{"title": "fatwa tentang wakaf tunai", "body": "Editor Maktabah 31 Julai 2023 Jumlah paparan: 102 Fatwa Tentang Wakaf Tunai Editor Maktabah 31 Julai 2023 Jumlah paparan: 102 Editor Maktabah 31 Julai 2023 Jumlah paparan: 102      KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 59 / 2022 14 - 15 SEPTEMBER 2022 / 17 - 18 SAFAR 1444H Bil. 4/59 TAHUN 2022   FATWA TENTANG WAKAF TUNAI   Setelah meneliti penghujahan dari berbagai peringkat sama ada rujukan klasik atau fatwa kontemporari, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis merumuskan seperti berikut : Wakaf Tunai iaitu menjadikan wang tunai sebagai mauquf atau harta yang diwakafkan boleh dilakukan. Ini dalam bentuk mewakafkan sejumlah wang untuk dimanfaatkan dengan cara dilaburkan atau dipinjamkan yang mana nilai asal (yang diwakafkan) masih dilindungi. Wakaf Tunai juga boleh dilakukan dalam bentuk menukarkan tunai kepada aset fizikal seperti bangunan, mesin, kenderaan atau barang dagangan untuk menghasilkan manfaat yang akan diberikan kepada penerima wakaf. Wakaf Tunai sementara juga boleh dilakukan, di mana tempoh nilai wakaf tunai yang diwakafkan itu ditetapkan atau dihadkan dalam satu masa tertentu seperti mewakafkan sejumlah wang untuk digunakan bagi tujuan pelaburan bagi sesuatu tempoh dan mengambilnya kembali apabila tamat tempoh tersebut. Sementara hasilnya diberikan kepada penerima manfaat wakaf. - Tamat - Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :   YBhg. S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin bin Jamilin Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha     Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2022 pada 22 September 2022."} {"title": "pegangan pendirian perlis mengenai mazhab mazhab fiqah", "body": "Pentadbir Portal 05 Januari 2023 Jumlah paparan: 3899 Fatwa Berkaitan Tempoh Dibenarkan Solat Jamak Dan Qasar Pentadbir Portal 05 Januari 2023 Jumlah paparan: 3899 Pentadbir Portal 05 Januari 2023 Jumlah paparan: 3899   KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 60 / 2022 16 - 17 OKTOBER 2022 / 19 – 20 RABIUL AWWAL 1444 Bil. 1/60 Tahun 2022   FATWA BERKAITAN  TEMPOH DIBENARKAN SOLAT JAMAK DAN QASAR Para ulama bersepakat seseorang yang bermusafir dibolehkan untuk mengqasarkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat. Majoriti para ulama bersetuju seseorang yang bermusafir juga boleh menjamakkan solat kecuali Mazhab Hanafi yang menghadkan ketika berada di Muzdalifah semasa haji. Walau bagaimanapun para ulama berbeza pendapat mengenai jarak yang membolehkan jamak dan qasar, serta tempoh yang membolehkan seseorang musafir melakukan jamak dan qasar. Adapun jarak yang membolehkan seseorang melakukan jamak dan qasar telah dikeluarkan fatwa oleh jawatankuasa ini yang bertajuk “Fatwa Jarak Solat Qasar”. Berhubung tempoh yang membolehkan jamak dan qasar, Jawatankuasa ini setelah meneliti pendapat yang pelbagai dalam kalangan para ulama mazhab yang empat dan selain mereka, merumuskan seperti berikut : Seseorang yang bermusafir dan mengetahui tempoh akan berada di sesuatu tempat, boleh melakukan jamak dan qasar selagi tempoh tersebut tidak melebihi tiga hari, tanpa mengira hari tiba dan hari keluar. Jika dia mengetahui tempoh keberadaannya di situ melebihi tiga hari (tanpa mengira hari masuk dan keluar), maka dia tidak boleh jamak dan qasar bermula daripada saat dia tiba di tempat itu. Ini adalah pendapat yang dipegang dalam Mazhab al-Syafie dan ramai fuqaha lain. Pendapat ini lebih mengikat seseorang dalam menilai tempoh keizinan yang diberikan kepadanya semasa kemusafirannya. Di samping itu, terdapat pendapat ulama seperti al-Imam Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim yang menyatakan bahawa seseorang yang bermusafir boleh untuk terus melakukan jamak dan qasar tanpa terikat dengan tempoh perancangannya untuk berada di sesuatu tempat selagi mana dia berniat untuk kembali ke tempat asalnya atau ke tempat lain apabila selesai urusannya di tempat tersebut. Pendapat kedua ini memudahkan mereka yang terbabit dengan urusan yang banyak di tempat kemusafiran yang dia berada di situ melebihi tempoh tiga hari. Kedua-dua pendapat ini boleh diamalkan. Namun pendapat yang pertama lebih berhati-hati (ahwat). Adapun seseorang musafir yang berada di sesuatu tempat tanpa menetapkan tempoh keberadaannya di situ, sebaliknya bergantung kepada urusan yang hendak diuruskan yang mungkin melibatkan tempoh yang singkat atau panjang, maka dia boleh melakukan jamak dan qasar tanpa terhad kepada tempoh tertentu sekalipun memakan masa yang lama. Ini adalah pendapat jumhur ulama dari kalangan Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan Ibn Uthaimin. Seseorang yang sentiasa bermusafir tanpa menetap di sesuatu tempat seperti juruterbang, pelayar, angkasawan, pemandu pengangkutan awam dan seumpamanya, maka selama tempoh kemusafirannya dia boleh jamak dan qasar. Seseorang yang mempunyai dua tempat tinggal atau lebih pada jarak musafir maka dia tidak boleh melakukan jamak dan qasar di tempat tinggal utamanya.   - Tamat - Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :   YBhg. S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin bin Jamilin Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha       Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6 / 2022 pada 25 November 2022."} {"title": "hukum berbilang jumaat dalam satu tempat atau kariah", "body": "Editor Unit Fatwa 13 Jun 2023 Jumlah paparan: 207 HUKUM BERBILANG JUMAAT DALAM SATU TEMPAT ATAU KARIAH Editor Unit Fatwa 13 Jun 2023 Jumlah paparan: 207 Editor Unit Fatwa 13 Jun 2023 Jumlah paparan: 207     KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 58 / 2022 29-30 JULAI 2022 / 29 ZULHIJJAH 1443 - 1 MUHARRAM 1444H            Bil. 3/58 TAHUN 2022                                  HUKUM BERBILANG JUMAAT DALAM SATU TEMPAT ATAU KARIAH Hukum asal adalah tidak boleh mendirikan berbilang Jumaat di sesuatu tempat atau kariah melainkan jika ada sebab yang menuntut hal tersebut. Antara sebab berkenaan ialah: Jemaah terpaksa menempuh jarak yang jauh untuk hadir Jumaat disebabkan keluasan kariah. Wujud bahaya atau halangan yang menyukarkan untuk sampai ke masjid sekalipun jaraknya dekat seperti terdapat lalu-lintas yang sibuk, sungai, hutan, bukit atau apa sahaja yang menyukarkan. Masjid sedia ada terlalu kecil dan tidak dapat menampung jemaah. Jemaah yang hadir atau pihak-pihak lain yang mempunyai kaitan terdedah kepada risiko keselamatan seperti banduan, petugas kesihatan, pesakit hospital, anggota keselamatan dan seumpamanya. Sebab-sebab di atas membolehkan pihak ulil amri mempertimbangkan keizinan berbilang Jumaat di sesuatu tempat atau kariah. Bagi permohonan yang ingin mendirikan Jumaat, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) hendaklah menimbang berdasarkan sebab-sebab yang diberikan di atas untuk menilai permohonan yang berkaitan. - TAMAT - Kehadiran Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin bin Jamilin Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha   Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2022 pada 5 Ogos 2022."} {"title": "fatwa berkaitan tempoh dibenarkan solat jamak dan qasar", "body": "Editor Unit Fatwa 02 November 2022 Jumlah paparan: 1414 Fatwa Tentang Penglibatan Kontraktor Atau Pekerja Muslim Dalam Pembinaan Rumah Bakar Mayat Bukan Islam Editor Unit Fatwa 02 November 2022 Jumlah paparan: 1414 Editor Unit Fatwa 02 November 2022 Jumlah paparan: 1414   KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 57 / 2022 7 APRIL 2022 / 5 RAMADAN 1443H Bil.2/57 Tahun 2022                                                                                                                                 FATWA TENTANG PENGLIBATAN KONTRAKTOR ATAU PEKERJA MUSLIM DALAM PEMBINAAN RUMAH BAKAR MAYAT BUKAN ISLAM   Seorang muslim haram mengiktiraf kekufuran dan kemungkaran. Justeru seorang muslim tidak boleh terlibat secara langsung dalam mengukuhkan perkara-perkara kufur dan mungkar. Namun dalam keadaan tertentu, seorang muslim boleh terlibat dalam pengurusan hal-hal yang membabitkan kekufuran dan kemungkaran jika terdapat keperluan dengan syarat-syarat tertentu : a. Jika melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pemerintah bagi tujuan keselamatan dan pelaksaan  peraturan seperti pihak keselamatan yang menjaga perayaan agama bukan Islam, jurubina, tugas penyelian projek rumah ibadat, petugas kesihatan dan seumpamanya. b. Tidak terlibat secara langsung dalam sebarang upacara keagamaan atau penyerupaan kepada perbuatan kuffar. Ini seperti memuliakan syiar agama lain atau melakukan ritual agama lain. c. Tidak menimbulkan tohmahan dan sangkaan buruk terhadap akidah individu yang terlibat.  Adapun menguruskan hal ehwal orang bukan Islam yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan bukan syiar agama mereka seperti menguruskan jenazah mereka (mengkafan atau mengebumikan) dan menyediakan kenderaan ke perkuburan jika ada keperluan, mengubati pendeta dan paderi, memadamkan kebakaran rumah ibadat adalah dibenarkan. Seorang muslim tidak boleh terlibat dengan sebarang perniagaan yang secara langsung bertentangan dengan syariat atau membesarkan syiar agama yang bertentangan dengan Islam seperti membina dan menyediakan peralatan ibadat. Muslim mengiktiraf hak penganut agama lain untuk wujud dan mengamalkan agama mereka dengan mematuhi peraturan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah.   Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha   Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3 / 2022 pada 2 Jun 2022."} {"title": "fatwa tentang penglibatan kontraktor atau pekerja muslim dalam pembinaan rumah bakar mayat bukan islam", "body": "Editor Unit Fatwa 13 Jun 2023 Jumlah paparan: 531 PEGANGAN & PENDIRIAN PERLIS MENGENAI MAZHAB-MAZHAB FIQAH Editor Unit Fatwa 13 Jun 2023 Jumlah paparan: 531 Editor Unit Fatwa 13 Jun 2023 Jumlah paparan: 531   KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 59 / 2022 14 - 15 SEPTEMBER 2022 / 17 - 18 SAFAR 1444H                     Bil. 2/59 TAHUN 2022                                  PEGANGAN & PENDIRIAN PERLIS MENGENAI MAZHAB-MAZHAB FIQAH Jawatankuasa Fatwa dalam mentarjihkan (menilai dan memilih) pandangan-pandangan hukum, tidak terikat dengan hanya satu mazhab fiqah, sebaliknya membahas dan mentarjihkan (menilai dan memilih) pandangan-pandangan fiqah yang ada di dalam empat mazhab utama atau selain daripadanya (dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah) jika ada keperluan untuk berbuat demikian. Bagi hukum-hakam yang telah ada dalam mazhab-mazhab muktabar yang tidak berkait dengan faktor perubahan, Jawatankuasa Fatwa akan memastikan pandangan yang dikeluarkan telah didahului oleh mana-mana mujtahid muktabar yang terdahulu. Bagi isu-isu baharu yang tiada fatwa dari para mujtahid yang terdahulu, Jawatankuasa Fatwa akan melihat kaedah dan hujah yang diguna pakai dalam ijtihad para mujtahid dan membandingkannya dengan isu berkaitan. Dalam isu semasa seperti ini, keputusan fatwa semasa di pelbagai peringkat juga akan diambil perhatian. Bagi pengamalan ibadah di Perlis, Jawatankuasa Fatwa banyak mentarjihkan (menilai dan memilih) apa yang diamalkan dalam Mazhab Syafie dan Hanbali. Tiada fatwa dalam hal ehwal ibadat dalam negeri Perlis yang terkeluar daripada qaul imam-imam mazhab atau para mujtahid yang diiktiraf umat. Secara umumnya, Jawatankuasa Fatwa akur dengan semua khilaf yang muktabar dalam ibadat, tetapi memilih qaul yang ditarjihkan (dinilai dan dipilih) untuk amalan rasmi. Dalam hukum-hakam munakahat dan muamalat, pendirian Jawatankuasa Fatwa lebih terbuka dengan melihat kepada nas dan maslahat, dalam masa yang sama berusaha memastikan fatwa yang dikeluarkan mempunyai asas daripada mazhab yang empat atau para mujtahid yang lain. Dalam pelaksanaan rasmi hal ehwal ibadat, munakahat dan muamalat di negeri Perlis termasuk dalam masalah-masalah khilaf muktabar adalah berasaskan tarjih (penilaian dan pemilihan pandangan) yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis tidak menetapkan pemilihan mazhab untuk amalan individu dalam persoalan ibadah selagi tidak bercanggah dengan nas syarak. Seseorang boleh memilih mana-mana mazhab muktabar dalam melaksanakan amalan ibadah secara peribadi. Walau bagaimanapun perlaksanaan umum ibadah masyarakat terikat dengan fatwa yang dikeluarkan.    Adapun perkara munakahat dan muamalat yang menjadi amalan masyarakat di dalam berurusan sesama manusia, setiap individu terikat dengan fatwa yang dikeluarkan. Ini berasaskan kaedah “Keputusan Pemerintah Menghilangkan Khilaf ”.  Pengajian fiqah berdasarkan mazhab-mazhab yang muktabar dengan disiplin yang betul adalah dibenarkan, bahkan digalakkan dalam negeri Perlis. Penuntut ilmu hendaklah mengelakkan fanatik mazhab yang mengakibatkan permusuhan sesama muslim.                                                                                                                                                                                                                                                           - Tamat   -   Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : YBhg. S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin bin Jamilin Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2022 pada 22 September 2022."} {"title": "fatwa ajaran dan kepercayaan syeikh nazim al haqqani syeikh tarikat nasyabaniyah al aliyyah", "body": "Editor Unit Fatwa 20 September 2022 Jumlah paparan: 1421 Kadar Taksiran Zakat Hartanah Editor Unit Fatwa 20 September 2022 Jumlah paparan: 1421 Editor Unit Fatwa 20 September 2022 Jumlah paparan: 1421     KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 57 / 2022 7 APRIL 2022 / 5 RAMADAN 1443H BIL. 1/57 TAHUN 2022   KADAR TAKSIRAN ZAKAT HARTANAH 1. Hartanah adalah aset tidak alih yang merangkumi tanah, termasuk apa-apa sahaja yang berada di atasnya seperti bangunan. 2. Secara asasnya, zakat tidak dikenakan ke atas hartanah sekiranya; a. Dimiliki untuk disimpan atau didiami (al-qinyah/القنية). b. Dimiliki untuk disimpan atau didiami (al-qinyah/القنية), namun jika boleh mendapat keuntungan yang  sesuai atau kerana faktor-faktor tertentu, pemilik akan menjualnya. c. Digunakan untuk manfaat awam seperti kegunaan jalan raya atau wakaf. 3. Jika aset hartanah dimiliki untuk mendapatkan hasil seperti sewaan dan pertanian, maka ia tertakluk kepada zakat al-mustaghallat (المستغلات) dan zakat pertanian. 4. Aset hartanah dikenakan zakat sekiranya ia dimiliki untuk tujuan perniagaan sebagai barang dagangan. Haul zakat tersebut bermula dari masa pemilikan hartanah yang diniatkan untuk tujuan dagangan. Kadar zakat perniagaan hartanah adalah sebanyak 2.5% sekiranya mencapai nisab dan haul. 5. Umumnya, terdapat perbezaan formula taksiran zakat terhadap golongan pemaju yang memiliki syarikat formal yang berstatus Sdn. Bhd. atau Berhad (al-mudir), dengan pemaju kecil serta pemilik persendirian yang tidak mempunyai syarikat formal (al-mutarabbis/المتربص). 6. Formula taksiran zakat bagi syarikat formal yang berstatus Sdn. Bhd. atau Berhad (merangkumi property broker company, developer company & contractor company) adalah seperti berikut :      7. Aset yang berkhidmat (al-isti’mal) untuk perniagaan seperti bangunan syarikat, kereta syarikat, peralatan (equipment) dan lain-lain adalah tidak termasuk aset syarikat yang dikenakan zakat. 8. Formula taksiran zakat bagi pemaju kecil yang tidak mempunyai syarikat formal (al-Mutarabbis/المتربص) adalah seperti berikut :     -Tamat -   Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :   S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha   Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3 / 2022 pada 2 Jun 2022."} {"title": "fatwa tentang e cigarette dan vape", "body": "Editor Unit Fatwa 21 September 2022 Jumlah paparan: 1944 Fatwa Tentang E-Cigarette Dan Vape Editor Unit Fatwa 21 September 2022 Jumlah paparan: 1944 Editor Unit Fatwa 21 September 2022 Jumlah paparan: 1944 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 58 / 2022 29-30 JULAI 2022 / 29 ZULHIJJAH 1443 - 1 MUHARRAM 1444H Bil. 1/58 TAHUN 2022                             FATWA TENTANG E-CIGARETTE DAN VAPE Islam melarang muslim menggunakan apa-apa bahan yang terbukti merosakkan diri atau orang lain tanpa justifikasi yang dibenarkan syarak. Amalan pengambilan e-cigarette dan vape disimpulkan oleh pakar kesihatan memberi kesan kemudaratan kepada diri dan orang lain. Berasaskan kesimpulan ini, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis merumuskan bahawa amalan pengambilan bahan tersebut adalah haram.   Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :   S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin bin Jamilin Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha   Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2022 pada 5 Ogos 2022."} {"title": "kadar taksiran zakat hartanah", "body": "Editor Unit Fatwa 31 Oktober 2022 Jumlah paparan: 7744 Fatwa Ajaran Dan Kepercayaan Syeikh Nazim Al-Haqqani, Syeikh Tarikat Naqsyabandiyah Al - Aliyyah Editor Unit Fatwa 31 Oktober 2022 Jumlah paparan: 7744 Editor Unit Fatwa 31 Oktober 2022 Jumlah paparan: 7744   KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 59 / 2022 14 - 15 SEPTEMBER 2022 / 17 - 18 SAFAR 1444H Bil. 3/59 Tahun 2022"} {"title": "hukum berjual beli di dalam masjid 2", "body": "Editor Unit Fatwa 29 Julai 2022 Jumlah paparan: 1986 Hukum Istibdal Harta Wakaf Berasaskan Nilai Editor Unit Fatwa 29 Julai 2022 Jumlah paparan: 1986 Editor Unit Fatwa 29 Julai 2022 Jumlah paparan: 1986   KEPUTUSAN FATWA JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 55 / 2021 22 - 23 NOVEMBER 2021 / 17 - 18 RABIUL AKHIR 1443 Bil. 1/55 TAHUN 2021                                HUKUM ISTIBDAL HARTA WAKAF BERASASKAN NILAI 1. Istibdal merupakan proses menukarkan harta wakaf yang terbengkalai atau kurang berfungsi dengan cara menjual harta tersebut untuk menggantikannya dengan harta yang lebih dapat menunaikan tujuan asal pewakaf. Tujuan istibdal ialah untuk mengelakkan harta wakaf terbengkalai atau kehilangan manfaat yang dimaksudkan oleh pewakaf. 2. Proses istibdal harta wakaf boleh dilakukan berasaskan nilai, tetapi mestilah dilaksanakan dengan syarat-syarat berikut : a. Harta wakaf asal musnah atau tidak dapat dimanfaatkan menurut tujuan asal pewakaf atau memerlukan kos yang tidak munasabah untuk dimanfaatkan atau kerana ketidaksesuaian lokasi harta berkenaan untuk dibangunkan. b. Jualan harta wakaf hendaklah menepati harga pasaran mengikut penilaian pihak yang berautoriti. c. Mendapat keizinan daripada pihak pemerintah atau pemegang amanah yang sah. d. Harta wakaf gantian lebih dapat menunaikan maksud asal pewakaf. 3. Wang yang diperoleh daripada jualan harta wakaf (wang istibdal) adalah dibenarkan untuk digunakan bagi belian harta wakaf yang baharu yang lebih dapat menunaikan tujuan asal pewakaf, atau dapat digunakan untuk membangunkan harta wakaf lain yang sedia ada dengan kadar manfaat asal yang setara atau lebih. Justeru wang hasil istibdal diasingkan menurut tujuan wakaf tersebut. 4. Pihak pengurus wakaf perlu menjaga niat asal pewakaf dengan menggunakan wang istibdal untuk tujuan yang sama. Contohnya wang istibdal masjid digunakan untuk pembangunan masjid sahaja, manakala tanah kubur hanya untuk pembangunan tanah perkuburan sahaja. 5. Walau bagaimanapun, jika tidak dapat dilaksanakan istibdal mengikut tujuan asal pewakaf disebabkan faktor yang menghalang dan dalam masa yang sama terdapat keperluan lain yang lebih memerlukan, kerana mengandungi maslahat yang lebih jelas, pihak pengurus wakaf dibolehkan menggunakan wang istibdal wakaf untuk selain daripada tujuan asal pewakaf, demi memelihara manfaat dan mengelakkan pembaziran. -TAMAT- Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :   S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1 / 2022 pada 20 Januari 2022."} {"title": "hukum istibdal harta wakaf berasaskan nilai", "body": "Editor Unit Fatwa 08 September 2022 Jumlah paparan: 2685 Hukum Berjual Beli Di Dalam Masjid Editor Unit Fatwa 08 September 2022 Jumlah paparan: 2685 Editor Unit Fatwa 08 September 2022 Jumlah paparan: 2685     KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 56 / 2022 11 - 12 MAC 2022 / 8 - 9 SYAABAN 1443H Bil. 1/56 TAHUN 2022                             HUKUM BERJUAL BELI DI DALAM MASJID Masjid adalah bangunan yang diwakafkan atau dikhaskan secara kekal untuk masyarakat Islam mendirikan solat jemaah lima waktu dan lain-lain ibadah. Mana-mana bangunan yang dibina sekalipun berdekatan atau bersambung dengan masjid atau di dalam kawasan pagar masjid tetapi tidak dikhaskan atau diwakafkan untuk tujuan berjemaah lima waktu dan ibadah tidak dikira sebagai masjid. Hukum berjual beli dalam masjid adalah seperti berikut; 1. Sengaja menjadikan atau menggunakan masjid sebagai tempat jual beli sekalipun dalam kuantiti yang sedikit adalah diharamkan berdasarkan ittifaq (kesepakatan) ulama. 2. Transaksi perniagaan atau kempen jualan di dalam masjid yang berlaku tanpa berniat menjadikan masjid sebagai tempat perniagaan, maka para ulama berbeza pandangan mengenainya. Kesimpulannya adalah seperti berikut: a) Jika mengganggu suasana ibadah di dalam masjid, sama ada dengan suara yang hiruk-pikuk atau keadaan barangan yang dibawa adalah haram. b) Jika berlaku secara kebetulan tanpa bermaksud menjadikan masjid sebagai tempat berjual beli dan tidak mengganggu suasana ibadah adalah makruh. c) Jika berlaku transaksi atas talian tanpa menzahirkan apa-apa suasana jual-beli di dalam masjid adalah makruh.   -TAMAT- Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :   S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha       Diperakukan  dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2 / 2022 pada 24 Mac 2022."} {"title": "hukum menggugurkan janin yang cacat", "body": "Editor Unit Fatwa 15 Julai 2022 Jumlah paparan: 2771 Hukum Menggugurkan Janin Yang Cacat Editor Unit Fatwa 15 Julai 2022 Jumlah paparan: 2771 Editor Unit Fatwa 15 Julai 2022 Jumlah paparan: 2771     KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 56 / 2022 11 - 12 MAC 2022 / 8 - 9 SYAABAN 1443H Bil. 3/56 TAHUN 2022                                HUKUM MENGGUGURKAN JANIN YANG CACAT   1. Hukum menggugurkan janin yang telah ditiupkan roh (selepas 120 hari di sisi majoriti ulama) adalah haram, melainkan: a) Kewujudan janin itu boleh mengancam nyawa ibu berdasarkan pengesahan pakar perubatan dalam bidang yang berkaitan. b) Pengesahan daripada pakar perubatan bahawa janin berkenaan tidak berupaya untuk hidup jika dilahirkan. 2. Adapun janin yang belum ditiupkan roh (sebelum 120 hari di sisi majoriti ulama) ramai fuqaha yang membenarkan penggugurannya jika terdapat alasan yang kukuh seperti mengganggu keupayaan hidup keluarga. Kebenaran ini dengan syarat mendapat persetujuan pasangan suami isteri. 3. Ibu atau bapa diharamkan melakukan apa-apa tindakan yang boleh menyebabkan mudarat atau kecacatan kepada janin. Ini seperti pengambilan bahan-bahan yang berbahaya untuk janin. 4. Seseorang muslim haram melakukan apa-apa tindakan yang boleh mencacatkan atau membahayakan janin pihak lain. -TAMAT-   Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :   YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha       Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2 / 2022 pada 24 Mac 2022."} {"title": "fatwa berkaitan kemudaratan di jalan raya disebabkan kecuaian", "body": "Editor Unit Fatwa 15 Julai 2022 Jumlah paparan: 1571 Fatwa Berkaitan Kemudaratan Di Jalan Raya Disebabkan Kecuaian Editor Unit Fatwa 15 Julai 2022 Jumlah paparan: 1571 Editor Unit Fatwa 15 Julai 2022 Jumlah paparan: 1571       KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 57 / 2022 7 APRIL 2022 / 5 RAMADAN 1443H Bil. 3/57 TAHUN 2022                                   FATWA BERKAITAN KEMUDARATAN DI JALAN RAYA DISEBABKAN KECUAIAN   1. Pengguna jalan raya wajib mematuhi segala peraturan di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan. 2. Segala bentuk penggunaan jalan raya yang membawa kepada kemudaratan adalah diharamkan. 3. Sekiranya berlaku sesuatu kemalangan di jalan raya, maka ia tertakluk kepada beberapa keadaan seperti berikut : a) Jika kemalangan itu tidak disebabkan oleh kecuaian pemandu, maka pemandu itu tidak bersalah dan  tidak dikenakan apa-apa hukuman. Ini seperti : i) Kemalangan yang berpunca daripada faktor luar kawalan yang di luar campur tangan manusia. ii) Faktor utama kemalangan disebabkan oleh mangsa. (Contoh: orang yang keluar melintas jalan secara tiba-tiba, sedang pemandu mengikut peraturan) iii) Jika kemalangan itu disebabkan oleh kesalahan orang lain atau kesalahan pihak ketiga, maka pihak ketiga tersebut hendaklah memikul tanggungjawab. b) Jika kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian pemandu, maka pemandu bertanggungjawab ke atas segala kemudaratan yang berlaku samada kehilangan nyawa atau harta benda. Jika membabitkan kehilangan nyawa, pemandu boleh dikenakan hukuman berikut : i) Diyat iaitu denda sebagai ganti terhadap nyawa yang diserahkan kepada waris simati (mangsa kemalangan) kecuali jika waris mangsa memberi kemaafan. ii) Kafarah iaitu memerdekakan seorang hamba beriman. Jika tiada, hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut. c) Jika sesuatu kemalangan yang membabitkan dua pihak atau lebih dan kesemua mereka menjadi faktor penyebab terjadinya kemalangan secara bersama, maka pihak yang terlibat bertanggungjawab ke atas kerosakkan yang berlaku. d) Jika kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh binatang peliharaan, pemiliknya menanggung segala kerugian akibat kecuaian mengawalnya.   - Tamat - Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :   S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha   Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3 / 2022 pada 2 Jun 2022."} {"title": "hukum akad perkahwinan yang tersalah wali", "body": "Editor Unit Fatwa 11 April 2022 Jumlah paparan: 3729 Hukum Akad Perkahwinan Yang Tersalah Wali Editor Unit Fatwa 11 April 2022 Jumlah paparan: 3729 Editor Unit Fatwa 11 April 2022 Jumlah paparan: 3729   KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 56 / 2022 11 - 12 MAC 2022 / 8 - 9 SYAABAN 1443H bil.2/56 TAHUN 2022                                 HUKUM AKAD PERKAHWINAN YANG TERSALAH WALI   Maksud tersalah wali (wali khata’) dalam akad pernikahan merujuk kepada akad pernikahan yang dilakukan bukan dengan wali yang sebenar menurut syara'. Berkaitan dengan perkara ini mesyuarat memutuskan beberapa perkara berikut : 1. Wali adalah satu rukun yang diambil kira bagi menentukan sah atau tidaknya sesuatu perkahwinan. Ini berdasarkan pandangan majoriti ulama. 2. Sekiranya sesuatu pernikahan telah berlaku secara tersalah wali dan didapati wali sebenar bersetuju, maka perkahwinan ini dikira sah.  3. Sekiranya sesuatu pernikahan telah berlaku secara tersalah wali dan wali sebenar tidak bersetuju, maka pihak berkuasa agama boleh membuat keputusan merujuk kepada salah satu daripada situasi berikut : a) Pernikahan dikekalkan jika telah berlaku persetubuhan, bagi menjaga kemaslahatan pasangan tersebut. b) Pernikahan dibubarkan jika belum berlaku persetubuhan. Mereka boleh dinikahkan semula dengan wali yang sebenar jika kedua belah pihak (pihak lelaki dan perempuan) bersetuju. Jika wali sebenar enggan tanpa alasan yang munasabah, mereka boleh dinikahkan dengan menggunakan wali hakim. c) Jika pasangan yang tersalah wali dapat membuktikan keengganan wali sebenar sehingga menyebabkan memilih wali yang lain, maka perkahwinan dengan wali lain itu adalah sah.   -TAMAT-     Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :   S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2 / 2022 pada 24 Mac 2022."} {"title": "hukum menyakiti pasangan anak atau pelajar untuk tujuan mendidik", "body": "Editor Unit Fatwa 08 Disember 2021 Jumlah paparan: 1200 Hukum Menyakiti Pasangan, Anak Atau Pelajar Untuk Tujuan Mendidik Editor Unit Fatwa 08 Disember 2021 Jumlah paparan: 1200 Editor Unit Fatwa 08 Disember 2021 Jumlah paparan: 1200       KEPUTUSAN MESYUARAT  JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-34/2018 6 JANUARI 2018 / 18 RABIUL AKHIR 1439H BIL. 2/34 TAHUN 2018     HUKUM MENYAKITI PASANGAN, ANAK ATAU PELAJAR UNTUK TUJUAN MENDIDIK   1. Menyakiti fizikal atau psikologi pasangan, anak mahupun pelajar dalam apa-apa bentuk secara zalim sekalipun untuk tujuan mendidik adalah diharamkan.    2. Keizinan memukul untuk tujuan mendidik hanya boleh dilakukan dengan syarat tidak memberikan mudharat pada fizikal dan psikologi pihak yang dididik. Sabda Nabi SAW : مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ   Maksudnya: “Perintahlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun. Pukullah mereka kerana itu ketika berumur 10 tahun dan pisahkan tempat tidur antara mereka (lelaki dan perempuan).” (Riwayat Abu Daud. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud)   3. Memukul, menampar atau apa-apa tindakan kasar pada muka diharamkan sama sekali berdasarkan hadis Nabi SAW sekalipun dengan tujuan untuk mendidik atau bergurau. Baginda bersabda:  إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِب الْوَجْهَ   Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu berkelahi dengan saudaranya, maka jauhilah (dari memukul) muka.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim)   4. Demikian juga memukul mana-mana bahagian anggota yang mudah mendatangkan kecederaan seperti kepala dan kemaluan adalah diharamkan.       \r Diperakukan dalam Mesyuarat  Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis  Bil. 1/2018 pada 13 Januari 2018"} {"title": "hukum program perkongsian susu ibu di hospital 2", "body": "Editor Unit Fatwa 08 Disember 2021 Jumlah paparan: 1311 Hukum Program Perkongsian Susu Ibu Di Hospital Editor Unit Fatwa 08 Disember 2021 Jumlah paparan: 1311 Editor Unit Fatwa 08 Disember 2021 Jumlah paparan: 1311     MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-31/2017 6 Ogos 2017 bersamaan 13 Zulkaedah 1438H   HUKUM PROGRAM PERKONGSIAN SUSU IBU DI HOSPITAL   Para ulama telah berbeza pendapat tentang beberapa perincian berkaitan hukum susuan (radha’ah). Majoriti (Jumhur) berpendapat penyusuan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung daripada payudara ibu boleh mensabitkan hubungan mahram susuan.   Di samping itu terdapat dalam kalangan ulama yang mensyaratkan susuan itu hendaklah secara langsung daripada payudara ibu susuan. Ini seperti pendapat al-Laith bin Saad, Ibn Hazm dan selain mereka. Pandangan ini juga yang ditarjihkan oleh al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Syeikh Mustafa al-Zarqa dan lain-lain. Para ulama juga ramai yang menyebut bahawasanya percampuran susu berlainan ibu tidak mensabitkan hukum mahram. Demikian juga para ulama berkhilaf tentang jumlah bilangan susuan yang mensabitkan hukum berkenaan. Majoriti ulama mentarjihkan lima kali susuan yang mengenyangkan.   Setelah berbincang pandangan-pandangan di atas dan mengambil kira keperluan dan realiti yang ada dalam memelihara nyawa bayi khususnya bayi pramatang seperti yang telah dibentangkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat bahawa program perkongsian susu ibu yang dicadangkan oleh KKM adalah tidak bercanggah dengan hukum syarak. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa meminta supaya cara perlaksanaan program tersebut mengambil kira perkara-perkara berikut: 1. Hendaklah mendapat persetujuan dari kedua-dua  pihak (ibu susuan dan anak susuan), kecuali dalam keadaan darurat. 2. Sekiranya berlaku susuan sebanyak 5 kali kenyang ke atas dari seseorang ibu susuan yang sama dengan rekod yang jelas, maka kedua-dua pihak (ibu susuan dan anak susuan) hendaklah mengetahui antara satu sama lain. Ini  bagi menjaga hukum-hakam yang berkaitan dengan mahram.   Jawatankuasa juga ingin memaklumkan bahawa wujudnya keluasan pendapat dalam hal ini di mana para ulama seperti al-Laith bin Saad, Ibn Hazm, al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Syeikh Mustafa al-Zarqa dan lain-lain mensyaratkan susuan itu berlaku secara langsung daripada payudara ibu, maka bagi yang berpegang dengan pendapat ini, dua perkara yang disebutkan di atas tidak menjadi syarat.        \r Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 5/2017 pada 10 Ogos 2017 bersamaan 17 Zulkaedah 1438H"} {"title": "hukum mendirikan solat jumaat lebih daripada satu sesi di tempat yang sama", "body": "Editor Unit Fatwa 06 Oktober 2021 Jumlah paparan: 1196 Hukum Isteri Mengingkari Tegahan Suami Untuk Mengambil Ubatan Editor Unit Fatwa 06 Oktober 2021 Jumlah paparan: 1196 Editor Unit Fatwa 06 Oktober 2021 Jumlah paparan: 1196     KEPUTUSAN FATWAJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 54 / 20218 - 9 SEPTEMBER 2021 / 1 - 2 SAFAR 1443Bil. 3/54 TAHUN 2021 HUKUM ISTERI MENGINGKARI TEGAHAN SUAMI UNTUK MENGAMBIL UBATAN   1. Wajib ke atas isteri mentaati suami dalam perkara yang tidak berbentuk maksiat atau tidak menimbulkan kemudaratan kepada diri sendiri atau orang lain. 2. Seseorang isteri yang meyakini bahawa pengambilan ubatan tertentu dapat menyembuhkan penyakit atau melindunginya daripada kemudaratan berdasarkan pandangan pakar, maka dia boleh mengambilnya sekalipun tanpa persetujuan suami. Melanggar tegahan suami dalam hal tersebut tidak termasuk dalam nusyuz. -TAMAT- Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : 1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis2. Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr.Muhamad Rozaimi bin Ramle6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman7. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin8. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin11. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani – Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2021 pada 14 September 2021."} {"title": "garis panduan pertukaran nama orang islam negeri perlis", "body": "Editor Unit Fatwa 11 Oktober 2021 Jumlah paparan: 3251 Hukum Talak Disebabkan Isteri Melakukan Hal Yang Tidak Disukai Oleh Suami Editor Unit Fatwa 11 Oktober 2021 Jumlah paparan: 3251 Editor Unit Fatwa 11 Oktober 2021 Jumlah paparan: 3251     KEPUTUSAN FATWA JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 54 / 2021 8 - 9 SEPTEMBER 2021 / 1 - 2 SAFAR 1443 Bil. 4/54 TAHUN 2021     HUKUM TALAK DISEBABKAN ISTERI MELAKUKAN HAL YANG TIDAK DISUKAI OLEH SUAMI   1. Jika suami mentalakkan isteri secara ta’liq dengan niat untuk menjatuhkan talak dan hal itu berlaku, maka jatuh talaknya menurut urutan bilangan talak yang pernah dia jatuhkan.   2. Jika suami mentalakkan isteri secara ta’liq tanpa niat untuk menjatuhkan talak tetapi sekadar untuk mengugut atau menunjukkan rasa kebencian terhadap perkara yang dita’liqkannya itu, maka talak tersebut tidak jatuh. Ini kerana amalan berdasarkan kepada niat.    3. Para ulama yang memegang pendapat ini menganggap ia sebahagian daripada sumpah yang mana hendaklah pelakunya menunaikan kafarah sumpah dengan cara memberi makan atau memberi pakaian 10 orang miskin atau membebaskan seorang hamba. Jika dia tidak mampu hendaklah berpuasa selama 3 hari. Ini berasaskan ayat 2 surah al-Tahrim.   4. Jika suami telah mentalakkan isteri dengan mengaitkan perkara yang lepas dan hal itu dia ketahui telah berlaku maka talak dikira jatuh serta-merta. Ini kerana ta’liq terhadap perkara yang telah berlaku tidak dapat difahami melainkan berniat menjatuhkan talak bukan untuk mengugut atau menunjukkan rasa benci.    5. Jika suami mentalakkan isteri dengan mengaitkan sesuatu yang disangkakan belum berlaku, namun ternyata perkara itu telah berlaku, maka talak tidak jatuh jika maksud suami bukan berniat talak sebaliknya untuk mengugut atau menakutkan isteri dari melakukan perkara tersebut kerana asas ucapan seseorang dikira berdasarkan zahirnya. Maka ugutan tidak akan berlaku pada zahirnya melainkan bertujuan kepada perkara yang akan datang.   6. Talak adalah satu peruntukan yang diberikan oleh syarak di atas tujuan kemaslahatan hidup antara pasangan suami isteri. Tidak boleh seseorang muslim mempermainkan peruntukan yang diberikan oleh syara’ dengan tujuan untuk kemaslahatan dalam hubungan kekeluargaan.   -TAMAT-   Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :   1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis 2. Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman 3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat 4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim 5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr.Muhamad Rozaimi bin Ramle 6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman 7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan 8. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin 9. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah 10. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar 11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin 12. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani – Setiausaha     Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2021 pada 14 September 2021."} {"title": "hukum talak disebabkan isteri melakukan hal yang tidak disukai oleh suami", "body": "Editor Unit Fatwa 21 Oktober 2021 Jumlah paparan: 1450 Hukum Mendirikan Solat Jumaat Lebih Daripada Satu Sesi Di Tempat Yang Sama Editor Unit Fatwa 21 Oktober 2021 Jumlah paparan: 1450 Editor Unit Fatwa 21 Oktober 2021 Jumlah paparan: 1450     KEPUTUSAN FATWA JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 54 / 2021 8 - 9 SEPTEMBER 2021 / 1 - 2 SAFAR 1443 Bil. 6/54 TAHUN 2021   HUKUM MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT LEBIH DARIPADA SATU SESI DI TEMPAT YANG SAMA   Solat Jumaat ditunaikan di sesuatu tempat yang diiktiraf oleh Ulil al-Amri hanyalah sekali sahaja bagi setiap Jumaat. Namun begitu ia boleh ditunaikan lebih daripada satu sesi di satu tempat yang sama oleh jemaah yang berbeza atas keizinan Ulul al-Amri berdasarkan kemaslahatan yang diterima di sisi syarak.   -TAMAT-   Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :   1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis 2. Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman 3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat 4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim 5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr.Muhamad Rozaimi bin Ramle 6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman 7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan 8. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin 9. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah 10. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar 11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin 12. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani – Setiausaha   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2021 pada 14 September 2021."} {"title": "hukum isteri mengingkari tegahan suami untuk mengambil ubatan", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Oktober 2021 Jumlah paparan: 1615 Garis Panduan Pertukaran Nama Orang Islam Negeri Perlis Editor Unit Fatwa 18 Oktober 2021 Jumlah paparan: 1615 Editor Unit Fatwa 18 Oktober 2021 Jumlah paparan: 1615     KEPUTUSAN FATWA JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 54 / 2021 8 - 9 SEPTEMBER 2021 / 1 - 2 SAFAR 1443 Bil. 2/54 TAHUN 2021                                GARIS PANDUAN PERTUKARAN NAMA ORANG ISLAM NEGERI PERLIS   Tujuan Garis panduan ini adalah sebagai rujukan umat Islam negeri Perlis bagi urusan yang berkaitan dengan permasalahan pertukaran nama sendiri atau tanggungannya seperti anak, yang memerlukan kepada sokongan daripada Pihak Berkuasa Agama Negeri Perlis.    Panduan    Pertukaran nama yang ingin dilakukan adalah melibatkan faktor dan hukum seperti berikut :   1. Nama yang digunakan membawa maksud yang diharamkan dalam Islam, maka wajib ditukar iaitu  :   a) Nama yang menunjukkan penyembahan kepada selain Allah SWT seperti Abdul Hajar (hamba batu),  b) Nama yang khusus untuk Zat Allah SWT seperti Allah dan al-Rahman.  (Permohonan akan disokong)   2. Nama yang membawa maksud yang menyalahi agama, akan tetapi uruf masyarakat tidak memaksudkan maksud yang salah itu, maka ia dibenarkan menggunakannya seperti nama Abdul Muttalib (hamba Muttalib): - (Permohonan akan disokong)   3. Nama yang tidak salah pada makna tetapi dianggap buruk pada sisi agama disebabkan ia telah digunakan kepada mereka yang menderhakai Allah SWT seperti Firaun, Qarun, Haman, Namrud, Azazil, Abu Lahab dan seumpamanya. Ini wajib ditukar. - (Permohonan akan disokong).   4. Nama yang boleh difahami dengan maksud yang kurang baik tetapi tidak ke peringkat haram, maka hukum menukarnya adalah Sunat iaitu mendapat pahala jika ditukar seperti nama Qaswah (keras hati) atau seumpamanya. - (Permohonan akan disokong).   5. Nama yang baik tetapi boleh menimbulkan kekeliruan atas faktor perbezaan masa dan tempat seperti nama dalam bahasa tertentu yang menyebabkan masyarakat di tempatnya menganggap dia bukan muslim. Hukum menukarnya adalah Sunat iaitu mendapat pahala jika ditukar. - (Permohonan akan disokong).   6. Nama baru adalah sama baik dengan nama asal, seperti menukar nama Ahmad kepada Muhammad, hukumnya adalah harus. Namun jika ada maslahat, maka hukumnya menjadi sunat. Ini seperti nama yang baik tetapi tidak sesuai dengan diri orang yang dinamakan. - (Permohonan akan dipertimbangkan).   7. Nama yang didaftarkan dengan ejaan secara tidak sempurna seperti Ya (Yahya), Pa (Mustapha), Som (Kalsom) dan seumpamanya. Hukum menukarnya adalah harus. - (Permohonan akan dipertimbangkan).   8. Nama asal bermaksud baik, tetapi ditukar kepada nama yang kurang baik, seperti menukar nama Sulaim kepada Ḥarb (perang), hukumnya adalah makruh. - (Permohonan tidak akan disokong).   9. Nama asal bukan dalam kategori yang salah tetapi ditukar kepada yang salah seperti menukar nama Rais kepada Abdul Syams (hamba matahari). Hukumnya adalah haram. - (Permohonan tidak akan disokong).   10. Sekiranya pertukaran nama untuk tujuan penipuan atau perlakuan jenayah yang menyalahi undang-undang, maka hukumnya adalah haram. –(Permohonan tidak akan disokong).   11. Menukar nama untuk menyembunyikan keaiban pada diri adalah dibolehkan. –(Permohonan akan disokong).   12. Sekalipun terdapat bukti yang menunjukkan di zaman Nabi SAW berlaku penasaban anak kepada ibu bukan bapa.  Perkara ini hanya terhad untuk gelaran sahaja, tidak kepada dokumen pengenalan diri yang dijadikan asas rujukan hukum-hakam berkaitan nasab pada hari ini.   -TAMAT-   Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :   1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis 2. Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman 3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat 4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim 5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr.Muhamad Rozaimi bin Ramle 6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman 7. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin 8. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah 9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar 10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin 11. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha     Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2021 pada 14 September 2021."} {"title": "fatwa berkaitan muslim yang berurusan dengan anjing", "body": "Editor Unit Fatwa 27 September 2021 Jumlah paparan: 27525 Fatwa Berkaitan Muslim Yang Berurusan Dengan Anjing Editor Unit Fatwa 27 September 2021 Jumlah paparan: 27525 Editor Unit Fatwa 27 September 2021 Jumlah paparan: 27525   KEPUTUSAN FATWA JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 54 / 2021 8 - 9 SEPTEMBER 2021 / 1 - 2 SAFAR 1443 Bil. 1/54 TAHUN 2021                                  \r FATWA BERKAITAN MUSLIM YANG BERURUSAN DENGAN ANJING   1. Muslim boleh menggunakan anjing atas keperluan syar’ie iaitu untuk membantu urusan kehidupan seperti memburu, menjaga ternakan, mengesan jenayah atau barang dan seumpamanya. Keizinan ini bersumberkan al-Quran dan Sunnah.   2. Memelihara anjing tanpa keperluan syar‘ie dalam urusan kehidupan adalah dilarang. Ini disebabkan kesan najis, hospitaliti, gangguan ibadah, hubungan antara keluarga, kejiranan dan seumpamanya. Terdapat hadis sahih yang melarang perkara ini.   3. Menjadi doktor haiwan ( Veterinar ) yang merawat anjing bukan satu kesalahan bahkan ia satu perbuatan yang baik. Dalam hadis yang sahih menyebut seorang pelacur diampuni oleh Allah kerana memberi minum kepada anjing.   4. Menjadi jurulatih yang mengajar anjing seperti untuk memburu, mengesan barangan, penjenayah dan seumpamanya adalah merupakan pekerjaan yang syar’ie seperti yang terdapat dalam surah al-Maidah ayat 4.   5. Ulama fekah (fuqaha) berbeza pendapat tentang sentuhan anjing yang basah. Antara pandangan utama mazhab-mazhab tersebut ialah : a) Sentuhan anjing yang basah atau lembab wajib dibasuh tujuh kali iaitu enam kali air mutlak dan satu kali air tanah. b) Jilatan anjing sahaja yang wajib dibasuh sebanyak tujuh kali tersebut. c) Basuhan sebanyak tujuh kali tersebut tidak diwajibkan tetapi berpahala jika melakukannya.   6. Oleh kerana nas hadis menyebut jilatan anjing hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali termasuk satu kali air tanah, maka menghadkan kewajipan tersebut kepada jilatan anjing sahaja adalah pendapat yang dipilih dalam fatwa ini. Pendapat ini telah disebutkan oleh al-Mutawalli dan al-Rafi’ie dalam mazhab Syafi‘ie dan dianggap kuat oleh al-Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’.     7. Justeru, jika diyakini jilatan anjing terkena pada bekas, diri, pakaian, tempat atau apa-apa barangan hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali termasuk salah satunya dengan air tanah. Bahan-bahan pencuci lain sebagai gantian bagi air tanah hanya boleh digunakan jika penggunaan air tanah boleh mendatangkan kerosakan, kerugian harta atau ketiadaan tanah.   8. Kewajiban membasuh barangan yang terkena najis anjing ini jika barangan terbabit hendak digunakan bagi tujuan ibadah atau untuk kegunaan makan dan minum.    9. Jika sentuhan itu berlaku dalam keadaan kering pada yang menyentuh dan yang disentuh maka hukum basuhan tersebut tidak diwajibkan berdasarkan kesepakatan ulama.   10. Adapun anjing yang memudaratkan manusia boleh dilupuskan. Ia termasuk dalam senarai haiwan yang boleh dibunuh yang disebut dalam hadis sahih.   -TAMAT- Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : 1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis2. Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan8. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin9. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah10. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin12. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2021 pada 14 September 2021."} {"title": "fatwa berkaitan gurauan", "body": "Editor Unit Fatwa 21 September 2021 Jumlah paparan: 5633 Hukum Berinteraksi Dengan Mukhannath ( Pondan / Mak Nyah / Bapuk / Pengkid / Tomboi / Transgender ) Editor Unit Fatwa 21 September 2021 Jumlah paparan: 5633 Editor Unit Fatwa 21 September 2021 Jumlah paparan: 5633   KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 53 / 2021 23 - 24 JUN 2021 / 12 - 13 ZULKAEDAH 1443H BIL 1/ 53 TAHUN 2021                              HUKUM BERINTERAKSI DENGAN MUKHANNATH (PONDAN / MAK NYAH / BAPUK / PENGKID / TOMBOI / TRANSGENDER) Tasyabbuh iaitu perbuatan lelaki ataupun wanita dengan sengaja meniru jantina yang berbeza dari segi pertuturan, tingkah laku, perbuatan atau berpakaian tanpa mempunyai keperluan yang dibenarkan oleh syarak seperti pendidikan, penyaksian atau pemberian keterangan dan seumpamanya. Hukum tasyabbuh ini adalah haram dan termasuk di dalam dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT seperti di dalam hadis Nabi SAW daripada Ibn Abbas r.a : لَعَنَ رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بالنِّسَاءِ، والْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بالرِّجَالِ Terjemahannya : Rasulullah SAW melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan orang wanita yang menyerupai lelaki. (HR al-Bukhari) Adapun jika penyerupaan itu tidak disengajakan seperti sifat lembut yang ada pada lelaki sejak asal bukan dibuat-buat adalah tidak dinamakan dengan tasyabbuh. Golongan ini dipanggil mukhannath khalqi iaitu seorang yang mempunyai sifat keperempuanan yang tidak disengajakan. Demikian juga wanita yang mempunyai sifat lelaki sejak asal seperti suara yang garau. Golongan ini dimaafkan selagi mana ia bukan disengajakan.   Demikian juga lelaki atau wanita yang memiliki perasaan seks kepada golongan sejenis tanpa sengaja, namun tidak melakukan apa-apa perbuatan yang mencanggahi syarak adalah dimaafkan bahkan jika dia bersabar menahan dirinya dari melakukan perbuatan yang haram, dia mendapat pahala yang besar. Sehubungan dengan itu golongan mukhannath atau yang disebut mak nyah (transgender) yang sengaja menyerupai jantina yang berbeza termasuk dalam golongan fasik. Bagi golongan ini terdapat beberapa hukum yang perlu diberikan perhatian: Hukum seseorang berkhalwat dengan golongan ini sekalipun dari jantina yang sama adalah diharamkan jika boleh menimbulkan fitnah atau mencemarkan nama baik seseorang. Jika tidak menimbulkan fitnah maka hukumnya sama seperti seseorang berkhalwat dengan jantina yang sama. Solat jemaah golongan ini hendaklah berdasarkan jantinanya yang sebenar dan mereka diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina, kerana boleh mengganggu suasana ibadah di masjid. Golongan ini juga dilarang mengerjakan haji dan umrah jika penampilan mereka boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah haji dan umrah. Jenazah golongan ini diuruskan berdasarkan jantina yang sebenar. Pihak pengurusan jenazah memilih mereka yang sesuai untuk mengendalikan jenazah bagi mengelakkan fitnah. Lelaki dari golongan ini boleh menjadi wali dengan syarat ketika proses perwalian dia tampil dengan perwatakan lelaki.   -TAMAT-  Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis 1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis 2. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat 3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim 4. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle 5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman 6. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor 7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan 8. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin 9. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah 10. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar 11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin 12. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4/2021 pada 14 September 2021"} {"title": "hukum berinteraksi dengan mukhannath pondan mak nyah bapuk pengkid tomboi taransgender", "body": "Editor Maktabah 20 September 2021 Jumlah paparan: 3311 Hukum Memakan Haiwan Akua (Haiwan Air) Yang Diternak Dan Diberi Makan Najis Editor Maktabah 20 September 2021 Jumlah paparan: 3311 Editor Maktabah 20 September 2021 Jumlah paparan: 3311 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 53 / 2021 23 - 24 JUN 2021 / 12 - 13 ZULKAEDAH 1442                    Bil. 2/53 TAHUN 2021                                      HUKUM MEMAKAN HAIWAN AKUA (HAIWAN AIR) YANG DITERNAK DAN DIBERI MAKAN NAJIS   1. Binatang yang dagingnya berbau najis disebabkan memakan atau diberi makan najis atau hidup di persekitaran najis dipanggil Jallalah.    2. Sehubungan dengan itu haiwan Akua (haiwan air) yang diberi makan najis, sehingga memberi kesan kepada isinya termasuk di dalam jallalah. Hukum memakan haiwan Jallalah ini adalah menimbulkan khilaf dalam kalangan ulama.    3. Setelah menilai dan meneliti khilaf ulama tersebut, jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mentarjihkan haram memakan ikan, udang atau apa sahaja haiwan air yang isinya berbau najis. Hukum haram itu kekal sehingga hilang bau tersebut.    4. Adalah dicadangkan untuk haiwan akua dikuarantin selama tiga hari dengan diberi makanan yang bersih atau tanpa memberi makanan bagi tujuan menghilangkan bau najis tersebut. Apabila bau dan kesan najis itu hilang sama ada sebelum atau selepas tiga hari, maka haiwan akua tersebut boleh dimakan jika tidak membawa kemudaratan.   5. Hukum memberi makanan najis kepada haiwan ternakan yang hendak dimakan adalah haram. Maka memberi makan ikan atau haiwan ternakan akua yang lain dengan makanan yang najis bertujuan untuk dimakan adalah haram. Adapun makanan haiwan ternakan yang tercemar dengan najis yang sedikit adalah dimaafkan jika tidak membawa kemudaratan.   6. Ikan atau haiwan akua yang pada zahirnya bersih maka dihukum bersih, tidak diwajibkan menyelidiki dengan lebih mendalam melainkan jika terdapat kesan najis pada haiwan berkenaan.   7. Penjual yang mengetahui haiwan jualannya itu jallalah hendaklah memaklumkannya kepada pembeli.    -TAMAT-   Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :    1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis 2. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat 3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim 4. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle 5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman 6. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor 7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan 8. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin 9. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah 10. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar 11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin 12. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4/2021 pada 14 September 2021"} {"title": "hukum memakan haiwan akua haiwan air yang diternak dan diberi makan najis", "body": "Editor Unit Fatwa 22 September 2021 Jumlah paparan: 1185 Fatwa Berkaitan Gurauan Editor Unit Fatwa 22 September 2021 Jumlah paparan: 1185 Editor Unit Fatwa 22 September 2021 Jumlah paparan: 1185     KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 53 / 2021 23 - 24 JUN 2021 / 12 - 13 ZULKAEDAH 1442 Bil. 3/53 TAHUN 2021                                  FATWA BERKAITAN GURAUAN 1. Hukum gurauan secara umum pada asalnya adalah dibenarkan. 2. Bentuk-bentuk gurauan pada masa kini ialah prank, karikatur, parodi, satira, komedi dan seumpamanya. Ia tertakluk kepada hukum asal iaitulah dibenarkan melainkan jika terdapat perkara yang mencanggahi syariat. 3. Jika ia bertujuan membawa kepada kebaikan dan dilakukan dengan cara yang baik seperti untuk menjalinkan hubungan yang lebih akrab, pendidikan yang berkesan atau segala maksud yang baik, maka ia boleh mendatangkan pahala. 4. Namun ia menjadi haram jika mengandungi unsur-unsur berikut: i. Mempermain-mainkan agama Islam sama ada dari sudut kepercayaan, syiar atau amalan. ii. Memperlekeh dan merendahkan orang lain dalam perkara dan bentuk yang tidak wajar. iii. Mereka-reka sesuatu yang tidak wujud yang membawa keburukan. iv. Mendatangkan mudarat kepada pihak lain sama ada dari segi fizikal, emosi, maruah, harta atau ketenteraman individu atau masyarakat. v. Perlakuan maksiat, dosa dan kemungkaran. vi. Bahasa dan perlakuan yang tidak wajar menurut uruf Dinasihatkan juga kepada masyarakat untuk mementingkan sifat kesederhanaan, keseimbangan dan kesesuaian sebagaimana yang dianjurkan di dalam agama termasuk dalam permasalahan gurauan -TAMAT- Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : 1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis 2. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat 3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim 4. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle 5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman 6. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor 7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan 8. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin 9. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah 10. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar 11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin 12. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha       Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4/2021 pada 14 September 2021."} {"title": "kadar zakat fitrah negeri perlis tahun 1441h 2020m", "body": "Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1014 Fatwa Tentang Pengurusan Mayat Yang Tidak Dituntut Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1014 Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1014 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 51 / 2021 22 Februari 2021 / 10 Rejab 1442                         Bil. 4/51  TAHUN 2021                                   FATWA TENTANG PENGURUSAN MAYAT YANG TIDAK DITUNTUT Jika ada petanda pada mayat yang menunjukkan ia seorang muslim sekalipun berdasarkan sangkaan dan tiada petanda lain yang menolak sangkaan itu, maka ia diurus seperti mayat muslim. Jika tiada petanda dan tiada tuntutan dari pihak lain sementara mayat dijumpai di negara majoriti muslim, maka dianggap sebagai mayat muslim. Jika ditemui bahagian mayat yang diyakini kematian pemiliknya, maka wajib dimandi, dikafan dan disolatkan. Jika ditemui kemudian bahagian lain anggotanya setelah disolatkan anggota sebelumnya, maka wajib dimandikan dan dikafankan, manakala solat adalah disunatkan seperti yang dipilih di dalam mazhab Hambali. Dimakruhkan memindahkan mayat dari kawasan kematiannya ke kawasan lain jika tiada sebarang keperluan. Jika pemindahan itu membawa kepada kerosakan atau perubahan mayat maka hukumnya adalah haram. Jika ada keperluan yang mendesak untuk mayat dipindahkan dan proses memasukkan bahan kimia (formalin) bagi mengelakkan mayat berubah, maka hal ini dibenarkan dengan syarat berikut : Terdapat keperluan mendesak untuk memindahkan mayat ke satu destinasi yang melibatkan tempoh lama dan menyebabkan berlaku proses pereputan mayat. Tidak menyebabkan mudharat lain disebabkan proses pemindahan tersebut. Suntikan bahan kimia dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepakaran. Dilakukan dengan disiplin menghormati mayat seperti yang diputuskan oleh syara’. Tidak membuang apa-apa anggota mayat atau membuang sesuatu dari dalam badan keluar kerana ia termasuk larangan al-Muthlah (المثلة mencederakan/merosakkan) yang disebutkan dalam hadis, melainkan jika terdapat dharurat dan tiada pilihan lain. Tujuan suntikan ialah untuk proses pemindahan mayat dan bukannya untuk menyimpan mayat sebagai pameran. Pemindahan dilakukan setelah mayat dimandikan, dikafankan dan disolatkan. Ini kerana kewajipan memandikan, mengkafankan dan mensolatkan diwajibkan ke atas penduduk di mana mayat itu berada.   -TAMAT- Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021."} {"title": "fatwa tentang pengurusan mayat yang tidak dituntut", "body": "Editor Unit ISNAD 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 673 Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis Tahun 1441H /2020M Editor Unit ISNAD 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 673 Editor Unit ISNAD 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 673 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 45 / 2020 25-26 Februari 2020 / 01-02 Rejab 1441 Hotel Seri Malaysia, Kangar                       Bil. 5 /45      TAHUN 2020   KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI PERLIS TAHUN 1441H /2020M   Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis tahun 1441H /2020M adalah sebanyak RM 7.00 dan bagi Umat Islam yang menunaikan fitrah dengan beras, kadar pengeluaran adalah sebanyak satu gantang nabawi (2.6 kilogram) bagi tiap-tiap seorang.   -TAMAT-"} {"title": "peruntukan wang zakat untuk asnaf amilin", "body": "Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 688 Peruntukan Wang Zakat Untuk Asnaf Amilin Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 688 Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 688 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 51 / 2021 22 Februari 2021 / 10 Rejab 1442                          Bil. 3/51     TAHUN 2021                                  PERUNTUKAN WANG ZAKAT UNTUK ASNAF AMILIN   Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju agar pihak MAIPs mengambil satu perlapan (1/8) daripada wang zakat untuk diperuntukkan di bawah Asnaf Amilin dan hal-hal pentadbiran dapat diuruskan di bawah peruntukkan ini bagi perbelanjaan yang berkaitan untuk pelaksanaannya oleh MAIPs. -TAMAT-   Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani – Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021."} {"title": "fatwa tentang mesin permainan anak patung kanak kanak", "body": "Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1225 Pertukaran Nama Dan Bin Bagi Muallaf Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1225 Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1225 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 52 / 2021 19 - 20 MAC 2021 / 6 - 7 SYA’BAN 1442                   Bil. 6/52      TAHUN 2021                                 PERTUKARAN NAMA DAN BIN BAGI MUALLAF   Islam tidak memerintahkan untuk seseorang yang memelukagama Islam menukar nama bapanya kepada Abdullah. Bahkan jika pertukaran itu boleh menafikan hak keadilan untuk seorang bapa dan menimbulkan kekeliruan pada nasab, maka ia adalah diharamkan. Ini seperti firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 5 : ٱدۡعُوهُمۡ لِأٓبَآئِهِمۡ هُوَ أَقۡسَطُ عِندَ ٱللَّهِۚ Maksudnya : Panggilah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapak-bapak mereka; Itulah yang lebih adil pada sisi Allah, Menukar nama sendiri kepada nama lain yang mengandungi makna yang baik (dalam apa-apa bahasa) setelah memeluk Islam adalah diharuskan. Bahkan digalakkan jika nama asal tidak sesuai dari sudut makna dan kesan kemasyarakatan. Diwajibkan ke atas seorang muslim menukar nama, sekiranya nama asal mengandungi makna yang menyalahi syarak.   -TAMAT- Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :   YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021."} {"title": "fatwa vaksin covid 19", "body": "Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 2662 Hukum Berurus Niaga Dengan Syarikat Yang Dimiliki Oleh Non Muslim Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 2662 Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 2662   KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 52 / 2021 19 - 20 MAC 2021 / 6 - 7 SYA’BAN 1442                             Bil. 7/52   TAHUN 2021                                 HUKUM BERURUS NIAGA DENGAN SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH NON MUSLIM Hukum bermuamalah dengan non muslim termasuk menjual produk mereka adalah harus, tertakluk kepada beberapa garis panduan seperti berikut : Barang, produk atau perkhidmatan adalah halal. Program perniagaan tidak mengandungi unsur gharar, penipuan, riba dan perkara-perkara yang menyalahi syarak. Perniagaan tersebut tidak menyumbang secara terang, nyata dan langsung kepada permusuhan terhadap umat Islam, pengukuhan kepercayaan selain dari akidah Islam dan penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan umat Islam. Perlu diketahui, sesuatu perniagaan yang sah dari segi akad boleh menjadi haram disebabkan perkara lain seperti jual-beli yang membantu kepada kemungkaran. Dari segi perniagaan adalah sah, namun dari segi kesan sampingan adalah haram.   Dalam masa yang sama, umat Islam digalakkan untuk memajukan diri mereka di dalam dunia perniagaan dengan menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti dan tolong menolong antara satu dengan yang lain. -TAMAT- Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021."} {"title": "hukum berurus niaga dengan syarikat yang dimiliki oleh non muslim", "body": "Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1783 Fatwa Tentang Mesin Permainan Anak Patung Kanak-Kanak Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1783 Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1783 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 51 / 2021 22 Februari 2021 / 10 Rejab 1442                            Bil. 2/51     TAHUN 2021                                 FATWA TENTANG MESIN PERMAINAN ANAK PATUNG KANAK-KANAK   Mesin Permainan Kanak-Kanak (K.B. FUN) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir). Ini adalah kerana terdapat pertaruhan yang melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperolehi barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang tersebut. Ini adalah satu bentuk pertaruhan yang dilarang oleh syara’ iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak akan kerugian. Ia juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan. Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhi daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana ia termasuk di dalam dosa besar. Seorang muslim juga tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian seperti itu kerana ia termasuk memakan harta secara batil. -TAMAT- Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021."} {"title": "pertukaran nama dan bin bagi muallaf", "body": "Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1934 Fatwa Vaksin COVID-19 Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1934 Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1934   KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 51 / 2021 22 Februari 2021 / 10 Rejab 1442                        Bil. 1/51    TAHUN 2021                                   FATWA VAKSIN COVID-19   “Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19 adalah harus dan ianya wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia”   -TAMAT- Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021."} {"title": "hukum suntikan vaksin bagi orang berpuasa", "body": "Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 933 Hukum Suntikan Vaksin Bagi Orang Berpuasa Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 933 Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 933 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 52 / 2021 19 - 20 MAC 2021 / 6 - 7 SYA’BAN 1442                      Bil. 5/52  TAHUN 2021                                 HUKUM SUNTIKAN VAKSIN BAGI ORANG BERPUASA Suntikan perubatan yang tidak melalui rongga terbuka dan bukan sebagai gantian kepada makan dan minum termasuk vaksin tidak membatalkan puasa. -TAMAT- Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021."} {"title": "kadar nisab zakat emas berdasarkan tahap ketulenan", "body": "Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1176 Kadar Nisab Zakat Emas Berdasarkan Tahap Ketulenan Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1176 Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1176 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 52 / 2021 19 - 20 MAC 2021 / 6 - 7 SYA’BAN 1442                           Bil. 4/52      TAHUN 2021                                   KADAR NISAB ZAKAT EMAS BERDASARKAN TAHAP KETULENAN Nisab emas tulen (khalis) ialah 20 mithqal (20 dinar) yang bersamaan 85g. Ini bagi emas berketulenan 995, 999, 24k dan ke atas. Adapun nisab bagi emas yang bercampur (maghsyusy) hendaklah berdasarkan kandungan kadar emas sebenar. Jadual berikut boleh dirujuk : EMAS NISAB 24k / 995 / 999 / 足金 85g 965 / 泰国 88.08g 23k / 950 89.47g 22k / 916 92.79g 21k / 875 / ۸۷۵ 97.14g 20k / 835 / 盾金 101.79 Paun / 钱金 107.59g 18k / K18 / 750 113.33g 14k / 585 145.30g 9k / 375 226.66g -TAMAT-           Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :  YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021."} {"title": "fatwa berkaitan mirath wali perkahwinan dan mahramiyyah bagi anak tidak sah taraf", "body": "Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 565 Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis Tahun 1442H /2021M Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 565 Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 565 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 52 / 2021 19 - 20 MAC 2021 / 6 - 7 SYA’BAN 1442                      Bil. 1/52   TAHUN 2021                                 KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI PERLIS TAHUN 1442H /2021M   “Kadar zakat fitrah negeri Perlis tahun 1442H /2021M adalah sebanyak RM 7.00 dan bagi Umat Islam yang menunaikan fitrah dengan beras, kadar pengeluaran adalah sebanyak satu gantang nabawi (2.6 kilogram) bagi tiap-tiap seorang.”   -TAMAT- Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021."} {"title": "syarat oku yang layak menerima zakat di bawah asnaf fakir dan miskin", "body": "Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1259 Syarat Oku Yang Layak Menerima Zakat Di Bawah Asnaf Fakir Dan Miskin Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1259 Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1259 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 52 / 2021 19 - 20 MAC 2021 / 6 - 7 SYA’BAN 1442                       Bil. 2/52     TAHUN 2021                                  SYARAT OKU YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT DI BAWAH ASNAF FAKIR DAN MISKIN   Keadaan fizikal dan mental yang menghalang atau membebankannya mencari pendapatan dan menguruskan diri. Tidak memiliki harta sendiri yang mencukupi untuk membiayai keperluan hidup. Umur melebihi 18 tahun yang secara urufnya ditakrifkan melepasi umur kanak-kanak. Jika seorang OKU memerlukan bantuan menuntut ilmu yang tidak bercanggah dengan hukum syarak, dia boleh mendapat peruntukan zakat di bawah fi sabilillah sekalipun berumur kurang dari 18 tahun.               -TAMAT-  Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021."} {"title": "kadar zakat fitrah negeri perlis tahun 1442h 2021m", "body": "Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1346 Fatwa Berkaitan Mirath, Wali Perkahwinan Dan Mahramiyyah Bagi Anak Tidak Sah Taraf Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1346 Editor Maktabah 30 Mac 2021 Jumlah paparan: 1346 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 52 / 2021 19 - 20 MAC 2021 / 6 - 7 SYA’BAN 1442                             Bil. 3/52   TAHUN 2021                                 FATWA BERKAITAN MIRATH, WALI PERKAHWINAN DAN MAHRAMIYYAH BAGI ANAK TIDAK SAH TARAF   Anak yang telah dibinkan oleh mahkamah kepada bapanya, mereka saling mewarisi harta pusaka, terlaksana hukum-hakam perwalian dan mahramiyyah (status mahram).   -TAMAT-  Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021."} {"title": "garis panduan pengurusan masjid dan surau seluruh negeri perlis pindaan tahun 2020", "body": "Editor Maktabah 10 Februari 2021 Jumlah paparan: 2369 Garis Panduan Pengurusan Masjid Dan Surau Seluruh Negeri Perlis (Pindaan Tahun 2020) Editor Maktabah 10 Februari 2021 Jumlah paparan: 2369 Editor Maktabah 10 Februari 2021 Jumlah paparan: 2369 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 50 / 2020 14 Disember 2020 / 28 Rabiul Akhir 1442 Hotel Savana, Kuala Perlis                                Bil. 6/50    TAHUN 2020                                 GARIS PANDUAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU SELURUH NEGERI PERLIS (PINDAAN TAHUN 2020) GARIS PANDUAN INI DISEDIAKAN SEBAGAI SATU PANDUAN BAGI PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN MASJID SERTA KARIAH MASJID SEPANJANG MASA DI NEGERI PERLIS (TAMBAHAN)   GARIS PANDUAN KEPADA IMAM Secara umumnya Imam tidak boleh mengadakan apa-apa perbuatan dalam solat yang tidak mempunya dalil yang jelas daripada al-Quran dan al-Sunnah Tidak mengkhususkan bacaan Qunut pada masa tertentu seperti qunut subuh kecuali qunut nazilah dan witir Tidak mengadakan wirid secara jamai’e pada masa tertentu seperti selepas solat fardhu kecuali untuk tujuan mengajar dalam waktu yang terbatas Tidak mengadakan bacaan khusus pada waktu yang khusus tanpa dalil dari al-Quran dan al-Sunnah seperti membaca Yasin secara beramai-ramai pada malam jumaat Tidak mengadakan upacara tahlil kematian Tidak mengadakan apa-apa upacara yang berkaitan dengan jenazah melainkan berpandukan panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mentarjihkan bacaan Bismillah adalah secara Sir bagi solat yang dibaca Jahr   GARIS PANDUAN KEPADA KHATIB Hendaklah menyampaikan khutbah Jumaat, Aidilfitri, Aidiladha dan lainnya dengan khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Mengekalkan teks asal khutbah. Sekiranya berlaku kesilapan, pembetulan hanya dilakukan pada kesilapan sahaja.   GARIS PANDUAN KEPADA MUAZZIN Melaungkan azan sebaik sahaja masuk waktu solat pada setiap waktu Melaungkan azan dua kali untuk solat subuh, iaitu 30 minit sebelum masuk waktu dan sebaik masuk waktu Tidak membaca dan memperdengarkan sebarang bacaan lain dengan kuat sebelum dan selepas azan Melakukan iqamah setelah imam bersedia untuk menunaikan solat.   PENGUMUMAN DAN IKLAN DI DALAM MASJID Pengumuman dan iklan yang mengzahirkan kepentingan peribadi seperti mencari barang hilang adalah DILARANG Pengumuman dan iklan yang berkaitan perniagaan seperti pakej haji dan umrah, pakej aqiqah adalah DILARANG Pengumuman dan iklan berkaitan perkara ketaatan yang disyariatkan seperti pengumuman solat Hari Raya, Solat jenazah, majlis berbuka puasa dan lain-lain yang berunsurkan keagamaan dan kebajikan umum adalah DIBENARKAN.   PENGUMUMAN IKLAN DI PAGAR MASJID Pengumuman dan iklan berunsurkan program-program keagamaan yang disyariatkan seperti pengumuman Qiyam Ramadhan berjemaah, pengumuman majlis berbuka puasa, kelas kursus haji dan umrah adalah DIBENARKAN. Sebarang pengumuman dan iklan bergambar yang tidak bersesuaian adalah DILARANG Pengumuman dan iklan yang dibuat hendaklah tidak menimbulkan perpecahan di antara umat Islam serta mengelirukan sesetengah pihak. Pengumuman dan iklan program yang tidak mendapat kelulusan MAIPs atau Jabatan Mufti Perlis atau Jabatan Agama Islam Perlis adalah TIDAK DIBENARKAN.   GARIS PANDUAN JUMAAT Tidak diedarkan tabung kutipan derma ketika khatib berkhutbah.   GARIS PANDUAN JEMAAH MASJID (Tambahan) Jemaah masjid atau surau adalah mereka yang hadir atau berada di sesuatu kawasan masjid atau surau. (Tambahan) Anak jemaah tidak boleh mengadakan amalan di kawasan masjid atau surau yang bertentangan dengan amalan yang telah ditetapkan kepada imam, khatib dan muazzin. (Tambahan) Anak Jemaah tidak boleh mengadakan apa-apa amalan atau aktiviti yang boleh membawa kepada perpecahan atau menyanggah arahan pihak berkuasa agama. (Tambahan) Anak Jemaah tidak boleh mengadakan apa-apa wirid atau bacaan yang mengganggu Jemaah lain. (Tambahan)   PEMAKAIAN GARIS PANDUAN (Tambahan) Garis Panduan ini terpakai di semua masjid dan surau di Negeri Perlis (Tambahan) Garis Panduan ini terpakai kepada semua Umat Islam yang bermastautin di negeri Perlis sama ada yang bertindak sebagai imam ataupun makmum (Tambahan) Pengurusan masjid adalah terikat dengan arahan dan kawalan Majlis dari semasa ke semasa berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006. (Tambahan)   -TAMAT- Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 1/2021 pada 26 Januari 2021"} {"title": "hukum meninggalkan solat jumaat disebabkan tugasan", "body": "Editor Maktabah 10 Februari 2021 Jumlah paparan: 13733 Hukum Meninggalkan Solat Jumaat Disebabkan Tugasan Editor Maktabah 10 Februari 2021 Jumlah paparan: 13733 Editor Maktabah 10 Februari 2021 Jumlah paparan: 13733 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 50 / 2020 14 Disember 2020 / 28 Rabiul Akhir 1442 Hotel Savana, Kuala Perlis           Bil. 2/50   TAHUN 2020                                  HUKUM MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT DISEBABKAN TUGASAN   Solat Jumaat wajib ditunaikan oleh setiap mukalaf yang memenuhi syarat-syarat wajib solat Jumaat. Maka seseorang mukalaf tidak boleh meninggalkan Jumaat tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak. Termasuk dalam keuzuran meninggalkan Jumaat ialah tugasan kritikal seperti pengawal keselamatan, petugas kesihatan, petugas trafik udara dan darat, anggota tentera, polis, bomba dan penyelamat, dan seumpamanya yang terpaksa bertugas di waktu Jumaat dan tiada pengganti lain yang tidak diwajibkan Jumaat seperti orang bukan muslim, wanita atau orang yang bermusafir. Seseorang yang tidak menunaikan Jumaat disebabkan keuzuran hendaklah menggantikannya dengan solat Zohor.   Seorang mukalaf hendaklah berusaha sedaya mungkin untuk menghadiri solat Jumaat. Jika sekiranya dia terpaksa meninggalkan Jumaat disebabkan keuzuran yang dibenarkan, dia hendaklah berusaha mengelakkan daripada meninggalkannya sebanyak tiga kali berturut-turut. -TAMAT-     Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 1/2021 pada 26 Januari 2021"} {"title": "hukum wanita haid masuk ke dalam masjid", "body": "Editor Maktabah 10 Februari 2021 Jumlah paparan: 752 Golongan Di Bawah Al-Riqab Editor Maktabah 10 Februari 2021 Jumlah paparan: 752 Editor Maktabah 10 Februari 2021 Jumlah paparan: 752   KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 50 / 2020 14 Disember 2020 / 28 Rabiul Akhir 1442 Hotel Savana, Kuala Perlis    Bil. 3/50     TAHUN 2020                                  GOLONGAN DI BAWAH AL-RIQAB Zakat di bawah fi al-Riqab berkaitan mereka yang terbelenggu dari sudut fizikalnya. Ini seperti : Hamba sahaya Tawanan perang Mangsa penculikan Mangsa pemerdagangan manusia Mangsa yang terbelenggu dirinya di bawah kontrak yang zalim Mangsa yang terperangkap dan tidak dapat diselamatkan kecuali dengan kos Mangsa yang berada di bawah cengkaman orang zalim atau orang bukan Islam yang tidak boleh dibebaskan melainkan dengan kos -TAMAT-    Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :   YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 1/2021 pada 26 Januari 2021"} {"title": "hukum membuat atau menggunakan patung yang berbentuk manusia atau haiwan", "body": "Editor Maktabah 10 Februari 2021 Jumlah paparan: 22443 Hukum Wanita Haid Masuk Ke Dalam Masjid Editor Maktabah 10 Februari 2021 Jumlah paparan: 22443 Editor Maktabah 10 Februari 2021 Jumlah paparan: 22443 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 50 / 2020 14 Disember 2020 / 28 Rabiul Akhir 1442 Hotel Savana, Kuala Perlis                                Bil. 4/50   TAHUN 2020                                   HUKUM WANITA HAID MASUK KE DALAM MASJID Isu berkenaan hukum wanita haid masuk ke dalam masjid merupakan masalah khilaf di kalangan para ulama. Berdasarkan penghujahan dalil-dalil serta beberapa pandangan ulama, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis menyimpulkan seperti berikut : Wanita dalam keadaan haid dibolehkan masuk ke dalam masjid dengan syarat dia dapat menjaga diri dari mencemarkan masjid. Walau bagaimanapun jika tiada sebarang keperluan, maka mengelakkan diri dari memasuki masjid adalah lebih afdal atas khilaf yang berlaku di kalangan ulama. -TAMAT-   Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :  YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 1/2021 pada 26 Januari 2021"} {"title": "golongan di bawah al riqab", "body": "Editor Maktabah 10 Februari 2021 Jumlah paparan: 1966 Hukum Membuat Atau Menggunakan Patung Yang Berbentuk Manusia Atau Haiwan Editor Maktabah 10 Februari 2021 Jumlah paparan: 1966 Editor Maktabah 10 Februari 2021 Jumlah paparan: 1966   KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 50 / 2020 14 Disember 2020 / 28 Rabiul Akhir 1442 Hotel Savana, Kuala Perlis                        Bil. 1/50    TAHUN 2020                                   HUKUM MEMBUAT ATAU MENGGUNAKAN PATUNG YANG BERBENTUK MANUSIA ATAU HAIWAN Setelah berbincang, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju memutuskan perkara-perkara berikut: Membuat atau menggunakan apa-apa patung untuk dipuja, dimulia, dihormati atau diagungkan adalah haram di sisi syarak. Ia boleh membawa kepada syirik. Maka muslim dilarang untuk membuat, menggunakan atau menyimpan patung yang mempunyai unsur-unsur tersebut. Adapun membuat atau menggunakan apa-apa bentuk patung yang tidak mempunyai unsur-unsur dipuja, dimuliakan, dihormati atau diagungkan sebaliknya untuk urusan keduniaan seperti permainan, pendidikan, perubatan, siasatan jenayah dan apa sahaja yang tidak mempunyai unsur-unsur pemujaan adalah dibolehkan. Walau bagaimanapun seseorang muslim yang terlibat membuat, menyimpan atau menggunakan patung dengan tujuan yang disebutkan tadi hendaklah berhati-hati agar tidak terbabit dengan unsur-unsur yang boleh membawa kepada syirik (memuja, mengagung, menghormati dan memuliakan). Oleh kerana dalam kalangan para fuqaha ada yang mengharamkan membuat patung manusia dan haiwan secara mutlak sekalipun bukan dengan tujuan dipuja, diagung, dihormati atau dimuliakan, maka jika seseorang mampu mengelakkan diri dari terlibat dalam pembikinan atau penggunaan patung haiwan atau manusia,­­ ia adalah sesuatu yang lebih afdal. -TAMAT- Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :   YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 1/2021 pada 26 Januari 2021"} {"title": "garis panduan khiyar bagi transaksi dalam talian online", "body": "Editor Maktabah 30 Disember 2020 Jumlah paparan: 1758 Garis Panduan Khiyar Bagi Transaksi Dalam Talian (Online) Editor Maktabah 30 Disember 2020 Jumlah paparan: 1758 Editor Maktabah 30 Disember 2020 Jumlah paparan: 1758     KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 47 / 2020 24 Ogos 2020 / 5 Muharram 1442 Jabatan Mufti Negeri Perlis Bil. 1/47 TAHUN 2020   GARIS PANDUAN KHIYAR BAGI TRANSAKSI DALAM TALIAN (ONLINE)   Islam amat menitik beratkan pemeliharaan hak membabitkan semua pihak yang terlibat dalam akad. Oleh itu, peruntukan hak memilih sama ada untuk meneruskan akad, membatalkan atau memindanya jika terdapat pertikaian yang disebut sebagai khiyar diwujudkan untuk pembeli atau penyewa. Dalam konteks transaksi dalam talian (online), syarak membolehkan beberapa jenis hak memilih bagi pembeli atau penyewa sama ada untuk meneruskan akad, membatalkan atau meminda akad (khiyar) dengan syarat-syaratnya, iaitu hak memilih disebabkan kecacatan (Khiyar al-‘Aib), hak memilih disebabkan perbezaan spesifikasi (Khiyar Khalf al-Wasfi) dan hak memilih setelah melihat barang (Khiyar al-Ru’yah). Syarat-syarat bagi hak memilih untuk menerus akad atau membatalkan atau memindanya disebabkan kecacatan barang ialah: Tiada syarat daripada penjual yang beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap kecacatan pada barang sebelum akad berlaku. Kecacatan tersebut memberi kesan terhadap nilai / kualiti barang. Kecacatan tersebut bukan disebabkan oleh pembeli atau penyewa. Jika penghantar barang dilantik oleh penjual, maka pihak penjual bertanggungjawab ke atas sebarang kecacatan terhadap barang semasa proses penghantaran. Jika penghantar barang itu dilantik pihak pembeli, pihak pembeli tidak berhak menuntut ganti rugi daripada pihak penjual. Pembeli memberitahu serta merta atau dalam tempoh yang dipersetujui (sekiranya ada) kecacatan yang berlaku kepada pihak penjual selepas mengetahuinya melainkan jika ada halangan yang munasabah. Pembeli tidak menggunakan barang tersebut setelah mengetahui kecacatannya. Syarat-syarat bagi hak memilih untuk menerus akad, membatalkan atau memindanya disebabkan perbezaan spesifikasi ialah : Pembeli mendapati barang yang dibeli tidak sama seperti yang diiklankan dalam talian dengan perbezaan yang ketara dan penjual pula tidak menyatakan spesifikasi yang jelas bagi barang tersebut. Barang yang sampai kepada pembeli atau penyewa tidak sama seperti barang yang telah dinyatakan oleh pihak penjual atau pemberi sewa. Pembeli memberitahu serta merta atau dalam tempoh yang dipersetujui (sekiranya ada) kecacatan yang berlaku kepada pihak penjual selepas mengetahuinya melainkan jika ada halangan yang munasabah. Pembeli tidak menggunakan barang tersebut setelah mengetahui perbezaan spesifikasinya. Jika sekiranya syarat-syarat khiyar dipenuhi, maka pihak pembeli boleh sama ada meneruskan juga akad (menerima keadaan barang seadanya), menukar, membatalkan atau menuntut ganti rugi.   - TAMAT -   Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3/2020 pada 10 September 2020."} {"title": "hukum penggunaan objek yang berbentuk salib atau apa apa lambang agama lain", "body": "Editor Maktabah 30 Disember 2020 Jumlah paparan: 6958 Hukum Penggunaan Objek Yang Berbentuk Salib Atau Apa-Apa Lambang Agama Lain Editor Maktabah 30 Disember 2020 Jumlah paparan: 6958 Editor Maktabah 30 Disember 2020 Jumlah paparan: 6958 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 49 / 2020 21 September 2020 / 3 Safar 1442 Hotel Sama-Sama KLIA               Bil. 1/49   TAHUN 2020                                  HUKUM PENGGUNAAN OBJEK YANG BERBENTUK SALIB ATAU APA-APA LAMBANG AGAMA LAIN   Bentuk salib yang dibuat oleh mana-mana pihak dengan maksud sebagai salib, maka hukumnya adalah hukum salib iaitu haram diguna pakai oleh seorang muslim. Bentuk yang jelas kelihatan salib, dari segi kedudukan dan cara ia digunakan, sekalipun tidak dinyatakan tujuannya adalah salib, maka itu juga seperti hukum salib. Bentuk yang boleh diandaikan atau kebetulan seperti salib padahal ia bukan bertujuan salib seperti huruf ‘t’, tanda campur (+), simpang empat, bunga empat kelopak, kayu binaan, alat-alat pertukangan dan seumpamanya adalah tidak dihukum sebagai salib. Tidak haram ia diguna pakai. Jika seseorang mengelak dari apa-apa bentuk yang boleh diandaikan seperti salib untuk dirinya adalah sesuatu yang baik dengan syarat dia tidak membebankan pihak lain.   - TAMAT - Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4/2020 pada 9 November 2020."} {"title": "hukum keterlibatan muslim dalam penghantaran barangan tidak halal kepada bukan muslim 2", "body": "Editor Unit Fatwa 05 November 2020 Jumlah paparan: 9169 Maksud Perkataan \"Bermastautin\" Editor Unit Fatwa 05 November 2020 Jumlah paparan: 9169 Editor Unit Fatwa 05 November 2020 Jumlah paparan: 9169 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE – 32 & 33/2017 20 - 21 Oktober 2017 29 Muharram – 1 Safar 1439H   Maksud Perkataan “Bermastautin”   Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara bahawa maksud perkataan bermastautin di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Perlis 2006 adalah seseorang itu berada di dalam negeri Perlis melebihi lima (5) hari. Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 7/2017 pada 6 November 2017 bersamaan 17 Safar 1439H."} {"title": "maksud perkataan bermustautin", "body": "Editor Unit Fatwa 28 Oktober 2020 Jumlah paparan: 2628 Hukum Bertabarruk Dengan Peninggalan Nabi SAW Editor Unit Fatwa 28 Oktober 2020 Jumlah paparan: 2628 Editor Unit Fatwa 28 Oktober 2020 Jumlah paparan: 2628 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-23/2016 TARIKH : 3-4 Oktober 2016 / 2-3 Muharam 1438H   HUKUM BERTABARRUK DENGAN PENINGGALAN NABI SAW   Pada umumnya bertabarruk (mengambil keberkatan) dengan peninggalan Nabi SAW sama ada jasad Baginda atau barang peninggalan yang disentuh oleh jasad Baginda, adalah dibolehkan dengan syarat menyakini bahawasanya keberkatan itu semuanya datang dari Allah SWT bukan daripada barang tersebut. Namun, keterlaluan (ghuluw) sehingga menjadikan tabarruk upacara ibadah yang diberikan tumpuan adalah dilarang. Atas alasan inilah Saidina ‘Umar bin al-Khattab telah memerintahkan agar dihapuskan pokok yang disangka menjadi tempat Bai’ah al-Ridhwan kerana dibimbangi berlaku syirik. Walaupun begitu, para ulama semasa telah membuat kajian dan mentarjihkan bahawa tiada lagi sebarang peninggalan dari jasad atau barangan kegunaan Nabi yang boleh disabitkan kewujudannya dengan bukti yang sahih. Sebaliknya perbuatan mengadakan logo, replika, lambang, atau seumpamanya yang dikatakan menyerupai barangan atau kesan peninggalan Nabi lalu mengambil keberkatan daripadanya adalah perkara yang diadakan dalam agama yang dilarang. Jika hal ini dibiarkan maka berbagai-bagai replika, rajah, ilustrasi dan tangkal akan muncul seperti replika Kaabah, capal, unta, tapak kaki dan seumpamanya dengan tujuan mengambil berkat. Ini akan membuka ruang untuk manusia membina berhala atas alasan mengambil keberkatan. Manakala sekadar mengadakan logo yang tidak bercanggah dengan syariat Islam tanpa tujuan tabarruk seperti lambang bulan, bintang, bulan sabit, Kaabah, pokok kurma , pedang dan seumpamanya adalah dibolehkan.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 5/2016 pada 8 November 2016  bersamaan 8 Safar 1438H"} {"title": "hukum bertabarruk dengan peninggalan nabi saw", "body": "Editor Maktabah 30 Disember 2020 Jumlah paparan: 15645 Hukum Keterlibatan Muslim Dalam Penghantaran Barangan Tidak Halal Kepada Bukan Muslim Editor Maktabah 30 Disember 2020 Jumlah paparan: 15645 Editor Maktabah 30 Disember 2020 Jumlah paparan: 15645     KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 48 / 2020 14-15 September 2020 / 26-27 Safar 1442 Lake Tasoh Resort, Perlis                                Bil 1/48 Tahun 2020                                    HUKUM KETERLIBATAN MUSLIM DALAM PENGHANTARAN BARANGAN TIDAK HALAL KEPADA BUKAN MUSLIM Pekerjaan menghantar barang seperti penghantar makanan atau penumpang seperti pemandu teksi adalah pekerjaan yang harus selagi ia tidak dikhususkan untuk kegiatan haram seperti mengedar dadah atau memandu untuk kegiatan jenayah. Seseorang yang bekerja sebagai penghantar barang, atau pemandu kenderaan yang sifat pekerjaannya itu umum dan tidak bertujuan jahat, maka hasil pendapatannya adalah halal. Adalah tidak menjadi kewajipan kepada pekerja penghantar barang untuk mengetahui secara terperinci kandungan barang yang beliau hantarkan sama ada halal ataupun haram dari segi hukum syarak. Memadai untuk dia mengetahui bahawa apa yang beliau hantar itu tidak menyanggahi undang-undang pemerintah demi keselamatan dirinya. Ini kerana syarak tidak menyuruh seseorang mengintip barangan orang lain dan bukan tugasan pekerja berkenaan membuat pemeriksaan dari segi hukum syarak tentang barangan yang dia bawa. Adapun jika zahir secara jelas tugasannya khas untuk membawa barang-barang yang haram seperti arak, khinzir dan seumpamanya kepada bukan muslim, maka itu adalah diharamkan dari segi syarak di sisi majoriti ulama. Adapun di sisi Mazhab Hanafi, ia dibolehkan sekiranya bahan-bahan haram dari segi syarak itu untuk bukan muslim dan petugas muslim tersebut bukan secara langsung menghasilkan bahan-bahan tersebut, tetapi sekadar menghantar sahaja. Pendapat majoriti ulama itu lebih wajar dipegang melainkan jika seseorang dalam keadaan yang amat sukar memperolehi pekerjaan untuk menampung hidupnya, maka dia boleh mengamalkan pendapat Mazhab Hanafi tersebut. Dalam masa yang sama hendaklah dia berusaha mendapatkan pekerjaan yang lain. Adapun jika terdapat barangan sampingan ikutan (tabi’) yang haram, padahal itu bukan asal tugasan, maka hal itu dimaafkan. Ini seperti jika dia membawa penumpang teksi bukan muslim yang membawa bersamanya arak. Maka, hal ini dimaafkan kerana tugasan asalnya membawa penumpang, bukan membawa arak. Arak tersebut hanyalah sampingan ikutan atas yang asal sahaja. Ini berdasarkan kaedah : يغتفر في التوابع ما لا يغتفر في غيرها Maksudnya: “Dimaafkan pada perkara-perkara ikutan sampingan apa yang tidak maafkan pada selainnya”. Demikian juga jika dia bertugas membawa lori barangan pelbagai seperti barangan pindah rumah yang terkandung secara sampingan di dalamnya barang-barang yang haram dari segi syarak seperti makanan yang haram, maka hal itu dimaafkan, kerana upah asalnya ia membawa barang-barang rumah yang zahirnya harus, adapun barang-barang haram adalah ikutan sampingan sahaja. Begitu juga jika dia bertugas menghantar makanan. Jika makanan itu pada asalnya adalah harus seperti nasi, mee atau seumpamanya maka hukumnya harus untuk dia menghantarnya. Jika terdapat bahan atau kandungan sampingan yang haram, maka hukumnya adalah seperti hukum barangan sampingan ikutan (tabi’) tadi, ia dimaafkan. Selagi bahan-bahan haram itu tidak menjadi nama utama atau tidak dizahirkan secara jelas maka hukumnya kembali kepada asal bahan tersebut iaitu dibolehkan. Ini seperti menghantar kek yang ada di dalamnya bahan yang tidak halal tetapi tidak dinyatakan, maka ini diharuskan. Namun, jika zahir pada seorang penghantar muslim bahawa saudara muslimnya yang lain terbabit dengan barangan yang haram seperti arak atau khinzir, maka menjadi tanggungjawabnya sebagai muslim menasihati mengenai hal tersebut. - TAMAT – Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4/2020 pada 9 November 2020."} {"title": "kaedah urusniaga jual beli emas secara dalam talian", "body": "Editor Unit Fatwa 26 Ogos 2020 Jumlah paparan: 29752 Fatwa Ajaran Batiniah Editor Unit Fatwa 26 Ogos 2020 Jumlah paparan: 29752 Editor Unit Fatwa 26 Ogos 2020 Jumlah paparan: 29752   KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 45 / 2020 25-26 Februari 2020 / 01-02 Rejab 1441 Hotel Seri Malaysia, Kangar Bil 1/45 Tahun 2020   FATWA AJARAN BATINIAH Ajaran Batiniah yang menganggap kesemuanya selain Allah tidak wujud, yang wujud hanyalah Allah. Begitu juga ajaran Allah itu menjelma di dalam makhluk atau makhluk itu jelmaan Allah, atau Allah telah bersatu dengan makhluk, memisahkan hakikat daripada syariat sehingga membolehkan seseorang terlepas daripada syariat Islam dan menafsirkan al-Quran tanpa panduan disiplin ilmu tafsir yang muktabar sehingga menyelewengkan maksud nas daripada konteks yang sebenar, kesemuanya itu merupakan kesesatan yang nyata. Ajaran seperti ini bertujuan menghancurkan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Daripada ajaran inilah lahirnya kepercayaan seperti : Allah itu zat dan manusia itu sifat, Allah menjelma pada wajah manusia, binatang, pokok, wajah guru dan seumpamanya. Sesiapa yang sampai pada maqam tertentu atau belum sampai pemahaman tertentu tidak perlu mengikut syariat Islam seperti tidak perlu menunaikan solat kerana mencapai maqam atau kerana belum mencapai khusyuk. Dajal itu tiada, ia hanya bermaksud nafsu jahat manusia semata-mata, maksud sebenar syurga adalah hati yang mengingati tuhan, bidadari dan sungai madu di dalam syurga adalah tidak wujud. Allah menciptakan manusia bukan untuk menyembah-Nya tetapi kerana Allah rindukan mereka. Abu Jahal adalah kekasih Allah. Maka individu-individu yang terlibat dengan ajaran Batiniah seperti En. Wan Hizam bin Abdullah, En. Ismail Ariffin (Lepat) dan seumpama mereka merupakan pembawa ajaran sesat yang mesti dijauhi dan disekat. Jika ajaran Batiniah itu diterima, maka tidak ada lagi perbezaan antara tauhid dan syirik, syariat akan terbatal, al-Quran akan ditafsirkan mengikut kehendak sendiri tanpa panduan ilmu dan segala ajaran Islam akan dipersendakan atas andaian kerohanian.          - TAMAT -   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2020 pada 30 Jun 2020."} {"title": "fatwa ajaran batiniah", "body": "Editor Unit Fatwa 26 Ogos 2020 Jumlah paparan: 1861 Fatwa Akad Nikah Melalui Sidang Video Secara Langsung Editor Unit Fatwa 26 Ogos 2020 Jumlah paparan: 1861 Editor Unit Fatwa 26 Ogos 2020 Jumlah paparan: 1861 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 46 / 2020 17 Jun 2020 / 25 Syawal 1441 Bilik Gerakan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Negeri Perlis Bil 1/46 Tahun 2020                                 FATWA AKAD NIKAH MELALUI SIDANG VIDEO SECARA LANGSUNG Akad nikah melalui sidang video secara langsung adalah sah jika diyakini oleh pihak yang terlibat telah memenuhi rukun-rukun nikah dan syarat-syaratnya serta bebas daripada sebarang penipuan. Adapun urusan pendaftaran perkahwinan di Perlis tertakluk kepada Enakmen Keluarga Islam Negeri Perlis dan pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis. Untuk mengelakkan sebarang unsur penipuan, pihak pendaftar hendaklah tidak mendaftarkan perkahwinan sidang video melainkan yang turut disaksikan oleh wakil pihak pendaftar atau mempunyai dokumen yang diiktiraf oleh pihak pendaftar. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis menasihatkan agar mengutamakan akad perkahwinan secara kehadiran fizikal kerana itu lebih mendekati sifat asal perkahwinan dan mengelakkan kekeliruan serta khilaf melainkan jika ada keperluan untuk dilakukan menerusi sidang video secara langsung.        - TAMAT - Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2020 pada 30 Jun 2020."} {"title": "hukum talak bid ie", "body": "Editor Unit Fatwa 26 Ogos 2020 Jumlah paparan: 2345 Hukum Talak Bid’ie Editor Unit Fatwa 26 Ogos 2020 Jumlah paparan: 2345 Editor Unit Fatwa 26 Ogos 2020 Jumlah paparan: 2345 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 45 / 2020 25-26 Februari 2020 / 01-02 Rejab 1441 Hotel Seri Malaysia, Kangar                      Bil. 4 /45  TAHUN 2020                                  HUKUM TALAK BID’IE Talak bid’ie menyanggahi sunnah Nabi Muhammad SAW. Adapun hukum talak bid’ie dari segi jatuh ataupun tidak, telah menimbulkan khilaf dalam kalangan ulama. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersepakat menerima pandangan bahawa talak bid’ie iaitu talak semasa haid, nifas dan ketika isteri berada dalam keadaan suci yang disetubuhi adalah jatuh. -TAMAT- Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2020 pada 30 Jun 2020."} {"title": "fatwa akad nikah melalui sidang video secara langsung", "body": "Editor Maktabah 26 Ogos 2020 Jumlah paparan: 3048 Hukum Penggunaan Al-Quran Tulisan Rumi Dan Selainnya Untuk Keperluan Fardhu Ain Editor Maktabah 26 Ogos 2020 Jumlah paparan: 3048 Editor Maktabah 26 Ogos 2020 Jumlah paparan: 3048 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 45 / 2020 25-26 Februari 2020 / 01-02 Rejab 1441 Hotel Seri Malaysia, Kangar                  Bil. 3 /45  TAHUN 2020                                     HUKUM PENGGUNAAN AL-QURAN TULISAN RUMI DAN SELAINNYA UNTUK KEPERLUAN FARDHU AIN   Hukum asal penulisan al-Quran dalam bahasa selain bahasa Arab adalah diharamkan. Walau bagaimanapun dikecualikan bagi mereka yang amat memerlukan bagi menunaikan fardhu ain seperti saudara baru atau mereka yang tidak dapat membaca al-Quran dalam tulisan yang asal. Namun kebenaran tersebut bersyarat iaitu: Tulisan tersebut boleh dibaca dengan sebutan yang betul. Ini sama ada melalui guru atau kaedah-kaedah lain. Berusaha untuk membaca al-Quran asal. -TAMAT- Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan AdatIstiadat Melayu Perlis Bil 2/2020 pada30 Jun 2020."} {"title": "hukum penggunaan al quran tulisan rumi dan selainnya untuk keperluan fardhu ain", "body": "Editor Unit Fatwa 22 Oktober 2020 Jumlah paparan: 3417 Kaedah Urusniaga Jual Beli Emas Secara Dalam Talian Editor Unit Fatwa 22 Oktober 2020 Jumlah paparan: 3417 Editor Unit Fatwa 22 Oktober 2020 Jumlah paparan: 3417 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 48 / 2020 14-15 September 2020 / 26-27 Muharram 1442 Lake Tasoh Resort, Perlis Bil. 2/48 TAHUN 2020   KAEDAH URUSNIAGA JUAL BELI EMAS SECARA DALAM TALIAN Emas adalah barangan ribawi yang tertakluk kepada syarat-syarat jual beli sarf, sekiranya dibayar menggunakan wang. Antara syarat penting dalam jual beli emas menggunakan wang ialah berlakunya kontrak dan serahan berlaku dalam sesi yang sama, serta tidak boleh dilewatkan. Berkenaan jual beli jongkong, kepingan, ketulan atau habuk emas dalam talian, adalah mustahil untuk serahan emas itu berlaku secara fizikal serta-merta ke tangan pembeli, namun serahan (qabd) boleh berlaku dengan pihak pembeli melantik mana-mana pihak yang berada di premis penjual secara fizikal sebagai wakilnya untuk melakukan qabd. Dalam masa yang sama untuk mengelakkan risiko penipuan, pihak penjual hendaklah bersetuju untuk mengambil amanah menghantar emas tersebut kepada pihak pembeli. Untuk mengelakkan keraguan, pihak penjual hendaklah mengemukakan tawaran (ijab) secara terperinci seperti gambar emas, berat, nombor siri (jika ada) dan spesifikasi lain atau apa-apa sahaja bukti transaksi bagi mengelakkan penipuan. Bagi yang tidak mahir berkaitan dengan jual beli jongkong emas hendaklah mendapatkan nasihat dan pandangan hukum daripada ilmuwan dalam bidang berkenaan. - TAMAT - Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis : YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4/2020 pada 9 November 2020"} {"title": "fatwa berkaitan penulisan yang merosakkan akidah", "body": "Editor Unit Fatwa 26 Ogos 2020 Jumlah paparan: 13662 Fatwa Berkaitan Penulisan Yang Merosakkan Akidah Editor Unit Fatwa 26 Ogos 2020 Jumlah paparan: 13662 Editor Unit Fatwa 26 Ogos 2020 Jumlah paparan: 13662 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 45 / 2020 25-26 Februari 2020 / 01-02 Rejab 1441 Hotel Seri Malaysia, Kangar       Bil 2/45 Tahun 2020                         FATWA BERKAITAN PENULISAN YANG MEROSAKKAN AKIDAH Setelah meneliti tulisan-tulisan dalam akaun Facebook bernama Asiah Abd Jalil, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mendapati sebahagian kenyataannya mengandungi kesalahan yang jelas bercanggah dengan akidah. Ini kerana ia mengandungi perkara berikut : 1. Menghina, merendah-rendah dan mempersendakan Nabi Muhammad SAW. Ini seperti kenyataan beliau yang member maksud Nabi Muhammad SAW bukanlah contoh yang terbaik untuk diteladani dalam berumah tangga. Contohnya beliau menyebut : i. “Saya cakap terang-terang kat encik suami, dalam bab rumah tangga, jangan jadikan Nabi sebagai contoh. Saya tidak kepingin karekter suami sebegitu. Banyak yang Nabi buat terhadap isteri-isteri baginda, saya tidak setuju dan saya tidak suka”. ii. “Selepas kematian Khadijah, Nabi menikahi Saudah yang sudah tua, untuk menjaga anak-anak Nabi yang masih kecil. Beberapa tahun kemudian, Nabi bernikah dengan Aisyah yang masih anak dara, muda dan jauh lebih cantik. Pada waktu ini anak-anak Nabi sudah besar. Maka merasa sudah tidak berkehendak lagi kepada Saudah. Ketika Nabi ingin menceraikan Saudah, Saudah merasa sangat sedih. Lalu Saudah membuat perjanjian dengan Nabi, untuk melepaskan segala haknya sebagai isteri, termasuk nafkah batin, asalkan tidak diceraikan”. 2. Menyanggahi nas dan ijmak yang jelas (sorih) bahawa syurga hanya untuk orang-orang yang mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan para Rasul-Nya. Contohnya beliau menyebut: “Ajaran pak lebai yang paling tak masuk akal ialah bahawa syurga hanya untuk orang Islam sahaja. Jika benarlah fahaman ini, maka ia sangat bercanggah dengan sifat Rahman dan Rahim Allah SWT”. Jika penulis tersebut menulis kenyataan-kenyataan di atas dalam keadaan waras, sedar, mengetahui kesalahan hal tersebut dari segi akidah dan enggan bertaubat setelah diberikan peringatan maka hal itu boleh merosakkan akidahnya. Maka tidak boleh kepada mana-mana muslim menyokong sebarang kenyataan yang merosakkan akidah dengan memberikan keterlibatan positif sama ada memberkan ulasan yang menyokong, meletakkan tanda suka (like) atau berkongsi (share) dalam keadaan reda terhadap tulisannya kerana itu boleh merosakkan akidahnya. Adapun hukuman terhadap kesalahan akidah adalah menjadi tanggungjawab Ulil Amri bukan orang awam.   -TAMAT- Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2020 pada 30 Jun 2020."} {"title": "pengecualian golongan tertentu daripada fatwa ajaran fahaman syiah", "body": "Editor Maktabah 05 Jun 2020 Jumlah paparan: 5741 Hukum Ujian Swab Untuk Saringan COVID-19 Terhadap Orang Berpuasa Editor Maktabah 05 Jun 2020 Jumlah paparan: 5741 Editor Maktabah 05 Jun 2020 Jumlah paparan: 5741 HUKUM UJIAN SWAB UNTUK SARINGAN COVID-19 TERHADAP ORANG BERPUASA   Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan COVID-19 yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kaedah saringan dalam menentukan individu positif COVID-19 ialah melalui Nasopharyngeal swab dan Oropharyngeal swab. Kaedah Nasopharyngeal swab ialah alat swab akan dimasukkan ke dalam rongga hidung individu sehingga ke kawasan nasopharynx dengan kedalaman lebih kurang 4.8 cm bagi kanak-kanak dan 8-12 cm bagi orang dewasa untuk mengambil sampel mukus. Manakala kaedah Oropharyngeal swab pula ialah alat swab dimasukkan ke dalam mulut hingga ke kawasan oropharynx iaitu di belakang anak tekak bagi mengambil sampel mukus. Setelah melihat kepada dalil-dalil yang dikemukakan secara perbandingan, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mentarjihkan pendapat (memilih pendapat yang lebih kuat) yang menyatakan bahawa ujian saringan COVID-19 melalui swab seperti yang dimaksudkan adalah tidak membatalkan puasa. Antara hujah dan alasan dalam masalah ini ialah : Ujian swab tidak membawa gambaran dan makna makan atau minum yang menjadi sebab membatalkan puasa dengan ijmak ulama. Maka sesuatu puasa yang sah secara yakin tidak boleh dianggap batal dengan sesuatu yang syak atau sekadar sesuatu andaian. Menjadikan alasan memasukkan sesuatu ke dalam al-Jauf (rongga dalam) sebagai sebab pembatalan puasa menimbulkan perbezaan pendapat yang luas di kalangan ulama mazhab. Pandangan yang ditarjihkan iaitu ujian swab tidak membatalkan puasa bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi yang mensyaratkan sesuatu yang masuk ke dalam al-Jauf mestilah sesuatu yang kekal di dalamnya dan tidak bersambung dengan sesuatu lain di luar badan. Sebagai tambahan sokongan, al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami di dalam majalah al-Majma’, 10 / 453-455 telah menyenaraikan beberapa isu perubatan yang tidak membatalkan puasa termasuklah “memasukkan gastroscope (teropong perut) ke dalam perut tanpa sebarang bendalir atau seumpamanya”. Jika demikian, maka lebih sepatutnya ujian swab yang hanya membabitkan proses memasukkan alat swab ke dalam rongga hidung atau mulut untuk mendapatkan sampel yang diperlukan kemudian dikeluarkan semula juga tidak membatalkan puasa."} {"title": "fatwa status pengurusan lesen eksais minuman keras di negeri perlis", "body": "Editor Maktabah 10 Ogos 2020 Jumlah paparan: 893 Pengecualian Golongan Tertentu Daripada Fatwa Ajaran & Fahaman Syiah Editor Maktabah 10 Ogos 2020 Jumlah paparan: 893 Editor Maktabah 10 Ogos 2020 Jumlah paparan: 893 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 44 / 2019 26-27 November 2019 / 29-30 Rabiul Awwal 1441 Hotel Tamu, Kg Baru, Kuala Lumpur   PENGECUALIAN GOLONGAN TERTENTU DARIPADA FATWA AJARAN & FAHAMAN SYIAH   Fatwa Ajaran & Fahaman Syiah yang diwartakan tidak mengikat terhadap mana-mana golongan seperti berikut :   a) Individu berfahaman Syiah dari luar Negara untuk terus berpegang dan menjalankan ritual ibadah Syiah yang tidak dilakukan di tempat awam, dan tidak dengan isyarat untuk mengembangkannya dan tidak membabitkan rakyat tempatan.   b) Individu Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah yang mengkaji, mempelajari dan memberi penerangan berkenaan Syiah dan semua isu yang terkait dengannya bagi tujuan akademik   c) Individu Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah yang membeli, memiliki dan menyimpan sumber primer atau sekunder berbentuk buku-buku, rakaman audio, filem, artikel, majalah atau apa-apa dokumen/penerbitan untuk tujuan kajian dan pembelajaran akademik.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1/2020 pada 10 Januari 2020."} {"title": "garis panduan tatacara pengurusan jenazah orang islam covid 19 negeri perlis", "body": "Editor Maktabah 10 Ogos 2020 Jumlah paparan: 1402 Fatwa Status Pengurusan Lesen Eksais (Minuman Keras) Di Negeri Perlis Editor Maktabah 10 Ogos 2020 Jumlah paparan: 1402 Editor Maktabah 10 Ogos 2020 Jumlah paparan: 1402 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-39 / 2019 1 Mac 2019 / 24 Jamadil Akhir 1440H   FATWA STATUS PENGURUSAN LESEN EKSAIS (MINUMAN KERAS) DI NEGERI PERLIS   Berdasarkan hukum syarak, minuman keras (arak) merupakan minuman yang diharamkan ke atas setiap orang Islam. Pemerintah hendaklah memainkan peranan menghalang sebarang aktiviti berkaitan minuman keras dalam kalangan masyarakat orang Islam.    Bagi orang bukan Islam, mereka tidak boleh dilarang daripada meminum minuman keras atas alasan syarak. Walau bagaimanapun pemerintah boleh melarang minuman keras kepada bukan Islam atas alasan pentadbiran atau mengenakan peraturan-peraturan khusus minuman keras ke atas mereka.    Jika sekiranya pemerintah dalam sesebuah negeri mengizinkan bukan Islam meminum minuman keras mengikut peraturan-peraturan tertentu, ia tetap tidak menjadi halangan dan kesalahan kepada pemerintah untuk mengenakan cukai ke atas minuman tersebut seperti yang dilakukan pada barangan yang lain. Ini kerana pengambilan cukai berkaitan dengan kos pentadbiran adalah menjadi hak pemerintah untuk mengutipnya.  Cukai yang dikutip itu bukan bertujuan membantu menggalakkan aktiviti minuman keras, sebaliknya sebagai satu usaha untuk mengekang aktiviti tersebut daripada berlaku secara mudah.    Cukai berkenaan boleh dinaikkan ke satu tahap yang boleh membebankan peminumnya, jika difikirkan perlu oleh pihak yang berkuasa. Cukai tersebut juga boleh digunakan untuk pengurusan pentadbiran sepertimana cukai-cukai yang lain tanpa perlu diasingkan daripada cukai-cukai tersebut.     Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Bil 3/2019 pada 22 April 2019."} {"title": "hukum ujian swab untuk saringan covid 19 terhadap orang berpuasa", "body": "Editor Maktabah 05 Jun 2020 Jumlah paparan: 6347 Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam COVID-19 Negeri Perlis Editor Maktabah 05 Jun 2020 Jumlah paparan: 6347 Editor Maktabah 05 Jun 2020 Jumlah paparan: 6347   GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM COVID-19 NEGERI PERLIS   1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan sebagai panduan rujukan oleh pihak yang terlibat mengendalikan pengurusan jenazah akibat COVID-19 di negeri Perlis selaras dengan pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan polisi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia juga bertujuan untuk memberi kefahaman kepada umat Islam khususnya di negeri Perlis tentang tatacara pengurusan jenazah yang berada dalam keadaan luar daripada kebiasaan agar ia memenuhi tuntutan syarak. 2.0       PANDUAN HUKUM Panduan bagi pengurusan jenazah pesakit COVID-19 seperti berikut: Tajhiz janaiz (pengurusan jenazah) bagi memandikan dan mengkafankan hendaklah diuruskan di hospital atau di mana-mana premis yang dibenarkan oleh pihak berkuasa dengan nasihat dan panduan keselamatan daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia; Pengurusan hendaklah dilaksanakan dengan pengecualian dan kelonggaran (rukhsah) kerana terdapat keadaan yang boleh menimbulkan kemudharatan kepada nyawa manusia yang menguruskannya. Dalam hal ini, pada asalnya dibolehkan jenazah diuruskan melalui proses yang paling ringan risiko dan kesan bahayanya iaitu dengan melaksanakan tayammum secara langsung pada bahagian muka dan pergelangan tangan jenazah bagi menggantikan air (mandi jenazah). Jika ia memudaratkan dan tidak mungkin tayammum boleh dilakukan ke atas jenazah secara langsung, maka proses tayammum tidak wajib dilakukan ke atas jenazah tersebut termasuklah pada plastik atau body beg yang membaluti jenazah. Ini adalah kerana ia termasuk dalam bab Faqid al-Tahurain (فاقِد الطَّهُورَيْن) atau ‘Adim al-Tahurain (عادِم الطَّهُورَين) iaitu orang yang tidak mempunyai atau tidak mampu untuk melakukan kedua cara bersuci (air dan debu tanah).  Pada 10 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa penemuan bedah siasat terhadap mayat pesakit COVID-19 mendapati terdapat virus pada permukaan badan mayat melalui analisa Real-time Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Jika orang yang masih hidup diberikan rukhsah atau keringanan oleh agama untuk beribadah tanpa wuduk dan tayammum kerana hilang upaya untuk menggunakan dua alat penyucian itu (air & debu tanah), maka lebih-lebih lagi dituntut terhadap orang yang telah meninggal dunia disebabkan terdapat halangan kemudaratan yang telah dipastikan kebenarannya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. 3.0 PROSEDUR PENGURUSAN JENAZAH   3.1 Proses tayammum adalah seperti berikut :   A. Tayammum Secara Langsung Pada Jenazah (Wajib Dilakukan Jika Tidak Memudaratkan - Rujuk Kepada Pihak Pengurusan Hospital) 1) Petugas hendaklah lengkap berpakaian keselamatan seperti prosidur yang ditetapkan oleh KKM. 2) Meletakkan dan meratakan debu tayammum di atas permukaan atau seumpamanya. (apa-apa sahaja debu tanah yang bersih sah untuk tayammum) 3) Petugas memastikan kedua-dua belah tapak tangan yang bersarung dalam keadaan kering dan bersih. 4) Lekapkan kedua-dua tapak tangan ke atas permukaan debu. 5) Tipiskan debu tayammum yang terdapat pada tapak tangan. 6) Sapukan kedua-dua tapak tangan ke bahagian muka jenazah dengan meratakannya secara satu kali sapuan sahaja. 7) Sapukan tapak tangan ke kedua-dua tangan jenazah bermula dari hujung jari hingga ke pergelangan tangan dengan meratakannya secara satu kali sapuan sahaja. 8) Boleh menggunakan satu kali lekapan atau dua kali lekapan pada permukaan debu tayammum untuk kedua-dua anggota tayammum. 9) Semua peralatan tayammum yang telah dugunakan hendaklah dimusnahkan mengikut prosedur keselamatan KKM. B. Tidak Dilakukan Tayammum pada Jenazah Dan Di Atas Body Beg / Plastik Yang Membaluti Jenazah Jika tidak dapat melakukan cara A, maka boleh ditiadakan tayammum. Tiada proses tayammum seperti cara A dilakukan ke atas jenazah Covid-19 termasuk di atas body beg / plastik yang membaluti jenazah.  3.2 Membalut jenazah oleh petugas hospital seperti yang ditetapkan oleh KKM. Proses kafan adalah memadai dengan balutan kain dan plastik yang telah dilaksanakan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia pada jenazah berkenaan. 3.3      Solat Jenazah hendaklah ditunaikan oleh petugas hospital yang terlibat sahaja sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Solat jenazah ditunaikan di ruang yang telah ditetapkan oleh pihak hospital sahaja dengan mengambil kira ketetapan berikut : Solat jenazah boleh ditunaikan dengan seorang imam bersama petugas pengurusan jenazah.  Petugas solat jenazah wajib lengkap berpakaian keselamatan seperti prosidur yang ditetapkan oleh KKM. Jika ruang yang ditetapkan untuk solat jenazah adalah di luar dari bilik yang diletakkan jenazah, maka dibolehkan menunaikan solat ke atas jenazah di ruang tersebut dengan menghadap ke arah kiblat.  Jika solat jenazah tidak dapat dilakukan di hospital, maka boleh ditunaikan di mana-mana termasuk tanah perkuburan sebelum proses pengebumian oleh petugas yang terlibat. Jika keadaan mendesak yang menuntut jenazah dikebumikan segera hingga tiada ruang untuk ditunaikan solat jenazah sebelum dikebumikan, maka hendaklah ditunaikan selepas pengebumian. 5.0         PENGEBUMIAN JENAZAH 5.1    Proses pengebumian jenazah diuruskan oleh petugas hospital / petugas khas yang ditetapkan dan telah terlatih dengan mengikut prosidur seperti yang ditetapkan oleh KKM. 5.2    Mereka yang terlibat hendaklah BUKAN dari kalangan kontak rapat jenazah, orang yang disyaki dan orang yang bergejala dengan kes COVID-19. 5.3    Posisi jenazah dalam keadaan mengiring dilambung kanannya dan menghadap ke arah kiblat. 5.4    Tidak perlu membuka apa-apa yang membaluti jenazah. 5.5    Petugas bertanggungjawab menyelia proses pengebumian jenazah hingga selesai mengikut syarak. 5.6    Mendoakan keampunan terhadap jenazah. 6.0         MEMBERSIH DIRI               Semua petugas yang terlibat diwajibkan membersih diri sebagaimana prosidur yang ditetapkan oleh KKM. Disediakan oleh, Jabatan Mufti Negeri Perlis 13 April 2020"} {"title": "hukum jamak solat bagi petugas kementerian kesihatan malaysia yang terlibat dalam merawat pesakit", "body": "Editor Unit Fatwa 15 Januari 2020 Jumlah paparan: 25310 Hukum Solat Di Atas Kerusi Editor Unit Fatwa 15 Januari 2020 Jumlah paparan: 25310 Editor Unit Fatwa 15 Januari 2020 Jumlah paparan: 25310 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 44 / 2019 26-27 November 2019 / 29-30 Rabiul Awwal 1441 Hotel Tamu, Kg Baru, Kuala Lumpur ______________________________________________________________________ HUKUM SOLAT DI ATAS KERUSI ______________________________________________________________________   Solat fardhu wajib ditunaikan secara berdiri. Namun bagi sesiapa yang tidak mampu berdiri kerana sakit, tua atau seumpamanya dibenarkan solat secara duduk. Asas pensyariatan solat secara duduk ini berdasarkan hadis Imran bin Husain RA yang berkata: كَانَتْ بِي بَوَاسِيرُ ، فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الصَّلاَةِ ، فَقَالَ : صَلِّ قَائِمًا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ Maksudnya: Aku terkena penyakit buasir, lalu aku bertanya Nabi SAW tentang solat. Baginda bersabda: “ Solatlah dalam keadaan berdiri sekiranya tidak mampu dalam keadaan duduk, sekiranya tidak mampu solatlah di atas lambung” (HR al-Bukhari).             Maka setiap rukun solat wajib dilakukan sepertimana sifat asal yang diperintahkan. Jika terdapat keuzuran dalam melakukan sesuatu rukun solat, namun memiliki kemampuan untuk melakukan rukun lain dengan sempurna, seperti seorang yang tidak mampu sujud seperti sifat asalnya namun mampu berdiri untuk bertakbiratul ihram dan membaca al-Fatihah, wajib dia berdiri untuk melaksanakannya. Tidak sah solat jika meninggalkan sifat asal mana-mana rukun yang mampu dilakukan hanya kerana tidak memiliki kemampuan melaksanakan sebahagian sifat asal rukun yang lain. Bagi yang tidak mampu solat secara berdiri boleh duduk sama ada secara iftirasy atau bersila atau duduk di atas sesuatu seperti kerusi. Di bawah ini beberapa gambaran tatacara solat di atas kerusi berdasarkan perbezaan tahap keuzuran yang dialami:   1. TIDAK MAMPU BERDIRI, RUKUK DAN SUJUD DALAM BENTUK ASAL Takbiratul ihram dalam keadaan duduk di atas kerusi. Melakukan isyarat rukuk dan sujud juga dalam keadaan duduk di atas kerusi. Kedudukan sujud mestilah lebih rendah daripada rukuk. Sekiranya mampu, kedua tangan diletakkan di atas lantai ketika sujud. 2. MAMPU BERDIRI SEKETIKA, MAMPU RUKUK DAN SUJUD SEPERTI BENTUK ASAL Melakukan takbiratul ihram dan membaca al-fatihah dalam keadaan bediri. Berdiri ketika ada kemampuan dan duduk di atas kerusi sekiranya tidak mampu lagi. Rukuk dan sujud dalam bentuk asal. 3. MAMPU BERDIRI TETAPI DALAM KEADAAN TERHUYUNG HAYANG ATAU DKHUATIRI JATUH Melakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdiri dan terus berdiri dengan kadar yang ia mampu kemudian duduk sehingga selesai bacaan al-fatihah dan surah. Rukuk dan iktidal dalam bentuk asal sekiranya mampu. Sujud dalam bentuk asal sekiranya mampu. Sekiranya tidak mampu rukuk dan sujud dalam bentuk asal, maka boleh melakukan isyarat bagi kedua rukun tersebut. Keadaan sujud lebih rendah daripada rukuk. Jika mengalami kesukaran untuk bangun ke rakaat berikutnya, maka boleh memegang sesuatu seperti tongkat atau berpaut pada dinding. 4. MAMPU BERDIRI TETAPI TIDAK MAMPU RUKUK SEPERTI BENTUK ASAL Melakukan takbiratul ihram dan membaca al-fatihah dalam keadaan berdiri. Melakukan rukuk menurut kemampuan dengan merendahkan sedikit badan dalam keadaan berdiri. Melakukan sujud seperti bentuk asal sekiranya mampu. Sekiranya tidak mampu, boleh duduk dan melakukan isyarat sujud di atas kerusi. 5. MAMPU BERDIRI TETAPI TIDAK MAMPU SUJUD SEPERTI BENTUK ASAL Melakukan takbiratul ihram dan membaca al-fatihah dalam keadaan berdiri. Melakukan rukuk dan iktidal seperti bentuk asal. Melakukan isyarat sujud lebih rendah daripada rukuk dalam keadaan duduk di atas kerusi. Sekiranya mampu kedua tangan diletakkan di atas lantai. BEBERAPA NASIHAT BERKAITAN SOLAT DUDUK DI ATAS KERUSI Beberapa nasihat bagi sesiapa yang ingin melaksanakan solat secara duduk di atas kerusi khususnya sekiranya berjemaah di masjid atau surau : Sekiranya mempunyai pilihan kedudukan kerusi yang digunakan oleh para jemaah yang uzur atau tidak mampu berdiri itu berada di hujung saf. Bahagian belakang kaki kerusi perlulah selari dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di sebelah. Kedudukan kaki mereka yang solat duduk di atas kerusi hendaklah tidak melebihi kedudukan imam. Kerusi yang digunakan hendaklah hendaklah bersaiz tidak melebihi saiz badan atau keperluan supaya keseragaman saf dapat dijaga serta memberikan keselesaan bagi jemaah yang lain. Ketika seorang itu solat secara duduk, kedudukan belakang badannya hendaklah selari dengan orang yang solat di sebelahnya. Orang yang duduk di atas kerusi tetapi boleh berdiri hendaklah mendekatkan seboleh mungkin dengan garisan saf untuk mewujudkan keselarian antara saf. sesiapa yang solat secara duduk, tidak boleh solat secara bersandar ke kerusi tanpa sebarang keuzuran.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1/2020 pada 10 Januari 2020"} {"title": "hukum solat di atas kerusi", "body": "Editor Unit Fatwa 14 Januari 2020 Jumlah paparan: 2511 Hukum Pertukaran Barangan Kemas Daripada Emas Editor Unit Fatwa 14 Januari 2020 Jumlah paparan: 2511 Editor Unit Fatwa 14 Januari 2020 Jumlah paparan: 2511 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 44 / 2019 26-27 November 2019 / 29-30 Rabiul Awwal 1441 Hotel Tamu, Kg Baru, Kuala Lumpur _____________________________________________________________________ HUKUM PERTUKARAN BARANGAN KEMAS DARIPADA EMAS                Emas di dalam syariat Islam adalah barangan ribawi. Adapun barangan kemas emas perhiasan 916 / 22 karat dan ke bawah; hukum pertukaran yang berbeza berat (tafadhul) di antara pelanggan dengan kedai atau kedai dengan pengilang adalah diharuskan disebabkan upah pemprosesan dan tempaan, keperluan meringankan kesukaran transaksi dan meraikan ‘uruf tijari (realiti amalan semasa). Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1/2020 pada 10 Januari 2020"} {"title": "hukum akad nikah di dalam masjid", "body": "Editor Maktabah 05 Jun 2020 Jumlah paparan: 2579 Hukum Jamak Solat Bagi Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Terlibat Dalam Merawat Pesakit Editor Maktabah 05 Jun 2020 Jumlah paparan: 2579 Editor Maktabah 05 Jun 2020 Jumlah paparan: 2579 IRSYAD HUKUM JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS HUKUM JAMAK SOLAT BAGI PETUGAS KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA YANG TERLIBAT DALAM MERAWAT PESAKIT COVID-19 Bagi staf-staf hospital yang terlibat secara langsung dalam merawat kes-kes covid-19 di hospital diharuskan untuk melakukan solat Jamak tanpa qasar dengan panduan berikut: Pada asalnya wajib melakukan solat pada waktunya selagi mampu dan haram menjamakkan solat tanpa keperluan yang mendesak atau musafir. Jika keadaan mendesak dan seseorang mampu untuk melewatkan Zohor atau Maghrib sehingga ke akhir waktu dan solat Asar dan Isyak di awal waktu ia lebih utama. Ini yang dinamakan sebagai jamak suri (jamak pada gambaran sahaja) menurut Mazhab Syafie. Jika tidak mampu melakukan jamak suri, dibenarkan untuk melakukan solat Jamak sama ada jamak taqdim atau ta’khir bergantung kepada kesesuaian kakitangan yang bertugas. Ia dilakukan kerana terdesak dan kesukaran yang sememangnya telah berlaku atau dijangka berlaku dengan kepercayaan yang kuat bukan kerana bermudah-mudah dalam agama atau sangkaan tanpa bukti. Ini berdasarkan hadis riwayat Ibn Abbas yang berkata : صَلَّى رَسولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بالمَدِينَةِ، في غيرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ Terjemahannya : Nabi ﷺ pernah solat Zohor dan Asar kesemuanya di Madinah tanpa ada rasa takut dan musafir. Bila ditanya kenapa baginda melakukan begitu, Ibn Abbas RA menjawab : أَرَادَ أَنْ لا يُحْرِجَ أَحَدًا مِن أُمَّتِهِ Terjemahannya : Baginda tidak mahu menyusahkan seseorang daripada umatnya. (HR al-Imam Muslim) Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada staf Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertungkus-lumus bertugas menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia. Anda wira kami."} {"title": "hukum pertukaran barangan kemas daripada emas", "body": "Editor Unit Fatwa 14 Januari 2020 Jumlah paparan: 11100 Fatwa Berkaitan Sulam Bedak, Tanam Rambut Dan Janggut Editor Unit Fatwa 14 Januari 2020 Jumlah paparan: 11100 Editor Unit Fatwa 14 Januari 2020 Jumlah paparan: 11100 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 44 / 2019 26-27 November 2019 / 29-30 Rabiul Awwal 1441 Hotel Tamu, Kg Baru, Kuala Lumpur ______________________________________________________________________ FATWA BERKAITAN SULAM BEDAK, TANAM RAMBUT DAN JANGGUT ______________________________________________________________________ Mengubah ciptaan Allah (Taghyir Khalq Allah) pada diri manusia ialah mengubah ciptaan Allah yang boleh membawa kepada penipuan (tadlis) identiti diri. Adapun pengubahan seperti solekan atau rawatan kecantikan yang mempunyai kemaslahatan, tidak membawa kepada penipuan (tadlis) identiti diri dan tidak memudaratkan diri dan harta, adalah dibolehkan. Rawatan Sulam Bedak didapati tidak mempunyai unsur penipuan (tadlis) identiti diri dan dibolehkan jika mempunyai kemaslahatan dan tidak membawa kepada perkara-perkara berikut: Kemudaratan diri dan harta Bahan yang haram Rawatan tanam rambut dan janggut dibolehkan jika memenuhi syarat yang dinyatakan, iaitu: Mempunyai maslahah (kepentingan) untuk diri yang melakukannya. Tidak menyebabkan penipuan identiti. Tidak memberikan kemudaratan kepada diri dan harta. Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1/2020 pada 10 Januari 2020"} {"title": "fatwa berkaitan sulam bedak tanam rambut dan janggut", "body": "Editor Unit Fatwa 14 Januari 2020 Jumlah paparan: 7311 Hukum Akad Nikah Di Dalam Masjid Editor Unit Fatwa 14 Januari 2020 Jumlah paparan: 7311 Editor Unit Fatwa 14 Januari 2020 Jumlah paparan: 7311 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 44 / 2019 26-27 November 2019 / 29-30 Rabiul Awwal 1441 Hotel Tamu, Kg Baru, Kuala Lumpur ______________________________________________________________________ HUKUM AKAD NIKAH DI DALAM MASJID ______________________________________________________________________ Nikah tidak disyaratkan di dalam masjid namun boleh dilakukan di dalam masjid bahkan disunatkan jika memenuhi adab-adab dan peraturan masjid. Jika dilakukan di masjid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan pentadbiran oleh JAIPs, iaitu: Tidak boleh membawa peralatan-peralatan perkahwinan ke dalam masjid melainkan dengan mendapat keizinan khas. Tidak boleh mengadakan apa-apa upacara perkahwinan dalam masjid kecuali akad nikah. Tidak boleh menyebabkan gangguan kepada jemaah yang sedang beribadah di dalam masjid. Tidak diadakan pada waktu solat fardhu yang boleh menyebabkan gangguan kepada jemaah solat. Memastikan berpakaian sopan yang sesuai dengan adab masjid. Tidak melakukan apa-apa aksi atau perbuatan yang menimbulkan keghairahan dan fitnah. Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1/2020 pada 10 Januari 2020"} {"title": "fatwa zakat ke atas aset digital bitcoin btc", "body": "Editor Unit Fatwa 14 Januari 2020 Jumlah paparan: 6571 Fatwa Zakat Ke Atas Aset Digital Bitcoin (BTC) Editor Unit Fatwa 14 Januari 2020 Jumlah paparan: 6571 Editor Unit Fatwa 14 Januari 2020 Jumlah paparan: 6571   KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 42 / 2019 14-15 Julai 2019 / 11-12 Zulkaedah 1440H Hotel Seri Malaysia, Kangar _____________________________________________________ FATWA ZAKAT KE ATAS ASET DIGITAL BITCOIN (BTC) _____________________________________________________ Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat Bitcoin dikenakan zakat apabila mencukupi haul dan nisab di atas sifat ia adalah ‘Urudh al-Tijarah. Adapun pengiraan zakat untuk Bitcoin ialah : [ (Nilai terendah unit BTC dalam satu tahun x bilangan unit BTC) + keuntungan hasil dagangan sepanjang tahun ] x 2.5 % Pembayaran boleh dilakukan dalam bentuk nilai wang atau unit BTC. [1]   [1] Disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-44/2019   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1/2020 pada 10 Januari 2020"} {"title": "keputusan penetapan perubahan waktu permulaan solat subuh seluruh negeri perlis disebabkan perubahan nilai altitud matahari di bawah ufuk daripada 20 kepada 18", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2592 Fatwa Berdoa Selepas Solat Jenazah Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2592 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2592 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   BERDOA SELEPAS SOLAT JENAZAH Berdoa sebaik sahaja selesai dari menunaikan solat jenazah tidak termasuk di dalam adab dan tatacara solat jenazah. Nabi SAW dan para sahabat baginda tidak pernah melakukannya. Jika ia suatu yang disunnahkan sudah pasti hal itu diriwayatkan daripada Nabi SAW. Sebaliknya mereka memadai dengan doa yang terdapat dalam solat Jenazah. Oleh yang demikian umat Islam hendaklah berusaha memastikan amalan mereka bertepatan dengan sunnah Nabi SAW dengan tidak menambahkan lagi sebarang doa selepas selesai dari menunaikan solat Jenazah."} {"title": "fatwa kenduri arwah", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 13668 Fatwa Kenduri Arwah Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 13668 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 13668 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   KENDURI ARWAH Orang ramai berhimpun di rumah jenazah dan dibuat makanan untuk mereka selepas jenazah dikebumikan adalah termasuk perbuatan yang tidak disukai berdasarkan perkataan Jarir bin ‘Abdillah RA: كُنَّا نَعُدُّ الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ ، وَصَنِيعَةَ الطَّعَامِ بَعْدَ دَفْنِهِ : مِنْ النِّيَاحَةِ Terjemahannya: “Kami mengira berhimpun kepada keluarga jenazah dan membuat makanan selepas daripada pengebumian termasuk di dalam ratapan (yang dilarang).” (Riwayat Ahmad 6866 dan Ibn Majah 1612) Ini menunjukkan perbuatan kenduri arwah adalah suatu yang direka dan diada-adakan. Ia tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat baginda dan mereka tidak pernah berhimpun di rumah keluarga jenazah selepas pengebumian. Berdasarkan sunnah, jika berlaku kematian, sanak-saudara dan jiran-tetangga dianjurkan supaya meringankan bebanan yang dipikul oleh keluarga jenazah dan berusaha mengurangkan rasa sedih yang menyelubungi mereka.             Sanak-saudara dan jiran tetangga dianjurkan bersegera menyediakan makanan atau seumpamanya untuk ahli keluarga jenazah yang dapat meringankan bebanan dan kesedihan yang mereka tanggung. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW sebaik sahaja sampai kepada baginda berita syahidnya Jaafar bin Abi Tolib RA dalam peperangan Mu’tah: اصْنَعُوا لِآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا ، فَقَدْ أَتَاهُمْ مَا يَشْغَلُهُمْ Terjemahannya: “Buatkanlah untuk keluarga Jaafar makanan, kerana sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang menyibukkan.” (Riwayat al-Tirmizi 998 dan beliau menilainya sebagai Hasan. Abu Daud 3132, Ibn Majah 1610. Hadis ini juga dinilai Hasan oleh Ibn Kathir dan al-Albani) Kata al-Imam al-Syafi’ie: وَأُحِبُّ لِجِيرَانِ الْمَيِّتِ أَوْ ذِي قَرَابَتِهِ أَنْ يَعْمَلُوا لِأَهْلِ الْمَيِّتِ فِي يَوْمِ يَمُوتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا يُشْبِعُهُمْ فَإِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ، وَذِكْرٌ كَرِيمٌ، وَهُوَ مِنْ فِعْلِ أَهْلِ الْخَيْرِ قَبْلَنَا وَبَعْدَنَا Terjemahannya: “Dan aku suka bagi jiran jenazah atau sanak saudaranya membuat makanan untuk ahli keluarga jenazah pada hari kematian dan malamnya yang dapat mengenyangkan mereka, kerana hal ini adalah satu sunnah dan juga sebutan yang mulia (kepada mereka). Hal ini termasuk dalam perbuatan orang-orang yang baik sebelum dan selepas daripada kita.” (al-Umm 1/317)"} {"title": "fatwa berdoa selepas solat jenazah", "body": "Editor Maktabah 14 Januari 2020 Jumlah paparan: 1128 Keputusan Penetapan Perubahan Waktu Permulaan Solat Subuh Seluruh Negeri Perlis Disebabkan Perubahan Nilai Altitud Matahari Di Bawah Ufuk Daripada -20° Kepada -18° Editor Maktabah 14 Januari 2020 Jumlah paparan: 1128 Editor Maktabah 14 Januari 2020 Jumlah paparan: 1128 Setelah diperkenankan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis dan diperakukan oleh MAIPs, adalah dimaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Khas bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Panel Syariah Negeri Perlis Berkaitan Penilaian Semula Nilai Altitud Matahari Di Bawah Ufuk Bagi Penentuan Awal Waktu Solat Subuh Di Negeri Perlis yang diadakan pada 30 Disember 2019 adalah seperti berikut : 2.1       Permulaan waktu solat subuh di negeri Perlis yang sebelum ini menggunakan parameter altitud matahari pada -20° di bawah ufuk diubah kepada parameter altitud matahari pada -18° di bawah ufuk. 2.2       Ini berdasarkan persetujuan Ahli-Ahli Mesyuarat Khas yang membincangkan hasil kajian kumpulan penyelidik yang dilantik oleh pihak JAKIM. Setelah mendengar pembentangan mereka dan membuat penilaian berdasarkan pandangan balas pakar falak yang lain, maka mesyuarat bersetuju untuk menerima permulaan  waktu subuh dikira pada nilai altitud matahari -18°di bawah ufuk. 2.3       Perubahan ini melibatkan pertambahan sebanyak 2° ( -20° kepada -18°) yang bersamaan dengan pertambahan waktu permulaan solat subuh sebanyak 8 minit (1° = 4 minit, 2° = 8 minit). 2.4       Nilai altitud matahari di bawah ufuk pada -18° itu telah diterima pakai di banyak negara umat Islam seperti Jordan, Palestin, Kuwait, Oman, Bahrain, Qatar, Iraq, Yaman, Sudan, Tunisia, Algeria dan Turki. Malah beberapa persidangan seperti Nadwah Ulama Syariah & Falak (Resolusi London) Mei 1984, Majma’ Fiqh Islami (Resolusi Jeddah) Mac 1986 dan Kesatuan Fatwa & Penyelidikan Eropah (Dublin) 2003-2004 turut menggunakan nilai yang sama. 2.5       Pihak Jabatan Mufti juga meminta agar masjid-masjid mendirikan solat (iqamah) selepas 15 minit masuk waktu subuh."} {"title": "fatwa meggerakkan tabung masjid ketika khatib berkhutbah", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1568 Fatwa Takbir Muqayyad Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1568 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1568 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   TAKBIR MUQAYYAD Imam masjid hendaklah memulakan Takbir Muqayyad iaitu laungan bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardu lima waktu. Perlaksanaan ini bermula selepas solat Subuh pada 9 Zulhijjah berterusan sehingga solat Asar 13 Zulhijjah."} {"title": "fatwa takbir muqayyad", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2510 Fatwa Penggunaan Pembesar Suara Luar Masjid Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2510 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2510 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA LUAR MASJID Islam mengajar umatnya menghormati hak orang lain. Oleh itu seluruh masjid di negeri Perlis adalah dilarang menggunakan pembesar suara luar untuk selain Azan dan Iqamah jika ia mengganggu ketenteraman orang ramai. Termasuklah memperdengarkan al-Quran, siaran kuliah dan seumpamanya. Penggunaan pembesar suara luar masjid adalah khusus untuk laungan Azan tanda masuk waktu solat fardu dan laungan Iqamah sahaja. Boleh juga untuk pengumuman ringkas yang membabitkan kepentingan bersama."} {"title": "fatwa memperdengarkan bacaan al quran di tempat awam", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2194 Fatwa Mengkhususkan Ziarah kubur Pada Hari Raya Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2194 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2194 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018  TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   MENGKHUSUSKAN ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA Umat Islam disunatkan menziarahi kubur pada bila-bila masa tanpa mengkhususkan waktu dan hari tertentu sama ada hari raya atau selainnya. Perbuatan sesetengah pihak mengkhususkan ziarah kubur pada pagi hari raya telah disalah anggap seakan ia amalan agama yang dituntut. Selain itu, perbuatan itu juga menyalahi tujuan asal berhari raya di dalam Islam iaitu sebagai hari bergembira. Tiada sebarang fadilat khusus menziarahi kubur pada pagi hari raya. Oleh itu, mengkhususkan hari raya sebagai hari menziarahi kubur adalah satu perbuatan yang menyalahi sunnah Nabi SAW."} {"title": "fatwa penggunaan pembesar suara luar masjid", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2056 Fatwa Memperdengarkan Bacaan Al-Quran Di Tempat Awam Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2056 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2056 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   MEMPERDENGARKAN BACAAN AL-QURAN DI TEMPAT AWAM Al-Quran adalah Kalam Allah yang diturunkan sebagai panduan manusia. Allah SWT berfirman: كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ Terjemahannya: \"Kitab (Al-Qur'an) yang telah Kami turunkan kepadamu dipenuhi barakah, agar manusia menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.\" (Surah Sad: 29) Oleh itu al-Quran hendaklah dibaca, didengari dan difahami isi kandungannya untuk diamalkan di dalam kehidupan. Memperdengarkan bacaan al-Quran di kawasan-kawasan awam termasuk gerai makan, restoran, sekolah dan seumpamanya dalam keadaan yang menyebabkan al-Quran diabaikan dan tidak dihormati serta boleh memberi persepsi merendahkan nilaian al-Quran adalah satu perbuatan yang ditegah."} {"title": "fatwa mengkhususkan ziarah kubur pada hari raya", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1857 Fatwa Meggerakkan Tabung Masjid Ketika Khatib Berkhutbah Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1857 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1857 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   MENGGERAKKAN TABUNG MASJID KETIKA KHATIB BERKHUTBAH Tidak boleh menggerakkan tabung masjid ketika khatib sedang berkhutbah Jumaat. Perbuatan ini termasuk dalam perkara yang dapat memalingkan tumpuan para jemaah dari mendengar khutbah Jumaat. Nabi SAW telah bersabda : مَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا Terjemahannya: “Sesiapa yang bermain dengan batu (ketika Khatib berkhutbah) maka telah sia-sia (pahala Jumaatnya)” (Riwayat Muslim) Maka menggerakkan tabung ketika khatib berkhutbah lebih utama menyebabkan sia-sia. Dicadangkan tabung digerakkan sebelum khutbah atau selepas solat Jumaat."} {"title": "fatwa mengkhususkan bacaan yasin pada malam jumaat", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 5745 Fatwa Mengkhususkan Bacaan Yasin Pada Malam Jumaat Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 5745 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 5745 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   MENGKHUSUSKAN BACAAN YASIN PADA MALAM JUMAAT Mengkhususkan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat tidak ada sandaran hadis sahih dari Nabi SAW. Sementara riwayat galakan membaca surah Yasin pada hari Jumaat adalah tidak sahih. Bahkan ada riwayat yang sabit dari Baginda berkaitan membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat. Oleh itu umat Islam dianjurkan membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat bermula pada malamnya. Demikian juga tidak ada pengkhususan bacaan surah Yasin pada waktu tertentu, namun surah Yasin boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja tanpa penentuan waktu yang khusus."} {"title": "fatwa jumlah takbir solat hari raya", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2190 Fatwa Bacaan Surah Al-Sajdah Dan Al-Insan Dalam Solat Subuh Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2190 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2190 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   BACAAN SURAH AL-SAJDAH DAN AL-INSAN DALAM SOLAT SUBUH Para Imam masjid yang memiliki kemampuan, dianjurkan membaca keseluruhan surah al-Sajdah dalam rakaat pertama dan keseluruhan surah al-Insan dalam rakaat kedua untuk setiap solat Subuh hari Jumaat mencontohi sunnah Nabi SAW. Walau bagaimanapun hendaklah dielak dari mewujudkan anggapan wajib membaca kedua-dua surah tersebut pada setiap Subuh hari Jumaat. Hal ini perlu mengambil kira kesesuaian waktu dan tempat bagi mengelakkan kesusahan kepada jemaah."} {"title": "fatwa bacaan surah al sajdah dan al insan dalam solat subuh", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1815 Fatwa Al-Tathwib Dalam Azan Subuh Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1815 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1815 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   AL-TATHWIB DALAM AZAN SUBUH Sabit dari beberapa hadis berkaitan al-Tathwib (التثويب) iaitu laungan اَلصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْم di dalam azan Subuh. Fatwa Perlis mentarjihkan ia dilaungkan di dalam azan Subuh (azan kedua) iaitu azan yang dilaungkan setelah terbitnya fajar Sadiq."} {"title": "fatwa al tathwib dalam azan subuh", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1588 Fatwa Jumlah Takbir Solat Hari Raya Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1588 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1588 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018  TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   JUMLAH TAKBIR SOLAT HARI RAYA Boleh melakukan takbir untuk solat Hari Raya sebanyak tujuh kali dalam rakaat pertama termasuk Takbiratul Ihram dan lima kali dalam rakaat kedua tidak termasuk Takbir perpindahan (Intiqalat) seperti pandangan Ibn 'Abbas dan 'Umar bin 'Abdul 'Aziz seperti yang dinyatakan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam al-Musannaf. Pandangan ini juga bertepatan dengan mazhab Malik dan Ahmad. Boleh juga dilakukan dalam rakaat pertama sebanyak tujuh kali selepas Takbiratul Ihram dan lima kali selepas takbir perpindahan seperti pandangan mazhab al-Syafi'e. Kedua-dua amalan itu merupakan khilaf muktabar."} {"title": "fatwa solat gerhana", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1433 Fatwa Solat Gerhana Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1433 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1433 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   SOLAT GERHANA Disunatkan solat Gerhana bersama khutbah selepasnya bagi kawasan yang berlaku gerhana. Hal ini diketahui sama ada melalui penglihatan mata atau perkhabaran pihak berautoriti yang meyakinkan. Namun ia hanya disunatkan ke atas penduduk negeri yang berlaku gerhana ke atas mereka sahaja."} {"title": "fatwa tazkirah kematian", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1766 Fatwa Berdoa Selepas Solat Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1766 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1766 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   BERDOA SELEPAS SOLAT Sabit di dalam sunnah, Nabi SAW pernah berdoa selepas Solat. Pada kebiasaannya doa selepas solat yang dilakukan oleh baginda adalah tanpa menadah tangan dan baginda tidak pernah melakukannya secara berjemaah selepas solat fardu."} {"title": "fatwa menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1491 Fatwa Menggerakkan Jari Telunjuk Ketika Tasyahhud Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1491 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1491 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   MENGGERAKAN JARI TELUNJUK KETIKA TASYAHHUD Termasuk di dalam sunnah ketika bertasyahhud di dalam solat adalah membuat isyarat dengan jari telunjuk. Isyarat tersebut boleh dilakukan sama ada tanpa gerakan jari telunjuk atau menggerakkannya."} {"title": "fatwa menyapu muka selepas solat", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2616 Fatwa Menyapu Muka Selepas Solat Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2616 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2616 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   MENYAPU MUKA SELEPAS SOLAT Tiada nas yang sahih dalam perbuatan menyapu muka selepas solat. Maka perbuatan tersebut tidak termasuk adab dan sunat solat kerana tiada bukti yang sahih dalam persoalan ini."} {"title": "fatwa berdoa selepas solat", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1375 Fatwa Tazkirah Kematian Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1375 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1375 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   TAZKIRAH KEMATIAN Dibolehkan memberi tazkirah selepas mengebumikan mayat sebagai peringatan kepada orang yang hidup. Tazkirah tersebut hendaklah diberikan dengan menjaga adab tanpa ditinggikan suara luar dari keperluan dan berusaha agar ia dapat melahirkan rasa keinsafan. Hendaklah dibezakan antara tazkirah di tanah perkuburan dengan khutbah. Tazkirah di tanah perkuburan dilakukan jika ada keperluan dan dilakukan dengan ringkas, juga tidak dijadikan satu kemestian."} {"title": "fatwa duduk tawarruk ketika tasyahhud", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1261 Fatwa Duduk Tawarruk Ketika Tasyahhud Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1261 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1261 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018  TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   DUDUK TAWARRUK KETIKA TASYAHHUD Duduk Tawarruk memiliki beberapa cara. Salah satu yang biasa diamalkan ialah duduk di atas punggung kiri dengan menghulurkan kaki kiri ke arah kanan dan di bawah kaki kanan yang ditegakkan telapak kakinya. Ia sabit di dalam sunnah Nabi SAW. Ia dilakukan ketika duduk tasyahhud kedua di dalam solat. Duduk Tawarruk ini dilakukan dengan mengambil kira kemampuan seseorang dan keadaan jemaah."} {"title": "fatwa cara zikir selepas solat", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2119 Fatwa Solat Qiamulalail Secara Berjamaah Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2119 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2119 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   SOLAT QIAMULLAIL SECARA BERJAMAAH Nabi SAW sentiasa menunaikan solat malam bersendirian. Namun terdapat riwayat yang menunjukkan baginda pernah melakukannya di rumah baginda secara berjemaah bersama beberapa sahabat seperti Ibn ‘Abbas, Ibn Mas’ud, demikian juga Huzaifah bin al-Yaman. Oleh itu solat malam boleh dilakukan secara berjemaah dengan dijaga adab-adabnya."} {"title": "fatwa qunut subuh", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2122 Fatwa Menadah Tangan Ketika Khutbah Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2122 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2122 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018  TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   MENADAH TANGAN KETIKA KHUTBAH Khatib tidak disunatkan menadah tangan ketika berdoa di dalam khutbah Jumaat. Demikian juga para jemaah kerana mengikut khatib. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada ‘Umarah bin Ruaibah yang pernah melihat Bisyr bin Marwan (berkhutbah) di atas mimbar mengangkat kedua belah tangan (berdoa). Kata ‘Umarah bin Ruaibah:   قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ Terjemahannya: “Allah memburukkan kedua belah tangannya, sesungguhnya daku melihat Rasulullah SAW tidak pernah lebih dari membuat isyarat dengan jari telunjuk baginda.” (Riwayat Muslim, bil: 874) Namun jika khatib berdoa memohon hujan (al-Istisqa’) di dalam khutbah Jumaat, disunatkan untuk khatib menadah tangan sebagai mencontohi perbuatan Nabi SAW dan jemaah juga disunatkan melakukan perkara yang sama."} {"title": "fatwa solat qiamulalail secara berjamaah", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2810 Fatwa Cara Zikir Selepas Solat Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2810 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2810 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   CARA ZIKIR SELEPAS SOLAT Zikir-zikir selepas solat dilakukan secara bersendirian dalam keadaan khusyu’ dan merendahkan diri kepada Allah SWT. Tidak mengapa jika kadang-kadang imam menguatkan bacaannya bagi tujuan mengajar para jemaah."} {"title": "fatwa menadah tangan ketika khutbah", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 5167 Fatwa Qunut Subuh Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 5167 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 5167 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   QUNUT SUBUH Qunut Subuh antara perkara yang khilaf di kalangan ulama. Fatwa Perlis mentarjihkan solat Subuh dilakukan tanpa qunut Solat Subuh. Pegangan amalan khusus qunut solat Subuh ditarjihkan sebagai qaul yang daif."} {"title": "fatwa memegang tongkat ketika berkhutbah", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1518 Fatwa Memegang Tongkat Ketika Berkhutbah Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1518 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1518 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   MEMEGANG TONGKAT KETIKA BERKHUTBAH Fatwa Perlis mentarjihkan tidak termasuk sunnah untuk khatib memegang tongkat ketika berkhutbah. Melainkan jika ada keperluan seperti khatib yang uzur atau seumpamanya."} {"title": "fatwa bacaan di antara takbir solat hari raya", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 969 Fatwa Bacaan Di Antara Takbir Solat Hari Raya Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 969 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 969 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018  TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS BACAAN DI ANTARA TAKBIR SOLAT HARI RAYA Tiada penetapan zikir khusus untuk dibaca di antara takbir-takbir solat hari raya. Seseorang boleh bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir atau seumpamanya kerana tiada penetapan dari Nabi SAW. Bahkan jika seseorang diam dan tidak membaca apa-apa di antara takbir-takbir tersebut juga tidak mengapa, kerana tiada penetapan khusus zikir-zikir untuk dibaca."} {"title": "fatwa lafaz takbir hari raya", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1357 Fatwa Lafaz Takbir Hari Raya Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1357 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1357 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS LAFAZ TAKBIR HARI RAYA Terdapat perbezaan lafaz takbir yang diriwayatkan dari para sahabat Nabi SAW. Hal ini menunjukkan terdapat keluasan dalam perkara ini. Oleh itu lafaz takbir untuk takbir hari raya boleh dilakukan dua kali (اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ) atau tiga kali (اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،). Jika ditambah dengan lafaz لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ dan seterusnya juga adalah suatu penambahan yang diterima."} {"title": "fatwa bilangan khutbah hari raya", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1316 Fatwa Bacaan Selepas Solat Witir Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1316 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1316 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS BACAAN SELEPAS SOLAT WITIR Bacaan سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْس sebanyak tiga kali selepas solat Witir adalah termasuk sunnah Nabi SAW. Adapun tambahan رَبِّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوْح adalah dinilai sebagai tambahan syaz yang merupakan tambahan daif."} {"title": "fatwa bacaan selepas solat witir", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1204 Fatwa Bilangan Khutbah Hari Raya Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1204 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1204 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018  TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   BILANGAN KHUTBAH HARI RAYA Khutbah Hari Raya boleh dilaksanakan dengan satu khutbah atau boleh juga dilaksanakan dengan dua khutbah seperti khutbah Jumaat, dan duduk seketika sebagai pemisah di antara dua khutbah."} {"title": "fatwa bacaan basmalah dalam solat", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1926 Fatwa Bacaan Basmalah Dalam Solat Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1926 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1926 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS BACAAN BASMALAH DALAM SOLAT Bacaan Basmalah sama ada secara Sirr atau Jahar termasuk dalam persoalan khilaf yang muktabar. Namun fatwa Perlis mentarjihkan bacaan Basmalah secara Sirr kerana dilihat kepada hujah-hujahnya yang lebih kukuh."} {"title": "fatwa seruan untuk selain solat fardu", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 859 Fatwa Seruan Untuk Selain Solat Fardu Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 859 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 859 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018  TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   SERUAN UNTUK SELAIN SOLAT FARDU Seruan الصَّلَاةَ جَامِعَةً tidak termasuk dalam tatacara Solat Tarawih, solat Witir mahupun solat Hari Raya. Seruan الصَّلَاةَ جَامِعَةً yang sabit di dalam hadis dilakukan untuk solat gerhana yang memerlukan seruan bertujuan menghimpunkan orang ramai. Ini kerana solat gerhana di zaman baginda SAW diketahui sebaik sahaja apabila ia berlaku. Justeru ia memerlukan seruan bagi tujuan menghimpunkan orang ramai. Hadis panjang dari Fatimah binti Qais tentang kisah al-Jassasah yang diceritakan oleh Tamim al-Dari, demikian juga hadis ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash, kedua-duanya terdapat di dalam Sahih Muslim menunjukkan seruan الصَّلَاةَ جَامِعَةً dilaungkan adalah bertujuan memanggil orang ramai untuk berhimpun. Oleh itu seruan الصَّلَاةَ جَامِعَةً hanya dilaungkan jika ada tujuan yang sama. Manakala jika para Jemaah telah sedia berhimpun seperti keadaan solat Tarawih, solat Witir, solat Hari Raya dan seumpamanya, maka tiada keperluan lagi untuk dilaungkan seruan الصَّلَاةَ جَامِعَةً. Imam hanya perlu berdiri dan bertakbir untuk solat. Imam boleh memaklumkan kepada makmum jenis solat yang hendak ditunaikan."} {"title": "fatwa bacaan khusus antara solat tarawih", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1528 Fatwa Bacaan Khusus Antara Solat Tarawih Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1528 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 1528 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018   TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS   BACAAN KHUSUS ANTARA SOLAT TARAWIH Tiada bacaan khusus antara sela solat Tarawih kerana ketiadaan contoh daripada Nabi SAW dan para sahabat. Umat Islam boleh melakukan apa-apa amalan soleh yang dikehendakinya menurut kesesuaian antara sela solat Tarawih seperti beristighfar, berdoa, membaca al-Quran dan seumpamanya tanpa dilakukan secara berjemaah kerana Nabi SAW hanya melakukan jemaah ketika solat dan tidak amalan antara sela solat Tarawih."} {"title": "fatwa solat witir", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2847 Fatwa Solat Witir Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2847 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 2847 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018  TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS SOLAT WITIR Solat Witir sama ada dilakukan secara tiga rakaat satu salam dengan satu Tasyahhud (Tahiyyat), atau tiga rakaat dua salam adalah sabit dari hadis-hadis yang Sahih dari Nabi SAW. Solat Witir tidak boleh dilakukan dua kali dalam satu malam berdasarkan larangan dari Nabi SAW. Bagi sesiapa yang yakin dapat bangun qiyamullail, lebih utama baginya melewatkan solat Witir agar dapat dilakukan di penghujung solat malamnya. Manakala bagi sesiapa yang tidak pasti akan bangun qiyamullail ataupun tidak, boleh baginya untuk menunaikan solat Witir sebelum tidur. Jika dia bangun di penghujung malam dia boleh menunaikan solat sunat namun tidak perlu lagi untuk mengulangi solat Witir."} {"title": "fatwa bilangan rakaat solat terawih", "body": "Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 12842 Fatwa Bilangan Rakaat Solat Terawih Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 12842 Editor Unit Fatwa 18 Disember 2019 Jumlah paparan: 12842 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018  TARIKH : 23-24 JULAI 2018 TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR --------------------------------------------------------------------------------------------------- FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS AJK Fatwa Perlis menyedari bahawa dalam sebahagian amalan umat Islam, terdapat persoalan-persoalan Ijtihadiyyah yang menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Manakala terdapat juga sebahagian amalan yang berlaku salah-faham. Di bawah ini adalah pandangan AJK Fatwa Perlis sebagai panduan dalam beramal: BILANGAN RAKAAT SOLAT TARAWIH : Tiada penetapan tertentu berkaitan bilangan rakaat solat Tarawih dari Nabi SAW. Ia termasuk dalam perkara yang diberi keluasan. Apa yang lebih penting dalam melaksanakan solat Tarawih ialah menjaga adab dan berusaha memperolehi khusu’. Ia boleh dilakukan sebanyak 20 rakaat seperti mazhab Hanafi, al-Syafi’ie dan Ahmad atau boleh juga sebanyak 36 rakaat seperti mazhab Malik atau 11 rakaat juga tidak mengapa. Namun hadis yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA menunjukkan pada kebiasaannya Nabi SAW menunaikan solat malam sebanyak 11 rakaat. Ketika ditanya oleh Abu Salamah bin Abdul Rahman tentang solat Malam baginda pada bulan Ramadan, A’isyah RA menjawab: مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً Terjemahannya: “Tidaklah pernah baginda melakukan lebih dari 11 rakaat sama ada di dalam bulan Ramadan atau selainnya.”                 (al-Bukhari 1909 dan Muslim 738) Hadis ini tidak menunjukkan solat malam hanya sekadar 11 rakaat sahaja, kerana terdapat riwayat lain yang menunjukkan baginda pernah menunaikan solat malam bersama ‘Abdullah bin ‘Abbas sebanyak 13 rakaat seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih mereka berdua. Demikian juga berdasarkan hadis: أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَلَاةِ اللَّيْلِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ عَلَيْهِ السَّلَام صَلَاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى Terjemahannya: “Bahawa seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang solat malam. Rasulullah SAW menjawab: “Solat malam itu dua rakaat-dua rakaat. Jika seseorang daripada kamu bimbang masuknya waktu Subuh, dia solatlah satu rakaat, sebagai witir untuk solat yang telah dia tunaikan.” (al-Bukhari 946 dan Muslim 749) Nabi SAW tidak menjelaskan jumlah rakaat tertentu solat malam ketika baginda ditanya tentangnya. Ini merupakan bukti jelas menunjukkan ada keluasan berkaitan jumlah rakaat solat malam. Maka dengan itu, Imam dinasihatkan menunaikan solat Tarawih menurut kesesuaian makmum. Digalakkan juga bagi makmum mengikut imam sehingga selesai solat bagi memperolehi kelebihan yang disebut di dalam hadis: مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ Terjemahannya: “Siapa yang menunaikan solat bersama imam sehingga selesai, dicatit untuknya pahala seperti menghidupkan sepanjang malam dengan beribadah.” (Riwayat al-Tirmizi 806 dan beliau menilainya sebagai Hadis Sahih. Abu Daud (1375), al-Nasa’ie (1605) dan Ibn Majah (1327). Hadis ini juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Tirmizi)"} {"title": "penetapan kadar zakat fitrah negeri perlis bagi tahun 1438h 2017m", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 6930 Penetapan Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis Bagi Tahun 1438H/2017M Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 6930 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 6930 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-28/2017 TARIKH: 27 - 28 Februari 2017 / 30 Jamadil Awwal – 1 Jamadil Akhir 1438H   PENETAPAN KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI PERLIS BAGI TAHUN 1438H/2017M   Mesyuarat bersetuju menetapkan Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis bagi tahun 1438H/2017M adalah sebanyak RM7.00. Bagi umat Islam yang menunaikan Zakat Fitrah dengan beras, kadar pengeluaran adalah satu gantang (2.6 kilogram) tiap-tiap seorang."} {"title": "hukum pelaksanaan istibdal ke atas tanah wakaf kubur lot 3508 gm 1814 mukim utan aji perlis", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 6942 Hukum Pelaksanaan Istibdal Ke Atas Tanah Wakaf Kubur Lot 3508 GM 1814 Mukim Utan Aji Perlis Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 6942 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 6942 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-32 & 33/2017 20 – 21 Oktober 2017 29 Muharram – 1 Safar 1438H Hukum Pelaksanaan Istibdal Ke Atas Tanah Wakaf Kubur Lot 3508 GM 1814 Mukim Utan Aji Perlis Istibdal tanah berkenaan adalah dibolehkan, namun hendaklah menggantikannya dengan keluasan yang setara atau yang lebih daripadanya."} {"title": "status tapak tanah dan surau di atas tanah lot 1443 gm 980 mengkuang layar barat", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 16696 Hukum Khitan Anak Perempuan Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 16696 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 16696   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-29/2017 TARIKH: 18-19 April 2017 / 21-22 Rejab 1438H   HUKUM KHITAN ANAK PEREMPUAN   Setelah melihat dalil-dalil yang dibincangkan oleh ulama dan penelitian pakar perubatan dalam hal ini, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat seperti berikut: “Hukum khitan bagi wanita berbeza mengikut keadaan alat sulit seseorang wanita. Ia berdasarkan keadaan setiap wanita setelah ditentukan keperluannya oleh pakar. Jika seseorang wanita mendapati dirinya perlu melakukan khitan dan dipersetujui oleh pakar, maka ianya satu makrumah (penghormatan) seperti dalam hadis Ummu ‘Atiyyah yang dinilai Hasan oleh sebahagian ulama. Sekiranya didapati tiada keperluan melakukan khitan, maka khitan tidak perlu dilakukan untuk dirinya.” Adapun khitan bayi perempuan yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat tanpa merujuk keperluannya kepada pakar merupakan amalan yang tidak mempunyai apa-apa asas dalil syarak, bahkan mungkin mendedahkan bayi kepada kemudharatan jika dilakukan secara yang salah. Andaian bahawasanya rangsangan seks berlebihan pada wanita disebabkan tidak berkhitan adalah tidak memiliki apa-apa alasan yang kukuh."} {"title": "hukum khitan anak perempuan", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 6790 Status Tapak Tanah Dan Surau Di Atas Tanah Lot 1443 GM 980 Mengkuang Layar Barat Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 6790 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 6790 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-32 & 33/2017 20 – 21 Oktober 2017 29 Muharram – 1 Safar 1438H   Status Tapak Tanah Dan Surau Di Atas Tanah Lot 1443 GM 980 Mengkuang Layar Barat   Setelah menilai laporan Jawatankuasa Kecil yang dilantik berkaitan status tanah dan bekas surau Lot 1443 GM 980 Mengkuang Layar Barat, maka pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sebulat suara berpendapat bahawa tiada bukti kukuh tanah berkenaan telah diwakafkan. Adapun barangan yang masih boleh digunakan yang telah diberi oleh orang ramai untuk kegunaan surau hendaklah dipindahkan ke tempat lain dengan tujuan yang sama."} {"title": "jamak solat di masjid kerana bencana alam", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 9072 Jamak Solat Di Masjid Kerana Bencana Alam Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 9072 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 9072 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-32 & 33/2017 20 – 21 Oktober 2017 29 Muharram – 1 Safar 1438H   Jamak Solat Di Masjid Kerana Bencana Alam Majoriti ulama dalam berbagai mazhab iaitu Maliki, Syafie dan Hambali mengizinkan melakukan jamak solat tanpa qasar di masjid disebabkan bencana alam seperti hujan lebat, ribut, kesejukan yang melampau, banjir, banjir lumpur dan seumpamanya. Setelah meneliti penghujahan jumhur ulama maka Jawatankuasa Fatwa bersetuju bahawa dalam keadaan bencana alam seperti yang disebutkan, maka pihak masjid boleh menjamakkan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’ tanpa qasar. Pelaksanaan solat jamak tersebut dilakukan di tempat dilaksanakan solat Jemaah bagi kawasan terbabit dengan bencana khususnya masjid. Jamak tersebut hendaklah diutamakan dalam waktu yang pertama (jamak taqdim). Ini kerana tujuan keizinan jamak di masjid bagi mengelak masyaqqah mereka yang akan hadir menunaikan solat berjemaah di masjid. Sementara diutamakan jamak taqdim seperti yang ditegaskan oleh sebahagian fuqaha kerana kemungkinan keadaan bencana itu tamat sebelum masuk waktu yang berikutnya. Namun jika keadaan mendesak untuk solat jamaah itu dilaksanakan pada waktu yang kedua, maka boleh dilakukan jamak ta’khir. Sesiapa yang telah solat berjemaah di masjid yang melakukan jamak disebabkan bencana, maka dia tidak perlu lagi mengulangi solatnya sekalipun bencana telah tamat."} {"title": "mengkhususkan bacaan surah al kahf pada hari jumaat", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 11532 Mengkhususkan Bacaan Surah al-Kahf Pada Hari Jumaat Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 11532 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 11532 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-32 & 33/2017 20 – 21 Oktober 2017 29 Muharram – 1 Safar 1438H Mengkhususkan Bacaan Surah al-Kahf Pada Hari Jumaat Fadhilat membaca surah al-Kahf thabit dengan riwayat-riwayat yang sahih. Adapun mengkhususkan bacaan surah al-Kahf pada hari Jumaat berlaku perbezaan pandangan ulama hadis tentang kethabitan riwayat Hushaim bin Basyir. Terdapat dalam kalangan ulama hadis yang menolak pengkhususan bacaan surah al-Kahf pada hari Jumaat atas alasan riwayat Hushaim tidak kukuh secara perbandingan dengan riwayat yang tidak menyebut hari Jumaat khususnya riwayat Syu’bah bin al-Hajjaj dan Sufyan al-Thauri. Disamping itu terdapat para muhaqqiqin yang melihat penambahan Hushaim yang mengkhususkan hari Jumaat itu sebagai riwayat yang diterima (ziyadah al-thiqah) kerana Hushaim seorang perawi yang hafidz dan adanya petunjuk (qarinah) yang menunjukkan berlakunya berlainan majlis periwayatan antara Hushaim, Syu’bah dan Thauri. Maka pengkhususan hari Jumaat yang disangka wahm (kekeliruan) daripada Hushaim sebenarnya mempunyai asal daripada riwayat Abu Hashim al-Rummani. Oleh itu, majoriti para ulama hadis dan fiqh seperti Imam al-Syafie, Imam Ahmad, al-Nawawi, Ibn Taimiyyah dan selain mereka berpendapat bahawa bacaan surah al-Kahf pada hari Jumaat adalah digalakkan dengan alasan riwayat-riwayat lain yang menyokong pengkhususan bacaan surah al-Kahf pada hari Jumaat. Maka sesiapa yang beramal membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat merupakan satu amalan yang digalakkan di sisi majoriti para ulama. Maka, perkara ini terdapat khilaf dalam kalangan ulama. Kedua-dua pihak telah mengemukakan alasan dan penghujahan yang muktabar. Sesiapa yang mengamalkannya atas keyakinan kepada pendapat yang menggalakkan pengkhususan bacaan surah al-Kahf pada hari Jumaat, mudah-mudahan dia memperolehi pahala. Sesiapa yang menganggap tiada pengkhususan hari, maka tidak perlu mengkhususkannya."} {"title": "hukum program perkongsian susu ibu di hospital", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5200 Hukum Program Perkongsian Susu Ibu Di Hospital Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5200 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5200 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-31/2017 6 Ogos 2017 bersamaan 13 Zulkaedah 1438H HUKUM PROGRAM PERKONGSIAN SUSU IBU DI HOSPITAL   Para ulama telah berbeza pendapat tentang beberapa perincian berkaitan hukum susuan (radha’ah). Majoriti (Jumhur) berpendapat penyusuan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung daripada payudara ibu boleh mensabitkan hubungan mahram susuan. Di samping itu terdapat dalam kalangan ulama yang mensyaratkan susuan itu hendaklah secara langsung daripada payudara ibu susuan. Ini seperti pendapat al-Laith bin Saad, Ibn Hazm dan selain mereka. Pandangan ini juga yang ditarjihkan oleh al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Syeikh Mustafa al-Zarqa dan lain-lain. Para ulama juga ramai yang menyebut bahasawanya percampuran susu berlainan ibu tidak mensabitkan hukum mahram. Demikian juga para ulama berkhilaf tentang jumlah bilangan susuan yang mensabitkan hukum berkenaan. Majoriti ulama mentarjihkan lima kali susuan yang mengenyangkan. Setelah berbincang pandangan-pandangan di atas dan mengambil kira keperluan dan realiti yang ada dalam memelihara nyawa bayi khususnya bayi pramatang seperti yang telah dibentangkan oleh pihak KementerianKesihatan Malaysia (KKM), maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat bahawa program perkongsian susu ibu yang dicadangkan oleh KKM adalah tidak bercanggah dengan hukum syarak. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa meminta supaya cara perlaksanaan program tersebut mengambil kira perkara-perkara berikut: Hendaklah mendapat persetujuan dari kedua-dua pihak (ibu susuan dan anak susuan), kecuali dalam keadaan darurat. Sekiranya berlaku susuan sebanyak 5 kali kenyang ke atas dari seseorang ibu susuan yang sama dengan rekod yang jelas, maka kedua-dua pihak (ibu susuan dan anak susuan) hendaklah mengetahui antara satu sama lain. Ini bagi menjaga hukum-hakam yang berkaitan dengan mahram.          Jawatankuasa juga ingin memaklumkan bahawa wujudnya keluasan pendapat dalam hal ini di mana para ulama seperti al-Laith bin Saad, Ibn Hazm, al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Syeikh Mustafa al-Zarqa dan lain-lain mensyaratkan susuan itu berlaku secara langsung daripada payudara ibu, maka bagi yang berpegang dengan pendapat ini, dua perkara yang disebutkan di atas tidak menjadi syarat."} {"title": "hukum penglibatan orang islam dalam perayaan bukan islam dalam konteks malaysia", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8177 Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Perayaan Bukan Islam Dalam Konteks Malaysia Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8177 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8177   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-29/2017   18-19 April 2017 bersamaan 21-22 Rejab 1438h   HUKUM PENGLIBATAN ORANG ISLAM DALAM PERAYAAN BUKAN ISLAM DALAM KONTEKS MALAYSIA   Melakukan kebaikan kepada golongan bukan Islam oleh orang Islam adalah sesuatu yang dituntut. Walau bagaimanapun, usaha melakukan kebaikan tersebut sama sekali tidak boleh bertentangan dengan akidah. Menghadiri dan turut serta melakukan upacara perayaan keagamaan bukan Islam adalah tidak dibenarkan kerana ia berkaitan dengan amalan ritual agama bukan Islam ataupun tasyabbuh yang dilarang iaitu menyerupai amalan agama selain Islam. Menghadiri majlis sambutan ataupun rumah terbuka bukan Islam yang tidak membabitkan upacara ritual agama tersebut dengan Muslim yang hadir itu adalah dibenarkan. Ini jika ada keperluan untuk melakukan hal sedemikian seperti kaum keluarga, jiran tetangga dan kepimpinan masyarakat atas dasar menjaga kemaslahatan atau kepentingan dakwah dengan syarat tidak meredhai kekufuran. Ucapan selamat bersempena dengan perayaan bukan Islam adalah isu yang menimbulkan perbezaan pandangan ulama. Berdasarkan realiti di Malaysia, adalah diharuskan ucapan selamat kepada bukan Islam jika amalan tersebut menjadi budaya dan bukan lagi amalan keagamaan. Ini dengan syarat ungkapan itu tidak mengandungi maksud kesyirikan atau kekufuran. Keharusan ini tertakluk kepada keperluan seperti menjaga kemaslahatan atau kepentingan dakwah."} {"title": "hukum had tempoh pemberian zakat kepada saudara baharu", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3699 Hukum Had Tempoh Pemberian Zakat Kepada Saudara Baharu Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3699 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3699 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-31/2017 6 Ogos 2017 bersamaan 13 Zulkaedah 1438H Hukum Had Tempoh Pemberian Zakat Kepada Saudara Baharu Tempoh had pemberian zakat kepada saudara baharu yang telah memeluk Islam tidak disebut di dalam nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Perkara ini terpulang kepada ijtihad ulil amri. Di sana terdapat riwayat yang sahih, Sayyidina Umar bin alKhattab RA memberhentikan pemberian zakat di bawah asnaf al-muallafah qulubuhum kepada golongan yang tidak lagi memerlukan ta’lif (menjinakkan jiwa) kepada Islam. Maka ukuran dalam masalah ini ialah keperluan kepada ta’lif iaitu menjinakkan jiwa kepada Islam dengan cara diberikan bahagian zakat kepadanya. Setelah berbincang hal ini, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mencadangkan perkara-perkara berikut dalam penentuan tempoh pemberian zakat kepada saudara baharu: 1) Seseorang saudara baharu diberi tempoh selama 5 tahun setelah didaftarkan untuk disemak semula statusnya selepas memeluk Islam. 2) Selepas 5 tahun pihak pentadbiran (ulul amri) boleh memutuskan sama ada individu berkenaan masih berhak menerima peruntukan zakat di bawah asnaf almuallafah qulubuhum ataupun tidak. 3) Semakan itu hendaklah mengambil kira latar kefahaman agama, persekitaran yang mengelilinginya dan lain-lain faktor yang boleh dikaitkan dengan kekuatan pegangan agamanya. 4) Satu jawatankuasa khas yang mampu menimbang keperluan ta’lif untuk seseorang saudara baharu hendaklah diwujudkan. Individu yang terkeluar dari peruntukan zakat al-muallafah qulubuhum berhak menerima peruntukan zakat dari bahagian lain seperti fakir-miskin, al-gharimin dan lain-lain sekiranya berkelayakan."} {"title": "rayuan permohonan merobohkan masjid al hakim padang malau", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3899 Rayuan Permohonan Merobohkan Masjid Al-Hakim Padang Malau Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3899 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3899 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-30/2017 TARIKH: 5 Jun 2017 Bersamaan 10 Ramadan 1438h RAYUAN PERMOHONAN MEROBOHKAN MASJID AL-HAKIM PADANG MALAU Setelah mendengar pembentangan yang baharu daripada Jawatankuasa Masjid AlHakim Padang Malau, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis secara majoritinya bersetuju membenarkan Masjid Al-Hakim Padang Malau dirobohkan dengan alasanalasan seperti berikut: 1) Ketidakmampuan masjid untuk menyelenggara bangunan lama dan peruntukan yang dijanjikan oleh kerajaan merupakan satu-satunya penyelesaian yang ada. 2) Rekabentuk masjid yang kurang selamat untuk jemaah disebabkan kedudukan selekoh dan pintu masuk utama. 3) Keperluan untuk ruang yang lebih luas untuk para jemaah disebabkan penambahan kawasan perumahan. 4) Rekabentuk yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan-keperluan masjid yang lain seperti bilik imam, bilik siaraya, dan seumpamanya. 5) Keperluan asas masjid yang tidak sesuai untuk jemaah seperti tandas yang terlalu hampir antara lelaki dan perempuan. Mesyuarat turut menasihatkan agar masjid-masjid di negeri ini yang masih kukuh tidak dirobohkan tanpa alasan yang syarie."} {"title": "hukum zakat kumpulan wang simpanan pekerja kwsp", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5685 Hukum Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5685 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5685 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-31/2017 6 Ogos 2017 bersamaan 13 Zulkaedah 1438H Hukum Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Setelah berbincang, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju dengan keputusan seperti berikut: 1) Semua jenis skim KWSP wajib ditunaikan zakat dengan syarat pekerjaan asal pencarum adalah halal. 2) Dividen yang diberikan oleh pihak KWSP jika sekiranya ia daripada akaun simpanan syariah juga tertakluk kepada hukum zakat. Adapun dividen bagi akaun simpanan konvensional perlulah melalui proses pembersihan terlebih dahulu dan bakinya tertakluk kepada zakat. Hendaklah seorang Muslim meletakkan wang simpanannya ke dalam akaun Simpanan Syariah KWSP. Jika dia telah melanggar arahan syarak dengan meletakkan wangnya ke dalam akaun tidak patuh syariah sedangkan dia memiliki pilihan, maka hendaklah dia bertaubat dan wang dividen berkenaan hendaklah dibersihkan. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mencadangkan kaedah pembersihan itu boleh dirujuk ke laman sesawang KWSP http://secure.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html"} {"title": "hukum pemberian zakat kepada bukan muslim", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4257 Hukum Berkaitan Vaksin Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4257 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4257   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-23/2016 Tarikh: 3-4 Oktober 2016 / 2-3 Muharam 1438H   HUKUM BERKAITAN VAKSIN          Melindungi anak-anak daripada bahaya atau kemudharatan merupakan tanggungjawab yang wajib ke atas ibubapa. Pengambilan vaksin pada masa ini terbukti merupakan kaedah yang paling berkesan bagi melindungi anak daripada wabak penyakit yang merbahaya seperti cacar, polio, influenza, meningococcal, cirit-birit dan lain-lain. Maka pengambilan vaksin bagi melindungi anak dari serangan wabak termasuk dalam tanggungjawab ibubapa atau penjaga yang wajib ditunaikan. Kecuaian dalam menunaikan tanggungjawab ini sehingga membawa mudharat kepada anak-anak adalah berdosa. Keengganan mengambil langkah pencegahan sehingga boleh menyebabkan penularan wabak penyakit merbahaya ke dalam masyarakat merupakan satu lagi dosa."} {"title": "hukum menggunakan wang zakat untuk pembinaan masjid", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4242 Hukum Pemberian Zakat Kepada Bukan Muslim Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4242 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4242 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-26/2017 TARIKH: 3 Februari 2017 / 6 Jamadil Awwal 1438H.   HUKUM PEMBERIAN ZAKAT KEPADA BUKAN MUSLIM   Zakat kepada bukan muslim di bawah Asnaf ‘muallafah qulubuhum’ (golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam) boleh diberikan atas kemaslahatan yang ditentukan oleh Ulil Amri. Ini seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada golongan yang bukan muslim dari kalangan musyrikin dan pembesar-pembesar kaum seperti yang tercatat di dalam riwayat-riwayat sirah yang sahih."} {"title": "hukum berkaitan vaksin", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8585 Hukum Menggunakan Wang Zakat Untuk Pembinaan Masjid Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8585 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8585 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-30/2017 TARIKH: 5 Jun 2017 / 10 Ramadan 1438H   HUKUM MENGGUNAKAN WANG ZAKAT UNTUK PEMBINAAN MASJID   Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersepakat sebulat suara menyatakan bahawa wang zakat tidak boleh digunakan untuk pembinaan masjid melainkan dalam keadaan terdesak di mana tiada sumber lain melainkan wang zakat dan masjid berfungsi sebagai markaz dakwah kepada masyarakat seperti dalam keadaan umat Islam minoriti. Keizinan ini tertakluk setelah dilihat kepada keutamaan dalam asnaf-asnaf zakat. Pemerintah Muslim hendaklah memikul tanggungjawab dalam memastikan kecukupan masjid untuk umat Islam."} {"title": "hukum taklik talak tiga", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 7252 Hukum Taklik Talak Tiga Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 7252 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 7252 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016 20-21 Disember 2016 20-21 Rabiul Awwal 1438H   HUKUM TAKLIK TALAK TIGA Talak adalah hukum syarak yang tidak boleh dipermain-mainkan kerana ia boleh meruntuhkan perkahwinan. Merujuk kepada taklik mentalakkan isteri dengan talak tiga sekiranya melanggar sesuatu perjanjian, terdapat beberapa keadaan: Sekiranya ketika dilafazkan taklik tersebut, suami yang melafazkan itu sememangnya bertujuan untuk mentalakkan isterinya jika dia melanggar perjanjian itu, maka isterinya tertalak dengan satu talak. Sekiranya ketika dilafazkan taklik tersebut, suami yang melafazkan itu tidak bertujuan mentalakkan isterinya tetapi sekadar memberi keyakinan kepada pihak yang lain bagi menggambarkan kebenciannya melanggar perjanjian itu sepertimana dia membenci mentalakkan isterinya, maka taklik tersebut tidak menjatuhkan talak dan tidak memberi kesan. Jika dia tidak pasti keadaan dirinya semasa taklik sama ada terpaksa ataupun rela, dalam kedaan sedar ataupun tidak, memahami maksud taklik tersebut ataupun tidak, maka kembali kepada hukum asal bahawa akad perkahwinan yang asal masih sah. Ini berdasarkan kaedah fiqh: اليقين لا يزول بالشك Perkara yang yakin, tidak boleh dihilangkan dengan keraguan. Jika suami mengungkapkan taklik itu sebagai sumpah bagi dirinya ke atas apa-apa yang dijanjikan dan melanggarnya, maka hendaklah dia menunaikan kaffarah sumpah. Jika berlaku perbalahan pendapat antara suami dan isteri tentang kedudukan taklik talak mereka, kemudian jika kes itu mereka bawa ke mahkamah, maka penentuan dalam kes perbalahan mereka itu ditentukan oleh hakim Syar’ie."} {"title": "hukum memindahkan mayat dari kubur ke kubur yang lain di atas sesuatu keperluan", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4041 Hukum Memindahkan Mayat Dari Kubur Ke Kubur Yang Lain Di Atas Sesuatu Keperluan Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4041 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4041 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016 20-21 Disember 2016 20-21 Rabiul Awwal 1438H   HUKUM MEMINDAHKAN MAYAT DARI KUBUR KE KUBUR YANG LAIN DI ATAS SESUATU KEPERLUAN   Bagi mayat dan kubur itu ada penghormatan yang telah ditetapkan oleh syarak. Mayat tidak boleh diperlakukan atau dipindahkan sewenang-wenangnya. Hukum menggali atau memindahkan mayat daripada satu kubur ke kubur yang lain adalah diharuskan jika dikebumikan dalam keadaan yang menyanggahi hukum-hakam jenazah atau tidak diuruskan dengan sempurna. Demikian juga jika terdapat keperluan yang disahkan oleh pihak berkuasa agama negeri untuk digali atau dipindahkan. Penentuan lokasi kubur orang Islam di Negeri Perlis hendaklah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri selaku ulil amri. Demikian juga pihak ulil amri boleh memindahkan kubur atas sesuatu kemaslahatan."} {"title": "hukum isteri meninggalkan rumah suami disebabkan ancaman", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4122 Pengurusan Harta Luqatah Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4122 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4122 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016 20-21 Disember 2016 20-21 Rabiul Awwal 1438H PENGURUSAN HARTA LUQATAH Setelah diisytiharkan selama setahun yang memungkinkan orang awam mengetahuinya dan tiada tuntutan yang sah, maka harta itu boleh dipindahkan menjadi milik Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang digunakan untuk kemaslahatan awam. Jika ada tuntutan yang sah selepas tempoh yang ditetapkan, maka pihak yang menuntut berhak mendapatkan nilai yang bersesuaian dengan mengambil kira kos yang telah ditanggung oleh MAIPs."} {"title": "pengurusan harta luqatah", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4263 Hukum Isteri Meninggalkan Rumah Suami Disebabkan Ancaman Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4263 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4263 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016 20-21 Disember 2016 20-21 Rabiul Awwal 1438H    HUKUM ISTERI MENINGGALKAN RUMAH SUAMI DISEBABKAN ANCAMAN Pada asalnya isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya (Bait al-Zaujiyyah) iaitu rumah kehidupan pasangan suami isteri yang disediakan oleh suami melainkan dengan izin suami. Ini kerana suami merupakan pelindung, pembimbing dan ketua keluarga di mana isteri berada di bawah tanggungjawabnya. Jika isteri boleh berada di mana-mana sahaja tanpa keizinan suami tentulah peraturan rumahtangga tidak akan wujud dan pergaulan baik antara suami isteri tidak akan berlaku dalam ertikata yang sebenar. Namun begitu jika sekiranya isteri pada anggapan yang kuat, merasakan agama, diri, kehormatan, keluarga atau hartanya berada dalam keadaan bahaya yang diiktiraf oleh syarak, tidak mempunyai jalan keluar dan tidak mampu untuk ditanggung jika terus berada di rumah suami, maka isteri diharuskan keluar sekalipun tanpa keizinan suami. Ini setelah isteri benar-benar mendapati tiada langkah penyelesaian melainkan keluar meninggalkan rumah suami. Begitu juga jika suami gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang selamat dan sesuai atau nafkah yang mencukupi, maka isteri boleh keluar rumah tanpa mendapat izin suami dan tidak dikira nusyuz sehingga suami dapat menunaikan tanggungjawabnya."} {"title": "garis panduan acara persembahan hiburan di negeri perlis konsert lakonan tarian dan seumpamanya", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5725 Garis Panduan Acara Persembahan Hiburan Di Negeri Perlis (Konsert, Lakonan, Tarian Dan Seumpamanya) Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5725 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5725 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-22/2016TARIKH: 11 JUN 2016 / 6 RAMADAN 1437H   GARIS PANDUAN ACARA PERSEMBAHAN HIBURAN DI NEGERI PERLIS(KONSERT, LAKONAN, TARIAN DAN SEUMPAMANYA)   Pada asalnya Persembahan Hiburan adalah Harus di dalam Islam. Ia termasuk di dalam kehendak fitrah manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT. Namun, acara persembahan hiburan itu BOLEH menjadi HARAM jika ia mengandungi anasir yang bertentangan dengan syarak. Justeru, sesuatu acara persembahan hiburan hendaklah memenuhi panduan-panduan berikut: a) Hendaklah tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam seperti memuja selain daripada Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, memperlekehkan para sahabat, meragui hari kiamat, dan mendorong kepada perlakuan zina dan maksiat. b) Hendaklah tidak mengabaikan kewajipan terhadap Allah SWT seperti solat, puasa dan seumpamanya. c) Hendaklah tidak mendorong kepada sifat dan kelakuan melampau yang merendahkan akhlak mulia insani. d) Hendaklah bebas dari sebarang bentuk promosi dan penggunaan arak, dadah, pertaruhan judi dan semua yang menyalahi syarak. e) Hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh memecah-belahkan perpaduan umat dan tidak memudaratkan nyawa, akal, keturunan, tubuh badan serta harta benda individu atau awam. f) Hendaklah tidak melibatkan persembahan atau tarian yang wujud percampuran YANG MENYALAHI syarak antara lelaki dan wanita di dalam persembahan atau tarian yang dilakukan. g) Hendaklah tidak mempunyai perkara yang membodohkan minda seperti jenaka melampau (rujuk kepada perkara a, c dan d di atas) dan sebagainya. h) Hendaklah diadakan di tempat yang bersesuaian dengan acara hiburan yang dianjurkan (perlu merujuk kepada pihak yang berautoriti). i) Hendaklah penyanyi sama ada lelaki atau wanita, pembuat persembahan menutup aurat bagi yang muslim dan berpakaian sopan bagi yang bukan muslim, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara dan senikata lucah yang menyebabkan rangsangan syahwat dalam kalangan pendengar atau penonton. j) Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada persentuhan antara lelaki dan wanita ”ajnabi” (asing). k) Hendaklah persembahan yang dilakukan itu menghormati syiar Islam seperi azan dan sensitiviti penduduk setempat."} {"title": "hukum forex trading online", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 94052 Hukum Forex Trading Online Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 94052 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 94052 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016 20-21 Disember 2016 20-21 Rabiul Awwal 1438H HUKUM FOREX TRADING ONLINE Hukum asal pertukaran mata wang dengan mata wang yang lain (الصرف) adalah harus dengan syarat pertukaran atau urusniaga dilakukan dengan serahan milik oleh kedua belah pihak secara tunai dan serta-merta (التقابض). Adapun perdagangan mata wang secara online melalui platform-platform sama ada tempatan atau luar negara diharamkan sama ada dijalankan oleh individu atau institusi kerana sebab-sebab berikut: Ketiadaan berlaku serahan milik oleh kedua belah pihak secara tunai dan serta-merta (التقابض) sama ada secara hakiki ataupun hukmi (konstruktif). Kewujudan unsur riba iaitu pada kemudahan leverage (pinjaman tunai) oleh platform yang mensyaratkan dilakukan perdagangan mata wang dengan caj berbayar hanya dengan platform yang sama. Riba juga berlaku pada overnight charge (caj semalaman) ke atas pinjaman yang tidak dilangsaikan pada hari yang sama. Kewujudan unsur gharar (ketidaktentuan) iaitu pada identiti penyedia platform, undang-undang yang menyelia pedagangan tersebut serta keabsahan transaksi yang dilakukan. Kewujudan unsur maisir (judi) yang mendedahkan pihak pedagang kepada peluang untung atau risiko kerugian kerana bergantung kepada spekulasi (ramalan) pergerakan nilai mata wang yang berada di luar kawalan, usaha dan pengaruh pihak yang berurusniaga. Ini sama dengan meletakkan wang pertaruhan yang mengakibatkan salah satu pihak mengaut keuntungan atas kerugian pihak lain yang mana untung dan rugi bergantung kepada nasib. Dengan ini demi untuk mengembalikan kestabilan nilai sesuatu mata wang, perdagangan mata wang bagi tujuan ramalan keuntungan perlu dihentikan bagi mengelakkan mata wang dijadikan komoditi yang mana perkara ini hanya akan lebih menjejaskan sistem fiat money yang sudah sedia lemah dan juga meningkatkan inflasi."} {"title": "fatwa zakat emas perhiasan", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8503 Fatwa Zakat Emas Perhiasan Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8503 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 8503   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016 TARIKH: 18-19 Februari 2016 / 9-10 Jamadil Awwal 1437H   FATWA ZAKAT EMAS PERHIASAN   Setelah berbincang dengan panjang lebar dan meneliti hujah-hujah yang dibentangkan, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan seperti berikut: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara untuk mengekalkan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang telah bersidang pada 11 Mei 1988 seperti berikut: Tiada perbezaan mengenai kewajipan zakat ke atas emas yang dipakai atau emas yang disimpan ; Tiada istilah Had Uruf di Negeri Perlis ; iii. Semua pemilik emas yang melebihi nisab 85 gram emas dikenakan zakat."} {"title": "hukum penjualan produk menggunakan ayat ruqyah ayat al quran untuk tujuan komersial", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5861 Fatwa Berkaitan Ahbash Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5861 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5861   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016 TARIKH: 18-19 Februari 2016 / 9-10 Jamadil Awwal 1437H   FATWA BERKAITAN AHBASH   Islam adalah agama yang menyeru perdamaian dan islah antara manusia dan mengamalkan agama tanpa bersifat melampau. Islam melarang dari bersikap mudah mengkafir dan menyesatkan sesama muslim di atas sangkaan. Demikian Islam juga melarang mengubah tujuan perkataan atau tulisan pihak lain di atas perkara yang tidak mereka maksudkan. Setelah bermesyuarat, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis merumuskan seperti berikut:        Ahbash adalah aliran yang diasaskan oleh Abdullah al-Harari al-Habashi yang mendakwa mereka beraliran Asya’irah, tetapi aliran Ahbash ini adalah sesat dan melampau (ghulu) dalam menghukum pihak lain. Asas kesesatan mereka bukan kerana aliran Asya’irah yang dipegang, tetapi kerana sifat melampau (ghulu) dalam mengkafir dan menyesatkan pihak yang berbeza. Mereka juga mengamalkan pendekatan mengutuk, mencerca dan memalsukan kalam pihak yang berbeza dengan mereka. Mereka telah mengkafirkan tokoh-tokoh ulama silam seperti Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Zahabi dan ulama semasa seperti al-Qaradhawi, al-Buthi, Ibn Baz, Ibn ‘Uthaimin, al-Albani, Mutawali al-Sya’rawi, Sayyid Qutb dan selainnya.      Setelah meneliti fatwa-fatwa para ulama di peringkat antarabangsa seperti Dar al-Ifta’ Mesir (Majlis Fatwa Mesir), Majlis Fatwa Arab Saudi, fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr Wahbah al-Zuhaili, Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthi dan lain-lain. Maka dengan itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat bahawa aliran Ahbash adalah salah satu daripada aliran yang melampau, sesat dan menyesatkan. Kewujudannya dalam kalangan masyarakat Islam amat merbahaya. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpandangan bahawa aliran ini hendaklah dicegah dari dipegang dan disebarkan."} {"title": "fatwa pelaburan amanah saham bumiputera asb", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5168 Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5168 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 5168   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016 TARIKH: 18-19 Februari 2016 / 9-10 Jamadil Awwal 1437H   HUKUM PENJUALAN PRODUK MENGGUNAKAN AYAT RUQYAH (AYAT AL-QURAN) UNTUK TUJUAN KOMERSIAL   Jampi atau ruqyah untuk memohon menghilangkan penyakit atau menghalau gangguan syaitan adalah perkara yang thabit daripada Nabi SAW. Bahkan ia menjadi sunnah kerana ia satu amalan Baginda dan terdapat galakan daripada Baginda. Mengambil upah daripada jampian yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh syarak adalah dibolehkan. Menjual bahan-bahan jampian secara komersial adalah sesuatu yang tidak diamalkan oleh Salaf al-Soleh dan boleh menimbulkan kekeliruan dan berlaku penyalahgunaan nama Allah untuk keuntungan duniawi. Menjual bahan-bahan jampian secara komersial adalah ditegah kerana terdapat gharar (ketidakpastian) dalam proses jual beli seperti penentuan harga dan keberkesanan manfaat. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis menggesa supaya perbuatan tersebut ditegah dengan segera supaya istilah makanan sunnah dan yang seumpama dengannya tidak disalahfahami oleh masyarakat dalam konteks yang tidak tepat. Jawatankuasa dengan ini memutuskan bahawa penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersial adalah dilarang sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi."} {"title": "fatwa berkaitan ahbash", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4988 Fatwa Pencemaran Alam Sekitar Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4988 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4988   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016 18-19 Februari 2016 9-10 Jamadil Awwal 1437H   FATWA PENCEMARAN ALAM SEKITAR   Islam adalah agama yang memelihara kemaslahatan kehidupan manusia dan alam. Tujuan syariah itu sendiri juga menegakkan maslahah dan mengelakkan mafsadah. Maka Jawatankuasa Fatwa Perlis dengan ini menyatakan: Apa-apa perbuatan yang mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan kemudharatan fizikal secara langsung kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah haram, kecuali jika terdapat maslahah muktabar yang lebih besar atau mengelak mafsadah yang nyata. Setiap muslim wajib mengelakkan diri daripada melakukan apa-apa sahaja aktiviti dan perbuatan yang boleh memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar yang merosakkan kehidupan dan mengganggu secara langsung ekosistem. Sebarang usaha bagi menjaga alam sekitar adalah perbuatan yang digalakkan oleh agama dan merupakan amalan soleh."} {"title": "fatwa pencemaran alam sekitar", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 24356 Fatwa Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 24356 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 24356   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016 18-19 Februari 2016 9-10 Jamadil Awwal 1437H   FATWA PELABURAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)   Setelah meneliti penerangan dan menilai kedudukan ASB, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kedudukan ASB terbahagi kepada dua bahagian: Fatwa Untuk Orang Ramai Hasrat umat Islam untuk menguasai pembahagian ekonomi dalam negara ini mesti disokong. Untuk menunaikan hasrat itu pihak kerajaan telah menubuhkan ASB. Ia satu-satunya pilihan strategik pada masa ini untuk masyarakat Islam Malaysia menguasai ekonomi secara kolektif. Walau bagaimanapun, didapati setakat ini pelaburan dan hasil keuntungan ASB adalah masih bercampur antara peratusan halal yang banyak dengan haram yang sedikit. Setelah Jawatankuasa meneliti faktor-faktor berikut: Umat Islam di Malaysia secara umumnya amat dituntut menguasai pemegangan ekuiti di dalam Negara. Pengurangan pemegangan ekuiti strategik umat Islam di Negara ini akan menyebabkan Mafsadah (kemerbahayaan).   Majoriti pelaburan ASB ditujukan ke tempat yang halal. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dimaklumkan oleh pihak PNB bahawa usaha ke arah patuh syariah sepenuhnya sedang dijalankan. Setiap pelabur melabur secara pukal atas tujuan yang benar. Manakala pemilihan tempat pelaburan dan syarikat oleh pihak ASB dianggap diluar pilihan pelabur. Maka, melabur dalam ASB berdasarkan faktor-faktor yang disebutkan di atas dalam keadaan umat Islam tidak mempunyai pilihan setara selainnya dalam memelihara ekuiti negara adalah dibolehkan. Di samping itu, bagi pihak pelabur yang berkemampuan hendaklah mendesak pihak ASB untuk memastikan pelaburan mereka patuh syari’ah sepenuhnya. Dalam masa yang sama pelabur ASB diwajibkan melakukan pembersihan dengan cara mengeluarkan nisbah peratusan daripada pulangan (dividen) yang haram berdasarkan maklumat semasa dari pihak PNB[1]. Pembersihan itu boleh dilakukan dengan disalurkan ke pihak-pihak kebajikan yang tiada kepentingan secara langsung dengan pelabur.   Fatwa Untuk PNB Manakala pelaburan pihak PNB yang mengendalikan ASB di tempat yang menyalahi syara’ seperti institusi-institusi riba tanpa alasan syar’ie adalah haram dan wajib dihentikan. Usaha ke arah patuh syari’ah secara sepenuhnya wajib dilaksanakan oleh pihak PNB dengan perancangan yang jelas bagi memastikan umat Islam menguasai ekonomi yang halal. Dalam tempoh kekangan memastikan perlaksanaan halal sepenuhnya, pihak PNB hendaklah memaklumkan kepada para pelabur kadar pelaburan yang tidak patuh syari’ah untuk membolehkan pelabur melakukan pembersihan.               [1] Sekitar 20% bagi tahun pelaburan 2015 berdasarkan maklumat wakil dari pihak PNB. Dan peratusan ini tertakluk kepada perubahan mengikut tahun dan zakat dikeluarkan oleh pelabur setelah ditolak peratusan yang haram. [1] Sekitar 20% bagi tahun pelaburan 2015 berdasarkan maklumat wakil dari pihak PNB. Dan peratusan ini tertakluk kepada perubahan mengikut tahun dan zakat dikeluarkan oleh pelabur setelah ditolak peratusan yang haram."} {"title": "dakwaan melihat nabi secara jaga yaqazah", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4993 Dakwaan Melihat Nabi Secara Jaga (YAQAZAH) Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4993 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4993 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015 TARIKH: 22-23 April 2015 / 3-4 Rejab 1436H DAKWAAN MELIHAT NABI SECARA JAGA (YAQAZAH)   Dakwaan seseorang melihat Nabi secara jaga (yaqazah) sama ada dalam bentuk hakiki ataupun ruh selepas kewafatan Baginda SAW tidak pernah dinukilkan melalui riwayat yang sahih berlaku kepada mana-mana sahabat RA, sekalipun ketika saat-saat getir, seperti ketika timbulnya perbezaan pendapat di kalangan mereka. Demikian juga generasi Tabi’ien dan Atba’ al-Tabi’ien. Kemungkinan berlakunya yaqazah secara ruh adalah dakwaan yang diragui dan ditolak oleh para muhaqqiqin seperti al-Nawawi, Ibn Taimiyyah, Ibn Kathir, Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Sakhawi. Begitu juga al-Qusyairi. Demikian juga dakwaan melihat jasad nabi di zaman ini secara jaga adalah tertolak. Apa yang dinukilkan dari segelintir para ulama dalam hal ini adalah mengelirukan dan berlaku kontradik di dalam kenyataan mereka sendiri. Nukilan tersebut mempunyai berbagai versi yang berbeza-beza. Ada yang mendakwa melihat dengan Wijdan (pandangan hati), ada yang mendakwa melihat antara tidur dan jaga, ada pula yang mendakwa dengan hanya gambaran nabi (له مثاال (dan berbagai lagi. Semua dakwaan ini boleh diberikan berbagai tafsiran yang tidak semestinya membawa makna yaqazah seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Selain itu, dakwaan melihat Nabi secara jaga (yaqazah ) juga terdedah kepada tipu daya syaitan. Ia boleh membuka pintu kerosakan dengan berbagai tujuan seperti ‘Ujub dan Sum’ah. Justeru apa-apa dakwaan melihat Nabi sama ada dalam mimpi mahupun jaga yang membabitkan implikasi syara’ seperti pegangan akidah, hukumhakam syariat dan penilaian hadis adalah batil dan sesat. Begitu juga dengan dakwaan bacaan tertentu boleh menghadirkan Nabi ke dalam sesuatu majlis juga adalah tidak berasas."} {"title": "fatwa zikir menari", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4326 Fatwa Zikir Menari Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4326 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4326   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-19/2015 TARIKH: 24-25 Ogos 2015 / 9-10 Zulkaedah 1436H   FATWA ZIKIR MENARI Menari bagi tujuan berzikir adalah bercanggah dengan nas-nas syara’ dan tujuan pensyariatan zikir itu sendiri. Hal ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan generasi al-Salaf al-Soleh. Zikir hendaklah dilakukan dalam keadaan khusyu’ dan tenang. Nas-nas yang cuba digunakan untuk membolehkan perbuatan menari dengan tujuan berzikir seperti takwilan terhadap ayat 191 surah Ali Imran, kisah Ja’far, peristiwa tarian Habasyah, tamayul beberapa Sahabah Nabi SAW dan lain-lain, adalah: Ditafsirkan secara salah, atau Riwayat itu tidak sahih, atau Pendalilan di luar konteks. Adapun zikir dalam segala keadaan yang diizinkan oleh syara’ seperti semasa bekerja, memandu, bersukan dan seumpamanya adalah sesuatu yang terpuji. Maka seorang muslim hendaklah membezakan antara menari untuk berzikir sebagai satu ibadat, dengan zikir semasa melakukan aktiviti kehidupan. Adapun menari untuk berzikir secara khusus mendekatkan diri kepada Allah adalah dilarang syara’. Sementara berzikir semasa melakukan aktiviti yang baik adalah sesuatu yang digalakkan. Adapun tamayul (gerakan) yang berlaku secara spontan tanpa diniatkan sebagai ibadat semasa berzikir atau membaca al-Quran dan lain-lain adalah tidak dilarang."} {"title": "hukum pelaburan wang zakat negeri perlis", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4089 Penyelewengan Istilah Jihad Fi Sabilillah Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4089 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 4089 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015 TARIKH: 22-23 April 2015 / 3-4 Rejab 1436H   PENYELEWENGAN ISTILAH JIHAD FI SABILILLAH   Tujuan Jihad dalam Islam ialah untuk meninggikan atau memuliakan kalimah Allah. Mana-mana tindakan yang dilakukan atas nama Perang Jihad tetapi boleh membawa implikasi negatif terhadap Islam dan umatnya maka ia bukanlah jihad yang sebenar. Dengan itu, tindakan kumpulan-kumpulan yang menggunakan nama jihad yang telah memberikan kesan negatif kepada Islam bukanlah jihad, kerana telah menyalahi konsep dan displin peperangan di dalam Islam, seperti membunuh mereka yang tidak terbabit di medan perang dari kalangan para wanita, orang tua, kanak-kanak dan seumpamanya. Sebaliknya mereka telah melakukan dosa memburukkan nama agama Islam. Maka, menyertai kumpulan-kumpulan militan seperti IS dan al-Qaedah bukanlah jihad yang disyariatkan. Seorang muslim dilarang membabitkan diri ke dalam aktiviti yang tidak jelas atas nama peperangan jihad, apatah lagi yang jelas boleh membawa keburukan kepada umat Islam. Apa yang dilakukan oleh IS dan al-Qaedah tidak boleh dikaitkan dengan ajaran jihad di dalam Islam dan menyalahi pemahaman al-Salaf al-Soleh."} {"title": "penetapan kadar zakat fitrah negeri perlis bagi tahun 1436h 2015m", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 7701 Hukum Pelaburan Wang Zakat Negeri Perlis Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 7701 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 7701   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015 TARIKH: 22-23 April 2015 / 3-4 Rejab 1436H   HUKUM PELABURAN WANG ZAKAT NEGERI PERLIS   Hukum asal pelaburan zakat tidak diharuskan. Bagaimanapun, sekiranya agihan zakat telah dibuat dengan sebaiknya kepada semua asnaf yang berhak memilikinya, dan didapati masih ada lebihan, maka adalah harus harta zakat tersebut dilaburkan atas maslahah yang kembali kepada asnaf zakat dengan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut: Pelaburan hendaklah yang disahkan patuh syari’ah oleh badan pengawasan syari’ah yang berotoriti. Pelaburan hendaklah berisiko rendah dan sederhana dari institusi kewangan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa. Pelaburan berisiko tinggi boleh dibuat dengan mendapat jaminan khas dari pihak yang berotoriti serta distruktur secara patuh syari’ah. MAIPs merupakan pihak yang melulus dan menjamin setiap pelaburan."} {"title": "penyelewengan istilah jihad fi sabilillah", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3724 Penetapan Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis Bagi Tahun 1436H/2015M Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3724 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 3724   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015 TARIKH: 22-23 April 2015 / 3-4 Rejab 1436H TEMPAT: Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis.   PENETAPAN KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI PERLIS BAGI TAHUN 1436H/2015M     Mesyuarat bersetuju menetapkan kadar Zakat Fitrah bagi Negeri Perlis bagi tahun 1436H/2015M adalah sebanyak RM6.50."} {"title": "hak hadanah anak bagi ibu bapa berlainan agama", "body": "Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 6096 Hak Hadanah Anak Bagi Ibu Bapa Berlainan Agama Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 6096 Editor Pentadbiran 09 Disember 2019 Jumlah paparan: 6096   MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-18/2015 TARIKH: 22-23 April 2015 / 3-4 Rejab 1436H   HAK HADANAH ANAK BAGI IBU BAPA BERLAINAN AGAMA Pasangan bukan Islam yang salah seorang daripada mereka memeluk Islam, maka hak hadanah tidak dinilai berdasarkan kepada agama ibu atau bapa. Sebaliknya diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat menjamin kemaslahatan anak dari sudut perkembangan moral, emosi dan tumbesarannya (syafaqah). Dalam masa yang sama, ibu atau bapa yang muslim bertanggungjawab memperkenalkan Islam kepada anak. Perinciannya adalah seperti berikut: Anak Di Bawah Tempoh Susuan Jika anak masih di bawah susuan badan ibu, maka hak hadanah diserahkan kepada ibu. Jika anak bukan disusui oleh ibu, maka hak hadanah diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat memberi syafaqah yang boleh dirujuk kepada latar  kedua-dua pihak dan pilihan anak.        2. Anak Melepasi Tempoh Susuan Jika anak melepasi tempoh susuan tetapi belum mumayyiz, maka hak hadanah diserahkan kepada sesiapa yang lebih dapat memberikan syafaqah yang boleh dirujuk kepada latar belakang kedua-dua belah pihak. Jika anak telah mumayyiz maka dia berhak membuat pilihannya. Melainkan jika dapat dibuktikan pemilihannya itu akan membawa mudharat kepada kehidupan dunianya.        3. Tanggungjawab Memperkenalkan Islam Ibu atau bapa yang muslim wajib dan berhak memperkenalkan Islam kepada anaknya sekalipun beliau tidak memperolehi hak hadanah. Maka ruang memperkenalkan Islam kepada anak hendaklah diberikan kepadanya."} {"title": "fatwa wali anak yang dituduh tidak sah taraf atau hasil rogol", "body": "Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 5851 Fatwa Wali Anak Yang Dituduh Tidak Sah Taraf Atau Hasil Rogol Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 5851 Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 5851 MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-40 / 201928-29 Mac 2019 / 21-22 Rejab 1440H FATWAWALI ANAK YANG DITUDUH TIDAK SAH TARAF ATAU HASIL ROGOL             Tidak ada pihak yang boleh menafikan nasab kepada seseorang bapa yang menjadi suami yang sah kepada wanita yang melahirkan seseorang anak semasa dalam tempoh perkahwinan dan keabsahannya sebagai wali nikah melainkan si suami itu sendiri yang menafikan nasab tersebut. Maka haram menafikan nasab seseorang anak melainkan mempunyai bukti yang sah di sisi syarak.          Menjadi tanggungjawab setiap individu muslim menutup keaiban pihak yang lain. Demikian juga pihak pengurusan agama hendaklah menutup keaiban pihak yang berada di bawah urusannya.           Bagi anak yang tidak mempunyai wali nasab atau dinafikan oleh wali nasab, akad nikah boleh dilakukan dengan menggunakan wali hakim dengan pelbagai cara atau ungkapan yang dapat menyembunyikan keaiban yang lepas. Ini seperti “Aku nikahkan dikau dengan (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak (jumlah mas kahwin)”, tanpa perlu menyebut dalam akad tersebut apa-apa ungkapan yang boleh menimbulkan keaiban kepada mana-mana pihak. Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3/2019 pada 22 April 2019."} {"title": "panduan mengenai kewajipan masjid dan jawatankuasa kariah membayar hutang tunggakan bil bil utiliti", "body": "Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 7067 Panduan Mengenai Kewajipan Masjid Dan Jawatankuasa Kariah Membayar Hutang Tunggakan Bil-Bil Utiliti Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 7067 Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 7067 MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-40/201928-29 Mac 2019 / 21-22 Rejab 1440H PANDUAN MENGENAI KEWAJIPAN MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH MEMBAYAR HUTANG TUNGGAKAN BIL-BIL UTILITI           Wang yang disumbangkan oleh orang ramai hendaklah digunakan untuk pengurusan masjid termasuk membayar bil-bil utiliti. Menjadi satu kewajipan kepada pihak yang menguruskan wang sumbangan masjid memastikan hak-hak pihak yang terlibat dibayar. Perbuatan sengaja tidak membayar atau menangguhkan pembayaran tanpa sebab munasabah sedangkan berkemampuan adalah satu kecuaian terhadap amanah dalam pengurusan dan satu kezaliman di sisi syarak. Rasulullah s.a.w. bersabda, berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA:   مَطْلُ الغَنِيِّ ظُلْمٌTerjemahannya: “Penangguhan membayar hutang oleh pihak yang berkemampuan adalah satu kezaliman.” [HR Bukhari dan Muslim] Dan bagi pihak pengurusan masjid yang sengaja tidak menunaikan amanah adalah termasuk di dalam sabdaan Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA :   آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ : إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَTerjemahannya : “Tanda orang munafiq itu ada tiga : Apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia khianat”. [HR Bukhari dan Muslim]           Jika wang sumbangan tidak mencukupi, masyarakat Islam hendaklah tolong-menolong memastikan pengurusan masjid terbabit dapat dijalankan dengan baik. Dalam konteks Negeri Perlis, wang Baitulmal yang bersumberkan daripada umat Islam, boleh digunakan membantu masjid yang tidak berupaya. Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3/2019 pada 22 April 2019"} {"title": "fatwa isteri berhak menuntut talak disebabkan ancaman merokok", "body": "Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 6395 Fatwa Isteri Berhak Menuntut Talak Disebabkan Ancaman Merokok Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 6395 Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 6395 MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 40 / 201928-29 Mac 2019 / 21-22 Rejab 1440H FATWAISTERI BERHAK MENUNTUT TALAK DISEBABKAN ANCAMAN MEROKOK           Rokok dari sudut kesihatan mendatangkan kemudaratan kepada yang menghisapnya dan juga sesiapa yang menghidu asapnya. Demikian juga mengganggu mereka yang bergaul dengannya seperti bau yang busuk. Maka, isteri seorang perokok yang terancam kesihatannya atau terganggu kehidupannya disebabkan tabiat merokok suaminya boleh menuntut fasakh. Pihak mahkamah hendaklah membuat penilaian tentang kemudaratan ini terhadap isteri.          Hak penjagaan anak yang masih kecil tidak boleh diberikan kepada bapa atau ibu yang merokok jika didapati tabiat itu mendatangkan kemudaratan kepada anak berkenaan. Hal ini akan dinilai di mahkamah. Demikian apa-apa bahan yang diambil oleh suami yang memberikan kesan yang memudaratkan kepada isteri. Ini seperti dadah, ketum dan seumpamanya.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3/2019 pada 22 April 2019"} {"title": "hukum dan panduan orang bukan islam masuk ke dalam masjid", "body": "Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 8012 Hukum Dan Panduan Orang Bukan Islam Masuk Ke Dalam Masjid Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 8012 Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 8012 KEPUTUSAN MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 43 / 201917-18 September 2019 / 17-18 Muharram 1441Taman Aulia, Kg. Pulau Gajah, Pengkalan Chepa ______________________________________________________________________HUKUM DAN PANDUAN ORANG BUKAN ISLAM MASUK KE DALAM MASJID______________________________________________________________________ Harus bagi orang bukan Islam masuk ke dalam masjid untuk perkara yang dibenarkan syara’. Orang bukan Islam yang dibenarkan masuk ke dalam masjid itu dikehendaki mematuhi peraturan berikut : 1. Mempunyai kemaslahatan yang diizinkan oleh syarak seperti untuk mempelajari hal ehwal agama ataupun urusan kehidupan yang dibenarkan. 2. Memakai pakaian sopan yang sesuai dengan masjid atau pakaian yang disediakan oleh pihak pentadbiran masjid. 3. Tidak mengotorkan kebersihan masjid. 4. Tidak mengganggu umat Islam yang sedang beribadah. Umat Islam hendaklah mempamerkan contoh teladan yang baik sebagai dakwah kepada keindahan Islam dan memudahkan urusan orang bukan Islam untuk mendekati Islam.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6/2019 pada 22 Oktober 2019"} {"title": "garis panduan tentang beberapa kriteria berkaitan dengan pembinaan masjid pusat islam unimap", "body": "Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 7749 Garis Panduan Tentang Beberapa Kriteria Berkaitan Dengan Pembinaan Masjid & Pusat Islam UniMAP Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 7749 Pentadbir Portal 04 Disember 2019 Jumlah paparan: 7749 MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-40/201928-29 Mac 2019 / 21-22 Rejab 1440H Garis Panduan Tentang Beberapa Kriteria Berkaitan Dengan Pembinaan Masjid & Pusat Islam UniMAP(Jawapan Kepada Surat UniMAP Berkaitan Panduan Pembinaan Masjid)   1. Membina tandas satu bumbung dengan masjid. Jawapan:Tandas dan masjid mestilah berasingan yang dapat membezakan antara ruang solat dan tandas, sekalipun bersambungan bumbung. Apa yang penting dapat memelihara kebersihan dan keselesaan ruang solat. Jika pemisahan bangunan lebih menampakkan kemuliaan masjid dan lebih dapat menjaga kebersihannya, maka ia lebih afdal. 2. Membina tandas membelakangi atau sisi kiblat. Jawapan:Tandas boleh dibina di mana-mana arah yang bersesuaian yang tidak mencacatkan gambaran masjid. Namun hendaklah dipastikan ia tidak menghadap atau membelakangkan kiblat. Sebaliknya hendaklah ke arah kanan atau kiri kiblat. 3. Adakah salah jika lantai tandas separas dengan lantai masjid? Jawapan:Tidak ada penetapan dalam hal ini. Apa yang penting pembinaan tersebut tidak mudah mencemarkan kebersihan masjid. 4. Berapakah jumlah anak tangga mimbar masjid? Jawapan:Sabit dalam beberapa hadis yang sahih menyatakan mimbar Nabi SAW memiliki tiga anak tangga. Sebahagian ulama memahami ia dibuat sebegitu berdasarkan keperluan di zaman tersebut. Hal ini dilihat kepada tujuan mimbar dibina, iaitu bagi memenuhi keperluan jemaah yang ramai untuk melihat dan mendengar suara khatib yang sedang berkhutbah. Justeru sebaik-baik mimbar adalah mimbar yang dibina bersesuaian dengan keperluan masjid, bergantung kepada keluasan dan bilangan jemaah yang mampu ditampung. Tiada pembaziran, tanpa tujuan bermegah-megah, tidak mengganggu dan menyempitkan ruang masjid. Membina mimbar yang terlalu tinggi tanpa keperluan menyanggahi tujuan kewujudan mimbar iaitu memudahkan jemaah mendengar dan melihat khatib. 5. Kedudukan tangga mimbar. Jawapan: Kedudukan tangga mimbar Nabi SAW adalah menghadap jemaah kerana itu bersesuaian dengan keperluan ketika itu di mana baginda duduk di atas salah satu anak tangga mimbar itu. Adapun jika anak tangga itu bukan bertujuan untuk khatib duduk di atasnya, ia boleh dibina pada mana-mana arah menurut keperluan. 6. Khatib naik dari arah belakang, hadapan atau tepi? Jawapan: Sama seperti jawapan 4 dan 5. 7. Adakah boleh berdiri ketika mengambil wudhu? Jawapan: Boleh berwudhu sambil berdiri ataupun duduk berdasarkan keperluan seseorang yang berwudhu. 8. Adakah perlu wujudkan tempat wudhu khas untuk kemudahan OKU? Jawapan:Jika dengan mewujudkan tempat wudhu khas kepada golongan OKU lebih mesra OKU dan jemaah lainnya. Maka itulah yang sebaik-baiknya. Hal seumpama ini bergantung kepada keperluan berdasarkan penilaian pihak masjid berkaitan. 9. Kolah air perlu bertutup atau terbuka? Jawapan: Kolah tertutup atau terbuka bergantung kepada keperluan. Walau bagaimanapun penyediaan tempat wuduk tidak semestinya berbentuk kolah. Perkara yang penting hendaklah tempat wuduk itu mesra pengguna, dan mesra pengurusan kebersihan. 10. Bagaimana dengan saiz kolah? Jawapan: Menurut Mazhab Syafie, saiz kolah jika diukur dengan ukuran semasa sekurang-kurangnya tempat yang boleh memuatkan 270 liter air. Walau bagaimanapun majoriti para ulama tidak menetapkan kadar isi padu kolah. Justeru tiada penetapan sebenar saiz kolah untuk masjid di Perlis. Ia bergantung kepada keperluan setempat. 11. Perlukah diwujudkan tempat sandar iktikaf di saf pertama? Jawapan: Tidak perlu mewujudkan tempat sandar iktikaf tersebut.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3/2019 pada 22 April 2019"} {"title": "fatwa bitcoin", "body": "Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 34098 Fatwa Bitcoin Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 34098 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 34098 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-38/20188 – 9 NOVEMBER 2018 30 SAFAR & 1 RABIULAWWAL 1440H FATWA BITCOIN             Bitcoin yang dicipta oleh Satoshi Nakamoto dibentuk dengan matlamat menyediakan suatu perantara pembayaran yang menawarkan kemudahan alternatif ‘peer to peer electronic cash system’ yang membolehkan pemilik unit-unit Bitcoin memindahkan pemilikan unitnya kepada pihak lain sebagai bayaran bagi khidmat, pembelian aset atau kiriman wang (remittance) dengan lebih pantas, murah dan mudah tanpa perlu melalui medium institusi kewangan. Ia juga boleh mengelakkan caj perkhidmatan kewangan yang tinggi dan menambah baik integriti setiap pemindahan tersebut hasil penggunaan teknologi anti-godam block chain dan ‘distributed legder’ melalui ekosistem yang telah berfungsi.           Selain itu, Bitcoin juga didagangkan di pasaran crypto pemilikan swasta tanpa sebarang kawal selia oleh mana-mana negara, yang mana permintaan dan penawaran melalui platform perdagangan tersebut menjadikan nilai Bitcoin naik dan turun malah adakalanya kadar turun dan naiknya berada pada tahap yang sangat tinggi berbeza dengan kadar kebiasaan bagi instrumen pelaburan sedia ada yang lain.Dalam penentuan hukum Bitcoin, terdapat banyak perbezaan pendapat di kalangan para ulama dalam menentukan klasifikasi, sifat dan status Bitcoin dari sudut kesahihan nilai dan pengiktirafannya sebagai harta bernilai (Mal Mutaqawwam). Selain itu, perbezaan seterusnya di kalangan para ulama adalah dalam menentukan hukum bertransaksi dengan Bitcoin yang merangkumi proses berdagang (menjual & membeli), menyimpan dan menggunakannya serta kewajiban zakat ke atasnya. Setelah mendengar pembentangan dari pihak yang berpengetahuan dan berpengalaman dari sudut teknikal, pihak kami berpandangan seperti berikut : Sifat dan kesahihan nilai harta pada Bitcoin : Ianya sah dan boleh diiktiraf sebagai punyai nilai harta berdasarkan sifat ‘multi-function and benefit’ yang diperolehi oleh pemilik Bitcoin. Antara faedah atau manfaat yang dimaksudkan adalah :• Akses kepada ekosistem lengkap yang membolehkan pemindahan milik dilaksana dengan selamat dan tepat.• Kebolehan untuk disimpan dan dipindah milik kepada pihak lain dengan mudah, pantas dan murah.• Kebolehan ia untuk didagangkan di pasaran crypto terbuka.• Penerimaan sesetengah pihak terhadapnya sebagai perantara pembayaran.• Penggunaan teknologi block chain yang menambah ciri ketelusan, keselamatan Bitcoin serta nilainyaJusteru itu, Bitcoin boleh disifatkan sebagai aset digital dalam bentuk yang unik serta mempunyai pelbagai manfaat tersendiri yang harus (mubah) khususnya bagi komuniti yang tahu mengguna dan memanfaatkannya. Bitcoin pada ketika ini juga dianggap tidak mencukupi syarat bagi klasifikasi mata wang, maka ia tidak boleh dianggap sebagai mata wang serta tidak terpakai ke atasnya garis panduan hukum Sarf. Harus bertransaksi dengan Bitcoin sebagai perantara pembayaran, pemindahan wang, aset simpanan dan berdagang dengannya. Namun hendaklah mengambil kira apa yang disebutkan dalam perkara lima (5) di bawah. Disebabkan Bitcoin diiktiraf sebagai aset bernilai, maka setiap pemilikan yang melebihi nilai 85 gram emas serta cukup tempoh pemilikan selama satu tahun, wajib ke atas pemilik Bitcoin untuk membayar zakat harta sebanyak 2.5 % dari nilai semasa Bitcoin tersebut. Mereka yang ingin menggunakan Bitcoin juga wajib memahami selok belok penggunaan Bitcoin. Ini penting bagi mengelakkan elemen gharar sewaktu menggunakannya. Selain itu, pihak terbabit juga mesti terlebih dahulu memahami tahap tinggi risiko-risiko yang berkait dengan transaksi Bitcoin. Hukum penggunaan Bitcoin boleh berubah menjadi HARAM atau ditegah disebabkan beberapa faktor luaran seperti :\r Apabila diharamkan penggunaannya oleh kerajaan ketika itu ia juga menjadi haram dari segi hukum Syariah atas dasar kemaslahatan awam dan mengelak mudarat menurut penilaian oleh pihak ulil amri. Apabila menyertai SKIM Bitcoin melalui skim cepat kaya anjuran orang tengah atau syarikat pengantara yang menjanjikan keuntungan tetap atau lumayan. Ini adalah HARAM dari sudut syariah dan juga undang-undang setempat. Inilah yang menyebabkan ada yang membeli Bitcoin melalui akaun yang dimiliki syarikat seperti itu lalu berlakunya penipuan. Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6/2018 pada 6 Disember 2018."} {"title": "fatwa pertandingan dan wang pertandingan", "body": "Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 4040 Konsep Majoriti (Majority Rule) Dan Peranan MAIPs Dalam Pindaan Akta Pembahagian Pusaka 1955 (Akta 98) Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 4040 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 4040 KEPUTUSAN MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 42 / 201914-15 Julai 2019 / 11-12 Zulkaedah 1440HHotel Seri Malaysia, Kangar______________________________________________________________KONSEP MAJORITI (MAJORITY RULE) DAN PERANAN Maips DALAM PINDAAN AKTA PEMBAHAGIAN PUSAKA 1955 (AKTA 98)______________________________________________________________ Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpandangan tiada halangan syara’ dengan cadangan menggunakan Konsep Majoriti (Majority Rule) dan Peranan MAIPs dalam menyelesaikan pertikaian harta pusaka sebagaimana dalam pindaan Akta Pembahagian Pusaka 1955 [Akta 98] kerana ianya tidak bercanggah dengan syara’ bahkan menepati beberapa alasan berikut : Penetapan pihak pemerintah untuk menguruskan harta-harta yang tidak dapat diuruskan disebabkan kerana ketidak sepakatan antara waris. Ini bagi menjaga kemaslahatan bersama dan mengelakkan pembaziran dan pembekuan harta selaras dengan kaedah :التَّصَرُّفُ الإمَام عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالمَصْلَحَةِ“Tindakan (perlaksanaan) pemerintah ke atas rakyat adalah mesti berkait (terikat) dengan maslahah (kebaikan)” Tindakan penetapan pemerintah ini walaupun mungkin tidak disepakati oleh sebahagian waris tetapi ia dapat menyelesaikan kepentingan yang lebih besar dan umum dalam urus tadbir harta pusaka di dalam negeri ini. Ia selaras dengan kaedah :مصلحة عامة مقدمة على مصلحة خاصة“Maslahah (kebaikan) umum didahulukan daripada maslahah peribadi”   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5/2019 pada 5 September 2019."} {"title": "kiraan zakat saham yang didagangkan di pasaran saham", "body": "Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14469 Fatwa Pertandingan Dan Wang Pertandingan Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14469 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14469 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-37/201812 September 2018 / 2 Muharam 1440H FATWA PERTANDINGAN DAN WANG PERTANDINGAN           Hukum pertandingan adalah harus sekiranya hadiah datang dari pihak ketiga (yang tidak menyertai pertandingan) dan yuran yang dibayar oleh peserta hanya digunakan untuk kepentingan peserta itu sendiri dengan nilai yang setara seperti untuk makan minum dan kos pengurusan yang lain.          Namun semua pertandingan hendaklah tidak membawa kepada perkara-perkara yang haram atau meninggalkan kewajipan agama seperti pertandingan yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat, memperbodohkan akal, menjatuhkan maruah, merosakkan moral, menimbulkan permusuhan, merosakkan alam sekitar dan seumpamanya.           Adapun penganjuran pertandingan yang membabitkan yuran ke atas peserta untuk dijadikan hadiah sama ada keseluruhan yuran atau sebahagiannya adalah haram kerana wujudnya elemen atau unsur perjudian. Namun pertandingan yang membabitkan pertaruhan berbayar (yuran pertandingan) atau apa-apa nilai harta adalah diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut: Hendaklah tidak bergantung kepada nasib semata-mata yang tidak berasaskan kepada ilmu atau kemahiran yang diiktiraf syarak. Ini seperti pertandingan teka nombor, gores dan menang, pertandingan berat ikan yang dipancing, pertandingan teka pasukan bola yang menang, lempar dadu dan seumpamanya. Terdapat tidak kurang satu pertiga (1/3) dari peserta (muhallil) yang berkelayakan dan berdaya saing menyertai pertandingan tanpa dikenakan bayaran pertaruhan. Misalnya jika 30 pasukan bola sepak bertanding 10 daripadanya hendaklah dikecualikan dari dikenakan yuran pertandingan. Jika kedua-dua atau salah satu syarat di atas tidak dipenuhi, maka pertandingan tersebut adalah dilarang. Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6/2018 pada 6 Disember 2018."} {"title": "konsep majoriti majority rule dan peranan maips dalam pindaan akta pembahagian pusaka 1955 akta 98", "body": "Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 7547 Kiraan Zakat Saham Yang Didagangkan Di Pasaran Saham Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 7547 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 7547 KEPUTUSAN MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 43 / 201917-18 September 2019 / 17-18 Muharram 1441Taman Aulia, Kg. Pulau Gajah, Pengkalan Chepa ______________________________________________________________________KIRAAN ZAKAT SAHAM YANG DIDAGANGKAN DI PASARAN SAHAM______________________________________________________________________   Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju untuk kiraan zakat bagi saham yang didagangkan di pasaran adalah seperti berikut : Bagi saham yang didagangkan secara aktif (wujud transaksi jual dan beli dalam tempoh satu haul), maka kiraannya seperti berikut: Harga saham yang terendah dalam satu tahun x bilangan unit saham + (keuntungan hasil dagangan atau dividen yang diperoleh dalam tempoh haul 1 tahun) - (kos yang diperlukan) = (pegangan bersih mengikut haul sekiranya melebihi nisab semasa) x 2.5% = (kadar zakat yang dikenakan) Harga saham semasa x bilangan unit saham + (keuntungan hasil dagangan atau dividen yang diperoleh dalam tempoh haul 1 tahun) - (kos yang diperlukan) = (pegangan bersih mengikut haul sekiranya melebihi nisab semasa) x 2.5% = (kadar zakat yang dikenakan)Pembayar boleh memilih salah satu daripada kaedah di atas. Bagi saham yang tidak didagangkan di pasaran secara aktif, maka pemiliknya boleh membayar kadar zakat berasas 2.5% atas dividen sahaja. Ini berasaskan saham yang dimiliki secara tidak aktif itu dikira seperti zakat ke atas perolehan daripada aset tetap (al-Mustaghallat).   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6/2019 pada 22 Oktober 2019"} {"title": "hukum gambar makhluk bernyawa di dinding dan selainnya", "body": "Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 11205 Hukum Gambar Makhluk Bernyawa Di Dinding Dan Selainnya Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 11205 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 11205 KEPUTUSAN MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 42 / 201914-15 Julai 2019 / 11-12 Zulkaedah 1440HHotel Seri Malaysia, Kangar_____________________________________________________ HUKUM GAMBAR MAKHLUK BERNYAWA DI DINDING DAN SELAINNYA______________________________________________________________ Membuat lukisan, patung atau apa-apa gambar yang bertujuan untuk diagungkan hukumnya adalah haram dan dosa besar. Adapun lukisan dengan tujuan untuk memberi maklumat, pendidikan, permainan kanak-kanak dan iklan yang tidak membawa unsur mensyirikkan Allah atau berlebihan mengagungkan sesuatu pihak, maka dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu: 1. Gambar tersebut hendaklah tidak berada di hadapan arah solat seseorang.2. Gambar tersebut tidak mengajak kepada kemungkaran seperti galakan minuman arak, mendedahkan aurat dan aktiviti maksiat yang lain. 3. Tidak diletakkan dalam masjid dan surau yang menimbulkan tasyabbuh dengan tempat-tempat ibadah orang bukan Islam.4. Tidak diletakkan di kubur kerana itu merupakan unsur pemujaan kubur.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5/2019 pada 5 September 2019"} {"title": "fatwa negeri perlis tentang isu isu hukum yang menjadi khilaf di kalangan masyarakat negeri perlis", "body": "Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14592 Fatwa Negeri Perlis Tentang Isu-Isu Hukum Yang Menjadi Khilaf Di Kalangan Masyarakat Negeri Perlis Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14592 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14592 KEPUTUSANMESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-36 / 2018 TARIKH : 23-24 JULAI 2018TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA, KANGAR---------------------------------------------------------------------------------------------------FATWA NEGERI PERLIS TENTANG ISU-ISU HUKUM YANG MENJADI KHILAF DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS AJK Fatwa Perlis menyedari bahawa dalam sebahagian amalan umat Islam, terdapat persoalan-persoalan Ijtihadiyyah yang menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Manakala terdapat juga sebahagian amalan yang berlaku salah-faham. Di bawah ini adalah pandangan AJK Fatwa Perlis sebagai panduan dalam beramal: 1. BILANGAN RAKAAT SOLAT TARAWIH : Tiada penetapan tertentu berkaitan bilangan rakaat solat Tarawih dari Nabi SAW. Ia termasuk dalam perkara yang diberi keluasan. Apa yang lebih penting dalam melaksanakan solat Tarawih ialah menjaga adab dan berusaha memperolehi khusu’. Ia boleh dilakukan sebanyak 20 rakaat seperti mazhab Hanafi, al-Syafi’ie dan Ahmad atau boleh juga sebanyak 36 rakaat seperti mazhab Malik atau 11 rakaat juga tidak mengapa. Namun hadis yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA menunjukkan pada kebiasaannya Nabi SAW menunaikan solat malam sebanyak 11 rakaat. Ketika ditanya oleh Abu Salamah bin Abdul Rahman tentang solat Malam baginda pada bulan Ramadan, A’isyah RA menjawab: مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً Terjemahannya: “Tidaklah pernah baginda melakukan lebih dari 11 rakaat sama ada di dalam bulan Ramadan atau selainnya.” (al-Bukhari 1909 dan Muslim 738) Hadis ini tidak menunjukkan solat malam hanya sekadar 11 rakaat sahaja, kerana terdapat riwayat lain yang menunjukkan baginda pernah menunaikan solat malam bersama ‘Abdullah bin ‘Abbas sebanyak 13 rakaat seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih mereka berdua. Demikian juga berdasarkan hadis:   أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَلَاةِ اللَّيْلِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ عَلَيْهِ السَّلَام صَلَاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى Terjemahannya: “Bahawa seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang solat malam. Rasulullah SAW menjawab: “Solat malam itu dua rakaat-dua rakaat. Jika seseorang daripada kamu bimbang masuknya waktu Subuh, dia solatlah satu rakaat, sebagai witir untuk solat yang telah dia tunaikan.” (al-Bukhari 946 dan Muslim 749) Nabi SAW tidak menjelaskan jumlah rakaat tertentu solat malam ketika baginda ditanya tentangnya. Ini merupakan bukti jelas menunjukkan ada keluasan berkaitan jumlah rakaat solat malam. Maka dengan itu, Imam dinasihatkan menunaikan solat Tarawih menurut kesesuaian makmum. Digalakkan juga bagi makmum mengikut imam sehingga selesai solat bagi memperolehi kelebihan yang disebut di dalam hadis: مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ Terjemahannya: “Siapa yang menunaikan solat bersama imam sehingga selesai, dicatit untuknya pahala seperti menghidupkan sepanjang malam dengan beribadah.” (Riwayat al-Tirmizi 806 dan beliau menilainya sebagai Hadis Sahih. Abu Daud (1375), al-Nasa’ie (1605) dan Ibn Majah (1327). Hadis ini juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Tirmizi) 2. SOLAT WITIR Solat Witir sama ada dilakukan secara tiga rakaat satu salam dengan satu Tasyahhud (Tahiyyat), atau tiga rakaat dua salam adalah sabit dari hadis-hadis yang Sahih dari Nabi SAW. Solat Witir tidak boleh dilakukan dua kali dalam satu malam berdasarkan larangan dari Nabi SAW. Bagi sesiapa yang yakin dapat bangun qiyamullail, lebih utama baginya melewatkan solat Witir agar dapat dilakukan di penghujung solat malamnya. Manakala bagi sesiapa yang tidak pasti akan bangun qiyamullail ataupun tidak, boleh baginya untuk menunaikan solat Witir sebelum tidur. Jika dia bangun di penghujung malam dia boleh menunaikan solat sunat namun tidak perlu lagi untuk mengulangi solat Witir.   3. BACAAN KHUSUS ANTARA SOLAT TARAWIH Tiada bacaan khusus antara sela solat Tarawih kerana ketiadaan contoh daripada Nabi SAW dan para sahabat. Umat Islam boleh melakukan apa-apa amalan soleh yang dikehendakinya menurut kesesuaian antara sela solat Tarawih seperti beristighfar, berdoa, membaca al-Quran dan seumpamanya tanpa dilakukan secara berjemaah kerana Nabi SAW hanya melakukan jemaah ketika solat dan tidak amalan antara sela solat Tarawih.   4. SERUAN UNTUK SELAIN SOLAT FARDUSeruan الصَّلَاةَ جَامِعَةً tidak termasuk dalam tatacara Solat Tarawih, solat Witir mahupun solat Hari Raya. Seruan الصَّلَاةَ جَامِعَةً yang sabit di dalam hadis dilakukan untuk solat gerhana yang memerlukan seruan bertujuan menghimpunkan orang ramai. Ini kerana solat gerhana di zaman baginda SAW diketahui sebaik sahaja apabila ia berlaku. Justeru ia memerlukan seruan bagi tujuan menghimpunkan orang ramai. Hadis panjang dari Fatimah binti Qais tentang kisah al-Jassasah yang diceritakan oleh Tamim al-Dari, demikian juga hadis ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash, kedua-duanya terdapat di dalam Sahih Muslim menunjukkan seruan الصَّلَاةَ جَامِعَةً dilaungkan adalah bertujuan memanggil orang ramai untuk berhimpun. Oleh itu seruan الصَّلَاةَ جَامِعَةً hanya dilaungkan jika ada tujuan yang sama. Manakala jika para Jemaah telah sedia berhimpun seperti keadaan solat Tarawih, solat Witir, solat Hari Raya dan seumpamanya, maka tiada keperluan lagi untuk dilaungkan seruan الصَّلَاةَ جَامِعَةً. Imam hanya perlu berdiri dan bertakbir untuk solat. Imam boleh memaklumkan kepada makmum jenis solat yang hendak ditunaikan.   5. BACAAN BASMALAH DALAM SOLATBacaan Basmalah sama ada secara Sirr atau Jahar termasuk dalam persoalan khilaf yang muktabar. Namun fatwa Perlis mentarjihkan bacaan Basmalah secara Sirr kerana dilihat kepada hujah-hujahnya yang lebih kukuh.   6. BACAAN SELEPAS SOLAT WITIRBacaanسُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْس sebanyak tiga kali selepas solat Witir adalah termasuk sunnah Nabi SAW. Adapun tambahan رَبِّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوْح adalah dinilai sebagai tambahan syaz yang merupakan tambahan daif.   7. BILANGAN KHUTBAH HARI RAYAKhutbah Hari Raya boleh dilaksanakan dengan satu khutbah atau boleh juga dilaksanakan dengan dua khutbah seperti khutbah Jumaat, dan duduk seketika sebagai pemisah di antara dua khutbah.   8. LAFAZ TAKBIR HARI RAYATerdapat perbezaan lafaz takbir yang diriwayatkan dari para sahabat Nabi SAW. Hal ini menunjukkan terdapat keluasan dalam perkara ini. Oleh itu lafaz takbir untuk takbir hari raya boleh dilakukan dua kali (اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ) atau tiga kali (اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،). Jika ditambah dengan lafaz لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ dan seterusnya juga adalah suatu penambahan yang diterima. 9. BACAAN DI ANTARA TAKBIR SOLAT HARI RAYATiada penetapan zikir khusus untuk dibaca di antara takbir-takbir solat hari raya. Seseorang boleh bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir atau seumpamanya kerana tiada penetapan dari Nabi SAW. Bahkan jika seseorang diam dan tidak membaca apa-apa di antara takbir-takbir tersebut juga tidak mengapa, kerana tiada penetapan khusus zikir-zikir untuk dibaca.   10. MEMEGANG TONGKAT KETIKA BERKHUTBAHFatwa Perlis mentarjihkan tidak termasuk sunnah untuk khatib memegang tongkat ketika berkhutbah. Melainkan jika ada keperluan seperti khatib yang uzur atau seumpamanya.   11. MENADAH TANGAN KETIKA KHUTBAHKhatib tidak disunatkan menadah tangan ketika berdoa di dalam khutbah Jumaat. Demikian juga para jemaah kerana mengikut khatib. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada ‘Umarah bin Ruaibah yang pernah melihat Bisyr bin Marwan (berkhutbah) di atas mimbar mengangkat kedua belah tangan (berdoa). Kata ‘Umarah bin Ruaibah: قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ Terjemahannya: “Allah memburukkan kedua belah tangannya, sesungguhnya daku melihat Rasulullah SAW tidak pernah lebih dari membuat isyarat dengan jari telunjuk baginda.” (Riwayat Muslim, bil: 874) Namun jika khatib berdoa memohon hujan (al-Istisqa’) di dalam khutbah Jumaat, disunatkan untuk khatib menadah tangan sebagai mencontohi perbuatan Nabi SAW dan jemaah juga disunatkan melakukan perkara yang sama.   12. SOLAT QIAMULLAIL SECARA BERJAMAAHNabi SAW sentiasa menunaikan solat malam bersendirian. Namun terdapat riwayat yang menunjukkan baginda pernah melakukannya di rumah baginda secara berjemaah bersama beberapa sahabat seperti Ibn ‘Abbas, Ibn Mas’ud, demikian juga Huzaifah bin al-Yaman. Oleh itu solat malam boleh dilakukan secara berjemaah dengan dijaga adab-adabnya.   13. QUNUT SUBUHQunut Subuh antara perkara yang khilaf di kalangan ulama. Fatwa Perlis mentarjihkan solat Subuh dilakukan tanpa qunut Solat Subuh. Pegangan amalan khusus qunut solat Subuh ditarjihkan sebagai qaul yang daif.   14. CARA ZIKIR SELEPAS SOLATZikir-zikir selepas solat dilakukan secara bersendirian dalam keadaan khusyu’ dan merendahkan diri kepada Allah SWT. Tidak mengapa jika kadang-kadang imam menguatkan bacaannya bagi tujuan mengajar para jemaah.   15. DUDUK TAWARRUK KETIKA TASYAHHUDDuduk Tawarruk memiliki beberapa cara. Salah satu yang biasa diamalkan ialah duduk di atas punggung kiri dengan menghulurkan kaki kiri ke arah kanan dan di bawah kaki kanan yang ditegakkan telapak kakinya. Ia sabit di dalam sunnah Nabi SAW. Ia dilakukan ketika duduk tasyahhud kedua di dalam solat. Duduk Tawarruk ini dilakukan dengan mengambil kira kemampuan seseorang dan keadaan jemaah.   16. BERDOA SELEPAS SOLATSabit di dalam sunnah, Nabi SAW pernah berdoa selepas Solat. Pada kebiasaannya doa selepas solat yang dilakukan oleh baginda adalah tanpa menadah tangan dan baginda tidak pernah melakukannya secara berjemaah selepas solat fardu.   17. MENYAPU MUKA SELEPAS SOLATTiada nas yang sahih dalam perbuatan menyapu muka selepas solat. Maka perbuatan tersebut tidak termasuk adab dan sunat solat kerana tiada bukti yang sahih dalam persoalan ini.   18. MENGGERAKAN JARI TELUNJUK KETIKA TASYAHHUDTermasuk di dalam sunnah ketika bertasyahhud di dalam solat adalah membuat isyarat dengan jari telunjuk. Isyarat tersebut boleh dilakukan sama ada tanpa gerakan jari telunjuk atau menggerakkannya.   19. TAZKIRAH KEMATIANDibolehkan memberi tazkirah selepas mengebumikan mayat sebagai peringatan kepada orang yang hidup. Tazkirah tersebut hendaklah diberikan dengan menjaga adab tanpa ditinggikan suara luar dari keperluan dan berusaha agar ia dapat melahirkan rasa keinsafan. Hendaklah dibezakan antara tazkirah di tanah perkuburan dengan khutbah. Tazkirah di tanah perkuburan dilakukan jika ada keperluan dan dilakukan dengan ringkas, juga tidak dijadikan satu kemestian.   20. SOLAT GERHANADisunatkan solat Gerhana bersama khutbah selepasnya bagi kawasan yang berlaku gerhana. Hal ini diketahui sama ada melalui penglihatan mata atau perkhabaran pihak berautoriti yang meyakinkan. Namun ia hanya disunatkan ke atas penduduk negeri yang berlaku gerhana ke atas mereka sahaja.   21. AL-TATHWIB DALAM AZAN SUBUHSabit dari beberapa hadis berkaitan al-Tathwib (التثويب) iaitu laungan اَلصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْم di dalam azan Subuh. Fatwa Perlis mentarjihkan ia dilaungkan di dalam azan Subuh (azan kedua) iaitu azan yang dilaungkan setelah terbitnya fajar Sadiq.   22. BACAAN SURAH AL-SAJDAH DAN AL-INSAN DALAM SOLAT SUBUHPara Imam masjid yang memiliki kemampuan, dianjurkan membaca keseluruhan surah al-Sajdah dalam rakaat pertama dan keseluruhan surah al-Insan dalam rakaat kedua untuk setiap solat Subuh hari Jumaat mencontohi sunnah Nabi SAW. Walau bagaimanapun hendaklah dielak dari mewujudkan anggapan wajib membaca kedua-dua surah tersebut pada setiap Subuh hari Jumaat. Hal ini perlu mengambil kira kesesuaian waktu dan tempat bagi mengelakkan kesusahan kepada jemaah.   23. JUMLAH TAKBIR SOLAT HARI RAYABoleh melakukan takbir untuk solat Hari Raya sebanyak tujuh kali dalam rakaat pertama termasuk Takbiratul Ihram dan lima kali dalam rakaat kedua tidak termasuk Takbir perpindahan (Intiqalat) seperti pandangan Ibn 'Abbas dan 'Umar bin 'Abdul 'Aziz seperti yang dinyatakan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam al-Musannaf. Pandangan ini juga bertepatan dengan mazhab Malik dan Ahmad. Boleh juga dilakukan dalam rakaat pertama sebanyak tujuh kali selepas Takbiratul Ihram dan lima kali selepas takbir perpindahan seperti pandangan mazhab al-Syafi'e. Kedua-dua amalan itu merupakan khilaf muktabar.   24. MENGKHUSUSKAN BACAAN YASIN PADA MALAM JUMAATMengkhususkan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat tidak ada sandaran hadis sahih dari Nabi SAW. Sementara riwayat galakan membaca surah Yasin pada hari Jumaat adalah tidak sahih. Bahkan ada riwayat yang sabit dari Baginda berkaitan membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat. Oleh itu umat Islam dianjurkan membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat bermula pada malamnya. Demikian juga tidak ada pengkhususan bacaan surah Yasin pada waktu tertentu, namun surah Yasin boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja tanpa penentuan waktu yang khusus.   25. MENGKHUSUSKAN ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYAUmat Islam disunatkan menziarahi kubur pada bila-bila masa tanpa mengkhususkan waktu dan hari tertentu sama ada hari raya atau selainnya. Perbuatan sesetengah pihak mengkhususkan ziarah kubur pada pagi hari raya telah disalah anggap seakan ia amalan agama yang dituntut. Selain itu, perbuatan itu juga menyalahi tujuan asal berhari raya di dalam Islam iaitu sebagai hari bergembira. Tiada sebarang fadilat khusus menziarahi kubur pada pagi hari raya. Oleh itu, mengkhususkan hari raya sebagai hari menziarahi kubur adalah satu perbuatan yang menyalahi sunnah Nabi SAW.    26. PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA LUAR MASJIDIslam mengajar umatnya menghormati hak orang lain. Oleh itu seluruh masjid di negeri Perlis adalah dilarang menggunakan pembesar suara luar untuk selain Azan dan Iqamah jika ia mengganggu ketenteraman orang ramai. Termasuklah memperdengarkan al-Quran, siaran kuliah dan seumpamanya. Penggunaan pembesar suara luar masjid adalah khusus untuk laungan Azan tanda masuk waktu solat fardu dan laungan Iqamah sahaja. Boleh juga untuk pengumuman ringkas yang membabitkan kepentingan bersama.   27. MEMPERDENGARKAN BACAAN AL-QURAN DI TEMPAT AWAMAl-Quran adalah Kalam Allah yang diturunkan sebagai panduan manusia. Allah SWT berfirman:   كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ Terjemahannya: \"Kitab (Al-Qur'an) yang telah Kami turunkan kepadamu dipenuhi barakah, agar manusia menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.\" (Surah Sad: 29) Oleh itu al-Quran hendaklah dibaca, didengari dan difahami isi kandungannya untuk diamalkan di dalam kehidupan. Memperdengarkan bacaan al-Quran di kawasan-kawasan awam termasuk gerai makan, restoran, sekolah dan seumpamanya dalam keadaan yang menyebabkan al-Quran diabaikan dan tidak dihormati serta boleh memberi persepsi merendahkan nilaian al-Quran adalah satu perbuatan yang ditegah.   28. TAKBIR MUQAYYADImam masjid hendaklah memulakan Takbir Muqayyad iaitu laungan bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardu lima waktu. Perlaksanaan ini bermula selepas solat Subuh pada 9 Zulhijjah berterusan sehingga solat Asar 13 Zulhijjah.   29. MENGGERAKKAN TABUNG MASJID KETIKA KHATIB BERKHUTBAHTidak boleh menggerakkan tabung masjid ketika khatib sedang berkhutbah Jumaat. Perbuatan ini termasuk dalam perkara yang dapat memalingkan tumpuan para jemaah dari mendengar khutbah Jumaat. Nabi SAW telah bersabda : مَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا Terjemahannya: “Sesiapa yang bermain dengan batu (ketika Khatib berkhutbah) maka telah sia-sia (pahala Jumaatnya)” (Riwayat Muslim) Maka menggerakkan tabung ketika khatib berkhutbah lebih utama menyebabkan sia-sia. Dicadangkan tabung digerakkan sebelum khutbah atau selepas solat Jumaat   30. BERDOA SELEPAS SOLAT JENAZAHBerdoa sebaik sahaja selesai dari menunaikan solat jenazah tidak termasuk di dalam adab dan tatacara solat jenazah. Nabi SAW dan para sahabat baginda tidak pernah melakukannya. Jika ia suatu yang disunnahkan sudah pasti hal itu diriwayatkan daripada Nabi SAW. Sebaliknya mereka memadai dengan doa yang terdapat dalam solat Jenazah. Oleh yang demikian umat Islam hendaklah berusaha memastikan amalan mereka bertepatan dengan sunnah Nabi SAW dengan tidak menambahkan lagi sebarang doa selepas selesai dari menunaikan solat Jenazah.   31. KENDURI ARWAH Orang ramai berhimpun di rumah jenazah dan dibuat makanan untuk mereka selepas jenazah dikebumikan adalah termasuk perbuatan yang tidak disukai berdasarkan perkataan Jarir bin ‘Abdillah RA: كُنَّا نَعُدُّ الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ ، وَصَنِيعَةَ الطَّعَامِ بَعْدَ دَفْنِهِ : مِنْ النِّيَاحَةِ Terjemahannya: “Kami mengira berhimpun kepada keluarga jenazah dan membuat makanan selepas daripada pengebumian termasuk di dalam ratapan (yang dilarang).” (Riwayat Ahmad 6866 dan Ibn Majah 1612)           Ini menunjukkan perbuatan kenduri arwah adalah suatu yang direka dan diada-adakan. Ia tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat baginda dan mereka tidak pernah berhimpun di rumah keluarga jenazah selepas pengebumian.          Berdasarkan sunnah, jika berlaku kematian, sanak-saudara dan jiran-tetangga dianjurkan supaya meringankan bebanan yang dipikul oleh keluarga jenazah dan berusaha mengurangkan rasa sedih yang menyelubungi mereka.           Sanak-saudara dan jiran tetangga dianjurkan bersegera menyediakan makanan atau seumpamanya untuk ahli keluarga jenazah yang dapat meringankan bebanan dan kesedihan yang mereka tanggung. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW sebaik sahaja sampai kepada baginda berita syahidnya Jaafar bin Abi Tolib RA dalam peperangan Mu’tah: اصْنَعُوا لِآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا ، فَقَدْ أَتَاهُمْ مَا يَشْغَلُهُمْ Terjemahannya: “Buatkanlah untuk keluarga Jaafar makanan, kerana sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang menyibukkan.” (Riwayat al-Tirmizi 998 dan beliau menilainya sebagai Hasan. Abu Daud 3132, Ibn Majah 1610. Hadis ini juga dinilai Hasan oleh Ibn Kathir dan al-Albani) Kata al-Imam al-Syafi’ie: وَأُحِبُّ لِجِيرَانِ الْمَيِّتِ أَوْ ذِي قَرَابَتِهِ أَنْ يَعْمَلُوا لِأَهْلِ الْمَيِّتِ فِي يَوْمِ يَمُوتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا يُشْبِعُهُمْ فَإِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ، وَذِكْرٌ كَرِيمٌ، وَهُوَ مِنْ فِعْلِ أَهْلِ الْخَيْرِ قَبْلَنَا وَبَعْدَنَا Terjemahannya: “Dan aku suka bagi jiran jenazah atau sanak saudaranya membuat makanan untuk ahli keluarga jenazah pada hari kematian dan malamnya yang dapat mengenyangkan mereka, kerana hal ini adalah satu sunnah dan juga sebutan yang mulia (kepada mereka). Hal ini termasuk dalam perbuatan orang-orang yang baik sebelum dan selepas daripada kita.” (al-Umm 1/317) Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5/2018 pada 27 September 2018."} {"title": "fatwa pengurusan lebihan harta pusaka", "body": "Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 4265 Fatwa Pengurusan Lebihan Harta Pusaka Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 4265 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 4265 KEPUTUSANMESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-37 / 2018 TARIKH : 12 SEPTEMBER 2018TEMPAT : DORSETT HOTEL, PUTRAJAYA ______________________________________________________________ FATWA PENGURUSAN LEBIHAN HARTA PUSAKA           Harta yang ditinggalkan tanpa pewaris dalam kalangan Ashab al-Furudh dan Asabah diuruskan oleh MAIPs demi untuk kepentingan umat Islam. Dalam masa yang sama pihak pengurusan MAIPs wajar untuk memberikan keutamaan kepada Zawil Arham jika ia dapat dilakukan. Hal ini lebih menepati keperluan semasa dalam konteks perundangan negara kita.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5/2018 pada 27 September 2018."} {"title": "hukum membasuh pakaian dengan mesin basuh", "body": "Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 20175 Hukum Membasuh Pakaian Dengan Mesin Basuh Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 20175 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 20175 KEPUTUSAN MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 42 / 201914-15 Julai 2019 / 11-12 Zulkaedah 1440HHotel Seri Malaysia, Kangar______________________________________________________________________HUKUM MEMBASUH PAKAIAN DENGAN MESIN BASUH______________________________________________________________________ Asal sesuatu pakaian yang bersih dimasukkan oleh seseorang ke dalam mesin basuh tidak dikira bernajis melainkan terbukti kenajisannya. Pakaian dicuci dengan menggunakan air yang bersih dan bahan-bahan yang boleh membersihkan. Setelah sesuatu pakaian itu dicuci dengan satu proses penyucian sehingga tiada lagi kesan najis sama ada bau, rasa dan warna, maka dikira pakaian itu bersih. Tidak diperintahkan oleh syara’ untuk kita membebani diri meneliti sesuatu proses pembersihan jika sudah terbukti cucian yang berlaku menghilangkan segala kesan najis. Jika terbukti masih terdapat kesan najis selepas proses pembersihan menggunakan mesin basuh maka pakaian terbabit dikira masih bernajis. Namun jika kesan itu terlalu sukar untuk dihilangkan dan hanya sedikit seperti kesan warna darah atau warna najis yang tidak dapat dihilangkan maka dimaafkan. Bagi mengelakkan kesan najis di dalam penggunaan mesin basuh maka digalakkan seseorang memastikan pakaian yang dimasukkan itu dihilangkan najis yang jelas yang akan menyebabkan pakaian lain terkena najis tersebut dan memberi kesan kepada bau, warna dan rasa. Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5/2019 pada 5 September 2019"} {"title": "fatwa jarak solat qasar", "body": "Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 24595 Fatwa Jarak Solat Qasar Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 24595 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 24595 KEPUTUSAN MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 42 / 2019______________________________________________________________________FATWA JARAK SOLAT QASAR______________________________________________________________________ Jarak perjalanan seseorang ke destinasi tertentu dibolehkan qasar berdasarkan kepada dua penilaian iaitu: Berdasarkan kepada jarak iaitu lebih kurang 80KM dan ini merupakan pendapat jumhur ulama. Tidak ada hadis yang sahih yang menetapkan jarak ini. Namun, terdapat riwayat daripada Ibn Abbas yang mengambil kira jarak antara Mekah dengan Taif dan Mekah dengan Jeddah. Berdasarkan kepada ‘uruf yang mengambil kira sesuatu jarak perjalanan sebagai musafir. ‘Uruf ini mengambil kira kedudukan persiapan dan kesukaran yang berlaku dalam musafir tersebut. Pendapat ini tidak menghadkan jarak tertentu. Tokoh-tokoh seperti Ibn Qudamah al-Maqdisi, Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Syawkani, Muhammad Saleh bin ‘Uthaimin, al-Albani, al-Qaradhawi dan lain-lain menyokong pendapat ini.           Jika seseorang berkeyakinan yang ‘uruf perjalanannya itu suatu permusafiran, walaupun kurang daripada jarak 80KM, perjalanan tersebut dikira musafir. Namun, jika sukar untuk menentukan kelayakan perjalanannya untuk dianggap sebagai musafir, boleh berpegang dengan pendapat jumhur ulama yang menetapkannya lebih kurang 80KM sahaja untuk melayakkannya dikira sebagai musafir.           Para ulama bersepakat, jika seseorang syak sama ada musafirnya itu layak atau tidak untuk dinamakan sebagai musafir, ia perlu merujuk kepada asal kewajipan solat iaitu perlu ditunaikan secara tamam dan tidak boleh menunaikannya secara qasar. Jika seseorang meyakini perjalanannya suatu permusafiran, dia digalakkan untuk melakukan qasar kerana Ibn Umar telah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W., Abu Bakar R.A, Umar R.A dan Uthman R.A sentiasa melakukan qasar dalam permusafiran. Jika dia menunaikan solat di belakang imam yang menunaikan solat secara tamam (4 rakaat), dia hendaklah melengkapkan solatnya seperti solat imam tersebut. Ini berdasarkan riwayat daripada Ibn Abbas dalam Musnad Ahmad. Berhubung dengan solat jama’, ia dibolehkan dalam permusafiran.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5/2019 pada 5 September 2019"} {"title": "fatwa bacaan al quran di tanah perkuburan", "body": "Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14102 Fatwa Bacaan Al-Quran Di Tanah Perkuburan Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14102 Pentadbir Portal 03 Disember 2019 Jumlah paparan: 14102 KEPUTUSAN MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 43 / 201917-18 September 2019 / 17-18 Muharram 1441Taman Aulia, Kg. Pulau Gajah, Pengkalan Chepa______________________________________________________________________Fatwa Bacaan Al-Quran Di Tanah Perkuburan______________________________________________________________________           Tiada riwayat yang sahih daripada Nabi SAW melakukan atau menggalakkan upacara membaca al-Quran di kubur selepas pengebumian. Sebaliknya yang ada hanyalah amalan Ibn ‘Umar RA yang membaca al-Quran semasa proses pengebumian. Namun demikian riwayat ini dipertikaikan kesahihannya oleh sebahagian ulama hadis. Dalam kalangan para ulama seperti al-Imam al-Syafi’ie, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan selain mereka membolehkan membaca ayat-ayat al-Quran semasa pengebumian. Sementara para ulama yang lain seperti al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, satu riwayat daripada al-Imam Ahmad tidak mengharuskan bacaan al-Quran di perkuburan, bahkan dalam satu riwayat al-Imam Ahmad menganggapnya sebagai bidaah.           Adapun membaca doa untuk si mati di kubur adalah sunnah Nabi SAW. Seseorang boleh membaca doa yang dipetik dari al-Quran ataupun hadis ataupun dari dirinya sendiri bagi mendoakan keampunan dan kebaikan untuk si mati. Hal ini boleh dilakukan sama ada bersendirian atau mengaminkan doa orang lain.           Maka dengan ini tiada sebarang dalil yang menyokong upacara membaca atau mengkhatamkan al-Quran selepas tamat proses pengebumian di kubur. Adapun semasa pengebumian jenazah, telah berlaku khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Namun bagi orang yang hendak membaca al-Quran semasa pengebumian tidak boleh mengadakan kaifiat dan cara yang khusus kerana itu termasuk di dalam mengada-adakan perkara yang tidak mempunyai nas. Sebaliknya dia boleh membaca apa-apa ayat al-Quran yang hendak dibacanya secara bersendirian. Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6/2019 pada 22 Oktober 2019"} {"title": "fatwa imam atau makmum melihat mushaf al quran dalam solat", "body": "Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 9675 Fatwa Imam atau Makmum Melihat Mushaf Al-Quran dalam Solat Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 9675 Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 9675 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-37 / 2018TARIKH : 11 SEPTEMBER 2018TEMPAT : DORSETT HOTEL, PUTRAJAYAFATWA IMAM ATAU MAKMUM MELIHAT MUSHAF AL-QURAN DALAM SOLAT             Imam sebaik-baiknya membaca dari hafalannya. Namun jika imam tidak memiliki kemampuan hafalan dan bacaan yang baik, maka bolehlah bagi imam membaca al-Quran dengan melihat mushaf berdasarkan athar dari Umm al-Mukminin ‘Aisyah RA yang berimamkan Maulanya Zakwan seperti yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari. Hal ini hanya dilakukan di dalam solat sunat yang digalakkan berdiri lama. Adapun solat fardu imam membaca ayat al-Quran yang dihafalnya dan tidak memberat-beratkan makmum. Ia berdasarkan hadis Nabi SAW yang bersabda kepada orang yang solat dengan cara yang salah: ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ القُرْآنِMaksudnya: “…Kemudian bacalah apa-apa yang mudah dari ayat al-Quran…” (Riwayat Muslim 724)           Dalam masa yang sama dilarang bagi makmum mengubah keadaan solat yang asal sama ada dalam bentuk memegang mushaf ataupun apa-apa alatan untuk melihat bacaan ayat al-Quran yang dibaca oleh Imam. Perbuatan tersebut menyalahi sunnah yang sekurang-kurang hukumnya makruh. Jika dijadikan kebiasaan solat dengan cara yang demikian boleh membawa kepada bidaah. Ini kerana kita diperintahkan untuk mengikuti keadaan ataupun sifat asal solat sama ada perkataan atau perbuatan yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW.           Di samping itu arahan asal ialah makmum mendengar bacaan al-Quran secara khusyuk dan dibimbangi makmum yang melihat mushaf boleh menghilangkan khusyuk.   Ini seperti firman Allah SWT: وَإِذَا قُرِئَ ٱلۡقُرۡءَانُ فَٱسۡتَمِعُواْ لَهُۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ Maksudnya: “Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan diamlah agar kamu mendapat rahmat.”  (al-A’raf: 204)"} {"title": "fatwa hukum kahwin lari atau luar negara", "body": "Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 9754 Fatwa Hukum Kahwin Lari atau Luar Negara Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 9754 Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 9754 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-39 / 20191 Mac 2019 / 24 Jumadil Akhir 1440HFATWA HUKUM KAHWIN LARI ATAU LUAR NEGARA Perkahwinan yang berlaku ke atas satu-satu pasangan di luar negara melibatkan beberapa kategori iaitu: Pasangan yang berada di negara luar dan menghadapi kesukaran yang besar untuk mendapatkan keizinan wali yang asal sehingga terpaksa menggunakan wali hakim. Perkahwinan sebegini adalah sah. Pasangan yang sengaja keluar dari negara yang sepatutnya mereka berkahwin. Untuk kategori yang kedua ini, ia melibatkan dua sebab: Mengelakkan diri daripada birokrasi pihak pentadbiran perkahwinan setempat Melarikan diri daripada wali. Berhubung dengan sebab pertama, jika satu-satu pasangan keluar negara bersama wali atau setelah mendapat keizinan wali, perkahwinan itu sah tanpa ragu. Jika bakal isteri seorang janda, memadai dengan mendapatkan persetujuan wali. Jika saudara baru, boleh menggunakan wali hakim. Berhubung dengan sebab kedua, jika sekiranya wanita itu seorang anak dara dan walinya pula enggan mewalikan perkahwinannya (adhl) tanpa sebarang sebab yang munasabah, perkahwinan ini juga adalah sah dengan syarat dia dapat membuktikan keengganan wali tersebut untuk mewalikan perkahwinannya. Jika tidak, perkahwinannya dikira sebagai fasid dan hendaklah mengulangi semula akad perkahwinan itu dengan keizinan wali. Sekiranya mempunyai zuriat dalam tempoh tersebut, nasabnya dikira sabit. Jika wali membantah perkahwinan kerana pasangan secara jelas tidak sekufu dan dipersetujui oleh pihak berkuasa agama, maka perkahwinan itu terbubar. Berhubung dengan perkahwinan-perkahwinan yang berlaku sebelum itu yang telah diyakini oleh satu-satu pasangan sebagai sah, Allah memaafkan apa yang telah lepas itu. Akad nikah tidak perlu diulangi manakala nasab anak-anak mereka dikira sabit. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis menasihatkan pihak berkuasa agama negeri supaya memudahkan urusan perkahwinan dengan mengelakkan karenah birokrasi yang membebankan. Diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil.3/2019 pada 22 April 2019"} {"title": "fatwa hukum berkaitan majlis khatam al quran secara berjemaah", "body": "Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 24871 Fatwa Hukum Berkaitan Majlis Khatam Al-Quran Secara Berjemaah Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 24871 Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 24871 MESYUARATJAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 41 / 20197 Mei 2019 / 2 Ramadan 1440HFATWA HUKUM BERKAITAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SECARA BERJAMAAH_______________________________________________________________ Definisi khatam al-Quran ialah membaca al-Quran dari surah al-Fatihah sehingga al-Nas sama ada dengan diadakan majlis atau tidak. Berhimpun untuk membaca dan mempelajari al-Quran mempunyai sandaran dari hadis Nabi SAW dan merupakan sesuatu yang digalakkan. Adapun berhimpun untuk majlis khatam al-Quran tidak terdapat riwayat yang sahih baginda Nabi SAW melakukannya atau menyuruh kita melakukannya. Namun, terdapat dalam kalangan salaf yang mengamalkannya. Asal khatam al-Quran tidak memerlukan majlis kerana apabila seseorang membaca al-Quran dari awal sehingga akhir bermakna dia telah mengkhatamkan al-Quran. Namun, jika ingin diwujudkan sesuatu majlis bagi tujuan tertentu maka pihak yang ingin mengadakan majlis khatam al-Quran hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut : Tidak menganggap khatam al-Quran memerlukan majlis khatam al-Quran. Jika sesiapa membaca al-Quran keseluruhan tanpa mengadakan majlis khatam al-Quran tidak mencacatkan pahala pembacaannya. Tiada penetapan waktu, tatacara, wirid dan doa khusus. Apa sahaja doa yang bersesuaian boleh dibaca dengan memenuhi adab-adab doa. Majlis khatam al-Quran tidak semestinya dengan penyediaan makanan dan perhiasan tertentu. Demikian juga tiada fadhilat khusus menyediakan makanan tertentu seperti menyediakan pulut kuning. Namun jika disediakan tanpa sebarang kepercayaan tertentu sekadar makanan biasa adalah dibolehkan. Majlis khatam al-Quran itu tidak menyebabkan timbulnya riya’ dan menunjuk-nunjuk amalan soleh kepada orang ramai bahawa seseorang telah khatam al-Quran sebaliknya sekadar satu galakan. Perhimpunan tersebut hanyalah bertujuan menggalakkan bacaan al-Quran dan mempelajari bacaan yang betul. Menghadiri majlis khatam al-Quran tidak menjadikan seseorang telah mendapat pahala membaca keseluruhan al-Quran jika dia sendiri tidak membaca keseluruhan al-Quran. Memastikan setiap orang yang membaca menepati hukum-hakam tajwid terutamanya yang berkaitan dengan hukum waqaf dan ibtida’. Jika bacaan beramai-ramai dengan serentak boleh menyebabkan berlaku kesalahan pada hukum-hakam tajwid, maka hendaklah dielakkan. Cara yang terbaik ialah ada pihak yang membaca manakala yang lain mendengar dan menyemaknya secara bergilir. Majlis tersebut tidak mengganggu orang lain dengan bacaan khususnya di dalam masjid atau di tempat-tempat yang dikhususkan untuk perkara lain seperti waktu pembelajaran sedang berjalan di sekolah."} {"title": "fatwa berkaitan arah kiblat", "body": "Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 21395 Fatwa Berkaitan Arah Kiblat Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 21395 Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 21395 KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-38 / 20188 – 9 NOVEMBER 2018 30 SAFAR & 1 RABIULAWWAL 1440HFATWA BERKAITAN ARAH KIBLAT Islam adalah agama yang menyuruh agar memudahkan urusan umatnya termasuklah menuntut umatnya tidak menyusahkan dalam urusan kiblat ini. Ini adalah kerana nas al-Quran menyebut agar seseorang menghadap ke arah masjidil haram dengan menggunakan perkataan شطر (arah atau separuh) sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 149: Terjemahannya: Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram; dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan. Allah mengetahui bahawa mustahil orang yang berada jauh untuk menghadap ke masjidil haram. Maka yang diperintahkan adalah menghadap ke arah masjidil haram. Nabi S.A.W bersabda : مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ قِبْلَةٌTerjemahannya : Arah antara timur dan barat adalah qiblat. (HR al-Imam al-Tirmizi, Sahih)Oleh itu, bagi muslim yang berada dalam masjidil haram hendaklah dia menghadap ke arah kaabah yang dilihatnya. Sementara mereka berada di luar masjidil haram hendaklah menghadap ke arah masjidil haram. Adapun mereka yang berada di luar dari Mekah hendaklah dia menghadap ke arah tanah haram. Asalnya hendaklah seseorang berusaha mencari arah kiblat yang tepat iaitu 291 darjah ke 293 darjah dari utara bagi negara Malaysia. Walau bagaimanapun bagi seseorang yang ingin solat memadailah dengan panduan arah kiblat yang sedia ada di tempat tersebut atau yang diketahui olehnya berdasarkan kemudahan sekadar yang dia mampu. Selagi mana seseorang menghadap ke arah Masjidil Haram, maka solatnya sah. Tidak disyaratkan kesahihan solatnya itu dengan dia menghadap tepat ke Masjidil Haram. Hal ini kerana penentuan arah kiblat sejak zaman dahulu adalah berdasarkan sangkaan yang kuat (غلبة الظن) dengan petunjuk-petunjuk yang ada. Sesiapa yang telah solat dengan arah yang dipercayainya sebagai arah kiblat, kemudian setelah selesai solatnya dia mendapati arah tersebut salah, maka tidak wajib baginya untuk mengulangi solatnya. Adapun bagi masjid-masjid pada zaman ini yang diwujudkan setelah adanya peralatan teknologi moden hendaklah berusaha mencari arah yang tepat dengan menggunakan kemudahan yang diiktiraf. Begitu juga masjid-masjid yang di bina dan didapati arah kiblatnya kurang tepat berdasarkan alatan moden masa kini, ia boleh kekal dengan binaan / keadaan asalnya selagi tidak melebihi 45 darjah dari arah yang tepat ke kiri atau ke kanan.Apa yang dimaksudkan arah menghadap itu hendaklah tidak melebihi 45 darjah dari arah kiblat mengambil kira sudut setiap arah iaitu utara, selatan, timur dan barat yang mempunyai 90 darjah bagi setiap sudut. 45 darjah itu juga berdasarkan arah yang Nabi SAW sebutkan iaitu timur dan barat. Apabila melebihi 45 darjah dari arah yang tepat akan mengakibatkan seseorang akan terkeluar dari arah tersebut kerana arah keseluruhannya 90 darjah. Maka arah yang paling tengah dalam 90 darjah adalah 45 darjah ke kanan dan 45 darjah ke kiri.   Nabi SAW bersabda :إِذَا أَتَيْتُمُ الْغَائِطَ فَلاَ تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ وَلاَ تَسْتَدْبِرُوهَا ، وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُواTerjemahannya : Jika kamu datang ke tandas, maka janganlah kamu menghadap kiblat dan membelakanginya. Akan tetapi, hadaplah ke arah timur atau barat. (HR al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim)   Rajah di atas menunjukkan contoh sudut 45 darjah ke kiri dan ke kanan dari arah kiblat pada sudut 291 darjah.   Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6/2018 pada 6 Disember 2018"} {"title": "fatwa penentuan hari raya al adha dan puasa arafah", "body": "Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 4535 Fatwa Penentuan Hari Raya Al- Adha Dan Puasa Arafah Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 4535 Pentadbir Portal 20 November 2019 Jumlah paparan: 4535 MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-38/20188 – 9 NOVEMBER 2018 30 SAFAR & 1 RABIULAWWAL 1440H FATWA PENENTUAN HARI RAYA AL- ADHA DAN PUASA ARAFAH Mana-mana negara yang sama matla’nya hendaklah berhari raya pada tarikh yang sama. Demikian juga penentuan puasa Arafah. Manakala mana-mana negara yang berlainan matla’nya, maka penentuan hari raya berdasarkan keputusan ulil amri kerana ia membabitkan syi’ar menzahirkan kesatuan bersama umat Islam di sesuatu tempat. Manakala penentuan puasa sunat Arafah merupakan perkara khilaf dalam kalangan ulama. Majoriti para ulama memfatwakan supaya setiap orang mengikut penentuan 9 Zulhijjah di negara masing-masing dan pandangan ini mempunyai alasan-alasan yang kukuh. Namun oleh kerana ia merupakan amalan peribadi, maka seseorang berhak memilih puasa sama ada menurut hari wukuf di Arafah atau berdasarkan hari ke-9 Zulhijjah bagi negara-negara yang berlainan matla’.Antara dalilnya :Firman Allah SWT :يَسْأَلُونَكَ عَنِ الأهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّTerjemahannya : Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: \"(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. (al-Baqarah : 189 )Sabda Rasulullah SAW :الصَّوْمُ يَوْمَ تَصُومُونَ وَالْفِطْرُ يَوْمَ تُفْطِرُونَ وَالأَضْحَى يَوْمَ تُضَحُّونَTerjemahannya: Puasa ialah hari kamu semua berpuasa, berbuka adalah hari kamu semua berbuka dan Hari Raya Korban adalah hari kamu semua melakukan ibadah korban. (HR al-Imam al-Tirmizi) Dalam masa yang sama dunia Islam digesa supaya menzahirkan kesatuan dalam penentuan hari-hari penting di dalam Islam."}