url
stringlengths 30
180
| headline
stringlengths 16
160
| content
sequence |
---|---|---|
https://www.impiana.my/5-cara-ini-selamatkan-pokok-dari-mati-ketika-anda-bercuti-panjang-3/ | 5 Cara Ini Selamatkan Pokok Dari Mati Ketika Anda Bercuti Panjang | [
"Apabila bercuti panjang atau pulang ke kampung, biasanya bagi yang gemar berkebun akan resah dan gelisah kerana meninggalkan kediaman bermaksud pokok-pokok juga akan ditinggalkan tanpa siraman. Ada kalanya apabila meninggalkan kediaman selama seminggu atau dua minggu, tanaman akan layu, mati atau pun daun dan bunga jatuh berguguran. Berikut LAMAN konsikan tip bagaimana anda boleh menghindarkan perkara ini berlaku dengan beberapa kaedah.",
"1. Penggunaan sprinkler tidak dinafikan sangat membantu walaupun ia melibatkan kos yang agak tinggi. Ramai yang menggunakan sprinkler kerana tidak perlu lagi terkejar-kejar untuk menyiram tanaman setiap hari. Ini kerana timer yang telah di set akan melakukan kerjanya tanpa masalah. Malah sprinkler juga dapat menjimatkan penggunaan air dan mengelakkan pembaziran.",
"2. Antara teknik lain ialah anda menghasilkan sendiri siraman automatik dengan menggunakan botol air mineral terpakai. Kaedah ini adalah alternatif untuk siraman tetapi dengan bajet yang sangat rendah. Anda cuma perlu rajin mencari botol mineral terpakai dan membuat kerja-kerja menebuk.",
"3. Sungkupan juga salah satu cara untuk menghalang tanaman daripada kering melampau dan seterusnya mati. Anda boleh menggunakan sungkupan sabut kelapa ini kemudian basahkan ia agar betul-betul lencun. Sebelum itu siram juga tanaman terlebih dahulu agar tanahnya juga betul-betul basah.",
"4. Anda juga boleh menggunakan proses pengewulapan dengan meletakkan sebaldi air di tengah-tengah tanaman. Secara tidak langsung tanaman dapat menyerap lembapan daripada air yang tersedia berikut.",
"5. Akhir sekali anda boleh melakukan pangkasan agar tanaman tersebut tidak memerlukan air yang banyak sepanjang ketiadaan anda. Pangkas daun dalam jumlah yang banyak, tidak perlu risau kerana ia akan tumbuh semula selepas anda pulang dari bercuti. Apabila daun dipangkas maka anda hanya perlu menyalurkan kuantiti air dalam jumlah yang sedikit.",
"Iklim sekarang yang agak meruncing panas nya memang sesuai untuk kita tanam bawang. Al Maklumlah, bawang macam kambing tak suka air. Sebenarnya, untuk tanam bawang, kita perlu tentukan apa tujuan tanaman. jika untuk diambil daunnya, kaedah tanaman lain. Begitu juga untuk penghasilan bawang.",
"1. Sediakan medium 2:1 (pasir dan tanah) untuk tanaman bawang",
"2. Potong sedikit bahagian kepala bawang untuk tujuan penghasilan daun bawang dengan cepat",
"3. Untuk hasilkan ulas bawang yang banyak dari sebiji bawang dewasa, Potong sedikit bahagian kepala dan akar.",
"4. Untuk bawang yang telah dibuang akar, Daunnya tidak boleh diambil kerana akan menyebabkan masalah sumber nutrien. lama kelamaan, bawang akan mati",
"5. Siraman hanya dilakukan apabila perlu. Bawang tak suka medium yang sentiasa basah kerana ia akan merosakkan bahagian isinya.",
"6. Tak perlu racun serangga untuk kawal perosak bawang. Ini disebabkan aroma bawang yang busuk memang tidak digemari oleh serangga perosak.",
"7. Penggunaan baja hanya dilakukan di awal-awal proses tanaman sahaja. Boleh gunakan apa sahaja jenis baja",
"8. Buang bunga bawang untuk elak isinya kurus dan tidak berkembang",
"9. Bawang boleh dituai apabila mencapai usia matangnya 2 bulan ke atas",
"10. Jenis bawang besar akan menghasilkan labu bawang nya yang banyak. manakala yang kecil sebaliknya.",
"Tip: Sisa potonggan bawang tadi jangan di buang. Rendam semalaman dan jadikan sebagai air siraman pada pokok",
"Pembajaan\nSeperti tanaman lain yang di tanam didalam pasu, Tabulampot juga mempunyai nutrisi di dalam tanah yang amat terhad. Oleh itu, untuk memastikan keperluan tanaman sentiasa mencukupi, pembajaan perlu dilakukan. Untuk Tabulampot, baja yang sesuai digunakan adalah NPK 15:15:15. Letakkan 30gm baja bagi setiap pasu. Pembajaan perlu di lakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.",
"Selain itu juga, anda digalakkan menggunakan baja organik seperti pupuk kambing secara berselang. Taburkan 2-3 gengam pupuk kambing di sekitar pangkal pokok untuk tanaman yang bersaiz medium. Apabila pokok telah mengelurkan bunga, penggunaan baja organik perlu dihentikan dan hanya gunakan baja NPK",
"Namun, ada satu kaedah lebih mudah dan cepat untuk memastikan tambulampot menyerap baja. Bancuhkan butiran baja NPK menjadi cecair. Caranya adalah dengan melarutkan 1 senduk baja NPK bersama 5 liter air. Siramkan larutan baja NPK tadi sebanyak setengah atau satu liter bagi setiap pokok.",
"Proses pemangkasan\nPemangkasan amat penting bagi mengawal tumbesaran tabulampot. Bukan itu sahaja, ia berupaya menggalakkan percambahan tunas baru. Bila tunas sudah membesar dan menjadi dahan yang sihat, ia akan menghasilkan buah optimum. Pemangkasan perlu dilakukan seawal pokok baru ditanam.",
"Apabila tabulampot mencapai ketinggian 70-100 cm, pemangkasan wajib dilakukan. Dari pemangkasan tersebut akan wujudnya dahan Primer. Hanya tinggalkan 3 batang dahan primer dan setiap satunya mempunyai ketinggian 50-75cm",
"Dari 3 dahan perimer tadi akan muncul pula dahan sekunder. Pilih 3 dahan sekunder yang betul-betul sihat dan yang lainnya dipangkas. Setiap satu dahan sekunder perlu mempunyai saiz 5-70cm panjang. Kadar kepadatan daun juga perlu dikurangkan untuk mengurangkan penyakit dan ancaman serangga. Jika terdapat dahan-dahan yang tidak sihat, segera cantas dan dibakar bahagaian yang berpenyakit atau rosak sebelum berjangkit pada tanaman lain",
"Balut buah\nKetika tabulampot sudah mula berbunga, sdiakan keperluan untuk membalut. Apabila putik mula terbentuk, segera lakukan sukupan atau balut putik buah sama ada menggunakan plastik atau kertas surat khabar. Ia bertujuan mengelak buah di ganggu serangga seperti ulat buah atau kumbang.",
"Proses stres air\nPembentukan buah bergantung kepada kodisi tanaman. Jika kelihatan buah mencapai saiz optimum dan hanya menunggu tempoh masak, kurangkan penyiraman untuk memastikan buah yang masak manis. Jika medium tanaman terlalu lembap, buah yang dihasilkan lambat masak dan sedikit masam.",
"sumber: https://www.inspirasipertanian.com",
"Sisa Air Rebusan Jagung Booster Untuk Tumbesaran Tanaman. Umum tahu, jangung mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Antaranya, ia tinggi dengan serat yang secara tidak langgsung membantu mengatasi masalah pencernaan. Selain itu juga ia membantu mengurangkan masalah jantung dan menjaga kesihatan mata.",
"Salah satu cara menghidangkan jagung adalah dengan merebus. Tahukah anda, sisa air rebusan jagung mempunyai banyak manfaat pada tanaman?",
"Air rebusan jagung mengandung karbohidrat yang tinggi serta kaya mineral, nutrisi, dan vitamin yang sangat baik untuk tanaman. Vitamin dan mineral ini mengalir ke tanah, lalu diserap akar tanaman untuk meningkatkan pertumbuhannya",
"Selain itu juga, air rebusan jagung berupaya menjadi booster atau baja ringan untuk tanaman. Namun, sebelum di siram pada tanaman pastikan airnya telah sejuk pada suhu bilik dan elak untuk meletakkan garam.",
"Sisa Air Rebusan Jagung Booster Untuk Tumbesaran Tanaman"
] |
https://www.impiana.my/kabinet-dapur-material-aluminium-look-macam-kayu-nyatoh-kos-hanya-rm17k/ | Kabinet Dapur Material Aluminium, ‘Look’ Macam Kayu Nyatoh, Kos Hanya RM17K | [
"Kabinet dapur material aluminium, nampak macam kayu nyatoh, kos hanya RM17K. Kabinet dapur daripada kayu nyatoh memang menjadi idaman ramai. Material kayu nyatoh menonjolkan suasana dapur yang mewah dengan perincian dan kemasan yang halus.",
"Kabinet dapur yang berasaskan aluminium tidak terhad kepada pintu kabinet atau panel hadapan sahaja. Bahagian kabinet seperti panel belakang, bingkai, laci dan rak semuanya boleh menggunakan material daripada aluminium. Kemasannya juga cantik.",
"“Ruang dapur saya. Dah lama cari pintu kabinet macam nyatuh yang ada profile. Tapi nyatuh mahal sangat. Maka buatlah material aluminium, still boleh dapat profile pintu look macam kayu nyatuh. ",
"“Tapi material aluminium murah sikit. Tinggi kabinet 10 kaki sampai siling. Kabinet dan bar table pula daripada rubber wood.”",
"Jom kita lihat hasilnya.",
"KELEBIHAN MATERIAL ALUMINIUM UNTUK KABINET DAPUR: ",
"Aluminium adalah logam yang stabil. Ia tidak menghakis, tidak mudah terbakar dan tidak berbau. Kabinet dapur yang diperbuat daripada aluminium sifatnya tahan lasak, selamat, bersih, bebas anai-anai, kalis air dan anti karat.",
"Air dari pam mangkuk tandas meleleh je. Walaupun tak banyak, ia antra punca peningkatan bil air kediaman anda. Sebenarnya, ia petanda bahawa sistem dalaman pam air anda mengalami masalah. Jika dibiarkan, lama kelamaan mangkuk tandas anda akan ada kesan seperti karat. Itu merupakan tidak balas kandungan air pada permukaan seramik. Nak cuci kesan karat tu pun susah tau",
"Jika anda kenal pasti masalah seperti di atas berlaku, segara baiki pam tandas anda. Tak mahal pun, hanya perlu ganti washer pada flush valve sahaja. Nak tahu caranya, boleh tonton video yang disediakan\n",
"Setiap rumah pasti ada ruang menonton, pastinya kita inginkan ruang menonton yang selesa. Bagaimana nak kenal pasti ruang menonton yang selesa. Perkara yang perlu kita ambil tahu adalah set sofa yang kita nak duduk tu haruslah selesa dan boleh duduk lama. Pendek kata empuk.",
"Bukan set sofa sahaja penting dalam memiliki ruang menonton yang selesa untuk anda miliki. Jarak diantara sofa dan televisyen anda juga adalah perkara yang sangat penting dan ramai yang tak tahu macam mana kedudukan sofa dan televisyen yang tepat.",
"Jadi, anda perlu pastikan jarak tempat duduk anda dengan televisyen tidak terlalu dekat dan tidak terlampau jauh. Jarak sofa dan televisyen yang betul akan memberikan keselesaan kepada penonton dan tidak memberikan kesan sampingan yang lain seperti sakit mata atau lain-lain.",
"Kebiasaannya, jika anda membeli TV tentu pengeluar akan sediakan manual dan mengesyorkan kepada anda jarak yang sesuai untuk menonton TV. Tetapi jika tidak ada, anda boleh gunakan cara ini untuk menentukan jarak tontonan TV anda!",
"Sudut tonton maksimum TV akan bergantung pada TV anda dan teknologi yang digunakannya sama ada LCD, LED atau pun plasma.",
"Kebanyakan skrin TV menawarkan sudut tontonan TV yang sangat lebar, kira-kira 160 darjah. Justeru, anda boleh melihat imej pada skrin TV dari hampir mana-mana arah sahaja di dalam bilik.",
"Tetapi untuk tontonan TV yang baik pastikan anda mendapatkan sudut tontonan 45 darjah dari tempat duduk yang anda letakkan.",
"Sesetengah Televisyen skrin flat telah disertakan lampu di sisi Televisyen yang memancarkan cahaya lembut pada sekeliling Televisyen. Ini kerana jika anda menonton Televisyen di dalam bilik gelap ia akan menyebabkan mata anda cepat letih. Jadi, jika Televisyen anda tidak mempunyai lampu ini, anda harus fikirkan cara untuk memancarkan cahaya lembut ke dinding pada belakang Televisyen dan ia akan mempunyai kesan yang sama iaitu menenangkan.",
"Tambahan lagi, skrin Televisyen tidak seharusnya menghadap tingkap kerana ia akan menyebabkan silau pada skrin. Sekiranya anda tidak dapat elakkan situasi tersebut disebabkan oleh ruang yang terhad, anda boleh pasangkan bidai atau langsir yang boleh menyerap cahaya secara langsung tetapi masih membiarkan sedikit cahaya masuk pada waktu siang supaya anda boleh menonton Televisyen dengan selesa.",
"Pernah tak anda alami tidur yang kurang sempurna, seperti bila bangun pagi badan masih tidak rasa segar, rasa malas yang terlampau dan tegang leher. Ini semua sebenarnya anda sedang alami tidur yang kurang sempurna. Jika perkara ini dibiarkan berlarutan ia akan memudaratkan kesihatan anda dan kerja harian. Pastinya anda tidak mahu perkara begini berlaku pada diri anda bukan.",
"IKEA membantu rakyat Malaysia mengenal pasti elemen penting untuk tidur malam yang baik.",
"Pada 13 Mac lalu , dalam sambutan Hari Tidur Sedunia, IKEA Malaysia memberi penerangan tentang pentingnya tidur malam yang baik, asas dari mana kehidupan seharian yang lebih baik dan sihat bermula. Dengan banyak tanggungjawab dan keramaian dan kesibukan kehidupan seharian kita, tidur yang cukup sering dikurangkan.",
"Mendapatkan jumlah mata yang berkualiti tinggi adalah penting untuk berasa selesa, segar dan segar pada keesokan harinya. Sering kali, kita lupa unsur kecil tetapi penting yang menyumbang kepada kualiti tidur kita. Unsur-unsur ini termasuk keselesaan, suhu dan bunyi, kualiti udara dan pencahayaan. Betapa selesa anda berada di waktu malam, suhu badan anda berada di dan berapa banyak cahaya masuk ke dalam bilik tidur anda adalah beberapa faktor yang memainkan peranan untuk berehat yang menenangkan.",
"Sudah tiba masanya untuk mencipta tempat perlindungan di dalam bilik tidur anda untuk kehidupan seharian yang lebih baik. Membuat sedikit perubahan dalam bilik tidur sering mencetuskan impak terbesar, memastikan anda mempunyai rehat malam yang baik. Mulakan dengan meningkatkan unsur-unsur berikut dengan beberapa penyelesaian rumah ini.",
"Keselesaan",
"Mencapai keselesaan maksimum setiap malam mungkin lebih mudah daripada yang anda fikirkan. Ia adalah mengenai mencari bantal yang betul untuk kedudukan tidur anda dan mendapatkan tilam yang memberikan sokongan dan suhu yang betul mengikut keperluan anda.",
"Suhu dan Bunyi",
"Memiliki suhu yang sempurna di dalam bilik tidur anda memastikan anda jatuh dan tidur. Selain itu, bunyi bising dan menghalang bunyi yang tidak diingini di dalam bilik tidur membantu memastikan anda tidur sepanjang malam, lebih-lebih lagi jika anda tidur ringan.",
"Kualiti udara\nMembersihkan udara untuk tidur yang lebih baik dan kesejahteraan keseluruhan\nMewujudkan suasana tidur yang segar akan memberi manfaat kepada kualiti tidur anda dan lebih baik untuk badan anda juga. Pertimbangkan mempunyai tumbuhan penapis udara semulajadi di dalam bilik tidur anda untuk menyaring bahan pencemar yang tidak diingini.",
"Pencahayaan",
"Bilik langsir gelap menghalang mana-mana lampu semula jadi dan bandar untuk mewujudkan bilik yang selesa. Selektif tentang jenis pencahayaan yang anda tampilkan di bilik tidur anda boleh memberi impak yang besar kepada seberapa cepat anda tidur. Pencahayaan mempunyai kesan langsung pada panjang dan kualiti tidur anda. Selain itu, anda juga perlu merancang sumber pencahayaan di mana aktiviti berada di dalam bilik, lampu meja adalah pilihan yang baik untuk dipertimbangkan.",
"Untuk lebih banyak inspirasi tidur dan tip bagaimana untuk memperbaiki suasana bilik tidur anda, lawati IKEA Damansara, IKEA Cheras, IKEA Tebrau, IKEA Batu Kawan atau kiosk IKEA berhampiran anda dan layari IKEA.my."
] |
https://www.impiana.my/cara-cuci-aircond-rumah-tak-perlu-peralatan-khas-dan-kemahiran-yang-tinggi-01/ | Cara Mudah Cuci Sendiri Air-Cond Di Rumah. Tak Perlu Upah Orang | [
"Aircond atau penyaman udara tiba-tiba tak sejuk. Selain berpunca daripada kehabisan gas, ia jua disebabkan oleh kotoran atau habuk yang dah tepu pada bahagian penyaring (filter) atau kipas outdoor unit.",
"Kebiasaannya, ramai yang ambil keputusan untuk memanggil orang untuk selenggarakan. Lepas tu kena bayar mahal-mahal. Ramai jugak yang mengeluh situasi ni terutamanya apabila di tengah bulan. Jadi tak pasang lah aircond sampai tunggu gaji baru panggil orang service.",
"Sebenarnya anda boleh je service sendiri unit aircond tu. Mula-mula cuba cuci dulu unit aircond. Ia tak memerlukan peralatan yang rumit. Hanya masa dan tenaga sahaja diperlukan. Lepas dah cuci itu pun masih tak berapa sejuk, itu maksudnya dah habis gas. Barulah tambah gasnya.",
"Macam mana nak cuci aircond?",
"1) Filter ",
"Buka penutup depan indoor unit dan keluar filter yang macam jaring dalam tu. Filter ni kena sentiasa dibersihkan sekurang-kurangnya 1 bulan sekali.",
"Basuh dengan sabun serbuk kemudian sental dengan berus plastik (jangan guna berus sabut). Lepas itu, bilas dengan air paip. Jemur sehingga kering.",
"2) Indoor Condenser Coil",
"Sementara tunggu filter tu kering, vacuum pada condenser coil dan lubang yang ada pada cover indoor unit tu kasi buang habuk dia. Kalau ada habuk yang degil sangat melekat tak nak keluar pada condenser coil tu cara dia senang sahaja. Ambil spray masukkan air paip sembur sikit bagi lembap. Sebelum tu off kan suis aircond dan cabut plug, cover tempat-tempat elektronik board dengan plastik.",
"Kemudian ambil berus gigi yang sudah tidak digunakan atau berus kiwi kasut ataupun berus cat, sapu perlahan-lahan pada condenser. Tapi hati-hati jangan sampai mencederakan `sirip aluminium’ pula (yang macam bentuk sikat tu). Cuci sampai puas hati.",
"3) Blower Fan",
"Blower fan ini kalau habuk tebal melekat dekat badan dia, angin akan menjadi perlahan sebab itu akan rasa udara sejuk yang keluar tu macam tak sampai. Cara nak cuci blower fan ini tak perlu susah hanya guna kaedah vacuum dan gosok dengan berus gigi atau berus cat. Jangan spray dengan air takut nanti habuk melekat susah nak vacuum.",
"4) Outdoor Compressor Coil ",
"Yang ini pun kena cuci jugak. Cuba jenguk di bahagian sirip kompressor itu, kalau habuk dah tebal sampai tak nampak coil dalam maknanya memang dah kena sental. Cara dia sama seperti cuci indoor condenser coil.",
"Tembak je dengan air tapi kalau tak boleh juga terpaksa buka cover outdoor tu kemudian sental dengan berus plastik dan cuci dengan serbuk sabun.",
"Selepas itu dibilas dengan air semula. Cuci sampai nampak coil dan kalau boleh penglihatan kita tembus menerusi setiap sirip coil. Jangan takut nak siram air sebab compressor ini memang dah direka untuk tahan hujan mahupun panas.",
" ",
"Dah siap semuanya boleh pasang semula air filter yang sudah kering tadi dengan cover sekali. Siap sempurna semua bahagian telah di pasang dengan yakin, cuba on dan rasa udara yang keluar aircond indoor unit ada perbezaan atau tidak dari sebelum diselenggara.",
"Kalau sama, perlu buat chemical servis iaitu masukkan gas. Tapi part ni perlukan peralatan dan kemahiran khas. Lebih baik anda panggil orang yang mahir untuk isi gas sahaja.",
"Senang kan tak perlu susah-susah nak panggil orang buat kerja ni. Sendiri servis lebih puas hati.",
"Sumber: http://zulkidal.blogspot.my",
"Sebagai pembeli rumah, pastinya kita mengharapkan segala proses berjalan lancar bermula dari fasa kita membayar deposit, membuat pinjaman bank sehinggalah apabila rumah tersebut siap dan pemaju membuat serahan kunci milikan kosong (VP) kepada kita.",
"Namun bagaimana jika rumah tersebut apabila kita telah selesai mendapat kunci, masih tidak mempunyai bekalan air dan elektrik? Siapa yang harus dipertanggungjawabkan, pembeli atau pemaju?",
"Sekiranya pemaju serah kunci (milikan kosong) kepada pembeli tanpa bekalan air dan elektrik, adakah pembeli boleh menuntut ganti rugi terhadap pemaju?",
"Kalau merujuk kepada perjanjian jual beli yang menggunapakai Jadual G atau Jadual H Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan), jelas menyatakan bahawa Pemaju hendaklah membenarkan pembeli mengambil milikan kosong rumah setelah perakuan siap dan pematuhan (CCC) dikeluarkan dan bekalan air dan elektrik sedia untuk disambungkan ke bangunan tersebut.",
"Perkataan “bekalan air dan elektrik sedia untuk disambungkan tersebut” mengundang banyak kekeliruan.",
"Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan perkataan bekalan air dan elektrik sedia untuk disambungkan itu BUKAN BERMAKSUD bekalan air dan elektrik telah disambungkan ke rumah tersebut. Tetapi hanya membawa maksud pemaju telah MENYEDIAKAN SALURAN UTAMA untuk membolehkan air dan elektrik dimasukkan/disambungkan ke rumah tersebut.",
"Contohnya pemaju telah sediakan tempat untuk dipasangkan meter elektrik di rumah tersebut atau telah pasang saluran paip utama untuk membolehkan meter air dipasang di rumah tersebut.",
"Tanggungjawab untuk menguruskan penyambungan bekalan air dan elektrik ke rumah tersebut adalah menjadi tanggungjawab pembeli itu sendiri.",
"Pembeli perlu pergi ke TNB atau Syarikat Bekalan Air (SBA) untuk membuat pembayaran deposit penyambungan bekalan air dan elektrik dan menyerahkan segala dokumen yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh syarikat pembekal elektrik dan air tersebut.",
"Selepas itu barulah TNB dan SBA akan memasang meter air dan elektrik di rumah anda dan bekalan air serta elektrik akan disambungkan ke rumah anda. Pembeli juga tidak boleh menuntut ganti rugi terhadap pemaju kerana gagal memasukkan bekalan air dan elektrik kerana ianya bukanlah tanggungjawab pemaju.",
"Serahan milikan kosong yang dibuat tanpa bekalan air dan elektrik yang telah disambungkan ke rumah adalah dianggap sebagai serahan milikan kosong yang sah dan sempurna.",
"IMPIANA berharap agar tulisan yang dikongsikan ini dapat merungkai kekeliruan kebanyakan orang berkenaan dengan isu tersebut.",
"SALKUKHAIRI ABD SUKOR\nPresiden\nPersatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)",
"Bagi anda yang masih belum mengetahui dan melihat dekorasi hiasan dalaman yang berkonsepkan Nordic Japandi, untuk maklumat anda ia adalah merupakan sebuah konsep kombinasi gaya Scandinavian dan Japanese. ",
"Kebiasaannya, dekorasi yang berkonsepkan Nordic Japandi digemari dan sentiasa menjadi pilihan buat mereka yang gemarkan gaya ringkas. Ini kerana, konsep dekorasi yang minimalis ini membolehkan ruang dalaman kediaman anda tampak lebih kemas dan teratur. ",
"Meski konsep dekorasi ini sering dikaitkan dengan gaya yang serba ringkas, tetapi tahukah anda dekorasi berkonsepkan Nordic Japandi ini mampu membuatkan kediaman anda tampak elegan dan mewah. ",
"Mesti ada di kalangan anda yang tidak percaya dengan hal ini, betul tak? Seperti contoh kediaman menerusi perkongsian beberapa keping foto di bawah kelihatan berkonsepkan Nordic Japandi yang tampak begitu sangat elegan.",
"Bukan itu sahaja, jika dilihat pemilihan warna dan konsep dekorasi Nordic Japandi yang ditonjolkan ini ia juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai konsep pilihan bagi meraikan kemeriahan perayaan Hari Raya Aidilfitri.",
"Terserlahnya gaya elegan dan mewah di kediaman anda, sudah pasti ianya akan memukau mata para tetamu yang datang ke rumah terbuka anda di sepanjang bulan Syawal yang indah ini.",
"Foto: Facebook Decor Rumah Cara Kita\n",
"Garam kristal Himalaya merupakan garam paling asli yang terdapat di muka bumi ini. Ia telah wujud sejak 250, 000 tahun dahulu tanpa dicemari. Di pasaran, kebanyakkan kristal garam himalaya wujud dalam pelbagai bentuk dan kegunaan. Namun, khasiatnya terhadap persekitaran bukan kepalang.",
"Antara faedah penggunaan Garam Kristal Himalaya:",
"1. Mengawal air dalam badan\n2. Garam meningkatkan kadar metabolisma dan memecahkan rangkaian lemak dan kolesterol\n3. Melancarkan pengaliran jus hempedu, penting dalam pengawalan berat badan.\n4. Dapat menyahkan toksin dan asid uric, dengan itu dapat merawat masalah gout dan sakit tumit.\n5. Garam mengandungi unsur pembersih, penghilang lendir, bersifat penyerap dan mencegah bau busuk dan kerosakan lantas mengelakkan keracunan dalam perut.\n6. Garam mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus.\n7. Garam merangsang kelenjar tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat (bone minerlisation).\n8. Bersifat pengalir yang efisien\n9. Garam melancarkan system saraf dan pengaliran neuro transmitters yang menghantar isyarat kepada otak.\n10. Sifat penyerapan garam adalah faktor yang penting dalam rawatan kanser yang merupakan penyakit dasar.\n11. Garam menambahkan kandungan oksigen dalam darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan virus kanser.",
"KEGUNAAN LAMPU GARAM KRISTAL HIMALAYA\nLampu garam kristal himalaya direka bukan sekadar memberi pencahayaan. Malah untuk tujuan memanaskan garam kristal tersebut. Ia juga merupakan antara salah satu kaedah penggunaan yang paling mudah dan berkesan. Apabila terdedah kepada panas, ia mudah mencair. ketika proses ini berlaku, garam kristal tersebut menghasilkan ion negatif dan mudah menyerap sebarang pencemaran ion yang terdapat disekitarnya.",
"CARA KEGUNAAN GRAM KRISTAL HIMALAYA\nPasangkan Lampu garam kristal himalaya di setiap ruang dan bilik terutamanya di ruang yang mudah tercemar setiap malam.",
"DI MANAKAH RUANG YANG MUDAH TERCEMAR?\nRuang yang menpatkan banyak perkakasan elektronik yang mempunyai gelombang seperti TV, Komputer, telefon, peranti wayarles dan sebagainya."
] |
https://www.impiana.my/mustahil-untuk-tanam-bunga-tulip-dalam-rumah-kini-tidak-lagi/ | Mustahil Untuk Tanam Bunga Tulip Dalam Rumah? Kini Tidak Lagi! | [
"Ada atau tidak di kalangan anda yang sememangnya pencinta bunga Tulip yang mudah didapati kawasan selatan Eropah ini? Mesti anda teringin untuk menanam tumbuhan ini di kawasan laman dan ruang dalam kediaman anda, betul tak?",
"Meski tumbuhan ini sukar untuk membiak dengan ekosistem di kawasan Asia, kini tidak lagi kerana sudah ada cara yang mudah untuk menanam tumbuhan cantik ini di kediaman anda. ",
"Apa yang cuma perlukan adalah benih pokok Tulip dan kemudian di tanam dalam pasu atau bekas yang berisi air sahaja. Memang mudah kan? ",
"Lihat lah hasilnya, memang sangat menakjubkan dan anda tidak perlu risau kerana anda boleh sahaja benih pokok Tulip ini dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. ",
"Sumber: Facebook Kerja Dari Rumah ",
"Pening kepala nak memulakan dekorasi rumah? 9 tips ini untuk anda! Namun, sebelum mula, kemaskan rumah dan buang barang yang ‘menyakitkan mata’ dan yang sudah rosak. Sediakan 1 plastik sampah besar untuk ‘membersihkan’ semua barang tersebut. Kemudian, boleh terus ke langkah seterusnya.",
"1) GAYA\nCari gaya bagaimana yang disukai untuk rumah anda. Antaranya Modern, Nordic, Scandinavian, English, Industrial dan pelbagai lagi.",
"2) LANTAI\nUntuk jimatkan bajet, boleh menggunakan tikar getah berwarna kayu. Ada bajet, pilih vinyl. Yang ingin mengekalkan mozek pula, karpet akan menjadi penyeri lantai.",
"3) WARNA\nPastikan tidak melebihi dari 2 warna. Untuk ruang rumah yang kecil, boleh memilih warna putih untuk menampakkan efek besar.",
"4) LAMPU\nUntuk ruang tamu, gunakan lampu berwarna kuning untuk menaikkan mood. Lampu putih digunakan dalam tandas dan dapur. Tetapi sekiranya sudah terbiasa menggunakan lampu putih, jangan membuangnya. Tambah sahaja lampu kuning. Lampu untuk gambar dinding.",
"5) GAMBAR DINDING\nPastikan terdapat satu sudut gambar dinding. Apabila buka sahaja pintu masuk, akan terus nampak. Warna cat untuk dinding itu pula sedikit gelap berbanding dinding lain.",
"6) PERABOT\nPemilihannya berdasarkan gaya yang dipilih. Selarikan dengan bajet.",
"7) SOFT FINISHING\nTip memilih warna langsir, ikut sahaja warna dinding terletaknya gambar. Inginkan rumah kelihatan moden, pilih langsir plain.",
"Karpet juga dipilih berdasarkan pemilihan gaya. Karpet jenis geometrik memberi efek ruang rumah lebih besar.",
"8) AKSESORI POKOK\nDaun besar diletakkan pada sudut ruang makan atau gambar dinding. Cari tempat yang orang akan dapat terus melihatnya. Bantal ruang tamu",
"9) BUNGA SEGAR/ARTIFICIAL\nYang suka menanam, letaklah bunga segar dalam rumah.",
"Sudah merancang hendak ‘makeover’ rumah tetapi masih buntu? Diharapkan perkongsian ini dapat membantu.",
"Kredit: Siti Mariam Kamsan",
"Sebelum ini IMPIANA ada berkongsi cara penanaman pohon anggur di dalam iklim Malaysia. Ada yang kata, pembiakkan dari biji benih lebih mudah. Sebenarnya, untuk dapatkan baka yang baik dan hasil cepat, kaedah pembiakkan dari keratan batang paling disarankan",
"Nak tahu cara pembiakkan anggur melalui keratan batang, boleh tonton video yang disediakan",
"How To Grow Grape Vine From Cuttings???CRE: Korean Gardener 초록식물TVLink full: https://www.youtube.com/watch?v=MnyqfdNg1Kk",
"10x ganda ruang tanaman\nSetiap menara memperuntukkan ruang 4.6 kaki. Kebiasaannya, saiz ruang tersebut hanya seusia untuk 16-30 sayur jenis berbatang. Namun dengan membina 6 tingkat menara tanaman ini, anda berupaya tanam 90-130 tanaman dalam satu masa",
"Jimat air\nSiraman hanya perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Disebabkan tanah dalam menara yang dalam, ia berupaya menyimpan air dalam tempoh yang lama dan dapat elak disejat air secara cepat. Secara tidak langsung ia mengurangkan bil air",
"Mudah diselenggara\nTeknik tanaman menara ini sangat mudah diselenggara. Jika teknik tanaman tradisional yang mendatar menuntut anda mencangkung untuk tujuan menuai dan merumput, menara tanaman ni hanya perlu anda selenggara secara berdiri. "
] |
https://www.impiana.my/kalau-pisau-di-dapur-dah-berkarat-cuci-dengan-dua-bahan-ini/ | Kalau Pisau Di Dapur Dah Berkarat Cuci Dengan Dua Bahan Ini | [
"Bagi kebanyakkan orang, pisau merupakan salah satu item paling penting untuk digunakan ketika memasak di dapur. Tetapi akibat dari reaksi kimia antara iron (besi) dengan air dan udara, pisau boleh berkarat dan mungkin membahayakan kesihatan.",
"Tip Membersihkan Karat",
"Apa yang anda perlukan :\n1. Sebotol cuka makanan\n2. Minyak masak/minyak pelincir",
"Caranya :",
"Kewajiban beribadah adalah tanggungjawab setiap muslim. Salah satu perkara wajib yang ditetapkan agama ialah Solat lima waktu. Benar, seorang muslim boleh menunaikan solat dimana mana sahaja asalkan tempat tersebut bersih dari sebarang najis dan selesa tetapi sudah tentunya kita mahukan yang terbaik kerana pada waktu itulah kita akan bertemu dan berbicara dengan Sang Pencipta.",
"Rumah sebenarnya melambangkan keperibadian pemiliknya, jadi dengan menyediakan kemudahan surau di rumah, melambangkan kepekaan kita pada perintah agama. Fasiliti surau di rumah bukan sahaja memudahkan kita beribadah malahan para tetamu juga tidak perlu bersusah payah singgah di surau atau masjid berhampiran untuk menunaikan solat ketika datang menziarah.",
"Rekaan surau kecil dirumah bukan sahaja boleh digunakan untuk solat berjemaah malahan boleh juga digunakan untuk kelas mengaji dan tempat perkumpulan ahli keluarga untuk memenuhi keinginan rohani mereka.",
"Antara tips rekaan surau untuk kediaman anda :",
"Semoga niat yang baik akan mendatangkan hasil yang baik juga. Selamat menghias!",
"Warna cat ideal untuk kediaman, jangan sampai tersalah pilih. Memang agak sukar untuk menentukan jenis warna yang akan digunakan sebagai warna utama agar ianya nampak sepadan dengan perabot yang telah kita pilih. Terdapat beberapa faktor yang wajar diberikan pandangan yang serius seperti kombinasi warna asas serta utama dan jenis ruangan yang akan dicat.",
"Anda pasti tidak mahu kelihatan sama warna dengan rumah orang lain bukan? Sebagai pemilik kediaman anda tentunya ingin muncul dengan idea tersendiri untuk mewarnai mahligai indah yang diidam-idamkan selama ini.",
"Berikut beberapa panduan pemilihan warna yang boleh anda terapkan di kediaman anda nanti.",
"TRY AND ERROR DI RUANGAN YANG KECIL ",
"Saat ini anda masih lagi was-was dengan pilihan warna yang ada, jadi cuba dahulu di ruangan dinding yang kecil saiznya agar anda nampak kesannya setelah cat ditepek ke atas dinding. Ataupun anda boleh memilih dinding yang mudah untuk dilihat dan suai padankan perabot anda dengan dinging percubaan tersebut. Tetapi jika ianya nampak tidak sesuai, anda boleh tutupi kesilapan tersebut dengan hiasan wallpaper yang sesuai mengikut cita rasa anda sendiri.",
"PILIH WARNA YANG SESUAI DENGAN MOOD ANDA ",
"Tahukah anda jika anda tersalah memilih warna untuk bilik tidur, anda akan rasa susah untuk tidur seperti diganggu dan ia mempengaruhi kadar rehat anda dan kesan buruknya amat nyata di pagi hari selepas anda bangun dari tidur yang tidak lena. Oleh itu, pemilihan warna neutral seperti biru air laut serta hijau muda amat sesuai.",
"PERIKSA DAHULU ADAKAH WARNA CAT SESUAI DENGAN PENCAHAYAAN DI KEDIAMAN ANDA ",
"FAHAMI SUSUNAN KELUARGA WARNA DARI CERAH HINGGA KE WARNA GELAP SERTA KETAHUI JUGA JUMLAH KECERAHANNYA ",
"Berikut adalah di antara dua sebutan yang popular dalam penentuan kadaran warna iaitu Hue dan Saturation. Merah dan biru adalah warna hue. Nilainya bergantung kepada tahap keterangan atau kegelapan sesuatu warna tersebut.",
"Saturation pula adalah tentang tahap kepekatan sesuatu warna tersebut. Ianya amat penting kerana cara ini dapat menentukan kombinasi warna yang akan anda gunakan samada kuning terang bercampur biru muda atau sebagainya.",
"UJI WARNA PILIHAN SECARA TERUS PADA DINDING UTAMA PADA SKALA KECIL ",
"Anda boleh cuba padankan segala pilihan warna terus ke atas dinding. Tetapi anda perlu bersedia dengan cat warna asal dinding, kerana anda perlu menutupnya kembali jika segala warna yang anda cuba tidak menetapi citarasa anda. Ini kerana di peringkat permulaan tadi, anda hanya bayangkan warna yang mengikut katalog yang disediakan, tetapi anda kini membawa pulang beberapa sampel yang bersesuaian.",
"PEMILIHAN WARNA MENGIKUT SKALA LINGKARAN WARNA ",
"Senjata utama para designer adalah skala lingkaran warna. Ianya membantu mereka dalam pemilihan kombinasi warna yang tetap. Contohnya, padanan warna merah terang dan hijau muda merupakan padanan ideal untuk tema gelap-terang. Skala ini membantu adunan warna tersebut tampak hebat apabila diaplikasikannya nanti.",
"Anda ingin tak memiliki set sofa yang cantik keluaran jenama Ella Furniture?",
"Jom sertai peraduan rakam video dan menang Ella Furniture. Anda berpeluang untuk memenangi set sofa bernilai RM12,000!",
"Bagaimana caranya? Mudah sahaja! Follow akaun tiktok rasmi Impiana dan Ella Furniture sekarang.",
"Rakamkan video berdurasi 1 minit mengapa anda mahukan set sofa baharu dari Ella Furniture.",
"Muatnaik rakaman video tersebut di akaun TikTok, Instagram atau Facebook peribadi anda.",
"Jangan lupa untuk tag Impiana dan Ella Furniture berserta hashtag #EllaXImpiana #EllaXSelebriti",
"Makesure akaun media sosial peribadi anda disetkan mod public! Sertai sekarang!",
"Bagi anda yang baru sahaja menimang cahaya mata sudah pasti mahukan keselamatan anak anda terjamin dan sentiasa berada dalam keadaan selamat. ",
"Maka dengan itu semua para ibu bapa di luar sana harus mendapatkan kandang katil bayi yang kukuh serta berkualiti tinggi supaya keselamatan anak anda lebih terjamin. ",
"Mari kita lihat beberapa jenis dan rekaan kandang katil bayi jenama IKEA yang ada mungkin boleh menjadi pilihan mengikut kesesuaian serta bajet anda!",
"MODEL SNIGLAR ",
"SNIGLAR adalah merupakan antara model kandang katil bayi yang dijual dengan harga paling murah serendah RM279 sahaja. Namun, tilam dan cadar dijual secara berasingan. ",
"Untuk pengetahuan anda, model ini menggunakan kayu bic dengan rona coklat terang dan ianya sangat sesuai bagi anda yang gemarkan konsep yang ringkas dan bersahaja. ",
"MODEL SMAGORA",
"Untuk model SMAGORA pula, harganya sedikit mahal kerana dijual dengan harga RM469 tanpa tilam dan cadar. Model ini menggunakan kayu bic padu dan cat akrilik rona putih yang cantik.",
"Jadi, model ini juga amat sesuai bagi anda mahukan kandang katil bayi yang dipadankan dengan pelbagai corak dan rona sarung tilam anak anda.",
"MODEL SUNDVIK ",
"Seterusnya, untuk model SUNDVIK kalau kita lihat dari segi rekaannya mungkin lebih sama dengan model SMAGORA. Namun kelebihan yang dimiliki oleh model ini mempunyai dua pilihan warna yang berbeza iaitu putih dan kelabu.",
"Jika anda mahu kandang katil bayi anda tampak lebih moden dan bergaya, maka pilihlah warna kelabu. SUNDVIK pula dijual dengan harga RM499, tilam dan cadar dijual secara berasingan.",
"MODEL GONATT",
"Model GONATT antara yang memiliki rekaan kandang katil bayi yang paling unik berbanding yang lain. Model ini didatangkan dengan rekaan laci di bahagian bawah yang membolehkan para ibu bapa menyimpan segala barang kelengkapan seperti tuala dan lampin pakai buang anak anda dengan mudah.",
"Jadi, dengan rekaan inovatif yang ada pada model ini dapat menjimatkan ruang penyimpanan barang kelengkapan anak anda khusus bagi mereka yang memiliki ruang bilik yang kecil dan terhad. Hebat bukan?",
"Untuk model GONATT juga tilam dan cadar dijual secara berasingan. Anda boleh mendapat model ini di gedung kelengkapan rumah, IKEA dengan harga RM899.",
"Sumber: Ikea Malaysia Website "
] |
https://www.impiana.my/ikut-pantang-larang-tanam-pokok-dalam-pasu-ini-agar-pokok-subur-dan-merimbun-2/ | Ikut Pantang Larang Tanam Pokok Dalam Pasu Ini Agar Pokok Subur Dan Merimbun | [
"Container garden sememangnya menjadi pilihan sama ada kepada pemilik yang tinggal di kediaman bertingkat mahupun kediaman biasa seperti teres atau semi-detached. Ia merupakan satu cara yang sangat efektif untuk anda yang ingin menanam pokok di dalam pasu kerana kekangan ruang atau pun untuk memudahkan kerja-kerja berkebun anda. Kini ramai pemilik kediaman yang gemar menanam sayur-sayuran di dalam pasu kerana faktor inginkan sumber sayuran yang dimakan terjamin kebersihannya. Nak menanam sayur juga tidak susah hanya perlu ikuti pantang larang ini untuk mendapatkan pokok yang subur dan merimbun hasilnya.",
"Baca juga di sini http://www.impiana.my/lepas-ikut-tip-ini-apa-saja-pokok-tanam-dalam-pasu-gerenti-subur/\n",
"Jenis Tanaman",
"Don’ts",
"Jangan membeli tumbuhan yang layu atau kelihatan tidak sihat. Ia bukan sahaja merugikan anda, malah mencacatkan container garden anda dan juga membuang masa. Oleh yang demikian, apakah yang seharusnya dilakukan? Membeli tumbuhan di nurseri yang established merupakan langkah yang bijak. Anda bakal memiliki lebih banyak peluang untuk memiliki tanaman yang sihat dan bebas serangan perosak. Ini kerana ia lazimnya ditempatkan di dalam unit storan atau kotak yang selamat dan jauh daripada serangan serangga perosak. Lebih terjaga. Di sini juga anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan info penting berkenaan tumbuhan yang dibeli daripada pihak terbabit. Usah malu bertanya pada pekerja di nurseri tersebut jika berasa sangsi atau gusar mengenai sesuatu perkara.",
"Tanah",
"Don’ts",
"Usah bergantung pada tanah di laman anda semata-mata. Ini kerana ia tidak disyorkan untuk sebuah container garden yang merimbun dan sihat. Hal ini didorong faktor tanah di taman memiliki tekstur dan kondisi tanah yang kurang berkualiti untuk pasu. Ia sukar mengalirkan air dengan baik dan tidak mempunyai sistem pengudaraan yang sempurna. Malah, tanah tersebut mungkin memiliki kulat spora atau biji benih yang boleh tumbuh dalam pasu anda nanti. Meskipun tanah di laman tampak dalam kondisi baik, namun dengan teksturnya yang kasar dan berat ini akan membantutkan pertumbuhan tanaman container garden. Seharusnya tanah untuk container garden memiliki pengudaraan dan saliran air yang baik sambil tidak melupakan aspek kelembapan yang mencukupi bagi pertumbuhan tanaman container garden. Pilihan media artifisial turut membantu kerana ia lazimnya dimodifikasi untuk tanaman container garden dan memiliki pengaliran udara dan air yang baik.",
"Lokasi",
"Don’ts ",
"Elakkan menempatkan container garden di lokasi tertutup seperti garaj atau belakang tembok dan sebagainya. Ini kerana selain menyebabkan kurangnya mendapat pancaran matahari, suhu yang lebih rendah boleh membunuh tanaman tersebut secara perlahan-lahan. Di samping itu, elakkan menempatkan container garden berhampiran dengan sumber kipas atau penyaman udara. Ia boleh mengakibatkan tumbuhan mengalami situasi kekeringan atau kontang seterusnya membantutkan pertumbuhan.",
"Pemilihan Pasu",
"Don’ts",
"Jangan tersalah pilih saiz pasu kerana ia begitu mempengaruhi pertumbuhan tanaman yang sihat. Banyak kesilapan seperti menanam tumbuhan dalam pasu yang terlalu kecil boleh mengakibatkan kegagalan container garden anda secara umumnya. Pasu yang dipilih haruslah memiliki ruang mencukupi untuk media dan pertumbuhan akar.",
"Penyiraman",
"Dont’s",
"Elakkan tanaman container garden daripada kekurangan air. Tumbuhan yang ditempatkan dalam bekas atau pasu kecil lebih kerap memerlukan penyiraman. Ini kerana ia tidak memiliki tanah yang banyak untuk menampung air dan kelembapan berpanjangan. Siram tanaman sehingga kelihatan air turun ke permukaan bawah pasu atau bekas tanaman. Jika tidak, ia hanya basah di permukaan tanah sahaja.",
"Dalam masa yang sama jangan biarkan tanaman anda mengalami situasi over-water iaitu air yang disiram tidak keluar daripada bekas tanaman. Inilah sebabnya mengapa pasu atau bekas tanaman yang berlubang di dasarnya sangat diperlukan bagi membantu air mengalir keluar dan mengelak berlakunya over-water. Situasi ini akan mengundang kekuningan pada daun dan batang pokok mudah dijangkiti bakteria serta penyakit. Jika ini berlaku, alihkan tanaman ke lokasi yang mendapat pancaran matahari secara terus.",
"Seringkali warga bandar mengeluh macam mana nak bercucuk tanam kalau ruang yang ada pun sempit dan muat-muat untuk keperluan keluarga saja. Sebenarnya ada banyak cara yang sesuai cuma mungkin mindset kita dah terbiasa kalau nak tanam pokok mestilah di atas tanah. Dengan panduan daripada Jabatan Pertanian ini, mereka yang tinggal di flat, apartment, rumah teres lot tengah dan sebagainya boleh amalkan menanam sayur cara ini. Mudah dan dapat memberi manfaat buat keluarga kita.",
"1. EDIBLE GARDEN",
"Kebun edible adalah satu konsep yang menggabungkan penanaman antara tanaman edible atau tanaman yang selamat dimakan dan tanaman hiasan mengikut nisbah 70:30 iaitu 70% tanaman makanan dan 30% tanaman hiasan. Gabungan ini, selain menjadikan persekitaran kelihatan menarik, ia juga boleh menjadi sumber makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan.",
"Tanaman edible yang dipilih dan ditanam seharusnya dapat menampung secukupnya untuk satu hidangan dan tanaman hiasan pula berfungsi sebagai agen biologi kawalan serangga perosak. Kebiasaannya jenis tanaman yang boleh ditanam adalah sayuran jenis daun seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam dan jenis sayur buah seperti cili, terung, bendi, peria. Tanaman herba seperti serai, kunyit, kari, pandan dan pokok limau sesuai ditanam kerana ia adalah tanaman yang lasak dengan penyelenggaraan yang mudah.",
"2. Penanaman dalam Bekas/ Pasu",
"Bagi kawasan rumah kediaman yang mempunyai ruang persekitaran yang agak sempit seperti rumah pangsa atau flat, penanaman sayuran dan herba sesuai di tanam di dalam pasu, bekas terpakai atau polibeg. Selain mudah dari segi penyelenggaraan tanaman seperti menggembur media, membaja, merumpai dan menyiram, penanaman dalam pasu juga menghasilkan keseragaman reka bentuk di halaman rumah yang sempit.",
"Terdapat pelbagai jenis pasu yang berbeza dari segi bentuk dan saiz yang ada dijual di pasaran. Pemilihan jenis tanaman yang sesuai ditanam di dalam pasu adalah bergantung kepada saiz pasu. Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam di dalam pasu bersaiz sederhana kecil (±10”x10”) adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar dan ketinggian pokok di bawah 1 meter.",
"Kebiasaan sayuran jenis daun yang ditanam di dalam pasu adalah seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad, kuchai manakala kailan dan jenis sayur buah seperti cili, terung dan bendi.",
"Bagi tanaman herba yang sesuai ditanam di dalam pasu adalah seperti kunyit, kari, pandan, lidah buaya, rosemary, kesum, pegaga, stevia dan pokok limau. Walau bagaimanapun, penuaian yang kerap perlu dibuat memandangkan tanaman ini mudah membiak.",
"3. Bekas Recycle",
"Konsep guna semula bahan terbuang/terpakai sesuai dipraktikkan di kediaman dengan menjadikan botol plastik, bekas air minuman, tong drum plastik, tin, bekas kaca, kain dll. sebagai bekas tanaman. Terdapat pelbagai ciptaan boleh dihasilkan dari bahan terbuang/terpakai seperti menara botol, mini aquaponik, bekas siraman dll. Tambahan lagi, dengan sedikit sentuhan kreativiti dalam inovasi ini boleh menjadi pendapatan sampingan kepada penduduk bandar.",
"Bahan buangan sisa dapur seperti sayur, buah, ikan dan ayam boleh diproses menjadi baja semula jadi dan sebagai bahan untuk kawalan serangga manakala bahan buangan makanan jika ditambahkan dengan tanah bermikrob boleh pula dijadikan baja kompos dan digunakan semula pada tanaman. Selain aktiviti ini dapat menjimatkan kos input pertanian, mengurangkan sisa buangan rumah, menjamin keselamatan dan kesihatan makanan itu sendiri malah dapat menggalakkan penduduk bandar untuk bersosial dan berkreativiti.",
"4. Vertical Farming",
"Penanaman vertical dihasilkan di atas permukaan yang menegak dengan cara pokok tumbuh di atas permukaan tersebut yang disokong oleh struktur tertentu dengan mengandungi medium tanaman mencukupi. Konsep ini sesuai untuk diaplikasikan di kawasan terhad dengan mengambil kira faktor seperti ruang, kesuaian tanaman, jenis medium tanaman dan tarikan graviti. Selain itu, penyiraman tanaman diberi secukupnya sahaja.",
"Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam menggunakan konsep ini adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar, batang lembut dan ketinggian kurang dari 1 kaki. Kebiasaannya adalah sayuran jenis daun seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad dan kuchai.",
"Bagi tanaman herba yang sesuai adalah dari jenis akar serabut, merayap dan renek seperti rosemary, kesum, pegaga dan stevia.",
"5. Hidroponik",
"Selain penanaman terus ke tanah atau penanaman menggunakan pasu, beberapa teknologi dalam pertanian boleh diaplikasikan di kawasan kediaman yang sempit seperti teknologi mini fertigasi, Nutrient Film Technique (NFT) dan piskiponik. Teknologi fertigasi adalah satu kaedah penanaman dimana baja dalam bentuk larutan disalurkan melalui sistem pengairan, manakala NFT adalah teknik hidroponik (tanaman sayur-sayuran tanpa tanah) di mana baja dalam bentuk larutan dialirkan melalui satu kitaran saluran bersambung dan piskiponik adalah kombinasi aktiviti akuakultur (ternakan ikan dalam kurungan) dan hidroponik. Dengan sedikit pengubahsuaian, semua teknologi ini boleh diaplikasikan di kawasan kediaman yang terhad, sempit dan tiada tanah untuk bertani.",
"Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam menggunakan teknologi NFT dan piskiponik adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar, batang lembut dan ketinggian kurang dari 1 kaki. Kebiasaannya adalah sayuran jenis daun yang ditanam seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad dan kuchai.",
"Pokok cili ni, nak tanam memang mudah. Tapi nak menjaganya sangat rumit. Mudah terdedah kepada penyakit dan virus. Sebab tu harga cili di pasaran mahal. Nak pastikan cili berbuah lebat, sudah pasti baja menjadi peranan utama. Tapi, tak perlu guna baja yang mahal-mahal pun.",
"En Izham Alias ada berkongsi petua untuk tanam cili supaya berbuah lebat dan tahan penyakit di dalam group Kebun Bandar: jom tanam sendiri",
"CARA BUAT PENGGALAK TANAMAN UNTUK POKOK CILI",
"Bahan:",
"Belacan – 100g\nGula molases / gula merah – 100g\nAir tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL",
"Cara-cara:",
"Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.\nKemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.\nTutup dengan kain kasa bekas tersebut.\nPeram selama sebulan.\nSelepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.",
"Cara guna:",
"10 mL pati + 2 L air biasa\nSembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali\nSelain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.",
"tip lain untuk cili berbuah lebat ",
"2. Buat kawalan serangga secara berkala dan mesti disiplin. Seminggu sekali mesti sembur. Saya jimatkan masa dengan campur booster untuk gemukkan tanaman dengan bahan kawalan serangga terus. Senang.",
"3. Pembajaan boleh sama ada organik atau baja bebentuk cecair. Tapi dalam pengalaman saya, penggunaan baja organik lebih melembutkan medium tanah.",
"4. Jika ada rumput-rumput liar tumbuh, cabut dan buang supaya pokok lebih selasa. Kalau tak, baja tu pergi kepada rumput sahaja.",
"5. Pastikan juga jarak antara dua pokok (dua polibeg) tidak terlalu dekat supaya ada ruang bagi mengelakkan serangga perosak berkumpul, dan ada ruang pengudaraan yang baik.",
"6. Pastikan medium tidak terlalu basah kerana akar pokok mudah masam dan reput. Boleh guna hujung jari untuk semak keadaan medium. Tanam sikit sikit, tak berbaloi nak beli alat semak mahal mahal kan. Agak agak jela ya.",
"Bak kata pepatah “yang lama dikelek, yang baharu di dukung,” tanpa ada yang lama masakan ada yang baru. Pembaharuan gaya dan cita rasa manusia bergerak seiring dengan perubahan zaman. Justeru banyak elemen atau pun gaya hidup masyarakat zaman dahulu sedikit sebanyak semakin terus dilupakan dan ditinggalkan. Sungguhpun begitu tidak salah andai ingin menyuburkan kembali nostalgia zaman kanak-kanak dengan menjadikan ia sebagai salah satu hiasan di laman-laman kediaman.",
"Malah tanpa anda sedari ia mungkin tampil lebih signifikan berbanding dekorasi taman yang lain kerana tampil unik dan tersendiri. Secara tidak langsung, sebagai pemilik taman kita berjaya menghalangnya daripada terus pupus dan hilang ditelan waktu. Barang lama ini juga adalah memori yang akan sentiasa terpahat di minda malah mengingatkan kita akan asal usul budaya masyarakat sejak dulu hingga kini."
] |
https://www.impiana.my/eftertrada-produk-terbaru-ikea/ | EFTERTRÄDA Produk Terbaru IKEA | [
"Baru-baru ini IKEA melancarkan satu lagi produk baru yang lain sekali dari produk sedia ada. Jika sebut IKEA pasti nampak akan barang perkakas rumah bukan. Tetapi kali ini kelainan dalam perniagaan IKEA semakin menyerlah. IKEA mengeluarkan produk merchandising EFTERTRÄDA. Koleksi terhad ini boleh digayakan untuk semua. Apa agaknya produk terbaru IKEA ini kan!",
"EFTERTRÄDA, yang diterjemahkan menjadi ‘pengganti’ dalam bahasa Sweden, sedang menuju ke pantai kami! Terdiri daripada t-shirt untuk hoodies, tuala mandi hingga beg tote dan botol air, koleksi barang dagangan pertama dari IKEA ini diilhamkan dan disediakan untuk semua orang yang mencari identiti yang sederhana namun bergaya. Dari penyelesaian almari pakaian hingga pilihan almari pakaian, koleksi barang niaga terhad ini digayakan untuk semua. Dengan reka bentuk, koleksi menggunakan logo IKEA sebagai reka bentuk utamanya, mengambil petunjuk dari pendekatannya ke perabot rumah, yang menawarkan pakaian dan aksesori yang ringkas dan mudah setiap hari.",
"Sama ada di rumah atau di jalanan, kita tahu cuaca tidak dapat diramalkan. Pilihlah t-shirt yang ringkas namun bergaya dari koleksi EFTERTRÄDA pada hari yang cerah atau ambil hoodie untuk mengubah penampilan anda pada hari hujan atau sejuk. Dibuat dari 100% kapas, potongan ini sesuai untuk semua orang dan sesiapa sahaja, akan memberi anda penampilan yang santai dan mudah.",
"T-shirt EFTERTRÄDA, putih, S-M dan L-XL RM39.90 EFTERTRÄDA Hoodie, putih, S-M dan L-XL RM79.00. Memulakan dan mengakhiri hari anda dengan selesa.",
"Pancuran mandian dan mandian adalah antara santapan harian yang kecil dan tuala menunggu dengan sabarnya saat kemuliaan. Walaupun begitu, kami rasa ia mesti kelihatan baik. Tuala mandi yang lembut dan menyerap dari koleksi ini pasti akan menambah gaya peribadi ke bilik mandi anda. Tuala mandi EFTERTRÄDA, putih / kuning, 70×140 sm RM39.90.",
"Gaya ringkas yang menjadi trend pilihan anak muda kini yang gemar dengan beg santai ini, beg tote EFTERTRÄDA yang digayakan untuk semua akan sangat berguna! Beg ini dengan poket dalamannya juga memudahkan mencari barang-barang kecil dan tidak boleh dilupakan, beg ini boleh digunakan semula dan dipasangkan dengan hampir apa sahaja, tidak kira gaya.",
"Bukan itu sahaja! Kekal terhidrat adalah mustahak, di mana sahaja anda berada. Dengan sebotol air yang tahan lama di sisi anda, anda tidak perlu haus. Terdapat dalam dua warna (putih dan kuning), botol praktikal ini dengan penutup skru dan pemegang boleh diisi dengan air, smoothie yang menyegarkan, jus yang baru diperah dan juga minuman kegemaran!",
"Botol Air EFTERTRÄDA, putih / kuning RM9.90 / setiap beg Tote EFTERTRÄDA, putih RM24.90",
"“Apabila semakin ramai rakyat Malaysia merangkul IKEA di dalam hati mereka, kami sangat gembira akhirnya dapat menyampaikan koleksi EFTERTRÄDA kepada banyak orang. IKEA sentiasa percaya bahawa setiap orang harus memiliki reka bentuk yang berkualit. Dari t-shirt hingga tuala mandi, hoodies hingga botol air, ada sesuatu untuk semua orang. Dengan gaya abadi dan daya tarik multigenerasi, koleksi ini digayakan untuk semua orang, ”kata Gerard Jansen, Country Retail Director (Malaysia), IKEA Asia Tenggara.",
"Dapur gas stainless steel memang menjadi idaman semua kerana ianya tahan lasak dan tidak mudah rosak. Kebiasaanya, rona asli iaitu perak menjadi pilihan. Akan tetapi, alangkah unik dan menariknya dekorasi di dapur anda jika terdapat sedikit percikkan rona pada kelengkapan dapur.",
"Mempelbagaikan lagi pilihan, KithenAid melancarkan 9 rona pilihan dapur gas. Antara rona yang terbaru dapur gas KitchenAid adalah avocado cream, imperial black, ink blue, milkshake, misty blue, passion red, scorched orange, yellow pepper ",
"Baru-baru ini, seorang wargamaya di laman media sosial Facebook bernama Daniel Nazree meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap sikap segelintir para ibu bapa di luar sana yang tidak memantau tingkah laku anak-anak di tempat awam. ",
"Hal ini berlaku ekoran selepas satu seni hiasan Kolum sambutan perayaan Deepavali di tempat awam telah dirosakkan oleh segelintir kanak-kanak. ",
"Serentak dengan itu, individu berkenaan turut memuat naik sekeping foto yang memaparkan seni hiasan Kolum Deepavali yang telah dirosakkan tersebut menerusi hantaran yang sama. ",
"“Kepada sesiapa keluarga kalau bawak anak2 masuk mall sila lah tengok sikit perangai ank tu jangan jadi mak bapak tak ada sivik… ",
"“dah lah rosak kan benda ni lepas tu xda rasa bersalah serta tak ada rasa nak mintak maaf…!!!! ",
"“aku tak nak kait kan bangsa nanti tuduh aku mcm2 tapi pada semua mak bapak klau bawak nak2 tolong jangan rosak kan harta benda orang lain..!!!!,” tulisnya. ",
"Pada masa sama, individu terbabit memohon kepada semua para ibu di luar sana untuk sentiasa lebih peka memantau dan mengawal pergerakan anak-anak di tempat awam supaya kejadian seperti ini tidak akan berlaku di masa hadapan.",
"Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan meluahkan rasa kesal apabila melihat perkongsian tersebut.",
"Tahukah anda, walaupun permukaan luaran tilam katil anda nampak bersih dan tidak mempunyai sebarang kesan kekotoran yang mengelikan padanya tetapi terselindung dengan debu-debu habuk yang tebal tidak boleh kelihatan dengan mata kasar. ",
"Jadi, mungkin ada di kalangan anda yang berasa tilam katil anda bersih tanpa sebarang kuman meski telah kerap menukar sarung cadar tilam katil anda. Tetapi sebenarnya tidak, masih ada debu-debu habuk hama yang terperangkap di permukaan tilam katil anda. ",
"Apabila permukaan tilam katil anda terperangkap dengan pelbagai debu habuk hama dan sebagainya, sudah pasti membuatkan waktu tidur anda berasa kurang selesa dan gatal seluruh badan. ",
"Oleh itu, apa kata sebagai langkah permulaan bagi mencegah atau untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan membersihkan permukaan tilam katil anda. Bagaimana caranya? ",
"Mungkin ada di kalangan anda yang tertanya-tanya bagaimana untuk membersihkan tilam katil anda atau berasa sukar untuk melakukannya, betul tak? Tidak perlu lagi bimbang kerana kini sudah ada cara yang mudah untuk membersihkannya tanpa berbelanja besar pun! ",
"Apa yang cuma anda perlu lakukan adalah membersihkan permukaan tilam katil anda dengan menggunakan Power Suction Vacuum khas ini. Peralatan elektrik ini dipercayai berkesan untuk menyedut segala habuk hama yang ada di permukaan tilam katil anda sehingga bersih. Lihat hasilnya!"
] |
https://www.impiana.my/langsir-bercorak-atau-polos-manakah-pilihan-anda/ | Langsir Bercorak Atau Polos? Manakah Pilihan Anda? | [
"Polos atau bercorak? Tepuk dada tanya selera. Begitulah hebatnya kemasan lembut menyelimuti jendela anda. Kini dalam beberapa bulan sebelum meraikan perayaan, ramai di kalangan kita yang sudah mula berkira-kira langsir apakah yang bakal menghiasi ruang kediaman. Berbunga atau polos? Pilihan mana yang lebih menarik? Pilihan manakah yang akan nampak lebih elegan dan mahal? Berdasarkan bajet dan potongan yang digilai, anda sendiri boleh menilai nilai estetika yang paling tepat untuk kediaman anda.",
"LANGSIR BERCORAK",
"LANGSIR POLOS",
"Bagi anda yang mempunyai barangan perabot yang diperbuat daripada kayu rotan misalnya, sudah pasti ingin mengetahui bagaimana cara dan kaedah yang betul untuk membersihkannya. ",
"Jangan ada yang tidak tahu, anda seharusnya membersihkan perabot yang diperbuat daripada kayu rotan ini dengan cara yang betul supaya jangka hayat barangan perabot ini dapat tahan lebih lama. ",
"Jadi, dalam segmen Tip Impiana episod kali ini kami kongsikan bagaimana cara dan kaedah yang betul untuk membersihkannya perkongsian bersama oleh Puan Zulaikha, pengasas dan pemilik jenama barangan rotan, Booming Plus. ",
"Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana caranya untuk membuatkan dekorasi ruang dalaman rumah tampak lebih moden? Anda boleh tonton video penuh pada pautan di bawah;",
"Periuk, kuali yang dah bertahun memang akan wujud lapisan lerak hitam di bahagian bontotnya. Jika terlalu tebal, ia akan mempengaruhi kadar kepanasan periuk dan kuali anda. Lagi tebal, lagi lambat lah pamsa. Ade tu, kadar kepanasaannha tak konsisten. Oleh itu, kebiasaanya penyelesaian yang diambil adalah dengan menyental dan mengikis bahagian kerak tersebut.",
"Tapi, kerja menyental dan mengikis bontot kuali dan periuk tak lah semudah itu. Siapa yang pernah buat faham keadaan tersebut. Tangan dah lengoh, tapi kerak pada bontot kuali baru 10 % sahaja yang dapat dibersihkan.",
"Sebenarnya, ada satu cara paling mudah yang telah dikongsikan oleh Puan Salina Saad.",
"Assalamualaikum sekadar berkongsi. Saya bersemangat menyental kuali berusia 15 tahun ni lepas nampak posting guna berus dawai. Saya tak ada berus tu tapi ada yang beri tip double boil dengan asam keping dan kemudian sental menggunakan gosok periuk kasar dan sabun mandi jadi saya cuba. Saya double boil beberapa kali sebab agak tebal kena kikis sama mana yang tebal dan saya campo baking soda dan asam keping. Terima kasih buat yang berkongsi tip. Baking soda saya letak 3 sudu besar dan asam keping 5 kalau rasa degil sangat kerak nanti, ulang lagi langkah double boild dan tambah sesudu lagi baking soda. Guna semula air rebusan tu jangan buang.",
"Petua ni bukan bermakna tak perlu kikis dan sental tapi ia memudahkan kita nak kikis dan sental sebab kerak dah lembut. Bagi yg kerak degil atau takde kudrat nak sental cuba rebus mendidih biar lama pastu tutup api biarkan terendam semalaman, esoktu rebus mendidih 15 minit pastu kikis sental.",
"Ramai yang tidak sedar akan cara mudah untuk rezeki masuk dalam rumah. Dalam menghias juga kita mudahnuntuk menjemput rezeki masuk kedalam rumah kita sebenarnya, tetapi dan bagaimana mungkin ramai yang diluar sana masih ada yang tidak tahukan.",
"IMPIANA nak share tip macam mana nak bagi rezeki masuk dalam rumah kita. Mudah sahaja, perkara utama kena tahu ialah mesti ada sikap rajin bertanggung jawab. Kemudian pastikan rumah sentiasa dalam keadaan yang sentiasa bersih dan harum. Mudah kan!",
"Langkah seterusnya, banggun seawal pagi buka pintu dan tingkap rumah biarkan udara segar masuk kedalam rumah dalam sekitar jam 7 pagi, amalkan dan sering bersedekah itu pastinya menjadi amalan mulia dalam kehidupan harian kita.",
"Bagi yang mempunyai halaman, jangan biarkan ia tidak terurus, tanam pokok yang mudah dijaga, sedap mata memandang. Biarkan halaman anda dengan rumput yang pendek dan selesa untuk anda sekeluarga besantai pada bila-bila masa. Inshaa Allah pintu rezeki rumah kediaman anda akan terbuka."
] |
https://www.impiana.my/15-khasiat-ketumpang-air-sirih-cina-merawat-buah-pinggang-bisul-jerawat-dan-iritasi-kulit/ | 15 khasiat Ketumpang Air/ Sirih Cina, Merawat Buah Pinggang, Bisul, Jerawat dan Iritasi Kulit | [
"Ketumpang air atau sirih cina merupakan tanaman herba kaya khasiat. Namun, ramai beranggapan tanaman ini adalah rumpai liar kerana ia tumbuh di celah-celah tanaman lain. Hakikatnya, tanaman herba ini mempunyia kandungan asid amino, lysine, leucine dan isoleucine yang tinggin dan pelbagai lagi. Antara penyakit yang berupaya di rawat dengan menjadikan ketumpang air ini sebagai ramuan adalah seperti:",
"1- Merawat Gout\n2- Penawar sakit sendi dan perut\n3- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata\n4- Mengubati dan meredakan cirit-birit\n5- Meredakan batuk\n6- Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)\n7- Merawat Buasir\n8- Melegakan selsema\n9- Merawat jangkitan pada pundi kencing\n10- Merawat Kayap\n11- Alternatif kepada ubatan darah tinggi\n12- Merawat kencing manis",
"Cara penggunaan untuk merawat sakit kepala ketika demam Sediakan 15 helai daun ketumpang air dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga lumat. Tempelkan ramuan tersebut pada bahagian dahi pengidap. Cara lain adalah dengan merebus 2 pohon ketumpang air yang telah di bersihkan Bersama 300ml air. Saiz pokok yang sesuai antara 7-10cm tinggi. Apabila air rebusan tersisa 1 gelas, tutup api dan biarkan ia dingin seketika sebelum ditapis dan minum. Amalakan minuman ini sehari 2 kali sehingga pulih",
"Merawat bisul, jerawat dan iritasi kulit\nSedaiakan 2 rumpun pokok ketmpang air berukuran antara 7-10 cm tinggi dan dicuci bersih. Rebus dengan 300ml air sehingga tersisa 1 gelas. Minum air rebusa ketika hangat dan amalkan 2 kali sehari dalam dos yang sama setiap hari.",
"Sakit perut\nSediakan beberapa rumpun pokok ketumpang dan dicuci bersih. Kemudian tumbukkan sehingga lumat dan sediakan sehelai kain untuk perahan. Minum air perahan tersebut",
"Mengubatai luka bakar atau melecur\nSediakan beberapa rumpun pokok secukupnya bergantung kepada keperluan saiz luka. Bersihkan dan tumbuk sehingga lumat. Tempelkan bahan yang telah dilumatkan tadi pada permukaan luka dan tutup dengan kain. Biarkan tempelan luka sepenuhnya. Dan ulang beberapa kali sehingga luka betul-betul baik",
"Merawat buah pinggang\nSedaiakan 2 rumpun pokok ketmpang air berukuran antara 7-10 cm tinggi dan dicuci bersih. Rebus dengan 300ml air sehingga tersisa 1 gelas. Minum air rebusa ketika hangat dan amalkan 2 kali sehari dalam dos yang sama setiap hari. Buat ramuan baru setiap kali melakukan pengobatan.",
"Selain itu juga, anda boleh hasilkan beberapa resepi menarik untuk mendapatkan khasiat baik dari daun ketumpang air seperti tumis air, goreng belacan. Rasanya enak seperti kangkung. Atau jadikan ia sebagai ulam. Jadi, lepas ni kalua Nampak tanaman ini tumbuh liar di dalam pasu atau batas tanaman, jangan di buang. Sebaiknya, tanam tanaman ini kerana ia amat mudah untuk dibiakkan",
"Sumber: https://mitalom.com",
"Mudah rupanya tanam bunga kobis. Dah belajar tanam kobis, apa kat akita nama kobis bug dan brokoli pula. Almaklumlah sayur tengah mahal ni. Nak-nak brokoli naik 200% harganya. Apa kata, tanam sendiri je. Puas makan. Tapi, ramai yang dah cuba-cuba tanam kata hasil bunganya tak berapa nak menjadi. Nur Zaliana berkongsi cara tanam bunga kobis dan brokoli menjadi dan catik macam beli dekat kedai. Jom kita lihat cara-caranya",
"Hi Assalamualaikum semua saya nk share cara saya tanam Caulyflower dan Brokoli,Nak kata bijak pandai tu tidak lah cuma saya nak kongsi kan apa yang saya tahu serba sedikit.",
"Cara-cara menanam Caulyflower dan brokoli",
"Penyediaan tanah semaian menggunakan tanah cocopeat ataupun peatmoss. Basahkan medium terlebih dahulu sebelum menabur benih.",
"Resepi medium tanaman:\n2 guni tinja ayam (25-30kg/guni)\n3 kerta tolak tanah bakar\n2kg kaptan dolomite\n1 guni cocopeat (50kg)\nkompos angaran 10kg ",
"Gaul sebati dan biarkan dalam tempoh 2 minggu dalam polybag size 16x16inch",
"Tabur biji benih dalam tray semaian, 1biji benih dalam satu petak semaian. Tunggu sehingga benih bercambah dalam jangkamasa 12-15HSS. Tray semaian hendaklah diletakkan di tempat teduh dari hujan tetapi masih dapat cahaya matahari.",
"Setelah semaian mengeluarkan 3-4 helai daun baru pindahkan ke pasu besar atau polibeg 16×16 yang bersesuaian. 1 anak pokok 1 pasu. Medium yang digunakan adalah campuran tanah baja/sawit/5in1 ",
"Anak semaian yang baru pindah jangan terus dedahkan pada matahari selama 1 minggu. Selepas seminggu baru perlahan-lahan sedikit demi sedikit dedahkannya pada cahaya matahari. Anak pokok Caulyflower dan brokoli memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 5-6 jam sehari untuk membesar. Kaedah green house sangat sesuai untuk tanaman.",
"Pokok kobis memerlukan banyak air, siram kobis sekurang-kurangnya 2-3hari sekali bergantung kelembapan medium. Kaedah siraman Manual, fertigasi,pasu nutripot.",
"Penggunaan baja mempengaruhi tumbesaran pokok. Dengan kata lain Caulyflower, brokoli, kobis kuat makan baja. Baja kompos tinja ayam ,jenis butir,cecair atau baja larut air pun boleh sesuai digunakan untuk menambah nutrien kepada medium tanaman.",
"Aphid, ulat pengorek batang dan looper adalah musuh utama. Gunakan pesticide organik seperti cuka kayu,neem oil etc seminggu sekali untuk mencegah musuh merosakkan tanaman.",
"boleh dituai sekitar +-3-4 bulan selepas di tanam. ",
"Tanaman atau pokok, wujudnya di muka bumi ini amat penting bukan sekadar membekalkan oksigen dan melestarikan persekitaran malah menyeimbangkan keperluan seluruh makhluk di dunia. Namun, tidak semua tanaman dapat dimanfaatkan sepenuhnya tidak kiralah manusia mahupun hidupan liar. Ada antara tanaman yang merbahaya ini bukan sekadar mengudang masalah fizikal manusia malah ancaman nyawa. Antara tanaman yang dimaksudkan adalah seperti:",
"POKOK MANCHINEEL",
"Pokok yang menghasilkan buah seperti epal ini telah disenarikan sebagai tanaman yang paling beracun oleh Guiness World Records. Dikenali dengan nama saintifiknya Hippomane mancinella, tanaman ini tumbuh mekar di Kawasan tropika terutamanya Utara Amerika.",
"Sekiranya berlindung di bawah pokok ini ketika hujan, getah yang mengalir jika terkena kulit akan menyebabkan kudis seperti kesan lecur. Asap yang dihasilkan dari proses pembakaran pohon ini pula di dapati boleh menyebabkan mata buta",
"Zaman perang dahulu kala, tentera Amerika Syarikat menyeksa tahanan Spanyol dengan memaksa mereka berdiri di bawah pohon Manchineel ini ketika hujan. Selain itu juga, getahnya amat popular digunkan pada busar anak panah. Ia mampu melpahkan saraf mangsa yang terkena panahan getah pokok Manchineel.",
"POKOK CICUTA",
"Cicuta atau juga dikenali dengan nama Water Hemlock merupakan tanaman yang dipenuhi dengan sebatian beracun Cicutoxin. Walaupun dalam jumlah yang sedikit, Cicutoxin boleh menyebabkan kekejangan. Jika tidak dirawat segera, ia boleh menyebabkan kematian.",
"Bahan beracun ini akan menyebabkan kegegalan fungsi system pernafasan atau fibrilasi ventrikel dan boleh berlaku hanya beberapa jam selepas tubuh dicemar dengan bahan tersebut. Cukuplah sekadar anda tergigit bahagian akar tanaman ini, ia sudah boleh menyebabkan anda menerima kesanya yang amat buruk. Bentuk akar Water Hemlock menyerupai lobak dan sering disalah anggap oleh manusia",
"POKOK JARAK",
"Ramai yang tahu akan bahaya pokok jarak ni. 1 biji buahnya mampu membunuh manusia dalam tempoh 1 minit sahaja. Toksin yang dipanggil Ricin terdapat apda keseluruhan bahagian tanaman ini. Namun, kebiasaanya pengguna akan menggunkan buah atau biji jarak untuk ekstrak racun dari tanaman ini dengan menghasilkan minyak jarak.",
"Gejala utama yang akan dialami jika anda tercemar dengan racun ini tekak atau mulut akan rasa seperti terbakar, sakit perut, cirit birit hingga berdarah dan muntah. Akhirnya, pengidap akan mati disebabkan hidari melampau",
"POKOK BELLADONA",
"Atropa belladonna dikenali dengan nama tempatanya Bellandonna atau deadly nightshade. Tanaman ini mengandungi bahan Tropane alkoids iaitu bahan toksik yang terdiri daripada Atropine, Scopolamine dan hyoscyamine yang akan menyebabkan kecelaruan system tubuh atau halusinasi. Ia banyak digunakan bagi tujuan antikolinergik farmaseutikal.",
"Seluruh bahagian tanamanya beracun namun yang paling tinggi adalah pada buahnya. Gejala yang terjadi akibat racun belladonna adalah seperti anak mata membesar, penglihatan menjadi kabur, berhalusinasi dan kurang waras.",
"Atropine racun yang terkandung di dalam bunganya akan menggangu system saraf, pernafasan, saraf peluh dan akan menyebabkan jantung berdegup laju",
"Mungkin ramai yang sudah tahu khasiat baja organik ini dan telah menggunakan hampas kopi untuk tujuan kesuburan tanaman",
"Info ini adalah untuk kita menambah pengetahuan dan jika sesuai bolehlah kita praktikkan semasa kita bercucuk tanam",
"Pada pendapat saya, penggunaan bahan organik seperti ini adalah mengikut kesesuaian tanah dan tanaman kita. Begitu juga dgn khasiat kulit telur yang saya telah kongsikan sebelum ini. ada yg berjaya menggunakannya..ad pula yang sebaliknya. apapun, yang terbaik adalah dengan cara mencuba dan berkongsi pengalaman.",
"kopi secara umumnya mengandung nitrogen dan nutrisi lain yang bagus untuk kesuburan tanaman. antaranya adalah ;",
"kandungan kafein yang terdapat dalam kopi membantu tanaman kita daripada serangan hama atau ulat serangga. bau kafein pula menghalang serangan rama2.\nwalaubagaimanapun, penggunaan kompos dari kopi ini hanya sesuai untuk tanah yang mempunyai tahap keasidan yang rendah.\njika penggunaanya salah, ia menyebabkan tumbuhan mengalami keracunan hasil dari kafein, gagal tumbuh dan membesar dgn sihat. dgn itu jangan terlalu kerap menabur hampas kopi ya",
"kopi mempunyai kandungan asid yang berguna untuk mengimbangi keasidan tanah.",
"Video polihan: \n",
"Kopi mengandung mineral, protein, dan unsur lainnya yang dapat menyuburkan tanaman. Kandungan mineral utama kopi adalah kalsium, kalium, besi, fosfor dan kromium, yang sangat disukai cacing tanah. Cacing tanah yang mendapat cukup nutrisi sihat ini dapat menyuburkan tanaman. Selain itu, kandungan mineral tersebut ini juga sangat penting semasa proses pertumbuhan. Serbuk kopi juga mengandungi karbon dan gas nitrogen. Ditambah potassium, magnesium, dan tembaga yang mana sangat berguna kepada tanaman.",
"hampas kopi mengandungi Lignin dan selulosa yang sangat bermanafaat untuk tanaman.",
"boleh campurkan hampas kopi dan siram di sekitar pokok.\nok,mari kita teliti kan bagaimanakah cara untuk menghasilkan hampas kopi. selepas menggunakannya sebagai minuman, saringkan hampas kopi dengan air dan biarkan kering.\nkemudian,boleh dah ditabur pada sekitar pokok. walau bagaimana pun,jangan terlalu kerap menabur serbuk kopi pd tanaman. cukup lah dengan menabur sekali seminggu sahaja .\nSebenarnya,cara yang lebih efektif adalah dengan mengeringkan nya dan hasilkan baja kompos daripada hampas kopi yang tersebut.",
"Bagaimana menghasilkan baja kompos daripada kopi? caranya adalah dengan mencampurkan serbuk kopi yang telah dikeringkan dengan bahan organik seperti sisa sayuran, sisa makanan,cengkerang telur atau roti yang telah basi.\njika ingin maklumat lanjut,bolehlah mempelajarinya dgn lebih detail\nApapun,bagi saya yg baru bermula untuk bercucuk tanam, cukuplah sekadar menabur hampas yang kering sahaja.\nContoh tumbuhan yang sesuai adalah seperti cili,kacang panjang,tomato,lobak dan lain2.\nsemoga bermanafaat. kongsi ilmu,kongsi pengalaman"
] |
https://www.impiana.my/musim-durian-dah-tiba-8-tip-perlu-tahu-untuk-pilih-durian-yang-sedap-dan-enak/ | Musim Durian Dah Tiba: 8 Tip Perlu Tahu Untuk Pilih Durian Yang Sedap Dan Enak | [
"Musim durian dah tiba. Bagi peminat tegar, pemburuan durian perlu dilakukan segera. Sebab nanti dah lewat musim, durian mula rasa tak sedap. Buah pula biasanya pada hujung-hujung musim kurang mengancam. Biasanya buah pada kitaran pertama musim sentiasa terbaik.",
"Tangkai menceritakan segala-galanya ketika hayat si durian",
"Tapi agak mengecewakan jika buah yang dibeli tidak memuaskan apabila dimakan, kurang nikmat durian. Biasa nya peniaga akan bagitahu semua buah terbaik jadi bagi mengatasi masalah terbeli buah yang tidak sedap ini, jadikan 8 tip ini sebagai panduan",
"1. Tangkai",
"Pertama sekali ketika memilih durian perlu lihat pada bahagian tangkainya. Tangkai menceritakan segala-galanya ketika hayat si durian. Durian kalau dah masak ia akan jatuh sendiri kan. Jika durian yang jatuh sendiri, tangkainya kelihatan bergigi. Manakala yang licin itu, maknanya belum masak lagi tapi telah dipetik.",
"Tangkai yang masih segar, bermakna ia baru gugur. Ini menunjukkan buah masih segar dan kandungan gas dalam buah pun tak banyak dan isinya enak.",
"Cungkil sikit pada bahagian kulit tangkai. Kalau kulitnya tebal, ia bermaksud isinya pun tebal. Kalau bahagian dalam kulit nya kuning, ini bermakna isi dalamnya kuning.",
"2. Pilih yang ringan",
"Jangan sibuk nak ambil durian yang berat. Ini antara salah satu kesalahan yang kerap dilakukan oleh pembeli. Bila berat, dia ingat isinya banyak. Buah berat tak bermaksud isinya banyak. Ia menunjukkan ia masih mentah atau terlalu berair dan kemungkinan busuk.",
"3. Goncang",
"Perasan tak kalau kita nak beli durian, penjual tua akan ketuk-ketuk dan goncang? Baik anda buat sendiri. Kot-kot ditipu. Kalau kedengaran benda bergoncang dalam tu, ia menunjukkan isinya kering dan sudah masak. Isi kering tak bermakna kering kontang. Ia bermakna enak dimakan lah tu.",
"4. Bentuk fizikalnya bulat",
"Orang kata kalau jenis bulat ini isi nya tebal. Tapi sebanrnya bergantung kepada jenis. Tapi kalau boleh, berusaha ambil yang bulat lah ya.. durian bukit banyak bulat. Itu yang sodap.. makan seulas pun dah kenyang",
"5. Tengok kulit",
"Durian dengan durinya halus dan rapat, ia menunjukkan isi dagingnya jenis yang lembik. Kalau yang durinya besar-besar dan jarang, ini menunjukkan isinya padat. Bila makan tu tak susah nak kemas. Isinya boleh kita makan sampai nampak biji bersih suci.",
"6. Tepuk manja",
"Tepuk-tepuk manja pada permukaan kulit durian. Jangan kuat-kuat, nanti tembus pula durinya. Kalau boleh gunakan sesuatu yang solid. Kalau peniaga, dia guna parang untuk belah durian tu. Kalau dengar bunyi merdu “buk-buk” maksudnya durian dah matang. Kalau bunyinya macam pantul cepat “kedepek” bermakna durian masih muda",
"7. Tampok/juring lima",
"Macam manggis, nak tentukan isi di dalam ada berapa kita akan tengok tampuk. Sama seperti durian. Anda perlu pilih yang ada tampuk lima di bahagian bawah durian. Kalu 6 atau lebih, jangan ambil. Ini bermakna isinya tak banyak. Pastikan juring atau tampuk tersebut jelas sampai ke sisi kulit durian.",
"8. Aroma yang menawan",
"Selesai ketujuh-tujuh tip, barulah tip ke-8 dilakukan. Bau durian sedekat yang boleh. Kalau boleh, biar durinya betul-betul terkena sedikit pada hidung. Kalau baunya harum manis, ini bermakna durian masih optimum. Kalau tidak berbau, ini bermakna durian sudah masuk angin. Durian yang dah masuk angin rasanya hambar.",
"Bagi anda yang gemarkan dekorasi ruang dalaman rumah yang bertemakan rona putih serta sentuhan elemen corak kayu-kayuan, dekorasi yang berkonsepkan Wabi-Sabi ini sememangnya yang paling sesuai buat anda. ",
"Dekorasi yang berkonsepkan Wabi-Sabi ini tidak begitu popular dan jarang menjadi pilihan di kalangan masyarakat kita, jadi mungkin ada di kalangan anda yang masih belum mengenali dengan konsep dekorasi yang dipelopori dari negara Jepun ini. ",
"Meski ia tidak begitu popular di kalangan masyarakat tempatan, namun dekorasi yang berkonsepkan seperti ini sentiasa mendapat tempat di hati peminat rona putih dan elemen kayuan. ",
"Jika kita dapat lihat, dekorasi yang berkonsepkan Wabi-Sabi ini, sememangnya boleh membuatkan dekorasi hiasan ruang dalaman rumah tampak lebih kemas, teratur dan bersih.",
"Meski dekorasi yang berkonsepkan Wabi-Sabi ini kebiasaannya dipadankan elemen kayuan dengan rona putih, namun dengan sedikit suntikan warna kelabu atau hijau gelap boleh membuatkan dekorasi ruang dalaman rumah anda tampak lebih menarik.",
"Bukan sahaja membolehkan dekorasi ruang dalaman rumah kelihatan tampak lebih menarik, ia juga boleh mewujudkan suasana yang tenang serta nyaman.",
"Foto: Facebook Kakideko",
"Semua orang tahu akan kepentingan makanan yang berkhasiat. Tapi ramai yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan berkhasiat juga sesuatu yang penting. Walaupun anda menggunkan bahan yang organik, dari sumber yang segar berkhasiat serta terhindar dari sebarang racun dan pengawet, Ia juga bakal menerima kesan yang buruk jika memilih peralatan memasak yang salah",
"Oleh itu, anda wajib tahu apakah peralatan masakan yang terdapat di dapur anda yang membahaya dan mengundang toksik di dalam makana. Jika dah tahu, lepas ini anda perlu elakkan dari menggunakan peralatan tersebut Umum tahu bekas plastik, pinggan yang bercorak atau berwarna membuat anda terdedah kepada bahan toksik. Tapi tahukah anda bahawa periuk atau kuali non-stick yang terdapat di dapur menyebabkan anda lebih terdedah kepada bahan bertoksik di dalam makanan?",
"Periuk non-stick atau tidak lekat sentiasa menjadi pilihan bagi anda yang cuba mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Peralatan masakan non-stick ini juga dikenali sebagai Teflon. Setiap perkakas masakan teflon dilengkapi lapisan PTFE atau Polytetrafluoroethylene. Ia merupakan lapisan plastik polimer yang mudah membebaskan toksik apabila tertdedah kepada kepanasan haba 572oF.",
"Kesan toksik ini akan menyebabkan penyakit yang diberi nama Teflon Flue. Pesakit akan mengalami suhu tinggi di dalam badan dan pening kepala. Ini kerana, kesan toksin yang terbebas di dalam makanan ketika menggunkan perkakas teflon menyerang sistem paru-paru. Selain itu juga, pesakan akan berasa sesak nafas dan ruang dada yang sempit hingga menyebabkan batuk.",
"Satu lagi bahan kimia yang digunakan untuk membentuk dan menghasilkan peralatan memasak taflon adalah PFOA atau Perfluorooctanoic asid atau C8. Bahan toksik ini akan kekal mendiami tubuh kita dalam satu tempoh yang lama jika ia terbebas di dalam makanan.",
"Kesan menunjukkan kandungan toksik ini yang terpendam di dalam badan menjadi salah satu pencetus kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser payu dara, Prostate dan kanser ovari",
"Walaupun terdapat kajian menunjukkan bahawa kandungan PFOA hanya sedikit di dalam peralatan masakan teflon dan tidak mengancam kesihatan manusia, kandungan toksik ini boleh dijumpai di dalam peralatan dan bahan lain yang anda gunakan secara harian antaranya ialah air minuman.",
"\nOleh itu, sebaiknya kurangkan pendedahan diri kepada bahan toksik ini. Sebagai pilihan, apa kata anda gunakan peralatan masakan yang di lapisi atau diperbuat daripada granit atau cast-iron. Kedua-dua bahan ini tidak membebaskan sebarang toksik walaupun dalam suhu yang amat panas. ",
"Sumber: https://mommingschool.com",
"Betul lah orang cakap, dekorasi dan kondisi rumah bukan sekadar mencerminkan peribadi anda, malah ia mempengaruhi emosi. Tak kira di mana sahaja persekitaran fizikal anda berada, sama ada di pejabat, kedai dan terutamanya rumah, ia memainkan peranan yang penting terhadap kesihatan metal dan emosi and. Jadi, jika anda seorang yang menghadapi mempunyai masalah anviety, pastikan dekor kediaman anda mempunyai 10 ciri-ciri atau item berikut:",
"1. Tanaman indoor",
"2. Cat biru",
"Jika anda peminat rona-rona terang atau eye catching seperti kuning dan merah, warna ini amat tidak sesuai untuk anda yang sedang stress kerana ia akan meningkatkan lagi kadar tekanan emosi yang di alami ketika itu. Sebaiknya, cat kediaman dengan rona-rona sejuk sepeti hijau. Rona biru telah terbukti berupaya mengurangkan kadar tekanan darah dan menyebabkan anda berasa nyaman. Ini bermakna, rona biru amat sesuai diaplikasikan di dalam bilik anda",
"3. Biarkan rak sedikit kosong",
"Tak kira lah rak didinding atau rak buku, biarkan ia sedikit kosong. Perasan tak bila terlalu penuh atau padat tidak kira lah buku atau perhiasan, mata anda Nampak semak. Menurut Society for Personality and Social Psychology Pemandangan dan kondisi tersebut akan meningkat hormone tekanan di dalam badan iaitu Cortisol. Jadi, sebaiknya rak di kediaamn anda dibiarkan sedikit longgar tanpa hiasan yang sarat dan susunan buku yang padat",
"4. Hadkan penggunaan corak",
"Sama seperti perletakkan buku dan aksesori yang padat pada rak, pattern atau penggunaan corak yang terlalu banyak di dalam dekorasi kediaman anda berupaya meninggkatkan kadar Cortisol. Lebihkan penggunaan permukaan polos untuk mewujudkan suasana kediaman yang menenagkan",
"5. Jambangan bunga segar",
"6. Posisi betul katil di dalam bilik",
"Bukan lah suruh anda percaya akan amalan Feng Shui. Namun ada sebahagian besar perkara yang di tekankan adalah untuk mencapai sebuah kehidupan harmoni dan seimbang sama ada secara rohani atau jasmani. Menurut amalan Feng shui, bagi anda yang ingin mengurangkan tekanan didalam kedaiamn WAJIB melatakkan katil bersebelahan dengan pintu bilik. Bukan secara bertentangan atau berhadapan. Ia dapat membentuk aliran yang menenangkan walaupun dalam bilik yang sempit",
"7. Buka tingkap",
"8. Terapi lavender",
"9. Hadkan penggunaan cermin",
"Ramai yang menggunkan cermain untuk mendapatkan impak kediaman lebih luas. Betul tak? Menurut kajian dari , Dengan melihat cermin terlalu kerap akan menjadikan emosi bertambah lebih tertekan. Macam mana pula boleh tertekan? Apa tujuan kita tengok cermin? Mestilah untuk melihat penampilan diri. Bila tak puas hati, tak ke tertekan?",
"10. Elak letak tv dalam bilik",
"Ini pun antara salah satu perkara yang ramai praktikkan. TV antara medium pencemaran tanpa anda sedar. Gelambong yang terperangkap di dalam bilik, walaupun tv sudah ditutup akan menggangu fungsi otak terutamanya ketika anda sedang tidur. Ini akan menyebabkan tidur anda tidak nyenyak dan keesokkanya mula lah rasa letih dan tertekan"
] |
https://www.impiana.my/hasilkan-sendiri-lampu-pendent-dari-fry-pan-01/ | (VIDEO) Hasilkan Lampu Pendant Dari “Fry Pan” | [
"Fray pan yang sudah lama atau rosak jangan dibuang, banyak manfaat lain yang boleh diolah. Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini, fray pan lama yang telah rosak diubah suai menjadi lampu pendent sesuai untuk kediaman berkonsepkan minimalis atau industri. Bagi yang ingin kelihatan seperti scandinavian, tukar bahagian pemeganag lampu dengan kayu. Jom kita lihat cara untuk makeover fry pan yang rosak menjadi lampu pendent",
"https://www.youtube.com/watch?v=Rbemzsgu16o",
"Hot wheels koleksinya bukan sahaja diminati kanak-kanak sahaja malah golongan dewasa. Tapi jangan tak sangka ada juga wanita yang meminati koleksi kereta miniature ini. Yang menjadi pening adalah apabila koleksi yang dikumpulkan dah terlalu banyak. Takkan nak simpan je dalam kotak bertutupkan. Koleksi hot wheels ni perlu lah dipamerkan. Barulah nilai sentimentalnya dapat dinikmati dan dihargai.",
"Nak pamerkan, tak semestinya perlu almari atau rak mahal. Apa kata kita DIY sendiri je rak pameran koleksi Hot Wheels",
"RAK KASUT ",
"Paling bijak, jimat dan cantik. Apa kata guna rak kasut kayu. Rak kasut ni boleh di dapatindi kedai-kedai keperluan harian. Harganya pun tak mahal. Kalau pandai cari, harganya boleh dapat RM 19.00 sahaja",
"RAK PISAU METAL ",
"Pilihan buat anda yangbmementingkan kekemasan dan ada duit lebih. Boleh lah gunakan rak pisau yang ada megnet ni. ",
"Picture ledge ",
"Rak pameran gambar ni boleh di dapati di ikea pada harga RM 20++ untuk satu batang. Ada warna hitam dan putih. Ikut kesesuaian koleksi anda. ",
"PENGGULUNG TISU ",
"PLASTIC SHOWER PENAL HOLDER THINGIE",
"Bagi anda yang tak suka buka label pembungkus Hot Wheels kerana khuatir nilainnya jatuh, kaedah pameran koleksi ini paling bersesuaian. Plastik atau getah ni kebiasaanya digunakan pada penal-penal kaca seperti yang terdapat pada bilik shower kaca. Mudah didapati di kedai Hardware.",
"Serangan dari serangga perosak sememangnya menjadi isu yang sering mengganggu ketenteraman para petani. Masakan tidak, masalah tersebut mampu mengundang risiko kerugian, malah boleh menutup periuk nasi mereka.",
"Begitu juga buat yang bercucuk tanam di rumah. Kehadiran serangga perosak dianggan sebagai satu permasalahan yang perlu diselesaikan segera agar tanaman tidak terjejas dan menyebabkan kerugian dari hasil titik peluh sendiri.",
"Penggunaan racun merupakan solusi paling mudah dan berkesan. Tetapi, pemilihan racun juga memainkan peranan dan boleh memberi kesan dalam jangka masa yang panjang.",
"Antara racun kimia dan racun organik, mana satu pilihan anda?",
"Selain harganya yang agak mahal, racun kimia juga merbahaya buat manusia dan persekitaran.",
"Jadi, bukankah lebih baik untuk menggunakan racun organik yang lebih terjamin dan juga menjimatkan kerana anda boleh buat sendiri racun organik mengikut resepi ini. Selamat Mencuba!",
"Resipi Racun Organik",
"Bahan A :",
"Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.",
"Bahan B :",
"Alatan yang diperlukan :",
"Cara-caranya :",
"Cara Penggunaan :",
"Cuma sedikit peringatan. Sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana ada pembaca Kebun Bandar yang melaporkan apabila sembur ramuan racun organik ini pada pokoknya menjadi layu. Jika pokok layu, terus siram dengan air biasa sehingga hilang cecair racun organik ini pada pokok.",
"Kredit : kebunbandar.com",
"Wah, ini memang satu khabar berita gembira buat anda semua kerana kedai kelengkapan rumah terkemuka tanah air, MR.DIY telah menawarkan diskaun pemotongan harga bagi kesemua produk jenama buatan Malaysia. ",
"Untuk pengetahuan anda, tawaran promosi yang berlangsung sepanjang bulan September ini anda berpeluang untuk menikmati diskaun pemotongan harga sebanyak 30% bagi kesemua produk berkenaan. Menarik bukan?",
"Selain itu, dengan penjimatan harga yang ditawarkan anda juga berpeluang untuk membeli barangan jenama buatan tempatan dengan harga bawah daripada RM10!",
"Antara jenama buatan Malaysia yang terlibat adalah Shieldtox, Softlan, Glo dan banyak lagi. ",
"Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat pergi ke seluruh cawangan kedai MR.DIY yang berdekatan denga anda selagi stok masih ada. ",
"Sumber: Instagram KL Foodie"
] |
https://www.impiana.my/alami-masalah-ubah-suai-hilangkan-sengsara-itu-dengan-supervisor-my/ | Alami Masalah UbahSuai? Hilangkan Sengsara itu dengan SUPERVISOR.MY | [
"Hilangkan kesengsaraan pengubahsuaian dengan SUPERVISOR.MY yang baru dilancarkan, platform perundingan dan pengurusan pertama di Malaysia untuk kerja-kerja pengubahsuaian!",
"Projek pengubahsuaian sering dimulakan dengan visi ruang baru yang indah dan tambahan yang menarik tetapi lebih kerap daripada ini, impian ini berubah menjadi mimpi ngeri yang berlebihan, kelewatan, hasil kerja yang kurang kemas, kos tersembunyi, dan kekacauan. Untuk tujuan ini, SUPERVISOR.MY, platform perundingan dan pengurusan pengubahsuaian pertama di Malaysia telah dilancarkan untuk membantu pemilik harta tanah seperti syarikat korporat, pengusaha dan pemilik rumah dalam memberi nasihat, memantau dan pengurusan projek pengubahsuaian mereka pada setiap peringkat proses sebelum, semasa dan selepas pengubahsuaian .",
"Didorong oleh sekumpulan perunding pengubahsuaian yang diperakui dengan pengalaman dan pengetahuan sekurang-kurangnya 20 tahun dalam menguruskan semua aspek projek pengubahsuaian, SUPERVISOR.MY menyediakan perundingan yang berpusatkan kepada pelanggan, laporan yang telus dan tepat pada masanya, serta teliti\npengawasan untuk memastikan bahawa aktiviti kerja harian, pembayaran, dan tonggak pengubahsuaian dilaksanakan dengan lancar dan tanpa rasa sakit yang mungkin berlaku.",
"Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama SUPERVISOR.MY, Danny Baharuddin telah membuat penyelidikan dan dari pengalaman peribadinya beliau menyedari bahawa banyak rakyat Malaysia menghadapi sejumlah besar masalah sepanjang proses pengubahsuaian. Ini disebabkan oleh pelbagai masalah dalam pelbagai peringkat proses pengubahsuaian yang sering kali disebabkan oleh salah komunikasi antara kontraktor dan pelanggan. Di SUPERVISOR.MY memahami isu-isu ini dan memastikan persefahaman yang tinggi antara semua pihak. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan situasi menang bagi semua pihak yang terlibat, akhirnya memberikan proses pengubahsuaian tanpa rasa sakit kepala untuk pemilik harta tanah. Terdapat banyak istilah pengubahsuaian yang tidak dapat difahami oleh rakyat Malaysia setiap hari, menyebabkan jurang harapan dalam pembuatan yang sering menghasilkan, secara purata, kenaikan kos 20 hingga 30 peratus pada saat pengubahsuaian selesai. Pada akhirnya, kami berhasrat untuk mencegah hal ini terjadi dengan masuk pada tahap mana-mana proses pengubahsuaian, yang menghasilkan penjimatan besar pada kos, masa dan usaha untuk pelanggan.",
"Sebelum proses pengubahsuaian bermula, pemilik harta tanah dan syarikat sering berhadapan dengan keputusan melelahkan memilih pasukan yang tepat untuk kerja tersebut. Dari memilih kontraktor yang betul dan dalam beberapa kes pereka dalaman, hingga menyetujui harga yang disebutkan, bahan digunakan dan garis masa, mudah bagi pemilik harta tanah untuk merasa terbeban dan bingung.",
"Menyedari hal ini, pasukan SUPERVISOR.MY melompat ke persaingan untuk memberikan nasihat harga, mengumpulkan dan menganalisis sebut harga dari beberapa kontraktor untuk menasihati pemilik harta tanah secara strategik mengenai keputusan mereka, sehingga memungkinkan penjimatan kos dan waktu terbaik. Di luar itu, SUPERVISOR.MY memastikan proses pemeriksaan menyeluruh pihak-pihak yang terlibat dalam pengubahsuaian, dengan itu melindungi pelanggan mereka sebelum mereka menandatangani garis putus-putus.",
"Memastikan proses pengubahsuaian dapat dilihat hingga akhir, SUPERVISOR.MY juga memberikan sokongan menyeluruh pada tahap terakhir pengubahsuaian harta tanah: pasca pengubahsuaian. Pada tahap ini, pelanggan sering menghadapi masalah seperti dokumentasi yang tidak teratur, sehingga sukar untuk menjaga pengawasan yang jelas walaupun setelah pengubahsuaian selesai. Sebagai contoh, pemilik harta tanah sering tidak dapat melakukan pemeriksaan pasca pengubahsuaian dengan berkesan. Untuk mengatasi hal ini, pasukan SUPERVISOR.MY menyediakan pemilik dan pemilik dokumen penyerahan dan audit yang disusun dengan teliti yang memperincikan setiap aspek proses pengubahsuaian. Ini membolehkan pemilik harta tanah mengakses semua dokumentasi- perakuan, izin, pembayaran akhir kepada kontraktor. Ini membolehkan pengguna fokus pada masalah yang sangat spesifik dalam kitaran pengubahsuaian mereka untuk dikunjungi semula dengan pasukan pengubahsuaian bergerak maju.",
"Untuk memudahkan urusan semua, SUPERVISOR.MY telah melancarkan platform web untuk membolehkan pemilik harta tanah membuat keperluan unik mereka diketahui dengan cara yang lebih mudah, cepat dan lebih mesra pengguna. Kini, pemilik perniagaan, korporat, dan pelanggan kediaman hanya perlu menghubungi platform ini dan mengikuti langkah mudah di bawah:\n1. Tentukan jenis ruang: Pilih jenis harta tanah anda\n2. Nyatakan peringkat pengubahsuaian: Sudahkah anda memulakan pengubahsuaian, di tengah-tengahnya, atau menjelang akhir? Biarkan pasukan SUPERVISOR.my mengetahui di mana anda berada dalam proses pengubahsuaian anda.\n3. Pilih perkhidmatan yang diperlukan: Bergantung pada tahap proses pengubahsuaian mana, pilih dari senarai perkhidmatan tertentu yang disediakan",
"Ketiga (3) langkah mudah ini dirancang untuk memperkenalkan pasukan SUPERVISOR.MY secara ringkas untuk projek pengubahsuaian. Selepas itu, perunding pengubahsuaian akan menghubungi untuk memahami keperluan khusus pemilik harta tanah dengan lebih mendalam. Akhirnya, SUPERVISOR.MY bertujuan untuk bukan sahaja memastikan penjimatan kos dan masa tetapi juga proses pengubahsuaian yang lancar, tepat pada masanya dan menjimatkan kos di mana pemilik harta tanah tidak dibebani dengan tanggungjawab yang membosankan.",
"Melangkah ke hadapan, SUPERVISOR.MY ingin berkembang secara nasional, menjadi pakar di Malaysia untuk semua keperluan pengubahsuaian, membantu pemilik harta tanah menjimatkan masa, wang dan mendapatkan ketenangan sepanjang proses pengubahsuaian.",
"Penyaman udara mungkin antara alatan yang kerap digunakan. Ini bermaksud anda perlu tahu cara penjagaan penyaman udara anda supaya ia dapat berfungsi dengan lebih lama dan lebih baik. Penggunaan secara kerap juga menyebabkan unit penyaman udara penuh dengan kotoran, habuk, bakteria berbahaya, kuman dan juga kulat. Ini bermaksud anda sentiasa bernafas dalam udara yang tercemar dan berpotensi kepada penyakit dan risiko kepada kesihatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak atau yang mempunyai masalah pernafasan.",
"Sebab itu, sebaiknya unit indoor perlu diselenggara setiap bulan. Namun, nak panggil orang servis setiap bulan, bocor juga poket sebab harganya bukan murah. APa kata, anda buat je sendiri. Cara-caranya boleh tonton video yang dikongsikan oleh Youtube Chanel ProjekHauz. Dengan hanya modal RM 10 dan tidak memerlukan peralatan yang rumit, unit indoor aircond anda boleh diselengara dan di cuci bersih. ",
"Serangga perosak tanaman sayur kebiasaanya adalah dari jenis serangga berbadan lembut seperti afid, agas, mealybug dan siput. Nak gunakan racun, takut bahaya sebab sayur tu akan dikonsum menjadi makanan kita. Jadi, Cara terbaiknya adalah menggunakan baja organik.",
"Adala lagi satu ramuan racun serangga organik yang wajib anda cuba. Kenapa Laman Impiana kata wajib. Ini kerana racun serangga ini mempunyai bau yang sedap dan menenangkan sebab diperbuat daripada limau.",
"BAHAN-BAHAN: \n1 1/2 sudu kulit limau\n2 cawan air panas\n2-3 titis sabun castile (sabun berasaskan minyak)",
"CARA-CARA: \n1. Campurkan kulit limau dan 2 cawan air paans ke dalam bekas kedap udara\n2. Perap air rendaman kulit limau tadi selama 24 jam di kawasan yang mempunyai terik matahari\n3. Setealh rendam 24 jam, tapiskan dan campur bersama beberapa titis sabun castile. Kalau tak ada, cecair pencuci pingganpun boleh\n4. Masukkan dalam botol semburan dan sembur terus pada tanaman. Lebih berkesan jika disembur terus pada serangga perosak",
"Kalau kita makan di meja, pasti kita mahukan keselesaan bukan? Kadang-kadang meja makan yang sudah tersedia di rumah semasa beli, terlalu kecil dan mungkin tidak selesa. Oleh kerana itu, kita mesti tahu cara-cara hendak mengukur meja dari segi semua aspek semasa hendak membeli. Mari, saya akan ajarkan bagaimana hendak membeli meja makan di kedai dengan supaya anda mendapat meja yang anda suka dan puas hati.",
"Jadi, untuk langkah pertama adalah, anda mesti mengukur bentuk meja dan ketinggiannya semasa memelih meja yang anda suka. Sebagai contoh, anda duduk di meja tersebut bersama beberapa orang, dan letakkan lengan supaya anda keadaan selesa. Jika lengan anda masih ada ruang untuk anda bergerak, maka meja itu sesuai tapi kalau sebaliknya, anda mesti cari meja makan yang lebih luas atau bentuk lain. Sama juga seperti tinggi, jika ia berada di sama paras dada anda, maka ia adalah bagus.",
"Kedua, adalah menentukan jarak kerusi anda dari meja makan. Pastikan meja makan tersebut, apabila anda hendak merapatkannya dengan meja, ia betul-betul dekat dan mampu untuk anda makan dengan mudah. Ini kerana, ada sesetengah meja nya tu, menghalang dari kerusi tidak rapat ke meja. Mungkin ada bahagian kaki kayu yang menonjol kehadapan.",
"Dan yang terakhir adalah, jarak meja dengan dinding rumah anda. Anda mesti pandai agak untuk tahu jarak dinding dengan objek. Jikalau rumah anda kecil, ia mungkin bermasalah jika meja anda beli itu terlampau besar dan boleh menyebabkan memakan ruang yang banyak.",
"Jadi, jika anda telah faham bagaimana cara-cara di atas, maka anda sudah mahir dalam memilih meja dan saya berharap tiada lagi yang salah memilih meja semasa membelinya."
] |
https://www.impiana.my/pentingnya-miliki-insurans-rumah-ramai-yang-ambil-ringan/ | Pentingnya Miliki Insurans Rumah Ramai Yang Ambil Ringan | [
"Bagi anda yang telah membeli rumah khususnya, sudah pasti pernah mendengar dengan terma insurans pembiayaan rumah Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dan Mortgage Level Term Takaful (MLTT). Meski kedua-duanya dilihat hampir sama namun ia masih mempunyai definisi yang berbeza. ",
"Dalam episod Tip Impiana kali ini, IMPIANA telah berkesempatan mengundang tetamu jemputan, Encik Faidzal yang merupakan seorang perunding takaful di bawah naungan Al-Araf Associates bagi mengupas secara terperinci mengenai kedua-dua insurans pembiayaan rumah serta perbezaannya.",
"Jadi, apakah perbezaan antara kedua-duanya? Sudah pasti anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kedua-dua insurans pembiayaan rumah ini. Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut dengan menonton pautan video penuh sesi temu bual bersama Encik Faidzal di bawah;",
"Sihat dengan Inovasi Futuristik Baru untuk Rumah Pintar dengan LG Elektronik. Inspirasi cara hidup yang berkaitan dengan pengguna, LG Electronik melancarkan konsep Smart Home yang intuitif dan inovatif yang menampilkan barisan perkakas rumah dan produk hiburan rumah yang baru dan terkini.",
"Pada tahun ini, syarikat elektronik pengguna global mendedahkan kemasukannya ke dalam kategori produk baru di Malaysia, dengan matlamat untuk menjaga kesihatan dan mencegah dari mikroorganisma yang merbahaya dan pencemaran yang berbahaya LG Purifier Water Tankless PuriCare ™ dan PuriCare® Air Purifiers, meneruskan inovasi-inovasi kesihatan ke peringkat seterusnya, memberi tumpuan kepada menyediakan pengguna dengan penjagaan pencegahan dengan cara dan kaedah smart home dengan inovasi yang terbaik.",
"Tip Penjagaan Pencegahan Terhadap Kesihatan Kebersihan",
"LG juga menghidupkan kehidupan baru ke dalam kesihatan kebersihan dengan konsep Penyelesaian Pakaian Penjagaan yang baru untuk pengguna yang mencari penyelesaian fungsional dengan teknologi futuristik untuk memenuhi kehendak mereka untuk kebersihan. Penyelesaian ini terbuat dari tiga peralatan utama yang boleh memenuhi pelbagai keadaan kehidupan sehari-hari pengguna:",
"· Untuk pakaian kotor dengan kain yang cenderung menyusut, LG TurboWash akan bergerak keras pada kotoran tetapi mudah pada kain",
"· Untuk pakaian yang dipakai sekali untuk tempoh yang singkat yang memerlukan penyegaran, Styler LG, tawaran baru dengan teknologi TrueSteam® mengurangkan kedut dan bau",
"· Untuk pakaian yang dipakai oleh ahli keluarga dengan alahan, LG DUAL INVERTER Heat Pump Dryer dilengkapi dengan Penjagaan Alahan yang mengurangkan 99.9 peratus alergen, seperti hama rumah yang boleh menyebabkan alahan atau masalah pernafasan",
"Peralatan dan peranti ini tertanam dengan LG Smart ThinQ yang revolusioner, sebuah platform rumah yang disambungkan pintar yang membolehkan pengguna mengawal dan memantau mereka dari jauh menggunakan aplikasi LG Smart ThinQ. Ia juga menawarkan diagnosis pintar dan fleksibiliti untuk peningkatan masa depan.",
"“Di LG, pemacu asas kami untuk menyediakan pengguna dengan kehidupan yang lebih baik melangkaui asas-asas. Kami ingin memberikan pengguna kami pengalaman yang tinggi yang membolehkan mereka membuat pilihan yang lebih bijak, lebih sihat dan lebih bebas dalam kehidupan sehari-hari mereka. Selaras dengan pengenalan Smart Home Concept hari ini, kami ingin menyediakan pengguna Malaysia dengan peluang untuk mewujudkan sambungan yang lancar di rumah dengan teknologi LG Smart ThinQ kami, walaupun sentiasa menjaga kebersihan, sihat dan menjadikan kehidupan secara keseluruhannya baik, “Kata Kim Kyutae, Pengarah Urusan, LG Electronics Malaysia.",
"LG OLED TV dan LG NanoCell TV: Untuk Cara Hidup Sempurna",
"Mengenai teknologi dan inovasi, penggemar hiburan kini boleh mengalami penukar permainan sebenar dalam inovasi televisyen dengan LG OLED TV dan LG NanoCell TV tahun ini. Dikuasakan oleh generasi kedua α9 Gen 2 pemproses pintar dan algoritma pembelajaran mendalam, model LG OLED yang baru menawarkan kualiti gambar AI dan kualiti suara yang lebih tinggi. Model LG NanoCell dikuasakan oleh pemproses pintar α7 Gen 2.",
"Algoritma baru ini akan menawarkan gambar dan bunyi TV yang dipertingkatkan dengan menganalisis kandungan sumber serta kandungan yang dioptimumkan sendiri dengan mengenali keadaan ambien. Ciri-ciri utama adalah:",
"· AI Picture: Mengenali sumber dan kualiti asal dan mengoptimumkan kualiti gambar",
"· AI Sound: Mengenali kandungan dan mengoptimumkan up-mix ke surround 5.1 maya",
"· AI Kecerahan: Laraskan kecerahan mengikut pencahayaan sekitarnya",
"· AI Tuning Acoustic: Mengoptimumkan bunyi dengan pembetulan bilik dengan jarak jauh sihir",
"OLED dan NanoCell TV mendengar dan bertindak atas arahan pengguna, terima kasih kepada platform LG ThinQ AI. Ia membolehkan pengguna untuk memilih program kegemaran mereka dengan lancar, bertanya soalan dan mengawal peranti rumah pintar yang serasi. Menggunakan kawalan suara pintar, semua yang perlu dilakukan hanyalah tekan dan tahan butang mikrofon pada LG Magic Remote untuk memulakan. Sebagai contoh, pengguna boleh menyemak cuaca dengan hanya meminta LG AI TV dan teknologi AI perbualannya akan memberi mereka ramalan penuh.",
"LG OLED TV dan NanoCell TV mempunyai LG TV Dashboard yang juga boleh mengawal LG Smart Appliances. Dengan hanya satu alat kawalan jauh, TV membolehkan pengguna menyambung peralatan rumah mereka.",
"Masa Cucian Intuitif dan Cekap (LG Front Loader)",
"Pada tahun 2019, pemuat depan LG direka untuk lebih pantas berbanding sebelum ini. Ia juga memaparkan semua inovasi AI DD yang baru, yang bukan sahaja mengesan berat beban, tetapi juga menganalisis ciri-ciri pakaian, sama ada lembut atau sengit dan memutuskan corak pencucian yang paling sesuai, yang dikumpulkan berdasarkan 20,000 data terkumpul. Teknologi ini akan membantu mengurangkan kerosakan kain sehingga 18% daripada jenis konvensional.",
"Ditambah dengan teknologi LG SmartThinQ ™, pengguna juga boleh mengendalikan pakaian mereka dari jauh dan memuat turun tetapan kitaran tambahan. Sebagai contoh, bagi mereka yang sentiasa pergi untuk perniagaan, dengan aplikasi Smart ThinQ mereka dengan mudah boleh menyokong",
"Wah! memang hebat dengan rangkaian teknologi untuk rumah pintar yang dibawa oleh LG elektronik ini. Jadi apa lagi tepuk dada tanya selera apa pilihan hati untuk kediaman pintar anda!",
"Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan selebriti popular tanah air, Nurul Jannah Binti Muner atau lebih mesra disapa Janna Nick. Sebelum ini, anak kelahiran asal Sungai Petani, Kedah ini telah mendapat perhatian ramai selepas dikhabarkan telah berjaya memiliki sebuah rumah idamannya sekitar bulan September yang lalu. ",
"Penerima Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-34 ini berkongsi khabar berita gembira itu bersama orang ramai menerusi beberapa entri di akaun laman media sosial miliknya. ",
"Selain menjadi perhatian dan perbualan hangat di kalangan orang ramai, sikap yang ditonjolkan oleh Janna dengan membuat persediaan awal membeli sebuah rumah sebelum mencecah usia 30 tahun mendapat pujian. ",
"Keperibadian yang ditonjolkan oleh Janna ini bukan sahaja hanya meraih perhatian malah telah menjadi contoh teladan yang baik kepada orang ramai khususnya golongan anak muda. ",
"Bak kata orang, sedikit sebanyak dengan semangat yang ditonjolkan oleh Janna ini boleh dijadikan sebagai satu sumber inspirasi dan pemangkin semangat. Betul tak? ",
"Jadi, kami di IMPIANA ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Janna. Semoga terus sukses dalam kerjaya yang diceburinya pada masa akan datang. "
] |
https://www.impiana.my/doktor-ini-kongsi-rahsia-hasilkan-teh-pegaga-untuk-ringankan-penyakit-darah-tinggi/ | Doktor Ini Kongsi Rahsia Hasilkan Teh Pegaga Untuk Ringankan Penyakit Darah Tinggi | [
"Kajian demi kajian telah dilakukan oleh Dr Ghani dan dibukukan oleh beliau tentang bagaimana tumbuh-tumbuhan ini mampu mengatasi pelbagai masalah penyakit kronik seperti darah, tinggi dan juga diabetes. Malah menurut statistik, terdapat 30% daripada rakyat Malaysia yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi yang merupakan pembunuh senyap dan paling digeruni ia mampu membuatkan seseorang diserang strok secara tiba-tiba.",
"Cara-cara menghasilkan teh pegaga untuk penyakit darah tinggi",
"Memng seronok tengok rama-rama datang memeriahkan laman. Ia bukan sekadar menjadi tetamu malah menjadi agen pendebungaan. Tapi, ada satu masalah yang ramai pekebun, petani atau pemilik laman paling tak suka iaitu apabila tanaman gondol di makan beluncas. Ulat bulu atau beluncas merupakan satu kitaran hidup sebelum menjadi seekor rama-rama atau kupu-kupu yang cantik.",
"Tapi, jangan khuatir. Ini tidak bermakna tanaman anda mati. Pokok yang baru lepas dimakan beluncas akan tumbuh tunas baru malah lebih cantik. Cuma sakit lah hati dan mata tengok pokok yang dititip cantik tiba-tiba gondol. Terdapat beberapa langkah dan cara untuk mengatasi masalah serangan ulat beluncas tanpa menggunakan racun kimia. Antaranya ialah:",
"1. Kutip menual \nSecara amnya, ulat bulu atau beluncas amat mudah dilihat dengan mata kasar. Namun ada beberapa spesis yang sukar dikesan kerana warnanya akan menyerupai daun atau tanaman yang diserang. Jadi, jika anda kesan bahagian pucuk tiba-tiba lenyap, segera periksa pada keseluruah pokok termasuk bahagian bawah daun. Kebiasaany, beluncas menyerang bahagian pucuk. Bila dah kenyang, ia akan bersembunyi di bawah daun. Kalau perasan kehadirannya, kutip secara manual dan letakkan di dalam larutan air sabun untuk mematikannya.",
"Cara ini memerlukan ketelitian dan tuntutan masa. Anda perlu sentiasa periksa dan kenal pasti sebarang perubahan fizikal tanaman. Jika tidak, pokok boleh gondol bila dibiarkan sahaja.",
"2. Pasang jaring \nKenalpasti tanaman yang selalu berpotensi menjadi tempat persinggahan kupu-kupu dan rama-rama. Selepas itu, pasang kan jaring pada keseluruhan pokok bagi mengelak dari disinggah rama-rama. Pastikan jaring yang digunakan bersaiz kecil dan tidak mampu dimasuki rama-rama. Namun, jangan jaring pada tanaman yang memerlukan agen pendebungaan seperti lebah. Nanti pokok tak berbuah pula",
"3. Menarik pemangsa \nBurung dan tabuan adalah ancaman utama kepada ulat beluncas. Untuk mengatasi masalah serangan beluncas secara biologi, apa kata jemput haiwan pemangsa ini untuk datang ke laman anda. kalau nak tarik kehadiran burung, anda boleh sediakan bekas minuman dan mandi (birdbath) serta sediakan makanan. Mankala kalau nak menarik kunjungan lebah, tanambeberapa tanaman yang menjadi kegemaran seperti jintan manis, ketumbar, lobak merah, parsley dan saderi. Biarkan tanaman-tanaman ini berbunga. Biji benihnya nanti boleh lah disemai untuk dijadikan benih. Sementara itu, bunganya diminati lebah",
"4. Rancang tanaman \nElak tanam, tanaman yang diminati ulat beluncas secara berdekatan atau bersebelahan. Seperti contoh pokok sitrus dan durian belanda. tanaman ini amat digemari oleh rama-rama untuk dijadikan tempat bertelur. Oleh itu, elakkan untuk menanaman tanaman ini secara berkelompok atau dekat untuk mengurangkan risiko terhadap tanaman yang lain.",
"5. Racun serangga organik \nBila terdapat tanda-tanda serangan ulat beluncas, segera ambil tindakkan. Jika pencarian sudah selesai dilakukan. semburkan seluruh tanaman yang diserang dengan racun serangga. Antara racun serangga yang kerap menjadi pilihan adalah campuran cili dan bawang putih. Selain itu juga anda boleh cuba beberapa resepi racun serangga lain yang mujarab. Namun perlu diingat. Semburan perlu dilakukan secara menyeluruh termasuklah bahagian bawah daun.",
"Bawang putih antara bahan utama dalam kebanyakkan masakkan tidak kira tradisional masakkan cina india mahupun barat. Adakalanya ia juga dijadikan ramuan di dalam remedi kesihatan. Tahukah anda bahawa aroma dan rasa daun bawang putih lebih sedap berbanding daun bawang?",
"Selain itu juga, untuk di kebun atau laman, ia sesuai digunakan untuk mencegah serangga perosak seperti yang pernah di paparkan di dalam artikel 5 Racun Serangga Organik Yang Wajib Anda Cuba.",
"Untuk memperoleh bawang putih, kebiasaannya anda akan beli kan. Apa kata, kita tanam sendiri.Bukan sekadar hasilnya lebih hebat, malah ia mampun mengawal serangga perosak secara biologi",
"Cara-cara tanam bawang putih dalam pasu",
"1. Pecahkan labu bawang putih menjadi ulas. Hanya ulas bersaiz matang yang sesuai disemai",
"2. Sediakan medium tanaman yang mengandungi pasir dan dan peroi. Bawang putih tidak memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap. Oleh itu, pilih bekas yang mempunyai lubang saliran. Jika tidak bawang nya mudah rosak.",
"3. Tanam ulas bawang secara menegak. Pastikan muncung bawang menghala ke atas kerana dari bahagian tersebut tunas nya akan keluar.",
"4. Bila bawang putih dah mengeluarkan tunas, hanya siram bila media nampak kering. Anak bawang putih tidak suka tanah yang digenangi air.",
"5. Sekiranya pokok bawang putih ini berbunga, potong bunga ini untuk kekalkan bau bawang putih.",
"6. Boleh tuai daun bawang putih bila terdapat 5 atau 6 helai daun padai satu pokok.",
"7. Daun bawang putih sesuai digunakan sebagai ramuan di dalam mee goreng, sup dan sebagainya. Aroma nya lagi sedap dari daun bawang",
"8. Boleh dibuat companion planting antara pokok cili/sayuran berdaun, bagi mengelakkan serangga perosak tanaman",
"9. Nak pokok bawang putih jadi labu/bulb bila daun mula menguning berhenti siram. Tuai bila daun semua menguning. Cabut dan jgn basuh. Ketuk-ketuk kan tanah yang melekat pada labu bawang dan simpan di tempat kering.",
"Sumber: Sara Saad",
"Pengalaman mengembara dan melihat pemandangan indah hasil kunjungan ke pelbagai tempat menjadi inspirasi pemilik untuk mereka bentuk laman ini. Paling unik kebanyakan kerja-kerja kayu dan menukang dilakukan sendiri. Pemilik yang berkebolehan bertukang mengaplikasikan kemahirannya dengan menghasilkan pelbagai binaan utama yang digunakan di dalam laman ini termasuklah pembinaan anjung rumah berkonsepkan desa. Jom kita intai kediaman pemilik di Kajang iaitu Dato’ Syah dan Datin Emma.",
"Konsep tradisional dapat dilihat di persekitaran luar rumah ini lagi. Bahagian anjung kereta bertutup dan pintu pagar menggunakan kayu cengal dengan ukiran awan larat menonjolkan reka bentuk tradisional jika dilihat dari luar lot rumah ini.",
"Namun berlainan pula ceritanya apabila kaki melangkah masuk ke dalam unit rumah ini. Reka bentuk kontemporari diketengahkan dan diolah dengan ringkas. Water feature sebagai sense of welcome, menyajikan kedamaian pada sesiapa sahaja yang melangkah kaki memasuki unit kediaman ini. Ditambah dengan kehadiran water curtain yang menyerlahkan lagi impak visual, di samping ikan hiasan diletakkan di dalam akuarium di bahagian bawahnya menghidupkan lagi suasana.",
"Dari pengamatan penulis, di anjung kereta jelas kelihatan sebuah taman menghijau pada sisi kanan unit kediaman ini. Latar sempadan unit kediaman dikelilingi dengan pagar kayu setinggi 1.5 meter dan dihiasi dengan tumbuhan tropika di bahagian dalamnya. Kekuatan landskap lembut kediaman dikuatkan lagi dengan kehadiran Foxtail palm, yang berperanan besar di ruangan ini kerana tekstur daunnya bagaikan menari-nari mengelilingi pelepah mewujudkan kepelbagaian tekstur pada penggunaan softscape. Secara tidak langsung keharmonian dan keseimbangan pada softscape di sini memberi nilai tambah pada penampilan keseluruhan kediaman.",
"Di bahagian bawah Foxtail palm, ditanam pula tumbuhan pagaran iaitu Heliconia spp. menyerlahkan lagi suasana tropika. Untuk mewujudkan cetusan warna, pokok mawar dan beberapa tumbuhan parennial lain ditanam pada ruangan ini. Bangku taman yang dicat putih turut membantu menceriakan laman ini.",
"Tradisinya, sesebuah taman yang menampilkan konsep tropika mahupun tradisional akan menggunakan pergola sebagai elemen terpenting. Justeru pergola yang dibina sendiri oleh pemilik menutupi sebahagian taman ini menjadi signature ruang luar kediamannya. Ciccuss menjalar ke keseluruhan permukaan pergola dan melindungi kawasan ini dari terik matahari. Kesempatan itu digunakan oleh pemilik untuk menyediakan bangku dan meja taman untuk memudahkan mereka beraktiviti. Ruang ini kerap dijadikan sebagai ruang santai terutama apabila dikunjungi oleh saudara mara dan sahabat handai.",
"Bagi mewujudkan line movement dalam reka bentuk taman ini, pemilik telah menggunakan railway slipper yang dijadikan sebagai stepping stone menghubungkan anjung kereta dengan patio. Ia sedikit sebanyak dapat membantu mewujudkan prinsip reka bentuk dengan mencetuskan impak secara horizontal untuk menyeimbangkan struktur vertical yang terbentuk oleh softscape dan hardscape yang digunakan. ",
"Di sudut bertentangan dengan ruang makan, pemilik telah membina sebuah water feature sebagai instrumen untuk mengurangkan gangguan bunyi dari jalan bersebelahan. Permukaan dinding water curtain yang tidak rata membantu menghasilkan irama apabila air menghempas permukaan batu yang berlekuk merancakkan lagi bunyi desiran air. Elemen ini tidak dibiarkan bersendirian, ia hadir bersama kolam ikan sedalam 1.5 meter yang dihuni oleh ikan koi, ikan kap dan ikan kelah. Kelah memerlukan habitat semula jadi untuk hidup. Oleh itu, pemilik telah menggunakan pam yang berupaya untuk mewujudkan alunan arus deras untuk merangsang tumbesaran ikan kelah tersebut.",
"Kreativiti pemilik tidak terhenti di situ. Untuk mempelbagaikan level, pemilik telah membina sebuah lagi patio berbumbung sarat dengan ukiran. Kepelbagaian level dalam sesuatu binaan dapat membantu untuk memisahkan kegunaan bagi setiap ruang. Patio tersebut dibina tinggi dari lantai laman dan dikelilingi dengan kolam ikan. Bagi mewujudkan kesan terapung, cantilever berukuran 500mm pada lantai patio dibina.",
"Pemilik tidak cerewet dalam pemilihan softscape. “Walau ke manapun saya pergi jika ternampak pokok yang menambat hati, saya akan singgah untuk membelinya. Ada juga pokok yang saya miliki dibeli dari laman rumah orang,” terang pemilik, yang kini gemarkan pokok orkid dan cuba untuk membiakkan tumbuhan tersebut dengan pelbagai cara dan kaedah dalam usaha menambahkan lagi koleksi orkidnya.",
"“Aktiviti penyelenggaraan kebiasaannya dilakukan seawal pagi sebelum ke tempat kerja dan selepas menghantar anak bongsu saya ke sekolah. Semua penyelenggaraan minor akan dilakukan di waktu pagi. Jika memerlukan penyelenggaraan major, kelapangan di waktu petang akan digunakan. Bekerja sendiri memberi kelonggaran kepada saya untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.” Ulas pemilik mengenai rutin jagaan taman yang dilakukan.",
"Untuk membina sebuah outdoor living, kegunaan dan keperluan perlu dikenal pasti dari awal perancangan binaannya. Jika reka bentuk dilakukan dengan teliti dan penuh minat, seisi rumah dapat merasai dan memanfaatkan hasilnya. Kualiti dan jaminan hidup bergantung pada persekitaran yang terbina di samping hubungan antara isi rumahnya terjaga. Oleh itu, curahkan sepenuh jiwa apabila mendedikasikan sesebuah reka bentuk laman itu supaya ia berjaya."
] |
https://www.impiana.my/9-kegunaan-bedak-di-kebun-yang-tak-pernah-anda-cuba/ | 9 Kegunaan Bedak Di Kebun, Yang Paling Best Ia Mampu Melindungi AKAR | [
"Bedak bayi ibarat belerang yang mempunyai pelbagai kegunaanya sama ada untuk bersukan, menyelenggara perkakasan dan termasuklah sebagai remedi untuk kediaman. Bahan yang mudah diperoleh ini juga berupaya membantu tugas-tugas di kebun mahupun ladang anda. Berikut, 9 kegunaan bedak bayi yang perlu anda praktikkan.",
"1. Membasmi kehadiran semut di kebun",
"Taburkan bedak bayi di kawasan laluan semut dan bahagian yang kerap mendapat serangan semut. Semut tidak suka akan tekstur bedak yang berdebu.",
"2. Lindungi akar pokok",
"Masalah reput akar antara silent killer tanaman. Sedar tak sedar, tanaman anda mati secara perlahan-lahan. Untuk mengatasi masalah ini, anda salutkan keseluruhan akar pokok dengan badak bayi. Namun kaedah ini mudah di implimenkan untuk tanaman yang masih di peringkat anak pokok kerana ia tidak mempunyai akar yang banyak.",
"3. Membersihkan haiwan kesayangan",
"Si comel anda kerap menghabiskan masa di laman mahupun kebun. Hal ini akan menyebabkan adanya kekotoran dari kebun yang akan melekat di bulu si comel anda. Cara paling mudah untuk memastikan ia bersih semula adalah dengan melumurkan keseluruhan badan si comel dengan bedak bayi dan sikatkan bulunya ke bawah. Bukan sekadar bersih, bau nya pun macam nak bawa tidur je.",
"4. Penyelamat sarung tangan",
"Pernah tak alami masalah kesakitan atau sukar untuk menanggalkan sarung tangan selepas selesai berkebun? Lain kali, salut keseluruhan tangan anda sehingga di celah-celah jari dengan bedak bayi. Nanti anda tidak mengalami sebarang masalah untuk menanggalkan sarung tangan lagi.",
"5. Segarkan But atau kasut kebun",
"Jika kasut atau but berkebun anda sudah mula mengeluarkan haruman kurang enak, cuci dan keringkan di bawah teduhan. Kemudian letakkan sedikit bedak bayi di dalamnya. Nanti bila anda hendak memulakan tugas berkebun lagi, salut kaki dengan bedak bayi kemudian sarung kan stokin dan baru pakai but anda. Wanginyeeeeee.",
"6. Elak ancaman anak pokok",
"Anak pokok kerap mendapat ancaman haiwan perosak terutamanya siput. Mengatasi masalah ini, taburkan sedikit bedak pada pangkal dan bahagian daun anak pokok. Jangan terlalu banyak light-light sahaja. Tekstur bedak tersebut akan mengganggu pergerakan siput. Namun kaedah ini perlu diulang apabila bedak bayi yang ditaburkan mula hilang.",
"7. Lindungi biji benih",
"Untuk tujuan keselamatan melindungi biji benih yang baru disemai dari sebarang ancaman, salut biji benih dengan sedikit bedak bayi sebelum disemai. Aroma dan teksturnya tidak digemari oleh serangga perosak.",
"8. Penyelamat di waktu malam",
"Laman dan kebun anda kerap dikunjungi oleh haiwan yang aktif di waktu malam seperti musang dan memerang? Taburkan bedak bayi pada laluan yang berpotensi dan tanaman-tanaman yang kerap mendapat ancaman. Mereka tidak gemarkan tekstur bedak yang melekat pada tapak kaki mereka.",
"9. Elak perkakas berkebun anda dari mudah berkarat",
"Masalah perkakas berkebun berkarat akan berlaku jika penjagaan dan penyimpanan baik tidak dilakukan. Dah berkarat mesti nak beli yang baru kan. Apa kata selesai penggunaan, anda basuh perkakas tersebut dan keringkan sepenuhnya. Sebelum simpan, sapu permukaan besi yang berpotensi untuk karat dengan bedak bayi.",
"Terletak di Bukit Gerja, Umbai Melaka, team LAMAN diperkenalkan oleh Jasni iaitu pemilik Homestay LimasTiga kepada Uncle Gan, iaitu pemilik kediaman yang bakal kami kunjungi ini. Mendengarkan cerita tentang taman ini sahaja sudah pun membuatkan penulis teruja. Bagai tidak sabar ingin menjamu mata menikmati taman ‘unik’ seperti yang digambarkan oleh Jasni.",
"Kedatangan kami tanpa di undang, disambut baik oleh Uncle Gan. Sebaik tiba di pintu masuk kediaman, mata penulis begitu tertarik pada reka bentuk pintu masuk kediaman ini. Sebuah pintu gerbang terpampang tulisan Garden D Art di atas sebuah perahu bagaikan memberi gambaran awal penulis bakal memasuki sebuah galeri seni yang nyatanya berbeza dengan yang lain. Paling unik apabila lot tanah uncle Gan ini bukanlah dikelilingi tembok pagar atau seumpamanya tetapi pemilik menanam tanaman renek Eugenia Oleana setinggi 10 kaki sebagai pagaran.",
"Kediaman yang dikelilingi tanah seluas 55,000 kaki persegi ini sememangnya begitu luas dan indah dengan pelbagai binaan dan ornamen oleh pemilik. Minatnya kepada laman boleh dilihat pada seni reka bentuk taman yang 100% dihasilkan sendiri olehnya. Pelbagai barangan antik dan lama tersimpan dengan baik dan diabadikan oleh pemilik di taman, kerana setiap satunya terpahat kenangan akan kisah pengalaman hidupnya sejak muda hingga kini.",
"Memulakan bicara pemilik menyatakan “Uncle sejak umur belasan tahun sudah bekerja sebagai pembalak di dalam hutan tebal. Pada masa itu memang tidak ada peralatan canggih seperti hari ini. Bayangkan kayu-kayu balak bersaiz gergasi perlu diangkat ke atas lori dan dalam masa yang sama terdapat pula pelbagai ancaman dari haiwan liar. Bermula sebagai pembalak itulah uncle mula terjumpa dengan kayu-kayu hutan berkualiti tinggi yang terbuang lalu dibawa balik ke rumah,” ungkapnya ramah.",
"Pekerjaannya pada ketika itu membawa pemilik ke serata tempat yang tidak mungkin terjangkau oleh kebanyakan orang. Dari situlah dirinya menemui pelbagai barangan unik yang kini menjadi hiasan laman kediamannya. Paling menarik perhatian penulis adalah sampan dan binaan gazebo yang menggunakan kayu teras asli seperti cengal dan medang. Semua struktur kekal taman dibina sendiri oleh pemilik menggunakan tulang empat keratnya. Walaupun mengambil masa yang agak lama tetapi hasilnya begitu menakjubkan dan paling penting memberi kepuasan pada minatnya.",
"“Selain bekerja di hutan, uncle juga bekerja menjual pokok hiasan landskap dan selalu mendapat tempahan dari orang ramai dan kenalan. Mana-mana lebihan pokok yang tidak diambil pelanggan, uncle tanam di rumah. Selain itu uncle juga peminat bonsai. Malah uncle banyak memasuki pertandingan seperti Pertandingan Bonsai Suiseki dan berjaya memenangi banyak anugerah. Semua yang dilakukan banyak didorong oleh faktor minat barulah kita rasa gembira dan sihat,”ungkap pemilik panjang lebar dan turut membuatkan kami teruja mendengar kisahnya.",
"Melihatkan halaman kediaman pemilik, hamparan tanah yang luas tidak dibiarkan mendatar sebaliknya mounding dibentuk agar halaman kelihatan lebih natural dengan rumput menghijau di sekelilingnya. Di samping itu, pokok-pokok cycas berusia 100 tahun lebih menjadi penyeri sudut dengan peletakan bongkah batu melengkapi latar pemandangan kediaman ini. Kemahiran pemilik dalam bertukang digunakan sebaiknya dengan menghasilkan pelbagai elemen dekorasi taman dengan begitu kreatif.",
"“Dengan usia yang sebegini uncle sudah tidak mampu untuk bekerja keras di hutan lagi. Masa yang terluang banyak dihabiskan dengan bertaman. Uncle juga baru saja menyiapkan sebuah homestay dua tingkat di dalam lot tanah ini. Pembinaannya mengambil masa tiga tahun menggunakan kayu cengal, balau dan meranti. Terasa rugi jika masa berlalu tanpa melakukan apa-apa, sebab itu uncle banyak isi masa dengan bertukang,” tambahnya lagi.",
"“Uncle juga minat mengumpul barangan lama. Ke mana sahaja uncle pergi andai terjumpa dengan tembikar, tempayan atau perabot lama, pasti sedaya upaya akan cuba mendapatkan barang tersebut. Ini kerana barang lama banyak meninggalkan nostalgia. secara tidak langsung kita akan mengimbas kembali zaman kita dilahirkan dan dibesarkan,” tambah uncle sambil memainkan lagu dari koleksi piring hitamnya.",
"Perkongsian yang cukup manfaat, lelaki ini kongsikan teknik dan cara bagaimana cara dia menanam sayur sawi, bayam merah, bayam brazil di belakang rumah. Mudah dan cepat untuk tuai hasilnya.",
"Kajian demi kajian telah dilakukan oleh Dr Ghani dan dibukukan oleh beliau tentang bagaimana tumbuh-tumbuhan ini mampu mengatasi pelbagai masalah penyakit kronik seperti darah, tinggi dan juga diabetes. Malah menurut statistik, terdapat 30% daripada rakyat Malaysia yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi yang merupakan pembunuh senyap dan paling digeruni ia mampu membuatkan seseorang diserang strok secara tiba-tiba.",
"Cara-cara menghasilkan teh pegaga untuk penyakit darah tinggi"
] |
https://www.impiana.my/12-idea-ruang-tamu-pasti-gigit-jari/ | 12 Idea Ruang Tamu, Pasti Gigit Jari | [
"Bukan semua orang ada keberanian untuk memilih sofa atau tempat duduk di ruang tamu dengan warna-warna yang terang seperti merah, biru atau ungu. Bukan sahaja takut ruang tampak sesak malah bimbang tidak berpadanan andatara satu sama lain. Jadi IMPIANA kongsikan gaya ruang tamu yang di hiasi dengan sofa rona terang.",
"Bukan mudah nak membina kediaman idaman yang menepati citarasa kita. Perkara ini biasanya memerlukan perancangan yang teliti dan tidak boleh terburu-buru. Pemilik perlu membuat kajian yang menyeluruh bermula dari kontraktor yang diupah, bahan-bahan yang ingin digunakan, hinggalah ke detailing untuk rekabentuk dalaman bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Pemilik tidak sepatutnya lepas tangan dan menyerahkan bulat-bulat kepada kontraktor. Bukan apa, takut menyesal di kemudian hari.",
"Cantik, menarik tetapi praktikal adalah ungkapan yang sesuai tatkala melihat kediaman Puan Mahwiza Nahrowi di Senaling, Negeri Sembilan ini. Kediaman yang mula dibina pada awal Ramadhan lalu telah pun siap dibina sepenuhnya selepas 5 minggu. Hebat kan? pemilik dan suami disertai seorang anak perempuan comel baru sahaja pindah masuk ke rumah berukuran 824 kaki persegi ini pada minggu kedua raya.",
"Menurutnya, rumah ini dibina di atas tanah pusaka ibu mertuanya yang tinggal tidak jauh dari situ. Puan Mahwiza merancang untuk bertukar angin dari Shah Alam ke Negeri Sembilan selepas suaminya mendapat kerja di Nilai selain ingin tinggal dekat dengan ibu serta neneknya di kampung. Dengan kos RM65k, rumah yang mengandungi 2 bilik tidur dan 2 bilik air ini dibina menggunakan besi hollow sebagai rangka dan papan fashia sebagai dinding. Ruang di bahagian dalam pula diasingkan mengguna kan papan gipsum. Sungguh jimat dan kos efektif! Jadi sudah terbukti, tidak perlu berbelanja lebih dari bajet jika kita bijak merancang dan mengawal perbelanjaan.",
"Berikut merupakan gambar yang telah Puan Mahwiza kongsikan dengan IMPIANA. Selamat mendeko pembaca semua!",
"Anda mempunyai kitchen kabinet berusia lebih dari 10 tahun? Sudah bosan dan ingin membina yang baru? Apa kata anda cat sahaja bukan saja nampak baru tapi ribuan duit juga dapat dijimatkan.",
"Barang-barang",
"Tanggalkan semua engsel/tombol yang terdapat pada kabinet dapur anda.",
"Setelah ditanggalkan letakkan ia dalam satu bekas agar senang apabila ingin dipasang nanti. Kemudian tandakan semua tempat dengan tape atau buat label agar ketika memasang nanti tidak tersalah tempat.",
"Alaskan plastik atau kertas suratkhabar sebagai lapik kepada semua pintu kabinet yang telah ditanggalkan. Ini agar kerja-kerja mengecat anda tidak merosakkan lantai atau barangan lain.",
"Gunakan pembersih untuk membersihkan pintu kabinet. Anda juga boleh mencucinya menggunakan campuran cuka dengan air atau pun sabun. Lap sebersihnya hilang tanggal semua daki, kotoran hitam dan sawang. Gunakan vacuum untuk memudahkan kerja.",
"Setelah bersih anda boleh bersedia untuk proses seterusnya. Dengan menggunakan kertas pasir, sapu permukaan kayu kabinet dengan kertas pasir untuk melicinkan dan juga menghaluskan permukaannya. Ini dapat mencantikkan lagi permukaannya apabila siap dicat kelak.",
"Cat pintu kayu kabinet dengan cat water based untuk lapisan pertama. Setelah itu biarkan ia betul-betul kering. Proses ini mungkin mengambil masa semalaman.",
"Setelah selesai sapukan pula cat kayu tadi. Gunakan apa sahaja warna yang anda sukai. Biarkan kering.",
"Pasangkan kembali pintu kabinet. Kemudian tombol juga perlu dicat barulah nampak sempurna. Anda juga boleh menukar tombol baru mengikut citarasa.",
"LIHATLAH HASILNYA MEMANG NAMPAK BARU.",
"Sumber: http://www.littledekonings.com",
"Keseluruhan, asal kediaman ini mempunyai 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Namun, selesai renovasi kediaman moden glam ini hanya mempunyai 3 bilik tidur dan 1 bilik air. Satu bilik telah diubah menjadi ruang surau dan sebagai tambahan, pemilik membina loteng,",
"“Dua tahun lepas, saya memilih konsep industrial indoor dan pada tahun ini saya cuba untuk mengikuti trend terkini dengan memilih tema modern glam dengan perincian wainscoting dalam menghias dinding di rumah saya”, jelasnya.",
"“Agak sukar untuk memastikan kediamana ini sentiasa dalam keadaan kemas memandang saya mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. Sebagai langkah proaktif, saya dan isteri akan mengemas rumah terlebih dahulu sebelum tidur dan pergi kerja.” Tambah pemilik",
"Bagi mengatasi pembaziran, perabot lama yang tidak bersesuaian dengan tema atau tataman konsep baru akan di jual. Hasil jualan, digunakan pemilik sebagai modal untuk membeli perabit baru yang bersesuaian. Masa yang diepruntukkan untuk renovasi kediaman ini adalah satu bulan dengan bantuan pelajar jurusan vokasional di bawah bimbingan pemilik. Tugas-tugas renovasi dilakukan diluar waktu belajar. Melihat kepada pilihan warna, pemilik menggabungkan warna kelabu sebagai ronan utama yang dipadukan dengan lantai vinyl membangkitkan lagi seri. Selain pencahayaan dari lampu siling, sebagai tambahan beberapa biji floor lamp dan table lamp turut digunkan untuk memperincikan lagi setiap sudut.",
"Sebelum",
"Selepas"
] |
https://www.impiana.my/guna-sabun-basuh-pinggan-jer-lantai-rumah-boleh-berkilat/ | Lantai Lebih Berkilat Selepas Mop Dengan Sabun Basuh Pinggan | [
"Sabun basuh pinggan boleh buat lantai rumah berkilat. Ramai yang mempunyai masalah lantai rumah nampak kusam tak berkilat macam dulu-dulu. Macam-macam petua la digunakan untuk nak nampakkan lantai rumah berkilat macam diamond. Malangnya lepas sahaja mop lantai guna pencuci lantai biasa, habuk dan pasir mula lekat balik dan kesan kilat tu pun hilang.",
"Katanya, petua nak bagi licin dan kilat tiles rumah, guna sunlight je gaisss. Letak sikit je then bancuh laa dgn air paip pastu mop laa sambil dengar Youtube.",
"Sebelum ini beliau pun mop guna sabun lantai Ajax, hampir 10 x mop debu2 pasir maasih kelihatan kesan dari renovation rumah, guna sunlight sekali je teros bersinar.",
"Tambahnya lagi petua ni di kongsikan oleh saudara ibunya yang ada membuat cleaning services. Patutlah lantai di Mall nampak bersinar ja kan.",
"Tunggu apa lagi jom cuba. Jom beli sabun basuh pinggan Sunlight",
"Lantai rumah yang berkilat memang memainkan peranan penting untuk semua pemilik rumah. Kalau lantai tidak berkilat suasana rumah tu pasti nampak tak berseri. Walaupun dekor cun macam mana pun kalau lantai tak berseri pasti hilang aura seri rumah itu.",
"Boleh cuba perkongsian INI!",
"Caranya:",
"1. Bersihkan dan buang semua habuk pada bilah dan jaring kipas seperti biasa.",
"2. Campurkan pelembut pakaian, cuka dan air kedalam bekas kosong yang lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 untuk setiap bahan.",
"3. Kacau sebati kesemua bahan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol spray yang bersih supaya lebih mudah untuk digunakan.",
"4. Semburkan campuran tersebut pada permukaan bilah dan jaring kipas sehingga rata.",
"5. Biarkan cecair pada kipas selama 5 minit sebelum di lap dengan kain yang lembap.",
"6. Kemudian keringkan kipas yang telah di lap tadi dan kipas sudah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat.",
"7. Ulangi semula langkah-langkah diatas antara 2 atau 3 bulan sekali. Semoga berjaya!",
"Masa kecil-kecil kalau ada siaran TV mengenai program jual barang dalam talian, admin suka tengok. Tengok je, bukan beli tau. Sehinggalah kini ia menjadi tren. Al Maklumlah, ada kalanya barang-barang yang dijual dalam talian sangat menarik dan lebih murah dari pasaran.",
"Tapi dalam banyak-banyak barang yang dipaparkan masa admin kecil dulu adalah sekeping besi aluminium. Apa hebatnya barang ni? Kegunaan yang paling menarik hati admin adalah ia mampu menyah beku ikan, daging atau ayam dengan cepat. Masa tu rasa macam best sangat kalau ada alat tu. Sebab ia boleh mempercepatkan kerja mak admin. Tak perlu lah lagi merendam ayam atau ikan.Tapi apakan daya, Kecil lagi. Ha, nampak tak bertapa prihatin nya admin masa kecil-kecil terhadap mak. Hehehe..",
"Maka lahirlah satu ilham untuk letakkan sahaja barang beku tadi atas bekas aluminium. Memang lah tak secepat alat yang dijual dalam TV tu. Tapi paling tidak ia masih mengekalkan khasiat ikan atau ayam berbanding direndam dengan air.",
"Tiba-tiba, admin terjumpa perkongsian dari En Syamsul Amir Abdul Manaf yang dikongsikan di dalam page Petua Ibu. Dia pun guna kaedah yang sama untuk nyah bekukan daging, ayam atau ikan yang baru keluar dari peti ais.",
"Berikut adalah cara yang digunakan untuk nyahbeku barang dari peti ais yang dilakukan oleh En Syamsul:",
"Caranya adalah dengan mengapit daging yang baru keluar dari peti sejuk dengan periuk besi dan tudung periuk besi dan biarkan selama 30 minit.. Anda akan dapat lihat kesannya",
"Apa logiknya guna periuk besi? Periuk besi berfungsi sebagai konduktor haba. Di sekeliling periuk besi tu ada udara. Haba suhu bilik akan dipindahkan dari udara kepada daging yang sejuk tu secara berterusan melalui proses “convection current” melalui periuk besi",
"Jadi, untuk memastikan ayam atau ikan tadi cepat dinyah beku kan, sebaiknya pastikan setiap permukaan ayam atau ikan tadi bersentuhan dengan permukaan periuk.",
"Sentul Works terletak di kawasan taman Sentul yang diperluas di Sentul West, Kuala Lumpur, Malaysia di mana kompleks rel Federated Malay States Railway (“FMSR”) didirikan pada tahun 1904. Bangunan kolonial yang berusia seabad ini dulu merupakan markas untuk FMSR di bawah pemerintahan Inggeris.",
"Selama bertahun-tahun, bangunan kolonial ini dengan fasad kolonial batu bata dan konkritnya yang tersendiri menonjol berdiri sebagai fasad berongga di tengah-tengah kanopi pokok-pokok tua taman yang besar sehingga YTL Land Design Group menerajui pemulihannya untuk mewujudkan suasana yang unik untuk sebuah yang serasi penggunaan baru sebagai bangunan pejabat moden.",
"Maklumat ringkas kepada arkitek adalah untuk memastikan bahawa penyesuaian bangunan tidak menyimpang secara material dari seni bina asal bangunan. Yang “baru” tidak boleh mengatasi yang “lama” seperti idealnya, kedua-dua elemen harus wujud bersama untuk mengekspresikan estetika segar pada usia dan warisan bangunan.",
"Susun atur asal Sentul Works terdiri daripada 2 ruang utama yang dipisahkan oleh lorong dua tingkat pusat. Sesuai dengan simetri dalaman bangunan, ruang pejabat pelan bebas baru yang diapit di lorong asal kini berfungsi sebagai atrium ditengah dua ruang ini.",
"Jambatan di tingkat pertama menghubungkan plat lantai pejabat di kedua-dua belah pihak. Sambungan visual terjalin antara penyewa di tingkat bawah dan tingkat pertama dalam persekitaran kerja tanpa kompromi terhadap privasi. Bahagian dalam pejabat dirancang sebagai pelan percuma yang fleksibel, memberikan penyesuaian maksimum kepada penyewa mengikut keperluan kerja mereka.",
"Lantai kedua dan ketiga yang baru membentuk masa baru yang meningkat dari bentuk kolonial yang megah di pangkalan. Tiang keluli dan struktur balok yang menyokong papak lantai baru yang ditinggikan dengan ringan dari tanah disatukan dengan baik namun berstruktur bebas dari struktur kolonial. Ini, pada masa yang sama, membawa cabaran seni bina untuk mewujudkan hubungan antara lama dan baru. Jisim baru dibuat masuk dari blok kolonial utama di bawah ini sebagai kaedah untuk mengekalkan skala dan kehadiran yang lama.",
"Ini adalah sedikit sebanyak tentang perincian yang boleh dinyatakan sebalik binaa Sentul Works ini kemasan tingkap dan susunan batu bata merah ini cukup menyempurnakan perwatakan rekaan ini.",
"Sebilangan balkoni dan tingkap teluk ditambahkan secara strategik ke beberapa bukaan antara grid yang mengunjurkan ke arah bengkel kereta api bersejarah di utara, taman yang subur di sebelah barat, galeri penjualan Tanah YTL di barat daya dan ikon yang melambung tinggi menara The Fennel by YTL Land ke arah timur. Balkoni dan tingkap keluar menimbulkan kejutan dan menyumbang kepada pengabstrakan keseluruhan lapisan atas dengan bahasa formal seni bina kolonial di bawah.",
"Sejuk mata memandang bangunan yang dikelilingi tumbuhan hijau menutupi kawasan ini membuatkan ia tampak lebih redup dan nyaman sentiasa.",
" "
] |
https://www.impiana.my/ini-sebabnya-batas-padi-di-vietnam-penuh-dengan-ros-jepun-yang-anda-tidak-tahu/ | Ini Sebabnya Batas Padi Di Vietnam Penuh Dengan Ros Jepun Yang Anda Tidak Tahu | [
"Bagi mengatasi masalah serangga perosak di sawah padi dan pada masa sama mengurangkan penggunaan racun perosak, sekumpulan pesawah di wilayah Ba Ria-Vung Tau, Vietnam, merintis model penanaman baru dikenali sebagai Sawah Padi Dengan Tebing Berbunga.",
"Menerusi model itu, pesawah menanam pokok bunga di sepanjang tebing atau pinggir sawah untuk menarik kehadiran serangga musuh semula jadi kepada serangga perosak, di samping meningkatkan produktiviti.",
"Model ini adalah sebahagian daripada program untuk mengawal perosak dan penyakit padi menggunakan bioteknologi.",
"Ia dibangunkan Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI) pada 2009 di daerah Cai Lay dan Cai Be wilayah Tien Giang, Vietnam.",
"Matlamatnya untuk memperbaiki sistem botanikal di sawah padi bagi meningkatkan rintangan ekologikal dan mengurangkan penggunaan racun perosak ketika peringkat awal penanaman padi.",
"Pesawah yang menyertai program itu diajar untuk menanam pokok bunga khusus di sekitar sawah padi dan usaha berkenaan menjimatkan kos untuk pembelian racun perosak.",
"Antara yang ditanam adalah bunga ros Jepun, bunga krokot (moss rose), bunga butang ungu, bunga bakung labah-labah merah dan bunga matahari.",
"Kaedah biologi ini yang digunakan secara meluas di Ba Ria-Vung Tau dan dikatakan berkesan membanteras serangga perosak apabila pesawah mendakwa memperoleh hasil tuaian enam tan per hektar pada musim luruh serta tujuh tan perhektar ketika musim sejuk.",
"Berdasarkan maklum balas pesawah, mereka mendakwa pokok bunga berwarna kuning dan putih menghasilkan lebih banyak debunga yang menarik perhatian serangga musuh semula jadi. Malah, serangga perosak tidak ditemui di kawasan sawah yang ditanam pokok kapas.",
"Manfaat model penanaman ini membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar, mewujudkan keseimbangan ekologi di sawah, melindungi kesihatan pesawah dan memperbaiki pengetahuan teknikal mereka termasuk kawalan penyakit di sawah.",
"Pesawah di kawasan Delta Mekong turut menggunakan kaedah sama dan ia didapati mewujudkan persekitaran ekologi yang baik, mengurangkan penyakit epidemik sawah padi dan meningkatkan kualiti produk.",
"Selain itu, pesawah wanita di wilayah Tien Giang yang turut menanam pokok bunga di tepian sawah mereka mendakwa dapat menjimatkan kos kawalan perosak hingga 42 peratus.",
"Serangga musuh perosak dan organisma lain yang menghuni pokok bunga di pinggir sawah membantu mengawal perosak seperti bena perang.",
"Kaedah kawalan perosak dengan model penanaman bunga di sawah padi turut digunakan pesawah di Jepun, Korea dan Thailand.",
"Keindahan bunga berwarna-warni yang mekar dan melatari panorama sawah padi turut menjadi tumpuan pelancong.",
"Sumber: www.hmetro.com.my",
"Dalam diam, sudah dua tahun kita berada dalam belenggu pandemik COVID-19. Kini kita sudah ke fasa endemik masih ada yang mengalami masalah kemurungan akan kesan lalu. Tahukah anda warna dalam kehidupan harian kita mampu memberi sedikit sebanyak perubahan dalam kehidupan harian.",
"IMPIANA kupaskan tentang tip bagaimana warna mampu mempengaruhi kesihatan mental.",
"Kajian menunjukkan bahawa warna adalah faktor yang penting ketika mempertimbangkan bagaimana persekitaran boleh mempengaruhi kesihatan mental kita. Pada dasarnya, kita perlu memerhatikan bagaimana pelbagai warna boleh mempengaruhi keadaan minda – termasuklah emosi dan tingkah laku kita. Apabila berhadapan dengan pandemik sejagat yang berlarutan ini, perhatian perlu diberikan kepada kesihatan dan kesejahteraan. Ini digambarkan dalam Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), di mana salah satu fokusnya adalah untuk memastikan kehidupan yang lebih sihat sambil meningkatkan kesejahteraan pada semua peringkat umur (SDG 3) sebagai sebahagian daripada kerangka pembangunan lestarinya.",
"Kajian warna menunjukkan bahawa biru dan hijau boleh menghasilkan suasana yang menenangkan, jingga dan kuning sebagai perangsang selera, merah dan merah jambu sebagai pembangkit semangat dan tenaga dan ungu untuk meningkatkan kreativiti dan produktivitii. Namun, perasaan setiap orang terhadap warna adalah unik kerana ia biasanya berlandaskan pengalaman peribadi atau budayaii. Memandangkan warna mempunyai impak yang besar pada emosi, perasaan dan tingkah laku, maka ada baiknya kita menyelidik warna-warna yang boleh mempengaruhi kesihatan mental kita secara positif sepanjang tempoh PKP ini.",
"Dulux, jenama cat hiasan terkemuka dari AkzoNobel, menawarkan lebih daripada 2,000 pilihan warna. Kaleidoskop warna dan rona ini boleh membantu mengubah ruang kediaman untuk memenuhi keperluan peribadi setiap orang. Pelbagai produk juga menawarkan fungsi yang dipertingkatkan, seperti ciri antibakteria dan kalis noda dalam Dulux EasyCleanTM. Apabila disapukan dengan betul, satu lapisan perlindungan akan terbentuk yang menghalang pertumbuhan bakteria dan boleh menangkis noda secara berkesan. Kedua-dua ciri antibakteria dan kalis noda ini sangat berguna dalam kediaman yang mempunyai anak-anak kecil.",
"Apabila warna menjadi penting",
"Dalam soal pemilihan warna, memilih rona hijau bumi dan menggandingkannya dengan rona biru boleh memberikan suasana yang santai dan menyegarkan untuk minda dan tubuh. Kita lihat bilik tidur, contohnya. Di sinilah tempat untuk kita tidur dan mencergaskan kembali tubuh. Inilah ruang yang sepatutnya mewujudkan ketenangan untuk memboleh kita mendapat tidur yang lebih berkualiti. Contohnya, bilik tidur yang menggunakan nada warna biru redup yang menenangkan seperti Brooding Storm (87BG 27/077) yang digandingkan dengan warna hijau cerah seperti Grey Jeans (45GY 55/052) boleh mewujudkan suasana yang tenang dan damai untuk badan berehat selain mengurangkan tekanan dan kegelisahan.",
"Gambar 1: Bilik tidur yang tenang dicat dengan Brooding Storm (87BG 27/077) dan Grey Jeans (45GY 55/052)",
"Ruang lain di mana ramai daripada kita menghabiskan banyak masa dan tenaga ialah bilik belajar atau pejabat di rumah. Inilah ruang di mana kita biasanya berada pada tahap paling produktif, maka penting untuk menjadikan ruang ini sebagai persekitaran yang merangsang kreativiti. Padanan ungu lembut dan warna-warna pudar atau keputihan seperti Timescape (70YR 50/086) sebagai latar dinding utama dan After the Rain (10YR 73/038) untuk siling adalah paling sesuai dalam mewujudkan persekitaran yang menenangkan dan produktif di mana orang dewasa dan kanak-kanak boleh bekerja dan belajar. Keanggunan warna putih melengkapi ungu lembut dan memberikan ruang ini nilai estetika yang tidak lapuk dek zaman, di samping turut mendorong kreativiti dan produktiviti.",
"Foto 2: Ruang belajar yang menenangkan dicat dengan Timescape (70YR 50/086) dan After the Rain (10YR 73/038)",
"Sekarang mari kita beralih ke ruang tamu pula. Ia sepatutnya mempunyai persekitaran yang meriah dan menarik, kerana ruang tamu adalah tempat untuk kita bersosial dan menghabiskan banyak masa bersama. Menggunakan rona tanah seperti Warna Pilihan Tahunan (Colour of the Year) Dulux, Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106) boleh mewujudkan suasana yang diinginkan.",
"Gambar 3: Ruang tamu yang terbuka di latari warna Brave Ground atau Wright Stone (10YY 30/106)",
"“Apapun warna yang anda putuskan, penting untuk diingatkan bahawa warna yang kita pilih sebagai latar dinding memainkan peranan utama dalam mengekalkan kesejahteraan mental kita secara keseluruhan. Dan AkzoNobel berbesar hati membantu para pelanggan mencipta ruang kediaman yang sempurna untuk mereka,” kata Heleen van Gent, Pengarah Kreatif Pusat Aestetika Global AkzoNobel. “Inilah sebabnya AkzoNobel melancarkan Warna Pilihan Tahunan (Colour of the Year) setiap tahun, untuk membolehkan pelanggan mengecat rumah mereka dengan warna yang relevan dan benar-benar menggambarkan suasananya,” tambahnya.",
"Malah, kajian warna berkenaan selari dengan pendekatan syarikat terhadap kelestarian. Dikenali sebagai ‘People. Planet. Paint.’ ia direka bagi memastikan produk AkzoNobel mempunyai impak yang positif. Ini termasuklah menjaga dan mengutamakan kesihatan serta kesejahteraan manusia di mana sahaja, di samping menyediakan penyelesaian lestari melalui inovasi berterusan. Sementara itu, inisiatif global syarikat ‘Let’s Colour’, telah mengubah dan meningkatkan kehidupan masyarakat selama lebih daripada 10 tahun, menggunakan kuasa cat untuk menjadikan ruang kediaman lebih ceria, sesuai didiami dan menyenangkan.",
"Wah! Ini memang satu khabar berita gembira buat anda semua pengumpul koleksi barangan jenama Starbucks kerana telah mengadakan jualan murah untuk kesemua ‘mechandise’ bermula 29 September sehingga 2 Oktober depan. ",
"Pelbagai barangan Starbucks yang dijual dengan harga yang murah antaranya botol air, cawan, gelas dan aksesori seperti beg serta rantai kunci. ",
" ",
"Untuk pengetahuan anda, Starbuck telah mengadakan jualan murah dan diskaun pemotongan harga untuk kesemua barangan ‘merchandise’ jenama tersebut di Event Hall 2, Tingkat 5, The Starling Mall, Petaling Jaya. ",
"Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat pergi ke lokasi jualan murah dan dapatkan barangan ‘merchandise’ kegemaran anda sebelum kehabisan stok. Memang murah kaw-kaw!",
"Sumber: Instagram KL Foodie",
"Ada atau tidak di kalangan anda yang sememangnya pencinta bunga Tulip yang mudah didapati kawasan selatan Eropah ini? Mesti anda teringin untuk menanam tumbuhan ini di kawasan laman dan ruang dalam kediaman anda, betul tak?",
"Meski tumbuhan ini sukar untuk membiak dengan ekosistem di kawasan Asia, kini tidak lagi kerana sudah ada cara yang mudah untuk menanam tumbuhan cantik ini di kediaman anda. ",
"Apa yang cuma perlukan adalah benih pokok Tulip dan kemudian di tanam dalam pasu atau bekas yang berisi air sahaja. Memang mudah kan? ",
"Lihat lah hasilnya, memang sangat menakjubkan dan anda tidak perlu risau kerana anda boleh sahaja benih pokok Tulip ini dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. ",
"Sumber: Facebook Kerja Dari Rumah "
] |
https://www.impiana.my/checklist-perkara-wajib-tahu-sebelum-bina-kabinet-dapur/ | ‘Checklist’ Perkara Wajib Tahu Sebelum Bina Kabinet Dapur | [
"‘Checklist’ perkara wajib tahu sebelum bina kabinet dapur, barulah memuaskan hati. Terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu teliti sebelum membuat keputusan untuk menempah kabinet dapur anda.",
"Perkara-perkara yang perlu diambil kira termasuklah kegunaan, bajet, dan juga konsep yang anda mahukan. Oleh itu, anda perlulah dapatkan nasihat daripada pakar sebelum membuat keputusan untuk menempah kabinet dapur yang anda mahukan.",
"Berikut dikongsikan berapa tip sebelum anda mengambil keputusan untuk menempah kabinet dapur.",
"Pelan lantai",
"Pastikan pelan lantai anda cukup untuk ruang kabinet yang dirancang. Adakala kita terlalu bercita-cita tinggi sehingga, angan-angan melebihi realiti. Senaraikan apa yang anda perlu dari sebuah dapur. Bukan yang anda mahu. Ini termasuklah ruang untuk dapur basah dan dapur kering.",
"Di sesetengah pelan lantai, ruang mencuci juga sebahagian daripada dapur basah. Jadi saliran air masuk dan keluar perlu anda tahu. Begitu juga jika membuat pengubah suaian. Jangan alpa mengenai aliran udara masuk dan keluar kerana ia merupakan faktor keselamatan yang sangat penting. Malah anda yang kidal juga perlu memberi tahu pereka agar lokasi memasak anda tidak menjadikan anda kekok di dapur.",
"Jenis-Jenis Material ",
"Benar bila bercakap soal dapur, siapa yang tidak mahu sebuah dapur yang mewah dan cantik. Di bina dengan material paling unggul. Namun kita perlu berpijak di bumi nyata. Tidak salah kita memilih material yang kurang mahal tetapi nampak cantik dan serasi pula dengan konsep kediaman. Cuma, jangan malas bertanya kepada kontraktor anda kelebihan dan kelemahan material yang anda pilih.",
"Jadi dengan ini memudahkan anda untuk menjaga material tersebut sebaik mungkin. Malah jika bijak menjaga ia bukan sahaja tahan lama malah kekal cantik. Biar pun anda memiliki kemasan atau material dapur yang bagus, namun itu tidak bermakna anda bebas mengabaikan dapur anda. Jika permukaan dapur anda sudah kusam, tidak mengapa jika anda menghabiskan masa sekitar dua hari hanya untuk mencanai permukaannya agar kembali bersinar.",
"Ruang Penstoran Yang Sesuai ",
"Apabila mereka bentuk sebuah kabinet , kita boleh merancang rekaan kabinet yang kita mahu. Apakah perkakas dapur yang banyak dalam koleksi. Adakah periuk besar atau koleksi set teh mahu pun spatula yang banyak. Jadi anda boleh menempatkan segala perkakas ini dengan kemas dan tersusun rapi.",
"Ada kabinet dapur yang direka sehingga aras 7’ tinggi sahaja , tetapi ada juga tuan rumah yang mahu kabinetnya tinggi sampai mencecah aras siling. Jadi ia lebih kemas menutupi keseluruhan dinding. Malah kini pereka juga berkongsi idea dengan rekaan dapur terselindung terutama di kediaman ruang terhad. Dapur dilengkapkan dengan pintu berpangsi dan boleh ditutup jika tidak digunakan. Jadi ruang yang sempit ini nampak cantik, kemas dan tidak mengganggu aktiviti lain.",
"Fungsi dan Fantasi",
"Kita acap kali mengimpikan sebuah dapur yang sempurna, sama seperti di dalam iklan. Namun realitinya kita terpaksa berhadapan dengan ruang yang ada di kediaman sendiri dan fitrah diri kita sendiri. Ragam kita apabila di sebuah dapur. Gerak kerja kita dan bagaimana boleh kita memanipulasi sebuah dapur.",
"Ada di antara kita lebih senang memasak sahaja di dapur dan mempunyai kamar membasuh sendiri atau pun ruang membasuh. Ada juga yang suka menggabung semua aktiviti yang memasak, menggosok baju dan membasuh baju di ruang dapur. Jadi anda perlu tahu bagaimana susunan semua peralatan ini agar memudahkan kerja anda di dapur dengan fitrah diri anda terutama jika anda seorang kidal atau kurang upaya.",
"Pilihan Kemasan Terbaik",
"Sesebuah rekaan dapur. Ini merupakan antara langkah yang penting. Anda perlu tahu kemasan yang paling sesuai dengan dapur anda. Baik dari segi harga mahu pun gaya hidup anda. Adakah anda suka memasak atau tidak. Begitu juga adakah anda jenis yang agak comot bekerja atau seorang yang cermat.",
"Kemasan memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi nilai estetika kepada sesebuah konsep dapur. Sama ada legap, high gloss, matte, berkaca kabut dan lain-lain, kemasan ini membentuk karakter yang tersendiri. Ada di antara kemasan ini mudah dibersihkan atau juga yang akan meninggalkan kesan jika tidak dicuci berkali-kali. Anda malas atau rajin, tepuk dada tanya selera.",
"ARTIKEL BERKAITAN:",
"Anda ingin tak memiliki set sofa yang cantik keluaran jenama Ella Furniture?",
"Jom sertai peraduan rakam video dan menang Ella Furniture. Anda berpeluang untuk memenangi set sofa bernilai RM12,000!",
"Bagaimana caranya? Mudah sahaja! Follow akaun tiktok rasmi Impiana dan Ella Furniture sekarang.",
"Rakamkan video berdurasi 1 minit mengapa anda mahukan set sofa baharu dari Ella Furniture.",
"Muatnaik rakaman video tersebut di akaun TikTok, Instagram atau Facebook peribadi anda.",
"Jangan lupa untuk tag Impiana dan Ella Furniture berserta hashtag #EllaXImpiana #EllaXSelebriti",
"Makesure akaun media sosial peribadi anda disetkan mod public! Sertai sekarang!",
"https://youtu.be/I2i-4bsXu3E",
"Kepala paip air pancuran ‘Shower’ mandian di bilik air rumah anda telah rosak? Anda tiada bajet untuk beli baru kerana harganya terlalu mahal? Mesti perkara seperti ini akan merungsingkan anda, betul tak? ",
"Jangan bimbang, kerana ada cara yang mudah boleh anda lakukan untuk mendapatkan kepala pair air pancuran ‘Shower’ mandian tanpa perlu berbelanja besar. ",
"Apa kata, anda hasilkan sendiri kepala paip air pancuran ‘Shower’ ini di rumah dengan hanya paip PVC sahaja. Caranya sememangnya mudah sahaja, anda cuma hanya memerlukan dua bahan sahaja iaitu paip PVC dan penyambung paip PVC. ",
"Cara-caranya, anda perlu memasangkan kedua-dua bahan tersebut dan hasilkan bentuk seperti yang tertera pada gambar di bawah. ",
"Kemudian, tebuk beberapa lubang di bahagian permukaan bawah paip PVC pada kepala paip air pancuran ‘Shower’ untuk saluran air. ",
"Selepas itu, untuk tampak lebih menarik anda boleh warnakan seluruh permukaan luar kepala paip air pancuran ‘Shower’ mandian anda menggunakan cat semburan. ",
"Setelah warna cat semburan telah kering sepenuhnya, anda boleh terus sahaja pasangkan ia di dalam bilik air mandian anda. Mudah sahaja kan? Anda pun boleh membuatnya sendiri di rumah. ",
"Bagi anda yang mahu mendapatkan kedua-dua bahan ini, anda boleh sahaja membelinya di mana-mana kedai ‘hardware’ atau peralatan logam yang berdekatan dengan anda. ",
"Atau, boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. ",
"Foto: Faceboook Deco Rumah Cara Kita ",
"Dapur gas dekat rumah dah pakai bertahun-tahun tapi tiba-tiba api bertukar menjadi oren, habis bontot periuk, kuali dekat dapur tu hitam. Dah jadi satu hal nak sental pulak periuk dan kuali tu kan. Kalau tersilap pegang dengan tangan, baju, muka habis hitam.",
"Bila jadi macam ni mesti ada pasang niat nak beli dapur gas baru kan? Sebenarnya tak perlu pun, ada sahaja jalan tip dan trik untuk kembalikan api dapur anda warna biru.",
"Setiap ruang yang terdapat dalam sesebuah kediaman biasanya dirancang berbeza memandangkan setiap satunya mempunyai fungsi yang berlainan. Bagi memenuhi keperluan aktiviti dalam sesatu ruangan itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah susun atur ruang, jenis perabot dan material yang digunakan. Selain itu, satu faktor penting yang perlu dititikberatkan ialah penataan cahaya. Selain untuk menerangi ruang sesuai dengan aktiviti, penataan cahaya juga penting bagi mewujudkan suasana yang nyaman dan bertepatan dalam ruang tersebut.",
"Ruang Tamu\nRuang tamu merupakan salah satu ruang terpenting dalam sesebuah kediaman. Fungsi utama ruang ini merupakan tempat berkumpulnya tetamu dan ahli keluarga selain digunakan juga sebagai tempat bersantai dihujung minggu atau berehat selepas hari yang panjang. Jadi lampu-lampu yang melengkapi ruangan ini mestilah yang dapat memenuhi kehendak dan aktiviti pengguna.",
"Ruang Makan\nFokus utama penataan cahaya pada ruang makan sudah tentunya pada meja makan. Sebaiknya, letakkan lampu gantung atau pendant light untuk menerangi ruang makan kediaman anda kerana selain bertindak sebagai punca cahaya, lampu gantung juga boleh menjadi titik focal untuk ruang itu.",
"Dapur\nSebuah dapur dengan rekabentuk yang baik biasanya akan mempunyai banyak tingkap untuk memudahkan cahaya semulajadi. Jadi anda boleh pelbagaikan sumber pencahayaan bagi mewujudkan keseimbangan di dapur dengan cara mengurangkan silau dan bayang. Gunakan lampu esen, lampu kerja dan lampu ambient bagi menerangi dapur anda.",
"Bilik Tidur\nBilik tidur juga merupakan ruang privasi buat pemilik beristirehat selain membaca atau membuat kerja sambil berehat. Beberapa jenis lampu harus diletakkan didalam kamar, sesuai dengan kegunaan dan aktiviti yang ingin dikalukan. Downlight dan lampu meja atau floor light sesuai untuk diletakkan didalam bilik tidur anda.",
"Bilik Air\nPencahayaan yang menyeluruh dan terang diperlukan untuk bilik air kerana kebanyakkannya hanya dilengkapi dengan tingkap kecil bagi tujuan pengudaraan ; menjadikannya agak sukar untuk mendapat cahaya semulajadi. Oleh itu anda disarankan untuk memasang lampu yang dapat menerangi keseluruhan ruang dengan baik."
] |
https://www.impiana.my/cara-mudah-tanam-labu-dengan-lima-langkah-ini/ | Cara Mudah Tanam Labu Dengan Lima Langkah Ini | [
"Selain tanaman hiasan berbunga, daun berwarna-warni serta berbau harum, sayuran juga dapat memainkan peranan penting memberikan keunikan kepada taman. Selain bentuk daun lebar dan sifat menjalarnya, kehadiran labu di taman menjadi arca semula jadi unik apabila berbuah kelak. Ketahui sifat pokok labu untuk serikan taman anda. labu juga sesuai dan mudah ditanam untuk dijadikan sayuran dalam hidangan sehari-hari. Kami kongsikan cara mudah tanam labu.",
"Buah manggis kebiasaanya hanya bahagian isinya sahaja yang dinikmati. Sebenarnya, bahagian kulit manggis yang paling berkhasiat. Kulit manggis merupakan bahan anti oksidan yang sangat kuat dengan kandungan 10 kali ganda lebih tinggi berbanding buah yang lain. Bahan antioksidan yang terdapat di dalam kulit manggis dikenali dengan nama Xamthone. ",
"Xamthone adalah bahan antioksidan yang berupaya menghambat pertumbuhan sel kanser dan berupaya melindungi sel dari serangan radikal bebas penyebab berbagai gangguan penyakit. Kini, kulit manggis menjadi buruan ahli farmasiuntuk diekstrak untuk penghasilan ubat bagi merawat penyakit kanser, darah tinggi, diabetes, prostat, ginjal dan pelbagai lagi.",
"Jika durian digelar sebagai Raja Buah, Manggis pula pasangannya di beri nama Ratu Buah. Di Indonesia, kulit manggis digunakan secara meluas dalam bidang kecantikkan kerana ia berupaya mencegah atau melambatkan penuaan sel kulit seseorang.",
"Jelas menunjukkan, manggis adalah buah tempatan kaya dengan khasiat dan berupaya mencegah dan mengubati pelbagai penyakit. Antara khasiat lain kulit manggis adalah seperti berikut:",
"Untuk kesihatan am tubuh badan",
"Untuk kesihatan jantung",
"Kesihatan pencernaan",
"Membantu awet muda",
"Kesihatan keluarga",
"Kesihatan lelaki",
"Kesihatan wanita",
"Sumber: http://www.voa-islam.com",
"Untuk peminat pokok hiasan ini, jika anda lihat tanda-tanda ini pada daun, maknanya pokok anda tidak sihat dan segera lah membuat rawatan.",
"Daun kerinting",
"Daun terbakar",
"Daun terbakar dapat dilihat pada daun yang berwarna kekuningan di permukaan. Apabila dibiarkan daun menjadi kering dan akhirnya reput. Cara merawatnya, letakkan di bawah naungan 60% dan cahaya matahari 40%. Cahaya lembut ini tidak akan membakar daun dan dapat mengembalikan warna kilat daun.",
"Batang busuk",
"Kondisi ini terjadi akibat tanaman terlalu banyak disiram, sementara media tanam padat sehingga menyebabkan air bertakung di dalam pasu. Akibatnya daun menjadi pucat dan kusam. Untuk mengatasinya, ganti media tanam dengan bahan yang lebih poros. Kurangkan frekuensi penyiraman pada musim hujan kepada 2-3 kali seminggu.",
"Mengilatkan daun",
"Daun berkilat adalah tanda tanaman ini sihat. Agar Aglaonema tampak segar, semburkan leaf shine ke permukaan daun lalu lap dengan kapas atau kertas tisu halus hingga rata.",
"\nPucuk mengecil",
"Daun muda Aglaonema kerap mengecil sehingga menjadi kurang ceria. Antara penyebabnya adalah Aglonaema dalam proses mengeluarkan bunga. Pengeluaran bunga akan menyebabkan penyerapan banyak tenaga lalu pokok kelihatan tidak bermaya. Gunakan baja yang lebih sesuai iaitu penggalak daun yang mempunyai kombinasi N lebih tinggi dibandingkan P dan K.",
"Tahukah anda sebenarnya kita tidak perlu membeli terlalu banyak pokok dari spesies yang sama kerana ia sangat mudah untuk dibiakkan sendiri. Asalkan anda mempunyai satu pokok sebagai pokok induk maka anda sudah boleh memulakan aktiviti membiak dan mendapatkan berpasu-pasu pokok. LAMAN tunjukkan anda bagaimana ingin membiakkan pokok dari jenis Lidah Mak Mertua.",
"Sepokok Lidah Mak Mertua yang sudah cukup besar dan memerlukan pemindahan ke pasu yang lebih besar. Oleh itu anda boleh mengambil peluang ini dengan membiakkannya dan memecahkan ia kepada dua atau tida bahagian ke dalam pasu lain.",
"Keluarkan ia dari dalam pasu.",
"Dengan menggunakan pisau, pecahkan ia kepada dua bahagian.",
"Kemudian pindahkan ia ke dalam pasu yang lain. Bahagian pertama satu pasu manakala bahagian kedua juga dalam pasu yang lain.",
" ",
"Setelah siap masukkan tanah hingga memenuhi pasu tersebut. Kemudian siram. Kini anda telah mempunyai dua pasu pokok spesies yang sama. Anda boleh lakukan teknik ini pada pokok-pokok lain juga. Selamat mencuba!"
] |
https://www.impiana.my/cara-recycle-medium-pemasuan-yang-ramai-tak-tahu-siri-1-2/ | Cara Recycle Medium Pemasuan Yang Ramai Tak Tahu (Siri 1) | [
"Tak semestinya, setiap kali Sahabat LAMAN hendak bercucuk tanam dengan menggunkan pasu, anda perlu menyediakan atau membeli medium tanaman baru. Apa kata kita guna semula medium pemasuan yang telah digunakan. Tapi, untuk menggunakan semula medium pemasuan terutamanya dari bekas atau pasu yang tanaman nya telah mati akibat penyakit, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil berat dan teliti. Ia bertujuan memberi nutrien yang secukupnya dan mengelak sebarang penyakit kepada tanaman yang bakal ditanam dengan mnggunkan medium tersebut.",
"Cara guna semula medium pemasuan \nApa kaedah terbaik penggunaan semula medium pemasuan? Senang dan ringkas, anda hanya perlu cabut tanaman yang lama atau tuai tanaman atau sayuran yang terdapat di dalam pasu tersebut dan gunakannya semula. Selain itu juga, medium pemasuna yang telah digunakan boleh dijadikan sebagai:",
"1. Untuk menambak batas tanaman\n2. Mengisi lubang-lubang atau permukaan yang tidak rata di laman atau kebun\n3. Sebagai salah satu campuran di dalam bahan kompos",
"Namun, sebelum anda mengitar semula medium pemasuan WAJIB tahu risiko yang bakal dihadapi supaya ia memudahkan anda mengawal keadaan jika sesuatu berlaku kepada tanaman",
"Risiko kitar semula medium pemasuan \nTerdapat lebih risiko terhadap tanaman jika medium pemasuan tidak dirawat sebelum digunakan semula. Ia lebih terancam jika medium pemasuan yang diambil dari pasu yang pokoknya telah mati. Antara faktor ancaman utama kepada tanaman ialah:",
"1. Tanah yang telah digunakan kebiasaanya menggandungi patogen seperti virus, fungus, bakteria, nematodes dan pelbagai lagi organisma penyebab penyakit kepada tanaman. Lebih membahayakan, organisma-organisma tersebut boleh menyebabkan tanaman anda mati ",
"2. Kandungan mineral yang terdapat di dalam medium pemasuan yang tealh digunakan berkuranagn. Ini akan menyebabkan tanaman anda terbantut atau tidak membesar dengan optimum",
"sumber:https://dengarden.com/",
"Ini 10 Jenis Pokok Mudah Hidup Yang Sesuai Ditanam Sebagai Pagaran",
"SPESIES SESUAI MUDAH TANAM",
"Anda boleh memilih untuk menanam tanaman pagaran yang rendah atau yang tinggi bergantung kepada keperluan peribadi anda. Namun secara prinsipnya, tidak semua perkarangan kediaman kita perlu ditonton oleh jiran kerana ada kalanya kita dan mereka memerlukan sedikit privasi.",
"Terdapat pelbagai spesies pokok renek berbunga pelbagai ketinggian yang menarik sesuai untuk dijadikan pokok pagaran. Namun, pemilihan warna, saiz dan bentuk bunga pokok renek adalah subjektif dan peribadi. Terpulang kepada cita rasa dan keinginan masing-masing. Berikut disenaraikan 10 spesies pokok renek berbunga yang sesuai dijadikan pokok pagaran.",
"Pokok bunga kertas atau bougainvillea mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. Bunganya nipis kelihatan seperti kertas cukup mempesonakan, melambai seakan sehelai kertas tiap kali dihembus bayu. Ia boleh tumbuh sehingga 3 meter tinggi.",
"Bunga kertas sering kali digunakan sebagai pokok pagaran. Struktur daunnya yang lebat dapat membentuk hadangan pandangan dari luar laman. Batang pokok bunga ini agak keras, berduri dan bercabang-cabang. Bukan sahaja kerana warna dan rupa bentuknya yang sungguh asyik mata memandang tetapi sifatnya cukup senang dijaga membuatkan bunga kertas begitu popular di segenap kawasan dari kota metropolis sehinggalah ke pedalaman desa.",
"Bunga kertas mudah untuk dibiakkan iaitu melalui keratan batang yang boleh disemai di dalam beg plastik ataupun pasu. Ia memerlukan cahaya matahari penuh. Elakkan persekitaran yang lembap. Pengudaraan persekitaran yang tidak baik akan menyebabkan penyakit yang disebabkan oleh kulat dan bakteria.",
"Ixora atau bunga Siantan, juga dikenali sebagai Jejarum. Nama Jejarum diberikan kerana rupa bunga berkenaan sebelum berkembang seakan jarum peniti.",
"Ixora adalah tumbuhan dalam keluarga Rubiaceae, mempunyai bunga kecil yang mekar segugus antara 2 hingga 9 sentimeter yang biasanya menjadi tanaman hiasan renek dan sederhana, amat sesuai dijadikan sebagai tanaman pagaran dan pemisah sempadan.",
"Tumbuhan ini biasanya boleh membesar sehingga tiga meter dan bunganya boleh didapati dalam pelbagai warna mengikut spesies pokok dari putih, merah, jingga hingga kekuningan.",
"Bunga raya, Hibiscus rosa sinensis merupakan bunga kebangsaan kita. Justeru, menanam ratu tumbuhan tropika ini di halaman kediaman kita akan menyerlahkan sifat kebanggaan serta kecintaan kepada negara.",
"Bunga raya adalah sejenis spesies pokok renek berbunga sama ada merah, merah jambu, putih, kuning atau jingga, berbentuk rimbun menegak dan mempunyai tekstur sederhana kasar. Kebiasaannya, ketinggian pokok bunga raya ialah antara dua hingga tiga meter. Berikutan kecantikan dan keunikan bunganya, dikategorikan sebagai tumbuhan renek tahan lasak dan malar hijau, ia kerap dijadikan pokok pagaran yang popular.",
"Bunga Melur juga dikenali Bunga Melati atau nama saintifiknya Jasminum sambac terdiri dari pelbagai variasi. Spesies yang paling biasa ditemui adalah tiga jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orleane dan star jasmine.",
"Melur termasuk tanaman perdu yang batangnya berkayu. Warna bunganya putih dan berbentuk bintang dan berbau wangi. Spesies dengan ketinggian 1.5 meter ini mempunyai daun-daun kecil yang banyak dengan rimbunan bunga mengikut susunan kelopak-kelopak kecil. Kerana keharuman bunganya dan mekar sepanjang tahun, spesies ini mendapat tempat istimewa dalam kebanyakan kaum di Malaysia. Ia menjadi elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan.",
"Tanah yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang yang matang atau kaedah tut. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya. Ia juga memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk tumbesaran dan berbunga.",
"Spesies ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 hingga 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua. Pastikan air mencukupi bagi menggalakkan pertumbuhan akar.",
"Cempaka telur atau nama saintifiknya Michelia Pumila. Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi terutamanya pada waktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 1 hingga 2 meter. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbunga.",
"Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa Greek. Buahnya menjadi makanan kegemaran burung. Selain ditanam untuk tujuan perubatan ia juga boleh menjadi tanaman pagaran yang baik.",
"Gardenia jasminoides atau pokok bunga kembang cina merupakan spesies renek berkayu yang mempunyai ketinggian 2 meter. Daunnya berwarna hijau, berbentuk bulat, ringkas dan terletak dalam susunan berhadapan. Bunganya pula berwarna putih dan berbau wangi. Manakala buahnya berwarna oren dan berbentuk oval dengan ukuran panjang 1.5 inci. Kerana keharuman, bunga ini mempunyai nilai komersil untuk dibuat minyak wangi.",
"Tabernaemonta coronaria atau pokok susun kelapa merupakan tumbuhan herba renek dengan ketinggian di antara 1 hingga 1.5 meter. Daunnya hijau berkilat dan mempunyai bunga berwarna putih dan berbau harum dengan kelopak bersusun dan agak besar. Daunnya akan mengeluarkan sedikit getah putih jika dipatahkan. Spesies ini boleh dibiakkan melalui kaedah keratan batang atau biji benih.",
"Pokok janda kaya atau nama botaninya Mussaenda erytrophylla merupakan sejenis pokok renek yang mempunyai kanopi daun yang merimbun dan lebat. Kebiasaannya pokok ini mempunyai dua jenis variasi bunga berbentuk seperti bintang iaitu bunga yang berwarna merah dan yang berwarna putih.",
"Spesies yang dikatakan berasal dari Filipina dan Ghana ini boleh tumbuh di antara 1.5 hingga 2 meter tinggi dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau tut. Ia sesuai ditanam di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh dan bersaliran baik.",
"Penghargaan/Penulis: Lar. Masri Ismail",
"Sabut kelapa merupakan lapisan atau kulit kelapa yang berwarna coklat untuk yang telah kering dan putih jika buahnya masih muda. Sabut kelapa atau lebih dikenali sebagai coco hust sering digunakan di taman sebagai sungkupan (mulching) kerana keupayaan dan kekuatannya menyerap dan mengekalkan kelembapan yang tinggi. Selain sebagai sungkupan, sabut kelapa juga boleh dijadikan sebagai salah satu bahan dalam penyediaan medium tanaman.",
"Ciri-ciri sabut kelapa ",
"Penggunaan sabut kelapa merupakan salah satu langkah ke arah kitar semula dan environmental friendly. Ia mudah diperolehi dan disimpan sehingga apabila penggunaannya diperlukan. Namun terdapat pelbagai produk yang menjual sabut kelapa secara komersial sama ada untuk penggunaan komersial atau domestik. Sebelum menggunakan sabut kelapa yang dibuat sendiri, basuh atau rendam untuk beberapa ketika untuk membuang garam yang terdapat pada sabut tersebut. Selain itu sabut kelapa mengandungi potassium dan phosphorus yang boleh diserap oleh tumbuhan juga.",
"Sabut Kelapa Untuk Hidroponik",
"Coconut mats atau sabut kelapa yang paling kasar boleh digunakan sebagai medium tanaman hidroponik. Teksturnya yang lembut memudahkan pergerakan akar di samping ia merupakan bahan biodegradable. Sabut kelapa mempunyai kandungan potassium dan phosphorus yang diperlukan untuk membantu pertumbuhan pokok. Sabut kelapa mudah untuk dikendalikan sebagai medium tanaman hidroponik dan tidak mempunyai bau. Selepas tiga hingga empat tahun penggunaannya, sabut kelapa tersebut boleh dijadikan baja kompos di taman.",
"sabut kelapa juga menyimpan lapan kali ganda kandungan air dari pada beratnya. Ia membantu tumbuhan di dalam hidroponik mendapatkan keperluan air yang secukupnya. Selain itu juga, ruang yang wujud di antara fiber sabut kelapa di dalam sistem hidroponik membekalkan 40% kandungan udara. Sabut kelapa mempunyai pH antara 6 hingga 6.7 dan ia sesuai untuk tanaman hidroponik. Tambahan pula, sabut kelapa tidak mudah dijangkiti fungus dan bakteria yang boleh memberi ancaman kepada tumbuhan.",
"Dalam masyarakat Melayu, daun semambu sering dikaitkan dengan penyakit campak dan cacar air pada kanak-kanak. Ini kerana ianya dipercayai dapat mengurangkan ruam dan rasa gatal serta miang akibat penyakit yang disebabkan oleh virus measles dan penyakit cacar air (chicken pox) yang disebabkan oleh virus varisela zoster. Dan amalan ini masih lagi dipraktikkan hingga ke hari ini walaupun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.",
"Hebatnya Pokok Semambu",
"Pokok semambu yang juga dikenali sebagai mambu atau nama saintifiknya Azadirachta indica merupakan tumbuhan saka dari keluarga mahogani iaitu Meliaceae yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Namun ianya juga boleh didapati tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika. Di Malaysia, pokok ini didapati kini banyak ditanam sebagai pokok landskap taman terutama sekitar Putrajaya kerana bentuk kanopinya yang menarik.\nBatang pokok semambu agak besar dan berkulit tebal. Daunnya menyirip genap dan berbentuk bujur dengan tepi bergerigi dan runcing. Daun majmuk tersusun bertentangan dengan jumlah helaian antara 8-16 helai tersusun pada tangkai daun. Daun berbentuk memanjang dengan sedikit melengkung seperti bulan sabit (lancet) berukuran antara 5 – 10.5 cm. Mengeluarkan buah berukuran 1-1.5 cm berbentuk bujur kecil yang berwarna hijau terang ketika muda dan kuning apabila matang.",
"\nTerdapat pelbagai nama lain yang dirujuk dengan tumbuhan ini termasuk nimba (Indonesia dan Sanskrit), Neem (Bengali), Arya Veppu (Malayalam), Azad Dirakht (bahasaParsi), DogonYaro (dalam sesetengah bahasa Nigeria), Neeb (bahasa Arab), Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa (bahasaTelugu), Kohomba (bahasa Sinhala), Vempu(bahasa Tamil), Tamar (bahasa Burma) dan Indian Lilacataumargosa(Inggeris).\nPokok semambu dianggap sebagai pokok perubatan dan digunakan secara meluas dalam upacara keagamaan Hindu dan banyak ditanam berhampiran kuil. Digunakan secara meluas dalam perubatan Ayurveda dan homeopati oleh orang India.\nTerdapat kandungan anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus pada pokok semambu. Daunnya yang dikisar menjadi serbuk atau pes dikatakan sangat berkesan untuk melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia juga sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat terluka atau terbakar.",
"Selain dari itu, minyak pokok semambu boleh memberi hasil yang menakjubkan. Ia boleh mencegah keguguran rambut, uban dan merawat kelemumur. Ia juga sering digunakan sebagai minyak urut atau salap untuk melegakan kesakitan seperti rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang.\nPokok semambu terkenal di seluruh dunia, dan di Afrika Timur misalnya, pokok semambu dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili) yang bererti pokok 40, kerana dikatakan mampu merawat 40 jenis penyakit. Manakala di India, tanaman ini disebut sebagai ‘the village pharmacy’ kerana kepelbagaian gunanya oleh masyarakat miskin di luar bandar terutama untuk penyembuhan penyakit kulit, anti inflamasi, demam, anti bakteria, anti diabetes, penyakit kardiovaskular serta digunakan sebagai racun serangga. (McCaleb, 1986).",
"MAGIS DAUN SEBAGAI PENAWAR",
"Daun semambu yang mengandungi kompaun yang di antaranya β-sitosterol, hyperoside, nimbolide, quercetin, quercitrin, rutin, azadirachtin, dan nimbine mampu melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus. Ia juga berkesan memperbaiki kualiti darah serta menyah toksik dalam darah, meningkatkan sistem imun, mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit.\nKombinasi kandungan, nimbine, 6-desacetylbimbine, nimbolidedan quercetin yang terdapat dalam daun semambu juga disebut mempunyai aktiviti anti kanser, ubat penyakit kulit, tekanan darah tinggi, ulser peptik serta digunakan juga sebagai repelan. Keseluruhan pokok semambu mempunyai rasa yang pahit termasuk serpihan kulit batangnya yang digunakan sebagai ubat malaria atau dijadikan sebagai tonik. Maka benarlah seperti yang dikatakan ‘ubat itu pahit’. Namun pengambilan ekstrak dari tumbuhan ini perlu mendapatkan pandangan pakar perubatan terlebih dahulu.\nDari satu penyelidikan makmal, mengesahkan hasil minyak yang diekstrak dari pokok semambu boleh bertindak sebagai racun serangga (insecticide), racun nematode (nematicides) dan racun kulat (fungicide). Bahan aktif azadirachtin yang terkandung dalam tumbuhan ini berfungsi sebagai racun larva dan anti pemakanan.",
"Ianya dikatakan mampu mengawal serangan 400 hingga 500 spesies serangga seperti belalang, kumbang dan serangga penghisap cecair tumbuhan. Ini termasuk aphids, bena putih, teritip, kutu daun, lalat putih, lalat buah, nyamuk, lipas dan banyak lagi. Manakala dalam penternakan ayam, penyakit sampar ayam boleh juga diubati dengan menggunakan minyak dari ekstrak daun semambu.\nPenggunaan semambu untuk dijadikan bio-insecticide boleh dilakukan dengan mencampurkan buah atau bunganya dengan bahan lain seperti serai wangi, lengkuas, gadung, sabun dan alkohol.",
"Penulis: Idris Awab, Jabatan Pertanian MALAYSIA, Putrajaya"
] |
https://www.impiana.my/syurga-bagi-pemuzik-pemuzik-di-luar-sana-inilah-cara-diy-studio-sendiri-di-rumah/ | Syurga Bagi Pemuzik-Pemuzik Di Luar Sana! Inilah Cara DIY Studio Sendiri Di Rumah | [
"Seorang pemuzik, pasti akan teringin nak ada studio mereka sendiri. Ini kerana ia memudahkan mereka dalam apa-apa proses untuk menghasilkan sebuah karya tersendiri. Itulah sebabnya anda harus mempertimbangkan untuk mencipta studio rumah anda sendiri di mana anda boleh berlatih lagu anda atau merakam muzik anda sendiri. Dalam bahagian ini, saya akan membincangkan beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan semasa membuat studio rumah anda.",
"Pilih Tempat/Lokasi",
"Jika anda mempunyai ruang tambahan untuk studio rakaman, ini adalah tempat yang baik untuk bermula. Anda mesti memastikan bahawa anda tidak mengganggu mana-mana jiran anda atau sesiapa yang tinggal di rumah anda. Jika anda ingin memasang studio anda di tempat lain di tanah anda, cuba dirikan bangunan keluli dan tukarkannya menjadi studio. Lokasi adalah kritikal, jadi pastikan anda memilih ruang yang cukup besar.",
"Pengurangan bunyi",
"Jika anda bercadang untuk membuat banyak bunyi di studio rumah baharu anda, pastikan dindingnya kalis bunyi. Ini bukan sahaja akan membantu anda mengurangkan bunyi bising, tetapi ia juga akan membolehkan anda mengelakkan bunyi di luar.",
"Beli Peralatan",
"Kerana ini adalah studio anda, peralatan yang anda pilih terpulang sepenuhnya kepada anda. Jika anda ingin memanfaatkan studio rumah anda sepenuhnya, jangan teragak-agak untuk menggunakan beberapa alat yang lebih mahal. Jangan bazirkan wang anda untuk barangan yang anda tidak akan gunakan; sebaliknya, tetapkan strategi dan melabur dalam beberapa peralatan yang akan membantu anda menghasilkan sesuatu yang menarik.",
"Jadikan Ia Lebih Selesa",
"Anda berkemungkinan besar akan menghabiskan banyak masa di studio rumah anda, jadi buat ia seselesa mungkin. Pertimbangkan untuk membeli beberapa sofa untuk tetamu duduk semasa melawat studio anda, serta kerusi yang bagus dan selesa. Lebih selesa anda, lebih lama anda boleh tinggal di studio dan menghasilkan sesuatu yang menakjubkan.",
"Peribadikan Ia",
"Nasihat terakhir kami untuk sesiapa sahaja yang ingin menubuhkan studio rumah mereka sendiri ialah menjadikannya seunik mungkin. Ini adalah studio anda, oleh itu anda ingin mendapat inspirasi semasa anda berada di sana. Jika seni memberi inspirasi kepada anda, sediakan lukisan yang hebat; jika pemuzik lain memberi inspirasi kepada anda, sertakan sistem bunyi dan pantau supaya anda boleh mendengar muzik mereka dan mendapat inspirasi. Dengan beberapa sentuhan peribadi, anda sepatutnya dapat memastikan kejayaan ruang.",
"Dengan itu, anda sudah tahu cara-cara untuk menghasilkan sendiri studio anda. Semoga kepada pemuzik di luar sana, dapat menghasilkan, bukan sahaja studio, tetapi hasil karya mereka yang bagus dan lagi mantap.",
"Terdapat beberapa faktor kerja-kerja pengubahsuaian rumah mengambil masa yang terlalu lama ataupun melebihi bajet yang telah ditentukan. Salah satunya ialah, kesilapan merancang pemilik itu sendiri. Kadangkala ianya terjadi tanpa anda sedari. Dengan mengelakkan daripada melakukan kesilapan ini, anda bukan sahaja dapat menjimatkan sebahagian besar masa tetapi juga dapat memastikan segala perbelanjaan selaras dengan bajet anda. Dan paling penting, rumah impian anda bakal menjadi kenyataan dengan proses ubah suai yang berjalan lancar.",
"Berikut adalah LIMA kesilapan yang sering pemilik lakukan dan bagaimana untuk mengelaknya:",
"1. Mengupah Orang Yang Salah",
"Ramai pemilik rumah terburu-buru dan terus memilih pereka atau kontraktor pertama yang mereka jumpa. Ataupun terus saja menggunakan khidmat berdasarkan cadangan dari rakan-rakan. Anda mungkin akan menyesali perbuatan ini kerana perkara yang dilakukan tanpa perancangan dan penyelidikan selalunya akan membawa kepada kehancuran.",
"Untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan ini, pastikan anda mencari beberapa calon dalam tempoh 6 bulan lebih awal. Dengan ini anda akan mempunyai banyak masa untuk interview atau periksa latar belakang dan kredibiliti kontraktor tersebut. Anda juga tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan selain dapat memberikan masa yang secukupnya buat kontraktor yang dipilih untuk membuat perancangan yang sepatutnya.",
"2. Setuju Dengan Harga Yang Murah",
"Harga yang murah memang kedengaran menarik dan megujakan para pengguna, tambahan pula dalam ekonomi yang tidak menentu ini. Tetapi anda perlu ingat, tawaran yang paling rendah tidak semestinya tawaran yang terbaik. Sesetengah pihak tidak bertanggungjawab akan berikan harga yang rendah kemudian memasang produk yang tidak berkualiti dengan kerja-kerja yang tidak kemas. Sakit hati kan? Ataupun akan ada charge tambahan mengejut untuk anda apabila kerja sudah dimulakan.",
"Jadi, pastikan anda meminta sebutan harga daripada beberapa calon kemudian pilih yang anda paling selesa dan yang anda rasakan paling amanah menjalankan tugas. Dua kriteria ini amat penting untuk anda pertimbangkan sebelum memilih pereka atau kontraktor untuk mengubahsuai kediaman impian anda.",
"3. Tidak Menetapkan Jangka Masa",
"Kerja-kerja renovasi boleh mengambil masa berbulan-bulan bergantung pada saiz dan berapa banyak kerja yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan kediaman yang sempurna. Tetapi, tidak menetapkan garis masa yang realistik untuk menyiapkan segalanya merupakan salah satu kesilapan besar yang boleh anda lakukan.",
"Duduk dengan pereka dalaman anda dan buatkan jadual kerja sebelum proses ubahsuai dimulakan. Dengan cara ini anda akan dapat lihat sendiri progress dan juga kualiti kerja dengan lebih teratur. Memang tidak dinafikan pasti akan ada sedikit kelewatan jadi anda perlu lebih fleksibel dan berikan sedikit kelonggaran agar pekerja mempunyai masa untuk balik ke landasan kerja yang telah ditetapkan.",
"4. Tiada Konsep Atau Tema",
"Tidak membentangkan sebarang konsep atau tema tertentu sebelum memulakan sesi ubahsuai kediaman ini ibarat perbuatan yang sia-sia. Dengan mempunyai konsep pilihan, ia akan memberikan anda lebih idea tentang apa yang patut dilakukan dan material apa yang sesuai untuk digunakan. selain itu, konsep juga memberi peluang buat tuan rumah menyerlahkan personaliti kedalam seni hiasan dalaman. Rancang dengan teliti dan dapatkan pendapat dan nasihat pereka tentang konsep yang paling sesuai untuk kediaman anda.",
"5. Memandang Remeh Kos Ubah Suai",
"Ttidak menetapkan bajet yang realistik juga merupakan kesalah biasa yang dilakukan oleh sesetengah pemilik rumah. Dan perkara ini pasti akan mempengaruhi keseluruhan proses ubah suai. Ambil kira tentang perkara-perkara seperti keluasan ruang, material yang sesuai, upah pertukangan serta kerja-kerja elektrikal supaya segala bayaran adalah setimpal dengan kualiti hasil. Sebaik-baiknya, anda perlu meletakkan extra 20% daripada bajet sebenar sebagai langkah berjaga-jaga jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.",
"Hanya dalam tempoh dua minggu sahaja, sebuah kediaman lama bertukar menjadi baru, tiada apa yang mustahil.",
"Kediaman 3 tingkat yang dibina sejak tahun 2000 ini sudah tidak lagi menarik dan berfungsi dengan baik sebelum tuan rumah membuat keputusan untuk mengubahsuai tingkat dua bangunan ini kepada sebuah apartmen moden dengan fasiliti yang lengkap.",
"Dengan ruang terhad yang ada pada pelan asal, arkitek perlu bijak dalam membentuk sebuah kediaman yang lengkap serba-serbi. Jadi, dengan persetujuan tuan rumah, balkoni kediaman ini telah ditukar menjadi sebuah ruang versatile yang menempatkan dapur kecil, ruang makan dan juga laundry area. Selain mempunyai pemandangan mengadap kejiranan yang nyaman, ruang ini juga mendapat simbahan cahaya semulajadi paling ideal.",
"Keseluruhan kediaman ini diserikan dengan warna putih serta rona hangat (warm) dari elemen kayu di lantai serta kemasan lain yang.",
"Bilik tidur utama yang bersambung terus dengan balkoni. Menggunakan sepenuhnya ruang sedia ada untuk penstoran disamping memberi keselesaan optimum kepada pemilik.",
"Tandas/bilik air juga diubahsuai sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman ini yang tampak lebih moden dan selesa.",
"Cicak merupakan haiwan reptilia yang hidup merayap dan melekat pada dinding. Makanan kesukaannya biasanya serangga-serangga kecil seperti nyamuk. Sebenarnya dari segi pemakanan cicak ia mampu memberikan manfaat tersendiri untuk kita kerana ia dapat mengurangkan jumlah nyamuk di rumah kita.",
"Namun, kadang-kadang si cicak ini agak biadap dalam membuang hajat. Biasanya si cicak membuang hajat di tempat-tempat yang tidak kita ingin kan, misalnya di meja makan, di atas meja konsul, bahkan terkadang kita sendiripun menjadi sasarannya. Tentunya hal ini sedikit mengganggu, apalagi di dalam Islam kotoran cicak tergolong najis dan membuat tempat yang dikotorinya menjadi tidak suci, sehingga dapat mengganggu proses ibadah kita.\nJadi, bagi anda yang merasa terganggu dengan kehadiran haiwan ini, berikut terdapat beberapa tip yang mampu membantu anda untuk menghalau si cicak ini.",
"5 ‘Trick’ Nak Halau Cicak Dari Rumah",
"1. Gunakan Tembakau",
"Tembakau efektif digunakan untuk mengusir tokek. Berhubung cicak juga merupakan spesies dengan tokek tentunya cara ini juga berkesam jika ditujukan kepada cicak. Caranya adalah dengan meletakkan tembakau di tempat-tempat biasanya cicak bersembunyi misalnya di belakang almari dan di atas siling atau juga di tempat-tempat yang biasanya di lalui cicak. Kalau biasanya cicak berada di dekat lampu, anda boleh membungkus tembakau di dalam kantong lalu di tebuk sehingga tidak menghalangi aroma tembakau untuk tercium, lalu gantung dekat lampu. Aroma yang tajam dan pekat dari tembakau membuat cicak tidak selesa sehingga memutuskan untuk pergi.",
"2. Gunakan Kapur Barus",
"Biasanya kapur barus kita gunakan untuk melindungi pakaian kita dari kutu-kutu yang dapat merosakkan baju. Nah ternyata si kapur barus ini juga boleh dimanfaatkan untuk mengusir cicak. Caranya dengan meletakkan kapur barus di tempat-tempat cicak bersembunyi semisal di belakang almari dan di atas siling. Aroma dari kapur barus akan membuat cicak tidak selesa dan memutuskan untuk pergi.",
"3. Buat Rumah Anda Bersih",
"Agar cicak tidak selesa di rumah anda, anda boleh mencuba cara yang satu ini, iaitu membersihkan rumah anda sehingga serangga-serangga kecil yang merupakan makanan utama cicak tidak berkeliaran di rumah anda. Dengan berkurangnya sumber makanan cicak, dengan sendirinya cicak akan meninggalkan rumah anda.",
"4. Menurunkan Suhu Ruang",
"Cara yang berikut ini pun dapat mengusir cicak dari rumah anda. Dengan menurunkan suhu di rumah anda akan membuat cicak tidak nyaman. Hal ini kerana cicak yang merupakan haiwan reptilia yang sangat menyukai udara panas, selain itu kemampuan cicak untuk beradaptasi terhadap suhu juga kurang baik sehingga bila udara di rumah anda menjadi dingin cicak pun memutuskan untuk pergi.",
"5. Gunakan Bulu Burung Merak",
"Mungkin anda akan merasa bingung, kenapa mengusir cicak perlu menggunakan bulu burung merak, sungguh tidak masuk akal. Tetapi cara ini sudah diwariskan turun temurun dan cukup berkesan. Dan apabila anda melihat corak dari bulu burung merak ini maka semuanya akan menjadi masuk akal. Untuk menggunakan cara ini anda boleh melakukannya dengan menggantung bulu burung merak di tempat yang biasanya di datangi atau di lalui oleh cicak. Corak dari bulu burung merak yang merupakan corak mata cemerlang akan membuat cicak menngangap bulu itu sebagai musuh. Apalagi bila terkena cahaya, maka bulunya akan berkilapan dan hal ini akan membuat cicak menjadi takut sehingga enggan untuk kembali."
] |
End of preview. Expand
in Dataset Viewer.
YAML Metadata Warning:
empty or missing yaml metadata in repo card
(https://huggingface.co/docs/hub/datasets-cards)
- Downloads last month
- 0