Bureau of External Relations and Advocacy, UNDPIntroductory Remarks:Deborah Gibbins, Chief Operating Officer, Mary Kay Inc.Keynote Speaker:Virginia Littlejohn, Co-Head of the Women20 (W20) US Delegation to the G20 countries; Global Coordinator, W20’s Women Entrepreneurs Act Initiative (WE Act); Advisor, Women7 (W7) for the G7 Countries, and Co-Coordinating Team for Women’s Empowerment, Meaningful Participation, and Leadership; Forbes Women 50 over 50 (Investment)Discussant:Sonia Jorge, Founder and Executive Director, Global Digital Inclusion Partnership (GDIP)Closing Remarks:Dr. Cosmas Luckyson Zavazava, Director Telecommunication Development Bureau, ITU", "Welcome:Dr. Cindy Pace, VP, Global Chief Diversity, Equity and Inclusion Officer, MetLife", "Welcome:", "Dr. Cindy Pace, VP, Global Chief Diversity, Equity and Inclusion Officer, MetLife", "Dr. Cindy Pace, VP, Global Chief Diversity, Equity and Inclusion Officer, MetLife", "Dr. Cindy Pace", "Opening Remarks:Anita Bhatia, UN Assistant Secretary-General and Deputy Executive Director UN Coordination, Partnerships, Resources and Sustainability, UN WomenUlrika Modéer, UN Assistant Secretary-General and Director of the Bureau of External Relations and Advocacy, UNDP", "Opening Remarks:", "Anita Bhatia, UN Assistant Secretary-General and Deputy Executive Director UN Coordination, Partnerships, Resources and Sustainability, UN WomenUlrika Modéer, UN Assistant Secretary-General and Director of the Bureau of External Relations and Advocacy, UNDP", "Anita Bhatia, UN Assistant Secretary-General and Deputy Executive Director UN Coordination, Partnerships, Resources and Sustainability, UN Women", "Anita Bhatia", "Ulrika Modéer, UN Assistant Secretary-General and Director of the Bureau of External Relations and Advocacy, UNDP", "Ulrika Modéer", "Introductory Remarks:Deborah Gibbins, Chief Operating Officer, Mary Kay Inc.", "Introductory Remarks:", "Deborah Gibbins, Chief Operating Officer, Mary Kay Inc.", "Deborah Gibbins, Chief Operating Officer, Mary Kay Inc.", "Deborah Gibbins", "Keynote Speaker:Virginia Littlejohn, Co-Head of the Women20 (W20) US Delegation to the G20 countries; Global Coordinator, W20’s Women Entrepreneurs Act Initiative (WE Act); Advisor, Women7 (W7) for the G7 Countries, and Co-Coordinating Team for Women’s Empowerment, Meaningful Participation, and Leadership; Forbes Women 50 over 50 (Investment)", "Keynote Speaker:", "Virginia Littlejohn, Co-Head of the Women20 (W20) US Delegation to the G20 countries; Global Coordinator, W20’s Women Entrepreneurs Act Initiative (WE Act); Advisor, Women7 (W7) for the G7 Countries, and Co-Coordinating Team for Women’s Empowerment, Meaningful Participation, and Leadership; Forbes Women 50 over 50 (Investment)", "Virginia Littlejohn, Co-Head of the Women20 (W20) US Delegation to the G20 countries; Global Coordinator, W20’s Women Entrepreneurs Act Initiative (WE Act); Advisor, Women7 (W7) for the G7 Countries, and Co-Coordinating Team for Women’s Empowerment, Meaningful Participation, and Leadership; Forbes Women 50 over 50 (Investment)", "Virginia Littlejohn", "Discussant:Sonia Jorge, Founder and Executive Director, Global Digital Inclusion Partnership (GDIP)", "Discussant:", "Sonia Jorge, Founder and Executive Director, Global Digital Inclusion Partnership (GDIP)", "Sonia Jorge, Founder and Executive Director, Global Digital Inclusion Partnership (GDIP)", "Sonia Jorge", "Closing Remarks:Dr. Cosmas Luckyson Zavazava, Director Telecommunication Development Bureau, ITU", "Closing Remarks:", "Dr. Cosmas Luckyson Zavazava, Director Telecommunication Development Bureau, ITU", "Dr. Cosmas Luckyson Zavazava, Director Telecommunication Development Bureau, ITU", "Dr. Cosmas Luckyson Zavazava", "Dr. Cindy Pace, VP, Global Chief Diversity, Equity and Inclusion Officer, MetLife", "Anita Bhatia, UN Assistant Secretary-General and Deputy Executive Director UN Coordination, Partnerships, Resources and Sustainability, UN Women", "Ulrika Modéer, UN Assistant Secretary-General and Director of the Bureau of External Relations and Advocacy, UNDP", "Deborah Gibbins, Chief Operating Officer, Mary Kay Inc", "Virginia Littlejohn, Co-Head of the Women20 (W20) US Delegation to the G20 countries; Global Coordinator, W20’s Women Entrepreneurs Act Initiative (WE Act); Advisor, Women7 (W7) for the G7 Countries, and Co-Coordinating Team for Women’s Empowerment, Meaningful Participation, and Leadership; Forbes Women 50 over 50 (Investment)", "Sonia Jorge, Founder and Executive Director, Strategy and Partnerships, Global Digital Inclusion Partnership", "Dr. Cosmas Luckyson Zavazava, Director of the Telecommunication Development Bureau at ITU", "here", "here", "About the Women’s Entrepreneurship Accelerator", "we-accelerate", "Source : Women’s Entrepreneurship Accelerator", "Source : Women’s Entrepreneurship Accelerator"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/21/500-warga-meriahkan-hari-keluarga-kkd/", "headline": "500 warga meriahkan Hari Keluarga KKD", "content": ["Warga KKD mengabadikan gambar kenangan semasa Hari Keluarga KKD yang diadakan itu. ", "KOTA KINABALU: Seramai 500 warga Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama keluarga hadir memeriahkan Hari Keluarga KKD Sabah.", "Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor berkata, program yang julung kali diadakan itu menghimpunkan tujuh agensi di bawah KKD iaitu Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Telekom Malaysia Berhad (TM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Pos Malaysia.", "“Pada hari ini, kita membuka langkah pertama dalam melaksanakan program ini yang berkonsepkan sosial, kebajikan dan kekeluargaan dalam kalangan warga KKD di Sabah.", "“Kita berharap program ini akan diteruskan di tahun-tahun berikutnya yang bertujuan untuk mengeratkan lagi kasih sayang, silaturahim, kekeluargaan yang sememangnya sudah terjalin.", "“Kita percaya apa-apa juga kejayaan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak bersama-sama menjayakannya. ", "“Oleh itu, terbuktinya dengan kerjasama daripada semua pihak, kita berjaya melaksanakan Hari Keluarga KKD dan berharap kakitangan KKD akan terus bekerjasama, saling memenuhi sesama kita bagi mencapai kejayaan yang lebih menyeluruh untuk semua,” katanya semasa merasmikan Hari Keluarga KKD 2023 di sini, pada Sabtu.  ", "Dalam pada itu, Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Berhad Negeri Sabah Datuk Mohd Sainal Mohd Amin turut berpendapat, program berkenaan berjaya menggabungkan ketujuh-tujuh agensi dan memberikan satu sentuhan kepada hampir semua kakitangan yang hadir.", "“Impak yang dapat kita lihat hasil daripada program pada hari ini adalah apabila wujud kerjasama di antara warga KKD pada  program-program rasmi atau tidak rasmi pada masa akan datang.", "“Yang paling penting acara hari ini merupakan salah satu lagi platform sosial yang kita reka untuk merapatkan hubungan silaturahim, hubungan kerjasama di antara agensi-agensi yang terdapat di Sabah di bawah KKD,” ujarnya.", "Turut hadir menjayakan program tersebut ialah Ketua Unit Kreatif FINAS Cawangan Sabah Drusella Brigit Anak Rijeng, Pengarah MCMC Sabah Izani Othman dan Ketua Biro BERNAMA Sabah, Fadzli Ramli."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/25/beri-lebih-banyak-peruntukan-penyelenggaraan-bangunan-sekolah-klinik-kepada-sabah/", "headline": "Beri lebih banyak peruntukan penyelenggaraan bangunan sekolah, klinik kepada Sabah", "content": ["Shahelmey Yahya", "KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan digesa agar memberikan lebih banyak peruntukan untuk penyelenggaraan bangunan-bangunan sekolah dan klinik kesihatan di Sabah dan berdasarkan keadaan yang mendesak, memandangkan saiz keluasan Sabah yang besar.", "Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey yang membuat gesaan ini juga memohon perhatian Menteri Pendidikan untuk membantu mempercepatkan urusan pembinaan semula SMK Pulau Gaya dan SK Pulau Gaya yang rosak teruk akibat bencana angin kencang pada November 2022 lalu. Kedua-dua buah sekolah tersebut adalah terletak dalam Parlimen Putatan.", "Selain itu, beliau turut mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mula mempertimbangkan pembinaan SMK Lok Kawi kerana dengan adanya SMK Lok Kawi kelak ianya akan dapat membantu mengatasi masalah kesesakan pelajar di sekitar Putatan.", "“Pada masa sekarang, terdapat tiga buah sekolah menengah di daerah Putatan. Dua daripada tiga sekolah menengah tersebut mempunyai jumlah pelajar mencecah 2,000 orang dan setiap sekolah terpaksa mengadakan dua sesi persekolahan,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah pada sesi perbahasan Dasar Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, kelmarin.   ", "Shahelmey juga meminta KPM mempertimbangkan untuk menaik taraf Pusat Tingkatan Enam SMK Putatan kepada Kolej Pra Universiti KPM Kampus Putatan, agar keperluan masa depan yang kian bertambah akan dapat dipenuhi.", "Beliau turut membangkitkan isu perumahan, di mana beliau memohon agar Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Persekutuan menyediakan peruntukan secukupnya bagi tujuan penyelenggaraan fasiliti awam bukan sahaja di dua buah Program Perumahan Rakyat (PPR) Putatan tetapi juga di PPR ynag lain. ", "“Dalam Parlimen Putatan, ada terdapat dua buah PPR, iaitu PPR Keramat dan PPR Serigai. Kewujudan dua buah PPR ini banyak membantu dalam isu perumahan bagi golongan B40. Namun demikian, keadaan kemudahan awam/penduduk adalah dalam keadaan yang kurang memuaskan terutamanya khidmat mesin pengangkat/lif. ", "“Mengikut tinjauan saya, banyak lif yang rosak serta tidak berfungsi dan juga kebocoran paip serta lantai yang mendedahkan bahaya kepada penghuni. Adalah dipohon agar Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi tujuan penyelenggaraan fasiliti awam bukan saja di dua buah PPR dalam Parlimen Putatan tetapi juga di PPR yang lain,” ujarnya.", "Beliau turut menggesa KPKT agar melihat kepada keperluan tempat tinggal yang mendesak khususnya di kawasan seperti Putatan yang bersebelahan dengan Bandaraya Kota Kinabalu. ", "“Parlimen Putatan adalah terletak bersebelahan dengan Bandaraya Kota Kinabalu. Keperluan perumahan juga saban tahun semakin meningkat. Melihat kepada peningkatan kos pembelian rumah yang semakin meningkat naik dan keberadaan tanah yang semakin terhad, saya agak risau tentang cabaran kemiskinan bandar terutama tentang isu pemilikan rumah atau adanya tempat tinggal. ", "“Dengan keadaan sekarang, dapat dilihat di rumah-rumah yang kecil dan usang didiami oleh ahli-ahli keluarga yang ramai kadangkala ada terdapat dalam sebuah rumah yang usang, tiga generasi tinggal di dalam sebuah rumah usang tersebut. Sekiranya usaha menyediakan tempat tinggal untuk mereka tidak diusahakan dari sekarang, kita mungkin berdepan dengan isu-isu setinggan haram dan berisiko kepada situasi ketidak mampuan memiliki rumah yang kekal bagi golongan berpendapatan rendah.", "“Maka saya menggesa KPKT untuk melihat perkara ini khususnya di kawasan seperti Putatan atau mana-mana kawasan yang terletak di pinggir bandar. Gesaan ini adalah berdasarkan senario semasa yang mana di Parlimen Putatan ada dua buah PPR yang sudah penuh diisi. Saya selaku Wakil Rakyat sentiasa menerima permohonan baru daripada rakyat yang sentiasa memerlukan rumah-rumah PPR.”", "Katanya, daerah Putatan yang telahpun wujud sejak lebih daripada 10 tahun yang lalu dengan populasi terkini seramai lebih daripada 85,000 orang memerlukan sebuah bangunan balai polis baharu diwujudkan. ", "Jelasnya, buat masa ini memang ada terdapat sebuah balai polis di daerah Putatan yang merupakan sebuah rumah yang disewa sejak tahun 2009, namun bagi memberi perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat yang lebih lengkap maka dicadangkan, sementara menanti sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) diwujudkan, agar sebuah bangunan balai polis yang standard dibina di Putatan. ", "Tapak cadangan juga sudah dikenal pasti, tambahnya, sambil memohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil perhatian terhadap cadangan ini.", "“Selain daripada balai polis Putatan, saya juga meminta KDN melihat isu Balai Polis Pulau Gaya yang sekarang dibina di atas tanah SMK Pulau Gaya. Mungkin disebabkan oleh adanya Balai Polis Gaya pada masa sekarang yang mungkin melewatkan sedikit progress pembinaan SMK Pulau Gaya. Dipohon kepada KDN untuk melihat perkara ini bersama juga dengan Kerajaan Negeri dan juga KPM.", "progress", "“Di samping itu, saya juga menyampaikan hasrat daripada anggota Balai Polis Pulau Gaya, untuk meminta KDN melihat keperluan menyediakan bot untuk kegunaan di Balai Polis di Pulau Gaya,” katanya lagi.", "Shahelmey yang juga ADUN Tanjung Keramat juga menyampaikan permohonan dari Persatuan Jurutera Perunding Malaysia cawangan Sabah (ACEM Sabah) berkaitan kajian semula skala yuran khidmat perunding atau BEM scale of fees. ", "BEM scale of fees", "Kali terakhir ianya dikaji semula adalah pada tahun 2003, katanya, sambil mencadangkan, selari dengan perubahan masa dan keadaan ekonomi, agar Kerajaan mengkaji semula skala yuran tersebut bagi memberi keadaan yang lebih baik kepada jurutera-jurutera perunding."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/11/41701-calon-stpm-ketahui-keputusan-khamis-ini/", "headline": "41,701 calon STPM ketahui keputusan Khamis ini", "content": ["Calon STPM 2022 bakal mengetahui keputusan pada 13 Julai 2023. – Gambar hiasan", "PUTRAJAYA: Sebanyak 41,701 calon menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 bakal mengetahui keputusan pada Khamis ini (13 Julai 2023).", "Menurut Utusan Malaysia, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan atau swasta boleh memperoleh keputusan dari sekolah masing-masing mulai pukul 11:30 pagi.", "Menurutnya, jumlah calon berkenaan menduduki peperiksaan di 659 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan sebanyak 5,668 petugas peperiksaan dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.", "“Calon juga boleh memperoleh keputusan secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan  pada tarikh dan waktu yang sama.", "“(Kaedah lain) ialah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan dengan menaip STPMNo.K/PAngka Giliran dan hantar ke 15888,” katanya hari ini.", "MPM berkata, sistem tersebut akan diaktifkan mulai pukul 11:00 pagi Khamis ini sehingga pukul 12:00 tengah hari pada Ahad, 23 Julai 2023.", "“MPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon STPM Tahun 2022,” katanya. ", "41,701 calon STPM ketahui keputusan Khamis ini"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/27/wanita-maut-dipukul-teman-lelaki-punca-kematian-akibat-kecederaan-di-kepala/", "headline": "Wanita maut dipukul teman lelaki: Punca kematian akibat kecederaan di kepala", "content": ["IPOH: Polis mengesahkan punca kematian wanita yang maut dipukul teman lelaki di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon Ahad, kerana kecederaan akibat trauma tumpul.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, punca kematian itu diperoleh hasil proses bedah siasat ke atas mayat wanita berusia 24 tahun itu yang selesai dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).", "“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan kepala dan intra abdomen akibat trauma tumpul.", "“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.", "Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki berusia 23 tahun yang merupakan teman lelaki mangsa ditahan bersama tiga yang lain termasuk ibu suspek bagi membantu siasatan.", "Dalam kejadian yang dilaporkan kepada polis pada pukul 4.34 pagi itu, mangsa dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa di atas katil.", "Berdasarkan siasatan awal, suspek yang tinggal bersama mangsa dan bayi lelaki berusia lapan bulan, mengaku memukul wanita tersebut menggunakan batang penyapu.", "Tangkapan terhadap suspek membawa kepada rampasan empat unit telefon bimbit dan batang penyapu yang dijadikan senjata untuk memukul mangsa. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/wanita-maut-dipukul-teman-lelaki-punca-kematian-akibat-kecederaan-di-kepala/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/wanita-maut-dipukul-teman-lelaki-punca-kematian-akibat-kecederaan-di-kepala/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/19/rm1-78-bilion-keuntungan-himpun-4-superstar-tinju/", "headline": "RM1.78 bilion keuntungan himpun 4 ‘superstar’ tinju", "content": ["Promoter tinju cuba merealisasikan pertarungan empat petinju hebat, Tyson Fury, Oleksandr Usyk, Anthony Joshua dan Deontay Wilder pada malam yang sama.", "LONDON: Promoter tinju, ­Eddie Hearn mengesahkan rundi­ngan sudah dijalankan bagi mengatur pertarungan tinju heavyweightmelibatkan empat bintang ­dunia yang akan berlangsung di Arab Saudi.", "heavyweight", "Menurut Utusan Malaysia, penganjur berusaha membawakan empat nama besar Tyson Fury (Britain), Oleksandr Usyk (Ukraine), Anthony Joshua (Britain) dan Deontay Wilder (Amerika Syarikat) untuk bertempur pada malam yang sama.", "“Rundingan telah dijalankan, di mana ramai mahu melihat Fury menentang Usyk dan AJ (Joshua) bertemu Wilder pada malam yang sama.", "“Ia akan menelan belanja besar tetapi itu tetap menjadi pilihan kami, dan kami akan meneruskan rundingan.", "“Fokus kami adalah mendapatkan pertarungan mega itu pada Disember.", "“Belum ada keputusan rasmi sama ada AJ mahukan pertarungan pada Julai, namun kemungkinan besar ketika ini, ia berlangsung Disember.", "“Saya sangat ingin melihat dia berlawan. Saya rasa dia ­ingin bertarung pada Julai tetapi sekarang, kami tidak akan bertemu lawan yang mahu beraksi pada Julai,” kata Hearn.", "Pertarungan mega itu dijangka memberi keuntungan AS$325 juta (RM1.78 bilion).", "Sementara itu, Jurulatih Wilder, Malik Scott turut mengesahkan berita itu dan berkata, pertarungan besar akan berlaku.", "“Saya boleh katakan spekulasi itu benar, rundingan sedang berjalan dan pertaru­ngan besar akan berlaku.", "“Bukan hanya melibatkan kami, malah ramai petinju terbaik heavyweight,” katanya.", "heavyweight,", "Wilder, 37, tidak bertarung sejak Oktober apabila dia me­numbangkan Robert Helenius dalam pusingan pertama sejak membuat kemunculan semula.", "Joshua, 33, pula menewaskan Jermaine Franklin pada awal April, manakala pertembungan yang ditunggu-tunggu dalam kelas berat antara Usyk dan Fury tidak menjadi kenyataan walaupun perbincangan telah dilakukan beberapa kali sebelum ini.", "Bagaimanapun, Fury menerusi laman Instagram­nya menafikan dakwaan ada ­perancangan untuk menganjurkan kejohanan yang membabitkan empat pe­tinju itu.", "“Saya boleh mengesahkan bahawa khabar angin ini adalah sama sekali mengarut!,” ­katanya.", "Penafian Raja Gypsy itu mencetus reaksi kurang senang daripada kem Usyk, dan promoternya, Alex Krassyuk berkata, petinju Ukraine itu sekali lagi telah ‘melondehkan’ seluarnya.", "Sementara itu, pengulas sukan, Simon ­Jordan berkata, pertarungan Joshua seterusnya boleh menjadi petunjuk sama persaingan empat petinju itu akan berlaku.", "“Pemerhatian terus dilakukan dan saya rasa spekulasi itu ada asasnya.", "“Saya percaya, satu pertaru­ngan besar akan berlaku di Asia Barat yang melibatkan Fury, Usyk, Joshua dan Wilder.", "“Tiga pertarungan sedang ­diatur iaitu Fury menentang Usyk dan Wilder bertemu ­Joshua.Dua pemenang pertaru­ngan itu kemdian bertemu semula di Asia Barat bagi menentukan juara sebenar.", "“Ia juga menjelaskan sebab mengapa ­Anthony Joshua tidak mahu bertarung sehingga ­Disember,” katanya. ", "RM1.78 bilion keuntungan himpun 4 ‘superstar’ tinju"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/13/kerajaan-naikkan-elaun-43595-pelajar-tajaan-jpa-anwar/", "headline": "Kerajaan naikkan elaun 43,595 pelajar tajaan JPA – Anwar", "content": ["Anwar Ibrahim", "PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan kadar ini ini melibatkan pertambahan implikasi kewangan dengan anggaran sebanyak RM52.03 juta bagi tempoh enam bulan mulai bulan depan yang akan memanfaatkan 43,595 orang pelajar.", "Menurut beliau, ia membabitkan kenaikan 15 peratus kadar ESH bagi pelajar tajaan JPA di luar negara kecuali kepada pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) (telah dinaikkan pada 7 November 2022.", "Ini termasuk kenaikan RM100 kadar ESH sebulan bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara mengikut peringkat pengajian.", "“Kenaikan kadar ESH ini merupakan salah satu usaha kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang tinggi khususnya pelajar-pelajar B40 yang tinggal di bandar-bandar besar negara pengajian,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Anwar berkata, inisiatif semakan semula kadar ESH ini akan membolehkan pelajar-pelajar tajaan kerajaan memberi fokus kepada pencapaian kecemerlangan akademik tanpa memikirkan bebanan kewangan pengajian.", "Pada masa sama, beliau berkata, bantuan ini bagi memastikan memastikan penawaran penajaan kerajaan adalah kekal releven dan berprestij. ", "Kerajaan naikkan elaun 43,595 pelajar tajaan JPA – Anwar"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/21/nadal-hampiri-penghujung-karier/", "headline": "Nadal hampiri penghujung karier", "content": ["Rafael Nadal ketika mengumumkan penarikan diri daripada Terbuka Perancis di Rafa Nadal Academy, Manacor, Sepanyol.", "MADRID: ‘Raja Tanah Liat’, ­Rafael Nadal terpaksa menarik diri daripada kejohanan ke­gemarannya, Terbuka Perancis yang bermula hujung bulan ini kerana tidak cergas, malah ­me­ngakui mungkin bersara daripada tenis pada penghujung 2024.", "Bintang Sepanyol dan pemilik 22 gelaran Grand Slam itu tidak beraksi dalam sebarang pertandingan sejak tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Australia, Januari lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, pemain berusia 36 tahun itu mengesahkan Jumaat, dia tidak akan bertanding di Roland Garros buat kali pertama sejak 2004 kerana tidak sempat sembuh daripada masalah otot belakang.", "Juara Terbuka Perancis 14 kali itu memberitahu, dia akan berehat untuk tempoh yang tidak dapat dipastikan sebelum berpotensi kembali beraksi pada akhir tahun ini dalam Piala Davis.", "“Saya bekerja sekeras mungkin setiap hari sepanjang empat bulan lepas. Ini bulan yang sangat sukar kerana kami tidak dapat mencari penyelesaian kepada masalah yang saya hadapi di Australia.", "“Hari ini saya masih dalam kedudukan yang saya tidak ­dapat merasakan diri saya bersedia untuk bersaing pada standard yang perlukan untuk bermain di Roland Garros ­(Terbuka Perancis).", "“Saya bukan pemain yang akan berada di sana dengan meletakkan diri pada kedudukan yang saya tidak suka.", "“Cita-cita saya adalah untuk cuba menikmati tahun hadapan, yang mungkin akan menjadi tahun terakhir saya dalam pertandingan profesional. ­Motivasi saya adalah untuk cuba mengucapkan selamat tinggal kepada semua kejohanan pen­ting.", "“Musim 2024 mungkin akan menjadi tahun terakhir saya. Saya tidak akan menetapkan tarikh kembali sebelum itu. Saya mungkin mencapai Piala Davis penghujung 2023,” katanya.", "Nadal dilihat berlatih di atas tanah liat dalam usaha untuk cergas bagi mempertahankan kejuaraan.", "Bagaimanapun, dia tidak dapat mengatasi isu kecederaan yang dialaminya sejak menarik diri pada separuh akhir Wimbledon tahun lalu. ", "Nadal hampiri penghujung karier"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/19/pemberian-tahap-kepada-kerajaan-negeri-ditingkat-rm400-juta-pm/", "headline": "Pemberian TAHAP kepada kerajaan negeri ditingkat RM400 juta – PM", "content": ["Anwar Ibrahim bergambar bersama semua menteri besar dan ketua menteri negeri-negeri selepas Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2023 di Kementerian Kewangan, Putrajaya. – Gambar Ihsan MOF", "PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan menambah baik pemberian dan sokongan kepada kerajaan negeri untuk tahun ini dengan tujuh keputusan dicapai demi melaksanakan pembangunan negara yang lebih seimbang.", "Perkara itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2023 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dihadiri semua menteri besar dan ketua menteri atau wakil dari setiap negeri.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri berkata, melalui keputusan itu, Kerajaan Persekutuan bersetuju meningkatkan Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (Pemberian TAHAP) kepada RM400 juta.", "Kata beliau, ini termasuk semakan semula dan penambahbaikan bagi petunjuk serta pengagihan Pemberian TAHAP sebagai satu komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan peluang kepada kerajaan negeri melaksanakan projek pembangunan mengikut keutamaan dan acuan negeri masing-masing.", "“Ini seterusnya dapat memperkukuh lagi momentum pemulihan ekonomi ke arah pembangunan Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "Anwar berkata, selain itu, kerajaan negeri disaran memberi keutamaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di negeri masing-masing kepada kontraktor Kelas G1 hingga G4 dan tidak hanya tertumpu kepada beberapa syarikat konsesi besar.", "Beliau menjelaskan, langkah ini bertujuan membantu kitaran ekonomi kontraktor-kontraktor kecil dengan lebih adil dan secara tidak langsung dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara lebih tuntas.", "Pada masa sama, kata beliau, Kementerian Kewangan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi bagi penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan sebagai memahami kepentingan dan keperluan itu supaya keadaan jalan sentiasa selamat dan selesa untuk kegunaan rakyat.", "“Ini terutamanya untuk menangani masalah jalan raya berlubang yang menjadi antara penyumbang kepada kemalangan dan peruntukan tambahan ini juga akan dikhususkan untuk manfaat kontraktor-kontraktor kecil bumiputera.", "“Penambahan ini menjadikan peruntukan keseluruhan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan meningkat kepada RM1 bilion berbanding RM750 juta sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan 2023,” katanya.", "Selain itu, Anwar berkata, penggunaan peruntukan di bawah Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri juga ditambah baik bagi menyelenggara jalan dan kerja-kerja lain berkaitan di kawasan perumahan berpagar dan mempunyai kawalan keselamatan serta penggantian papan tanda nama jalan dan lorong bagi jalan.", "Antaranya melibatkan jalan kampung, jalan taman dan papan-papan tanda jalan lain selain daripada penunjuk arah.", "Anwar berkata, pemberian Ecological Fiscal Transfer (EFT) turut dinaikkan kepada RM150 juta berbanding RM70 juta pada tahun lalu sebagai galakan khusus kepada negeri-negeri yang mewartakan kawasan perlindungan baharu.", "Bagi tujuan penambahbaikan ke atas pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri pula katanya, Kementerian Kewangan bersetuju mempertimbangkan dan meminda kaedah pengeluaran kepada secara bayaran kemajuan kerja melibatkan pinjaman baharu bagi projek-projek pembangunan di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia.", "“Pendekatan ini dapat menyegerakan proses penyaluran peruntukan yang disediakan secara pinjaman, membantu kerajaan negeri yang mempunyai masalah aliran tunai dan bergantung kepada peruntukan pinjaman bagi melaksanakan projek pembangunan sekali gus melancarkan pelaksanaan projek-projek pembangunan,” katanya.", "Turut dicapai pada mesyuarat berkenaan ialah pelanjutan pakej insentif cukai bagi pelaburan ke negeri bagi tempoh peralihan dua tahun sehingga 31 Disember 2024 melibatkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.", "Katanya, ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengimbangi pembangunan di seluruh negara melalui aktiviti pelaburan yang dilaksanakan oleh pihak swasta selain sebagai satu langkah interim ke arah pemakaian struktur insentif baharu yang lebih menyeluruh.", "“Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan hubungan dengan Kerajaan Negeri berada pada tahap yang terbaik dan hasrat ini dimanifestasikan melalui peningkatan peruntukan yang disalurkan dalam pelbagai bentuk pemberian kepada kerajaan negeri setiap tahun.", "“Pemberian-pemberian ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerajaan negeri bagi melaksana pembangunan negara lebih seimbang selaras dengan gagasan Malaysia Madani,” katanya.", "Pemberian TAHAP kepada kerajaan negeri ditingkat RM400 juta – PM"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/08/%e5%93%88%e8%8a%9d%e8%8a%9d%ef%bc%9a%e7%99%bc%e5%b1%95%e6%b2%99%e5%b7%b4%e5%9f%ba%e8%a8%ad-%e6%9c%89%e4%bf%a1%e5%bf%83%e8%81%af%e9%82%a6%e8%a8%88%e5%8a%83%e8%bf%85%e9%80%9f%e5%af%a6%e6%96%bd/", "headline": "哈芝芝:發展沙巴基設 有信心聯邦計劃迅速實施", "content": ["(亞庇八日訊)首長拿督斯里哈芝芝相信,聯邦鄉村與區域發展部(KKDW)下的沙巴發展計劃和項目,將更加有序和迅速地實施。", "他說,沙巴是大馬最大的州屬之一,急需聯邦政府的支持和協助,以發展供水、電力、鄉村道路、通訊覆蓋等基礎設施和公用事業。", "「沙巴非常需要基本的基礎設施和公用事業,因為沙巴在這方面落後,特別是在郊區。」", "「由副首相阿末扎西領導的聯邦鄉村與區域發展部,將確保沙巴的聯邦鄉村與區域發展部計劃和項目能夠更定期和更快地實施。」", "他今天在沙巴國際會展中心(SICC)與阿末扎西主持與沙巴政府的2023年聯邦鄉村與區域發展部協調會議上如此表示。", "出席者尚包括副首長兼地政及房屋部長拿督斯里佐津、副首長兼工程部長沙喜爾米等人。", "哈芝芝對首次舉行的協調會議表示歡迎,他說,這可以加強沙巴政府與聯邦之間的合作,以確保沙巴的聯邦鄉村與區域發展部發展計劃順利實施。", "他說,沙巴政府歡迎首相和聯邦政府的建議,即價值5000萬令吉或以下的聯邦項目,沙巴政府負責利用當地的專業知識來實施,並由相關部門監督。", "據他介紹,沙巴政府將與聯邦政府,特別是聯邦鄉村與區域發展部在發展相關事宜上提供合作,以便更快地實施造福人民的發展項目。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/18/mitingan-kabinet-pogun-kumoinsan-katalib-pinongunggaran/", "headline": "Mitingan Kabinet Pogun kumoinsan katalib pinongunggaran", "content": ["Hajiji (poindikau, tanga) miampai nuludan Kabinet Pogun di wagu pogulu nokotimpuun mitingan.Hajiji minonorikohon mitingan Kabinet Pogun id Menara Kinabalu di tadau baino’", "KOTA KINABALU: Boyoon Montiri, Datuk Seri Hajiji Haji Nor minonorikohon mitingan kumoinsan Kabinet Pogun id Merana Kinabalu do hiti di tadau baino’ katalib pinongunggaran i nokopokito kinoposilihan tolu montiri wagu om pinialanan portfolio di pipiro montiri.", "Montiri wagu – Datuk James Ratib (Kopotundaan Mogigiyon om Kasasanangan Mogigiyon), Datuk Christina Liew (Ponombuluyan, Koubasanan om Sandad Posorili’) om i Phoong Jin Zhe (Kopotundaan Pomorunan) – tuminaru di ko 11tw Koiso’.", "Datuk Ir Shahelmey Yahya tuminindapou mitingan dilo’ montok kumoinsan sabaagi Kumoduo Boyoon Montiri III i mongigit portfolio Montiri Karaja Agayo.", "Boyoon Montiri nga’ minongunsikou nogi’ do kinogulian di Montiri Kopotundaan Labus Kakadayan, Datuk Jahid Jahim i suminuti’ sumakit pointonod toun di nakatalib.", "Montiri suai i nokotindapou po nopo nga’ ii Kumoduo Boyoon Montiri I Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan (Pomutanaman om Ponginsadaan), Kumoduo Boyoon Montiri II Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam (Koporintaan Koiyonon om Pomuwalaian), Montiri Kousinan Datuk Seri Masidi Manjun, Montiri Sains, Tiknologi om Inovasi i Datuk Mohd Arifin Arif om i Montiri Komulakan om Spoot, Datuk Ellron Angin.", "Nokotindapou nogi’ i Monunurat Koporintaan Pogun, Datuk Seri Sr Safar Untong.."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/17/penutupan-sementara-jalan-beri-laluan-perayaan-kebudayaan-jiu-wang-da-di-esok-18-okt/", "headline": "Penutupan sementara jalan beri laluan perayaan kebudayaan Jiu Wang Da Di esok, 18 Okt", "content": ["KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta di lokasi-lokasi yang terlibat untuk memberi laluan kepada pelaksanaan acara Perayaan Kebudayaan Perarakan Jiu Wang Da Di (Nine Emperor Gods Festival) tahun 2023 anjuran Persatuan Nam Tien Kong (Jiu Wang Da Di) Kota Kinabalu Sabah esok (18 Oktober).", "Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, perarakan akan bermula dari Padang Merdeka ke Marina Court (Padang Merdeka – Jalan Padang – Lorong Dewan – Jalan Bahasa – Jalan Tun Fuad Stephen – Marina Court), kemudian meneruskan acara ke Lintas Square, Foh Sang dan berakhir di Damai.", "Sehubungan dengan itu, katanya, jalan dan tempat letak kereta yang terlibat akan ditutup sementara mengikut perincian berikut :", "“DBKK menasihatkan orang ramai dan para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota-anggota penguat kuasa yang bertugas dan sentiasa berhati-hati serta menggunakan jalan alternatif lain dan kawasan tempat letak kereta berdekatan sepanjang tempoh penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta ini bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik,” katanya dalam kenyataan hari ini."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/26/hanya-dua-daripada-tiga-mangsa-dera-di-perlis-bersekolah/", "headline": "Hanya dua daripada tiga mangsa dera di Perlis bersekolah", "content": ["Fadhlina Sidek menyampaikan hadiah kepada wakil SMK Padang Temu yang memenangi pertandingan projek Smart Classroom di SK Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.", "BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati dua daripada tiga beradik yang dipercayai menjadi mangsa dera dalam kejadian di Perlis bersekolah di sekitar negeri itu.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semakan rekod menunjukkan dua beradik itu hadir ke sekolah, namun kes itu masih dalam siasatan.", "“Kita dapati mereka ada yang bersekolah dan kes ini masih dalam siasatan merentas pelbagai kementerian.", "“Bagi pihak kami, saya baru dapat makluman mereka memang ada bersekolah di beberapa sekolah sekitar Perlis dan kita akan pastikan perkembangan ketiga-tiga kanak-kanak ini akan diambil perhatian sepenuhnya sebab mereka sudah diletakkan di institusi jagaan.", "“Memandangkan (isu) ini sudah jadi kes lain, siasatan lain, jadi kita serahkan kepada kebajikan (JKM) dan pihak kementerian lain sebelum kita ambil dan urus di peringkat pendidikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.", "Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan status pendidikan tiga beradik berkenaan.", "Terdahulu, Fadhlina melancarkan projek Smart Classroom Yayasan Aeon Malaysia dan Yayasan Didik Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Mengkuang, Bukit Mertajam di sini.", "Kelmarin, tiga beradik terbabit ditemui orang awam dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dengan dua daripadanya masih diikat rantai pada kaki kira-kira pukul 11.55 malam.", "Ketiga-tiga remaja itu dipercayai telah dikurung dan dirantai di dalam sebuah rumah oleh ibunya yang tidak bersama mereka.", "Difahamkan, hanya remaja yang berusia 16 dan 14 tahun sahaja yang bersekolah manakala seorang lagi yang berusia 13 tahun keciciran dalam pelajaran. ", "Hanya dua daripada tiga mangsa dera di Perlis bersekolah"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/26/sabah-softwoods-set-a-benchmark-in-sustainable-land-management/", "headline": "Sabah Softwoods set a benchmark in sustainable land management", "content": ["Hajiji (fourth right) launching Sabah Softwoods  Berhad 50 Years of Pioneering Growth book.", "KOTA KINABALU: Sabah Softwoods Berhad has set a benchmark in the sustainable land management making it one of the State’s most profitable government-linked companies since its inception 50 years ago, said Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "He said Sabah Softwoods Berhad had played an important role in the development of the state’s plantation sector showing it has the capability to manage land assets through productivity maximisation whilst balancing landscape and environment considerations.", "The company’s success in research and development, plantation management and environmental conservation is something that everyone can be proud of, he said in conjunction with Sabah Softwoods Golden Jubilee celebration at the Sabah International Convention Centre (SICC) here today.", "Hajiji meeting with retired staff members of Sabah Softwoods Berhad", "“As one of our main GLCs, Sabah Softwoods have made a big contribution in terms of dividend paid to the State Government. This has enabled its parent company, Innoprise Corporation Sdn Bhd to be at the forefront of our plantation sector.", "“It has reciprocated to the state in terms of building a titled land bank, supporting Yayasan Sabah’s education promotion efforts and environmental conservation activities as well as other social programmes for the benefit of the people of Sabah,” he said.", "The Chief Minister hoped Sabah Softwoods will continue to lead in the plantation sector not just in the state but also at the national and global levels.", "Hajiji signing the Sabah Softwoods Berhad guest book.", "“We must always take care of our forest so that it can be sustained for our future generation,” he said.", "At the same event, the Chief Minister also launched a book in conjunction with Sabah Softwoods’ anniversary, which he said will be a record of history and success.", "“Now, we need to look further ahead in the hope to realise the success of the state and Sabah Softwoods for years to come. We hope our successors will continue to hold onto the highest standard set and achieve bigger successes,” he said."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/30/%e5%ae%98%e6%b0%91%e5%85%ac%e5%8f%b8%e8%be%a6%e5%8f%8d%e8%b2%aa%e8%a8%88%e5%8a%83-%e9%a6%96%e9%95%b7%ef%bc%9a%e5%8f%af%e7%8d%b2%e7%a8%85%e5%8b%99%e6%b8%9b%e5%85%8d/", "headline": "官民公司辦反貪計劃 首長:可獲稅務減免", "content": ["(亞庇卅日訊)沙巴首長拿督斯里哈芝芝呼籲沙巴的政府以及私人公司,與大馬反貪會合作,開展反貪污預防和教育的企業社會責任。", "他說,根據1967年所得稅法第34(6)(h)條,國內的政府以及私人公司,開展反貪污預防和教育的社會企業責任計劃,可以獲得稅務減免。", "他表示,根據該規定,私人公司有資格申請從其業務總收入中扣除相當於費用的稅款。", "「因此,我敦促沙巴的私人和政府公司抓住機會,與反貪會一起組織反貪的企業社會責任計劃。」", "他在Sri Nangka中學主持2023年沙巴誠信商店計劃時表示,這間接有助於促進本州的廉正文化和反貪污的意識。", "哈芝芝表示,沙巴政府一直支持並配合反貪會打擊反貪污活動。", "他說,這包括從公務員到學校學生,完善治理,始終加強廉潔建設。", "他表示,人民還需要全力支持和配合反貪會,幫助傳遞訊息並舉報發生的任何腐敗和濫用權力的情況。", "他補充說:「這很重要,以便涉貪者受到法律制裁,從而對社會起到警示作用。」", "在談到「誠信商店」計劃時,他說,這是校內無人管理的商店,對像包括學生、教師、家長和公眾,他們可將現金放入備好的箱子內。", "他說,「誠信商店」不是以利益為動機,更多的是基於實驗學習,能夠教育孩子們誠實地先付錢,再拿需要的物品。", "因此,他說,「誠信商店」是讓學生從小就應用純粹價值觀的舉措之一。", "「這樣的道德習慣需要從學校開始灌輸,成為以後長大後的宗旨。『誠信商店』的理念可以作為早期計劃,防止學校學生日後出現不誠實的行為。」", "哈芝芝表示,「誠信商店」概念在沙巴並不新鮮,因為這與沙巴一些地區的馬路旁可看到的「無人售貨亭」差不多。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/30/pandemik-covid-19-dimasukkan-dalam-buku-teks-sejarah-sekolah-china/", "headline": "Pandemik Covid-19 dimasukkan dalam buku teks sejarah sekolah China", "content": ["BEIJING: Buku teks sejarah sekolah di China yang mengandungi ‘kisah pandemik Covid-19’ di negara ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat.", "Beberapa pihak mempersoalkan jika bahan yang diterbitkan dalam buku teks tersebut adalah sahih atau sengaja diada-adakan.", "Parti Komunis China pada awal tahun ini mengisytiharkan bahawa negara itu ‘berjaya sepenuhnya mengawal penularan Covid-19’.", "Menurut Utusan Malaysia, Beijing sebelum ini diselar pelbagai pihak di seluruh dunia kerana didakwa menyembunyikan maklumat sebenar mengenai penularan virus maut tersebut.", "Persoalan mengenai buku teks tersebut mula timbul selepas satu perenggan ayat dalam buku berkenaan mula tular dalam aplikasi Douyin.", "Gambar itu dipercayai dimuat naik oleh seorang guru sejarah dengan kapsyen ‘isu Covid-19 sudah dimasukkan dalam buku teks sejarah sekolah’.", "Berdasarkan penelitian yang dilakukan BBC terhadap buku teks tersebut, isu berkaitan Covid-19 diletakkan di bawah bab ‘Perubahan dalam Kehidupan Sosial’.", "Turut dimasukkan kenyataan berbunyi ‘pendapatan rakyat China meningkat, selain perubahan gaya hidup’ sejak negara itu wujud sejak 1970-an.", "Selain itu, turut dinyatakan kerajaan China sentiasa bertungkus-lumus dalam memastikan kesejahteraan rakyat, termasuk sektor kesihatan, terutamanya dalam memerangi penularan koronavirus.", "Namun, kenyataan itu mencetuskan persoalan pelbagai pihak selepas China melaksanakan dasar sifar Covid-19 yang menyaksikan perintah berkurung ketat dilaksanakan di pelbagai kawasan sehingga menyebabkan rakyat terkurung dan sukar menjalani kehidupan harian.", "Pandemik Covid-19 dimasukkan dalam buku teks sejarah sekolah China"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/13/berjuang-dalam-gagasan-rakyat-adalah-satu-national-service-untuk-sabah-masidi/", "headline": "Berjuang dalam Gagasan Rakyat sebagai satu ‘National Service’ untuk Sabah – Masidi", "content": ["Masidi (tengah) bersama para pemimpin tertinggi parti, sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis.", "KOTA KINABALU: Semua pemimpin dan ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diseru untuk memperkukuhkan niat, berjuang dalam parti sebagai satu National Service untuk Sabah.", "National Service", "Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perjuangan mereka dalam parti politik mesti berasaskan niat yang betul. ", "Keazaman dan komitmen mereka semua merupakan aset penting untuk memperkuat demokrasi dan membawa perubahan positif kepada parti dan sekaligus negeri, katanya, sambil menambah semua ini hanya boleh direalisasikan dengan niat yang tulus dan ikhlas.", "“Dikalangan kita semua pastinya ada seribu satu sebab untuk bersama menyertai Gagasan Rakyat. Anggaplah perjuangan kita sebagai satu National Service untuk Sabah. Berjuang dengan ikhlas demi kebaikan masyarakat, bukan untuk kepentingan peribadi semata-mata. ", "National Service", "“Perjuangan ini bukan sahaja sebagai pemimpin atau ahli Gagasan Rakyat, tetapi perjuangan sebagai “Anak Sabah” yang mencintai negeri ini!”katanya ketika merasmikan persidangan agung tahunan sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.", "Masidi yang juga Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS)  berkata, konsep ‘Sabah First’ yang diperjuangkan oleh Gagasan Rakyat bersama GRS bukan sekadar slogan, tetapi manifestasi dari komitmen untuk memastikan kepentingan Sabah sentiasa diutamakan. ", "Beliau berkata, sebagai sebuah parti lokal, Gagasan Rakyat mempunyai tanggungjawab khusus untuk mewakili suara dan aspirasi rakyat Sabah. ", "“Kita tidak hanya memperjuangkan hak Sabah di peringkat nasional, tetapi juga memastikan bahawa setiap keputusan dan inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Presiden kita, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, yang juga Ketua Menteri Sabah, memenuhi keperluan dan harapan rakyat Sabah.", "“Sebagai parti lokal kita harus terus berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah, memastikan bahawa suara mereka didengar dan aspirasi mereka direalisasikan,” katanya.", "Masidi mengajak semua ahli parti untuk menjalani tugas ini dengan semangat kepartian yang tinggi dan patriotisma yang mendalam. ", "“Marilah kita bersatu, berjuang bersama, dan memastikan bahawa Sabah terus maju ke hadapan. Kita perlu ingat bahawa kita adalah wakil rakyat Sabah, dan tugas kita adalah untuk memperjuangkan kepentingan rakyat dan negeri kita.", "“Saya percaya bahawa dengan tekad dan usaha kita, kita akan mencapai matlamat kita untuk membangunkan Sabah dan memperjuangkan hak rakyatnya. ", "“Ini bukan hanya tugas kita sebagai ahli parti, tetapi juga sebagai warga Sabah yang komited. Mari kita bersama-sama membina masa depan yang lebih cerah untuk Sabah dan rakyatnya,” tegasnya.", "Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah turut menekankan betapa pentingnya peranan sayap Wanita, Pemuda, dan Beliawanis dalam kerangka Gagasan Rakyat.", "“Mereka bukan sekadar anggota biasa; mereka adalah tulang belakang dan nadi kehidupan parti kita.", "“Sayap Wanita adalah lambang ketahanan dan dedikasi, menggalas tanggungjawab dengan penuh kasih sayang dan ketabahan. Mereka tidak hanya mewakili suara wanita tetapi juga menerajui pelbagai program dan inisiatif yang memastikan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat.", "“Sayap Pemuda adalah wakil generasi muda yang penuh semangat dan bersemangat. Mereka membawa impian dan harapan baru, serta menjadi perantara antara aspirasi generasi muda dengan halatuju parti. Semangat membara dan inovasi yang mereka bawa adalah kunci untuk memastikan PGRS tetap relevan dan progresif.", "“Manakala, sayap Beliawanis menggabungkan kelebihan dan keunikan kedua sayap lainnya. Mereka adalah simbol kombinasi kebijaksanaan dan semangat muda, memastikan agar tiada celah yang terlepas dalam usaha kita merangkul setiap lapisan masyarakat.", "“Kepada sayap Wanita, Pemuda, dan Beliawanis, saya ingin mengingatkan betapa berharganya peranan anda dalam membentuk masa depan parti dan negeri Sabah. Mari kita bersatu padu, dengan tekad yang bulat, demi masa depan yang lebih cerah bagi Sabah dan Parti Gagasan Rakyat Sabah,” katanya.", "Masidi berkata, masa kini memerlukan semua  untuk berfikir dan bertindak dengan cara yang berbeza. ", "Katanya, politik era kontemporari bukan semata-mata perjuangan kuasa, tetapi juga perjuangan ideologi, prinsip dan integriti, sambil menambah cabaran politik, terutamanya di Sabah, memerlukan semua untuk berada beberapa langkah ke depan. ", "“Oleh itu, pemimpin dan ahli Gagasan Rakyat mesti menerapkan mindset yang lebih progresif dan inklusif.", "“Kami mahu setiap ahli Gagasan Rakyat menjadi contoh dalam berpolitik dengan integriti, mempromosikan dialog yang konstruktif dan menjauhi budaya politik yang tidak beretika. Kita harus melepaskan diri dari politik lama yang penuh dengan intrik dan konflik, dan bergerak menuju politik yang lebih matang, beretika dan berteraskan kerakyatan.”", "Beliau berkata, satu cabaran utama dalam dunia politik adalah mengatasi persepsi negatif yang masyarakat miliki terhadap ahli politik. ", "“Kita harus bekerja keras untuk membina dan mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap PGRS. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah dengan membuktikan melalui tindakan. Namun apa yang lebih penting adalah untuk kita berubah sesuai dengan permintaan rakyat, apa yang rakyat mahu (jangan syok sendiri!).", "“Setiap inisiatif, program dan keputusan yang diambil oleh Gagasan Rakyat harus berasaskan kepentingan rakyat dan kesejahteraan Sabah. Dengan mengambil pendekatan yang lebih telus, bertanggungjawab dan berintegriti, kita akan mampu mengubah persepsi rakyat dan menunjukkan bahawa PGRS adalah pilihan yang terbaik untuk Sabah.”", "Masidi berkata, membangun sebuah parti yang kuat bukan semata-mata tentang strategi dan visi, tetapi juga tentang bagaimana kita bekerja setiap hari. ", "Kerana itu, katanya, budaya kerja Gagasan Ralyat harus mencerminkan nilai-nilai kejujuran, ketekunan, dan komitmen. ", "“Kita mesti memastikan bahawa setiap ahli parti mengamalkan etika kerja yang tinggi, berorientasikan hasil, dan mementingkan kepentingan rakyat. Dengan menekankan pentingnya integriti dan kecemerlangan dalam setiap aspek kerja kita, kita akan membina sebuah parti yang dihormati dan dipercayai oleh rakyat Sabah.”"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/25/sabah-eyes-global-markets-with-airasia/", "headline": "Sabah eyes global markets with AirAsia", "content": ["Dr Jeffrey (third left) receiving a memento from Riad.", "KUALA LUMPUR: Sabah Deputy Chief Minister I cum Agriculture, Fisheries and Food Industry Minister Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan visited AirAsia’s RedQ headquarters here yesterday to discuss collaborations between the state and the airline company aimed at bolstering Sabah’s export sectors. ", "During the meeting, the AirAsia team, led by its CEO Riad Asmat, presented an overview of their ecosystem, with particular focus on their specialised ventures—GTR, Teleport, and AirAsia Grocer.", "These ventures play a key role in exporting Sabah’s fresh products such as vegetables and seafood to Peninsular Malaysia and international markets, including China and Hong Kong.", "Among the innovative initiatives discussed was AirAsia Grocer’s recent adoption of cold chain technology, centred around a new cold room facility in Inanam, aimed at ensuring that products from Sabah reach their destinations in optimal condition. ", "The airline is also in the planning stages of exporting Tambunan ginger powder to China, packaged in tea bags.", "Dr Jeffrey praised AirAsia’s contributions to Sabah’s economy and believed that the cold chain technology implemented by AirAsia can revolutionise how Sabah’s products are perceived globally. ", "He was particularly enthused about AirAsia’s efforts to export Tambunan ginger powder to China. ", "“Sabah’s agricultural sector has immense untapped potential, and this venture could well be a catalyst that propels us onto the international stage,” he said.", "Also present were officials from Fisheries Department, Koperasi Pembangunan Desa (KPD) and Veterinary Services Department, engaging in a Q&A session to explore potential collaborations.", "“This is the kind of multi-stakeholder engagement that we need. It is vital for the growth of our state, and I am here to ensure that these collaborations come to fruition,” he added.", "Dr Jeffrey said the meeting was invaluable and believed that AirAsia could serve as a significant ally in the state government’s mission to boost Sabah’s export capabilities. ", "“The world needs to take note of what Sabah has to offer, and you can count on my full backing as we embark on this promising journey.”"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/06/wanita-diugut-kerana-sebar-video-goyang-gerudi-di-simpang-renggam/", "headline": "Wanita diugut kerana sebar video goyang gerudi di Simpang Renggam", "content": ["Lelaki warga tempatan yang ditahan berikutan melakukan ugutan kepada seorang wanita selepas dikatakan menyebarkan video goyang gerudi pada 26 Oktober lalu.", "KLUANG: Seorang wanita diugut kerana dikatakan menyebarkan video goyang gerudi sehingga tular dan menyebabkan Karnival Makanan Johor di Dataran Industri Kecil dan Sederhana di Simpang Renggam hujung bulan Oktober baru-baru ini dihentikan. ", "Berikutan pembatalan serta-merta oleh Majlis Daerah Simpang Renggam kerana melanggar syarat permit penganjuran, pihak penganjur dan peniaga mengalami kerugian ribuan ringgit kerana tidak dapat meneruskan acara seperti tarikh ditetapkan. ", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pada 26 Oktober lalu, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita warga tempatan yang diugut oleh seorang lelaki tidak dikenali melalui panggilan telefon. ", "Katanya, berikutan daripada laporan itu, pada 1 November baru-baru ini, kira-kira pukul 2.15 petang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Segamat berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 49 tahun di Jalan Buluh Kasap di Segamat. ", "“Suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah namun, hasil ujian saringan air kencing mendapati negatif. ", "“Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya melalui kenyataan kelmarin.", "Menurut Bahrin lagi, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan Negeri Johor yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. ", "Ujarnya, bacaan pertuduhan di Mahkamah Majistret Kluang akan dilakukan esok (6 November) selepas ditahan reman empat hari bermula tarikh ditahan. ", "“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diharap tampil untuk membantu siasatan,” katanya. ", "Pada 27 Oktober lalu, akhbar ini melaporkan Karnival Makanan Johor di Dataran IKS di Simpang Renggam terpaksa dihentikan oleh MDSR selepas tular sekumpulan wanita dan lelaki melakukan aksi goyang gerudi ketika persembahan pentas sebuah band tempatan mengadakan persembahan di karnival itu.", "Wanita diugut kerana sebar video goyang gerudi di Simpang Renggam"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/24/467-hadir-persidangan-mesyuarat-agung-tahunan-ke-58-pppm/", "headline": "467 hadir persidangan, Mesyuarat Agung Tahunan ke-58 PPPM", "content": ["KOTA KINABALU: Seramai 467 orang hadir ke Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-58 Persatuan Pandu Puteri Malaysia(PPMM) 2023.", "Daripada jumlah tersebut, 231 orang terdiri daripada perwakilan dan pemerhati, 176 orang penerima anugerah serta 60 orang ahli jawatankuasa daripada 18 PPPM seluruh negara.", "Majlis penutupan persidangan disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Timbalan Yang Dipertua PPPM di sini, pada Jumaat.", "Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datuk Jeyadhevi Subramaniam, Yang Dipertua PPPM Cawangan Sabah, Kartini Datuk Haji Arif dan Ketua Pesuruhjaya PPPM Cawangan Sabah, Shirley Wong."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/15/tinggalkan-sabah-baddrol-ada-perjuangan-baharu-di-kedah/", "headline": "Tinggalkan Sabah, Baddrol ada ‘perjuangan’ baharu di Kedah?", "content": ["PETALING JAYA: Selepas 41 penampilan sejak menyertai Sabah FC tahun lalu, Baddrol Bakhtiar membuat keputusan mengejut meninggalkan skuad Sang Badak serta-merta.", "Perkara tersebut diumumkan Sabah FC semalam selepas mencapai persetujuan bersama ­dengan bintang tengah berusia 35 tahun itu.", "Menurut Utusan Malaysia, biarpun tidak dinyatakan mengapa keputusan Baddrol diambil secara tiba-tiba, namun desas-desus mengatakan bekas pemain kebangsaan itu akan kembali ke negeri kelahirannya, Kedah untuk terlibat dalam ‘pertempuran’ berbeza.", "“Kelab Bola Sepak Sabah mengumumkan Baddrol Bakhtiar akan meninggalkan ­peranannya sebagai ketua ­pasukan dan tidak lagi bersama Sabah sepanjang baki saingan Liga Malaysia musim ini.", "“Keputusan diambil melalui persetujuan bersama Baddrol Bakhtiar, atas sebab yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Sabah kenyataan tersebut.", "Terdapat laporan mengatakan Baddrol pulang ke ­Kedah bukan me­nyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC, sebaliknya terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).", "“Dengan keseluruhan 41 penampilan dan 13 gol, tempatnya dalam sejarah kelab akan sentiasa terjamin, nama Baddrol Bakhtiar juga akan terpahat sebagai legenda di Arena sola sepak Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/07/tinggalkan-sabah-baddrol-ada-perjuangan-baharu-di-kedah/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/07/tinggalkan-sabah-baddrol-ada-perjuangan-baharu-di-kedah/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/16/kos-buku-mari-kenali-sawit-dipertikai/", "headline": "Kos buku Mari Kenali Sawit dipertikai", "content": ["KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menuntut jawapan daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan bekas menterinya  berhubung kos pencetakan buku Mari Kenali Sawit. ", "Mari Kenali Sawit", "Menurut Utusan Malaysia, Teresa berkata kos bagi sebuah buku itu telah menelan kos sehingga RM13.30 sen sedangkan terdapat syarikat pencetakan yang menawarkan harga yang lebih rendah untuk jenis buku sama. ", "“Soalan saya, saya dan ramai MP ada pengalaman untuk mengeluarkan buku iaitu kosnya. Bagaimana buku macam ini boleh menelan kos sehingga RM13.30 untuk sekolah rendah?", "“Walaupun dinyatakan di sini, kos itu termasuk penghantaran ke pejabat pendidikan daerah di semua negeri tetapi kalau setakat pejabat daerah sahaja, kenapa sehingga RM13.30 sen?", "“Untuk sekolah menengah pula kosnya adalah RM19.30 sen. Saya pernah menyemak dengan sebuah syarikat penerbitan dan percetakan Kuala Lumpur, buku seperti itu kurang RM3,” katanya semasa sidang media di Bangunan Parlimen. ", "Katanya, itu adalah satu projek di bawah Majlis Minyak Sawit Malaysia di bawah bekas menteri, Datuk Zuraida Kamaruddin.  Dijelaskan sebanyak 210,000 diedarkan di sekolah rendah dan 62,475 buah buku untuk sekolah menengah.", "Tambahnya, buku itu diedarkan di 144 pejabat pendidikan daerah di seleuruh negara. Setiap sekolah rendah menerima 27 buah buku dan 25 buku bagi setiap sekolah menengah. ", "Berdasarkan jawapan yang diterima Teresa pada sesi Parlimen Julai tahun lalu, seluruh projek ini, melibatkan kos hampir RM4 juta ringgit daripada Majlis Minyak Sawit Malaysia. ", "“Saya setuju untuk menyebarkan maklumat mengenai maklumat sawit kepada murid sekolah tak kan la dengan harga macam ini. Sebab itu dalam Dewan Rakyat tadi saya minta menteri perlu siasat dan umum pada semua. ", "“Mungkin juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) perlu campur tangan untuk tahu adakah ini boleh diterangkan, kementerian perlu juga beritahu kepada dewan sama ada semua buku ini sudah diedarkan keseluruhannya,” katanya. ", "Parlimen: Kos buku Mari Kenali Sawit dipertikai"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/10/new-york-umum-tahun-baharu-cina-2024-sebagai-cuti-sekolah/", "headline": "New York umum Tahun Baharu Cina 2024 sebagai cuti sekolah", "content": ["NEW YORK: Gabenor New York, Kathy Hochul menandatangani undang-undang semalam untuk mengisytiharkan Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah umum di seluruh negeri itu.", "Menurut Utusan Malaysia, Xinhua melaporkan, perundangan itu mewajibkan semua sekolah awam ditutup sempena cuti Tahun Baharu Cina bagi membolehkan ratusan ribu pelajar berketurunan Asia menyambut perayaan itu.", "“Dengan menetapkan Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah rasmi, kami mengambil langkah penting dalam mengiktiraf kepentingan komuniti AAPI New York dan kepelbagaian yang kaya yang menjadikan New York begitu hebat,” menurut Hochul dalam satu kenyataan, merujuk kepada komuniti Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik.", "“Ia bukan hanya hari cuti sekolah – ia adalah peluang untuk anak-anak kita belajar dan meraikan budaya dan tradisi mereka sendiri atau yang berbeza,” tambahnya.Pada 2015, Datuk Bandar Bill de Blasio mengumumkan Tahun Baru Cina sebagai cuti sekolah umum rasmi di New York City.", "Awal tahun ini, Dewan Senat negeri meluluskan langkah yang membolehkan pelajar di kampus universiti menyambut Tahun Baru Cina tanpa dikenakan penalti.", "Tahun Baru Cina seterusnya akan jatuh pada 10 Februari 2024.", "New York umum Tahun Baharu Cina 2024 sebagai cuti sekolah"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/02/techtronic-industries-menyampaikan-prestasi-pencapaian-tahunan-2022-yang-kukuh/", "headline": "Techtronic Industries menyampaikan prestasi pencapaian tahunan 2022 yang kukuh", "content": ["Margin kasar bertambah kepada 39.3%, EBIT meningkat kepada AS$1.2 bilion", "Margin kasar bertambah kepada 39.3%, EBIT meningkat kepada AS$1.2 bilion", "HONG KONG (Bernama): Syarikat kelengkapan berkuasa dan penjagaan lantai & pembersihan Techtronic Industries Co. Ltd. (TTI atau Kumpulan) (kod saham: 669, simbol ADR: TTNDY) dengan sukacitanya mengumumkan prestasi pencapaian Syarikat dan anak syarikat disatukan yang diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. TTI mempamerkan daya tahan model perniagaan syarikat pada tahun 2022 dalam persekitaran operasi yang lebih mencabar.", "Selepas hampir menggandakan sumber hasil dari 2018 hingga 2021, Kumpulan tersebut menyampaikan pertumbuhan jualan mata wang tempatan sebanyak 2.8% pada tahun 2022 disebabkan pertumbuhan luar biasa perniagaan MILWAUKEE.", "• Perniagaan utama MILWAUKEE kami berkembang 21.8% dalam mata wang tempatan• Aliran tunai bebas meningkat dalam separuh kedua untuk mengakhiri tahun ini dengan AS$329 juta• Margin kasar menjadi bertambah baik untuk tahun ke-14 berturut-turut kepada 39.3%, meningkat sebanyak 54 mata asas", "• Perniagaan utama MILWAUKEE kami berkembang 21.8% dalam mata wang tempatan• Aliran tunai bebas meningkat dalam separuh kedua untuk mengakhiri tahun ini dengan AS$329 juta• Margin kasar menjadi bertambah baik untuk tahun ke-14 berturut-turut kepada 39.3%, meningkat sebanyak 54 mata asas", "*Bagi tahun berakhir 31 Disember 2022", "Maklumat Tentang TTI", "www.ttigroup.com", "Semua tanda dagangan yang disenaraikan selain AEG dan RYOBI dimiliki oleh Kumpulan. AEG ialah tanda dagangan berdaftar AB Electrolux (publ.) dan digunakan di bawah lesen. RYOBI ialah tanda dagangan berdaftar Ryobi Limited dan digunakan di bawah lesen.", "Untuk pertanyaan Perhubungan Pelabur:", "Bahagian Hubungan Utama", "ir@ttihq.com", "Bahagian Hubungan Asia/Pasifik", "ir@tti.com.hk", "Sumber: Techtronic Industries Co. Ltd."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/28/2586-kir-terima-bantuan-bakul-makanan/", "headline": "2,586 KIR terima bantuan bakul makanan", "content": ["James (tengah) menyampaikan bantuan kepada penerima.", "KOTA MARUDU: Seramai 2,586 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir menerima bantuan bakul makanan daripada kerajaan negeri.", "Bantuan disampaikan wakil Ketua Menteri, Datuk James Ratib di Dataran Bandau, pada Sabtu.", "Turut disampaikan, bantuan wang tunai kepada 100 KIR manakala selebihnya akan disalurkan ke akaun bank mangsa.", "Beliau berharap bantuan berkenaan dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban mangsa yang terlibat dengan bencana banjir.", "Turut hadir, Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Wetrum Bahanda, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding dan Pegawai Daerah, Alexander Yong."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/23/mahkamah-tolak-permohonan-siti-bainun-dibebaskan-dengan-jaminan/", "headline": "Mahkamah tolak permohonan Siti Bainun dibebaskan dengan jaminan", "content": ["Siti Bainun Ahd Razali", "KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menolak permohonan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya berhubung sabitan dan penjara 12 tahun diputuskan.", "Hakim Datuk Ahmad Bache memutuskan demikian selepas mendapati permohonan tersebut tidak mempunyai merit.", "Menurut Utusan Malaysia, Siti Bainun memfailkan permohonan itu pada awal Mei lalu atas alasan dia mempunyai masalah kesihatan seperti asma dan penyakit hempedu, menanggung seorang ibu tua sakit yang memerlukan perhatian serta rawatan.", "Pada 3 Mei lalu, Mahkamah Sesyen di sini mensabitkan Siti Bainun atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan seorang remaja Sindrom Down, Bella di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.", "Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.", "Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.", "Mahkamah tolak permohonan Siti Bainun dibebaskan dengan jaminan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/24/harga-pasaran-beras-tempatan-masih-terkawal/", "headline": "Harga pasaran beras tempatan masih terkawal", "content": ["PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil tindakan segera bagi memastikan harga pasaran beras tempatan dalam negara sentiasa stabil dan terkawal.", "Menurut Utusan Malaysia, KPKM dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya mengeluarkan surat arahan bertarikh 16 Jun lalu berhubung penetapan harga kawalan maksimum jualan beras tempatan di peringkat kilang dan borong.", "Katanya, melalui surat arahan tersebut, semua pemegang Lesen Kilang Padi Komersil dan Lesen Borong Beras adalah dikehendaki mematuhi harga kawalan maksimum.", "“KPKM ingin menegaskan bahawa harga kawalan maksima beras Super Spesial Tempatan 5 peratus (SST5) di peringkat runcit adalah dikawal pada kadar RM2.60 per kilogram (kg) seperti mana yang termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).", "“Beras putih import pula adalah beras yang tidak dikawal harganya oleh kerajaan,” katanya di sini.", "Ujarnya, ketika ini harga pasaran beras putih import di peringkat runcit majoritinya masih berada di paras RM32 dan ke bawah bagi setiap beg 10 kg.", "“Ini merupakan paras harga pasaran yang normal bagi gred beras putih import, dan ianya bergantung kepada permintaan terhadap beras import,” katanya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/terkini/2023/06/harga-pasaran-beras-tempatan-masih-terkawal/", "\nhttps://www.utusan.com.my/terkini/2023/06/harga-pasaran-beras-tempatan-masih-terkawal/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/29/ketua-menteri-lancar-konvoi-borneo-safari/", "headline": "Ketua Menteri lancar konvoi Borneo Safari", "content": ["KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor melancarkan Cabaran Offroad Antarabangsa Borneo Safari ke-31 di bangunan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di Jalan Gaya, di sini, hari ini. (foto)", "foto", "Sebanyak 530 kenderaan dan kira-kira 1,500 peminat cabaran offroad tempatan dan antarabangsa mengambil bahagian dalam ekspedisi itu dari 29 Okt hingga 5 Nov.", "Mengiringi Ketua Menteri pada majlis perasmian itu ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew, pembantunya, Datuk Joniston Bangkuai yang juga Pengerusi STB, Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan dan Presiden Sabah Four-Wheel Drive Association, Faez Nordin."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/03/dua-rumah-musnah-terbakar-di-kota-belud/", "headline": "Dua rumah musnah terbakar di Kota Belud", "content": ["Keadaan sebuah daripada rumah yang terbakar. – Ihsan Bomba", "KOTA BELUD: Dua buah rumah musnah dalam kebakaran di sini hari ini.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, PPgB Muhammad Syazwan Latun berkata, kejadian berlaku di Jalan Kampung Kesapang, pada kira-kira jam 11.30 pagi.", "Katanya, panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 11.44 pagi dan sepasukan tujuh anggota diketuai beliau sendiri bergegas ke lokasi.", "“Setiba di tempat kejadian yang terletak 12 kilometer dari balai itu, kita mendapati berlaku satu kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis tidak kekal masing-masing berkeluasan 40x60kaki dan 40x30kaki terbakar 100 peratus.", "“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran 200kaki dua pancutan dan satu aliran 100 kaki satu pancutan sumber air terbuka berhampiran (parit) menggunakan pam angkut,” katanya. ", "Menurut Syazwan, tiada mangsa terlibat dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.08 tengah hari.", "Operasi ditamatkan pada jam 1.50 petang."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/13/%e5%85%8d%e8%b2%bb%e9%9b%bb%e8%85%a6%e8%aa%b2%e7%a8%8b-%e5%85%85%e5%af%a6%e5%ad%b8%e5%ad%90%e5%81%87%e6%9c%9f/", "headline": "免費電腦課程 充實學子假期", "content": ["(蘭瑙十三日訊)通過科學、工藝及革新部組織的免費電腦課程,充實了學生的假期。", "蘭瑙區數所學校的大約10名小學生,參加了在甘榜Tagudon Baru社區中心舉辦的為期一周課程。", "3月6日至11日的基礎電腦課程,由蘭瑙Tagudon Baru社區中心和AMC學院提供。", "課程講師Asminah Zakin在課程結束後表示,該計劃的目的之一,是讓孩子們對電腦資訊的掌握保持敏感。", "此外,他說,這是讓他們接觸電腦使用的基本知識,讓他們知道如何正確使用電腦。", "「本課程的目標有3個,即向孩子們介紹ICT,提高孩子使用ICT的知識和技能。」", "「通過這門課程,我們也希望能夠介紹簡單的應用程序。」", "根據Asminah的說法,課程內容包括六個基本科目。", "「在這門課程中,我們每天都有一個專題。第一天,孩子們上了『電腦和互聯網使用簡介』課程。」", "「從第二天開始,我們就打字技巧和正確使用鍵盤、Basic Microsoft Word、Basic Microsoft Excel、Basic Microsoft Powerpoint 和 Basic Microsoft Publisher。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/16/anwar-nasihatkan-rakyat-tidak-terpengaruh-pandangan-tidak-berfaedah/", "headline": "Anwar nasihatkan rakyat tidak terpengaruh pandangan tidak berfaedah", "content": ["Anwar Ibrahim meninjau reruari pameran ketika program Mini KUD anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Dataran Amanjaya, Sungai Petani.", "SUNGAI PETANI: Rakyat termasuk masyarakat desa dinasihatkan tidak terpengaruh dengan pandangan yang tidak berfaedah atau ‘haprak’ oleh pihak lain terhadap usaha kerajaan untuk memperkasakan ekonomi mereka terutama dalam kalangan usahawan desa. ", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan melalui pelbagai agensinya berperanan membantu rakyat sekali gus perlu diberi perhatian oleh rakyat melalui janji yang dilaksanakan dan bukan sekadar dilafazkan.", "“Hari ini Karnival Usahawan Desa (KUD) ini direncanakan berbulan lalu, saya minta Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk memberi ruang mengangkat lagi martabat (usahawan desa) dan strategi diselarikan dengan kegiatan halal. ", "“Kita tahu halal sekarang bukan hanya di negara Islam, ia dikembangkan hingga ke negara China, Eropah dan tentunya di negara Arab, maknanya peluang memang ada. Selarikan dan dengar pandangan serta nasihat (kementerian) supaya kita dapat tingkatkan mutu pengeluaran untuk mendapat hasil lebih baik.", "“Kita (akan) bantu, saya hendak beritahu tak mudah kita dapat menteri yang begitu prihatin, cari jalan untuk tingkatkan pendapatan desa, ambil peluang ini, jangan dengar pandangan ‘haprak’ yang lain,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Mini KUD yang turut dihadiri Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di Dataran Amanjaya, di sini kelmarin.", "Perdana Menteri menegaskan, walaupun pimpinan dalam kerajaan silih berganti namun pihak yang diberikan mandat untuk mentadbir harus memikul amanah dan menjalankan tanggungjawab dengan baik. ", "“Ekonomi desa tidak akan mampu berkembang sekiranya pemimpinnya hanya berfikir untuk ‘menyakau’.  Nak cakap soal ekonomi desa, kalau pimpinannya dok kira nak sakau macam mana nak jaga rakyat, ada orang yang bicara tapi tak amalkan. ", "“Ada sekarang ini asyik caci maki, hentam sindir orang politik. Perdana Menteri kena balun (hentam) teruk. Pelajar pun kena hentam sekarang. Kita negara yang ada undang-undang ada hukum, bukan hukum belantara, ada yang boleh dan ada yang tak boleh,” katanya. ", "Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan komited untuk membantu masyarakat miskin di negara ini termasuk memperuntukkan sejumlah RM460.2 juta untuk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh negara bagi tahun ini.", "“Sebanyak 3,030 unit bina baharu (rumah PPRT) melibatkan peruntukan RM244.4 juta, baik pulih rumah RM215.8 juta iaitu sebanyak 12, 242 unit rumah yang menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan RM460.2 juta.", "“Ada dah lulus, dah dilaksanakan, dalam proses untuk ditingkatkan jadi saya harap dengan penjelasan ini kita boleh bagi peluang untuk (kerajaan) terus berkhidmat kepada rakyat, kurangkan sikit ketegangan di negara kita dan bawa mesej yang jelas,” katanya.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/anwar-nasihatkan-rakyat-tidak-terpengaruh-pandangan-tidak-berfaedah/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/anwar-nasihatkan-rakyat-tidak-terpengaruh-pandangan-tidak-berfaedah/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/28/fasa-peralihan-monsun-timur-laut-bermula/", "headline": "Fasa peralihan Monsun Timur Laut bermula", "content": ["Sekumpulan kanak-kanak beriadah dengan bermain bola sepak selepas hujan di Kampung Rawai, Marang, Terengganu, kelmarin.", "Malaysia ketika ini berada pada Fasa Peralihan Monsun Timur Laut yang diramal berterusan sehingga November ini, lapor Utusan Malaysia.", "Fasa itu menyebabkan keadaan cuaca khususnya di Pantai Timur tidak menentu apabila dijangka berlaku ribut petir dan hujan lebat serta angin kencang.", "Semasa fasa peralihan ini, rantau negara menerima tiupan angin lemah daripada pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir. Ia lazimnya membawa hujan lebat beserta angin kencang dalam masa singkat.", "Keadaan itu sehingga kini bagaimanapun tidak menghalang pelbagai aktiviti dijalankan termasuk beriadah di padang walaupun permukaannya ditakungi air. ", "Fasa peralihan Monsun Timur Laut bermula"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/29/pemandu-kereta-larikan-diri-selepas-rempuh-remaja/", "headline": "Pemandu kereta larikan diri selepas rempuh remaja", "content": ["Kereta jenis Proton Waja yang merempuh mangsa sebelum pemandu dan dua penumpang melarikan diri dalam kejadian di Jalan Klebang, Melaka.", "MELAKA: Seorang remaja maut diseret sejauh 200 meter apabila motosikal diboncengnya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta di Jalan Klebang berhampiran stesen minyak Shell di sini, awal pagi kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, mangsa, Muhammad Afiq Danish Abd. Aziz, 14, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal, Tan Kok Som, 41, mengalami kecederaan parah.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.00 pagi sewaktu kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke Pantai Klebang dari arah Bandaraya Melaka.", "Menurutnya, sewaktu motosikal itu hendak membelok ke stesen minyak, sebuah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki tiga lelaki datang dari arah sama merempuh mereka.", "“Remaja berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan kini berada di Zon Merah Hospital Melaka.", "“Pemandu dan dua penumpang kereta berkenaan pula telah menghilangkan diri sejurus kemalangan berlaku,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.", "Tambah Christopher, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.", "Sementara itu, bapa saudara mangsa, Fahmi Rahim, 41, berkata, sebelum kejadian Muhammad Afiq Danish memasang khemah untuk majlis kenduri rumah jiran di belakang rumahnya di Kampung Tengah, Klebang Besar.", "“Selepas memasang khemah dia menaiki motosikal yang ditunggang Kok Som yang juga kawan baik kepada abang sepupu Muhammad Afiq Danish kerana hendak membeli makanan di Pantai Klebang,” katanya. ", "Pemandu kereta larikan diri selepas rempuh remaja"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/06/global-food-forum-showcasing-bosou-heritage-in-kk/", "headline": "Global food forum showcasing ‘bosou’ heritage in KK", "content": ["Joniston being briefed by Jiliah on their ‘bosou’ production. Also in photo are Julinus, Normegawati (left) and FeRTAS Deputy President Ben Golimbi (second left).", "KOTA KINABALU: Plans are afoot to organise a world food forum here next year, with a unique focus on indigenous food security systems.", "The concept for this event took shape following a meeting between Sabah Tourism Board (STB) Chairman Datuk Joniston Bangkuai and Sabah Indigenous Bosou Enterprise Association President Jiliah Situn here yesterday.", "Present were STB Deputy CEO Julinus Jimit, and STB MICE Manager Normegawati Baiduri Sapian.", "During the meeting, it was agreed that the proposed forum highlight and celebrate the essence of Sabah’s ‘bosou’ (traditional fermented delicacies) on the global stage.", "‘Bosou’, an ancient and revered dish among the Kadazandusun people, holds a special place in the hearts of indigenous Sabahans.", "“It is known for its unique preparation process and ingredients, setting it apart from similar ‘bosou’ dishes in other countries.", "“Sabah’s ‘bosou’ has garnered international recognition when a UNESCO representative took notice in 2017,” said Jiliah.", "“The United Nations has also expressed interest in the Kadazandusun food system, recognising its importance in preserving cultural heritage and promoting sustainable indigenous food practices,” she added.", "Jiliah also mentioned their goal of facilitating cross-cultural learning by inviting participants from other countries to share insights about their own ‘bosou’ dishes.", "In response, Joniston advised the Sabah Indigenous Bosou Entrepreneurs Association to develop a comprehensive framework for the ‘bosou’ international food festival.", "He said STB is committed to supporting homegrown events that add value and draw international participants.", "“This forum offers both local and international participants a valuable opportunity to exchange ‘bosou’ stories and their traditional preparation techniques passed down through generations.", "“It will promote discussions on sustainable indigenous food systems, potentially fostering valuable insights and collaborations in agriculture and food production,” he said.", "Joniston is optimistic that the proposed event has the potential to elevate tourism in Sabah by attracting tourists and culinary enthusiasts eager to experience the unique flavours of ‘bosou’ and learn about Sabah’s rich culture."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/01/gol-ke-100-fernandes-pastikan-kemenangan-united/", "headline": "Gol ke-100 Fernandes pastikan kemenangan United", "content": ["Bruno Fernandes meledak gol tunggal kemenangan Manchester United.", "MANCHESTER: Bruno Fernandes menjaringkan gol ke-100 dalam kariernya untuk meningkatkan harapan Manchester United beraksi dalam Liga Juara-Juara dengan menumpaskan Aston Villa 1-0, malam tadi.", "Kemenangan di Old Trafford itu juga menamatkan rekod 10 perlawanan tanpa kalah Aston Villa.", "Menurut Utusan Malaysia, Fernandes meledak gol enam minit sebelum tamat babak pertama selepas Emiliano Martinez menepis rembatan Marcus Rashford ke arahnya.", "Pemain tengah United, Casemiro juga memiliki peluang, namun rembatannya terkena palang dan percubaan pada separuh masa kedua pula tersasar.", "Bagaimanapun Ezri Konza hampir memberikan gol penyamaan jarak dekat buat pasukan pelawat berpunca dari sepakan penjuru.", "Begitupun pertahanan Villa itu tidak dapat menyesuaikan kedudukan badannya dengan pantas untuk mengarahkan bola ke arah pintu gol.", "Keputusan itu memastikan United kekal di tangga keempat dengan 63 mata, sembilan mata mengatasi pasukan tempat kelima, Tottenham. ", "Gol ke-100 Fernandes pastikan kemenangan United"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/03/kuasa-dunia-setuju-ai-berisiko-cetus-malapetaka-kepada-manusia/", "headline": "Kuasa dunia setuju AI berisiko cetus ‘malapetaka’ kepada manusia", "content": ["Empat kuasa dunia memeterai deklarasi bersetuju AI mampu mendatangkan potensi risiko malapetaka kepada manusia. ", "LONDON: United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan China memeterai satu deklarasi yang bersetuju kecerdasan buatan (AI) mampu mendatangkan potensi risiko malapetaka kepada manusia.", "Perjanjian dimeterai itu merupakan deklarasi antarabangsa pertama untuk menangani teknologi yang pesat membangun.", "Menurut Utusan Malaysia, The Guardian melaporkan, sebanyak 28 kerajaan menandatangani deklarasi Bletchley pada hari pertama sidang kemuncak keselamatan AI yang dianjurkan oleh Britain.", "Kesemua negara itu bersetuju bekerjasama dalam bidang penyelidikan AI, di tengah-tengah kebimbangan AS dan UK bersaing untuk mendahului dalam membina peraturan baharu.", "Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak menyambut baik deklarasi itu dengan menyifatkannya sebagai `luar biasa’.", "“Sudah tentu, tiada apa yang lebih transformatif daripada kemajuan teknologi seperti AI untuk masa depan anak-anak kita.", "“Bagaimanapun, kita perlu memastikan AI berkembang dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab, serta dapat menangani risiko dicetuskannya dalam proses itu,” katanya ketika berucap menjelang sidang kemuncak itu.", "Sementara itu, Menteri Teknologi UK, Michelle Donelan berkata, buat pertama kali beberapa negara bersetuju bahawa risiko Frontier AI perlu dinilai secara kolektif.", "Frontier AI merujuk kepada sistem paling canggih yang mana para pakar percaya boleh menjadi lebih bijak berbanding individu ketika melakukan pelbagai kerja.", "Awal minggu ini, pentadbiran Presiden AS, Joe Biden mengeluarkan perintah yang mengarahkan syarikat AI seperti OpenAI dan Google berkongsi hasil ujian keselamatan firma itu dengan kerajaan sebelum mengeluarkan model AI.", "https://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/11/kuasa-dunia-setuju-ai-berisiko-cetus-malapetaka-kepada-manusia/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/06/27-mangsa-kerugian-rm1-1-juta-akibat-scam-kuih-bulan/", "headline": "27 mangsa kerugian RM1.1 juta akibat ‘scam’ kuih bulan", "content": ["SINGAPURA: Satu penipuan baharu membabitkan penjualan kuih bulan di platform media sosial menyebabkan sekurang-kurangnya 27 mangsa kerugian kira-kira $325,000 (RM1.1 juta ) bulan lalu, kata polis semalam.", "Selepas menghubungi ‘penjual’ melalui platform pesanan sosial untuk membuat tempahan kuih bulan yang diiklankan di Facebook dan Instagram, mangsa diarahkan melalui WhatsApp untuk membuat pembayaran.", "Bagaimanapun pautan itu, kata polis, menyebabkan mangsa memuat turun fail Kit Pakej Android (APK), aplikasi yang dicipta untuk sistem pengendalian Android, yang mengandungi perisian hasad.", "Menurut Utusan Malaysia, The Straits Times melaporkan, dalam sesetengah kes, mangsa diarahkan untuk membuat PayNow atau pindahan wang melalui bank untuk membeli kuih bulan.", "Penipu kemudian akan memberitahu mangsa bahawa pesanan mereka terpaksa dibatalkan kerana isu pengeluaran atau tenaga kerja, dan mengarahkan mereka ke pautan berniat jahat untuk “pembayaran balik”.", "Selepas fail APK dimuat turun dan dipasang, penipu akan mendapat akses jauh kepada peranti mangsa, membenarkan mereka mencuri kata laluan dan mendapatkan semula bukti kelayakan perbankan.", "Mangsa kemudiannya menemui transaksi yang tidak dibenarkan daripada akaun perbankan mereka.", "Polis menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti menambah aplikasi ScamShield, membolehkan pengesahan dua faktor atau pelbagai faktor untuk aplikasi bank dan menetapkan had transaksi pada transaksi perbankan internet.", "Polis juga menasihatkan orang ramai untuk memastikan peranti mereka telah mengemas kini aplikasi antivirus/anti-malware yang dipasang dan melumpuhkan “Pasang Apl Tidak Diketahui” atau “Sumber Tidak Diketahui” dalam tetapan telefon mereka.", "Orang ramai harus memuat turun dan memasang aplikasi dari gedung aplikasi rasmi sahaja, dan berhati-hati jika diminta memuat turun aplikasi yang tidak diketahui untuk membeli item atau perkhidmatan di platform media sosial.", "Polis menggesa orang ramai melaporkan sebarang transaksi penipuan kepada bank mereka dengan segera dan memaklumkan pihak berkuasa, keluarga dan rakan mengenai penipuan.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/09/27-mangsa-kerugian-rm1-1-juta-akibat-scam-kuih-bulan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/09/27-mangsa-kerugian-rm1-1-juta-akibat-scam-kuih-bulan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/30/tujuh-syarikat-didenda-sekat-bekalan-minyak-masak/", "headline": "Tujuh syarikat didenda sekat bekalan minyak masak", "content": ["Seorang penjual menimbang satu beg minyak masak di pasar tradisional di Jakarta.", "JAKARTA: Agensi Antimonopoli Indonesia (KPPU) mengarahkan tujuh syarikat pengeluar minyak masak membayar denda sehingga AS$2.78 juta (RM12.29 juta) kerana menyekat jualan ketika masalah kekurangan bekalan melanda tahun lalu.", "KPPU melancarkan siasatan terhadap aktiviti syarikat itu selepas kenaikan harga minyak sawit memaksa kerajaan Indonesia melaksanakan had sementara ke atas harga runcit minyak masak.", "Indonesia yang dikenali sebagai pengeluar minyak sawit terbesar di dunia turut mengenakan larangan eksport terhadap bahan mentah berkenaan selama tiga minggu pertengahan tahun lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengerusi Panel KPPU, Dinni Melanie berkata, tujuh daripada 27 syarikat dalam kes itu didapati bersalah mengehadkan pengedaran minyak masak jenama mereka sewaktu had harga runcit ditetapkan pada awal 2022.", "Tujuh syarikat itu termasuk Salim Ivomas Pratama yang merupakan salah satu anak syarikat pengeluar makanan terbesar Indonesia, Indofood Group serta dua lagi unit di bawah Wilmar Group. ", "Setiap syarikat itu diperintahkan membayar denda antara 1 hingga 40.9 bilion rupiah (RM307,325 hingga RM12.29 juta).", "Wilmar Group dalam satu kenyataan berkata, pihaknya amat kecewa dengan keputusan itu dan percaya terdapat fakta yang mungkin disalah tafsir oleh KPPU.", "“Dalam tempoh yang berkaitan, operasi minyak masak kami secara khusus, dan industri kami secara amnya, terjejas akibat isu rantaian bekalan teruk yang memberi kesan kepada penghantaran minyak masak,” katanya.", "Bagaimanapun kesemua 27 syarikat dibebaskan daripada pertuduhan penetapan harga oleh KPPU.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/tujuh-syarikat-didenda-sekat-bekalan-minyak-masak/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/tujuh-syarikat-didenda-sekat-bekalan-minyak-masak/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/05/%e7%a6%ae%e8%b2%8c%e6%8b%9c%e6%9c%83%e5%93%88%e8%8a%9d%e8%8a%9d-4/", "headline": "禮貌拜會哈芝芝", "content": ["(亞庇五日訊)沙巴首長拿督斯里哈芝芝今日接受了東部戰地指揮官(PMTTD)拿督Mohd. Sofi Md. Lepi的禮貌拜會。", "雙方也討論了國州的安全問題。", "53 歲的拿督Mohd. Sofi Md. Lepi,今年6月被任命為第六任PMTTD指揮官,接替拿督Mardzuki Muhammad中將。", "他1970年4月14日出生於雪蘭莪烏魯炎,於1988年8月19日加入馬來西亞陸軍(TDM)。", "他在澳大利亞鄧特倫皇家軍事學院完成學員軍官培訓後,於1990年7月1日在皇家馬來軍團(RAMD)服役。", "2022年6月27日晉陞少將軍銜,並任命為陸軍總部陸軍參謀長。", "與此同時,哈芝芝也接待了沙巴衛生局新總監Asits Sanna的禮貌拜會,他於2023年6月22日走馬上任,接替拿督羅絲娜妮。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/27/dewan-negara-lulus-ksp-rmk-12/", "headline": "Dewan Negara lulus KSP RMK-12", "content": ["KUALA LUMPUR: Dewan Negara kelmarin meluluskan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) melalui undian suara.", "Menurut Utusan Malaysia, Yang Dipertua Dewan Negara,Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan perkara tersebut selepas majoriti Ahli Dewan bersetuju dengan KSP RMK12.", "“Terima kasih kepada 44 Ahli Dewan Negara yang mengambil bahagian di dalam perbahasan dan memberi maklum balas kepada 26 kementerian yang juga selesai menjawab serta membuat penggulungan sepanjang dua hari ini,” katanya.", "Usul KSP RMK12 diluluskan selepas persidangan Dewan Negara selamat dijalankan iaitu bermula pada 20 sehingga 26 September ini.", "Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Dewan Rakyat meluluskan usul KSP RMK12 dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM415 bilion.", "Utusan Malaysia", "Untuk rekod, KSP RMK12 disediakan bagi mengukur pencapaian sepanjang dua tahun pertama pada 2021-2022.", "Selain itu, ia akan mengetahui hala tuju bagi tahun 2023-2025 ke arah mencapai negara mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi dengan mengambil kira cabaran domestik dan trend global semasa. ", "Dewan Negara lulus KSP RMK-12"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/06/jun-hao-puas-jadi-juara-master-kl-2023/", "headline": "Jun Hao puas jadi juara Master KL 2023", "content": ["Pemain badminton kebangsaan, Leong Jun Hao menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan KL Masters 2023 di Stadium Titiwangsa di sini kelmarin.", "PETALING JAYA: Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao memastikan kem Malaysia menutup tirai Kejohanan Badminton Master Kuala Lumpur 2023 dengan kejayaan gemilang selepas menumpaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao di final yang berlangsung di Stadium Titiwangsa kelmarin.", "Biarpun Jun Hao turun sebagai pilihan kedua kejohanan, dia langsung tidak gentar dengan Chiao Hao yang diletakkan sebagai pilihan utama apabila menampilkan aksi bertenaga untuk mengatasi pemain Taiwan itu.", "Selepas 43 minit bertarung, Jun Hao akhirnya mengesahkan dirinya sebagai juara dengan keputusan 22-20, 21-13.", "Sebagai juara, Jun Hao meraih trofi dan hadiah kemenangan berjumlah AS$7,500 (RM 35,471), manakala Chiao Hao akur meraih ganjaran sebanyak AS$3800 (RM 17,972).", "Lebih manis, Jun Hao sebagai anak jati Kuala Lumpur kini melakar sejarah menjadi juara edisi pertama kejohanan ini bagi acara perseorangan lelaki.", "“Saya rasa tadi saya perlu tenang, kerana walaupun saya sedang mendahului dalam perlawanan tadi, dia tetap cuba mengejar dan ia memberikan tekanan kepada saya, mujur saya dapat mengawal keadaan.", "“Memang bagus dan saya sangat gembira kerana dapat meraih gelaran ini di laman sendiri. Saya kena berterima kasih dan mahu mendedikasikan kemenangan ini kepada BAM (Persatuan Badminton Malaysia), semua staff sokongan dan ahli keluarga saya.", "“Saya hadir ke kejohanan ini dengan banyak tekanan kerana ramai pihak menaruh harapan tinggi untuk saya memenanginya. Jadi apabila saya berjaya melakukannya, saya merasakan saya mampu untuk menanggung beban tekanan ini dengan beraksi baik sepanjang minggu ini,” jelas Jun Hao.", "Terdahulu, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See turut menjuarai kejohanan ini selepas menumpaskan pasangan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong dengan keputusan 21-9, 17-21, 21-10.", "Sejurus selepas memenangi kejohanan ini, Jun Hao dan beberapa lagi pemain negara akan berlepas ke Gwangju, Korea Selatan bagi menyertai Master Korea yang akan membuka tirai pada Selasa.", "Jun Hao puas jadi juara Master KL 2023"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/06/misi-sar-ditamatkan-dron-hadapi-masalah/", "headline": "Misi SAR ditamatkan, dron hadapi masalah", "content": ["Operasi SAR Muhammad Hawari menggunakan dron berteknologi tinggi.", "PUTRAJAYA: Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim ditamatkan hari ini susulan masalah dihadapi dron.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengurus Misi ME2023, Ayu Wanirah Naharudin memaklumkan, misi SAR itu sepatutnya berakhir esok, namun ia terpaksa dihentikan berikutan dron yang digunakan gagal menerima gambar dan video yang dirakam.", "Beliau berkata, pihaknya menerima berita itu petang semalam daripada Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak yang kini berada di Everest Base Camp (EBC).", "“Masalah ini mungkin berpunca daripada faktor cuaca sejuk menyebabkan dron berkenaan sukar untuk berfungsi dengan baik selepas tiga hari digunakan.", "“Ketika ini, saya bersama seorang pendaki ME2023, Tiong Ling Yang sudah berada di Kathmandu bagi meneliti gambar dan video yang dihantar.", "“Gambar dan video itu akan diteliti menggunakan skrin besar bagi mendapatkan sebarang petunjuk sepanjang operasi SAR itu diadakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.", "Katanya, dua dron yang digunakan dalam operasi SAR ini adalah dari jenis DJI Matrice 300 RTK dan DJI Mavic 3 yang dibawa dari Malaysia.", "Ayu Wanirah berkata, pasukan operasi SAR diketuai Azim bersama seorang jurugambar dan dua malim gunung dijangka pulang ke Kathmandu hari ini.", "Menurutnya, selain berdepan masalah dron, syarikat pengendali helikopter yang dilantik turut memanggil pulang juruterbangnya untuk pulang ke negara asal di Jerman.", "“Masalah ini turut menyukarkan mereka untuk meneruskan operasi SAR yang berbaki sehari, namun atas faktor keselamatan mereka akur dengan arahan itu.", "“Bagaimanapun, kami akan terus meneliti gambar dan video yang dirakam dan sekiranya mendapat petunjuk akan melakukan sesuatu dengan menerima nasihat dan pandangan dari semua pihak termasuk pihak berkuasa Nepal dan Kedutaan Malaysia di Nepal,” katanya.", "Muhammad Hawari dilaporkan hilang sejak 19 Mei lalu selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada aras ketinggian 8,000 meter dari aras laut.", "Sehar sebelum itu, pada pukul 3.30 petang waktu Nepal Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest. ", "Misi SAR ditamatkan, dron hadapi masalah"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/02/uitm-nafi-terlibat-program-palsu-pemeriksaan-alat-kelamin/", "headline": "UiTM nafi terlibat program palsu pemeriksaan alat kelamin", "content": ["SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan kampus cawangannya di Perak mempunyai kaitan dengan program pemeriksaan alat kelamin lelaki seperti makluman sepucuk surat yang tular dalam media sosial.", "Menurut Utusan Malaysia, universiti itu dalam satu kenyataan memaklumkan surat yang tular tersebut dikatakan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) namun perkara itu dinafikan oleh kementerian berkenaan dan dokumen tersebut disahkan palsu.", "“KKM mengesahkan surat edaran berkaitan ‘Notis Pemeriksaan Alat Kelamin Siswa Lelaki’ di Perak bertarikh 31 Mei lalu adalah palsu. Universiti juga mengesahkan tiada program berkaitan pemeriksaan alat kelamin pelajar lelaki di UiTM Cawangan Perak,” katanya, hari ini.", "Terdahulu tular dalam media sosial, sepucuk surat dikatakan dikeluarkan oleh Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit, KKM berkenaan mewajibkan pemeriksaan alat kelamin mahasiswa lelaki yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Perak.", "Surat tersebut menamakan UiTM dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebagai lokasi rujukan bagi program berkenaan.", "Dalam pada itu, UiTM dalam kenyataan sama turut memberitahu terdapat program kesedaran dan pengetahuan kesihatan seksual dan pengesanan awal masalah kesihatan seksual dalam kalangan remaja dianjurkan dekat cawangan universiti berkenaan di negeri itu.", "“‘Program Cakna Pergaulan Anda, Cegah Sebelum Parah’ bagi mahasiswa UiTM cawangan negeri itu anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah.", "“Justeru, universiti mengesahkan berita (notis pemeriksaan alat kelamin) adalah palsu dan tidak terlibat dengan apa-apa program yang menjejaskan imej universiti seperti isu yang ditularkan,” jelasnya. ", "UiTM nafi terlibat program palsu pemeriksaan alat kelamin"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/11/lima-maut-pekerja-bank-tembak-rakan-dan-buat-live-di-instagram/", "headline": "Lima maut, pekerja bank tembak rakan dan buat ‘live’ di Instagram", "content": ["Beberapa pegawai polis yang bertindak balas terhadap serangan penembak di bangunan Old National Bank di Louisville, Kentucky.", "LOUISVILLE: Seorang pekerja bank berusia 25 tahun melepaskan tembakan di tempat kerjanya di Louisville, di negeri Kentucky, Amerika Syarikat (AS), membunuh lima orang dan mencederakan sekurang-kurangnya lapan yang lain sebelum polis menembak dan membunuhnya.", "Menurut Utusan Malaysia, AFP melaporkan, selepas empat kematian awal, pihak berkuasa Louisville mengumumkan pada sebelah malam bahawa mangsa kelima, seorang wanita berusia 57 tahun, meninggal dunia akibat kecederaan ditembak.", "Polis mengenal pasti lelaki bersenjata dalam pembunuhan beramai-ramai AS terbaru itu sebagai seorang lelaki kulit putih bernama Connor Sturgeon dan dia adalah pekerja Old National Bank yang terletak di pusat bandar di bandar terbesar Kentucky.", "Selepas menerima laporan mengenai tembakan di bank itu pada 8:38 pagi (waktu tempatan), polis dilaporkan berada di tempat kejadian dalam masa tiga minit.", "Ketua Polis Sementara, Jacquelyn Gwinn-Villaroel dalam sidang media berkata, suspek bagaimanapun menembak ke arah pegawai yang turut membalas tembakan dan membunuhnya.", "“Senjata pilihannya ialah senapang,” katanya tanpa menyatakan sama ada ia adalah senjata serangan yang sering digunakan dalam pembunuhan tragis di AS.", "Gwinn-Villaroel mengesahkan bahawa penembak itu telah menyiarkan video secara langsung serangan itu di Instagram.", "Jurucakap Meta, syarikat induk aplikasi media sosial itu memberitahu AFP bahawa perkara itu berhubung dengan penguatkuasaan undang-undang dan pihaknya segera mengalih keluar siaran langsung kejadian tragis berkenaan pagi ini.", "Setakat ini, tiada maklumat mengenai motif suspek, tetapi CNN memetik sumber penguat kuasa undang-undang sebagai berkata, suspek baru sahaja dimaklumkan akan kehilangan pekerjaan.", "Gwinn-Villaroel berkata bahawa tiga orang berada dalam keadaan kritikal termasuk seorang pegawai polis yang ditembak di kepala.", "Seorang daripada mangsa itu kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaannya, kata Jabatan Polis Louisville sambil menambah seorang lagi wanita dan tiga lelaki yang terbunuh dalam serangan itu, kesemuanya berumur antara 40 dan 64 tahun.", "Salah seorang lelaki yang terbunuh, Tommy Elliot, 63, adalah rakan Datuk Bandar Louisville dan Gabenor Demokrat Kentucky.", "Lima maut, pekerja bank tembak rakan dan buat ‘live’ di Instagram"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/07/gelagat-rakyat-sabah-mencuit-hati-agong/", "headline": "Gelagat rakyat Sabah mencuit hati Agong", "content": ["Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyertai tarian Magunatip semasa majlis santapan malam bersama kerajaan negeri di Kota Kinabalu malam tadi. – Sumber FB Istana Negara", "KOTA KINABALU: Gelagat rakyat Sabah sepanjang lima hari Kembara Kenali Borneo berlangsung di negeri ini menghiburkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Menurut Utusan Malaysia, perkara itu dikongsikan oleh Al-Sultan Abdullah semasa bertitah pada majlis santapan malam bersama kerajaan negeri semalam.", "“Ada anak muda panggil saya ‘Pakcik Agong’, ada yang panggil ‘Gong, Gong, Gong’ sekurang-kurangnya menghiburkan saya juga..kepada Permaisuri dipanggil Datin Permaisuri.", "“Ini semua pada saya, realiti yang cukup menakjubkan dan keharmonian ditunjuk di sebalik kepelbagaian ini simbol kepada perpaduan dan kestabilan negeri Sabah yg wajar dijadikan tauladan,” katanya.", "Kembara yang akan berakhir di Sabah petang ini meninggalkan pelbagai kisah dan pengalaman menarik yang dikongsikan oleh warganet menerusi laman media sosial seperti Tiktok dan Facebook.", "Setiap daerah yang dilalui oleh 25 kenderaan dalam program Kembara Kenali Borneo itu mempunyai kisah tersendiri.", "Paling menarik apabila warganet berkongsi gelaran yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong apabila kenderaan dinaiki Baginda berdua berhenti di bahu jalan untuk menyantuni rakyat jelata.", "Laungan ‘Daulat Tuanku’ sering kali kedengaran apabila kenderaan dinaiki Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah melalui kawasan yang dipenuhi orang ramai yang menanti kehadiran Baginda.", "Malah setiap kali kembara yang turut disertai anakanda baginda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana melalui kawasan tertentu, masyarakat setempat tidak melepaskan peluang untuk mendekati kenderaan Seri Paduka bagi merakamkan gambar kenangan.", "Sambutan yang diberikan oleh rakyat Sabah itu turut menyentuh hati Raja Permaisuri Agong yang dilihat menitiskan air mata pada hari pertama tiba di Tawau.", "Sepanjang kunjungan ke lapan daerah, rakyat di setiap kawasan begitu teruja apabila dapat menatap secara dekat keperibadian mulia Baginda berdua yang amat mesra dan ramah dengan rakyat.", "Selain program rasmi yang telah disusun, Seri Paduka turut membuat kunjungan mengejut ke gerai-gerai buah di tepi jalan dan stesen minyak.", "Lapan daerah yang telah dilawati sepanjang lima hari kembara itu berlangsung di Sabah adalah Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang. ", "Dipanggil Pakcik Agong, Abang Agong, Al Sultan Abdullah terhibur sepanjang Kembara Kenali Borneo"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/25/32-wanita-arab-dipilih-pandu-kereta-api-ekspres-haramain/", "headline": "32 wanita Arab dipilih pandu kereta api ekspres Haramain ", "content": ["JEDDAH: Seramai 32 wanita Arab Saudi dipilih sebagai pemandu Kereta Api Ekspres Haramain yang beroperasi antara Mekah dan Madinah menerusi Jeddah.", "Kesemua wanita itu menerima kelayakan tersebut daripada Politeknik Laluan Kereta Api Arab Saudi (SRP) di bawah Syarikat Kereta Api Arab Saudi.    ", "Menurut Utusan Malaysia, portal Saudi Gazette melaporkan, kumpulan wanita itu mula bekerja selepas dilatih oleh pakar SRP selama lebih 12 bulan.  ", "Saudi Gazette", "Beberapa wanita yang ditemubual oleh Agensi Berita Saudi (SPA) meluahkan rasa bangga apabila berpeluang menceburi kerjaya itu.", "Agensi Berita Saudi (SPA)", "Seorang wanita terbabit, Tharaa Ali Alzahrani berasa gembira dan bersyukur menjadi antara calon kumpulan pertama pemandu kereta api wanita di Arab Saudi.", "“Sejak SRP mengumumkan peluang pekerjaan ini pada Januari lalu, saya terus memohonnya. Selepas menjalani sesi temuduga dan ujian, saya dipilih sebagai antara calon kumpulan pertama pemandu kereta api wanita di Arab Saudi.", "“Ini membantu saya mencapai cita-cita untuk berkhidmat kepada negara,” katanya.", "Menurut Tharaa, semua calon dipilih sebagai pemandu sudah melengkapkan latihan teori dan praktikal berkaitan sistem keselamatan selain turut menjalani latihan memandu kereta api.", "Seorang lagi calon dipilih, Rotella Yasser Najjar berkata, latihan kepimpinan itu  memberi peluang kepada wanita Arab Saudi dan memperkasakan diri golongan tersebut untuk bekerja di pelbagai lokasi bagi berkhidmat kepada negara.", "“Ia termasuk projek Kereta Api Haramain yang menyediakan pengangkutan kepada jemaah haji dan umrah serta pengunjung ke Masjidil Haram,” katanya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/01/32-wanita-arab-dipilih-pandu-kereta-api-ekspres-haramain/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/01/32-wanita-arab-dipilih-pandu-kereta-api-ekspres-haramain/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/26/filipina-china-bersedia-hadapi-taufan-doksuri/", "headline": "Filipina, China bersedia hadapi Taufan Doksuri", "content": ["Petani memindahkan haiwan ternakan mereka ke kawasan selamat sebagai persediaan menghadapi Taufan Doksuri yang dijangka melanda Filipina hari ini. ", "MANILA: Agensi cuaca Filipina mengeluarkan arahan berpindah kepada penduduk di kawasan pesisir pantai berikutan Taufan Doksuri yang bakal melanda utara negara itu.", "Ketika ini, taufan berkenaan yang membawa angin berkelajuan maksimum 185 kilometer sejam bergerak ke arah tiga pulau terletak di hujung utara pulau utama Luzon.", "Menurut Utusan Malaysia, taufan yang dinamakan ‘Egay’ di Filipina dijangka melanda pulau Babuyan atau wilayah timur laut Cagayan menjelang petang ini.", "Doksuri dijangka membawa hujan lebat di kepulauan itu dan bahagian utara wilayah Cagayan, Apayao dan Ilocos Norte.", "Tiga daripada lima pulau Babuyan mempunyai populasi sebanyak 20,000 penduduk.", "Taufan itu kemudiannya bergerak ke Taiwan dan timur China.", "Dalam pada itu, pegawai bencana tempatan, Charles Castillejos memaklumkan, penduduk di pesisir pantai diarahkan berpindah buat sementara waktu, manakala golongan nelayan dinasihatkan tidak turun ke laut.", "Secara purata, Filipina dilanda kira-kira 20 ribut besar setiap tahun yang mengorbankan ratusan hingga ribuan orang.", "Di Fuzhou, China, pihak berkuasa meningkatkan tahap respons kecemasan taufan kepada Tahap Tiga ketika Doksuri semakin menghampiri.", "Jabatan Meteorologi China meramalkan Doksuri akan bergerak ke barat laut pada kelajuan 10 hingga 15 kilometer sejam dan dijangka mendarat antara pantai selatan dan tengah wilayah Fujian serta pantai timur Guangdong pada pagi Jumaat ini. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/07/filipina-china-bersedia-hadapi-taufan-doksuri/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/07/filipina-china-bersedia-hadapi-taufan-doksuri/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/03/pesakit-mati-selepas-jururawat-tutup-mesin-jantung-untuk-facetime/", "headline": "Pesakit mati selepas jururawat tutup mesin jantung untuk FaceTime", "content": ["SYDNEY: Seorang warga emas berusia 85 tahun meninggal dunia selepas jururawatnya memutuskan sambungan mesin pemantau jantung pesakit itu semata-mata mahu bercakap dengan keluarganya menerusi aplikasi FaceTime.", "Menurut Utusan Malaysia, Mirror melaporkan, Geraldine Lumbo Dizon bekerja syif malam di Hospital Swasta Nepean di Kingswood, Sydney dalam kejadian berlaku pada 29 Julai 2021.", "Ketika kejadian, Geraldine menerima panggilan daripada keluarganya di Filipina menerusi aplikasi itu sebelum bertindak mematikan penggera yang menyambungkan kepada mesin pemantau jantung pesakit itu.", "Tribunal Rayuan Sivil dan Pentadbiran New South Wales juga mendapati jururawat itu gagal memaklumkan kepada doktor mengenai gangguan pada rentak jantung pesakit terbabit sebelum kejadian itu berlaku.", "Pada sesi perbicaraan itu, Geraldine didapati bersalah atas pertuduhan salah laku dan tingkah laku profesional yang tidak memuaskan.", "Malah, Geraldine juga didapati gagal memberi rawatan sewajarnya kepada pesakit berkenaan yang mengalami kegagalan buah pinggang dan jantung, ketika panggilan telefon itu.", "Selepas syif Geraldine berakhir, pasukan perubatan buntu melihat rentak jantung pesakit itu yang semakin merosot kerana dia gagal memasang semula sambungan mesin berkenaan.", "“Pada 30 Julai 2021, mesin pemantau jantung menunjukkan pesakit A mengalami bradikardia (degupan jantung perlahan).", "“Jururawat dan kakitangan perubatan lain tidak dapat mendengar bunyi penggera kerana penggera telemetri masih terputus,” jelas keputusan tribunal itu.", "Sementara itu, Geraldine memaklumkan dia mematikan bunyi penggera tersebut kerana ia mengelirukan pesakit lain.", "Katanya, pesakit lain menyangka penggera itu sebagai bunyi loceng pintu.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/pesakit-mati-selepas-jururawat-tutup-mesin-jantung-untuk-facetime/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/05/pesakit-mati-selepas-jururawat-tutup-mesin-jantung-untuk-facetime/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/16/dua-wanita-warga-asing-diculik-selepas-keluar-berhibur/", "headline": "Dua wanita warga asing diculik selepas keluar berhibur", "content": ["PETALING JAYA: Tindakan dua wanita warga asing mengikuti seorang lelaki tempatan untuk berhibur mengundang padah apabila mereka diculik lelaki berkenaan.", "Satu laporan polis telah dibuat rakan serumah mangsa yang bekerja sebagai peniaga pada 11 Ogos lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian itu berlaku selepas dua rakan pengadu keluar dari rumah mereka di Puchong dengan mengikuti seorang lelaki tempatan untuk menghadiri parti kira-kira pukul 6 petang.", "“Beberapa jam kemudian, pengadu menerima mesej gambar dua rakannya itu yang diikat dan mata ditutup melalui aplikasi WeChat.", "“Suspek kemudiannya telah menghubungi rakan mangsa sebelim meminta sebanyak RM20,000 sebagai wang tebusan sekiranya mahu dua wanita masing-masing berusia 32 dan 35 tahun itu dilepaskan,” katanya dalam satu kenyatan di sini semalam.", "Mengulas lanjut, kata beliau, siasatan awal dilakukan mendapati pengadu mengenali suspek semasa berada di sebuah pusat hiburan di kawasan Lembah Klang.", "“Malah, suspek juga pernah mengambil nombor telefon pengadu untuk simpanan,” jelasnya.", "Susulan itu, pihak polis menahan dua lelaki tempatan yang juga penganggur masing-masing berusia 31 dan 35 tahun di Klang puku1.30 petang.", "“Siasatan awal dilakukan mendapati modus operandi suspek adalah meminta wanita warga asing menemaninya berhibur dan dijadikan sebagai tebusan dengan mengikat dan menutup mata mangsa sebelum menghubungi rakan mereka.", "“Dalam kes ini, suspek melepaskan mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun wang tebusan tidak diperoleh bagi mengelakkan pihak polis menghidu kegiatan itu,” jelasnya.", "Katanya, berdasarkan pengakuan awal kedua-dua suspek yang mempunyai rekod jenayah itu mengaku dalam kes terbabit dan dipercayai melakukan kegiatan seumpama itu beberapa kali.", "“Kedua-dua suspek itu juga dikehendaki di daerah lain di Lembah Klang kerana disyaki melakukan kegiayan sama.", "“Kedua-dua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 dan Seksuen 385 Kanun Keseksaan,” jelasnya.", "Dalam pada itu, A Anbalagan mengingatkan sekiranya terdapat mangsa mengalami situasi sama supaya tampil membuat laporan untuk tindakan lanjut.", "https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/dua-wanita-warga-asing-diculik-selepas-keluar-berhibur/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/07/sabahs-unesco-triple-crown-status-garners-praise/", "headline": "Sabah’s UNESCO Triple Crown status garners praise", "content": ["Joniston (third right) and Zakri Jaafar (middle) jointly unveiling of the Kinabalu UNESCO Global Geopark.", "LONDON: A British natural history publisher has hailed Sabah’s extraordinary triple-crown achievement as a powerful catalyst poised to rekindle a profound fascination with the state’s exceptional wildlife.", "John Beaufoy, an avid wildlife enthusiast, believed this accolade would not only deepen the world’s appreciation for Sabah’s ecological wonders but also issue a captivating call to a global audience to explore the region’s rich biodiversity.", "“I’ve had the privilege of visiting Sabah multiple times over the past 25 years. With its newfound UNESCO triple-crown status, I firmly believe it will elevate Sabah, especially Kinabalu Park, to the pinnacle of wildlife history destinations,” he said.", "Beaufoy shared his reflections following the unveiling of Sabah’s Kinabalu UNESCO Global Geopark during the World Travel Market 2023 at Excel London yesterday.", "It was joiintly unveiled by Sabah Assistant Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Joniston Bangkuai and the Malaysian High Commissioner to the United Kingdom Datuk Zakri Jaafar.", "At the same time, they also launched a bird guidebook titled “A Naturalist’s Guide to Borneo’s Birds (4th edition)” authored by Sabah’s Wong Tsu Shi and published by John Beaufoy Publishing.", "Beaufoy pointed out that Sabah has already drawn a significant number of UK wildlife enthusiasts eager to explore the state’s diverse wildlife, from birdlife to butterflies and mammals. ", "He believed that the UNESCO Global Geopark status would act as a strong magnet, encouraging even more wildlife enthusiasts to consider Sabah a premier destination for wildlife watching.", "Meanwhile,  Zakri said the latest UNESCO recognition extends its impact beyond Sabah, encompassing the entire Malaysia.", "He said the recognition would undoubtedly elevate the global status of both Sabah and Malaysia, positioning them at the forefront of international recognition and appreciation.", "Zakri noted that Malaysia received over 400,000 travelers from the UK prior to the pandemic.", "“Despite the challenges posed by the pandemic, as of September this year, over 100,000 UK visitors have already returned to Malaysia, signifying promising statistics.", "“Abundant opportunities exist to further boost the number of UK visitors to Malaysia, and I firmly believe that the UNESCO Global Geopark status granted to Sabah will serve as a compelling draw for UK tourists to explore the unique flora and fauna that Malaysia has to offer,” he said.", "Sabah achieved the triple-crown status after UNESCO recognised the Kinabalu National Geopark as a Global Geopark in May this year. ", "This achievement has made Sabah the third destination in the world to attain this coveted triple crown, following Shennongjia in China and Jeju Island in Korea.", "Sabah’s other two UNESCO “crowns” are the Kinabalu Park, designated a World Heritage Site in December 2000, and the Crocker Range Biosphere Reserve, declared in June 2014.", "In his speech, Joniston underscored the Sabah Government’s unwavering commitment to environmental conservation and sustainable tourism practices.", "“The World Travel Market 2023 is a momentous occasion for Sabah as it provides us with the opportunity to showcase our latest UNESCO crown jewel to the world, highlighting its incredible geology, rich ecosystems, local communities, and the conservation work that earned it UNESCO recognition.", "“Sabah is not merely a destination but a pledge to preserve the planet’s natural wonders for future generations. The State Government aims to empower rural communities within the Kinabalu Geopark by involving them in both conservation and the tourism industry.", "“This recognition as the 195th UNESCO Global Geopark solidifies Sabah’s place on the world stage, and we invite the global travel and tourism community to experience the splendor of this remarkable Geopark, contributing to its sustainable development and global awareness,” he added."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/12/kerajaan-negeri-boleh-mohon-operasi-pembenihan-awan/", "headline": "Kerajaan negeri boleh mohon operasi pembenihan awan", "content": ["OPA dilaksanakan atas permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui penyelarasan antara NADMA, MET Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). – Gambar ihsan JPM", "PUTRAJAYA: Kerajaan negeri yang memerlukan bantuan bagi menjalankan operasi pembenihan awam (OPA) boleh mengemukakan syor kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk dibuat penilaian.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) akan mengkaji terlebih dahulu kesesuaian lokasi dan ramalan keadaan atmosfera di kawasan cadangan bagi menjamin kejayaan OPA.", "Beliau berkata, pada hari ini, OPA dilaksanakan atas permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui penyelarasan antara Nadma, MET Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).", "“Operasi kali kedua ini diteruskan sehingga esok dan menyasarkan sekitar Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam di Pulau Pinang sebagai tindakan awal mengatasi penyusutan air di kedua-dua empangan itu.", "“Setakat hari ini, Empangan Air Itam mencapai peratus kapasiti air sebanyak 48.6 peratus dan Empangan Teluk Bahang pula sekitar 44.4 peratus,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.", "Katanya, bagi melaksanakan OPA ini, pesawat C-130 Hercules milik TUDM berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang membawa empat tangki mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air yang disediakan MET Malaysia.", "Jelasnya lagi, kejayaan OPA bergantung kepada keadaan atmosfera yang sesuai seperti kelembapan yang tinggi, kehadiran awan kumulus dan kelajuan angin yang lemah.", "Armizan berkata, operasi sama dijalankan di Pulau Pinang pada 2 hingga 4 Mei lalu dan berjaya menghasilkan 100 peratus hujan di kawasan yang disasarkan.", "Menurutnya, pihaknya berharap usaha bersepadu itu boleh membantu meningkatkan kapasiti air di kawasan tadahan hujan sekali gus menjamin bekalan air kepada pengguna tanpa gangguan.", "MetMalaysia sebelum ini melaporkan Monsun Barat Daya (MBD) telah bermula pada 15 Mei lalu dan dijangka berlarutan sehingga September 2023.", "Lazimnya ketika MBD, kurangnya pembentukan awan sekali gus taburan hujan menjadi rendah di kebanyakan kawasan menyebabkan keadaan cuaca panas", "dan kering.", "Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) pada 16 Mei lalu memutuskan agar Nadma dan agensi berkaitan memperkasa kesiapsiagaan bagi menangani impak fenomena cuaca panas dan kering semasa MBD.", "Kerajaan negeri boleh mohon operasi pembenihan awan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/14/%e5%90%b3%e6%b7%bb%e6%b3%89%e5%86%80%e9%a6%96%e7%9b%b8%e4%bb%8a%e5%b9%b4-%e8%a8%aa%e8%8f%af%e6%b7%b1%e5%8c%96%e9%a6%ac%e4%b8%ad%e9%97%9c%e4%bf%82/", "headline": "吳添泉冀首相今年 訪華深化馬中關係", "content": ["丹斯里吳添泉(左5)率領華總領導層與到訪的中國經濟聯絡中心副主任劉景華(左4)合影,左起為拿督卓正豹、拿督黃振興與拿督林家全;右為胡健強、張盛、左宏升、王琦與黃俊棠。", "(吉隆坡十四日訊)華總會長丹斯里吳添泉希望拿督斯里安華能夠在今年,首次以首相身份官訪中國,和中國國家主席習近平等最高領導人會面,為今年進入10週年的兩國「全面戰略夥伴關係」以及明年歡慶建交50週年,作出最好的官方鋪墊和安排,並進一步加強各領域的戰略合作!", "他也深信,隨著中國政府在本月8日全面開放國門和防疫措施後,除了旅遊業,兩國經貿聯繫,以及通過「一帶一路」的合作,將會進一步取得跨越式的成長。", "也是馬中商務理事會董事兼馬中雙邊政策委員會主席的吳添泉,昨天在華總大廈接待到訪的中國中共中央對外聯絡部(中聯部)–中國經濟聯絡中心(中經聯)副主任劉景華,以及馬來西亞一帶一路委員會一行人進行交流時發表談話。", "華總會長丹斯里吳添泉(左2)從中國經濟聯絡中心副主任劉景華(右2)手中接過紀念品,左為拿督林家全,右為王琦。", "出席者包括華總署理總會長兼馬來西亞一帶一路委員會署理會長拿督林家全,中經聯業務處長王琦、張盛、高媛媛,中國駐馬大使館二等秘書左宏升,華總副總會長英俊棠,副總財政拿督黃振興,中委拿督卓正豹,森華堂副會長胡健強,一帶一路委員會秘書長梁志華,財政趙梅伊,副財政林子健,理事李志春和黃秀琴等多人。一行人也同時參觀了華總馬來西亞華人博物館。", "他說,馬中建交在今年將進入49週年,同時也是兩國建立全面戰略夥伴關係的10週年,明年則是建交50週年,意味著今、明兩年,對兩國都非常有意義,雙方也準備舉行一系列相關的慶祝活動,這是值得兩國人民所共同期待的美事。", "他也對首相拿督斯里安華主政後,不斷強調大馬將繼續加強和中國友好聯繫的立場表示欣慰和全力支持:「首相最近接見中國駐馬大使歐陽玉靖時,再次表明我國將和中國繼續鞏固現有的良好關係,以造福人民和維護共同利益。」", "他說,不論是旅遊、藝術及文化部長拿督斯里張慶信,或是交通部長陸兆福等,也都異口同聲表明我國新政府繼和中國加強合作,包括在企業、旅遊、文化、交通運輸和服務業等多個領域在內的鮮明立場和政策,清楚表達了我國政府高度重視和中國的關係與合作。", "他說,兩國雙邊貿易額每年都有超過1000億美元的驕人記錄,只要這個良好的勢頭獲得持續,這一兩年內,相信將可取得突破2000億美元大關的新高點。", "他也對國際貿易及工業部長拿督斯里東姑賽夫魯最近表示將在明年初,率領我國代表團往中國招商引資,表示歡迎和支持。", "吳添泉表示認可和讚揚,中經聯和一帶一路委員會,在促進馬中兩國在「一帶一路」戰略合作下,所扮演的積極和重要角色,並確保一切都更到位和更成功,形容都是促進馬中兩國關係和「一帶一路」聯繫上的重要「戰略夥伴」。", "他強調,華總自成立以來,長期也在扮演著促進馬中兩國關係的橋樑或民間帶動者的角色:「我們響應政府的國家政策,並全力支持『一個中國』政策,這是我們的立場。」", "劉景華:華總華博是海外最好的民辦華人博物館", "劉景華:華總華博是海外最好的民辦華人博物館", "劉景華在交流會上致詞時表示,這次來馬有機會參觀華總的馬來西亞華人博物館,令他增長見聞,受益良多。", "他形容,華人博物館的華人歷史內涵和水平,超出了他的想像空間:「無論是所展出的歷史觀以及展現方式,都非常的正面和詳盡,它可以說是我在國外所參觀的民辦華人博物館中,最好的一間,印象也特別深刻!」", "他說,中國在去年所舉行的第20次代表大會上,提出了「2050年宏願」及目標,全面推動中國經濟朝向現代化,促使中國在各個領域成為強大及專業的經濟體。", "「中國目前正致力於優化疫情的掌控,以讓中國經濟能夠盡快復甦。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/06/rupa-seiras-ronaldinho-minnies-diminta-buat-ujian-dna/", "headline": "Rupa seiras Ronaldinho, Minnies diminta buat ujian DNA", "content": ["Wajah Miche Minnies seiras legenda Brazil, Ronaldinho.", "LONDON: Pemain wanita Miche Minnies yang memiliki rupa paras mirip legenda Brazil, Ronaldinho diminta oleh peminatnya untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).", "Minnies, 21, merupakan penyerang kelab Afrika Selatan, Mamelodi Sundowns.", "Menurut Utusan Malaysia, dia menjadi tular di media sosial selepas para penyokong melihat dirinya seperti bayangan kepada bekas pemenang Ballon d’Or itu.", "Gambar Minnies beraksi ­disiarkan bersama foto Ro­naldinho dan persamaan tersebut menjadi lebih ketara jika kedua-duanya memakai jersi kuning.", "“Ronaldinho mesti menjelaskan mengapa dia mempu­nyai penampilan yang amat seiras Miche Minnies yang bermain untuk Mamelodi Sundowns Ladies di Afrika Selatan!” kata seorang pengguna media sosial.", "“Ini ialah Miche Minnies, pemain sayap Afrika Selatan yang bermain untuk Mamelodi Sundowns. Ronaldinho perlu menjelaskan sesuatu kepada kami,” ujar yang lain.", "Minnies merupakan pemain yang berbakat dan telah menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan untuk membantu Sundowns mengekalkan kejua­raan Liga Super negara itu.", "Dia turut membawa pasukan itu melayakkan diri ke perlawanan akhir kelayakan Piala COSAFA dan Liga Juara-Juara Wanita CAF.", "Rupa seiras Ronaldinho, Minnies diminta buat ujian DNA"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/24/bumbung-gim-runtuh-10-maut-di-china/", "headline": "Bumbung gim runtuh, 10 maut di China", "content": ["BEIJING: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan seorang lagi terperangkap selepas bumbung gim runtuh dalam satu kejadian di timur laut China.", "Gim yang terletak di sebuah sekolah menengah di Qiqihar, wilayah Heilongjiang itu runtuh sebelum pukul 3 petang waktu tempatan kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 14 orang dibawa keluar dari bawah runtuhan dengan empat daripadanya maut di lokasi kejadian dan enam lagi meninggal dunia di hospital.", "Rakaman yang disiarkan stesen penyiaran CCTV menunjukkan keseluruhan bahagian bumbung runtuh dan pasukan penyelamat memeriksa lokasi kejadian.", "“Operasi mencari dan menyelamat melibatkan hampir 160 anggota bomba dan 39 jentera bomba dikerahkan ke lokasi kejadian,” lapor CCTV.", "Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku akibat struktur binaan yang tidak kukuh.", "Sehubungan itu, syarikat binaan yang berkaitan akan disoal siasat pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.", "Bumbung gim runtuh, 10 maut di China"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/06/wanita-catat-rekod-dunia-larian-ultra-maraton-23-hari/", "headline": "Wanita catat rekod dunia larian ultra-maraton 23 hari", "content": ["NEW YORK: Seorang wanita dari Florida tersenarai dalam Rekod Dunia Guinness selepas berjaya menamatkan 23 larian ultra-maraton sejauh 50.05 kilometer (km) dalam tempoh 23 hari.", "Menurut Utusan Malaysia, Guinness World Records mengesahkan, Megan Cassidy, 41, dari Kissimmee mencatat rekod dunia iaitu paling banyak hari untuk berlari dalam jarak ultra-maraton apabila menghabiskan larian dengan jarak sama setiap hari dari 17 Disember hingga 8 Januari.", "“Berlari setiap hari seperti itu tidaklah begitu teruk kerana saya sudah menjadikannya sebagai rutin harian. ", "“Tetapi ada juga ketikanya saya terasa sunyi. Tetapi saya akan memakai bib yang menceritakan tentang apa yang saya lakukan dan orang suka mendengarnya,” kata Cassidy kepada Oceola News-Gazette.", "Oceola News-Gazette.", "Cassidy berkata, dia menamatkan lariannya di kawasan Tasik Nona kerana suasana kualiti laluan di denai itu. ", "Namun jelasnya, salah satu bahagian paling sukar dalam percubaan itu ialah memastikan dirinya mengambil makanan yang mencukupi.", "“Sukar untuk makan kalori yang mencukupi dalam beberapa hari pertama. Otak saya seakan cuba menghalang saya melakukannya dengan sering memberi isyarat saya tidak lapar. ", "“Saya terpaksa memberitahu teman lelaki saya untuk memastikan bahawa saya makan sekurang-kurangnya satu perempat daripada sekuali lasagna setiap hari,” katanya.", "Cassidy menewaskan rekod selama 22 hari sebelum ini dan dia pada awalnya percaya mampu melangkaui 23 hari tetapi terpaksa menghentikan percubaannya untuk kembali bekerja.", "Wanita catat rekod dunia larian ultra-maraton 23 hari"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/08/kes-buli-pelatih-tudm-siasatan-dalaman-ambil-kira-laporan-media-orang-perseorangan/", "headline": "Kes buli pelatih TUDM: Siasatan dalaman ambil kira laporan media, orang perseorangan", "content": ["Adly Zahari (kiri) memakaikan PJM kepada salah seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Majlis Penganugerahan PJM di MITC, Ayer Keroh, Melaka.", "MELAKA: Kementerian Pertahanan mengambil perhatian berhubung dakwaan terdapat empat lagi pelatih kursus Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didakwa dipukul dalam kejadian buli di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang pada 12 April lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, siasatan dalaman yang sedang berjalan turut mengambil kira semua maklumat berkaitan sama ada dilaporkan oleh agensi media atau orang perseorangan.", "Jelasnya, siasatan dalaman dilakukan Kementerian Pertahanan tetap berjalan meskipun Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak susulan laporan dibuat oleh bapa kepada salah seorang mangsa kes buli berkenaan.", "Ujarnya, laporan penuh berhubung perkara itu dijangka akan dibentangkan pada mesyuarat pasca Kabinet dalam masa terdekat.", "“Sebenarnya tajuk-tajuk tentang isu itu, apa sahaja perkara berbangkit, di Kementerian Pertahanan kita memang buat siasatan dalaman. Kebiasaannya ia akan dibentangkan di peringkat pasca Kabinet.", "“Kalau ada kelemahan kita akan perbaiki dan kita akan beri kerjasama semua pihak untuk maklumkan. Jadi bagi kita, apa sahaja laporan yang kita terima sama ada melalui media atau melalui orang perseorangan memang kita akan ambil tanggungjawab itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, kelmarin.", "Pada Rabu lalu, Utusan Malaysia melaporkan, polis mengesahkan terdapat empat lagi pelatih kursus TUDM didakwa dipukul dalam kejadian buli di Pangkalan Udara Kuantan.", "Utusan Malaysia", "Difahamkan, keempat-empat pelatih itu dipanggil bagi membantu siasatan kes buli berkaitan seorang pelatih TUDM yang sedang menjalani kursus latihan sama dengan pengadu tersebut didakwa dipukul anggota TUDM senior.", "Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan laporan perubatan. ", "Kes buli pelatih TUDM: Siasatan dalaman ambil kira laporan media, orang perseorangan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/29/pertandingan-drama-bahasa-melayu-pupuk-nilai-abc-dalam-kalangan-pelajar-2/", "headline": "Pertandingan drama Bahasa Melayu pupuk nilai ABC dalam kalangan pelajar", "content": ["SMK Rancha – Rancha bakal membawa cabaran Labuan ke peringkat Kebangsaan pada 19 September 2023.", "LABUAN: Pertandingan Drama Bahasa Melayu anjuran Jabatan Pendidikan Labuan mampu memupuk nilai Anak Baik Lagi Cerdik (ABC) dalam kalangan pelajar sekolah.", "Menurut Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Labuan, Nasrun Ramlee pertandingan itu memberi impak positif terhadap penerapan nilai Baik lagi cerdik dalam kalangan pelajar seiring dengan konsep Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin melahirkan Murid yang baik lagi cerdik atau ringkasnya ABC.", "“Antara tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi dan kemahiran sosial serta kebolehan berbahasa yang lebih baik selain menyemai semangat kerjasama dan perpaduan dalam menjayakan sesebuah pementasan.", "“Pertandingan kali ini dibuat secara bersemuka setelah kali terakhir pertandingan diadakan pada tahun 2018, kemudian ditiadakan selama dua tahun akibat pendemik, dan pada tahun lepas pertandingan seumpama ini diadakan melaui rakaman video sahaja,”katanya semasa merasmikan Majlis Penutupan pertandingan itu baru-baru ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancha-Rancha.", "Sementara itu, Pengerusi Tekniknal Drama dan Teater Pertandingan tersebut, Jasmini Daud berkata, penganjuran pertandingan pada tahun ini mewajibkan setiap sekolah membawa drama yang dicipta atau ditulis oleh peserta sendiri.", "“Ini bermakna setiap drama yang dipertandingkan perlulah asli dan tidak mengambil daripada mana-mana drama yang telah ditulis atau diterbitkan di mana-mana buku, ini merupakan perubahan konsep pertandingan yang baharu di mana setiap pasukan bertanding tidak lagi berasaskan kepada teks ‘Komponen Sastera’ (KOMSAS) seperti pertandingan sebelum ini,”jelasnya semasa ditemui media.", "Pertandingan yang disertai lapan buah sekolah itu dimenangi SMK Rancha – Rancha yang menampilkan drama berbentuk Sejarah bertajuk “ Jiwa Anak Rimba Antanom Pahlawan Murut” selain membawa pulang tiga anugerah iaitu Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang dilakonkan oleh Muhammad Saad Rosdi, Anugerah Sinografi Terbaik serta Anugerah Pengarahan Terbaik.", "Tempat kedua dimenangi oleh SMK Pantai yang membawa drama bertajuk “Pantai Kenangan” dengan membawa pulang Anugerah Pelakon Perempuan Terbaik manakala tempat ketiga dimenangi SM ST. Anthony dengan tajuk drama “Salahkan", "Takdir”, selain mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Perempuan Terbaik dan Skrip Terbaik.", "Tempat ke empat dan ke lima masing-masing dimenangi oleh SMK Labuan dan SM Sains Labuan. SMK Rancha – Rancha akan mewakili Labuan ke Pertandingan Drama Peringkat Kebangsaan yang bertempat di Pahang pada 19 hingga 22 september ini."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/06/tiga-maut-makan-daging-lembu-dijangkiti-antraks/", "headline": "Tiga maut makan daging lembu dijangkiti antraks", "content": ["Pegawai veterinar memeriksa haiwan ternakan di Gunung Kidul di Yogyakarta.", "JAKARTA: Tiga penduduk daerah Semanu di Gunung Kidul dilaporkan meninggal dunia selepas dijangkiti virus antraks yang menular ketika sambutan Aidiladha di wilayah berkenaan.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Biro Komunikasi dan Khidmat Masyarakat Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi berkata, sehingga kini sebanyak 93 penduduk didapati positif antraks selepas termakan daging lembu yang dijangkiti virus berkenaan.", "Jelas Siti Nadia, kementerian berkenaan sedang menyelaraskan pejabat kesihatan tempatan untuk menjalankan siasatan epidemiologi berhubung punca pendedahan berpuluh-puluh penduduk kepada virus antraks.", "“Kita akan menyiasat sama ada jangkitan kepada penduduk disebabkan memakan ternakan yang positif antraks atau sumber makanan ternakan lembu dan binatang korban diperolehi daripada rumput atau tanah yang terdedah kepada spora bakteria antraks.", "“Oleh kerana virus antraks sangat kuat di dalam tanah, ia tidak mudah dihapuskan,” katanya kepada CNN Indonesia.", "CNN Indonesia", "Siti Nadia turut memberi amaran kepada seluruh rakyat negara itu khususnya penduduk Gunung Kidul yang kerap melaporkan kes antraks supaya lebih berhati-hati ketika memakan daging lembu yang dibeli atau dijadikan binatang korban.", "“Sekiranya penduduk mengetahui lembu atau kambing yang tiba-tiba sakit atau menunjukkan simptom antraks, maka ternakan itu perlu segera dibunuh dan ditanam, bukan dijual atau dimakan. Orang ramai juga wajib memproses daging secara bersih dan teliti. ", "“Seperti diketahui, pengambilan daging lembu paling besar semasa sambutan Aidiladha, sebab itu kita sentiasa mengingatkan setiap ternakan atau binatang korban perlu dihantar untuk pemeriksaan berkala di jabatan veterinar,” katanya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/07/tiga-maut-makan-daging-dijangkiti-antraks/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/07/tiga-maut-makan-daging-dijangkiti-antraks/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/13/diskaun-bayaran-balik-pinjaman-ptptn/", "headline": "Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN", "content": ["PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, diskaun dibahagikan kepada tiga ketegori dengan kadar yang telah ditetapkan.", "“Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.", "“Seterusnya diskaun sebanyak 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini. ", "Belanjawan 2024: Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/21/video-burung-merpati-berkaki-panjang-tular/", "headline": "Video burung merpati berkaki panjang, tular", "content": ["Tangkap layar video menunjukkan burung merpati mutan tular dalam media sosial. ", "LONDON: Sebuah video memaparkan seekor burung merpati mutan yang memiliki kaki panjang, mencuri tumpuan warganet dalam media sosial.", "Menurut Utusan Malaysia, Daily Mail melaporkan, video yang dipercayai dirakam di United Kingdom (UK) itu, dikongsi oleh TikTok @pigeonstv pada bulan lalu.", "Malah, klip rakaman yang tular itu turut membuatkan ramai warganet terkejut melihat saiz luar biasa burung berkenaan.", "Dalam video tersebut, burung yang kelihatan seperti haiwan makmal eksperimen dilihat beberapa inci lebih tinggi berbanding spesies merpati biasa.", "Dilaporkan, burung merpati mutan itu sebenarnya berasal dari spesies dikenali sebagai English Pouter.  ", "English Pouter", "Klip video yang mula disiarkan di TikTok menerima lebih 18 juta tontonan, hampir 42,000 komen dan 1.6 juta tanda suka.", "Rakaman itu kemudian dikongsi menerusi akaun @MacrodosingPod di Twitter yang mana lebih ramai warganet terpegun melihat burung yang aneh itu.", "Kapsyen video itu tertera:`Seperti kebanyakan anjing peliharaan, terdapat burung merpati dalam pelbagai bentuk dan saiz seperti spesies Pouter ini.’ ", "Pouter", "Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi antaranya rata-rata warganet merujuk burung itu sebagai `Pokemon’.", "Video burung merpati berkaki panjang, tular"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/21/kpm-lanjutkan-tarikh-daftar-spm-2023-hingga-30-jun/", "headline": "KPM lanjutkan tarikh daftar SPM 2023 hingga 30 Jun", "content": ["PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melanjutkan tarikh pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian sehingga 30 Jun ini.", "Menurut Utusan Malaysia, KPM dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri agar peluang kedua diberikan kepada hampir 30,000 calon SPM Tahun 2022 yang tidak hadir untuk menduduki peperiksaan SPM.", "Katanya, sebelum ini tarikh pendftaran peperiksaan itu tamat pada 16 Jun lalu sebagaimana dimaklumkan menerusi surat makluman Pelanjutan Tarikh Pendaftaran Peperiksaan Awam Tahun 2023: SPM, Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bertarikh 2 Jun lepas.", "“Walau bagaimanapun, (pelanjutan tarikh itu juga) selaras dengan teras keempat Nadi Keunggulan KPM yang memberi perhatian terhadap isu keciciran pendidikan.", "“Pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di pautan sppat.moe.gov.my,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "KPM berkata, calon perlu mematuhi syarat-syarat pendaftaran yang ditetapkan serta perlu membuat bayaran asas dan bayaran mata pelajaran yang hendak didaftarkan.", "Pada masa sama, KPM memaklumkan permohonan pendaftaran peperiksaan bagi calon lepasan SPM Tahun 2022 adalah dikecualikan daripada fi bayaran lewat daftar.", "Manakala pendaftaran peperiksaan bagi calon persendirian selain calon lepasan SPM Tahun 2022 masih tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran sedia ada.", "Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian boleh diperoleh daripada laman sesawang LP di pautan lp.moe.gov.my.", "“KPM sentiasa prihatin dengan masa depan anak-anak bakal peneraju negara dan berharap agar calon-calon lepasan peperiksaan SPM Tahun 2022 menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan untuk menduduki dan memperbaiki keputusan peperiksaan SPM masing-masing.", "“KPM sentiasa berusaha memastikan anak-anak mendapat peluang pendidikan yang berkualiti demi membangunkan Malaysia Madani,” katanya.", "Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, kerajaan perlu mengenal pasti kira-kira 30,000 pelajar yang tercicir dari SPM supaya mereka boleh diserap ke mana-mana program latihan sedia ada.", "Ketika ini dianggarkan 30,000 pelajar tidak menghadiri peperiksaan SPM dan perlu hidup tanpa sijil minimum yang diperlukan untuk memohon pelbagai jawatan termasuk dalam kerajaan. ", "Peluang kedua: KPM lanjutkan tarikh daftar SPM 2023 hingga 30 Jun"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/21/uk-bakal-laksana-jujukan-genom-bayi-baru-lahir/", "headline": "UK bakal laksana jujukan genom bayi baru lahir", "content": ["LONDON: United Kingdom (UK) dijangka memulakan proses penjujukan genom membabitkan 100,000 bayi yang baru dilahirkan akhir tahun ini.", "Ia bakal menjadi kajian terbesar seumpamanya iaitu memetakan set urutan genetik lengkap bayi dengan potensi implikasi mendalam untuk perubatan kanak-kanak.     ", "Menurut Utusan Malaysia, CNN melaporkan, Program Genom Bayi Baru Lahir yang bernilai 105 juta Pound (RM573.5 juta) akan mengkaji kira-kira 200 keadaan genetik jarang berlaku namun masih boleh dirawat.", "“Ia dilaksanakan dengan tujuan mengurangkan kebimbangan dan penderitaan bayi dan keluarga mereka yang kadang-kala bergelut untuk menerima diagnosis melalui ujian konvensional.", "“Dengan mempercepatkan proses diagnostik, rawatan awal boleh diberikan kepada bayi sekali gus mampu menghalang banyak keadaan teruk daripada berkembang,” jelas laporan itu.", "Kajian itu bakal menyaksikan kira-kira seorang daripada 12 bayi yang baru dilahirkan di England dan Wales disaring secara sukarela dalam tempoh dua tahun.  ", "Ia akan berfungsi sebagai ujian saringan tambahan untuk bayi baru dilahirkan, dengan hasil penemuan berupaya membuka jalan bagi penjujukan menjadi kebiasaan.", "Bagaimanapun, program itu juga menimbulkan banyak persoalan etika yang berlarutan lama mengenai genetik, persetujuan, privasi data dan keutamaan dalam penjagaan kesihatan bayi.", "Di UK seperti kebanyakan negara lain, bayi baru dilahirkan disaring untuk beberapa keadaan yang boleh dirawat menerusi pengambilan sampel darah di tapak kaki.", "Dilaporkan, Program Genom Bayi Baru Lahir akan menguji satu atau lebih bentuk hipotiroidisme kongenital yang tidak mampu dikesan menerusi ujian darah.", "Program itu akan dikendalikan oleh Genomics England yang merupakan sebahagian Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial UK. ", "Sementara itu, Genomics England memaklumkan setiap satu daripada 200 keadaan yang akan disaring sudah dipilih kerana terdapat bukti ia disebabkan oleh varian genetik.", "Ketua Pegawai Perubatan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Genomics England, Richard Scott berkata, program itu bertujuan mengembalikan keputusan saringan kepada keluarga dalam masa dua minggu.", "Beliau menganggarkan sekurang-kurangnya seorang dalam kalangan 200 bayi akan menerima diagnosis.   ", "UK bakal laksana jujukan genom bayi baru lahir"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/18/%e4%bd%90%e6%b4%a5%ef%bc%9a%e6%b2%99%e7%b6%93%e6%bf%9f%e6%9c%89%e6%9c%9b%e4%bb%8a%e5%b9%b4%e5%be%a9%e7%94%a6%e5%a2%9e%e9%95%b7/", "headline": "佐津:沙經濟有望今年復甦增長", "content": ["(亞庇十八日訊)副首長拿督斯里佐津表示,沙政府希望今年沙巴的經濟將繼續復甦和增長。", "「我們希望在長期處於疫情,致使全球乃至我國的經濟癱瘓後,今年沙巴的經濟將繼續復甦和增長。」", "「疫情也導致2020年和2021年的農曆新年嘉年華被取消。我們很高興今年是嘉年華慶祝活動繼去年舉辦後的第二年。」他在主持農曆新年嘉年華閉幕式時如此表示。", "由沙巴華堂和亞庇市政廳聯辦的嘉年華,從1月15日開始至今日結束。", "也是沙巴地政及房屋部長的拿督佐津,也祝賀沙華堂會長丹斯里吳添泉成功組織了這次嘉年華,除此之外,還熱心辦慈善和社會活動,特別是在華社之中。", "「幹得好,我祝賀沙華堂以及亞庇市政廳所有參與至此嘉年華成功舉辦的工作人員。」", "沙華堂舉辦這個嘉年華,是為了在農曆新年前弘揚和展示華族文化。", "拿督斯里佐津表示,這個嘉年華也可以成為吸引國內外遊客的一個賣點,同時也可以宣傳馬來西亞的獨特性,尤其是在沙巴。", "「這個嘉年華向各行各業開放,不分宗教和背景。據我所知,作為嘉年華的一部分,還舉辦了各種有趣的活動,例如除了出售食品和其他必需品的攤位外,還呈獻了表演。」", "根據農曆,今年是兔年,他補充說,兔子是一種受人喜愛的動物,具有平靜的性格,也反映了該沙巴人民的和諧、幸福和團結。", "出席者還包括亞庇市長拿督諾麗查、沙華堂署理會長拿督黃小娟和里卡士陳歷發。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/03/subsidi-beras-untuk-sabah-sarawak-berita-baik-kepada-pengguna/", "headline": "Subsidi beras untuk Sabah, Sarawak berita baik kepada pengguna", "content": ["David meninjau bekalan beras di sebuah pasar raya di Kota Kinabalu.", "KOTA KINABALU: Langkah Kerajaan memberi subsidi RM950 bagi setiap tan beras putih import (BPI) di Sabah dan Sarawak disifatkan sebagai berita baik, terutama kepada golongan berpendapatan rendah di kedua-dua negeri itu.", "Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan berkata, usaha diambil Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu sangat diharapkan pengguna di negeri ini.", "Beliau berkata, pemberian subsidi itu juga melegakan pengusaha makanan dalam usaha mengurangkan kos ditanggung mereka berikutan kenaikan harga BPI ketika ini.", "“Sebagai pengguna, kita mengalu-alukan pengumuman Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberikan subsidi sebanyak RM950 satu tan beras kepada Sabah dan Sarawak bermula 5 Oktober ini.", "“Ia tentunya berita baik kepada golongan B40 dan pengusaha makanan dalam usaha menurunkan kos sara hidup kerana beras adalah keperluan asas kepada setiap isi rumah,” katanya mengulas pemberian subsidi BPI berkenaan di sini hari ini.", "Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu kelmarin mengumumkan kerajaan bersetuju memberi subsidi sebanyak RM950 setiap tan bagi bekalan BPI di Sabah dan Sarawak, mulai Khamis ini.", "Menerusi pemberian subsidi itu, harga runcit BPI di kedua-dua negeri akan turun kepada RM31 bagi setiap kampit 10 kilogram.", "Langkah berkenaan diambil memandangkan pengeluaran beras putih tempatan (BPT) di Sabah dan Sarawak adalah terhad.", "Sementara itu, David berkata, kenaikan harga BPI di Sabah memberi kesan kepada keseluruhan kos sara hidup rakyat negeri ini.", "“Kita juga menggesa orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi mengenai kekurangan bekalan beras bagi mengelak pembelian panik,” katanya.", "Harga BPI di Sabah mengalami kenaikan hampir RM10 bagi kampit 10 kilogram kepada sekurang-kurangnya RM36 berbanding di bawah RM28 sebelum peningkatan harga BPI bulan lalu.", "Ketika ini pengguna di Sabah bergantung sepenuhnya kepada bekalan BPI memandangkan pengeluaran BPT hanya sekitar 25 peratus daripada keperluan rakyat negeri ini."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/07/wanita-gagasan-rakyat-diminta-jaga-nama-baik-parti/", "headline": "Wanita Gagasan Rakyat diminta jaga nama baik parti", "content": ["Redonah Bahanda dan pemimpin Wanita Gagasan Rakyat lain melawat seorang warga emas uzur semasa program Ziarah Sayang.", "BELURAN: Pemimpin dan ahli-ahli Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diminta berusaha membina nama baik parti dalam kalangan rakyat.", "Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda berkata, bagi tujuan itu, semua pihak perlu berganding bahu bekerja keras demi kesejahteraan rakyat dan mengenepikan kepentingan diri.", "Beliau yakin, jika anggota parti dalam setiap gerak kerja dan program yang dilaksanakan bekerja dengan tulus ikhlas, pasti rakyat akan terus memberikan sokongan dalam apa juga keadaan.", "“Gerak kerja parti amat menuntut semua anggota mengenepikan kepentingan diri, sebaliknya sentiasa fokus kepada kepentingan  rakyat dan negeri sebagai matlamat utama.", "“Selain itu, kita juga perlu sentiasa bersifat terbuka kepada sebarang pandangan serta bersedia untuk menerima teguran yang membina.", "“Teguran dan kritikan adalah elemen penting bagi kita bermuhasabah diri dalam perancangan menghadapi pilihan raya,” katanya semasa perjumpaan dengan ahli jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Sugut, Telupid, Kuamut dan Labuk yang diadakan di Beluran, kelmarin.", "Hadir sama Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Aziah Atoh (Darau), Ketua Penerangan, Anna Bell Perian (Sungai Sibuga), Ketua Penyelaras Beluran, Aneh Jambri (Telupid), Setiausaha Kerja, Azizah Atoh serta pemimpin wanita Gagasan Rakyat bahagian yang lain.", "Semasa berada di Beluran, Redonah turut mengadakan Ziarah Sayang di beberapa tempat di Kampung Sungai Sungai, Perumahan Bukit Kampung Sungai Sungai, Sugut dan Kampung Entilibon, Labuk, melibatkan warga emas yang sakit dan orang kurang upaya (OKU)", "Redonah yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah menegaskan, ahli Gagasan Rakyat tidak boleh sesekali berfikir bahawa parti dalam keadaan sempurna, sebaliknya perlu sentiasa berusaha memperbaiki diri dan menambah baik sebarang kekurangan yang ada.", "Malah, katanya, Presiden yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengarahkan semua 73 bahagian parti melakukan persediaan awal untuk memastikan kemenangan Gagasan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) akan datang.", "Jelas beliau, persiapan ini perlu dilaksanakan dengan baik, tersusun dan berstrategi khususnya dalam gerak kerja secara bersama dengan parti-parti komponen utama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang turut dianggotai Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).", "“Sebab itu fokus Wanita Gagasan Rakyat ialah kita menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan, kita tidak mahu terlalu berpolitik yang akhirnya merencatkan usaha kita membawa kemajuan kepada rakyat dan negeri.", "“Sebagai sebuah parti lokal, kita akan menggunakan pendekatan yang lebih strategik dan berbeza iaitu cara yang sinonim dengan budaya masyarakat Sabah untuk menarik penyertaan ramai rakyat ke parti ini,” katanya.", "Tambah beliau, apa yang penting ialah setiap anggota parti terus komited dengan hala tuju dan perjuangan parti kerana sikap itu yang bakal menentukan kejayaan bagi khidmat kepada pengundi dan rakyat.", "Katanya, setiap ahli Wanita Gagasan Rakyat juga mesti sentiasa bersikap proaktif dan lebih kreatif dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada golongan sasar.", "“Suatu yang perlu diingatkan ialah setiap ahli Gagasan Rakyat perlu sentiasa mencari ilmu-ilmu baharu kerana dunia hari ini berubah dengan begitu pantas. Tanpa ilmu dan kemahiran baharu kita akan ketinggalan. Jika ketinggalan bagaimana mungkin kita mampu memberi khidmat yang efisien serta efektif kepada rakyat,” ujar beliau."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/29/ambil-tindakan-lebih-kukuh-supaya-waris-sulu-hentikan-serta-merta-cubaan-christoper/", "headline": "Ambil tindakan lebih kukuh supaya ‘waris’ Sulu hentikan serta merta cubaan – Christoper", "content": ["Christoper Mandut", "KOTA KINABALU: Tindakan yang lebih kukuh oleh Kerajaan Malaysia diperlukan demi memastikan pihak yang mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu menghentikan serta merta usaha mereka, kata Ketua EXCO Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat, Christoper Mandut.", "Beliau berkata, tindakan-tindakan relevan diperlukan supaya Kerajaan Filipina memberitahu rakyatnya sendiri di Filipina untuk melupakan tuntutan khayalan mereka terhadap Sabah. ", "Beliau juga sependapat dengan apa yang disuarakan oleh mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee bahawa Kerajaan Malaysia mesti melakukan yang terbaik dalam mendapatkan kesediaan Kerajaan Filipina untuk menubuhkan sebuah konsulat di Sabah. ", "Ini, katanya, adalah perlu sebagai susulan kepada kejayaan Malaysia mengatasi cubaan oleh pihak yang mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu itu.", "“Kita monyokong kenyataan Yong yang mengatakan bahawa Sabah tidak pernah dimiliki atau diperintah oleh Sulu atau Filipina pada bila-bila masa dalam sejarah Sulu atau Filipina. ", "“Memang benar bahawa pemberian yang dipanggil 22 Januari 1878 itu sendiri terbatal oleh pemberian sebelumnya antara Brunei dan Overbeck/Dent pada 29 Disember 1877,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Baru-baru ini, keputusan Mahkamah Rayuan The Hague memihak kepada Malaysia dengan menolak untuk mengiktiraf Final Award yang dikeluarkan melalui proses timbang tara tidak sah dan disalahgunakan oleh pihak mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu. ", "Final Award", "Christoper berkata, kejayaan Malaysia yang membawa kelegaan kepada rakyat terutamanya di Sabah harus disusuli dengan tindakan lebih berani dan efektif oleh Kerajaan Malaysia.", "Beliau juga menyokong kenyataan Yong yang menyatakan tidak ada keperluan sama sekali untuk membawa tuntutan Filipina/Sulu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana Malaysia telah berjaya mengalahkan percubaan Filipina untuk membawa tuntutan mereka kepada ICJ melalui kes Pulau Ligitan/Sipadan pada tahun 2001.", "“Saya juga bersetuju dengan Yong bahawa terdapat banyak bukti dokumentari yang menunjukkan bahawa kesultanan Sulu yang kini tidak berfungsi mahupun Republik Filipina tidak pernah memerintah mana-mana bahagian Borneo Utara (kini Sabah).", "“Kerajaan Malaysia mesti menunjukkan kepada rakyat Filipina/Sulu bahawa ia juga demi kepentingan mereka sendiri untuk menghentikan tingkah laku sia-sia mereka menuntut Sabah,” katanya, sambil berharap hubungan baik kejiranan dalam suasana menang-menang antara Malaysia Sabah dan Filipina Bangsamoro makmur bersama dengan aman.", "Beliau juga berharap rakyat Filipina yang tinggal di Sabah mendapat perkhidmatan konsulat yang sangat diperlukan mereka."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/29/3-cedera-selepas-3-kenderaan-bertembung-di-kota-marudu/", "headline": "3 cedera selepas 3 kenderaan bertembung di Kota Marudu", "content": ["Keadaan dua daripada kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu. – Ihsan Bomba", "KOTA MARUDU: Tiga orang termasuk seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di sini semalam.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd. Hasbi Hajat berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Popok, di sini, pada jam 9 malam.", "Katanya, panggilan kecemasan diterima menerusi talian balai dan sepasukan lika anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Marselius Junus dikejarkan ke lokasi.", "“Setiba di tempat kejadian sejauh lima kilometer dari BBP itu, didapati berlaku satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan jenis Proton Iswara, Proton Persona Elegance 1.6 dan Toyota Hilux.", "“Terdapat tiga orang mangsa di kenderaan Proton Iswara (seorang lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki) mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Kota Marudu oleh ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala mangsa di kenderaan lain tidak mengalami kecederaan,” katanya, sambil menambah maklumat mangsa tidak diperolehi.", "Menurut Hasbi, pasukan bomba bertindak membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.54 malam. "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/27/sang-badak-lanyak-kijang-hijau/", "headline": "Sang Badak lanyak Kijang Hijau", "content": ["Saddil Ramdani (kiri) bersama rakan-rakan sepasukan meraihkan jaringan pertama Sabah FC pada aksi Liga Super menentang Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.", "KOTA BHARU: Skuad Sang Badak meneruskan pemburuan di lima kelompok terbaik Liga Super apabila mudah menewaskan Kelantan United 3-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.", "Tuan rumah yang dibimbing ketua jurulatih baharu, Ailton Silva terlebih dahulu menguji kubu pelawat menerusi melalui jarak jauh Jose Porteria pada minit ke-15 namun sempat ditepis keluar oleh penjaga gawang Sang Badak Khairul Fahmi Che Mat.", "Tersentak dengan serangan awal tuan rumah, Sang Badak bangkit menerusi serangan bertali-arus dan berjaya meledak jaringan pembukaan perlawanan pada ke-22 menerusi pemain import dari Indonesia Saddil Ramdani.", "Menurut Utusan Malaysia, Sang Badak terus bernafsu apabila Stuart Wilkin menjaringkan gol kedua buat pasukannya pada minit-minit akhir babak pertama selepas mudah memperdayakan penjaga gawang Kelantan United, Muhamad Ilham Amirullah Razali.", "Aksi babak kedua, Skuad Kijang Hijau cuba bangkit untuk merapatkan jurang jaringan namun dihampakan oleh ketumpulan penyudah.", "Sabah sebaliknya terus menambah derita Kelantan United pada minit ke-62 menerusi rembatan deras ketua pasukan Baddrol Baktiar untuk menewaskan Muhamad Ilham Amirullah.", "Corak pemainan ‘high pressing’ yang diamalkan Sang Badak bagai melemaskan kem tuan rumah sehingga setiap serangan yang diatur dapat dibaca dan dipatahkan dengan mudah sebelum sempat sampai ke kawasan berbahaya.", "Kelantan United enggan berputus asa dan terus mempamerkan semangat juang tinggi, namun terus buntu untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu gol sehingga ke wisel penamat perlawanan.", "Kekalahan tersebut menyaksikan Kelantan United terus kekal di tangga kedua tercorot manakala Sabah FC berada di kedudukan kelima carta Liga Super.", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/06/sang-badak-lanyak-kijang-hijau/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/06/sang-badak-lanyak-kijang-hijau/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/28/hasilkan-produk-makanan-halal-sabah-untuk-pasaran-global/", "headline": "Hasilkan produk makanan halal Sabah untuk pasaran global", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mahu lebih ramai usahawan di Sabah menghasilkan produk makanan halal yang bukan sekadar untuk pasaran tempatan, malah ke peringkat global.", "Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, Sabah memiliki pelbagai produk makanan yang boleh diketengahkan oleh usahawan tempatan hingga ke peringkat lebih tinggi.", "Beliau berkata, walaupun pembabitan usahawan termasuk perindustrian mikro kecil dan sederhana (PMKS) dalam industri makanan halal di negeri ini semakin bertambah, namun masih perlu terus dipergiatkan.", "“Kita mahu melihat pembabitan lebih ramai usahawan dalam bidang produk makanan halal di Sabah. Usahawan baharu dan sedia ada juga perlu memanfaatkan sepenuhnya expo halal yang diadakan untuk meningkatkan dan meluaskan perniagaan mereka,” katanya pada Majlis Perasmian Expo Halal Sabah (SAHEX) dan Karnival Baurung- Urung di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Sabtu. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim Haji M. Yahya.", "Kadzim (dua dari kanan) mewakili Ketua Menteri merasmikan Expo Halal Sabah (SAHEX) dan Karnival Baurung-Urung.", "Hajiji berkata, Kerajaan sangat mengambil perhatian mengenai pengurusan halal di negeri ini berikutan pasaran global industri halal dunia dijangkakan mencapai jumlah USD2.4 trilion pada 2024.", "Katanya, keprihatinan kerajaan dizahirkan melalui penubuhan Majlis Halal Sabah (MAHAS) yang berperanan sebagai badan rasmi kerajaan dalam membincang, mengkaji dan membuat keputusan isu-isu halal serta mencadang langkah baharu bagi membangun industri halal di negeri ini.", "Beliau berkata, yang penting dalam pengurusan halal ialah semua pihak, jabatan dan agensi yang terlibat memberi tumpuan khusus kepada memperkasa aspek pensijilan halal khususnya kepada PMKS.", "“Ini penting agar PMKS juga mampu bersaing dan memiliki keupayaan dalam pasaran industri halal di negeri ini,” tambahnya.", "Melalui usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri, beliau berharap Expo Halal Sabah yang diadakan akan memantapkan lagi kefahaman Pensijilan Halal Malaysia kepada pemain industri dan pengunjung expo.", "“Expo ini juga dapat menjalin jaringan kerjasama pemain-pemain indusrti halal di dalam dan luar negara, di samping memperkenalkan produk-produk halal buatan tempatan di negeri ini,” katanya.", "Menyentuh Karnival Baurung-Urung, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan penganjuran karnival itu bagi memupuk maufakat dan sikap toleransi dalam masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama di negeri ini.", "Beliau berharap Karnival Baurung-Urung sebagai antara khazanah budaya negeri ini yang boleh diketengahkan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.", "Katanya, masyarakat Brunei yang memiliki pelbagai khazanah seni budaya dan adat resam, boleh menjadi sebahagian daripada penyumbang dalam sektor pelancongan.", "“Usaha berterusan perlu dilakukan untuk merancakkan sektor pelancongan. Karnival seumpama ini perlu dipromosikan sebagai salah satu produk untuk meningkatkan sumber pendapatan pelancongan negeri Sabah,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/13/architects-urged-to-design-and-develop-green-houses-building-structures-landscapes/", "headline": "Architects urged to design and develop ‘green’ houses, building structures, landscapes", "content": ["Dr Joachim (fourth, right) and Ar Mok (sixth, left) in a group photo", "KOTA KINABALU: Deputy Chief Minister II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam said the State Government through the Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) envisioned Sabah to reach the pinnacle of success in economic development as well as becoming the preferred tourist and business destination by the year 2030.", "Urging professional bodies like Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) Sabah Branch to be more proactive and creative to see all possibilities and to work with all stakeholders for the betterment of Sabah, he said they should set their imagination in terms of the vast or immense possibility of what they can work on in the future.", "Dr Joachim (centre) beating the gong to officiate the Borneo Architecture Festival (BAF) 2023, while Ar Mok and other VIPs look on.", "“Sabah is a beautiful state and is also known as “Land Below the Wind” for obvious reasons. Sabah lies just below the typhoon belt that occurs a little bit north of the northernmost tip of Kudat, or just our neighbouring country, the Philippines, so it is just below the destructive typhoons that affect our neighbour more than twice each year.", "“We are also strategically located, being at the centre of South East Asia region as well as being strategically positioned in terms of air and sea routes. We are more easily connected to the most important cities around South East Asia and East Asia especially, China, Japan, the Philippines, Indonesia and Brunei. Sabah has the geographical advantage of being the only Malaysian state that is strategically located within the BIMP-EAGA regional grouping as it shares its borders with 3 countries, namely the Philippines, Brunei and Indonesia…with about 300 million population within BIMP-EAGA region and the fact that countries like Japan, China and South East Asia are easily accessible logistically, so you can imagine the possible amount of trade and investment to be made,” he said.", "Besides that, Dr Joachim said Sabah is also very rich in natural sources, as well as being known as ‘The Tourism Haven’.", "Dr Joachim (third, left) receiving a memento from Ar Mok at the Borneo Architecture Festival (BAF), 2023.", "“We have a majestic Mount Kinabalu, the stunningly beautiful beaches and islands around us like Sipadan and Turtle Islands to name a few. The sunset in Sabah is also one of the best if not the best in the world.", "“All these and the fact that we have educated manpower as well as a stable political environment should be more than enough for business organisations to consider making Sabah their base for expansion or to make it their headquarters.", "“The State Government under the most able leadership of Datuk Seri Hajiji Haji Noor as Chief Minister has even formulated policies and regulations that are very business-friendly (investor-friendly) coupled with good governance to ensure that business organisations can safely and profitably invest in Sabah.", "“I know our infrastructures such as roads and power have yet to reach their full potential but we as the government of the day are committed to improving them. We are blessed in that we have the assurance and full backing of our Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim too,” he said when officiating the Borneo Architecture Festival (BAF) 2023 themed “Built Environment for Sustainable Development” at the Pacific Sutera Harbour here today.", "Dr Joachim touring the exhibition booths at the Borneo Architecture Festival (BAF) 2023.", "Dr Joachim who is also Local Government and Housing Minister also urged the architects and allied professions to design, create and develop houses, building structures and landscapes that are green or more environmentally friendly, beautiful to see and sustainable for the future generation.", "“One of the bigger concerns or main topics today is green buildings or green cities or anything green or reduce carbon emissions.", "“Everybody wants to be green, that is green energy, green technology and green buildings. We all should be if we want to reduce the rate of extreme climate change to affects us. In the near future (in the middle of this century), it is estimated that about 70 per cent of the world’s population will live in urban areas. Studies have shown that urban areas would be impacted most by climate change, which in fact we are experiencing like never before – erratic rainfalls, flash floods and extreme temperatures.", "“And Kota Kinabalu is no exception to this phenomenon. I was made to understand that July this year has been one of the hottest months and we had, we even had ice sheets forming at the top of Mount Kinabalu that has never been of that scale.", "“It is therefore vital for you as architects and allied professionals, to design, create and develop houses, buildings structures and landscapes that are green or more environmentally friendly, beautiful to see and sustainable for our future generation,” he said.", "Dr Joachim touring the exhibition booths at the Borneo Architecture Festival (BAF) 2023.", "Congratulating the PAM Sabah Chapter for successfully organising this year’s BAF, Dr Joachim hopes that all stakeholders will work together to realise the common vision of development and prosperity, building their respective countries within the framework of symbiotic regional economic cooperation.", "“I hope that through this event, the constellation of ideas and views will spur, improve and strengthen the region’s economic development. Let us embrace the knowledge we share, learn and appreciate the wisdom of our fellow participants. I hope that you have met your targeted objectives,” he said.", "This year’s seventh edition of BAF is co-organised by the PAM Sabah Chapter and the Local Government and Housing Ministry with full support from the Sabah Tourism Board (STB). BAF is celebrated annually in conjunction with World Architecture Day, with the objective of making it a platform for sharing, learning and networking for all the construction stakeholders, especially the Architects.", "Also present were the Ministry of Local Government and Housing Deputy Permenant Secretary, Stanley Chong; Chairman of PAM Sabah Chapter, Ar. Mok Juang Yu; Chairman of PAM Sarawak Chapter, Ar. Noraini Norodden; Organising Chairman of Borneo Architecture Festival 2023, Ar Daniel Koh, committee members of the PAM Sabah Chapter."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/14/bekas-jurulatih-menembak-diarah-bela-diri/", "headline": "Bekas jurulatih menembak diarah bela diri", "content": ["KUALA TERENGGANU: Seorang bekas jurulatih menembak diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki dengan niat pada 13 tahun lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, keputusan itu dibuat Hakim Nooriah Osman terhadap Zamil Ahmad Murad, 62, setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan tersebut.", "Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat menyebabkan kematian Syed Haikar Iskandar Syed Mahdzar, 34.", "Kesalahan itu dilakukan di kawasan semak di belakang sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus, dekat sini antara pukul 4.15 petang sehingga pukul 4.30 petang pada 1 Februari 2010.", "Bagi kesalahan itu, Zamil didakwa di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.", "Mahkamah kemudian menetapkan pada 11 dan 12 Jun depan sebagai tarikh perbicaraan kes di peringkat pembelaan.", "Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah, Intan Nor Hilwani Mat Rifin dan Hanis Nabihah Hizamul-Din.", "Manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, Rahmat Mohamed Hazlan dan Wan Mohammad Arfan Wan Othman.", "Dalam kejadian pada 13 tahun lalu itu, seorang lelaki ditembak mati selepas memecah masuk ke rumah tertuduh yang juga jurulatih Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) melalui pintu belakang.", "Jurulatih terbabit yang ketika itu berada di pusat latihan menembak pulang selepas dihubungi isterinya yang memaklumkan ternampak kelibat lelaki cuba memecah masuk ke rumah mereka. ", "Bekas jurulatih menembak diarah bela diri"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/11/wanita-berpura-pura-diculik-minta-wang-tebusan-dari-suami/", "headline": "Wanita berpura-pura diculik minta wang tebusan dari suami", "content": ["BOGOR: Seorang wanita dari Babakan Madang di Bogor, Jawa Barat mendapat perhatian warga net kerana berpura-pura diculik perompak bersama anaknya baru-baru ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Kompas.com melaporkan, ibu muda itu merancang penculikan itu semata-mata untuk meminta wang tebusan berjumlah 50 juta rupiah (RM14,044) daripada suaminya. ", "Kompas.com", "Menurut laporan awal, wanita itu diculik bersama anaknya ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dan dia sempat mencetus kekecohan dengan memuat naik insiden itu di media sosial pada Rabu lalu. ", "Namun helahnya itu terbongkar selepas dia ditemukan di Puncak di Jembatan Gadog di wilayah Cisarua, Jumaat lalu.", "Ketua Polis Bogor, Iman Imanuddin berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita itu dan anaknya tidak diculik sebaliknya hanya berpura-pura kerana diselubungi hutang berjumlah 45 juta rupiah (RM12,638).", "“Wanita itu mereka kisah penculikan itu dengan dibantu seorang rakan sekerja untuk mendapatkan wang membayar hutang tanpa pengetahuan suaminya.", "“Dia pergi ke kawasan Cijeruk dan mengambil gambar seolah-olah diculik dengan mulut diikat, mata terpejam sambil memegang anaknya. Foto itu kemudian dihantar kepada suaminya untuk meminta wang tebusan,” jelas Iman.", "Wanita itu kemudian mula berasa takut dan memutuskan untuk pergi ke Jalan Raya Cisarua di Puncak Bogor dan kemudian meminta bantuan penduduk yang sedang melintas jalan supaya menghubungi suami serta ibu bapanya.", "Polis yang mendapat laporan itu menemani suaminya ke lokasi berkenaan dan turut menyiasat rakan yang bersuhabat merancang penculikan itu.", "Wanita berpura-pura diculik minta wang tebusan dari suami"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/27/%e9%a6%96%e7%9b%b8%e9%80%b1%e6%97%a5%e4%be%86%e6%b2%99%e8%88%87%e6%b0%91%e6%85%b6%e9%96%8b%e9%bd%8b%e7%af%80/", "headline": "首相週日來沙與民慶開齋節", "content": ["(亞庇廿七日訊)首相拿督斯里安華將於4月30日(星期日),出席由沙巴政府在沙巴國際會展中心(SICC)舉辦的開齋節開放日。", "籌委會主席兼沙巴科學、工藝及革新部長阿里芬說,首相已接受沙巴政府的邀請出席開放日。", "「首相將與沙巴元首敦朱哈伉儷、首長拿督斯里哈芝芝和沙巴內閣出席。」", "阿里芬說,民眾也受邀參加上午10時開始的開放日。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/05/garuda-indonesia-diminta-patuhi-jadual-penerbangan-haji/", "headline": "Garuda Indonesia diminta patuhi jadual penerbangan haji", "content": ["JAKARTA: Syarikat penerbangan Garuda Indonesia digesa mematuhi jadual penerbangan yang sudah dipersetujui sekali gus memastikan tiada perubahan dalam jadual pelepasan jemaah haji.", "Gesaan itu dinyatakan Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia sebagai maklum balas terhadap beberapa perubahan jadual perjalanan dalam tempoh 13 hari pelepasan jemaah haji dari Solo, Medan, Jakarta-Pondok Gede, dan Banjarmasin.", "Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Perkhidmatan Haji Dalam Negeri Kementerian Hal Ehwal Agama, Saiful Mujab, berkata sejak awal sudah ada jadual yang sudah dipersetujui antara kementerian itu dan Garuda Indonesia.", "Beliau berkata jadual penerbangan perlu dipatuhi dengan tepat dan ketat kerana ia berkaitan dengan pergerakan jemaah pada setiap peringkat.", "Katanya, jadual penerbangan telah dimaklumkan kepada jemaah termasuk peringkat pelepasan dari daerah atau bandar masing-masing ke tempat berlepas.", "“Sekiranya berlaku perubahan, ia juga akan menjejaskan peringkat lain termasuk di Madinah dan Makkah.", "“Perubahan jadual penerbangan akan memberi kesan domino kepada peringkat aktiviti jemaah haji di asrama haji, Madinah dan Makkah,” katanya.", "Memetik laporan AntaraNews, kumpulan pertama jemaah haji bermula pada 24 Mei lalu dan akan berakhir pada 7 Jun dengan jemaah berlepas ke Madinah.", "Sehingga Ahad, terdapat 69,327 jemaah yang berlepas dengan 183 kumpulan penerbangan. Daripada jumlah itu, 102 kumpulan penerbangan dengan Garuda Indonesia.", "Kumpulan kedua, yang mana jemaah haji akan berlepas ke Jeddah dan kemudian Makkah akan bermula pada 8 Jun.", "Proses pelepasan jemaah haji Indonesia dijadualkan berakhir pada 22 Jun.", "Garuda Indonesia dijadualkan membawa sekurang-kurangnya 104,172 jemaah haji Indonesia dalam 287 kumpulan penerbangan tahun ini.", "Garuda Indonesia diminta patuhi jadual penerbangan haji"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/12/bayi-usia-tiga-hari-maut-selepas-bidan-ambil-sampel-darah-pada-tumit-kaki/", "headline": "Bayi usia tiga hari maut selepas bidan ambil sampel darah pada tumit kaki", "content": ["OGAN ILIR: Seorang bayi yang baru tiga hari dilahirkan dilaporkan maut selepas bidan mengambil sampel darah pada bahagian kakinya di Dusun I Desa belanti di Ogan Ilir, Sumatera Selatan.", "Berikutan insiden itu, ibu bapa bayi berkenaan melaporkan kes tersebut kepada polis.", "Asia memberitahu, bayinya meninggal dunia selepas menjalani pengambilan darah yang dilakukan seorang bidan.", "“Saya melahirkan anak secara normal dan keadaan saya serta bayi adalah baik, sihat.", "“Tiga hari kemudian, datang seorang bidan untuk memeriksa saya dan juga bayi sebelum dia mengambil darah pada bahagian tumit kaki anak saya.", "“Bidan itu memberitahu, dia mahu ambil sampel darah untuk diperiksa dan dua kali dia ambil darah dari kaki anak saya,” katanya.", "Jelas Asiah, selepas diambil sampel darah, bayinya tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga esok apabila anaknya mula demam panas dan dibawa ke pusat kesihatan.", "Bayi itu kemudiannya dirujuk ke hospital dan meninggal dunia ketika dirawat.", "Insiden itu menyebabkan bidan berkenaan digantung tugas sehingga siasatan selesai.", "Dalam pada itu, bidan berkenaan memaklumkan, dia mengambil sampel darah bayi tersebut untuk melakukan ujian Hipotiroid Kongenital dan menyatakan semua bayi baru lahir akan menjalani ujian tersebut.", "Sementara itu, Jabatan Kesihatan Ogan Ilir memaklumkan mengenai pemeriksaan doktor terhadap bayi tersebut selepas meninggal dunia.", "Ketua Jabatan Kesihatan Ogan Ilir, hendra Kudeta berkata, pemeriksaan awal mendapati cairan dan gumpalan berwarna kuning pada tubuh bayi.", "Mereka mendakwa gumpalan itu merupakan cebisan buah pisang yang dipercayai diberi kepada bayi tersebut sehingga membuatnya tercekik dan sesak nafas.", "Bayi usia tiga hari maut selepas bidan ambil sampel darah pada tumit kaki"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/14/amang-seksual-dera-pelajar-mudir-dan-warden-asrama-direman-empat-hari/", "headline": "Amang seksual, dera pelajar: Mudir dan warden asrama direman empat hari", "content": ["Suspek pertama yang juga mudir dan pengasas pusat tahfiz menunjukkan isyarat bagus semasa tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah, Ayer Keroh, Melaka.", "MELAKA: Mudir dan warden asrama sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak di sini, yang dipercayai terlibat dengan kes amang seksual fizikal dan penderaan kanak-kanak direman empat hari bermula kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nurul Bahiyah Kamaluddin sehingga 16 Mei ini terhadap suspek yang juga warga Singapura berumur 40 dan 36 tahun.", "Kedua-dua tertuduh yang juga adik beradik kini disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001, susulan enam laporan dibuat oleh enam pelajar pusat tahfiz berkenaan, berumur antara 13 hingga 15 tahun, Khamis lalu.", "Semasa tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira pukul 9.35 pagi kelmarin, suspek pertama yang juga mudir dan pengasas pusat tahfiz terlibat sempat menunjukkan isyarat bagus kepada pengamal media yang sudah berkumpul di situ sejak 8 pagi.", "Utusan Malaysia sebelumnya melaporkan, dua lelaki warga Singapura yang juga mudir dan warden asrama pusat tahfiz di Melaka ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes amang seksual fizikal dan penderaan kanak-kanak.", "Utusan Malaysia", "Dalam kes itu, tiga pelajar dilaporkan dicium, disuruh menghisap kemaluan dan mengurut kemaluan oleh mudir yang juga suspek pertama, manakala tiga lagi pelajar didera secara fizikal dengan cara ditampar, ditumbuk, dipijak serta disebat dengan rotan oleh warden asrama (suspek kedua).", "Dalam pada itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pihaknya menahan kedua-dua suspek di Tanjung Minyak pada pukul 1 dan 1.30 petang Jumaat, selepas kesemua mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga.", "Beliau berkata, kejadian itu didakwa telah lama berlaku di institusi berkenaan dan kali terakhir mangsa didera secara seksual dan fizikal adalah pada 7 Mei lalu.", "“Mudir itu sebelum ini pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan atas kesalahan seks luar tabii pada 2019. Adiknya bagaimanapun tidak mempunyai rekod lampau,” jelasnya. ", "Amang seksual, dera pelajar: Mudir dan warden asrama direman empat hari"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/04/lets-defeat-dr-ms-colonialist-attacks-on-multiculturalism-by-affirming-malaysia/", "headline": "Let’s defeat Dr M’s colonialist attacks on multiculturalism by affirming Malaysia", "content": ["Wilfred Madius Tangau", "KOTA KINABALU: Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad is declaring war on the very idea of Malaysia by insulting Sabahans and Sarawakians as subjects of Malayan imperialism and colonialism, said Tuaran MP Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.", "He said if by being part of Malaysia, Sabah and Sarawak were to become appendices of Tanah Melayu, and Sabah and Sarawakian natives to be assimilated as Malayan Malays, there would not be a Malaysia in the first place. ", "“Sabah and Sarawak would have stayed on as British colonies and waited for our own independence at a later date as Brunei did in 1984,” he said in a statement today.", "Madius was responding to Dr Mahathir’s vicious attacks on multiculturalism and secularism which is a manifestation of Malayan imperialism and colonialism that threaten Malaysia’s territorial integrity.", "Dr Mahathir’s earlier claim on June 28 that non-Malays want to change the country from Tanah Melayu to a multi-ethnic country and his latest claim on July 3 that it is unconstitutional to promote Malaysia as a multi-ethnic country reveal the malicious mind of a Malayan imperialist and colonialist who sees Sabah and Sarawak as nothing but colonial possessions of Malayan Malays. ", "For all his attacks on Western imperialists and colonialists, Madius said Dr Mahathir has become one when he looks at Sabahans, Sarawakians and Malayan minorities.", "“Sabah and Sarawak are proudly multicultural and inclusive. As in Malaya, we have Malays – Sarawak Malays and Brunei Malays – and Chinese and Indians. We also have Kadazan-Dusun-Murut, Bajaus, Suluks, Iban, Bidayuh, Orang Hulu, Melanaus and many other groups. Don’t pigeonhole our natives as Malayan Malays. We celebrate inter-faith harmony and multilingualism. We eat on the same table. We celebrate each other’s festivals. We will stay this way and not be assimilated into bigotry and segregation,” said Madius.", "He said if any Malayan Malays carry the imperialist and colonialist mindset and treat Sabahans and Sarawakians as subjects of dominance and assimilation, then they are effectively advocating Malaya’s separatism from Malaysia. ", "“For the longest time, many Sabahans and Sarawakians have been wrongly accused of separatism. We never want separatism if Sabah and Sarawak enjoy freedom, prosperity and justice within Malaysia as promised. If separatism ever gains popularity, it is nothing but the response to Malayan imperialism and colonialism.", "“Dr Mahathir, listen clearly from us if you ever need a reminder: Sabah and Sarawak are not colonial possessions transferred from Great Britain to Tanah Melayu. We did not opt to replace the British with Malayans as our colonial masters in 1963.", "“In Sabah’s state anthem “Sabah Tanah Airku”, we proudly proclaim: “Merdeka sepanjang masa. Bersatu segala bangsa Sentosa. Sabah negeri merdeka.” Likewise, Sarawak’s state anthem “Ibu Pertiwiku” underlines sovereignty within Malaysia: “Sarawak Dalam Malaysia, Aman makmur Rahmat Tuhan Maha Esa. Kekallah Sarawak bertuah, Teras perjuangan rakyat, Berjaya Berdaulat!”", "“When Malaysia was formed, it was a union of four multi-ethnic and secular countries: Malaya, Singapore, Sabah and Sarawak. If the plan was to become appendices of an ethnocracy as Dr Mahathir wants Malaya to be, Sabah and Sarawak would have stayed out. Suppose anyone wants to change the social contract in 1963 by internally colonising Sabah and Sarawak. In that case, they are taking Malaya out of Malaysia, because the Malaysia Sabah and Sarawak signed up in 1963 is a land of freedom and democracy, neither an ethnocracy for Malays nor a theocracy for Islamists.”", "According to Madius, to satisfy his imperialist control on Sabah, Dr Mahathir deliberately divided and ruled Sabah’s multi-ethnic people with religion, so that relatives and neighbours would fight each other. ", "“He even assaulted Sabah’s sovereignty with Project M enfranchised foreigners whose votes he could control. It is sad that he squandered his second chance to serve Malaysia and redeem his wrongdoings in 2020. It is sadder now that after losing his deposit in the 2022 general election, he wants to undo Malaysia to stay relevant. He wants so much to cringe at his past that he is happy to deny all Malaysians a better future.", "“We Malaysians must not fall into Dr Mahathir’s vicious plan to divide and rule. We must instead stand together to affirm the original Project Malaysia that our forefathers and foremothers signed up for in 1963. We must decentralise all Malaysian states and materialise the promises in the Malaysia Agreement of 1963.", "“As we enter the Merdeka months of August and September, let us solidly rally behind the Madani Government that upholds all Malaysians and denounces bigotry, hatred and colonialism. While Sabahans and Sarawakians do not get to vote this round, we hope voters in Selangor, Penang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan and Terengganu will send a clear message to reject ultra-nationalism, colonialism and imperialism championed by Dr Mahathir and company,” he said. "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/23/chief-minister-to-discuss-with-shell-malaysia-the-issue-of-petrol-stations-closure/", "headline": "Chief Minister to discuss with Shell Malaysia the issue of petrol stations closure", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor will meet with Shell Malaysia to discuss the issue of 35 retail stations in Sabah and Labuan due for closure early next year.", "“I am aware of the situation and will be meeting with Shell Malaysia Chairman Siti Hurrairah Sulaiman to find out more about the situation and the fate of the affected retailers in Sabah and Labuan,” he said in a statement here today.", "Shell Timur Sdn Bhd, which operates Shell kiosks in Sabah and Labuan has confirmed it will be closing several less productive retail stations in East Malaysia to sustain the company’s performance in an ongoing review.", "It was reported that those affected were 10 in Tawau, two in Semporna, six in Lahad Datu, 12 in Sandakan, two in Labuan, and one each in Likas, Telipok and Kuala Penyu."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/04/kerajaan-segerakan-wang-bantuan-mangsa-banjir/", "headline": "Kerajaan segerakan wang bantuan mangsa banjir", "content": ["Armizan Mohd. ALI mengadakan tinjauan ke PPS di Dewan Serbaguna Pagoh, Muar", "MUAR: Kerajaan akan menyegerakan pemberian wang ihsan kepada mangsa banjir sebagai membantu meringankan beban golongan berkenaan.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) proses penyaluran insentif itu akan mengambil masa selewat-lewatnya seminggu.", "“Di peringkat Nadma pusat baru-baru ini, kita telah menggariskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bahawa bahawa dalam tempoh seminggu paling lewat, peruntukan itu sudah disalurkan ke negeri dan daerah terlibat.", "“Itu prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebaik sahaja kita menerima maklumat yang disahkan oleh jawatankuasa pengurusan bencana dan daerah,” katanya.", "Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Pagoh, di sini hari ini.", "Beliau berkata, dalam insiden banjir khususnya berskala besar, ia memerlukan masa untuk semakan status dan data supaya tiada pertindihan dalam memastikan semua mangsa yang berkelayakan menerima bantuan.", "“Saya fikir daripada segi penyaluran bantuan kepada mangsa yang ditempatkan di PPS tidak ada masalah, namun kepada mangsa yang tidak ditempatkan di PPS atau mereka yang enggan ke PPS, ini memerlukan semakan yang bukan hanya pejabat daerah, namun jentera di peringkat kampung.", "“Walau bagaimanapun, berdasarkan mekanisme pengurusan, kami di Nadma tidak akan bertangguh dalam aspek tersebut dan itulah juga komitmen kepimpinan kerajan kita, iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selaku pengerusi bencana pusat.", "“Walaupun jumlah mungkin tak banyak, iaitu dalam kadar RM1,000, tapi saya harap ia cukup bernilai dan bermakna kepada mereka yang kerugian,” katanya.", "Kerajaan segerakan wang bantuan mangsa banjir"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/24/pembangunan-di-kadamaian-akan-terus-diberi-perhatian/", "headline": "Pembangunan di Kadamaian akan terus diberi perhatian", "content": ["Ewon bersalaman dengan para hadirin pada Sambutan Kaamatan Peringkat Daerah Kota Belud di Dewan Kadamaian Square, di sini, baru-baru ini.", "KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian akan terus diberi perhatian.", "Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, Pelan Induk Pembangunan Kadamaian 2020-2035 yang telah pun menjadi dokumen kerajaan akan menjadi panduan kepada semua kementerian, agensi dan jabatan kerajaan untuk membawa pembangunan yang lebih pesat di kawasan itu.", "Katanya, pelan itu mencakupi wawasannya untuk membangunkan Kadamaian berasaskan dua sektor ekonomi utama iaitu pertanian dan pelancongan, penyediaan atau penaiktarafan kemudahan infrastruktur asas serta bidang keusahawanan.", "“Saya gembira kerana, sambutan Pesta Kaamatan peringkat Kota Belud, buat julung kalinya diadakan di Dewan Kadamaian Square Taginambur sejak dewan ini siap dibina beberapa tahun yang lalu.", "“Kita akan teruskan usaha untuk menaiktaraf kemudahan sedia ada di Kadamaian dan Kota Belud secara keseluruhannya untuk keselesaan warga Kota Belud,” katanya.", "Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Kaamatan Peringkat Daerah Kota Belud di Dewan Kadamaian Square, di sini, baru-baru ini.", "Pembinaan Dewan Kadamaian Square adalah sebahagian daripada hasil usaha Ewon sejak beliau diberi mandat sebagai Adun Kadamaian pada 2018.", "Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun oleh masyarakat Kadazandusun adalah antara platform terbaik untuk mengukuh dan memperkasakan perpaduan rakyat pelbagai kaum, bangsa dan agama di negeri ini.", "“Ini kerana, sambutan Kaamatan bukan hanya dihadiri masyarakat Kadazandusun tetapi masyarakat kaum lain juga turut serta hadir memeriahkan sambutan ini.", "“Selain itu, Pesta Kamaatan juga memberi ruang kepada para peniaga kecil-kecilan menjual dan mempromsi produk mereka,” katanya.", "Turut hadir Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis, Pegawai Daerah Kota Belud merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Belud Haji Bakri Haji Nanun dan para pemimpin masyarakat."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/16/%e4%bb%99%e6%9c%ac%e9%82%a3%e6%b2%89%e8%88%b9%e4%ba%8b%e4%bb%b6-%e5%b7%b2%e5%b0%8b%e7%8d%b2%e5%a4%b1%e8%b9%a4%e5%85%92%e7%ab%a5%e9%81%ba%e9%ab%94/", "headline": "仙本那沉船事件 已尋獲失蹤兒童遺體", "content": ["(仙本那十六日訊)3天前發生的沉船事件中,失蹤的1名兒童遺體今日已被尋獲。", "仙本那消防救援站(BBP)負責人PBT II Noorjali Maslah表示,7歲的死者在距失蹤現場300米處被發現。", "「下午2時48分,值班ATM人員在甘榜Pukas水域發現了死者。」", "「死者隨後被移交給警方採取進一步行動。行動於下午4時29分結束。」", "沉船事件於7月14日下午2241分,發生在努沙登加島。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/21/10-jawatankuasa-pilihan-khas-parlimen-ditubuhkan/", "headline": "10 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan", "content": ["Azalina Othman Said", "KUALA LUMPUR: 10 Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen ke-15 ditubuhkan.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia merangkumi JKPK Kewangan dan Ekonomi, JKPK Kesihatan serta JKPK Perdagangan dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian.", "Selain itu, JKPK Infrastruktur Pengangkutan dan Komunikasi, JKPK Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat serta JKPK Alam Sekitar, Sains dan Perladangan.", "Katanya lagi, penubuhan 10 JKPK itu adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Pemilih pada 21 Februari serta 2 dan 13 Mac lalu yang mengandungi beberapa syor jawatankuasa untuk diterima majlis.", "“JKPK Keselamatan, JKPK Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa serta JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.", "“Mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5), Penyata Jawatankuasa Pemilih yang dibentang di meja mesyuarat dalam Dewan ini sebagai Kertas DR.2 tahun 2023 hendaklah diterima dan dipersetujui,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.", "Pelantikan JKPK itu dibuat Jawatankuasa Pemilih yang diketuai Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, bertindak sebagai pengerusi, turut dianggotai enam ahli jawatankuasa.", "Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya), Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (PH-Seremban) dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (PH-Pandan).", "Selain itu, ia turut dianggotai Azalina (BN-Pengerang), Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).", "Beliau dalam masa yang sama turut berkata, JKPK akan berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap kementerian berkaitan. ", "10 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/20/%e6%9b%b4%e7%ac%a6%e6%b2%99%e7%82%ba%e5%90%88%e7%b5%84%e5%a4%a7%e9%a6%ac%e5%a4%a5%e4%bc%b4%e5%9c%b0%e4%bd%8d-%e5%bb%ba%e8%ad%b0%e9%a6%96%e9%95%b7%e6%94%b9%e7%a8%b1%e7%b8%bd%e7%90%86/", "headline": "更符沙為合組大馬夥伴地位 建議首長改稱總理", "content": ["(亞庇廿日訊)沙巴州農民協會歡迎將首長職稱改為「總理」。", "其主席拿督莫哈末納茲里阿都拉表示,沙巴需要跟隨砂拉越的腳步,砂拉越現在正在使用總理職稱,這符合婆羅洲的精神和1963年馬來西亞協議(MA63)。", "「現在是沙巴採取同樣行動的時候了,將首長的職稱改為總理,因為沙巴和砂拉越是共同組成馬來西亞的兩個地區。」", "「沒有沙巴和砂拉越,就沒有馬來西亞,只有馬來半島(馬來亞)。因此,將首長的職稱改為總理非常重要,此舉將讓沙巴更易受到各方尊重,跟西馬一樣屬於地位平等邦屬。」", "他是針對本地一家媒體於本週三刊載有關首長拿督斯裡哈芝芝諾在其第三年首長任期發表談話時,提出有關首長職位重新命名的建議如此評論。", "哈芝芝表示,沙巴是否會像砂拉越一樣將首長職稱改為總理一事正在討論中。", "「有些人想要『總理』,而另一些人則更喜歡『首長』。」", "「砂拉越為此目的修改了砂拉越憲法,儘管聯邦尚未修改聯邦憲法,但他們承認並尊重砂拉越的決定。」", "莫哈末納茲里阿都拉表示,沙巴應該傚法砂拉越的腳步,方便讓聯邦政府將沙砂視作與西馬地位相同的邦屬。", "他認為,一旦沙巴首長名稱改為總理,由首相拿督斯裡安華領導的昌明馬來西亞政府肯定會承認這2個婆羅洲邦屬的地位,並著手修改聯邦憲法。", "加上首相也曾多次保證,他將落實1963年簽署的大馬協議內容。", "安華曾說:「我的責任是履行國家領導人和國家戰士在馬來西亞組建期間簽署的所有承諾和協議。我保證這些協議內容不再談判,而是予以落實與執行。」", "莫哈末納茲里阿都拉也歡迎哈芝芝提出助理部長改名為副部長,以及將內閣部門數量從目前的11個增加至14個的建議。", "哈芝芝表示,他已提出此事,並獲得州內閣同意,並希望相關法案能夠在適當的時候提交州議會。", "「修改州憲法需要獲得州議會三分之二議員的批准,因此我期望得到州議會議員的支持。副部長具有更重要的含義,聽起來更好。」", "莫哈末納茲里阿都拉表示,沙巴幅員遼闊,須要增設更多部門來滿足沙巴現有的發展和進步。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/09/pengurusan-tak-bagi-bercinta-ahirine/", "headline": "Pengurusan tak bagi bercinta- Ahirine", "content": ["Tidak pernah mahu menggula-gulakan penonton dengan sekadar wajah menawan. Pelakon Ahirine Ahirudin, 26, berusaha menanam kepercayaan kepada penonton untuk melihat bakat lakonan yang dipersembahkan.", "Ahirine sendiri mengakui, walaupun sudah tiga kali menjadi pelakon taruh utama sebuah naskhah filem. Rata-rata memberikan komen persembahannya belum cukup menonjol, kayu, dan tidak menjadi. Perit ditelan, namun itulah kenyataan.", "Menurut Utusan Malaysia, graduan Ijazah Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu membulatkan harapan. Setiap kritikan dianggapnya sebagai sebuah petanda orang sudah memberi perhatian. Dia perlu memperbaiki mutu lakonan. ", "Bangun daripada kritikan", "Bangun daripada kritikan", "Oleh itu, sebelum menerima tawaran sebagai watak Ana menerusi filem ‘Tebus’ yang ditayangkan di platform terkemuka Amerika Syarikat, Prime Video. Gadis itu terlebih dahulu ke kelas lakonan bersama di bawah pengurusan Revolution Stage.", "“Saya cakap dengan pihak pengurusan, untuk tawaran kali ini, saya mahu pergi ujibakat dan mahu ke kelas lakonan sebelum masuk ke dalam set penggambaran.", "“Saya tidak mahu kritikan sama berulang lagi. Bagi saya, jika lakonan saya di dalam filem keempat saya ini ada peningkatan walaupun hanya satu peratus, tak mengapa. Asalkan mutunya bertambah baik.", "“Apa yang boleh saya katakan, saya berpuas hati dengan lakonan saya kali ini dengan bimbingan pengarah Jason Chong,” katanya kepada Hits.", "Bagi penggemar sukan permotoran dan Muay Thai ini, set penggambaran boleh menjadi tempat menuntut ilmu asalkan seseorang itu mahu merendahkan diri bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman. ", "Walaupun dimarahi pengarah hampir setiap hari kerana lakonannya kurang memuaskan, Ahirine hanya menyeka tangisan sekali dan menganggap ini sebahagian daripada proses pembelajaran.", "“Di set penggambaran memang kena kuatkan mental. Sebenarnya setiap hari saya kena marah dengan pengarah depan semua orang terutamanya babak di depan balai polis.", "“Saya terima. Saya yang minta kena marah asalkan lakonan saya bertambah baik. ", "“Penting juga untuk tanya pengarah dan pelakon lain. Lihat semula monitor dan tanya bahagian mana lagi yang boleh diperbaiki,” tambahnya.", "Ramai mencuba, tapi karier cinta utama", "Ramai mencuba, tapi karier cinta utama", "Ditanya mengenai hubungan akrabnya dengan pelakon Zizan Razak sehingga ada yang menjodohkan mereka bersama, gadis kelahiran Alor Gajah itu hanya ketawa. ", "Mana tidaknya, mereka hanya kawan biasa yang sama-sama mencintai sukan lumba kereta. ", "“Saya dan Zizan memang hanya sekadar kawan biasa. Tiada apa-apa yang istimewa. Lagi pula syarikat pengurusan saya tidak benarkan saya bercinta. ", "“Ada juga yang mesej namun saya tak layan. Mungkin kerana saya pun belum bersedia,” katanya. ", "Ditanya apakah ciri-ciri lelaki idamannya, Ahirine hanya menginginkan jejaka yang ikhlas dan setia dalam perhubungan.", "Pengurusan tak bagi bercinta- Ahirine"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/22/boehly-potong-gaji-19-pemain-chelsea/", "headline": "Boehly potong gaji 19 pemain Chelsea", "content": ["Penyingkiran pada suku akhir Liga Juara-Juara menyebabkan 19 pemain Chelsea bakal dipotong gaji.", "LONDON: Pemilik Chelsea, Todd Boehly terus mencetus kontroversi apabila mahu memotong gaji 19 pemain ekoran penyingkiran pasukan itu pada suku akhir Liga Juara-Juara, Khamis.", "Blues disingkirkan oleh juara 14 kali, Real Madrid menerusi agregat 4-0, sekali gus menutup musim tanpa sebarang trofi.", "Blues", "Skuad bimbingan Frank Lampard juga berisiko gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara atau Liga Europa musim depan selepas menghuni tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris.", "Boehly telah mengambil langkah awal dengan memasukkan klausa dalam kontrak pemain untuk mengelak pasukannya mengalami kerugian kewangan kerana tidak beraksi di pentas Eropah.", "Difahamkan, beberapa bintang utama akan menerima potongan gaji 30 peratus, selain mereka yang masuk di bawah pemilikan Boehly.", "Ini termasuk 12 pemain baharu dan tujuh senior seper­ti Thiago Silva, Reece James, Cesar Azpilicueta, Ben Chilwell, Trevoh Chalobah, Armando Broja dan Marcus Bettinelli yang telah melanjutkan kontrak mereka bersama pasukan.", "Barisan pemain yang tidak melanjutkan kontrak sejak ­Boehly mengambil alih kelab tidak akan mengalami pemotongan gaji.", "“Kami tidak boleh menyalahkan pengurus sepenuhnya tetapi semua pihak harus mengambil tanggungjawab. Ini tempoh yang sukar buat pasukan, dengan ­banyak keraguan timbul.", "“Pertukaran pemilik, keha­diran ramai pemain baharu ­menyebabkan pasukan terpaksa membesarkan ruang bilik persalinan. Ia tidak menampung keseluruhan pemain.", "“Akan ada pemain yang kecewa kerana bukan semuanya dapat bermain. Pengurus hanya boleh memilih 11 daripada kese­luruhan lebih 30 orang yang membarisi pasukan.", "“Kami perlu berhenti daripada terus membawa masuk pemain baharu, sebaliknya merencanakan strategi musim depan atau mengulangi kesilapan sama,” kata Silva. ", "Boehly potong gaji 19 pemain Chelsea"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/26/kadar-elaun-sara-hidup-24729-pelajar-tajaan-kpt-dinaik-tahun-depan/", "headline": "Kadar Elaun Sara Hidup 24,729 pelajar tajaan KPT dinaik tahun depan", "content": ["Mohamed Khaled Nordin", "PUTRAJAYA: Seramai 24,729 pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menerima kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) bermula tahun hadapan.", "Menurut Utusan Malaysia, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kenaikan kadar ESH itu akan dimanfaatkan oleh pelajar yang sedang dan akan ditaja membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM30.78 juta setahun.", "Beliau berkata, ketetapan terbaharu itu membabitkan kenaikan kadar ESH sebanyak 15 peratus kepada pelajar sarjana dan PhD sedia ada dan baharu luar negara di bawah Program MyBrainScience.", "“Selain itu, kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu di United Kingdom (UK) pula diseragamkan dan tidak lagi mengikut kawasan memandangkan perbezaan indeks kos sara hidup di antara kawasan-kawasan yang berlainan.", "“Selain itu, kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu di United Kingdom (UK) pula akan diseragamkan dan tidak lagi mengikut kawasan memandangkan perbezaan indeks kos sara hidup di antara kawasan-kawasan yang berlainan.", "“Manakala, kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu di Amerika Syarikat pula akan diseragamkan daripada tiga kadar kepada dua kadar sahaja,” katanya pada majlis pelancaran MyBrain 2.0 dan penyampaian surat tawaran penajaan KPT 2023 di sini, hari ini.", "Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, KPT akan turut menaikkan kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu bagi program-program penajaan dalam negara iaitu sebanyak RM100 sebulan.", "Jelasnya lagi, kenaikan ini akan melibatkan penerima Biasiswa Atlet Cemerlang IPT, Biasiswa Pelajar Cemerlang Politeknik, Biasiswa Tokoh Siswa, Dermasiswa B40 TVET dan Program MyBrain 2.0.", "Sementara itu, katanya, KPT juga akan menyeragamkan ESH pelajar sedia ada dan baharu kepada hanya satu kadar mengikut peringkat pengajian iaitu Diploma (RM730), Ijazah Sarjana Muda (RM800) Sarjana dan PhD (RM1,000).", "Bagaimanapun, katanya, penyeragaman ini tidak melibatkan program MyBrainScience kerana kadar ESH sedia ada program tersebut adalah lebih baik daripada program-program lain sedia ada.", "“Selain itu, kenaikan RM100 sebulan ESH/Elaun Wang Saku juga diperluaskan kepada pelajar-pelajar B40 (Bantuan Kewangan Asasi IPTA dan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti) dan OKU (Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya dan Program Pendidikan Khas).", "“Bagaimanapun, kadar ESH yang dinikmati oleh pelajar dalam kalangan pegawai awam dalam perkhidmatan sama ada sedia ada dan baharu dalam dan luar negara dikekalkan,” katanya.", "Kadar Elaun Sara Hidup 24,729 pelajar tajaan KPT dinaik tahun depan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/30/gadis-berusia-13-tahun-ditemukan-terjatuh-dari-tingkat-enam-pangsapuri/", "headline": "Gadis berusia 13 tahun ditemukan terjatuh dari tingkat enam pangsapuri", "content": ["PETALING JAYA: Seorang gadis berusia 13 tahun ditemukan terjatuh dari tingkat enam pangsapuri di kawasan Puchong Utama, dekat sini semalam.", "Dalam kejadian kira-kira pukul 11.21 malam itu, satu panggilan telefon dari orang awam memaklumkan penemuan remaja berkenaan.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, sebelum kejadian remaja berkenaan dikatakan dimarahi ibunya kerana mempunyai telefon bimbit tanpa kebenaran dan sering keluar malam. ", "Kata beliau, hasil siasatan pihaknya menemukan beberapa nota tulisan tangan dipercayai milik mangsa yang menunjukan beliau ingin membunuh diri akibat tertekan dengan layanan keluarga terhadapnya.", "“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa terjatuh dari tingkap dapur rumah dan  meninggal dunia di tempat kejadian.", "“Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu adalah anak sulung daripada tiga beradik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.", "Tambah beliau, siasatan lanjut dijalankan dan diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR).", "“Bedah siasat dijangka dijalankan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Serdang hari ini setelah lawatan dan pemeriksaan tempat kejadian oleh patologi forensik. ", "“Orang ramai yang melihat kejadian boleh tampil salurkan maklumat melalui pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” jelasnya. ", "Gadis berusia 13 tahun ditemukan terjatuh dari tingkat enam pangsapuri"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/31/panda-gergasi-albino-dikesan-di-china/", "headline": "Panda gergasi albino dikesan di China", "content": ["BEIJING: Seekor panda gergasi albino yang jarang dijumpai, sekali lagi dikesan di kawasan hutan di barat daya China.", "Menurut Utusan Malaysia, South China Morning Post melaporkan, haiwan itu dipercayai merupakan satu-satu seumpamanya.", "Penyiar kebangsaan CCTV melaporkan rakaman kamera yang memaparkan kelibat haiwan berwarna serba putih itu dikeluarkan oleh Wolong National Nature Reserve di wilayah Sichuan.", "Menurut laporan itu, panda tersebut dipercayai berusia kira-kira lima atau enam tahun dan kelihatan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.", "Haiwan unik itu pertama kali dirakam oleh kamera di Wolong National Nature Reserve pada April 2019, kira-kira 2,000 meter dari paras laut.", "Pusat itu kemudian menyiarkan imej pertama haiwan itu yang mempunyai bulu putih dan kuku serta mata berwarna merah pada Mei 2019.", "Berdasarkan laporan CCTV, sejak itu, pegawai pusat rizab itu menubuhkan pasukan khas untuk memantau pergerakan panda tersebut.", "Pasukan penyelidik mengkaji rutin haiwan itu selain memasang dan menyelaraskan kamera khas untuk merakam pergerakannya.", "Menurut laporan People’s Daily, rakaman baharu itu juga menunjukkan haiwan serba putih itu berinteraksi dengan beberapa panda lain pada ketinggian kira-kira 2,600 meter dari paras laut.", "Sementara itu, penyelidik dari sekolah sains di Universiti Peking, Li Sheng memaklumkan ia merupakan panda gergasi albino yang pertama direkodkan di kawasan hutan.", "“Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada genetik haiwan itu akan diwarisi secara berterusan dalam populasi panda yang kecil,” katanya.", "Sebelum ini, media kerajaan melaporkan China pernah menemukan 10 panda gergasi berwarna coklat yang jarang ditemukan di kawasan hutan antara tahun 1985 dan 2021.", "Panda gergasi albino dikesan di China"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/29/ukraine-tembak-jatuh-31-dron-dalam-serangan-besar-besaran/", "headline": "Ukraine tembak jatuh 31 dron dalam serangan besar-besaran", "content": ["KYIV: Tentera Ukraine mendakwa pasukan berjaya memusnahkan sebanyak 31 daripada 39 dron dilancarkan oleh Russia dalam satu serangan besar-besaran semalaman.", "Menurut Utuaan Malaysia, jurucakap komando tentera selatan Ukraine, Nataliya Gumenyuk berkata, beberapa pesawat udara tanpa pemandu (UAV) milik Russia dipintas di kawasan pantai Laut Hitam dan lebih jauh ke pedalaman.", "“Russia tidak menghentikan tekanan dan mencari taktik baharu dengan melancarkan serangan secara besar-besaran.", "“Kali ini, beberapa unit UAV dilancarkan. Pasukan pertahanan udara kami berusaha memintasnya di sepanjang hampir seluruh arah selatan, di wilayah Odesa, Mykolaiv.", "“Kami juga cuba memintas arah utara ketika musuh menyasarkan serangannya ke tengah Ukraine,” katanya di aplikasi Telegram.", "Selain itu, Kakitangan Am Ukraine mengesahkan serangan Russia itu melibatkan penggunaan 39 UAV jenis Shahed-136/131.", "“Pasukan tentera Ukraine berjaya memusnahkan 31 daripada dron Shahed itu,” jelasnya.", "Sejak Julai lalu, apabila Moscow menarik diri daripada perjanjian diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membenarkan penghantaran bijirin melalui Laut Hitam, Russia meningkatkan serangan terhadap infrastruktur pengeksport bijirin Ukraine di wilayah Odesa dan Mykolaiv selatan.", "Sementara itu, Gabenor wilayah Dnipropetrovsk, Sergiy Lysak berkata, tentera Russia melancarkan kira-kira 20 projektil ke daerah Nikopol semalaman.", "Namun, katanya, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.", "Ukraine tembak jatuh 31 dron dalam serangan besar-besaran"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/26/polis-buka-kertas-siasatan-bakar-mercun-bunga-api-secara-besar-besaran/", "headline": "Polis buka kertas siasatan bakar mercun, bunga api secara besar-besaran", "content": ["Video tular kejadian pembakaran mercun dan bunga api secara besar-besaran di Simpang Pulai, Ipoh. – Utusan/Media Sosial", "IPOH: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian pembakaran mercun dan bunga api secara besar-besaran di Simpang Pulai yang tular di media sosial sejak Selasa.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 13 minit 46 saat itu kelmarin, yang dimuat naik melalui Facebook.", "Katanya, siasatan mendapati kejadian itu berlaku Selasa pada pukul 8 malam di Kampung Baru, Simpang Pulai dekat sini.", "“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan Seksyen 286 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataannya di sini kelmarin.", "Sementara itu, Yahaya menasihati orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti berbahaya yang boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa dan harta benda awam.", "“Tindakan tegas akan diambil berlandaskan undang-undang terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawan yang menjalankan aktiviti berbahaya,” katanya.", "Terdahulu, tular rakaman video di media sosial yang memaparkan orang ramai dipercayai penduduk dilihat berkumpul menyaksikan aktiviti bermain mercun dan bunga api yang berlangsung di atas jalan raya.", "Penularan video itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata bimbang kerana dikhuatiri mendatangkan bahaya selain mengganggu ketenteraman awam. ", "Polis buka kertas siasatan bakar mercun, bunga api secara besar-besaran"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/27/tottenham-risik-nagelsmann/", "headline": "Tottenham risik Nagelsmann", "content": ["Julian Nagelsmann", "LONDON: Hanya sehari selepas dipecat oleh Bayern Munich, Julian Nagelsmann mungkin mendapat kerja baharu apabila dirisik kelab Liga Perdana Ing­geris (EPL), Tottenham.", "Pengendali berusia 35 tahun itu hanya me­ngetahui dia dipecat ketika sedang bercuti di Austria dan bekas pasukannya sudah pun mengumumkan Thomas Tuchel sebagai pengganti.", "Menurut Utusan Malaysia, tindakan Bayern membuka peluang buat pengerusi Tottenham, Daniel Levy untuk me­mulakan rundingan de­ngan Nagelsmann bagi menggantikan Antonio Conte.", "Tottenham sudah lama berminat dengan Nagelsmann yang pernah me­ngendalikan RB Leipzig dan Hoffenheim, malah hampir menyunting jurulatih kelahiran Jerman itu pada 2021.", "Nagelsmann dikatakan turut meminati Tottenham dan memiliki jersi kelab London itu.", "Tottenham percaya Nagelsmann adalah calon sesuai untuk pasukan, dan mampu menawarkan corak serangan yang dimahukan peminat.", "Sementara itu, Conte yang kini berada di Itali berada dalam kecelaruan mengenai nasibnya bersama Tottenham.", "Sehingga kini, Conte belum dilepaskan, dan ketika ini Ryan Mason serta Cristian Stellini mengambil alih tugas mengendalikan sesi latihan pasukan.", "Situasi semakin kelam buat Tottenham yang akan berentap dengan Everton dalam aksi liga minggu hadapan. ", "Tottenham risik Nagelsmann"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/25/masa-untuk-tubuh-pihak-berkuasa-penerbangan-awam-borneo-dr-jeffrey/", "headline": "Masa untuk tubuh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Borneo – Dr. Jeffrey", "content": ["Dr. Jeffrey Kitingan", "KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan mencadangkan bahawa sudah tiba masanya untuk penubuhan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Borneo (BCAA) bagi mengawal selia dan menjaga industri penerbangan di Sabah dan Sarawak.", "“Saya percaya BCAA boleh menjaga kepentingan Sabah, Sarawak dan rakyat Malaysia dengan lebih baik dalam perjalanan ke negeri-negeri Borneo.", "“BCAA akan memberi tumpuan untuk mengawal selia dan menjaga kepentingan terbaik industri penerbangan di negeri-negeri Borneo, kerana terdapat laporan isu dan kelewatan dalam pengendalian hal-hal penerbangan di Sabah oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” kata Dr. Jeffrey, yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri, dalam satu kenyataan hari ini.", "Dr. Jeffrey berkata, terdapat rakyat Sabah yang berbakat dan berkelayakan termasuk beberapa yang berpendidikan, terlatih dan diperakui di Amerika Syarikat oleh institusi penerbangan Amerika untuk berkhidmat dalam BCAA.", "“Tumpuan setempat mereka juga akan menjaga kepentingan rakyat termasuk mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap tambang penerbangan.", "“Dengan pengetahuan yang lebih baik tentang keadaan tempatan dan pemahaman tentang keperluan Sabah dan Sarawak, BCAA boleh mewujudkan dorongan yang amat diperlukan untuk mengurangkan masalah industri penerbangan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.", "“Dalam jangka masa panjang, BCAA boleh memanfaatkan bukan sahaja Sabah tetapi industri penerbangan negara secara keseluruhan,” katanya.", "Ahli Parlimen Keningau itu berkata, perjalanan udara juga sangat penting terutamanya kepada Sabah, kerana pelancongan antarabangsa adalah sektor utama ekonomi Sabah dan Sarawak.", "Malah katanya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) adalah lapangan terbang kedua terbesar dan kedua tersibuk di Malaysia dan hab serantau bagi banyak syarikat penerbangan dengan penerbangan terus antarabangsa.", "“Masa untuk menubuhkan BCAA juga tepat sekarang kerana Sarawak ingin menubuhkan syarikat penerbangan butik. Pada masa yang sama, Sabah sedang berbincang untuk menceburi sektor kargo udara dengan kumpulan logistik yang mantap serta untuk  menjadikan Sabah Air Aviation sebagai syarikat penerbangan serantau untuk wilayah BIMP-EAGA.", "“Saya akan bangkitkan isu itu pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Persekutuan MA63 akan datang,” kata Dr Jeffrey, yang juga ADUN Tambunan.", "Dr. Jeffrey mengulas mengenai pertelingkahan berterusan mengenai kadar tambang tinggi ke Sabah dan Sarawak sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri antara Menteri Pengangkutan semasa dan mantannya yang bukan sahaja mendedahkan tentang tambang penerbangan yang tinggi, mahal dan tidak munasabah untuk kedua-dua sektor.", "“Ia juga mendedahkan masalah sistemik yang telah berpuluh tahun mengabaikan kepentingan dan kebajikan rakyat Sabah dan Sarawak dalam perjalanan udara dan beban yang ditanggung oleh mereka selama bertahun-tahun.  Perjalanan udara seharusnya tidak membebankan kerana ia adalah satu-satunya pilihan yang berdaya maju untuk rakyat Malaysia di negeri-negeri Borneo tidak seperti mereka di Malaya yang mempunyai kemewahan laluan darat kos rendah untuk “balik kampung untuk Hari Raya” di negeri-negeri Malaya,” tegasnya.", "Daripada berhujah bahawa tambang penerbangan itu bukan RM3,000 tetapi hanya RM2,000, Dr. Jeffrey berkata, Menteri Pengangkutan dan Kerajaan Persekutuan harus menyediakan penyelesaian untuk kos tinggi perjalanan udara ke Sabah dan Sarawak.", "Kos terutamanya semasa musim perayaan dan musim cuti puncak, adalah jauh lebih tinggi dan syarikat penerbangan mengambil kesempatan daripada tempahan yang lebih banyak, katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/31/liverpool-agresif-buru-mac-allister/", "headline": "Liverpool agresif buru Mac Allister", "content": ["Alexis Mac Allister", "LIVERPOOL: Liverpool semakin hampir mendapatkan bintang tengah Argentina, Alexis Mac Allister selepas rundingan bersama Brighton kini memasuki fasa baharu.", "Pengendali Reds, Jurgen Klopp sedang mencari muka baharu memandangkan Li­verpool kehilangan tonggak tengah, James Milner, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain yang akan mening­galkan pasukan pada musim panas kerana kontrak mereka bakal tamat.", "Reds", "Difahamkan ketika ini, ­Liverpool sudah hampir untuk bersetuju dengan terma peri­badi yang ditetapkan Mac Allister sebelum berunding mengenai harga yuran perpindahan ­dengan Brighton.", "Reds semakin bersemangat untuk mendapatkan pemenang Piala ­Dunia 2022 itu selepas pencabar utama mereka, Manchester City menarik diri daripada rundingan.", "Reds", "Liverpool sedia membayar 70 juta pound (RM398.62 juta) bagi mendapatkan pemain berusia 24 tahun itu yang turut menarik minat Manchester United dan Arsenal.", "Menurut wartawan CBS, Ben Jacobs, Mac Allister tidak berminat terlibat dengan run­dingan panjang, dan mahu proses perpindahan diselesaikan segera.", "CBS,", "“Chelsea pernah cuba mendapatkan Mac Allister tetapi mereka meletakkan harga lebih rendah daripada yang Brighton mahukan, lalu beralih kepada sasaran yang lain termasuk rakan sepasukan Mac Allister, Moises Caicedo.", "“Tetapi kita akan tunggu dan lihat sama ada pengaruh Mauricio Pochettino akan mengubah perkara ini.", "“Setakat ini, segalanya belum selesai antara Mac Allister dan Liverpool mahupun Liverpool dengan Brighton.", "“Begitupun terdapat keyakinan daripada pihak Liverpool dan bagi saya, mereka amat ke hadapan dalam rundingan seperti ini. Seperti yang kita tahu, Liverpool suka melakukan urusan mereka awal,” jelas Jacobs. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/05/liverpool-agresif-buru-mac-allister/", "\nhttps://www.utusan.com.my/sukan/2023/05/liverpool-agresif-buru-mac-allister/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/17/rugi-lebih-rm5000-telefon-pintar-dilarikan-dua-lelaki/", "headline": "Rugi lebih RM5,000 telefon pintar dilarikan dua lelaki", "content": ["PASIR PUTEH: Sebuah kedai telekomunikasi kerugian RM5,718 selepas telefon pintar dilarikan oleh dua lelaki yang menyamar sebagai pelanggan dalam kejadian di Bangunan Sentosa di sini semalam.", "Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, dua lelaki tersebut telah datang ke premis berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan membaiki telefon mereka yang rosak sebelum bertindak mencuri barangan dari kedai tersebut.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, selepas dimaklumkan oleh jurujual kedai berkenaan bahawa telefon tidak boleh dibaiki mereka telah meminta untuk melihat dua set telefon baharu di rak pameran.", "Menurutnya, kedua-dua suspek kemudian terus melarikan diri bersama telefon tersebut dengan menunggang motosikal jenis Yamaha LC berwarna biru.", "“Pemilik kedai berkenaan telah tampil membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh pada pukul 5.45 petang semalam. ", "“Siasatan awal mendapati jurujual terbabit yang tergamam dengan kejadian itu gagal mengenal pasti nombor plat pendaftaran motosikal yang ditunggangi suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.", "Zaizul Rizal memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu menyalurkannya ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhamamad Nabil Aizat Rusdy di talian 013-6232713.", "Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di premis berkenaan mendapati perniagaan berjalan seperti biasa dengan keadaan yang lebih berhati-hati apabila menempatkan pekerja lelaki di depan pintu masuk.", "Usaha mendapatkan maklum balas tidak berjaya selepas pemilik gagal dihubungi.", "Rugi lebih RM5,000 telefon pintar dilarikan dua lelaki"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/02/tidak-mudah-jadi-atlet-terbaik-pandelela/", "headline": "Tidak mudah jadi atlet terbaik – Pandelela", "content": ["Pandelela Rinong", "KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengakui, kejayaan menjulang gelaran Olahragawati Kebangsaan buat kali keempat amat bermakna kerana ia adalah pengiktirafan kepada usaha kerasnya selama ini. ", "Pandelela yang pernah memenangi anugerah tersebut pada 2011, 2013 dan 2015 berkata, tidak mudah menjadi atlet terbaik dan mewakili negara ke peringkat dunia. ", "Antara kejayaan terbesar Pandelela yang membolehkannya menerima gelaran tertinggi dalam Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 meraih emas dalam acara 10 meter (m) platform individu pada Piala Dunia FINA di Jepun.", "Pemilihan Pandelela itu sekali gus mengenetepikan empat calon lain iaitu Meilaura Dora Jimmy (bina badan), Rachel Arnold dan Aifa Azman (skuasy) serta Nur Amisha Azril Rizal (muaythai).", "“Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) kerana menganjurkan anugerah ini dan terima kasih kerana memilih saya untuk menerima anugerah Olahragawati Negara.", "“Saya rasa tidak mudah untuk menjadi atlet dan wakili Malaysia ke peringkat antarabangsa, menjadi lumrah apabila menang dipuji dan apabila kalah tahu tahulah. ", "“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan kepada saya bermula dari bawah hingga sekarang,” kata Pandelela.", "Tidak mudah jadi atlet terbaik – Pandelela"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/20/buli-polis-panggil-dua-murid-tahun-lima/", "headline": "Buli: Polis panggil dua murid tahun lima", "content": ["KUALA KRAI: Polis akan memanggil dua murid tahun lima yang dipercayai membuli rakan mereka di luar bilik darjah di sebuah sekolah di sini pada minggu lalu selepas rakaman perlakuan itu tular di laman sosial.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, kedua-dua murid berusia 11 tahun itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai di sini untuk diambil keterangan.", "Menurutnya, tindakan itu diambil selepas bapa mangsa membuat laporan polis berkait kejadian itu pada pukul 10.55 pagi Isnin.", "”Siasatan awal yang dilakukan mendapati, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari pada 14 September lalu. Mangsa ketika itu berada di luar bilik darjah di sebuah sekolah di sini sebelum didatangi kedua-dua suspek yang bertindak memukulnya.", "“Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pakar perubatan ke atas mangsa mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan, namun ada kesan lebam pada badan kanak-kanak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.", "Suzaimi memberitahu, pihak sekolah sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.", "Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 14 saat yang memaparkan kejadian seorang murid lelaki dibuli dua rakan sekolahnya.", "Video tersebut menunjukkan salah seorang daripada kanak-kanak itu menendang dan memukul mangsa yang memegang sebelum memakai sebelah kasut sekolahnya.", "Ibu mangsa mendakwa, anaknya dibuli sehingga terpaksa menyembunyikan wang di dalam stoking untuk membeli makanan di kantin sekolah.", "Buli: Polis panggil dua murid tahun lima"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/12/kenderaan-terbakar-punca-gangguan-bekalan-elektrik-di-kinabatangan/", "headline": "Kenderaan terbakar punca gangguan bekalan elektrik di Kinabatangan", "content": ["KINABATANGAN: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam usaha untuk memulihkan bekalan elektrik di daerah ini secara berperingkat dan bekalan dijangka dapat disalurkan kepada semua pengguna lewat petang ini.", "Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata, gangguan bekalan itu terjadi pada jam 8.38 pagi apabila pepasangan talian milik SESB terkesan akibat kebakaran sebuah kenderaan berat di bawah talian SESB di Kampung Lot M.", "Bagi memastikan kegiatan seharian pengguna di daerah itu tidak terjejas, SESB telah menempatkan dua buah gen-set bergerak di Hospital Daerah Kinabatangan dan Pejabat Daerah Kinabatangan untuk membekalkan tenaga elektrik.", "“Pemulihan secara berperingkat sedang dilaksanakan dan dijangka akan siap sepenuhnya lewat petang ini,” katanya dalam satu kenyataan media.", "Dalam pada itu, SESB menghargai kesabaran pengguna dan menasihati pengguna untuk menghubungi SESB Careline di talian 15454/088-515000, Whatsapp 019-8525427 atau menyalurkan sebarang aduan melalui aplikasi MySESB."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/17/%e4%bd%90%e6%b4%a5%e4%bf%83%e9%a6%ac%e6%9d%b1%e8%b2%a2%e6%b2%99%e5%b7%b4%e5%9c%98%e7%b5%90%e9%bb%a8-%e5%9c%98%e7%b5%90%e4%b8%80%e8%87%b4%e4%b8%a6%e4%bb%a5%e6%96%b0%e6%88%b0%e7%95%a5%e5%b4%9b%e8%b5%b7/", "headline": "佐津促馬東貢沙巴團結黨 團結一致並以新戰略崛起", "content": ["(馬東貢十七日訊)沙巴團結黨署理主席拿督佐津表示,希望馬東貢沙巴團結黨保持熱情、團結並以新戰略再次崛起,以面對即將到來的選舉。", "他提醒該區部保持團結並確保彼此之間的良好合作,以努力贏回哥打馬魯都國席,並捍衛現有的州席。", "「領導層和成員之間的團結,對於贏得選舉和成為執政政府的一部分非常重要。」他週六在主持馬東貢沙巴團結黨大會時如此表示。", "也是副首長的佐津歡迎更多年輕人加入沙巴團結黨。", "「我們尊重黨內元老,與此同時,我們也歡迎年輕領導人的參與,以延續沙巴團結黨良好的傳統。」", "「年輕人需要學習在鬥爭中,遵循簡單但有原則的領導和同志情誼的模式。」", "他說,同時歡迎受過教育的年輕人通過沙巴團結黨參政。", "也是沙巴地政及房屋部長的佐津還強調了與沙盟內盟黨良好合作的重要性,以便他們能夠共同成功地規劃和發展沙巴。", "佐津也祝賀馬東貢沙巴團結黨成功召開大會,並成為首個召開大會的沙巴團結黨區部。", "他說,像這樣的大會,可以顯示該區部的力量。", "「我獲悉,馬東貢區共有133個沙巴團結黨支部,其中109個已成功召開大會。雖然人數不是決定勝負的唯一因素,但我們相信這有助於提升馬東貢沙巴團結黨的精神,站起來組織新的策略來面對下屆選舉, 贏回哥打馬魯都國席並非不可能。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/03/4-rumah-termasuk-rumah-kongsi-musnah-dijilat-api-di-tawau/", "headline": "4 rumah termasuk rumah kongsi musnah dijilat api di Tawau", "content": ["Pasukan bomba memadamkan kebakaran yang memusnahkan empat rumah termasuk rumah kongsi di Tawau. – Ihsan Bomba", "TAWAU: Empat buah rumah termasuk dua rumah kongsi musnah terbakar di sini hari ini.", "Mujur tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, TPgB Jemishin Ujin berkata, kejadian berlaku di Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau pada kira-kira jam 8 pagi.", "Katanya, panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 8.13 pagi dan sepasukan 18 anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Syed Salipudin Habib Taha dikejarkan ke lokasi.", "Setiba ditempat kejadian yang terletak empat kilometer dari BBP itu, didapati kebakaran melibatkan empat buah rumah yang berdekatan.", "Katanya, rumah pertama jenis separuh kekal dua tingkat berkeluasan 25×50 kaki, rumah kedua jenis tidak kekal berkeluasan 20×20 kaki, rumah ketiga adalah rumah kongsi lapan pintu dua tingkat jenis separuh kekal berkeluasan 20×30 kaki dan rumah keempat adalah rumah kongsi empat pintu dua tingkat jenis separuh kekal berkeluasan 30×20 kaki.", "Kesemua rumah terbakar 100 peratus.", "Jemishin berkata, operasi pemadaman menggunakan satu aliran 400 kaki empat pancutan sumber air terbuka. ", "“Tiada mangsa terlibat dilaporkan, dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.09 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.24 pagi,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/12/mahad-tahfiz-agensi-kerajaan-terima-bubur-lambuk/", "headline": "Mahad tahfiz, agensi kerajaan terima bubur lambuk", "content": ["Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah mengacau bubur lambuk.", "KOTA KINABALU:  Tiga ribu pek bubur lambuk diagih kepada 20 agensi kerajaan serta mahad tahfiz sekitar Kota Kinabalu.", "Majlis penyampaian agihan bubur lambuk dihadiri Penasihat Yayasan Nur Jauhar (YNJ), Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, kelmarin.", "Antara mahad tahfiz yang menerima agihan ialah Madrasah Nurul Furqan Kg Pandan Petagas, Mahad Tahfiz Istiqomah Sepanggar, Mahad Tahfiz Darul Ulum Seri Menanti, Mahad Tahfiz Al-Quran Al Jazari Kg Beringgis, Mahad Tahfiz Kg Benoni Papar dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Sabah Tanjung Aru.", "Manakala agensi kerajaan pula terdiri daripada Hospital Queen Elizabeth, Hospital Queen Elizabeth II, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Lima Divisyen Kem Lok Kawi, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang, Masjid Negeri Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), warga Istana Seri Kinabalu dan pegawai keselamatan, Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah dan Jabatan Penyiaran Negeri Sabah (RTM).", "Hadir sama pada majlis tersebut, Penaung dan Penasihat Yayasan Nur Jauhar (YNJ)  Brigadier Jeneral Datuk Al Hambra Juhar, Setiausaha Sulit Kepada Tuan Yang Terutama, Datuk Abinan Asli, Setiausaha Perhubungan Tuan Yang Terutama, Mejar (K) Datuk Mohd Rashid MohdTahir,  Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar, Pengarah JBPM Sabah, Abd Razak Muda dan Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa dan wakil IPK Sabah, Datin Laila Sagir.", "Terdahulu, Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ) yang juga Komander 507 Rejimen Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Datuk Al Hambra Juhar dalam program memasak bubur lambuk memaklumkan, program tahunan anjuran bersama Adabi Distribution Sdn. Bhditu mendapat perhatian Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah.", "Adabi Distribution Sdn. Bhd", "“Proses menyediakan bubur lambuk pada kali ini melibatkan enam agensi termasuk Rejimen 507 dengan kekuatan 10 anggota dan seorang pegawai.", "“Program tahunan anjuran YNJ ini adalah dengan kerjasama Adabi Distribution Sdn Bhd. juga disertai oleh Tuan Yang Terutama Tun Juhar dan Toh Puan,” ujarnya.", "Adabi Distribution Sdn Bhd.", "Bubur lambuk disediakan oleh Askar Wataniah 507, Kolej Komuniti Penampang, Persatuan Intelek Usahawan Wanita (SWISE) Sipitang, ahi-ahli JPBM Sabah, YNJ serta Adabi Distribution Sdn Bhd.", "Adabi Distribution Sdn Bhd"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/05/kertas-siasatan-himpunan-lgbt-dirujuk-pejabat-peguam-negara/", "headline": "Kertas siasatan himpunan LGBT dirujuk Pejabat Peguam Negara", "content": ["PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung perhimpunan didakwa berunsur lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di hadapan sebuah pusat beli-belah di ibu kota pada 29 Julai lalu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan diserahkan pada AGC semalam.", "“Lapan suspek berusia antara 18 tahun hingga 56 tahun yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman sehari tamat pada 30 Julai lalu.", "“Kertas siasatan kes berkenaan juga sudah dirujuk  semalam (Jumaat) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pada Program KL Cops Urbanathlon 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.", "Media sebelum ini melaporkan lapan lelaki disyaki terlibat ajaran Ahmadi Religion ditahan polis selepas terlibat dalam himpunan terbabit pada 29 Julai lalu.", "Suspek yang menyertai perhimpunan itu menyatakan di Malaysia ini hak-hak LGBT disekat dan mereka melaungkan ‘down syariah court’ sambil memegang kain rentang.", "Dipercayai mereka sudah menyertai kumpulan itu hampir dua tahun.", "Seorang daripada  suspek baru sahaja ditahan kerana mengedarkan risalah berkaitan kepercayaan mereka di sebuah masjid di sekitar Putrajaya beberapa minggu lalu.", "Kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.", "https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/kertas-siasatan-himpunan-lgbt-dirujuk-pejabat-peguam-negara/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/30/%e6%ad%a6%e8%a3%9d%e9%83%a8%e9%9a%8a%e6%96%bd%e6%8f%b4-%e8%98%ad%e7%91%99%e7%94%98%e6%a6%9c%e6%87%b8%e7%b4%a2%e6%a9%8b%e5%bb%ba%e7%ab%a3/", "headline": "武裝部隊施援 蘭瑙甘榜懸索橋建竣", "content": ["(蘭瑙卅日訊)武裝部隊在短短2週內,成功在蘭瑙的甘榜Mohimboyon,設立造價15萬令吉的懸索橋,以臨時替代被洪水摧毀的混凝土橋。", "該工程是於1月9日開始進行,這懸索橋也是村民和學童的臨時通道,比他們之前在這裡搭建的臨時竹橋更安全、更堅固。", "50米吊橋的建設工作由武裝部隊進行,其他的如施工計劃以及材料由蘭瑙縣議會準備,整個施工過程耗時約兩週。", "由於該工程路段不屬於工程局權限,除了屬於武裝部隊的機械,沒有動用任何工程局的資產。", "該項目的撥款來自沙自然災害基金。", "當局決定建造一座懸索橋,是因為它可以快速建成供公眾和學生使用。", "另外造價50萬令吉的混凝土橋已計劃用於車輛,但需要一些時間才能建造。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/12/%e6%b6%898%e5%88%80%e5%88%ba%e6%ad%bb%e5%89%8d%e6%9c%aa%e5%a9%9a%e5%a6%bb-%e7%94%b7%e5%ad%90%e6%81%90%e9%9d%a2%e8%87%a8%e6%ad%bb%e5%88%91/", "headline": "涉8刀刺死前未婚妻 男子恐面臨死刑", "content": ["(亞庇十二日訊)男子因涉及在商場刺死前未婚妻,今日被控恐面臨強制性死刑。", "據馬來西亞前鋒報報導,32歲的被告人被控於5月29日中午12時至12時20分,在一家商場內刺死22歲的前未婚妻。", "他是在刑法第302條文下被起訴,一旦罪成將面臨死刑。", "法官在宣讀控狀時,被告承認理解指控。", "但是,由於案件屬於高等法院管轄,今日只是過堂。", "法庭將於7月11日重新過堂,並且不允許被告保釋。", "此案由檢察官凱爾文埃爾森馬利克督察處理,而被告則由陳德明律師和朱哈姆裡朱姆哈尼律師代理。", "5月29日,被告在商場內刺傷了他的前未婚妻8刀,當時前未婚妻被發現躺在地面,渾身是血。", "據亞庇帶警區主任卡爾森伊德裡斯說,有關事件涉及嫉妒和不滿,因為在事件發生前2天,死者取消了雙方的婚事。", "隨後,該男子前往死者工作的地點請求復合,但是被拒絕,男子在失控的失控的情況下,連刺8刀導致女子身亡。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/06/kestabilan-politik-sabah-perlu-untuk-kekalkan-momentum-pembangunan-pelaksanaan-ma63/", "headline": "Kestabilan politik Sabah perlu untuk kekalkan momentum pembangunan, pelaksanaan MA63", "content": ["KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, kestabilan kepimpinan politik di Sabah adalah mustahak bagi mengekalkan momentum pembangunan dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).", "Beliau berkata, sebarang usaha untuk menggulingkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor boleh merencatkan momentum yang sedang dibina bersama dengan Kerajaan Persekutuan.", "“Dengan kerjasama banyak pihak, Hajiji telah memastikan perolehan hasil Sabah lebih daripada RM6 billion pada tahun lepas. Ini penting supaya rakyat dapat menikmati kemakmuran ekonomi dan seterusnya pembangunan infrastruktur yang perlu diperkasakan dan dilipatgandakan dengan pendekatan reform tata kelola.", "“Dalam masa yang sama, dengan tertubuhnya Kerajaan Perpaduan di Persekutuan, agenda untuk melaksanakan MA63 merupakan antara keutamaan Kerajaan berdasarkan kekerapan perbincangan Jemaah Menteri mengenainya termasuk pengiktirafan Jabatan Kerja Raya dan Kerajaan Sabah bagi melaksanakan perolehan terus projek-projek bernilai RM50 juta ke bawah.", "“Saya juga telah bangkitkan mengenai pendekatan formula pemberian khas berdasarkan pungutan hasil persekutuan di Sabah. Saya dan rakan sejawat Datuk Armizan sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak akan mengadakan pertemuah dengan peguam Sabah Law Society dan Pakatan Harapan dalam masa yang terdekat untuk membincang lebih lanjut mengenai formula ini.", "“Kelmarin saya juga telah membincangkan perkara ini dengan Hajiji. Saya berpendirian momentum ini perlu dikekalkan dan tidak seharusnya digugat oleh sebarang cubaan menggulingkan beliau sebagai Ketua Menteri,” katanya.", "Ewon yang juga Presiden-elect Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata demikian selepas mengadakan program walkabout di Tamu Mingguan Taginambur di Kadamaian Square, hari ini.", "Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian turut menyatakan ADUN-ADUN Pakatan Harapan (PH) telah membuat ketetapan konsensus kelmarin untuk tidak menyokong sebarang usaha menggulingkan Ketua Menteri yang telah mengangkat sumpah selepas proses pilihan raya.", "“Ketua Menteri telah mengangkat sumpah selepas proses pilihan raya dan kerajaannya telah dibentuk. Sebelum ini ADUN-ADUN PH Sabah telah menyatakan sokongan agar Hajiji terus menjadi Ketua Menteri sehingga habis penggal ini. Kami kekal dengan pendirian ini kerana sebarang usaha menggulingkan beliau selepas mengangkat sumpah merupakan rundingan “pintu belakang” yang sepatutnya tidak dilakukan.", "“Pilihan raya negeri akan diadakan dalam tempoh tiga tahun. Parti-parti politik boleh mengambil bahagian dan seterusnya berunding mengenai penubuhan kerajaan pada masa itu, bukannya pada masa ini. Itulah sebabnya ADUN-ADUN PH kekal dengan pendirian menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri sehingga habis penggal ini,” katanya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/14/guru-didakwa-cabul-murid-dalam-kelas/", "headline": "Guru didakwa cabul murid dalam kelas", "content": ["Tertuduh (tengah) semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan", "KOTA BHARU: Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin atas pertuduhan mencabul seorang murid perempuan tahun dua di dalam kelas di sebuah sekolah di Jelawat, Bachok dekat sini tahun lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, tertuduh, Nik Rosli@Rosli Abdul,56, yang merupakan guru Bahasa Melayu  bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.", "Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun 11 bulan.", "Kesalahan itu dilakukan olehnya pada pukul 7.40 pagi hingga 9.40 pagi, minggu ketiga bulan April 2022 di dalam kelas di sebuah sekolah di Jelawat, Bachok dekat sini.", "Tertuduh didakwa mengikut Seksyen Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukan penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.", "Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.", "Terdahulu, Nurul Hanini tidak menawarkan jaminan terhadap pertuduhan tersebut kerana tertuduh melakukan kesalahan berat selain mempunyai hubungan amanah dengan mangsa iaitu guru dan murid.", "Tertuduh dalam rayuannya memaklumkan akan melantik peguam dan memohon jaminan diberikan.", "Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat selain tidak mengganggu mangsa.", "Mahkamah turut menetapkan 11 April depan untuk sebutan semula kes.", "Tertuduh tidak membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah.", "Guru didakwa cabul murid dalam kelas"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/13/rm393-8-bilion-untuk-belanjawan-2024/", "headline": "RM393.8 bilion untuk Belanjawan 2024", "content": ["Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.", "KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan hampir RM400 bilion untuk Belanjawan 2024.", "Jumlah itu meningkat berbanding RM388.1 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan pada 24 Februari lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri berkata,  jumlah belanjawan itu tertinggi pernah dibentangkan kerajaan.", "“Daripada jumlah tersebut, RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.", "“Ini melibatkan penambahan siling Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebanyak RM15 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk tempoh lima tahun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.", "https://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/rm393-8-bilion-untuk-belanjawan-2024/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/10/%e9%a6%96%e7%9b%b8%e6%94%af%e6%8c%81%e5%93%88%e8%8a%9d%e8%8a%9d%e7%ba%8c%e9%a0%98%e5%b0%8e%e6%b2%99%e6%94%bf%e5%ba%9c/", "headline": "首相支持哈芝芝續領導沙政府", "content": ["(亞庇十日訊)首相安華表示,支持首長拿督斯里哈芝芝繼續領導沙巴。", "「我們希望沙巴政府在首長(哈芝芝)的領導下變得強大。」", "他在離開首長官邸時對記者表示:「我們正在給首長一個機會,來討論並找到一個有益於沙巴的好方案。」", "安華也感謝哈吉吉和朋友們向他和副首相拿督斯裡艾哈邁德扎希德哈米迪提出的所有意見。", "他也表示,今日(1月10日)州議會提呈的法案非常重要,將為沙巴帶來很大的改變。", "安華和扎希與44名支持哈芝芝的議員,舉行了約半小時的會議,也包括來自沙盟以及沙巴希盟的國會議員。", "安華和扎希昨晚11時21分抵達斯里加雅,此前他們和哈芝芝在麥哲倫絲綢港與沙巴國陣主席邦莫達與民興黨主席沙菲益會面。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/14/anak-elvis-presley-lisa-marie-meninggal-dunia/", "headline": "Anak Elvis Presley, Lisa Marie meninggal dunia", "content": ["LOS ANGELES: Penyanyi dan penulis lirik, Lisa Marie Presley, 54, meninggal dunia Khamis selepas dikejarkan ke sebuah hospital di California setelah mendapat serangan jantung.", "Lisa Marie merupakan satu-satunya anak mendiang penyanyi lagenda rock n roll, Elvis Presley.", "Menurut Utusan Malaysia, ibunya, Priscilla Presley berkata, beliau amat bersedih dengan pemergian anak perempuannya itu.", "“Dengan berat hati saya mesti berkongsi berita buruk bahawa anak perempuan saya Lisa Marie sudah pergi meninggalkan kita, kata Priscilla dalam kenyataan kepada majalah PEOPLE.", "Anak Elvis Presley, Lisa Marie meninggal dunia"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/23/klinik-pergigian-alawa-hums-sedia-beri-perkhidmatan-pergigian-meluas-kepada-masyarakat-setempat/", "headline": "Klinik Pergigian Alawa HUMS sedia beri perkhidmatan pergigian meluas kepada masyarakat setempat", "content": ["Dr. Kasim menandatangani plak perasmian Klinik Pergigian Alawa", "KOTA KINABALU: Klinik Pergigian Alawa, Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) sedia untuk menampung keperluan perkhidmatan pergigian bukan hanya kepada warga kakitangan dan pelajar UMS sahaja, tetapi turut diperluaskan kepada orang awam.", "Pengarah HUMS, Prof. Dr. Helen Benedict Lasimbang berkata, ini selepas dua unit bilik pergigian di Pusat Rawatan Warga (PRW) UMS sebelum ini telah dinaik taraf untuk menjadi sebuah Klinik Pergigian yang merupakan salah satu dari Projek Pembangunan HUMS di bawah peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi.", "Katanya, rawatan pergigian yang mula diperkenalkan pada tahun 2007 di PRW sebelum ini hanya menawarkan rawatan asas seperti cabutan gigi dan scaling kepada pesakit dalam kalangan warga kakitangan dan pelajar UMS sahaja kerana fasiliti yang kurang lengkap dan ruang yang sempit.", "“Ruangan yang sempit pada ketika itu telah dinaik taraf ke ruangan yang lebih luas dan mempunyai fasiliti yang lebih canggih sebelum ini, dan sudah pun memadai untuk diperluas penggunaannya kepada orang awam.", "“Salah satu faktor perluasan perkhidmatan ini adalah bagi mencapai dan mengangkat nilai tanggungjawab sosial korporat dan nilai kemanusiaan, kerana semua golongan tidak mengira umur, bangsa, agama, kakitangan atau bukan kakitangan UMS berhak untuk menerima perkhidmatan kesihatan yang ada,” katanya.", "Beliau berkata demikian sempena majlis perasmian klinik tersebut di PRW yang disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor.", "Helen turut memaklumkan, pada masa ini hanya tiga bilik surgeri dilengkapkan dengan kemudahan kerusi pergigian yang selesa, dan HUMS akan menambah dua unit lagi kerusi pergigian bagi melengkapkan kelima-lima bilik surgeri tersebut agar lebih ramai pesakit dapat dirawat dalam satu masa.", "“Dalam masa yang sama, makmal pergigian turut dibangunkan untuk mewujudkan perkhidmatan pembuatan gigi palsu (fleksibel atau acrylic), sports mouthguard atau nightguard, dan Removeable Orthodontic Appliance.", "“Di samping itu, perkhidmatan X-Ray pergigian iaitu OPG, Lateral Cephalogram dan IOPA turut disediakan pada harga yang amat berpatutan,” katanya.", "Sementara itu, Kasim dalam ucapan perasmiannya berharap dengan wujudnya Klinik Pergigian Alawa HUMS, objektif dan matlamat sebenar penubuhannya dapat dijalankan dengan baik.", "“Kita mahu dengar maklum balas pesakit yang datang menceritakan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang sangat perpatutan di klinik ini.", "“Harapan saya Klinik Pergigian Alawa dapat memberikan manfaat kepada semua pihak, sementara kualiti dan mutu perkhidmatan yang diberikan perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa.", "“Begitu juga dengan kepelbagaian perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan dan disediakan di HUMS diharap mampu menampung keperluan dan tuntutan semasa,” ujar beliau.", "Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly; Bendahari UMS, Badrul Hisham Ismail; Ketua Pustakawan UMS, Md. Sazali Md. Salleh; dan Penasihat Undang-undang UMS, Awang Suhaizam Bongsu."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/22/jim-diarah-dapatkan-mesin-pencetak-pasport-berkapasiti-tinggi-elak-kesesakan/", "headline": "JIM diarah dapatkan mesin pencetak pasport berkapasiti tinggi, elak kesesakan", "content": ["Gambar hiasan", "PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mahu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapatkan segera mesin pencetak pasport berkapasiti tinggi bagi mengelak kesesakan di pejabat pengeluar pasport.", "Menurut Utusan Malaysia, beliau berkata, ketika ini, mesin mencetak pasport sedia ada mampu mencetak maksimum 400 naskhah sehari dan ia dilihat tidak mencukupi, malah mengundang kesesakan di pejabat pengeluar pasport.", "Justeru, katanya, JIM diarahkan untuk mendapatkan segera mesin pencetak yang boleh mencetak 1,200 pasport sehari.", "“Di luar sana ada mesin satu jam boleh cetak 1,200 buku, apa yang menghalang kita untuk dapatkannya? Apa saja yang boleh buat dalam lingkungan keupayaan kita untuk memberi keselesaan kepada rakyat, iaitu pengguna kita, mesti kita buat.", "“Dapatkan segera (mesin pencetak), apa cara sekali pun supaya rakyat tak lagi bising kena beratur panjang,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan KDN di sini hari ini.", "Justeru, beliau meminta Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh supaya memercepatkan perolehan mesin pencetak berkapasiti tinggi itu.", "Difahamkan, Jabatan Imigresen mengeluarkan kira-kira 2.8 juta pasport sepanjang tempoh pasca pandemik Covid-19 iaitu meningkat empat kali ganda berbanding tempoh sebelumnya.", "Malah, Saifuddin sebelum ini dilaporkan berkata, beliau sudah mengarahkan 20 pejabat pengeluaran pasport, selain Pusat Transformasi Bandar (UTC), beroperasi tujuh hari seminggu bagi mengatasi kesesakan di kaunter imigresen dalam jangka pendek.", "Berhubung isu pindaan Perlembagaan berhubung kewarganegaraan, termasuk anak dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara pula, Saifuddin berkata, libat urus dengan semua pihak berkepentingan sudah selesai dan ia akan dibentangkan kepada Majlis Raja-raja (MRR) pada Oktober depan.", "Jelasnya lagi, Jemaah Menteri akan melaksanakan sebarang pindaan berdasarkan perkara yang dipersetujui institusi itu.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/jim-diarah-dapatkan-mesin-pencetak-pasport-berkapasiti-tinggi-elak-kesesakan/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/jim-diarah-dapatkan-mesin-pencetak-pasport-berkapasiti-tinggi-elak-kesesakan/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/02/kk-i-fest-2023-mulai-jumaat-depan/", "headline": "KK i-Fest 2023 mulai Jumaat depan", "content": ["Tun Juhar (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama Noorliza (dua dari kiri).", "KOTA KINABALU: Festival Kesenian Kebudayaan Islam Bandaraya (KK i-Fest) 2023 akan berlangsung mulai 10 hingga 12 Mac ini.", "Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata antara tarikan utama KK i-Fest adalah penggunaan teknologi Virtual Reality (V.R) bagi menunjukkan suasana perjalanan Madinah ke Makkah di Arafah dengan kerjasama Sabah.net.", "Virtual Reality (V.R)", "“Program di Padang Merdeka ini akan  diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti dakwah antaranya Okie Setiana Dewi, Das’ ad Latiff, Habib Nael Ben Tahir dan PU Azihal Bangsawan.”KK i-Fest bertujuan memeriahkan suasana sambutan bulan Ramadhan dengan pelbagai pengisian program seperti ceramah agama, forum, sukan memanah, penjualan pakaian, free market dan pertandingan sirah Rasulullah.", "free market", "“Selain itu, pertandingan khat juga akan dilaksanakan dan setakat ini sebanyak 70 penyertaan diterima daripada anak-anak sekolah serta kategori terbuka,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.", "Turut membuat kunjungan hormat kepada Tun Juhar adalah Pertubuhan Penyatuan Islam Sabah diketuai oleh Yang Dipertuanya, Datuk Nani Sakam bersama rombongan.", "Tujuannya adalah untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa organisasi yang ditubuhkan sejak tahun 2017 dan mempunyai lebih 1,000 ahli dan giat dalam aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat di seluruh Sabah."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/18/5648-lokasi-dikenal-pasti-berisiko-dilanda-banjir/", "headline": "5,648 lokasi dikenal pasti berisiko dilanda banjir", "content": ["Di Sabah ada sebanyak 798 lokasi dan 17 lokasi di Labuan, manakala Sarawak tertinggi dengan 1,066 lokasi. – Foto: Gambar Hiasan", "KUALA NERUS: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengenal pasti 5,648 lokasi berisiko dilanda banjir pada sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan ini sehingga Mac tahun depan.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, jumlah ‘hotspot’ di seluruh negara itu dikenal pasti selepas lokasi tersebut mengalami banjir tidak kurang tiga kali dalam tempoh tiga tahun terkini.", "Menurut beliau, Sarawak merekodkan kawasan ‘hotspot’ tertinggi dengan 1,066 lokasi diikuti Sabah (798), Pahang (750), Johor (745), Kelantan (617), Perak (286) dan Selangor (271).", "Selain itu, katanya, sebanyak 260 lokasi berisiko banjir turut dikenal pasti di Kedah, Terengganu (258), Pulau Pinang (241), Melaka (124), Negeri Sembilan (120), Kuala Lumpur (73), Perlis (22) dan Labuan (17).", "“Selain banjir, kawasan ‘hotspot’ ini juga dinilai berdasarkan risiko kejadian tanah runtuh atau kepala air dengan ada lokasi yang mungkin dilanda salah satu daripada tiga kemungkinan berkenaan.", "“Penduduk di kawasan berisiko dinasihat mematuhi arahan pihak berkuasa selain peka dengan amaran cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).", "“Serami 61,839 anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), APM serta Rela juga berada dalam siap siaga menghadapi MTL,” ujarnya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Watikah Pegawai Bersekutu, Pingat, Riben Perkhidmatan Serta Sijil APM Negeri Terengganu di sini, malam Khamis.", "Dalam pada itu, beliau menambah, APM telah melaksanakan 6,266 siri latihan dengan penglibatan seramai 350,474 peserta di seluruh negara membabitkan orang awam dan komuniti setempat sejak Januari lalu.", "Katanya, langkah itu bagi mengurangkan risiko bencana melalui latihan pelajaran, pameran, ceramah, demonstrasi serta latihan Pasukan Sukarelawan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT).", "“Jumlah penyertaan itu melepasi sasaran penglibatan 330,000 orang awam setiap tahun sejak program bersama komuniti aktif pada 2020 bertujuan memberi pengetahuan kepada masyarakat.", "“Latihan persediaan bencana ini perlu dibuat bagi melatih orang awam terutama di lokasi berisiko menghadapi sebarang kecemasan yang boleh mengancam nyawa dan harta benda,” jelasnya. ", "5,648 lokasi dikenal pasti berisiko dilanda banjir"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/14/hampir-30000-pelajar-tidak-ambil-spm-perkara-serius-pm/", "headline": "Hampir 30,000 pelajar tidak ambil SPM perkara serius – PM", "content": ["Anwar Ibrahim menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar tajaan JPA di Institusi Pendidikan Tinggi pada Program Cakna Madani di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, kelmarin.", "BANGI: Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang serius terhadap laporan bahawa hampir 30,000 pelajar yang tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).", "Menurut Utusan Malaysia, beliau mengarahkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meneliti secara terperinci mengenai isu tersebut supaya ia tidak berulang di tahun-tahun akan datang.", "“Perkara ini berlaku pasca Covid-19, politik tak tentu arah dan tidak ada dasar jelas.", "“Bagaimana boleh Menteri Pendidikan ketika itu tak boleh pantau anak-anak tak ambil periksa. Ia hanya memerlukan Fadhlina sebagai Menteri Pendidikan. ", "“Bagi saya 30,000 pelajar perkara yang serius. Nak kata mereka ‘hilang’, mereka tidak hilang cuma kalau tak buat apa-apa ia hilanglah. Tapi yang tak ambil SPM majoriti Melayu, menteri dulu buat apa,” soalnya dalam Program Cakna Madani bersama pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di institusi pendidikan tinggi.", "Sebelum ini, dilaporkan sebanyak 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon baharu SPM 2022 dan mendaftar kali pertama sekurang-kurangnya enam mata pelajaran, tidak hadir menduduki peperiksaan.", "Calon yang tidak hadir peperiksaan tahun lalu bertambah berbanding calon SPM 2021 yang merekodkan 10.681 atau 2.7 peratus calon tidak hadir daripada keseluruhan 392,837 calon yang berdaftar. ", "Hampir 30,000 pelajar tidak ambil SPM perkara serius – PM"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/13/mayat-bayi-perempuan-ditemukan-di-pekarangan-masjid/", "headline": "Mayat bayi perempuan ditemukan di pekarangan masjid", "content": ["Mayat bayi perempuan ditemukan di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah, petang kelmarin.", "KUALA PILAH: Mayat seorang bayi perempuan yang baharu lahir ditemukan di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh, di sini, petang kelmarin.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, kira-kira pukul 4.35 petang kelmarin, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah telah menerima makluman daripada seorang lelaki yang telah menjumpai mayat bayi berkenaan.", "Menurutnya, berdasarkan siasatan, pihaknya percaya bayi perempuan tersebut baharu dilahirkan dalam tempoh 24 jam.", "“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung dengan kes ini,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "Ujar Amran lagi, pihaknya meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.", "Kata beliau, orang ramai boleh menghubungi IPD Kuala Pilah menerusi nombor 06-484 2999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.", "Mayat bayi perempuan ditemukan di pekarangan masjid"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/08/debat-isu-ma63-armizan-sedia-berdepan-pemimpin-warisan/", "headline": "Debat isu MA63, Armizan sedia berdepan pemimpin Warisan", "content": ["Armizan Mohd. Ali", "KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd. Ali bersedia untuk berdebat secara bersemuka dengan pemimpin Parti Warisan (Warisan) mengenai isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).", "Menurut Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk berdebat namun, perdebatan yang berlangsung harus berlaku dalam suasana harmoni dan adil bagi memberi ruang sebaik-baiknya kepada pihak yang terlibat mengemukakan hujah masing-masing.", "“Malah, cadangan berdebat itu datang daripada saya sebagai alternatif kepada cadangan mereka (pemimpin Warisan) untuk masing-masing buat live streaming.", "“Kalau berdebat, apa yang mereka cakap, saya boleh jawab terus maka, orang ramai dapat menilai apa faktar sebenar dan paling penting kita dapat mengemukakan bukti-bukti dan dokumen yang ada agar orang ramai dapat perspektif yang benar.", "“Perdebatan ini bukan tentang menang atau kalah tapi, ini persoalan untuk mengemukakan fakta sebenar kepada rakyat Sabah untuk mengetahui kedudukan sebenar agar rakyat mempunyai kefahaman bersandarkan kepada fakta yang jelas dan tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui hari ini.", "Ahli Parlimen Papar itu berkata, selaku menteri bertanggungjawab dalam isu MA63, beliau mahu memperjuangkan hak dan kepentingan Sabah mengikut landasan dan fakta yang tepat.", "“Itulah apabila orang tanya kenapa saya perlu layan (cabaran pemimpin Warisan), bagi saya ia perlu dilayan sebab fakta-fakta yang mereka mengelirukan dan perkara ini berkait rapat dengan tanggungjawab saya dan paling dahsyat nama saya dipetik jadi, saya kena beri maklum balas.", "“Kalau tidak respons, seolah-olah saya cuba sembunyikan perkara tertentu. Tiada apa yang saya mahu sembunyikan kerana fakta ada pada saya.,” katanya.", "Mengenai keperluan menyahklasifikasi dokumen berkaitan MA63, beliau berkata, dokumen tertentu adalah sulit dan rahsia. Kerajaan mempunyai alasan kenapa ia dikategorikan dokumen sulit dan rahsia.", "Namun, apabila ada perkara-perkara yang disebut pemimpin Warisan yang mengelirukan berkaitan dokumen-dokumen itu, Armizan mencadangkan agar dokumen tertentu dinyahklasifikasi atau diturun taraf.", "Walau bagaimanapun, ia terpulang kepada kerajaan dan agensi-agensi berkaitan untuk menurunkan taraf dokumen-dokumen berkenaan.", "Semalam, menerusi laman media sosial, Ketua Penerangan Warisan, Datuk Mohd. Azis Jamman meminta Armizan menyahklasifikasi beberapa dokumen berkaitan mesyuarat MA63 sebelum mengajaknya berdebat secara bersemuka.", "“Nyah klasifikasi dokumen-dokumen itu, jangan pilih-pilih, surat mana mahu dinyahklasifikasi. Kalau mahu, dinyahklasifikasi semua dokumen.", "“Setelah semua dokumen dinyahklasifikasi maka, tetapkan tarikh dan bawa semua dokumen berkaitan untuk diedarkan kepada penonton termasuk dalam semua laman media sosial,” katanya.", "Debat isu MA63, Armizan sedia berdepan pemimpin Warisan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/10/pejabat-mewah-dijadikan-markas-penipuan-dalam-talian-terbongkar-29-individu-ditahan/", "headline": "Pejabat mewah dijadikan markas penipuan dalam talian terbongkar, 29 individu ditahan", "content": ["PETALING JAYA: Kegiatan sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang beroperasi di sebuah pejabat mewah terbongkar selepas 29 individu ditahan dalam serbuan di Jalan Pudu, Bukit Bintang dekat sini, Jumaat.", "Penahanan suspek yang berusia antara 23 hingga 53 tahun termasuk enam rakyat asing itu dilakukan pada pukul 3.40 petang.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, pejabat mewah berkenaan disewa dengan RM17,400 sebulan.", "Kata beliau, hasil tangkapan itu, pihaknya turut merampas sejumlah telefon bimbit, komputer riba serta beberapa peralatan elektronik lain.", "“Siasatan mendapati sindiket ini menyasarkan mangsa di luar negara dan menjalankan operasi di pejabat terbabit kira-kira dua bulan.", "“Siasatan mendapati semua individu itu mempunyai peranan antaranya sebagai pegawai khidmat pelanggan yang menawarkan pelaburan forex, komoditi, saham, indeks dan mata wang kripto tidak wujud melalui medium live chatting (komunikasi secara langsung),” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "live chatting", "Kata Noor Dellhan, siasatan mendapati bayaran gaji yang ditawarkan adalah sekitar RM2,000 hingga RM10,000 sebulan tidak termasuk komisen berdasarkan peranan yang diberikan.", "“Dua daripada mereka yang berperanan sebagai pengurus didapati mempunyai rekod jenayah manakala kesemua yang ditahan direman hingga Isnin ini bagi siasatan mengikut Seksyen 120(B)/420 Kanun Keseksaan,” jelasnya. ", "Pejabat mewah dijadikan markas penipuan dalam talian terbongkar, 29 individu ditahan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/29/3-cedera-kenderaan-terbabas-sendiri-terbalik-di-sandakan/", "headline": "3 cedera kenderaan terbabas sendiri, terbalik di Sandakan", "content": ["Keadaan kenderaan yang terbalik selepas terbabas di Sandakan. – Ihsan Bomba", "SANDAKAN: Tiga orang cedera apabila kenderaan mereka terbabas sendiri dan terbalik di sini lewat malam tadi.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PKPgB Severinus @ Mohd. Nidzam Sainkui berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Labuk, Batu 9, pada jam 11 malam.", "Katanya, panggilan kecemasan diterima menerusi talian MERS999 dan sepasukan lapan anggota diketuai Komander Operasi, PBKII Hazmizan Maksit dikejarkan ke lokasi.", "“Setiba di tempat kejadian sejauh 12 kilometer dari BBP itu, didapati satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux terbabas sendiri ke bahu jalan dan terbalik,” katanya.", "Menurutnya, terdapat tiga orang mangsa iaitu dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun dan seorang lagi yang maklumat peribadinya tidak diperoleh telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. ", "Menurut Severinus, pasukan bomba memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum menghantar ke hospital menaiki jentera EMRS dan ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.", "“Setelah memastikan tiada keberbahayaan lain di loaksi, operasi ditamatkan pada jam 11.53 malam,” katanya.  "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/26/lelaki-oku-hilang-di-tambunan-dijumpai-selamat/", "headline": "Lelaki OKU hilang di Tambunan dijumpai selamat", "content": ["Pasukan bomba membawa mangsa uang dijumpai selamat keluar untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Ihsan Bomba", "TAMBUNAN: Seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang di Kampung Kituntul, di sini, sejak pagi Jumaat lalu telah dijumpai hari ini.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, PPgB Desmond Ak Micky @ Dominic berkata, mangsa berusia 39 tahun itu dijumpai selamat oleh pasukan bomba bersama agensi lain pada jam 12:31 tengah hari 15 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. ", "Menurutnya, sepasukan empat anggota diketuai Komander Operasi, PBK II (KUP) Linus John telah ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 10.40 pagi menerusi talian balai.", "Selepas dijumpai, pasukan bomba kemudiannya membawa mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk dihantar ke hospital bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut, katanya.", "Operasi ditamatkan pada jam 1 petang.", "Menurut pengadu, mangsa iaitu seorang kelainan upaya (OKU) disedari hilang pada 24 Mac jam 9 pagi di kawasan kebun berhampiran rumah mangsa."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/12/the-striking-cyce-gathers-global-energy-chemical-industry-players-in-yulin/", "headline": "The striking CYCE gathers global energy chemical industry players in Yulin", "content": ["YULIN, China, April 12 (Bernama): The 17th Yulin International Coal and High-end Energy Chemical Industry Expo (CYCE) was held in Yulin, a city in northwest China’s Shaanxi Province, from April 7 to 9.", "The CYCE was jointly organized by the CPC Yulin Municipal Committee, the People’s Government of Yulin City, and the China Council for the Promotion of International Trade Shaanxi Sub-council.", "With the theme of “High-end Leadership, Multi-layer Fusion, and Low-carbon Development”, it attracted more than 756 exhibitors, bringing latest achievements such as advanced equipment in international coal, energy chemical industry and cutting-edge technologies in intelligent mining.About 60 foreign guests were invited to the latest CYCE. In addition, more than 50 foreign exhibitors from over 10 countries including Germany and France participated in the expo. A number of international business associations attended economic and trade negotiations in the expo. In particular, a separate Korean pavilion was set up for the first time. Korean exhibitors participated in the expo with tourism resources, direct-selling trade products, commercial and trade projects. During the expo, the Korea Trade-Investment Promotion Agency (KOTRA) and some Korean companies signed a number of cooperation agreements with representatives of the Yulin municipal government and enterprises. Consul General Kim Han Kyu of the Consulate General of the Republic of Korea in Xi’an, who attended the expo, said that Yulin, has abundant energy resources such as magnesium, coal and oil. He hoped that the entrepreneurs of the two countries could explore more cooperation opportunities to achieve mutual benefits and win-win results in various fields. In the exhibition, the latest CYCE adopted the “green, intelligent, digital” concept and set up six exhibition areas for intelligent manufacturing, smart digitalization, low carbon development, international green mining, high-end energy chemical machinery equipment, and comprehensive image, in a total exhibition area of 60,000 square meters. According to Ma Feifei, general agent of the US-based Ingersoll Rand ARO in Shaanxi Province, this was the third time for Ingersoll Rand ARO to participate in the CYCE.", "Ma said: “With the platform provided by CYCE, we can have direct discussions with our end users regarding the performance of Ingersoll Rand products in coal mines, and understand the specific requirements of these users for our offerings, so as to better serve coal mine enterprises.”", "Ma also looked forward to building and fostering a better coal mine environment through the CYCE. According to Hang Lei, deputy secretary-general of the Yulin municipal government, during the three-day event, 60 investment and cooperation projects were signed, including 29 contracts and 31 agreements, attracting investment of 61.567 billion yuan. The on-site trading volume of large-scale mining machinery equipment and intelligent manufacturing equipment reached 920 million yuan. Yulin is a major energy supply base and a demonstration area of modern coal and chemical industry in China. In recent years, Yulin has been accelerating the integrated development of the “two chains (industrial chain and innovation chain)” driven by scientific and technological innovation, facilitating the expansion, replenishment and reinforcement of the chains with high-quality projects, and striving to promote the development of a greener coal industry and the manufacturing of more refined coal and chemical products. Source: The People’s Government of Yulin City", "Source: The People’s Government of Yulin City"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/08/tukang-masak-maut-suspek-lelaki-mempunyai-pengetahuan-minat-hasil-bahan-letupan/", "headline": "Tukang masak maut: Suspek lelaki mempunyai pengetahuan, minat hasil bahan letupan", "content": ["S Sasikala Devi menunjukkan barang rampasan pada sidang akhbar berhubung kes letupan bom yang menyebabkan kematian, di IPD Ampang Jaya, di sini kelmarin.", "AMPANG: Suspek lelaki kes pembunuhan tukang masak di sebuah restoran di Pandan Indah di sini, 29 Disember lalu dipercayai mempunyai pengetahuan berkaitan bahan letupan. ", "Suspek berusia 33 tahun yang bekerja sebagai kontraktor itu dipercayai mempunyai minat serta pengetahuan dalam bidang elektrik dan pendawaian sehingga berjaya menghasilkan bahan letupan yang ditinggalkan atas kereta mangsa berusia 28 tahun itu.", "Malah, hasil siasatan mendapati bahan letupan tersebut dihasilkan daripada bilah pisau pemotong kertas dan serbuk mozek sehingga mangsa cedera parah di bahagian badan dan tangan. ", "Menurut Utusan Malaysia, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, siasatan awal mendapati suspek lelaki dan isterinya, suri rumah berusia 30 tahun itu dipercayai berada di lokasi kejadian dan bahan letupan itu diletupkan disyaki menggunakan alat kawalan jauh.", "Katanya, kedua-dua suspek turut mengenali mangsa kerana berasal dari kampung sama iaitu, Serdang, Kedah. ", "“Setakat ini pihak polis telah merakam percakapan 36 saksi bagi membantu siasatan. ", "“Motif kejadian dipercayai berunsur peribadi. Kita turut merampas pelbagai barang kes termasuk bahan-bahan dipercayai digunakan untuk membuat letuapan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang di sini kelmarin.", "Tambahnya, kesemua barangan kes telah dihantar ke makmal kimia dan forensik polis untuk dianalisis. ", "Kita masih menyoal siasat kedua-dua suspek yang direman tujuh hari sehingga Selasa ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.", "“Kita percaya kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat ini,” ujarnya. ", "Dalam kejadian pukul 8.55 malam itu, mangsa maut apabila berlaku letupan ketika memegang bungkusan yang ditinggalkan di bonet keretanya jenis Toyota Corolla Altis.", "Kelmarin, polis menahan suspek dan isterinya yang masing-masing berusia 33 dan 30 tahun dalam serbuan di sebuah taman perumahan di Serdang, Kedah, kira-kira pukul 7.20 malam.", "Siasatan awal polis mendapati suspek lelaki mengesyaki mangsa ada hubungan dengan isterinya ketika tukang masak terbabit tinggal utara tanah air.", "Tukang masak maut: Suspek lelaki mempunyai pengetahuan, minat hasil bahan letupan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/17/hina-jata-negara-bukit-aman-sahkan-editor-buku-kontroversi-ditahan/", "headline": "Hina Jata Negara: Bukit Aman sahkan editor buku kontroversi ditahan", "content": ["PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM)  mengesahkan  penahanan  editor buku kontroversi berjudul “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia”, Kean Wong untuk disiasat berhubung dakwaan menghina Jata Negara. ", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Pengarah  Siasatan/ Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa mengesahkan ini dan berkata, lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Sekyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.", "“Ya, dia ditahan hari ini (kelmarin), berkaitan kes hina Jata Negara. Siasatan dijalankan di bawah Sekyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ringkas di sini kelmarin.", "Terdahulu, portal tempatan melaporkan Kean dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk disoal siasat mengikut Akta Hasutan selepas ditahan  di pejabat imigresen Kelana Jaya semasa memohon pembaharuan pasport.", "Pada 2020, PDRM menjalankan siasatan terhadap Kean berkaitan gambar kulit buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’, yang didakwa menghina Jata Negara.", "Berdasarkan siasatan, penyunting buku itu memegang status Pemastautin Tetap (PR) Australia sejak lebih 10 tahun lalu sebelum dikesan menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia bersama keluarganya pada awal tahun 2020 dan dia kemudian kembali semula ke Australia.", "Lapan penulis buku itu serta pereka grafik, pelukis muka hadapan serta penasihat jualan turut dirakam keterangan berkaitan kes tersebut. ", "Kes itu disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 8(1) Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.", "Hina Jata Negara: Bukit Aman sahkan editor buku kontroversi ditahan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/17/alhamdulillah-kami-dapat-pingat-perak-seperti-di-dubai/", "headline": "‘Alhamdulillah kami dapat pingat perak seperti di Dubai’", "content": ["Pasukan boling wanita negara berjaya menang pingat perak di Kejohanan Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF).-Ihsan MSN", "PETALING JAYA: Malaysia menutup kempen Kejohanan Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) dengan merangkul pingat perak bagi acara berpasukan wanita, sekali gus mengulangi keputusan yang pernah diraih dalam kejohanan sama dua tahun lalu.", "Perlawanan yang berlangsung malam Ahad di Salmiya, Kuwait itu menyaksikan skuad negara dibarisi Sin Li Jane, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Esther Cheah, Gillian Lim dan Nora Lyana Nastasia Norkamal tewas 1-2 di tangan Korea.", "Saingan akhir itu juga menunjukkan Malaysia terpaksa akur mempertahankan pingat dengan keputusan 177-211, 207-169, 203-214.", "“Alhamdulillah kami dapat pingat perak dalam acara berpasukan tahun ini seperti di Dubai, pada 2021. Saya dan rakan sepasukan telah melakukan persembahan yang terbaik malah kami tewas pada saat balingan terakhir.", "“Walau bagaimanapun, saya masih berbangga dengan keputusan ini dan pasukan kerana kami telah berusaha sehabis baik dalam acara berpasukan tahun ini,” kata Nora Lyana kepada Utusan Malaysia.", "Terdahulu mereka mara ke final selepas menumpaskan Singapura 2-1 sementara Korea Selatan mengalahkan China 2-0.", "Sementara itu, skuad lelaki negara – Rafiq Ismail, Timmy Tan, Ahmad Muaz Fishol, Syafiq Ridhwan Malek, Syazirol Shamsudin dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam terlepas peluang ke separuh akhir selepas hanya berjaya menduduki tempat keenam daripada lapan pasukan pada pusingan kedua.", "Minggu lalu, Natasha mengakhiri kemarau 12 tahun negara bagi memenangi kejuaraan individu wanita pada Kejohanan Dunia selepas menewaskan rakan sepasukan Li Jane 2-1.", "Gandingan Syafiq Ridhwan-Ahmad Muaz kemudian meraih gangsa dalam acara beregu lelaki empat hari lalu.", "‘Alhamdulillah kami dapat pingat perak seperti di Dubai’"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/04/24/tentera-as-bawa-keluar-diplomat-dari-khartoum-biden/", "headline": "Tentera AS bawa keluar diplomat dari Khartoum – Biden", "content": ["Joe Biden", "KHARTOUM: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengesahkan pasukan tenteranya berjaya membawa keluar diplomat dan keluarga mereka dari ibu negara Sudan.", "Menurut Utusan Malaysia, BBC melaporkan, proses evakuasi itu berlaku ketika pertempuran antara angkatan tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) memasuki minggu kedua.", "“Hari ini, atas arahan saya, tentera AS berjaya menjalankan misi bawa keluar pegawai dan kakitangan kerajaan bersama keluarga mereka dari Khartoum.", "“Operasi pejabat kedutaan AS di Sudan ditangguhkan sementara sehingga situasi menjadi stabil,” kata Biden dalam kenyataan.", "Setakat ini, Biden tidak mengemukakan maklumat lanjut berkaitan misi evakuasi berkenaan.", "Tidak dapat dipastikan jumlah individu dibawa keluar menerusi proses pemindahan itu.", "Terdahulu, RSF memaklumkan enam pesawat digunakan dalam misi evakuasi dijalankan awal pagi kelmarin.", "Menurut RSF, pihaknya juga bekerjasama dengan AS menyelaras proses berkenaan.", "Sementara itu, Biden menzahirkan ucapan terima kasih kepada negara Djibouti, Ethiopia dan Arab Saudi kerana turut sama membantu menjayakan operasi pemindahan itu.", "Ini merupakan kumpulan kedua warga asing dibawa keluar dari Sudan sejak pertempuran tercetus di Khartoum seminggu lalu.", "Semalam, lebih 150 warga pelbagai negara termasuk diplomat dan pegawai antarabangsa dibawa keluar dari Sudan dengan menyeberangi Laut Merah ke pelabuhan di Jeddah, Arab Saudi.", "Kebanyakan warga asing itu berasal dari negara Teluk, Mesir, Pakistan dan Kanada.", "Tentera AS bawa keluar diplomat dari Khartoum – Biden"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/10/video-buli-jalanan-di-lebuh-raya-pemandu-toyota-hilux-bmw-akan-dipanggil/", "headline": "Video buli jalanan di lebuh raya: Pemandu Toyota Hilux, BMW akan dipanggil", "content": ["Tangkap layar sebuah video tular memaparkan kejadian buli jalanan melibatkan pemandu Toyota Hilux dan BMW di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.", "SEREMBAN: Pihak polis akan mengambil keterangan pemandu sebuah kereta pacuan empat roda Toyota Hilux dan kereta BMW yang terlibat dalam kejadian buli jalanan di Lebuh Raya Seremban Port Dickson (SPDH) seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial TikTok.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pada pukul 10.30 pagi kelmarin telah terkesan satu rakaman video tular berdurasi 16 saat di TikTok memaparkan kejadian buli jalanan yang telah disunting melibatkan dua buah kenderaan.", "“Kedua-dua pemandu dan saksi kejadian akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi siasatan lanjut. ", "“Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku lebih kurang pukul 2 petang pada 30 Disember 2022 di Lebuh Raya SPDH menghala ke arah Port Dickson melibatkan seorang lelaki berusia 32 tahun yang memandu Toyota Hilux dan seorang lelaki berusia 52 tahun pemandu kereta BMW,” katanya dalam kenyataan kelmarin.", "Nanda berkata, berdasarkan siasatan kejadian tular tersebut berpunca daripada pertelingkahan kedua-dua pemandu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Mambau akibat beberapa komponen batang paip telah terjatuh daripada kenderaan Toyota Hilux sehingga hampir mengenai sebuah kereta BMW tersebut ketika melalui lebuh raya berkenaan.", "“Setelah berlaku pertelingkahan dan kedua-dua pihak beredar dari tempat kejadian, pemandu Toyota Hilux tersebut telah mengekori pemandu kereta BMW dan memberhentikan kenderaan di lorong kanan di simpang empat lampu isyarat Sua Betong, Port Dickson.", "“Pemandu Toyota Hilux itu telah bertindak mengambil gambar pemandu kenderaan BMW terlibat kerana dirinya telah dirakam oleh pemandu BMW ketika di R&R Mambau,” katanya.", "Jelas Nanda,selepas kejadian, kedua-dua pemandu telah terputus haluan ke arah destinasi masing-masing dan tiada kesinambungan kejadian yang tidak diingini yang berlaku ke atas kedua-dua pihak selepas itu.", "Video buli jalanan di lebuh raya: Pemandu Toyota Hilux, BMW akan dipanggil"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/26/%e5%93%88%e8%8a%9d%e8%8a%9d%e5%8b%89%e5%8b%b5%e7%a4%be%e5%8d%80%e7%99%bc%e5%b1%95%e9%a0%98%e8%a2%96-%e7%82%ba%e4%ba%ba%e6%b0%91%e6%8f%90%e4%be%9b%e6%9c%80%e5%a5%bd%e7%9a%84%e6%9c%8d%e5%8b%99/", "headline": "哈芝芝勉勵社區發展領袖 為人民提供最好的服務", "content": ["(亞庇廿六日訊)沙巴首長拿督斯里哈芝芝希望所有社區發展領袖,為各自領域的選民提供最好的服務。", "「你扮演著重要的角色,肩負著重大的責任。這次任命並不是一種特權。我希望你們始終與選出你們的代表密切合作,為選民服務。」", "「我們不希望看到你們中的任何人按照自己的意願行事,你們必須勤勉地履行自己的責任。」", "他今日見證新14名社區發展領袖宣誓就職儀式後如此說道。", "首長表示,社區發展領袖的作用是向基層清晰展示政府的政策,特別是這2年半的發展情況。", "「社區發展領袖必須向人民解釋政府的發展計劃,特別是沙巴進步繁榮大藍圖。」", "哈芝芝表示,沙巴政府努力消除沙巴的貧困,每個人的共同努力也很重要。", "他說,距離本屆州政府任期還有大約2年時間,社區發展領袖有能力為人民服務,並在此過程中幫助各自的代表在下屆州選舉中重新獲得席位。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/08/fcas-urges-state-govt-to-fully-address-street-kids-issue-at-its-root/", "headline": "FCAS urges State Govt to fully address street kids issue at its root", "content": ["T C Goh", "KOTA KINABALU: The State Government should seek the Federal Government’s help, and use multi-pronged approach, to thoroughly address the perennial street kids issue, said the Federation of Chinese Associations Sabah (FCAS) President Tan Sri T C Goh.", "Noting that the said issue has become worse, of late, as reported by the local media, he agreed with the recent proposed move for the State Government to build temporary shelter for the street kids who are the “stateless children” produced by the illegal immigrants in the state.", "He acknowledged that poverty was the key factor contributing to the increasingly desperate and bold behaviour of the street kids, who were found begging on the busy streets in the Kota Kinabalu city centre, knocking on car windows and frightening road users without any regard for their own personal safety. It has essentially become a public nuisance.", "While acknowledging that children are the nation’s future generation, he nonetheless cautioned that if these street kids or stateless children are not properly taken care of, they may inevitably become a heavy burden to the nation.  ", "Hoping that the Federal Government could fully support and assist the State Government to address the issue, Goh who is also a member of the Sabah Economic Advisory Council (SEAC) then called on the State Government and the local authorities to establish a special committee to thoroughly study the issue and to come out with both short- and long-term measures to fully resolve the perennial issue effectively.", "Goh who is also President of The Federation of Chinese Associations Malaysia (Huazong) said this in a statement issued today, commenting on the street kids menace in Kota Kinabalu City, lately.", "He then recalled that during the Barisan Nasional (BN) government era back in 2016, the then Minister of Women, Family and Community Development, Datuk Seri Rohani Abdul Karim while speaking in the Dewan Negara had said that her ministry was seriously looking into addressing the street kids issue. In 1989 the Federal Government also set up a special task force under the National Security Council (NSC) which comprised various government agencies including the Welfare Department, the police, Immigration Department, National Registration Department (NRD), with the chief aim of addressing the street kids issue. Unfortunately, it seems that the said special taskforce was just for window dressing. When the Pakatan Harapan (PH) government came into power, it too announced the setting up of such a special taskforce, but it too failed to produce any tangible results and it has even gotten worse now.", "Goh also proposed that when carrying out major operations against the street kids, the relevant authorities should be more thorough in tackling the issue, including identifying the parents of the street kids, in order to have a better picture of the issue.", "“As for those street kids who are without parents, they should be taken to the temporary shelter and be provided with basic education and skills training,” he added.", "While acknowledging that the measure of providing temporary shelters for the street kids is urgently needed, he nonetheless opined that it is only a temporary measure, adding that the issue needs to be effectively addressed at its root.", "He noted that a majority of the street kids spotted in Kota Kinabalu City are the stateless children of Filipino descendants or the Palauh or sea gypsy. Official statistics estimated that currently there were around 200,000 stateless children in Sabah, a figure which should not be ignored by the State Government.", "Goh said he too had on numerous occasions personally seen how some of these street kids harassed the motorists and the pedestrians in Kota Kinabalu City. He thus hoped the police could step up patrolling to act against these street kids."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/06/gps-pegang-prinsip-akur-keputusan-agong-mahu-pulihkan-ekonomi-stabilkan-politik/", "headline": "GPS pegang prinsip akur keputusan Agong, mahu pulihkan ekonomi, stabilkan politik", "content": ["Fadillah Yusof", "KUCHING: Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan GPS berpegang kepada prinsip akur akan hasrat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mewujudkan kerajaan yang stabil dan memulihkan ekonomi negara.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, isu berkaitan politik ketika ini perlu diketepikan dan seterusnya fokus diberikan kepada rakyat dalam usaha memulihkan ekonomi.", "“Di peringkat GPS yang pasti sekarang ini ialah tumpuan kita yang pertama sekali untuk memastikan membentuk kerajaan yang stabil, itu hasrat GPS.", "“Sebab itu kita akur kepada hasrat Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dan diharapkan kerajaan pusat perpaduan ini kita dapat fokus mewujudkan kerajaan yang stabil supaya kita dpt memulihkan ekonomi negara kita, itu yang kritikal di peringkat kita GPS.", "“Ini kerana dengan ekonomi yang kukuh bukan hanya dapat memulihkan ekonomi negara, tetapi ia dapat membantu rakyat kita.", "“Rakyat sekarang ini mengharapkan agar semua parti politik menumpukan kepada kebajikan rakyat, kemaslahatan negara kita, justeru itu fokus kita memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi negara kita sahaja buat masa ini,” tambah beliau.", "Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Mailis Ramah Tamah Aidilfitri 2023 Persaudaraan Masjid, Bintangor Dan Haji Taha Kuching (M.B.H.T), di Hotel Waterfront Kuching, malam tadi.", "Justeru, Fadillah bertegas agar kesemua parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan harus mengelak daripada politiking.", "“Perkara politik diperingkat pembangkang ataupun kerajaan perlu ditepikan dan seharysnya memberi tumpuan memastikan kita fokus kepada pembangunan dan pemulihan negara kita. Sebab itu kita nak memastikan kerajaan perpaduan ini akan terus kekal stabil dan diperingkat kerajaan semua parti yang membentuk kerajaan ini kena memberi tumpuan kepada perkara ini, jangan juga terlibat dalam berpolitik, jaga sensitiviti terhadap semua komponen parti yang membentuk kerajaan.", "“Pada masa yang sama kita terus menjadi sebuah negara yang bukan sahaja bersatu padu tetapi sebuah negara yang dihormati oleh negara luar, barulah nanti kita dapat menjemput dan menarik pelabur ke negara kita. Jadi itu yang sepatutnya diberi fokus kepada kita semua, dan GPS itulah fokus kita dan tidak akan untuk berpolitik lagi kerana sekarang ini ialah masa untuk kita membangunkan negara kita,” tegas Fadillah.", "Fadillah turut yakin kerajaan perpaduan yang dibentuk kuat untuk mengurus dan mentadbir negara dalam tempoh yang diberikan.", "“Kalau kita lihat pada proses parlimen bajet diluluskan, dengan suara penuh maknanya kerajaan sekrg ini agak stabil, agak kuat. Dengan jumlah kerusi 148 sokongan, sudah pasti ia merupakan kerajaan yang agak kukuh dan agak kuat,” ujar beliau.", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/gps-pegang-prinsip-akur-keputusan-agong-mahu-pulihkan-ekonomi-stabilkan-situasi-politik/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/gps-pegang-prinsip-akur-keputusan-agong-mahu-pulihkan-ekonomi-stabilkan-situasi-politik/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/08/tidak-boleh-keluar-tanpa-kebenaran-pekerja-dikunci-dalam-pejabat/", "headline": "Tidak boleh keluar tanpa kebenaran, pekerja dikunci dalam pejabat", "content": ["Pengawal keselamatan menunjukkan rantai besi dan mangga yang digunakan untuk mengunci pintu keluar bangunan sebuah syarikat di India. ", "NEW DELHI: Sebuah syarikat teknologi maklumat di Gurugram dikritik pengguna media sosial baru-baru ini apabila seorang daripada pengarahnya mengarahkan pintu keluar di bangunan syarikat tersebut dikunci bagi menghalang para pekerjanya keluar tanpa kebenaran.", "Satu video yang tular menunjukkan seorang pekerja menggunakan rantai besi yang besar dan kunci untuk menutup pintu keluar syarikat Coding Ninjas di sebuah bangunan.", "Menurut Utusan Malaysia, pengawal keselamatan bangunan berkenaan memberitahu, dia diarahkan oleh seorang daripada ketua atasan supaya mengunci pintu keluar bagi memastikan tiada seorang pun pekerja keluar tanpa kebanaran.", "Video itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai mencabul hak asasi pekerja.", "Dalam pada itu, syarikat berkenaan mengesahkan insiden yang berlaku.", "“Memang benar insiden itu berlaku di bangunan syarikat kami, dan pihak pengurusan menyesali dengan apa yang terjadi.", "“Tindakan pengarah berkenaan bertentangan dengan budaya kerja Coding Ninjas dan kami akan pastikan insiden seperti ini tidak berulang lagi,” jelas syarikat tersebut menerusi kenyataan.", "Selain itu, syarikat itu juga memaklumkan, insiden tersebut ‘berjaya diselesaikan’ dalam tempoh beberapa minit.", "Tidak boleh keluar tanpa kebenaran, pekerja dikunci dalam pejabat"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/23/aksi-sang-buaya-lolos-pagar-besi-tular/", "headline": "Aksi sang buaya lolos pagar besi tular", "content": ["Aksi seekor buaya besar menyelinap keluar dari pagar besi di sebuah padang golf di Florida.", "FLORIDA: Aksi seekor buaya yang cuba meloloskan diri dengan membengkokkan pagar besi yang mengelilingi sebuah padang golf di Florida tular di media sosial baru-baru ini.", "Menurut Utusan Malaysia, UPI melaporkan, aksi sang buaya itu dirakam di Kelab Coral Creek di Placida oleh seorang kakitangan, Ericc Dagg yang ternampak reptilia ganas itu cuba memaksa tubuh besarnya melepasi pagar ketika melalui kawasan tersebut bersama abangnya.", "Video Dagg menunjukkan buaya itu dengan mudah membengkokkan salah satu palang pagar tersebut sambil menolak badannya melalui bukaan yang sempit.", "Bagaimanapun separuh badan dan ekornya tersepit tetapi abang Dagg dengan berani menolak belakang buaya itu untuk membantu kakinya melangkah keluar dari pagar berkenaan.", "“Saya sedang bekerja di padang golf apabila melihat buaya itu bergerak dari jauh di sepanjang laluan kereta.", "“Buaya itu cuba meloloskan dirinya tetapi akhirnya tersepit sedikit dan abang saya cuba membantu mengeluarkan kakinya melalui pagar,” jelas Dagg. ", "Video tersebut menerima lebih sejuta tontonan di laman sosial dan ramai warganet terpegun dengan kekuatan buaya tersebut membengkokkan pagar besi seolah seperti palangnya diperbuat daripada plastik.", "Ramai warganet turut berpendapat rakaman itu menjadi pengajaran kepada penduduk Florida supaya mencari alternatif lain kerana kebanyakannya bergantung kepada jenis pagar sama untuk menghalang haiwan pemangsa itu memasuki halaman rumah mereka.", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/03/aksi-sang-buaya-lolos-pagar-besi-tular/", "\nhttps://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/03/aksi-sang-buaya-lolos-pagar-besi-tular/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/24/komander-kanan-russia-antara-maut-dalam-serangan-ukraine-di-sevastopol/", "headline": "Komander kanan Russia antara maut dalam serangan Ukraine di Sevastopol", "content": ["KYIV: Ukraine mendakwa puluhan individu termasuk komander kanan tentera laut Russia terbunuh atau cedera dalam serangan peluru berpandu yang dilancarkan ke atas ibu pejabat Armada Laut Hitam Moscow di pelabuhan Sevastopol sehari sebelumnya.", "Tentera Ukraine menyerang ibu pejabat itu Jumaat sehingga mencetuskan kebakaran besar.", "Menurut Utusan Malaysia, tentera Ukraine memaklumkan, maklumat mengenai serangan itu akan didedahkan secepat mungkin.", "Jelasnya, serangan itu mengakibatkan puluhan orang maut dan cedera termasuk komander kanan armada.", "Tambahnya, serangan itu berlaku ketika mesyuarat kepimpinan tentera laut Russia sedang berlangsung.", "Ketua perisikan Kyiv, Kyrylo Budanov menerusi komen kepada Voice of America mendakwa serangan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk jeneral terbunuh.", "Voice of America", "Budanove enggan menyatakan sama ada peluru berpandu buatan Barat digunakan dalam serangan tersebut.", "Sementara itu, Russia memaklumkan seorang anggota tenteranya tidak dapat dikesan selepas serangan tersebut.", "Kyiv berikrar untuk merampas semula Crimea yang dilampirkan oleh Moscow pada 2014.", "Komander kanan Russia antara maut dalam serangan Ukraine di Sevastopol"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/31/koperasi-wanita-dun-lumadan-beaufort-berhad-buka-restoran/", "headline": "Koperasi Wanita DUN Lumadan Beaufort Berhad buka restoran", "content": ["Ewon merakamkan gambar kenangan menandatangani plak dalam majlis perasmian Restoran Murni bersama ADUN Lumadan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Ruslan Muharam", "BEAUFORT: Koperasi-koperasi khususnya di Sabah disaran untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).", "Saranan ini datangnya daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang berkata, ini bagi mendapatkan Bantuan Pembangunan SKM atau Pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMPSKM) agar dapat mempertingkatkan lagi aktiviti perniagaan koperasi selaras dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TRANSKOM) 2021-2025.", "“Ini terbukti dengan Bantuan TRANSFER SKM yang diberikan oleh SKM kepada Koperasi Wanita DUN Lumadan Beaufort Berhad berjumlah RM80,000 pada tahun 2022, untuk membuka Coop-Restoran sebagai aktiviti perniagaan koperasi yang seterusnya, di mana ianya menunjukkan koperasi sentiasa proaktif dan berusaha untuk mencari peluang-peluang terbaik dalam perniagaan.", "“Seterusnya, bagi meningkatkan promosi, pemasaran dan pengiklanan produk, Koperasi Wanita ini juga menerima Bantuan Program Dagang Produk/Perhidmatan Koperasi Atas Talian (e-DAPAT) berjumlah RM18,000. Tahniah atas usaha berterusan untuk memajukan perniagaan koperasi,” katanya Ketika merasmikan pembukaan Restoran Murni milik Koperasi Wanita DUN Lumadan Beaufort Berhad di sini pada 29 Januari.", "Yakin bahawa kejayaan sesebuah koperasi itu memerlukan komitmen, sokongan dan semangat kekitaan yang mengikat silaturrahim dalam kalangan semua anggota koperasi yang menjadi asas kekuatan kepada sesebuah koperasi, Ewon percaya kejayaan yang dapat dilihat pada hari tersebut dengan pembukaan Restoran Murni Koperasi Wanita Dun Lumadan Beaufort Berhad, yang merupakan aktiviti kedua koperasi selepas berjaya membuka Pusat Pengumpulan Produk IKS dan memperoleh pendapatan sebanyak RM840,000 bagi tahun 2022, merupakan satu contoh yang amat membanggakan dalam usia koperasi yang baharu setahun lebih beroperasi.", "“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kepimpinan dan anggota-anggota Koperasi Wanita DUN Lumadan Beaufort Berhad. Semoga kejayaan yang dicapai ini akan menjadi pemangkin dan inspirasi kepada semua koperasi yang berada di Daerah Beaufort ini dan dapat mencapai banyak lagi kejayaan yang muncul dan yang akan diraihkan selepas ini,” katanya.", "Menurut beliau, KUSKOP melalui SKM dan juga Institut Koperasi Malaysia (IKMa), serta ANGKASA akan terus memperkasa dan melaksanakan transformasi sektor koperasi negara seiring dengan agenda transformasi pembangunan ekonomi negara.", "“Saya yakin dan percaya gerakan koperasi di seluruh Malaysia akan terus menjadi tonggak penting bagi memakmurkan ekonomi negara dan memperkukuhkan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.", "​Sehingga Jun 2022 (perangkaan interim koperasi), bilangan koperasi yang berdaftar adalah sebanyak 14,975 koperasi dengan jumlah keanggotaan seramai 7.04 juta orang.", "Dari segi modal syer/yuran keanggotaan, sejumlah RM16.5 bilion telah direkodkan dengan jumlah aset terkumpul sebanyak RM152 bilion.", "“Manakala Data Perangkaan Koperasi Negeri Sabah setakat 30 Jun 2022 menunjukkan jumlah koperasi berdaftar adalah sebanyak 1,661 buah, dengan kekuatan anggota seramai 343,230 orang. Manakala syer dan yuran terkumpul adalah sebanyak RM220,523,696 juta, aset terkumpul bernilai RM822,575,410 juta. Manakala pencapaian jumlah perolehan adalah sebanyak RM268 juta,” jelas Ewon.", "Beliau berkata, usaha-usaha berterusan perlu dilaksanakan secara strategik bagi memastikan sektor koperasi terus kompetitif dan kekal lestari.", "Ini termasuk mewujud dan memperluaskan lagi jaringan perniagaan, berinovasi dalam pasaran serta menerokai sumber-sumber baharu yang boleh menambah nilai produk serta perkhidmatan sedia ada, tambahnya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/23/geran-padanan-sukan-terima-lebih-125-permohonan/", "headline": "Geran Padanan Sukan terima lebih 125 permohonan", "content": ["Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bergambar bersama peserta sempena “ The 14th International Figure Skating Competition and 3rd Ice Skating Institute Asia Championship 2023 Skate Malaysia” di Sunway Pyramid. ", "PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menerima lebih 125 permohonan Geran Padanan Sukan (GPS) yang diperuntukkan untuk tujuan penganjuran program dan aktiviti sukan di negara ini.", "Menurut Utusan Malaysia, Menterinya, Hannah Yeoh berkata, KBS akan meneliti semua permohonan yang dibuat syarikat, persatuan sukan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan koperasi berdaftar sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Julai ini.", "“Sekarang sudah ada lebih 125 permohonan diterima dan kumpulan pertama permohonan sudah pun diluluskan. Ia bersifat penganjur bayar dahulu dan tuntut semula dengan KBS.", "“Objektif utama GPS ialah kita mahu membantu prestasi atlet dan naikkan ranking mereka dengan menyertai lebih banyak kejohanan supaya mereka dapat menilai prestasi mereka,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Skate Malaysia 2023 dan Siri ke-3 Kejohanan Ice Skating Institute Asia (ISIAsia) di Sunway Pyramid Ice kelmarin.", "Mengulas mengenai penganjuran acara berkenaan, Hannah berkata, Sunway Pyramid telah menjadi lokasi tumpuan untuk sukan berkenaan sejak sekian lama dan wajar menjadi contoh.", "“Saya galakkam pusat beli belah agar mereka boleh maksimumkan penggunakan ruang untuk promosikan aktiviti sukan. Ada banyak jenis sukan boleh dianjurkan dan tidak memerlukan ruang besar pun,” katanya.", "Skate Malaysia 2023 dan Siri ke-3 Kejohanan ISIAsia berlangsung bermula kelmarin sehingga Isnin depan dengan melibatkan 450 peserta dari tujuh negara iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, China, Amerika Syarikat dan Kuwait.", "Geran Padanan Sukan terima lebih 125 permohonan"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/02/dua-termasuk-kanak-kanak-lelaki-nyaris-lemas-terjatuh-ke-dalam-kolam-ikan-di-skan/", "headline": "Dua termasuk kanak-kanak lelaki nyaris lemas terjatuh ke dalam kolam ikan di S’kan", "content": ["SANDAKAN: Seorang remaja perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki nyaris lemas selepas terjatuh ke dalam kolam ikan di sini hari ini.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PKPgB Severinus @ Mohd. Nidzam Sainkui berkata, kejadian berlaku di Kolam Ikan Kampung Sungai Kayu, Batu 7, pada kira-kira jam 11.40 pagi.", "Katanya, panggilan kecemasan diterima menerusi talian MERS999 dan dua anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Abdullah Amin bersama sebuah jentera EMRS dikejarkan ke lokasi itu.", "Setiba di lokasi kejadian yang terletak 10 kilometer dari BBP itu, didapati terdapat dua orang mangsa, seorang perempuan berumur 19 dan seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun terjatuh dalam kolam ikan. ", "“Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. Pasukan bomba menghantar mangsa ke Hospital Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya.", "Operasi tamat pada jam 12 tengah hari, tambahnya."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/11/02/%e6%9c%b1%e8%8e%89%e5%a9%ad%ef%bc%9a%e8%b2%a1%e6%a1%88%e6%92%a5420%e8%90%ac-%e6%b2%99%e6%94%bf%e5%ba%9c%e9%97%9c%e6%b3%a8%e5%a9%a6%e5%a5%b3/", "headline": "朱莉婭:財案撥420萬 沙政府關注婦女", "content": ["(斗湖二日訊)首長夫人拿汀斯里朱莉婭表示,沙巴政府已在2023年財案中向沙巴婦女事務局撥款420萬令吉,以實施沙巴的各種婦女發展項目和計劃。", "她說,該事務局實施的計劃和項目包括單親母親創業計劃、女性創業發展項目以及其他針對單親母親、B40階層低收入已婚女性和女性企業家的計劃和項目。", "她說,聯邦政府也透過2023年財案撥出多項資金來幫助女性創業家,包括來自各金融機構的貸款便利,可用資金達17億令吉。", "朱莉婭舉例說,國儲銀行提供了3億令吉的資金來支持女性和青年企業家經營的微型企業,而向微型中小企業和小販提供了超過10億令吉的貸款,旨在幫助減輕中小企業的負擔。", "「政府非常關心沙巴女性的發展,始終努力並尋找在創業領域賦予女性經濟權力的方法。」", "沙巴婦女事務局舉辦的創業計畫共有350名參加者,其中包括該部門舉辦的技能課程的參與者、來自斗湖地區的女企業家。", "朱莉婭表示,州政府透過沙巴進步繁榮大藍圖也提供了各種計畫和舉措,為沙巴企業家賦權,女企業家需要抓住機會,利用政府提供的援助和貸款來擴展業務。", "他表示,女性追求的創業非常廣泛,包括數位創業、食品和旅館、創意產業、科技、美容產業等等。", "「這就是為什麼女性現在被認為更積極地參與各個商業領域。她們在商界、創造創新和其他各個領域中發揮了重要作用。」", "「雖然女性創業者經常面臨獨特的挑戰,包括事業和家庭失衡的問題,但這並不是成功的障礙,因為支持女性創業給予了很多支持和刺激。女性也證明了她們在商業上取得成功的能力,不僅在沙巴,而且在整個馬來西亞。」", "朱莉婭還建議企業家參加與創業領域相關的課程、研討會或培訓項目,以提高與商業和創業相關的技能、知識和知識,並讓成功的企業家成為在該領域取得成功的榜樣、靈感和洞察力。", "「身為女性,我們不僅在塑造下一代方面發揮著重要作用,而且還為國家的經濟成長做出了貢獻。 因此,我一直支持並希望沙巴女性企業家的成功,能夠與那些在自己從事的商業領域中成名並取得成功的領先企業家的成功相媲美。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/08/21/tambunan-tuan-rumah-sambutan-hari-sabah-31-ogos-ini-km/", "headline": "Tambunan tuan rumah sambutan Hari Sabah 31 Ogos ini – KM", "content": ["KOTA KINABALU: Sabah akan menyambut Hari Sabah pada 31 Ogos ini bagi memperingati hari ia menjadi negara merdeka 60 tahun lalu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "Beliau berkata, Kabinet Negeri membuat keputusan itu pada mesyuaratnya minggu lalu dan telah memilih Tambunan sebagai tuan rumah untuk sambutan julung kali ini.", "“Kabinet juga telah memutuskan bahawa sambutan untuk menandakan peristiwa bersejarah penting Sabah akan disambut setiap tahun dengan tempatnya akan digilirkan di kalangan daerah,” kata Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini.", "Hajiji Haji Noor", "“Marilah kita menghormati dan memperingati hari yang menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah British di Sabah dan menandakan perjalanan kita untuk bersatu sebagai rakyat untuk mewujudkan pemerintahan sendiri,” tambahnya.", "Sabah kemudiannya membentuk Persekutuan Malaysia dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963.", "Hajiji berkata, acara di Tambunan itu dijadualkan pada pukul 3 petang selepas sambutan Hari Kebangsaan di sini."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/25/sistem-prosedur-tidak-dinamik-lapuk-perlu-dihapuskan-andi/", "headline": "Sistem, prosedur tidak dinamik, lapuk perlu dihapuskan – Andi", "content": ["Andi (tengah) bergambar bersama dengan semua yang hadir dalam Hari Bersama Pelanggan Peringkat SESB Zon Selatan / Tawau.", "TAWAU: Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, sistem dan prosedur yang tidak dinamik serta lapuk dalam sesebuah organisasi perlu dihapuskan.", "Beliau berkata, organisasi seperti Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang merupakan sebuah organisasi utiliti tersendiri di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menuntut seluruh warganya untuk sentiasa mencari kaedah dan peluang menambah baik dan memantapkan kecekapan masing-masing, terutamanya kumpulan yang berhadapan dengan pengguna setiap hari. ", "“Justeru, perkhidmatan berasaskan integriti, kebertanggungjawaban, berkualiti tinggi, responsif dan bersedia memenuhi kehendak pelanggan semasa samada pelanggan dalaman maupun pelanggan luar amat penting,” katanya pada Hari Bersama Pelanggan Peringkat SESB Zon Selatan / Tawau yang diadakan di Dewan SMJ Tanjung Batu Darat/Taman Ria, di sini, hari ini.", "Andi (tengah) menyaksikan SESB menyumbangkan lembu korban kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan.", "Andi memuji SESB yang telah membangunkan satu aplikasi bagi memudahkan pengguna untuk mengakses perkhidmatan SESB dengan cepat dan pantas. ", "“Aplikasi mobil mySESB merupakan satu usaha SESB ke arah pendigitilan. ", "“Aplikasi ini membuka ruang dan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan SESB pada bila-bila dan di mana-mana sahaja tanpa sempadan dengan lebih mudah, cepat dan selamat,” katanya, sambil berharap SESB terus memacu citra kecemerlangan dalam melaksanakan visi dan misi SESB sebagai pemacu pembangunan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.", "Hari Bersama Pelanggan yang dianjurkan oleh SESB ini adalah satu wadah yang memberikan peluang kepada masyarakat khasnya di Tawau untuk mengenali SESB dengan lebih dekat lagi. ", "Andi berharap ia akan lebih berfokus dan mampu memberi impak yang positif bagi memperkasakan perkhidmatan pelanggan dengan lebih cekap dan berkesan terutamanya perkhidmatan barisan hadapan (kaunter).", "“Saya percaya program seperti ini akan membantu SESB dalam memaksimumkan output, meminimumkan input, mempercepatkan proses, dan mempertingkatkan kegirangan pelanggan. Pemangkin kepada produktiviti, tidak lain, adalah kreativiti dan inovasi. ", "“Ini adalah kerana inovasi memberi nilai tambah kepada kualiti perkhidmatan. Walau bagaimanapun, kualiti, produktiviti, kreativiti dan inovasi tidak lengkap tanpa integriti.", "“Saya percaya usaha proaktif ini tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk menzahirkan gagasan mesra pelanggan dan bersifat terbuka dalam menerima maklum balas tentang perkhidmatan yang diberikan,” katanya.", "Beliau menyeru semua masyarakat, terutamanya para pengunjung yang datang pada hari ini, dapat memanfaatkan program ini untuk mengenali SESB dengan lebih dekat lagi dan seterusnya suasana harmoni antara SESB dan masyarakat/pengguna dapat diwujudkan."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/26/tiga-pembantu-menteri-baharu-mengangkat-sumpah-hari-ini/", "headline": "Tiga pembantu menteri baharu mengangkat sumpah hari ini", "content": ["Dari kiri: Tan Lee Fatt, Peto Galim dan Datuk Ruslan Muharam mengangkat sumpah di hadapan Tun Juhar, sambil diperhatikan oleh Hajiji, di Istana Seri Kinabalu.", "KOTA KINABALU: Tiga pembantu menteri baharu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini.", "Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, dengan pelantikan baharu itu, rombakan pembantu menteri sedia ada turut dilakukan.", "“Pelantikan dan rombakan pembantu menteri hari ini adalah usaha berterusan untuk memantapkan dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan,” katanya.", "Pelantikan pembantu menteri adalah untuk mengisi dua jawatan yang dikosongkan oleh Datuk James Ratib, mantan Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan yang kini Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan Datuk Jasnih Daya yang memilih untuk melepaskan jawatan Pembantu Menteri Kewangan bagi memberi laluan kepada pelantikan orang lain.", "“Untuk membina pasukan yang kuat, saya telah melantik Datuk Haji Ruslan Muharam daripada PBS sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, manakala Peto Galim dan Tan Lee Fatt daripada Pakatan Harapan masing-masing akan memegang jawatan sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan dan Pembantu Menteri Kewangan untuk menambah pentadbiran inklusif sedia ada,” katanya.", "Empat pembantu menteri sedia ada yang terlibat dalam pertukaran portfolio ialah Dato’ Sri Dr Ruddy Awah (Pembangunan Luar Bandar), Datuk Harun Durabi (Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Fairuz Renddan (Belia dan Sukan) dan Datuk Andi Suryady Bandy (Pembangunan Perindustrian). Ruddy dan Fairuz dari GRS manakala Harun dan Andi Suryady dari UMNO/BN.", "“Saya telah menekankan betapa pentingnya bagi Kerajaan Negeri di bawah pimpinan saya untuk berfungsi sebagai sebuah pasukan yang padu yang berkongsi aspirasi yang sama dibina atas kepercayaan dan rasa hormat bersama.", "“Kita memerlukan pasukan yang kuat untuk mendorong momentum pembangunan kita dan untuk memenuhi janji pilihan raya kita kepada rakyat dan negeri,” kata Hajiji."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/10/19/ibu-bapa-kepada-kanak-kanak-jatuh-semasa-kereta-buat-pusingan-u-sudah-beri-keterangan-polis/", "headline": "Ibu bapa kepada kanak-kanak jatuh semasa kereta buat pusingan U sudah beri keterangan-Polis", "content": ["KOTA BHARU: Polis sudah merakamkan keterangan ke atas ibu bapa kepada kanak-kanak yang terjatuh semasa kereta membuat pusingan U pusingan U di kawasan lampu isyarat di Jalan Sultan Yahya Petra berhampiran Kota Sri Mutiara, di sini semalam.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, keterangan itu dirakam selepas ibu bapa kanak-kanak berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan berkait dengan insiden berkenaan.", "“Mereka (bu bapa) telah berkenaan memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pihak polis.", "“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih lagi diteruskan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.", "Utusan Online semalam melaporkan, polis giat mengesan pemandu dan seorang budak yang dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas terjatuh dari pintu belakang sebuah kereta ketika membuat pusingan U di kawasan lampu isyarat di Jalan Sultan Yahya Petra berhampiran Kota Sri Mutiara, di sini.", "Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.42 petang berpandukan kepada rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang tular.", "Kelmarin, tular rakaman di laman sosial yang memaparkan seorang budak lelaki dirempuh sebuah SUV selepas terjatuh dari pintu belakang sebuah kereta yang sedang membuat pusingan U di kawasan lampu isyarat depan Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra di sini.", "Berdasarkan video itu, sebuah kereta jenis Honda City berwarna kelabu sedang membuat pusingan U di lampu isyarat yang terletak di depan kompleks beli-belah itu.", "Semasa sedang melakukan pusingan, pintu belakang sebelah kiri kereta itu tiba-tiba terbuka sebelum seorang kanak-kanak terjatuh dari kereta tersebut.", "Sebuah kereta yang berwarna putih yang berada di belakang Honda City itu sempat mengelak, namun sebuah SUV jenis Perodua Attiva kemudiannya merempuh kanak-kanak tersebut.", "Rempuhan itu mengakibatkan budak itu jatuh tergolek sebelum bingkas bangun dalam keadaan terpinga-pinga pergi ke arah sebuah motosikal yang dinaiki sebuah keluarga.", "Penunggang motosikal itu kemudiannya dilihat mendukung dan menenangkan budak itu sebelum membawanya ke arah kereta yang dinaiki kanak-kanak tersebut.", "Difahamkan, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.", "Ibu bapa kepada kanak-kanak jatuh semasa kereta buat pusingan U sudah beri keterangan-Polis"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/19/%e6%96%97%e4%ba%9e%e8%98%ad%e4%ba%9e%e5%ba%87%e6%b2%bf%e5%b2%b8%e5%87%ba%e7%8f%be%e7%b4%85%e6%bd%ae/", "headline": "斗亞蘭亞庇沿岸出現紅潮", "content": ["(亞庇十九日訊)在亞庇和斗亞蘭沿海水域發現紅潮後,沙巴漁業局發佈了紅潮增加的警告。", "紅潮是一種由某些類型的藻類數量增加引起的現象,這些藻類會產生影響海洋生物和人類健康的危險毒素。", "副首長兼農漁食品工業部長拿督傑菲里表示,通過2023年2月16日在亞庇周圍和其他地區的幾個地點採集的水樣,確定了Margalefidinium polykrikoides(Cochlodium)和Pyrodinium bahamense藻類的存在。", "「紅潮現象經常發生在沙巴西海岸的水域,特別是從實必丹、瓜拉班尤到斗亞蘭或古打毛律。這種現象很少發生在沙巴東海岸的海域,而且已經有20多年沒有被報導過。」", "發出的警告通知是根據既定的準則和程序發出的,表明亞庇海域正在發生紅潮現象,預計將蔓延到斗亞蘭海域。", "每個樣品的每升細胞密度率在每個位置都不同。當藻類Margalefidinium polykrikoides的細胞數量超過每升2,000個,藻類Pyrodinium bahamense的細胞數量超過每升800個時,就會考慮危險閾值。", "他解釋說,雖然Margalefidinium polykrikoides藻類對人類沒有危險,但它對魚是危險的,尤其是那些在籠子裡飼養的魚。", "「因為魚通過鰓呼吸,而附著在鰓上的藻類會阻止呼吸。」", "該警告告示提醒亞庇和斗亞蘭地區的漁民提高警惕,避免任何可能造成損失的魚類死亡。", "另一方面,藻類Pyrodinium bahamense對人類構成危險,主要來自Pyrodinium bahamense的毒素會在貝類體內積累,人類食用後會導致麻痺性貝類中毒(PSP)。", "「PSP的症狀包括口腔、嘴唇和舌頭刺痛、麻木和灼痛,隨後是頭痛、頭暈、噁心和嘔吐。嚴重時可引起呼吸麻痺、昏迷甚至死亡。因此,建議公眾不要食用受影響地區的任何貝類,直至另行通知。」", "為了減輕紅潮的影響,沙巴州政府通過漁業部採取了多項措施,包括暫時禁止從受災地區捕撈、銷售和食用貝類。", "他還建議公眾不要在亞庇和斗亞蘭附近的水域游泳,直至另行通知,並補充說政府正在密切監視情況,並在必要時提供最新信息。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/28/lelaki-pukul-imam-positif-dadah/", "headline": "Lelaki pukul imam positif dadah", "content": ["Ramli Mohamed Yoosuf", "KUANTAN: Lelaki yang tular dalam sebuah video kerana bertindak memukul seorang imam jemputan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini pada Ahad lalu bukan sahaja mempunyai masalah kesihatan mental, malah juga merupakan seorang penagih dadah.", "Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis negeri, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah.", "Beliau berkata, kesan pengambilan dadah, suspek dipercayai berhalusinasi mendengar imam yang memimpin solat Subuh ketika itu memanggil namanya sekali gus menjurus kepada tindakan terbabit.", "“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang bekas tentara, mempunyai rekod jenayah dan mengalami masalah mental.", "“Suspek kini ditahan atas kesalahan penggunaan dadah dan kesalahan kacau ganggu di bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan.", "“Suspek sudah dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan psikiatri,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.", "Ramli berkata, lelaki tersebut merupakan gelandangan yang menjadikan masjid dan Mahkota Square di bandar ini sebagai tempat tidur dan merayau.", "Sebelum ini, tular rakaman video menunjukkan kejadian seorang lelaki kurang siuman bertindak mahu memukul imam jemputan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini sekitar pukul 6.18 pagi Ahad lalu.", "Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan kain pelikat datang dari arah belakang bertindak menolak jemaah sebelum memukul imam jemputan terbabit dengan selipar berwarna putih.", "Pihak Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dalam kenyataannya meminta orang ramai menghentikan penularan video terbabit dan tidak akan bertanggungjawab jika berdepan tindakan undang-undang. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/03/lelaki-pukul-imam-positif-dadah/", "\nhttps://www.utusan.com.my/berita/2023/03/lelaki-pukul-imam-positif-dadah/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/06/15/pendaki-dikritik-enggan-bayar-sherpa-yang-selamatkannya/", "headline": "Pendaki dikritik enggan bayar sherpa yang selamatkannya", "content": ["KATHMANDU: Seorang pendaki wanita dari China mencetuskan kontroversi selepas enggan membayar yuran menyelamat berjumlah AS$10,000 (RM46,194) kepada sherpa yang menyelamatkannya ketika berada di Gunung Everest.", "Dalam kejadian berlaku pada 18 Mei lalu, seorang lagi pendaki, Fan Jiangtao menemukan wanita berusia lingkungan 50 tahun yang dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa mendaki puncak tertinggi dunia itu.", "Menurut Utusan Malaysia, wanita dikenali sebagai Luo dikatakan berjaya sampai di puncak dan dalam perjalanan pulang ke kem pangkalan sebelum mengalami masalah kesihatan.", "Jiangtao dan sherpa memutuskan untuk meninggalkan impian mereka menakluki Gunung Everest agar dapat membantu membawa kembali Luo ke kem pangkalan dengan selamat. ", "Ketika turun dari puncak, mereka bertemu dengan ahli Persatuan Pendaki Gunung Wilayah Hunan, Xie Ruxiang yang turut sama meninggalkan impian pendakiannya untuk membantu mangsa.", "Bagaimanapun, sherpa mengiringi Ruxiang keberatan untuk menyertai misi tersebut sehingga dia berjanji menawarkan bayaran sebanyak AS$10,000 (RM46,194) menyebabkannya bersetuju untuk membantu mereka. ", "Operasi penyelamatan itu berjalan lancar dan Luo dirawat selama beberapa hari di kem pangkalan sehingga pulih sepenuhnya.", "“Apabila Luo mendapat tahu mengenai bayaran itu, dia enggan membayar kepada sherpa berkenaan,” jelas laporan itu.", "Menurut Jiangtao, wanita itu memaklumkan dia hanya sanggup membayar sebanyak AS$4,000 (RM18,478) berbanding jumlah bayaran dijanjikan kepada sherpa itu.", "Dua pendaki lain yang membantu menyelamatkan Luo terpaksa membayar yuran berkenaan.", "Kisah itu menjadi tular dalam media sosial China dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.", "Rata-rata warganet mengecam tindakan wanita itu yang membiarkan pendaki yang menyelamatkannya menanggung bayaran berkenaan.", "Pendaki dikritik enggan bayar sherpa yang selamatkannya"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/07/lelaki-hilang-ketika-memukat-udang-di-sandakan-ditemukan/", "headline": "Lelaki hilang ketika memukat udang di Sandakan ditemukan", "content": ["Pasukan bomba membantu mengangkat mauat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis.", "SANDAKAN: Seorang lelaki berumur 33 tahun yang hilang semasa memukat udang di sini sejak Jumaat telah ditemukan oleh orang awam pagi tadi.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PKPgB Severinus Nidzam @ Sainkui berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Mohammad Saidin Salapudin, telah ditemukan pada jarak dua batu selatan nutika Pulau Berhala pada jam 8.55 pagi dan disahkan meninggal oleh pihak polis. ", "“Pasukan bomba bertindak membantu mengangkat mangsa dari bot orang awam ke kenderaan polis (Land Rover) untuk tindakan lanjut,” katanya.", "Menurut Severinus, kejadian berlaku di Perairan Pulau Berhala, Sandakan pada kira-kira jam 6 pagi Jumaat.", "“Bilik kawalan BBP Sandakan menerima panggilan daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam (APMM) memohon bantuan mencari orang hilang di laut di alamat Perairan Pulau Berhala, Sandakan. ", "“Pihak APMM melaporkan, seorang nelayan dipercayai telah keluar daripada jeti Pulau Berhala pada jam lebih kurang 6 pagi menuju ke perairan Pulau Berhala untuk menjalankan aktiviti memukat udang.", "“Mangsa sepatutnya pulang pada jam 3 petang, namun pada jam 2 petang bot mangsa dijumpai oleh penduduk kampung tanpa pengemudi. Pencarian mangsa telah dilaksanakan oleh orang kampung namun mangsa masih gagal ditemui,” katanya.", "Menurut Severinus, pasukan bomba bertindak dengan melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan pinggir pantai bersama agensi bantuan yang lain. ", "SAR pada hari kedua iaitu pada Ahad, mangsa telah ditemukan oleh pasukan pencari yang terdiri daripada orang awam."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/22/buruh-hilang-ketika-keluar-memikat-burung/", "headline": "Buruh hilang ketika keluar memikat burung", "content": ["Ashahidi Awang (tengah) menunjukkan motosikal milik Mohd. Azani Alias yang ditemukan di kaki Bukit Sudu, Kuala Nerus, semalam. ", "KUALA NERUS: Seorang buruh dilaporkan hilang ketika keluar memikat burung di dalam hutan simpan dekat Bukit Sudu, Kampung Lingai di sini, Isnin lalu.", "Menurut Utusan Malaysia, mangsa, Mohd. Azani Alias, 37, dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Pengkalan Arang, di sini pada pukul 6.30 pagi pada Isnin sebelum keluarganya membuat laporan polis setelah 24 jam tidak pulang ke rumah.", "Menurut rakannya, Ashahidi Awang, 35, dia menerima dua pesanan WhatsApp daripada mangsa antara pukul 7 pagi sehingga 9.37 pagi kelmarin sejurus sebelum Mohd. Azani gagal dikesan.", "“Kami sepatutnya pergi sekali tetapi saya bangun daripada tidur agak lewat. Mohd. Azani menghantar gambar kawasan pokok getah disusuli gambar burung dipercayai yang berjaya ditangkapnya.", "“Sekitar pukul 10 pagi, saya cuba menghubungi mangsa namun gagal. Bagaimanapun saya dan rakan-rakan pergi memikat burung seperti biasa tanpa berfikir kejadian buruk menimpa Mohd. Azani.", "“Lewat petang itu kira-kira pukul 6.45 petang, abang mangsa, Mohd. Zuhaidi, 41, memaklumkan Mohd. Azani belum pulang ke rumah menyebabkan kami menjadi risau,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.", "Sementara itu, menurut Mohd. Zuhaidi, laporan polis mengenai kehilangan Mohd. Azani dibuat oleh ahli keluarga mangsa itu di Balai Polis Gong Badak di sini pada pukul 7 pagi semalam sebelum mereka menemui motosikal mangsa di kaki Bukit Sudu kira-kira pukul 2.30 petang.", "“Dia tidak pernah pulang lewat kalau masuk ke hutan. Jadi apabila hampir Maghrib dia belum balik, peliklah. Kami cuba cari kawasan seperti dalam gambar yang dihantar dalam WhatsApp itu namun gagal,” ujarnya.", "Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din, berkata lebih 50 anggota pelbagai agensi digerakkan bagi operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.", "Beliau memberitahu, fokus pencarian terarah pada jarak 100 meter dari lokasi motosikal mangsa dijumpai.", "Buruh hilang ketika keluar memikat burung"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/07/tiada-merit-kepada-dakwaan-bung-hajiji-dan-grs-mempunyai-lebih-daripada-cukup-majoriti-adun/", "headline": "Tiada merit kepada dakwaan Bung, Hajiji dan GRS mempunyai lebih daripada cukup majoriti ADUN", "content": ["“Datuk Seri Hajiji Haji Noor secara perlembagaan dan sah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri mengikut undang-undang dan mandat demokrasi rakyat Sabah.” – Masidi Manjun", "KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa Datuk Seri Hajiji Haji Noor tidak mempunyai locus standi (hak berdiri) untuk menjadi Ketua Menteri Sabah tidak bermerit.", "Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan menjawab kenyataan media Bung yang juga Ketua UMNO Sabah yang cuba menimbulkan keraguan dan kekeliruan terhadap kesahihan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.", "Dalam sidang media yang diadakan di sini malam tadi, Bung telah mendakwa Hajiji tidak layak menjadi Ketua Menteri di bawah Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah. Perkara 6(7) berbunyi: –", "“Bagi maksud Fasal (3) Perkara ini, jika parti politik telah memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan yang dipilih dalam pilihan raya umum, ketua parti politik itu, yang merupakan ahli Dewan Undangan, hendaklah menjadi ahli Dewan Undangan yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan.” Selepas Pilihan Raya Umum Negeri, Tuan Yang Terutama akan memilih ahli Dewan yang difikirkannya akan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan: Perkara 6(3). Apabila parti politik memenangi majoriti kerusi dalam Dewan (‘DUN’), pemimpin parti itu dianggap menguasai majoriti: Perkara 6(7).", "Masidi berkata, ‘majoriti’ bagi tujuan Perkara 6(7) bermakna lebih 50 peratus kerusi dalam DUN.", "Masidi Manjun", "“Takrifan ‘majoriti’ ini telah dijelaskan oleh Mahkamah Tinggi dalam Tan Sri Musa Aman lwn Tun Juhar & Anor [2019] 10 MLJ 329 di mana pada muka surat 345 dalam perenggan [28] dan [29] Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie menyatakan bahawa ‘majoriti’ bukan bermaksud ‘kerusi terbanyak’ tetapi melebihi 50% kerusi dalam DUN.", "“Datuk Yew Jen Kie seterusnya berkata Perkara 6(7) tidak akan terpakai melainkan sebuah parti politik berjaya memenangi lebih daripada 50% kerusi DUN berikutan pilihan raya negeri yang, tidak berlaku pada 2018 (PRU 14). Pada PRU14 tiada satu parti pun memenangi lebih daripada 50% kerusi DUN dan oleh itu Perkara 6(7) Perlembagaan Sabah tidak terpakai.", "“Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Datuk Yew Jen Kie dalam Tan Sri Musa Aman lwn Tun Juhar & Anor [2020] 3 MLJ 49 di muka surat 56, perenggan [17].", "“Pada 2020 (PRU16) tiada satu parti politik pun memenangi lebih 50% daripada 73 kerusi yang dipertandingkan. Oleh itu, berikutan tafsiran Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terhadap Perkara 6(7), Tuan Yang Terutama pertama kali memerhatikan bahawa tiada satu parti politik pun memenangi lebih daripada 50% kerusi DUN dan dengan itu mengabaikan Perkara 6(7) dengan betul sebagai tidak terpakai. Tuan Yang Terutama kemudiannya menggunakan kuasanya dengan betul di bawah Perkara 6(3) dan melantik Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri.", "“Oleh itu, Datuk Seri Hajiji Haji Noor secara perlembagaan dan sah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri mengikut undang-undang dan mandat demokrasi rakyat Sabah.", "“Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan semua bekas ADUN PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang meninggalkan PPBM pada Disember 2022 adalah semua ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Jumlah ADUN majoriti lebih daripada cukup dan merupakan parti politik terbesar dalam Dewan Undangan Negeri Sabah,” kata Masidi.", "Beliau berkata, ia juga perlu diperhatikan bahawa Perlembagaan Negeri Sabah direka untuk menggalakkan kepastian dan kestabilan politik di Sabah.", "“Adalah asas kepada perintah perlembagaan Sabah bahawa Tuan Yang Terutama tidak diseret ke dalam skim politik, pertikaian atau perebutan kuasa. Saya berharap pemimpin politik tertentu memerhati perkara ini dan menunjukkan TYT dan pejabatnya penghormatan seperti yang sepatutnya.", "“Oleh itu, amalan membawa akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani ke Istana baru-baru ini sebagai bukti keyakinan ADUN terhadap kerajaan adalah tidak diingini dan harus tidak digalakkan,” kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan Kedua itu.", "GRS, yang telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 11 Mac 2022 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), mempunyai 29 ADUN. Jumlah itu menjadi 39 dengan sokongan tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH), Parti Harapan Rakyat Sabah (1), PAS (1) BEBAS (1).", "Difahamkan sekurang-kurangnya lima ADUN BN Sabah tidak menyokong komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri pimpinan Hajiji.", "BN Sabah mempunyai 17 ADUN dan Parti Warisan (19), manakala Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (3) dan Parti Bangsa Malaysia (1)."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/07/jari-bayi-lapan-bulan-digunting-jururawat/", "headline": "Jari bayi lapan bulan digunting jururawat ", "content": ["JAKARTA: Bayi berusia lapan bulan terpaksa menanggung kesakitan apabila jururawat Hospital Muhammadiyah Palembang di Sumatera Selatan terpotong jari kelingkingnya ketika membuka alat di tangan bayi berkenaan.", "Menurut Utusan Malaysia, Kompas.com melaporkan, insiden malang itu berlaku Jumaat lalu ketika jururawat sedang mencabut tiub yang dilekatkan pada tangan kecil bayi itu selepas dirawat akibat demam.", "Kompas.com", "Bapa bayi itu, Suparman berkata, pada awalnya mereka sekeluarga memberi amaran supaya membuka sahaja balutan pada tangan yang diletakkan tiub berkenaan tetapi tidak didengari.", "Jururawat itu sebaliknya mengambil gunting besar untuk mengeluarkan tiub itu menyebabkan jari kelingking kiri bayinya terpotong hingga terputus.", "Suparman membuat laporan kepada pihak polis selepas jururawat berkenaan enggan berjumpa keluarganya namun pihak hospital sanggup bertanggungjawab dan anaknya dibedah serta dibawa ke bilik lain.", "Timbalan Pengarah hospital berkenaan, Muksin mengakui jururawat itu melakukan kecuaian dan perkara itu tidak disengajakan.", "“Ya, memang benar, kejadian itu dilakukan oleh jururawat kami. Dia disyaki cuai dan tidak sengaja menyebabkan gunting terkena jari bayi dan terputus sedikit.", "“Selepas mengetahui kejadian itu kami segera bertindak balas dengan menjalankan pembedahan yang mengambil masa kira-kira 1.5 jam. ", "“Pada mulanya pesakit berada di kelas 3 tetapi kerana kecuaian pekerja kami, mereka terus dipindahkan ke bilik VIP selepas pembedahan selesai dan semua perkhidmatan serta kos rawatan itu diberikan secara percuma,” katanya.", "Jari bayi lapan bulan digunting jururawat "]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/02/475-saman-dikeluarkan-dalam-op-ambang-tahun-baharu-2023/", "headline": "475 saman dikeluarkan dalam Op Ambang Tahun Baharu 2023", "content": ["Fisol Salleh ketika membuat tinjuan Op Motosikal sempena sambutan ambang tahun baharu 2023 di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang, malam Sabtu.", "GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 475 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Ambang Tahun Baharu 2023 yang dijalankan Sabtu di seluruh negeri itu.", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh berkata, selain saman polis turut menyita 33 buah motosikal kerana melanggar pelbagai peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.", "”Op Ambang Tahun Baru ini menumpukan kepada pemeriksaan kenderaan dan mengambil tindakan tegas terhadap penunggang motosikal bagi membendung kegiatan samseng jalanan.", "”Polis mengambil tindakan menyita 33 motosikal yang melakukan kesalahan mengubah suai motosikal secara berlebihan dan mengeluarkan 457 saman terhadap pemilik kenderaan,” katanya ketika membuat tinjuan Op Motosikal di lorong motosikal Jambatan Pulau Pinang, di sini malam Sabtu.", "Menurut Fisol, operasi yang dijalankan bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.", "“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama kegiatan samseng jalanan bagi memastikan ambang tahun baharu di Pulau Pinang tidak dicemari dengan kegiatan lumba haram,” katanya.", "Tambah beliau, pada tahun ini, polis Pulau Pinang akan menumpukan usaha untuk membendung kegiatan samseng jalanan dalam kalangan pengguna motosikal.", "“Dalam operasi malam tadi (Sabtu), kita dapat lihat pengguna motosikal melakukan modifikasi terhadap motosikal masing-masing, ada yang tayarnya lebih kecil dan sebagainya.", "”Kita akan menjalankan operasi dengan lebih menyeluruh tahun ini dan akan turut membuat operasi ke atas bengkel-bengkel motosikal yang disyaki menjadi lokasi pemilik motosikal menjalankan modifikasi,” katanya.", "Tambah beliau, Pulau Pinang juga akan menjadi negeri model pada tahun ini dalam usaha membendung dan membanteras kegiatan samseng jalanan menerusi pelbagai operasi pencegahan dan sebagainya. ", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/475-saman-dikeluarkan-dalam-op-ambang-tahun-baharu-2023/", "\nhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/475-saman-dikeluarkan-dalam-op-ambang-tahun-baharu-2023/"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/02/01/%e7%8f%8d%e5%a6%ae%e6%8e%a5%e6%8e%8c%e9%84%89%e6%9d%91%e7%99%bc%e5%b1%95%e5%90%88%e4%bd%9c%e7%a4%be/", "headline": "珍妮接掌鄉村發展合作社", "content": ["(亞庇一日訊)甘拜園州議員珍妮將擔任鄉村發展合作社主席,任期自今年1月19日起生效。", "該職位較早前為拿督萊米。", "首長拿督斯里哈芝芝今日移交了委任證書。", "出席儀式的還有第一副首長兼沙農業、漁業和食品工業部長拿督傑菲里、沙工業發展及企業部長馮晉哲和沙政府秘書沙法。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/01/25/%e5%8a%a0%e6%8b%89%e5%b8%83%e5%a5%88%e6%b5%b7%e5%9f%9f%e6%b2%89%e8%88%b9%e4%ba%8b%e6%95%85-2%e4%ba%ba%e7%8d%b2%e6%95%911%e6%bc%81%e6%b0%91%e5%a4%b1%e8%b9%a4/", "headline": "加拉布奈海域沉船事故 2人獲救1漁民失蹤", "content": ["(斗亞蘭廿五日訊)一艘漁船今早在加拉布奈海域被海浪擊沉,其中2人獲救,另外1人則下落不明。", "由行動指揮官PKPgB Mohd. Qawie Abd. Gapar率領的團隊,,今早10時11分接到公眾的緊急求救電話後,迅速趕往事發現場。", "據來電者稱,沉船事故涉及3名漁民,其中2人游到海邊自救,另1人下落不明。", "救援團隊抵達事發現場後,由於海浪較大,船隻難以下海,消防隊在海灘上使用小船進行了水面搜索方式的搜救(SAR)。", "警察、水警和馬來西亞海事執法機構也有加入救援行動。"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/31/kegiatan-penuntut-kolej-edar-brownies-ganja-terbongkar/", "headline": "Kegiatan penuntut kolej edar ‘brownies’ ganja terbongkar", "content": ["PETALING JAYA: Kegiatan penuntut kolej yang giat mengedar ‘brownies’ ganja terbongkar apabila ditahan polis dalam serbuan di sebuah premis di Jalan 9 dekat sini, Sabtu lalu.", "‘brownies’", "Dalam serbuan kira-kira pukul 5 petang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur itu turut merampas enam kilogram (kg) kek ganja bernilai RM21,000. ", "Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, siasatan mendapati lelaki warga tempatan berusia 19 tahun telah bergiat aktif menjalankan pengedaran kek ganja sejak tiga bulan lalu.", "Katanya, siastaan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca bekalan diperolehi.", "“Ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia bebas daripada sebarang jenis dadah.", "“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Dalam kes berasingan, menurut Yahaya, pihak polis telah menemukan 56 kg ganja bernilai RM166,000 dalam bekas ditanam kira-kira kedalaman satu meter di kawasan terbiar di Subang Jaya, Selangor, Isnin lalu.", "Jelasnya, turut ditahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun yang bekerja sebagai buruh kebun.", "“Suspek turut berperanan untuk menjaga bekalan dadah yang ditanam tersebut.", "“Turut ditemukan satu kg dadah jenis syabu. Hasil ujian saringan awal polis dapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.", "Tambahnya, kesemua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.", "“Siasatan masih dijalankan untuk mengesan ahli-ahli sindiket yang terlibat. Jumlah keseluruhan rampasan dadah tersebut dianggarkan bernilai RM213,000,” katanya. ", "Kegiatan penuntut kolej edar ‘brownies’ ganja terbongkar"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/19/bomba-pantas-selamatkan-mercedes-benz-daripada-terbakar-di-kota-marudu/", "headline": "Bomba pantas selamatkan Mercedes Benz daripada terbakar di Kota Marudu", "content": ["Tindakan pantas pasukan bomba menyelamatkan sebuah Mercedes Benz daripada terbakar di Kota Marudu.", "KOTA MARUDU: Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan sebuah kereta jenis Mercedes Benz daripada terbakar di sini semalam.", "Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, PPgB Mohd. Hasbi Hajat berkata, kejadian itu berlaku di Bulatan Popok, di sini pada kira-kira jam 9.30 malam.", "“Panggilan diterima menerusi talian balai pada jam 9.36 malam dan sepasukan tujuh anggota diketuai oleh Komander Operasi, PBK I (KUP), Gabuh Maradan dikejarkan ke lokasi.", "“Setiba di itempat kejadian yang terletak tiga kilometer dari balai itu, didatu  sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz mengeluarkan asap akibat mengalami kepanasan pada bahagian gearbox. ", "“Tiada kebakaran berlaku dan pasukan bomba bertindak membuat semburan penyejukan (satu aliran hose reel jentera) serta pemeriksaan memastikan tiada kemerbahayaan lain. ", "Mohd. Hasbi berkata, operasi terkawal jam 9.50 malam dan ditamatkan pada jam 10.23 malam."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/22/china-remains-an-important-trade-partner-for-sabah-cm/", "headline": "China remains an important trade partner for Sabah – CM", "content": ["Hajiji Haji Noor", "KOTA KINABALU: China remains as Sabah’s significant trade partner as its trade volume registered an increase of 1.2 per cent to RM6.56 billion for the first six months this year.", "“As the economic and trade cooperation between Malaysia and China continue to progress, I look forward to more China trade and investments into Sabah,” said Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor at the People’s Republic of China‘s 74th National Day Celebration held at Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa here last night.", "He said China is now Malaysia’s largest trading partner, and Malaysia ranks near the top of China’s trading partners in Southeast Asia.", "Head of State Tun Juhar Mahiruddin together with Consul General of the People’s Republic of China in Kota Kinabalu (fourth left) Dr Huang Shifang and Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam (third left) cutting the anniversary cake", "“There is much to be done to strengthen and align Sabah’s development strategies with China, combining the realisation of Chinese modernisation with Malaysia Madani and Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) aspirations,” he said. His speech was read by Deputy Chief Minister II cum Local Government and Housing Minister Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam", "On tourism, Hajiji said arrivals from China were also growing steadily since the full re- opening of China’s border in March this year.", "“For the first six months this year, Chinese visitors were recorded at 17,040 (an increase of 680.6 per cent) compared to only 2,188 in the corresponding period last year.", "“Sabah is connected to seven major cities in China with 54 weekly flights and seat capacity of 9,861. We hope to see more air connectivity to increase visitor arrivals from China to Sabah.", "“We are pleased that Sabah has remained a sought-after destination for Chinese visitors, either for leisure or business. The upward trend in overall visitor arrivals to Sabah, totalling 1,198,536 arrivals from January to June of this year, is a good sign as this has generated an RM2.45 billion tourism receipt for Sabah. This represented a 69.1 per cent increase compared to the corresponding period last year,” he said.", "Hajiji said moving forward, Sabah looked forward to more cooperation with China in areas such as green energy, manufacturing, high technology agriculture and smart city construction, among others, to promote mutual benefit and win-win private-public partnerships."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/07/11/indonesia-berperang-dengan-masa-ketika-kereta-api-berkelajuan-tinggi-pertama-hampiri-tarikh-pelancaran/", "headline": "Indonesia berperang dengan masa ketika kereta api berkelajuan tinggi pertama hampiri tarikh pelancaran", "content": ["Pekerja menurunkan kepala gerabak kereta api berkelajuan tinggi pertama dari kapal kargo di Pelabuhan Tanjung Priok di Jakarta.", "JAKARTA: Indonesia kini berdepan kebimbangan tentang kelewatan pembinaan dan isu kebolehcapaian kereta api berkelajuan tinggi baharu yang dijadualkan akan dilancarkan bulan hadapan.", "Kereta api berkelajuan tinggi pertama di Indonesia dan Asia Tenggara itu merupakan sebahagian daripada projek Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dari China dan dijadual dilancarkan  bulan depan bersempena Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos.", "Konsortium PT KCIC dari Indonesia dan China diberi tanggungjawab membina landasan kereta api berkenaan namun sehingga awal Julai, stesen Padalarang hanya kira-kira 65 peratus siap, walaupun pembinaan tiga stesen lain di sepanjang laluan itu sudah hampir selesai.", "“Padalarang hanya 65 peratus siap kerana pada mulanya stesen itu berada di Walini sebelum dipindahkan. Jadi kerja pembinaan dimulakan lewat daripada tiga stesen lain,” kata Setiausaha Korporat PT KCIC, Eva Chairunisa.", "Dibiayai oleh Beijing melalui Bank Pembangunan China, projek kereta api berkelajuan tinggi itu bermula pada 2015 dan ditetapkan siap pada 2019, tetapi masalah pengambilan tanah dan pandemik Covid-19 melambatkan usaha pembinaannya.", "Dengan jarak sejauh 142 kilometer (km), kereta api laju itu akan menghubungkan Jakarta dengan Bandung dalam tempoh 40 minit melalui empat stesen iaitu Halim, Karawang, Padalarang dan Tegalluar.", "Eva berkata, stesen itu tidak akan bersedia sepenuhnya mengikut tarik majlis pelancarannya bagaimanapun, landasan perlu disiapkan apabila tren beroperasi sepenuhnya untuk mengangkut penumpang menjelang Oktober.", "“Kami memberi jaminan stesen Halim dan Tegalluar mempunyai kemudahan untuk menampung penumpang semasa majlis pelancaran nanti.", "“Bulan depan tren ini belum lagi menjadi perkhidmatan komersil, jadi masih akan ada beberapa kerja penamat di kawasan tertentu,” katanya kepada Channel News Asia.", "Channel News Asia.", "Penganalisis turut menyatakan kebimbangan terhadap beberapa isu lain yang perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa agar projek mega itu berjalan lancar.", "Penganalisis Pengangkutan Darmaningtyas berkata, selain menyiapkan pembinaan landasan, pihak berkuasa juga mesti memastikan setiap stesen boleh diakses oleh orang ramai secepat mungkin.", "“Pada masa ini, stesen Halim di Jakarta hanya boleh diakses melalui lebuh raya dan lencongan yang panjang diperlukan untuk sampai ke bahagian lain di bandar ini.", "“Penumpang yang berhasrat untuk ke Jakarta Selatan dari stesen yang terletak di Jakarta Timur misalnya, mungkin menghabiskan kira-kira 1.5 jam dalam lalu lintas pada waktu puncak. Kira-kira dua kali ganda masa yang diperlukan untuk ke Bandung menggunakan kereta api laju itu,” jelasnya.", "Berdasarkan pemerhatian Channel News Asia,tiga stesen lain di wilayah Jawa Barat juga sukar diakses oleh pengguna.", "Channel News Asia,", "“Stesen Karawang, misalnya, terletak kira-kira 30 minit dari susur keluar lebuh raya yang tidak dihubungkan dengan pengangkutan awam,” ujarnya.", "Timbalan Ketua Jalan Raya dan Rel Persatuan Pengangkutan Indonesia, Deddy Herlambang turut menekankan bahawa kereta api tersebut masih belum diperakui walaupun sudah diuji.", "“Setahu saya, kesemua landasan pada masa ini belum diperakui kerana tiada unit di kementerian pengangkutan yang menjaga pensijilan kereta api laju memandangkan ia masih baharu.", "“Jadi mereka mengupah perunding bebas untuk mengusahakan pensijilan kerana kami juga tidak mempunyai peraturan mengenai kereta api laju. Oleh itu, mereka akan menggunakan standard antarabangsa,” katanya.", "Ketua Pengarah Kereta Api Kementerian Pengangkutan, Risal Wasal berkata, perkhidmatan tersebut akan dikendalikan pemandu berpengalaman dari China sebelum pekerja Indonesia memperoleh kemahiran dan pengetahuan untuk mengendalikan sistem itu.", "Indonesia berperang dengan masa ketika kereta api berkelajuan tinggi pertama hampiri tarikh pelancaran"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/09/05/lukisan-yvonne-curi-tumpuan-agong-raja-permaisuri-di-ips/", "headline": "Lukisan Yvonne curi tumpuan Agong , Raja Permaisuri di IPS", "content": ["Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatan Al-Mustafa Billah Shah menandatangani plak Kembara Kenali Borneo sambil disaksikan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.", "TELUPID: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatan Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah teruja melihat hasil seni lukis wanita kurang upaya (OKU) pendengaran dan pertuturan, Yvonne Tapaang Marcus (42) dari Batu 5 Telupid di rerurai di Institut Perhutanan Sabah (IPS), pada Selasa.", "Lukisan berupa potret Seri Paduka Baginda berdua memakai pakaian tradisional ‘Sinabu’ dari suku kaum Sungai Tongod dihasilkan Yvonne untuk dipersembahkan kepada baginda berdua.", "Menurut adik Yvonne, Mary Ann Marcus, kakaknya mengalami kecacatan akibat terkena air panas yang mengakibatkan 70 peratus badan kakaknya melecur pada usia setahun.“Walaupun dia mempunyai kekurangan dari segi pertuturan dan pendengaran namun dia punya bakat seni dalam bidang lukisan.", "Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatan Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tertarik dengan hasil seni kraftangan Persatuan Pergerakan Wanita Pekebun Kecil RISDA Telipid berupa Beg Batik Getaran Jiwa.", "“Melalui bakat seni lukisan ini kakak saya pernah mewakili negara dan mendapat tempat kelima pada 10th Abilympics Skill Competition 2023 di Perancis jelas,” Mary Ann.", "Pada majlis yang sama,  Al-Sultan Abdullah turut dipersembahan tarian tradisional Magalai Labuk Telupid melalui 12 org penari dan pemuzik tradisional daripada Kumpulan ASLA dibawah pimpinan Fauziah Kudus.", "Tarian warisan seni budaya suku kaum Dusun Labuk tersebut mewakili 13 sukuan yang terdapat di Daerah Telupid.", "Sejurus majlis santapan, Al-Sultan Abdullah juga berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing yang diadakan pada sebelah pagi.", "Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di IPS pada jam 3.50 petang ,diiringi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup dan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya.", "Menyambut keberangkatan tiba rombongan Kembara Kenali Borneo di IPS adalah Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas Datuk Armizan Mohd Ali; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib serta ADUN N47 Telupid Jonnybone J. Kurum."]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/03/15/%e5%85%8b%e9%87%8c%e6%96%af%e6%89%98%e5%bc%97%e5%bb%ba%e8%ad%b0%e7%82%ba%e6%b2%99%e5%b7%b4%e6%bc%a2-%e6%93%94%e4%bb%bb%e6%b2%99%e5%b7%b4%e8%ad%a6%e5%af%9f%e7%b8%bd%e7%9b%a3/", "headline": "克里斯托弗建議為沙巴漢 擔任沙巴警察總監", "content": ["(亞庇十五日訊)沙巴團結黨青年團歡迎由沙巴漢擔任沙巴警察總監的建議。", "沙巴團結黨青年團團長克里斯托弗表示,這是因為沙巴漢更瞭解他們原籍地的情況、犯罪趨勢和問題。", "他認為,沙巴的警察高級官員,具有巨大的潛力和信譽來擔任這一角色,以繼續領導沙巴警察。", "他補充說,委任沙巴人擔任他所在州的高級職位,也符合沙巴團結黨主席麥西慕在擔任首相署(沙巴和砂拉越事務)部長時的鬥爭,以落實1963年馬來西亞協定規定的婆羅洲化政策。", "克里斯托弗還引用了沙巴毒品和犯罪預防組織(PPDJS)Mohd. Zaki Harry Susanto的聲明,指沙巴人更懂得如何照顧沙巴的種族和宗教敏感性,也更容易讓沙巴人理解,因為他們從一開始就接觸到這些事情。", "「我們不是要干涉馬來西亞皇家警察的內部事務,而是要加強MA63的精神,沒有理由不能委任沙巴漢在他們的家鄉擔任沙巴警察總監。」", "他在最近的一份聲明中說:「這似乎給人一種不健康的印象,即沙巴人無法擔任如此重要的職位。」", "目前馬來西亞皇家警察中有2名沙巴人擁有DCP的職級,分別是武吉阿曼警察局副總監(行動)拿督馬茲里馬茲蘭和沙巴副警察總監拿督佐德迪坤。", "根據這兩位領袖的級別,克里斯托弗認為他們有能力擔任沙巴警察總監。", "「從拿督馬茲里馬茲蘭在DCP級別的資歷來看,我們對他擁有的豐富經驗非常關注,他之前曾在馬來西亞皇家警察(PDRM)的各個部門工作過,我們非常有信心他會如果有機會,一定能夠很好地履行職責。」", "「即使在被分配到武吉阿曼之前,他已經證明了勝任沙巴副警察總監的能力。」"]} {"url": "https://wartaoriental.com/2023/05/07/%e6%b2%99%e5%96%9c%e7%88%be%e7%b1%b3%ef%bc%9a%e7%89%a9%e5%83%b9%e9%9b%96%e4%b8%8a%e6%bc%b2-%e7%84%a1%e9%98%bb%e6%b0%91%e7%9c%be%e6%ad%a1%e6%85%b6%e9%96%8b%e9%bd%8b%e7%af%80/", "headline": "沙喜爾米:物價雖上漲 無阻民眾歡慶開齋節", "content": ["(王麻骨七日訊)物價上漲的問題,不應妨礙沙巴促進種族團結與和諧的努力。", "副首長沙喜爾米表示,儘管生活成本的增加影響了民眾,但全沙舉辦的開齋節開放日活動仍然熱鬧非凡。", "「我們承認,這裡的人民確實感受到了商品價格的上漲。」", "「然而,這並不能阻止人們舉行開放日活動,即使到今天,我個人也收到了6份邀請。」", "「這證明生活成本的增加雖然有影響,但並不是對開放日活動的阻礙,而開放日的目的更側重於關係。」", "在來自周邊地區和汶萊的大約1萬名賓客出席的儀式上,沙喜爾米在王麻骨議員阿里芬陪同下,慰問了140名孤兒。"]}